nuzulul qur'an

29

Upload: hida-ii

Post on 09-Aug-2015

92 views

Category:

Education


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Nuzulul qur'an
Page 2: Nuzulul qur'an

QURANIK

PENURUNAN &

PENGUMPULAN AL- QURAN

Page 3: Nuzulul qur'an

PENGENALAN

Page 4: Nuzulul qur'an

DEFINISI AL-QURAN• Menurut bahasa, “Qur’an” bererti

“bacaan”.

• Qara’a(ق%%%رأ)juga memberi maksud

mengumpulkan dan menghimpun.

Firman Allah S.W.T. :

Page 5: Nuzulul qur'an

Allah SWT berfirman yang ertinya,

“Sesungguhnya atas tanggungan

Kamilah mengumpulkannya (di

dadamu) dan (membuatmu pandai)

membacanya. Apabila Kami telah

selesai membacakannya, maka

ikutilah bacaannya itu.”

(Al-Qiyaamah: 17–18).

Page 6: Nuzulul qur'an

• Menurut istilah Al-Qur’an

berarti: “Kalam Allah yang

merupakan mu’jizat yang

diturunkan kepada Rasulullah

s.a.w. yang disampaikan secara

mutawatir dan membacanya

adalah ibadah”.

Page 7: Nuzulul qur'an

• Al-quran merupakan mukjizat

terbesar yang diturunkan daripada

Allah S.W.T kepada Rasulullah s.a.w.

Ianya bagi membuktikan

kerasulan Nabi Muhammad , dan

kewujudan Allah SWT dengan segala

sifat-sifat kesempurnaanNya.

Page 8: Nuzulul qur'an

SEJARAH AL-QURAN• Kitab Al-Quran yang sebenarnya adalah ayat-

ayat dalam bahasa Arab yang diturunkan

kepada Nabi Muhammad saw dalam bentuk

wahyu sekitar Mekah dan Madinah dan

dilindungi Allah s.w.t sehingga ke akhir

zaman.

• Al-Quran tidak mempunyai versi kerana ia

hanyalah satu, sebuah kitab sahaja. Al-Quran

adalah kata-kata dari Allah swt .

Page 9: Nuzulul qur'an

PENURUNAN AL-QURAN SECARA

BERPERINGKAT PADA ZAMAN

RASULULLAH S.A.W.

Page 10: Nuzulul qur'an

Para ulama menyatakan penurunan al-

Quran berlaku dalam dua bentuk iaitu

secara sekaligus, dan berperingkat.

Walau bagaimanapun mereka berselisih

pendapat tentang berapa kali

berlakunya penurunan al-Quran secara

sekaligus. Terdapat 3 pandangan

mengenai hal ini.

Page 11: Nuzulul qur'an

PERINGKAT PERTAMA• Penurunan Al-Quran dari Allah s.w.t. ke Luh

Mahfuz iaitu satu-satunya tempat yang termulia yang terkumpul di dalamnya segala ketentuan Allah s.w.t. untuk semua makhluk-NYA. Ini terbukti dengan firman Allah s.w.t.

• Maksudnya:• “(Sebenarnya apa Yang Engkau sampaikan

kepada mereka bukanlah syair atau sihir), bahkan ialah Al-Quran Yang tertinggi kemuliaannya; (lagi Yang terpelihara Dengan sebaik-baiknya) pada Lauh Mahfuz.” (Surah al-Buruj: 21-22)

Page 12: Nuzulul qur'an

PERINGKAT KEDUA• Peringkat penurunan ini ialah penurunan

Al-Quran dari Luh Mahfuz ke Baitul Izzah di langit dunia. Bukti adanya peringkat penurunan ini ialah firman Allah s.w.t.;

• Maksudnya:• “ Sesungguhnya Kami telah

menurunkan (Al-Quran) ini pada malam Lailatul-Qadar.” (Surah al-Qadr: 1)

Page 13: Nuzulul qur'an

PERINGKAT KETIGA• Iaitu peringkat penurunan dari Baitul Izzah ke

dada Rasulullah s.a.w. secara beransur-ansur selama 22, 23, 24 atau 25 malam mengikut perselisihan pendapat para ulama’. Dalil bagi peringkat ini adalah firman Allah s.w.t. dalam ayat yang berikut;

• Maksudnya:• “Dan Al-Quran itu Kami bahagi-bahagikan

supaya Engkau membacakannya kepada manusia Dengan lambat tenang; dan Kami menurunkannya beransur-ansur.” (Surah al-Isra’: 106)

Page 14: Nuzulul qur'an

• Firman Allah s.w.t. lagi dalam Al-Quran;

• Maksudnya:• “Ia dibawa turun oleh malaikat Jibril

Yang amanah. Ke Dalam hatimu, supaya Engkau (Wahai Muhammad) menjadi seorang dari pemberi-pemberi ajaran dan amaran (kepada umat manusia).” (Surah asy-Syu’ara’: 193-194)

Page 15: Nuzulul qur'an

AL-QUR'AN DITURUNKAN KEPADA NABI MUHAMMAD S.A.W. MELALUI BEBERAPA

CARA IAITU:• Jibril memasukkan ke dalam hati

Baginda dalam keadaan Baginda tidak melihat apa-apa, hanya Baginda berasa bahawa wahyu itu berada dalam hatinya.

• Malaikat memperlihatkan dirinya sebagai seorang lelaki dengan mengucapkan ayat kepada Baginda sehingga Baginda benar-benar dapat menghafaz ayat yang diturunkan itu.

Page 16: Nuzulul qur'an

• Wahyu datang kepadanya berserta bunyi loceng. Ini adalah cara yang paling berat dihadapi oleh Baginda sehingga keadaan baginda sangat panas walaupun ketika itu cuaca sangat sejuk.

• Jibril memperlihatkan dirinya yang sebenar kepada Rasulullah s.a.w.

Page 17: Nuzulul qur'an

WAHYU PERTAMAAisyah r.a. menyatakan:

“Sesungguhnya permulaan wahyu datang kepada Rasulullah s.a.w. melalui mimpi yang benar di waktu tidur. Mimpi itu jelas dan terang bagaikan terangnya pagi hari. Kemudian baginda gemar menyendiri dan pergi ke gua Hira’ untuk beribadah beberapa malam dengan membawa bekal.

Page 18: Nuzulul qur'an

Sesudah kehabisan bekal, baginda kembali kepada isterinya Khadijah r.a., maka Khadijah pun membekalinya seperti bekal terdahulu sehinggalah baginda didatangi dengan suatu kebenaran (wahyu) di gua Hira’ tersebut, apabila seorang malaikat (Jibril a.s.) datang kepadanya dan mengatakan: “Bacalah!” Rasulullah menceritakan, maka aku pun menjawab: “Aku tidak tahu membaca.”

Page 19: Nuzulul qur'an

• Malaikat tersebut kemudian memeluk-ku sehingga aku merasa sesak nafas, kemudian aku dilepaskannya sambil berkata lagi: “Bacalah!” Maka aku pun menjawab: “Aku tidak tahu membaca.” Lalu dia memeluk-ku sampai aku rasa sesak nafas dan dilepaskannya sambil berkata: “Bacalah!” Aku menjawab: “Aku tidak tahu membaca.”

Page 20: Nuzulul qur'an

• Maka dia memeluk-ku buat ketiga kalinya seraya berkata: “Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan. Menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah! Dan Tuhanmu yang Maha Pemurah! Yang mengajar dengan perantaraan kalam dan mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya”.

Page 21: Nuzulul qur'an

• Setelah berlaku peristiwa itu kembalilah Rasulullah s.a.w. kepada isterinya Khadijah (membawa ayat-ayat ini) dengan tubuh menggigil………sehinggalah akhir hadith.” (al-Hadith).

Page 22: Nuzulul qur'an

WAHYU TERAKHIR• Surah AI-Maa-idah ayat 3 diturunkan pada

sesudah waktu asar iaitu pada hari Jumaat di padang Arafah pada musim haji penghabisan.

• Rasulullah s.a.w. berada di Arafah di atas unta. Ketika ayat ini turun Rasulullah s.a.w. tidak begitu jelas penerimaannya untuk mengingati isi dan makna yang terkandung dalam ayat tersebut. Kemudian Rasulullah s.a.w. bersandar pada unta beliau, dan unta beliau pun duduk perlahan-lahan.

Page 23: Nuzulul qur'an

• Setelah itu turun malaikat Jibril a.s. dan berkata: "Wahai Muhammad, sesungguhnya pada hari ini telah disempurnakan urusan agamamu, maka terputuslah apa yang diperintahkan oleh Allah s.w.t.dan demikian juga apa yang terlarang olehnya. Oleh itu kamu kumpulkan para sahabatmu dan beritahu kepada mereka bahawa hari ini adalah hari terakhir aku bertemu dengan kamu."

Page 24: Nuzulul qur'an

PERINGKAT PEMBUKUAN AL-QURAN MENJADI

MUSHAF

Page 25: Nuzulul qur'an

Al-quran

Luh mahfuz

Jibrail a.s

Rasulullah s.a.w

Sahabat Rasulullah s.a.w

Khulafa’ Al-Rasyidin-Abu Bakar, ‘Umar, ‘Uthman & ‘Ali r.a

Genarasi 1(Tabi’in)

Genarasi 2 (Tabi’ Tabi’in)

….

Kini

…..

Kiamat

Page 26: Nuzulul qur'an

HIKMAH DITURUNKAN AL-QURAN SECARA BERANSUR-ANSUR

• Untuk menetapkan jiwa Rasulullah s.a.w. dan menguatkan hatinya.

• Untuk mendidik masyarakat waktu itu secara beransur-ansur. Ini akan memudahkan mereka untuk memahami al-Quran dan menghafaznya serta dapat beramal dengannya berdasarkan peristiwa-peristiwa yang berlaku di kalangan mereka. Oleh itu mereka dapat mengikis akidah amalan dan adat yang bertentangan dengan Islam secara beransur-ansur. Oleh itu sedikit demi sedikit ianya dapat dihapuskan.

Page 27: Nuzulul qur'an

• Untuk menyesuaikan dengan peristiwa yang baharu berlaku iaitu apabila timbul sesuatu masalah di kalangan mereka, turunlah al-Quran menentukan hukum yang sesuai untuk menyelesaikan masalah tersebut. Contohnya, ayat mengenai persoalan roh dan seumpamanya.

Page 28: Nuzulul qur'an

• Untuk menunjukkan bahawa sumber al-Quran itu Kalam Allah SWT semata-mata. Ia bukan ciptaan Nabi Muhammad s.a.w. atau makhluk lain

• Agar lebih mudah difahami dan dilaksanakan

• Memudahkan penghafalan

Page 29: Nuzulul qur'an

Terima Kasih