p kuliah 9

7
Kuliah 9 Teori Peralihan Demografi Teori Peralihan Demografi mengkelaskan penduduk dengan pelbagai kombinasi kelahiran dan kematian. Berasaskan kepada pemerhatian yang dibuat oleh ahli demografi Amerika bernama Warren Thompson pada tahun 1929. Beliau mendapati terdapat perubahan kadar kelahiran dan kadar kematian dalam kalangan masyarakat industri sejak lebih 200 tahun yang lalu. Teori Peralihan Demografi merupakan hipotesis saintifik. Sehingga tahun 1990an mempunyai corak yang sama dengan negara Maju. Namun begitu tidak begitu sesuai digunapakai untuk negara LDC (Less Developed Countries). Oleh kerana Teori Peralihan Demografi adalah berasaskan kepada kaedah saintifik, ia sentiasa berkembang dan diperbaiki dari masa ke semasa. Salah satu daripada TPD yang awal ialah teori yang dikemukakan oleh Blacker (1947) yang menbahagikan pertumbuhan penduduk kepada 5 fasa iaitu:

Upload: peningla

Post on 03-Jul-2015

95 views

Category:

Education


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: P kuliah 9

Kuliah 9 Teori Peralihan Demografi Teori Peralihan Demografi mengkelaskan penduduk dengan pelbagai kombinasi kelahiran dan kematian. Berasaskan kepada pemerhatian yang dibuat oleh ahli demografi Amerika bernama Warren Thompson pada tahun 1929. Beliau mendapati terdapat perubahan kadar kelahiran dan kadar kematian dalam kalangan masyarakat industri sejak lebih 200 tahun yang lalu. Teori Peralihan Demografi merupakan hipotesis saintifik. Sehingga tahun 1990an mempunyai corak yang sama dengan negara Maju. Namun begitu tidak begitu sesuai digunapakai untuk negara LDC (Less Developed Countries). Oleh kerana Teori Peralihan Demografi adalah berasaskan kepada kaedah saintifik, ia sentiasa berkembang dan diperbaiki dari masa ke semasa. Salah satu daripada TPD yang awal ialah teori yang dikemukakan oleh Blacker (1947) yang menbahagikan pertumbuhan penduduk kepada 5 fasa iaitu:

user
Highlight
user
Highlight
user
Highlight
user
Highlight
user
Highlight
Page 2: P kuliah 9

1. Peringkat pertama ditunjukkan oleh bilangan kelahiran yang tinggi dan kematian yang juga tinggi menyebabkan pertumbuhan penduduk yang rendah. 2. Peringkat kedua kelahiran tinggi dan kematian juga tinggi pada peringkat awal. Kemudian kematian mula menurun dan menyumbang kepada pertumbuhan penduduk 3. Peringkat ketiga kelahiran menurun, manakala kematian semakin berkurang. Kemudian kematian berlaku lebih perlahan daripada kelahiran menyebabkan pertumbuhan penduduk berlaku dengan sangat pantas 4. Peringkat keempat berlaku keseimbangan antara kematian yang rendah dan kelahiran yang rendah. Menyebabkan pertumbuhan penduduk perlahan. 5. Peringkat kelima kelahiran rendah dan kematian juga rendah yang akhirnya melampaui kadar kelahiran. Menyebabkan berlaku pertumbuhan penduduk negetif.

Thompson (1948) mengubah fasa ini menjadi 3 peringkat iaitu:

user
Highlight
user
Highlight
Page 3: P kuliah 9

1. Peringkat keseimbangan antara kematian yang tinggi dan tidak terkawal dengan ciri-ciri kelahiran yang menyebabkan pertumbuhan penduduk menjadi rendah. 2. Peringkat kelahiran rendah dan penurunan yang pantas kadar kematian. Membawa kepada pertumbuhan penduduk yang pesat. 3. Peringkat keseimbangan antara kematian dan kelahiran pada kadar yang sangat rendah, menyebabkan berlaku pertumbuhan penduduk sifar.

Teori-teori ini kemudiannya berkembang dengan mengambikira proses peralihan demografi antara negara sedang membangun dengan negara-negara Eropah pada tahun 1980an.

Zarnoun dan Tabutin (1994) meringkaskan dan menggambarkan corak model peralihan demografi adalah seperti berikut:

1. Peringkat pra peralihan dilihat berdasarkan kepada turun naik kadar kematian dan kadar kelahiran setinggi 30-40 bagi 1000 orang, menyebabkan pertumbuhan penduduk terganggu.

user
Highlight
user
Highlight
user
Highlight
user
Highlight
Page 4: P kuliah 9

2. Permulaan penurunan secara tetap kadar kematian, manakala kadar kelahiran kekal tinggi menyebabkan pertumbuhan penduduk semulajadi meningkat. 3. Permulaan kepada penurunan kelahiran dengan pantas, kadar kematian juga turut perlahan menyebabkan pertumbuhan penduduk menjadi perlahan. 4. Peringkat selepas peralihan ditunjukkan melalui kadar kematian dan kadar kelahiran stabil pada tahap yang rendah. Hanya 10 kelahiran atau kematian bagi setiap 1000 orang. Membawa kepada pertumbuhan penduduk yang semakin perlahan.

user
Highlight
user
Highlight
Page 5: P kuliah 9

Konsep-konsep Asas 1. Kadar Kelahiran Kasar 2. Kadar Kematian Kasar 3. Kadar Pertumbuhan Semulajadi

Contoh pengiraan: 1. Kadar kelahiran kasar Bilangan kelahiran hidup setahun = 3,180

Bahagikan dengan populasi = 200,000

Darab dengan 1,000

CBR = [(3,180)/200,000] x 1,000

CBR = 15.9 kelahiran bagi setiap 1,000 orang. 2. Kadar kematian kasar

Page 6: P kuliah 9

Bilangan kematian dalam setahun = 1,860

Bahagikan dengan populasi = 200,000

Darab dengan 1,000

CDR = [(1,860)/200,000] x 1,000

CDR = 9.3 kematian bagi setiap 1,000

orang.

3. Kadar pertumbuhan semulajadi

CBR = 15.9 Tolak CDR = 9.3 Bahagi dengan 10

RNI = (CBR – CDR)/10 = [(15.9 -9.3) /10 = 0.66% pertumbuhan penduduk setahun

Page 7: P kuliah 9

Ringkasan 4 peringkat TPD:

1. Pertumbuhan penduduk sangat rendah

2. Pertumbuhan penduduk tinggi 3. Pertumbuhan penduduk tinggi dan

semakin perlahan 4. Pertumbuhan penduduk menurun

Faktor-faktor yang mempengaruhi setiap peringkat:

1. Saiz keluarga 2. Kadar kematian dan kelahiran bayi 3. Ekonomi keluarga 4. Status kanak-kanak 5. Peranan gender 6. Kemudahan kesihatan 7. Jaringan pengankutan 8. Kematian kanak-kanak 9. Saiz populasi

Lihat Jadual xls

user
Highlight
user
Highlight
user
Highlight
user
Highlight