oong hak ching (ulasan)

Upload: yak-bie

Post on 17-Jul-2015

95 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 5/14/2018 Oong Hak Ching (ULASAN)

    1/16

    Jebat 24 (1996) : 85-100

    Penggubalan Dasar British terhadap Tanah Melayu SemasaPerang Dunia Kedua

    OONG HAK CHING

    PENGENALAN

    Peperangan Dunia Kedua atau pendudukan Jepun di Tanah Melayu (1942-1945) merupakan peristiwa penting da1amsejarah negara ini. Pada zaman iniBritish telah menggubal sebuah perlembagaan baru yang membayangkanperubahan dasar rnereka terhadap orang Melayu. Dasar bam ini akan memberikesan negatifkepada masyarakat Melayu: menghapuskan konsep TanahMelayusebagai negeri Melayu, kedaulatan Sultan-sultan Melayu dan tarafkeburniputeraan orang Melayu. Dasar bam ini membayangkan kerajaan Britishtidaklagi berhasrat untukmemikul tanggungjawab untuk memberi perlindungankepada Sultan-sultan dan orang Melayu berasaskan perjanjian yang "kudus" diantara British dengan Sultan-sultan Melayu yang dibuat sebelumperang. Sebalikdasar baru tersebut mernberi banyak manfaat kepada orang-orang bukan Melayuterutarna orang Cina yang dahulu nya dianggap sebagai perantau yang tidakmernpunyai sebaranghakdalamkehidupanpolitikdi TanahMelayu. Kertaskerjairu cuba meneliti dan menganalisis sebab musabab yang mendorong Britishmengubah dasar "pro-Melayu" atau "Malaya for the Malays" kepada dasarTanah Melayu untuk semua penduduk Tanah Melayu atau "Malaya for Ma-layan."

    LATARBELAKANG SEJARAHBritish telah mernperluaskan pengaruh dan menegakkkan kawalan ke atassernenanjung Tanah Melayu dalamjangkarnasa 1874hingga 1914. Sebelurn ituBritish cuma menguasai tiga pengkalan perdagangan: Pu1auPinang, Melaka danSingapurayang kemudiannya dicantumkan menjadi Negeri-negeri Selat. Britishberpuas hati dengan menguasai kawasan-kawasan ini sah.aja keranakepentingannya dirantau ini pada masa itu terbatas kepada menjaga keselamatandan pertahanan India dan menguasai jalan laut ke China.

    Kerajaan British dan Syarikat Hindia Timur Inggeris (EIC) yangmemerintah dan mentadbir Negeri-negeri Selat tidak tertarik untukmemperluaskan kawalan ke atas Negeri-negeri MeJayu kerana pengalamanmereka memeprlihatkan imperialisme boleh rnenimbu1kan risko yang tidak

  • 5/14/2018 Oong Hak Ching (ULASAN)

    2/16

    86 Jebat24menguntungkan. Misalnya tindakan British untuk mengambil dan mernasukkanNaning menjadi wilayah Mel aka telah mencetuskan perang yang rnenelanbelanja yang banyak dan hasil yang di perolehi dari Naning pula sedikit benar.EIC mendapati hasil daripada Negeri-riegeri Sel at bertambah kurang berikutandengan penghapusan hak monopoli perdagangannya dengan China selepas1833. Carnpurtangan dalam hal ehwal negeri-riegeri Melayu boleh menyebabkanpertambahan beban bagi EIC. Walaupun begitu EIC dan kerajaan British tidakmenyekat individu-individu British terutama golongan saudagar untuk campurtangan dalam hal ehwal Negeri-negeri Melayu.

    Menjelang suku terakhir kurun ke 19 kerajaan British terpaksa meni laisemula dasar tidak carnpurtangan dalarn hal ehwal negeri-negeri Melayu.Golongan audagar swasta dan pegawai-pegawai kolonial Negeri-negeri Selatn1.endesakkerajaanBritishmengubahdasarkeranamerekameIihatnegeri-negeriMelayu mempunyai hasil kekayaaan terutama hasil-hasil bumi saperti bijihtimah dan dipercayai juga ada emas. Saudagar-saudagar Negeri-negeri Selattertarik untuk melabor dalam bidang perlombongan terutama di Perak danSelangor. Sej ak tahun 1850an mereka telahpun mula rnelabor secara kecil- kecilan.Golongan saudagar birnbang untuk me.labor secara besar-besaran dan meluaskerana pentadbiran dan kestabilan politik di negeri-negeri Melayu tidak dapatmenjamin keselamatan modal mereka.

    Keadaan politik peribumi di negeri-negeri Melayu terutama Perak,Selangor dan Negeri Sernbil an selalu bergolak disebabkan pertikaian dikalangangolongan kerabat diraja kerana masalah pergantian ke atas tatkha kerajaan danperebutan kawasan-kawasan yang dipercayai mempunyai timah. Konflik dinegeri-riegeri Melayu bertarnbah besar disebabakan terdapat persaingan dikalangan saudagar-saudagar Cina dan kumpulan-kumpulan kongsi gelap yangbertentangan. Kekacauan yang berlaku sering melimpah ke Negeri-riegeri Selatdan kerajaan India agak lernah untuk mengatasi keadaan ini. Ini menyebabkansaudagar-saudagar Negeri-negeri Selat rnendesak supaya kawalan ke atasNcgeri-ncgeri Selat dipindahkan daripada kerajaan India ke Pejabat Tanahjajahan (Colonial Office) di London. Pada tabun 1867 tuntutan ini ditunaikandan berikutan dengan ini saudagar-saudagar bertambah kuat mendesak kerajaanBritish supaya campurtangan di negeri-negeri Melayu.Dalam kurun ke 19 permintaan terhadap timah telah meningkat akibatperang saudara di Amerika Syarikat. Timah diperlukan untuk membuatbarang-barang kerperluan tentera seperti tong-tong untuk sirnpanan rninyak danlain-lain. Revolusi industri di beberapa negaraEropahjuga telah meningkatkanpermintaan terhadap timah tennasuk daripada Tanah Melayu. Faktor-faktor inimenyebabkan berlaku persaingan yang hebat dalam perdagangan hasil-hasilkeluaran negeri-negeri Me l ayu. Bagi golongan saudagar jalan yangsebaik-baikny a bagi mengatasi masalah mereka adalah dengan perluasankawalan British ke atas negeri-negeri Melayu.

  • 5/14/2018 Oong Hak Ching (ULASAN)

    3/16

    Dasar British terhadap Tanah. Melayu 87Menjelang l870an semangat imperialisme dan perlumbaan meneari

    tanahjajahan telah meningkatdikalangannegera-negera Eropah. Lord Kimberly,Setiausaha Negara Bagi Tanahjajahan British mernbayangkan kemungkinanlerman akan campurtangan di Selangor dan ia menegaskan pendirian Britishyang tidak akan membenarkan sebarang kuasa asing lain dari membentok negerinaungan di Semenanjung Tanah Melayu.' Ia telah mengeluarkan satu arahankepada Sir Andrew Clarke, bakal Gabnor Negeri-negeri Selat supaya membuatlaporan kepadanya mengenai Iangkah-Iangkah yang boleh diambil oleh PejabatTanahjajahan bagi memupuk danmemulihkan kearnanan dan ketenteraman bagirnelindungi perdagangan dan perniagaan di negeri-negeri Melayu.

    Pada 11Januari ]874 satu pertemuan diadakan di Pulau Pangkor yangdihadiri oIehpihak-pihak yang menuntut tahkta Perak keeuali Raja Ismail, Turuthadir pernirnpin-pernirnpin kongsi gelapCinayang bertikai dan pegawai-pegawaikolonial termasuk Andrew Clarke sendiri. Satu perjanjian telah ditandatanganiyang dikenal isebagai Perjanjian Pangkor yang di antara lain mengakui RajaAbdullah sebagai Sultan Perak dan pihak istana bersetuju menerima seorangpegawai (residen) British yang mana nasihatnya dalam semua hal mesti dimintadan dijalankan kecuali yang menyentuh ugarna dan adat istiadat Mclay. 3BritishseterusnyamenegakkankawalankeatasSelangor,NegeriSembilandankemudianPahang dalam tahun 1880an. Dalam tahun 1895 keempat-empat negeri inidisatukan menjadi Negeri-rtegeri Melayu Bersekutu dengan Kuala Lumpursebagai pusat pentadbiran.

    Perluasan kawalan British dilanjutkan keKedah, Ke1antan,Terangganu,PerIis dan Johor dari tahun 1909 hingga 1914. British berusaha untukmemasukkkan negeri-negeri inidibawahPesekutuan tetapi gagal dan ditadbirkansecara berasingan. Dengan itu British Malaya yang muncul dalam 1914 bukanlah rnerupakan satu unit yang hornojinis tetapi berpeeah kepada tiga kategori:Negeri-ncgeri Selat yang diperintah secara langsung sebagai Tanah jajahanMahkota: Negeri-riegeri Melayu Bersekutu yang ditadbir sebagai satu unit danNegeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu yang di tadbir secara berasingan. DiNegeri-negeri Selat kerajaan British mempunyai kuasa kehakiman dan bolehmeluluskan sesuatu rang undang-undang secara Order in Council di bawahForeign Jurisdiction Acts 1890 dan 1913. Negeri-negeri Melayu pula dari segitiori masih merupakan negeri-negeri yang berdau1at dan British mentadbirnegeri-negeri berkenaan berasaskan beberapa siri perjanjiandengan Sultan-sultanMelayu. Dalam ertikata lain negeri-negeri berkenaan kek.alsebagai negeri bagiorang Melayu dan perjanjian di antara Sultan dengan British tidak menafikanhak sultan sebagai pemerintah berdaulat atau independent sovereign:'

  • 5/14/2018 Oong Hak Ching (ULASAN)

    4/16

    88 Jeba124

    DASAR BRITISH TERHADAP TANAH MELAYU JANGKAMASASEBELUM PERANG DUNIA KEDUA

    Apabila British menegakkan kawalan politik di negeri-negeri Melayu ada IahmenjadimatlamatBritish untukmemupukkesetabilanpolitik melaluipengenalansebuah pentadbiran alaBarat yang akan menggalakan perkembangan ekonomi.>Ini akan dapatdicapai melalui ga1akanpe1aboran British atau asing, penggunaantenaga buruh murah dari luar dan penimbaan bahan-bahan sernulajadi. Dengandemikian kemasukan buruh-buruh asing termasuk terutama daripada India danChina adalah dialu-alukan oleh pentadbiran British.

    Komposisi penduduk Tanah Melayu berubah dengan pesat berikutandengan kemasukkan golongan perantau Cina dan India. Dalam jangkamasa1911 hingga 1931 jum1ah penduduk Tanah Melayu meningkat melebihi 76peratus.s Sementara itu peningkatan penduduk Me1ayu atau bumiputera agakperlahan. Dalam tahun 1911 orang Melayu masih membentuk golongan majoritiatau rnelebihi daripada 53 peratus daripada jumlah penduduk Tanah Melayu.Tetapi bilangan golongan perantau Cina dan India telah melebihi bilanganpenduduk keturunan Melayu dalam tahun 1931 dan pada tahun 1941 merekamembentuk hampir 60 peratus daripada jumlah penduduk Tanah Melayu.?Kebanyakan golongan per antau tertumpu ke Negeri-negeri Selat danNegeri-negeri Melayu Bersekutu. Cumadi Negeri-negeri Melayu TidakBersekutubilangan mereka kurang daripada penduduk Melayu. Pada mulanya golonganperantau berulang alik dari Tanah Melayu ke negara asal tetapi lama kelamaanmereka lebih cenderung untuk tinggal menetap di Tanah Melayu. Pada tahun1931 kira-kira satu pertiga atau 31 peratus penduduk Cina dilahirkan di sini. Dikalangan orang India pula satu perempat ada lah kelahiran tempatan.

    Kebanyakan orang Cina tertumpu di kawasan-kawasan yang telahmaju terutamadi bandar-bandardi barat semenanjungTanah Melayu. Orang-orangIndia pula tertumpu di kawasan Jadang-ladang getah. Sementara itu orangMelayu kebanyakannya kekal di kawasan asal mereka di tepian sungai dankampung-kampung. Menurut Ernerson: "'TheChinese have been given virtuallyfree rein in it by the British in all spheres except the political, and they haveknown how tomake good use of it. '9Dasar ekonomi British memberi kesempatanyang luas untuk golongan perantau bagi menimba kekayaan dan mereka berjayamenguasai sektor perdagangan dan pemiagaan termasuk runcit. MasyarakatMelayu sebaliknya tertinggal di belakang dan mereka tidak digalakkan untukmenceburi diri dalam kegiatan-kegiatan ekonomi yang menguntung sapertipertanian kommersial dan perladangan getah. Dalam struktur ko1onial perananmereka ada lah sebagai pengeluar bahan makanan'v British mempunyai muslihatuntuk membiarkan orangMe1ayudalam kemunduran. Keadaan ini dapat dijadikanalasan bahawa orang Melayu perlukan perlindungan dan peranan British ada lahsebagai "pelindung."

  • 5/14/2018 Oong Hak Ching (ULASAN)

    5/16

    Dasar British terhadap Tanah. Melayu 89Dati segi politik British menganggap orang Cina dan India sebagai

    perantau walaupun ada di antara mereka dilahirkan di sini dan memperlihatkanciri-ciri kehidupan sebagai penduduk tetap di rantau ini. Sebagai orang asing,orang Cina atau India tidak mempunyai apa jua hak politik. British juga tidakmemerlukan perkhidmatan dan penyertaan orang Cinadalam bidang pemerintahandan pentadbiran di negeri-negeri Melayu. British merasa senang untukmengamalkan dasar yang demikian sesuai dengan keherrdak raja-raja Melayuatau orang Melayu.': Sebarang usaha untuk mengubah taraf orang Cina untukmenjadi warganegaraataumendapathak-hakpolitikakanmenjejaskankedudukanBritish sebagai "pel indung" bagi raja-raja dan orang Melayu. Sebarang usahauntuk menyerapkan orang bukan Melayu ke dalam kehidupanpolitik dinegeri-negeri Melayujuga akan .menelan perbelanjaan besar dan menarnbahkankerumitan dari segi pentadbiran dan pemerintahan.v Dengan demikian Britishmengamalkan dasar membendung pertumbuhan kesedaran dan kegiatan- kegiatanpolitik golongan perantau.Kegiatan-kegiatan politik orang bukan Melayu terutama Cina telahmenimbulkan banyakmasalah dan dilihat sebagai ancamankepadakuasaBritishdi rantau irri.'> Kegiatan-kegiatan Kuomintang dianggap sebagai campurtanganasing dalam hal-ehwal penduduk Cina di Tanah Mel ayu, sementarakegiatan-kegiatan Kornuni sebagai puncakegelisahan dan permogokan buruh.vKegiatan-kegiatan politik Cina Peranakan pula seperti tuntutan-tuntutan untukpenyertaan dalam bidang pentadbiran dan pemerintahan dianggap cubaanmenceroboh hak-hak pol itik orang Melayu dan konsep Tanah Melayu sebagainegeri Melayu.Sebagai respons terhadap kebangkitan nasionaIisme dankegiatan-kegiatan politik bukan Melayu British mengambil langkah-langkahmernerhati danmengawal gerakan komuni sdan Kuomintang. Di bawah OrdirianPersatuan-persatuan yang diwujudkan sebelum Perang Dunia kedua komunisdan Kuomintang diharamkan. Sementara tuntutan-tuntutan orang-orang Cina,khususnya Peran akan dan India untukmendapat pel uang menyertai perkhidmatanawan dan badan-badan pengubal dasar tidak dihiraukan dan sebaliknya Britishmengambil langkah-langkah yang lebih "pro" kepada orang Melayu danmenekankan konsep Tanah Mel ayu sebagai negeri Melayu. Dalam tahun 1937Sir Shenton Thomas, Gabnor Negeri-negeri Selat menolak tuntutan-tuntutanorang bukan Melayu dengan menyatakan:Thisis the sixth country in which I have serve, and I do not know of any country in whichwhat I might call a foreigner- that to say a not native of the country ... has ever beenappointed to administrative post and I consider that I shall be right in saying now that Iwould support no such proposal here. ISYeo Kim Wah dalam kajiannya mengenai dasar nyahpusat atau disentralisasi dibawah Guillemard, Gabnor Negeri-riegeri Selat dan Pesuruhjaya British bagi

  • 5/14/2018 Oong Hak Ching (ULASAN)

    6/16

    90 Jebat24negeri-negeri Melayu memerlihatkan bahawa British menjalankan dasar tersebutsebagai reponse kepada kebangkitan kesedaran dan kegiatan-kegiatan politikCina.v Misalnya ia dengan sengaja tidak m mbincangkan isue disentralisasidengan dua wakil masyarakat Cina yang menjadi ahliMajlisPersekutuan keranaia rnerasakan bahawa isue politik cuma berkaitan dengan British dan orangMelayu"

    British menjalankan dasar nyahpusat juga dengan matlarnat untukmenyatukan Negeri-negeri Mel ayu Tidak Bersekutu dengan Negeri-negeriMelayu Bersekutu di bawah satu persekutuan atau kesatuan. Di bawah dasar irrikuasa kerajaan pusat di Negeri-negeri Melayu Bersekutu akan dikurangkan dandipindahkan kepada Sultan-sultan dan Majlis-rnaj lis Negeri. Di bawah dasar inijawatan Residen-jeneral digantikan dengan KetuaSetiausaha yangkemudian nyadihapuskan pada tahun 1936. Sebagai ganti jawatan Setiausaha Persekutuanyang lebih rendah tarafnya dari Residen telah diwujudkan. British berharapdasar nyahpusat ini akan menarik sultan-sultan di Negeri-negeri Melayu TidakBersekutu untuk menyertai satu persekutuan dengan Negeri-negeri MelayuBersekutu. Ini disebabkan di bawah dasar irii Sultan-sultan dan Majlis-rnajlisnegeri mempunyai banyak kuasa berbanding dengan kerajaan pusat di KualaLumpur. Walau bagaimanapunrancangan British gagalmenarikhati Sultan-sultanberkenaan.

    Harapan British untuk meny atukan negeri-negeri Melayu danmenyelaraskan pentadbiran di Tanah MeJayu di bawah sebuah kerajaan pusattidak tercapai. Walau pun begitu pentadbiran British di Tanah Melayu berpuashati dengan corak pemerintah secara tidak langsung telah sedia ada atau yangberasaskan sistern perjanjian British dengan Sultan-sultan Melayu. MengikutAlbert Lau: f before 1941, Britain had no compelling reason to reform thetreaty system which had kept Malaya and her communities ... 'politically asleepfor almost seventy years.:"

    PENGGUBALAN DASAR LEPAS PERANG BRITISH TERHADAPTANAHMELAYU

    Pada 8Disember 194] angkatan tentera Jepun teJahmemulakan serangan keatasTanah Melayu dan sepuluh minggu kernudian British menyerah kalah. Britainsebagai satu kuasa Eropah yang besar menghadapi perasaan kecewa dan malukerana dikalahkan oleh satu kuasa Asia yang dianggap kerdil. Kekalahan inijuga jelas memperlihatkan ketidakupayaan British menunaikan tanggung-jawabnya di bawah perjanjian di antara British dengan Sultan-sultan Melayubagi mempertahankan Tanah Melayu dari serangan luar. Apabila British mulamengkaji sebab musabab kekalahannya telah timbul di kalangan tertentu yangmeletakkan orang Melayu atau situasi yang wujud di Tanah Melayu waktu itusebagai punca yangmelemahkan pertahanan British diTanah Melayu. Misalnya

  • 5/14/2018 Oong Hak Ching (ULASAN)

    7/16

    Dasar British terhadap Tanah Melayu 91akhbar The Economist mengkritik dasar pro-Melayu yang diamalkanmenyebabkan pihak berkuasa di Tanah Melayu tidak cuba mengernbling tenagaorang Cina dan India untuk tujuan-tujuan perangv Dasar pro-Melayu jugadikecam dengan hebat apabila timbul kabar-kabar angin yang menyatakan adaorang Melayu menjadi kolumn kelirna, menjalankan operasi bagimernudahkandan membantu kemaraan tentera Jepun ke Smgapura.> Sentimen 'anti-Melayu'ini nampaknya turut mernpengaruhi pegawai-pegawai British apabila merekamengubal dasar lepas perang British untuk Tanah Me1ayuyang dikenali sebagaiMalayan Union. Walau bagaimanapun banyak perkara yang dipertimbangkanolehkerajaanBritish bagi membentuksatudasaryangdijangkadapatmemelihcu-adan menjaga dengan sebaikbaiknya kepentingan-kepentingan Great Britainseear global dan juga di Tanah Melayu.

    Edward Gent, Penolong Setiausaha Rendah Tetap di Pejabat Tanahjajahan ditugaskan mengkaji semula dasar British yang bakal dilaksanakan diTanah Melayu. Ia dibantu oleh sebuah Unit Peraneangan Tanah Melayu yangdibentuk pada bulan Jun 1943. Pegawai-pegawai diPejabat Tanahjajahan sedarbahawa negeri-negeri Melayu merupakan wilayah naungan yang sangat bernilaidan sumber ekonomi yang penting bagi Britain. Kehilangan wilayah iriimenyebabkan Britain mengbadapi kesukaran bagi mendapatkan bahan-bahanmentah terutama bijih timah dan getah. Tambahan lagi akan kehilangan Indiayang harus diberikan kemerdekaan. Burma yangmasih dalam genggaman Jepunakan ditakluki semula dan dimerdekakan. Memandangkan perkembangantersebutBritish berazam untuk mengambil kembali Tanah Melayu danwilayah-wilayahnya di Asia Tenggara. British memerlukan satu dasar untuk jangkapendek dan jangka panjang. Untuk jangka pendek British mernerlukan satudasar yang boleh menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi akibat darisituasi perang dan untuk keperluan pihak tentera yang akanmenjalankan operasiuntuk menghalau Jepun danmenduduki semula Tanah Melayu. Dasar barujugadiperlukan bagi mempercepatkan pemulihan danpernbangunan semula ekonomiTanah Melayu. Dalam jangka panjang British perlu satu dasar proaktif bagimenghadapi kemungkinan Tanah Melayu bergerak ke arah taraf berkerajaansendiri.

    Peperangan telah menimbulkan banyak masalah baru kepada kerajaanBritish. Antara masalahnya untuk mengurus hal-ehwal orang pelarian danpelajar-pelajar daripada Tanah Melayu yang tersadai di India dan Asia Barat danhal-hal lain yang memerlukan peruntukan kewangan. British mendapati TanahMelayu memiliki harta dan wang yang disimpan di London oleh Agen Mahkotasebagai pemegang amanah. Jumlahnya dalam lingkungan 50juta hingga 60jutapound yang terbahagi kepada beberapa jenis tabung yang dikenali sebagaiMalayan funds. Tetapi Pejabat Tanah jajahan tidak cara yang sah dari segiundang-undang atauperlembagaan bagi mengeluarkan danmenggunakan wangberkenaan. Ini disebabkan Sultan-sultan Melayu menjadi prinsipal bagi tabung-tabung berkenaan. Kerajaan British tidak memiliki kewibawaan untuk

  • 5/14/2018 Oong Hak Ching (ULASAN)

    8/16

    92 Jebat24mengeluarkan wang berkenaan dan mereka tidak boleh mendapat kebenarandaripada Sultan-sultan yang berada di Tanah Melayu.

    Pejabat Tanahjajahan sangat memerlukan wang untukpelbagai tujuantermasuk bagimembayar gaji pegawai-pegawai Unit Perancangan TanahMelayudan kegunaan unit ini apabila mereka kernbali ke Tanah Melayu. Pada 23 April1943SetiausahaNegara bagiTanahjajahan danpegawai-pegawainyamengall1bilkeputusan untukmenggunakan wang tabungan TanahMelayu walaupun tindakanini boleh menyebabkan Agen Mahkota dan mereka sendiri dihadapkan kemahkamah di atas tuduhan 'pecah amanah'.>'

    Pada mulanya pegawai-pegawai Pejabat Tanah jajahan menghadapijalan buntu bagaimana untuk menyelesaikan masalah tersebut di atas. Tetapimasalah ini kemudiannya dise1esaikan melalui pengambilan kedau1atan Sultan-sultan Melayu yang bermakna kerajaan British dapat mengambil ternpat merekasebagai prinsipal bagi tabungan Tanah Me1ayu. Melalui perjanjian denganSultan- ultan juga sega1aaset dan tanggungan negeri-negeri Melayu diserahkankepada British. Satu lagi masalah yang dihadapi oleh British akibat perang ia1ahuntuk mendapatkan kerjasama daripada pertubuhan-pertubuhan politik Cinaseperti Komunis dan Kuomintang yang dahulunya diharamkan oleh kerajaankolonial di Tanah Melayu. di samping itu Britain berharap untuk rnenjalinkanhubungan yang baik dengan kerajaan Kuornintang di China.

    British membuat andaian bahawa China dengan dibantu oleh AmerikaSyarikat akan muncul sebagai salah satu kuasa besar dalam kalangan negara-negara Bersekutu selepas tamat Perang Dunia Kedua. Britain akan rnenjalinhubungan yang baik dengan China sebagai negara sahabat. Sementara itupegawai-pegwai Pejabat Tanah jajahan melihat ada kemungkinan China akanmemainkan peranan menolong Britain dalam perang untukmengambil kembaliTanah Melayu daripada Jepun. Oleh kerana itu mereka berpendapat kerajaankolonial British di T'anahMelayu kelak harus mempunyai dasar berbaik dengankerajaan Kuomintang China. Pejabat Tanah jajahan dapat merasakan bahawaTanahMelayu akanmengalami banyak masalah dalarn hubungan dengan China.Salah satu masalah ialah campurtangan China dalam hal-ehwal orang Cinamelalui parti Kuomintang. Besar kemungkinan China akan menekan kerajaanBritish supaya membenarkan Kuomintang bergerak sebagai pertubuhan yangsah di Tanah Melayu. Meriurut J.J. Paskin: 'It was therefore considered that asmatter of policy, it would be better to forestall demands (which in the circum-stance envisaged in the post war would be irresistible) for the repeal of theMalayan Legislation, by ourselves taking the initiative and replacing thatlegislation by enactments on lines of the one which was then in operation inHongkong. '22

    Peperangan Dunia Kedua telahmewujudkan satukeadaan yang rnerubahcorakperhubunganBritishdengankomuniti Cinadi TanahMelayu. Pertubuhan-pertubuhan politik Cina yang diharamkan seperti Parti Komunis Malaya dancawangan-cawangan Kuomintang menjadi rakan perjuangan British bagi

  • 5/14/2018 Oong Hak Ching (ULASAN)

    9/16

    Dasar British terhadap Tanah Melayu 93menentang kemaraan angkatan tentera Jepun. Pada mulanya British keberatanuntuk m nerima tawaran daripada PKM untuk berkerjasama dengan Britishdalam Peperangan Dunia Kedua, Tetapi apabila keadaan terdesak selepasharnpir-hampir seluruh semenanjung jatuh ke tangan angkatan tenrera JepunBritish rnenukar sikap dan meminta kerjasama dari komuniti Cina terrnasukkornunis. Pada 3haribulan Januari 1942, Sir Shenton Thomas, Gaberior Negeri-negeri Selat dan Pesuruhjaya Tinggi Negeri-negeri Melayu Bersekutu rnenulisbahawa:

    .... buat kalipertarna dalam sejarah, wakil-wakil orang Cina dari semua parti,termasuk Cina Peranakan, Kuomintang dan Komunis, serta lain-lain menemui saya ...[Merek a] menyatakan bahawa dalarn keadaan sekarang, kekalahan Jepun adalahmerupakan satu-satunya minat merek a, dan menawarkan diri untuk berkhidrnat di bawahsaya."LordMoyne, Setiausaha Negara Bagi Tanah jajahan menyambut baik Itawaranidari komuniti Cina dan rnengeluarkan kepada Gabenor supaya menggunakansepenuhnya perkhidmatan-perkhidmatan komuniti Cinabagi menyekatkemaraanJepun. Menurutnya: 'Unsur-unsur yang liat dari orang-orang Cina yangmenimbu lkan kepayahan kepada kita [British] pada masa Iepasberkemungkinanbesar menjadi sesuatu yang amat berguna untuk tujuan-tujuan segara.>

    Berikutan dengan araban daripada Setiausaha Negara Bagi Tanahjajahan kerajaan kolonial telah membebaskan pemimpinpemimpin dan ahli-ahliPKM dari penjara. Cina Peranakan, Kuomintang dan PKM berkerjasama danmembentukMaj1is Mobi lisi Orang-orang Cina yang terdiri 24 ahli. Sepuluh dariKuomintang dan sepuluh dari PKM dan yang lain terdiri dari pernimpin CinaPera nakan. Sebuah jawatankuasa keeil telah dibentuk dan dinamakanjawatankuasa Kor Pertahanan untuk mernbantu angkatan tentera British bagimempertahankan Singapura dari serangan Jepun. Sebuah pasukan sukarelawandibantu dinamakan Singapore Oversea Volunteer Army yang kebanyakananggotanya terdiri dari belia-beliaKornunis.> J.D. Dalley, bekas KetuaPegawaiPolis dan pegawai Cawangan Khas yang berundur bersama British ImperialForces dari semenanjungke Singapura telah ditugaskan mernimpin pasukan ini.Dalley mernanggil pasukan ini sebagai Dalforce atau Pasukan Dalley sempenanamanya sendiri. Menurut Daney, Dalforce terletak di bawah Malaya Com-mand dan Pejabat Perang Britain.

    Kekuatan Dalforce dianggarkan berjumlah 1,250 orang, terbahagikepada tujuh kompeni tiap-tiap satu dianggotai oleh 150 orang.vSelain daripadaitu terdapat sebuah unit khas 'Dare to die', satu lagi kompeni dalam prosespembentukan dan kakitangan di ibu pejabat.

    Dalforce turut berjuang bersama-sarna tenteraBritish danpasukan tenteraIndia bagi mempertahankan Singapura dari serangan Jepun. WalaupunDalforcetidak begitu terlatih dan kekurangan alat senjata tetapi pasukan berj uang denganberani sehinggalah dibubarkan apabila British menyerah kalah kepada Jepun.

  • 5/14/2018 Oong Hak Ching (ULASAN)

    10/16

    94 Jebal24Sebelum bersurai mereka diberi maklumat rnengenai tempat-ternpat simpanansenjata yang akan digunakan pada suatu rnasa kelak dan mereka diarahkanberhubung di antara satu dengan lain dan bersiap sedia mernbantu kepulanganBritish ke Tanah Melayu.

    Pada masa pendudukan tentera Jepun British meneruskan kerjasamadengan Kuomintang danKomunis. Perlu disebutkan di sini bahawaBritish yangbertanggungjawabdalampasukanguerilayangdinamakanRakyatMalayaAnti-Tentera Jepun atau MPAJA. Penyokong-penyokong Komunis Dalforce yangrnenjadi tulang belakang pasukan guerila ini." Mereka disertai oleh penyokong-penyokong kornunis yang lain dan juga orang Cina yang bencikan pentadbirantentera Jepun. Sernasa tentera British diundurkan Major Spencer Chapman yangmenjadi Timbalan Kornander ]OISTS ditinggalkan untuk rnenyertai pasukangueri la.> Ia kernudiannya disertai oleh anggota SOE terrnasuk Richard Broomedan John Davis. Saperti yang telah disebutkan Richard Broome dan John Davisselaku wakil-wakil bagi Ketua Panglima Perang Tentera Berikat telah membuatsatu perjanjian dengan Loi Tak (Chang Hong) dan Chin Peng (Chen ChinSheng), sebagai wakil-wakil Jawatankuasa Bersama MPAJA dan KesatuanRakyat Malaya Anti-Jepun atau MPAJU. Kedua-dua pihak bersetujuberkerjasarna sepenuhnya bagi tujuan-tujuan mengalahkan angkatan tenteraJepun. Wakil-wakil British bersetuju untuk rnernbekalkan senjata dan wang,sertarnengadakan kernudahan-kemudahan untuk latihandanperubatan. Komunispula bersetuju meletakkan MPAJA di bawah penyeliaan South-East AsianCommand (SRAC) rnelalui pegawai-pegawai Force 136.

    Butir-butir perjanjian dicatat pada satu helai kertas yang diambil daribuku latihan pelajar.> Butir-butir perjanjian tidak menyentuh dasar lepas-perangatau aspek politik. Chin Peng sendiri punmengakui ia tidak merninta sebarangkonsesi politik dariBritain. Tetapi pegawai-pegawai British yang terlibat dalarnpengubalandasardanpegawai tenteraBritishdiIndiamerasaperlumeojmbaogkanisu kerjasama British-Komunis apabila mereka membincangkan pembentukandasar lepas-perang British.

    Pegawai-pegawai British rnenyedari bahawa Kornunis tidak akanmernberi kerjasama sepeouhnya atau akan berpaling tadah sekiranya merekatidak mengetahui apa layanan yang akan diterima sesudah British kembali keTanah Melayu. Pada masa sebelum perang PKM adalah organisasi haram danahli-ahlinya boleh ditahan dan dipenjarakan. Menurut Innes Trernlett, KetuaSOE unitTanah Melayu pemimpin-pemimpin MPAJAenggan berhubung rapatdengan pegawai-pegawai SOE kerana mereka tidak pasti mengenai layananyang akan diterirna selepas tarnat Perang atau mereka ingin menjalankantindakan-tindakan subersif. Pada bulan September 1943 pegawai-pegawaiPejabat Tanah jajahan telah pun mernbiocangkan mengenai pendirian yanghams diarnbil memandangkan Kornunis dan Kuornintang telah berubah sikapdengan rnernberikan kerjasama kepada British menjelang tercetus Perang Pasifik.Pegawai-pegawai Pejabat Tanah jajahan dimaklurnkan bahawa:

  • 5/14/2018 Oong Hak Ching (ULASAN)

    11/16

    Dasar British terhadap Tanah Mel ayu 95Atpresent l943J itmust be expected that the two major Chinese parties [Kuornintang andMCP] will have managed to maintain some sort of undercover machinery and will bestrong guiding force in such reoistance to enemy as is at present possible. They are likelytoo to playa prominent role part in helping us in any campaign to drive out Japancse.t"

    Dalam keadaan demikian adalah mustahil bagi British untuk melaksanakankembali ithe pre-war ernbargoesi terhadap Kuornintang dan PKM. Sebaliknyadirasakan bahawa Ordinan Pertubuhan perlu dipinda atau digantikan denganOrdinan Pertubuhan yang pernah dikuatkuasakan di Hong Kong. MenujurOrdinan Pertubuhan tersebut sesebuah perrubuhan tidak perlu didaftarkan untukmenjadi pertubuhan yang sah dari segi undang-undang. Sebaliknyatanggungjawab rnengharamkan pertubuhan terletak kepada Governor in Coun-cil. Dalam keadaan dernikian Kuomintang dan PKM boleh menjadi pertububanyang sah tanpa melalui proses pendaftaran.

    Perbincangan-perbincangan di kalangan pegawai-pegawai PejabatTanahjajahan PO (PejabatLuar) WO (PejabatPerang) Duta-dutadan lain-lainmemperlihatkan menimbangkan soal hubungan Brrtish-PKlvl dan Kuomintangdalam pengubalan dasar lepas-perang British terhadap komuniti Cina. Pada I1lanuari 1944satupersidangantelah diadakan diNewDelhiuntuk membincangkanhal-ehwal orang Cina diTanah Melayu. Persidangan ini dihadiri oleh pemimpin-pernirnpin tentera tennasuk M.E. Denning, Ketua Penasihat politik kepadaKetua Panglima Perang SEA, Ralph Hone Ketua Pegawai Hal-Ehwal AwamTanah Melayu dan Sir Horace Seymour, Duta British ke China. Honernernaklurnkan kepada persidangan bahawa Pejabat Tanah jajahan bercadangmenghantar Victor Purcell, Penasihat Hal-Ehwal Orang Ciria (Unit PerancangTanah Melayu) ke Chungking bagi melihat pandangan orang Cina di Chinaterhadap orang Cina di seberang laut. Seymour berpendapat 'opinion in Chinawas very crystallized onthis subject but general trend was that Overseas Chineseshould not be subject to disabilities in trade and politics from which other racesdid not suffer'. 3 I Ia menambah bahawa: 'there might well soon be arequest fromthe officer in charge of these operations for permiss ion to say something to theChinese as their future position inMalaya inorder toretain their co-operation andencourage them to further activities'. Kenyataan Denning dengan jelasmenunjukkanpenguba]an direktif dasar diperlukan oleh Force 136 bagimeningkatkan kerjasama di antara mereka dengao MPAJA.

    Pegawai-pegawai Force 136 sendiri berhubung terus dengan EdwardGent, pegawai kanan di Pejabat Tanah jajahan, bagi meminta maklurnar-maklumat tertentu seperti:

    (1) What form of citizenship if any will be avaiblea. To those born in Malaya, andb. Those who have been domiciled there for a given period?

    (2) Will organisations and societies which were considered tobe illegalbefore the war continue to be so considered.

  • 5/14/2018 Oong Hak Ching (ULASAN)

    12/16

    96 Jebat24

    (3) From the point of view ofcivilrights and opportuni tieswill such Chin eseasmay qualify for citizenship under above be subject todiscrimination ?32

    Victor Purcell selaku Penasihat Hal-Ehwal Orang China memain perananpenting dalam pengubalan dokumen 'Malaya, Long Term Policy directives:Chinese Policy'. Secara peribadi iasangat bersimpati terhadap komuniti Cina. Iamengutuk dasar sebelum perang British yang dianggap pro-Melayu dan menyifatbekas pegawai-pegawai British seperti theodore Samuel Adams sebagai OldSchool administrators.v Victor jugaingin membaiki imej pegawai-pegawai hal-ehwal orang Cina supaya tidak disifatkan sebagai anti-Cina. Ia berpendapatdasar terhadap kornuniti Cina perlu dilakukan memandangkan perkembangannasionalisme dan kesedaran politik yang melanda orang Cina di Tanah Melayudan juga negeri Cina. Perubahan dasar juga perlu rnengarnbil kira kewujudanMPAJA sebagai satu 'force' yang kuat. Menurutnya:There isevidence that the anti-Japane e guerilla army inMalaya mostly Chinese, i nearly40,000 strong, and largely communistin outlook .... Are wetoexpectthatwecanestablishan administration or a Chinese affairs organization unrelated to claims it will have tomake ... 34Pejabat Tanah Jajahan merigambil masa lebihdaripadadua tahun untukmengutipdata bagi merangka kenyataan dasar lepas perang British terhadap TanahMelayu. Pada 15 Januari 1944 Setiausaha Negara bagi Tanah jajahan telahmenyerahkan sebuah memorandum 'Policy inMalaya'untuk dibincangkan olehjawatankuasa kabinet perang mengenai dasar di Tanah Melayu dan Borneo.Jawatankuasa ini mengambil masaharnpir setahun sebelum rneluluskan rangkadasar perlembagaan Tanah Melayu. Sebel urn cadangan perlernbagaan barndiumumkan kepada ramai pihak tentera telah dibenarkan untuk rnenggunakandalam operasi menduduki kembali Tanah Melayu. Dalam telegram yangdihantar kepada Pejabat Luar bertarikh 3 September 1945, M.E. Deningmemaklumkan bahawa:.... the politically minded elements [MPAJA] of the population have had notice of ourreturn and time to prepared plans for OUf reception ... the population have been given onlythe most general and non-committal outline of policy that His Majestyfs Governmentpropose to follow. 35G.B. Hall yang mengantikan Oliver Stanley sebagai Setiausaha Negara bagiTanah jajahan telah rnengistiharkan dasar lepas perang British terhadap TanahMelayu di Parl irnen pada 10Oktober 1945. Antara lain disebutkan bahawa dasarBritish adalah untuk mernbentuk satu Perlembagaan Kesatuan Tanah Melayuyang kemudian dikenali sebagai Malayan Union dan untuk membentuk satukewarganegaraan Tanah Melayu yang akan memberikan hak-hakkewarganegaraan yang samarata kepada sesiapa yang mendakwa bahawa Tanah

  • 5/14/2018 Oong Hak Ching (ULASAN)

    13/16

    Dasar British terhadap Tanah Melayu 97Melayu adalah tanah air mereka. Malayan Union akan mengandungi sembilanbuah negeri Melayu dan dua buah negeri bekas Negeri-negeri Selat iaitu Melakadan Pulau Pinang. Singapura diasingkan dan membentuk sebuah unit tersendiri.

    Pada 11Oktober 1945 Sir Harold MacMichael tiba di pelabuhan Kelanguntukrnemulakan tugasmendapatkanpesetujuanSultan-sultan bagi rnenyerahkankedaulatan atau jurisdiksi mereka kepada Mahkota British. Mulai 20 Oktoberhingga 21 disernber ] 945 MacMichael mengunjungi Sultan-sultan dan berjayarnendapat persetujuan mereka. Walau bagaimana kebanyakan Sultan bersetujuselepas diugut akan diturunkan dari atas takhta.

    Selepas mendapat kedaulatan penuh ke atas negeri-negeri Melayu PejabatTanah Jajahan rnengeluarkan Kertas Putih yang rnemberi penjelasan terperinciskim Malayan Union. Pada hari yang sarna Rang Undang-undang (Repeal)Negeri-negeri Selat dibentangkan di Parlirnen British untuk meluluskanperundangan yang perlu bagi melaksanakan cadangan-cadangan perlembagaanbaru. Tetapi pada 30 Mac 1946 kerajaan British rnengurnurnkan penangguhanpelaksanaan peruntukan kewarganegaraan Malayan Union tetapi meneruskanrancangan pernbentukan kerajaan Malayan Union. Pad a 1April Gent ditabalkanmenjadi Gabenor Malayan Union.

    Rancangan dan pembentukan Malayan Union telah mendapat tentanganhebat dari orang Melayu. Mereka merasa khuatir mengenai kesan MalayanUnion terhadap untuk nasib masa depan bangsa Melayu di tanah air merekasendiri. Kebimbangan mereka tertumpu kepada tiga perkara: perubahan konsepdaripada Tanah Melayu untuk orang Melayu kepada untuk orang Malaya,penghapusan kedaulatan sultan-sultan, dan peruntukan cadangankewarganegaraan Malayan Union yang membuka peluang dan memberipersarnaan taraf kepada semua penduduk Tanah Melayu. Akhbar UtusanMelayu dalam keluaran 24 Januari mengecam skim Malayan Union yangdianggap menurunkan taraf raja-raja Melayu kepada hamba dalam birokrasiMahkota Britain. Akhbar Majlis pula menganggap taraf orang Melayu di bawahMalayan Union diturunkan lebih kurang sarna dengan orang Dayak di ArnerikaUtara dan penduduk asli di Australia.

    Pada 3 Januari 1946 Dato' Onn Jaafar telah merribentuk PererakanMelayu semenanjung Johor dan kemudian Pertuhuhan Kebangsaan MeZayuBersatu atau UMNO bagi menentang dan mengagalkan kerajaan MalayanUnion. Hampir seluruh lapisan masyarakat Melayu termasuk beberapa sultanturut sarna berjuang rnenentang Malayan Union. Beberapa orang bekas pegawai-pegawai British yang pernah bertugas di Tanah Melayu seperti R.O. Winstedt,Frank Swettenharn dan George Maxwell turut sarna rnengecarn dasar MalayanUnion. 6

    Orang Cina dan India yang dijangka akan memberi sambutan terhadapdasar Malayan Union pula mernperlihatkan parasaan dingin. Akhbar berbahasaCina, Chung Hua mengemukakan pandangan bahawa orang Cina yang inginmendapatkan hak-hak kewarganegaraan di Tanah Melayu haruslah

  • 5/14/2018 Oong Hak Ching (ULASAN)

    14/16

    98 lebat24

    rnengistiharkan atau berkenan untuk dipisahkan daripada negara ibunda mereka.?Pad a masa itu sebahagian kecil sah aj a orang Cina dan me ng arnb ikewarganegaraan Malayan Union. Masyarakat Cina pada umumnya belumbersedia untuk membuat sebarang kornitrnen dan mereka rnasih belurn pulihdaripada kesan-kesan penduclukan Jepun dan masalah politik dalarnan dalammasyarakat mereka sendiri. Memandangkan tentangan yang hebat daripadabangsa Melayu dan sambutan yang dingin dari orang bukan Melayu kerajaanBritish mengkaji sernla dasar-dasarnya di Tanah Melayu. Edward Gent danMalcolm MacDonald, Gabenor Jeneral British di Asia Tenggara sedar bahawaBritish perlu bertolak ansur dengan masyarakat Melayu bagi menjamin kedudukankuasa British di Tanah Melayu. Pemimpin-pemirnpin Melayu atau UMNObersi kap sederhana dalam mengernukakan tuntutan-tuntutan mereka. Andaikata mereka gaga1 besar kemungkinan gol origan yang radikal akan mengambilalih teraju kepimpinan masyarakat Melayu dan berjuangan menentang Britishsecara keras. Dalam situasi demikian British mengambil jalan merigadakanrundingan dengan pernirnpin UMNO dan Sultan-sultan MeJayu bagi menggubalsatu da ar yang dapat diteri ma oleh masyarakat Melayu.

    Pada 1Februari 1948Malayan Union digantikan dengan PersekutuanTanah Melayu yang memberikan kedaulatan dalaman kepada Sultan-sultan,mengakui kedudukan istimewa bangs a Melayu dan memperketatkan syarat-syarat bagi orang bukan Melayu untuk mendapat kewarganegaraan TanahMelayu. Pembentkan Persekutuan Tanah Melayu telah menyedarkan orangbukan Melayu bahawa peluang mereka untuk mendapat persamaan taraf denganorang Melayu sudah terlepas. Mereka bangkit untuk mempertahankan dasarMalayan Union tetapi keadaan sudah terlewat. Walau bagaimana pun merekaberazam mendapat kembali unsur-urisur yang pemah diperkenalkan di bawahskim Malayan Union.

    RUMUSANPeperangan Dunia Kedua menimbulkan banyak masalah kepada British yangmenyebabkannya mengkaji semula dasar-dasar dan amalan-amalanpentadbirannya di Tanah Melayu. Ternyata bahawa perjanjian-perjanjian diantaraBritishdenganSultan-sultanMelayuyangdianggaplkuduSltidakbennaknalagi. British telah gagal menjalankan obligasinya gagal mernpertahankan TanahMelayu dan melindungi Sultan-sultan dan orang Melayu daripada seranganJepun.

    Peperangan Dunia Kedua juga mengubah corak hubungan di antaraBritish dengan China dan komuniti Cina di Tanah Melayu. China yang dahuludipandang rendah oleh Great Britai nmungkin mempunyai potensi untuk munculsebagai satu kuasa yang kuat dengan bantuan kuasa-kuasa besar termasukAmeri ka Syarikat. Parti-parti pol itik Cina di TanahMelayu yang dahulu ditindasdan diharamkan telah mengujudkan kerjasarna dengan pihak British dalarn

  • 5/14/2018 Oong Hak Ching (ULASAN)

    15/16

    Dasar British terhadap Tanah Melayu 99perjuangan menentang Jepun. Sebagai usaha untuk menentang serangan Jepundanmengarnbil kernbali telahmernperkuatkan Kuornintangdan Komunis melaluipembentukan Dalforce dan kemudiannya pasukan guerila MPAJA. Keadaan inimengubah kedudukan kornuniti Cina menjadi satu iforcei yang kuat ataudianggap kuat yang baleh rnenolong atau sebaliknya mengancam KepulanganBritish ke Tanah Melayu. Dalam situasi yang tidak menentu ini mendorongBritish mengubah dasar pro-Melayu kepada satu dasar yang liberal untuk orangbukan Melayu. Konsep Tanah Melayu sebagai negeri Melayu berubah kepadaTanah Melayu untuk semua penduduk Tanah Melayu. Kedaulatan sultan-sltanMelayu dan hak-hak isrirnewa orang Melayu sebagai bumiputera dihapuskandan orang bukan Melayu diberi peluang dan kedudukan yang sama taraf bagimendapathak-hakkewarganegaraandanpeluang-peluangmenyertaipentadbirandan pemerintahan di Tanah Melayu.

    ] R. Emerson, Malaysia, Pustaka llmu, Kuala Lumpur, 1966, hlm. 97.2 E. Thio, British Policy in the Malay Peninsula, 1880-1910, Kuala Lumpur, 1969,

    'hlrn.vi ii.3 Emerson, op. cit. hlm.12l.4 Albert Lau, The Malayan Union Controversy, Singapore 1991, hlrn.l0.5 Jagjit Sidhu Singh. Administration in The Federated Malay States, 1896-1920.,

    Kuala Lumpur, 19806 LiDun Jen, BritishMalaya:AnEconomicAnalysis, Kuala Lumpur, 1982,hlm.l09.7. Lau, op. cit. hlm. 15.8 Li Dun Jen, hlm.117.9 Emerson, op.cit. hlrn. 29.]0 D.J. Steinberg dan rakan-rakannyn Meng enali Sejarah Asia Tenggara Moden.

    (Terjemahan Azizah Abbas), Kuala Lumpur, 1986. hIm. 443.11Khasnor Johan,The Emergence of the Modern MaLayAdministrative Elite, Oxford

    University Press, Singapore, 1984, hIm. 1 J 2.12Roff, W.R., 1967, The Origins ofMalay Nationalism, University ofMalaya, Kuala

    Lumpur, hlrn. 111.13 C.F.Yong.dan R.B. Mckenna, The Kuornintang Movement inMalaya, 1912-1949.

    Singapore University Press, Singapore, 1990.14 V.Purcell,The Chinese in Malaya. London, 1948.15 Khasnor Johan op. cit. hIm.I12.16 Yeo Kiln Wah, The Politics of Decentralization, 1920-1929, Oxford University

    Press, Singapore, 1973.17 Ibid. him. 237.18 Lau, op. cit. hlm.23.19 Ibid., hlm.29.20 Ibid., hlm.71.21 Minit oleh K.W. Blaxter, 23 April 1942, dalarn CO 273/670/50763.22 Paskin kepada Hone, 16 Jun 1949 dalam CAB 101/66.Thomas kepada Moyne, dalam CO 273/669.23 BMAIChinese Affairs 76IJ 945.24 Ibid.

  • 5/14/2018 Oong Hak Ching (ULASAN)

    16/16

    100 Jebat24

    25 BMA/CA.76/45.26 Oong Hak Ching, 'Kerjasama British dengan Parti Komunis Malaya dan

    Kuomintang: Kesan-kesannya Terhadap Dasar-dasar British Di Tanah Mel.ayu (1941-1945), dalam Jebat (18) 1990, hlrn. 129-144.27 Chapman, F.S., The Jun.gle is Neutral, London, 1954.28 Cruickshank, C., SOE in. the Far East, Oxford, 1983 ..29 CO 825/35/55/55109.30 CO 371/41625.31 CAB 101166.32 BMAIADM/239.33 BMA/ADM/239.34 CO 273/675.35 Some Notes For The Secretary of State s Talk With Prominent Ex-Malaysians

    dalam CO 273/676.36 Lau, op. cit.127.