laporan ringkas penggal pertama - news.unimas.my · 1.0 tujuan laporan ini dikemukakan adalah untuk...

12
LAPORAN RINGKAS PENGGAL PERTAMA ORGANISASI: STUDENT ASSOCIATION FACULTY OF ENGINEERING (SAFE) UNIMAS SESI 2016/2017

Upload: others

Post on 31-Aug-2019

40 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: LAPORAN RINGKAS PENGGAL PERTAMA - news.unimas.my · 1.0 TUJUAN Laporan ini dikemukakan adalah untuk mengikuti segala perjalanan aktivti yang disertai, dianjurkan dan dengan kerjasama

LAPORAN RINGKAS PENGGAL

PERTAMA

ORGANISASI:

STUDENT ASSOCIATION FACULTY OF

ENGINEERING (SAFE) UNIMAS SESI

2016/2017

Page 2: LAPORAN RINGKAS PENGGAL PERTAMA - news.unimas.my · 1.0 TUJUAN Laporan ini dikemukakan adalah untuk mengikuti segala perjalanan aktivti yang disertai, dianjurkan dan dengan kerjasama

1.0 TUJUAN

Laporan ini dikemukakan adalah untuk mengikuti segala perjalanan aktivti yang disertai,

dianjurkan dan dengan kerjasama SAFE sesi 2016/2017.

2.0 PENDAHULUAN

SAFE adalah merupakan sebuah organisasi pelajar induk Fakulti Kejuruteraan. Oleh itu,

setiap aktiviti yang dianjurkan dan disertai oleh SAFE adalah untuk kepentingan pelajar-

pelajar Fakulti Kejuruteraan disamping mampu menjadikan ahli-ahli SAFE menjadi lebih

proaktif dalam menangani masalah dan mempunyai sifat kepimpinan yang jitu untuk

memimpin para pelajar kejuruteraan. Selain itu, aktiviti-aktiviti yang disertai juga mampu

merapatkan hubungan silaturahim antara ahli dengan kakitangan dan pelajar Fakulti

Kejuruteraan sekaligus Universiti Malaysia Sarawak dan merupakan platform untuk

menjadikan SAFE UNIMAS sebagai sebuah organisasi yang berdaya saing di serata dunia.

3.0 OBJEKTIF

Antara objektif program-program yang dilaksanakan dan disertai adalah:-

- Meningkatkan daya proaktif para ahli.

- Meningkatkan kebolehan interpersonal setiap ahli.

- Menimba ilmu pengetahuan mengenai teknologi semasa kejuruteraan.

- Meningkatkan daya komunikasi para ahli.

- Merapatkan hubungan silaturahim antara ahli dan para kakitangan dan pelajar Fakulti

Kejuruteraan.

Page 3: LAPORAN RINGKAS PENGGAL PERTAMA - news.unimas.my · 1.0 TUJUAN Laporan ini dikemukakan adalah untuk mengikuti segala perjalanan aktivti yang disertai, dianjurkan dan dengan kerjasama

4.0 PROGRAM

HARI ORIENTASI PELAJAR BARU SESI 2016/2017

Program Hari Orientasi Fakulti ini merupakan salah satu aktiviti tahunan untuk pelajar baru

Fakulti Kejuruteraan anjuran Persatuan Pelajar Fakulti Kejuruteraan (SAFE). Hari Orientasi

untuk pelajar masukan September sesi 2016/2017 telah diadakan pada 24 September 2016.

Program ini bermula pada pukul 8:00 pagi dan berakhir pada pukul 3:00 petang. Seramai 450

pelajar ambilan baru Fakulti Kejuruteraan serta 90 AJK telah turun padang bersama-sama

menjayakan program ini.

Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk memberi peluang kepada pelajar untuk

memahami Fakulti Kejuruteraan, kegunaan Persatuan Pelajar Fakulti Kejuruteraan(SAFE)

serta Institute of Engineers Malaysia- Student Association Faculty of Engineering (IEM-

SAFE). Program ini juga diadakan untuk mendedahkan pelajar-pelajar baru Fakulti

Kejuruteraan dengan persekitaran serta peraturan di Fakulti Kejuruteraan UNIMAS. Pelajar

baru juga dapat mengenali rakan dari jabatan lain serta mereka lebih mengetahui selok-belok

kawasan di fakulti. Selain itu, para pelajar juga berpeluang merapatkan hubungan silaturahim

antara satu sama lain serta ahli jawatankuasa SAFE dan juga IEM-SAFE.

Dengan itu, program ini telah dijadikan acara tahunan di dalam kalender aktiviti Fakulti

Kejuruteraan anjuran SAFE dan IEM-SAFE.

Page 4: LAPORAN RINGKAS PENGGAL PERTAMA - news.unimas.my · 1.0 TUJUAN Laporan ini dikemukakan adalah untuk mengikuti segala perjalanan aktivti yang disertai, dianjurkan dan dengan kerjasama

Sesi ‘Refreshment’ diketuai oleh fasilitator

Sesi ‘Refreshment’ diketuai oleh fasilitator

Page 5: LAPORAN RINGKAS PENGGAL PERTAMA - news.unimas.my · 1.0 TUJUAN Laporan ini dikemukakan adalah untuk mengikuti segala perjalanan aktivti yang disertai, dianjurkan dan dengan kerjasama

Sesi perkongsian

Page 6: LAPORAN RINGKAS PENGGAL PERTAMA - news.unimas.my · 1.0 TUJUAN Laporan ini dikemukakan adalah untuk mengikuti segala perjalanan aktivti yang disertai, dianjurkan dan dengan kerjasama

MINGGU KEJURUTERAAN 2016/2017

Minggu Kejuruteraan adalah acara tahunan yang dianjurkan oleh IEM-SAFE UNIMAS

Seksyen Pelajar. Acara ini julung kali dianjurkan pada tahun 2011 bersempena dengan

sambutan Minggu Kejuruteraan Kebangsaan yang dianjurkan oleh Institut Jurutera Malaysia

(IEM).

Acara ini merupakan satu usaha untuk memperkenalkan IEM-SAFE UNIMAS Seksyen

Pelajar kepada masyarakat khususnya pelajar, kakitangan dan pensyarah UNIMAS. Acara ini

juga kerjasama antara Fakulti Kejuruteraan UNIMAS, IEM Cawangan Sarawak dan IEM G

& S Cawangan Sarawak. Kerjasama ini adalah satu platform utama untuk membawa pelajar-

pelajar Fakulti Kejuruteraan lebih dekat dengan industri atau organisasi di luar.

Bengkel Robotik

Page 7: LAPORAN RINGKAS PENGGAL PERTAMA - news.unimas.my · 1.0 TUJUAN Laporan ini dikemukakan adalah untuk mengikuti segala perjalanan aktivti yang disertai, dianjurkan dan dengan kerjasama

Bengkel ‘RC Flying’

‘Autoshow’

Page 8: LAPORAN RINGKAS PENGGAL PERTAMA - news.unimas.my · 1.0 TUJUAN Laporan ini dikemukakan adalah untuk mengikuti segala perjalanan aktivti yang disertai, dianjurkan dan dengan kerjasama

LATIHAN DAN KESEDARAN INDUSTRI PROGRAM 2.0

Program Kesedaran Latihan dan Perindustrian (TRIA) berfungsi sebagai memberi

pendedahan awal kepada pelajar menengah rendah terhadap pendidikan teknik vokasional

dan latihan (TVET), yang telah menjadi satu tumpuan bagi negeri ini. Program ini adalah

untuk membiasakan pelajar dengan konsep "Engineering Land".

Program ini juga dijalankan dengan kerjasama dengan universiti-universiti di seluruh

Sarawak seperti Universiti Malaysia Sarawak, Universiti Swinburne, Politektik Kuching dan

Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu.

Peserta TRIA menunjukkan cenderamata yang diterima dari FSTS

Page 9: LAPORAN RINGKAS PENGGAL PERTAMA - news.unimas.my · 1.0 TUJUAN Laporan ini dikemukakan adalah untuk mengikuti segala perjalanan aktivti yang disertai, dianjurkan dan dengan kerjasama

Sesi pengenalan

Demo kepada peserta TRIA

Page 10: LAPORAN RINGKAS PENGGAL PERTAMA - news.unimas.my · 1.0 TUJUAN Laporan ini dikemukakan adalah untuk mengikuti segala perjalanan aktivti yang disertai, dianjurkan dan dengan kerjasama

PERSIDANGAN KEJURUTERAAN 2016

Persidangan Antarabangsa UNIMAS STEM Engineering 2016 (EnCon2016) diadakan pada

26 sehingga 28 Oktober, 2016 yang bertempat di Hotel Riverside Majestic, Kuching,

Sarawak. Dengan bertemakan ' Cabaran dan penyelesaian inovatif untuk kejuruteraan dan

teknologi', persidangan ini telah berjaya dilaksanakan dan telah mendapat penyertaan

daripada serata tempat. Objektif persidangan tersebut adalah untuk menyediakan platform

untuk para penyelidik, ahli akademik, jurutera, profesional industri dan pelajar siswazah

untuk berkongsi pengalaman dan penemuan mereka terutamanya mengenai penyelesaian

untuk kejuruteraan dan cabaran teknologi. Selain itu, acara ini menggalakkan dan

meningkatkan peluang rangkaian di kalangan peserta dari pelbagai latar belakang dalam

bidang kejuruteraan dan teknologi. Malah, para perserta persidangan ini boleh menambah

pengetahuan mengenai kejuruteraan dan teknologi dengan berkongsi idea dan kemajuan

teknologi terkini dan penyelesaian yang inovatif.

Krew I-Steex bersama Naib Canselor UNIMAS, Prof Dato’ Dr Mohamad Kadim Bin Suaidi

Page 11: LAPORAN RINGKAS PENGGAL PERTAMA - news.unimas.my · 1.0 TUJUAN Laporan ini dikemukakan adalah untuk mengikuti segala perjalanan aktivti yang disertai, dianjurkan dan dengan kerjasama

Krew I-Steex bersama Timbalan Naib Canselor UNIMAS, Prof Mohd Fadzil Abd Rahman

Antara barisan krew yang menjayakan I-Steex

Page 12: LAPORAN RINGKAS PENGGAL PERTAMA - news.unimas.my · 1.0 TUJUAN Laporan ini dikemukakan adalah untuk mengikuti segala perjalanan aktivti yang disertai, dianjurkan dan dengan kerjasama

5.0 PENUTUP

Secara keseluruhannya, program-program yang dilaksanakan mahupun disertai oleh SAFE

sesi 2016/2017 memberi impak yang positif bukan sahaja kepada ahli malahan kepada para

pelajar dan juga kakitangan Fakulti Kejuruteraan, UNIMAS.

Disediakan oleh,

………………………………………………………….

(MUHAMMAD ‘IZZUDDIN BIN ABDUL WAHID)

Setiausaha,

Student Association Faculty of Engineering (SAFE)

Sesi 2016/2017,

[email protected]

014-9513949