tahniah kandungan - ministry of health documents/nursing doc/utusan edisi...muka surat 2 ahli...

4
BAHAGIAN PERHUBUNGAN AWAM Sebarang Maklumat/Rencana/Berita/Cerita-cerita menarik mengenai Akbi Kejururawatan yang ingin dikongsikan kedalam Utusan Jururawat. Hantarkan ke Email: [email protected] Pejabat Perkhidmatan Kejururawatan Tel No: 2231295 , Fax No: 2231296 Edisi Utusan Jururawat boleh di muat turun melalui laman web: hp://www.moh.gov.bn/SitePages/NURSING%20NEWSLETTER.aspx Muka surat 8 KAKITANGAN KEJURURAWATAN YANG TELAH BERSARA / MENAMATKAN PERKHIDMATAN SEPANJANG TAHUN 2015: Jabatan Perkhidmatan Kejururawatan, Kementerian Kesihatan mengucapkan senggi penghargaan dan terima kasih atas kegigihan, kesabaran, kejujuran dalam memberi rawatan-rawatan kepada pesakit sepanjang khidmat tuan dan puan dengan Kementerian Kesihatan. PJTK HJH JUNITA BINTI HJ MOMIN PENTADBIRAN KEJURURAWATAN SN AMINAH BTE HJ YAHYA PUSAT KANSER NEGARA SAN HJH ZAITON BTE HJ ABU BAKAR RIPAS HOSPITAL SN HJH NURHAZIRAH @ SIRA BTE HJ. MOHIDDIN KESIHATAN MASYARAKAT SAN HJH SALAMAH BTE IDRIS JABATAN RENAL SN IRNE SUSANTY BTE HJ OSMAN KESIHATAN MASYARAKAT AN JAUYAH BTE HJ MOHD SALLEH KESIHATAN MASYARAKAT MW-SG KAMRIAH BTE HJ MOHD NOR SSBH HOSPITAL. SN LAKI BTE JOHARI KESIHATAN MASYARAKAT SN LENY HASWANI BTE HJ WAHID KESIHATAN MASYARAKAT SN MASNI BTE ABDULLAH JON HOMEBASED SN MOHD HAZWAN BIN HJ MD HASHIM SSBH HOSPITAL. SN MOHD. HIZAMI BIN MATZANI RIPAS HOSPITAL AN NAIMAH BTE HJ TIMBANG KESIHATAN MASYARAKAT SN NORIAH BTE HJ. SUHARI KESIHATAN MASYARAKAT NO NUR MAJIDAH BTE ABDULLAH LAU JABATAN RENAL PJTK PG HJH TENGAH BTE PG MATUSSIN. KESIHATAN MASYARAKAT MW PG JALIALHA @ PG JULIHA BTE PG JAYA RIPAS HOSPITAL SN ROSNAH BTE ABDULLAH RIPAS HOSPITAL SN SITI NURHIDAYAH BINTI HASHIM RIPAS HOSPITAL NO YONG NGET YONG RIPAS HOSPITAL JABATAN PERKHDMATAN KEJURURAWATAN DAN SELURUH WARGA KERJA UTUSAN JURURAWAT MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2016 KEPADA SEMUA JURURAWAT DAN BIDAN. SEMOGA TAHUN INI DILIMPAHKAN RAHMAT DAN KEBERKATI OLEH ALLAH S.W. KEPADA PERKHIDMATAN KEJURURAWATAN DAN KEMENTERIAN KESIHATAN EDISI 3, BULAN NOVEMBER 2015 KANDUNGAN ANUGERAH PEKERJA CEMERLANG BAGI TAHUN 2015 TAKLIMAT JURURAWAT-JURURAWAT BARU BERKHIDMAT DENGAN KEMENTERIAN KESIHATAN AHLI KEJURURAWATAN ROMBONGAN BI’THAT HAJI PERUBATAN TAHUN 2015 PEPERIKSAAN TAHUN 2 BAGI JURUHIGIN DAN JURUTERAPI PERGIGIAN. PENDIDIKAN KESIHATAN MULUT BAGI ANAK-ANAK BERKEPERLUAN KHAS 5 th BORNEO DENTAL CONGRESS (KOTA KINABALU) PEPERIKSAAN KENAIKAN PANGKAT (PKP) JAWATAN JURURAWAT KE JAWATAN JURURAWAT KANAN / TINGKAT KHAS DAN JAWATAN JURURAWAT KE JAWATAN PEGAWAI JURURAWAT LAWATAN PELAJAR-PELAJAR KE PUSAT DIALYSIS TUTONG KURSUS FIRE MARSHAL LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KAGAWA UNIVERSITI, JEPUN KURSUS KALI KEDUA BAGI PROGRAM PEMERIKSAAN KESIHATAN KURSUS PENGGUNAAN MODUL ‘NURSING CARE PLAN’ DALAM SISTEM BruHIMS. KURSUS-KURSUS DAN LATIHAN BAGI KAKITANGAN KEJURURAWATAN, KEMENTERIAN KESIHATAN (BULAN OKTOBER HINGGA DISEMBER 2015) KAKITANGAN KEJURURAWATAN YANG TELAH BERSARA / MENAMATKAN PERKHIDMATAN SEPANJANG TAHUN 2015 TAHNIAH ANUGERAH PEKERJA CEMERLANG BAGI TAHUN 2015 13 Safar 1437 bersamaan 25 November 2015, Majlis Sambutan Hari Perkhidmatan Awam 2015 yang lalu menyaksikan dua orang Jururawat dari Kementerian Kesihatan adalah diantara penerima-penerima Anugerah Pekerja Cemerlang bagi tahun 2015. Anugerah tersebut telah di sempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hasanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. Majlis penganugerahan berlansung di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas. Mereka ialah Hajah Rosna bin Haji Kepli Pegawai Jururawat dari Unit Perkhidmatan Perubatan Dalaman Hospital RIPAS dan Hajah Normadiah bin Haji Ibrahim Jururawat Kanan dari Jabatan Renal Hospital Suri Seri Begawan. Dengan pengikrafan yang diberi ini diharap dapat memberi movasi kepada seluruh jururawat dan bidan untuk berusaha lebih gigih, didikasi dan produkf dalam memberi rawatan kepada pesakit mengikut garis-garis pandu perawatan dan evidence base pracce. TAKLIMAT JURURAWAT-JURURAWAT BARU BERKHIDMAT DENGAN KEMENTERIAN KESIHATAN 17 Zulhijjah 1436 bersamaan 1 Oktober 2015, Seramai 31 orang jururawat baru lepasan graduan Instute Health Science (IHS) Pengiran Anak Putri Hajah Rashidah Sa’adatul Bolkiah, Universi Brunei Darussalam telah melapor diri berkhidmat dengan Kementerian Kesihatan. Mereka ini terdiri dari garduan-graduan Bachelor in Health Science (Nursing) seramai 3 orang, Bachelor in Health Science (Midwifery) 3 orang, Diploma in Health Science (Nursing) 20 orang, Diploma in Health Science (Midwifery) 3 orang dan Diploma in Health Science (Paramedic) 2 orang. Jawatan-jawatan yang ditawarkan ialah Jururawat Tingkat Khas, Jururawat Tingkat Khas (Perbidanan), Jururawat, Jururawat (Perbidanan) dan Jururawat (Paramedik) bergaji hari. Yang Mulia, Dayang Hajah Famah bin Abdullah, Pemangku Pengarah Kejururawatan telah menyampaikan taklimat kepada para graduan diteruskan dengan penerangan dari Yang Mulia, Dayang Hajah Norzihan bin Haji Ibrahim, Ketua Lembaga Jururawat Brunei, Kementerian Kesihatan mengenai Code of Professional Conduct, Code of Ethic dan Standard of Nursing Pracce yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran diri para graduan agar lebih bersikap bertanggungjawab, berwibawa dan berdisiplin dalam menjalankan tugas.

Upload: nguyentu

Post on 02-Mar-2019

244 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: TAHNIAH KANDUNGAN - Ministry of Health Documents/Nursing Doc/Utusan edisi...Muka surat 2 AHLI KEJURURAWATAN ROM ONGAN I [THAT HAJI PERU ATAN TAHUN 2015 Pada tahun ini seperti lazimnya

BAHAGIAN PERHUBUNGAN AWAM

Sebarang Maklumat/Rencana/Berita/Cerita-cerita menarik mengenai Aktibiti Kejururawatan yang ingin dikongsikan kedalam Utusan Jururawat.

Hantarkan ke Email:

[email protected]

Pejabat Perkhidmatan Kejururawatan Tel No: 2231295 , Fax No: 2231296

Edisi Utusan Jururawat boleh di muat turun melalui laman web:

http://www.moh.gov.bn/SitePages/NURSING%20NEWSLETTER.aspx

Muka surat 8

KAKITANGAN KEJURURAWATAN YANG TELAH BERSARA / MENAMATKAN PERKHIDMATAN SEPANJANG TAHUN 2015:

Jabatan Perkhidmatan Kejururawatan, Kementerian Kesihatan mengucapkan setinggi penghargaan dan terima kasih atas

kegigihan, kesabaran, kejujuran dalam memberi rawatan-rawatan kepada pesakit sepanjang khidmat tuan dan puan dengan

Kementerian Kesihatan.

PJTK HJH JUNITA BINTI HJ MOMIN PENTADBIRAN KEJURURAWATAN

SN AMINAH BTE HJ YAHYA PUSAT KANSER NEGARA

SAN HJH ZAITON BTE HJ ABU BAKAR RIPAS HOSPITAL

SN HJH NURHAZIRAH @ SIRA BTE HJ. MOHIDDIN KESIHATAN MASYARAKAT

SAN HJH SALAMAH BTE IDRIS JABATAN RENAL

SN IRNE SUSANTY BTE HJ OSMAN KESIHATAN MASYARAKAT

AN JAUYAH BTE HJ MOHD SALLEH KESIHATAN MASYARAKAT

MW-SG KAMRIAH BTE HJ MOHD NOR SSBH HOSPITAL.

SN LAKI BTE JOHARI KESIHATAN MASYARAKAT

SN LENY HASWANI BTE HJ WAHID KESIHATAN MASYARAKAT

SN MASNI BTE ABDULLAH JON HOMEBASED

SN MOHD HAZWAN BIN HJ MD HASHIM SSBH HOSPITAL.

SN MOHD. HIZAMI BIN MATZANI RIPAS HOSPITAL

AN NAIMAH BTE HJ TIMBANG KESIHATAN MASYARAKAT

SN NORIAH BTE HJ. SUHARI KESIHATAN MASYARAKAT

NO NUR MAJIDAH BTE ABDULLAH LAU JABATAN RENAL

PJTK PG HJH TENGAH BTE PG MATUSSIN. KESIHATAN MASYARAKAT

MW PG JALIALHA @ PG JULIHA BTE PG JAYA RIPAS HOSPITAL

SN ROSNAH BTE ABDULLAH RIPAS HOSPITAL

SN SITI NURHIDAYAH BINTI HASHIM RIPAS HOSPITAL

NO YONG NGET YONG RIPAS HOSPITAL

JABATAN PERKHDMATAN KEJURURAWATAN DAN SELURUH WARGA KERJA UTUSAN JURURAWAT

MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2016 KEPADA SEMUA JURURAWAT DAN BIDAN. SEMOGA

TAHUN INI DILIMPAHKAN RAHMAT DAN KEBERKATI OLEH ALLAH S.W. KEPADA PERKHIDMATAN KEJURURAWATAN

DAN KEMENTERIAN KESIHATAN

EDISI 3, BULAN NOVEMBER 2015

KANDUNGAN

ANUGERAH PEKERJA CEMERLANG BAGI TAHUN 2015

TAKLIMAT JURURAWAT-JURURAWAT BARU BERKHIDMAT DENGAN KEMENTERIAN KESIHATAN

AHLI KEJURURAWATAN ROMBONGAN BI’THAT HAJI PERUBATAN TAHUN 2015

PEPERIKSAAN TAHUN 2 BAGI JURUHIGIN DAN JURUTERAPI PERGIGIAN.

PENDIDIKAN KESIHATAN MULUT BAGI ANAK-ANAK BERKEPERLUAN KHAS

5th BORNEO DENTAL CONGRESS (KOTA KINABALU)

PEPERIKSAAN KENAIKAN PANGKAT (PKP) JAWATAN JURURAWAT KE JAWATAN JURURAWAT KANAN / TINGKAT KHAS DAN JAWATAN JURURAWAT KE JAWATAN PEGAWAI JURURAWAT

LAWATAN PELAJAR-PELAJAR KE PUSAT DIALYSIS TUTONG

KURSUS FIRE MARSHAL

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KAGAWA UNIVERSITI, JEPUN

KURSUS KALI KEDUA BAGI PROGRAM PEMERIKSAAN KESIHATAN

KURSUS PENGGUNAAN MODUL ‘NURSING CARE PLAN’ DALAM SISTEM BruHIMS.

KURSUS-KURSUS DAN LATIHAN BAGI KAKITANGAN KEJURURAWATAN, KEMENTERIAN KESIHATAN (BULAN OKTOBER HINGGA DISEMBER 2015)

KAKITANGAN KEJURURAWATAN YANG TELAH BERSARA / MENAMATKAN PERKHIDMATAN SEPANJANG TAHUN 2015

TAHNIAH

ANUGERAH PEKERJA CEMERLANG BAGI TAHUN 2015

13 Safar 1437 bersamaan 25 November

2015, Majlis Sambutan Hari

Perkhidmatan Awam 2015 yang lalu

menyaksikan dua orang Jururawat dari

Kementerian Kesihatan adalah diantara

penerima-penerima Anugerah Pekerja

Cemerlang bagi tahun 2015. Anugerah

tersebut telah di sempurnakan oleh

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka

Seri Baginda Sultan Haji Hasanal

Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah Ibni

Al-Marhum Sultan Haji Omar Ali

Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

Majlis penganugerahan berlansung di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas. Mereka

ialah Hajah Rostina binti Haji Kepli Pegawai Jururawat dari Unit Perkhidmatan Perubatan

Dalaman Hospital RIPAS dan Hajah Normadiah binti Haji Ibrahim Jururawat Kanan dari

Jabatan Renal Hospital Suri Seri Begawan. Dengan pengiktirafan yang diberi ini diharap

dapat memberi motivasi kepada seluruh jururawat dan bidan untuk berusaha lebih gigih,

didikasi dan produktif dalam memberi rawatan kepada pesakit mengikut garis-garis pandu

perawatan dan evidence base practice.

TAKLIMAT JURURAWAT-JURURAWAT BARU BERKHIDMAT DENGAN KEMENTERIAN

KESIHATAN

17 Zulhijjah 1436 bersamaan 1 Oktober 2015, Seramai

31 orang jururawat baru lepasan graduan Institute

Health Science (IHS) Pengiran Anak Putri Hajah

Rashidah Sa’adatul Bolkiah, Universiti Brunei

Darussalam telah melapor diri berkhidmat dengan

Kementerian Kesihatan. Mereka ini terdiri dari

garduan-graduan Bachelor in Health Science (Nursing)

seramai 3 orang, Bachelor in Health Science

(Midwifery) 3 orang, Diploma in Health Science

(Nursing) 20 orang, Diploma in Health Science (Midwifery) 3 orang dan Diploma in Health

Science (Paramedic) 2 orang. Jawatan-jawatan yang ditawarkan ialah Jururawat Tingkat

Khas, Jururawat Tingkat Khas (Perbidanan), Jururawat, Jururawat (Perbidanan) dan

Jururawat (Paramedik) bergaji hari. Yang Mulia, Dayang Hajah Fatimah binti Abdullah,

Pemangku Pengarah Kejururawatan telah menyampaikan taklimat kepada para graduan

diteruskan dengan penerangan dari Yang Mulia, Dayang

Hajah Norzihan binti Haji Ibrahim, Ketua Lembaga Jururawat

Brunei, Kementerian Kesihatan mengenai Code of

Professional Conduct, Code of Ethic dan Standard of Nursing

Practice yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran diri

para graduan agar lebih bersikap bertanggungjawab,

berwibawa dan berdisiplin dalam menjalankan tugas.

Page 2: TAHNIAH KANDUNGAN - Ministry of Health Documents/Nursing Doc/Utusan edisi...Muka surat 2 AHLI KEJURURAWATAN ROM ONGAN I [THAT HAJI PERU ATAN TAHUN 2015 Pada tahun ini seperti lazimnya

Muka surat 2

AHLI KEJURURAWATAN ROMBONGAN BI’THAT HAJI PERUBATAN TAHUN 2015

Pada tahun ini seperti lazimnya ditahun-tahun yang

sudah, seramai 20 orang pegawai yang terdiri daripada

14 orang kakitangan Kejururawatan dan 6 orang

Pegawai Perubatan telah dilantik untuk mengikuti

rombongan Bi’tah Haji Perubatan. Diantara tugas-

tugas utama rombongan Bi’thah Haji Perubatan ialah

untuk memberikan Perkhidmatan Perubatan kepada

Jemaah-jemaah Haji Brunei yang berjumlah seramai

400 orang pada musim Haji tahun 2015. Rombongan

telah dibahagikan kepada tiga pasukan iaitu ‘Advance

Team’ (2 orang Pegawai Perubatan dan 6 orang

Kakitangan Kejururawatan), Kumpulan Penerbangan

Pertama (2 orang Pegawai Perubatan & 4 orang

Kakitangan Kejururawatan) dan Kumpulan

Penerbangan Kedua (2 orang Pegawai Perubatan & 4

orang Kakitangan Kejururawatan). Rombongan Bi’thah haji perubatan diketuai oleh Dr Haji Zulhilmi bin Pehin Orang Kaya Hamzah

Pahlawan Dato Seri Setia Awang Hj Abdullah Pegawai Perubatan Pusat Kesihatan Pengiran Anak Puteri Hajah Muta-Wakkilah Hayatul

Bolkiah, Rimba. Manakala ahli kejururawatan di ketuai oleh Haji Basri bin Haji Said Pegawai Jururawat Tingkat Khas Hospital Raja

Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS).

Pada tahun ini hanya dua(2) penerbangan telah disediakan, yang mana telah

berlepas pada penghujung bulan Ogos 2015 yang lalu, manakala Kumpulan ‘Advance

Team’ berlepas seminggu lebih awal daripada penerbangan pertama. Diantara

perkhidmatan - perkhidmatan yang telah diberikan semasa berada di tanah suci

pada musim haji yang lalu, ialah perkhidmatan Klinik Pesakit Luar, Perkhidmatan

Kecemasan (24 jam) dan Perkhidmatan Ambulan. Semasa berada di Madinah,

Rombongan Perubatan Haji juga telah menyediakan perkhidmatan satu Klinik Statik

(24 jam) dan satu Klinik Lawatan (Visiting). Manakala semasa di Mekkah, juga

menyediakan perkhidmatan satu Klinik Statik (24jam) dan tiga (3) Klinik Lawatan

(Visiting). Selain daripada itu, Rombongan Perubatan Haji juga memberikan

perkhidmatan perubatan, semasa Jemaah Haji Brunei mengerjakan ibadat Wukuf di

Padang Arafah dan juga semasa berada diMina bagi mengerjakan ibadah Melontar

(3) Jumrah. Alhamdulillah, Rombongan Perubatan Haji pada tahun ini telah dapat memberikan perkhidmatan yang cemerlang

kepada Jemaah-jemaah Haji Negara Brunei Darussalam, walaupun berbagai cabaran dan rintangan telah dilalui semasa bertugas.

Diantara cabaran tersebut ialah bertugas didalam suasana dikhemah semasa berada di Arafah dan Mina dan bertugas didalam

cuaca yang panas dan kering dengan kelengkapan yang terhad dan lain-lain lagi. Didalam kesempatan ini, Jabatan Perkhidmatan

Kejururawatan merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada semua ahli Rombongan Perubatan Haji 2015, didalam sama-sama

memberikan khidmat dan menjalankan tugas yang cemerlang.

Muka surat 7

KURSUS-KURSUS DAN LATIHAN BAGI KAKITANGAN KEJURURAWATAN, KEMENTERIAN KESIHATAN (BULAN OKTOBER HINGGA

DISEMBER 2015)

Setiap tahun Bahagian Pegawai Penyalaras Latihan, Jabatan Perkhidmatan Kejururawatan akan mengaturkan kurus-kursus dan

latihan untuk kakitangan kejururawatan. Ianya bertujuaan untuk meningkatkan lagi kemahiran didalam penjagaan rawatan dan

layanan terbaik keatas orang ramai khususnya pesakit-pesakit yang datang ke hospital-hospital dan klinik-klinik. Kursus-kursus dan

latihan diungkayahkan dan dijalankan oleh Jabatan Institut Perkhidmatan Awam (IPA). Seramai 91 orang kakitangan kejururawatan

telah mengikuti kursus-kursus dan latihan sepanjang bulan Oktober hingga Disember tahun ini. Antaranya 11 orang kakitangan

kejururawatan dari bahagian II, 60 orang dari bahagian III dan 7 orang dari bahagian IV.

Tajuk-tajuk kursus yang diambil mengikut Bahagian (Division):

Mana-mana jururawat atau bidan yang ingin ikut serta dalam kursus-kursus atau latihan yang ditawarkan oleh IPA hendaklah

mengubungi ketua-ketua bahagian masing-masing dengan memilih Kod Kursus yang telah disediakan untuk dihadapkan ke Bahagian

Penyelaras Latihan, Jabatan Perkhidmatan Kejururawatan. Kemudian permohonan-permohonan akan di hadapkan ke IPA melalui

on-line (I-Learn).

BAHAGIAN TAJUK KURSUS KOD KURSUS

II

Strategic and Scenario Planning LD3108

Human Resources Transformation M53621

Women in Leadership LD3419

Leading Transformational Change LD3410

Inciting the Leadership LD3409

Managing Conflict CC2227

Kumpulan Kerja Cemerlang `Team Based' OD3204

Persediaan Persaraan MS1323

Enhancing Self-Leadership LD3414

Risk Management OD1226

Learning Extravanganza World Tour 2014-2018

Analisa Keperluan Latihan (TNA) MS3614

Team Learning OD2105

III

Penyampaian Berkesan CC2302

Persedian Persaraan MS1323

Latihan Ekses Masuk dan Pengunaan Sistem I-Learn

Menjana Kepimpinan Diri LD3415

Enhancing Self-Leadership LD3414

Integriti Rasullulah SAW konsep dan amalanNya

Komunikasi bersama pelanggan CC2305

Learning Extravaganza World Tour 2014-2018

Kerja Perpasukan OD2101

Analisa keperluan latihan (TNA) MS3614

Team Learning OD2105

Managing Conflict CC2227

Keumpulan Kerja Cemerlang `Team Based' OD3204

Persedian Persaraan MS1323

Emotional Intelligence MS1309

Working SMARTER MS1308

IV

Keterampilan Interpersonal CC1303

Komunikasi bersama pelanggan CC2305

Integriti Rasullulah SAW konsep dan amalanNya

Kumpulan Kerja Cemerlang `Team Based' OD3204

Persediaan Persaraan MS1323

Page 3: TAHNIAH KANDUNGAN - Ministry of Health Documents/Nursing Doc/Utusan edisi...Muka surat 2 AHLI KEJURURAWATAN ROM ONGAN I [THAT HAJI PERU ATAN TAHUN 2015 Pada tahun ini seperti lazimnya

Muka surat 6

KURSUS KALI KEDUA BAGI PROGRAM PEMERIKSAAN KESIHATAN

Program Pemeriksaan Kesihatan yang diperkenalkan pada 11 Mei 2013 berfungsi sebagai program penyaringan untuk mengesan dan

mencegah penyakit kronik seperti penyakit tekanan darah tinggi, kencing manis dan tinggi kolesterol pada peringkat awal yang mana

ianya dikendalikan oleh kakitangan kejururawatan yang terlatih. Dari kesinambungan program tersebut, seramai 23 orang kakitangan

kejururawatan yang bertugas di Perkhidmatan Kejururawatan Kesihatan Masyarakat telah berjaya menghadiri kursus Pemeriksaan

Kesihatan kali ke dua yang di ungkayahkan selama 2 hari (13 – 14 November 2015) di Pusat Latihan Perkembangan Kejururawatan.

Tujuan kursus ini ialah untuk melatih kakitangan kejururawatan yang telah dikenalpasti untuk menjalankan program ini di Pusat-

Pusat Kesihatan masing-masing. Peserta kursus kali ini berpeluang untuk mendapatkan penerangan mengenai latihan Jasmani

[Exercise training and radio Exercise] daripada Puan Kurato, penceramah dari Kagawa Universiti, Jepun. Selain itu juga, beberapa

penceramah dari berbagai kepakaran juga telah dijemput untuk menyampaikan penerangan mengenai topik berkaitan dengan

pemeriksaan kesihatan.

KURSUS PENGGUNAAN MODUL ‘NURSING CARE PLAN’ DALAM SISTEM BruHIMS.

Pusat Latihan dan Perkembangan Kejururawatan (PLPK) dengan kerjasama Jabatan Teknologi Maklumat, Kementerian Kesihatan

telah mengambil satu inisiatif bagi memantapkan penggunaan sistem BruHIMS khususnya kepada semua peringkat jururawat dan

bidan di hospital-hospital kerajaan. Ianya bertujuan untuk memberi latihan kepada ‘end

user’ menggunakan aplikasi Nursing Care Plan dalam sistem BruHIMS khususnya bagi

jururawat dan bidan yang bertugas di wad. Mula digunakan di Hospital RIPAS pada tahun

1989 dalam tugas-tugas penjagaan rawatan pesakit wad seperti yang telah disarankan oleh

Datin Paduka Hajah Rokiah binti Haji Zakia, Pegawai Jururawat Kanan pada masa itu. Ini

terbukti dapat membantu mereka dalam merancang dan melaksanakan rawatan keatas

pesakit dengan lebih teratur, berkesan dan fokus pada keperluan setiap pesakit selain dari

memberi kemudahan kepada Health Care Professional mengesan penjagaan rawatan yang

telah diberikan kepada pesakit. Modul Nursing Care Plan kini dapat di akses oleh para

jururawat dan bidan dalam sistem BruHIMS dengan mudah dimana

formatnya menggunakan North American Nursing Diagnosis

(NANDA) yang dikemaskinikan mengikut kesesuaian penjagaan

rawatan pesakit di Negara Brunei Darussalam. Setiap ketua

jururawat disarankan agar dapat mencalonkan jururawat dan

bidan yang bertugas di wad untuk mengikuti kursus ini yang

dijalankan selama 4 hari di PLPK bermula pada 4 Ogos 2015. Kursus

yang dikendalikan oleh tenaga pengajar PLPK dan juga jururawat

terpilih dan terlatih (Trained the Trainer) dijalankan secara

berterusan dengan objektif memastikan kemahiran jururawat

didalam penggunaan modul Nursing Care Plan didalam system

BruHIMS.

Muka surat 3

Pasukan Perubatan Haji bahagian Perkhidmatan Kejururawatan yang terlibat:

PEPERIKSAAN TAHUN 2 BAGI JURUHIGIN DAN JURUTERAPI PERGIGIAN.

Peperiksaan praktikal pergigian ‘Adult Restorative’ tahun 2 bagi Kohort 4 telah di adakan pada 25 Mei 2015 di Unit Latihan Juruhigin

dan Juruterapi Pergigian, Pusat Pergigian Negara, Berakas. Professor Stephen Dunne konsultan dari King’s College London sebagai

external examiner sementara Dr Kamsiah binti Kasah dan Dr Farha @ Hanina binti Maidi dari Pusat Pergigian Negara, Berakas

sebagai internal examiner. Kesemua pelatih telah lulus dengan jayanya dalam peperiksaan tersebut.

PENDIDIKAN KESIHATAN MULUT BAGI ANAK-ANAK BERKEPERLUAN KHAS

Seawal bulan Januari 2015, Unit Perkhidmatan Pergigian Pediatrik telah pun menjalankan Program Promosi Pendidikan Kesihatan

Mulut kepada pelajar-pelajar berkeperluan khas dibawah Unit Pendidikan Khas di sekolah rendah dan menengah di ke empat-empat

daerah di negara ini. Aktiviti-aktiviti yang diberikan adalah seperti pemeriksaan mulut, motivasi dan kaunseling, latihan dan tunjuk

ajar memberus gigi yang berkesan serta sapuan fluorida. Sapuan fluorida adalah merupakan salah satu rawatan pencegahan yang

mudah dimana fluorida disapukan ke seluruh permukaan gigi bagi menguatkan dan mencegah kerosakan gigi. Program yang

melibatkan ibubapa/penjaga serta guru-guru Sena dan Pra-Vokasional ini bertujuan untuk memberikan ilmu pengetahuan serta

meningkatkan kesedaran ibubapa/penjaga khususnya pelajar-pelajar mengenai kepentingan penjagaan kesihatan mulut. Melalui

program ini, Unit PerkhidmatanPergigian Pediatrik akan dapat menilai status kesihatan mulut serta mengetahui jumlah keseluruhan

pelajar yang mempunyai masalah pergi-

gian yang memerlukan rawatan. Rawatan

pergigian akan diberikan di klinik pergi-

gian Pediatrik yang telah disediakan

mengikut zon masing-masing.

NO-SG Haji Basri bin Haji Said (Ketua Jururawat) Pentadbiran Hospital RIPAS

NO Haji Salleh kamal bin Haji Badarudin Unit Kecamasan dan Kemalangan

NO Haji mohammad Said bin Ismail Jabatan Renal

SN Haji Muhammad Ashraf Lim bin Abdullah Jabatan Psikiatrik

SN Haji Marsallehan bin Omar Pesakit Luar, Klinik Kesihatan Berakas `B’

SN Haji Muhammad Zul Azmi bin Abdul Manan Perkhidmatan Kecemasan Ambulan. Hospital RIPAS

SN Haji Ridzuan bin Haji Md Esa Acute Medical Unit, Hospital RIPAS

SN Haji Pg Norkamaruldzaman bin Pg Haji Abd Hamid Unit Rawatan Rapi Sarjikal, Hospital RIPAS

NO Hajah Sadiah binti Haji Mohadi Pentadbiran, Hospital SSB

NO Hajah Nursyazwanie binti Abdullah Unit Kawalan Jangkitan, Hospital PMMPMHAMB

SN Hajah Yusnani binti Mohamad Yunus Wad 17, Hospital RIPAS

SN Hajah Noor Haslinda binti Haji Jumat MCH Bunut

SN Hajah Maslinda binti Awang Basar Wad 6, Hospital RIPAS

KKA Hajah Sadiah binti Haji Nasir Perkhidmatan Kecemasan Ambulan, Hospital RIPAS

Page 4: TAHNIAH KANDUNGAN - Ministry of Health Documents/Nursing Doc/Utusan edisi...Muka surat 2 AHLI KEJURURAWATAN ROM ONGAN I [THAT HAJI PERU ATAN TAHUN 2015 Pada tahun ini seperti lazimnya

Muka surat 4

5th BORNEO DENTAL CONGRESS (KOTA KINABALU)

20 Mac 2015, seramai 10 orang Jururawat Pergigian telah menghadiri 5th Borneo Dental Congress yang telah diadakan di Kota

Kinabalu, Sabah selama 3 hari. Ianya bertujuan bagi meningkatkan ilmu pengetahuan dan mempelajari teknik-teknik terkini dalam

dunia pergigian. Selain ceramah dan taklimat yang disampaikan

oleh para penceramah yang terdiri daripada pegawai pergigian

dan jururawat dari Singapura dan Malaysia, booth pameran,

produk-produk dan alat-alat pekakas pergigian, mesin-mesin

pergigian turut dipamerkan dan dijual. DHT Dyg. Hjh Hairani binti

Hj Dahare, salah seorang peserta yang mengikuti rombongan

tersebut telah berkongsi ilmu dengan jururawat pergigian di

Negara Brunei Darussalam menerusi ‘Continue Nursing Education

(CNE) yang diadakan di Pusat Promosi Kesihatan.

PEPERIKSAAN KENAIKAN PANGKAT (PKP) JAWATAN JURURAWAT KE JAWATAN JURURAWAT KANAN / TINGKAT KHAS DAN

JAWATAN JURURAWAT KE JAWATAN PEGAWAI JURURAWAT

Jumaat, 8 Safar 1437 bersamaan 20 November 2015 Seramai 300 calon dari Jururawat (M7

EB 8) telah menduduki Peperiksaan Kenaikan Pangkat (PKP) ke jawatan Jururawat Tingkat

Khas (M9 EB 10). Seramai 123 calon menduduki peperiksaan di Dewan Al-‘Afiah Kementerian

Kesihatan sementara 177 calon menduduki peperiksaan di Dewan Peperiksaan Tingkat 2,

Bangunan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Mereka ini terdiri daripada jururawat-

jururawat dari Hospital Pengiran Isteri Hajah Mariam, Hospital Pengiran Muda Mahkota

Pengiran Muda Haji Al- Muhtadee Billah, Hospital Suri Seri Begawan, Hospital Raja Isteri

Pengiran Anak Saleha, Perkhidmatan Renal, Pusat Kanser Brunei, Perkhidmatan EMAS,

Pejabat Pengarah Kejururawatan, Pusat Resusitasi Kebangsaan dan Perkhidmatan Kesihatan

Masyarakat. Manakala pada hari Selasa, 12 Safar 1437 bersamaan 24 November 2015,

seramai 17 calon yang terdiri daripada Jururawat yang berijazah (M7 EB 8) telah menduduki

peperiksaan kenaikan pangkat bagi jawatan Pegawai Jururawat (M13) yang telah dijalankan

di Pusat Latihan dan Perkembangan Kejururawatan (PLPK).

LAWATAN PELAJAR-PELAJAR KE PUSAT DIALYSIS TUTONG

Khamis, 14 Safar 1437 bersamaan 26 November 2015, seramai 31 penuntut serta 3 guru pengawas di ketuai oleh Cikgu Melisinda

Chakap dari Sekolah Menengah Muda Hashim Tutong telah mengada lawatan sambil belajar ke Pusat Dialisis Tutong. Semasa

lawatan para pelajar diberikan taklimat mengenai kesihatan penjagaan buah pinggang dan langkah-langkah pencegahan yang

telah disampaikan oleh Pegawai Jururawat Dyg Suriawati Jumat

dan Jururawat Dyg Rozita Hj Latif dari Unit Pembelajaran

Jabatan Perkhidmatan Renal. Acara dimulai dengan bacaan

Al-fatihah diketuai oleh Pengurus Pusat Dialisis Tutong Awg.

Muhd Aiman Abdullah Engkang. Setelah selesai taklimat

penuntut-penuntut dibawa melawat pesakit-pesakit yang sedang

menjalani rawatan dialisis dan diterangkan bagaimana proses

Hemodialisis dijalankan.

Muka surat 5

KURSUS FIRE MARSHAL Jabatan Perkhidmatan Kesihatan telah berjaya mengungkayahkan 2 kohort kursus

‘Fire Marshal’ yang di adakan selama 3 hari pada 10-12 Ogos 2015 dan 17-19

Ogos 2015. Seramai 50 orang kakitangan

dibawah Jabatan Perkhidmatan Kesihatan,

Kementerian Kesihatan telah mengikuti

kursus tersebut. Manakala, seramai 24

kakitangan kejururawatan telah mengikuti

kursus tersebut yang mana di adakan di

Jabatan Bomba dan Penyelamat, Lapangan

Terbang Berakas. Kursus ‘Fire Marshal’ ini

bertujuan untuk memberikan

pengetahuan dan kepakaran mengenai

tindakan-tindakan yang dapat dibuat

sekiranya terjadinya kebakaran di tempat kerja. Kursus selama tiga hari tersebut juga

melengkapkan setiap peserta dengan cara-cara membuat buku panduan jika sekiranya terjadi

kebakaran di tempat kerja seperti pengosongan ke tempat yang selamat dan mengetahui dan

melapurkan kepada kakitangan bomba mengenai kakitangan yang terperangkap.

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KAGAWA UNIVERSITI, JEPUN Dua [2] kakitangan kejururawatan iaitu Dayang Cathrina binti

Haji Mohd Sigie Al-Islam dan Dayang Norhaslinda binti Haji

Panjang/Garip adalah di antara lima [5] Pegawai dan

kakitangan dari Kementerian Kesihatan yang terpilih dijemput

untuk mengikuti Persidangan Menghindar Penyakit yang

Berkaitan dengan Cara Hidup [The Lifestyle-related diseases

prevention conference] yang di adakan pada 23 hingga 30

September 2015 di Kagawa Universiti, Jepun. Persidangan ini

bertujuan untuk mempelajari dan mengenal lebih lanjut

mengenai Program Pemeriksaan Kesihatan yang di jalankan di

Jepun [Japanese Health Check-up System] yang mana lebih

kurang sama dengan program Pemeriksaan Kesihatan yang di

ungkayahkan oleh Kementerian Kesihatan, Brunei Darussalam.

Melalui persidangan tersebut, kakitangan Kejururawatan dan

lainnya dari Kementerian Kesihatan berpeluang untuk

menyaksikan sendiri lebih dekat akan program pemeriksaan Kesihatan di Jepun dan bertukar pandapat akan kaedah-kaedah yang

terbaik dan terkini untuk menjayakan lagi Program Pemeriksaan Kesihatan yang di ungkayahkan oleh Kementerian Kesihatan, Brunei

sejak 11 Mei 2013.