nota pendidikan moral untuk semua peringkat

45
NOTA RUJUKAN PENDIDIKAN MORAL MPW 1153/ 2153 PERINGKAT IJAZAH / DIPLOMA /SIJIL DISEDIAKAN OLEH: Muhamad Izzwandy Bin Mamat

Upload: izzwandy

Post on 22-Jan-2016

9.959 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Nota Pendidikan Moral Untuk Semua Peringkat

NOTA RUJUKAN

PENDIDIKAN MORAL

MPW 1153/ 2153

PERINGKAT IJAZAH / DIPLOMA /SIJIL

DISEDIAKAN OLEH:Muhamad Izzwandy Bin Mamat

Page 2: Nota Pendidikan Moral Untuk Semua Peringkat

BAB 1: PENGERTIAN MORAL

Etika, Nilai dan Moral

Bull N.J (1969) berkata bahawa mengajar moral menjadi sukar sekiranya kita sendiri tidak tahu apa itu “kemoralan”. Oleh itu, sebelum kita mulakan segala perbincangan tentang kemoralan dan pendidikan moral, kita perlu mendefinisikan perkataan “moral” dan “kemoralan”, serta istilah-istilah yang banyak berkaitan dengan moral, seperti “etika” dan “nilai”; dan seterusnya mengetahui apa itu “etika moral” dan “nilai moral”.

Etika (ethics): Etika berasal daripada perkataan Yunani, iaitu “ethos” yang bermaksud hukum, adat resam, kebiasaaan dan budi pekerti.

Moral: Berasal daripada perkataan Latin “mores” yang membawa maksud erti yang sama dengan etika.

Etika boleh ditakrifkan sebagai kajian falsafah tentang moral, iaitu tentang kelakuan yang baik, kewajipan moral, sikap moral, tanggungjawab moral, keadilan sosial dan cirri-ciri kehidupan yang baik (Grassin, V.1981).

Definisi “nilai”: Nilai dihuraikan sebagai sesuatu benda atau perkara yang boleh dilihat pertamanya dari segi harga yang boleh dikira dengan aritmetik dan keduanya dari segi kualiti yang intrinsik iaitu sesuatu yang boleh dirasai secara “dalaman”atau dalam pemikiran kita.

CONTOHNYA (intrinsik): Seseorang kanak-kanak yang diajar tentang nilai bersopan santun akan bertutur dengan cara yang bersopan dan berkelakuan baik, hanya jika kanak-kanak itu dapat memahami dan menghayati nilai yang dipelajarinya. Perlakuan kanak-kanak itu boleh dinilai berdasarkan perlakuan dan pertuturannya.

Ciri-ciri nilai: boleh dilihat, dipertimbang, dirasai dan berubah dari semasa ke semasa.

Fungsi nilai dalam masyarakat dan agama – memberi rangsangan terhadap sesuatu situasi dan menghadkan perlakuan seseorang.

Ashmore, R. B. (1987): Kemoralan (morality): Satu instrumen masyarakat secara keseluruhan untuk memimpin individu dan kumpulan kecil dalam kehidupan mereka. Kemoralan adalah sesuatu dari luaran individu, diterapkan ke dalam diri sehingga menjadi tabiat sendiri. Proses ini dipanggil “internalization”.

Proses Internalization/interiorized: Kemoralan ialah sesuatu dari luaran individu dan dikenakan terhadap individu dan dipupuk ke dalam individu sehingga menjadi tabiat (habits). Matlamat dan peraturan ini akan menjadi internalized.

Proses “internalized” ini mungkin agak kurang rasional, tetapi ia memang biasa untuk kemoralan dipupuk ke dalam individu dengan sekurang-kurangnya digunakan sebagai alasan semasa hendak memberikan keterangan bagi perkara-perkara moral.

Page 3: Nota Pendidikan Moral Untuk Semua Peringkat

Kepentingan pendidikan moral: Memahami dan menghayati nilai-nilai murni masyarakat Malaysia.Meningkatkan amalan budi pekerti mulia.

Implikasi pengajaran pendidikan moral: dapat melahirkan insan yang mulia.

BAB 2: KONSEP MORAL DI MALAYSIA

Di Malaysia seseorang itu akan dianggap sebagai bermoral jika dia mematuhi undang-undang dan peraturan masyarakat.

Undang-undang tertinggi di Malaysia ialah perlembagaan Malaysia dan menjadi panduan kepada rakyat termasuk rukun negara dan wawasan 2020.

Rukun negara: Rukun Negara adalah ideologi kebangsaan Malaysia. Ia telah dibentuk pada 31 Ogos 1970 oleh Majlis Gerakan Negara iaitu setahun selepas berlakunya tragedi 13 Mei 1969 yang menghancurkan perpaduan dan ketenteraman negara.

Matlamat rukun negara: mengukuhkan perpaduan, memelihara corak hidup demokratik, mencipta sebuah masyarakat yang adil.

Prinsip-prinsip rukun negara: Kepercayaan kepada Tuhan, kesetiaan kepada raja dan negara, keluhuran perlembagaan, kedaulatan undang-undang, kesopanan dan kesusilaan.

Prinsip ke lima: (Prinsip yang berkaitan dengan moral)Rakyat Malaysia dituntut bersopan dan bertatasusila. Ia merupakan nilai-nilai murni yang melambangkan keperibadian seseorang individu.

Fikirkan bagaimana anda dapat mengaplikasi setiap prinsip rukun negara???

Wawasan 2020: Merupakan satu pemikiran dan rangka kerja mengenai matlamat menjadikan Malaysia sebuah negara maju pada tahun 2020. Terdapat 9 cabaran digariskan dalam wawasan 2020 ini. Namun cabaran ke 4 adalah yang berkaitan dengan moral iaitu:

Mewujudkan sebuah negara yang kukuh ciri-ciri moral dan etikanya, di mana warganegaranya berpegang teguh kepada nilai-nilai keagamaan dan kerohanian yang murni dan disertai dengan budi yang luhur.

BAB 3: PEMIKIRAN MORAL

Pemikiran moral: Naturalis, Emotivis, Intuisionis dan Rasionalis.

Naturalis: menggambarkan sesuatu dalam keadaan yang sebenar.

Cth: Seorang pelajar Tingkatan 5 mengeluh melihat slip keputusan peperiksaan percubaannya yang teruk. Pelajar tersebut mengeluh dan menerima keputusan itu dengan mengatakan memang dia bodoh, belajar macam mana pun begitu juga prestasinya.

Emotivis: menunjukkan sikap manusia yang bertindak mengikut emosi atau perasaan.

Contoh: Bunuh diri kerana kecewa dalam percintaan.

Page 4: Nota Pendidikan Moral Untuk Semua Peringkat

Intuisionis: merujuk suatu proses melihat dan memahami secara spontan.

Cth: Gerak hati mereka ketika menilai bakal menantu pada kali pertama berdasarkan pengalaman, kematangan berfikir dan faktor usia.

Rasionalis: segala tingkahlaku moral yang rasional dan wajar.

Pemikiran Lateral : Enam Topi Pemikiran dan Analisis Swot

Pemikiran lateral: satu cara penyelesaian masalah dengan menggunakan daya imaginasi bukan secara logik atau tradisional.

Kepentingannya: Pembinaan Idea Baru dan Penyelesaian Masalah dan Membuat Keputusan.

Enam Topi Pemikiran oleh Dr. Edward De Bono

Topi hijau melambangkan pemikiran yang kreatif. Top hijau digunakan bagi mencari idea-idea alternatif berdasarkan maklumat yang ada.

Topi kuning melambangkan pemikiran yang konstrukktif. Topi kuning digunakan bagi mencari segala faedah daripada sebarang idea alternatif yang dikeluarkan oleh topi hijau.

Topi putih melambangkan pemikiran objektif. Topi putih digunakan untuk mencari fakta, angka dan maklumat semata-mata.

Topi hitam melambangkan pemikiran yang kritikal dan negatif. Topi hitam digunakan untuk mencari segala yang salah, sukar, berisiko dan berbahaya.

Topi merah melambangkan pemikiran yang emosional. Warna merah melambangkan perasaan yang ghairah. Topi merah membenarkan pemikiran emosi dan intuisi sewaktu berfikir.

Topi biru melambangkan pemikiran untuk mengawal dan menguasai. Topi biru mengawasi topi-topi lain bekerja.

Analisis SWOT

Merupakan strategi yang digunakan untuk mengenalpasti kekuatan (Strenghts), kelemahan (weaknesses), Peluang (Opportunity) dan Ancaman (Threats)// (SWOT) dalam sesuatu projek.

Kekuatan: contoh: Mengenalpasti apakah kekuatan yang anda ada?, Apakah kebaikan yang anda ada?

Kelemahan: contoh: Apakah yang anda boleh ubah atau perbaharui?, Apakah yang anda patut elak?

Page 5: Nota Pendidikan Moral Untuk Semua Peringkat

Peluang: contoh: Apakah peluang yang boleh anda impikan?, Apakah trend yang menarik minat anda pada masa kini?

Halangan: contoh: Apakah halangan yang anda hadapi?, Apakah yang dilakukan oleh pesaing anda?

BAB 4: KONSEP ASAS ETIKA DAN JENIS NILAI MORAL

Teori etika pula akan membantu pelajar melihat perbezaan pandangan manusia. Ia fokus kepada pernyataan yang menggambarkan pertimbangan nilai iaitu menyatakan bagaimana seseorang itu patut dan tidak patut bertingkahlaku.

Kita sentiasa membuat pernyataan normatif dan bukan normatif atau deskriptif. Pernyataan normatif dijelmakan dalam bentuk atau sebagai pertimbangan nilai, dan berbeza berbanding dengan deskriptif boleh dihuraikan menerusi beberapa contoh ayat berikut:

(i) Ini sebuah rumah teres.Ayat ini satu pernyataan deskriptif yang merujuk fakta dan tidak melibatkan pertimbangan nilai.

(ii) Ini sebuah rumah yang baik.Ayat ini satu pertimbangan nilai tentang rumah yang mempunyai beberapa ciri yang dianggap baik.

(iii) Dia sentiasa menggunakan ‘Internet’. Ayat ini satu pernyataan deskriptif yang merujuk fakta tanpa pertimbangan nilai.

(iv) Dia tidak patut menggunakan ‘Internet’ sehingga mengabaikan kerja lain.Ayat ini satu pernyataan yang melibatkan pertimbangan nilai tentang perkara yang patut atau tidak patut dilakukan.

Ayat (i) dan (iii) yang berbentuk deskriptif atau fakta adalah bukan pernyataan normatif, manakala ayat (ii) dan (iv) yang melibatkan pertimbangan nilai adalah pernyataan normatif.

Namun ayat (ii) tidak melibatkan soal moral berbanding dengan ayat (iv). Hal ini bermaksud, bukan semua pertimbangan nilai adalah normatif dan bukan semua pernyataan normatif melibatkan moral.

Page 6: Nota Pendidikan Moral Untuk Semua Peringkat

PERNYATAAN NORMATIF: dijelmakan dalam bentuk pertimbangan nilai (Holmes, 1993).

Pernyataan normatif: penegasan/pernyataan yang menyatakan pertimbangan nilai. Cthnya: kereta itu mahal (mahal mempunyai nilai)

Percubaan untuk memberikan jawapan yang koheren atau logik, sistematik dan wajar kepada persoalan moral. (Grassian,V.1981)

Pernyataan Normatif Moral: Pertimbangan nilai baik atau buruk, salah atau betul, diterima atau ditolak. Pengguguran ialah perbuatan yang tidak bermoral ialah pernyataan normatif dan nilai yang buruk.

Menurut Frankena, (1973): Pertimbangan moral ini boleh dibahagi kepada Khas dan Am. Pertimbangan moral terbahagi kepada pertimbangan Deontik dan Aretaik.

Pertimbangan Deontik: (pertimbangan kewajipan moral):Kesan sesuatu perbuatan tidak diambil kira dalam menilai sesuatu perbuatan individu.Cth: Orang ramai tidak patut membeli atau menjual saham.

Pertimbangan Aretaik: (pertimbangan nilai moral):mengenai seseorang insan, sifat kelakuan peribadinya. Ciri, perwatakan, motif atau peribadi seseorang dinilai.Cth: Pelabur yang bijak tidak pernah berjudi.

Pernyataan normatif boleh dinilai dari aspek normatif moral dan bukan moral. Normatif bukan moral adalah bebas daripada nilai moral. Cthnya lukisan, pengalaman, kereta dll.Cth: Normatif moral: “Dia berpakaian sopan”.Cth: Normatif bukan moral: “Baju ini cantik”, “Novel ini menarik”.

Pertimbangan Deontik bukan moral (kewajipan bukan moral)cth:Dia sepatutnya tidur lebih awal.

Pertimbangan Aretaik bukan moral (nilai bukan moral)cth: Demokrasi adalah bentuk kerajaan yg terbaik.

Pertimbangan Deontik (kewajipan moral)cth: Saya tdk suka mencaci org lain.

Pertimbangan Aretaik (nilai moral)cth: Bapa saya penghulu yg baik hati

Maka:

Konsep asas etika terbahagi kepada Pernyataan Normatif dan Pernyataan Deskriptif.

Pernyataan Normatif terbahagi kepada 2 : Normatif moral dan Bukan moral Pertimbangan Normatif terbahagi kepada 2: Pertimbangan Deontik dan

Pertimbangan Aretaik Pertimbangan Deontik dan Aretaik terbahagi kepada moral dan bukan moral.

Page 7: Nota Pendidikan Moral Untuk Semua Peringkat

Pernyataan normatif mempunyai kesan langsung/implikasi: “Orang yang bercakap bohong tidak akan dipercayai lagi oleh orang lain”.

Pernyataan normatif berbentuk arahan: “Ibu bapa mesti dihormati”.

PERNYATAAN DESKRIPTIF

Tidak melibatkan pertimbangan nilai-nilai moral. Ia berbentuk fakta yang tidak melibatkan sebarang pertimbangan nilai atau kewajipan. Ia menjelaskan fakta yang logik.

Contoh: “Di Malaysia, rombakan kabinet adalah di bawah kuasa Perdana Menteri”.

Contoh: Kereta itu berwarna biru.

KONSEP ASAS NILAI

Defini Nilai: Sesuatu benda atau perkara yang boleh dilihat dari segi harga. Satu konsep untuk menilai suatu kebaikan atau keburukan.

Contoh-contoh nilai: Nilai dari aspek materialistik (Wang kertas RM10 - pada wang kertas warna merah

terdapat penjelasan “wang kertas ini sah diperlakukan dengan nilai Sepuluh Ringgit” dan perkataan “Bank Negara Malaysia”). Jadi wang Rm50 mempunyai nilai untuk membeli barang yg berharga 50.

Aspek kemoralan: Perbuatan mencuri wang RM10 dan RM100 tidak berbeza dari segi nilai moral walaupun terdapat perbezaan dari segi nilai wang tersebut.Ini kerana perbuatan mencuri sama ada mencuri RM10 atau RM100 adalah perbuatan yang buruk dan salah di sisi undang-undang.

Aspek Intrinsik: menilai seseorang dari segi kualiti hidupnya bukan melihat kekayaannya.

CIRI-CIRI NILAI

Nilai boleh dilihat, dipertimbangkan dan dirasai melalui pertuturan, gerak-geri, perlakuan, sikap dan tindakan.

Kadang-kadang sesuatu nilai berubah dari semasa ke semasa berbeza dari satu tempat yang lain. Walau bagaimanapun, nilai asasnya masih wujud dan stabil dalam kehidupan individu atau masyarakat.

Boleh ditonjolkan secara lisan dan perlakuan. Boleh berubah tetapi stabil dalam kehidupan.

Page 8: Nota Pendidikan Moral Untuk Semua Peringkat

FUNGSI-FUNGSI NILAI

Nilai mempunyai fungsi-fungsinya sendiri, iaitu:

I. Nilai bertindak sebagai ukuran yang membantu individu mengenal pasti kedudukannya dalam sesuatu isu sosial atau moral. Tegasnya, nilai bukan sahaja memberi suatu tunjuk arah kepada seseorang tentang bagaimana dia patut berkelakuan terhadap orang lain, malah bagaimana untuk menilai tingkah laku sendiri serta orang lain.

II. Tambahan pula, nilai berfungsi sebagai dasar untuk menentukan apakah harus dicabar, dihujah, diubah atau dipertahan. Tegasnya, nilai menyediakan satu piawai yang asas dan tekal (consistent) supaya dapat membantu individu dalam pemikiran dan perlakuannya (Feather, 1975; Rokeach, 1973). Contohnya, menurut peraturan sekolah, pelajar dikehendaki beratur sebelum masuk ke kelas, ketika membeli barang di kantin atau sebelum menaiki bas sekolah. Jika Mala mematuhi peraturan tersebut kerana berpendapat bahawa peraturan itu baik untuk dirinya dan orang lain, dia akan mengamalkan peraturan beratur tanpa paksaan walaupun di tempat yang berlainan seperti perhentian bas awam, hospital atau pejabat pos.

III. Nilai juga berfungsi sebagai satu panduan untuk menyelesaikan konflik serta membuat keputusan. Ini bermaksud, walaupun dalm sesuatu situasi beberapa nilai mungkin berkonflik, keutamaan nilai seseorang itu akan membantunya menyelesaikan konflik yang dihadapi.

IV. Selain itu, nilai bukan hanya merangsang, malah menghadkan perlakuan seseorang. Ini bermaksud, seseorang itu akan bertindak mengikut nilainya sendiri dan tidak akan melakukan sesuatu yang dirasakan bercanggah dengan nilai yang dihayatinya. Contohnya, jika Bujang menghayati nilai sayang kepada nyawa, dia akan dirangsangkan menjaga dan menghargai nyawa sesiapa pun, termasuk nyawanya sendiri.

Walaupun semua nilai mempunyai ciri dan fungsi am seperti yang dibincangkan di atas, kita dapat membezakan sesuatu nilai berbanding nilai lain mengikut domain tertentu seperti berikut:

a. Agama atau rohani (contoh: kesucian, kesyukuran)b. Ekonomi (contoh: produktiviti, kejayaan)c. Estetika (contoh: keindahan, keselesaan)d. Intelek (contoh: cerdik, kreatif)e. Kebendaan dan fizikal (contoh: kesihatan, keselamatan)f. Moral (contoh: kejujuran, pemurah)g. Politik (contoh: hak mengundi, patriotisma)h. Social (contoh: kejiranan, kepercayaan)

Nilai moral merujuk nilai yang dianggap oleh individu atau kumpulan masyarakat sebagai sesuatu nilai yang ‘baik’ dan ‘patut’ dari segi moral (Frankena, 1973).

Manakala nilai bukan moral dalam domain politik, ekonomi atau estetika, walaupun ‘baik’, ia tiada kaitan dengan apa yang dianggap ‘baik’ dan ‘patut’ dari segi moral. Contohnya, nilai bertimbang rasa merupakan nilai moral, manakala nilai demokrasi ialah nilai politik. Kedua-duanya dianggap perkara baik.

Page 9: Nota Pendidikan Moral Untuk Semua Peringkat

Terdapat nilai moral yang berpunca daripada agama seperti tidak boleh bercakap bohong dan mencuri barang orang lain. Namun, nilai moral tidak meliputi semua nilai agama seperti kepercayaan dan meditasi.

Selain itu, nilai moral sama dengan nilai sosial dari segi penggunaan isbat kepujian, kejian dan isyarat pertuturan lain yang menerima atau menolak perlakuan kita.

NILAI DAN ETIKA SEBAGAI KAKITANGAN AWAM

Nilai peribadi asas: amanah, ikhlas Nilai mengutamakan pelanggan Nilai kepimpinan: adil, jujur dll Nilai profesionalisme Nilai keagamaan: taqwa, warak, jujur Nilai produktiviti

NILAI DIGUNAKAN DALAM TIGA KONTEKS

Nilai sebagai sifat. Nilai sebagai kadar harga atau markah sesuatu objek atau perkara. Nilai yang bersifat aksiologi iaitu berkaitan dengan falsafah nilai.

PERBANDINGAN JENIS-JENIS BENTUK NILAI

Nila-nilai ini boleh menunjukkan hubungan antara nilai

Nilai Instrumental // Nilai Intrinsik

Nilai Subjektif // Nilai Objektif

Nilai Relatif // Nilai Mutlak

(NILAI INSTRUMENTAL): Kualiti yang diterima/ditolak sebagai alat mencapai sesuatu matlamat. Bergantung pada nilai lain untuk mencapai sesuatu matlamat.

Cth: Mengebom Hiroshima untuk menamatkan Perang Dunia kedua.

(NILAI INTRINSIK): Kualiti yang diterima/ditolak semata-mata ia baik atau buruk tanpa mengambil kira kesannya. Tidak bergantung pada nilai lain untuk mencapai sesuatu matlamat. Nilai tersebut sendiri sebagai matlamat terakhir.

Cth: Seorang hakim menjatuhkan hukuman gantung sampai mati kepada seorang pengedar dadah semata-mata kerana kewajipannya dari segi undang-undang dan bukan atas tujuan membasmi pengedaran dadah.

(NILAI SUBJEKTIF): Kualiti yang diterima atau ditolak berdasarkan pendapat atau pandangan seseorang individu, pihak atau institusi.Diterima atau ditolak mengikut pandangan seseorang individu.

Page 10: Nota Pendidikan Moral Untuk Semua Peringkat

Contohnya: Serangan Amerika ke atas Iraq adalah wajar mengikut pandangan sekutunya tetapi kejam dari pandangan negara-negara yang menyokong Iraq.

(NILAI OBJEKTIF): Kualiti baik atau buruk yang bebas dari pandangan peribadi atau pihak yang tertentu. Diterima atau ditolak berdasarkan satu set kriteria yang dipersetujui oleh semua atau kebanyakan orang.

Contohnya: Peperangan adalah satu tragedi yang dahsyat.

(NILAI RELATIF): Nilai yang diterima atau ditolak oleh peraturan sesuatu masyarakat untuk mencapai sesuatu matlamat masyarakat. ia mungkin ditolak oleh masyarakat lain.Ia adalah berbeza-beza antara masyarakat dan boleh berubah mengikut masa.

Contohnya: Di Malaysia sebuah keluarga boleh dibina hanya melalui perkahwinan rasmi. Manakala di Amerika, keluarga boleh dibentuk tanpa perlu melalui perkahwinan rasmi.

(NILAI MUTLAK/ABSOLUTE): Nilai yang berharga itu tidak terikat kepada sesuatu kebiasaan bagi sesuatu masyarakat. Nilai yang bersifat universal. Ia diterima umum dan telah terbukti sebagai baik atau buruk.

Contohnya: Hidup berkeluarga adalah satu amalan kehidupan yang baik.

BAB 5: AGEN MORAL/INSAN MORAL

Topik ini menunjukkan satu gambaran insan yang dikatakan sebagai bermoral. Ada pelbagai pandangan tentang konsep moral dan konsep pendidikan moral, bersifat multi-dimensional, (Sugarman,1973).

Cara seseorang guru atau ibu bapa mendidik murid atau anak mereka akan dipengaruhi oleh pandangannya terhadap konsep moral.

Ibu bapa yang mentakrifkan moral sebagai sebagai kewajipan manusia dalam mematuhi peraturan atau undang-undang, akan berlagak seperti seorang diktator yang sukar berkompromi semasa mengajar anaknya tentang kemoralan dalam kehidupan.

Jika ibu bapa melihat kemoralan sebagai nilai yang relatif dan boleh dibandingkan antara satu sama lain dan ada pilihannya, maka dia akan membenarkan anaknya memilih secara bebas sebarang nilai moral dalam hidupnya yang dianggap baik dan betul. Maka sikap ibu bapa yang bertolak ansur ini dianggap lebih demokratik ketika memberi pendidikan moral kepada anaknya.

AGEN MORAL: ADA TIGA ASPEK (KANDUNGAN MORAL, BENTUK MORAL DAN DIMENSI MORAL)

KANDUNGAN MORAL

Moral atau etika mempunyai sesuatu isi kandungan. Isi kandungan moral merangkumi DUA aspek iaitu peraturan masyarakat dan keperibadian manusia yang mulia.

Peraturan masyarakat: Manusia memerlukan peraturan-peraturan yang dapat membatasi kelakuan dan perbuatan manusia sendiri supaya manusia tidak terlalu bebas

Page 11: Nota Pendidikan Moral Untuk Semua Peringkat

sehingga mengancam keselamatan dan hak asasi orang lain. Peraturan manusia juga boleh menjimatkan masa kerana ia merupakan satu kriteria rujukan bagi manusia semasa mereka membuat keputusan atas sesuatu perbuatan yang perlu dilakukan oleh mereka.

Kemoralan yang paling awal dialami oleh seseorang individu ialah peraturan-peraturan dan arahan-arahan dalam adat resam yang membentuk “mores” sesuatu komuniti.

Peraturan adat: kebiasaan dalam mengharungi kehidupan manusia. Peraturan hidup yg dipusakai dan yg diperturunkan drp ibu bapa.

kelakuan seseorang individu ditadbirkan oleh peraturan. Melalui sistem ini seseorang itu akan menggunakan keadilan, maruah dan sifat baik

hati.

KEPENTINGAN DAN FUNGSI MASYARAKAT DALAM PEMBENTUKAN INSAN YANG BERMORAL:

Mempertingkatkan mutu hidup manusia. Melindungi nyawa manusia dan Membenarkan mereka terus hidup. Mempertahankan hak asasi.

Walau bagaimanapun, adalah sukar untuk semua orang mematuhi semua peraturan masyarakat.

KEPERIBADIAN MULIA:

Seseorang insan yang bermoral perlu mempunyai keperibadian yang baik dan boleh

dipuji untuk dianggap sebagai seorang insan yang bermoral. keperibadian mulia adalah satu sifat yang amat penting untuk seseorang manusia serta

ketenteraman hidup di sesebuah masyarakat (Wallace J.D,1978).

Perkembangan akhlak yang mulia pada diri seseorang pelajar semasa pembelajaran di sekolah merupakan kurikulum yang utama dalam mata pelajaran Pendidikan Moral

(Feng.Z,1993). Brandt, Richard B. (1979) dalam buku A Theory of The Good and the Right: Seseorang

individu perlu didedahkan kepada situasi alam persekitarannya dan diajar melalui pelbagai pendekatan seperti pendidikan agama, pendidikan moral, atau asuhan ibu bapa sebelum dia dapat memperoleh akhlak yang mulia.

BENTUK MORAL

Page 12: Nota Pendidikan Moral Untuk Semua Peringkat

Keadaan majmuk ini menghasilkan pelbagai jenis masyarakat yang unik, masing-masing mempunyai undang-undang, peraturan, kod etika, adat resam, budaya dan sistem pentadbiran sendiri. Sebagai contoh, apabila seseorang individu yang hidup dalam masyarakat moden tetapi masih dipengaruhi oleh peraturan-peraturan dalam adat resam masyarakatnya, kemungkinan dia tidak dapat menyelesaikan masalah hidup modennya dengan peraturan yang agak ketinggalan masa.

Menurut Grassian,V. (1981), untuk menyelesaikan masalah dilema moral selain dari menggunakan kebijaksanaan atau keperibadian mulia dan merujuk peraturan-peraturan masyarakat, seseorang individu juga perlu memberikan pertimbangan kepada prinsip-prinsip moral yang sentiasa digunakan secara konsisten.

Cadangan Grassian adalah satu bentuk etika, dan lebih tepat lagi, ialah Bentuk Etika “Prinsipalistik” (principalistic ethics form) iaitu ia menggunakan prinsip-prinsip moral untuk menyelesaikan masalah.

Satu lagi bentuk etika yang digunakan ialah Bentuk Etika “Situasional” (situasional ethics form).

BENTUK ETIKA PRINSIPALISTIK

Bentuk etika yang menggunakan prinsip-prinsip moral untuk menyelesaikan masalah. Terdiri daripada PRINSIP KEADILAN DAN ALTRUISME.

KEADILAN: tindakan,keputusan, undang-undang, hukuman dan lain-lain) yang wajar atau berpatutan, tidak memihak kepada mana-mana apabila memutuskan sesuatu. Ia merupakan prinsip prihatin terhadap orang lain.

ALTRUISME: altruisme sebagai “sesuatu sikap atau perbuatan yang menyenangkan

orang lain, memanfaatkan dan prihatin terhadap orang lain”. Altruisme akan

menjauhkan individu daripada sifat mementingkan diri sendiri.

BENTUK ETIKA SITUASIONAL

Dalam sesuatu keadaan tertentu, seseorang individu perlu membuat keputusan dan bertindak berdasarkan situasi dimana dia berada. Cthnya: Kes pengguguran bayi Sheri Fishbein pada awal tahun 1960 di Arizona. Wanita itu telah mengandungkan anak yang mengalami kecacatan. Dia telah meminta makhamah mmbenarkan doktor menggugurkan kandungannya kerana undang-undang melarang perbuatan pengguguran. Akhirnya kandungannya digugurkan di Sweden. Maka dapat dikatakan dia telah menyelesaikan dilema nya mengikut situasi.

DIMENSI MORAL: PENAAKULAN, PERASAAN, PERLAKUAN MORAL

Penaakulan moral: Berupaya membuat penaakulan moral, iaitu pertimbangan atau fikiran secara rasional dan berautonomi (bebas). Individu yang tidak berupaya membuat penaakulan moral akan menjadi seorang yang tidak rasional dan akan bertindak secara membuta tuli. Membuat keputusan berdasarkan fakta tanpa pengaruh emosi.Contoh: bunuh diri.

Page 13: Nota Pendidikan Moral Untuk Semua Peringkat

Perasaan moral: Mempunyai emosi moral seperti suara batin, iaitu kehalusan perasaan individu yang mengandungi rasa bersalah, malu, bimbang serta perasaan simpati dan empati, prihatin, belas kasihan dan bermotivasi.

Perlakuan moral: Seseorang dapat bertindak dengan penuh tanggungjawab mengikut kemampuan sendiri terhadap sesuatu keputusan berlandaskan penaakulan dan emosi moral. Antara tingkah laku moral ialah bertanggungjawab, berdedikasi, prihatin dan bekerjasama. Atau memimpin org buta menyeberang jalan.

Perhubungan antara ketiga-tiga dimensi moral: Penaakulan, perlakuan dan perasaan seseorang individu akan membenarkan individu sentiasa berada dalam keadaan yang berjaga-jaga di mana dia berada.

Page 14: Nota Pendidikan Moral Untuk Semua Peringkat

BAB 6: PENYELESAIAN KONFLIK MORAL

JENIS-JENIS KONFLIK:

KONFLIK ANTARA MANUSIA: konflik antara satu atau lebih orang untuk perkara yang terhad.

KONFLIK ANTARA NILAI: nilai berkonflik seperti keadilan dan kebebasan. KONFLIK ANTARA SATU HAK DENGAN HAK YANG LAIN: sejenis kebebasan

berkonflik dengan kebebasan yang lain.

SEBAB-SEBAB KONFLIK:

DILEMA SOSIAL: Beberapa masalah yang mengancam masa depan timbul apabila pelbagai pihak mengejar kepentingan diri dan mengabaikan kebajikan orang lain. Cthnya: “Adalah mahal untuk membeli alat kawalan pencemaran, lagipun pencemaran yang saya lakukan adalah kecil”. Pilihan tersebut menguntungkan secara individu tetapi merugikan secara kolektif.

KONFLIK ANTARA KUMPULAN: Menurut Forsyth,D.R (1982), konflik antara kumpulan berlaku di semua peringkat organisasi sosial.

SEBAB-SEBAB KONFLIK ANTARA KUMPULAN

Persaingan: Konflik berlaku apabila ada persaingan atas sumber-sumber yang terhad. Pengkategorian Sosial: Manusia belajar tentang persekitaran sosial mereka dengan

mengelaskan objek dalam kategori. Pencerobohan perantaraan kumpulan: Kewujudan dua kumpulan yang berbeza dan

persaingan antara mereka mungkin mengakibatkan konflik.

Page 15: Nota Pendidikan Moral Untuk Semua Peringkat

STRATEGI-STRATEGI PENYELESAIAN KONFLIK

STRATEGI ANALISIS NILAI:

Terdapat 2 pendekatan dalam strategi ini iaitu pendekatan Fraenkel dan pendekatan Coomb.

Kedua-dua pendekatan mempunyai satu persamaan, iaitu mereka menangani konflik secara analitikal dengan mengesan unsur-unsur nilai dan fakta-fakta yang terdapat dalam konflik terlebih dahulu. Mereka menganalisis nilai berkaitan, meninjau kesan yang mungkin terjadi menjaga kebajikan dan mementingkan akibat keseluruhannya. Kelebihan strategi : Menggunakan pemikiran logikal dalam penyelesaian konflik yang berasaskan fakta yg relevan dalam membuat pertimbangan nilai.Meneliti banyak fakta dan pelbagai kesan terhadap setiap alternatif yang dikenalpasti.

Kelemahan strategi: Terlalu taksub dengan fakta dan logik sahaja.

STRATEGI MEMBINA HIERARKI

Page 16: Nota Pendidikan Moral Untuk Semua Peringkat

Strategi membina hierarki ialah: seandainya hanya satu dari dua atau lebih nilai boleh dipilih untuk menyelesaikan konflik, maka nilai yang sepatutnya diutamakan ialah nilai yang lebih penting.

Teori hierarki amat berminat dalam persoalan seperti “Apakah tindakan atau dasar sosial yang mempunyai paling besar dan paling banyak nilai-nilai “positif”?

Strategi pemikiran hierarki ini ialah semakin banyak nilai positif sesuatu tindakan atau dasar, semakin tinggi nilainya dalam hierarki.

Kelemahan: nilai yang berkonflik tidak selalunya dapat disusun mengikut hierarki, terpaksa berkorban kerana nilai moral diutamakan, kadang sukar untuk mengesan manakah nilai yang lebih asas.

STRATEGI PENCAIRAN MASALAH

Secara umum apa yang terdapat dalam strategi pencairan masalah dalam konflik ialah pembinaan alternatif bagi mengelakkan masalah.

Kelemahan strategi:Tindakan tidak terkawal kerana di luar jangkaan.Tidak membina perwatakan, menyekat situasi yg memerlukan ketegasa moral.

STRATEGI KOMPROMI

Kompromi (persetujuan berdasarkan tolak ansur antara tuntutan atau nilai yang bertentangan itu).

Dalam strategi ini, pihak yang terlibat perlu berunding tentang apa yang perlu dan tidak perlu dan apa yang ingin dicapai dan ingin dielakkan.

Kelemahan: parti yang berkuasa akan mendapat lebih faedah.

BAB 7: TEORI ETIKA DAN ASAS NILAI

TEORI KEMORALAN SOSIAL

Secara ringkas, dapatlah dikatakan bahawa teori kemoralan sosial merangkumi pantang larang masyarakat untuk menjaga kerukunan sosial, peraturan masyarakat termasuklah “Jangan membuang bayi”.

Tujuan dan matlamatnya lebih cenderung kepada mengawal keselamatan masyarakat dan melindungi kebajikan ahli-ahlinya.

Contoh-contoh lain bagi sistem kemoralan sosial dalam masyarakat dapat dilihat dari aspek agama.

Penganut agama Buddha dinasihati supaya tidak mengamalkan kehidupan yang ekstrim.

Perlakuan penganut Kristian dalam kehidupan harian dihadkan oleh perintah-perintah dan larangan-larangan.

Masyarakat Melayu yang beragama Islam mengamalkan kehidupan berdisiplin melalui ajaran etika dan akhlak.

Page 17: Nota Pendidikan Moral Untuk Semua Peringkat

Masyarakat Cina mempunyai prinsip mencintai, menghormati serta menyanjungi ibu bapa.

Tanggungjawab setiap individu bagi mematuhi perintah dari sebuah autoriti (suasana masyarakat agak birokratik) akan terjadi.

Teori kemoralan sosial mengutamakan kepentingan dan faedah masyarakat, bukan kepentingan diri seseorang individu.

TEORI KEPERIBADIAN MULIA

Satu teori yang menekankan sifat peribadi untuk mencapai kehidupan yang baik ialah teori keperibadian mulia. Cthnya:“Kejujuran dapat mengelakkan perbuatan rasuah”.

Aristotle mengatakan kebolehan moral yang dipanggil “keperibadian mulia” (virtue) atau “tabiat baik secara moral” dibina melalui latihan atau latihan tubi.

Ciri-ciri: Kecenderungan untuk satu tujuan, Ianya bukan perasaan. Ianya tidak dilahirkan secara semulajadi dan Diperoleh melalui latihan, mengamalkannya.

PERINGKAT PEMBENTUKAN KEPERIBADIAN MULIA Semasa di peringkat kanak-kanak, kita hanya diberitahu yang mana betul dan yang

mana salah. Apabila kita menjadi remaja, kepiawaian ini diterapkan secara mendalam. Hanya apabila kita menjadi dewasa yang matang dan rasional.

CIRI-CIRI KEPERIBADIAN MULIA diperoleh melalui pengajaran, pembelajaran atau latihan. tabiat yang bermaksud mereka adalah kelakuan biasa yang ditetapkan dan ditonjolkan sesuatu yang boleh diguna pakai baik (good), ia berbeza dengan tabiat buruk dan perangai buruk atau jahat (vices) STRATEGI MEMBENTUK KEPERIBADIAN MULIA ADALAH MELALUI: Proses pengajaran dan pembelajaran Penghargaan dan hukuman Pengalaman dalam kehidupan Pemikiran rasional dan matang

BAB 8: TEORI TELEOLOGIKAL DAN DEONTOLOGIKAL

TEORI ETIKA TELEOLOGIKAL

Perkataan “teleo” berasal daripada perkataan Yunani “telos” yang bermaksud matlamat (goal) atau akibat.

peraturan-peraturan berasaskan akibat atau tujuan yang dibawa oleh mereka. Ia terlalu mementingkan hasil akibat sesuatu tindakan. teori teleologikal yang wujud adalah utilitarianisme dan egoisme. Utilitarianisme adalah berkaitan dengan tindakan seseorang yang berasaskan tujuan

memaksimumkan kebahagiaan atau keseronokan untuk bilangan orang yang banyak.

Page 18: Nota Pendidikan Moral Untuk Semua Peringkat

Utilitarianisme tindakan: Utilitarianisme tindakan menyatakan bahawa kita perlu melakukan sesuatu tindakan dengan kesan-kesan tindakan yang boleh membawa keseronokan atau memanfaatkan banyak orang.

Utilitarianisme peraturan: Utilitarianisme peraturan memberikan pandangan bahawa kita perlu mematuhi peraturan yang dapat memaksimumkan keseronokan bagi semua yang terlibat.

Egoisme: Egoisme boleh ditakrifkan sebagai teori yang menganggap nilai itu baik jika menguntungkan diri sendiri dan nilai itu buruk atau jahat jika sesuatu itu merugikan diri sendiri.

Egoisme etika: individu adalah bertanggungjawab melakukan kebajikan dan dia menguntungkan.

Etika psikologi: mengambil tindakan kerana akan menguntungkan diri sendiri.

TEORI DEONTOLOGIKAL

Pandangan etika “deontologikal” berasal dari perkataan Yunani “deon” yang bermaksud “tugas atau kewajipan” (duty).

Teori deontologi tindakan;Menegaskan bahawa semua pertimbangan keputusan moral adalah bersifat spesifik, menitikberatkan apa yang telah berlaku atau bertindak dalam situasi tertentu.

Teori deontologi peraturan;Mengatakan bahawa kepiawaian tentang betul atau salah sesuatu tindakan terdiri daripada satu atau lebih peraturan.

PRINSIP KEWAJIPAN satu prinsip kemoralan dalam teori deontologi peraturan yang dikemukakan oleh

Immanuel kant. Prinsip kewajipan bermakna tanggungjawab dilaksanakan semata-mata kerana amalan

itu merupakan satu tanggungjawab. Etika Kant menerangkan banyak perkara dan antaranya ialah: Konsep Tekad

Baik&Prinsip Perintah Mutlak. Menurut Kant, goodwill atau tekad baik (kesungguhan hati hendak melakukan sesuatu

dengan niat baik)

PRINSIP PERINTAH MUTLAK Apabila sesuatu prinsip moral, iaitu peraturan atau undang-undang moral telah dibentuk,

ia mesti dipatuhi oleh setiap orang tanpa pengecualian.

PRINSIP EKSISTENSIALISME Prinsip Eksistensialisme: Prinsip eksistensialisme menegaskan bahawa nilai baik buruk

mesti berasaskan pilihan individu secara bebas. Manusia pada mulanya menyedari kewujudan diri, merancang utk diri dan menjadi apa

yg telah dirancangkan.

BAB 9: NILAI AGAMA DAN KEPERCAYAAN

Page 19: Nota Pendidikan Moral Untuk Semua Peringkat

ISLAM DAN PEMBANGUNAN MANUSIA: Menurut pandangan orang-orang Islam, nyawa seseorang individu adalah satu proses yang mempunyai kesinambungan.

Empat Aspek nasib bayi berkenaan pada masa akan datang iaitu: Rezeki Amalan Kematian Derita atau bahagia Tumpuan utama diberikan kepada perkembangan tingkah laku, sahsiah, dan akhlak serta perhubungan dengan Tuhan. MANUSIA: mempunyai dua unsur iaitu roh dan jasad (dwisifat). SUMBER UTAMA DLM ISLAM: Al Quran dan Hadith Aspek-aspek ajaran Islam merangkumi Aqidah, Ibadah dan Akhlak. Akhlak baik yang disarankan oleh Al-Quran adalah seperti ikhlas, sabar, amanah, adil,

suka tolong-menolong, pemurah dan sebagainya.

AGAMA HINDU perkataan “dharma” dalam bahasa Sanskrit bermaksud “the moral and social order”. Orang India pada zaman purba menimbangkan moral secara praktikal dan mengelaskan

perkara-perkara yang baik (good) seperti kegembiraan, kesihatan, keamanan, persahabatan, ilmu pengetahuan dan kebenaran.

Manakala perkara-perkara buruk (bad) adalah seperti kesengsaraan, kesakitan, kemarahan dan permusuhan.

ETIKA HINDU BRAHMANIKAL: Berikut adalah 3 keadaan konkrit tentang masyarakat

zaman dahulu bagi Hindu Brahmanikal: “Veda-veda”; Setiap veda meliputi empat

bahagian, iaitu Samhita, Brahmana, Aranyaka dan Upanishad. Penulisan dlm

Upanishad adalah berkaitan dgn khutbah atau perbualan antara guru dgn anak murid.

DHARMA: merupakan peraturan etika yang menyelaraskan tingkah laku individu, keluarga, kehidupan awam dan negara.

DOKTRIN KARMA: merit atau kebaikan akan dibalas dengan baik dan segala demerit atau kesalahan akan dihukum denda.

Page 20: Nota Pendidikan Moral Untuk Semua Peringkat

AGAMA KRISTIAN

Bagi umat Kristian hanya ada satu Tuhan yang Maha Esa. Tuhan yang disembah mereka mempunyai TIGA imej iaitu; “God Father”,”Holy Spirit”,dan “Holy Son”.

Terdapat dua rukun utama dlm ajaran Kristian: CINTAILAH TUHAN DENGAN SEGALA JIWA DAN RAGAMU:Sifat perasaan kasih sayang dan kemahuan yg kompleks dgn mematuhi segala suruhan Tuhan. Juga sentiasa taat kepadanya dgn mencintai kebenaran&keadilan dan sentiasa memohon ampun.

CINTAILAH JIRANMU SEPERTI KAMU MENCINTAI DIRI SENDIRI: Individu yg mencintai jiran spt diri sendiri pula akn mematuhi undang2 tuhan spt tdk berzina, membunuh, mencuri dll.

Kebanyakan Kristian percaya bahawa perbezaan antara manusia dengan haiwan yang lain ialah manusia mempunyai ciri-ciri “personaliti” Tuhan.

Mengikut satu interpretasi tentang roh yang dipercayai orang Kristian, manusia mempunyai Tiga jenis roh, iaitu roh tumbesaran, roh perasaan dan roh intelektual.

OLD TESTAMENT: Selain mendirikan perintah-perintah yang mesti dipatuhi oleh seseorang penganut Kristian, Old Testament juga memberikan perhatian yang luas kepada kemoralan sosial.Old Testament juga menyampaikan hukum-hukum sepuluh “The Ten Commandments” perintah kepada penganut akan tingkah laku mereka.

AGAMA SIKHISME Menurut Singh,H. (1969), agama Sikh diasaskan oleh Guru Nanak (1469-1539) dan

turun-temurun hingga sepuluh orang Guru berganti-ganti. Pada akhirnya ajaran ini telah dibukukan dalam Guru Granth Sahib Ji (Kitab Suci)

yang menjadi Guru bersama-sama kaum Khalsa dan membentuk agama ini.

Page 21: Nota Pendidikan Moral Untuk Semua Peringkat

PERKARA ASAS YANG MENJADI KEPERCAYAAN PENGANUT AGAMA SIKH:- Mempercayai satu tuhan- Sentiasa membaca atau mendengar sabda Guru Granth Sahib Ji- Berlatih mengawal diri dan berjanji memakai lima perkara dan cogan

berawalkan “K” (Kesh, Kanggha, Kara, Kashehra dan Kirpan.- Menghapuskan perasaan berkasta-kasta- menghormati semua makhluk

LIMA MOTIF TIDAK BAIK DARI SEGI MORAL: Tamak, keangkuhan, hawa nafsu yang kuat dll.

KEPERIBADIAN MULIA MENURUT AGAMA SIKH:- kebijaksanaan- kejujuran’- keadilan- kesederhanaan- keberanian- merendah diri- kepuasan hati

PERKARA PENTING DALAM AGAMA SIKH: Tuhan yang disembah, Taraf Guru dalam agama Sikh, Kitab Suci, Gudwara, Hari perayaan kaum Sikh, masyarakat, cara damai dan cara kekasaran dalam agama Sikh, kaum Sikh dan kaum agama

lain.

KONFUSIANISME

Pengasas - K’ung Ch’iu (551-4479 S.M.) yang lebih dikenali sebagai K’ung Fu’tzu atau ‘Confucius’ yang bermaksud Guru Agung.

Ajaran Confucius terkandung dalam buku-buku yang dikenali sebagai Lima Klasik dan Empat Buku yang memberi ajaran etika dari segi kesejahteraan manusia, sosial, politik dan agama.

Apa yang penting dalam etika Confucius ialah lapan nilai murni seperti terkandung di dalam buku Lun Yu. Berikut ialah keterangan makna kelapan-lapan nilai murni tersebut:

1. ren atau baik hati yang bermaksud sikap menyayangi semua orang, kemanusiaan, kebajikan, kerelaan dan murah hati terhadap orang lain. Menurut Confucius, nilai ren adalah penting dan patut dipupuk di kalangan individu kerana nilai ini merupakan asas kepada nilai murni yang lain.

Contohnya, individu yang mempunyai ren akan menyayangi dan berbakti kepada ibu bapa (xiao).

2. shu atau altruima yang meliputi murah hati, toleransi dan belas kasihan, serta melibatkan hubungan diri individu dengan orang lain.

Contohnya, ‘Jangan buat sesuatu terhadap orang lain yang anda tidak mahu orang itu buat pada anda’.

Page 22: Nota Pendidikan Moral Untuk Semua Peringkat

3. chung yang bermaksud kesedaran dalam melakukan sesuaut yang baik untuk diri sendiri dan orang lain.

Contohnya, jika individu ingin berjaya, dia juga harus membantu orang lain untuk berjaya.

4. li meliputi nilai sopan santun, budi bahasa dan adat dalam istiadat atau upacara, pertuturan dan tingkah laku seseorang.

Contohnya, seorang bapa harus menjadi ‘seorang bapa’ dan seorang anak menjadi ‘seorang anak’.

5. yi yang ditakrifkan sebagai membuat sesuatu dengan cara betul dan patut dalam situasi tertentu yang motif sesuatu perbuatan lebih penting daripada hasilnya.

Contohnya, individu yang menjalankan tugasnya dengan berpegang pada yi akan dianggap bermoral tidak kira sama ada dia berjaya atau gagal dalam tugas yang diberikan.

6. ming yang menegaskan bahawa individu patut melakukan semua tugas dengan sedaya upaya dengan tidak menghiraukan hasilnya kerana manusia tidak mampu mengelak kehadiran mandat ketuhanan.

7. xiao yang bermaksud ketaatan kepada ibu bapa dengan menyanjungi serta secara ikhlas mengambil berat emosi dan jiwa mereka. Dengan kata lain, seseorang anak hendaklah mempelajari bagaimana menjadi seorang anak dengan menghormati, melayan dan menjaga ibu bapanya. Ini kerana ibu bapa memberikan nyawa kepada anak-anak dan membesarkan mereka dengan penuh perhatian.

8. zhi yang bermaksud ketulusan dan ketegahan dalam tingkah laku. Individu yang menghayati nilai ini tidak boleh menipu diri sendiri atau orang lain, iaitu dia harus memberi perhatian benar dalam segala kelakuannya.

Setiap kanak-kanak Cina juga diajarkan cara menghormati orang lebih tua sejak kecil lagi. Pemujaan roh nenek moyang turut diamalkan. Amalan ini masih dipraktikkan oleh ramai keluarga di kalangan kaum Cina di Malaysia, khususnya pada hari kebesaran Chin Ming. Pada hari berkenaan, orang Cina berpusu-pusu menziarahi kubur anggota keluarga mereka.

TAOISME

Taoisme berasaskan ajaran Lao Tze (575-485 S.M) Ajarannya terkandung dalam bukunya Tao Te Ching yang bermakna Jalan dan Kekuasaan.

Ajaran Tao menekankan keharmonian dengan alam semesta yang disebutkan sebagai Tao yang bermaksud ‘cara’ atau ‘jalan’. Tao dianggap sumber kepada kehidupan di alam semesta ini.

Tao mencipta makhluk dan segala isi alam dan juga yang memusnahkannya. Terdapat empat konsep penting dalam Taoisme seperti berikut: Tao melahirkan yang Satu; Yang satu melahirkan yang Dua; Yang Dua melahirkan yang Tiga; Yang Tiga melahirkan semua makhluk (Tao Te Ching dalam Palmer, 1991).

Page 23: Nota Pendidikan Moral Untuk Semua Peringkat

Konsep ‘Tao melahirkan yang satu’ bermaksud Tao ialah suatu yang aktif, iaitu sesuatu tindakan ialah semula jadi dan bukan dipaksakan. Contohnya, seorang pemerintah bijaksana dan sempurna akan memerintah dengan cara yang menyebabkan rakyatnya tidak menyedari mereka diperintah dan rakyat hanya mempercayai apa yang berlaku semula jadi. Ini bermaksud, dengan bertindak secara semula jadi, iaitu dengan tidak melakukan apa-apa pun tetapi membenarkan sesuatu berlaku mengikut Tao, seorang pemerintah bijaksana akan mendapat keharmonian dengan intisari diri sendiri.

Perkataan ‘Dua’ dalam konsep ‘Yang satu melahirkan yang Dua’ merujuk kuasa kembar yin dan yang. Kuasa yin dan yang ini berlawanan sama sekali (contohnya, hitam dan putih; lelaki dan perempuan; panas dan sejuk) dan mewakili semua yang ada dan boleh diadakan di dalamnya tetapi bertentangan. Dalam perjuangan berterusan terhadap kuasa semula jadi, yin dan yang menghasilkan tenaga (chi’i) untuk kewujudan segala-galanya.

Konsep ‘Yang Dua melahirkan yang Tiga’ pula merujuk tiga serangkai Syurga, Bumi dan Perikemanusiaan. Ketiga-tiga serangkai ini ialah bentuk yang segala makhluk sebenarnya wujud seperti yang dinyatakan: Tao adalah agung; Syurga adalah agung; Bumi adalah agung; Raja (mewakili kemanusiaan) juga adalah agung; Ia ialah tempat kuasa besar alam semesta ini (Tao Te Ching, dalam Palmer, 1991). Akhir sekali, Taoisme menggambarkan segala makhluk wujud pada akhir perkembangan kosmos dan inilah maksudnya ‘Yang Tiga melahirkan segala makhluk’.

Untuk mencapai perpaduan dengan Tao, penganut Taoisme mengamalkan Wu-Wei yang bermaksud ‘cara bukan tindakan’. Wu-Wei dihuraikan sebagai melakukan sesuatu bukan untuk diri sendiri sahaja, malah atas sebab altruistik. ‘Cara bukan tindakan’ ialah kehidupan yang sederhana, bebas dan tidak dikongkongi hawa nafsu.

Menurut Taoisme, selain rohnya, keseluruhan jasad manusia dianggap sesuaut yang perlu diabadikan. Keabadian ini melibatkan meditasi dan refleksi serta cara mengubah bentuk fizikal kepada yang abadi menerusi alchemy. Ajaran ini juga mementingkan penganutnya mengadakan doa umum dan upacara kerana mereka dianggap sebagai saluran agen mengimbangkan dunia ini, iaitu mengatasi kuasa tidak baik.

Taoisme telah mempengaruhi cara hidup ramai orang Cina, misalnya, dalam sembahyang dan persembahan kepada dewa-dewa seperti Tuhan Alam dan Tuhan Dapur; persembahan kepada roh nenek moyang; almanak T’ung Shu yang digunakan bagi menentukan hari yang sesuai untuk peristiwa seperti perjalanan jauh, memulakan perniagaan atau hari perkahwinan; feng shui bagi menentukan kesesuaian penempatan rumah atau perniagaan; t’ai-chi-ch’uan yang merupakan satu bentuk latihan untuk memastikan bahawa kuasa yang penting (chi) dapat dialirkan kepada keseluruhan badan dan seterusnya mengekalkan keseimbangan serta keharmonian yang penting dalam badan seseorang; dan ubat Cina tradisional untuk merawat pesakit.

AGAMA BUDDHA

Page 24: Nota Pendidikan Moral Untuk Semua Peringkat

Pengasas agama Buddha - Siddharta Gautama (563-483 S.M) yang digelar Buddha, iaitu bererti ‘Pemberi Cahaya’ setelah beliau mendapat ilham, pemakluman atau pengajaran agung (enlightenment).

Asas ajaran Buddha ialah sesuatu itu tidak kekal dan semua saling bergantung antara satu sama lain. Gautama Buddha berkata, setiap individu perlu melatih diri sendiri supaya mendapat kesedaran untuk melihat bukan sahaja sesuatu kejadian alam seperti yang berlaku pada diri sendiri, malah keadaan berhubung dengan kejadian itu.

Menurutnya lagi, individu bebas mengubah takdir walaupun dia telah mewarisinya daripada kehidupan masa lalu. Keinginan yang tidak dikawal akan mengubah cara hidup yang akan dipenuhi dukkha, iaitu duka atau kesengsaraan.

Dengan kata lain, setiap kehidupan diserapkan dengan kesengsaraan seperti yang disebutkan dalam Empat Kebenaran Mulia (Find Noble Truth).

Pertama, penderitaan atau kesengsaraan hidup atau dukkha (juga bermaksud tidak boleh dipuaskan) adalah lumrah alam. Tiga aspek dalam kebenaran mulia yang pertama ini ialah, ‘Adanya dukkha. Dukkha harus difahami. Dukkha telah difahami’ (Vanerable Ajahn Sumendho, 1996). Kesengsaraan atau dukkha ialah kelahiran, menjadi tua, sakit, perpisahan dengan orang yang disayangi dan tidak mendapat sesuatu yang dikehendaki. Kedua, penderitaan manusia berpunca daripada nafsu untuk memperoleh kekayaan dan keseronokan yang tiada penghujungnya. Tiga aspek dalam Kebenaran Mulia yang kedua ialah, ‘Adanya punca penderitaan yang berkaitan dengan nafsu. Nafsu harus dilepaskan’ (Venerable Ajahn Sumendho, 1996). Nafsu ini merangkumi nafsu untuk keseronokan, nafsu untuk menjadikan sesuatu dan nafsu untuk menghapuskan sesuatu. Ketiga, untuk mengelakkan penderitaan, manusia harus menghapuskan atau mengatasi nafsunya. Tiga aspek dalam Kebenaran Mulia yang ketiga ini ialah, ‘Adanya penghapus dukkha. Penghapusan dukkha harus disedari. Penghapusan dukkha telah disedari’ (Venerable Ajahn Sumendho, 1996). Tujuan utama dalam ajaran Buddha ialah perkembangan minda yang reflektif dalam melepaskan kepercayaan palsu. Keadaan mental ini amat penting untuk mengatasi penderitaan.

Ini bukanlah merujuk pemikiran berhubung dengan pandangan yang tetap dan prejudis atau pemikiran yang mengetahui segalanya atau pemikiran yang menerima segala yang dikatakan oleh orang lain sebagai benar. Ini ialah pemikiran terbuka terhadap Empat Kebenaran Mulia dan renungan tentang apa yang ‘ternampak’ dalam pemikiran sendiri. Akhirnya, kebenaran bagi menghapuskan atau mengatasi penderitaan, manusia haruslah mengikuti Jalan Lapan Lapis Mulia, iaitu kefahaman benar, pemikiran benar, kata-kataa benar, tingkah laku benar, usaha benar, kehidupan benar, kesedaran benar dan meditasi benar. Tiga aspek dalam Kebenaran Mulia yang keempat ialah, ‘Adanya Jalan Lapan Lapis Mulia, iaitu jalan untuk menghapuskan penderitaan. Jalan ini harus dikembangkan. Jalan ini telah dikembangkan dengan sepenuhnya’ (Venerable Ajahn Sumendho, 1996). Jalan Lapan Lapis Mulia ini mengajar individu merenung kepentingan memikul tanggungjawab berhubung dengan apa yang dikatakan dan dilakukan dalam kehidupannya.

Jalan Lapan Lapis Mulia dianggap sebagai ‘Tengah’ yang terletak antara dua keterlaluan, iaitu keterlaluan nafsu dan seksaan sendiri serta keterlaluan pemikiran bahawa roh atau jiwa ialah sesuatu yang kekal atau abadi dan roh itu akan ditamatkan dengan kematian.

Page 25: Nota Pendidikan Moral Untuk Semua Peringkat

Individu yang mengikuti Jalan Tengah akan dibawa kepada suatu keadaan yang menjadikan pemahaman dan kecerahan dalam kehidupan adalah seperti pengajaran agung yang dicapai oleh Gautama Buddha. Ini bukan bermaksud tamatnya kehidupan individu atau sebaliknya melanjutkan kewujudannya.

Pengajaran agung menggambarkan bahawa individu tidak lagi mempunyai hubungan dengan dunia ini. Dia tidak akan dilahirkan semula dan mengalami kematian, tetapi mencapai nirvana.

Dikatakan alam semesta tertakluk kepada sebab musabab yang semula jadi, iaitu karma. Kebangkitan dan kekurangan individu dalam kewujudan yang lepas akan menentukan keadaan kewujudannya kini. Oleh itu, setiap orang harus bersedia untuk mengalami sebab dan akibat.

Halangan untuk menjadi karma yang lebih baik boleh diatasi dengan mematuhi lima rukun moral agama Buddha (panca sila), iaitu jangan membunuh, jangan mencuri, berzina, berbohong dan mengambil dadah atau arak yang boleh mengelirukan akal.

Satu amalan agama Buddha yang penting ialah meditasi kerana akan mententeramkan pemikiran yang suka melayang-layang. Dengan itu rintangan atau nafsu, hasrat jahat, kemalasan, kepincangan, kerungsingan dan keraguan dapat dihapuskan manakala kebijaksanaan pula dapat dikembangkan. Dengan amalan meditasi, kerohanian dalam pengajaran agung atau ilham dalam diri individu akan tercapai.

Satu kewajipan penganut Buddha ialah dana (pemberian) kepada sesiapa yang miskin dan memerlukan bantuan kerana dengan cara itu individu berkenaan akan mendapat pahala. Oleh itu, nilai yang paling penting dalam agama Buddha ialah baik budi kepada semua makhluk. Ini bermaksud individu harus menyayangi dan menghormati nilai baik hati, individu itu juga akan memahami perasaan akibat kesengsaraan makhluk lain.

Amalan nilai baik hati akan membawa individu kepada kehidupan yang mulia. Tegasnya, asas agama Buddha boleh dirumuskan seperti yang dikatakan oleh Gautama Buddha, iaitu ‘membuat kebajikan, jauhkan segala kejahatan dan jernihkan hati’.

Perayaan agama Buddha yang paling penting ialah Hari Wesak, iaitu hari untuk merayakan kelahiran, pencapaian pengajaran agung dan kewafatan Gautama Buddha.

Di Malaysia, Hari Wesak diisytiharkan sebagai cuti umum rasmi sejak 1962. Pada Hari Wesak, penganut agama Buddha memberi hormat kepada pengasas agama iaitu di kuil atau vihara dengan mengadakan upacara agama menerusi bacaan kata-kata suci (sutra) oleh sami untuk merestukan doa kepada semua makhluk. Satu amalan pada Hari Wesak ialah persembahan cahaya lilin, bunga dan gaharu kepada pengasas agama itu dan pemberian dana kepada kumpulan sami serta orang yang memerlukan bantuan.

KEPERCAYAAN NATIF

Tiga golongan besar ini adalah Negrito, Senoi dan Melayu Asli. Mereka tinggal di kawasan pedalaman dan kampung-kampung.

Secara umum masyarakat Orang asli masih mengikut fahaman animisme. Mengikut kepercayaan mereka, orang Hidup yang paling berkuasa dan mampu

melakukan apa-apa sahaja ialah Tok Pendin. Antara dewa-dewi ini ialah Chinoi dan Halak.

Berikut adalah beberapa pantang larang Orang asli:

1) Apabila seseorang isteri mulai hamil, dia tidak boleh makan binatang seperti rusa kerana haiwan tersebut mempunyai tanduk yang bercabang dan akan menyukarkan isteri ketika bersalin.

Page 26: Nota Pendidikan Moral Untuk Semua Peringkat

BAB 10: ISU MORAL

1) Alam sekitar Alam sekitar (environment) bermaksud tempat sekeliling; semua keadaan,

suasana dan pengaruh sesuatu tempat sekeliling yang memberikan kesan kepada perkembangan organisma atau kumpulan organisma, termasuk manusia dan makhluk (organisma) lain, yang tinggal di dalamnya (Hwell, 1994).

Isu alam sekitar berkait rapat dengan moral manusia kerana manusia ialah satu-satu ‘perosak’ yang utama terhadap keindahan alam sekitar.

Isu alam sekitar meliputi pencemaran air, udara dan bunyi. Pencemaran ialah akibat perbuatan manusia yang tidak bermoral dan tidak

bertanggungjawab. - Pencemaran air

i. Pencemaran air disebabkan oleh pembuangan sisa-sisa toksik dan sampah sarap ke dalam sungai dan lautan.

ii. Satu contoh pencemaran air secara besar-besaran ialah pencemaran di perairan Selat Melaka. Perairan Selat Melaka merupakan perairan pengangkutan laut yang paling sibuk dan paling kotor di dunia. Perairan tersebut sentiasa diancam oleh tumpahan minyak, pembuangan sisa-sisa toksik dan radioaktif secara haram.

iii. Cara-cara untuk mengatasi masalah pencemaran air:• Kesedaran tentang kesan-kesan pencemaran air perlu

ditimbulkan melalui penerbitan risalah-risalah, kursus formal dan tidak formal serta kempen melalui media massa.Contoh: Kempen “Cintai Sungai Kita”.

ISU MORAL

KEBEBASAN MAKLUMAT

SEKSUALITI

DISKRIMINASI

ALAM SEKITARKEHIDUPAN

ETIKA PERNIAGAAN

PERSENJATAAN & PEPERANGAN

Page 27: Nota Pendidikan Moral Untuk Semua Peringkat

• Unit penguatkuasa perlu bertindak dengan tegas terhadap pihak-pihak kurang bertanggungjawab untuk mencegah pencemaran air.

• Kapal-kapal tangki hendaklah didenda atau dihukum berat sekiranya terbukti mengotori kawasan laut.

• Tempat pembuangan sampah yang terurus dan sistematik hendaklah diwujudkan agar pembuangan sampah-sarap dapat dikawal.

• Kilang – kilang dikehendaki memproses atau merawat sisa-sisa kilang terlebih dahulu sebelum dibuang ke laut.

- Pencemaran Udara i. Punca-punca: pembakaran sampah-sarap secara terbuka, asap

daripada kilang-kilang, dan stesen janakuasa elektrik dan asap atau gas eksos pelbagai jenis kenderaan di jalan raya.

ii. Kesan-kesan: (a) mengakibatkan penyakit paru-paru, dan menyebabkan kita mudah berasa letih serta mengurangkan keupayaan untuk berfikir dengan baik. (b) Jerebu yang mengancam kesihatan organ mata dan menjejaskan kesihatan. (c) Hujan asid akibat gas nitrogen oksida dan sulfur oksida yang bersifat asid yang larut dalam air hujan.

iii. Langkah-langkah mengatasi: (a) Penggunaan alat penapis udara dipasang pada kenderaan (b) kurangkan kandungan plumbum dalam petroleum berplumbum (c) meningkatkan penguatkuasaan Akta Pencemaran Udara Industri, mengambil tindakan keras terhadap pihak yang mencemarkan udara.

- Pencemaran Bunyii. Kenyaringan bunyi yang melebihi 80 dB untuk suatu masa yang

panjang dianggap sebagai pencemaran bunyi yang boleh menyakitkan telinga.

ii. Manakala, kenyaringan bunyi yang melebihi 130 dB adalah berbahaya dan boleh menyebabkan kerosakan gegendang telinga.

iii. Punca-punca: pencemaran bunyi disebabkan oleh jentera berat di kilang; mesin-mesin berat seperti pemotong rumput, pengorek jalan dan pelantak binaan; kapal terbang; pelbagai jenis kenderaan di jalan raya, bengkel-bengkel dan alat muzik, radio dan televisyen yang dipasang dengan terlalu kuat; serta pembakaran mercun.

iv. Kesan-kesan: (a) mengakibatkan gangguan pendengaran, pekak (b) suasana bising menimbulkan tekanan yang tinggi yang mengakibatkan seseorang individu menjadi cepat marah dan mengalami pening, sakit kepala, peningkatan tekanan darah dan denyutan jantung.

v. Langkah-langkah mengatasi: (a) kilang dan lapangan terbang harus dibina dikawasan yang jauh dari kawasan perumahan (b)

Page 28: Nota Pendidikan Moral Untuk Semua Peringkat

melengkapkan kenderaan bermotor dengan alat penyerap bunyi (c) mengharamkan pembakaran mercun.

2) Kehidupan2.1 Euthanasia

Perkataan euthanasia dalam bahasa Yunani bermaksud mati dengan selesa tanpa sakit (eu = baik; thanatos = mati), atau mati dengan baik.

Perkataan ini juga dirujuk sebagai kerja seorang doktor perubatan mengurangkan keseksaan yang dideritai oleh pesakit semasa kematiannya.

Euthanasia disamakan dengan “mercy killing”, iaitu membawa erti mempercepat kematian untuk kebaikan pesakit (supaya tidak derita).

Euthanasia boleh dikenal pasti sebagai euthanasia sukarela atau euthanasia bukan sukarela.

Perbezaannya ialah euthanasia sukarela memerlukan persetujuan sukarela daripada penerima tindakan euthanasia; manakala euthanasia bukan sukarela merangkumi kes-kes persetujuan tidak dapat diperoleh (seperti pesakit dalam keadaan koma).

2.2 Bunuh diri Perbuatan bunuh diri (suicide) merupakan satu dosa yang amat besar. Kita tidak ada kuasa sendiri untuk memilih meninggalkan dunia ini dan akhirnya

meninggalkan tugas yang diberikan oleh Tuhan.

2.3 Pengguguran (Abortion) Kehamilan boleh dikesan sekurang-kurangnya 10 hari selepas kegagalan

datangnya haid (menstruation). Kehamilan awal boleh “dihentikan” dengan pil yang boleh mencegah pelekatan

(implanation) zigot ke atas dinding uterus. Perlu diingatkan bahawa jika hendak melakukan pengguguran, ia perlu dilakukan

seawall mungkin. Kehamilan yang mencapai minggu yang ke-12 dan ke atas, pengguguran boleh

dilakukan dengan teknik sedutan (section) atau teknik dilatation dan curettage (D & C). Bagi teknik sedutan, janin disedut dengan sebatang tiub yang disambung ke alat penyedut. Teknik (D & C) menggunakan alat curette berbentuk lengkok tajam untuk mengikis janin keluar dari rahim ibu.

Di Malaysia, undang-undang yang menghalang pengguguran ialah Kanun Keseksaan termasuk:- Seksyen 312 (Perbuatan yang menyebabkan pengguguran berlaku)- Seksyen 313 (Perbuatan pengguguran tanpa kerelaan perempuan

berkenaan)- Seksyen 314 (Kematian yang diakibatkan oleh perbuatan pengguguran yang

berniat sengaja) Sesiapa yang bersabit dalam Kanun Keseksaan ini akan dipenjarakan tidak

melebihi 20 tahun.

Page 29: Nota Pendidikan Moral Untuk Semua Peringkat

Walaubagaimanapun, kelonggaran undang-undang diberikan kepada kes-kes tertentu seperti pengguguran dengan tujuan menyelamatkan nyawa ibu, atau dengan nasihat pakar doktor sakit puan.

2.4 Hukuman mati (The Death Penalty) Hukuman mati ialah hukuman yang paling berat (capital punishment) dikenakan

ke atas seseorang penjenayah. Kaedah-kaedah dalam hukuman mati: (a) tali gantung (b) hukum tembak (c)

kerusi elektrik (d) suntikan mati (e) hukum pancung (f) gas beracun Menurut Grassian (1981), yang berikut ialah hujah-hujah yang diberikan oleh

penyokong hukuman mati:- Keadilan memerlukan hukuman mati bagi penjenayah tertentu dalam jenayah

tertentu- Hukuman mati diperlukan sebagai pencegah (hukuman mati adalah perlu

untuk pembunuh yang terbukti bahawa hukuman penjara adalah tidak cukup untuk mencegah perbuatan jenayahnya)

- Ada penjenayah yang terlalu bahaya untuk dibenarkan terus hidup (hukuman mati juga diperlukan untuk penjenayah politik tertentu yang jika dibenarkan untuk hidup akan menjadi tumpuan penghasutan revolusi yang bahaya)

3) Persenjataan dan peperangan3.1 Persaingan senjata kuasa-kuasa besar dunia

Persaingan senjata kuasa-kuasa besar dunia ialah punca utama ancaman keselamatan semua manusia dalam dunia ini.

Semakin banyak Negara ketiga dipaksa membelanjakan sumber kewangan untuk membeli senjata daripada kuasa-kuasa besar.

Sebenarnya, persaingan senjata telah bermula sejak zaman purba manusia, dan meningkat apabila pembekalan senjata menjadi komersial khasnya sejak Perang Dunia Pertama, iaitu senjata bukan digunakan setakat untuk mempertahankan diri, bahkan ia digunakan secara besar-besaran dan dengan kuantiti yang amat besar untuk menyerang antara satu negara dengan yang lain.

3.2 Peperangan Bagi sesetengah pihak, peperangan didefinisikan sebagai satu perjuangan yang

kejam untuk terus hidup. Peperangan membawa manusia ke peringkat tanpa moral yang primitif dan

prinsipnya ialah untuk mempertahankan diri. Satu contoh peperangan moden ialah peperangan darat-udara-laut. Contohnya: Tindakan Amerika Syarikat dan sekutunya ke atas Iraq selepas Iraq

menyerang Kuwait pada tahun 1991. Amerika Syarikat dan sekutunya yang bersenjata canggih telah menyerang tentera Iraq yang hanya bersenjata biasa (tradisional) dengan alasan bahawa Iraq terlebih dahulu menyerang Kuwait. Akibatnya, beribu-ribu tentera Iraq dibunuh dan mereka dipaksa berundur dari Kuwait. Satu perjanjian yang agak tidak adil kepada Iraq juga dicapai, iaitu

Page 30: Nota Pendidikan Moral Untuk Semua Peringkat

ekonomi Iraq telah disekat dari dunia luar sehingga sekarang. Dengan kekuatan senjata, Amerika Syarikat dengan sendiri berlagak sebagai polis antarabangsa (International Police) yang suka bercampur tangan dalam hal urusan negara-negara lain khasnya negara-negara yang kecil dan lemah.

4) Etika perniagaan Etika perniagaan adalah berkaitan dengan urusan yang dianggap bermoral atau

tidak bermoral dalam perniagaan. Sebagai contoh, sesuatu pemberian hadiah dalam urusan perniagaan dianggap

‘rasuah’ di Jepun tetapi dianggap sebagai kebiasaan atau budaya di negara lain. “Ketamakan” sentiasa dianggap sebagai sifat kehidupan dalam perniagaan yang

unggul dan tunggal; ia juga sentiasa dikaitkan dengan hal mata wang.

IV.1 Kejujuran sebagai etika perniagaan Etika perniagaan adalah berkaitan dengan pertimbangan moral semasa

membuat sesuatu keputusan moral. Sebagai contoh, saya cuba menentukan samada saya patut berbohong tentang

laporan cukai pendapatan saya. Apa yang menyebabkan saya enggan berbohong dalam hal ini ialah saya percaya bahawa bohong adalah salah. Dengan itu, keputusan saya ialah satu keputusan moral dan pertimbangan bahawa berbohong adalah salah ialah pertimbangan moral yang melibatkan keputusan ini.

Apabila semua orang dapat memahami dan menghayati nilai-nilai moral dalam perniagaan, satu kepiawaian etika atau moral akan diterapkan dalam kehidupan mereka.

Contoh: Pemilik bank, pemiutang, dan pengguna atau konsumer, secara am menerima amalan nilai kejujuran sebagai norma moral dalam komunikasi perniagaan mereka.

Jika ketidakjujuran menjadi amalan am dalam komunikasi perniagaan harian, maka sistem komunikasi akan gagal dan sistem perniagaan juga akan runtuh bersama.

5) Seksualiti 5.1 Bersekedudukan

Bersekedudukan boleh didefinisikan sebagai pasangan berlainan jantina tinggal bersama tanpa ikatan perkahwinan secara sah.

Pasangan ini tinggal bersama seperti suami isteri dan sesetengah mereka mempunyai anak di luar nikah.

Konsep ini diterima oleh masyarakat di negara-negara barat kerana ingin memberi peluang kepada pasangan mencuba keserasian mereka tinggal bersama sebelum menjadi suami isteri yang sah.

Jika mereka mendapati bahawa terdapat kelemahn di mana-mana pihak yang boleh menjejaskan keharmonian perkahwinan, mereka akan berpisah tanpa sebarang ikatan.

Page 31: Nota Pendidikan Moral Untuk Semua Peringkat

Jika dilihat bersekedudukan dari sudut agama, kite dengan jelas mendapati bahawa kebanyakkan agama melarang pengikutnya bersekedudukan, sebaliknya menggalakkan perkahwinan dan berkeluarga.

Antara kesan buruk bersekedudukan ialah pembuangan bayi akibat perzinaan, kehidupan anak-anak tidak terurus, anak tidak mempunyai bapa yang sah dan kemungkinan perempuan terpaksa menanggung sendiri anak-anak akibat perpisahan pasangan bersekedudukan.

Di Malaysia, bersekedudukan adalah salah dari segi undang-undang syariah. Pasangan bersekedudukan, jika ditangkap, akan dihadapkan ke mahkamah syariah.

5.2 Perlakuan seks tidak normal

I. Homoseksualiti (hubungan sejenis) dianggap oleh banyak masyarakat sebagai perlakuan seks yang tidak normal kerana akibat daripada kecenderungan homoseksual, seseorang individu akan melakukan perlakuan seks yang berbeza daripada perlakuan heteroseksual yang dianggap sebagai normal, iaitu persetubuhan antara lelaki dengan perempuan melalui organ-organ seks atau nafsu seks yang terpikat kepada jenis yang berlawanan seperti lelaki yang terpikat kepada perempuan dan sebaliknya. Perlakuan seks tidak normal bagi homoseksual termasuk seks oral dan anal. Jika ditinjau dari sudut agama di Malaysia menentang perbuatan ini. Terdapat pelbagai undang-undang di pelbagai negara berhubung dengan perbuatan homoseksual. Di Malaysia, istilah dan kedudukan homoseksual dalam undang-undang tidak dinyatakan secara spesifik. Seksyen 37B mengatakan bahawa hukuman sebat boleh dikenakan ke atas sesiapa yang melakukan hubungan seksual secara bertentangan dengan hukum alam.

II. Perlakuan beastiality, iaitu perhubungan seksual antara manusia dengan binatang (sexual relation between a person and an animal) juga dihina dan dibenci sebagai perlakuan seks yang tidak normal. Walaupun perlakuan seks ini tidak normal, tetapi kebiasaan dan kekerapan perlakuan seks ini adalah di luar dugaan orang ramai.

6) Diskriminasi6.1 Diskriminasi jantina

Oleh sebab perbezaan yang wujud antara lelaki dan perempuan, kedua-duanya diberikan tugas atau kerja yang berbeza.

Isu diskriminasi jantina telah lama wujud. Contoh: Pada zaman jahiliyah, masyarakat Arab tidak suka anak perempuan.

Pada hari ini terdapat kumpulan yang memperjuang hak sama rata antara lelaki dengan wanita dalam pelbagai perkara termasuk sukan, pekerjaan, pendidikan, ekonomi dan politik.

Mereka menentang kumpulan male chauvinist atau kumpulan tradisional yang menganggap wanita sebagai kaum lemah dan membezakan wanita berbanding dengan lelaki dari segenap segi.

6.2 Diskriminasi ras Ditakrifkan sebagai perbezaan layanan berdasarkan perbezaan rasa atau kaum.

Page 32: Nota Pendidikan Moral Untuk Semua Peringkat

Fenomena ini merupakan satu masalah rumit yang dihadapi sesebuah negara yang mempunyai rakyat pelbagai kaum.

Golongan minoriti di dalam negara berkenaan sentiasa berasa mereka didiskriminasikan dalam banyak perkara oleh golongan majoriti.

Contoh: Di Amerika Syarikat dikatakan banyak berlaku diskriminasi ras. Rakyat kulit hitam ialah kumpulan minoriti, manakala rakyat kulit putih kumpulan majoriti. Rakyat kulit hitam dikatakan tidak mendapat peluang dan hak yang sama seperti rakyat kulit putih dalam perkara berhubung dengan perumahan, pekerjaan dan pendidikan. Satu pertubuhan telah diwujudkan iaitu Gerakan Kuasa Hitam (Black Power Movement) yang bertujuan untuk menyatupadukan rakyat kulit hitam dalam satu organisasi yang kuat bagi menentang diskriminasi ras.

63. Diskriminasi lain Diskriminasi umur: apabila seseorang dinafikan hak dan peluangnya setelah

mencapai umur tertentu. Diskriminasi politik: apabila layanan yang berbeza diberikan kepada seseorang

atau kempulan atas dasar perbezaan fahaman politik.

Contoh: Iraq yang menyerang Kuwait telah dianggap oleh Amerika Syarikat dan sebagai suatu perbuatan jahat dan perlu dihukum. Sebagai hukuman, Iraq telah diserang. Namun, apabila tentera Serbia menyerang Bosnia, Amerika Syarikat dan sekutunya tidak mengambil sebarang tindakan. Ini kerana Iraq diserang kerana Amerika Syarikat dan sekutunya mempunyai kepentingan di kawasan Timur Tengah, manakala di Bosnia, Amerika Syarikat dan sekutunya tidak mempunyai kepentingan di negara itu.

Diskriminasi agama: apabila seseorang atau kumpulan yang menganuti agama tertentu tidak diberi peluang mengamalkan ajaran agama mereka.

Contoh: Di England, terdapat orang Islam yang dibuang kerja kerana menunaikan sembahyang pada waktu makan atau memakai hijab (tudung) bagi orang perempuan. Di Ireland, pengikut Protestant didiskriminasikan oleh pengikut Katolik yang merupakan golongan minoriti.

7) Kebebasan maklumat7.1 IT dan hak memperoleh maklumat

Masyarakat Malaysia perlu didedahkan kepada pelbagai sumber maklumat agar mereka membuat perbandingan yang cepat, tepat dan matang.

Penggunaan Internet yang berleluasa sekarang menunjukkan bahawa adalah hak bagi semua lapisan masyarakat memperoleh maklumat secara bebas melalui IT, dan adalah sukar untuk menghalang hak dan kebebasan ini.

7.2 Penapisan bahan maklumat

Page 33: Nota Pendidikan Moral Untuk Semua Peringkat

Internet membawa gambar porno dan virus komputer dan mengandungi maklumat bagaimana mengambil dadah dan membuat bom.

Manfaatkanlah teknologi mutakhir ini dengan ilmu agama dan kekuatan iman. Melalui kekuatan ini sahaja kita dapat menagkis segala pengaruh negatif tersebut.

RUJUK BUKU TEKS UNTUK KETERANGAN LANJUT;Pendidikan Moral: Ewe Boon HockPendidikan Moral/Teori Etika dan Amalan Moral: Abdul Rahman Maarof

DISEDIAKAN OLEH:Muhamad Izzwandy Bin Mamat