oum bestari 3

18
PENGENALAN Perubahan merupakan satu fenomena lumrah dalam setiap perkara. Senge (1990) menyatakan, apa yang berlaku di sekolah adalah apa yang berlaku kepada kebanyakan organisasi yang terdapat dalam masyarakat. Menurut Ballantine (1997), dalam konteks sains sosial, perubahan secara umumnya boleh dibahagikan kepada empat peringkat. 1. Peringkat individu iaitu individu yang memainkan peranan dalam program perubahan itu . 2. Peringkat organisasi iaitu perubahan fizikal dan peranan di dalam sekolah. 3. Peringkat institusi iaitu perkara yang melibatkan polisi 4. Peringkat budaya iaitu menyentuh tentang attitud dan nilai. Bidang pendidikan di seluruh dunia dan khususnya di negara ini juga tidak terkecuali dengan perubahan ini. Di negara ini, setiap rancangan Malaysia mempunyai tema tersendiri. Dalam Rancangan Malaysia Ketujuh (1996 - 2000), Kementerian Pendidikan menjadikan teknologi maklumat sebagai keutamaan dalam pendidikan terutama di peringkat sekolah. Program literasi komputer serta pengajaran dan pembelajaran berbantu komputer diperluaskan ke semua sekolah dan institusi latihan. Penggunaan komputer di institusi pendidikan dan latihan dijangka akan mengukuhkan proses pengajaran dan pembelajaran serta membantu mengurangkan masalah kekurangan guru terlatih dan pengajard alam berbagai mata pelajaran. Pada 1997, satu sistem persekolahan yang cuba mengaplikasikan sistem teknologi maklumat dilancarkan. Sekolah itu dinamakan

Upload: shearer-alans

Post on 20-Nov-2015

228 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

sss

TRANSCRIPT

PENGENALANPerubahan merupakan satu fenomena lumrah dalam setiap perkara. Senge (1990) menyatakan, apa yang berlaku di sekolah adalah apa yang berlaku kepada kebanyakan organisasi yang terdapat dalam masyarakat. Menurut Ballantine (1997), dalam konteks sains sosial, perubahan secara umumnya boleh dibahagikan kepada empat peringkat. 1. Peringkat individu iaitu individu yang memainkan peranan dalam program perubahan itu . 2. Peringkat organisasi iaitu perubahan fizikal dan peranan di dalam sekolah. 3. Peringkat institusi iaitu perkara yang melibatkan polisi 4. Peringkat budaya iaitu menyentuh tentang attitud dan nilai. Bidang pendidikan di seluruh dunia dan khususnya di negara ini juga tidak terkecuali dengan perubahan ini.Di negara ini, setiap rancangan Malaysia mempunyai tema tersendiri. Dalam Rancangan Malaysia Ketujuh (1996 - 2000), Kementerian Pendidikan menjadikan teknologi maklumat sebagai keutamaan dalam pendidikan terutama di peringkat sekolah. Program literasi komputer serta pengajaran dan pembelajaran berbantu komputer diperluaskan ke semua sekolah dan institusi latihan. Penggunaan komputer di institusi pendidikan dan latihan dijangka akan mengukuhkan proses pengajaran dan pembelajaran serta membantu mengurangkan masalah kekurangan guru terlatih dan pengajard alam berbagai mata pelajaran. Pada 1997, satu sistem persekolahan yang cuba mengaplikasikan sistem teknologi maklumat dilancarkan. Sekolah itu dinamakan 'Sekolah Bestari' mengambil konsep 'Smart School' di Amerika Syarikat.Persekolahan Bestari ini nampaknya tidak sekadar berteraskan kepada kemampuan menyediakan prasarana fizikalnya sahaja, iaitu keunggulan teknologi serta kewujudan perkakasan yang mampu menyokongnya tetapi juga melibatkan prasarana bukan fizikal iaitu ciri kemanusiaannya. Kejayaan inisiatif perlaksanaan pendekatan Bestari ini bergantung kepada sejauh mana sifat bestari gurunya , kurikulum, bahan kandungan, dan sokongan dari pelbagai pihak; pencerna teknologi, penyedia dasar pendidikan, pihak-pihak yang terbabit dengan sistem pendidikan negara secara langsung mahupun secara tidak langsung, institusi keguruan, para ibu bapa serta masyarakat sekeliling mempunyai peranan mereka tersendiri .Dari sudut pendidikan, terdapat banyak faktor yang memberikan sumbangan bagi menjayakan sesuatu program perubahan (Fullan, 1982). Di antara faktor utama ialah guru itu sendiri . Malahan tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa kekuatan sistem pendidikan itu send iri bergantung kepada guru dan kualiti pendidikan atau latihan yang diterimanya (Miles dan Louise, 1990). Snyder (1992) ada menyatakan betapa besarnya peranan guru. Menurut beliau, guru yang merupakan barisan hadapan dalam melaksanakan sesuatu perancangan hendaklah mempunyai perspektif yang jelas terhadap program perubahan . Konsep 'aku punya' ditukar kepada 'kita punya', budaya kerja tradisional dipecahkan dan berubah kepada mempunyai sikap terbuka dan sangggup menerima dugaan daripada mana-mana pihak. Guru bukan hanya bersedia dan beminat untuk terlibat dalam program perubahan tetapi juga menjadi ketua dan pembimbing ke arah proses itu, bersedia berkongsi tanggungjawab, barulah kejayaan sesuatu program perubahan di sekolah boleh berlaku .

OBJEKTIF PENYELIDIKANPenyelidik telah melakukan suatu penyelidikan yang ringkas ke atas sebuah sekolah menengah di Daerah Lahad Datu dengan mengedarkan beberapa borang soal selidik ke atas 20 orang guru yang terdiri daripada beberapa orang guru lelaki dan guru perempuan. Borang soal selidik ini mengandungi beberapa item soalan mengenai konsep Sekolah Bestari. Persepsi guru-guru mengenai konsep Sekolah Bestari yang terlibat dalam penyelidikan ringkas ini akan dikenalpasti dan ia terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu:i. Pemahaman mengenai Konsep Sekolah Bestari.ii. Objektif dan Peranan Sekolah Bestari.iii. Pedagogi di Sekolah Bestari.iv. Kemahiran di Sekolah Bestari.v. Hasilan guna tenaga yang diharapkan daripada acuan Sekolah Bestari di Malaysia.vi. Cadangan-cadangan mengenai pelaksanaan Sekolah Bestari.

DEFINISI KONSEPSekolah Bestari ialah sekolah yang dapat menyediakan pelbagai peluang untuk perkembangan pengajaran dan pembelajaran murid-murid. Sekolah Bestari merupakan sekolah yang dilengkapi dengan segala keperluan ICT termasuk saluran pengajaran seperti komputer dan kemudahan Internet yang boleh digunakan oleh guru-guru untuk tujuan pengajaran. Kaedah ini bukan sahaja dapat melicin dan memaksimakan perkembangan pembelajaran dari segi kemahiran pemikiran yang tinggi, tetapi kepelbagaian kebijaksanaan dalam mata pelajaran yang dipelajari. (Hamizer,1997).Sekolah Bestari tidak bermaksud sekolah untuk pelajar bestari atau pintar semata-mata tetapi juga merupakan cara yang bestari bagi menjamin setiap pelajar cerdik atau lemah, kaya atau miskin mencapai potensi sepenuhnya mengikut kadar dan gaya pembelajaran yang paling sesuai dengannya. (Abdul Rashid & Siti Rahayah, 2001).Terdapat enam unsur penting yang diberi perhatian dalam menjayakan pelaksanaan Sekolah Bestari iaitu pengajaran dan pembelajaran, kurikulum, pengurusan, pemikiran, teknologi dan penilaian.Objektif utama pengurusan Sekolah Bestari ialah untuk mengurus sumber dan proses dengan cekap dan berkesan bagi menyokong fungsi pengajaran dan pembelajaran. Pihak pengurusan membantu mengagihkan sumber tenaga manusia yang mahir kepada aktiviti yang lebih bermakna, menjimatkan kos pada jangka panjang, meningkatkan mutu keputusan melalui akses yang lebih baik kepada maklumat dan mempercepatkan proses membuat keputusan.Bagi mencapai objektif ini, pengurusan Sekolah Bestari memerlukan pentadbir profesional yang gigih dan berwibawa serta guru yang dapat menjelaskan matlamat sekolah, memimpin pengajaran di sekolah dan mampu mendapatkan sokongan padu daripada ibubapa dan masyarakat. Mereka perlu mempereratkan komunikasi terbuka dengan semua pihak, mengagihkan sumber secara adil dan bijak, mengesan prestasi sekolah berbanding dengan objektif kewangan dan bukan kewangan, serta menyediakan suasana persekolahan yang menyokong pembelajaran (Rozinah, 2006).Mereka juga perlu mewujudkan dan mengekalkan staf yang bermotivasi dan berprestasi tinggi, menjamin keselamatan sekolah dan penghuni serta menggunakan dan mengurus teknologi dengan sesuai, berkesan dan cekap. Bagi mencapai objektif Sekolah Bestari proses dalamannya perlu diselaraskan sebagai suatu sistem. Sistem yang sempurna membolehkan bekalan input yang sesuai menghasilkan output yang dikehendaki seperti kesediaan pelajar untuk melanjutkan pelajarann atau penyertaan yang aktif dan produktif di kalangan tenaga kerja. Menurut Nor Zainah Nordin (2005), inisiatif Sekolah Bestari menawarkan peluang yang unggul untuk menilai semula sistem persekolahan sedia ada, mengenal pasti masalah dan mencari penyelesaian terbaik dengan bantuan teknologi.Ciri Sekolah Bestari yang paling ketara ialah suasana pengajaran dan pembelajaran yang dibina berdasarkan amalan terbaik dalam pendidikan rendah dan menengah daripada seluruh dunia. Ini melibatkan pemantapan kurikulum, pedagogi, penilaian dan bahan pengajaran dan pembelajaran yang sah. Antara tujuan Sekolah Bestari di perkenalkan adalah supaya dapat membanttu pelajar mencapai perkembangan yang seimbang, menyepadukan pengetahuan, kemahiran, nilai dan penggunaan bahasa yang betul, menyatakan secara eksplisit hasil pembelajaran yang dikehendaki bagi tahap keupayaan yang berbeza, memupuk pengetahuan dan kemahiran dan sikap yang sesuai untuk berjaya dalam zaman teknologi maklumat.Pengajaran Sekolah Bestari berhasrat menjadikan pembelajaran lebih menarik, menggalakkan, merangsangkan dan bermakna melibatkan minda, semangat dan tubuh badan dalam proses pembelajaran membina asas kemahiran untuk menyediakan kanak-kanak bagi menghadapi cabaran masa depan dan mengambil kira pelbagai keperluan dan kebolehan pelajar (Horton, 2004). Sekolah Bestari memerlukan bahan pengajaran dan pembelajaran konvensional dan elektronik yang sesuai dengan strategi pengajaran dan pembelajaran yang berbagai-bagai. Bahan ini mengambil kira pelbagai keperluan dan kebolehan pelajar bagi meningkatkan keupayaan dan potensi mereka supaya lebih bertanggungjawab menguruskan pembelajaran sendiri.

PERBINCANGANPerbincangan di sini melibatkan beberapa analisis borang soal selidik yang dilakukan oleh pengkaji. 20 orang guru responden telah menjawab item-item soalan yang terkandung di dalam borang soal selidik dan seperti yang telah dihuraikan dalam objektif penyelidikan ringkas ini, beberapa aspek atau bahagian yang telah diambil kira iaitu:i. Pemahaman mengenai Konsep Sekolah Bestari.ii. Objektif dan Peranan Sekolah Bestari.iii. Pedagogi di Sekolah Bestari.iv. Kemahiran di Sekolah Bestari.v. Hasilan guna tenaga yang diharapkan daripada acuan Sekolah Bestari di Malaysia.

1. Pengetahuan mengenai Konsep Sekolah BestariDi dalam bahagian ini, item-item soalan yang telah dijawab oleh 20 orang responden yang terdiri daripada guru lelaki dan guru perempuan adalah seperti berikut:i. Andakah anda pernah mendengar mengenai Sekolah Bestari?Hasil daripada dapatan penyelidikan, didapati seramai 30% orang guru telah pernah mendengari mengenai Konsep Sekolah Bestari ini dan memahami dengan lebih jelas, manakala 70% pula tidak langsung pernah mendengarimemahami konsep Sekolah Bestari ini. Ini kerana pihak pentadbir sekolah kurang menitikberatkan mengenai elemen-elemen Bestari di dalam sekolah. Hasilan penyelidikan juga menunjukkan bahawa beberapa orang responden guru tidak tahu langsung mengenai kewujudan Sekolah Bestari ini.ii. Adakah anda pernah dihantar untuk mengikuti kursus Guru Bestari atau kursus mengenai kemahiran ICT daripada mana-mana anjuran?30% orang guru daripada bilangan responden pernah mengikuti Kursus Guru Bestari dan kemahiran ICT. Mereka mendakwa walaupun mereka pernah menghadiri kursus ini tetapi pihak pentadbir tidak langsung memperdulikan mengenai kepentingan kursus ini. 70% orang guru tidak pernah mengikuti Kursus Bestari atau mengenai kemahiran ICT adalah disebabkan oleh keadaan sekolah mereka yang tidak mempunyai kemudahan makmal komputer yang lengkap

2. Objektif, peranan dan fungsi Sekolah BestariBahagian ini menjurus kepada pemahaman dan pengetahuan guru-guru mengenai objektif, peranan dan fungsi Sekolah Bestari. Ia terdiri daripada dua jenis item soalan iaitu:i. Objektif Sekolah Bestari tidak sesuai untuk dilaksanakan dalam sekolah anda kerana murid-muridnya tidak mahir dalam pengetahuan ICT dan komputer. Adakah anda bersetuju dengan pendapat di atas?60% guru daripada jumlah responden telah menyatakan bahawa mereka bersetuju dengan objektif Sekolah Bestari tidak dapat dilaksanakan kerana keadaan murid-murid yang tidak langsung mahir mengenai kemudahan komputer dan ICT. Keadaan geografi sekolah yang berada di kawasan luar bandar lagi menyebabkan masyarakat di sekeliling tidak mengambil berat mengenai kepentingan komputer dan teknologi maklumat (Krunner, 2008). 40% pula bersetuju kerana guru-guru tersebut mengajar di dalam kelas pandai di mana kebanyakan murid-muridnya bijak dan mahir dalam pengetahuan komputer.ii. Adakah anda bersetuju bahwa pihak pentadbir sekolah yang bertanggungjawab dalam memastikan pelaksanaan peranan dan fungsi Sekolah Bestari dapat diaplikasikan di dalam akademik dan kokurikulum sekolah anda ?100% responden bersetuju mengenai item soalan ini. Kebanyakan responden telah memberikan alasan bahawa sekiranya pihak pentadbir sekolah memandang serius terhadap kemajuan sekolah mereka tidak kira dari segi akademik ataupun ko-kurikulum dan meningkatkan budaya penggunaan ICT ini, guru-guru ini percaya bahawa pembestarian sekolah dapat dilaksanakan dengan jayanya. Ini kerana kebanyakkan kuasa dalam melaksanakan sesuatu perancangan projek misalnya pembestarian sekolah, pihak pentadbirlah yang menentukan sepenuhnya.

3. Pedagogi di Sekolah Bestari.Kaedah pengajaran dan pembelajaran seperti konsep Sekolah Bestari akan ditanya mengenai pendapat responden-responden guru ini.i. Adakah anda bersetuju bahawa pedagogi di Sekolah Bestari dapat dilaksanakan di dalam sekolah anda? Sekiranya anda tidak bersetuju berikan sebab-sebab anda mengatakan sedemikian.Di dalam item soal selidik ini, 50% guru bersetuju terhadap item soalan ini kerana mereka berpendapat bahawa jika sekolah dimajukan dari segi kemudahan ICT dan infrastuktur, maka pedagogi Sekolah Bestari dapat dilaksanakan. 50% pula tidak bersetuju kerana ia memerlukan perubahan yang besar dalam memastikan semua golongan di sekolah bekerjasama. Menurut guru-guru itu, ketiadaan kerjasama di antara semua pihak akan menyebabkan kegagalan pelaksanaan pedagogi Sekolah Bestari di sekolah mereka.ii. Pedagogi menurut Konsep Sekolah Bestari menjurus kepada kemudahan ICT dan komputer serta perisian-perisian yang berkaitan. Bagi anda, sekiranya pedagogi Konsep Sekolah Bestari ini dilaksanakan, adakah sukar bagi anda untuk menggunakan kaedah pedagogi seperti pedagogi di Sekolah Bestari?Seramai 60% responden mengatakan sekiranya pedagogi di Sekolah Bestari dilaksanakan dalam sekolah mereka, mereka berpendapat adalah sukar untuk menggunakan pedagogi itu. Ini kerana kemahiran mereka berdasarkan komputer dan ICT terhad atas faktor umur. 60% responden adalah kebanyakan guru-guru veteran yang berumur di antara 40-50 tahun, maka mereka berpendapat bidang-bidang komputer ini bukan pilihan mereka. Mereka lebih menyukai kaedah tradisional Chalk and Talk semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku di dalam bilik darjah. 40% pula mengatakan mereka senang mendengar sekiranya semua kaedah pengajaran dan pembelajaran menggunakan konsep Sekolah Bestari (Hamdan, 2005). Ini kerana menurut mereka, kemahiran mereka dalam komputer dan teknologi maklumat tidak sia-sia dan ia menyenangkan mereka dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.4. Kemahiran di Sekolah Bestari.Kemahiran yang dinyatakan di sini adalah merujuk kepada kemahiran guru-guru dan murid-murid dalam menggunakan ICT seperti komputer, perisian, alat-alat seperti LCD projektor, external hard disk dan lain-lain lagi.i. Guru-guru di sekolah anda sangat mahir atau boleh menggunakan komputer dan teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran. Anda setuju atau tidak?Daripada hasil analisis penyelidikan, 60% bersetuju bahawa guru-guru di sekolah mereka mahir dalam penggunaan komputer dan teknologi maklumat manakala 40% tidak bersetuju. ii. Sejauh manakah tahap kemahiran murid-murid di sekolah anda terhadap kemahiran menggunakan komputer dan teknologi maklumat? Sila pilih 1-sangat kurang mahir,2-kurang mahir, 3-sederhana mahir,4-mahir dan 5-sangat mahir.Hasil daripada dapatan penyelidikan, 20% memilih murid sangat tidak mahir, 30% memilih kurang mahir, 40% memilih sederhana mahir dan 10% memilih mahir. Daripada pemilihan ini, dapat diketahui hanya sebilangan kecil murid-murid mempunyai kemahiran menggunakan komputer dan teknologi maklumat. Ini kerana menurut kajian Daniel (2004), murid-murid yang tidak mahir dalam ICT atau komputer kebanyakannya berasal dari kawasan luar bandar. Seperti penyelidikan ini, pengkaji telah mendapati bahawa 70% murid-murid di sekolah mereka berasal dari kawasan kampung di luar bandar dan adanya di kawasan pendalaman. Maka tidak hairanlah hanya sebilangan kecil murid-murid di sekolah mereka mempunyai kemahiran komputer yang berasal di kawasan bandar

5. Hasilan guna tenaga yang diharapkan melalui Sekolah Bestari acuan MalaysiaHasilan ini bermaksud apakah jenis masyarakat yang akan dihasilkan melalui Sekolah Bestari. Adakah ia melahirkan pekerja yang berwawasan, lebih produktif, kreatif dan berdaya saing?i. Adakah anda bersetuju bahawa melalui pelaksanaan Sekolah Bestari ini, masyarakat di tempat tinggal anda akan lebih berinovatif, kreatif dan maju? 100% responden telah bersetuju dengan item soalan di atas. Ini kerana melalui sistem pelaksanaan melalui Sekolah Bestari, masyarakat akan mula mengetahui kepentingan penggunaan teknologi maklumat di masa hadapan. Bukan hanya di dalam sistem pendidikan sahaja dibestarikan malahan sistem-sistem lain yang ada di negara kita seperti pengangkutan, komunikasi, bahan mentah juga turut mendapat manfaatnya sekiranya aplikasi konsep Sekolah Bestari ini dijalankan sepenuhnya. ii. Melalui pelaksanaan Sekolah Bestari ini, apakah pendapat anda yang perlu pihak kerajaan lakukan untuk melahirkan masyarakat seperti yang digambarkan di dalam Wawasan 2020?20% reponden mengatakan bahawa pihak kerajaan perlulah menyediakan sistem pendidikan yang jauh lebih maju berbanding sekarang, 45% responden pula mengatakan pihak kerajaan perlulah menyelaraskan kesemua sistem pendidikan di negara ini kepada satu sistem yang seragam agar pelaksanaan Sekolah Bestari untuk seluruh negeri dapat dilaksanakan sepenunhya. 15% responden pula mencadangkan bahawa sistem pendidikan di negara kita perlulah melaksanakan sistem pendidikan pintar ataupun dikenali sebagai Smart Education. Jenis pendidikan ini memang lama sudah diaplikasikan di negara-negara maju.

CADANGANBeberapa responden telah mengemukakan beberapa cadangan di dalam ruangan cadangan dalam borang soal selidik. Antara cadangan tersebut ialah:1. Memperbanyakkan latihan kepada guru.Kemahiran ICT guru bergantung kepada pendedahan dan latihan yang diterima. Latihan ini akan dapat memperkasakan atau meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru-guru mengenai pengurusan yang berkaitan dengan teknologi maklumat.2. Penambahan bahan bantu mengajar dan buku-buku rujukan.Ia dapat membantu para guru dan murid-murid yang ingin mendalamkan lagi mengenai pengetahuan komputer atau teknologi maklumat. Di sini, peranan pusat akses dapat melatih para guru dan murid dalam meningkatkan kemahiran celik komputer di antara murid dan menggunakan perisian-perisian daripada guru-guru.3. Program penyelengaraan komputer dan peralatan ICTKeberkesanan pengajaran dan pembelajaran berbantukan ICT bergantung kepada peralatan ICT yang baik dan sedia untuk digunakan pada bila-bila masa. Bagi menjayakan hasrat tersebut, jadual tetap untuk menyelenggara semua peralatan ICT di sekolah perlulah dibuat. Semua peralatan ICT diselenggarakan sekurang-kurangnya sebanyak 2 kali setahun, iaitu pada setiap akhir penggal persekolahan. Aktiviti penyelengaraan itu termasuklah defrag, mengimbas dan membuang virus komputer, menaiktarafkan perisian dan membuang fail-fail yang tidak berkenaan daripada cakera keras.4. Penambahan peralatan ICT.Penambahan peralatan ICT sekolah dapat dilakukan dengan mencadangkan kepada pihak sekolah supaya membeli atau mencari penaja bagi mendermakan peralatan-peralatan seperti komputer, pengimbas, pencetak, LCD, kamera digital dan kamera video. Penambahan peralatan tersebut juga dapat dilakukan menerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), derma daripada syarikat-syarikat swasta dan wakil-wakil rakyat serta pembelian oleh pihak sekolah melalui peruntukan yang sedia ada.5. Merangkaikan komputer sekolah.Rangkaian adalah satu koleksi komputer yang dihubungkan oleh laluan komunikasi. Merangkaikan komputer ialah menghubungkan semua komputer yang terdapat di sekolah sama ada dengan menggunakan kabel atau secara tanpa wayar supaya semua komputer dapat dihubungkan antara satu sama lain. Merangkaikan komputer tanpa wayar dilakukan dengan memasang Access Point di semua blok bangunan sekolah supaya semua komputer sekolah boleh dihubungkan melalui rangkaian setempat (LAN ) dan mempunyai sambungan Internet. Dengan merangkaikan semua komputer di sekolah, pengurusan pentadbiran dan pemprosesan maklumat dapat disalurkan dengan tepat dan cepat.

KESIMPULANHasil daripada penyelidikan ringkas ini, dapat disimpulkan bahawa guru, ibu bapa, masyarakat dan kerajaan perlulah bekerjasama dalam memastikan kesemua sekolah di negara ini telah berjaya dibestarikan sepenuhnya selaras dengan Wawasan 2020. Meskipun terdapat banyak kekangan dan masalah yang dihadapi, pelaksanaan Sekolah Bestari ini sebenarnya tidak menjadi suatu beban bagi pihak sekolah kerana bak kata pepatah Melayu Di mana ada kemahuan, di situ ada jalannya. Usaha yang berterusan dan mendapat sokongan sepenuhnya daripada pihak kerajaan seharusnya dimanfaatkan sepenuhnya dalam membestari sekolah-sekolah ini. Aplikasi yang wujud daripada sistem Sekolah Bestari ini juga perlu dimanfaatkan sepenuhnya oleh guru dan murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.Oleh itu, semua pihak termasuk pihak pentadbir sekolah perlu bekerja keras dalam memastikan pembestarian sekolah dapat dijalankan dan dilaksanakan dengan jayanya. Peningkatan di dalam bidang akademik dan kokurikulum sekolah juga dapat dijanakan sekiranya sistem Sekolah Bestari ini telah diaplikasikan sepenuhnya. Bukan sahaja ia memudahkan sistem pendidikan di negara kita, malah sistem-sistem pentadbiran yang wujud di negara kita juga akan setanding dengan negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, Jepun, Korea Selatan dan Singapura.

( 2727 Patah Kata)RUJUKANAbdul Rashid Johar & Siti Rahayah Ariffin.(2001). Isu Pengukuran dan Penilaian Pendidikan. Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia.

Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (2006). Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006 2010, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Dr.Nor Hayati Binti Abd.Rashid & Chan Fong Mae.(2003). Applications Of The Smart School Conceptual Model In Preschool Education. Journal BTP Siri 5.Dis

Hamizer bin Mohd Sukor ( 1977). Smarting Up For New Challenge Of Smart Schools. Bestari Koleksi, Johor

Horton, Jr. F. (2004, Disember). Comments on International Guidelines on Information Literacy. Washington DC

Jenamakan Semula 88 Sekolah Bestari (30 April 2007) , Utusan Malaysia

Mohammed Sani B. Hj Ibrahim. (2003). Pembestarian Sekolah Dalam Era Globalisasi: Satu Pemikiran Baru Dalam Sistem Pendidikan Malaysia. Jurnal BTP. Siri 5..

Nor Zainah Nordin ( 7 Mei 2005 ). Kajian inisiatif ICT akan dilaksana, Utusan Malaysia

Norzilawati Abdul Halim.(6hb Mei 2004).10,000 jadi Sekolah Bestari Menjelang 2010, Berita Harian.

Rozinah Jamaludin (2005) Multimedia Dalam Pendidikan, Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd

Safaee Bin Zakaria dan Che Nik Bin Yaacob (2005). Kajian berkenaan minat para guru dan kakitangan sekolah Menengah Kebangsaan Jelawat dalam penggunaan aplikasi komputer dalam urusan pentadbiran sekolah, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia.