spi bil 7 tahun 2011 standard operating procedure (sop) 137

Upload: anuarie

Post on 07-Apr-2018

389 views

Category:

Documents


11 download

TRANSCRIPT

  • 8/6/2019 SPI Bil 7 Tahun 2011 Standard Operating Procedure (SOP) 137

    1/8

    PEJABAT KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIAOffice of Director-General of Education MalaysiaARAS 8, BLOK E8,Level 8, Block E8,KOMPLEKS KERAJAAN PARCEL EGovernment Compleks Parcel E,PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUANFederal Government Administrative Centre62604 PUTRAJAYA

    Tel: 03-8884 6077Fax: 03-88894548Laman web: bttp/ /www.moe.gov.my

    SPI:KP(BPSH-SPDK)201/005/01/Jld. 4(10)2i Jun 2011

    Semua Pengarah PelajaranJabatan Pelajaran Negeri

    Y. Bhg. DatuklDato'/Tuan/Puan,SURA T PEKELILING IKHTISAS BILANGAN 7 TAHUN 2011PELAKSANAAN STANDARD OPERA TlNG PROCEDURE (SOP) 1 : 3 : 7PELAPORAN DAN TINDAKAN MENANGANIISU DISIPLIN MURIDSejak kebelakangan ini, terdapat kes-kes berkaitan disiplin murid yang berlaku disekolah telah lambat ditangani sehingga menimbulkan ketidakpuasan hati dalamkalangan pihak-pihak yang terlibat. Kelewatan tersebut bukan sahaja telahmenjejaskan reputasi serta prestasi sesebuah sekolah malah juga KementerianPelajaran Malaysia (KPM).2. Selain itu, terdapat juga kes atau insiden yang berlaku di sekolah tidakdilaporkan kepada KPM dan laporan mengenai kejadian hanya disampaikan setelahbeberapa hari berlaku atau setelah diminta oleh KPM. Hal yang demikian telahmenggambarkan kelemahan pengurusan semua peringkat di KPM dalammenangani isu ini.3. Surat Pekeliling Ikhtisas ini bertujuan bagi mengatasi kelewatan sepertitersebut. Semua Jabatan Pelajaran Negeri (JPN), Pejabat Pelajaran Daerah (PPD)dan Sekolah perlu mematuhi tahap kesegeraan menangani isu ini menerusipelaksanaan Standard Operating Procedure (SOP) 1 : 3 : 7. Bersama-sama inidisertakan panduan pelaksanaannya seperti di LAMPIRAN S.O.P. 1:3:7.

    http://www.moe.gov.my/http://www.moe.gov.my/
  • 8/6/2019 SPI Bil 7 Tahun 2011 Standard Operating Procedure (SOP) 137

    2/8

    4. Kerjasama Y. Bhg. Oatuk/Oato'fTuan/Puan adalah dipohon untukmemaklumkan kandungan Surat Pekeliling Ikhtisas ini kepada PPO, Pengetua danGuru Sesar di bawah pentadbiran masing-masing.Sekian, terima kasih.

    K NEGARA"

    AR BIN MAHiM UDKetua Pe

    s..k. 1. Y.A.B ..Tan Sri Data' Haji Muhyiddin bin Haji Mohd YassinTimbalan Perdana MenteriMerangkap Menteri Pelajaran Malaysia

    2. Y.B. Oatuk Ir. Dr. Wee Ka SiongTimbalan Menteri Pelajaran

    3. Y.B. Dr. Mohd Puad ZarkashiTimbalan Menteri Pelajaran4. Ketua Setiausaha

    Kementerian Pelajaran Malaysia5. Timbalan- Timbalan Ketua Setiausaha

    Kementerian Pelajaran Malaysia6. Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah PelajaranKementerian Pelajaran Malaysia7. Ketua-Ketua BahagianKementerian Pelajaran Malaysia8. Ketua Nazir, Jemaah Nazir Dan Jaminan KualitiKementerian Pelajaran Malaysia9. Penasihat Undang-UndangKementerian Pelajaran Malaysia10. Pegawai Perhubungan AwamKementerian Pelajaran Malaysia

  • 8/6/2019 SPI Bil 7 Tahun 2011 Standard Operating Procedure (SOP) 137

    3/8

    lAMPIRAN S.O.P. 1:3:7

    KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIAPELAKSANAAN

    STANDARD OPERA TlNG PROCEDURE (SOP)lAPORAN ISU DISIPLIN MURID

    Tujuan1. Tujuan penyediaan Standard Operating Procedure (SOP) Laporan Isu Oisiplin Murid

    ini adalah untuk menjadi panduan kepada Jabatan Pelajaran Negeri (JPN), PejabatPelajaran Oaerah (PPO) dan Sekolah dalam mematuhi tahap kesegeraanpenyampaian maklumat dan laporan berkaitan isu pendidikan khususnya yangberkaitan disiplin murid kepada Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).

    2. Selainitu, adalah untuk menilai tahap prestasi sesebuah sekolah dengan mengambilkira pematuhan tahap kesegeraan tindakan bagi menangani isu disiplin murid.

    latar Belakang3. Sejak kebelakangan ini, terdapat isu-isu berkaitan disiplin murid yang berlaku disekolah telah disiarkan terlebih dahulu melalui media massa. Ini beerti pihak

    JPNIPPD lambat atau tidak melaporkan isu-isu tersebut kepada KPM. Laporanmengenai kejadian hanya disampaikan kepada KPM setelah beberapa hari berlakuatau setelah diminta oleh KPM.

    4. Sikap sesetengah pentadbir sekolah yang gagal bertindak segera menghubungiKPM amatlah dikesali dan perlu diperbetulkan. Sehubungan itu, Y. Bhg. KetuaPengarah Pelajaran Malaysia dalam perbincangan bersama Pengarah SahagianPengurusan Sekolah Harlan (BPSH) dan Ketua Jemaah Nazir Dan Jamlnan Kualiti(JNJK) KPM pada 8 Mac 2011 telah meminta agar perkara ini ditangani segerasecara bersama dengan semua Jabatan Pelajaran Negeri (JPN).

    Rasional5. KPM sebagai ibu pejabat dalam semua hal berkaitan pengurusan pendidikan

    merupakan pihak yang perlu dimaklumkan terlebih dahulu berkaitan dengansebarang isu mengenai tingkah laku tidak berdisiplin murid yang berlaku di sekolah.

  • 8/6/2019 SPI Bil 7 Tahun 2011 Standard Operating Procedure (SOP) 137

    4/8

    6. Kelewatan dalam menyedia dan memberikan maklumbalas berkaitan isu disiplinmurid kepada kepemimpinan tertinggi di KPM boleh menjejaskan reputasi sertaprestasi bukan sahaja bahagian atau jabatan di bawahnya malah juga KPM secarakeseluruhan.

    Pelaksanaan SOP7. Laporan berkaitan isu atau insiden yang melibatkan tingkah laku tidak berdisiplin

    oleh murid di sekolah hendaklah disampaikan dengan kadar segera oleh JPNkepada KPM. Segera bagi maksud SOP ini adalah seperti berikut;

    7.1 Pada hari berlakunya kes atau insiden sekiranya berlaku di sekolah;

    7.2 Pada hari kes atau insiden tersebar melalui media massa sekiranya kes atauinsiden berlaku di luar sekolah atau dalam masa cuti sekolah atausememangnya di luar pengetahuan pihak sekolah.

    7.3 Sekiranya kes atau insiden berlaku di luar sekolah atau dalam masa cutisekolah di mana pihak sekolah mengetahuinya maka hendaklah segeramenyampaikan maklumat atau laporan tersebut kepadaJPN.

    8. Segera bagi maksud SOP ini juga dikira berdasarkan tempoh hari iaitu pada kadar 1.:3 : 7 seperti Jadual1.Jadual1 : Kadar atau tempoh masa laporan dan penyelesaian kes

    disiplinHARI TEMPOH TINDAKAN

    1. JPN perlu siasat serta melaporkan isu disiplin disekoJah kepada KPM maklumat awal isutersebut secara ringkas;Hari Pertama a. Apa (What)(hari berlaku b.. Siapa (Who)

    1kejadian di c. Oi mana (Where)sekolahl d. 8ila (When)keluar media e. Tindakan awal (secara ringkas)massa)

    2. Maklumat awal ini boJeh dihantar sama adamelalui SMS, e-mail, telefon (+ HP) atau talianHotline di BPSH.

  • 8/6/2019 SPI Bil 7 Tahun 2011 Standard Operating Procedure (SOP) 137

    5/8

    HARI

    Harl Ketujuh

    TINDAKAN

    3. JPN boleh hantar laporan siasatan awalsekiranya siasatan dan laporan telah dapatdisiapkan menerusi faksimili atau e-mail padahari pertama kejadian. Soleh menggunakanborang PK04-3 (Pengurusan Aduan) sekiranyadapat disegerakan.

    1. JPN telah menjalankan siasatan sertamenghantar laporan penuh kepada KPMtermasuk tindakan yang sedang, akan atau telahdiambil oleh pihak-pihak terlibat.

    2. Menggunakan borang PK04-3.

    1. Kes atau isu atau insiden yang berlaku telahdiselesaikan di semua peringkat termasuktindakan-tindakan yang perlu, atau hukumanatau penyelesaian lain yang telah dilakukan.

    2. Penyelesaian perlu memaksimumkan kepuasanhati pihak-pihak yang terlibat.

    TEMPOH

    3 Hari Ketiga

    9. Memastikan isu tingkah laku tidak berdisiplin oleh murid diselesaikan dalam tempohtujuh hari di peringkat sekolah, PPD atau JPN ..Penyelesaian dalam tempoh tersebutadalah penyelesaian yang berada dalam bidang kuasa pentadbiran sekolah, PPDdan JPN.

    7

    10. Sekiranya kes atau insiden tersebut melibatkan pihak berkuasa lain sepertipendakwaan di mahkamah, maka tempoh proses tersebut adalah tidak dikira dalampelaksanaan SOP ini.

  • 8/6/2019 SPI Bil 7 Tahun 2011 Standard Operating Procedure (SOP) 137

    6/8

    Jenis dan Tahap Kes Untuk Kesegeraan11. Oalam hal ini, tahap kes atauinsiden yang memerlukan kesegeraan dihantarkepada KPM pada hari pertama adalah meliputi Kes Berunsur Jenayah,

    Kelucahan Melampau, Keracunan Makanan, Kemalangan Serius, Bencana,Buli, Pergaduhan, Isu Perkauman, Pendemik (contohnya H1N1), Histeria atauisu-isu lain yang pada pandangan pengetua atau guru besar perlu dilaporkansegera.

    Tahap Prestasi Sekolah12. Kepatuhan kepada tatacara tindakan seperti di Jadual 1 dan Jadual 2 juga akan

    diambil klra dalam menentukan prestasi sesebuah sekolah, PPO dan juga JPN.

    Proses Tindakan13. Proses tindakan adalah seperti di Jadual 2.

    Jadual 2: Proses Tindakan Laporan dan Penyelesaian Kes Disiplin

    LANG,KAH TINDAKAN AGENSI

    LANGKAH 1

    LANGKAH 2

    LANGKAH 3

    1. Sekolah siasat kes.2. Sekolah ambil tindakan awal.3. Sekolah buat laporan awal ke PPO atau

    terus ke JPN (bagi negeri tiada PPO).4. Bagi kes/insiden yang serius, sekolah

    perlu terus lapor ke JPN.1. PPO perlu semak maklumat yang

    diterima daripada sekolah dan perlujuga siasat.

    2. PPO menghantar laporan awal ke JPNbeserta ulasan dan pandangan awalPPO.

    3 .. PPO perlu bantu sekolah dalammenyelesaikan masalah tersebuttermasuk tindakan yang wajar.

    4. Bagi kes/insiden yang serius, PPOboleh lapor terus kepada JPN atauKPM.

    1. JPN perlu semak maklumat yangditerima daripada PPO (siasat sekiranyaperlu) ..

    2. JPN menghantar laporan awal ke KPMbeserta ulasan dan pandangan awalJPN.

    Sekolah

    PejabatPelajaranOaerah (PPO)

    JPN

  • 8/6/2019 SPI Bil 7 Tahun 2011 Standard Operating Procedure (SOP) 137

    7/8

    LANGKAH 41. JPN perlu menjalankan siasatan

    selanjutnya serta menghantar laporanpenuh kepada KPM termasuk tindakanyang sedang, akan atau telah diambiloleh pihak-pihak terlibat.

    JPN

    LANGKAH 5

    1. KPM (BPSH) perlu membuat ulasanserta pandangan terhadap laporandikemukakan JPN.

    2. BPSH perlu mengangkat laporankepada KPPM.

    3. Sekiranya perlu tindakan lanjut, BPSHperlu memaklumkan kepada JPN untukdiambil tindakan seterusnya.

    4. JPN melaporkan semula kepada BPSH

    BPSH

    LANGKAH 61. BPSH mengkaji laporan akhir JPN.

    serta menentukan tindakan dari segidasar operasi KPM

    BPSH

    Selesai

  • 8/6/2019 SPI Bil 7 Tahun 2011 Standard Operating Procedure (SOP) 137

    8/8

    CARTA ALiR PROSEDUR TINDAKAN lAPORAN ISU DISIPLIN MURIDMENGIKUT SOP 1-3-7

    8 Berlaku KesSekolah siasat mengikut prosedurD Lapor segera ke PPO(Salinan laporan ke JPN jika kes serius)

    . .

    Penambahbaikan/ PPOSemak/ bantu sekolah dan ulasansiasat

    Lapor segera KeJPN(Salinan laporan PPOke KPM jika kes serius)

    Penambahbaikan/ JPNSemak dan ulasansiasat

    Laporan penuh PK04-3 berserta Ulasan danPandangan Pengarah JPN ke KPM

    Penambahbaikan/ KPM semak dan meneliti ulasan /pandangansiasat JPN

    KPM membuat pertimbangan dan. . ulasan/pandanganDKemukakan kepada KPPM/Menteri. . .Q Tindakan Susulan KPM kepada JPNDLaporan Tindakan JPN kepada KPMQ Analisis laporan untuk tindakan dasar KPMDKPM mengkaji laporan untuk tindakan dasarKPM