operasi perkhidmatan sokongan bahagian · pdf filestandard operating procedure (sop) author:...

8
NO. SEMAKAN : 03 NO. ISU : 02 TARIKH KUATKUASA : 09 MEI 2012 1 drp. 8 OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN BAHAGIAN KESELAMATAN UNIVERSITI Kod Dokumen: UPM/OPR/BKU/AT01/SOP ARAHAN TETAP OPERASI (S.O.P) 1.0 TUJUAN Arahan Tetap ini bertujuan untuk menerangkan tatacara dan peraturan yang wajib diikuti oleh semua anggota keselamatan dan kakitangan pentadbiran Bahagian Keselamatan. 2.0 PERATURAN AM KERJA ANGGOTA DAN KAKITANGAN BAHAGIAN KESELAMATAN 2.1 Anggota dikehendaki menghadiri baris masuk tugas dan baris keluar tugas. 2.2 Semua anggota dan kakitangan hendaklah mengetik kad kedatangan / merekod kedatangan serta dilarang untuk mengetik kad / merekod kedatangan orang lain. 2.3 Setiap anggota dikehendaki bertugas mengikut syif yang telah ditetapkan. 2.4 Anggota dan kakitangan tidak dibenarkan meninggalkan tempat tugas tanpa kebenaran. 2.5 Anggota hendaklah menggunakan alat perhubungan (walkie-talkie) mengikut tatacara percakapan radio Bahagian Keselamatan. Anggota hanya dibenarkan bercakap melalui walkie-talkie untuk urusan kerja sahaja. 2.6 Anggota dan kakitangan tidak dibenarkan bercuti sebelum kelulusan diperolehi. 2.7 Anggota yang ditugaskan untuk bekerja harian atau lebihmasa semasa acara rasmi Universiti adalah diwajibkan hadir bertugas kecuali atas kebenaran pegawai. 2.8 Anggota dan kakitangan hendaklah memaklumkan jika tidak dapat hadir bertugas atas sebab-sebab kecemasan. 2.9 Anggota yang bertugas dibenarkan rehat selama satu jam mengikut waktu yang telah ditetapkan sahaja.

Upload: dinhnhan

Post on 06-Feb-2018

233 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN BAHAGIAN  · PDF fileSTANDARD OPERATING PROCEDURE (SOP) Author: Administrator Created Date: 4/30/2012 6:49:08 AM

DOKUMEN TIDAK TERKAW

AL

NO. SEMAKAN : 03 NO. ISU : 02 TARIKH KUATKUASA : 09 MEI 2012 1 drp. 8

1 drp. 8

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

BAHAGIAN KESELAMATAN UNIVERSITI Kod Dokumen: UPM/OPR/BKU/AT01/SOP

ARAHAN TETAP OPERASI (S.O.P)

1.0 TUJUAN

Arahan Tetap ini bertujuan untuk menerangkan tatacara dan peraturan yang wajib diikuti oleh semua anggota keselamatan dan kakitangan pentadbiran Bahagian Keselamatan.

2.0 PERATURAN AM KERJA ANGGOTA DAN KAKITANGAN BAHAGIAN KESELAMATAN

2.1 Anggota dikehendaki menghadiri baris masuk tugas dan baris keluar tugas.

2.2 Semua anggota dan kakitangan hendaklah mengetik kad kedatangan / merekod kedatangan serta dilarang untuk mengetik kad / merekod kedatangan orang lain.

2.3 Setiap anggota dikehendaki bertugas mengikut syif yang telah ditetapkan. 2.4 Anggota dan kakitangan tidak dibenarkan meninggalkan tempat tugas

tanpa kebenaran. 2.5 Anggota hendaklah menggunakan alat perhubungan (walkie-talkie)

mengikut tatacara percakapan radio Bahagian Keselamatan. Anggota hanya dibenarkan bercakap melalui walkie-talkie untuk urusan kerja sahaja.

2.6 Anggota dan kakitangan tidak dibenarkan bercuti sebelum kelulusan

diperolehi. 2.7 Anggota yang ditugaskan untuk bekerja harian atau lebihmasa semasa

acara rasmi Universiti adalah diwajibkan hadir bertugas kecuali atas kebenaran pegawai.

2.8 Anggota dan kakitangan hendaklah memaklumkan jika tidak dapat hadir bertugas atas sebab-sebab kecemasan.

2.9 Anggota yang bertugas dibenarkan rehat selama satu jam mengikut

waktu yang telah ditetapkan sahaja.

Page 2: OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN BAHAGIAN  · PDF fileSTANDARD OPERATING PROCEDURE (SOP) Author: Administrator Created Date: 4/30/2012 6:49:08 AM

DOKUMEN TIDAK TERKAW

AL

NO. SEMAKAN : 03 NO. ISU : 02 TARIKH KUATKUASA : 09 MEI 2012 2 drp. 8

2 drp. 8

2.10 Anggota dikehendaki menghantar laporan keadaan semasa melalui alat

perhubungan (walkie-talkie) ke Pusat Kawalan setiap satu (1) jam kecuali Unit Tugas Khas.

2.11 Anggota hendaklah membuat serah terima tugas terlebih dahulu sebelum

mula atau tamat tugas. 2.12 Anggota dan kakitangan yang ingin keluar daripada kampus hendaklah

mengisi dua salinan Borang Keluar yang telah disediakan iaitu Borang Permohonan Keluar Kampus (OPR/BKU/BR01/KAMPUS).

3.0 DISIPLIN ANGGOTA KESELAMATAN

3.1 Anggota dilarang meninggikan suara dan berkasar pada pelanggan. 3.2 Anggota tidak dibenarkan makan, minum, merokok, mendengar radio,

menonton televisyen, menggunakan komputer riba, telefon bimbit serta membaca surat khabar dan sebagainya ketika bertugas.

3.3 Memastikan keadaan tempat bertugas dalam keadaan bersih, kemas dan

teratur.

3.4 Memastikan peralatan untuk bertugas mencukupi dan berkeadaan baik.

3.5 Anggota hendaklah memberi tabik hormat dan memanggil dengan panggilan ‘Tuan’ kepada Pegawai-pegawai di Bahagian Keselamatan manakala kepada Penyelia dengan panggilan ‘Encik’.

3.6 Anggota hendaklah memberi tabik hormat kepada pegawai-pegawai

utama Universiti. 3.7 Anggota dimestikan berpakaian kerja dengan kemas dan lengkap semasa

bertugas. 3.8 Anggota baru dan anggota yang belum mendapat pakaian seragam yang

lengkap dikehendaki memakai baju kemeja dan seluar ‘slack’ berserta ‘vest’ keselamatan.

3.9 Anggota hendaklah berambut pendek, tidak menyimpan jambang dan

janggut serta berkeadaan kemas.

Page 3: OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN BAHAGIAN  · PDF fileSTANDARD OPERATING PROCEDURE (SOP) Author: Administrator Created Date: 4/30/2012 6:49:08 AM

DOKUMEN TIDAK TERKAW

AL

NO. SEMAKAN : 03 NO. ISU : 02 TARIKH KUATKUASA : 09 MEI 2012 3 drp. 8

3 drp. 8

4.0 DISIPLIN KAKITANGAN PENTADBIRAN KESELAMATAN

4.1 Semua kakitangan hendaklah mengikut peraturan-peraturan pejabat yang telah ditetapkan. 4.2 Semua kakitangan hendaklah berpakaian kemas dan sesuai semasa bekerja. 4.3 Semua kakitangan perlu memakai tanda nama dan kad kakitangan semasa bertugas. 4.4 Semua kakitangan tidak dibenarkan memakai T-shirt semasa bertugas. 4.5 Semua kakitangan tidak dibenarkan memakai seluar jeans ketika bertugas. 4.6 Semua kakitangan tidak dibenarkan merokok di dalam Pejabat Keselamatan, Pusat Kawalan dan Pos Kawalan. 4.7 Semua kakitangan hendaklah menjaga kebersihan persekitaran tempat tugas. 4.8 Semua kakitangan tidak dibenarkan membaca suratkhabar, majalah dan melayari laman sesawang yang tidak berkaitan semasa bertugas. 4.9 Semua kakitangan mestilah berambut kemas. 4.10 Semua kakitangan hendaklah memberi hormat kepada Pegawai Utama Universiti semasa bertugas. 4.11 Semua kakitangan di Bahagian Keselamatan hendaklah memanggil Pegawai di Bahagian Keselamatan dengan panggilan ‘Tuan’ manakala Penyelia dengan panggilan ‘Encik’. 4.12 Semua kakitangan hendaklah bertanggungjawab pada tugasnya dan berupaya memberi penumpuan dalam menyempurnakan tugas dan arahan yang diberi.

Page 4: OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN BAHAGIAN  · PDF fileSTANDARD OPERATING PROCEDURE (SOP) Author: Administrator Created Date: 4/30/2012 6:49:08 AM

DOKUMEN TIDAK TERKAW

AL

NO. SEMAKAN : 03 NO. ISU : 02 TARIKH KUATKUASA : 09 MEI 2012 4 drp. 8

4 drp. 8

5.0 PERALATAN

5.1 Semua urusan pinjaman barang-barang atau peralatan hendaklah mendapatkan kelulusan.

5.2 Setiap penerimaan dan pengeluaran peralatan hendaklah direkodkan. 5.3 Penggunaan senjata api hendaklah mendapat kelulusan daripada

Pegawai berkenaan.

5.4 Semua anggota perlu bertanggungjawab ke atas peralatan yang

dibekalkan dan digunakan manakala bagi setiap kerosakan akibat

kecuaian sendiri, kos pembaikan atau penggantian peralatan tersebut

akan ditanggung oleh anggota berkenaan.

6.0 KENDERAAN

6.1 Setiap penggunaan kenderaan hendaklah mendapatkan kelulusan terlebih dahulu.

6.2 Kenderaan hendaklah dijaga dan sentiasa dalam keadaan bersih.

6.3 Kunci kenderaan hendaklah diserahkan selepas tamat penggunaan kepada Pegawai yang bertanggungjawab.

6.4 Segala penyelenggaraan dan baik pulih kenderaan perlu mendapatkan kelulusan terlebih dahulu.

6.5 Segala urusan pembelian minyak perlu mendapatkan kebenaran daripada Pegawai yang bertanggungjawab.

6.6 Kenderaan tidak dibenarkan di bawa keluar dari kawasan kampus tanpa kebenaran.

6.7 Kunci pendua kenderaan hendaklah disimpan di Pejabat Am.

6.8 Anggota yang dipertanggungjawabkan sahaja dibenarkan membawa kenderaan Bahagian Keselamatan dan dikehendaki membuat pemeriksaan kenderaan sebelum digunakan terlebih dahulu dan dicatatkan dalam Senarai Semak Kenderaan dan Jentera (SOK/PYG/SS01).

Page 5: OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN BAHAGIAN  · PDF fileSTANDARD OPERATING PROCEDURE (SOP) Author: Administrator Created Date: 4/30/2012 6:49:08 AM

DOKUMEN TIDAK TERKAW

AL

NO. SEMAKAN : 03 NO. ISU : 02 TARIKH KUATKUASA : 09 MEI 2012 5 drp. 8

5 drp. 8

6.9 Setiap kali selepas penggunaan kenderaan, pemandu dikehendaki merekod ke dalam Buku Log.

6.10 Kenderaan hanya boleh digunakan untuk tugas-tugas rasmi sahaja. 6.11 Anggota yang memandu kenderaan Bahagian Keselamatan adalah bertanggungjawab ke atas kenderaan tersebut. Setiap kerosakan akibat kecuaian sendiri, kos pembaikan atau penggantian akan ditanggung oleh anggota berkenaan.

7.0 TRAFIK 7.1 Anggota dikehendaki mengawal simpang-simpang yang diarahkan.

7.2 Anggota dikehendaki mengawal lalu-lintas ketika kemalangan, kecemasan dan aktiviti Universiti.

7.3 Anggota yang sedang bertugas disimpang dilarang melayan tetamu.

7.4 Anggota dikehendaki mengambil tindakan ketika berlaku kemalangan

jalanraya.

8.0 KAWALAN AKSES

8.1 Hanya anggota yang bertugas di Pos Kawalan sahaja dibenarkan berada di Pos Kawalan.

9.0 KEMALANGAN

9.1 Anggota dikehendaki mengambil tindakan awal sebelum bantuan tiba. 9.2 Kawalan lalulintas hendaklah dilakukan sehingga kejadian selesai.

Page 6: OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN BAHAGIAN  · PDF fileSTANDARD OPERATING PROCEDURE (SOP) Author: Administrator Created Date: 4/30/2012 6:49:08 AM

DOKUMEN TIDAK TERKAW

AL

NO. SEMAKAN : 03 NO. ISU : 02 TARIKH KUATKUASA : 09 MEI 2012 6 drp. 8

6 drp. 8

10.0 TATACARA RONDAAN

10.1 Persediaan Awal Sebelum Rondaan 10.1.1 Peralatan dan perkara yang perlu disediakan sebelum melaksanakan rondaan adalah seperti berikut:

(a) Cota (b) Lampu Suloh (c) Baju Hujan (d) Alat Perhubungan (e) Sarung Tangan (f) Wisel (g) Topi Keledar (h) Memeriksa kenderaan sebelum digunakan dan dicatatkan

dalam Senarai Semak Kenderaan dan Jentera (SOK/PYG/SS01).

10.2 Tindakan Semasa Rondaan Dilaksanakan

10.2.1 Memasang lampu biru semasa membuat rondaan pada waktu malam. 10.2.2 Memeriksa sekeliling kawasan dan bangunan untuk memastikan tiada berlaku pencerobohan dan ancaman jenayah. 10.2.3 Menerima sebarang aduan dari warga kampus dan memastikan aduan tersebut adalah benar. 10.2.4 Melaporkan sebarang kejadian ke Pusat Kawalan untuk mendapatkan bantuan (sekiranya perlu). 10.2.5 Memeriksa kenderaan dan orang yang disyaki dikawasan rondaan. Menahan dan meminta pengenalan diri individu yang mencurigakan. 10.2.6 Menghubungi pos-pos kawalan untuk menahan kenderaan yang disyaki untuk tujuan pemeriksaan. 10.2.7 Membuat laporan kejadian sekiranya berlaku kes jenayah. 10.2.8 Memeriksa surat kebenaran daripada pelajar yang menggunakan makmal / dewan kuliah selepas waktu pejabat.

Page 7: OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN BAHAGIAN  · PDF fileSTANDARD OPERATING PROCEDURE (SOP) Author: Administrator Created Date: 4/30/2012 6:49:08 AM

DOKUMEN TIDAK TERKAW

AL

NO. SEMAKAN : 03 NO. ISU : 02 TARIKH KUATKUASA : 09 MEI 2012 7 drp. 8

7 drp. 8

10.2.10 Memeriksa pintu pagar, pintu dan tingkap bangunan serta aset- aset diluar bangunan. . 10.2.11 Menandatangani Buku-buku Rondaan di ‘Check Point / mengimbas ‘Guard Tour’ yang telah ditetapkan. 10.2.12 Sekiranya terdapat sebarang kejadian kecemasan, bantuan hendaklah diberikan dan hubungi Pusat Kawalan untuk mendapatkan bantuan kecemasan.

10.3 Tindakan Selepas Rondaan Dilaksanakan 10.3.1 Periksa untuk memastikan peralatan dan kenderaan yang dibawa semasa rondaan mencukupi dan berkeadaan baik sebelum serah menyerah tugas. 10.3.2 Membuat laporan rondaan dan mencatat buku laporan tugas harian. 10.3.3 Membuat laporan kejadian sekiranya ada kes. 10.3.4 Membuat serah menyerah tugas kepada anggota seterusnya.

11.0 MELEPASKAN TEMBAKAN

11.1 Arahan Am 11.1.1 Operasi atau aktiviti menembak mesti mendapat kebenaran dan kelulusan dari Pengarah Keselamatan.

11.1.2 Pastikan kawasan operasi / aktiviti menembak selamat daripada orang awam, kakitangan dan pelajar. 11.1.3 Senjata hendaklah digunakan mengikut tujuan ia diberi lesen. 11.1.4 Senjata yang dilesenkan tidak boleh diberikan atau dibawa oleh orang yang mabuk atau berkelakuan yang tidak senonoh. 11.1.5 Dilarang menggunakan senjata api untuk melakukan sesuatu kesalahan. 11.1.6 Dilarang membenarkan senjata digunakan oleh orang yang tiada diberi lesen membawa atau menggunakannya.

Page 8: OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN BAHAGIAN  · PDF fileSTANDARD OPERATING PROCEDURE (SOP) Author: Administrator Created Date: 4/30/2012 6:49:08 AM

DOKUMEN TIDAK TERKAW

AL

NO. SEMAKAN : 03 NO. ISU : 02 TARIKH KUATKUASA : 09 MEI 2012 8 drp. 8

8 drp. 8

11.1.7 Senjata hendaklah disimpan ditempat yang selamat. 11.2 Arahan Semasa Menembak 11.2.1 Senjata diisikan peluru, kunci keselamatan berada di dalam kedudukan ‘Safe’ sebelum menembak. 11.2.2 Senjata hendaklah sentiasa berkedudukan laras ke bawah dan Kunci selamat ketiak membawanya. 11.2.3 Kenalpasti sasaran tersebut benar-benar binatang / musuh tanaman yang merosakan tanaman atau binatang liar yang mengancam keselamatan pelajar dan kakitangan di dalam kampus. 11.2.4 Berdiri tegak jarak 20 meter dari sasaran. 11.2.5 Senjata diangkat ke paras bahu untuk tenangan. 11.2.6 Halakan senjata ke sasaran. 11.2.7 Jangan sesekali bergurau atau mengacukan senjata kepada sesiapa sahaja. 11.2.8 Semasa menembak jika berlaku masalah terhadap senjata api yang digunakan, hendaklah halakan laras senjata ke bawah dan buat langkah selamatkan senjata dengan mengeluarkan peluru. Jangan sekali-kali cuba memusingkan senjata ke kiri / kanan / belakang sekiranya senjata api masih ditangan. 11.3 Arahan Selepas Menembak 11.3.1 Buat langkah selamatkan senjata dengan menghalakan laras senjata 90 darjah ke atas, kosongkan senjata untuk memastikan tiada peluru berada di dalam ‘chamber’. 11.3.2 Kumpulkan semua peluru yang lebih beserta dengan kelongsong kemudian serahkan ke stor senjata. 11.3.3 Dilarang mengambil atau menyimpan peluru hidup atau kelongsong peluru dan sebarang peralatan senjata. 11.3.4 Senjata hendaklah dicuci dan diserahkan untuk disimpan di dalam stor senjata.