nota

7
3.4 CONTOH TEKS UCAPAN TETAMU KEHORMAT TEKS UCAPAN YAB TAN SRI MUHYIDDIN BIN HAJI MOHD YASSIN TIMBALAN PERDANA MENTERI MERANGKAP MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA MAJLIS LAWATAN PERDANA BERTEMPAT DI INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJA MELEWAR 25 FEBRUARI 2010, JAM 08.00 PAGI Assalamu’alaikum warahmatullahi wa barakatuh, salam sejahtera dan salam 1Malaysia. Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izin dan limpah kurniaNya, dapat kita berhimpun dalam satu majlis yang bersejarah yang menandakan permulaan transformasi IPG Sukan sebagai institusi peneraju dalam pendidikan guru di negara kita. Saya terlebih dahulu mengucapkan tahniah kepada Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar yang diiktiraf sebagai Institut pendidikan Guru Sukan pada tahun ini. Syabas juga saya ucapkan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia atas kejayaan mencapai salah satu sasaran penting di bawah bidang keberhasilan utama kementerian, iaitu dengan segala

Upload: robb-yatul

Post on 11-Jan-2016

219 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

RUJUKAN

TRANSCRIPT

Page 1: Nota

3.4 CONTOH TEKS UCAPAN TETAMU KEHORMAT

TEKS UCAPAN

YAB TAN SRI MUHYIDDIN BIN HAJI MOHD YASSIN

TIMBALAN PERDANA MENTERI

MERANGKAP MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA

MAJLIS LAWATAN PERDANA

BERTEMPAT DI

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJA MELEWAR

25 FEBRUARI 2010,

JAM 08.00 PAGI

Assalamu’alaikum warahmatullahi wa barakatuh, salam sejahtera dan salam

1Malaysia.

Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjatkan kesyukuran ke hadrat

Allah s.w.t kerana dengan izin dan limpah kurniaNya, dapat kita berhimpun dalam

satu majlis yang bersejarah yang menandakan permulaan transformasi IPG Sukan

sebagai institusi peneraju dalam pendidikan guru di negara kita.

Saya terlebih dahulu mengucapkan tahniah kepada Institut Pendidikan Guru

Kampus Raja Melewar yang diiktiraf sebagai Institut pendidikan Guru Sukan pada

tahun ini. Syabas juga saya ucapkan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia atas

kejayaan mencapai salah satu sasaran penting di bawah bidang keberhasilan utama

kementerian, iaitu dengan segala pembangunan bagi menaiktarafkan IPG Kampus

Raja Melewar sebagai IPG Sukan yang terulung dan dilengkapi dengan segala

kemudahan yang diperlukan.

Page 2: Nota

Pelan Transformasi Kerajaan – Meluaskan Akses kepada Pendidikan Berkualiti

Baru-baru ini kerajaan telah melancarkan Pelan Hala Tuju Program

Transformasi Kerajaan untuk memacu negara kita ke arah mencapai Wawasan

2020. Intipatinya merangkumi tumpuan ke atas perkara-perkara yang utama dan

sangat penting kepada rakyat sejajar dengan konsep Satu Malaysia, Rakyat

Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

Dalam bidang pendidikan, komitmen kerajaan adalah untuk memastikan

setiap warga Malaysia tanpa mengira kaum, agama dan juga latar belakang dapat

menikmati pendidikan yang berkualiti dan berkemampuan. Dan untuk mencapai

hasrat ini, kerajaan kita telah menyusun pelan transformasi menyeluruh dalam

sistem pendidikan negara. Bermula daripada peringkat pra-sekolah sehinggalah ke

tahap pengajian tinggi termasuk pendidikan guru.

Matlamat kita adalah untuk menjadikan pendidikan berkualiti sebagai

landasan bagi melahirkan modal insan yang kreatif, inovatif, berkemahiran tinggi dan

cergas. Ini adalah sejajar dengan aspirasi kerajaan untuk meningkatkan daya saing

negara melalui peningkatan kualiti modal insan yang dilahirkan oleh sistem

pendidikan kita. Dalam model ekonomi baharu yang akan diumumkan oleh Yang

Amat Berhormat Perdana Menteri, kejayaan untuk melahirkan modal insan yang

berinovasi dan meneroka bidang-bidang baharu bagi menjana kekayaan negara

merupakan faktor yang kritikal, yang akan menentukan kemajuan dan kemakmuran

masa depan negara.

Dalam konteks ini, pendidikan daripada seorang guru yang sihat dan cergas

amat penting. Pendidik sebegini mampu menyediakan laluan utama ke arah untuk

melahirkan modal insan yang berkemahiran tinggi dan seterusnya menjadi

penyumbang kepada penjanaan kekayaan baharu bagi negara kita. Oleh itu,

peningkatan kualiti pendidikan yang berteraskan kecergasan ini, perlu diperkasa dan

mesti dijadikan agenda utama dalam memenuhi keperluan modal insan Negara

sejajar dengan dasar yang telah saya sendiri lancarkan iaitu dasar 1 Murid 1Sukan.

Page 3: Nota

Transformasi Sukan Negara

Saya percaya program Transformasi IPG sukan yang dilancarkan pada hari

ini merupakan satu usaha penting ke arah meningkatkan kualiti dan memperkasa

pendidikan di negara kita. Transformasi ini boleh dijayakan melalui Kecergasan

Utama atau Main Fitness yang menambah nilai kepada proses dan keberhasilan

pendidikan. Ini bermakna bahawa warga pendidik perlu sentiasa memikirkan cara

baharu dan kaedah baharu untuk meningkatkan keberhasilan pendidikan. Ini

termasuklah melakukan inovasi dari segi pembangunan kurikulum, latihan sumber

manusia, menambahbaik struktur dan tadbir urus institusi serta pengukuhan

kerjasama antara institusi dan majlis sukan.

Kolaborasi Pendidikan

Pada hemat saya, antara contoh kecergasan utama yang telah dimulakan

ialah memanfaatkan kedudukan strategik IPG yang terletak selepas pendidikan

menengah untuk menawarkan laluan pendidikan tinggi yang lebih singkat. Dengan

cara ini, lulusan IPG akan dapat mengikuti pengajian peringkat ijazah dalam masa

yang lebih singkat dan sekali gus akan menjadikan IPG sebagai institusi pilihan

utama bagi pelajar-pelajar yang berhasrat untuk mengikuti pengajian dalam bidang

pendidikan.

Kemahiran Insaniah Melalui Jaringan Industri

Kecerdasan yang dimaksudkan ialah dari segi kaedah latihan yang lebih

berkesan bagi meningkatkan keupayaan ataupun ability graduan IPG. Ini merupakan

aspek penting pendidikan dalam melahirkan guru yang berkemahiran tinggi, yang

kreatif dan juga yang inovatif. Dan untuk itu, IPG perlu memperkukuh jaringan

kerjasama dengan pihak pendidikan yang lain.

Usaha seperti ini akan memberikan nilai tambah kepada proses dan

keberhasilan pendidikan dan latihan di IPG yang akan meningkatkan kualiti guru

yang dilahirkan. Saya percaya dengan komitmen seluruh warga IPG, untuk

menerapkan budaya kecergasan, institusi pendidikan guru akan muncul sebagai

Page 4: Nota

Universiti Perguruan

Saya berharap usaha untuk memperkasa IPG boleh direalisasikan dengan

penubuhan IPG Sukan yang akan menjadi pelengkap kepada pendidikan di peringkat

pengajian tinggi di negara kita. Penubuhan IPG Sukan akan membolehkan pelajar

mengikuti pengajian perguruan pada peringkat ijazah sarjana muda di bawah satu

sistem pendidikan tanpa perlu menyambung pengajian ke insititusi yang lain. Dengan

menawarkan pakej pendidikan peringkat sarjana muda, sistem IPG pastinya akan

berjaya menarik minat pelajar-pelajar terbaik di negara ini untuk mengikuti pendidikan

keguruan dan potensi mereka boleh digarap serta ditingkatkan lagi untuk menyumbang

kepada kemajuan negara.

Program transformasi IPG Sukan ini mempunyai makna yang besar. Ia bukan

sahaja satu langkah ke hadapan, dalam meningkatkan kualiti pendidikan guru di

negara ini, tetapi juga bakal mengubah persepsi terhadap pendidikan berteraskan

kecerdasan. Pendidikan guru, selepas ini bukan lagi menjadi aliran pilihan kedua

ataupun ketiga bagi pelajar-pelajar yang lemah dalam pencapaian akademik tetapi

akan menjadi aliran pilihan utama pelajar-pelajar terbaik di negara kita ini. Dengan

perubahan persepsi ini, saya berharap lebih ramai tenaga muda yang berpotensi

menceburi bidang keguruan berteraskan kemahiran tinggi ini sekaligus meningkatkan

daya saing negara dalam menghadapi cabaran ekonomi global yang semakin

kompetitif dan Inilah sumbangan utama transformasi IPG Sukan yang akan dijayakan

oleh IPG Kampus Raja Melewar.

peneraju utama pendidikan bagi guru yang berkualiti bukan sahaja di negara ini

tetapi Insyaallah di rantau ini. Melalui persembahan yang begitu hebat tadi juga,

saya yakin bahawa IPG mampu melahirkan golongan pendidik yang serba boleh.

Page 5: Nota

Pembangunan Tenaga Pengajar

Dengan membawa harapan Negara, warga IPG Sukan menggalas tugas

yang amat mencabar untuk meningkatkan kualiti pendidikan guru. Warga IPG Sukan

perlu sentiasa peka dan sentiasa responsif dengan tuntutan semasa. Para penuntut

IPG Sukan perlu dibekalkan dengan pendidikan dan latihan yang sentiasa relevan

dengan keperluan pendidikan disamping menggarap kemahiran minda dan sikap

yang membolehkan mereka menghadapi cabaran baru ekonomi yang berteraskan

pengetahuan.

Tidak ada jalan mudah untuk mencapai hasrat ini. Seluruh warga IPG Sukan

perlu sentiasa berinovasi dalam menghasilkan kaedah dan pendekatan yang

berkesan untuk meningkatkan kualiti pendidikan dan latihan. Objektif utamanya

ialah untuk menjadikan IPG sebagai wadah utama dalam usaha kita untuk

melahirkan modal insan yang berpengetahuan, berkemahiran tinggi, kreatif, inovatif

dan berwawasan dalam profession keguruan.

Akhir sekali saya sekali lagi mengucapkan syabas dan tahniah kepada Ketua

Pengarah Pelajaran Malaysia, Tn. Haji Abdul Gaffar bin Mahmud dan seluruh

pimpinan atas usaha untuk menjayakan IPG Sukan ini. Kepada seluruh warga IPG

Sukan, saya mengucapkan Selamat Maju Jaya, tingkatkanlah usaha dan bekerjalah

dalam satu pasukan untuk meningkatkan kecemerlangan pendidikan guru demi

masa depan negara. Jadikanlah usaha ini sebagai agenda penting dalam

pembangunan modal insan negara yang kita cintai. Sekian Terima kasih. Majulah

Sukan Untuk Negara.