nota pim3143

64
Tajuk 3 SEMBELIHAN DALAM ISLAM Pengenalan Sembelihan Dalam Islam 3.0 SINOPSIS Dalam unit ini, beberapa aspek penting disentuh untuk perbincangan, khususnya mengenai Konsep, Definisi dan Hukum, Rukun dan Alat Sembelihan, Hikmah Sembelihan Cara Islam dan Isu-Isu Semasa berkaitan Sembelihan. 3.1 HASIL PEMBELAJARAN 3.1.1 Menjelaskan perkara-perkara asas berkaitan sembelihan yang dibenarkan dalam Islam. 3.1.2 Menghurai hikmah pensyariatan sembelihan dalam Islam. 3.1.3 Menganalisis isu-isu berhubung dengan sembelihan dalam Islam. 3.2 KERANGKA TAJUK Sembilan Dalam Islam Larangan Ketika Sembelihan Hukum dan Hikmah Sembelihan Peratutran dan Rukun Syarat Sah dan Sunat Sembelihan Konsep dan Pengertian

Upload: ierah10

Post on 24-Jan-2016

76 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

nota pim3143

TRANSCRIPT

Page 1: Nota Pim3143

Tajuk 3 SEMBELIHAN DALAM ISLAM

Pengenalan Sembelihan Dalam Islam

3.0 SINOPSIS

Dalam unit ini, beberapa aspek penting disentuh untuk perbincangan,

khususnya mengenai Konsep, Definisi dan Hukum, Rukun dan Alat Sembelihan,

Hikmah Sembelihan Cara Islam dan Isu-Isu Semasa berkaitan Sembelihan.

3.1 HASIL PEMBELAJARAN

3.1.1 Menjelaskan perkara-perkara asas berkaitan sembelihan yang dibenarkan

dalam Islam.

3.1.2 Menghurai hikmah pensyariatan sembelihan dalam Islam.

3.1.3 Menganalisis isu-isu berhubung dengan sembelihan dalam Islam.

3.2 KERANGKA TAJUK

3.3 ISI KANDUNGAN (SEMBELIHAN DALAM ISLAM)

Sembilan Dalam Islam

Larangan Ketika Sembelihan

Hukum dan Hikmah Sembelihan

Peratutran dan Rukun

Syarat Sah dan Sunat Sembelihan

Konsep dan Pengertian

Page 2: Nota Pim3143

3.3.1 Konsep, definisi dan hukum sembelihan

Binatang yang hendak dimakan hendaklah dimatikan terlebih dahulu dengan

cara disembelih. Dengan cara ini, binatang tersebut dapat dimakan dengan selamat.

Sembelihan dalam bahasa Arab disebut sebagai zabihah bererti potong atau belah

manakala dari segi istilah, ia bermaksud menyembelih binatang yang halal dimakan

mengikut lunas-lunas syarak dan syarat-syarat tertentu. Sembelihan bertujuan

menghilangkan nyawa binatang yang halal dimakan dengan menggunakan benda

yang tajam selain kuku, gigi dan tulang dengan tujuan memakan dagingnya.

Sabda Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam :

Maksudnya:

“Sembelihan adalah di antara pangkal dagu dan pangkal leher”

(Riwayat Ibnu ‘Abbas)

Hukum sembelihan adalah wajib kecuali ikan dan belalang. Semua binatang

yang halal dimakan hendaklah disembelih terlebih dahulu sebelum dimakan kecuali

ikan dan belalang tidak perlu disembelih.

Firman Allah subhanahu wata‘ala:

Maksudnya:“Maka makanlah dari (sembelihan binatang-binatang halal) yang disebut nama Allah ketika menyembelihnya, jika betul kamu beriman kepada ayat-ayatNya.”(Surah Al-An‘am, 6:118)

Maksudnya:“Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak disembelih), dan darah

Page 3: Nota Pim3143

(yang keluar mengalir), dan daging babi (termasuk semuanya), dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain daripada Allah, dan yang mati tercekik, dan yang mati dipukul, dan yang mati jatuh dari tempat yang tinggi, dan yang mati ditanduk, dan yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih (sebelum habis nyawanya)” (Surah Al-Ma’idah 5:3)

Syariat Islam telah mengecualikan beberapa binatang dari bangkai yang

diharamkan, iaitu ikan, ikan paus dan binatang-binatang laut lain yang

seumpamanya. Ketika Nabi s.a.w. ditanya mengenai laut, baginda s.a.w. bersabda:

“Airnya suci lagi menyucikan dan bangkai binatangnya adalah halal”, (HR Ahmad &

Ashab al-Sunan).

Allah Taala berfirman yang bermaksud: "Dihalalkan bagi kamu binatang

buruan laut dan makanannya" (al-Maidah. 96). Saidina Umar r.a. berkata, “bahawa

buruannya bermaksud binatang yang diburu dan makanannya bermaksud apa

yang dicari.” Ibnu Abbas r.a. pula mengatakan: “Makanannya bermaksud

bangkainya.”

Di dalam Sahih Bukhari dan Muslim menyebutkan, dari Jabir r.a., bahawa

Nabi s.a.w. telah mengutuskan angkatan perang dari kalangan para sahabatnya.

Mereka ini mendapat seekor ikan paus besar yang telah mati (menjadi bangkai).

Mereka memakannya selama 20 hari. Kemudian mereka kembali ke Madinah dan

menceritakannya kepada Rasulullah s.a.w., lalu Baginda s.a.w. bersabda:

“Makanlah rezeki yang telah Allah berikan kepada kamu. Berilah kepada kami jika

kamu masih ada lagi.” Kemudian salah seorang dari mereka memberikannya

kepada baginda s.a.w. dan dimakannya, (HRBukhari).

Belalang samalah hukumnya seperti bangkai binatang laut. Rasulullah s.a.w.

telah memberi rukhsah (keringanan) memakan bangkai belalang. Kerana belalang

tidak mungkin dapat disembelih. Ibnu Abi Aufa r.a. telah berkata: “Kami berperang

bersama Rasulullah s.a.w. sebanyak tujuh peperangan. Kami bersama baginda

s.a.w. memakan belalang.” (HR al-Jamaah kecuali Ibnu Majah).

Maka berdasarkan surah al-Maidah ayat 96 di atas, maka hidupan laut

termasuklah ketam, kerang, ikan dan seumpamanya walaupun telah menjadi

bangkai adalah halal dimakan tanpa perlu disembelih terlebih dahulu.

Page 4: Nota Pim3143

3.3.2 Rukun dan Alat Sembelihan

Sembelihan mempunyai tiga rukun, iaitu:-

a. Penyembelih

b. Binatang yang disembelih

c. Alat menyembelih

Rukun yang pertama, penyembelih. Bagi menyempurnakan sesuatu

sembelihan, orang yang melakukan sembelihan tersebut perlu memenuhi beberapa

syarat yang tertentu, iaitu:-

a. Islam samada lelaki atau perempuan atau kanak-kanak yang mumayiz

(perempuan-makruh).

b. Ahli Kitab Yahudi atau Nasrani.

c. Berakal – Berfikiran waras.

d. Tidak dalam Ihram Haji.

Rukun yang kedua adalah binatang sembelihan. Binatang yang hendak

disembelih mestilah halal, iaitu semua jenis binatang yang baik dan tidak

mendatangkan mudharat kepada orang yang memakannya seperti ayam, itik, lembu

dan sebagainya. Binatang yang tidak halal dimakan dibahagikan kepada dua

kumpulan, iaitu samada haiwan laut atau haiwan darat.

Semua haiwan darat dihalalkan untuk orang Islam, kecuali seperti berikut:-

a. Babi,anjing dan keturunannya.

b. Haiwan halal yang tidak disembelih mengikut hukum syara‘.

c. Haiwan yang bertaring dan menggunakannya untuk mencakar dan

membunuh iaitu haiwan-haiwan buas seperti harimau, beruang, gajah

dan seumpamanya.

d. Burung yang mempunyai kuku pencakar atau memakan secara

menyambar seperti burung helang, gagak, dan sebagainya.

e. Haiwan-haiwan yang diperintah oleh Islam membunuhnya, iaitu seperti

tikus, lipan, lipas, kala jengking, dan seumpamanya.

f. Haiwan yang dilarang oleh Islam membunuhnya, iaitu seperti semut

dan lebah.

Page 5: Nota Pim3143

g. Haiwan-haiwan yang dipandang jijik oleh umum, seperti kutu, lalat,

ulat, dan seumpamanya.

h. Haiwan yang hidup dua alam, iaitu di air dan di darat seperti katak,

buaya, kura-kura, dan sebagainya.

Bagi haiwan laut pula, pada hakikatnya meliputi haiwan yang hidup dalam

air sahaja dan adalah halal bagi orang Islam, kecuali:-

a. Semua jenis haiwan laut yang mengandungi racun.

b. Semua jenis haiwan laut yang boleh memabukkan jika dimakan.

c. Semua jenis haiwan laut yang boleh mendatangkan kemudharatan

atau bahaya kepada kesihatan manusia.

Rukun yang ketiga pula adalah alat sembelihan. Alat sembelihan yang

hendak digunakan untuk menyembelih binatang perlulah memenuhi syarat-syarat

yang berikut:-

a. Alat yang tajam, boleh melukakan dan mengalirkan darah binatang

tersebut seperti pisau, parang dan sebagainya.

b. Alat itu tidak diperbuat dari gigi, tulang atau kuku.

3.3.3 Kaifiat dan Syarat Sah Sembelihan

Kaifiat sembelihan yang dianjurkan adalah seperti yang berikut:-

a. Memutuskan HALKUM (saluran pernafasan) dan urat MARIH (saluran

makanan dan minuman) serta kedua-dua urat leher (saluran darah) bagi

binatang yang mudah diselenggarakan untuk sembelihan.

b. Manakala bagi binatang yang tidak dapat disembelih pada lehernya

seperti binatang buruan atau berada dalam keadaan darurat, ia boleh

disembelih pada mana-mana bahagian anggotanya untuk mematikannya

dengan syarat niat menyembelih.

Syarat Sah Sembelihan adalah seperti yang berikut:-

a. Hendaklah dilakukan oleh orang Islam.

b. Hendaklah dengan niat sembelihan.

c. Hendaklah putus urat halkum dan urat marih.

d. Hendaklah benda tajam kecuali kuku, gigi dan tulang.

Page 6: Nota Pim3143

e. Binatang yang halal dimakan.

f. Binatang itu masih hidup.

g. Hendaklah mati sekali sembelihan sahaja.

h. Tujuan sembelihan kerana Allah SWT bukan dengan tujuan yang lain.

i. Tidak dalam Ihram haji atau Umrah bagi binatang buruan.

Perkara-perkara sunat ketika menyembelih adalah seperti yang berikut:-

a. Membaca bismilah untuk memulakan sembelihan.

b. Menghadap binatang itu ke arah kiblat.

c. Membaca selawat ke atas Nabi.

d. Dibaringkan binatang itu di atas rusuk kirinya.

e. Menggunakan pisau yang tajam supaya kurang sakitnya.

f. Memutuskan urat mareh di kiri dan kanan leher supaya segera mati.

g. Menyembelih dengan segera.

h. Semasa menyembelih hendaklah dilakukan dengan pantas dan

cepat.Jangan diputuskan lehernya.

i. Janganlah disiang kulitnya sehingga dia telah mati.

j. Menyembelih sebelah bawah jika lehernya panjang seperti unta dan

menyembelih sebelah atas jika lehernya pendek seperti lembu.

3.3.4 Hikmat Menyembelih Binatang

a. Supaya menjadikan binatang itu halal dimakan.

b. Bagi mematikan binatang itu dengan cara yang cepat dan segera.

c. Supaya tidak menyeksakan binatang itu.

d. Supaya keluar kuman-kuman penyakit yang ada dalam darah binatang itu

kerana kuman-kuman ini boleh mendatangkan keburukan kepada

kesihatan manusia.

e. Bagi mematikan binatang itu dengan cara yang sah.

3.3.5 Rumusan

Page 7: Nota Pim3143

Syariat Islam menetapkan setiap binatang yang hendak dimakan perlu disembelih

bukanlah semata-mata untuk membezakan cara hidup orang-orang Islam, malahan

ia mengandungi hikmah yang tertentu yang menjadikannya sebahagian peraturan

hidup yang indah dan penuh makna. Sebagai umat Islam, kita seharusnya bersyukur

dan cuba menyempurnakan semua peraturan yang ditetapkan oleh Allah SWT,

khususnya dalam perkara-perkara yang berhubung dengan sembelihan binatang ini.

3.4 ISU SEMASA BERKAITAN SEMBELIHAN

Beberapa masalah yang berkaitan dengan sembelihan seperti yang berikut:-

a. Muzakarah Khas Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia  yang bersidang

pada 29 Sep 2005 telah membincangkan Kaedah Thoracic Stiking Dalam

Sembelihan Haiwan. Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis

Kebangsaan telah memutuskan bahawa Kaedah Thoracic Stiking iaitu

prosedur tambahan yang digunakan selepas sembelihan adalah

dibenarkan dan daging haiwan tersebut adalah halal tertakluk kepada

syarat-syarat yang berikut:

i. Telah berlaku sembelihan yang sempurna (iaitu telah putus

keempat-empat urat Mari', halkum dan wadajain;

ii. Kaedah tersebut dijalankan selepas berlaku pendarahan

sempurna(complete bleding) atau selepas 30 saat

penyembelihan berlaku;

iii. Binatang tersebut disahkan mati akibat sembelihan dan kaedah

Thoracic Stiking hanya sekadar membantu mempercepatkan

kematian; dan

iv. Kaedah ini perlu dikawalselia oleh petugas muslim yang

bertauliah.

b. Boleh memakan sembelihan Ahli Kitab dari kalangan Yahudi dan Kristian

dengan dua syarat:-

i. Penyembelihan dilakukan seperti sembelihan muslim,

diputuskan urat halqum dan mari’ sehingga menumpahkan

darah. Jika binatang tersebut mati kerana dijerut atau dikenakan

kejutan elektrik, dibenam ke dalam air atau seumpamanya,

maka binatang tersebut tidak halal dimakan.

Page 8: Nota Pim3143

ii. Tidak disebut nama selain dari Allah ketika penyembelihan,

seperti nama al-Masih dan seumpamanya. Hal ini berdasarkan

firman Allah SWT:

�ه� �ي ع�ل �ه� الل م� اس� �ر� �ذ�ك ي �م� ل م�م�ا �وا �ل �ك �أ ت و�ال�

Mafhumnya: “Dan jangan kamu semua makan apa-apa yang

tidak disebut nama Allah ketika menyembelihnya.” (al-Anaam:

121)

Di dalam surah lain, Allah SWT berfirman:

�ه� الل �ر� �غ�ي ل �ه� ب �ه�ل� أ و�م�ا �ز�ير� ن �خ� ال �ح�م� و�ل و�الد�م� �ة� �ت �م�ي ال �م� �ك �ي ع�ل م� ح�ر� �م�ا �ن إ

Mafhumnya: “Hanyasanya yang diharamkan ke atas kamu

semua (umat Islam) adalah bangkai, darah dan daging babi,

demikian juga yang disembelih kerana selain Allah.” (al-

Baqarah: 173)

Berdasarkan penjelasan di atas, maka sesiapa yang berada di Negara

bukan Islam, kebanyakan yang melakukan penyembelihan pula adalah orang

kristian atau Yahudi, maka halal memakan sembelihan mereka. Melainkan jika

diketahui mereka melakukan perkara yang menjadi sembelihan itu haram seperti

menyebut nama selain Allah ketika melakukan sembelihan seperti yang telah

dijelaskan di atas. Jika yang menyembelih itu penyembah berhala, maka HARAM

memakan sembelihan mereka.

TAHUKAH ANDA?

Mengikut kaedah ujian saintifik hari ini membuktikan penyembelihan Islam

adalah yang terbaik. Seterusnya menunjukkan Islam amat mementingkan

kebersihan serta kesihatan. Pemilihan makanan yang halal dan bersih adalah

penting dalam memastikan tahap kesihatan sentiasa berada di tahap yang

memuaskan agar memperolehi tenaga yang secukupnya untuk beribadah. Oleh itu

orang Islam perlu menilai dan meneliti sumber pemakanannya agar datang dari

sumber yang halal dan bukan meragukan terutamanya disembelih secara Islam.

Page 9: Nota Pim3143

Tahniah, kerana anda telah berjaya menamatkan pembelajaran unit ini dengan jayanya! .

Soalan:Senaraikan nama haiwan dan serangga yang dinyatakan oleh Allah dalam al-Quran?

Nyatakan hikmah disyariatkan sembelihan cara Islam?Anda sebagai guru ingin mengadakan kursus amali sembelihan kepada murid-murid anda. Terangkan persediaan perlu dilakukan sebelum mengendalikan kursus tersebut?

TUGASAN

TUGASAN

Page 10: Nota Pim3143

Tajuk 4 EKONOMI ISLAM

Ekonomi Islam

4.0 SINOPSIS

Islam adalah agama yang menyediakan penduan cara hidup yang universal

dan menyeluruh dalam pelbagai aspek kehidupan. Bukan sekadar garis panduan

dalam bab ibadah khusus seperti solat, puasa dan haji, malah dalam urusan

ekonomi, Islam telah menetapkan beberapa konsep yang umum sebagai panduan

Umat Islam. Perkataan ekonomi dalam istilah islam diambil daripada perkataan

iqtisad yang bermaksud mengatur urusan dengan berusaha mencapai sasaran yang

tepat, tanpa membazir. Sasaran yang tepat bermakna bukan bersifat individualistik

dengan mengoptimumkan manfaat sosial dan individu secara berhemah. Oleh itu,

setiap lapisan masyarakat turut merasa kenikmatan dan kekayaan ekonomi islam

dengan keupayaan dan kemampuan masing-masing tanpa dianiayai.

Unit ini membincangkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang ekonomi

Islam khususnya dalam urusan sewaan, gadaian, perbankan Islam dan takaful yang

mengikut prinsip-prinsip dan dasar-dasar syariat Islam di samping satu isu semasa

berkaitan.

4.1 HASIL PEMBELAJARAN

4.1.1 Pelajar dapat mengenalpasti bentuk-bentuk kegiatan ekonomi dalam Islam

seperti Sewaan, Gadaian, Perbankan Islam dan Takaful.

4.1.2 Pelajar dapat menghuraikan dalil-dalil daripada al-Quran dan al-Sunnah

berkaitan dengan kegiatan ekonomi dalam Islam.

4.1.3 Pelajar dapat menganalisis isu semasa berkaitan sistem ekonomi Islam.

Page 11: Nota Pim3143

4.2 KERANGKA TAJUK

4.3 ISI KANDUNGAN (EKONOMI ISLAM)

4.3.1 Sewa (Ijarah)

Sewa menurut pengertian bahasa ialah ‘upah kepada barang atau sewa

barang’. Sewa menurut pengertian Syara’ pula ialah ‘aqad untuk menyewa manfaat

barang’. Dalam pengertian lain ialah ‘pertukararan manfaat dan faedah terhadap

sesuatu benda atau harta sebagai perkhidmatan dan tukaran ganti dengan nilai’.

Menurut pengertian istilah yang lebih luas, sewa ialah sesuatu penyerahan

manfaat dan faedah yang tertentu yang dikehendaki oleh orang lain dan boleh

diberikan serta barang tersebut sah di sisi Syara’ dengan imbuhan dan imbalan

pembayaran tertentu pula oleh penyewa. Sebagai contoh, tidak sah menyewa pokok

untuk tujuan mendapatkan buah.

Hukum Sewa

Kegiatan sewa adalah diharuskan dalam Islam selagi ia tidak bercanggah

dengan syariat Islam. Contohnya, seorang yang mempunyai sebidang tanah telah

menyewakan tanahnya kepada seorang yang bercucuk tanam, manakala penyewa

mesti membayar sewaan seperti yang telah diakadkan di antara mereka. Hukum

sewa adalah harus berdasarkan dalil al-Quran dan Hadith, antaranya ialah:-

Ekonomi Islam

Sewaan Gadaian Perbankan Islam

Takaful

Page 12: Nota Pim3143

a. Firman Allah SWT dalam Surah az-Zukhruf: 32

Terjemahan ayat:

“(Mengapa pemberian Kami itu mereka ingkarkan?) Adakah mereka berkuasa membahagi-bahagikan (perkara-perkara keruhanian dan keagamaan yang menjadi sebesar-besar) rahmat Tuhanmu (wahai Muhammad, seolah-olah Kami hanya berkuasa dalam perkara kebendaan dan keduniaan sahaja? Mereka tidak ingkarkan): Kami membahagi-bahagikan antara mereka segala keperluan hidup mereka dalam kehidupan dunia ini, (setengahnya Kami jadikan kaya raya dan setengahnya miskin menderita) dan juga Kami telah menjadikan darjat setengah mereka tertinggi dari darjat setengahnya yang lain; (semuanya itu) supaya sebahagian dari mereka senang mendapat kemudahan menjalankan kehidupannya dari (bantuan) setengahnya yang lain dan lagi rahmat Tuhanmu (yang meliputi kebahagiaan dunia dan akhirat) adalah lebih baik dari kebendaan dan keduniaan semata-mata yang mereka kumpulkan”

b. Firman Allah SWT dalam (Surah at-Talaq : 6)

c. Terjemahan ayat:

“Tempatkanlah isteri-isteri (yang menjalani idahnya) itu di tempat kediaman kamu sesuai dengan kemampuan kamu dan janganlah kamu adakan sesuatu yang menyakiti mereka (di tempat tinggal itu) dengan tujuan hendak menyusahkan kedudukan mereka (supaya mereka keluar meninggalkan tempat itu) dan jika

Page 13: Nota Pim3143

mereka berkeadaan sedang mengandung, maka berikanlah kepada mereka nafkahnya sehingga mereka melahirkan anak yang dikandungnya; kemudian jika mereka menyusukan anak untuk kamu, maka berikanlah kepada mereka upahnya dan berundinglah di antara kamu (dalam hal menyusunya) dengan cara yang baik dan (sebaliknya) jika kamu (dari kedua pihak) mengalami kesulitan, maka bolehlah perempuan lain menyusukannya.”

d. Sabda Nabi SAW bermaksud:-

“Dari Aisyah RA; Rasullullah (SAW) dan Abu Bakar (RA) menyewa seorang

laki-laki dari Bani Dail. Ddia masih memeluk agama para leluhurnya- yang

ditugaskan sebagai penunjuk jalan, Nabi dan Abu Bakar menyerahkan

kendaraan dan perbekalan kepadanya untuk diserahkan kembali setelah

lewat tiga malam di gua Hira” (Riwayat Bukhari)

e. Sabda Nabi SAW bermaksud:-

“Dari ibnu Umar RA; Rasulullah (SAW) bersabda; Berilah upah sebelum kering

keringatnya” (Riwayat Ibnu Majah)

Rukun Sewaan

Sewa yang dijalankan juga mestilah mempunyai 5 rukun sewa yang berikut:

a. Tuan punya sewa atau orang yang memberi sewa

b. Penyewa

c. Sewa atau nilai

d. Manfaat

e. Sighah, iaitu lafaz ijab dan qabul

Pemberi Sewa dan Syarat Pemberi Sewa

Pemberi sewa merujuk kepada orang yang memiliki manfaat dan manfaatnya

diserahkan kepada penyewa dengan kadar bayaran tertentu. Antara syarat

pemyewa adalah:

a. Baligh

Page 14: Nota Pim3143

b. Waras

c. Pilihan sendiri

d. Ahli tasarruf

e. Islam dan bukan Islam

Syarat Bayaran Sewa

a. Bayaran hendaklah bersih dari segi syara’.

b. Hendaklah boleh dimanfaatkan

c. Boleh diserahkan pada bila-bila masa.

d. Milik sendiri, iaitu boleh diserahkan bayaran sewa itu sama ada

menyerahkannya sendiri atau mewakilkan kepada orang lain.

e. Bayaran itu hendaklah diketahui dan dipersetujui oleh kedua belah pihak

Syarat-Syarat Manfaat

a. Barang yang disewakan hendaklah bernilai dari segi syara’ dan seimbang

dengan bayaran yang dikenakan. Seperti rumah dan kenderaan.

b. Barang itu boleh diserahkan oleh penyewa. Sebagai contoh; tidak boleh

menyewa barang yang dah dirampas atau kenderaan yang rosak.

c. Tidak boleh menyewa untuk tujuan mendapatkan bukan manfaat, tetapi ‘Ain

barangan itu. Contohnya menyewa binatang kerana hendakkan bulunya, atau

susunya, atau anak dalam kandungannya.

d. Tidak boleh menyewa sesuatu untuk kepentingan orang yang memberi sewa

agar melakukan sesuatu ibadat kepadanya. Seperti mengadakan ibadat

puasa atau sembahyang lalu niatnya ditujukan kepada orang yang memberi

sewa.

Page 15: Nota Pim3143

e. Barang yang hendak disewaitu hendaklah diketahui jenis, kadar dan sifatnya

Ijab dan Qabul

Ijab dan Qabul bermaksud kedua-dua pihak saling meredai. Antara syarat Ijab dan

Qabul adalah:

a. Ijab diikuti dengan Qabul tanpa diselangi dengan perkataan lain.

b. Ijab dan Qabul didengar oleh orang yang hampir.

c. Ijab dan Qabul sama maksud dan maknanya.

d. Tidak ada taklik atau sebarang syarat.

e. Ijab tidak berubah sebelum ada Qabul.

Sebab-sebab yang membatalkan sewaan

Muamalat sewa itu akan terbatal dengan sebab yang berikut:

a. Berlaku kerosakan kepada barangan yang disewa sebab penyewa atau

terdapat kecacatan lama yang baru diketahui oleh penyewa.

b. Selesai atau memenuhi manfaat yang diakadkan.

Hikmah Sewa dalam Islam

a. Manusia perlu kepada sewa dan keperluan lain yang tidak dimilikinya, seperti

alat cucuk tanam, tanah, dan sebagainya.

b. Pemilik barang dapat memperolehi keuntungan dari sewaan.

c. Dapat mengeratkan hubungan Silaturrahim sesama manusia melalui urusan

sewa.

d. Sesuatu bentuk pertolongan kepada mereka yang berhajat daripada pemilik

barang.

Page 16: Nota Pim3143

4.3.2 Gadaian (ar-Rahnu)

Pengertian

Gadaian menurut bahasa ialah ‘tahan’.

Menurut pengertian istilah pula menjadikan sesuatu barangan sebagai cagaran bagi

sesuatu hutang dan ia akan menjadi bayaran sekiranya tidak dapat dijelaskan

hutang itu nanti

Hukum

Jumhur ulama bersependapat muamalat gadaian adalah diharuskan, baik ketika

seseorang itu bermastautin, bermukim atau dalam keadaan bermusafir. Muamalat

gadaian adalah diharuskan dalam Islam berdasarkan dalil nas al-Quran dan Hadith.

Dalil al-Quran

a. Firman Allah SWT dalam Surah al-Baqarah: 283

“Dan jika kamu berada dalam musafir (lalu kamu berhutang atau memberi hutang yang bertempoh), sedang kamu tidak mendapati jurutulis, maka hendaklah diadakan barang gadaian untuk dipegang (oleh orang yang memberi hutang). Kemudian kalau yang memberi hutang percaya kepada yang berhutang (dengan tidak payah bersurat, saksi dan barang gadaian), maka hendaklah orang (yang berhutang) yang dipercayai itu menyempurnakan bayaran hutang yang diamanahkan kepadanya, dan hendaklah dia bertakwa kepada Allah Tuhannya dan janganlah kamu (wahai orang-orang yang menjadi saksi) menyembunyikan perkara yang dipersaksikan itu dan

Page 17: Nota Pim3143

sesiapa yang menyembunyikannya, maka sesungguhnya dia adalah orang yang berdosa hatinya dan (ingatlah), Allah sentiasa Mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.”

b. Sabda Nabi SAW bermaksud:-

"Dari Ibnu ‘Abbas r.a. yang bermaksud ketika Nabi s.a.w. wafat, baju besinya masih

dalam keadaan menjadi tanggungan hutang 20 sha’ (+ 50 kg) bahan makanan yang

dibelinya untuk nafkah keluarganya"

(Riwayat Tirmidzi)

Rukun Gadaian

a. Pemegang gadai dan penggadai.

b. Barang gadaian.

c. Hutang, iaitu sebab untuk berhutang dan untuk menggadai.

d. Sighah iaitu lafaz ijab dan kabul

Syarat Penggadai dan Pemegang Gadai

Kedua-dua penggadai dan pemegang gadai terikat kepada syarat berikut:

a. Mukallaf

b. Pilihan sendiri

c. Penggadai dan pemegang gadaian adalah harta masing-masing dengan milik

secara sah

Syarat Barang yang Digadai atau Dihutang

a. Yang digadaikan bukanlah manfaat, tetapi ‘ain (barangnya)

b. Mestilah boleh dijual

Syarat Hutang untuk Barang Digadaikan

a. Hutang mestilah mempunyai nilai dan boleh digunakan, seperti wang, emas

dan perak.

b. Jumlah hutang diketahui oleh kedua belah pihak.

Page 18: Nota Pim3143

c. Hutang itu perlu tetap, tidak berubah nilainya dan tidak bertambah apabila

bayaran dilakukan.

d. Sighah, terdiri daripada ijab dan qabul.

Hikmah Gadaian dalam Islam

a. Pertolongan kepada mereka yang terdesak dan memerlukan.

b. Dapat menjamin wang yang dihutangkan kepada seseorang.

c. Memudahkan orang yang memerlukan hutang mendapatkan wang apabila

terdesak.

d. Lahirnya perasaan kasih sayang dan kasih mesra sesama manusia.

e. Menjaga kemaslahatan manusia ketika mengadakan muamalat gadaian.

4.3.3 Perbankan Islam

Pengertian Perbankan Islam

Perbankan Islam ialah perbankan yang berlandaskan undang-undang Islam

(Syariah), iaitu fiqh muamalat (peraturan Islam dalam transaksi). Kesemua peraturan

dan amalan di dalam fiqh muamalat berasal dari Al-Quran dan Al-Sunnah dan

sumber undang-undang Islam sekunder yang lain seperti kesepakatan pendapat

oleh ulama mujtahid tentang sesuatu hukum Syariah (ijma), menyamakan perkara

baru yang tiada nas secara analogi (qiyas) dan hasil usaha daripada para mujtahid

dalam merumuskan sesuatu hukum dan nilai melalui kaedah istinbat (ijtihad).

Sejarah Perbankan Islam di Malaysia

Pada asalnya Institusi Bank Islam yang pertama ditubuhkan di Malaysia pada tahun

1983. Selepas sepuluh tahun beroperasi iaitu pada tahun 1993, bank perdagangan,

bank saudagar dan syarikat kewangan menawarkan produk dan perkhidmatan

perbankan Islam di bawah Skim Perbankan Islam (Bank SPI). Oleh itu, Bank SPI ini

Page 19: Nota Pim3143

perlu memisahkan dana dan aktiviti transaksi perbankan Islam daripada perniagaan

perbankan konvensional.

Pematuhan prinsip Syariah

Bank Islam dan Bank-Bank SPI perlu mewujudkan jawatankuasa Syariah bertujuan

membimbing mengenai hal-hal syariah bagi memastikan fungsi bank adalah

sentiasa mematuhi kehendak syariah Keseragaman dalam pendapat dan amalan

adalah berdasarkan Majlis Penasihat Syariah iaitu badan Syariah tertinggi yang

ditubuhkan di Bank Negara Malaysia. Ahli-Ahli Jawatankuasa Syariah dan Majlis

Penasihat Syariah adalah dilantik daripada kalangan cendikiawan dan pakar Syariah

dalam bidang perbankan dan kewangan Islam.

Konsep Syariah dalam perbankan Islam

Konsep asas Syariah dalam Perbankan Islam meliputi perkara-perkara yang

berikut:-

a. Wadi`ah (Simpanan)

Wadi`ah bermaksud kontrak menyimpan sesuatu barang atau harta sebagai

amanah. Di dalam kontrak ini, pelanggan akan mendepositkan wang tunai atau aset

lain sebagai simpanan di bank. Bank akan menjamin keselamatan barang yang

disimpan oleh pelanggannya. Mekanisme operasi Wadi’ah ialah pendeposit wang di

bank akan dijamin wang tersebut akan dipulangkan semula. Pendeposit boleh

mengeluarkan wang pada bila-bila masa. Bank akan mengenakan fi sebagai caj

menjaga deposit pelanggan dan pelanggan dan membayar hibah (hadiah) jika perlu.

Konsep ini lazimnya diguna pakai dalam urusan penyimpanan deposit, khidmat

pemegang amanah dan peti simpanan deposit.

b. Mudarabah (Perkongsian keuntungan)

Mudarabah ialah suatu kontrak perkongsian keuntungan antara dua pihak,

iaitu pemilik modal dan pengusaha. Pemilik modal akan menyediakan dana bagi

pengusaha untuk menjalankan usaha niaga dan mendapat pulangan hasil daripada

jumlah dana yang dilaburkan dalam usaha niaga tersebut berdasarkan nisbah

Page 20: Nota Pim3143

perkongsian untung yang telah dipersetujui. Prinsip Mudarabah boleh digunakan

dalam operasi perbankan Islam dalam dua cara iaitu antara bank (sebagai

pengusaha) dan pemilik modal dan antara bank (sebagai pemilik modal) dan

pengusaha. Kerugian yang dialami akan ditanggung oleh pemilik modal.

c. Bai’ Bithaman Ajil – BBA (Penjualan dengan harga tertangguh)

Bai’ Bithaman Ajil merujuk kepada jualan barangan di mana penjual

membayar kepada pembeli harga jualan secara tangguh berserta dengan suatu

margin keuntungan yang dipersetujui, sama ada secara sekali gus atau secara

ansuran. Mekanisme operasi Bai’ Bithaman Ajil ialah pelanggan dapatkan

pembiayaan BBA daripada bank dan berjanji akan membeli aset tersebut pada

harga jualan yang telah di termasuk keuntungan. Bank membeli aset tersebut

daripada pemilik secara tunai. Hak milik aset berpindah tangan kepada bank. Bank

menjual aset itu kepada anda dan menyerahkan hak milik aset kepada anda pada

harga jualan tertangguh yang telah termasuk keuntungan. Pembayaran boleh dibuat

secara tangguh dan ansuran dalam suatu tempoh yang telah dipersetujui.

d. Murabahah (Kos tambah)

Seperti mana BBA, transaksi Murabahah melibatkan penjualan barangan di

antara penjual dan pembeli pada harga jualan yang telah termasuk margin

keuntungan yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak. Bagaimanapun, dalam

Murabahah, penjual mesti memaklumkan kepada pembeli kos sebenar aset dan

margin keuntungan semasa perjanjian jualan dibuat.

e. Musyarakah (Usaha sama)

Dalam konteks perniagaan dan perdagangan, Musyarakah merujuk pada

perkongsian atau usaha sama perniagaan untuk mendapatkan keuntungan.

Keuntungan yang diperoleh akan dikongsi oleh rakan kongsi berdasarkan nisbah

yang dipersetujui yang mungkin tidak sama nisbahnya dengan jumlah pelaburan

yang dibuat oleh rakan kongsi. Bagaimanapun, kerugian yang dialami akan dikongsi

berdasarkan nisbah dana yang dilabur oleh setiap rakan kongsi.

Page 21: Nota Pim3143

f. Ijarah Thumma Bai’ (Sewa beli)

Ijarah Thumma Bai’ lazimnya digunakan dalam membiayai barangan

pengguna terutamanya pembiayaan kenderaan.Terdapat dua kontrak berasingan

yang terlibat: kontrak Ijarah (pajakan/penyewaan) dan kontrak Bai’ (jual beli).

Kontrak-kontrak tersebut akan dimeterai secara berasingan. Mekanisme operasi

Ijarah Thumma Bai’ ialah pelanggan memilih kereta yang ingin dibeli. Pelanggan

memohon pembiayaan Ijarah untuk kereta tersebut, membayar deposit kereta dan

berjanji akan memajak kereta tersebut daripada bank setelah bank membeli kereta

tersebut. Bank menjelaskan pembayaran kereta berkenaan kepada penjual.

Penjual kereta memberi hak milik kereta kepada bank. Bank memajakkan kereta

tersebut kepada pelanggan. Pelanggan akan membayar sewa Ijarah untuk satu

tempoh yang telah ditetapkan. Pada akhir tempoh pajakan, bank menjual kereta

tersebut kepada pelanggan pada harga yang telah dipersetujui.

g. Wakalah (Agensi)

Wakalah merupakan satu kontrak di mana seseorang (prinsipal) melantik

pihak lain bagi bertindak mewakili dirinya (sebagai ejen) untuk melaksanakan tugas-

tugas khusus. Pihak yang menerima tugas itu adalah ejen yang biasanya dibayar fi

atas perkhidmatannya. Misalnya seorang pelanggan meminta bank membuat

pembayaran kepada pihak lain di bawah syarat-syarat tertentu. Dalam hal ini, bank

ialah ejen yang diberikan kuasa untuk melaksanakan transaksi kewangan bagi pihak

pelanggan dan bank akan dibayar fi atas perkhidmatannya.

h. Qard (Kontrak hutang)

Di bawah Qard, pinjaman diberi untuk satu tempoh yang tetap atas semangat

ihsan dan peminjam hanya perlu membayar balik jumlah pinjaman yang sebenar

sahaja.Walau bagaimanapun, sekiranya peminjam membayar lebih berdasarkan

budi bicaranya (tanpa ikatan perjanjian), ia dianggap sebagai tanda penghargaan

kepada pemberi pinjaman.Contohnya pemberi pinjaman meminjamkan sebanyak

RM5,000 kepada peminjam berdasarkan Qard akan mengharapkan peminjam

memulangkan sebanyak RM5,000 kepadanya kelak pada masa yang dipersetujui.

Page 22: Nota Pim3143

i. Hibah (Ganjaran)

Hibah merujuk kepada pemberian hadiah secara sukarela sebagai balasan

kepada manfaat yang diterima. Contohnya dalam simpanan yang beroperasi di

bawah Wadi`ah, bank lazimnya membayar kepada penyimpan Wadi`ah hibah

walaupun pemegang akaun hanya ingin membuat simpanan mereka di bank.

4.3.4 Takaful (Insurans)

Insurans boleh ditakrifkan sebagai satu faedah, iaitu apabila satu kumpulan

manusia berikrar untuk mengumpul tenaga dan sumber bagi mengadakan pakatan

untuk saling bekerjasama apabila ditimpa musibah atau kesusahan.

Amalan Insurans sebegini diharuskan dalam Islam berdasarkan firman Allah SWT

dalam surah al-Maidah ayat 2:-

“Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan dan bertakwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya).”

Jenis-Jenis Insurans

a. Insurans Nyawa:

-Memberi perlindungan risiko kepada pemegang polisi ke atas kematian dan hilang

upaya.

-Syarikat insurans juga memberi pinjaman kepada pembeli insurans yang

mencagarkan polisinya.

b. Insurans Am:

-Memberi perlindungan kepada pemegang polisi yang mengalami kerugian harta

atau pendapatan.

Page 23: Nota Pim3143

Prinsip dan konsep Insurans

a. Insurans merupakan satu perjanjian bantu-membantu di kalangan

pemegang polisi bagi meringankan kerugian yang ditanggung oleh ahli.

b. Tiada unsur gharar atau ketidakpastian pada bayaran sumbangan dan

manfaat.

c. Bertujuan memberi keuntungan yang saksama di kalangan ahli.

d. Sentiasa menjamin dan melindungi antara satu sama lain daripada

kerugian atau kehilangan akibat ditimpa musibah atau bencana.

e. Menggunakan konsep tabarru’ yang bererti menderma.

f. Mengamalkan konsep mudharabah yang bermaksud berkongsi

keuntungan yang telah dipersetujui di dalam perjanjian.

Ciri-Ciri Insurans Islam

Secara amnya insurans atau takaful dalam Islam adalah diharuskan selagi mana

tidak terdapat unsur-unsur berikut:-

a. Gharar: Iaitu ketidakpastian atau kekaburan, terutamanya jika melibatkan

akad, perjanjian atau kontrak. Sebagai contoh, dalam polisi isurans nyawa,

pemegang polisi bersetuju untuk menjelaskanbayaran tertentu bagi sesuatu

tempoh. Pihak insurans pula bersetuju untuk membayar sejumlah pampasan

tertentu apabila berlaku sesuatu bencana, tetapi syarikat insurans tidak

menjelaskan secara terperinci bagaimanakah pampasan tersebut akan

dihasilkan.

b. Judi: Iaitu apabila pemegang polisi insurans nyawa meninggal dunia

sebelum perjanjian atau hanya membayar sebahagian daripada premium

yang dijanjikan dan kemudiannya diberikan pampasan yang tidak diketahui

asal-usulnya. Keuntungan daripada perniagaan insurans juga dilihat sebagai

hasil daripada perjudian kerana keuntungan tersebut berpunca dari

Page 24: Nota Pim3143

penangguhannya. Syarikat insurans boleh mendapat untung atau rugi

disebabkan tuntutan yang bergantung pada nasib.

c. Riba: Iaitu melalui aktiviti pelaburan syarikat di dalam syarikat atau institusi

kewangan yang mengamalkan riba.

4.4 Rumusan

Sebagai kesimpulannya, sistem ekonomi Islam adalah suatu kaedah dalam

perekonomian Islam yang disusun oleh para ulama’ untuk menjadi asas untuk

memahami dan mengembangkan fiqh Islam tentang kaedah-kaedah bermuamah

dengan sistem yang adil. Kalau tidak wujud sistem ini, ini, maka mesyarakat Islam

terdedah kepada sistem kapitalis yang bersifat menindas dan tidak adil.

4.5 ISU SEMASA DALAM BIDANG FIQH

Saham

Aktiviti spekulasi yang disebut ramai orang itu selalunya bersifat short term. Sama

ada intraday trading, contra trading, daily swing trading dan seterusya. Oleh kerana

aktiviti spekulasi dan kegiatan jual beli di Bursa Malaysia tidak dapat dipisahkan,

maka para ulama telah pun duduk berbincang mengenai isu spekulasi.

Majlis Penasihat Shariah Suruhanjaya Sekuriti (MPS SC), menerusi dua mesyuarat

pada 16-17 Oktober dan 26 November 1997 telah mengesahkan aktiviti spekulasi ini

adalah dibenarkan. Asas utamanya adalah aktiviti spekulasi adalah berbeza dengan

berjudi. Hujah lanjut adalah seperti berikut:

Spekulasi adalah tindakan beli pada harga rendah dan jual pada harga tinggi.

Ambil untung dari perbezaan dua harga itu tadi. Tujuannya untuk

mendapatkan capital gain. Sedangkan itulah cara buat bisnes dalam mana-

mana bidang sekalipun. Bai’ Muzayadah atau jual beli lelong pun berlaku

aktiviti yang sama. Bai’ Murabahah juga begitu. Islam tidak melarang

kegiatan ambil untung melalui aktiviti jual beli.

Nabi Muhammad saw sendiri tidak pernah membuat kawalan harga (price

control) termasuk ketika ada orang ramai mengadu harga barang mahal.

Page 25: Nota Pim3143

Justeru, apabila ada pihak yang untung apabila harga naik maka tu

adalah dibenarkan. Pada masa yang sama, pihak peniaga perlu mengambil

risiko sekiranya membeli pada harga tinggi dan harga kemudiannya jatuh

pula. Apa yang utama adalah tidak ada penipuan dan manipulasi.

Walaupun aktiviti spekulasi dan perjudian nampak macam sama tapi ia tidak

serupa. MPS menasihatkan agar pelabur mempunyai pengetahuan

secukupnya sebelum melakukan sebarang transaksi jual beli saham dan

bukan bertindak seperti seorang kaki judi.

Tahniah, kerana anda telah berjaya menamatkan pembelajaran unit ini dengan jayanya! .

UNIT 5 PENGURUSAN HARTA PUSAKA DALAM ISLAM

Tajuk 5 PENGURUSAN HARTA PUSAKA DALAM ISLAM

Pengenalan Konsep Harta Pusaka

5.1 SINOPSIS

Dalam unit ini, beberapa aspek penting yang membincangkan mengenai

konsep harta pusaka, pensyariatan harta pusaka di dalam Islam, harta pusaka dan

hak-haknya, harta pusaka yang tidak boleh diwarisi,hak-hak harta pusaka,

pembahagian harta pusaka dan juga prinsip pembahagian pusaka dalam Islam.

Soalan latihan.

1. Bincangkan istilah-istilah yang telah dipelajari dalam ekonomi Islam.

2.Huraikan dengan terperinci maksud takaful dalam Islam

TUGASAN

Page 26: Nota Pim3143

5.2. HASIL PEMBELAJARAN

5.2.1 Menghuraikan konsep pengurusan harta pusaka dalam Islam.

5.2.2 Mengaplikasi teori pembahgian harta pusaka dalam situasi sebenar.

5.2.3 Memahami konsep keadilan pembahagian harta pusaka menurut ajaran Islam.

5.3 KERANGKA TAJUK

5.4 ISI KANDUNGAN (PENGURUSAN HARTA PUSAKA DALAM ISLAM)

5.4.1 Konsep Harta Pusaka (Pewarisan)

Ilmu pewarisan merupakan cabang ilmu yang diturunkan Allah SWT khusus

mi membincang akan persoalan berkaitan harta pusaka dan kaedah

pembahagiannya menurut ketetapan syara’ , dimana ia bertujuan memberi

keadilan, kemaslahatan dan kepentingan kepada ahli-ahli waris yang berhak

mendapat bahagian dari harta pusaka yang ditinggalkan oleh si mati. Ilmu

pewarisan juga disebut ilmu mirath, ilmu harta pusaka dan ilmu Faraid.

Pusaka atau al-mirath dari segi bahasa pada makna al-masdar (المصدر)

bermaksud al-baqa’ (البقاء) iaitu kekal dan perpindahan sesuatu daripada

seseorang kepada seseorang yang lain. Al-mirath pada makna ism maf’ul اسم)

pula bermaksud asal atau baki . Dari segi istilah pula pusaka bermaksud (المفعول

sesuatu yang ditinggalkan oleh si mati daripada harta benda dan hak-hak yang

akan diwarisi oleh ahli-ahli waris disebabkab kematian pewaris . Ada pendapat

Pengurusan Harta Pusaka

Definisi Sejarah Sumber Hukum

Syarat Penghalang dan sebab

Prinsip Rukun

Waris dan penyelesaian harta

Page 27: Nota Pim3143

yang lain menyatakan bahawa pusaka atau al-mirath pada istilah ialah perpindahan

pemilikan daripada si mati kepada para warisnya yang masih hidup, sama ada

yang ditinggalkan itu berbentuk harta yang boleh dipindah, harta yang tidak boleh

dipindah, ataupun sesuatu hak yang ditetapkan oleh syarak (seperti hak khiyar

dalam jual beli, hak syuf’ah, dan hak qisas).

Menurut istilah ilmu faraid, harta pusaka juga dikenali sebagai al-tarikah.

Dari segi bahasa, al-tarikah bermaksud segala apa yang ditinggalkan atau

dibiarkan oleh si mati . Manakala definisi al-tarikah dari segi istilah syarak pula

berlaku perselisihan dalam menentukan maknanya. Perselisihan tersebut dapat

dilihat seperti berikut iaitu menurut jumhur fuqaha’ mendefinisikan al-tarikah ialah

segala sesuatu yang ditinggalkan oleh si mati termasuklah harta benda, hak-hak

kebendaan dan hak-hak yang mempunyai unsur kebendaan ke atas hak-hak

persendirian. Kesemuanya ini akan diwarisi sama ada oleh waris atau bukan

waris .

Para Fuqaha mempunyai takrifan yang berbeza mengenai harta pusaka atau

pewarisan antaranya :

1. Prof. Dr. Wahbah Az Zuhaili mengatakan bahawa harta pusaka ialah sesuatu

yang ditinggalkan oleh si mati samaada dalam bentuk harta atau hak yang akan

diwarisi oleh waris yang berhak menerimanya selepas kematiannya mengikut hukum

syarak.

2. Syeikh Muhammad Ali as-Sobuni mendefinisikan harta pusaka bermaksud

perpindahan sesuatu dari seseorang kepada orang lain atau dari satu kaum kepada

kaum yang lain.

3. Menurut Imam Ramli iaitu ulama mazhab Syafi’I di dalam kitab Nihayah Al-

Muhtaj telah mendefinisikan harta pusaka sebagai “apa-apa yang ditinggalkan untuk

orang kemudian daripadanya sesuatu hak seperti jenayah, tuduhan zina, atau

ikhtisas, atau mal seperti arak yang telah menjadi cuka setelah matinya, diyat yang

diambil dari pembunuhnya kerana diyat termasuk di dalam miliknya. Begitu juga apa

yang termasuk ke dalam pukatnya yang telah dipasangnya di masa hidupnya”.

Page 28: Nota Pim3143

4. Ibnu Qudamah al-Maqdisi mentakrifkan pewarisan (harta pusaka) sebagai

pembahagian harta pusaka kepada ahli waris di kalangan ashab al-Furud, al-Asobah

dan Zu- Arham.

5.4.2 Pensyariatan Pusaka Di Dalam Islam

Pensyariatan pusaka di dalam undang-undang pusaka Islam adalah terkandung di

dalam Al-Quran. Ia dapat dilihat di dalam surah an-Nisa’ ayat 11, 12, 176 yang

dikenali sebagai al-mawarith. Ketiga-tiga ayat tersebut telah menjelaskan secara

terperinci (yang juga merupakan ayat mufassal) tentang pusaka di dalam Islam

termasuklah ahli waris, bahagian-bahagian mereka, dan sebab perwarisan.

Contohnya firman Allah di dalam ayat 11, 12, 176 surah an-Nisa’ iaitu:

اي �س� �ن� ن �ن ك � ف�إ �ي نث� أ ل� ح�ظ; �ر� م� �لذ�ك � ل <د�ڪ �ـ ل � �ه� ف�ى@ أ لل �م� ��وص�يك ء � ن�‌ ي� ي ٱ ي� ي�‌� ي� ٱ

ه� �و� ب� ; و�أل� لن �ه�ا ح�د� ف�ل � و� �ان �ن ك �ر� و�إ �ا م�ا ت �ث �ل �ه�ن� ث ن� ف�ل � �ت ن ق� ي�ف� ف�‌� ي� ٱ �� ء ٲ ي� ك�‌� ي� ي� ٱ ي�

�ه� �ان� ل �ن ك ك� إ �ر� لسIد�س� م�م�ا ت م�ا ح� م; �ل; و� �ك ٱل ف� ي� �� ء �ن ٲ �ك � ي �ن ل � ف�إ ي� و�ل �‌�� ء ۥ �ه� �ه� ل � و�و�ر�ث �� و�ل ء �ه� ۥ �ان� ل �ن ك � ف�إ Iل لث �م;ه� �و�اه� ف�أل� ب

� � أ ف�‌ ٱ د� ۥ Iلس �م;ه� و� ف�أل� � � إ ف ‌ ٱ �� ء ي! ۥ Iه� ي

� ون� أ ر� � � ال� ت �اؤ�ك ن � � و�أ �اؤ�ك � د� ء�اب ا أ � �وص�ى ب � ي د� و�ص�ي � ي�م� ب ي� ي� ي" ي� �‌�� ي� ي� ك$ �� ء ي% ن& �يمOا ح�ك�ي �ان� ع�ل �ه� ك لل �ن� � إ لل � ف�ر�يض� م;ن� � ن �ك ب� ل ر�

� ��أ ء ٱ ن)‌� ٱ �� ء � �*ا‌ ء ي+ ي� اي,An-Nisa’ : 11

Maksudnya:Allah perintahkan kamu mengenai (pembahagian harta pusaka untuk) anak-anak kamu, iaitu bahagian seorang anak lelaki menyamai bahagian dua orang anak perempuan. tetapi jika anak-anak perempuan itu lebih dari dua, maka bahagian mereka ialah dua pertiga dari harta Yang ditinggalkan oleh si mati. dan jika anak perempuan itu seorang sahaja, maka bahagiannya ialah satu perdua (separuh) harta itu. dan bagi ibu bapa (si mati), tiap-tiap seorang dari keduanya: satu perenam dari harta Yang ditinggalkan oleh si mati, jika si mati itu mempunyai anak. tetapi jika si mati tidak mempunyai anak, sedang Yang mewarisinya hanyalah kedua ibu bapanya, maka bahagian ibunya ialah satu pertiga. kalau pula si mati itu mempunyai beberapa orang saudara (adik-beradik), maka bahagian ibunya ialah satu perenam. (pembahagian itu) ialah sesudah diselesaikan wasiat Yang telah diwasiatkan oleh si mati, dan sesudah dibayarkan hutangnya. lbu-bapa kamu dan anak-anak kamu, kamu tidak mengetahui siapa di antaranya Yang lebih dekat serta banyak manfaatnya kepada kamu (pembahagian harta pusaka dan penentuan bahagian masing-masing seperti Yang diterangkan itu ialah) ketetapan dari Allah; Sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana :

Page 29: Nota Pim3143

�ه�ن� �ان� ل �ن ڪ � ف�إ �ه�ن� و�ل �ن ل �ك � ي �ن ل � إ ج�ڪ و�� ك� أ �ر� ف� م�ا ت � � ن �و�ل�ڪ ‌�� ء ي� ي� ٲ ي- ي. ي�

�ه�ن� � د� و�ل �ه�ا أ �وص�ين� ب � ي د� و�ص�ي � �ر� م� ب �ع� م�م�ا ت ب Iلر �م� � ف�ل�ڪ �و�ل ‌�� ء ي� ي� �� ء ي% ن& ك�‌� ي/ ٱ �� ء �ه�ن� � ف�ل � و�ل �ان� ل�ڪ �ن ڪ � ف�إ � و�ل �ك �ن ل �ڪ � ي �ن ل � إ ت �ر� �ع� م�م�ا ت ب Iلر�� ء ي� �‌�� ء ي� ي� ي� ي� ٱ

ج� �ان� ر� �ن ك � د� و�إ �ه�ا أ �وص�ون� ب � ت د� و�ص�ي � � م; ب ت �ر� Iم�ن� م�م�ا ت لث� ء �‌�� ء ي� ي� �� ء ي% ن& �‌� ي0 ٱ�ه� � و�ل أ ر� و�

� �ةO أ <ل �ـ �ل ث� ڪ �ور� ��ي ء ي� د� ٱ Iلس ه�م�ا ح� م; �ل; و� �ك � ف�ل � أ �خW أ � أ ف ‌ ٱ ي& �� ء ٲ 1� ء ي2 ي� ۥ � د� و�ص�ي � � م� ب Iل لث �اء� ف�ى ڪ ر� �ك� ف�ه� ش� ل �ر� م�ن ذ� ث

� � أ �و@ا �ان �ن ڪ ��ف�إ ء ي% ن& ن�‌� ٱ ي� ٲ ي0 �ي ل �يمW ح� �ه� ع�ل لل � و� لل � م;ن� ر� م�ض�ا و�ص�ي ن[ غ� � د� ا أ � �وص�ى< ب ��ي ء ٱ ن)‌� ٱ �� ء � ‌34 ء ي� ي� ي� ك$

Annisa’ :12

Maksudnya:Dan bagimu (suami-suami) seperdua dari harta yang ditinggalkan oleh isteri-isterimu, jika mereka tidak mempunyai anak. jika Isteri-isterimu itu mempunyai anak, Maka kamu mendapat seperempat dari harta yang ditinggalkannya sesudah dipenuhi wasiat yang mereka buat atau (dan) seduah dibayar hutangnya. para isteri memperoleh seperempat harta yang kamu tinggalkan jika kamu tidak mempunyai anak. jika kamu mempunyai anak, Maka para isteri memperoleh seperdelapan dari harta yang kamu tinggalkan sesudah dipenuhi wasiat yang kamu buat atau (dan) sesudah dibayar hutang-hutangmu. jika seseorang mati, baik laki-laki maupun perempuan yang tidak meninggalkan ayah dan tidak meninggalkan anak, tetapi mempunyai seorang saudara laki-laki (seibu saja) atau seorang saudara perempuan (seibu saja), Maka bagi masing-masing dari kedua jenis saudara itu seperenam harta. tetapi jika Saudara-saudara seibu itu lebih dari seorang, Maka mereka bersekutu dalam yang sepertiga itu, sesudah dipenuhi wasiat yang dibuat olehnya atau sesudah dibayar hutangnya dengan tidak memberi mudharat (kepada ahli waris) . (Allah menetapkan yang demikian itu sebagai) syari'at yang benar-benar dari Allah, dan Allah Maha mengetahui lagi Maha Penyantun.

Selain daripada nas-nas Al-Quran di atas, terdapat beberapa hadis Rasulullah S.A.W yang menerangkan tentang waris-waris dan bahagian masing-masing, antaranya hadis daripada Abdullah Ibnu Mas’ud, Rasulullah S.A.W bersabda

:

لإلبنة النصف وإلبنة اإلبن السدس وما بقي فلألخت

Maksudnya:“Bagi seorang anak perempuan 1/2 , seorang anak perempuan kepada anak lelaki

(cucu perempuan) 1/6 dan baki (asabah) itu untuk seorang saudara perempuan ”

Page 30: Nota Pim3143

Hadis yang daripada Abdullah Ibnu Abbas, sabda Rasulullah S.A.W:

ألحقوا الفرائض بأهلهما فما بقي فهو ألولى رجل ذكر

Maksudnya:“Berikanlah harta pusaka kepada orang-orang yang berhak, sesudah itu bakinya adalah untuk waris lelaki yang lebih utama” .

Di samping itu juga, ijma’ ulama saling bersepakat mengenai pensyariatan

pusaka. Jika terdapat masalah pembahagian pusaka yang tidak jelas di dalam Al-

Quran dan As-sunnah, maka ia akan dapat diselesaikan melalui ijma’ ulama dan

ijtihad mereka. Contohnya seperti tentang kedudukan saudara-saudara yang

mewarisi bersama datuk. Hal ini tidak dijelaskan di dalam Al-Quran dan As-sunnah.

Oleh itu, kebanyakan sahabat-sahabat dan imam-imam mazhab berpendapat

saudara-saudara itu mendapat pusaka secara muqasamah (bersama-sama

mewarisi) dengan datuk. Ini adalah mengikut pendapat Zaid bin Thabit, Umar Al-

Khattab, Ali bin Abi Talib, dan Ibnu Mas’ud. Pendapat tersebut diikuti oleh Imam

Malik, Al-Auza’I, Abu Yusuf, As-syafi’I, dan Ahmad bin Hanbal.

Di zaman permulaan Islam sebagaimana yang diceritakan oleh Jabir

Radhiallahu 'anhu, bahawa seorang perempuan Uanda) iaitu isteri kepada Sa'ad bin

Al-Ruba'i, datang kepada Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam mengadukan

perihal dua orang anak perempuannya hasil perkongsiannya dengan Sa'ad.

Perempuan Uanda) ini berkata: "Wahai Rasulullah, dua orang ini adalah anak

perempuan Sa'ad bin Al-Ruba'i, bapa mereka telah mati syahid semasa berperang

bersamamu wahai Rasulullah di Uhud.

Kemudian bapa saudara mereka berdua telah mengambil harta mereka, dia

tidak memberikannya kepada mereka walau sedikitpun dan kedua mereka ini tidak

akan dapat berkahwin tanpa harta." Maka Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam

bersabda: "Allah akan memberi keputusan hukum mengenainya."Tidak berapa lama

kemudian turunlah ayat 11, surah AI-Nisa' yang telah disebutkan sebahagiannya di

atas.

Setelah itu Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam mengirim utusan kepada

Page 31: Nota Pim3143

bapa saudara kedua anak perempuan itu untuk memaklumkan pesanan Rasulullah

Shallallahu 'alaihi wasallam yang bermaksud: "Berikan kepada dua anak perempuan

Sa'ad 2/3 dan kepada ibunya 1/8, manakala bakinya untukmu." (Hadis Jabir ini

diriwayatkan oleh ahli hadis yang lima kecuali Nasa'i).

Berdasarkan ayat dan hadis Jabir di atas, adalah wajib membahagikan harta

waris mengikut bahagian yang telah ditetapkan dalam fara'idh dan cara

inilah yang paling baik bagi mencapai keadilan yang sebenar.Setiap yang wajib itu

akan mendapat pahalajika dilakukan dan mendapat seksa jika ditinggalkan.

Sebagaimana yang telah disebutkan bahawa hukum fara'idh hanya

membicarakan harta pusaka yang ditinggalkan oleh orang yang meninggal, maka

yang dikira sebagai harta pusaka ialah semua harta yang dimilikinya secara sah

sehingga dia meninggal.Sebaik saja dia meninggal, semua harta peninggalannya

sudah dikira sebagai hak milik para ahli warisnya.

Tetapi sebelum menjadi milik ahli waris secara sah dan sempurna, ada lima

perkara yang perlu dilakukan, yakni harta waris akan diproses menerusi hukum

fara'idh melalui cara berikut:

(1) Yang mula sekali perlu (bahkan wajib) diperhatikan ialah tentang kedudukan

harta waris itu sendiri daripada segi hak dan kaitannya dengan perkara-perkara lain

seperti zakat, nazar, kaffarah, haji, gadaian, denda hukum, hutang kepada Allah dan

sebagainya.Dengan demikian, jika zakatnya belum dikeluarkan, maka wajib

dikeluarkan. Jika sebahagiannya juga ada diperuntukkan untuk nazar oleh si mati,

maka wajib ditunaikan.

Jika antara harta itu terdapat gadaian juga wajib ia diasingkan. Jika ada hutang

si mati kepada Allah, maka bayarlah hutang itu. Jika semasa hidupnya sudah wajib

dia menunaikan haji, tetapi dia tidak pergi menunaikannya, maka wajib juga

diasingkan untuk keperluan menghajikannya, begitulah seterusnya.

(2) Setelah cara pertama yang di atas dapat disempurnakan, maka baki harta itu

diperuntukkan pula untuk perbelanjaan perlaksanaan fardhu kifayahnya, seperti

Page 32: Nota Pim3143

membeli kain kafan dan keperluan pengkebumiannya menurut yang selayaknya.

(3) Kemudian bakinya yang masih ada dikeluarkan untuk melunaskan segala

hutangnya kepada orang lain, iaitu hutang yang sabit mengikut pengakuannya

semasa hidup atau yang sabit melalui bukti-bukti yang diperakui kerana hutang itu

wajib dibayar bagi pihak si mati.

(4) Daripada baki harta itu lagi dibayarkan (diasingkan) pula untuk keperluan

wasiatnya jika ada, iaitu tidak lebih daripada 1/3 (sepertiga) daripada baki harta yang

ada setelah perkara-perkara di atas diselesaikan.

Sekiranya dia mewasiatkan semua atau sebahagian hartanya, maka wasiat ini tidak

diterima, tetapi cukup dikeluarkan 1/3 (sepertiga) sahaja untuk wasiatnya itu.

(5) Baki harta yang masih ada selepas empat perkara di atas dilakukan, maka itulah

dia harta waris yang menjadi milik semua ahli waris yang berhak.Itulah juga harta

yang dimaksudkan di dalam hukum faria'id yang wajib dibahagi-bahagikan kepada

semua ahli waris yang berhak, sesuai dengan kadar bahagian masin masing.

(Nihayah AI-Zain ms.281)

5.4.3 HARTA PUSAKA DAN HAK-HAKNYA

1. Menurut Jumhur Fuqaha’ , antara jenis harta dan hak-hak yang termasuk di

dalam harta pusaka yang boleh diwarisi ialah :

2. Jenis-jenis harta:

i) Harta yang boleh dialih seperti wang ringgit , kereta, barang-

barangan dan sebagainya.

ii) Harta yang tidak boleh dialih seperti rumah, kebun, ladang,

kilang dan sebagainyai .

iii) Harta yang seharusya menjadi hak milik si mati tetapi belum

sempat menerimanya.

Contohnya: seseorang berhutang dengan si mati, tetapi belum membayar

hutang tersebut kepadanya, diyat yang wajib diterima oleh waris si mati

disebabkan berlakunya pembunuhan, secara tersalah atau sengaja dan

Page 33: Nota Pim3143

dimaafkan oleh keluarga si mati atau bertukar hukuman qisas kepada

pembayaran.

Harta pusaka terbahagi kepada yang boleh diwarisi dan yang tidak boleh

diwarisi.

a. Harta Pusaka yang boleh diwarisi

Adapun pusaka dan jenis-jenis hak yang boleh diwarisi ialah:

i) Hak-hak yang berbentuk harta atau hak yang bersangkutan dengan

harta si mati. antaranya:

ii). Hutang puitang si mati, menjadi tanggungjawab ahli waris untuk

melunaskan semua hutang puitang si mati.

iii) Hak pemilikan manfaat bersama(Hak al-Irtiqaq) seperti hak minuman,

hak lalulintas, dan hak saliran. Oleh itu hak-hak bersama ini boleh diwarisi

kerana fizikalnya berbentuk harta.

iv). Hak pembayaran diyat kepada mangsa jenayah. Oleh itu, sekiranya

penjenayah tersebut mati, maka hak diyat tersebut perlu dilunaskan warisnya.

v) Hak menahan barang gadaian sehingga hutang gadaian dilunaskan.

Oleh itu sekiranya pemegang gadai meninggal dunia, sedngkan barang

gadaian itu masih belum ditebus, maka ahli warisnya berhak menahan

barang tersebut hinggalah penggadai melunaskan hutangnya dan

mengambil semula barangnya.

2. Hak-hak yang bentuk harta, di mana ia bersangkutan dengan kehendak dan

keinginan si mati yang bukan bersifat peribadi, antaranya:

a. i.Hak Khiyar dalam proses jual beli, iaitu khiyar syarat, khiyar rukyah,

khiyar ta’yiin, dn khiyar ‘aib. Namun menurut mazhab Hanafi, hanya

khiyar ‘aib sahaja boleh diwarisi, kerana kecacatan barangan yang dibeli

boleh mengurangkan nilai harga barangan yang dibeli dan tidak

menyenangkan ahli waris, bahkan si mati juga menginginkan barangan

tersebut dalam keadaan elok dan sempurna, namun dia meninggal

dalam tempoh khiyar.

b. ii. Hak Syuf’ah. Menurut Jumhur Fuqaha’, hak Syuf’ah boleh diwarisi

kerana ia bersangkutan dengan hak tanah, atau rumah yang menjadi

Page 34: Nota Pim3143

hak milik si mati. Namun bagi Mazhab Hanafi hak Syuf’ah tidak boleh

diwarisi kerana ia bersifat peribadi yang lahir dari diri si mati sendiri.

3. Benda yang berkaitan dengan hak orang lain sebelum si mati meninggal

dunia.

a. Contohnya si mati telah menggadai sesuatu barang kepada pemegang

gadai dan dikira telah berhutang dengannya, maka barang gadaian

tersebut telah menjadi hak pemegang gadai, ketika si mati masih hidup.

Oleh itu jika si mati meninggal dunia sebelum sempat melunaskan

hutang gadaiannya, maka barang gadaian tersebut adalah hak

pemegang gadai.

b. Mengikut Jumhur Fuqaha’, brang gadian tersebut adalah harta pusaka

dan boleh diwarisi setelah ditebus kembali. Berbeza dengan Mazhab

Hanafi yang menyatakan barang tersebut tidak dikira sebagai harta

pusaka kerana menjadi hak milik orang lain sebelum si mati menebus

hutangnya.

4. Hak untuk mengambil manfaat dari sesuatu yang telah diwasiatkan

kepada penerima wasiat, tetapi penerima tersebut meninggal dunia,

sebelum wasiat dilaksanakan, maka hak tersebut boleh diwarisi oleh

warisnya secara Jumhur Fuqaha’. Namun bagi Mazhab Hanafi hak

mengambil manfaat tersebut bukan dinamakan harta pusaka. Oleh itu , ia

tidak boleh diwarisi.

6. Manfaat dari harta benda. Contohnya jika seseorang itu telah menyewa

sebuah rumah, lalu dia meninggal dunia selepas beberapa tahun mendiami

tersebut, maka ahli waris boleh meneruskan sewaan tersebut, bahkan tidak

terbatal sewaannya, kerana mengikut Jumhur Fuqaha’. manfaat dikira

sebagai harta. Oleh itu ia termasuk harta yang boleh diwarisi.

a. Harta Pusaka yang tidak boleh diwarisi.

b. Menurut Jumhur Fuqaha’ terdapat beberapa jenis hak yang tidak boleh

diwarisi, bahkan ia dikira hak individu sahaja. iaitu:

Page 35: Nota Pim3143

1. Hak yang bukan berbentuk harta seperti hak penjagaan ke atas diri. atau

harta seseorang(wilayah), hak hadhanah ibu terhadap anaknya, hak

perwakilan (wakalah ) dan sebagainya. Oleh itu hak-hak ini tidak boleh

diwarisi sekiranya hak-hak ini bersangkutan dengan si mati ketika dia masih

hidup.

2. Hak berbentuk harta di mana ia bersangkutan sifat peribadi si mati sahaja.

Antaranya:

i. Hak untuk memulang hibah kepada pemberi hibah.Hak ini hany

lahir dari sifat peribadi si mati, maka ia tidak boleh diwarisi, bahkan

akan hibah tersebut akan terbatal dengan kematian si mati.

c. ii.Hak untuk mengguna manfaat dari harta benda yang dimiliki

seseorang seperti menaiki kenderaan seseorang, menggunakan tanah

orang lain untuk tanaman atau menumpang bilik seseorang untuk

didiami. Oleh itu hak-hak seperrti ini tidak boleh diwarisi. jika

penggunanya mati.

d. iii.Hak menangguhkan bayaran hutang. Orang yang berhutang

mempunyai hak untuk menangguhkan atau melewatkan pembayaran

hutangnya dan dikira sebagai hak peribadinya. Kerana mengambil kira

kesempitan hidup yang dialaminya . dan hubungannya dengan pemberi

hutang. Oleh itu jika orang yang memberi hutang itu mati, maka hak

melewatkan pembayaran hutang itu tidak boleh diwarisi oleh waisnya,

bahkan hutang tersebut perlu dilunaskan dengan segera dari harta

peninggalan si mati.

e. Setelah seseorang itu jelas dan diyakini kematiannya, maka harta

pusakanya tidak boleh dibahagikan atau diagih-agihkan kepada ahli

warisnyikan dahulu sebelum diselesaikan terlebih dahulu hak-hak yang

bersangkutan dengan harta pusaka si mati Oleh itu, terdapat empat hak

harta pusaka yang perlu disempurnakan mengikut tertibnya, iaitu :

Pertama : Hak untuk mengurus segala perbelanjaan pengurusan

jenazah si mati

Page 36: Nota Pim3143

Kedua : Hak untuk melunaskan dan melangsaikan segala hutang

puitang si mati.

Ketiga : Hak untuk melaksanakan segala wasiat yang diberikan oleh

si mati sebelum kematiannya.

Keempat : Hak untuk membahagi dan mengagihkan harta pusaka si

mati kepada ahli waris yang berhak menerimanya.

5.4.4 PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA

Sebelum harta pusaka dibahagikan kepada ahli waris , beberapa perkara di

bawah perlu diambil kira , iaitu :

PERTAMA : RUKUN HARTA PUSAKA

a. Al-muwarrits, iaitu orang yang telah mati dan meninggalkan harta yang berlalih

kepada orang yang masih hidup.

b. Al-mawruts, iaitu harta yang beralih dari orang yang mati kepada yang masih

hidup yang disebut harta warisan.

c. Al-warits, iaitu orang yang berhak menerima harta yang ditinggaIkan oleh yang

mati tersebut yang disebut ahli warits

KEDUA : SYARAT PUSAKA .

Page 37: Nota Pim3143

a. Pewaris

Pewaris adalah orang yang telah mati dan meninggalkan harta warisan untuk

diwariskan. Untuk dapatnya harta tersebut diwarisi, pewaris itu disyaratkan betul

telah jelas kematianya, atau terdapat yang boleh membuktikan kematiannya

a. Harta Warisan

Yang dimaksud dengan harta warisan adalah harta peningalan orang yang telah

mati yang secara hukum syara' telah berhak dan sah beralih kepada ahli

warisnya. Harta peninggalan itu berhak untuk diwarisi bila telah memenuhi

Syarat-syarat berikut :-

i. Harta tersebut adalah milik dari pewaris secara sempurna dalam arti dia

tuan punya dan juga memiliki manfaatnya.

ii. Harta tersebut telah murni dan terlepas dari terkaitnya hak orang lain di

dalamnya. Untuk maksud memurnikan dan melepaskan keterkaitannya

dengan hakorang lain di dalamnya, ada beberapa kewajipan yang

berkenaan dengan harta tersebut iaitu :

- Biaya penyelenggaraan jenazah pewaris wajib ditanggung oleh ahli waris.

- Hutang-hutang yang belum dilunasi pewaris sewaktu hidupnya, baik

hutang kepada Allah dalam bentuk kewajipan agama dalam bentuk harta

seperti zakat; atau hutang kepada sesama manusia. Sebagaimaa Allah

menjelaskan dalam surat al-Nisa' ayat 11:

“(pembagian yang demikian) adalah setelah mengeluarkan wasiat yang

diwasiatkan dan hutang..”

iii. Wasiat-wasiat yang telah dilakukan oleh pewaris semasa hidupnya

dalam batas yang tidak melebihi sepertiga dari harta yang tinggal setelah

biaya jenaz hutang-hutangnya.

b. Ahli Waris

Page 38: Nota Pim3143

Ahli waris adalah orang yang berhak menerima harta warisan dari pewaris.

Untuk berhaknya dia menerima harta warisan itu disyaratkan dia masih hidup saat

terjadinya kematian pewaris. Antara yang dapat menerima harta pusaka ialah:

Pembahagian Ahli Waris

Dilihat dari ke wujudan nnya , Pembahagian ahli waris terbagi kepada:-

a. Ahli waris nasabiyah, yaitu ahli waris yang hubungan kekeluargaannya

terjadi karena hubungan darah

b. Ahli waris sababiyah, yaitu hubungan kewarisan yang terjadi karena suatu

sebab tertentu, iaitu:

i. Perkawinan yang sah

ii. Memerdekakan hamba sahaya atau karena adanya perjanjian tolong

menolong .

Apabila dilihat dari segi bahagian-bahagian yang diterima mereka, ahli

waris dapat dibahagikan menjadi :

a. Ahli waris ashab al-furudh, yaitu ahli waris yang menerima bagian yang besar

kecilnya telah ditentukan dalam al-Qur'an, seperti 1/2, 1/3 atau 1/6.

b. Ahli waris as h abah , yaitu ahli waris yang bagian yang diterimanya adalah

sisa setelah harta warisan dibagikan kepada ahli waris ashab al-furudh.

c. Ahli waris Zawi al-arham, yaitu ahli waris yang sesungguhnya memiliki

hubungan darah, akan tetapi menurut ketentuan al-Qur'an, tidak berhak

menerima bagian warisan.

Adapun macam-macam ahli waris as h abah ada tiga macam, iaitu:

a. Asabah bi nafsih (ABN), iaitu ahli waris yang karena kedudukan dirinya

sendiri berhak menerima asabah. Ahli waris ini kelompok ini semuanya lelaki,

kecuali mu’tiqah (orang perempuan yang memerdekakan hamba sahaya).

b. Asabah bi al-ghair (ABG), iaitu ahli waris yang menerima bahagian sisa

karena bersama-sama dengannya adaahli waris lain yang telah menerima

Page 39: Nota Pim3143

bagian sisa. Apabila ahli waris penerima sisa tidak ada, maka ia tetap

menerima bagian tertentu (furud al-muqaddarah).

c. Asabah ma’a al-ghair (AMG), iaitu ahli waris yang menerima bagian sisa

karena bersama-sama dengan ahli waris lain yang tidak menerima bagian

sisa. Apabila ahli waris lain tidak ada, maka ia menerima bagian tertentu (al-

furud al-muqaddarah).

Ahli Waris Yang Terhijab terdiri daripada bahagian-bahagian berikut:-

a. Hijab nuqsan , iaitu menghalangi yang menyebabkannya, mengurangi bagian

ahli waris yang mahjub, seperti seorang suami, yang seharusnya menerima

bagian ½ , karena bersama anak baik itu laki-laki maupun perempuan,

bagiannya berkurangan menjadi ¼. Ibu yang sedianya menerima bagian 1/3,

karena bersama dengan anak, atau saudara dua orang atau

lebih,bterkurangan bahagiannya menjadi 1/6.

b. Hijab Hirman , iaitu menghalangi secara . Akibatnya hak-hak ahli waris yang

tertutup sama sekali dengan adanya ahli waris yang menghalangi. Misalnya,

saudara perempuan sekandung yang pada mulanya berhak menerima bagian

½, tetapi karena bersama anak laki-laki, tiada mendapat apa-apa bahagian

sama sekali .

Al-Furud Al-Muqaddarah yang terdapat di dalam al-Quran :

Bagian yang telah ditentukan secara rinci di dalam Al Qur’an ada 6 yaitu :

Setengah/separuh (1/2 = al-nisf)

Sepertiga (1/3 = al-sulus)

Seperempat (1/4 = al-rubu)

Seperenam (1/6 = al-sudus)

Seperdelapan (1/8 = al-sumun)

  Dua pertiga (2/3 = al-sulusain)

Page 40: Nota Pim3143

Berikut ini ialah Bahagian pembagian pusaka dalam Islam :

الفروض صحاب أ

1 Suami

½Apabila pewaris tidak meninggalkan

keturunan

¼Apabila pewaris ada meninggalkan

keturunan

2 Isteri

¼Apabila pewaris tidak meninggalkan

keturunan.

1/8Apabila pewaris ada meninggalkan

keturunan

3 Bapa

1/6Apabila pewaris ada meninggalkan

keturunan laki-laki

1/6 + SisaApabila pewaris ada meninggalkan

keturunan perempuan

AshabahApabila pewaris tidak meninggalkan

keturunan

4 Ibu

1/3

Apabila pewaris tidak meninggalkan keturunan

Apabila pewaris hanya mempunyai 1 orang saudara/saudari

1/6

Apabila pewaris ada keturunan

Apabila pewaris mempunyai lebih dari 1 orang saudara/saudari

Page 41: Nota Pim3143

5Anak

Perempuan

½ Apabila tunggal

2/3 2 orang atau lebih

Ashabah Apabila bersama anak laki-laki

6Cucu

Perempuan

Terhijab oleh

Anak Laki-laki pewaris

2 orang atau lebih anak perempuan pewaris

½ Apabila tunggal

2/3 2 orang atau lebih

1/6Apabila bersama 1 orang anak

perempuan pewaris

Ashabah Apabila bersama cucu laki-laki

7Saudara

perempuan seibu sebapa

Terhijab olehKeturunan pewaris laki-laki

Bapak pewaris

½ Apabila tunggal

2/3 2 orang atau lebih

Ashabah/ "ABG"Apabila bersama dengan saudara

seibu

Ashabah/"AMG"Apabila bersama dengan keturunan

pewaris perempuan (anak perempuan atau cucu perempuan)

Page 42: Nota Pim3143

8Saudara

Perempuan Sebapa

Terhijab oleh

Keturunan pewaris laki-laki

Bapak pewaris

Saudara sebapak seibu

Saudari sebapak seibu yang kedudukannya sebagai "ashabah

(AMG)" bersama keturunan pewaris perempuan

2 orang orang atau lebih saudari sebapak seibu

½ Apabila tunggal

2/3 2 orang atau lebih

1/6Apabila bersama 1 orang saudari

sebapak seibu

Ashabah/"ABG"Apabila bersama dengan saudara

sebapak

Ashabah/"AMG"Apabila bersama dengan keturunan

pewaris perempuan (anak perempuan atau cucu pewaris)

9

adik beradik lelaki dan

perempuan seibu

Terhijab oleh Keturunan pewaris

Bapak, kakek pewaris

1/6Apabila tunggal (laki-laki atau

perempuan)

1/3Lebih dari 1 orang (laki-laki dan perempuan dibagi sama rata)

Page 43: Nota Pim3143

10 Datuk

Terhijab oleh Bapak

1/6Apabila pewaris ada meninggalkan

keturunan laki-laki

1/6 + SisaApabila pewaris ada meninggalkan

keturunan perempuan

AshabahApabila pewaris tidak meninggalkan

keturunan

11

Nenek dari bapa

Terhijab oleh Bapak dan ibu

Nenek dari ibuTerhijab oleh Ibu

1/6 Sendiri atau lebih (dibagi sama)

Harta Pusaka juga boleh terhalang daripada dibahagikan kepada ahli waris di atas sekiranya terdapat beberapa halangan syarak. Halangan kewarisan tersebut adalah sebagai berikut:

a. Halangan disebabkan berbezaa agama

Iaitu apabila orang yang mati beragama Islam dan yang berhak menjadi ahli warisnya hanyalah orang yang beragama Islam juga. orang bukan Islam tidak berhak untuk mewarisi harta tersebut . Hal ini dijelaskan dalam hadits Nabi dari Usamah bin Zaid menurut riwayat yang muttafaq` alaih :

“Orang Islam tidak dapatt mewarisi orang kafir dan orang kafir tidak daptat mewarisi orang islam”.

b.Halangan karena pembunuhan

Iaitu seseorang yang membunuh orang yang berhubungan kewarisan dengannya tidak berhak mewarisi orang yang dibunuhnya itu. Sebaigaimana sabda Nabi dari 'Amru bin Syueb menurut riwayat al-Nasa’ei dan Daroquthniy :

“Si pembunuh (terhadap pewaris) tidak berhak sama sekali menerima warisan (dari yang dibunuhnya)”

Page 44: Nota Pim3143

5.4.5 PRINSIP PEMBAHAGIAN PUSAKA DALAM ISLAM

Pembahagian pusaka dalam Islam mempunyai prinsip keadilannya yang tersendiri. Antaranya

Keadilan terhadap anak lelaki.

•Keadilan terhadap waris-waris perempuan.

•Keadilan terhadap dua ibubapa.

•Keadilan terhadap suami atau isteri.

•Keadilan terhadap waris terdekat.

•Keadilan terhadap datuk dan nenek.

•Keadilan terhadap janin dalam kandungan.

•Keadilan terhadap khunsa.

•Keadilan terhadap al-mafqud

Dari sisi yang lain kita melihat bahawa pembahagian harta pusaka dalam Islam adalah berasaskan asas-asas di bawah ini, iaitu:

Al-Wasatiyyah

•Al-Tawazun

•Al-Adalah

•Al-Ijbar

•Perwarisan di kalangan waris terdekat

•Penetapan bahagian untuk ahli waris

•Ahli waris yang syumul

•Hak wanita dan kanak-kanak

•Keutamaan kaum kerabat yang lebih hampir

•Berlebih kurang kadar antara waris

•Bersifat tetap/thabat

5.4.6 Rumusan

Page 45: Nota Pim3143

Sebagai kesimpulannya, Ilmu Faraid ialah suatu kaedah dalam pembahagian harta

pusaka yang merupakan satu ilmu yang sangat penting dalam Islam. Hari ini

penguasaan ilmu ini sangat terhad di kalangan umat Islam. Hal ini yang

menyebabkan timbulnya banyak masalah timbul ketika pembahagian harta pusaka

di kalangan umat Islam.

PERMASALAHAN DALAM MENYELESAIKAN PUSAKA DI MALAYSIA

Firman Allah S.W.T.:

كل نفس ذاءقة الموت ونبلوكم با لشر والخير فتنة والينا         ترجعون

Maksudnya:      Tiap-tiap diri akan merasai mati, dan Kami menguji  kamu dengan            kesusahan dan  kesenangan sebagai cubaan;    dan kepada Kamilah

kamu   semua akan dikembalikan.                                                                                    (Surah al-Anbiya’ 21 : 35)

a) Setiap yang hidup akan mati.  Begitulah kesudahan hidup manusia di dunia

sebagaimana yang telah ditakdirkan oleh Allah. Apabila jenazah si mati selamat

dikebumikan, tanggungjawab waris-waris seterusnya ialah:

    b) Membahagikan harta peninggalan si mati kepada waris-waris yang berhak

dengan syarat terlebih dahulu.

    c) Menyelesaikan bayaran urusan pengebumian

   d) Menjelaskan hutang-hutang si mati.

   e) Menunaikan wasiatnya jika ada. 

    Segerakan pembahagian pusaka kerana apabila seseorang itu meninggal

dunia, secara automatik harta kepunyaan si mati berpindah hak kepada waris-waris.

Barang siapa yang mengambil atau memakan harta-harta pusaka tersebut tanpa

Page 46: Nota Pim3143

persetujuan semua waris yang berhak, mereka boleh terjerumus kepada

penguasaan harta secara haram atau batil, termakan harta anak yatim dan

sebagainya .

  Justeru, uruskan harta pusaka dengan sebaik mungkin dan segerakan

pembahagian kepada waris-waris yang berhak berpandukan kepada hukum Faraid.

Tentukan siapakah pemilik sebenar harta pusaka tersebut dan tentukan hak masing-

masing.

Mengapa berlakunya kelewatan pembahagian harta pusaka di Malaysia :

1. Salah tanggapan

Terdapat di kalangan masyarakat masih berpegang kepada ungkapan “berdosa jika

terlalu awal membahagikan harta pusaka ketika ‘tanah kubur masih merah’. Ini

tanggapan salah. Tiada nas atau dalil. Hanya perbualan dikedai kopi Sepatutnya

segerakan pembahagian kerana selepas kematian, harta si mati menjadi hak waris.

     Sayidina ‘Umar r.a. pernah memadamkan pelita seorang sahabatnya yang

meninggal dunia kerana dikhuatiri minyak pelita tersebut habis digunakan tanpa

mendapat persetujuan waris.

2. Menjaga adat

 Bimbang untuk bersuara, takut dikatakan tamak / hendakkkan harta. Justeru harta    

dibiarkan tanpa pengurusan. Hal ini menyebabkan kelewatan dalam pembahagian

harta pusaka. Sikap seperti ini perlu diubah. Semua patut berfikiran positif.

Menuntut pusaka bukanlah bermakna seseorang itu mempunyai sifat

tomak dan haluba. Akan tetapi ia adalah untuk menuntut hak yang disyariatkan

dalam agama.. Menunaikan tanggungjawab terhadap agama adalah lebih patut

diutamakan. Kelewatan pembahagian akan menimbulkan fitnah kepada keluarga

dan agama Islam. Dalam adat-adat tertentu   terdapat penafian hak kepada ahli

waris dengan meninggalkan hukum pusaka Islam dan digantikan dengan hukum

adat .Hinggakan wanita diberikan nisbah yang lebih berbanding lelaki..

Page 47: Nota Pim3143

3. Tiada pengetahuan

Ilmu berkaitan pengurusan dan pembahagian harta pusaka makin diabaikan. Tidak

hairanlah   jika kita lihat dewasa ini jika berlaku kematian dan waris perlu melakukan

pembahagian harta pusaka, tidak ramai yang berkebolehan dalam urusan

pembahagian pusaka. Ianya menimbulkan kesukaran untuk membuat rujukan /

khidmat nasihat.Waris tidak tahu apa yang hendak dilakukan

4. Sikap tidak prihatin

Dengan menganggap penyelesaian pusaka suatu yang remeh temeh, ramai yang

tidak mengambil berat untuk menyelesaikannya. Tidak mengambil peduli tentang

harta pusaka dantidak memberikan kerjasama ketika ada pihak yang berusaha

untuk menyelesaikanya.

Ada juga yang membiarkan harta beku / terbiar / terbengkalai sehingga

ada sesuatu yang menguntungkan seperti berhajat untuk menjualnya, menggadai

atau terlibat dengan pengambilan tanah oleh kerajaan.

 

5. Menaruh harapan kepada anak sulung

Anak sulung lelaki sewajarnya menggantikan tempat orang tua. Oleh itu sepatutnya

bertanggungjawab ke atas adik-adik dan berusaha menyelesaikan

pusaka.Terkadang anak sulung tidak tahu apa yang patut dilakukan sedangkan

Adik beradik yang takut bersuara, manakala anak sulung tidak cuba mengadakan

perbincangan atau meminta adik-adik menguruskan pembahagian.

Sebenarnya sesiapa juga di kalangan waris boleh menguruskan pembahagian tetapi

adat menghormati anak sulung lebih diutamakan.

6. Tidak mahu harta berpindah kepada orang lain.

Ada yang selesa mendudukki / memilikki / mengusahakan tanah si mati. Sekiranya

dibahagikan, takut kalau waris lain menuntut hak masing-masing. Oleh itu lebih baik

dibiarkan sahaja dengan nama si mati. Ketika waris-waris lain berdiam diri, elok tidak

dibahagi untuk menjaga hubungan mesra di kalangan waris.

Page 48: Nota Pim3143

Sekiranya tidak mendapat persetujuan semua waris, bermakna seseorang

itu mendudukki, memilikki atau mengusahakan harta pusaka secara batil. Hukumnya

berdosa.

7. Wujud pertelingkahan di kalangan waris

     Pusaka tidak diselesaikan kerana waris-waris bertelingkah sesama sendiri samada

sebelum kematian atau selepas kematian. Bagaimana hendak mengadakan

perbincangan sekiranya tidak dapat bersua muka?

8. Tiada persefahaman

    Masing-masing dengan pendapat dan kemahuan sendiri. Tiada tolak ansur.

Pentingkan diri. Terdapat kalangan ahli keluarga yang tamak, ingin membolot harta

pusaka untuk diri sendiri. Hal ini menyebabkan timbulnya kelewatan dalam

pembahagian harta pusaka.

Cadangan Penyelesaian Pembahagian Harta Pusaka di Malaysia.

Masalah pembahagian harta pusaka boleh dielakkan dengan si mati

sebelum kematiannya, menamakan satu badan yang boleh menyelia dan

mengelola pembahagian harta pusaka yang ditinggalkannya. Di Malaysia terdapat

beberapa badan yang boleh diyakini sebagai pemegang amanah kepada harta

pusaka seperi “ Amanah Raya “ dan As-Solehen Trusty”

Selain itu untuk mengelakkan persengkatan dikalangan ahli waris si mati

sebelum kematiannya boleh menhibahkan hartanya. Para waris tidak lagi boleh

memprotes pembahagian yang dilakukan, Hal ini pembahagian tersebut dibuat atas kerelaan

si mati semasa hidupnya.

Tahniah, kerana anda telah berjaya menamatkan pembelajaran unit ini dengan jayanya! .

Soalan latihan.:

1. Sebutkan pengertian ilmu Faraid ?

2: Nyatakan Harta Faraid yang boleh diwarisi dan yang tidak

boleh diwarisi ?

TUGASAN

Page 49: Nota Pim3143