perkembangan otak dan saraf

Upload: chynaluri89

Post on 19-Jul-2015

242 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

PENDAHULUAN Saraf amat penting dalam diri manusia kerana membolehkan kita berinteraksi melalui organ deria. Antara fungsi saraf manusia ialah mendengar, melihat, mencium, merasa dan sebagainya. Persatuan neurosains telah ditubuhkan pada tahun 1969, yang berfungsi untuk mengkaji sistem saraf manusia. Ia meliputi struktur fungsi sejarah evolusi, pengembangan, genetik, biokimia, fisiologi, farmakologi dan patologi. Otak pula boleh memproses maklumat dalam pelbagai cara dalam konsep pembelajaran berasaskan minda. Ini kerana otak kita secara semula jadi di lahirkan untuk belajar dan menyimpan semua pengalaman pembelajaran yang pernah berlaku di dalam hidup. Otak mampu untuk menganalisis, menghurai, membanding, membeza, menghubung kait, mensintesis, menilai, menghakim dan sebagainya. Hal ini menunjukkan peranan otak sangat penting kepada manusia dalam pelajaran dan pembelajaran. Melalui pandangan Piaget(1936) yang mengemukakan perkembangan kognitif kanak-kanak dan Vigotsky(1933) membicarakan hubungan pemikiran dengan interaksi sosial. Di samping itu, berdasarkan fahaman ahli psikologi tradisional yang dipelopori oleh Stanford Binet memperkatakan tentang tahap kecerdasan dan turut menyumbang kepada kepentingan peranan otak dalam pembelajaran (Atan Long, 1980). SISTEM SARAF Badan manusia dilengkapi dengan beberapa sistem yang berbeza yang memainkan peranan berlainan bagi memastikan badan boleh berfungsi dengan baik. Antara sistem yang memainkan peranan penting dalam tubuh badan manusia ialah sistem pencernaan, sistem pernafasan, sistem ekskresi, sistem peredaran, sistem otot, sistem rangka, sistem reproduksi, sistem endoktrin dan sistem saraf . Setiap sistem ini saling bekerjasama antara satu sama lain. Sistem saraf merupakan kawalan kepada komunikasi tubuh badan dengan persekitaran. Sistem saraf boleh dibahagikan kepada dua iaitu sistem saraf pusat dan sistem saraf periferi. Sistem saraf manusia terbentuk hasil daripada gabungan sel-sel saraf yang dikenali sebagai neuron. Dengan kata lain, neuron adalah unit yang paling asas dalam sistem saraf manusia. Neuron ini boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu neuron deria, neuron motor dan neuron perantaraan. Setiap neuron ini mempunyai fungsi yang berlainan dan saling berhubungan antara satu sama lain. Neuron deria atau neuron aferen berfungsi untuk menghantar impuls atau maklumat dari reseptor

kepada sistem saraf pusat. Neuron deria menerima impuls daripada reseptor yang mengesan sebarang rangsangan atau perubahan yang terjadi sama ada di dalam tubuh mahupun di persekitaran luar tubuh. Impuls yang diterima daripada reseptor itu akan dihantar ke sistem saraf pusat di mana maklumat itu akan dijana dan diproses oleh sistem saraf pusat. Impuls yang dihantar adalah dalam bentuk bioelektrik atau gelombang yang bersifat elektrik. Impuls yang dihantar adalah amat spesifik dan dialirkan dengan sangat pantas bagi membolehkan badan menghasilkan respon dengan serta- merta. Neuron motor atau neuron eferen berfungsi menghantar maklumat yang telah diproses oleh sistem saraf pusat kepada efektor. Neuron perantaraan pula adalah penghubung kepada neuron deria dan neuron motor. Neuron perantaraan akan menghantar impuls yang diterima daripada neuron deria kepada neuron motor. Neuron perantaraan juga dikenali sebagai interneuron. Antara komponen penting yang terdapat dalam neuron adalah badan sel, dendrit, akson, salut mielin dan nodus Ranvier. Di dalam badan sel terdapat nukleus, nukleolus dan sitoplasma yang mengandungi berbagai organel seperti mitochondria serta jasad Golgi. Badan sel yang mengandungi nucleus ini berfungsi mengawal semua aktiviti neuron. Mitochondria yang terdapat di dalam sitoplasma adalah sangat penting bagi membekalkan tenaga untuk setiap aktiviti sel saraf. Fungsi salut mielin pula adalah untuk melindungi akson. Salut mielin juga akan bertindak sebagai penebat kepada impuls elektrik. Salut mielin terdiri daripada lemak yang menyelaputi akson. Ukuran panjang bagi dendrit dan akson adalah berbeza antara neuron deria dan neuron motor. Neuron deria mempunyai dendrit yang lebih panjang berbanding akson. Manakala bagi neuron motor, dendritnya lebih pendek berbanding akson. Dendrit dan akson mempunyai fungsi yang berbeza di mana dendrit berfungsi membawa impuls mendekati badan sel manakala akson membawa impuls menjauhi badan sel yang bertujuan untuk menghantar impuls itu ke arah organ efektor atau pun jaringan sel saraf yang lain. Akson hillock ialah tempat di mana signal output dijanakan. Sekiranya keadaan pada titik neuron ini tidak normal, impuls tidak akan disalurkan pada sepanjang akson. Dendrit adalah unjuran kepada sitoplasma yang terletak di bahagian neuron yang paling hujung bagi menghubungkan akson satu neuron kepada badan sel neuron yang lain. Membran neuron ialah dinding yang terdapat pada neuron yang terdiri daripada dua lapisan lemak. Nodus Ranvier adalah bahagian akson yang tidak disalut meilin. Nodus Ranvier berfungsi untuk mempercepatkan transmisi impuls.

Sinaps ialah pertemuan hujung akson dengan sel-sel yang lain yang terlibat dalam penghantaran impuls. Sinaps boleh dibahagikan kepada tiga iaitu sinaps akso-somatik, sinaps aksodendritik dan sinaps akso-aksonal. Sinaps akso-somatik ialah pertemuan hujung akson dengan sel soma neuron yang lain. Sinaps akso-dendritik pula ialah pertemuan hujung akson dengan dendrit manakala pertemuan antara hujung akson satu neuron dan hujung akson satu neuron yang lain dikenali sebagai sinaps akso-aksonal. Selain sinaps kimia terdapat juga sinaps elektrik. Namun begitu, sinaps elektrik jarang berlaku. Sinaps sangat penting bagi memastikan sistem saraf dapat berfungsi dengan teratur. Dengan kata lain, sinaps merupakan geganti satu arah kepada neuron dengan neuron yang lain serta neuron dengan efektor. Kebiasaannya impuls akan ditransmisikan dari unsur prasinaps kepada postsinaps. Ruang antara terminal prasinaps dan postsinaps dikenali sebagai klef sinaps. Pada bahagian terminal prasinaps terdapat vesikel sinaps yang mengandungi bahan neurotransmitter. Bahan neurotransmitter ini akan dirembeskan pada klef sinaps apabila unsur prasinaps telah diuja. Perkara ini akan menentukan sama ada membran subsinaps akan mengalami pengujaan atau pun perencatan. Potensial rehat adalah nilai pada membran potensial sekiranya tiada rangsangan bertindak pada sel tersebut. Potensial rehat ini mempunyai nilai yang tetap untuk jangka masa yang lama. Sistem saraf pusat adalah sangat penting bagi mentafsirkan impuls yang diterima daripada reseptor organ deria. Komponen utama dalam sistem saraf pusat ialah otak dan saraf tunjang. Otak adalah sangat penting dalam mengawal pemikiran, kecerdikan, ingatan serta emosi manusia. Otak pula terbahagi kepada tiga bahagian utama iaitu serebrum, serebelum dan pangkal otak. Pada pandangan dorsal, otak terbahagi kepada empat lobe iaitu occipital lobe, frontal lobe, parietal lobe dan temporal lobe. Setiap bahagian otak ini mempunyai fungsi dan peranan masing-masing yang berbeza. Dalam pembentukan sistem saraf pusat, otak telah disambungkan dengan seberkas tisu saraf dan sel-sel sokongan yang panjang, tirus dan berbentuk tiub. Tisu saraf dan sel sokongan ini dikenali sebagai saraf tunjang. Saraf tunjang bermula dari pangkal otak hingga ke pangkal turus spina.Saraf tunjang adalah pusat untuk sebarang tindakan refleks yang dijalankan oleh badan manusia. Saraf tunjang akan membolehkan dan menyediakan laluan kepada impuls untuk disalurkan daripada otak kepada sistem saraf periferi. Dalam saraf tunjang terdapat jirim putih dan jirim kelabu. Merujuk kepada keratan rentas saraf tunjang, jirin kelabu berada pada bahagian dalam manakala jirim putih berada pada bahagian luar. Jirim kelabu terdiri daripada saraf neuron yang banyak, namun jirim putih terdiri daripada gentian saraf yang bermeilin.

Sistem saraf turut merangkumi sistem saraf periferi. Semua komponen dalam sistem saraf kecuali otak dan saraf tunjang merujuk kepada sistem saraf periferi. Sistem saraf periferi ini boleh dikelaskan kepada dua bahagian iaitu saraf autonomi dan saraf soma. Saraf soma melibatkan input serta output daripada organ deria dan otot rangka yang tidak khusus. Ia menyalurkan maklumat kepada sistem saraf pusat dan juga menyalurkan maklumat dari sistem saraf pusat ke bahagian yang lain.Sistem saraf soma ini menghubungkan sesuatu organisma dengan persekitaran yang terdapat di sekeliling organisma tersebut. Saraf soma terdiri daripada dua saraf iaitu saraf spina dan saraf kranial. Saraf spina merangkumi akar dorsal dan akar ventral. Saraf spina akan memasuki dan meninggalkan sistem saraf pusat melalui saraf tunjang. Antara contoh saraf spina ialah servikum, toraks, lumbar, sacrum dan kauda. Saraf spina akan menyelaraskan keseluruhan bahagian badan. Serat deria memasuki saraf tunjang melalui akar dorsal yang terletak pada dorsal di sebahagian saraf tunjang. Serat motor meninggalkan saraf tunjang melalui akar ventral. Bagi serat deria, pada bahagian luar saraf tunjang terdapat ganglion akar dorsal. Walaubagaimanapun, serat motor mempunyai badan sel pada bahagian saraf tunjang itu sendiri. Saraf kranial akan berinteraksi dengan sistem saraf pusat melalui permukaan ventral otak. Saraf kranial akan menyelaraskan bahagian kepala sahaja. Saraf kranial terdapat dua belas pasang kesemuanya. Sistem deria akan menerima sebarang maklumat daripada persekitaran dan terus memproses maklumat tersebut. Sebaliknya, sistem motor akan memberikan gerak balas terhadap sebarang perubahan atau rangsangan dari persekitaran organisma tersebut. Tidak semua saraf ini mempunyai fungsi bagi kedua-dua aktiviti badan sama ada deria ataupun motor. Namun begitu, terdapat juga saraf kranial yang menjalankan kedua-dua fungsi deria dan motor. Sebagai contoh, saraf trigeminal, saraf glossopharyngeal dan saraf vagus. Saraf trigeminal sangat penting bagi mengekpreskan mimik muka dan mulut serta mengunyah makanan dalam mulut. Saraf glossopharyngeal berfungsi untuk merasa sesuatu dan menelan serta penghasilan suara seseorang individu. Saraf vagus pula sangat penting bagi organ dalaman. Sesetengah saraf kranial hanya berfungsi untuk aktiviti deria sahaja seperti saraf olfactory, saraf optic dan saraf auditory. Saraf olfactory sangat penting dalam memastikan deria hidu dapat berfungsi dengan baik. Saraf optic pula memainkan peranannya dalam deria penglihatan. Keseimbangan badan dan pendengaran pula diselaras oleh saraf auditory. Kebanyakan saraf kranial memainkan peranan penting dalam aktiviti motor badan di mana terdapat enam daripada dua belas saraf kranial dikhususkan untuk aktiviti motor badan sahaja iaitu saraf occulomotor, saraf trochlear, saraf abducens, saraf facial, saraf

spinal accessory dan saraf hypoglossal. Jumlah saraf kranial yang dikhususkan dalam aktiviti motor badan adalah separuh daripada jumlah keseluruhan saraf kranial yang wujud. Kedua-dua saraf abducens dan saraf occulomotor berfungsi bagi menggerakkan bahagian mata. Pergerakan mata juga dikawal oleh saraf trochlear. Pergerakan bahagian muka pula dikawal oleh saraf facial. Leher seseorang individu tidak dapat dikawal sekiranya saraf spinal accessory tidak menjalankan fungsinya. Pada masa yang sama, sekiranya saraf hypoglossal tidak menjalankan fungsinya dengan baik, maka pergerakan lidah tidak dapat dilakukan dan dikawal denga baik. Hal ini menunjukkan bahawa saraf hypoglossal sangat penting bagi organ lidah. Dengan kata lain, sistem saraf soma ini melibatkan kawalan sedar dan voluntori terhadap sesuatu rangsangan. Berbeza daripada sistem saraf soma, sistem saraf autonomi memainkan fungsi yang berlainan iaitu menyarafi muskulatur otot-otot licin di semua organ dan sistem organ termasuklah jantung dan kelenjar-kelenjar. Sama seperti sistem saraf soma, sistem saraf autonomi ini mempunyai fungsi deria dan fungsi motor. Dengan ini, sistem saraf pusat dapat mengawal persekitaran dalaman sekali gus membolehkan badan melakukan penyesuaian terhadap sebarang perubahahan yang berlaku sama ada perubahan persekitaran dalaman mahu pun perubahan persekitaran luaran. Pernafasan, peredaran darah, pencernaan, metabolisma, perembesen dan pengawalan suhu badan adalah contoh bagi fungsi vital. Fungsi vital ini turut dikawal oleh sistem saraf autonomi. Perbezaan lain bagi sistem saraf soma dan automi adalah sistem saraf soma menyelaras kawalan voluntori manakala sistem saraf autonomi tidak melibatkan kawalan voluntori seperti mana yang terdapat pada sistem saraf soma. Sungguhpun sistem saraf autonomi dan sistem saraf soma mempunyai fungsi yang berlainan, namun sistem-sistem ini saling berhubungan antara satu sama lain. Sistem saraf autonomi terbahagi kepada dua bahagian yang mempunyai fungsi yang berbeza. Bahagian yang pertama ialah simpatetik dan bahagian yang kedua ialah parasimpatetik. Neuron terminal simpatetik dan parasimpatetik ini menyamai motorneuron sistem saraf soma yang terdapat di luar sistem saraf pusat. Ganglia autonomi adalah pengumpulan jasad-jasad sel neuron. Terdapat dua jenis neuron yang terlibat dalam sistem saraf autonomi iaitu praganglionik dan postganglionik. Neuron praganglionik adalah neuron yang mana jasad selnya barada dalam sistem saraf pusat dan aksonnya berakhir di ganglion aotonomi. Manakala neuron postganglionik pula adalah neuron yang mana jasad selnya berada pada ganglia dan berakhir pada bahagian efektor.

Sistem saraf simpatetik akan mengujakan sesuatu tindak balas sabaliknya sistem saraf parasimpatetik akan merencatkan sesuatu tindak balas yang berlaku. Kedua-dua sistem saraf simpatetik dan parasimpatetik turut mempunyai sinaps. Neurotransmitter pada semua praganglionik sinpas bagi sistem saraf simpatetik dan sistem saraf parasimpatetik ialah acetylcholine. Namun demikian, terdapat sedikit perbezaan pada bahan neurotransmitter yang dirembeskan pada sinaps yang terdapat di organ sasaran. Dalam sistem simpatetik, neurotransmitter yang dominan adalah norepinephrine yang juga dikenali sebagai noradrenaline manakala neurotransmitter yang dominan dalam sistem parasimpatetik adalah acetylcholine. Torasik dan bahagian atas lumbar saraf tunjang adalah tempat di mana kesemua jasad sel neuron praganglionik bagi sistem simpatetik ditempatkan. Akson bagi neuron dalam sistem simpatetik meninggalkan saraf tunjang melalui akar ventral dan mengunjur pada saraf autonomi yang berada di luar sistem saraf. Akson praganglionik dan jasad sel postganglionik bersinaps di dalam ganglion simpatetik. Pada bahagian kiri dan kanan spina, ganglia simpatetik disusun secara bersegmen di kawasan torasik, lumbar dan sakral saraf tunjang. Efektor sistem simpatetik disarafi oleh akson neuron postganglionik yang yang keluar dari ganglion. Dalam sistem simpatetik, kedudukan ganglion adalah hampir kepada saraf tunjang dan lebih jauh dari organ yang dihubungi. Maka saraf sistem simpatetik mempunyai serat praganglionik yang pendek dan serat postganglionik yang panjang. Sistem simpatetik ini akan mempersiapkan badan untuk sesuatu tindak balas ketika situasi kecemasan seperti reaksi fight-or-flight. Pada situasi kecemasan, sistem simpatetik akan menjalankan fungsinya pada organ-organ tertentu yang telah disasarkan. Dalam kecemasan, seseorang individu telah membuat keputusan untuk tidak melawan tetapi untuk melarikan diri dari sebarang bahaya. Pada ketika ini, sistem simpatetik menyebabkan kornea mata menjadi semakin luas untuk memudahkan seseorang itu memerhatikan keadaan sekeliling bagi memastikan tiada halangan ketika melarikan diri. Pada masa yang sama, kadar denyutan jantung akan meningkat kerana lebih banyak oksigen diperlukan oleh otot badan. Oleh yang demikian, darah yang mengandungi oksigen mestilah dipam pada bahagian yang berkenaan. Peluh juga akan mengalir dengan lebih banyak bagi mengekalkan suhu badan ketika penat berlari. Bagi mengelakkan badan kekurangan tenaga, sistem simpatetik akan mengurangkan aktiviti organ yang tidak terlibat dalam tindak balas ini. Sebagai contoh, aktiviti pada bahagian usus, perut dan pancreas akan dikurangkan kerana pada saat kecemasan proses pencernaan tidak diperlukan.

Bagi sistem parasimpatetik, badan sel neuron praganglionik terletak di korda sakral dan batang otak. Bagi neuron praganglionik dalam sistem parasimpatetik, kebanyakan seratnya tidak bermeilin. Lokasi ganglion parasimpatetik adalah lebih hampir kepada organ efektor. Oleh sebab itu, ia mempunyai serat praganglionik yang lebih panjang berbanding dengan serat praganglionik yang terdapat pada sistem simpatetik. Namun demikian, saraf postganglionik bagi sistem parasimpatetik adalah lebih pendek berbanding simpatetik. Akson bagi sistem parasimpatetik pula bermula dari batang otak hingga ke saraf vagus. Akson ini juga akan berhubung dengan organ pada bahagian toraks dan abdomen. Seperti mana yang telah diketahui, reaksi bagi sistem parasimpatetik adalah antagonis kepada sistem saraf simpatetik dan sebaliknya. Sistem saraf parasimpatetik ini aktif ketika badan berada dalam keadan rehat. Sebagai contoh setelah seseorang itu berjaya menewaskan musuh atau pun melarikan diri daripada musuh, keadaan badan seseorang mestilah dikembalikan kepada keadaan asal. Kadar denyutan jantung, kadar pernafasan dan lainlain aktiviti mestilah dikurangkan serta dikembalikan kepada kadar yang asal. Sebaliknya, pada keadaan ini sistem pencernaan akan menjadi lebih aktif. Semua organ yang disarafi oleh sistem parasimpatetik turut disarafi oleh sistem simpatetik. Contohnya pundi kencing, rektum, jantung, paru-paru, kelenjar liur dan lain-lain. Namun demikian, tidak semua organ yang disarafi boleh sistem simpatetik akan disarafi oleh sistem parasimpatetik. Terdapat organ yang hanya disarafi oleh sistem simpatetik sahaja seperti sistem vaskular. Dalam kehidupan yang serba moden ini, manusia sering berhadapan dengan situasi yang berbeza. Sistem saraf autonomi telah diaktifkan oleh senario yang berbeza daripada situasi fightor-flight. Kesibukan kerja atau peperiksaan yang bakal tiba akan menimbulkan rasa bimbang dan risau dalam diri akan mengaktifkan sistem saraf simpatetik dan parasimpatetik ini.

PEMBELAJARAN BERASASKAN MINDA Semua orang mempunyai tahap kecergasan yang tinggi dan dapat berfikir dengan baik. Yang membezakan manusia dengan manusia yang lain ialah tahap perkembangan otak pemikiran mereka. Ada yang menerima pengajaran dan pembelajaran dengan cepat dan ada yang mengambil masa untuk memahami sesuatu konsep itu. Ada yang suka belajar dengan cara mengkaji dan

membaca dan ada yang lebih suka belajar melalui perbuatan dan mendengar. Ini semua bergantung kepada minda seseorang itu sendiri. Apa yang ingin disimpulkan ialah setiap manusia mampu untuk belajar kerana kita mempunyai otak yang tahu bagaimana untuk belajar dan berfikir. Otak secara azalinya adalah bijak. Pembelajaran berasaskan minda ialah satu teori pembelajaran yang diasaskan kepada struktur dan fungsi otak atau minda manusia. Ia juga menyarankan bahawa proses pembelajaran berlaku mengikut cara otak berfungsi.Minda merupakan sistem yang unik dalam otak manusia kerana otak merupakan processor yang menggalakkan manusia berfikir dan belajar. Secara semulajadinya otak dicipta iaitu:

untuk

belajar

dan

menyimpam

maklumat

dalam

pelbagaai

bentuk

seperti

menganalisis,merekod,menilai dan sebagainya. Minda dapat di klasifikasikan kepada 3 fungsi

Minda fikir - terletak di neocortex (rasional brain) Minda perasaan ( emosi ) terletak di limbic sistem ( emotion mind ) Minda kemahuan dan keinginan.

SUSUNAN OTAK MANUSIA

Minda fikir. Minda ini amat penting dalam proses pembelajaran dan pengajaran dalam kehidupan kita seharian. Ia terletak di neokorteks di mana ia mengawal dan melaksanakan aktiviti intelek. Ini membolehkan individu melihat sebab dan akibat,proses deduksi dan rumusan, melihat hubungan antara maklumat dan membuat visual.Dengan menggunakan minda ini,manusia dapat membezakan antara yang baik dan yang buruk. Dalam proses pembelajaran di sekolah pula, pelajar haruslah lebih kreatif dalam membentuk minda fikir yang baik sesuai dengan tahap kecerdasan dan kepandaian pelajar dalam zaman teknologi yang semakin berkembang.Sebagai contoh, sebuah syarikat di malaysia ( Pearson Malaysia Sdn Bhd telah memperkenalkan pendekatan peta minda dalam membantu proses pembelajaran dan pengajaran di sekolah. Dengan kaedah ini dapat memudahkan penyampaian ilmu kepada pelajar malah membantu pelajar untuk lebih kreatif dan mereka bentuk peta minda mereka sendiri dan memudahkan proses menganalisis,membezakan dan menghafal sesuatu maklumat.

Minda perasaan. Otak atau minda mempunyai kuasa untuk mengawal kehidupan harian kita. Ia dikawal oleh sistem limbix di mana ia mengawal perlakuan emosi, motivasi, mood, dorongan seks, pernafasan dan tekanan darah.Gelombang-gelombang yang ada pada minda kita meningkatkan kesihatan dan memberikan ketenangan serta mengurangkan stress. Kita adalah apa yang kita fikirkan. Kajian

neurosains mendapati otak menghantar maklumat semasa pembelajaran melalui jarak gelombang (frekuensi) yang boleh diukur pada alat EEG, misalnya gelombang alfa, beta, delta dan teta.

Gelombang ini berlaku ketika kita tidur atau tidak sedar. Julat antara 1-3 hertz.

Gelombang ini berlaku ketika otak dalam keadaan rehat, tenang dan berjaga. Contohnya seperti mandi,solat dan makan. Julat 8-17 Hertz (tenang). Masa yang paling tepat untuk membuat keputusan dan menyelesaikan masalah.

Gelombang ini berlaku ketika otak sedang sibuk berfikir dan mentelaah pelajaran dan menumpukan perhatian pada sesuatu perkara. Merupakan peringkat minda sedar di mana gelombang otak sanagt aktif untuk menyelesaikan masalah, berfikir sangat aktif untuk menyelesaikan masalah,berfikir, mengemukakan pendapat dan menganalisis. Julat 17-39 Hertz ( sangat aktif ) dan tahap ini individu tidak digalakkan mebuat keputusan,sangat terburu-buru dan keputusan kurang tepat.

Gelombang ini berlaku ketika otak dalam keadaan separuh sedar atau penuh istirehat seperti yoga. Julat antara 4-7 hertz.

Minda kemahuan dan kehendak. Bahasa dengan minda mempunyai kaitan yang cukup penting dalam kehidupan manusia. Bahasa adalah struktur yang unit dalam konteks fungsi dan bentuknya. Bahasa dapat dijadikan satu alat untuk berkomunikasi antara satu sama lain. Ia amat penting untuk berkaitan dengan proses proses yang berlaku dalam minda manusia khususunya merekod dan menjana buah fikiran yang memeberi makna yang tertentu. Dalam memberi maklumat, peranana bahasa penting untuk mentafsir dan menerangkan maksud maklumat yang ingin disampaikan. Pemerolehan bahasa adalahhasil pemprosesan pemikiran dengan adanya penghayatan peraturan berkaitan pemerhatian kanak-kanak. Hal ini diakui oleh Noam Chomsky yang menyatakan terdapat perkaiatan bahasa dengan minda. Tahap perkembangan pemerolehan bahasa untuk kanak-kanak dapat dibahagikan kepada lapan peringkat. Ia bermula semenjak bayi dan peringkat terakhir adalah terpenting kerana pola penggunaan kata-kata oleh kanak-kanak telah lengkap. Otak kanak-kanak bertumbuh sebanyak 60% daripada otak orang dewasa. Ia merupakan tahap di mana kemahiran motor mula berhubung dengan kemahiran yang lain termasuk bahasa. Semua kanak-kanak yang sihat dan normal mula bercakap dan bertutur dengan baik pada peringkat umur yang sama. Kanak-kanak akan mula tertarik pada bunyi dan menggunakan pancaindera untuk memilih bunyi yang penting. Teori menyatakan bahawa otak mengambil masa yang panjang untuk membesar dan memberi keupayaan kepada bahasa untuk berkembang dengan baik. Tidak hairanlah kita dapati bahawa bayi berumur setahun hanya tahu ntuk menyebut perkataan ibu atau ayah kerana perkataan itulah yang mereka dengar sepanjang hari.

Menurut pendapat Azizul Ismail, ( Dewan Bahasa, Julai 2009 ), otak kanak-kanak berkembang dengan cepat pada peringkat umur satu hingga tiga tahun. Peringkat itu otak kanakkanak lebih fleksibel dalam mempelajari sesuatu perkara khususnya bahasa.Otak kanak-kanak dikatakan mencapai tahap 25 % berat otak sel orang dewasa. Otak berkembang membentuk jutaan sel yang terdiri daripada neuron dan sel otak yang lain. Jalinan sel yang terjalin membentuk kawalan yang kompleks bagi perkembangan mental, emosi, fizikal, dan spiritual kanak-kanak. Bayi yang baru lahir dikatakan tidak boleh berbahasa tetapi melalui gerakan deria motor dalam menyatakan sesuatu. Satu ciri yang menarik dalam perkembangan bahasa ialah perkembangan bahasa yang berlaku kepada bayi. Selalunya bayi menunjukkan yang mereka faham sesetengah perkataan dan arahan semenjak umur dua belas bulan lagi walaupun mereka tidak dapat mengeluarakan sepatah kata pun. Di sini didapati bahawa proses memahami sesuatu bahasa itu mendahului proses bertutur. Hal ini, dapat dilihat dalam kenyataan Piaget yang membahagikan perkembangan kanak kanak kepada 6 peringkat. Peringkat pertama dikenalin sebagai Peringkat gerakan pantulan ( 0-1 bulan), kedua Peringkat perbezaan awal ( 1-4 bulan ), ketiga ialah Peringkat penghasilan semula ( 4-8 bulan ), keempat ialah Peringkat koordinasi skemata ( 8-12 bulan ), kelima ialah Peringkat eksperimentasi ( 12-18 bulan ) dan akhir sekali Peringkat perlambangan ( 18-24 bulan). Semua peringkat ini berlangsung selama 2 tahun. Pieget menyatakan bahawa bayi dapat membezakan objek dalam persekitarannya melalui Gerakan pantulan menghisap pada umur 2 bulan. Bayi mula pandai menggerakkan otot pada umur 4-8 bulan dan memegang apa sahaja yang dilihat. Bayi sudah mula menguasai bahasa dalam peringkat umur akhir 2 tahun. Bayi sudah tahu menggunakan pelbagai deria untuk menyelesaikan masalah. Penguasaan bahasa yang baik dan pemahaman semantik tentang bahasa akan memberi kemudahan kepada minda untuk menyelesaikan masalah. Hal ini, dapat diperhatikan dalam soal pembelajaran murid murid di sekolah. Murid yang menguasai kemahiran berbahasa dengan baik biasanya dapat meyelesaikan sesuatu masalah dengan mudah. Dengan ini kanak-kanak tahu apa yang dia mahu dan berkehendak. Pada umur 6-7 tahun juga, kanak-kanak sudah dapat menerima pandangan orang lain dan mudah bersosial dengan rakan-rakannya. PERKEMBANGAN OTAK KANAK-KANAK.

Kanak-kanak awal bermula dari usia 2 tahun hingga 7 tahun. Pada peringkat ini perkembangan fizikal dan motor begitu pesat. Dari segi kognitif ia berada di peringkat praoperasi. Pada peringkat ini kanak- kanak ini berfikir secara tidak logik tetapi mereka boleh dan berupaya untuk berfikir berdasarkan imej mental. Fikiran mereka adalah bersifat egosentrik iaitu tertumpu kepada diri sendiri. Mereka juga berfikir bahawa benda-benda mati sebagai hidup. Contohnya percaya yang bulan itu hidup kerana di mana mereka berada bulan itu mengikuti mereka. Pada peringkat ini juga kanak-kanak mula membuat imaginasi secara aktif. Mereka mula berimaginasi sesuatu yang di luar pemikiran ornag dewasa. Menurut kajian, berimiginasi yang tinggi membantu perkembangan otak kanak-kanak dengan lebih cepat dan berkesan. Pertumbuhan yang paling impresif ialah dari segi bahasa di mana pada umur dua tahun mereka sudah mampu menguasai 250 perkataan dan pada umur enam tahun sudah mampu menguasai 14,000 perkataan. Pada tahap ini kanak-kanak sudah mampu untuk menyusun kata-kata dengan baik dan menggunakan perkataan dengan sesuai dengan apa yang mereka tuturkan. Dari perkembangan emosi dan sosial di dapati ia berkembang dengan pesat. Perubahan yang jelas ialah dalam perhubungan dengan rakan sebaya.Pada umur 2 tahun kanak-kanak cenderung untuk bermain sendirian walaupun ada orang lain yang hadir di sisi mereka. Kanakkanak hanya bermain dengan alat permainan dan tidak mempedulikan persekitarannya. Pada umur 4 hingga 7 tahun mereka sudah mula terlibat dengan tingkah laku langsang. Pada usia ini kanakkanak sudah peka dan menyedari jantina masing-masing dan mula bermain dengan permainan yang bersesuai dengan jantina mereka. Kanak-kanak sudah tahu membezakan antara kanak-kanak lelaki atau kanak-kanak perempuan. Bagi kanak-kanak lelaki,mereka lebih gemar bermain dengan permainan yang mencabar dan lebih menggunakan tenaga fizikal mereka. Contohnya mereka lebih gemar bermain bole sepak. Berbanding kanak-kanak perempuan, permainan masak-masak, anak patung dan pondok-pondok lebih menarik perhatian mereka. Ini sesuai dengan sifat kaum wanita itu sendiri yang sukakan sesuatu yang lemah-lembut dan bersopan-santun. Perkembangan fizikal dan kognatif kanak-kanak awal Pada peringkat ini perkembangan kanak-kanak lebih perlahan dari bayi. Selain peningkatan dari segi ketinggian dan berat badan, kanak-kanak juga mengalami perubahan dari segi bentuk badan dan rupa paras. Selain perubahan dari segi kuantiti, taburan tisu lemak turut berubah hasil daripada

pertumbuhan tulang dan otot yang pesat. Perubahan ini juga telah mengubah bentuk badan kanakkanak. Kanak-kanak juga mempunyai saiz dan panjang kepala yang lebih seimbang jika dibandingkan dengan bayi. Panjang kepala bayi yang baru dilahirkan didapati meliputi satu perempat daripada keseluruhan ketinggiannya, manakala panjang kepala kanak-kanak yang berusia antara 2 hinggan 6 tahun berubah daripada satu perlima kepada satu perlapan keseluruhan saiz badannya (Lefrancois, 2001). Kajian jiga mendapati berat otak bayi yang berusia 2 tahun telah mencapai 75% dariapada berat otak orang dewasa dan kanak-kanak yang berusia 5 tahun telah mencapai 90% daripada berat otak orang dewasa. Pada keseluruhannya, otak berkembang dengan paling pesat dan bahagian atas kepala (contoh: otak dan mata) berkembang lebih cepat berbanding dengan bahagian bawah (contoh: rahang dan dagu).

Perkembangan motor Apabila kanak-kanak mencapai usia 2 tahun, mereka bukan hanya boleh berjalan, tetapi juga boleh melakukan pelbagai aktiviti motor seperti mengutip benda, menyusun blok, membuka tali kasut dan sebagainya. Ia terbahagi kepada 2 iaitu perkembangan motor kasar dan perkembangan motor halus. Perkembangan motor kanak-kanak pada peringkat ini memperlihatkan koordinasi yang baik antara otot dengan mata. Perkembangan sosial. Perkembangan sosial merupakan satu proses perkembangan yang membolehkan kanak-kanak berinteraksi dengan orang lain mengikut cara yang boleh diterima oleh sesuatu masyarakat serta budaya. Hal ini kerana perkembangan sosial melibatkan proses sosialisasi yang membolehkan kanak-kanak mempelajari tingkah laku sosial atau melakukan penyesuaian sosial mereka. Kanakkanak sudah tahu untuk mencari kawan dan mengenali kawan-kawan mereka. Dalam tempoh ini juga, kanak-kanak sangat mudah untuk meniru tingkah laku sosial yang dilihat mereka. Mereka mudah untuk untuk mencari kawan dan dalam masa yang sama mudah untuk kehilangan kawan. Kanak-kanak juga mudah terpengaruh dengan persekitaran mereka. Pendengaran mereka juga terlalu peka untuk mendengar setiap apa yang kita bualkan. Dalam tempoh ini,pengawasan dan bimbingan dari ibubapa amat penting untuk memastikan kanak-kanak ini tidak mudah terpengaruh dengan apa yang mereka dengar dan lihat.

Merangsang perkembangan bayi. Anak merupakan anugerah dari Allah SWT yang tiada bandingannya. Sebagai ibubapa kita seharusnya mensyukuri dan menjaga amanah ini dengan sebaiknya. Oleh itu,kita seharusnya mendidik dan menjaganya sebaik mungkin untuk mebentuk anak-anak yang soleh. Pembentukan akhlak dan tingkah laku anak-anak hendaklah bermula dari anak itu bayi lagi. Oleh itu terdapat pelbagai kaedah untuk meransang perkembangan bayi. Dalam tempoh 6 bulan pertama, bayi mudah belajar dari persekitarannya. Sebagai ibibapa kita seharusnya selalu bercakap dan bermain dengan mereka. Setiap kali kita berinteraksi dan bermain dengan bayi,ini akan membantu bayi untuk mengenali diri kita,dirinya sendiri dan persekitarannya. Setiap aktiviti permainan seperti menggoncang alatan yang berbunyi akan memberi kesan kepada perkembanagan derianya. Ini membantu bayi untuk belajar tentang bunyi dan penglihatan kerana apabila bayi mendengar sesuatu bunyi,dia akan mencari dan fokus kepada bunyi tersebut. Selain itu,terdapat 5 deria utama yang boleh merangsang perkembangan bayi iaitu pengkihatan,pendengaran,rasa, bau dan sentuhan. Semasa bercakap eye contact penting untuk memastikan bayi merasai perhatian kepadanya, perkembangan bahasa pula dapat dibantu dengan cara menunjukkan sesuatu alat kepadanya dan menerangkan tentang objek tersebut dan memberi bayi meneyentuh objek tersebut. Pelbagai mimik muka juga boleh merangsang perkembangan bayi seperti mimik muka sedih, gembira, marah dan sebagainya. Aktiviti yang mudah yang boleh dilakukan ialah melakukan pergerakan lidah kita ke luar dan dalam beberapa saat. Bayi akan mencuba meniru aksi tersebut. Elakkan daripada terlalu melindunginya dengan mendukung kerana ia membantutkan usaha penerokaan bayi. Letakkan bayi di atas lantai supaya dia bebas untuk meneroka kekuatan kaki,tangan dan kepalanya . Pada umur 4 bulan hingga 6 bulan, deria penglihatan bayi sensitif kepada cahaya dan warna serta mampu untuk memegang objek tertentu di tangannya. Oleh itu, ibubapa boleh merangsang perkembangan bayi dengan memperkenalkan pelbagai tekstur objek yang berlainan seperti licin,kesat dan sebagainya. Kita juga digalakkan memberi bayi mainan yang berbunyi dan mempunyai bentuk yang berlainan seperti bulat, panjang dan sebagainya.

Semasa tempoh 6 bulan sehingga setahun,keadaan fizikal bayi adalah stabil. Kepalanya sudah boleh digerakkan ke semua arah. Bayi juga sudah mampu meniru pergerakan bibir nita dan bersedia untuk bercakap. Antara aktiviti yang boleh merangsang bayi pada peringkat ini ialah dengan mendapatkan mainan yang mempunyai elemen memeranjatkan. Contohnya kotak muzik. Permaianan sorok-sorok juga amat sesuia untuk peringkat umur ini. STRUKTUR DAN FUNGSI OTAK Otak merupakan organ bagi pusat kawalan utama bagi badan. Ia menerima maklumat melalui deria dari dalam dan luar tubuh. Ia menganalisa maklumat ini dan kemudiannya menghantar perutusan kepada badan yang mengawal fungsi dan tindakannya. Otak mengingati pengalaman lepas dan merupakan punca fikiran, mood dan emosi. Selain itu, otak merupakan organ utama dalam pemprosesan maklumat pusat badan. Otak terkandung dalam kepala melalui saraf kranial dan berhubung dengan saraf tunjang, yang menduduki badan melalui saraf belakang (spinal nerve). Kebanyakan fungsi dikawal oleh aktiviti penyelarasan otak dan saraf tunjang. Tambahan lagi, sesetengah tingkah-laku seperti tindakan reflex dan pergerakan asas boleh dilakukan di bawah kawalan saraf tunjang (spinal cord) semata-mata. Otak terbentuk daripada dua jenis sel iaitu glia dan neuron. Glia berfungsi untuk menunjang dan melindungi neuron manakala neuron berfungsi sebagai pembawa maklumat dalam bentuk pulsa listrik yang dikenal sebagai potensi aksi. Saiz otak adalah kira-kira 325 gram yang terdiri daripada 10-12 bilion sel dan menyerap kira-kira 75% oksigen darah dalam tubuh manusia. Kranium dan bendalir memberi perlindungan kepada otak. Otak manusia terdiri daripada beberapa bahagian otak seperti saraf tunjang, medula oblongata dan pons, otak tengah, diensefalon, serebelum dan serebrum. Saraf tunjang menerima maklumat daripada sistem sensori,sendi otot dan anggota lain, lalu mengeluarkan arahan motor untuk bertindak balas.

Medula oblongata dan pons merupakan sambungan atau jambatan antara saraf tunjang dan bahagian atas otak. Medula ialah pusat proses-proses tidak sedar seperti respirasi, denyutan jantung dan lain-lain.

Otak tengah terletak antara modula oblongata, pons dan serebelum dan diensefalon dan korteks serebum.

Diensefalon terdiri daripada hipotalamus yang mengawal fungdi involuntary dan thalamus yang memproses maklumat terlibat dengan penglihatan, pendengaran dan rasa.

Serebelum terletak di bawah serebrum dan memenuhi bahagian belakang karanium. Fungsi serebelum ialah menyelaras pergerakan badan dan mengekalkan keseimbangan (berjalan,berlari).

Serebrum adalah bahagian otak yang paling besar (2/3 otak manusia) dan memenugi bahagian atas serta hadapan ruang kranium dan terbahagi kepada dua hemisfera iaitu : Hemisfera kanan menerima impuls dari sebelah kiri badan. Hemisfera kiri menerima impuls dari sebelah kanan badan.

Kopus kasolum menghubungi kedua-dua bahagian. Kebanyakan fungsi dikawal oleh aktiviti penyelarasan otak dan saraf tunjang. Tambahan lagi, sesetengah tingkah-laku seperti tindak reflex dan pergerakan asas, boleh dilakukan di bawah kawalan saraf tunjang (spinal cord) semata-mata. Semua aktiviti manusia berpusat di otak. Semua panca indera kita dikendalikan oleh otak. Jika sel-sel otak yang mempunyai perkaitan dengan panca indera mengalami kerosakan maka fungsi panca indera kita juga akan rosak atau tidak berfungsi dengan normal. Contohnya penglihatan, walau pun organ mata kita pada dasarnya kelihatan sihat tetapi jika sel-sel penglihatan kita yang terdapat di kulit otak bahagian belakang mengalami kerosakan, kita tidak boleh melihat. Walhal, mata kita masih berada di dalam keadaan yang baik. Lensa dan

rentinanya masih baik. Saraf perhubungan mata dan otak juga sempurna. Tetapi sekiranya sel-sel penglihatan kita yang terdapat di otak itu rosak, segalanya sudah tidak bererti. Kita juga tidak akan dapat melihat. Demikian juga halnya dengan pendengaran, komponen-komponen telinga masih dalam keadaan yang sempurna sama ada dari cuping telinga, gegendang telinga, sehinggalah pada kabel yang saraf penghubung dengan pusat pendengarannya. Namun sekiranya sel-sel pendengaran pada kulit otak kirinya rosak, semuanya turut tidak berfungsi. Suara yang didengar oleh telinga akan menghantar maklumat ke otak untuk ditafsirkan tetapi sekiranya otak tidak dapat menerima maklumat tersebut kerana sel-sel pendengaran pada otak telah pun rosak. Hal ini juga akan terjadi pada reseptor sentuh, reseptor bau, dan reseptor rasa yang rosak. Selain daripada mengendalikan panca indera dan sebagai pusat pemahaman, otak juga mengawal segala tingkah laku organ tubuh badan manusia. Gerakan tangan, kaki, kepala dan seluruh otot serta sendi dikawal oleh otak. Orang yang terkena strok akan mengalami kerosakan pada bahagian kawalan tingkah laku dan seterusnya mengakibat kelumpuhan sama ada separuh atau sepenuhnya. Ini bergantung pada paras parahnya. Kawalan tingkah laku ini berpusat di otak bahagian depan. Tambahan pula, otak juga menjadi pusat bahasa. Mulai daripada memori mengenai pembendaharaan kata, pemahaman, sehinggalah proses percakapannya. Pusat bahasa ini sangat luas pada bahagian otak manusia. Antaranya, lidah dan tangan yang saling berkait dalam proses bahasa iaitu bercakap dan menulis. Ini menunjukkan bahawa otak manusia memang diciptakan untuk mengalami proses interaksi bahasa yang banyak. Struktur otak yang sedemikian hanya terdapat pada manusia sahaja. Pusat bahasa ini sangat penting bagi manusia kerana dengan bahasa manusia dapat menampilkan peradabannya. Manusia boleh menulis dan menyampaikan sejarah peradabannya dengan bahasa. Manusia menghasilkan karya-karya besarnya juga dengan bahasa. Manusia juga boleh merumuskan ilmu pengetahuan dan teknologi dengan bahasa. Bahasa menunjukkan betapa manusia adalah makhluk yang paling sempurna di muka bumi.

Di samping itu, otak juga mengawal fungsi-fungsi yang berkaitan dengan jiwa dalam kehidupan. Salah satu daripadanya adalah emosi. Gembira, sedih, bahagia, menderita, benci dan kasih-sayang semuanya dikawal oleh pusat ingata emosi di bahagian otak yang disebut amygdala. Pusat ingatan yang bersifat rasional yang terdapat pada bahagian otak yang disebut Hippocampus. Otak manusia boleh dibahagikan kepada tiga bahagian besar iaitu kulit otak (cortex cerebri), sistem limbik dan otak kecil. Di bahagian luar otak iatu cortex cerebri, kawasan ini menjadi asas dari aktiviti yang berkaitan dengan kemampuan rasional seseorang. Mulai daripada kemampuan menerima rangsangan panca indera, memahaminya, menganalisa dan kemudia memberi respon melalui pergerakan. Kehebatan manusia dalam sains dan teknologi yang semakin berkembang pesat di abad-abad akhir ini adalah hasil daripada pemikiran yang rasional daripada kulit otak. Manusia boleh membuat pelbagai peralatan elektronik, komputer, robot, pesawat angkasa dan sebagainya. Semuanya berfungsi di kulit otak tersebut. Bahagian kedua pula ialah sistem limbik. Kawasan ini bertanggungjawab dalam memainkan peranan emosi seseorang. Sikap jujur, adil, pemaaf, mencintai, membenci, sedih, gembira dan menderita telah diatur di kawasan bahagian tengah otak ini. Amygdala juga terletak di dalamnya sebagai pusat ingatan emosi. Ada beberapa komponen ota yang terlibat dalam sistem pengaturan emosi juga seperti Gyrus Cingulata, Thalamus, Hippocampus, Nudeus Basal, Prefontal Cortex dan amygdala. Tiga antaranya berada di kulit otak yang berperanan dalam aktiviti rasional. Manakala yang selebihnya berada di bahagian bawah kulit otak, atau bahagian yang berkait dengan emosi. Justeru, mekanisme sistem limbik yang mengantur emosi ternyata melibatkan dua fungsi otak sekaligus iaitu fungsi rasional di kulit otak dan fungsi emosi di bahagian tengah otak. Ini bererti, munculnya rasa kasih sayang, keadilan, pemaaf, dendam, rasa bersalah, sedih dan gembira itu bukan hanya bersifat emosional belaka, tetapi juga melibatkan pemikiran rasional manusia. Sistem limbik ini juga mengawal alam bawah sedar. Dalam sistem ini tersimpan memori universal tentang kebaikan, keburukan, keadilan, kejujuran dan segala sifat-sifat yang dianggap baik atau buruk oleh manusia. Tanpa belajar manusia tahun tentang perasaan sedih, bahagia dan lain-lain kerana semuanya telah tersimpan dalam memori sistem limbik itu.

Kenapa manusia tertawa ketika mendengar atau melihat sesuatu yang lucu? Atau, kenapa kita menjadi berduka, ketika mendengar atau melihat sesuatu yang menyedihkan? Semua itu kerana pada otak manusia sudah terdapat memori tentang perasaan universal manusia. Kita tidak perlu belajar mengenainya. Secara kolektifnya, manusia memilikinya di bahagian tengah otak yang berkait dengan perasaan manusia. Tidak mengambil kira dia berbangsa dan berbahasa apa, seseorang itu pasti tahu mengapa dia menangis dan berbahagia kerana itu adalah bahasa universal manusia. Bahagian otak iaitu otak kecil. Di sinilah pusat pengaturan denyutan jantung, pernafasan, tekanan darah, termasuk pengaturan keseimbangan gerakan yang dilakukan. Selain daripada tiga bahagian ini, beberapa bahagian yang mempunyai peranan penting dalam pengenadalian kehidupan seseorang juga ada seperti Thalamus, Hypothalamus, dan Hippocampus. Thalamus ini merupakan bahagian yang terdapat di otak depan. Ia berfungsi untuk mengatur proses keluar masuk maklumat daripada luar otak menuju ke kulit otak. Selain itu juga ia mengatur proses terjadinya gerakan organ-organ tubuh melalui koordinasi kulit dan otak kecil. Di bahagian ini, terjadi persimpangan saraf-saraf sensor yang masuk ke otak. Hypothalamus pula berada di bawah Thalamus. Ia berfungsi mengatur kestabilan suhu badan, rasa lapar dan haus, kegiatan seksual, dan berbagai aktivitas badan lain termasuk proses pertumbugan dan mestruasi pada perempuan. Sementara itu, Hippocampus berfungsi untuk menyimpan memori rasional terutamanya ingatan-ingatan jangka pendek. Hippocampus ini berbentuk seperti huruf C, dan terletak di bahagian tengah otak. Ia sebenarnya merupakan bahagian daripada kulit otak yang menjulur ke bahagian dalam otak. Justeru, fungsinya berkait rapat dengan proses rasional kulit otak. Namun begitu, Hippocampus ini juga berperanan dalam sistem limbik yang menjadi pusat perasaan manusia. Inilah bahagian yang mempertimbangkan kerasionalan kepada perasaan manusia. Bukan hanya emosional seperti yang dikawal oleh amygdala. PERKARA YANG BOLEH MERANGSANG DAN MENGGANGU PERKEMBANGAN OTAK

Mengapakah saya tidak bijak seperti dia?. Ini merupakan persoalan yang sering bermain difikiran apabila seseorang itu tidak berjaya mencapai kejayaan seperti orang lain. Kemudian timbul rasa rendah diri dan tidak yakin terhadap kemampuan diri sendiri sedangkan kejayaan boleh dicapai jika mengikut cara yang betul dan berkesan. Pemikiran yang kritis dan kreatif dapat diwujudkan jika otak seseorang itu berkembang dengan aktif. Pemikiran yang kritis dan kreatif ini tidak hanya bergantung kepada bilangan sel neuron yang terdapat dalam otak kita. Saintis menganggarkan terdapat antara 12,000 juta hingga 15,000 juta sel neuron pada otak manusia. Prof. Pyotr Anokhin dari Rusia dan rakan-rakan penyelidikannya mendapati bilangan neuron bukanlah faktor utama yang menentukan tahap kecerdasan seseorang. Kajian Prof. Mark Rosenweig dari U.C.L.A, Amerika Syarikat menunjukkan bahawa terdapat banyak faktor yang dapat menggalakkan perkembangan otak manusia, seterusnya menjadikan seseorang itu pintar dan cerdas. Faktor utama ialah melalui pemakanan. Makanan yang berkhasiat bukan sahaja berguna untuk fungsi badan malahan penting untuk merangsang aktiviti neuron dalam otak. Contohnya, melebihkan sayur-sayuran dan buah-buahan dalam diet seharian sangat digalakkan sekurang-kurangnya lima hidangan setiap hari. Hal ini kerana, makanan seperti ini mengandungi banyak vitamin yang berfungsi sebagai antioksidan, garam galian, termasuk natrium dan potassium dapat membantu sel otak berfungsi secara optimum. Selain itu, amalan meminum kopi dengan kerap juga digalakkan kerana kopi boleh meningkatkan pencapaian mental dan memori kerana kopi mampu merangsang otak dan meningkatkan konsentrasi. Kajian di Universiti Arizona mendapati bahawa, orang dewasa yang meminum kopi sebelum uijian memori menunjukkan perkembangan yang signifikan berbanding mereka yang meninum kopi tanpa kafein. Pengambilan pil makanan tambahan juga dapat membantu menggalakkan perkembangan otak. Pil yang popular dikalangan masyarakat kini ialah pil minyak ikan. Minyak ikan mengandungi banyak asid lemak omega 3 yang boleh menguatkan daya ingatan, mengekalkan kemampuan minda, mengurangkan risiko dementia dan kehilangan ingatan. Selain itu, ginkgo biloba juga telah digunakan sebagai ubat menguatkan daya ingatan sejak beribu-ribu tahun yang lalu. Menurut George Lewith, ginkgo boleh meningkatkan peredaran darah ke otak dengan membesarkan pembuluh darah dan seterusnya meningkatkan bekalan oksigen ke otak. Produk tenusu seperti yogurt, keju dan susu kaya dengan protein dan vitamin B yang sangat diperlukan untuk pertumbuhan tisu otak, neurotransmiter dan enzim. Oleh itu, pengambilan makanan berasaskan produk tenusu sangat digalakkan dalam diet seharian.

Amalan memakan madu juga amat baik untuk kesihatan badan dan otak. Hal ini kerana, madu mengandungi banyak zat dan khasiat yang dapat menjamin kesihatan tubuh badan. Khasiat madu lebah juga telah disebut di dalam Al-Quran iaitu dalam suran An Nahl ayat 68-69 di mana allah berfirman: Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah;..kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu). Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat penawar yang menyembuhkan manusia. Sesungguhnya pada yang demikian terdapat tanda-tanda bagi orang yang memikirkan. Berdasarkan ayat tersebut, jelaslah bahawa madu adalah ubat atau penawar yang dapat menyembuhkan pelbagai jenis penyakit yang dihidapi oleh manusia. Madu dari saintifiknya mengandungi glukosa dan fruktosa serta mineral-mineral yang lain seperti magnesium, kalium, potasium, sodium, sulfur, besi dan fosfat. Madu juga mengandungi vitamin B1, B2, C, B6, dan B3. Acethycoline merupakan salah satu zat yang terkandung di dalam madu yang dapat meningkatkan tahap IQ dan perkembangan otak. Pengambilan madu dalam diet seharian amat digalakkan kerana ini telah menjadi amalan dari zaman Cleopatra lagi untuk mengekalkan kecantikan dan kesihatan badan. Selain itu, aktiviti bersenam dan beriadah sangat digalakkan untuk menggalakkan perkembangan otak. Setiap individu disarankan melakukan senaman sekurang-kurangnya tiga kali seminggu, dua puluh minit setiap sesi. Latihan fizikal seperti ini boleh memperbaiki kemampuan jantung untuk mengepam darah lebih efektif dan seterusnya meningkatkan perederan darah ke otak. Aktiviti lain yang dapat merangsang otak ialah dengan melakukan aktiviti yang mencabar minda seperti teka silang kata, menyelesaikan masalah matematik mudah, bermain Sahibba, membuat kerja kreatif atau membaca. Aktiviti seperti ini dapat merangsang sel otak untuk lebih aktif dan menjadikan seseorang itu lebih pintar dan kreatif. Bayi atau anak adalah anugerah yang tidak ternilai dalam kehidupan berumah tangga. Tugas ibubapa seterusnya adalah merangsang perkembangan intelek (kognitif), emosi dan psikomotornya supaya bayi menjadi pintar. Ibu hamil yang tenang, riang dan stabil emosinya merupakan rangsangan kepada pembinaan otak seterusnya kelahiran bayi yang sihat, tersangsang, pintar dan cerdas. Keadaaan emosi yang tenang dan bahagia akan membantu perkembangan otak yang sihat dan pertumbuhan janin yang seimbang. Ibu yang sihat menjamin keadaan pernafasan , pemakanan dan hormon yang stabil. Kestabilan ini dengan sendirinya dapat membantu

membekalkan oksigen dan makanan yang lancar untuk janin. Diantara aktiviti yang dapat dilakukan oleh ibu hamil untuk merangsang perkembangan otak bayi ialah perdengarkan muzik, zikir dan ayat al-Quran, sentiasa bercakap-cakap dengan bayi, dan mengusap perut dengan lembut. Fungsi otak boleh terjejas jika kita tidak menitikberatkan perkara-perkara yang boleh memberi kesan yang negatif terhadap otak. Diantaranya ialah tidak mengambil sarapan pagi. Hal ini kerana, apabila seseorang tidak bersarapan, paras gula akan menjadi rendah. Apabila ini berlaku, bekalan nutrisi kurang ke otak dan menjadikan otak tidak aktif. Sarapan membekalkan tenaga penting yang membantu otak untuk lebih aktif. Malah, ada kajian menunjukkan individu yang bersarapan kurang terdorong memilih makanan banyak lemak ketika sajian selanjutnya yang secara tidak langsung dapat mengurangkan masalah berat badan berlebihan. Selain itu, merokok juga boleh menjejaskan perkembangan otak. Ini disebabkan oleh asap rokok yang mengandungi bahan-bahan kimia beracun yang mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau rosak dan boleh menyebabkan penyakit Alzheimer. Contohya, bahan radioaktif (polonium201) dan bahan-bahan yang digunakan di dalam cat (acetone), pencuci lantai (ammonia), ubat gegat (naphthalene), racun serangga (DDT), racun anai-anai (arsenic), gas beracun (hydrogen cyanide), tar, nikotin, karbon monoksida dan banyak lagi. Bahan nikotin akan bertindak balas di dalam otak dan akan memberikan kesan kepada sistem mesolombik yang menjadi punca utama penagihan. Oleh itu, kita dapat lihat bahawa perokok tegar akan menghadapi kesulitan untuk berhenti merokok kerana mereka telah ketagih merokok. Menurut satu kajian yang dijalankan ke atas kakitangan kerajaan di Britain menunjukkan perokok mempunyai prestasi kerja yang kurang cemerlang berbanding individu yang tidak merokok. Individu yang kurang berimaginasi dan jarang berfikir menunjukkan mereka tidak menggunakan otak di tahap yang maksimum. Sedangkan, berfikir merupakan salah satu cara yang terbaik untuk merangsang perkembangan otak seterusnya melahirkan individu yang pintar dan cerdas. Kurangnya berimaginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan dan keaktifan otak menurun kerana otak tidak digunakan untuk berfikir dan tiada pembentukan neuron berlaku di otak. Akhirnya otak menjadi lembap, lemah pemikiran, cepat lupa dan tidak peka. Otak merupakan kurniaan Tuhan yang sangat bermakna dan penting kepada manusia. Otak merupakan organ dalam badan yang sangat penting untuk mengawal semua aktiviti dalam badan

mahupun aktiviti dalam kehidupan seharian kita sendiri. Oleh itu, hargailah kurniaan Tuhan ini dan peliharalah kesihatan otak dengan sebaik-baiknya. Elakkanlah diri daripada melakukan perkaraperkara yang boleh menjejaskan perkembangan dan fungsi otak. Seterusnya, berusahalah untuk menjaga kesihatan diri. Berbekalkan keazaman dan disiplin diri yang tinggi kita mampu memelihara kurniaan Tuhan ini dengan sebaik-baiknya.

RUJUKAN1. http://ms.wikipedia.org/wiki/Otak 2. http://peoplelearn.homestead.com/psyshlearncontent4.html 3. http://www.gmc-kuningan-brebes.com/Fakta%20-%20Fakta%20tentang%20otak

%20manusia.html4. http://blog.wanitaemall.com/fakta-mengenai-gelombang-otak-manusia 5. http://hikmatun.wordpress.com/2007/01/03/10-tabiat-yang-boleh-merosakkan-otak/ 6. http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Makananuntukotak/myMA/myArticle/

7. ARKIB : 01/07/20098. Suppiah, Kamarulzaman, Abd. Aziz, Ramlah, Roslinda, Hazalizah (2009), "Pembelajaran

dan Perkembangan Pelajar". Oxford Fajar.

LAMPIRAN

KARANGAN

Nor Awaathif Binti Mohd Ghazali Lee D20091035070 My Sweet Memory

During my last semester break, I was so lucky that all my siblings also in their holiday season. We took this opportunity to go back to my fathers hometown in Malacca to visit my grandmother and spent our holiday there. We preferred to go to Malacca three days before the school holidays end. This

was because we wanted to send my brother to his hostel in Negeri Sembilan. We departed from home about 6 a.m. right after performing Subuh prayer. The journey to the Malacca took about five hours. Soon we had reached my grandmothers house we have our lunch there. The menus were Gulai Tempoyak Udang, Ikan Masak Cili Api and mix vegetables soup. Those were so delicious. Then we got rest before the new exciting activities tomorrow. We really could not wait for it since it had been a long time we did not go for any vacation. According to our planned, the places that we will go tomorrow were Crocodile Park, Mini Asean Houses, Bees Park and last we will relaxing at Pantai Klebang. We left our grandmothers home around 10 a.m. and started to move to the Crocodile Park. We were so lucky that the weather on that day was cloudy. However, it was not unfortunate as the crocodiles in the Crocodile Park did not move even a step. We decided to go to Mini Asean which is located not so far from the Crocodile Park. There we could see variety designs of house based on the country and state such as Minang House, Thailand House and so on. Next, we went to Bees Park nearby the Mini Asean Houses. There we were given the chance to taste almost 12 types of honey of different bees. The tastes were so good, fresh and sweet. Before we left the Bees Park, we bought a type of honey which was Royal Black Honey. According to the Bees Park owner, bees honey is good for health and can reduce as well as prevent from several diseases and also keep our body from getting tired. The next destination was Pantai Klebang, we bought some food for our lunch on the way to go to Pantai Klebang. There, I could see a place that is peaceful in its own ways. There were many spectacular sights that jumped to my eyes. As far as I could see, there was turquoise water in front of me. The wind blew softly. I felt so calm there. After spending about two hours there we started the cars engine and left the place with full of memories and smiling faces. That was my family trip for this holiday.