otak dan minda

4
OTAK (Hoka Hoki) PENGENALAN Manusia telah lama dikagumi dengan bahagian berwarna kelabu, berlipat-lipat yang terkandung dalam tengkorak kita. Seperti jantung, hati, dan perut yang dianggap sebagai pengawal emosi dalam berbagai budaya. Begitu juga otak dikenali sebagai pengawal kepintaran. Selain itu,ia juga merupakan organ bagi pusat kawalan utama bagi badan serta menerima maklumat melalui deria daridalam dan luar tubuh.Ia menganalisa maklumat ini dankemudiannya menghantar perutusan kepadabadan yang mengawal fungsi dan tindakannya. Otak meningati pengalaman lepas, dan merupakan punca fikiran, mood, dan emosi.Sebagai analogi otak dapat diibaratkan seperti sebilah pisau, manakala minda dapat diibaratkan seperti ketajaman yang terdapat pada mata pisau tersebut. Pisau tidak dapat digunakan dengan sempurna jika matanya tidak diasah untuk mendapatkan ketajaman yang maksimum. Begitu halnya dengan otak kita yang tidak dilatih untuk menghasilkan minda atau pemikiran yang berkualiti. Oleh itu otak kita harus diasah dan digilapkan seperti juga mata pisau. Jika usaha ini sering dilakukan maka sudah tentulah potensi minda kita akan meningkat dari semasa ke semasa. Namun demikian kita seharusnya juga berwaspada supaya pisau yang kita asah itu dapat digunakan kepada perkara-perkara yang bermanfaat dan berfaedah. Otak dapat dibahagikan kepada dua bahagian utama, iaitu otak kanan dan otak kiri. Otak kanan letaknya di hemesfera yang terdapat pada bahagian kanan kepala, manakaia otak kiri pula letaknya di hemesfera yang terdapat pada bahagian kiri kepala. Sesuai dengan kedudukannya maka kedua-dua bahagian otak itu disebut sebagai Hemesfera Otak kanan (HOKA) dan Hemesfera Otak kiri (HOKI).

Upload: teokimmoi

Post on 17-Jan-2016

43 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Otak Dan Minda

TRANSCRIPT

Page 1: Otak Dan Minda

OTAK (Hoka Hoki)

PENGENALAN

Manusia telah lama dikagumi dengan bahagian berwarna kelabu, berlipat-lipat yang terkandung dalam tengkorak kita. Seperti jantung, hati, dan perut yang dianggap sebagai pengawal emosi dalam berbagai budaya. Begitu juga otak dikenali sebagai pengawal kepintaran.

Selain itu,ia juga merupakan organ bagi pusat kawalan utama bagi badan serta menerima maklumat melalui deria daridalam dan luar tubuh.Ia menganalisa maklumat ini dankemudiannya menghantar perutusan kepadabadan yang mengawal fungsi dan tindakannya.

Otak meningati pengalaman lepas, dan merupakan punca fikiran, mood, dan emosi.Sebagai analogi otak dapat diibaratkan seperti sebilah pisau, manakala minda dapat diibaratkan seperti ketajaman yang terdapat pada mata pisau tersebut. Pisau tidak dapat digunakan dengan sempurna jika matanya tidak diasah untuk mendapatkan ketajaman yang maksimum. Begitu halnya dengan otak kita yang tidak dilatih untuk menghasilkan minda atau pemikiran yang berkualiti.

Oleh itu otak kita harus diasah dan digilapkan seperti juga mata pisau. Jika usaha ini sering dilakukan maka sudah tentulah potensi minda kita akan meningkat dari semasa ke semasa. Namun demikian kita seharusnya juga berwaspada supaya pisau yang kita asah itu dapat digunakan kepada perkara-perkara yang bermanfaat dan berfaedah.

Otak dapat dibahagikan kepada dua bahagian utama, iaitu otak kanan dan otak kiri. Otak kanan letaknya di hemesfera yang terdapat pada bahagian kanan kepala, manakaia otak kiri pula letaknya di hemesfera yang terdapat pada bahagian kiri kepala.

Sesuai dengan kedudukannya maka kedua-dua bahagian otak itu disebut sebagai Hemesfera Otak kanan (HOKA) dan Hemesfera Otak kiri (HOKI).

Kedua-dua bahagian otak ini mempunyai fungsi-fungsi tertentu, iaitu sebagai yang dapat dilihat di bawah ini.

BAHAGIAN OTAKHOKA HOKIBahasa RolaNombor BentukFakta/logik ImaginasiUrutan/linear ManipulasiAnalisa GlobalLirik Ritma/rentakBukti Penerokaan ideaObjektif SubjektifTersurat TersiratKecenderungan analitik Kecenderungan global

Page 2: Otak Dan Minda

Mengkaji dari fungsi-fungsi di atas bolehlah dikatakan bahwa HOKA lebih bercenderung pemikiran kreatif manakala HOKI berbentuk pemikiran kritis. Kita bukan sahaja pelajar yang kritis, tetapi kita juga memerlukan pelajar yang kreatif. Dengan ini kedua-dua otak kanan dan otak kiri hendaklah dikembangkan dengan sewajarnya melalui rangsangan, bahan, alat dan aktiviti berfikir daiam pengajaran dan pembelajaran. Seseorang pelajar itu seharusnya mendapatkan kemahiran menggunakan kedua-dua bahagian otak itu untuk mendapatkan potensi minda yang optimum.

Gaya pembelajaran pemikiran secara analitikal dan global adalah seperti berikut:

Pemikiran Analitikal Pemikiran GlobalSuka belajar sendiri atau di bawahpengawasan orang dewasa /pakar

Suka belajar secara bersama rakansebaya

Suka belajar dalam cahaya terang Suka belajar dalam cahaya samarSuka makan selepas selesai kerja Suka makan semasa kerjaSuka kedudukan belajar formal Suka kedudukan belajar tidak formalSuka melakukan kerja satu perSaturday suka keadaan sunyi

Suka melakukan beberapa kerjaserentakSuka belajar dalam keadaan bising