nota prm 3102 - apresiasi muzik - prasekolah.docx

10
APRESIASI MUZIK DALAM PERGERAKAN KREATIF Pergerakan ialah interpretasi idea, perasaan serta tanggapan deria yang dilahirkan secara simbolik melalui perlakuan atau aksi individu yang boleh berlaku secara spontan, automatis dan terurus (melibatkan perancangan yang lebih tersusun) melalui postur, gerak isyarat dan pelbagai pergerakan badan. Bentuk perhubungan kita yang pertama adalah melalui pergerakan (biarpun semasa dalam kandungan). Setiap kanak-kanak merupakan individu yang unik dan mempunyai cara mereka yang tersendiri untuk melahirkan perasaan melalui pergerakan. Pergerakan adalah satu kaedah untuk melahirkan perasaan-perasaan. Yardley (1973) menunjukkan bahawa pergerakan adalah cara utama untuk mengeluarkan perasaan-perasaan yang bersemadi dalam jiwa kanak-kanak dan penggunaan pergerakan ini berterusan walaupun selepas kanak-kanak sudah mencapai kemajuan dalam kemahiran bercakap. Beliau juga menegaskan bahawa pergerakan fizikal dapat menjadi media untuk melahirkan emosi dengan lebih berkesan daripada pengucapan kata-kata. Kerap kali ekspresi perasaan seseorang individu melalui pergerakan fizikal adalah tidak kreatif dan dilakukan bukan secara sedar tetapi spontan dan membayangkan perasaan peribadi individu tersebut. Fleming (1976) telah mengemukakan bahawa pergerakan kanak-kanak mempunyai ciri-ciri yang sama. Kedua-dua gejala ini tidak boleh dipisahkan. Ia menyatakan bahawa Pergerakan merupakan perantaraan sejagat bagi kanak-kanak lelaki dan perempuan yang menggunakannya untuk melahirkan reaksi kepada kita, sesama mereka sendiri, alam, keadaan dan objek (m.s. 4). Respon kepada muzik merupakan pelengkap kepada pelbagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah kerana dalam dunia kank- kanak, muzik dan gerakan tidak boleh dipisahkan. Ia adalah sifat semulajadi kanak- kanak yang memang suka bergerak. Definisi Pergerakan Kreatif Kreativiti merupakan satu konsep penting dalam pendidikan kanak-kanak daripada pelbagai kelompok umur. Kanak-kanak mempunyai sifat ingin tahu dan imaginatif serta tidak mudah untuk dihalang daripada melahirkan perasaan (dalam bentuk pergerakan). Ciri-ciri ini (ingin tahu, imaginatif dan melahirkan perasaan) dijadikan sebagai asas untuk menyediakan pengalaman-pengalaman pergerakan yang akan membantu mereka memperkembangkan sifat-sifat keindividuan mereka yang unik.

Upload: ellychia-ason

Post on 01-Jan-2016

580 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

nota

TRANSCRIPT

Page 1: NOTA PRM 3102 - APRESIASI MUZIK - PRASEKOLAH.docx

APRESIASI MUZIK DALAM PERGERAKAN KREATIF

Pergerakan ialah interpretasi idea, perasaan serta tanggapan deria yang

dilahirkan secara simbolik melalui perlakuan atau aksi individu yang boleh berlaku

secara spontan, automatis dan terurus (melibatkan perancangan yang lebih tersusun)

melalui postur, gerak isyarat dan pelbagai pergerakan badan.

Bentuk perhubungan kita yang pertama adalah melalui pergerakan (biarpun

semasa dalam kandungan). Setiap kanak-kanak merupakan individu yang unik dan

mempunyai cara mereka yang tersendiri untuk melahirkan perasaan melalui pergerakan.

Pergerakan adalah satu kaedah untuk melahirkan perasaan-perasaan. Yardley

(1973) menunjukkan bahawa pergerakan adalah cara utama untuk mengeluarkan

perasaan-perasaan yang bersemadi dalam jiwa kanak-kanak dan penggunaan

pergerakan ini berterusan walaupun selepas kanak-kanak sudah mencapai kemajuan

dalam kemahiran bercakap. Beliau juga menegaskan bahawa pergerakan fizikal dapat

menjadi media untuk melahirkan emosi dengan lebih berkesan daripada pengucapan

kata-kata. Kerap kali ekspresi perasaan seseorang individu melalui pergerakan fizikal

adalah tidak kreatif dan dilakukan bukan secara sedar tetapi spontan dan

membayangkan perasaan peribadi individu tersebut.

Fleming (1976) telah mengemukakan bahawa pergerakan kanak-kanak

mempunyai ciri-ciri yang sama. Kedua-dua gejala ini tidak boleh dipisahkan. Ia

menyatakan bahawa “Pergerakan merupakan perantaraan sejagat bagi kanak-kanak

lelaki dan perempuan yang menggunakannya untuk melahirkan reaksi kepada kita,

sesama mereka sendiri, alam, keadaan dan objek” (m.s. 4). Respon kepada muzik

merupakan pelengkap kepada pelbagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran di bilik

darjah kerana dalam dunia kank-kanak, muzik dan gerakan tidak boleh dipisahkan. Ia

adalah sifat semulajadi kanak-kanak yang memang suka bergerak.

Definisi Pergerakan Kreatif

Kreativiti merupakan satu konsep penting dalam pendidikan kanak-kanak

daripada pelbagai kelompok umur. Kanak-kanak mempunyai sifat ingin tahu dan

imaginatif serta tidak mudah untuk dihalang daripada melahirkan perasaan (dalam

Page 2: NOTA PRM 3102 - APRESIASI MUZIK - PRASEKOLAH.docx

bentuk pergerakan). Ciri-ciri ini (ingin tahu, imaginatif dan melahirkan perasaan)

dijadikan sebagai asas untuk menyediakan pengalaman-pengalaman pergerakan yang

akan membantu mereka memperkembangkan sifat-sifat keindividuan mereka yang unik.

Pergerakan kreatif merupakan satu bentuk pernyataan kendiri yang unik. Dengan

lain perkataan, setiap individu menggunakan pergerakan berirama untuk melahirkan

pemikiran, idea atau perasaannya. Tujuannya antara lain ialah untuk berhubung.

Komponen pergerakan kreatif terdiri daripada badan, ruang, masa dan daya (atau

tenaga). Pergerakan kreatif adalah interpretasi idea, perasaan serta tanggapan deria

yang dilahirkan secara simbolik melalui pergerakan (Salmah Ayob, 1992). Pergerakan

kreatif bukanlah satu siri “langkah” atau “rutin” yang diajar dan dikenakan kepada

pelajar oleh guru. Dunkin (1998) menyatakan bahawa,

Apabila memperkatakan tentang pergerakan kreatif, bagi setengah orang akan

membayangkan di fikiran mereka gambaran penari-penari yang menari mengikut rentak

muzik dengan menggunakan selendang atau sebagainya. Pada hakikatnya, pergerakan

kreatif adalah lebih dari itu kerana ia merupakan satu proses penyelidikan yang

memerlukan pertimbangan dan persediaan yang secukupnya seperti yang dilakukan

terhadap kursus geraktari yang lain. (m.s.31)

Pergerakan kreatif mendedahkan hubungan-hubungan antara dalaman

kendiri dan realiti luaran. Ia mempertajamkan daya persepsi dan membuat

manusia lebih peka terhadap apa yang mereka dengar, rasa dan lihat. Peranan

pergerakan kreatifadalah untuk mendedahkan kanak-kanak kepada pelbagai bentuk

pergerakan yang berunsur seni. Pendidikan bentuk ini membolehkan kanak-kanak

menggunakan gerak geri anggota sebagai media untuk melahirkan perasaan dalaman,

mengintegrasikan motor dan kognitif, meninjau hubungan antara personaliti dengan

pergerakan dan meneroka batas-batas tradisi yang menjadi ciri-ciri dalam proses

pendidikan muzik.

Pergerakan kreatif dapat memenuhi dan membantu mencapai matlamat-

matlamat perkembangan individu, membantu membina tubuh badan, meransang daya

imaginasi dan mencabar keupayaan intelek, membantu menyemai apresiasi terhadap

keindahan dan memantap serta memperhaluskan sifat-sifat emosi.

Pertimbangan Penting Dalam Pergerakan Kreatif

Dalam kebanyakkan budaya, aktiviti-aktiviti geraktari merupakan sebagai suatu

bentuk seni dan rekreasi. Ia terus memainkan peranan penting dalam masyarakat.

Dalam kurikulum pendidikan di sekolah, aktiviti-aktiviti pergerakan adalah penting dalam

membina keupayaan mengawal gerak-geri fizikal dan sebagai landasan untuk

melahirkan perasaan dalaman serta daya kreativiti. Kanak-kanak pada umumnya

Page 3: NOTA PRM 3102 - APRESIASI MUZIK - PRASEKOLAH.docx

mempunyai minat semulajadi terhadap rentak irama dan pergerakan mereka sering

memperlihatkan unsur-unsur dan gaya berirama. Bagaimana kualiti-kualiti tersebut

dapat dimantapkan dengan lebih intensif lagi bergantunglah kepada sejauh mana

kesempatan diberikan kepada kanak-kanak untuk membolehkan mereka melahirkan

citarasa mereka melalui aktiviti pergerakan.

Beberapa pertimbangan penting perlu diberi tumpuan dalam pengajaran dan

pembelajaran pergerakan kreatif. Pertimbangan-pertimbangan tersebut adalah seperti

berikut :

a) Tubuh badan sebagai alat mencurahkan perasaan dan idea.

Penggunaan tubuh badan sebagai alat mencurahkan perasaan dan idea adalah konsep

penting dalam pergerakan kreatif.

b) Penggunaan bahan Rangsangan.

Bahan ransangan seperti muzik, suara, gambar, reka bentuk atau grafik, lukisan, riben

dan apa sahaja objek yang digunakan untuk memperkembangkan daya imaginasi murid.

Jika bahan rangsangan yang bersesuaian, menarik dan berkesan digunakan untuk

sesuatu peringkat usia dan jantina yang dipilih, maka adalah mudah bagi murid memberi

tindak balas untuk sesuatu pergerakan kreatif.

c) Daya Cipta Kreatif.

Kebebasan dalam mencurah atau melahirkan perasaan dan idea menggalakkan daya

cipta kreativiti. Tindak balas yang berbeza dalam setiapbentuk pergerakan terhadap

rangsangan yang diberikan menunjukkan daya cipta kreatif. Ini dapat dilihat dalam jenis-

jenis pergerakan yang ditunjukkan.

d) Kesedaran Ritma.

Kesedaran ritma dicapai melalui rangsangan bunyi atau suara. Tetapi ritma semulajadi

dalam pergerakan adalah satu daya kreatif.

e) Semangat Berkumpulan.

Aspek perkaitan atau perhubungan di antara satu sama lain adalah satu konsep penting

dalam pergerakan kreatif terutama perkaitan antara seorang individu dengan pasangan

atau kumpulannya. Selain daripada kedudukan dan bentuk fizikal, perkaitan ini dilihat

dalam bentuk pengucapan atau luahan perasaan dengan semangat berkumpulan

semasa melakukan pergerakan.

f) Olahan Kreatif

Page 4: NOTA PRM 3102 - APRESIASI MUZIK - PRASEKOLAH.docx

Pergerakan kreatif yang terancang (koreagraf) yang dihasilkan bersama-sama oleh

murid-murid dalam satu kumpulan, bertindak sebagai komunikasi idea individual.

Rangkaian pergerakan yang dihasilkan merupakan olahan kreatif berasaskan sesuatu

tema atau sub tema sangat diberi tumpuan. Olahan kreatif ini dapat dipersembahkan

secara individu atau berkumpulan.

g) Persembahan dan Penilaian.

Dalam pengajaran dan pembelajaran pergerakan kreatif, persembahan dan penilaian

pergerakan atau olahan kreatif digalakkan. Kedua-dua aktiviti merupakan tugasan yang

diberi oleh guru. Pemerhatian aktif untuk penilaian atau refleksi atau kritik sangat

digalakkan di mana murid dikehendaki memerhati atau menilai sesuatu untuk

penambahbaikan.

Penerokaan Bunyi

Pergerakan kreatif pada umumnya adalah berkaitan dengan ekspresi idea,

perasaan, emosi dapat disalurkan kepada murid dalam aktiviti berbentuk permainan.

Semasa bermain murid berasa bebas untuk terlibat mengikut cara mereka tersendiri,

menginterpretasi tugasan yang diberi mengikut kefahaman mereka sendiri dan memberi

peluang kepada mereka mencuba langkah-langkah yang boleh mereka fikirkan tanpa

batasan dan had yang ditetapkan oleh guru. Pergerakan kreatif memberikan kebebasan

menggunakan anggota badan dengan memanipulasikan pengalaman sedia ada untuk

meluahkan perasaan. Ia boleh dilakukan di mana sahaja. Seterusnya ia dapat

meningkatkan tahap kesediaan murid dengan mempertingkatkan tahap interpretasi

ritma dan kordinasi anggota badan.

Iringan Untuk Aktiviti Pergerakan Kreatif

Ada pelbagai jenis iringan yang boleh digunakan untuk aktiviti-aktiviti pergerakan

kreatif. Muzik merupakan jenis iringan yang pertama biaanya digunakan dalam aktiviti

tersebut. Muzik daripada bahan-bahan multimedia seperti audio cd/vcd/dvd, rakaman

kaset adalah mudah diperolehi. Anda seharusnya mendengar terlebih dahulu semua

muzik dan membuat keputusan sama ada muzik-muzik yang didengari itu sesuai atau

tidak untuk digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran yang telah dirancang.

Muzik popular merupakan satu lagi sumber untuk iringan. Biasanya muzik

instrumental adalah lebih sesuai, walaubagaimanapun sesetengah lagu berserta lirik

juga sesuai. Harp, gamelan, loceng, alat-alat muzik yang menggunakan arus angin dan

alat-alat lain, menawarkan latar belakang muzik yang menarik untuk

menciptapergerakan kreatif.

Page 5: NOTA PRM 3102 - APRESIASI MUZIK - PRASEKOLAH.docx

Muzik tradisional di Malaysia juga boleh dijadikan muzik itingan untuk aktiviti-

aktiviti pergerakan kreatif. Kebanyakkan daripada muzik tradisional itu mempunyai

rentak yang sederhana dan baik disamping memperkenalkan muzik Malaysia kepada

murid-murid.

Iringan alat-alat muzik paluan termasuk gendang, alat-alat perkusi, tepukan atau

sebarang alat yang mengeluarkan bunyi apabila dipalu juga biasa digunakan dalam

aktiviti pergerakan kreatif. Alat-alat ini juga boleh dihasilkan sendiri oleh murid-murid

dengan menggunakan bahan-bahan terbuang seperti kayu, tin-tin kosong, bekas-bekas

plastik dan sebagainya. Pemilihan iringan seharusnya menarik dan boleh mewujudkan

suasana menggembirakan di dalam kelas.

Props dan Penggunaan Rangsangan-rangsangan Lain Dalam Pergerakan

Kreatif

Penggunaan props adalah satu cara yang baik untuk memperkenalkan

pergerakan kreatif kepada murid-murid. Props mencakupi objek-objek yang boleh

diuruskan dan dimanipulasi oleh seseorang individu atau sesuatu kumpulan. Uncang-

uncang kacang, skaf, reben, gelang rotan, belon dan sebagainya adalah beberapa contoh

props yang boleh digunakan untuk membentuk pola-pola pergerakan yang menarik selari

dengan penggunaan ruang. Dengan menggunakan props, murid-murid akan mempelajari

cara-ara memanipulasikan props dan menjalin hubungan dengannya dan juga

kepadanya.

Deria-deria penglihatan, sentuhan, bau, rasa dan pendengaran dapat memberi

rangsangan-rangsangan yang boleh dijadikan asas untuk aktiviti kreatif. Rangsangan

ideasional dan emosional juga menjadi saluran-saluran untuk pernyataan kreatif. Alam

semulajadi dan persekitaran; mud dan emosi; hubungan manusia, peristiwa-peristiwa

bersejarah, legenda atau peristiwa-peristiwa semasa dan juga sastera boleh bertindak

sebagai rangsangan untuk pergerakan. Aktiviti pergerakan menyeluruh boleh dibentuk

berdasarkan perasaan riang, sedih, marah, takut atau emosi-emosi lain.

Carta, simbol dan gambarajah juga boleh digunakan untuk mengorganisasikan

pergerakan kreatif. Simbol-simbol bertulis dan juga corak-corak merupakan satu lagi

rangsangan untuk memperkembangkan lagi idea pergerakan kreatif. Bahasa, baik dalam

bentuk bertulis mahupun lisan, mengandungi ritma dan emosi yang boleh digunakan

sebagai rangsangan untuk aktiviti pergerakan kreatif. Rima kanak-kanak, puisi, lagu-lagu

rakyat dan kata-kata boleh digabungkan ke dalam pengajaran dan pembelajaran

pergerakan kreatif. Semuanya berdasarkan kreativiti guru untuk mengolahkannya

menjadi satu pergerakan yang menarik.

MUZIK DENGAN PERGERAKAN

Page 6: NOTA PRM 3102 - APRESIASI MUZIK - PRASEKOLAH.docx

Muzik dengan pergerakan memberi peluang kepada murid menggunakan tubuh

badan sebagai respon kepada muzik. Kegiatan dalam bidang ini mementingkan

kesedaran penggunaan semua anggota badan untuk melhirkan ekspresi diri melalui

ransangan muzik yang didengar sambil memahami konsep muzik khususnya irama dan

ekspresi. Pergerakan dapat diperindahkan dan menjadi lebih menyeronokkan jika diiringi

dengan alunan muzik. Proses pergerakan tersebut dapat meningkatkan lagi kepekaan,

daya imaginasi dan kreativiti murid untuk mencapai pembelajaran yang optimum,

menyeluruh dan menyeronokkan.

Muzik merupakan satu cabang untuk perkembangan karier individu. Sebagaimana

muzik begitu juga dengan tarian. Di samping itu tarian etnik, tarian tradisioal, tarian

istana mahupun tarian kreatif menggunakan muzik bagi mengiringi jenis-jenis tarian

tersebut. Oleh yang demikian semestinya tujuan murni ini dipastikan pelaksanaannya di

sekolah-sekolah di Malaysia sebagai cabang kerjaya kelak.

Pergerakan-pergerakan Asas

Pergerakan merangkumi gerak laku lokomotor dan bukan lokomotor.

Pergerakanpergerakan bukan lokomotor dilakukan setempat dan tumpuan diberi kepada

keseluruhan tubuh badan, iaitu :

Membongkok - menggerakkan bahagian badan ke depan supaya menghadap ke

lantai.

Meregang - pemgembangan penuh sebarang bahagian badan.

Memulas - sesuatu bahagian badan bergerak dengan memusing mengelilingi satu

pusat (berputar).

Berpusing - seluruh badan bergerak mengelilingi satu pusat (berkisar ke kiri, ke

kanan, ke depan dan ke belakang).

Menaik - menaikkan badan dari tempat (posisi) yang rendah ke tempat yang

tinggi (contohnya daripada posisi baring di atas lantai kepada dudk dan

seterusnya berdiri).

Merebah - menurunkan badan dari tempat yang tinggi kepada tempat yang

rendah.

Menghayun - menggerakkan satu bahagian tubuh badan dalam bentuk bulatan.

Satu daripada tujuan program muzik dengan pergerakan di pra sekolah ialah untuk

membantu kanak-kanak membina kemahiran asas pergerakan. Antara kemahiran yang

perlu diajar kepada mereka adalah kemahiran lokomotor. Kemahiran ini membolehkan

mereka bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. Pergerakanpergerakan

lokomotor dilakukan dengan cara menggerak dan membawa badan melalui ruang dari

suatu tempat ke suatu tempat yang lain. Contoh-contoh pergerakan lokomotor ialah :

Page 7: NOTA PRM 3102 - APRESIASI MUZIK - PRASEKOLAH.docx

Berjalan - pergerakan badan yang menunjukkan arah dengan memindahkan berat

badan dari satu kaki ke satu kaki yang lain. Langkahnya adalah lebih perlahan

dari berlari.

Berlari - pergerakan badan yang menunjukkan arah, maju dengan langkah yang

lebih cepat dari berjalan.

Meloncat / Melonjak - lanjutan dari pergerakan berlari.

Melompat - melonjak dan mendarat dengan dua belah kaki.

Berskip - pergerakan badan yang menunjukkan arah atau haluan. Mula

melangkah dan meloncat dengan menggunakan kaki yang sama. (Melangkah dan

melompat dengan kaki kanan, selepas itu teruskan melangkah dan melompat

dengan kaki kiri). Teruskan pergerakan dengan menyelang-nyelikan kaki kiri dan

kanan. Ini akan menghasilkan ritma yang tidak sama.

Bergalop - kaki ke depan dengan pola kaki langkah bersama. Kaki yang sama

mendahului setiap pola pergerakan dan diikuti dengan kaki yang satu lagi. Ini

menghasilkan satu ritma yang tidak sama.

Kedua-dua jenis pergerakan asas di atas boleh dikombinasikan dengan

kedudukan badan pada aras tinggi, rendah atau pertengahan untuk menunjukkan

pertukaran berat-ringan dan tinggi-rendah bunyi dan kontur bunyi. Pergerakan bukan

lokomotor dan lokomotor juga merupakan asas kepada pergerakan kreatif di mana

kanakkanak dapat memanfaatkan penggunaan otot kasar dan otot halus dalam

melakukan sesuatu aktiviti-aktiviti pergerakan. Otot-otot kasar dan otot halus perlu

diperkembangkan dan dimatangkan terlebih dahulu untuk meningkatkan tahap

kesediaan kanak-kanak. Melalui pergerakan, kanak-kanak belajar bergerak, berfikir dan

merasai sesuatu secara langsung. Mereka akan belajar pelbagai domain iaitu psikomotor,

kognitif dan efektif. Melalui akitviti ini juga mereka akan dapat mempelajari tentang diri

sendiri, iaitu:

Apa yang mampu dilakukannya ?

Bagaimana seseorang itu boleh mengawal diri ?

Bagaimana kita dapat mengawal sesuatu yang berada di sekeliling kita ?

Bagaimana kita dapat menyesuaikan dan menghubungkan diri kita dengan

alam sekitar (ruang manusia dan lain-lain yang bernyawa dan tidak

bernyawa) ?; dan

Bagaimana kita dapat melahirkan perasaan dan idea?

Page 8: NOTA PRM 3102 - APRESIASI MUZIK - PRASEKOLAH.docx

TIP PERGERAKAN

SOALAN BERIKUT BOLEH MEMBANTU MERANCANG PERGERAKAN

KREATIF

1. Apakah yang patut digerakkan ?

2. Ke mana badan atau bahagian badan dapat digerakkan ?

3. Dengan siapa melakukan aktiviti ini ?

4. Dengan apa anda menggerakkan anggota badan anda?

5. Bagaimana bahagian badan anda boleh bergerak ?

Jenis-jenis Pergerakan

Berjalan Berpusar Bergalop Buat bulatan Berguling

Berlari Berayun Membengkok Memantul Skip

Meluncur Menggelonsor Mengusap Merayap Ketingting

Menarik Tepuk tangan Petik jari Meregang Merangkak

Bergolek Mengetuk Menolak Melompat Menghayun

Berbuai-buai

Eurhythmics

“Eurhythmics” telah diperkenalkan oleh seorang pendidik muzik yang terkenal

Emile Jaques-Dalcroze. Beliau telah memperkenalkan satu pandangan yang unik dalam

pendidikan muzik pada zamannya iaitu muzik adalah berasaskan irama yang boleh

didapati daripada irama semulajadi tubuh badan manusia.

Asas pendekatan eurhythmics ialah untuk menghayati ritma melalui pergerakan

badan. Denyutan jantung dan pernafasan manusia merupakan ritma semulajadi

manusia. Kanak-kanak akan bertindak balas terhadap muzik melalui pergerakan badan

iaitu menepuk dan menari. Pergerakan ritma secara semulajadi merupakan satu kaedah

asas dalam kelas permulaan pembelajaran eurhythmics. Mengikut Dalcroze, guru-guru

tidak boleh mempelajari kaedah muzikal dari buku-buku dan skor muzik. Penglibatan diri

dalam kelas-kelas latihan adalah satu cara yang paling berkesan untuk mempelajari

kaedah muzikal. Sambutan terhadap muzik dan kebolehan untuk melahirkan perasaan

dalam muzik tidak boleh dipelajari melalui buku. Pengalaman muzik itu adalah sangat

penting seperti mana seseorang kanak-kanak belajar merangkak dan kemudiannya

dapat berjalan.

Eurthythmics bermula dengan pergerakan spesifik dan biasa iaitu skip, berlari,

berjalan, menghayun dan sebagainya. Dalam aspek eurthythmics, kita boleh

menggalakkan individu untuk bertindak balas kepada kedua-dua ritma dan dinamik.

Page 9: NOTA PRM 3102 - APRESIASI MUZIK - PRASEKOLAH.docx

Setiap konsep ini bergantung sepenuhnya pada pergerakan dan kekuatan tubuh badan.

Pertukaran dalam tempo dan dinamik boleh dilahirkan melalui pergerakan tubuh badan.

Tempo yang mudah ditunjukkan dengan pergerakan badan iaitu cepat dan lambat dan

variasi di antaranya. Tahap dinamik pula boleh dilahirkan melalui badan. ‘Perlahan’ boleh

ditunjukkan dengan pergerakan yang kecil, manakala ‘kuat’ boleh ditunjukkan dengan

pergerakan yang besar. Kedua-dua idea boleh digabungkan dengan pergerakan murid

untuk menunjukkan kedua-dua ‘cepat’ (tempo) dan ‘perlahan’ (dinamik). Dalcroze

bermula dengan konsep yang mudah dan menambahkan konsep-konsep lain ke atas

konsep ini. Kombinasi pelbagai elemen dalam muzik menggalakkan murid melahirkan

konsep secara semulajadi supaya mereka dapat pengalaman apakah sebenarnya muzik.

Mengikut kajian Dalcroze, tahap pembelajaran berkaitan dengan elemen atau

konsep muzik seperti irama, melodi, harmoni, bentuk, tempo dan lain-lain dalam

kalangan murid telah meningkat dan bertambah baik melalui aktiviti pergerakan dengan

muzik. Ia boleh memantapkan persepsi pendengaran (aural) individu untuk

diterjemahkan kepada gerakan yang sesuai dan kreatif yang seterusnya membawa

kepada celik akal dan literasi muzik dalam kalangan murid.

Eurthythmics memerlukan penglibatan individu secara total atau menyeluruh. Ia

melibatkan penyatuan minda, anggota badan serta emosi diri secara menyeluruh di

mana individu perlu :

mendengar

merasai

berimaginasi kuat (strong imagination)

menginterpretasi bunyi

bertindak / respon / bergerak

Untuk membayangkan maksudnya secara luaran. Badan dijadikan alat untuk

mempamerkan interpretasi individu yang melibatkan imaginasi, emosi serta gerakan

badan yang bertindak berpandukan ransangan/stimulus dalam bentuk bunyi, gerak

isyarat (signal), lisan seperti perkataan, ayat, puisi atau sajak, vokal seperti nyanyian

dan juga muzik bunyi-bunyian. Antara perkara penting yang boleh diinterpretasikan ialah

:

lagu yang berasaskan lirik

unsur / konsep muzik contoh; irama, tekanan, detik, sinkopasi, perbezaan

pic, kontur melodi, dinamik, tempo, bentuk, yang terkandung dalam muzik

sedia ada dan darinya jika interpretasinya itu disusunkan secara terurus

boleh menghasilkan satu bentuk koreografi yang kreatif.

Page 10: NOTA PRM 3102 - APRESIASI MUZIK - PRASEKOLAH.docx

Tujuan eurthythmics ialah supaya murid mendengar, menganalisis, menghayati

dan menjadikannya satu cabang muzik. Tubuh badan menjadi satu alat muzik semulajadi

yang paling utama.

Aplikasi Konsep Muzik Dalam Pergerakan

a) Irama

Menepuk patah perkataan atau sukukata dan akhirnya dapat menepuk irama lagu yang

mudah sambil menyanyi.

b) Meter dan tekanan

Gunakan meter lazim dua dan empatan dahulu kemudian meter tigaan. Skip, bergalop

dan hayun untuk meter tak lazim (6/8).

c) Melodi

Gunakan pergerakan tangan atau kedudukan badan untuk menunjukkan bila masanya

bunyi pic lebih tinggi, lebih rendah atau pada kedudukan sama. Kelak dapat ditunjukkan

bunyi tertinggi atau terendah dalam melodi yang mempunyai renj yang lebih luas, juga

dapat menunjukkan kontur melodi menggunakan tangan atau kedudukan badan dalam

pergerakan kreatif.

d) Bentuk

Pergerakan tangan berbentuk arch yang mudah untuk menunjukkan frasa. Kemudian

murid boleh skip dalam bulatan untuk menunjukkan pertukaran arah pada sesuatu frasa

lagu.

e) Harmoni

Dua atau lebih pic dibunyikan serentak untuk menjadi lagu pusingan dapat diilustrasikan

dalam bentuk meniru pergerakan yang terdahulu.

f) Ekspresi

Pergerakan yang menunjukkan dinamik dapat dibuat sebagai berjingkit bila muzik

lembut (soft) dan hentak kaki bila ia kuat. Bergerak cepat dan lambat untuk

menunjukkan perubahan tempo dan pergerakan badan atau mimik muka untuk

menunjukkan mud.

g) Warna ton

Pergerakan dapat dibuat seolah-olah berlagak seperti biola, trumpet atau oboe.

Page 11: NOTA PRM 3102 - APRESIASI MUZIK - PRASEKOLAH.docx

h) Jalinan

Pergerakan seperti susup menyusup dan pembentukan sesuatu bentuk atau fomasi.

Terdapat lima jenis kegiatan pergerakan dengan muzik yang disusun mengikut

perkembangan dari mudah kepada yang kompleks. Kegiatannya adalah seperti berikut :

Gerakan mengikut lirik lagu

Gerakan mengikut konsep muzik

Interpretasi muzik dengan gerakan

Gerakan bebas dengan muzik; dan

Gerakan yang menunjukkan cerita atau tema dengan muzik

RUMUSAN MUZIK DENGAN GERAKAN !!!