nota ringkas pengajian am penggal 1 (s4)

35
Nota Ringkas Pengajian Am Penggal (siri 4) TADBIR URUS NEGARA Takrif Tadbir Urus Negara Yang Baik Tatacara seorang menteri,ketua setiausaha,ketua jabatan,ketua eksekutif dan pegawai di semua peringkat pengurusan melaksanakan tanggungjawabnya secara telus,berakauntabiliti dan berhemat dari segi pengambilan keputusan dan penyampaian hasil Stuktur,budaya,dasar dan strategi serta tatacara mereka berurusan dengan pelbagai pihak yang berkepentingan Proses bagaimana agensi awam diarah,dikawal dan dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan objektif yang ditetapkan Objektif Tadbir Urus Yang Baik Untuk menyemai dan meningkatkan keyakinan rakyat terhadap keupayaan kerajaan dalam melaksanakan dasar yang telah diamanahkan Untuk mengekalkan akauntabiliti di dalam sistem penyampaian awam Ciri-Ciri Tadbir Urus Negara Yang Baik Dari segi prestasi-perkhidmatan secara cekap dan berkesan seperti yang diharapkan oleh stakeholders di samping memastikan value for money dan

Upload: shahira-rejab

Post on 02-Jan-2016

1.142 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Nota Ringkas Pengajian Am Penggal 1 (S4)

Nota Ringkas Pengajian Am Penggal (siri 4)

TADBIR URUS NEGARA

Takrif Tadbir Urus Negara Yang Baik

Tatacara seorang menteri,ketua setiausaha,ketua jabatan,ketua eksekutif dan pegawai di semua peringkat pengurusan melaksanakan tanggungjawabnya secara telus,berakauntabiliti dan berhemat dari segi pengambilan keputusan dan penyampaian hasil

Stuktur,budaya,dasar dan strategi serta tatacara mereka berurusan dengan pelbagai pihak yang berkepentingan

Proses bagaimana agensi awam diarah,dikawal dan dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan objektif yang ditetapkan

Objektif Tadbir Urus Yang Baik Untuk menyemai dan meningkatkan keyakinan rakyat terhadap keupayaan kerajaan dalam melaksanakan dasar yang telah diamanahkan

Untuk mengekalkan akauntabiliti di dalam sistem penyampaian awam

Ciri-Ciri Tadbir Urus Negara Yang Baik

Dari segi prestasi-perkhidmatan secara cekap dan berkesan seperti yang diharapkan oleh stakeholders di samping memastikan value for money dan pengurangan pembaziran sumber dana

Pematuhan-setiap agensi mematuhi undang-undang,peraturan,piawaian yang diguna pakai dan harapan masyarakat terhadap amalan kejujuran,akauntabiliti dan integiriti sert kewajipan perkongsian maklumat secara telus

Page 2: Nota Ringkas Pengajian Am Penggal 1 (S4)

4 Prinsip Tadbir Urus Terbaik Integriti-jujur,tatasusila yang tinggi,bertanggungjawab

Akauntabiliti-bertanggungjawab atas semua tindakan dan keputusan

Amanah/stewardship-melakasanakan apa yang diamanahkan

Telus-meyakinkan orang ramai

SISTEM DAN STRUKTUR PENTADBIRAN

Sistem Dan Struktur  Pentadbiran

Malaysia ialah sebuah negara Persekutuan

Persekutuan bermaksud penyatuan beberapa buah negeri yang mempunyai sebuah Kerajaan Persekutuan dan beberapa buah Kerajaan Negeri

Kedua-dua kerajaan menjalankan tugas berdasarkan kuasa Perlembagaan Malaysia

Bidangkuasa Kerajaan Persekutuan

Dari segi pemerintahan,terdapat pembahagiaan kuasa antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri untuk mengelakkan pertindihan kerja dan memudahkan kawalan

Senarai Persekutuan/Kuasa Mentadbir Persekutuan

Hal ehwal luar Negara

Pertahanan

Keselamatan dalam Negara

Undang-undang sivil dan jenayah

Pentadbiran keadilan

Kewarganegaraan

Jentera kerajaan

Page 3: Nota Ringkas Pengajian Am Penggal 1 (S4)

Kewangan

Kerja raya dan bekalan kuasa

Perdagangan dan perusahaan

Perkapalan

Perhubungan dan pengangkutan

Pelayaran dan perikanan

Siasatan,kajian dan penyelidikan

Perubatan dan kesihatan

Kebajikan orang asli

Pelajaran

Hari kelepasan am

Perumahan

Pelancongan

Akhbar,terbitan dan penerbit

Pawagam dan tempat hiburan

Perkhidmatan bomba dan penyelamat

Senarai Bersama Kebajikan masyarkat

Biasiswa

Perlindungan binatang dan burung liar

Taman Negara

Penternakan

Perancangan Bandar adan kampung

Kutu rayau dan penjaja beredar

Page 4: Nota Ringkas Pengajian Am Penggal 1 (S4)

Kesihatan awam

Kebersihan dan pencegahan penyakit

Perparitan dan pengairan

Pemulihan tanah lombong

Perkahwinan

Penjagaan anak

Derma

JENTERA PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN

Jentera Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

YDPA

Majlis Raja-Raja

Badan eksekutifkabinet,jabatan perdana menteri,kementerian,perbadanan awam,jabatan

Badan Perundanganparlimen

Badan kehakiman-mahkamah atasan,mahkamah rendah,mahkamah khas

Ketua audit Negara

Suruhanjaya

Page 5: Nota Ringkas Pengajian Am Penggal 1 (S4)

YANG DIPERTUAN AGONG/YDPA

Yang Dipertuan Agong YDPA ialah ketua Negara

Ketua badan perundangan

Ketua badan kehakiman

Ketua badan eksekutif

Memerintah berpandukan undang-undang

Menerintah berpandukan Perlembagaan Persekutuan

Pemilihan YDPA YDPA dipilih oleh Majlis Raja-Raja secara undian

YDPA yang dipilih akan mengangkat sumpah dan menandatangani dokumen sumpah jawatan di hadapan Majlis Raja-Raja dan Ketua Hakim Negara

Majlis Raja-Raja akan istiharkan YDPA yang dipilih melalui Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja kepada Parlimen

Tempoh jadi YDPA ialah selama 5 tahun

YDPA hanya boleh dipecat oleh Majlis Raja-Raja atas sokongan 5/9 raja

YDPA boleh letak jawatan dengan menulis surat kepada Majlis Raja-Raja

Saraannya ditanggung oleh Kumpulan Wang Disatukan

Page 6: Nota Ringkas Pengajian Am Penggal 1 (S4)

Syarat jadi YDPA Raja-raja

Cukup umur

Matang

Waras fikiran

Tidak uzur

Kuasa YDPA (Pentadbiran) YDPA merupakan Raja Berperlembagaan

Kuasa pentadbiran negara di bawah naungan YDPA

YDPA mendapatkan maklumat tentang pentadbiran negara daripada cabinet

YDPA akan memilih dan melantik Perdana Menteri daripada ketua parti politik yang paling banyak menang kerusi parlimen

YDPA melantik timbalan YDPA atas nasihat PM

YDPA melantik ahli kabinet atas nasihat PM

YDPA melantik ahli suruhanjaya atas nasihat PM dan persetujuan Majlis Raja-Raja

YDPA melantik Yang diPertua Negeri atas nasihat PM dan persetujuan Ketua Menteri 

YDPA akan diiringi oleh PM dalam mesyuarat Majlis Raja-Raja

Kuasa YDPA(Perundangan) Memanggil, menangguh dan membubarkan parlimen

Page 7: Nota Ringkas Pengajian Am Penggal 1 (S4)

Memberi  ucapan semasa merasmikan persidangan pertama parlimen

Meluluskan rang undang-undang dengan menyuruh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja mengenakan Cop Mohor Besar (undang-undang akan dikuatkuasakan setelah diwartakan)

Walaupun YDPA tidak mahu meluluskannya, rang undang-undang akan menjadi rang undang-undang selepas 30 hari.

Kuasa YDPA (Kehakiman) Melantik hakim atas nasihat PM selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja, Ketua Hakim Negara, Hakim-hakim Besar, Hakim Mahkamah Persekutuan, Hakim Mahkamah Tinggi

Mempengerusikan Jemaah Pengampunan untuk hukuman di Mahkamah Tentera,Mahkamah Awam di Wilayah Persekutuan, Mahkamah Syariah di Wilayah Persekutuan,Sabah,Sarawak,Pulau Pinang dan Melaka

Kuasa  Pengampunan YDPA untuk

Mahkamah Tentera

Mahkamah Awam di Wilayah Persekutuan

Mahkamah Syariah di Wilayah Persekutuan

Mahkamah Syariah di Sabah

Mahkamah Syariah di Sarawak

Mahkamah Syariah di Pulau Pinang

Mahkamah Syariah di Melaka

Kuasa Budibicara YDPA Melantik PM

Page 8: Nota Ringkas Pengajian Am Penggal 1 (S4)

Bersetuju atau tidak untuk meluluskan permintaan PM untuk membubarkan Parlimen

Memanggil satu mesyuarat Majlis Raja-Raja untuk membincangkan hal ehwal di raja

Had Kuasa YDPA Tidak boleh menjadi raja di negerinya

Tidak boleh memegang jawatan bergaji

Tidak boleh berniaga

Tidak boleh berpolitik

Tidak boleh meninggalkan Malaysia tanpa izin Majlis Raja-Raja lebih daripada 15 hari (lawatan tidak rasmi)

Tidak boleh melakukan kesalahan di dalam Kanun

Keseksaan dan undang-undang di Malaysia  

Jika YDPA Melakukan Kesalahan Kes Sivil Dan Kes Jenayah

Didakwa di Mahkamah Khas Raja-Raja

Izin bertulis Peguam Negara

Sebab-Sebab YDPA Dipecat Tingkah laku tidak baik

Tidak waras

Bagaimana YDPA dipecat Persetujuan Majlis Raja-Raja

Tugas Lain YDPA Melantik  Peguam Negara atas nasihat PM

Page 9: Nota Ringkas Pengajian Am Penggal 1 (S4)

Melantik Ketua Setiausaha Negara atas nasihat PM

Melantik Ketua Polis Negara atas nasihat PM

Melantik Ketua Audit Negara atas nasihat PM selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja

Melantik 44 ahli Dewan Negara

Melantik Yang diPertua Dewan Rakyat

Melantik Yang diPertua Dewan Negara

Menjaga hak istimewa orang Melayu

Menjaga hak istimewa Bumiputera Sabah/Sarawak

Menjaga kepentingan kaum lain

Mengisytiharkan darurat jika negara tidak aman

Menjadi ketua agama Islam di negerinya

Menjadi ketua agama Islam di Wilayah Persekutuan

Menjadi ketua agama Islam di Sabah

Menjadi ketua agama Islam di Sarawak

Menjadi ketua agama Islam di Melaka

Menjadi ketua agama Islam di Pulau Pinang

Pemerintah tertinggi Angkatan Tentera Malaysia

TIMBALAN YANG DIPERTUAN AGONG

Page 10: Nota Ringkas Pengajian Am Penggal 1 (S4)

Pelantikan Timbalan YDPA Dilantik oleh Majlis Raja-Raja

Daripada Raja-Raja Melayu

Sebab-sebab Timbalan YDPA ambil alih tugas YDPA

YDPA gering > 15 hari

YDPA berada di luar negara > 15 hari atas urusan tidak rasmi

Jika YDPA mangkat Timbalan YDPA tidak boleh menjadi YDPA

Pemilihan YDPA yang baharu akan didibuat oleh Majlis Raja-Raja

MAJLIS RAJA-RAJA

Ahli Majlis Raja-Raja Sultan 9 buah negeri beraja

Yang di Pertuan Besar Negeri Sembilan

Yang Dipertua Melaka, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak

Semasa Persidangan Majlis Raja-Raja

YDPA diiringi oleh PM

Raja-Raja Melayu diiringi oleh Menteri Besar

Yang Dipertua Negeri diiringi oleh Ketua Menteri

Wakil raja jika raja tidak dapat hadir

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja

Tugas Majlis Raja-Raja Memilih YDPA dan timbalan YDPA

Page 11: Nota Ringkas Pengajian Am Penggal 1 (S4)

Memecat YDPA dan timbalan YDPA

Membincangkan dasar Negara

Berbincang tentang hal diraja

Mempersetujui undang-undang atau sebaliknya rang undang-undang yang memerlukan persetujuan Majlis Raja-Raja

Mempertimbangkan perkara berkaitan agama islam

Mempertimbangkan perkara berkaitan adat istiadat Melayu

Mempertimbangkan dasar hak istimewa orang Melayu

Mempertimbangkan dasar hak istimewa bumiputera Sabah dan Sarawak

Menjaga kepentingan kaum lain

Pelantikan Yang Perlukan Rundingan Dengan Majlis Raja-Raja

Pelantikan Ketua Negara

Pelantikan Hakim Mahkamah Persekutuan

Pelantikan Hakim Mahkamah Rayuan

Pelantikan Hakim Mahkamah Tinggi

Pelantikan Ketua Audit Negara

Pelantikan Ahli Suruhanjaya

Pelantikan Setiausaha Dewan Rakyat

Pelantikan Setiausaha Dewan Negara

SURUHANJAYA

Tetap

Page 12: Nota Ringkas Pengajian Am Penggal 1 (S4)

Jenis SuruhanjayaKhas

Suruhanjaya Pilihan Raya

Suruhanjaya Perkhidmatan

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia(SUHAKAM)

Suruhanjaya Khas

Suruhanjaya Perkhidmatan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam

Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran

Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Undang-Undang

Suruhanjaya Perkhidmatan Polis

Majlis Angkatan Tentera

Tujuan Suruhanjaya Perkhidmatan

Untuk kesaksamaan dalam hal ehwal pentadbiran awam tanpa pengaruh politik

Pelantikan ahli Suruhanjaya Perkhidmatan

Dilantik oleh YDPA atas nasihat PM dan selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM)

Ketuanya ialah Ketua Pesuruhjaya dan dibantu oleh 3 Timbalan Ketua Pesuruhjaya

Fungsi SPRM Menerima aduan tentang perlakuan kesalahan rasuah

Menyiasat kesalahan rasuah

Mendidik orang ramai untuk menentang rasuah

Mengarah, menasihati dan membantu berkaitan kaedah memerangi rasuah

Page 13: Nota Ringkas Pengajian Am Penggal 1 (S4)

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)

Ditubuhkan untuk selaraskan hal-hal pilihan raya agar pilihan raya dapat dijalankan dengan adil dan saksama

Pelantikan ahli SPR Ahli SPR dilantik oleh SPR selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja

Pemecatan ahli SPR Pemecatan ahli SPR oleh tribunal khas

Ahli SPR Pengerusi

Timbalan Pengerusi

 4-30 orang ahli lain

Fungsi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) terhadap anggota perkhidmatan awam Persekutuan dan Negeri

Pelantikan

Pengesahan jawatan

Kenaikan pangkat

Pertukaran

Tindakan tatatertib

Ahli SPA Pengerusi

Timbalan Pengerusi

4-30 orang lain

Pelantikan Pengerusi dan Timbalan Pengerusi

Dilantik dalam kalangan bekas pegawai perkhidmatan awam yang telah bersara tidak lebih 5 tahun

Tujuan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP)

Memberi perkhidmatan yang adil dan berkesan

Melahirkan guru dan anngota yang selaras dengan

Page 14: Nota Ringkas Pengajian Am Penggal 1 (S4)

matlamat Dasar Pembangunan Nasional dan Dasar

Pendidikan Kebangsaan

Ahli SPPPengerusiTimbalan Pengerusi4-8 ahli lain

Peranan SPP Melantik guru

Mengesahkan jawatan guru

Meletakkan guru pada taraf pencen bagi mereka yang ingin bersara

Menukarkan guru ke daerah dan negeri mengikut keperluan

Mengawal Tatatertib para pendidik

Peranan Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman Dan Undang-Undang

Mengawal tatatertib ahli-ahlinya

Mencadangkan pelantikan ahli

Mencadangkan pertukaran ahli

Ahli SP Kehakiman dan Undang2

Pengerusi SPA

Pendakwa Raya/Peguam Negara

Setiausaha SPA

Beberapa orang ahli atau bekas hakim

Ahli Suruhanjaya Pasukan Polis

Pengerusi – Menteri dalam Negeri

Pegawai Polis sebagai pemerintah umum pasukan

Page 15: Nota Ringkas Pengajian Am Penggal 1 (S4)

polis

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam NegeriWakil SPA

2-6 orang lain

Tugas Suruhanjaya P.PolisMencadangkan pelantikanMencadangkan kenaikan pangkatMencadangkan pertukaran anggota polisMengesahkan jawatan pegawai polisMemasukkan anggota polis ke jawatan tetapmengawal tatatertib dan kelakuan anggota polis

Pelantikan Ketua Polis Negara & Timbalannya

Dilantik oleh YDPA atas nasihat PM

Ahli Majlis Angkatan TenteraPengerusi-Menteri Pertahanan

Wakil YDPA yang dilantik oleh Majlis Raja-Raja

Panglima Angkatan Tenteta Malaysia

2 orang pegawai kanan TLDM

Fungsi Majlis Angkatan Tentera Mengawasi tatatertib angkatan tentera

Mengawasi pentadbiran angkatan tentera

Tujuan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM)

Memberi kesedaran tentang hak asasi manusia

Kuasa SUHAKAM Melindungi hak asasi

Memperjuangkan hak asasi

Melindungi rakyat daripada pencabulan hak asasi manusia

Memajukan ekonomi rakyat

Mewujudkan alam sekitar yang sihat

Page 16: Nota Ringkas Pengajian Am Penggal 1 (S4)

Fungsi SUHAKAM Menasihati kerajaan tentang perundangan

Menasihati kerajaan menyertai triti antarabangsa tentang isu hak asasi manusia

Menyedarkan masyarakat dengan pendidikan tentang hak asasi manusia

Menyiasat aduan tentang pelanggaran hak asasi manusia

Bidangkuasa SUHAKAM Menasihati kerajaan tentang aduan

Mengesyorkan tindakan yang harus diambil

Mengkaji pelanggaran hak asasi manusia

Mengeluarkaan pernyataan awam tentang hak asasi manusia

Melakukan penyelidikan

Memastikan aktiviti hak asasi manusia mematuhi undang-undang   

Anggota SUHAKAM Tidak kurang 20 orang terdiri daripada pelbagai kaum  dan agama

Tempoh berkhidmat selama 2 tahun

Boleh dilantik semula

Pelantikan Pengerusi dilantik oleh YDPA atas syor PM

Timbalannya dipilih dalam kalangan anggota

Sebab Suruhanjaya Khas Diwujudkan secara sementara

Untuk membincangkan masalah yang timbul

Page 17: Nota Ringkas Pengajian Am Penggal 1 (S4)

Mengkaji masalah yang timbul

Mencari jalan penyelesaiannya

Ahli Suruhanjaya Khas Pengerusi 2 orang lain

Contoh Suruhanjaya Khas Suruhanjaya Gaji Aziz

Suruhanjaya Gaji Harun

Suruhanjaya mengkaji penambahbaikan pasukan polis

Suruhanjaya Diraja tentang Gaji dan Syarat

Perkhidmatan bagi Pihak Berkuasa Tempatan dan Pihak Berkuasa Perbadanan

KETUA AUDIT NEGARA

Pelantikan Ketua Audit NegaraDilantik oleh YDPA atas nasihat PM

Berunding dengan Majlis Raja-Raja

Pemecatan Ketua Audit Negara Tidak boleh dipecat kecuali melalui Tribunal Khas

Saraan Ketua Audit Negara Dibuat oleh Parlimen

Peruntukan daripada Kumpulan Wang disatukan

Fungsi Ketua Audit Negara Mengaudit akaun dan aktiviti Kerajaan Persekutuan

Mengaudit akaun dan aktiviti Kerajaan Negeri

Page 18: Nota Ringkas Pengajian Am Penggal 1 (S4)

Mengaudit akaun dan aktiviti badan-badan berkanun

Mengaudit akaun dan aktiviti Kerajaan Tempatan

Mengaudit akaun dan aktiviti Majlis Agama Islam

Memastikan ada akauntabiliti dalam pentadbiran dan pengurusan wang awam

KABINET

Kabinet Atau Jemaah Menteri Ialah badan yang menjalankan kuasa eksekutif YDPA

Pembentukan Kabinet Dibentuk oleh parti yang mendapat kerusi atau undi majoriti di Dewan Rakyat

Pelantikan Kabinet YDPA akan melantik Timbalan PM atas nasihat PM

YDPA akan melantik menteri-menteri atas nasihat PM

Saraan Kabinet Ditetapkan oleh Parlimen

Peruntukan daripada Kumpulan Wang disatukan

Fungsi Kabinet Menentukan dasar negara

Membuat/menggubal dasar kerajaan persekutuan

Memberi arahan agar dasar dilaksanakan

Mengatasi masalah kecemasan yang melibatkan negara  dan rakyat

Pengerusi Ahli-Ahli Kabinet Perdana Menteri

Pelantikan PM Dilantik oleh YDPA

Daripada ahli parti yang mendapat undi majoriti bagi

Page 19: Nota Ringkas Pengajian Am Penggal 1 (S4)

Dewan Rakyat

Pelantikan Ahli Kabinet Dilantik oleh YDPA

Atas nasihat PM

Bilangan Ahli Kabinet Boleh berubah

Ditentukan oleh PM

Mesyuarat Kabinet Pada setiap hari RabuSeminggu sekaliRahsiaTidak direkodkan

Setiausaha Kabinet Ketua Setiausaha Negara

Dia ialah Pegawai pentadbiran utama Jabatan

Perdana Menteri

Dia ialah Ketua Tertinggi Perkhidmatan Awam Persekutuan

Tugas Setiausaha Kabinet Menyediakan agenda mesyuarat Kabinet

Menyediakan minit mesyuarat Kabinet

Menyampaikan keputusan Kabinet kepada badan-badan pelaksana kerajaan

Menjadi penasihat utama kepada Kabinet tentang perkara-perkara perkhidmatan kerajaan

Pelantikan Menteri Dilantik oleh YDPA atas nasihat PM

Daripada ahli Dewan Rakyat

Page 20: Nota Ringkas Pengajian Am Penggal 1 (S4)

Daripada ahli Dewan Negara

Menteri tidak Berfortfolio Menteri yang tiada kementerian sendiri

Ditempatkan di Jabatan Perdana Menteri

Tujuan Mesyuarat Kabinet Membentuk dasar negara

Peranan Ketua Setiausaha Negara, Ketua Jabatan, Ketua Setiausaha

Memberi nasihat membentuk dasar Negara

Membantu kabinet membentuk dasar Negara

Peranan Jawatankuasa Tetap Kabinet

Membantu Kabinet membentuk dasar

Peranan Jawatankuasa Khas Kabinet

Membantu Kabinet membentuk dasar

Mengkaji  perkara atau masalah secara mendalam

Terdiri daripada beberapa orang menteri

Keputusan KabinetMesti disokong oleh semua menteri

Menteri mesti mempertahankan tindakan kerajaan di Parlimen

Ahli-ahli Kabinet bertanggungjawab secara kolektif terhadap segala dasar dan keputusan yang dibuat

Ahli-ahli kabinet bertanggungjawab secara kolektif terhadap Parlimen

Ahli-ahli yang tidak menyokong kena letak jawatan

PEGAWAI TADBIR UTAMA

Page 21: Nota Ringkas Pengajian Am Penggal 1 (S4)

Pegawai Pentadbir Utama Ketua Setiausaha Negara

Ketua tertinggi perkhidmatan awam Persekutuan

Menjadi Setiausaha Kabinet

JABATAN PERDANA MENTERI

Fungsi Jabatan Perdana Menteri (JPM)

Bentuk dasar kerajaan

Menyelaraskan dasar kerajaan

Mengawal kementerian

Mengawal jabatan

Mengawal badan-badan persekutuan

Menguruskan kerja-kerja Majlis Tertinggi

Objektif Jabatan Perdana Menteri

Merancang dasar kerajaan

Menyelaraskan dasar kerajaan

Mengawasi SUHAKAM

Menyelaraskan urusan zakat,wakaf dan haji

Mengawasi pembangunan tanah Persekutuan

Agensi JPM Jabatan Perkhidmatan Awam(JPA)PERDAFELDALUTHMahkamah Syariah WPSPPSUHAKAM

Ketua JPM Perdana Menteri

Page 22: Nota Ringkas Pengajian Am Penggal 1 (S4)

KEMENTERIAN

Kementerian Merupakan agensi pentadbiran negara tertinggi

Fungsi Kementerian Menggubal dasar

Merancang program

Melaksanakan program

Menyelaraskan pelaksanaan dasar

Merancang,mengawal dan menyelaraskan pelaksanaan perkara-perkara di bawah kementerian

Mengawal jabatan dan badan berkanun yang melaksanakan program kementerian

Struktur Kementerian Kementerian dipertanggungjawabkan kepada seorang menteri

Timbalan Menteri Membantu menteri gubal dasar

Membantu menteri merancang program kementerian

Kementerian yang penting seperti Pelajaran dan Kewangan ada 2 orang timbalan menteri

Setiausaha Parlimen Bantu menteri

Dilantik oleh Perdana Menteri

Menerangkan dasar kementerian

Menjawab pertanyaan atas nama menteri di Parlimen

Jenis-jenis Kementerian Kementerian yang beroperasi di peringkat

Page 23: Nota Ringkas Pengajian Am Penggal 1 (S4)

Persekutuan

Kementerian yang beroperasi di peringkat Persekutuan dan cawangan di negeri serta daerah

Sistem Kewangan Kementerian Mengakaun sendiri seperti Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pertahanan kerana kementerian yang besar perbelanjaannya

Akaun diakaun oleh pihak lain seperti Jabatan Akauntan Negara

Akaun akan diaudit oleh Ketua Audit Negara dan dibentangkan di Parlimen

Kementerian Utama Jabatan Perdana Menteri

KETUA SETIAUSAHA NEGARA

Ketua Setiausaha Negara Pegawai pentadbir utama

Fungsi KSN Menjadi penasihat utama kepada PM

Merancang program dan dasar

Mengawal pelaksanaan program dan dasar

Menyelaraskan kegiatan jabatan dengan kementerian

Menyelaraskan kegiatan badan berkanun dengan kementerian

Menjalankan dasar kementerian di semua peringkat,iaitu Persekutuan,Negeri dan Daerah

Menjalankan arahan Menteri

JABATAN

Page 24: Nota Ringkas Pengajian Am Penggal 1 (S4)

Jabatan Agensi di bawah kawalan kementerianAgensi pelaksana kerajaanMelaksanakan dasar kementeriannyaDitubuhkan di peringkat negeri dan daerah

Pegawai Utama Jabatan Dikenali sebagai Ketua Pengarah di peringkat persekutuanDikenali sebagai Pengarah di peringkat negeriDikenali pegawai di peringkat daerah

Pegawai Tadbir Jabatan Dikenali sebagai Pengarah Negeri di peringkat negeriDikenali sebagai Pengarah di peringkat negeriDikenali sebagai Pegawai di peringkat negeri

AGENSI PUSAT

Peranan Agensi Pusat Membantu,menyelaras,mengawal perjalanan agensi pelaksana

Membekalkan personel dan kewangan kepada agensi pelaksana

Contoh Agensi Pusat Perbendaharaan

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)

Unit Perancang Ekonomi (UPE)

Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan (UPP)

Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS)

Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan

Pengurusan Malaysia (MAMPU)

Tugas Perbendaharaan Merumus,merancang dan melaksanakan dasar-dasar kewangan

Page 25: Nota Ringkas Pengajian Am Penggal 1 (S4)

Merumus,merancang dan melaksanakan belanjawan kerajaan

Menganalisis kedudukan ekonomi  negara dan membuat unjuran bagi tujuan perancangan

Menganalisis kedudukan ekonomi  antarabangsa dan membuat unjuran bagi tujuan perancangan

Mendapatkan wang melalui kutipan cukai

Mendapatkan wang melalui pinjaman luar dan dalam negeri

Mengagihkan sumber kewangan kepada agensi kerajaan untuk membangunkan Negara

Menentukan sistem perolehan,penggunaan,pengurusan dan pelupusan barang-barang kepunyaan kerajaan

Memberi perkhidmatan seperti kontrak pusat,pinjaman perumahan dan pinjaman kepada agensi Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri

Menyelia dan menyusun sistem industri insurans

Tugas Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)

Menggubal dasar tentang pengambilan kerja,penamatan kerja,pelantikan,kenaikan pangkat,disiplin dalam perkhidmatan awam

Menggubal dasar gaji,elaun dan pencen sektor awam

Mewujudkan jawatan dalam perkhidmatan awam

Menyelesaikan ketidakpuasan kakitangan kerajaaan tentang gaji

Menyediakan kemudahan latihan untuk kakitangan kerajaan melalui Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN)

Unit Perancang Ekonomi (UPE) Merupakan urus setia bagi Majlis Perancang

Negara,Majlis Perancang dan Pembangunan

Page 26: Nota Ringkas Pengajian Am Penggal 1 (S4)

Negara,Jawatankuasa Pelaburan Asing  dan Panel Ekonomi

Tugas UPE Merancang pembangunan ekonomi Negara

Menyediakan rancangan pembangunan 5 tahun

Memeriksa belanjawan pembangunan tahunan bersama-sama JPA dan Perbendaharaan

Menguruskan bantuan teknikal dan kewangan untuk negara daripada kerajaan asing atau institusi antarabangsa

Menyelaraskan pelbagi projek pembangunan Negara

Menganalisis kedudukan ekonomi negara atau antarabangsa untuk dijadikan asas perancangan pembangunan ekonomi

Memberi khidmat nasihat kepada kerajaan tentang masalah ekonomi Negara

Menjalankan penyelidikan social dan ekonomi apabila perlu

Tugas Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan (UPP)

Menyelaras projek pembangunan Negara

Mengesan pelaksanaan projek pembangunan Negara

Mengawasi agensi dan perbadanan awam seperti MISC,HICOM,PETRONAS,PERNAS supaya selaras dengan DEB,DPN,Dasar Wawasan Negara

Membantu menyelesaikan masalah kontraktor bumiputera dari segi persaraan dan kewangan

Menilai dan menyemak semula dasar dan program pembangunan kerajaan

Merancang dan melaksanakan program atau projek khas kerajaan seperti bekalan elektrik,air,jalan dll

Meningkatkan penyertaan bumiputera dalam perdagangan dan perindustrian melalui skim

Page 27: Nota Ringkas Pengajian Am Penggal 1 (S4)

latihan  dll

Mengawasi pelaksanaan projek pembangunan Semenanjung Malaysia melalui Pejabat Kemajuan Negeri

Mengawasi pelaksanaan projek pembangunan di Sabah dan Sarawak melalui Pejabat Pembangunan Negeri

Mengawasi pelaksanaan projek pembangunan di Pulau Pinang melalui Bahagian Penyelarasan Penyertaan Bumiputera

Tugas Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS)

Menggalakkan kerjasama antara sektor awam dengan swasta

Merancang,menilai,menyelaras,merunding,dan memantau pelaksanaan projek kerjasama awam swasta

Memantau pelaksanaan projek pembangunan koridor pertumbuhan

Tugas Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)

Memodenkan sistem pentadbiran kerajaan

Memberi perkhidmatan perundingan pengurusan kepada organisasi kerajaan