nursing

18
___ ____________________________________________________________________ NBBS 1303 PENGAJARAN DALAM KEJURURAWATAN B / TEACHING IN NURSING B MEI 2015 / MAY 2015 ______________________________________________________________ _________ Soalan : Pengajaran klinikal merupakan satu set pengalaman yang telah dirancang dan dicorakkan bagi membantu pelajar mendapat kemahiran, sikap dan pengetahuan dengan mengambil bahagian di tempat kerja. Satu kaedah pengajaran klinikal yang efektif boleh merangsang pemikiran kritis serta melibatkan pelajar, contohnya melalui maklumbalas dan interaksi di sisi-katil. 1. Kenalpasti SATU kaedah pengajaran klinikal yang paling efektif dan bincangkan secara kritis kepentingan metodologi tersebut bagi menyokong rasional kegunaannya di kawasan klinikal anda. NAMA KARTIKA DEWI BINTI RISAL NO MATRIKS 840221125918001 NRIC 840221125918 NO TELEFON 017-8173197 EMAIL [email protected] NAMA PENSYARAH CHIN KUI SIAM NAMA TUTOR CHIN KUI SIAM 1

Upload: halusan-maybe

Post on 21-Feb-2016

269 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

Pengajaran dalam pendidikan nursing

TRANSCRIPT

Page 1: Nursing

_______________________________________________________________________

NBBS 1303PENGAJARAN DALAM KEJURURAWATAN B / TEACHING IN NURSING B

MEI 2015 / MAY 2015_______________________________________________________________________

Soalan :

Pengajaran klinikal merupakan satu set pengalaman yang telah dirancang dan dicorakkan bagi membantu pelajar mendapat kemahiran, sikap dan pengetahuan dengan mengambil bahagian di tempat kerja. Satu kaedah pengajaran klinikal yang efektif boleh merangsang pemikiran kritis serta melibatkan pelajar, contohnya melalui maklumbalas dan interaksi di sisi-katil.

1. Kenalpasti SATU kaedah pengajaran klinikal yang paling efektif danbincangkan secara kritis kepentingan metodologi tersebut bagimenyokong rasional kegunaannya di kawasan klinikal anda.

NAMA KARTIKA DEWI BINTI RISALNO MATRIKS 840221125918001NRIC 840221125918NO TELEFON 017-8173197EMAIL [email protected] PENSYARAH CHIN KUI SIAMNAMA TUTOR CHIN KUI SIAMPUSAT PEMBELAJARAN

OPEN UNIVERSITY MALAYSIA CAWANGAN KOTA KINABALU

SEMESTER : MEI 2015

1

Page 2: Nursing

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

1.0 PENGENALAN 12.0 KAEDAH PENGAJARAN KLINIKAL

2-4

3.0 KEPENTINGAN METODOLOGI YANG DIPILIH

5-8

4.0 KESIMPULAN 9BIBLIOGRAFI

2

Page 3: Nursing

1.0 PENGENALAN

Pembelajaran dapat ditakrifkan sebagai satu proses dalam mendapatkan ilmu

pengetahuan dan kemahiran sama ada melalui pemerhatian, pengalaman, perkara yang

dipelajari mahupun yang diajar. Dalam konteks pembelajaran kejururawatan, ianya merujuk

kepada proses pembelajaran yang aktif untuk mendapatkan pengetahuan dan tidak hanya

tertumpu dalam mengingati fakta semata-mata ataupun sesuatu teori. Menurut (Distler 2007

dan LeMone 2002), menyatakan bahawa pembelajaran yang mengutamakan pembelajaran

secara kendiri dan berfikiran secara kritis dapat menjadikan jururawat lebih cemerlang. Oleh

itu, apabila adanya proses pembelajaran pastinya proses pengajaran turut berlaku dalam

menuntut ilmu yang mana pengajaran klinikal merupakan fokus utama dalam memastikan

bidang kejururawatan mencapai tahap terbaik seterusnya dapat dipraktikkan apa yang telah

dipelajari ketika berada di hospital. Pengajaran klinikal mampu memberikan pengetahuan dan

pengalaman terhadap pelajar kejururawatan selari dengan teori konstruktivism, iaitu suatu

anjakan yang perlu diaplikasikan dalam pembelajaran kerana ia memberikan peluang dan

membuka ruang kepada pelajar dalam melalui merialisasikan kehidupan seharian mereka.

Hal ini dapat dilihat melalui pandangan Colliver (2000), menyatakan bahawa pendekatan

teori konstruktivism memberikan hak dan peluang untuk pelajar-pelajar belajar cara

belajar (learn how to learn) dengan membina makna dan kefahaman yang tinggi

dalam kerangka minda masing-masing berdasarkan pengalaman dan persekitaran. Secara

dasarnya, kepentingan pengajaran klinikal terhadap kejururawatan memberikan kesan yang

positif kepada perkhidmatan layanan pesakit. Persoalannya, apakah kaedah pengajaran

klinikal yang efektif dilaksanakan agar bidang kejururawatan ini dapat ditingkatkan?

3

Page 4: Nursing

2.0 KAEDAH PENGAJARAN KLINIKAL

Pemikiran kritis dalam amalan klinikal seharusnya menjadi norma di dalam sistem

penjagaan kesihatan. Pada pandangan saya, kaedah pengajaran klinikal adalah pembelajaran

berasaskan pengalaman. Secara dasarnya, pembelajaran berasaskan pengalaman merupakan

kaedah pengajaran klinikal yang terbaik. Hal ini demikian, melalui pengalaman seseorang

mampu untuk berfikir apa yang telah dihadapi seterusnya mengaplikasi perkara tersebut pada

masa akan datang. Suatu situasi yang telah terjadi, mampu diimbas kembali kejadian atau

peristiwa yang telah berlaku dan ianya merujuk kepada amalan reflektif. Menurut Clarke dan

Croft (1998), mereka mentakrifkan keupayaan untuk seseorang melihat kembali kepada

tingkahlaku professional dan praktik dengan tujuan untuk menambahbaikan. Hal ini

demikian, amalan reflektif telah menunjukkan pentingnya pengajian daripada pengalaman-

pengalaman terdahulu, dan setelah berfikir mengenainya, kaitkan atau membuat

penambahbaikan dalam pengalaman praktikal bagi pendekatan-pendekatan pembelajaran

teori. Manakala, menurut Schon (1996) pula, amalan reflektif melibatkan proses mengingati

pengalaman sendiri bagi mendapatkan pengetahuan baharu. Amalan ini membantu kaedah

pengajaran klinikal kerana setelah berlakunya suatu peristiwa, jururawat akan berfikir,

menganalisis dan mengaplikasi pengalaman tersebut semasa berkerja. Sebagai contoh,

semasa berada di wad untuk memberikan ubat kepada pesakit, penelitian ubat perlulah

dilakukan terlebih dahulu supaya dos ubat yang diberikan tidak berlebihan. Ketika

memberikan ubat kepada pesakit, pastikan keadaan pesakit pada ketika itu berada dalam

keadaan yang baik. Melalui contoh tersebut, sikap berhati-hati yang diamalkan merupakan

suatu pengalaman dan diaplikasi semasa merawat pesakit. Oleh itu, pengajaran klinikal

menerusi pengalaman membolehkan pengetahuan ditingkatkan seterusnya otak mampu

berkerja dimana menerusi pengalaman adanya amalan reflektif untuk diri sendiri dan tidak

hanya tertumpu kepada teori semata-mata.

Selain itu, kaedah pengajaran klinikal juga dapat dilihat melalui pembelajaran secara

bersendirian ataupun berkumpulan. Hal ini demikian, pembelajaran secara individu telah

dilaksanakan sejak dahulu lagi dimana semasa berada dalam situasi sebenar, jururawat akan

berhadapan masalah tersebut dan mengatasinya secara bersendirian. Manakala, pembelajaran

berkumpulan melibatkan rakan-rakan yang lain berkongsi ilmu pengetahuan mereka

tersendiri ataupun pembelajaran yang lebih dikenali sebagai kerja kumpulan atau work team.

Secara dasarnya, kerja kumpulan ini diwujudkan bagi memudahkan sesuatu urusan,

4

Page 5: Nursing

menjimatkan masa dan meningkatkan ilmu pengetahuan masing-masing disamping

memaparkan sikap kerjasama antara ahli kumpulan. Model yang digunakan merupakan

model Klinikal Tulen (Original Clinical Models) yang menekankan kepada kepentingan

hubungan rakan sejawat, kerjasama untuk meneroka maksud sebenar dan perkembangan gaya

pengajaran individu yang unik. Oleh yang demikian, jururawat berada dalam keadaan

istimewa untuk menyediakan penyelesaian yang ‘kreatif’ dan berinovasi yang boleh

mewujudkan perbezaan sebenar dalam kehidupan harian pesakit-pesakit, masyarakat dan

‘profession’ kejururawatan itu sendiri. Tambahan pula, apabila berada di hospital, jururawat

berperanan dalam memberikan nasihat, semangat dan membantu pesakit untuk sembuh.

Sebagai contoh, semasa berada di wad bagi mengatasi sesuatu masalah, pastinya kerja

kumpulan menunjukkan kehebatan antara setiap ahli dimana apabila berkerja dalam

kumpulan, hasil sesuatu pekerjaan lebih baik dengan adanya pelbagai pengalaman setiap ahli

seterusnya meningkatkan pengetahuan dalm pengajaran klinikal tersebut apabila menghadapi

masalah tersebut secara bersendirian. Justeru, sememangnya kaedah pengajaran klinikal

membantu jururawat memahami sesuatu masalah dengan lebih mudah menggunakan

penyelesaian yang mudah.

Di samping itu, kaedah pengajaran klinikal dalam kejururawatan dapat digunakan

melalui pembelajaran antara pengajar dan pelatih. Hal ini demikian, bagi mendapatkan

pengetahuan kejururawatan dengan lebih banyak, semestinya melalui pengajar iaitu sesi

pengajaran dan pembelajaran (pdp) secara formal dimana komunikasi dilakukan antara

pelatih dan pengajar. Namun begitu, ianya tidak berfokus semata-mata dalam menerima

maklumat daripada pengajar, iaitu merujuk kepada pengajar hanya memberikan teori

(bercakap di hadapan) tanpa melakukan praktikal. Dalam pengajaran klinikal, umum

mengetahui ianya satu pengajaran dan pembelajaran yang baik untuk mengajar jururawat

sentiasa yakin dalam membuat keputusan seperti memberi dos ubat, memberi suntikan

kepada pesakit dan membantu doktor melancarkan urusan hospital. Oleh itu, melalui

pengajaran klinikal ini jururawat dilatih dan perlu belajar untuk menambah ilmu

pengetahuan, keyakinan dan mampu membuat keputusan sendiri. Secara dasarnya, jururawat

perlu berada pada situasi tersebut (praktikal) di wad hospital. Sebagai contoh, jururawat perlu

merasai atau bekerja pada setiap wad seperti wad kanak-kanak, wad orthopedic dan wad ibu

mengandung supaya jururawat mempunyai pengalaman tersendiri dalam mengawal pesakit.

Konklusinya, kaedah pengajaran klinikal memberikan kesan yang positif kepada bidang

kejururawatan ini dalam memastikan bidang ini semakin mencapai tahap terbaik.

5

Page 6: Nursing

Bagi melahirkan graduan jururawat profesional yang kompeten, penyayang,

‘humane’, dan mengamalkan ‘safe practice’ semasa merawat kaedah pengajaran dan

pembelajaran amat penting dilaksanakan terutamanya dari sudut pengajaran klinikal. Hal ini

dapat dilihat, apabila pelajar yang mengikuti program ini akan memperolehi pengetahuan dan

kemahiran dalam bidang Sains Kejururawatan Sains Kesihatan dan Sains Perlakuan bagi

menjalankan perawatan apabila mereka ditempatkan di latihan klinikal atau semasa bertugas

pada masa akan datang. Manakala, matlamat program ijazah kejururawatan adalah untuk

memupuk graduan supaya lebih komited bagi mempertingkatkan kerjaya melalui

pembelajaran sepanjang hayat (life long self-directed learning). Sesuai dengan fokus utama

dalam pengajaran klinikal, Kemahiran penyelidikan asas dalam program ijazah membolehkan

mereka memanfaatkan hasil kajian dalam meningkatkan kualiti perawatan dan layanan

terhadap pesakit. Sebagai contoh, seperti saya walaupun telah bekerja di hospital, tidak ada

had dalam menyambung semula pelajaran dengan cara menyambung pengajian di universiti

terbuka dalam bidang ini khususnya pada peringkat tinggi dan pembelajaran ini dikenali

sebagai pembelajaran sepenjang hayat. Justeru, jururawat perlu diperkaya dengan kemahiran-

kemahiran baru agar dapat mengisi tuntutan pesakit kini dan cabaran masa hadapan, dalam

erti kata lain jururawat yang lebih matang, berdaya saing, berkeyakinan dan berilmu

pengetahuan yang tinggi.

6

Page 7: Nursing

3.0 KEPENTINGAN METODOLOGI YANG DIPILIH

Kepentingan metodologi yang dipilih akan mempengaruhi pengajaran klinikal dalam

bidang ini. Metodologi merupakan kaedah dan teknik mereka-bentuk, mengumpul dan

menganalisis data yang mana ianya menerangkan cara sesuatu masalah yang dikaji dan sebab

sesuatu kaedah atau teknik tertentu digunakan bertujuan untuk membantu memahami dengan

lebih luas (terperinci) tentang pengaplikasian kaedah dengan membuat huraian tentang proses

kajian. Metodologi kajian pengajaran klinikal yang digunakan adalah menganalisis, dimana

saya telah berkongsi kaedah pengajaran klinikal berasaskan pengalaman. Umumnya, kaedah

pengajaran klinikal memberikan kesan positif kepada jururawat dalam meningkatkan ilmu

pengetahuan. Kaedah penganalisisan merupakan salah satu metodologi yang digunakan

dalam kaedah pengajaran klinikal dimana pembelajaran berasaskan pengalaman. Merujuk

pernyataan tersebut, bagi mendapatkan pengalaman perlulah ada amalan reflektif iaitu satu

proses merenung dan menakkul atau proses berfikir panjang (menganalisis) terhadap

pengalaman baik atau buruk menurut, Hanipah Hussin (1999). Semasa refleksikan diri,

walaupun perkara tersebut baik ataupun buruk ianya perlulah dijadikan pengajaran supaya

dapat merawat pesakit dengan lebih baik. Oleh itu, bagi mendapatkan tingkah laku yang baik

dalam pekerjaan, jururawat perlu menganalisi situasi yang telah dihadapi bagi memudahkan

ianya untuk lebih difahami seterusnya diaplikasi. Sebagai contoh, menulis refleksi sendiri

merangkumi sebelum proses kejadian, semasa dan selepas disamping kesan negatif dan

positif apa yang berlaku. Oleh itu, metodologi yang digunakan selari dengan kaedah

pengajaran klinikal tersebut.

Metodologi yang digunakan memberi kepentingan dan selari dengan kaedah

pengajaran klinikal iaitu melalui kaedah induktif. Kaedah ini merujuk kepada pengajaran

berasaskan gaya induktif iaitu satu pendekatan mengajar yang melibatkan satu proses

penaakulan yang tinggi. Menurut Walker Gibson (1960), menyatakan pendekatan induktif

dimulakan dengan sesuatu sebab atau contoh dan bergerak ke hadapan kepada generalisasi.

Merujuk pernyataan tersebut, dapat dilihat jika seorang pesakit mengalami kecederaan

dalaman, pendekatan ini mampu digunakan dalam memberi hipotesis awal sebab utama

kenapa pesakit mengalami kecederaan tersebut. Sebagai contoh, jika pesakit yang pernah

mengalami strok iskemia mungkin disebabkan oleh   trombosis serebrum , iaitu apabila darah

beku (tombus) terbentuk di dalam arteri utama yang menuju ke otak dan menghalang bekalan

darah, manakala   embolisme serebrum   berlaku apabila darah beku terbentuk di dalam salur

7

Page 8: Nursing

darah di tempat lain dalam badan, contohnya di leher atau di jantung dan bergerak dalam

aliran darah ke otak. Tambahan pula, strok berdarah berlaku apabila salur darah di dalam otak

atau di sekelilingnya pecah dan menyebabkan pendarahan. Penyakit tekanan darah tinggi

yang lama dan tidak dirawat memberi memberikan tekanan pada dinding arteri, menyebabkan

meningkatnya risiko arteri itu pecah dan seterusnya berdarah. Strok berdarah kemungkinan

disebabkan oleh pendarahan intraserebrum, iaitu apabila salur darah pecah di dalam otak.

Manakala pendarahan subraknoid, iaitu apabila salur darah di permukaan otak berdarah dan

darah tersebut meresap ke dalam kawasan di antara otak dan tengkorak yang dikenali sebagai

ruang subarakanoid. Sebagai jururrawat, pengetahuan ini perlulah disimpan dan diketahui

supaya memudahkan jururawat untuk mengetahui sebab berlakunya penyakit tersebut

terhadap pesakit dan cara untuk memberi rawatan awal ketika berhadapan situasi tersebut.

Pendekatan ataupun metodologi ini sememangnya memberi kepentingan dalam pengajaran

klinikal bidang kejururawatan. Oleh itu, pendekatan ini sememangnya selari dalam

penggunaan kaedah pengajaran klinikal khususnya dalam bidang kejururawatan ini.

Di samping itu, kepentingan metodologi digunakan adalah penilaian ataupun

evaluation iaitu proses menilai sendiri situasi yang telah dihadapi. Dalam sesuatu pengalaman

pastinya terdapat pelbagai penilaian yang boleh boleh diambil daripada insiden yang telah

berlaku iaitu baik dari segi positif mahupun negative seterusnya belajar daripada kesilapan.

Kejadian yang telah berlaku akan membentuk satu nilai moral atau contoh akan kepentingan

Profession Kejururawatan dalam memberi rawatan dan penjagaan yang sempurna kepada

pesakit. Sebarang kesilapan perlu diberikan penekanan supaya tidak ada kemalangan yang

akan berlaku. Sebagai contoh, etika professional dalam melakukan dressing terhadap pesakit

tidak mengikut Standard of Procedure (SOP) yang mana telah melanggar teknik aseptik

sepanjang melakukan dressing. Hal ini demikian, seorang jururawat yang terlatih perlulah

professional terhadap kerjaya dimana jururawat yang tidak menggunakan teknik aseptik

semasa melakukan dressing iaitu hanya menggunakan sebelah tangannya untuk memerah

swab yang telah dialirkan normal saline solution dalam bekas gallipot dan menggunakan

kedua– dua belah tangannya untuk berada di kawasan luka pesakit dan menyentuh sekeliling

kulit dan kawasan luka tersebut tanpa menggunakan sarung tangan merupakan Negligence

iaitu perlakuan kecuaian yang dilakukan oleh golongan professional yang menyalahi

peraturan yang telah ditetapkan oleh undang-undang. Konklusinya, melalui penilaian

terhadap diri menerusi pengajaran klinikal membantu pelajar bidang kejururawatan

8

Page 9: Nursing

memahami setiap konsep dan amalan etika/ professional dalam profesion ini supaya masalah

dapat diatasi seterusnya mengekalkan kredibiliti kerjaya ini.

Seterusnya, metodologi yang digunakan adalah melalui penyeliaan dimana ianya

berfungsi apabila pengajar menyelia apa yang dilakukan oleh jururawat pelatih. Hal ini

demikian, metodologi yang digunakan selari dengan kaedah pengajaran klinikal iaitu

pengajar memberi tunjuk ajar dan membiarkan jururawat pelatih bergerak aktif dalam sesuatu

situasi di setiap wad. Merujuk penyataan tersebut, sebagai pengajar penyeliaan terhadap

jururawat pelatih supaya mereka dapat berhadapan dengan situasi tersebut apabila mereka

telah bekerja sendiri. Hal ini dapat dilihat dengan adanya penyeliaan daripada tenaga

pengajar, jururawat pelatih akan mendapat pengetahuan melalui pengajar dan mereka dapat

merasai situasi tersebut dan bertanya kepada pengajar sekiranya terdapat kemusykilan dalam

merawat pesakit. Melalui penyeliaan ini, jururawat pelatih mampu membuat keputusan

dengan yakin disamping adanya penyeliaan daripada pengajar. Sebagai contoh, apabila

jururawat masyarakat memberikan dos ubat bagi seorang pesakit yang mengidap penyakit

diabetes mellitus ianya perlulah dengan dos yang betul dan mengamalkan 7R iaitu right

patient, right drug, right doses, right route, right time, right documentation dan patient right

to refuse. Amalan 7R ini perlu dipupuk dalam diri sebagai seorang jururawat kerana ianya

merupakan teras kepada perkhidmatan dalam memberi layanan kepada pesakit khususnya

jururawat sebagai tulang belakang di hospital. Dalam mengamalkan 7R ini, penyeliaan

daripada pengajar amat penting kerana jururawat merupakan golongan yang akan membantu

pesakit. Hal ini demikian, tanpa penyeliaan daripada pengajar, masalah pemberian dos ubat

berlebihan, ataupun salah laku profesion berkemungkinan akan berlaku yang mana ianya

boleh membahayakan kesihatan ataupun nyawa pesakit. Dengan adanya amalan 7R ini,

jururawat akan berpandukan amalan tersebut dalam memberi layanan kepada pesakit.

Tuntasnya, metodologi yang digunakan adalah selari dengan kaedah pengajaran klinikal

dalam membantu mengembangkan ilmu pengetahuan kejururawatan seiring dengan teknologi

yang berkembang maju.

Akhir sekali, metodologi ataupun pendekatan yang digunakan untuk kaedah

pengajaran ini dapat dilihat melalui deduktif iaitu suatu pendekatan mengajar yang bermula

daripada sesuatu rumus, prinsip, hukum, teori atau peraturan diikuti dengan aplikasinya ke

atas contoh yang khusus. Kadang kala pendekatan deduktif ini juga digunakan untuk

mendapatkan kesimpulan atau generalisasi yang baru daripada rumus, prinsip, teorem atau

9

Page 10: Nursing

peraturan yang telah diketahui. Kaedah deduktif berlandaskan pendekatannya merupakan

kaedah mengajar yang kompleks kerana ia memerlukan kefahaman yang mendalam dan

pengetahuan yang cukup serta berupaya memilih rumus, prinsip, hukum, teori atau peraturan

yang telah dipelajari dengan tepat untuk diaplikasikan kepada contoh-contoh yang khusus.

Merujuk kepada penyataan di atas, dalam pembelajaran kejururawatan sememangnya

memerlukan banyak penghafalan dari segi teori atau nama-nama saintifik bagi setiap ubat-

ubatan mahupun penyakit. Namun begitu, seiring peredaran zaman dan teknologi yang

semakin canggih disamping tuntutan pesakit semakin tinggi memerlukan suatu perubahan

dalam aspek pembelajaran dan pengajaran klinikal. Dalam pembelajaran kaedah klinikal ini,

bagi menambahkan pengetahuan bidang ini sememangnya metodologi ini digunakan untuk

mengingati nama-nama saintifik bagi penyakit dan ubat-ubatan. Sebagai contoh, dalam

mengingati nama-nama saintifik seperti diabetis mellitus, haemoglobin dan paracetamol.

Dalam mengingati nama-nama saintifik tersebut, ianya perlu diingat dengan kefahaman yang

tinggi kerana apabila berada di hospital penggunaan nama saintifik sahaja yang digunakan.

Pendekatan deduktif ini memberikan Justeru, metodologi yang digunakan seiring dengan

kaedah pengajaran klinikal kejururawatan.

10

Page 11: Nursing

4.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, pengajaran klinikal sememangnya memberikan kesan positif dalam

pembelajaran kejururawatan yang mana ianya banyak membantu dalam memberikan ilmu

pengetahuan dengan lebih baik. Hal ini demikian, melalui kaedah pengajaran klinikal,

jururawat dapat belajar dengan melalui situasi tersebut yang mana ianya menjadi pengalaman

seterusnya direfleksikan oleh mereka sendiri. Tambahan pula, metodologi yang digunakan

selari dengan kaedah pengajaran klinikal iaitu menganalisis atau reflek diri sendiri untuk

mendapatkan input yang baik bertujuan diaplikasi pada masa akan datang. Selain itu, kaedah

pengajaran klinikal melalui pembelajaran secara individu ataupun berkumpulan memberikan

kebaikan dalam bidang kejururawatan kerana fokus utama kaedah pengajaran ini adalah

melibatkan diri secara aktif bagi mendapatkan ilmu tersebut dan tidak hanya menerima

maklumat daripada pengajar semata-mata (teori) tetapi jururawat perlu merasai sendiri

seterusnya mendapatkan pengetahuan baharu untuk digunakan semasa merawat pesakit.

Seterusnya, metodologi yang digunakan juga selari dengan kaedah pengajaran klinikal

tersebut yang mana pengajaran klinikal memberikan kebaikan dan kepentingan yang baik

terhadap bidang kejururawatan. Sebagai jururawat, tugas mendidik dan melatih profesion ini

dalam bidang penjagaan dan perawatan kesihatan disamping latihan kemahiran insaniah serta

kemahiran klinikal selari dalam melahirkan modal insan kesihatan yang berkualiti untuk

Kementerian Kesihatan Malaysia seterusnya berpandukan undang-undang dan etika

professional kerjaya kejururawatan.

(2729 Patah Perkataan)

11

Page 12: Nursing

BIBLIOGRAFI

Atherton J S (2013) Learning and Teaching; Reflection and Reflective Practice [On-line: UK] retrieved 26 July 2015 fromhttp://www.learningandteaching.info/learning/reflecti.htm

Croke E.M, (2003). Nurses, Negligence, and Malpractice. Journal of   American Journal Nursing, September 2003

Cikgu ZakiBlogspot, (2012) Pendekatan Deduktif. Diperolehi daripada http://cikgu-zaki.blogspot.com/2012/08/pendekatan-deduktif.html

Nursing and Allied Health (2009) Jururawat Glokal dan 1 Malaysia. Diperolehi pada September 13, 2009 daripada http://zahrahnursing.blogspot.com/2009/09/jururawat-glokal-dan-1- malaysia_13.html

Pendekatan Induktif (2012) Pengajaran Mikro : pendekatan induktif. Diperolehi pada November 09, 2012 daripada ://www.slideshare.net /AnneUmmuHurairah/ pengajaran-mikro- 15110391?related=1

International Textbook of Reflective Practice in Nursing, Dawn Freshwater (Author), Beverley J. Taylor (Author), Gwen Sherwood (Author)

Reflective Practice in Nursing by Chris Bulman, Sue Schutz

Polisi Hospital 13 Hak Pesakit, Polisi Hak-Hak Dan Tanggungjawab Pesakit Dan Keluarga,Hospital Tunku Ampuan Najihah. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).http://htan.moh.gov.my diakses pada 09.08.2012

12