resepi pesakit dialisis 2013 - eldercare nursing · pdf filekesihatan yang terlibat dalam...

77
Idea untuk anda Resepi Pesakit Dialisis 2013

Upload: doankiet

Post on 02-Feb-2018

248 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: Resepi Pesakit Dialisis 2013 - Eldercare Nursing · PDF filekesihatan yang terlibat dalam rawatan individu kegagalan ginjal kronik secara amnya. Akhir kata, saya ingin mengucapkan

Idea untuk anda

Resepi Pesakit Dialisis2013

Page 2: Resepi Pesakit Dialisis 2013 - Eldercare Nursing · PDF filekesihatan yang terlibat dalam rawatan individu kegagalan ginjal kronik secara amnya. Akhir kata, saya ingin mengucapkan

Kata-kata aluanKata-kata aluanMenurut laporan Malaysian Dialysis and Transplant Registry, terdapat hampir 26,000 pesakit menjalanirawatan dialisis secara kekal di Malaysia pada tahun 2011, manakala jumlah unit dialisis di seluruh negara hampir mencecah 700. Peningkatan jumlah pesakit dan kemudahan rawatan dialisis bukan sahaja menunjukan jumlah pesakit yang ramai tetapi juga keupayaan negara kita memberi rawatan yang boleh menyelamatkan nyawa pesakit yang mengalami kegagalan fungsi ginjal.

Walaubagaimanpun, adalah penting untuk semua pihak yang berkaitan dengan pesakit atau yang memberi perkhidmatan dialisis menyedari bahawa keperluan optima penjagaan pesakit kegagalan ginjal bukan hanya melibatkan rawatan dialisis yang mencukupi atau berkualiti tetapi juga melibatkan perkhidmatan sokongan lain termasuk perkhidmatan farmasi, perkhidmatan dietetik, perkhidmatan kebajikan perubatan serta kaunsel-ing dan lain-lain lagi.

Pelbagai masalah yang dialami oleh pesakit yang menjalani rawatan dialisis adalah berkaitan dengan pengambilan makanan dan minuman yang berlebihan atau tidak sesuai dengan keadaan penyakit mereka. Disebalik keunikan negara kita yang mempunyai kumpulan etnik yang berbeza dan pelbagai jenis makanan yang menyelerakan, masalah yang sering dihadapi oleh pesakit buah pinggang serta anggota keluarga mereka adalah untuk menentukan apa yang selamat dan boleh dimakan oleh pesakit atau sebaliknya.

Pegawai dietetik di Hospital Kuala Lumpur sejak sekian lama , telah memainkan peranan yang aktif untuk memberi kaunseling secara peribadi atau kumpulan kepada pesakit-pesakit ginjal kronik atau yang menjalani rawatan dialisis disamping menganjurkan beberapa sesi demonstrasi

memasak untuk di pelajari oleh pesakit dan keluarga mereka. Sebagai kelansungan kepada semangat profesional dan sikap proaktif, Pegawai-Pegawai Dietetik yang terlatih dan berpengalaman di Hospital Kuala Lumpur telah mengambil inisiatif untuk menyediakan buku ini yang memuatkan resipi-resipi yang sesuai untuk dicuba dan digunakan sebagai panduan oleh pesakit pesakit ginjal kronik atau yang menjalani rawatan dialisis sekaligus membantu pakar buah pinggang untuk memberi perkhidmatan yang lebih berkesan.

Buku ini berupaya untuk menambah nilai kepada sesi kauseling pemakanan yang diberikan oleh pegawai dietetik, tetapi tidak akan menggantikan keperluan pesakit untuk mendapat nasihat kaunseling Pengawai Dietetik secara khusus bagi masalah yang akan timbul dari masa ke semasa.

Saya mengucapkan syabas kepada usaha dan hasil kerja yang murni serta bermanafaat ini dan berharap ianya akan digunakan oleh pesakit atau keluarga mereka dengan sebaik mungkin. Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih diatas sokongan Pengarah Hospital Kuala Lumpur untuk menghasilkan buku resipi ini.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”“PENYAYANG, BEKERJA BERPASUKAN DAN PROFESIONALISMA ADALAH BUDAYA KERJAKITA”

Datuk Dr. Ghazali Bin AhmadPakar Perunding Kanan & Ketua Jabatan NefrologiJabatan NefrologiHospital Kuala Lumpur

Page 3: Resepi Pesakit Dialisis 2013 - Eldercare Nursing · PDF filekesihatan yang terlibat dalam rawatan individu kegagalan ginjal kronik secara amnya. Akhir kata, saya ingin mengucapkan

Kata-kata aluanKata-kata aluanTerlebih dahulu, saya ingin memanjangkan ucapan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada Pengarah, Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang merestui penerbitan buku resepi ini untukkepentingan individu yang menjalani dialisis.

Penjagaan pemakanan adalah penting untuk melengkapkan rawatan yang dijalani individu yang mengalami kegagalan ginjal kronik. Melaluinya, pengambilan kalori dan protin boleh disesuaikan dengan keperluan dan pengambilan sodium, potasium dan fosfat boleh dkawal supaya seiring dengan rawatan yang dijalankan.

Buku resepi ini disediakan sebagai bahan rujukan untuk individu ini dengan tujuan:a. Menerangkan keperluan dan sekatan makanan

yang perlu diikuti.b. Mendedahkan cara pemakanan yang sesuai

untuk keadaan kesihatan.c. Membincangkan kaedah modifikasi masakan

yang boleh dibuat.d. Memberi maklumat terperinci kandungan

nutrien selepas modifikasi menu dilakukan.

Penghasilan buku ini melibatkan proses memilih, mengubahsuai, menganalisa, mengujirasa menu, mengambil gambar seterusnya mengadunkannya menjadi sebuah buku. Keseluruhan proses ini mengambil masa sembilan bulan dan melibatkan 12 pegawai Jabatan Dietetik & Sajian, HKL. Proses mengujirasa melibatkan Pegawai Perubatan dari Jabatan Nefrologi, HKL dan individu yang menjalani dialisis di Unit Dialisis, HKL.

Diharapkan, dengan adanya buku resepi ini, ianya akan memberi manfaat kepada individu yang menjalani dialisis secara khususnya dan keseluruhan anggota kesihatan yang terlibat dalam rawatan individu kegagalan ginjal kronik secara amnya.

Akhir kata, saya ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menerbitkan buku resepi ini.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”“PENYAYANG, BEKERJA BERPASUKAN DAN PROFESIONALISMA ADALAH BUDAYA KERJA KITA”

Ridzoni SulaimanKetua Profesion Pegawai DietetikKementerian Kesihatan Malaysia

Page 4: Resepi Pesakit Dialisis 2013 - Eldercare Nursing · PDF filekesihatan yang terlibat dalam rawatan individu kegagalan ginjal kronik secara amnya. Akhir kata, saya ingin mengucapkan

Apabila buah pinggang gagal berfungsi, ramai yang tertanya-tanya apakah pantang larang dalam penyediaan makanan seharian. Kehidupan sebagai pesakit akan lebih selesa sekiranya anda mematuhi nasihat Pegawai Dietetik (Dietitian). Pesakit yang menjalani dialisis perlulah mengawal kandungan air dan garam untuk mengelakkan bengkak (terutamanya pada bahagian kaki) dan paru-paru berair.

Buku resepi ini diterbitkan khas untuk pesakit buah pinggang terutamanya yang menjalani rawatan dialisis. Kami yang terdiri daripada sekumpulan Dietitian dari Hospital Kuala Lumpur, telah bergabung tenaga untuk mengumpulkan resepi-resepi yang lazat dan diubahsuaikan supaya boleh dinikmati oleh semua pesakit dialisis. Resepi yang tersedia di dalam buku ini adalah hasil yang diperolehi setelah diperbaiki berdasarkan komen dari pesakit dan Pengawai Perubatan setelah sesi ujirasa dijalankan.

Resepi-resepi ini, telah mematuhi jumlah garam (sodium) yang dibenarkan, selain itu analisis makanan juga akan menunjukkan jumlah sebenar kandungan kalori, protin, potasium dan fosfat di dalam makanan tersebut. Cara penyediaannya mudah dan boleh dimasak sama ada oleh pesakit atau penjaga pesakit.

Bagi pesakit dialisis, jumlah protin yang diambil perlulah ditingkatkan untuk menampung jumlah protin yang hilang melalui proses dialisis. Oleh itu, sila pastikan anda menghabiskan seketul lauk (seperti saiz potongan di kedai) untuk makan tengahari dan malam. Keperluan protin harian adalah berbeza mengikut saiz badan seseorang, untuk jumlah yang tepat silalah berhubung dengan Dietitian anda.

Jumlah fosfat dapat dikawal dengan mengelakkan pengambilan susu dan hasil tenusu. Sila pastikan (sekiranya ada) ubat kalsium karbonat (CaCO3) diambil bersama-sama dengan makanan. Sila minimakan penggunaan santan kerana santan juga mengandungi fosfat dan potasium.

Bagi pesakit yang sering mengalami masalah tinggi potasium, silalah teliti tip yang disertakan di dalam buku ini untuk dijadikan panduan semasa penyediaan makanan seharian.

Penghasilan buku ini diharapkan dapat memberikan idea kepada anda dan keluarga bahawa pesakit dialisis masih boleh menikmati makanan kegemaran dengan sedikit pengubahsuaian supaya sesuai dengan keadaan penyakit buah pinggang. Diharapkan buku resepi ini memberikan garis panduan tentang cara melakukan ubahsuaian ke atas resepi asal yang lain. Semoga buku ini dapat memberikan inspirasi kepada pesakit dan keluarga untuk terus menyediakan hidangan yang bersesuaian dengan keadaan penyakit buah pinggang.

Selamat menjamu selera!

Datin Nor Sharita Mohd SaadDietitianZon Nefrologi & UrologiHospital Kuala Lumpur

PengenalanPengenalan

Page 5: Resepi Pesakit Dialisis 2013 - Eldercare Nursing · PDF filekesihatan yang terlibat dalam rawatan individu kegagalan ginjal kronik secara amnya. Akhir kata, saya ingin mengucapkan

Senarai Ahli Jawatankuasa KerjaPegawai Dietetik yang terlibat dalam penghasilan buku ini:

Berdiri (dari kiri):

Cik Khalizah Jamli, Datin Nor Sharita Mohd Saad, Puan Kamariah Nawawi danCik Low Phei Keow

Duduk (dari kiri):

Encik Mohd Hairil Muzammil Tokijan dan Encik Mohd Hafiz Mohd Rosli

Page 6: Resepi Pesakit Dialisis 2013 - Eldercare Nursing · PDF filekesihatan yang terlibat dalam rawatan individu kegagalan ginjal kronik secara amnya. Akhir kata, saya ingin mengucapkan

Dari kiri:

Encik Wan Ahmad Fazli Johari dan Encik Muhammad Fakhri Mohd Mat Noor

Senarai Ahli Jawatankuasa KerjaPembantu penyediaan makanan yang terlibat sama:

Dari kiri:

Puan Norfadhilah Hassan dan Cik Syafila Suhaini

Tiada dalam Gambar:

Encik Mohd Safuan Mohd Kamil dan Puan Salina Said

Sekalung budi:

Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pesakitUnit Dialisis 1, HKL dan anggota HKL yang terlibat secara langsungdan tidak langsung dalam menjayakan projek buku resepi ini.

Page 7: Resepi Pesakit Dialisis 2013 - Eldercare Nursing · PDF filekesihatan yang terlibat dalam rawatan individu kegagalan ginjal kronik secara amnya. Akhir kata, saya ingin mengucapkan

6

Isi Kandungan 1Penerangan RingkasTip Masakan Sihat _____________________________________________ 8

Ukuran Rumahtangga __________________________________________ 9

Senarai Kandungan Potasium dalam Makanan/Minuman__________ 10 - 11

Senarai Kandungan Fosfat dalam Makanan/Minuman ____________ 12 - 13

Menu UtamaIkan Berkuah Asam Pedas ___________________________________ 14 - 15

Ikan Bawal Tiga Rasa _______________________________________ 16 - 17

Ikan Tenggiri Masak Kari ____________________________________ 18 - 19

Ikan Cencaru Sumbat Cili ____________________________________ 20 - 21

Ayam Bersos Lemon________________________________________ 22 - 23

Ayam Goreng Kunyit _______________________________________ 24 - 25

Ayam BBQ ________________________________________________ 26 - 27

Ayam Goreng Berempah ____________________________________ 28 - 29

Ayam Masak Merah ________________________________________ 30 - 31

Telur Berinti_______________________________________________ 32 - 33

Telur Sambal ______________________________________________ 34 - 35

Daging Masak Halia ________________________________________ 36 - 37

Jelatah___________________________________________________ 38 - 39

Terung Sambal ____________________________________________ 40 - 41

Sayur Campur _____________________________________________ 42 - 43

Sayur Kobis & Lobak Merah __________________________________ 44 - 45

Page 8: Resepi Pesakit Dialisis 2013 - Eldercare Nursing · PDF filekesihatan yang terlibat dalam rawatan individu kegagalan ginjal kronik secara amnya. Akhir kata, saya ingin mengucapkan

7

Isi Kandungan 2Nasi & Aneka Jenis MeeNasi Goreng Cina __________________________________________ 46 - 47

Nasi Kerabu Ikan___________________________________________ 48 - 49

Mee Goreng ______________________________________________ 50 - 51

Mee Berkuah______________________________________________ 52 - 53

Meehoon Goreng Tomyam __________________________________ 54 - 55

Kueh Teow Goreng Udang ___________________________________ 56 - 57

Spageti Goreng ___________________________________________ 58 - 59

Asam Laksa _______________________________________________ 60 - 61

Kuih-MuihPopiah Goreng Bersos ______________________________________ 62 - 63

Samosa __________________________________________________ 64 - 65

Karipap Ayam _____________________________________________ 66 - 67

Kuih Cara Berlauk __________________________________________ 68 - 69

Pencuci MulutAgar-agar Cendol __________________________________________ 70 - 71

Agar-agar Mangga _________________________________________ 72 - 73

Jeli Konnyaku ________________________________________________ 74

Smoothie Strawberi ___________________________________________ 75

Page 9: Resepi Pesakit Dialisis 2013 - Eldercare Nursing · PDF filekesihatan yang terlibat dalam rawatan individu kegagalan ginjal kronik secara amnya. Akhir kata, saya ingin mengucapkan

8

Tip Masakan Sihat

Tip Pengawalan Sodium (garam)

1. Untuk mengawal kandungan sodium makanan: a. Hadkan sodium kepada ¼ - ½ sudu teh rata (hidangan untuk empat orang). b. Hadkan kicap kepada ½ sudu besar (hidangan untuk empat orang). c. Gunakan sos tiram dalam jumlah yang sedikit sekadar menaikkan bau masakan. d. Rendamkan ikan bilis dalam air panas, dan buangkan air. Jumlah ikan bilis mestilah

juga dihadkan.

2. Tambahkan rempah asli (seperti bawang, sedikit lada hitam, lada sulah, kayu manis, bunga lawang, daun kari, jintan dan ketumbar) dalam jumlah sederhana untuk menyedapkan rasa dan bau makanan sebagai pengganti kepada garam/perencah masakan.

3. Untuk membangkitkan rasa masakan, taburkan dengan sedikit bawang goreng yang digoreng sendiri. Elakkan menggunakan bawang goreng yang dibeli kerana kandungan sodiumnya yang tinggi.

Tip Pengawalan Potasium

1. Untuk mengurangkan kandungan potasium makanan: a. Rebus ubi kentang di dalam air yang banyak dan buangkan airnya. b. Pilih sayur dari jenis rendah potasium seperti terung, kacang botor, kacang buncis dan

ketola bagi membekalkan keperluan serat harian. c. Penggunaan daun sup dan daun bawang perlu dihadkan. d. Sawi dipotong kecil dan direndam dalam air panas seketika dan buangkan airnya.

2. Untuk meningkatkan kandungan potasium makanan: a. Gunakan sayur-sayuran dari jenis tinggi potasium seperti sawi dan kailan. b. Tingkatkan penggunaan daun sup dan daun bawang.

Tip Pengawalan Fosfat

1. Untuk mengurangkan kandungan fosfat: a. Ayam direbus hingga masak dan dibuangkan air rebusannya terlebih dahulu sebelum

digoreng. b. Gunakan daging/ayam segar yang dicincang sendiri berbanding dengan daging/ayam

cincang yang diproses. c. Elakkan mengambil kuning telur. d. Elakkan mengambil air rebusan ikan.

Page 10: Resepi Pesakit Dialisis 2013 - Eldercare Nursing · PDF filekesihatan yang terlibat dalam rawatan individu kegagalan ginjal kronik secara amnya. Akhir kata, saya ingin mengucapkan

9

Ukuran Rumah Tangga

Untuk mengawal jumlah pengambilan air/cecair, gunakanlah ukuran berikut sebagai panduan.

Sudu cina(20ml)

Senduk nasi(60ml)

Cawan(150ml-200ml)

Mug(300ml)

Gelas(300ml)

Botol air(500-600ml)

Senduk(80ml)

Mangkuk cina(230ml)

Sudumeja

(20ml)

Sudusup

(10ml)

Sudumakan(10ml)

Sudu teh

(5ml)

Page 11: Resepi Pesakit Dialisis 2013 - Eldercare Nursing · PDF filekesihatan yang terlibat dalam rawatan individu kegagalan ginjal kronik secara amnya. Akhir kata, saya ingin mengucapkan

Bawang besar

Pucuk ubi kayu

Pasli

Terung

Daun bawang

Kacang botor

Taugeh

Kacang panjang

Ketola ular

Kobis

Ketola air

Kacang pea, tin

Cili padi

Timun

Daun salad

Cili hijau

Jew’s ear (mook yi)

Daun pudina

Kacang buncis

Kacang bendi

Lobak putih

1 biji

½ cawan

1 sudu makan

½ cawan

¼ cawan

½ cawan

½ cawan

½ cawan

½ cawan

½ cawan

½ cawan

½ cawan

5 biji

½ cawan

½ cawan

5 biji

½ cawan

½ cawan

½ cawan

5 biji

½ cawan

6mg

9mg

23mg

24mg

25mg

28mg

30mg

31mg

33mg

35mg

35mg

36mg

37mg

37mg

37mg

40mg

41mg

42mg

43mg

47mg

47mg

Daun kesom

Asparagus

Sengkuang

Murunggai/ kelor

Kangkung

Lada benggala hijau

Cili merah

Bawang putih

Peria

Ulam raja

Kundur

Cendawan tiram

Labu jantung

Labu merah

Pegaga

Karot

Rebung

Ketola segi

½ cup

5 pucuk

½ cup

½ cawan

½ cawan

½ cawan

2 biji

5 ulas

½ cawan

½ cawan

½ cawan

½ cawan

½ cawan

½ cawan

½ cawan

½ cawan

½ cawan

½ cawan

51mg

55mg

56mg

58mg

61mg

62mg

64mg

70mg

72mg

72mg

76mg

77mg

80mg

81mg

83mg

88mg

94mg

100mg

Kandungan POTASIUM Dalam Makanan/Minuman TerpilihPilihlah makanan/minuman dari senarai di bawah berdasarkan keperluan anda

RENDAH(Kurang daripada 50mg/hidangan)

SEDERHANA(50mg - 100mg/hidangan)

TINGGI(Lebih daripada 100mg/hidangan)

SAYUR-SAYURAN

1 keping

1 sudu makan

1 sudu teh

0mg

1mg

4mg

1 sudu makan

1 sudu makan

1 sudu makan

1 pek

1 sudu makan

52mg

54mg

56mg

57mg

84mg

Air tebu

Air kacang soya

Susu UHT

Yogurt

Isi kelapa muda

Tau foo fah

Serbuk koko

Air kelapa

250ml

1 gelas

1 paket

1 cawan

½ cawan

1 bekas

2 sudu makan

250ml

150mg

158mg

211mg

230mg

241mg

290mg

362mg

496mg

MINUMAN/PENCUCI MULUT/BAHAN BANCUHAN

Gula merah

Susu pekat manis

Santan

Krimer bukan tenusu

Serbuk susu skim

Item Kuantiti Kandungan Item Kuantiti Kandungan Item Kuantiti Kandungan

10

Kantan

Brokoli

Kacang pea, segar

Bunga Kobis

Timun bulu

Tomato

Watercress

Bawang merah

Cekur manis

Cendawan kering

Daun seladeri

Pak choy

Akar teratai

Petai

Kailan

Bayam merah

Bayam pasir

Jantung pisang

Pucuk paku

Kucai

Sawi

Sengkuang cina

Rumpai laut kering

¼ cawan

½ cawan

½ cawan

½ cawan

½ cawan

2 biji

½ cawan

5 biji

½ cawan

5 keping

½ cawan

½ cawan

½ cawan

½ cawan

½ cawan

½ cawan

½ cawan

½ cawan

½ cawan

½ cawan

½ cawan

5 biji

½ cawan

101mg

107mg

118mg

120mg

121mg

125mg

162mg

172mg

173mg

180mg

190mg

193mg

193mg

224mg

237mg

268mg

300mg

324mg

326mg

364mg

406mg

414mg

536mg

Gula melaka

Air sirap

Serbuk kopi

Page 12: Resepi Pesakit Dialisis 2013 - Eldercare Nursing · PDF filekesihatan yang terlibat dalam rawatan individu kegagalan ginjal kronik secara amnya. Akhir kata, saya ingin mengucapkan

Betik

Limau bali

Epal hijau

Epal merah

Pir hijau

Oren

Limau cina

Mangga

Salak

Belimbing

1 potong

1 keping

1 biji

1 biji

½ biji

1 biji

1 biji

½ biji

1 biji

1 biji

62mg

65mg

75mg

76mg

79mg

79mg

79mg

81mg

99mg

100mg

Kandungan POTASIUM Dalam Makanan/Minuman TerpilihPilihlah makanan/minuman dari senarai di bawah berdasarkan keperluan anda

BUAH-BUAHAN

Sago

Taucu

¼ cawan

1 sudumakan

3mg

45mg

½ cawan

5 biji

½ cawan

10 biji

½ cawan

½ cawan

1 potong

1 biji

½ cawan

½ cawan

½ cawan

½ cawan

½ cawan

101mg

116mg

247mg

310mg

247mg

160mg

163mg

166mg

184mg

235mg

300mg

644mg

714mg

Badam

Biji gajus

Item Kuantiti Kandungan Item Kuantiti Kandungan Item Kuantiti Kandungan

11

Laici

Anggur

Tembikai

Jambu air

Pisang kaki

Nenas

Pisang mas

Buah lai

Prun

Cempedak

Buah kurma

Duku

Kiwi

Buah pic

Langsat

Durian belanda

Buah nona

Pisang berangan

Jambu batu + asam boi

Kismis

Kedondong

Nangka

5 biji

8 biji

1 potong

5 biji

1 biji

1 potong

1 biji

1 biji

4 biji

4 biji

3 biji

10 biji

1 biji

1 biji

10 biji

1 potong

1 biji

1 biji

1 potong

¼ cawan

6 biji

5 biji

102mg

104mg

104mg

120mg

124mg

126mg

131mg

138mg

142mg

147mg

168mg

170mg

180mg

207mg

209mg

220mg

224mg

228mg

233mg

249mg

382mg

552mg

Ciku

Strawberi

Jambu batu

Plum

Rambutan

Manggis

Pulasan

1 biji

5 biji

1 potong

1 biji

5 biji

3 biji

5 biji

17mg

31mg

32mg

38mg

41mg

43mg

45mg

RENDAH(Kurang daripada 50mg/hidangan)

SEDERHANA(50mg - 100mg/hidangan)

TINGGI(Lebih daripada 100mg/hidangan)

60mg

69mg

KACANG-KEKACANG, UBI-UBIAN DAN LEGUM

10 biji

10 biji

Biji tembikai

Buah berangan

Kacang tanah

Walnut

Ubi keledek putih

Ubi kayu

Sukun

Ubi kentang

Keladi

Kacang panggang, tin

Dhal kuning

Kacang hijau

Kacang merah

Page 13: Resepi Pesakit Dialisis 2013 - Eldercare Nursing · PDF filekesihatan yang terlibat dalam rawatan individu kegagalan ginjal kronik secara amnya. Akhir kata, saya ingin mengucapkan

Kandungan FOSFAT Dalam Makanan/Minuman TerpilihPilihlah makanan/minuman rendah fosfat dari senarai di bawah

SAYUR-SAYURAN

Item Kuantiti Kandungan Item Kuantiti Kandungan Item Kuantiti Kandungan

Keledek 1 bijisederhana

218mg

RENDAH(Kurang daripada 40mg/hidangan)

SEDERHANA(40mg - 80mg/hidangan)

TINGGI(Lebih daripada 80mg/hidangan)

2 ceduk

SUSU & PRODUK TENUSU

Ais krim 70mg

3 biji

1 biji kecil

1 potong

1 potong

1 potong

1 biji kecil

5 ulas

½ biji

5mg

10mg

11mg

13mg

15mg

17mg

21mg

22mg

BUAH-BUAHAN

*Sayur-sayuran amnya mengandungi fosfat yang rendah

Bayam goreng

Ubi kentang

½ cawan

1 biji kecil

46mg

60mg

Jambu air

Epal merah

Nenas

Betik

Tembikai

Pisang

Nangka

Jambu batu

Keju

Susu pekat manis

Yogurt

Susu penuh krim

Susu tepung skim

1 keping

2 sudu makan

½ cawan

1 gelas

4 sudu makan

83mg

93mg

170mg

207mg

272mg

½ biji

6 keping

2 sudumakan

DAGING, IKAN, AYAM DAN KEKACANG

Telur rebus dengan kuning telur

Bebola ikan

Udang kering

Sardin dalam tin

Ayam panggang

Kacang panggang

Ikan bilis

45mg

45mg

51mg

54mg

68mg

79mg

79mg

1 biji

½ cawan

6 keping

6 keping kecil

2 sudu makan

5 keping kecil

1 keping

1 ekor sederhana

10 cucuk

90mg

99mg

132mg

138mg

188mg

205mg

281mg

544mg

693mg

Telur goreng

Dhal

Nuget ayam

Rendang kambing

Sambal ikan bilis

Ayam masak kicap

Taufu goreng

Kari ikan

Satay daging lembu

½ biji

5 biji kecil

1 sudu makan

1 ketul

1 ketul

½ cawan

2 sudu makan

45mg

33mg

37mg

12

Kailan goreng

Timun

Kobis goreng

Kacang panjang goreng

Taugeh goreng

½ cawan

6 hiris

½ cawan

½ cawan

½ cawan

4mg

5mg

9mg

15mg

16mg

*Buah-buahan amnya mengandungi fosfat yang rendah

Telur rebus(tanpa kuning telur)

Daging khinzir (Char siew)

Kacang tanah goreng

Page 14: Resepi Pesakit Dialisis 2013 - Eldercare Nursing · PDF filekesihatan yang terlibat dalam rawatan individu kegagalan ginjal kronik secara amnya. Akhir kata, saya ingin mengucapkan

Kandungan FOSFAT Dalam Makanan/Minuman TerpilihPilihlah makanan/minuman rendah fosfat dari senarai di bawah

BIJIRIN

Item Kuantiti Kandungan Item Kuantiti Kandungan Item Kuantiti Kandungan

Mee segera

Makaroni

Lemang

Nasi lemak

Roti canai

Roti telur

Mee wantan

Capati

Nasi dagang

Nasi kerabu

Nasi ayam

1 bungkus

1 cawan

1 keping (4inci)

1 pinggan

1 keping

1 keping

1 pinggan

1 keping

1 pinggan

1 pinggan

1 pinggan

118mg

126mg

144mg

150mg

155mg

208mg

222mg

244mg

271mg

348mg

467mg

Biskut krim kraker

Mee kuning

Serbuk kastard

Laksa basah

Kuih apam

Ban kosong

Tepung jagung

Kuey teow

Meehoon

Idli

Oat

2 keping

1 cawan

2 sudumakan

1 cawan

1 ketul

1 biji

2 sudumakan

1 cawan

1 cawan

1 ketul

2 sudumakan

0mg

2mg

2mg

6mg

8mg

14mg

26mg

29mg

33mg

5mg

38mg

RENDAH(Kurang daripada 40mg/hidangan)

SEDERHANA(40mg - 80mg/hidangan)

TINGGI(Lebih daripada 80mg/hidangan)

Nasi putih

Roti putih

Roti mil penuh

Barli

Putu mayam

Dosai

Bubur ikan

Sandwic telur

1 cawan

2 keping

2 keping

2 sudu makan

1 keping

1 keping

1 mangkuk (m)

2 keping

43mg

44mg

50mg

58mg

66mg

73mg

73mg

75mg

Bertih jagung

Mufin

Keropok ikan

Keledek goreng

Biskut coklat

Kuih lapis

1 keping

1 mangkuk

2 sudu makan

1 keping

1 keping

1 biji

1 biji

1 keping

1 sederhana

1 keping

2 keping

84mg

89mg

92mg

94mg

103mg

119mg

126mg

145mg

179mg

229mg

236mg

Kek buah-buahan

Cendol

Mentega kacang

Kek Mentega

Vadai

Burger

Pau inti daging

Cakoi

Jagung

Papadom

Keropok lekorgoreng

1 paket

1 biji

6 keping

1 ketul

4 keping

1 keping

MINUMAN

Air kacang soya

Air kola

Serbuk koko

41mg

46mg

77mg

1 gelas

1 cawan

98mg

126mg

Teh tarik

Kopi susu

1 gelas

1 tin (325ml)

2 sudu makan

13

Air sirap

Teh cina

Air tebu

Air kelapa

Krimer bukan tenusu

1 gelas

1 gelas

1 gelas

1 gelas

1 paket

0mg

0mg

22mg

30mg

30mg

Marjerin

Jem buah-buahan

Kuih sago

Kuih apam Cina

Pau kacang merah

Popiah goreng

Apam balik

Karipap

Pisang goreng

Kuih ang koo

Donut

1 sudumakan

1 sudumakan

1 keping

1 keping

1 biji

1 keping

1 keping

1 keping

1 keping

1 keping

1 keping

0mg

2mg

8mg

8mg

10mg

15mg

21mg

23mg

26mg

34mg

39mg

42mg

46mg

54mg

65mg

68mg

78mg

SNEK

Page 15: Resepi Pesakit Dialisis 2013 - Eldercare Nursing · PDF filekesihatan yang terlibat dalam rawatan individu kegagalan ginjal kronik secara amnya. Akhir kata, saya ingin mengucapkan

14

Menu Utama

Ikan Berkuah Asam Pedas (4 hidangan)

Bahan-bahan• 4 keping ikan merah• 1 cawan minyak - untuk menggoreng• 2 sudu makan minyak - untuk menumis

Bahan A: Bahan Tumis• 4 biji cili kering• 2 biji bawang merah• 1 ulas bawang putih• 1 inci halia• 5g belacan

Bahan B: Bahan Perasa• 2 cawan air• 4 keping asam keping• ½ batang daun kesom• 1 kuntum bunga kantan, belah dua• 1 batang serai, diketuk• 2 helai daun limau purut• ¼ sudu teh garam

Bahan C: Bahan Hiasan• ½ kuntum bunga kantan• 1 biji bawang besar• 1 biji cili merah

Cara Penyediaan:1. Panaskan minyak dan goreng ikan sehingga garing. Tos dan ketepikan.2. Tumbuk bahan tumis sehingga halus.3. Panaskan minyak dan tumis bahan tumis sehingga naik bau.4. Masukkan air dan diikuti dengan bahan perasa. Masukkan garam setelah kuah mendidih

dan padamkan api.5. Tuangkan kuah di atas ikan dan hias dengan bahan hiasan.

Kandungan Nutrien (1 hidangan)

Kalori Karbohidrat Protin Lemak Sodium Potasium Fosfat (kcal) (g) (g) (g) (mg) (mg) (mg)

250 6 18 17 185 273 125

hiris nipis dan halus

Page 16: Resepi Pesakit Dialisis 2013 - Eldercare Nursing · PDF filekesihatan yang terlibat dalam rawatan individu kegagalan ginjal kronik secara amnya. Akhir kata, saya ingin mengucapkan

15

Page 17: Resepi Pesakit Dialisis 2013 - Eldercare Nursing · PDF filekesihatan yang terlibat dalam rawatan individu kegagalan ginjal kronik secara amnya. Akhir kata, saya ingin mengucapkan

Menu Utama

16

Ikan Bawal Tiga Rasa (4 hidangan)

Bahan-bahan• 4 keping ikan bawal• 2 sudu makan serbuk kunyit• 1 cawan minyak - untuk menggoreng • 3 sudu makan minyak masak - untuk menumis• ½ cawan air

Bahan A: Bahan Penumis• 4 biji bawang merah• 4 ulas bawang putih• 1 inci halia

Bahan B: Bahan Sos• 2 biji cili kering, dipotong kecil• 2 sudu makan sos tiram• 2 sudu teh gula• 1 batang serai• 5 helai daun limau purut

Bahan C: Bahan Sayur• ½ biji lada benggala merah• ½ biji lada benggala hijau• 3 biji tomato

Bahan D: Bahan Hiasan• Sedikit daun bawang• Sedikit daun sup

Cara Penyediaan:1. Panaskan kuali dan goreng ikan sehingga kuning keemasan. Tos dan ketepikan.2. Panaskan 3 sudu minyak masak dan tumis bahan penumis sehingga naik bau.3. Masukkan pula bahan sos satu per satu. Tambah ½ cawan air dan biarkan mendidih dan

sedikit pekat.4. Masukkan lada benggala diikuti dengan tomato. Biarkan seketika.5. Tuangkan ke atas ikan tadi. Tabur dengan daun bawang dan daun sup yang dipotong

kecil.

Kandungan Nutrien (1 hidangan)

Kalori Karbohidrat Protin Lemak Sodium Potasium Fosfat (kcal) (g) (g) (g) (mg) (mg) (mg)

238 86 19 15 316 219 253

Page 18: Resepi Pesakit Dialisis 2013 - Eldercare Nursing · PDF filekesihatan yang terlibat dalam rawatan individu kegagalan ginjal kronik secara amnya. Akhir kata, saya ingin mengucapkan

17

Page 19: Resepi Pesakit Dialisis 2013 - Eldercare Nursing · PDF filekesihatan yang terlibat dalam rawatan individu kegagalan ginjal kronik secara amnya. Akhir kata, saya ingin mengucapkan

Menu Utama

18

Ikan Tenggiri Masak Kari (4 hidangan)

Bahan A• 4 potong ikan tenggiri• 2 cawan air• 1 biji terung bulat, belah terung kepada 4 bahagian• 4 biji kacang bendi, buangkan tangkai• 1 sudu teh asam jawa• ½ sudu teh rata garam• 1 biji cili hijau• 1 biji limau nipis, saiz kecil

Bahan B: Bahan Tumis• ¼ biji bawang besar• 1 ulas bawang putih• 1 sudu teh halba campur• 1 tangkai daun kari• 4 sudu makan rata rempah kari• ¼ biji asam limau

Cara Penyediaan:1. Panaskan minyak. Tumiskan bawang yang dihiris, halba campur dan daun kari sehingga

naik bau. 2. Masukkan pula bawang tumbuk yang telah dicampur dengan rempah kari dan sedikit

air. Masak sehingga naik minyak.3. Buang lebihan minyak yang timbul apabila rempah kari sudah masak.4. Masukkan ikan. Balik-balikkan sehingga masak.5. Keluarkan semula ikan dengan menggunakan penyepit.6. Masukkan 2 cawan air, terung dan bendi. Masak sehingga empuk.7. Masukkan semula ikan tadi.8. Masukkan asam jawa, garam dan cili hijau.9. Padamkan api. Perahkan asam limau.

Cara Menghidang:Setiap satu keping ikan:• Tambah satu biji bendi, satu potong terung dan 3 sudu makan kuah sahaja.

Tip:• Penggunaan rempah serbuk meningkatkan aras potasium makanan. Oleh itu,

pengambilan kuah perlu dihadkan kepada 2-3 sudu makan sahaja.• Untuk pesakit CAPD, masukkan tomato untuk meningkatkan aras potasium makanan

disebabkan kandungan potasium yang tinggi dalam tomato.

Kandungan Nutrien Setiap Hidangan (1 ketul)

Kalori Karbohidrat Protin Lemak Sodium Potasium Fosfat (kcal) (g) (g) (g) (mg) (mg) (mg)

238 11 19 13 349 287 236

bahagikan kepada 2 bahagianhiris nipis satu bahagian dan tumbuk satu bahagian lagi

Page 20: Resepi Pesakit Dialisis 2013 - Eldercare Nursing · PDF filekesihatan yang terlibat dalam rawatan individu kegagalan ginjal kronik secara amnya. Akhir kata, saya ingin mengucapkan

19

Page 21: Resepi Pesakit Dialisis 2013 - Eldercare Nursing · PDF filekesihatan yang terlibat dalam rawatan individu kegagalan ginjal kronik secara amnya. Akhir kata, saya ingin mengucapkan

Menu Utama

20

Ikan Cencaru Sumbat Cili (2 hidangan)

Bahan-bahan• 2 ekor ikan cencaru• 2 biji limau kasturi• 2 helai daun kunyit

Bahan A• 4 biji cili merah• 3 biji bawang merah• 1 ulas bawang putih• 1 biji buah keras• ¼ sudu teh gula• ¼ inci halia• ¼ sudu teh rata belacan, dibakar

Cara Penyediaan:1. Ikan dibersihkan tetapi jangan dibuang kulit keras.2. Basuh dan belah belakang ikan.3. Tumbuk lumat bahan A.4. Apabila lumat, perahkan air limau kasturi. Gaul rata.5. Sumbatkan bahan tumbuk ke dalam belahan belakang ikan.6. Balut ikan dengan daun kunyit.7. Setelah itu bolehlah dibakar.

Tip:• Ikan akan berkalori rendah apabila dibakar. Sekiranya anda memerlukan lebih kalori,

gorengkan ikan tersebut.• Jumlah belacan dikurangkan kepada ¼ sudu teh rata untuk mengawal jumlah kandungan

sodium.

Kandungan Nutrien (1 hidangan)

Kalori Karbohidrat Protin Lemak Sodium Potasium Fosfat (kcal) (g) (g) (g) (mg) (mg) (mg)

120 6 19 2 81 309 268

Page 22: Resepi Pesakit Dialisis 2013 - Eldercare Nursing · PDF filekesihatan yang terlibat dalam rawatan individu kegagalan ginjal kronik secara amnya. Akhir kata, saya ingin mengucapkan

21

Page 23: Resepi Pesakit Dialisis 2013 - Eldercare Nursing · PDF filekesihatan yang terlibat dalam rawatan individu kegagalan ginjal kronik secara amnya. Akhir kata, saya ingin mengucapkan

Menu Utama

22

Ayam Bersos Lemon (4 hidangan)

Bahan-bahan• 4 ketul ayam

Bahan A: Bahan Perap• ½ biji lemon, perahkan jusnya• 2 ulas bawang putih, dihiris nipis• ½ sudu teh lada hitam

Bahan B: Bahan Sos Lemon• 100 ml air• 1 biji cili merah, potong dadu halus• 2 ulas bawang putih, potong dadu halus• 2 sudu makan madu• 1 sudu teh gula• ¼ sudu teh garam• ½ biji lemon, perahkan jusnya• 2 sudu teh tepung jagung, bancuh dengan 2 sudu makan air

Cara Penyediaan:1. Perapkan ayam dengan bahan perap selama 30 minit.2. Bakar ayam dalam ketuhar dengan suhu 150°C, selama 30 minit, atau sehingga masak.3. Untuk sos lemon, masukkan air dalam periuk, diikuti dengan bahan sos lemon yang lain

kecuali bancuhan tepung jagung dan panaskan sehingga mendidih.4. Kecilkan api dan masukkan bancuhan tepung jagung, kacau sehingga sos menjadi

pekat.5. Tuangkan sos di atas ayam semasa menghidang.

Kandungan Nutrien (1 hidangan)

Kalori Karbohidrat Protin Lemak Sodium Potasium Fosfat (kcal) (g) (g) (g) (mg) (mg) (mg)

185 14 17 7 135 328 195

Page 24: Resepi Pesakit Dialisis 2013 - Eldercare Nursing · PDF filekesihatan yang terlibat dalam rawatan individu kegagalan ginjal kronik secara amnya. Akhir kata, saya ingin mengucapkan

23

Page 25: Resepi Pesakit Dialisis 2013 - Eldercare Nursing · PDF filekesihatan yang terlibat dalam rawatan individu kegagalan ginjal kronik secara amnya. Akhir kata, saya ingin mengucapkan

24

Menu Utama

Ayam Goreng Kunyit (4 hidangan)

Bahan-bahan• 4 ketul ayam (bahagian dada, dipotong kasar)• 2 sudu makan minyak masak - untuk menumis• 1 batang lobak merah, dipotong memanjang• 1 cawan kacang buncis• 2 biji cili hijau, dihiris

Bahan-bahan A: Bahan Penumis• 3 ulas bawang putih• 1 biji bawang besar• 1 inci halia

Bahan-bahan B: Bahan Perasa• 2 sudu makan serbuk kunyit• ½ sudu teh jintan manis (biji)• ½ sudu teh jintan putih (biji)• ¼ sudu teh garam

Cara Penyediaan:1. Rebus ayam sehingga masak dan buangkan air rebusannya.2. Panaskan 2 sudu makan minyak masak dan tumis bahan penumis sehingga naik bau. 3. Masukkan daging ayam yang telah direbus diikuti dengan lobak merah, kacang buncis

dan cili hijau.4. Masukkan bahan perasa dan goreng seketika.5. Goreng sehingga sayur empuk. Sedia untuk dihidangkan.

Kandungan Nutrien (1 hidangan)

Kalori Karbohidrat Protin Lemak Sodium Potasium Fosfat (kcal) (g) (g) (g) (mg) (mg) (mg)

221 9 15 14 150 348 166

Page 26: Resepi Pesakit Dialisis 2013 - Eldercare Nursing · PDF filekesihatan yang terlibat dalam rawatan individu kegagalan ginjal kronik secara amnya. Akhir kata, saya ingin mengucapkan

25

Page 27: Resepi Pesakit Dialisis 2013 - Eldercare Nursing · PDF filekesihatan yang terlibat dalam rawatan individu kegagalan ginjal kronik secara amnya. Akhir kata, saya ingin mengucapkan

Ayam BBQ (4 hidangan)

Bahan-bahan4 ketul ayam

Bahan A: Bahan Kisar• 1 ulas bawang putih• ½ biji bawang besar (kisarkan)• ½ inci halia• 1 batang serai• ½ sudu besar ketumbar

Bahan B: Bahan Perasa• ½ sudu makan serbuk cili• 1 sudu teh serbuk kunyit• ½ sudu teh garam• ½ sudu makan serbuk jintan manis• 1 sudu teh serbuk jintan putih• 4 sudu makan gula pasir

Cara Penyediaan:1. Basuh ayam dan perap semalaman dengan bahan kisar dan bahan perasa.2. Bakar ayam yang telah diperap dalam ketuhar pada suhu 150˚C selama 30 minit atau

sehingga masak.

Kandungan Nutrien (1 hidangan)

Kalori Karbohidrat Protin Lemak Sodium Potasium Fosfat (kcal) (g) (g) (g) (mg) (mg) (mg)

204 11 29 4 372 368 232

Menu Utama

26

Page 28: Resepi Pesakit Dialisis 2013 - Eldercare Nursing · PDF filekesihatan yang terlibat dalam rawatan individu kegagalan ginjal kronik secara amnya. Akhir kata, saya ingin mengucapkan

27

Page 29: Resepi Pesakit Dialisis 2013 - Eldercare Nursing · PDF filekesihatan yang terlibat dalam rawatan individu kegagalan ginjal kronik secara amnya. Akhir kata, saya ingin mengucapkan

Ayam Goreng Berempah (4 hidangan)

Bahan-bahan• 4 ketul ayam• 2 sudu teh serbuk kari ayam• ½ sudu makan serbuk kunyit• ½ sudu makan cili kering, dikisar kering tanpa biji• ¼ sudu teh garam• 1 biji telur, ambil putih telur sahaja• ½ sudu makan tepung jagung• 1 tangkai daun kari• 1 cawan minyak - untuk menggoreng

Bahan Kisar• 2 ulas bawang putih• 1 biji bawang besar, saiz sederhana• ½ inci halia• 1 batang serai• ½ sudu makan ketumbar, disangai

Cara Penyediaan:1. Perap ayam dengan bahan yang dikisar bersama serbuk kari, serbuk kunyit, cili kering

dan garam. Perap selama setengah jam.2. Tuang telur putih di atas ayam, tabur tepung jagung dan gaulkan.3. Gorengkan bersama daun kari.4. Setelah masak, angkat dan hidangkan.

Kandungan Nutrien (1 hidangan)

Kalori Karbohidrat Protin Lemak Sodium Potasium Fosfat (kcal) (g) (g) (g) (mg) (mg) (mg)

324 10 19 23 155 393 224

Menu Utama

28

Page 30: Resepi Pesakit Dialisis 2013 - Eldercare Nursing · PDF filekesihatan yang terlibat dalam rawatan individu kegagalan ginjal kronik secara amnya. Akhir kata, saya ingin mengucapkan

29

Page 31: Resepi Pesakit Dialisis 2013 - Eldercare Nursing · PDF filekesihatan yang terlibat dalam rawatan individu kegagalan ginjal kronik secara amnya. Akhir kata, saya ingin mengucapkan

Menu Utama

30

Bahan C: Bahan Tumbuk• ½ sudu teh jintan manis• ½ sudu teh jintan putih• ½ sudu teh ketumbar

Bahan D• ½ sudu teh gula• ¼ sudu teh garam• 1sudu teh asam jawa

Ayam Masak Merah (4 hidangan)

Bahan-bahan• 4 ketul ayam tanpa kulit• ¼ sudu teh serbuk kunyit• 1 cawan minyak untuk menggoreng• 4 sudu teh minyak masak untuk menumis• ¼ cawan air

Bahan A: Bahan Penumis• 1 batang kayu manis• 1 kuntum bunga lawang• 1 batang daun kari

Bahan B: Bahan Tumis Tumbuk• ½ biji bawang besar• 2 ulas bawang putih• ½ inci panjang halia• 4 tangkai cili kering

Cara Penyediaan:1. Taburkan serbuk kunyit pada ayam. Panaskan minyak dan gorengkan ayam sehingga

garing dan toskan menggunakan tisu bersih.2. Panaskan 4 sudu teh minyak. Tumiskan bahan A dan bahan B sehingga naik bau.3. Tambahkan ayam yang telah digoreng. Masukkan bahan C dan diikuti ¼ cawan air.4. Tambahkan bahan D. Gaul seketika dan angkat apabila kering.

Tip:• Untuk pesakit CAPD yang perlu meningkatkan pengambilan potasium, tambahkan 2 biji

tomato ke dalam masakan ini.• Untuk mengurangkan kandungan lemak tepu dan minyak dalam masakan ini, potong

ayam dalam saiz yang lebih kecil, masukkan ayam yang tidak digoreng selepas bahan tumis naik bau dan tambah ½ cawan air untuk memasakkan ayam tersebut.

Kandungan Nutrien Setiap Hidangan (1 ketul)

Kalori Karbohidrat Protin Lemak Sodium Potasium Fosfat (kcal) (g) (g) (g) (mg) (mg) (mg)

350 9 17 27 217 326 211

Page 32: Resepi Pesakit Dialisis 2013 - Eldercare Nursing · PDF filekesihatan yang terlibat dalam rawatan individu kegagalan ginjal kronik secara amnya. Akhir kata, saya ingin mengucapkan

31

Page 33: Resepi Pesakit Dialisis 2013 - Eldercare Nursing · PDF filekesihatan yang terlibat dalam rawatan individu kegagalan ginjal kronik secara amnya. Akhir kata, saya ingin mengucapkan

32

Menu Utama

Telur Berinti (4 hidangan)

Bahan-bahan• 16 biji telur ayam (ambil putih telur sahaja)• 1 sudu kecil serbuk lada hitam• 5 sudu kecil minyak masak - untuk menumis• 1 ketul dada ayam, dipotong kecil• 1 batang lobak merah• 1 biji lada benggala• 1 tangkai kacang panjang• 4 sudu makan air

Bahan A: Bahan Tumis• 1 biji bawang merah• 1 ulas bawang putih

Bahan B: Bahan Perasa• 1 sudu teh sos tomato• 1 sudu teh sos cili

Cara Penyediaan:1. Bancuh telur dengan serbuk lada hitam dan bahagikan kepada 4 bahagian. Gorengkan

telur dan ketepikan.2. Untuk kuah, panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih sehingga

naik bau.3. Masukkan ayam, sayur, air dan bahan perasa.4. Masak sehingga kuah menjadi pekat sedikit.5. Tuang kuah di atas telur yang digoreng tadi.6. Hidangkan.

Tip:• Guna kuali tidak melekat (non-stick pan) semasa menggoreng telur untuk mengurangkan

penggunaan minyak masak.• Untuk pesakit CAPD, tambahkan daun salad untuk meningkatkan kandungan potassium.

Kandungan Nutrien (1 hidangan)

Kalori Karbohidrat Protin Lemak Sodium Potasium Fosfat (kcal) (g) (g) (g) (mg) (mg) (mg)

124 8 20 1 323 321 87

dihiris

Page 34: Resepi Pesakit Dialisis 2013 - Eldercare Nursing · PDF filekesihatan yang terlibat dalam rawatan individu kegagalan ginjal kronik secara amnya. Akhir kata, saya ingin mengucapkan

33

Page 35: Resepi Pesakit Dialisis 2013 - Eldercare Nursing · PDF filekesihatan yang terlibat dalam rawatan individu kegagalan ginjal kronik secara amnya. Akhir kata, saya ingin mengucapkan

Menu Utama

34

Telur Sambal (4 hidangan)

Bahan A• 16 biji telur ayam - rebus dan buang kuning telur dan gorengkan dalam sedikit minyak• 4 sudu teh minyak - untuk menumis• 2 sudu teh rata sos cili

Bahan B: Bahan Tumis• ½ biji bawang besar• 2 ulas bawang putih• 4 tangkai cili kering - dikisar

Bahan C: Bahan Hiasan• 4 sudu teh bawang merah yang digoreng• 1 sudu teh daun bawang yang dipotong halus• 1 sudu teh daun sup yang dipotong halus

Cara Penyediaan:1. Panaskan minyak. Tumis bahan tumis sehingga naik bau.2. Masukkan telur.3. Tambahkan sos cili dan gaul rata.

Cara Menghidang:• Taburkan dengan sedikit bawang goreng serta daun sup dan daun bawang.

Tip:• Penggunaan daun sup dan daun bawang perlu dihadkan kerana kandungan

potasium yang tinggi.• Untuk pesakit CAPD, penggunaan daun sup dan daun bawang boleh ditambahkan untuk

meningkatkan aras potasium makanan.

Kandungan Nutrien Setiap Hidangan (4 biji putih telur)

Kalori Karbohidrat Protin Lemak Sodium Potasium Fosfat (kcal) (g) (g) (g) (mg) (mg) (mg)

227 8 15 15 281 220 41

Page 36: Resepi Pesakit Dialisis 2013 - Eldercare Nursing · PDF filekesihatan yang terlibat dalam rawatan individu kegagalan ginjal kronik secara amnya. Akhir kata, saya ingin mengucapkan

35

Page 37: Resepi Pesakit Dialisis 2013 - Eldercare Nursing · PDF filekesihatan yang terlibat dalam rawatan individu kegagalan ginjal kronik secara amnya. Akhir kata, saya ingin mengucapkan

Menu Utama

36

Daging Masak Halia (2 hidangan)

Bahan-bahan• 180g daging, dipotong nipis• 1 sudu makan rempah 5• ½ sudu makan kicap manis• ½ sudu makan serbuk lada hitam• 2 ulas bawang merah• 1 ulas bawang putih• ½ inci halia• 1 batang serai, diketuk• ½ sudu besar tepung jagung, dilarutkan dalam ¼ cawan air• 1 sudu makan cuka• 1 biji cili merah, sebagai hiasan• 3 sudu makan minyak - untuk menumis

Cara Penyediaan:1. Gaulkan daging dengan rempah 5, kicap dan serbuk lada hitam dan perapkan selama 15

minit.2. Panaskan minyak, tumis bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau.3. Masukkan halia dan serai.4. Masukkan daging yang telah diperap tadi, kacau rata sehingga masak.5. Tambahkan tepung jagung.6. Masukkan cuka.7. Taburkan daun bawang dan cili sebagai hiasan.8. Hidangkan.

Tip:• Jumlah kicap telah dikurangkan kepada hanya ½ sudu besar untuk mengawal jumlah

kandungan sodium.• Rempah 5 boleh didapati di pasar raya besar (hypermarket) di bahagian rempah ratus.

Kandungan Nutrien (1 hidangan)

Kalori Karbohidrat Protin Lemak Sodium Potasium Fosfat (kcal) (g) (g) (g) (mg) (mg) (mg)

247 7 21 14 284 295 91

dimayang halus

Page 38: Resepi Pesakit Dialisis 2013 - Eldercare Nursing · PDF filekesihatan yang terlibat dalam rawatan individu kegagalan ginjal kronik secara amnya. Akhir kata, saya ingin mengucapkan

37

Page 39: Resepi Pesakit Dialisis 2013 - Eldercare Nursing · PDF filekesihatan yang terlibat dalam rawatan individu kegagalan ginjal kronik secara amnya. Akhir kata, saya ingin mengucapkan

Menu Utama

38

Jelatah (4 hidangan)

Bahan A• ½ biji timun• 1 potong nenas• 60g kobis ungu• ½ biji lobak merah - dipotong halus• 1 biji bawang besar• 3 biji cili merah

Bahan B: Bahan Perasa• 1 sudu makan gula• ¼ sudu teh garam• 1 biji limau nipis

Cara Penyediaan:1. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mangkuk besar.2. Masukkan bahan perasa dan gaul sebati.

Tip:Limau nipis diguna untuk menggantikan cuka buatan yang biasa digunakan dalam jelatah.

Kandungan Nutrien (1 hidangan)

Kalori Karbohidrat Protin Lemak Sodium Potasium Fosfat (kcal) (g) (g) (g) (mg) (mg) (mg)

84 18 2 0 160 224 59

dihiris nipis

dihiris nipis membulat

Page 40: Resepi Pesakit Dialisis 2013 - Eldercare Nursing · PDF filekesihatan yang terlibat dalam rawatan individu kegagalan ginjal kronik secara amnya. Akhir kata, saya ingin mengucapkan

39

Page 41: Resepi Pesakit Dialisis 2013 - Eldercare Nursing · PDF filekesihatan yang terlibat dalam rawatan individu kegagalan ginjal kronik secara amnya. Akhir kata, saya ingin mengucapkan

Terung Sambal (4 hidangan)

Bahan A• 1 biji terung panjang, buang separuh kulit dan potong serong• 4 sudu teh minyak• ½ cawan air

Bahan B: Bahan Tumbuk• 2 biji cili kering, dikisar• ¼ biji bawang besar• 1 ulas bawang putih• 4 ekor ikan bilis kecil, rendam dalam air panas selama 10 minit dan ditumbuk halus

Bahan C: Bahan Hiasan• ½ biji bawang merah, dibuat bawang goreng• 2 sudu teh minyak

Cara Penyediaan:1. Panaskan minyak.2. Tumis bahan tumbuk sehingga naik bau.3. Masukkan terung.4. Masukkan air dan masakkan sehingga terung menjadi lembut dan airnya kering.5. Angkat dan hidangkan.

Cara menghidang:• Hiaskan dengan sedikit bawang goreng.

Kandungan Nutrien Setiap Hidangan (½ cawan)

Kalori Karbohidrat Protin Lemak Sodium Potasium Fosfat (kcal) (g) (g) (g) (mg) (mg) (mg)

94 5 2 8 10 35 27

Menu Utama

40

Page 42: Resepi Pesakit Dialisis 2013 - Eldercare Nursing · PDF filekesihatan yang terlibat dalam rawatan individu kegagalan ginjal kronik secara amnya. Akhir kata, saya ingin mengucapkan

41

Page 43: Resepi Pesakit Dialisis 2013 - Eldercare Nursing · PDF filekesihatan yang terlibat dalam rawatan individu kegagalan ginjal kronik secara amnya. Akhir kata, saya ingin mengucapkan

Menu Utama

42

Sayur Campur (4 hidangan)

Bahan-bahan• 1 batang lobak merah• ¼ biji bunga kobis• 20 biji kacang buncis• 1 biji lada benggala• ¼ cawan air• 2 sudu teh sos tiram

Bahan A: Bahan Penumis• 2 ulas bawang putih• 2 sudu makan minyak

Cara Penyediaan:1. Potong sayur mengikut citarasa.2. Tumis bawang putih sehingga naik bau3. Masukkan sayur satu persatu. Tambahkan air.4. Perisakan dengan sos tiram dan masak sehingga sayur empuk.

Kandungan Nutrien (1 hidangan)

Kalori Karbohidrat Protin Lemak Sodium Potasium Fosfat (kcal) (g) (g) (g) (mg) (mg) (mg)

77 7 3 4 289 166 41

Page 44: Resepi Pesakit Dialisis 2013 - Eldercare Nursing · PDF filekesihatan yang terlibat dalam rawatan individu kegagalan ginjal kronik secara amnya. Akhir kata, saya ingin mengucapkan

43

Page 45: Resepi Pesakit Dialisis 2013 - Eldercare Nursing · PDF filekesihatan yang terlibat dalam rawatan individu kegagalan ginjal kronik secara amnya. Akhir kata, saya ingin mengucapkan

Menu Utama

44

Sayur Kobis & Lobak Merah (4 hidangan)

Bahan-bahan• 1 ulas bawang putih• ½ biji bawang besar• 1 biji cili merah• 1 ketul dada ayam - dihiris nipis• 1 biji lobak merah - dihiris nipis• ½ biji kobis - dipotong kecil• ½ sudu kecil lada sulah• ¼ sudu kecil garam• 2 sudu teh minyak masak

Cara Penyediaan:1. Panaskan minyak. Tumis bawang dan cili merah sehingga naik bau.2. Masukkan ayam. Goreng selama 1 hingga 2 minit.3. Masukkan lobak merah dan kobis. Masak sehingga sayur empuk.4. Perisakan dengan lada sulah dan garam.

Kandungan Nutrien (1 hidangan)

Kalori Karbohidrat Protin Lemak Sodium Potasium Fosfat (kcal) (g) (g) (g) (mg) (mg) (mg)

96 7 9 3 65 290 98

dimayang

Page 46: Resepi Pesakit Dialisis 2013 - Eldercare Nursing · PDF filekesihatan yang terlibat dalam rawatan individu kegagalan ginjal kronik secara amnya. Akhir kata, saya ingin mengucapkan

45

Page 47: Resepi Pesakit Dialisis 2013 - Eldercare Nursing · PDF filekesihatan yang terlibat dalam rawatan individu kegagalan ginjal kronik secara amnya. Akhir kata, saya ingin mengucapkan

Nasi dan Aneka Jenis Mee

46

Nasi Goreng Cina (2 hidangan)

Bahan-bahan• 2 cawan nasi sejuk• 100g isi ayam - dipotong kecil• ½ biji lobak merah - dipotong dadu• 2 batang kacang panjang - dipotong pendek• 2 biji telur - ambil putih telur sahaja• ¼ sudu teh garam• ½ sudu teh lada hitam• 2 sudu makan minyak masak - untuk menumis

Bahan Tumis• 2 biji bawang merah• 1 ulas bawang putih

Bahan Hiasan• ¼ biji timun - dihiris nipis• 2 sudu makan daun sup yang dihiris nipis• 2 sudu makan daun bawang yang dihiris nipis• 1 biji cili merah• 1 biji cili hijau• 2 biji bawang merah - digoreng

Cara Penyediaan:1. Panaskan minyak. Tumis bawang sehingga naik bau.2. Masukkan isi ayam, lobak merah dan kacang panjang.3. Masukkan nasi, gaul rata. Ketepikan nasi supaya ada ruang di tengah kuali untuk telur

putih.4. Masukkan putih telur. Kacau sehingga masak.5. Gaul rata. Perisakan dengan garam dan lada hitam6. Hiaskan dengan bahan hiasan dan hidangkan.

Tip:• Putih teluh boleh juga dibuat telur dadar dan dipotong halus. Taburkan di atas nasi

goreng sebagai hiasan.• Untuk pesakit CAPD, makan bersama tomato dan daun salad bagi meningkatkan

kandungan potassium.

Kandungan Nutrien (1 hidangan)

Kalori Karbohidrat Protin Lemak Sodium Potasium Fosfat (kcal) (g) (g) (g) (mg) (mg) (mg)

376 48 18 12 315 404 165

Page 48: Resepi Pesakit Dialisis 2013 - Eldercare Nursing · PDF filekesihatan yang terlibat dalam rawatan individu kegagalan ginjal kronik secara amnya. Akhir kata, saya ingin mengucapkan

47

Page 49: Resepi Pesakit Dialisis 2013 - Eldercare Nursing · PDF filekesihatan yang terlibat dalam rawatan individu kegagalan ginjal kronik secara amnya. Akhir kata, saya ingin mengucapkan

Nasi dan Aneka Jenis Mee

48

Nasi Kerabu Ikan (4 hidangan)

Bahan-bahan• 2 cawan beras• Pewarna biru secukupnya• 2 ½ cawan air• 4 ekor ikan kembung

saiz sederhana• 2 sudu kecil serbuk kunyit

Bahan A: Bahan Tumis Kerabu• 6 biji bawang merah• 1 ulas bawang putih• 1 inci halia• 3 biji cili kering• 2 batang serai - dititik• 1 keping asam keping• 5 peket kecil serbuk krimer• 100ml air• ½ sudu kecil garam• 4 sudu besar minyak masak

Cara Penyediaan:1. Masak nasi dengan sedikit pewarna biru dan air. Goreng ikan kembong sehingga garing.2. Untuk bahan A, panaskan minyak dan tumis bahan yang dikisar halus sehingga naik bau.

Kemudian masukkan serai, asam keping, bancuhan serbuk krimer dan garam. Kacau sebati sehingga mendidih dan sedikit pekat.

3. Untuk menyediakan bahan sambal pula, goreng suhun sehingga kembang dan toskan. Ketepikan.

4. Rebus ikan kembung, kemudian ambil isi sahaja. 5. Sangai bawang merah, halia dan serai sehingga naik bau. Kemudian masukkan garam,

gula dan lada hitam dan kacau seketika.6. Akhir sekali, gaulkan suhun, isi ikan kembung dan bahan yang disangai di dalam

mangkuk besar, ketepikan.7. Nasi kerabu dimakan bersama dengan ikan goreng, tumis kerabu, sambal dan bahan

ulam.

Kandungan Nutrien (1 hidangan)

Kalori Karbohidrat Protin Lemak Sodium Potasium Fosfat (kcal) (g) (g) (g) (mg) (mg) (mg)

393 46 19 15 196 412 360

Bahan B: Bahan Sambal• 50g suhun• 2 ekor ikan kembong• ½ inci halia• 3 ulas bawang merah• 2 batang serai - dititik• ½ sudu kecil garam• ½ sudu kecil gula• 1 sudu kecil lada hitam• minyak - untuk menggoreng

Bahan-bahan C: Bahan ulam• 200g taugeh• 1 kuntum bunga kantan• 1 batang timun• 5 tangkai kacang panjang

dihiris halus

dihiris nipis

Page 50: Resepi Pesakit Dialisis 2013 - Eldercare Nursing · PDF filekesihatan yang terlibat dalam rawatan individu kegagalan ginjal kronik secara amnya. Akhir kata, saya ingin mengucapkan

49

Page 51: Resepi Pesakit Dialisis 2013 - Eldercare Nursing · PDF filekesihatan yang terlibat dalam rawatan individu kegagalan ginjal kronik secara amnya. Akhir kata, saya ingin mengucapkan

Nasi dan Aneka Jenis Mee

50

Mee Goreng (5 hidangan)

Bahan-bahan• 1 bungkus (450g) mee kuning• ½ sudu makan serbuk kari• 5 ketul ayam (bahagian dada), direbus dan dipotong panjang• 100g taugeh• 1 batang sawi, potong pendek• 5 biji telur - ambil putih telur sahaja• 5 sudu makan minyak - untuk menumis

Bahan A: Bahan Tumis• ½ biji bawang besar - dipotong halus• 3 ulas bawang putih - dipotong halus• 3 biji cili kering - dikisar halus

Bahan B: Bahan Perasa• 1 sudu teh kicap• 2 sudu makan sos cili

Bahan C: Bahan Hiasan• 1 biji cili merah, dihiris nipis• 1 biji cili hijau, dihiris nipis• 5 biji limau kasturi• 2 sudu teh bawang merah yang digoreng

Cara Penyediaan:1. Panaskan minyak dan tumis bahan tumis sehingga naik bau.2. Masukkan serbuk kari dan kacau seketika. Masukkan isi ayam.3. Masukkan mee kuning, diikuti taugeh dan sawi. Goreng sehingga masak.4. Masukkan bahan perasa dan gaul rata.5. Goreng putih telur berasingan gulungkan dan hiris nipis serta tabur di atas mee semasa

menghidang.6. Hiaskan dengan bahan hiasan.

Kandungan Nutrien (1 hidangan)

Kalori Karbohidrat Protin Lemak Sodium Potasium Fosfat (kcal) (g) (g) (g) (mg) (mg) (mg)

428 50 20 16 406 399 168

Page 52: Resepi Pesakit Dialisis 2013 - Eldercare Nursing · PDF filekesihatan yang terlibat dalam rawatan individu kegagalan ginjal kronik secara amnya. Akhir kata, saya ingin mengucapkan

51

Page 53: Resepi Pesakit Dialisis 2013 - Eldercare Nursing · PDF filekesihatan yang terlibat dalam rawatan individu kegagalan ginjal kronik secara amnya. Akhir kata, saya ingin mengucapkan

Nasi dan Aneka Jenis Mee

52

Mee Berkuah (4 hidangan)

Bahan-bahan• 1 bungkus mee kuning• 2 ketul dada ayam - dihiris nipis• 2 helai daun sawi, dipotong kecil dan direndam seketika• 1 cawan taugeh• 2 cawan air• ½ biji keledek - dibuang kulit, direbus, dibuangkan airnya dan dilenyek• 4 biji telur ayam• ½ sudu teh garam• 4 sudu teh minyak - untuk menumis

Bahan A: Bahan Kisar• ½ biji bawang besar• 2 ulas bawang putih• 1 tangkai cili kering• 4 ekor udang kering

Bahan B: Bahan Hiasan• 1 biji cili merah - dihiris nipis• 2 biji limau kasturi - dibelah 2

Cara Penyediaan:1. Celur mee kuning. Tos dan ketepikan.2. Rebus ayam sehingga masak dan buang air rebusannya. Ketepikan.3. Untuk kuah, panaskan minyak. Tumis bahan kisar sehingga naik bau.4. Masukkan air dan ubi keledek. Biarkan mendidih.5. Masukkan telur satu per satu. Biarkan sehingga masak. Perisakan dengan garam6. Curahkan kuah yang telah siap ke atas mee kuning.7. Makan bersama ayam, sawi dan taugeh dan cili merah. Perahkan asam limau jika perlu.

Tip:• Gunakan garfu dan bukan sudu ketika makan bagi menghadkan pengambilan cecair.• Semasa makan, ambil putih telur sahaja bagi mengawal pengambilan fosfat.

Kandungan Nutrien (1 hidangan)

Kalori Karbohidrat Protin Lemak Sodium Potasium Fosfat (kcal) (g) (g) (g) (mg) (mg) (mg)

441 63 19 12 278 367 192

celurkan sehingga masak

Page 54: Resepi Pesakit Dialisis 2013 - Eldercare Nursing · PDF filekesihatan yang terlibat dalam rawatan individu kegagalan ginjal kronik secara amnya. Akhir kata, saya ingin mengucapkan

53

Page 55: Resepi Pesakit Dialisis 2013 - Eldercare Nursing · PDF filekesihatan yang terlibat dalam rawatan individu kegagalan ginjal kronik secara amnya. Akhir kata, saya ingin mengucapkan

Nasi dan Aneka Jenis Mee

54

Meehoon Goreng Tomyam (2 hidangan)

Bahan-bahan• ¼ bungkus meehoon (anggaran 2 cawan basah)• 1 ketul dada ayam - dipotong kecil• 2 biji telur - ambil putih telur sahaja, digoreng, digulung dan dihiris nipis• ½ biji bawang besar - ditumbuk halus• 1 batang serai - diketuk• 2 helai daun limau purut - dihiris halus• 3 biji cili padi - diketuk• 2 sudu teh sos tomato• ¼ sudu teh garam• ½ biji tomato - dipotong dadu• 4 helai daun ketumbar - dihiris• ½ biji timun, dibuang kulit untuk hiasan• 2 biji limau kasturi - dibelah 2• 2 sudu makan minyak

Cara Penyediaan:1. Rendam meehoon sehingga kembang.2. Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar.3. Masukkan ayam, kacau sehingga masak.4. Masukkan serai, daun limau purut dan cili padi.5. Masukkan meehoon dan gaul rata.6. Perisakan dengan sos tomato dan garam. Tambah sedikit air jika perlu.7. Masukkan tomato dan daun ketumbar. Gaul sebati.8. Angkat dan hidangkan bersama timun dan limau kasturi.

Tip:• Putih telur boleh ditambah sedikit kunyit untuk memberikan warna kuning.

Kandungan Nutrien (1 hidangan)

Kalori Karbohidrat Protin Lemak Sodium Potasium Fosfat (kcal) (g) (g) (g) (mg) (mg) (mg)

377 49 20 10 389 290 157

Page 56: Resepi Pesakit Dialisis 2013 - Eldercare Nursing · PDF filekesihatan yang terlibat dalam rawatan individu kegagalan ginjal kronik secara amnya. Akhir kata, saya ingin mengucapkan

55

Page 57: Resepi Pesakit Dialisis 2013 - Eldercare Nursing · PDF filekesihatan yang terlibat dalam rawatan individu kegagalan ginjal kronik secara amnya. Akhir kata, saya ingin mengucapkan

Nasi dan Aneka Jenis Mee

56

Kuey Teow Goreng Udang (5 hidangan)

Bahan-bahan• 1 peket (500g) kuey teow halus• 20 ekor udang sederhana besar - dibuang kepala dan kulit• 5 biji telur - ambil putih telur sahaja, digoreng, digulung dan dihiris nipis• 1 batang lobak merah - dihiris memanjang• 1 batang saderi - dihiris nipis• 3 sudu makan minyak masak

Bahan A: Bahan Penumis• 5 ulas bawang putih• 1 biji bawang besar• 3 sudu makan cili kering, digiling

Bahan B: Bahan Perasa• ½ sudu kecil garam• 2 sudu kecil lada sulah• 2 sudu teh sos tiram

Bahan C: Bahan Hiasan• 5 sudu teh daun bawang yang dihiris nipis• 1 biji cili merah - dihiris nipis

Cara Penyediaan:1. Panaskan minyak. Tumis bahan penumis sehingga naik bau.2. Masukkan lobak merah dan batang saderi. Masakkan seketika.3. Masukkan udang, biarkan sehingga udang kemerahan.4. Masukkan kuey teow, gaul sebati sehingga masak. 5. Perisakan dengan garam, lada sulah dan sos tiram. Angkat dan hidangkan.6. Makan kuey teow bersama putih telur.7. Hiaskan dengan daun bawang dan cili merah.

Kandungan Nutrien (1 hidangan)

Kalori Karbohidrat Protin Lemak Sodium Potasium Fosfat (kcal) (g) (g) (g) (mg) (mg) (mg)

297 38 17 8 292 231 177

ditumbuk

Page 58: Resepi Pesakit Dialisis 2013 - Eldercare Nursing · PDF filekesihatan yang terlibat dalam rawatan individu kegagalan ginjal kronik secara amnya. Akhir kata, saya ingin mengucapkan

57

Page 59: Resepi Pesakit Dialisis 2013 - Eldercare Nursing · PDF filekesihatan yang terlibat dalam rawatan individu kegagalan ginjal kronik secara amnya. Akhir kata, saya ingin mengucapkan

Nasi dan Aneka Jenis Mee

58

Spageti Goreng (4 hidangan)

Bahan A• 4 ketul dada ayam - dipotong kecil• 2 sudu teh sos tiram• 1 sudu teh daun oregano kering• ½ sudu teh lada hitam, ditumbuk kasar

Bahan B• 4 sudu teh minyak masak• 2 ulas bawang putih, dicincang halus/ditumbuk• ½ biji bawang besar, dihiris bulat• 1 biji lada benggala (merah, kuning dan hijau) dipotong tebal• ½ batang lobak merah - dipotong halus

Bahan C• 150g spageti - direbus sehingga masak dan digaulkan dengan sedikit minyak• Sedikit daun pasli - dihiris halus• ½ teh lada sulah

Cara Penyediaan:1. Campurkan semua bahan A. Perapkan selama 30 minit.2. Panaskan minyak. Tumis bawang putih sehingga naik bau. Tambahkan dengan bawang

besar.3. Masukkan bahan A. Masakkan seketika.4. Masukkan lada benggala dan lobak merah.5. Masukkan spageti dan kacau rata.6. Angkat dan hidangkan.

Cara Menghidang:• Taburkan dengan sedikit daun pasli dan lada sulah.

Tip:• Sos spageti tidak digunakan untuk mengurangkan kandungan potasium dan fosfat.• Gunakan spageti berwarna cerah disebabkan kandungan fosfat dan potasium yang lebih

rendah berbanding spageti berwarna lebih gelap.• Penggunaan rempah asli (bawang, sedikit lada hitam dan lada sulah serta daun pasli)

untuk membangkitkan rasa makanan tanpa meningkatkan kandungan sodium.

Kandungan Nutrien Setiap Hidangan (1pinggan)

Kalori Karbohidrat Protin Lemak Sodium Potasium Fosfat (kcal) (g) (g) (g) (mg) (mg) (mg)

358 41 23 12 193 409 290

Page 60: Resepi Pesakit Dialisis 2013 - Eldercare Nursing · PDF filekesihatan yang terlibat dalam rawatan individu kegagalan ginjal kronik secara amnya. Akhir kata, saya ingin mengucapkan

59

Page 61: Resepi Pesakit Dialisis 2013 - Eldercare Nursing · PDF filekesihatan yang terlibat dalam rawatan individu kegagalan ginjal kronik secara amnya. Akhir kata, saya ingin mengucapkan

Nasi dan Aneka Jenis Mee

60

Asam Laksa (5 hidangan)

Bahan-bahan• 1 bungkus (600g) laksa• 5 ekor ikan kembung• 2 keping asam keping• 2 kuntum bunga kantan - belah dua• 2 sudu makan asam jawa• ¼ sudu teh garam• 5 biji telur - rebus dan ambil putih telur sahaja

Bahan A: Bahan Kuah• 2 cawan air• 2 keping asam keping• 1 batang daun kesom

Bahan B: Bahan Kisar• 8 biji cili kering• 4 biji bawang merah• 5g belacan

Bahan C: Bahan Hiasan• ¼ biji timun - dipotong halus• ½ kuntum bunga kantan - dihiris nipis• 1 biji bawang besar - dihiris nipis• 5 helai daun salad• 1 biji cili merah - dihiris nipis• 10 helai daun pudina• 2 biji limau kasturi - dibelah dua dan diperah

Cara Penyediaan:1. Rebuskan ikan bersama asam keping sehingga masak.2. Buang air rebusan dan ambil isi ikan sahaja. Ramaskan ikan atau tumbuk kasar jika perlu.3. Didihkan bahan kuah dan masukkan isi ikan.4. Masukkan bahan kisar, bunga kantan dan asam jawa.5. Didihkan selama 10 minit, tambahkan garam dan padamkan api.6. Tuangkan kuah yang telah masak ke atas laksa7. Makan bersama putih telur dan hiaskan dengan bahan hiasan.

Tip:• Semasa makan, elakkan dari menghirup kuah untuk mengawal pengambilan cecair.• Nenas tidak digunakan bagi mengawal jumlah kandungan potasium dalam masakan.

Kandungan Nutrien (1 hidangan)

Kalori Karbohidrat Protin Lemak Sodium Potasium Fosfat (kcal) (g) (g) (g) (mg) (mg) (mg)

318 56 18 3 416 399 195

Page 62: Resepi Pesakit Dialisis 2013 - Eldercare Nursing · PDF filekesihatan yang terlibat dalam rawatan individu kegagalan ginjal kronik secara amnya. Akhir kata, saya ingin mengucapkan

61

Page 63: Resepi Pesakit Dialisis 2013 - Eldercare Nursing · PDF filekesihatan yang terlibat dalam rawatan individu kegagalan ginjal kronik secara amnya. Akhir kata, saya ingin mengucapkan

62

Kuih-Muih

Popiah Goreng Bersos (4 hidangan)

Bahan-bahan• 8 keping kulit popiah

Bahan A: Bahan Untuk Inti• 1/8 biji kobis - dipotong kecil• ½ biji lobak merah - dihiris halus• ½ biji bawang besar• ½ ulas bawang putih• ¼ sudu teh lada sulah• 3 sudu teh minyak masak

Bahan B: Bahan Untuk Sambal• ½ biji bawang besar• 1 ulas bawang putih• 3 tangkai cili kering• 4 sudu makan air• ½ sudu makan gula perang• ½ sudu makan kicap manis• 1 sudu teh minyak masak

Cara Penyediaan:

Inti1. Panaskan minyak. Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau.2. Masukkan kobis dan lobak merah. Biar seketika3. Perisakan dengan lada sulah.

Sambal1. Panaskan minyak. Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau.2. Masukkan cili kering dan biar sehingga masak.3. Masukkan air, gula perang dan kicap manis.4. Biarkan seketika sehingga kuah menjadi pekat. Padamkan api.

Popiah1. Ambil kulit popiah, letakkan inti yang telah siap dimasak.2. Gulung dan letak sedikit air di hujung untuk melekatkan kulit popiah.3. Goreng dalam minyak penuh dengan api sederhana.4. Makan popiah goreng bersama sambalnya.

Kandungan Nutrien (1 hidangan)

Kalori Karbohidrat Protin Lemak Sodium Potasium Fosfat (kcal) (g) (g) (g) (mg) (mg) (mg)

187 15 3 13 187 232 36

dicincang halus

ditumbuk berasingan

Page 64: Resepi Pesakit Dialisis 2013 - Eldercare Nursing · PDF filekesihatan yang terlibat dalam rawatan individu kegagalan ginjal kronik secara amnya. Akhir kata, saya ingin mengucapkan

63

Page 65: Resepi Pesakit Dialisis 2013 - Eldercare Nursing · PDF filekesihatan yang terlibat dalam rawatan individu kegagalan ginjal kronik secara amnya. Akhir kata, saya ingin mengucapkan

64

Kuih-Muih

Samosa (4 hidangan)

Bahan-bahan• 8 keping kulit samosa

Bahan A: Bahan Inti Tumis• ¼ biji bawang besar - potongkan dalam bentuk dadu yang kecil• Sedikit daun kari• 1 sudu makan rempah kari• 1 biji kecil kentang - potongkan dalam bentuk dadu yang kecil• ¼ cawan air• 1 ketul isi ayam - potong kecil• 2 sudu teh minyak masak

Bahan B: Bahan Samosa• 2 biji telur - ambil putih telur sahaja

Cara Penyediaan:

Inti1. Panaskan minyak, tumiskan bawang dan daun kari sehingga naik bau.2. Masukkan rempah kari dan masak sehingga naik minyak.3. Masukkan kentang dan ¼ cawan air.4. Tambah isi ayam apabila kentang hampir masak.5. Keluarkan semula daun kari apabila inti sudah masak.

Samosa1. Ambil kulit popiah, masukkan 1 sudu makan inti yang telah dimasak.2. Lipat menjadi bentuk segi tiga dan lekatkan dengan putih telur.3. Goreng dalam minyak penuh dengan api sederhana.

Tip:• Tiada garam ditambah ke dalam inti samosa memandangkan sedikit garam telah ada di

dalam kulit samosa.• Untuk mengurangkan jumlah kandungan fosfat dalam samosa ini, rebuskan ayam

sehingga masak dan buang air rebusan. Carik halus ayam dan masukkan ke dalam inti kentang yang sudah masak.

• Untuk meningkatkan jumlah kandungan protin rebuskan 4 biji telur. Buang kuning telur dan parutkan putih telur. Masukkan putih telur itu ke dalam inti yang telah masak.

• Untuk pesakit CAPD yang perlu meningkatkan pengambilan potasium, tambahkan daun sup dan daun bawang ke dalam inti apabila inti telah siap dimasak.

Kandungan Nutrien Setiap Hidangan (2 biji)

Kalori Karbohidrat Protin Lemak Sodium Potasium Fosfat (kcal) (g) (g) (g) (mg) (mg) (mg)

311 19 8 25 130 147 116

Page 66: Resepi Pesakit Dialisis 2013 - Eldercare Nursing · PDF filekesihatan yang terlibat dalam rawatan individu kegagalan ginjal kronik secara amnya. Akhir kata, saya ingin mengucapkan

65

Page 67: Resepi Pesakit Dialisis 2013 - Eldercare Nursing · PDF filekesihatan yang terlibat dalam rawatan individu kegagalan ginjal kronik secara amnya. Akhir kata, saya ingin mengucapkan

66

Kuih-Muih

Karipap Ayam (4 hidangan)

Bahan-bahan• ¾ cawan tepung gandum• ¼ cawan minyak

Bahan Inti• 1 biji kecil ubi kentang - dipotong dadu• ½ isi ketul dada ayam - dipotong dadu• 2 biji bawang merah• 1 ulas bawang putih• 1 sudu makan rempah kari ayam• 1 helai daun kari• 1 cawan kari• ¼ sudu teh garam• 4 sudu teh minyak - untuk menumis

Cara Penyediaan:

Kulit Karipap1. Gaulkan tepung gandum dan minyak.2. Tambahkan sedikit air jika perlu. Uli sehingga rata.3. Tudung dan perapkan kira-kira 15 minit.

Inti1. Panaskan minyak.2. Tumiskan bawang merah dan bawang putih.3. Masukkan rempah kari, tumis sehingga naik minyak.4. Tambahkan daun kari.5. Masukkan ubi kentang, air dan garam. Kacau sesekali sekala sehingga empuk.6. Masukkan isi ayam bila ubi hampir masak. Gaul rata.7. Angkat dan ketepikan.

Kuih Karipap1. Ambil doh dalam kuantiti sedikit, gelek menggunakan penggelek dan masukkan ke

dalam acuan karipap.2. Masukkan inti karipap, katupkan acuan dan buang lebihan doh.3. Gorengkan dalam minyak dengan api sederhana.

Tip:• Untuk mengurangkan kandungan potassium dan fosfat ubi kentang, ianya boleh direbus,

dibuangkan air rebusannya dan dimasukkan ke dalam inti yang hampir masak.

Kandungan Nutrien (1 hidangan)

Kalori Karbohidrat Protin Lemak Sodium Potasium Fosfat (kcal) (g) (g) (g) (mg) (mg) (mg)

263 25 7 15 115 145 113

Page 68: Resepi Pesakit Dialisis 2013 - Eldercare Nursing · PDF filekesihatan yang terlibat dalam rawatan individu kegagalan ginjal kronik secara amnya. Akhir kata, saya ingin mengucapkan

67

Kuih-Muih

Page 69: Resepi Pesakit Dialisis 2013 - Eldercare Nursing · PDF filekesihatan yang terlibat dalam rawatan individu kegagalan ginjal kronik secara amnya. Akhir kata, saya ingin mengucapkan

68

Kuih-Muih

Kuih Cara Berlauk (10 hidangan)

Bahan-bahan• 150g tepung gandum• 50ml santan pekat• 1 biji telur• Air secukupnya• Pewarna kuning secukupnya

Bahan A: Bahan Penumis• 4 ulas bawang putih• 1 biji bawang besar• 2 sudu makan minyak masak - untuk menumis

Bahan B: Bahan Inti• 1 sudu makan rempah kari• 100g daging kisar• 2 sudu makan udang kering - ditumbuk• ½ sudu teh lada sulah• ¼ sudu teh garam

Bahan C: Bahan Hiasan• 2 biji cili merah• 2 sudu makan daun sup yang dipotong kecil• 2 sudu makan daun bawang yang dipotong pendek

Cara Penyediaan:1. Campurkan tepung gandum, santan, telur, air dan pewarna kuning dan gaul sebati.

Tambahkan air sehingga kepekatan yang sesuai. Ketepikan.2. Panaskan minyak. Tumis bawang sehingga naik bau. Masukkan bahan inti satu persatu

sehingga masak. Ketepikan.3. Panaskan acuan dan lenselkan dengan sedikit minyak.4. Masukkan adunan campuran tepung ke dalam acuan.5. Tambahkan inti daging dan bahan hiasan.6. Tutup acuan dan keluarkan kuih cara dari acuan apabila masak.

Kandungan Nutrien (1 hidangan)

Kalori Karbohidrat Protin Lemak Sodium Potasium Fosfat (kcal) (g) (g) (g) (mg) (mg) (mg)

124 13 6 5 104 99 77

Page 70: Resepi Pesakit Dialisis 2013 - Eldercare Nursing · PDF filekesihatan yang terlibat dalam rawatan individu kegagalan ginjal kronik secara amnya. Akhir kata, saya ingin mengucapkan

69

Page 71: Resepi Pesakit Dialisis 2013 - Eldercare Nursing · PDF filekesihatan yang terlibat dalam rawatan individu kegagalan ginjal kronik secara amnya. Akhir kata, saya ingin mengucapkan

70

Pencuci Mulut

Agar-agar Cendol (10 hidangan)

Bahan-bahan• 25g agar-agar kering• 1.5 liter air• 5 helai daun pandan• 300g gula• Sedikit pewarna merah• 30g serbuk krimer bukan tenusu• 100g cendol• Sedikit pewarna hijau

Cara Penyediaan:1. Masak agar-agar dengan air dan daun pandan sehingga larut.2. Masukkan gula dan kacau sehingga gula larut.3. Bahagikan larutan agar-agar kepada dua (2) bahagian (Bahagian A dan Bahagian B).4. Masukkan pewarna merah dan serbuk krimer dalam Bahagian A.5. Masukkan cendol dan pewarna hijau ke dalam Bahagian B.6. Masukkan Bahagian A ke dalam bekas atau cawan yang sesuai dan biar sehingga separa

keras.7. Masukkan Bahagian B dan biarkan sehingga keras.8. Sejukkan dalam peti ais sebelum dihidangkan.

Kandungan Nutrien (1 hidangan)

Kalori Karbohidrat Protin Lemak Sodium Potasium Fosfat (kcal) (g) (g) (g) (mg) (mg) (mg)

157 38 0.5 0.1 10 27 14

Page 72: Resepi Pesakit Dialisis 2013 - Eldercare Nursing · PDF filekesihatan yang terlibat dalam rawatan individu kegagalan ginjal kronik secara amnya. Akhir kata, saya ingin mengucapkan

71

Page 73: Resepi Pesakit Dialisis 2013 - Eldercare Nursing · PDF filekesihatan yang terlibat dalam rawatan individu kegagalan ginjal kronik secara amnya. Akhir kata, saya ingin mengucapkan

72

Pencuci Mulut

Agar-agar Mangga (4 hidangan)

Bahan-bahan• 10g serbuk agar-agar• 2 cawan air• 2 sudu makan gula pasir• 1 biji mangga• 100ml air perisa mangga• 20g serbuk krimer bukan tenusu

Cara Penyediaan:1. Masak agar-agar dengan air sehingga larut.2. Masukkan gula dan kacau sehingga gula larut.3. Padamkan api.4. Masukkan mangga yang telah dikisar dan kacau rata.5. Tuangkan ke dalam acuan dan biarkan sehingga keras.6. Sejukkan dalam peti ais sebelum dihidangkan.

Kandungan Nutrien (1 hidangan)

Kalori Karbohidrat Protin Lemak Sodium Potasium Fosfat (kcal) (g) (g) (g) (mg) (mg) (mg)

98 22 1.5 0.3 18 137 31

dikisar bersama

Page 74: Resepi Pesakit Dialisis 2013 - Eldercare Nursing · PDF filekesihatan yang terlibat dalam rawatan individu kegagalan ginjal kronik secara amnya. Akhir kata, saya ingin mengucapkan

73

Page 75: Resepi Pesakit Dialisis 2013 - Eldercare Nursing · PDF filekesihatan yang terlibat dalam rawatan individu kegagalan ginjal kronik secara amnya. Akhir kata, saya ingin mengucapkan

74

Pencuci Mulut

Jeli Konnyaku (36 hidangan)

Bahan-bahan• 2 tin (474ml) Nepro®• 10g serbuk Jeli Konnyaku• 2 cawan (475ml) air• 250g gula• 3 bahagian (180g) buah pic - tin, toskan dan cincang kecil

Nota: Anda boleh gantikan buah pic dengan buah-buahan lain seperti pir dan limau mandarin.

Cara Penyediaan:1. Campurkan serbuk Konnyaku bersama gula di dalam mangkuk. 2. Campurkan air bersama Nepro® di dalam periuk dan didihkan dengan api perlahan.3. Tuangkan campuran serbuk Konnyaku dengan gula ke dalam periuk yang mengandungi

campuran air dan Nepro® dan kacau sepanjang masa dengan api yang kecil sehingga larut.

4. Terus mengacau campuran selama 8 minit. Padamkan api. Pindahkan campuran ke dalam jag mencurah.

5. Sediakan acuan jeli. Bahagikan sama jumlah buah ke dalam acuan. Tuangkan campuran jeli Konnyaku ke dalam acuan dan sejukkan dalam peti sejuk selama 30 minit.

6. Pindahkan jeli daripada acuan. Hidangkan.

Kandungan Nutrien (1 hidangan)

Kalori Karbohidrat Protin Lemak Sodium Potasium Fosfat (kcal) (g) (g) (g) (mg) (mg) (mg)

55 10 1 1 12 20 10

Page 76: Resepi Pesakit Dialisis 2013 - Eldercare Nursing · PDF filekesihatan yang terlibat dalam rawatan individu kegagalan ginjal kronik secara amnya. Akhir kata, saya ingin mengucapkan

75

Pencuci Mulut

Smoothie Strawberi (2 hidangan)

Bahan-bahan• 1 tin (237ml) Nepro® sejuk• ½ cawan strawberi dibekukan• 2 sudu makan pemanis tiruan• 4 sudu makan air

Cara Penyediaan:1. Campurkan bahan-bahan ke dalam balang pengisar.2. Kisarkan sehingga halus.3. Hidangkan segera.

Kandungan Nutrien (1 hidangan)

Kalori Karbohidrat Protin Lemak Sodium Potasium Fosfat (kcal) (g) (g) (g) (mg) (mg) (mg)

274 35 9 12 101 183 92

Page 77: Resepi Pesakit Dialisis 2013 - Eldercare Nursing · PDF filekesihatan yang terlibat dalam rawatan individu kegagalan ginjal kronik secara amnya. Akhir kata, saya ingin mengucapkan

Pernerbitan oleh:

Buku ini telah diterbitkan dengan sokongan daripada:

Hospital Kuala Lumpur

ABBVIE SDN BHD