pak kaduk yang malang

Upload: nor-azlina

Post on 15-Jul-2015

310 views

Category:

Documents


11 download

TRANSCRIPT

Pak Kaduk Yang Malang

Di hujung sebuah kampong, tinggal sepasang suami isteri iaitu Pak Kaduk dan isterinya Mak Siti. Mereka berdua sudah tua dan tidak mempunyai anak. Pak Kaduk sangat lurus orangnya dan seorang yang baik hati. Pak Kaduk mempunyai seekor ayam sabung yang diberi nama Si Biring. Si Biring sangat kuat kerana Pak Kaduk selalu memberi makanan yang cukup kepada ayamnya. Pak Kaduk selalu membawa Si Biring pergi bersabung ayam. Pada suatu hari, Pak Kaduk hendak membawa Si Biring menyabung ayam dengan ayam raja. Dia meminta Mak Siti menjahit sehelai baju daripada kertas untuk dipakai ke istana raja. Mak Siti tidak bersetuju dan berasa bimbang dengan hasrat Pak Kaduk namun, Pak Kaduk tidak menghiraukannya. Apabila tiba di istana, Pak Kaduk menyatakan hasratnya untuk menyabung ayamnya dengan ayam raja. Dia sangat yakin bahawa Si Biring akan menang. Oleh itu, Pak Kaduk telah mempertaruhkan kampungnya sebagai taruhan dalm perlawanan itu. Sebelum perlawanan itu bermula, raja meminta ayamnya ditukarkan dengan Si Biring. Pak Kaduk yang lurus dan baik hati itu bersetuju dengan permintaan raja. Acara menyabung ayam pun bermula dan Si Biring telah menang manakala ayam raja telah mati. Pak Kaduk bersorak ring dan terlupa bahawa dia telah menukar ayam dengan raja. Tiba-tiba, pakaian kertasnya terkoyak dan semua orang pun mengetawakannya. Pak Kaduk berasa malu dan terus pulang ke rumah. Akhirnya Pak Kaduk telah sedar akan kebodohannya. Pak Kaduk dan Mak Siti berasa sedih kerana terpaksa berpindah dari kampung halaman mereka.

Seloka Pak Kaduk

Alahai malang Pak Kaduk Ayamnya menang kampung tergadai Ada nasi dicurahkan Awak pulang kebuluran

Hai mudik menongkah surut Hilir menongkah pasang Ada isteri dibunuh Nyaris mati oleh tak makan

Masa belayar kematian angin Sauh dilabuh bayu berpuput Ada rumah bertandang duduk Aduhai... malang Pak Kaduk

Jawab soalan-soalan di bawah: 1. Tuliskan dua pengajaran daripada cerita Malang Pak Kaduk.

2. Sekiranya kamu adalah Pak Kaduk, apakah tindakan kamu ketika raja ingin menukar ayamnya dengan Si Biring? Mengapa?

3. Pada pendapat kamu mengapakah Pak Kaduk berhasrat ingin bersabung ayam dengan ayam raja? ____________________________________________________ ____________________________________________________ 4. Berikan kata lawan bagi perkataan tersebut: a. kampung b. lurus c. disukai d. bimbang e. bermula f. pulang g. terlupa h. berpindah i. menang j. hujung x x x x x x x x x x _______________ _______________ _______________ _______________ _______________ _______________ _______________ _______________ _______________ _______________