panduan menanam belimbing

13
10/30/13 PANDUAN MENANAM BELIMBING pertanianperak.gov.my/jpp/index.php?view=article&catid=68%3Amanual-tanaman&id=181%3Apanduan-menanam-belimbing&tmpl=component&print=1&layout=… 1/13 PANDUAN MENANAM BELIMBING Ditulis oleh Administrator | 07 Disember 2009 (Tanaman Jangka Panjang) PENGENALAN Nama Saintifik Nama Tempatan Famili : Averrhoae Carambole L. : Belimbing Besi : Oxalidaceae Belimbing berasal dari gugusan pulau-pulau Asia Tenggara. Buah belimbing mengandungi vitamin A dan C yang tinggi dan komposisi nutrien lain ialah tenaga, protin, lemak, serabut dan mineral (Ca, Fe). PENANAMAN DAN KESESUAIAN TANAH: Belimbing boleh ditanam di atas berbagai jenis tanah iaitu dari tanah liat hinggalah ke tanah berpasir. Belimbing adalah sejenis tanaman yang tumbuh dengan cepat dan memerlukan kelembapan yang mencukupi sepanjang tahun untuk hidup subur. Kebanyakan penanaman belimbing di kawasan lombong menggunakan sistem pengairan renjis untuk memberikan kelembapan pada tanah dan kos penggunaan sistem ini hendaklah diambilkira yang mana lebih tinggi jika dibandingkan dengan penanaman di kawasan selain daripada kawasan lembap Belimbing ditanam dengan jarak 0.5 m x 0.5 m hingga 0.7 m x 0.7 m bergantung kepada jenis yang hendak ditanam. Saiz lubang tanaman berukuran 60 x 60 x 60 cm dan dicampurkan dengan 10 kg. tahi ayam dan 200 gm CIRP bagi setiap lubang. Kayu pancang digunakan untuk menyokong tanaman semasa peringkat awal pertumbuhan. VARIETI / KULTIVAR YANG DISYORKAN B2 Berasal dari Port Dickson, Negeri Sembilan dan didaftarkan pada tahun 1966. Dikenali dengan nama MAHA 66. Buahnya berbentuk bujur, bersaiz sederhana besar (160-220 gm sebiji) dan berukuran diantara 13-15 cm panjang. Buah berwarna kuning kehijauan dan berubah kepada kuning pucat apabila matang. Isinya manis dan berair, tekstur isinya halus dan tidak bersabut, rasanya tidak kelat tetapi kualiti penyimpanannya rendah. Pengeluaran hasil adalah tinggi. Bunga belimbing mempunyai benang sari yang panjang dan klon ini digunakan sebagai pendebunga kepada pokok-pokok klon B10 dan B17 untuk meningkatkan hasil buah. B10 Berasal dari Serdang Baru, Selangor dan didaftarkan pada tahun 1968. Merupakan klon paling popular dan ditanam secara besar-besaran. Berat buah ialah 180-250 gm sebiji, berbentuk bujur iaitu besar di bahagian pangkal dan kecil di bahagian hujung buah. Kadangkala, ukuran buah melebihi 15 cm panjang. Kulit buah licin dan berkilat. Buah masak berwarna oren atau kemerah-merahan. Isinya manis dan berair, tekstur isinya rapuh, bersabut sedikit dan beraroma. Pengeluaran hasilnya tinggi.

Upload: azirzul

Post on 23-Oct-2015

125 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

Proses atau cara-cara untuk menanam pokok belimbing.

TRANSCRIPT

Page 1: PANDUAN MENANAM BELIMBING

10/30/13 PANDUAN MENANAM BELIMBING

pertanianperak.gov.my/jpp/index.php?view=article&catid=68%3Amanual-tanaman&id=181%3Apanduan-menanam-belimbing&tmpl=component&print=1&layout=… 1/13

PANDUAN MENANAM BELIMBING

Ditulis oleh Administrator | 07 Disember 2009

(Tanaman Jangka Panjang)

PENGENALAN

Nama SaintifikNama TempatanFamili

: Averrhoae Carambole L.: Belimbing Besi: Oxalidaceae

Belimbing berasal dari gugusan pulau-pulau Asia Tenggara. Buah belimbing mengandungi vitamin A dan Cyang tinggi dan komposisi nutrien lain ialah tenaga, protin, lemak, serabut dan mineral (Ca, Fe).

PENANAMAN DAN KESESUAIAN TANAH:

Belimbing boleh ditanam di atas berbagai jenis tanah iaitu dari tanah liat hinggalah ke tanah berpasir. Belimbing adalah sejenis tanaman yang tumbuh dengan cepat dan memerlukan kelembapan yangmencukupi sepanjang tahun untuk hidup subur. Kebanyakan penanaman belimbing di kawasan lombongmenggunakan sistem pengairan renjis untuk memberikan kelembapan pada tanah dan kos penggunaansistem ini hendaklah diambilkira yang mana lebih tinggi jika dibandingkan dengan penanaman di kawasanselain daripada kawasan lembap

Belimbing ditanam dengan jarak 0.5 m x 0.5 m hingga 0.7 m x 0.7 m bergantung kepada jenis yang hendakditanam. Saiz lubang tanaman berukuran 60 x 60 x 60 cm dan dicampurkan dengan 10 kg. tahi ayam dan200 gm CIRP bagi setiap lubang. Kayu pancang digunakan untuk menyokong tanaman semasa peringkatawal pertumbuhan.

VARIETI / KULTIVAR YANG DISYORKAN

B2

Berasal dari Port Dickson, Negeri Sembilan dan didaftarkan pada tahun 1966. Dikenali dengan namaMAHA 66. Buahnya berbentuk bujur, bersaiz sederhana besar (160-220 gm sebiji) dan berukurandiantara 13-15 cm panjang. Buah berwarna kuning kehijauan dan berubah kepada kuning pucat apabilamatang. Isinya manis dan berair, tekstur isinya halus dan tidak bersabut, rasanya tidak kelat tetapi kualitipenyimpanannya rendah. Pengeluaran hasil adalah tinggi. Bunga belimbing mempunyai benang sariyang panjang dan klon ini digunakan sebagai pendebunga kepada pokok-pokok klon B10 dan B17 untukmeningkatkan hasil buah.

B10

Berasal dari Serdang Baru, Selangor dan didaftarkan pada tahun 1968. Merupakan klon paling populardan ditanam secara besar-besaran. Berat buah ialah 180-250 gm sebiji, berbentuk bujur iaitu besar dibahagian pangkal dan kecil di bahagian hujung buah. Kadangkala, ukuran buah melebihi 15 cmpanjang. Kulit buah licin dan berkilat. Buah masak berwarna oren atau kemerah-merahan. Isinyamanis dan berair, tekstur isinya rapuh, bersabut sedikit dan beraroma. Pengeluaran hasilnya tinggi.

Page 2: PANDUAN MENANAM BELIMBING

10/30/13 PANDUAN MENANAM BELIMBING

pertanianperak.gov.my/jpp/index.php?view=article&catid=68%3Amanual-tanaman&id=181%3Apanduan-menanam-belimbing&tmpl=component&print=1&layout=… 2/13

B17

Berasal dari Triang, Pahang. Popular dengan nama Belimbing Madu dan didaftarkan pada 14 Januari1988. Buah berbentuk bujur panjang dengan ukuran diantara 10-15 cm panjang. Tangkai buahnyabesar, hujung buah lekuk ke dalam. Berat buah adalah diantara 200-300 gm sebiji. Bahagian tepiseginya masih berwarna hijau walaupun buah telah masak. Buah masak berwarna oren dan berbintik-bintik putih di tepi segi. Tekstur isinya rapuh, pejal dan sederhana halus. Rasanya sangat manis danberbau harum.

Pengkelasan klon belimbing mengikut jenis benang sari

Benang Sari Klon

Jenis Pendek B3, B4, B8, B9, B10, B13, B14, B17

Jenis Panjang B1, B2, B5, B26, B7, B11, B12, B15, B16, B18, B19

Belimbing dari jenis benangsari pendek memerlukan pendebungaan silang dari jenis benangsari panjang. Proses ini diperlukan untuk menggalakkan pembentukan buah yang seragam. Kegiatan serangga sepertilebah akan menyeragamkan bentuk buah dan meningkatkan lagi pembentukan buah.

PENYEDIAAN BAHAN TANAMAN

Menggunakan bahan tanaman dari baka klonal yang dibiak secara vegetatif. Pokok penanti disediakandengan menyemai biji benih yang matang. Biji diproses dengan membasuh dan mengeringkan sebelum disemai. Biji benih mula bercambah 4-5 minggu selepas disemai. Anak benih yang subur berumur sebulan dipindahkan ke dalam polibeg yang diisi dengan tanah campuran dengan kadar 3:2:2 (tanah:pasir:bahanorganan). Anak benih disusun di bawah lindungan yang mempunyai sekurang-kurangnya 50% teduhan. Racun serangga dan kulat disembur jika perlu untuk mengawal serangga dan penyakit. Baja sebatian NPK(15:15:15) pada kadar 30 gm bagi setiap anak pokok diberi dua bulan sekali.

Pokok penanti yang berumur antara 5-6 bulan (tinggi 20 cm) adalah sesuai untuk dibuat cantuman matatunas. Torehan melintang 0.5 cm dan torehan ke bawah 3 cm, di paras 5 cm dari tanah, dibuat pada pokokpenanti. Mata tunas dari pokok induk disediakan dengan saiz yang agak kecil sedikit dari tapak torehan pokokpenanti. Mata tunas yang sudah dipisahkan dari kayu diselitkan ke dalam kelopak kulit torehan pokokpenanti. Ianya dibalut degan pita plastik cantuman dengan kemas supaya kedua-dua kambium mata tunasdan tapak torehan bersentuhan. Selepas 3 minggu pita cantuman dibuka. Penilaian kejayaan ditentukandengan kehijauan mata tunas. Mata tunas yang aktif akan bercambah dan tumbuh dengan segar. Pokok-pokok penanti dipotong pada para 3-4 cm dari tempat cantuman dan pertumbuhan tunas. Selepas 4-5 bulanpada ketinggian 25 cm pokok cantuman yang subur dapat dipindahkan ke ladang.

SISTEM PENANAMAN

Boleh menggunakan samada sistem penanaman empat segi tepat, sistem empat segi sama atau sistemtiga segi sama. Belimbing yang ditanam secara komersil sebaik-baiknya mengamal konsep tanaman tunggalsupaya kerja-kerja pengurusan dapat dijalankan dengan sempurna. Penanaman klon komersil dan klonpendebunga dengan kadar 5:1 (5 pokok klon komersil dan 1 pokok klon pendebunga) adalah digalakkan.

Selain daripada mempunyai sistem seperti di atas, pokok belimbing klon komersil boleh juga dicantumdengan klon pendebunga pada dahannya. Dengan ini setiap pokok komersil mempunyai klon debunga diatasnya untuk membantu proses pendebungaan.

Page 3: PANDUAN MENANAM BELIMBING

10/30/13 PANDUAN MENANAM BELIMBING

pertanianperak.gov.my/jpp/index.php?view=article&catid=68%3Amanual-tanaman&id=181%3Apanduan-menanam-belimbing&tmpl=component&print=1&layout=… 3/13

SISTEM PENANAMAN TIGA SEGI DAN EMPAT SEGI

Sistem Segitiga Sama Sistem Segiempat Tepat

Sistem Siku Sekuang

PENANAMAN DI LADANG

Selepas seminggu, anak-anak pokok cantuman yang terpilih diubah ke ladang. Anak-anak pokok diletakkan ditengah-tengah lubang setelah polibeg dipotong dan dibuang. Boleh ditanam pada jarak 4.5-6.0 m bergantungkepada klon yang dipilih dan jenis tanah. Jarak penanaman yang sesuai ialah 6m x 6m (278 pokok/ha.),sementara di tanah bekas lombong jarak 4.6 m x 4.6 m (480 pokok/ha) boleh digunakan kerana pertumbuhanpokok di tanah jenis ini tidak begitu besar berbanding dengan keadaan tanah mineral. Pengusaha bolehmenggunakan sistem kepadatan tinggi dengan jarak 4 m x 6 m (417 pokok/ha) bagi tanah mineral. Kayusokongan yang berukuran 1 meter tinggi perlu dipacak pada setiap anak pokok untuk mendapatkanpertumbuhan tegak pada batang utama.

Pembajaan:

Seperti jadual di bawah:-

Kadar penggunaan baja

Umur Jenis Baja Masa (kekerapan)

1 tahun NPK 14:14:14 (1.8 kg) + tahi ayam (2.0 kg) 3-4 kali setahun

2 tahun NPK 12:12:17:2 (3.6kg )+ tahi ayam (15 kg) 3-5 kali setahun selepas kutip hasil

3 tahun NPK 12:12:17:2 (7.3 kg) + tahi ayam (15 kg) 3-5 kali setahun selepas kutip hasil

4 tahun NPK 12:12:17:2 (11.4 kg)+ tahi ayam (20 kg) 3-5 kali setahun selepas kutip hasil

5 tahun NPK 12:12:17:2 (18.2 kg) + tahi ayam (20 kg) 3-5 kali setahun selepas kutip hasil

Page 4: PANDUAN MENANAM BELIMBING

10/30/13 PANDUAN MENANAM BELIMBING

pertanianperak.gov.my/jpp/index.php?view=article&catid=68%3Amanual-tanaman&id=181%3Apanduan-menanam-belimbing&tmpl=component&print=1&layout=… 4/13

6 tahun NPK 12:12:17:2 (27.3 kg)+ tahi ayam (20 kg) 3-5 kali setahun selepas kutip hasil

7-15 tahun NPK 12:12:17:2 (27.3 kg) + tahi ayam (20 kg) 3-5 kali setahun selepas kutip hasil

Mencantas:

Biarkan pokok 30-45 cm dari permukaan tanah, pangkas dan biarkan tunas baru naik. Simpan 4-5 tunassebagai dahan utama. Kemudian dahan tersebut dibiarkan mempunyai 4-5 ranting sahaja. Ini dilakukankepada pokok yang telahpun mengeluarkan hasil, cantasan perlu dilakukan memandangkan belimbing begitucepat mengeluarkan pucuk dan tunas baru.

Bagi kaedah menggunakan sistem pepara, dahan-dahan diikat pada kayu sokong yang dicondongkan supayaia memanjat sehingga sampai ke para-para setinggi 6 kaki yang dipasang di atas. Kaedah seperti inidilakukan untuk memudahkan kerja-kerja memangkas, membalut buah dan memungut hasil.

Page 5: PANDUAN MENANAM BELIMBING

10/30/13 PANDUAN MENANAM BELIMBING

pertanianperak.gov.my/jpp/index.php?view=article&catid=68%3Amanual-tanaman&id=181%3Apanduan-menanam-belimbing&tmpl=component&print=1&layout=… 5/13

Rajah 2

Rajah 3

Page 6: PANDUAN MENANAM BELIMBING

10/30/13 PANDUAN MENANAM BELIMBING

pertanianperak.gov.my/jpp/index.php?view=article&catid=68%3Amanual-tanaman&id=181%3Apanduan-menanam-belimbing&tmpl=component&print=1&layout=… 6/13

Rajah 4

Rajah 5

Page 7: PANDUAN MENANAM BELIMBING

10/30/13 PANDUAN MENANAM BELIMBING

pertanianperak.gov.my/jpp/index.php?view=article&catid=68%3Amanual-tanaman&id=181%3Apanduan-menanam-belimbing&tmpl=component&print=1&layout=… 7/13

Pengurusan Air:

Pengurusan air yang berkesan dapat mengurangkan kematian pokok pada peringkat awal pertumbuhanpokok. Terdapat dua jenis sistem pengairan yang boleh digunakan untuk tanaman belimbing iaitu sistempengairan titis dan sistem pengairan penyembur. Pemilihan jenis sistem pengairan bergantung kepadakedapatan sumber air, kualiti air, bentuk muka bumi, topografi, perbezaan aras tinggi dan terendah sertamodal kos pembangunan.

PERBANDINGAN SISTEM PENGAIRAN TITIS DAN PENGAIRAN PENYEMBUR:

Pengairan Titis

Kebaikan Keburukan

Kos pembangunan antara RM7,000-RM8,000 sehektar.Kos operasi dan penyelenggaraan rendah.Kecekapan pengairan tinggi (95%).Sistem memerlukan jumlah tekanan

Penyebar mudah tersumbatJangkamasa operasi panjang.Penyeliaan sistem rumit.

Pengairan Penyembur

Kebaikan Keburukan

Kepala penyembur jarang tersumbat.Jangkamasa operasi singkat.

Kos pembangunan tinggi antara RM13,00-RM14,000 sehektar.Kos operasi & Penyelenggaraan tinggi RM500/hektar/tahun.Kecekapan pengairan rendah (60%).

Page 8: PANDUAN MENANAM BELIMBING

10/30/13 PANDUAN MENANAM BELIMBING

pertanianperak.gov.my/jpp/index.php?view=article&catid=68%3Amanual-tanaman&id=181%3Apanduan-menanam-belimbing&tmpl=component&print=1&layout=… 8/13

Penyeliaan sistem mudah.

Sistem memerlukan jumlah tekanan dan kadar alir air yangtinggi.

Pengairan untuk tanaman belimbing selalunya dibuat pada sebelah pagi dan petang, ini adalah untukmengelakkan perwapan yang berlaku di waktu tengahari, meningkatkan kecekapan pengairan danmenentukan supaya air yang dibekal bukan air panas yang terkena kepada cahaya matahari. Jangkamasapengairan setiap hari bergantung kepada keluasan zon akar, faktor tanaman, keupayaan pegangan air bagitanah, jumlah penyebar setiap pokok, kadar alir air setiap penyebar, cuaca dan peringkat pertumbuhanpokok. Pengairan perlu dikawal pada peringkat matang pokok untuk merangsang pembungaan.

Membungkus buah:

Buah perlu dibungkus untuk mendapatkan kualiti yang baik. Juga dapat mengelakkan daripada diserang lalatbuah dan perosak-perosak lain serta mengelakkan kerosakan ketika buah diangkut ke rumahpembungkusan. Buah belimbing mula dibungkus pada peringkat empat minggu selepas berputik. Membungkus pada peringkat ini memberikan peratus kejayaan pembentukan dan pembesaran buah lebihdaripada 90%.. Buah yang dipilih untuk dibungkus berbentuk lurus, bersih dari titik-titik hitam atau tanda-tanda sengatan. Buah yang dibungkus juga adalah lebih besar, lebih menarik dan berkilat daripada buahyang tidak dibungkus.

Mengutip Hasil:

Belimbing adalah tanaman tidak bermusim tetapi ada 3-5 kali hasil yang banyak dalam setahun. Jangkamasa dari bunga berkembang hingga masak ialah 2 1/2 bulan. Buah mestilah dibalut bila berukuran 2-4 cmpanjang. Buah boleh masak dalam masa 40-60 hari. Kerja-kerja memetik mestilah dijalankan pada awalpagi. Tempoh yang dilarang mengutip hasil selepas semburan akhir racun perosak adalah seperti berikut:-

Racun Perosak Tempoh Dilarang Tuai

MalathionFenthionCypermethrinTiademefonRacun berunsur kuprumGlufosimate-amonium

714530-

14

Pemasaran:

Untuk tujuan pemasaran, dari segi buah hendaklah dijaga supaya tidak rosak kerana ianya mudah diserangpenyakit dan cepat menjadi busuk. Buah boleh diisi ke dalam kotak atau bakul dan disusun di antara 4-5lapisan. Buah belimbing boleh dipetik apabila didapati masak 75%. Warna buah menjadi kuning. Ianya

tahan 1-2 minggu jika disimpan didalam suhu bilik 24oC-35oC dalam suhu 5oC. Ianya boleh disimpanselama 5 minggu tanpa kerosakan pada rasa dan kualiti.

INDEKS KEMATANGAN DAN PENUAIAN BUAH BELIMBING

Indeks warna belimbing telah dibentuk mengikut peringkat kematangan tertentu yang boleh digunakansebagai indeks kematangan. Warna kulit dikelaskan kepada 7 jenis seperti berikut:-

Page 9: PANDUAN MENANAM BELIMBING

10/30/13 PANDUAN MENANAM BELIMBING

pertanianperak.gov.my/jpp/index.php?view=article&catid=68%3Amanual-tanaman&id=181%3Apanduan-menanam-belimbing&tmpl=component&print=1&layout=… 9/13

Indeks warna 1 : Keseluruhan buah hijau gelap

Indeks warna 2 : Buah berwarna hijau muda berkilat

Indeks warna 3 : Buah berwarna lebih hijau daripada kuning

Indeks warna 4 : 50% bahagian buah berwarna hijau dan 50% kuning

Indeks warna 5 : Buah berwarna lebih kuning daripada hijau

Indeks warna 6 : Keseluruhan buah berwarna kuning

Indeks warna 7 : Keseluruhan buah berwarna kuning oren

Bagi varieti B10, buah pada indeks warna 1 masih belum matang dan tidak sesuai untuk dituai dandipasarkan. Buah pada peringkat ini mempunyai rasa yang masam dan kelat. Buah yang dipetik pada warna2 dan 3 sesuai dipetik untuk dieksport melalui kapal laut. Buah yang dipetik pada indeks warna 4 dan 5mempunyai warna lebih kuning dan sesuai untuk dieksport melalui udara. Buah pada indeks warna 6 tidakdigalakkan untuk dieksport, walaupun masih boleh dieksport melalui udara, kerana buah sudah terlalu masakdan tidak tahan lama. Walau bagaimanapun, buah pada indeks warna 6 dan 7 adalah paling manis danberjus.

Pokok belimbing berbuah tidakbermusim dan penuaiannya bolehdilakukan 4-6 kali setahun. Penuaian varieti B10 dilakukandengan tangan selepas 60-65 haridari peringkat berputik ketika buahmencapai peringkat indeks warna 2. Buah biasanya dibalut dengan begpembungkus lebih kurang 4 mingguselepas berputik dan saiznyamencapai 5-6 cm. Begpembungkus daripada kertas suratkhabar diberi kod warna untukmemudahkan penuaian. Belimbingbiasanya dipetik dengan tangansecara menarik buah yangberbungkus daripada ranting. Buahyang masih berbungkus disusundengan cermat secara berbaring didalam bakul plastik dan diletakkan ditempat redup sementara menungguuntuk diangkut ke rumahpembungkusan.

Pengenalan dan Gred Saiz

Gred KetentuanKelonggaran

(% maksimum)

1

Kandungan bahan pepejal larut > 8 Birx:Seragam indeks warnaKesegaranKerosakanKecacatan (cacat rupa, cacat bentuk, kotor)

55510

Page 10: PANDUAN MENANAM BELIMBING

10/30/13 PANDUAN MENANAM BELIMBING

pertanianperak.gov.my/jpp/index.php?view=article&catid=68%3Amanual-tanaman&id=181%3Apanduan-menanam-belimbing&tmpl=component&print=1&layout… 10/13

Saiz yang seragam (berat > 200 gm) 5

2

Seragam indeks warnaKesegaranKerosakanKecacatan (cacat rupa, cacat bentuk, kotor)Saiz yang seragam 120-200 gm)

5510155

PENYAKIT TANAMAN BELIMBING SERTA CARA KAWALANNYA

1. Mati rosot dahan (Cephaleuros virescens)Disebabkan oleh Cephaleuros virescens, sejenis alga yang menyerang daun, batang dan buah. Iamerebak melalui angin. Alga ini boleh menyebabkan batang bengkak, retak dan seterusnya daun gugurserta mati rosot pada batang. Jangkitan pada daun tidak penting kerana ia hanya menyerang padalapisan luar sahaja. Bahagian pucuk yang diserang diselaputi dengan tompok-tompok alga. Pangkaspokok bagi mengurangi serangan alga ini. Kawalan secara kimia dengan menggunakan racun kulatyang mengandungi kupram pada kadar yang ditetapkan.

2. Penyakit akar putih (Rigidoporus lignosus)Disebabkan oleh kulat Rigidoporus lignosus yang merebak melalui akar. Merbahaya dan bolehmenyebabkan kematian pokok. Pokok yang diserang boleh menyebabkan daun menjadi layu, kering dangugur. Akar-akar yang dijangkiti akan kelihatan bebenang kulat atau rizomof yang berwarna putih dipermukaannya. Cara jangkitan ialah dari akar ke akar melalui bebenang kulat. Akar yang diseranghendaklah dibuang dan siram tanah keliling dengan racun kulat disirim dengan racun jenis sistemikseperti tridemorf atau triademenol. Jika serangan teruk, pokok hendaklah dicabut dan dibakar bersamaakar-akar yang berpenyakit.

3. Bintik Daun (Cercospora averrhoae)Disebabkan oleh Cercospora averrhoae. Kulat ini menyerang daun dan kerap berlaku apabila keadaanlembab. Tanda awal serangan ialah bintik-binti kecil nekrotik pada daun dan bintik-bintik ini akanbercantum menjadi besar. Bahagian tengah bintik berwarna putih kelabu manakala bahagian tepi gelapdan dikelilingi oleh tisu klorotik. Serangan teruk boleh menyebabkan daun muda gugur. Sembur denganracun kulat yang mengandungi kupram atau mancozeb.

4. Daun berumpun dan kerekot (bunchy and mainformed top) Cladosporium oxysporum dan interaksi dengan kutu thrip)Serangan berlaku pada betik eksotika. Pucuk daun yang diserang kelihatan cacat dan terdaapt bintikdaun serta bintik berlubang. Pada daun tua kelihatan bintik perang dan daun kelihatan kerekot. Pokokkelihatan bantut dan menjadi kecil. Sebur dengan racun kulat seperti mancozeb dan sembur racunserangga bagi kawalan kutu trip.

SERANGGA PEROSAK

1. Lalat buahPerosak utama buah belimbing dan perosak yang sukar dikawal. Buah belimbing muda rentan terhadapserangan lalat buah dalam tempoh 2-3 minggu selepas peringkat buah berputik. Bungkus buah keranaselepas waktu ini lalat buah betina mula bertelor. Tanda buah yang disengat ialah bintik hitam pada

Page 11: PANDUAN MENANAM BELIMBING

10/30/13 PANDUAN MENANAM BELIMBING

pertanianperak.gov.my/jpp/index.php?view=article&catid=68%3Amanual-tanaman&id=181%3Apanduan-menanam-belimbing&tmpl=component&print=1&layout… 11/13

buah hijau dan coklat atau lebam pada buah masak.

Pengusaha dinasihatkan memusnahkan buah-buah yang tidak dibalut (atau tidak diperlukan) di ataspokok dan juga buah-buah yang rosak dan jatuh ke tanah bagi mengurangkan perumah lalat buah. Jikatidak lalat buah ini akan membiak di dalam buah tersebut dengan cepat. Pembungkusan hendaklahdijalankan pada 2-3 minggu selepas pembentukan buah. Racun serangga (fenthion atau cypermethrin)juga digunakan untuk mengawal lalat tetapi penggunaan secara terus ke atas buah hendaklah dielakkandemi untuk menghindarkan kesan sisabaki berlebihan. Semburan umpan protin (campuran protinhydrolysate dan racun serangga) atau perangkap lalat jantan menggunakan bahan penarik juga bolehdiamalkan.

2. Ulat bungaLarva ulat ini mengorek bunga dan putik buah. Serangan yang teruk boleh merosakkan keseluruhanjambak bunga dan akibatnya buah tidak terbentuk. Putik buah yang diserang akan gugur. Apabilamenjadi wabak, sekali semburan dengan racun serangga seperti cypermethrin dan malation adalahmemadai kerana jika berlebihan akan memberi kesan buruk kepada serangga pendebungaan.

3. Ulat lymantriidLarva menyerang bahagian bunga dan permukaan kulit buah tanpa mengorek ke dalam isi. Seranganselalu terjadi keatas buah muda yang tidak dibungkus. Boleh dikawal dengan parasitoid larva.

4. Ulat buahLarva menyerang buah muda yang tidak dibungkus. Juga menyerang daun hijau yang matang. Larvamenyerang lapisan kulit luar daun dan menyebabkan bahagian itu menjadi kering dan coklat. Buah yangdiserang hendaklah dibuang semasa pembungkusan buah. Sebelum membungkus buah, sekalipenyemburan dengan eltametrin atau metamidofos 0.05% adalah memadai.

5. Pengorek batangSerangga bertelur di celah-celah rekahan kulit batang. Larva yang menetas mengorek batang danmenyerang permukaan kulit. Larva seterusnya membentuk terowong dan liang-liang. Kepompongterjadi di lorong dalam batang dan akan bergerak ke liang sebelum serangga dewasa terjadi. Racunserangga (metamidofos) disuntik ke dalam liang dan kemudian disumbat dengan tanah bagimengelakkan larva keluar.

PEMBUNGKUSAN DAN PERLABELAN

PembungkusanBuah belimbing dari gred yang sama hendaklah dibungkus menggunakan bekas yang sesuai supayadapat memberi perlindungan yang optimum daripada kerosakan semasa pengendalian danpengangkutan.

PerlabelanTiap-tiap unit pembungkusan hendaklah dilabel yang mengandungi maklumat berikut:- Tarikh, nama/kodpenanaman, nama/kod pengeksport, nombor kad pengenalan, nombor pendaftaran syarikat, alamat,komoditi, berat bersih dan gred.

PERSAMPELAN

Page 12: PANDUAN MENANAM BELIMBING

10/30/13 PANDUAN MENANAM BELIMBING

pertanianperak.gov.my/jpp/index.php?view=article&catid=68%3Amanual-tanaman&id=181%3Apanduan-menanam-belimbing&tmpl=component&print=1&layout… 12/13

Bilangan sampel dan kaedah persampelan bagi tujuan pemeriksaan adalah berdasarkan kepada MS 78:1973Method of Sampling Fresh Fruits, atau kaedah statistik yang dipersetujui.

PENGENDALIAN PASCATUAI

Bungkusan buah yang dipetik dimasukkan ke dalam bakul yang sedia dibawa oleh pemetik ke pusatpengumpulan sementara. Di sana, pembalut dan buah tidak ditanggalkan dan disusun rapat ke dalam bakulplastik atau kotak kertas beralun. Ini dapat mengurangkan geseran yang terjadi antara kertas kering dansading buah. Buah-buah disusun secara terbaring pada garis panjang. Setiap lapisan buah dialas dengankertas. Kaedah ini sesuai untuk pengangkutan buah ke tempat yang dekat.

Buah belimbing yang dipasarkan perlu dikendalikan dalam bangsal atau tempat pembungkusan yang sesuai. Rumah pembungkusan perlu ada ruang untuk aktiviti pemilihan, penggredan, membuat rawatan, bilik sejukdan stor untuk menyimpan kotak dan peralatan. Buah digred mengikut piawaian SIRIM. Buah belimbinguntuk dieksport mestilah segar iaitu dibungkus dalam tempoh 24 jam selepas dipetik. Pembungkusan adalahperlubagi menjamin mutu buah agar sentiasa berkeadaan pejal, kulit tidak bertukar warna dan buah tetapberwarna hijau ketika dipasarkan. Terdapat 3 cara pembungkusan untuk pasaran eksport iaitu,

buah dibungkus dengan filem regang jenis poliner klorida (PVC)buah dibungkus dengan kertas tisubuah dibungkus dengan polystyrene net

Buah yang telah dibungkus disusun di dalam kotak yang disedia khas. Kotak-kotak yang telah diisi hendaklahdiasingkan kepada lot-lot mengikut kelas saiz besar, sederhana dan kecil dan disimpan dalam bilik sejukuntuk tujuan eksport.

KEGUNAAN BUAH BELIMBING

Selain jadi pencuci mulut, belimbing boleh dijadikan penawar kepada beberapa jenis penyakit. Bagi orangMelayu, buah belimbing dikatakan elok dimakan oleh pesakit darah tinggi, sama ada dimakan begitu sahajaatau dibuat jus. Ada juga yang minum air rebusan daun belimbing untuk menurunkan tekanan darah tinggi.

Di India, buah belimbing yang matang digunakan untuk menghentikan pendarahan dan meredakan penyakitbuasir berdarah. Buah yang dikeringkan atau air buah pula dimakan sebagai penawar demam. Jika terkenacirit-birit, jem belimbing dikatakan boleh meredakannya. Manakala salap daripada buah belimbing digunakanuntuk melegakan penyakit mata.

Di Brazil, belimbing disyorkan sebagai 'diuretik' (bertindak untuk melancarkan pengeluaran air kencing) bagipesakit buah pinggang dan pundi kencing. Ia juga dipercayai dapat meredakan gatal-gatal kulit yangmengalami ekzema. Dalam perubatan Cina, belimbing dikatakan bertindak untuk menghilang dahaga,meningkatkan perembesan air liur dan melegakan demam.

Air rebusan buah dan daun belimbing boleh diminum untuk menghilangkan rasa mual dan loya muntah. Daun-daun yang diikat pada pelipis pula dapat melegakan sakit kepala. Cacar air dan kurap juga dikatakandapat dirawat dengan daun belimbing. Caranya, daun dan pucuk belimbing dihancurkan dan dituam padacacar air dan kurap tersebut. Juga dipercayai bunga belimbing boleh dijadikan ubat cacing.

Di sesetengah tempat di Asia Tenggara, mereka menggunakan bunga belimbing untuk mengurangkanradang kulit bagi pengidap dermatitis (kulit kemerah-merahan dan mengelupas). Bunga belimbing digosok-gosokkan pada kulit yang terkena jangkitan tersebut. Air rebusan biji belimbing yang dihancurkan pula,dikatakan dapat menggalakkan pengeluaran susu dan melancarkan haid. Namun begitu, air rebusan inihendaklah diminum sedikit sahaja kerana ia agak memabukkan. Ada juga yang menggunakan serbuk bijibelimbing sebagai ubat penenang bagi penyakit lelah dan kembung.

Mengikut Burkill, 'kulit dalam' pokok belimbing yang diadun bersama kayu cendana dan Alyxia sp., boleh

Page 13: PANDUAN MENANAM BELIMBING

10/30/13 PANDUAN MENANAM BELIMBING

pertanianperak.gov.my/jpp/index.php?view=article&catid=68%3Amanual-tanaman&id=181%3Apanduan-menanam-belimbing&tmpl=component&print=1&layout… 13/13

disapu pada ruam panas. Manakala akar belimbing yang diadun bersama gula, dikatakan boleh menawarkanracun. Daun, batang dan akar belimbing didapati mengandungi asid hidrosianik.

KEGUNAAN BELIMBING BULUH

Di Filipina, daun belimbing buluh digunakan sebagai pes untuk dituam pada bahagian badan yang mengalamigatal-gatal, bengkak, penyakit beguk dan reumatisme. Pada sesetengah tempat, pes daun belimbing buluhatau daun yang dihancurkan dijadikan penawar bagi gigitan binatang yang berbisa dan beracun.

Orang-orang Melayu dahulu, menggunakan daun yang segar atau yang diperam, untuk merawat penyakitkelamin. air rendaman daun belimbing ini juga dikatakan berkesan untuk melegakan batuk dan penyakitseriawan. Selain itu, air rendaman daun ini dipercayai boleh dijadikan tonik untuk wanita lepas bersalin. Penyakit radang dubur (rectal inflammative) juga dapat dikurangkan apabila air rebusan daun ini diminum.

Di Jawa, buah belimbing buluh yang dicampur dengan lada sulah, dimakan untuk mengeluarkan peluhapabila badan merasa kurang sihat. Apabila baru lepas demam, pes buah belimbing buluh jeruk, dilumur keseluruh badan supaya cepat sembuh dan untuk mengembalikan kesegaran badan. Jem buah belimbing inipula boleh dijadikan ubat batuk, penyakit beri-beri dan 'biliousness' (fungsi hati yang terganggu atau terlebihhempedu).

Buah belimbing buluh juga boleh dijadikan siap dan ia baik untuk melegakan demam, menghentikanpendarahan dubur dan meredakan penyakit buasir dalaman.

KEMBALI KE SENARAI PANDUAN MENANAM BUAH-BUAHAN & SAYUR-SAYURAN