nota pengajian malaysia mpw 2133 peringkat ijazah 2012

136
NOTA RUJUKAN PERINGKAT IJAZAH PENGAJIAN MALAYSIA MPW 2133 DISEDIAKAN OLEH: Muhamad Izzwandy Bin Mamat

Upload: izzwandy

Post on 30-Jul-2015

5.179 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

Nota Ringkas

TRANSCRIPT

Page 1: Nota Pengajian Malaysia MPW 2133 Peringkat Ijazah 2012

NOTA RUJUKAN PERINGKAT IJAZAH

PENGAJIAN MALAYSIA MPW 2133

DISEDIAKAN OLEH:Muhamad Izzwandy Bin Mamat

Page 2: Nota Pengajian Malaysia MPW 2133 Peringkat Ijazah 2012

SEJARAH PERJUANGAN KEMERDEKAAN

KERAJAAN MELAYU TRADIASIONAL

Parameswara Pengasas Kesultanan Melayu Melaka

Pengasas Kesultanan Melayu Melaka ialah Parameswara pada sekitar tahun 1400. Selepas kejatuhan kerajaan Srivijaya yang berpusat di Palembang, kerajaan Majapahit telah menguasai kawasan Srivijaya termasuk Palembang. Penguasaan ini ditentang oleh Raja Palembang dan puteranya, Parameswara. Demi mengembalikan kedaulatan bangsa dan negara, Parameswara telah berusaha membebaskan Palembang daripada Majapahit, tetapi tidak berjaya.

Parameswara terpaksa berundur hingga sampai ke Temasik yang diperintah oleh Temagi dibawah naungan Siam telah menerima kedatangaannya. Kedudukan geografi Temasik yang strategik telah menyebabkan Parameswara membunuh Temagi untuk menjadi Pemerintah Temasik. Tindak balas segera dari Siam dengan mengatur serangan balas telah menyebabkan Parameswara dan pengikutnya melarikan diri ke Muar Dan Membuka penempatan baru yang dikenali sebagai Melaka.

Sejarah Dan Kronologi Pembukaan Melaka Oleh Parameswara

• Paresmeswara merupakan Putera Raja Palembang yang berada di bawah kerajaan Majapahit.

• Lari ke Temasik kerana mendatangkan kemarahan Raja Majapahit akibat mengisytiharkan kemerdekaan wilayahnya tanpa kebenaran.

• Membunuh pemerintah Temasik iaitu Temagi untuk mentadbir Temasik.

• Dihalau oleh kerajaan Siam dari Temasik.

• Lari ke Muar untuk mengelakkan serangan kerajaan Siam dan Majapahit.

• Berpindah ke Melaka dan mengasaskan pemerintahan baru

Page 3: Nota Pengajian Malaysia MPW 2133 Peringkat Ijazah 2012

Sebab-sebab Parameswara Memilih Melaka

1) Bersebelahan Selat Melaka Parameswara memilih Melaka untuk membina kerajaan baru kerana

kedudukan Melaka strategik di perairan Selat Melaka yang menjadi laluan kapal-kapal perdagangan.

2) Kemudahan air bersih Terdapat juga kemudahan air bersih yang mencukupi untuk kegunaan

rakyat dan sebagainya.

3) Terlindung daripada tiupan angin monsun Kedudukan Melaka juga terlindung daripada tiupan angin monsun.

Dengan ini, kegiatan perdagangan dapat dijalankan dengan lancar.

4) Muka buminya yang strategik dan selamat Pokok bakau di pinggir laut boleh dijadikan benteng pertahanan sekiranya

diserang musuh, manakala muka bumi yang berbukit bukau dijadikan petunjuk untuk kapal dagang yang belayar di lautan.

Sebab-sebab Parameswara

Memilih Melaka

1) Bersebelahan Selat Melaka

2) Kemudahan air bersih

4) Muka buminya yang strategik dan selamat

3) Terlindung daripada tiupan angin monsun

Page 4: Nota Pengajian Malaysia MPW 2133 Peringkat Ijazah 2012

Asal Usul Nama Melaka

1) Istilah Arab Pedagang-pedagang Arab selalu menyebut “Mulaqah” yang bermaksud

pertemuan. Ada juga yang menyebut “ Malakat” yang bermaksud himpunan segala

dagang.

2) Mitos Hindu Pokok Melaka dikenali sebagai “Amalaka” dalam bahasa Sanskrit yang

mereka percaya adalah pokok pertama di alam semesta. Pokok ini juga dipercayai merupakan tempat kediaman Dewa Brahma,

Vishnu dan Shivadegan. Buah pokok Melaka dikatakan mempunyai kuasa ajaib.

3) Sejarah Melayu Ketika berehat di bawah sebatang pokok, Parameswara menyaksikan

anjing buruannya ditendang seekor pelanduk. Kejadian ini dianggap luar biasa. Parameswara memilih nama Melaka untuk menamakan negeri itu sempena nama pokok tersebut.

Asal Usul Nama Melaka

1) Istilah Arab

3) Sejarah Melayu

2) Mitos Hindu

Page 5: Nota Pengajian Malaysia MPW 2133 Peringkat Ijazah 2012

Sistem Pentadbiran Dan Pembangunkan Kerajaan Melayu Melaka

1) Sistem pemerintahan yang tersusun Jawatan seperti Bentara dan Biduanda kecil diwujudkan. Mewujudkan system pemerintahan teratur dengan sistem jawatan

mempunyai tugas berbeza. Sebagai contoh, 40 orang Bentara yang dilantik akan melaksanakan tugas

yang diperintahkan Raja.

2) Kemudahan pelabuhan untuk perdagangan Menyediakan kemudahan pelabuhan untuk pedagang seperti kemudahan

membaiki kapal, kemudahan gudang bagi menyimpan barang-barang dagangan dan tempat tinggal untuk pedagang, serta bekalan air dan makanan.

3) Hubungan diplomatik dengan negara luar Menjalinkan hubungan diplomatik dengan Negara lain seperti China. China mengiktiraf kedaulatan Melaka dan Parameswara sebagai Sultan

dengan menghantar Laksamana Yin Ching (1404) dan Cheng Ho (1405 an 1409) untuk melawat Melaka.

Cara Parameswara Membangunkan Melaka

2) Kemudahan pelabuhan untuk perdagangan

3) Hubungan diplomatik dengan

negera luar

5) Ikatan konsep daulat

4) Mengupah orang laut untuk menjaga keselamatan

1) Sistem pemerintahan yang tersusun

Page 6: Nota Pengajian Malaysia MPW 2133 Peringkat Ijazah 2012

Kerajaan China juga mengurniakan paying kuning, cap mohor dan sepersalinan pakaian sebagai tanda pengiktirafan Melaka sebuah kerajaan berdaulat.

Melaka menjadi negeri naungan China. Hubungan ini menyelamatkan Melaka daripada ancaman Siam.

4) Mengupah orang laut untuk menjaga keselamatan Orang-orang laut diupah untuk menjaga keselamatan Melaka. Orang Laut mahir dalam seni mempertahankan diri dan gagah berani. Orang Laut juga mahir dengan selok-belok Selat Melaka. Mereka membantu membawa barang dan membekalkan hasil laut selain

bersikap taat dan setia.

5) Ikatan konsep daulat Penduduk Melayu ketika itu terdiri daripada kaum Melayu, Orang Laut dan

Orang Asli. Kemajuan Melaka ketika itu turut dipengaruhi sikap rakyatnya yang setia

kepada pemerintah, bersedia berkorban demi Negara tercinta dan menghargai jasa pemimpin.

Konsep daulat telah menyatukan pemimpin dan rakyat dalam bersama-sama membangunkan Melaka.

Pentadbiran Kerajaan Melayu Melaka

Page 7: Nota Pengajian Malaysia MPW 2133 Peringkat Ijazah 2012

Organisasi pentadbiran kerajaan Melayu Melaka

Sultan

Sistem-Sistem Pembesar

Sultan

Pembesar Berempat

Pembesar Berlapan

Pembesar Enam Belas

Pembesar Tiga Puluh Dua

Sebelum kedatangan Islam, raja digelar 'Devaraja'. Selepas kedatangan Islam gelaran 'Sultan' digunakan.Sultan berkuasa mutlak dan dipanggil 'Zulliahifil Alam' (bererti Sultan yang memerintah di dunia adalah wakil Allah di bumi).

G e l a r a n S u l t a n s e b e l u m d a n

s e l e p a s k e d a t a n g a n

I s l a m

Sultan berkuasa melantik pembesar yang memungut cukai dan menganugerahkan kawasan untuk ditadbir dipanggil 'kawasan pegangan'.Dalam undang-undang, Sultan berkuasa menentukan hukuman kepada pesalah jenayah termasuklah hukuman mati. Sultan merupakan lambang dan simbol sesebuah negara dan kerajaan.

B i d a n g T u g a s

Sultan mempunyai daulat (sempurna kebolehan, kuasa politik tertinggi dan berwibawa).Rakyat perlu taat daan setia kepada raja. Sekiranya mereka menderhaka, mereka akan ditimpa 'tulah' (malapetaka atau kemalangan).Menipu sultan, membelot, membunuh, memalsukan cap mohor adalah antara perbuatan menderhaka.

K o n s e p D a u l a t

Page 8: Nota Pengajian Malaysia MPW 2133 Peringkat Ijazah 2012

Pembesar Bidang Kuasa

Merupakan pembesar yang paling tinggi kedudukannya di kalangan para pembesar.Bendahara berperanan sebagai Penasihat dan Pemangku Sultan.Bendahara turut bertindak sebagai seorang Ketua Hakim dan Ketua Turus Angkatan Perang.Kawasan pegangan Bendahara terletak di Muar dan Bentan.

B e n d a h a r a

Beliau merupakan Ketua segala Bendahara.Tugas yang dijalankan seperti sebagai Pemungut Cukai, Ketua Urusetia Istana, dan juga Ketua segala Syahbandar.Kawasan pegangan di Sening Ujung dan Kampar.

P e n g h u l u B e n d a h a r i

Temenggung bertindak sebagai Ketua Polis dan Penjara dan penguasa bandar Melaka.Menguruskan penjenayah yang melakukan jenayah seperti rompakan dan penipuan.Bertindak sebagai hakim di darat dalam kes-kes jenayah kecil yang tidak memerlukan perhatian Bendahara dan Sultan.Juga merupakan Ketua Protokol Istana.Temenggung tidak mempunyai kawasan pegangan ataupun pemakanan kerana tugas beliau sebagai Ketua Polis dan Penjara.

T e m e n g g u n g

Merupakan seorang pengawal peribadi Raja.Laksamana menjalankan tanggungjawab sebagai Ketua Angkatan Perang Laut, Ketua Duta dan Ketua Utusan.Sering mengembara ke temapat dan kerajaan lain dalam menyampaikan pesanan-pesanan Sultan.Kawasan pegangan di Temasik.

L a k s a m a n a

Pembesar Berempat

Page 9: Nota Pengajian Malaysia MPW 2133 Peringkat Ijazah 2012

Pusat Perdagangan

1) Terletak di tengah laluan perdagangan

Dilantik sultan dengan surat perlantikan.Diberikan kawasan pungutan cukai dikenali sebagai 'kawasan pemakanan'.Mengekalkan keamanan di daerah masing-masing.Mencari dan membekalkan tenaga buruh.Membekalkan tenaga buruh kepada pemerintah.

P e m b e s a r B e r l a p a n

Merupakan wakil di peringkat kampung.Dibantu golongan bijak pandai dalam ilmu keagamaan dan golongan yang mahir ilmu perubatan.Memungut hasil cukai, membekalkan buruh dan tentera kepada istana serta memastikan kesetiaan rakyat terhadap pemerintah.

P e m b e s a r E n a m B e l a s

Merupakan wakil di peringkat kampung.Bertindak sebagai perantara antara pembesar dengan rakyat.

P e m b e s a r T i g a P u l u h

D u a

Faktor-faktor yang Menjadikan Melaka

sebagai Pusat Perdagangan

1)Terletak di tengah laluan perdagangan

2) Sistem cukai berpatutan

3) Penggunaan mata wang

4) Lingua Franca5) Merupakan

sebuah pelabuhan entreport

6) Keberkesanan undang-undang

7) Peranan Syahbandar

Page 10: Nota Pengajian Malaysia MPW 2133 Peringkat Ijazah 2012

Kedudukan Melaka yang berada di tengah-tengah laluan barat dan timur serta terlindung daripada angin monsun telah mengalakkan pedagang untuk datang berdagang.

2) Sistem cukai yang berpatutan Menggunakan sistem cukai yang berpatutan iaitu cukai rasmi (bayaran

cukai untuk membawa masuk barang dagangan). Kadar cukai yang dikenakan untuk saudagar barat ialah 6%, saudagar

yang tinggal di Melaka 3% dan saudagar timur tidak dikenakan sebarang cukai.

3) Penggunaan mata wang bagi memudahkan urusan jual beli Wang logam (calains), timah, emas dan perak (ketiga0tiganya dating dari

Pasai, Gujerat dan Kembayat) memudahkan urusan perniagaan.

4) Lingua Franca Urusniaga bertambah lancar apabila Bahasa Melayu dipilih menjadi

Lingua Franca.

5) Merupakan sebuah pelabuhan entreport Melaka juga merupakan pelabuhan entreport (pengumpulan dan

pengedaran barangan) disamping menyediakan pelbagai kemudahan untuk para pedagang.

6) Keberkesanan undang-undang Undang-undang laut Melaka mempunyai 24 fasal. Kandungannya merangkumi undang-undang jenayah, peraturan dan tata

tertib berniaga serta hokum-hukum jenayah.

7) Peranan Syahbandar(i) Syahbandar I – menguruskan pedagang dari Gujerat.(ii) Syahbandar II – menguruskan pedagang dari Ryukyu, China dan

Champa.(iii) Syahbandar III – menguruskan pedagang dari Pegu, Benggala dan

Parsi.(iv) Syahbandar IV – menguruskan pedagang dari Jawa, Maluku,

Kalimantan, Borneo, Pasai dan Filipina.

Kematangan Hubungan Luar

Page 11: Nota Pengajian Malaysia MPW 2133 Peringkat Ijazah 2012

1) Perkahwinan Hubungan dengan Pasai terjalin secara perkahwinan antara Sultan Megat

Iskandar Shah dengan Puteri Pasai.2) Pertukaran pendapat

Melalui hubungan antara Pasai-Melaka, wujud pertukaran pendapat yang berkaitan isu-isu agama Islam dan sebagainya.

3) Negeri naungan Siak dan Kampar merupakan negeri naungan dan perlu menggunakan

istilah ‘sembah’ bila berutus surat.4) Agama Islam

Pedagang Gujerat membekalkan kain dan menyebarkan agama Islam.5) Perdagangan

Hubungan Melaka dengan Jawa terjalin melalui perdagangan. Melaka mendapat bekalan makanan, rempah dan beras dari Jawa. Hubungan Melaka dengan Gujerat juga terjalin melalui perdagangan.

6) Diplomatik Hubungan dengan China terjalin melalui perdagangan dan diplomatic.

Melaka mendapat pengiktirafan dan perlindungan. Hubungan Melaka dengan Siam juga terjalin melalui hubungan diplomatik. Hubungan dengan Ryukyu bermula dengan perdagangan dan diplomatik.

Perkembangan Agama Islam di Melaka

Hubungan Melaka dan Negara Luar Terjalin

melalui Beberapa Cara

1) Perkahwinan

2) Pertukaran pendapat

3) Negeri naungan

4) Agama Islam

5) Perdagangan

6) Diplomatik

Page 12: Nota Pengajian Malaysia MPW 2133 Peringkat Ijazah 2012

1) Pengislaman pemerintah Kedatangan pendakwah Islam telah membuka hati para pemerintah kerajaan

Melayu untuk memeluk Islam seterusnya tersebar di kalangan golongan bangsawan dan rakyat.

Sultan Melaka menerapkan unsure Islam seperti kaedah ‘musyawarah’ ketika pemerintahannya.

2) Perdagangan Melaka pernah menjadi pusat perdagangan terkemuka di Asia Tenggara yang

menyebabkan kedatangan para pedagang dari serata dunia termasuk pedagang Islam yang turut memainkan peranan berdakwah.

3) Perkahwinan Putera dan puteri raja Melaka dikahwinkan dengan putera dan puteri raja dari

kerajaan lain.

4) Pendakwah Islam Pendakwah Islam yang dating ke Melaka menggunakan cara yang lembut dan

berhemah dalam melakukan dakwah dan bukan dengan paksaan. Ini menarik minat masyarakat untuk mengenali lebih dekat agama ini.

5) Kerelaan negara itu sendiri

Cara-cara Penyebaran Agama Islam

1) Pengislaman pemerintah

2) Perdagangan

3) Perkahwinan

4) Pendakwah Islam

5) Kerelaan negara itu sendiri

6) Askar upahan Jawa

Page 13: Nota Pengajian Malaysia MPW 2133 Peringkat Ijazah 2012

Lingga dan Jambi merupakan negeri yang menjadi naungan Melaka secara sukarela manakala Kampar dan Pahang ditakluk bagi menjamin keselamatan dan kemakmuran negara masing-masing.

Mereka telah terpengaruh dengan ajaran Islam yang mana pusat penyebarannya berpusat di Melaka.

6) Askar upahan Jawa Askar upahan dari Jawa yang memeluk Islam di Melaka telah pulang ke negara

asal dan secara tidak langsung menyebarkannya di tempat asal mereka.

Perkembangan Ilmu di Melaka

1) Istana menjadi institusi pendidikan Istana menjadi pusat intelektual cerdik pandai. Sultan Melaka turut menjemput

golongan intelek dari negara lain untuk menimba ilmu di istana Melaka.

2) Peranan Bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar Mengarang surat rasmi, mendidik anak raja dan menggubal perjanjian

merupakan tugas seorang juru tulis. Bahasa Melayu digunakan untuk persuratan.

3) Tempat berkumpul golongan cerdik pandai

Peranan Istana sebagai Pusat Kegiatan Ilmu

1) Istana menjadi institusi pendidikan

2) Bahasa Melayu sebagai bahasa

penghantar

3) Tempat berkumpul golongan cerdik pandai

4) Tempat pengumpulan dan terjemahan karya-

karya agung

Page 14: Nota Pengajian Malaysia MPW 2133 Peringkat Ijazah 2012

Mereka yang mahir menulis dan membaca menjadi jurutulis, pengarang, ulama dan guru.

Ulama terkenal dan pakar Bahasa Arab ialah Tun Muhammad.

4) Tempat pengumpulan dan terjemahan karya-karya agung Karya sastera yang diterjemah contohnya Hikayat Amir Hamzah dan Hikayat

Iskandar Zulkarnain. Karya sastera saduran seperti Hikayat Bulan Belah, Hikayat Nabi Bercukur,

Hikayat Nabi Wafat dan Hikayat Nabi Yusuf.

Cara Melaka Meluaskan Kuasa

1) Penaklukan Kerajaan Melaka telah menakluk Kampar dan Pahang. Sultan Melaka bertindak

sedemikian demi menjaga keselamatan dan kemakmuran Melaka. Melalui penguasaan kerajaan di Timur Sumatera dan Semenanjung Tanah

Melayu, kerajaan Melaka Berjaya menguasai perairan Selat Melaka. Melalui penaklukan juga, Melaka menerima pelbagai ufti serta dapat

menyebarkan Islam di Kepulauan Melayu.

2) Perkahwinan

Perluasan Kuasa

1) Penaklukan

2) Perkahwinan

3) Kebijaksanaan pemimpin

4) Kerelaan negeri itu sendiri

Page 15: Nota Pengajian Malaysia MPW 2133 Peringkat Ijazah 2012

Putera dan Puteri Raja Melaka dikahwinkan dengan puter dan puteri kerajaan Melayu lain.

Contohnya, Sultan Mahmud mengahwini Puteri Sultan Kelantan. Melalui perkahwinan dapat menguatkan lagi hubungan diplomatic dan pengaruh

kerajaan Melaka.

3) Kebijaksanaan pemimpin Melaka diperintah oleh sultan-sultan dan pembesar yang berwibawa dan

bijaksana seperti Sultan Muzaffar Shah, Sultan Mansor Shah dan Bendahara Tun Perak.

Sultan Muzaffar Shah Berjaya menyelesaikan pertingkahan orang Melayu dan India Muslim.

Sultan Mansor Shah pula berjaya menggagalkan Kampar, Inderagiri, dan Pahang dalam cubaan melepaskan diri sebagai negeri takluk.

Bendahara Tun Perak yang taat setia pernah menggagalkan serangan Siam di Muar dan Batu Pahat.

4) Kerelaan negeri itu sendiri Disebabkan pengaruh dan kekuasaan Melaka, terdapat kerajaan yang dengan

rela ingin bernaung di bawah Melaka. Contoh kerajaan tersebut adalah Jambi, Lingga, Beruas, Pattani dan Kedah.

Kemerosotan Melaka Dan Faktor-faktor Kejatuhan Melaka

Page 16: Nota Pengajian Malaysia MPW 2133 Peringkat Ijazah 2012

1) Kepimpinan yang lemah Kematian Tun Perak menyebabkan pentadbiran Melaka goyah. Selepas kematian Tun Perak, tiada pengganti yang dapat menandingi

kebijaksanaan dan kewibawaan beliau termasuklah Tun Mutahir sendiri selaku Bendahara baru yang dilantik.

Sultan Mahmud Syah melantik Tun Mutahir sebagai pengganti Tun Perak, namun Tun Mutahir mengamalkan sikappilih kasih dalam pentadbirannya.

Sikap Tun Mutahir tidak disenangi sesetengah pihak termasuk di kalangan pembesar dan pemimpin rakyat sendiri. Perasaan tidak puas hati terhadap sikap pilih kasih Tun Mutahir menimbulkan hasutan yang menyatakan Tun Mutahir ingin mengatasi kekayaan Sultan.

Sultan murka dan menjatuhkan hukuman bunuh ke atas keluarga Tun Mutahir tanpa usul periksa.

Menyedari kesalahan baginda, Sultan Mahmud menyerahkan kuasanya kepada putera baginda Raja Ahmad. Raja Ahmad adalah seorang pemimpin yang lemah dan tidak cekap dalam mentadbir Melaka.

Pengganti Tun Mutahir seterusnya pula adalah Tun Perpatih Putih. Bendahara Tun Perpatih Putih pula sudah terlalu tua dan uzur dan tidak dapat menjalankan tugas sebagai Bendahara dengan lancar.

Ini menyebabkan pentadbiran di Melaka semakin merosot.

2) Masalah perpaduan di kalangan rakyat

Faktor-faktor Kejatuhan Melaka

1) Kepimpinan yang lemah

2) Masalah perpaduan di kalangan rakyat

3) Kelemahan askar dan peralatan perang Melaka

Page 17: Nota Pengajian Malaysia MPW 2133 Peringkat Ijazah 2012

Perpecahan rakyat bermula sejak zaman pentadbiran Tun Mutahir sebagai Bendahara.

Ini disebabkan dasar pilih kasih yang diamalkannya. Keadaan tersebut mewujudkan ketegangan di kalangan orang Melayu dan India

Muslim. Masalah perpecahan di kalangan rakyat turut menyumbang kepada fitnah dan

rasuah yang berleluasa. Disebabkan pentadbiran yang tidak cekap, masyarakat menjadi huru-hara dan

secara tidak langsung menjejaskan ekonomi dan perdagangan di Melaka.

3) Kelemahan askar dan peralatan perang Melaka Disebabkan kekurangan askar di kalangan rakyat tempatan, kerajaan Melaka

telah mengupah askar upahan dari Jawa untuk berjaga di Melaka. Namun, kesetiaan askar upahan tidak seperti askar tempahan. Malah,

kebanyakkan daripada mereka melarikan diri ketika perang tercetus antara Melaka dan Portugis.

Peralatan perang untuk askar Melaka tidak cukup moden berbanding Portugis yang menggunakan senapang dan meriam.

Teknik perang, pengalaman dan kecekapan askar Portugis lebih tinggi berbanding askar Melaka kerana mereka mendapat bantuan tunjuk ajar ketenteraan dari Goa, India. Askar Melaka yang kurang terlibat dengan perang tidak berjaya mengalahkan askar Portugis.

KERAJAAN MELAYU TRADISIONAL JOHOR

Page 18: Nota Pengajian Malaysia MPW 2133 Peringkat Ijazah 2012

1) Sultan Alauddin Riayat Shah II Merupakan putera Sultan Mahmud Shah dan adik kepada Raja Muzaffar (Sultan

Perak yang pertama). Menggunakan gelaran Sultan Alauddin Shah II dan mentadbir Ujong Tanah yang

kini dikenali sebagai Johor. Mengarahkan Seri Nara Diraja, Bendahara Johor untuk memajukan Pekan Tua

(pusat pentadbiran Johor). Kota pertahanan, Kota Kara dibina untuk mempertahankan keselamatan Johor. Memerintah dari tahun 1528-1564.

2) Penerusan warisan takhta

1) Sultan Alauddin Riayat Shah II pengasas pemerintahan Johor

2) Laksamana Abdul Jamil meluaskan kuasa

3) Menghalau Portugis dari Melaka dengan bantuan Belanda pada tahun 1641

4) Acheh muncul sebagai pesaing Johor untuk merebut perdagangan Selat Melaka

5) Perang tiga segi antara Johor, Melaka (Portugis) dan Acheh

Page 19: Nota Pengajian Malaysia MPW 2133 Peringkat Ijazah 2012

Johor telah meluaskan kuasanya dengan menguasai Aru pada tahun 1540 dan penguasaan jajahannya telah diperkukuhkan oleh Laksamana Tun Abdul Jamil.

Johor sering diancam kuasa luar seperti Jambi, Portugis dan Acheh. Ini menyebabkan pentadbiran Johor sentiasa berpindah di sepanjang Sungai Johor.

3) Menghalau Portugis dari Melaka Usaha paling besar untuk mendapatkan semula Melaka ialah pada tahun 1551,

di mana angkatan Perak, Pahang dan Japara (Jawa) bergabung untuk menyerang Portugis di Melaka.

Serangan menemui kegagalan kerana Portugis mempunyai senjata yang canggih dan pertahanan kubu A’Famosa.

Tun Sri Lanang dan Laksamana Tun Abdul Jamil terlibat dengan usaha menawan semula Melaka.

Belanda membantu Johor menyerang Portugis dan gabungan tentera Belanda dan Johor Berjaya mengalahkan Portugis pada tahun 1641.

4) Kebangkitan Acheh Pengasas Acheh ialah Sultan Ali Mughayat. Acheh muncul sebagai kerajaan Islam yang kuat selepas kejatuhan

Melayu Melaka. Pedagang Islam suka singgah di Acheh kerana bebas dari ancaman

Portugis dan tidak anti-Islam. Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam menjadikan Acheh sebuah negara

kuat selepas Berjaya menawan Pahang, Kedah dan Perak. Acheh bertambah kuat apabila Berjaya meluaskan kuasa dan menguasai

kawasan Sumatera yang kaya dengan lada hitam. Penaklukan Pedir dan Pasai oleh Acheh membolehkan Acheh menguasai

perdagangan lada hitam.

5) Perang tiga segi

Page 20: Nota Pengajian Malaysia MPW 2133 Peringkat Ijazah 2012

Perang Tiga Segi melibatkan kerajaan Johor, Portugis dan Acheh. Faktor-faktor utama yang menyebabkan perang ini berlaku ialah:

(a) Johor ingin menguasai semula Melaka bagi kepentingan perdagangan,(b) Portugis hendak memonopoli perdagangan di Selat Melaka,(c) Acheh ingin menguasai perdagangan di Selat Melaka dan menghapuskan

agama Kristian. Johor pernah bergabung dengan Melaka (Portugis) untuk menyerang Acheh

dan Acheh juga pernah bergabung dengan Melaka untuk menyerang Johor. Namun kedua-dua kuasa ini (Johor dan Acheh) tidak pernah bersatu untuk meyerang Portugis di Melaka.

Kegemilangan Kerajaan Johor

Perang Tiga Segi (Ingin menguasai

perdagangan di Selat Melaka)

Johor

Acheh Portugis (Melaka)

Page 21: Nota Pengajian Malaysia MPW 2133 Peringkat Ijazah 2012

1) Pusat perdagangan Merupakan pelabuhan entreport. Pelabuhan Johor menyediakan banyak kemudahan untuk pedagang. Kedudukan strategic yang memudahkan persinggahan kapal dari barat ke timur. Mata wang digunakan untuk melicinkan perdagangan. Mengenakan cukai berpatutan dan keselamatan terjamin dengan bantuan orang

laut. Terlindung daripada tiupan angin monsun. Pusat membuat kapal. Mempunyai jajahan yang luas. Mempunyai sistem pentadbiran yang teratur. Mempunyai pemimpin yang berwibawa dan cekap.

2) Perkembangan persuratan Buku Sejarah Melayu yang terawal dan terkenal yang disusun oleh Tun Sri

Lanang. Hikayat Hang Tuah mengisahkan kepahlawanan Melaka dan keagungan

empayar Melaka. Raja Ali Haji yang menghasilkan karya Tuhfat al-Nafis merupakan penulis Bugis

yang terkenal. Johor menjadi pusat pengajian ilmu agama Islam sejak abad ke-17.

Kemerosotan Kerajaan Johor

Faktor-faktor Pendorong

Kegemilangan Johor

1) Pusat perdagangan

2) Perkembangan persuratan

Page 22: Nota Pengajian Malaysia MPW 2133 Peringkat Ijazah 2012

1) Perang Johor-Jambi Jambi terletak di pantai timur Sumatera merupakan jajahan takluk Johor. Jambi menyaingi Johor dan cuba mendapatkan kebebasan. Jambi meminta bantuan Belanda. Jambi menyerang pelabuhan Johor di Batu

Sawar dan Johor Lama pada tahun 1673. Jambi berjaya menyerang dan memusnahkan Johor Lama dan Sultan Abdul Jalil

Riayat Shah III terpaksa berundur ke Pahang. Laksamana Tun Abdul Jamil dengan bantuan askar upahan Bugis berjaya

menawan balik Johor pada tahun1679.

2) Perebutan takhta “Sultan Mahmud Mangkat Dijulang”. Sultan Mahmud telah dibunuh ketika sedang

diangkat di atas tandu. Oleh kerana tidak mempunyai zuriat atau waris, maka Bendahara Tun Abdul Jalil

dilantik sebagai Sultan dengan gelaran Sultan Abdul Jalil Riayat Syah IV. Raja Kecil mendakwa dirinya anak Sultan Mahmud dan menyerang Johor

dengan bantuan tentera Minangkabau (Orang Laut). Raja Kecil berjaya menguasai Johor dan memulakan pemerintahannya dengan

gelaran Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah.

3) Perpecahan di antara pembesar istana

Faktor-faktor kemerosotan

Johor

1) Perang Johor-Jambi

2) Perebutan kuasa

3) Perpecahan di antara pembesar istana

4) Penglibatan Bugis di Johor

5) Pengaruh Syarikat Hindia Timur Belanda

(V.O.C)

Page 23: Nota Pengajian Malaysia MPW 2133 Peringkat Ijazah 2012

Setelah Laksamana Tun Abdul Jamil mengambil alih tugas bendahara, beliau berkuasa melantik raja dan pemangku raja.

Beliau telah melantik menantunya untuk dijadikan raja dengan gelaran Sultan Ibrahim Syah pada tahun 1677.

Pembesar Tun Habib Abdul Majid berasa diketepikan dan beliau hilang peluang menjadi Sultan.

Kestabilan Johor terjejas disebabkan persengketaan yang berlaku di antara golongan pembesar istana.

4) Penglibatan Bugis di Johor Sultan Sulaiman membuat pakatan dengan orang Bugis menghalau Raja Kecil. Orang Bugis berjaya tawan Riau dan halau Raja Kecil pada 1722. Kuasa Bugis bertambah apabila berkahwin dengan kerabat diraja Johor. Orang Melayu rasa tergugat dan minta bantuan Belanda halau Bugis dari Johor. Persaingan Melayu dan Bugis berterusan hingga Johor mengalami zaman

perpecahan.

5) Pengaruh Syarikat Hindia Timur Belanda (V.O.C) V.O.C telah ditubuhkan oleh pedagang Belanda dan mula bertapak di Betawi

pada abad ke-17. Belanda bimbang kemunculan kuasa Bugis di Johor akan menjejaskan

kedudukannya di Melaka. Belanda dan Bugis berperang dan Belanda Berjaya mengalahkan Bugis di Teluk

ketapang dan Riau. David Ruhde dilantik sebagai Gabenor Belanda di Riau. Belanda cuba menguasai Johor. Keadaan ini menjejaskan perdagangan Johor.

ZAMAN PENJAJAHAN

Page 24: Nota Pengajian Malaysia MPW 2133 Peringkat Ijazah 2012

PENJAJAHAN: Definisinya : Pendudukan oleh suatu negara dan menjalankan pemerintahan sendiri. Pemerintahannya menggunakan kekuatan bersenjata terhadap negara yang dijajah.

Faktor Pendorong Penjajahan

Tanah Melayu merupakan kawasan yang strategik yang berada di tengah-tengah jalan perdagangan antara timur dan barat. Sumber alam semulajadinya yang melimpah luah seperti rempah, bijih timah dan hasil-hasil hutan menarik minat kuasa asing dari eropah untuk menguasainya. Selain itu juga Kelemahan dalam negeri negeri di Tanah Melayu dan Persaingan kuasa kuasa Barat telah mendorong berlakunya penjajahan di Tanah Melayu. Portugis, Belanda, British dan Jepun adalah kuasa-kuasa asing yang telah menjajah Tanah Melayu dan mengaut hasil bumi Tanah Melayu untuk kepentingan mereka. British merupakan negara penjajah yang paling banyak meninggalkan kesan ke atas sosio budaya di Tanah Melayu. Penjajahan di Tanah Melayu bermula apabila Portugis menakluki Melaka pada 1511 sehingga 1641, Belanda pada tahun 1641 sehingga 1824, British pada tahun 1824 sehingga 1957 dan Jepun pada tahun 1941 sehingga 1945.

Penjajahan Portugis Di Melaka

1) Penemuan jalan laut

Sebab-sebab kedatangan

Portugis ke Melaka

1) Penemuan jalan laut

2) Menguasai perdagangan

rempah

3) Penyebaran agama Kristian

4) Galakan Putera Henry

Page 25: Nota Pengajian Malaysia MPW 2133 Peringkat Ijazah 2012

Bartholomeow Diaz telah berjaya menemui jalan laut yang menghubungkan perjalanan Barat ke Timur melalui Tanjung Harapan di Selatan Afrika.

Pada awalnya, Vasco da Gama terlebih dahulu tiba di India sebelum Lopez de Sequeira di Melaka.

2) Menguasai perdagangan rempah Kepulauan Melayu terkenal dengan hasil perdagangan rempahnya seperti lada

hitam, buah pala dan bunga cengkih yang selama ini dimonopoli pedagang Islam.

Perdagangan rempah mendapat permintaan dan nilai yang tinggi di Eropah. Sekiranya Portugis Berjaya menguasai laluan Selat Melaka, secara tidak

langsung mereka dapat memonopoli perdagangan rempah dan memiliki keuntungan yang lumayan.

3) Penyebaran agama Kristian Majoriti masyarakat di Kepulauan melayu beragama Islam. Orang Barat berdendam dengan orang Islam akibat daripada kesan Perang Salib

dan ingin menghapuskan kerajaan Islam di timur seperti Melaka yang menjadi pusat penyebaran agama Islam.

Mereka tidak mahu agama Islam terus berkembang. Mereka juga ingin menyebarkan agama Kristian anutan mereka.

4) Galakan Putera Henry Putera Henry melancarkan slogan “Gospel, Gold and Glory” bagi menggalakkan

rakyatnya menjelajah ke Timur. Galakan tersebut mencetuskan semangat justeru menyebabkan semakin ramai

rakyatnya belayar ke Timur.

Kronologi Penjajahan Portugis di Melaka

• Kedatangan Lopez de Sequiera tahun 1509 sebagai wakil Raja Portugal untuk tujuan berdagang disambut baik pemerintah Melaka

• Penahanan Lopez de Sequiera dilakukan kerana motifnya ingin menguasai Melaka didedahkan oleh pedagang Islam dari Jawa dan Gujerat

• Alfonso de Albuquerque menyerang Melaka pada tahun 1511 dan menuntut tahanan Portugis dibebaskan. Sultan berundur ke Muar dan seterusnya ke Bentan

• Portugis membina kubu A'Famosa pada tahun 1512 untuk mengukuhkan benteng pertahanannya

Page 26: Nota Pengajian Malaysia MPW 2133 Peringkat Ijazah 2012

• Cubaan Sultan Mahmud Shah mendapatkan Melaka gagal apabila kubunya di Bentan dimusnahkan Portugis pada tahun 1526

Penjajahan Dan Campur Tangan British Di Tanah Melayu

Secara umumnya terdapat beberapa faktor yang menyebabkan berlakunya campur tangan dan perluasan kuasa Inggeris di negeri-negeri Melayu termasuk Sabah dan Sarawak. Antara faktor-faktor tersebut seperti faktor ekonomi, politik dan sosial.

Faktor Ekonomi

Pada kurun ke-19, beberapa ciptaan terbaru telah berjaya ditemui yang memerlukan penggunaan bijih timah. Bijih timah amat diperlukan dalam perusahaan mengetin makanan dan minuman. Pelaksanaan dasar imperialisme Barat ini adalah lanjutan kepada perkembangan sistem ekonomi kapitalisme dan pengamalan suatu dasar ekonomi yang dikenali sebagai merkantilisme pada abad ke-16 dan ke-17. Kapitalisme ialah sistem ekonomi yang menggalakan pengumpulan modal, hak milik persendirian, persaingan untuk pasaran dan perniagaan untuk keuntungan. Sementara merkantilisme merupakan sistem yang menjadikan sesebuah negara kaya dan berkuasa. Dengan kata lain, sistem ini menekankan kekayaan dan kekuasaan sesebuah negara.

Rentetan itu, pihak barat terutamanya British berlumba-lumba melaksanakan dasar imperialisme bagi tujuan menambahkan sumber dan hasil ekonomi mereka.Tanah Melayu amat terkenal dengan kekayaan hasil bumi, ini merupakan sebab utama British ingin menjajah dan menguasai segala punca ekonomi dan mengeksploitasi hasil bumi yang ada. Apa yang jelas ialah pelaksanaan dasar kolonialisme British khasnya ke atas Tanah Melayu bertujuan untuk mendapatkan keperluan bahan mentah dan mengembangkan pasaran dan pelaburan British.

Faktor Politik

1. Masalah Perpaduan Yang Berlaku Di Negeri-Negeri Melayu

Perang saudara antara pembesar-pembesar Melayu dalam merebut takhta dan kawasan. Contohnya di Perak, British mengambil kesempatan ini akibat perebutan takhta kerajaan Perak dan perbalahan antara kumpulan kongsi gelap Cina British campur tangan di Selangor kerana mengambil kesempatan dari perbalahan pembesar-pembesar Melayu iaitu antara Raja Abdullah dan Raja Mahadi yang bersaing untuk menguasai daerah Klang yang kaya dengan Bijih Timah. Selain itu, banyak lagi masalah perpaduan yang berlaku di negeri-negeri Melayu yang lain.

2. Perubahan Politik Dan Dasar Di Britain

Page 27: Nota Pengajian Malaysia MPW 2133 Peringkat Ijazah 2012

Pihak Barat telah melaksanakan dasar kolonialisme dan imperialismenya dalam usaha mengembangkan pengaruhnya ke seluruh pelusuk dunia. Perkembangan dasar ini adalah hasil daripada perubahan sistem politik, pandangan hidup, dan penciptaan teknologi baru. Semenanjung Tanah Melayu adalah destinasi yang menjadi tumpuan utama pihak Barat terutamanya British kerana banyak sumber dan hasil bumi yang belum dieksploitasi oleh penduduk tempatan.

Pihak British telah melihat Semenanjung Tanah Melayu sebagai pangkalan utama yang boleh mendatangkan keuntungan besar kepada mereka untuk menyokong perkembangan yang berlaku di dalam negara. Pembukaan Terusan Suez dalam tahun 1869, mempercepatkan urusan perdagangan. Kesan daripada perkembangan ini, kegiatan perdagangan antara Asia dan Benua Eropah semakin meningkat kerana perjalanan yang jauh antara kedua-dua kawasan ini telah dipendekkan. Peningkatan perdagangan ini dapat dilihat daripada pembukaan beberapa pelabuhan yang baru seperti Singapura yang telah menjadi pelabuhan antarabangsa selepas tahun 1870.

3. Faktor Kebimbangan Campur Tangan Kuasa-Kuasa Asing

Selain British, kuasa Barat lain seperi Perancis, Itali, Jerman, dan Rusia sedang bersaing untuk meluaskan jajahan taklukan masing-masing. Pada tahun 1870-an kuasa-kuasa asing seperti Itali, Perancis, Jerman dan Rusia bersaing untuk mendapatkan tanah jajahan yang akan dijadikan sebagai pembekal bahan-bahan mentah. Tanpa pengawalan politik dan campur tangan dalam pentadbiran tempatan, kuasa-kuasa ini boleh masuk dengan mudah melalui persahabatan dan hubungan perekonomian dengan raja-raja Melayu. Justeru itu, campur tangan dianggap jalan terbaik bagi British untuk mengelakkan fenomena ini.

4. Penyebaran Agama Kristian

Kuasa barat juga mempunyai keyakinan yang sama dengan menggunakan ungkapan tugas untuk menyebarkan dan mengembangkan Agama Kristian di Asia Tenggara dan hasilnya ramai penduduk di tanah jajahan menganut agama ini. (Gold, Gosper, and Glory)

Sistem Residen Di Tanah Melayu

Page 28: Nota Pengajian Malaysia MPW 2133 Peringkat Ijazah 2012

Merupakan satu strategi British untuk mengawal pentadbiran secara langsung di Negeri-negeri Melayu. Kesan dari sistem residen: Pembangunan ekonomi negeri, Perubahan pengaruh politik dan Perkembangan sosial.

Perak Perak merupakan negeri melayu terawal yang menerima kemasukan Residen

British dan mengambil kesempatan ini akibat perebutan takhta kerajaan Perak dan perbalahan antara kumpulan Kongsi gelap Cina.

Perebutan takhta Perak antara Raja Yusof, Raja Ismail dan Raja Abdullah dikenali sebagai Perang saudara.

Perang larut antara puak Hai San dan Ghee Hin. Raja Abdullah meminta bantuan Sir Andrew Clerk, Perjanjian pangkor

ditandatangani dan J.W.W Birch dilantik menjadi Residen.

Selangor Masalah kutipan cukai dijadikan alasan. Rompakan terhadap pedagang di sepanjang pantai negeri Selangor. Perang Klang: perbalahan antara Raja Abdullah dan Raja Mahadi merebut

kawasan bijih timah. Pada bulan Ogos 1874 Frank Swettenham dilantik sebagai penasihat rasmi

sultan dan J.G Davidson dilantik sebagai Residen.

Sungai Ujong British campur tangan kerana perbalahan antara Datuk Kelana dengan Datuk

Bandar untuk mengutip cukai bijih timah di sungai Linggi. Sir Andrew Clarke campur tangan. Datuk Bandar kehilangan kuasa dan W.I

Tatham dilantik sebagai Residen. Sungai Ujong menerima penasihat Inggeris yang baru bernama W.I Tatham

Negeri Sembilan Melalui usaha-usaha Sir Frederick Weld, daerah-daerah di Negeri Sembilan satu

persatu jatuh ke tangan British. Martin Lister diterima menjadi Residen British.

Pahang Perang saudara berlaku antara Wan Ahmad dengan Wan Mutahir kerana

jawatan Bendahara. F.Swettenham dihantar ke Pahang untuk perdamaian. Sultan Ahmad menerima

Residen British bernama J.P.Rodger.

Page 29: Nota Pengajian Malaysia MPW 2133 Peringkat Ijazah 2012

Sarawak James Brooke menduduki Sarawak setelah menunaikan janji kepada Raja Muda

Hashim utk menghapuskan pemberontakan. James Brooke ditabalkan menjadi Raja Sarawak pada 1824.

Sabah Sebahagian Sabah adalah di bawah Kesultanan Brunei sejak kurun ke 16. Dipajakkan kepada Charles Lee Moses pada 1865 yang seterusnya dijual

kepada Baron Von Overbeck. Pada 15 Julai 1946, Sabah diisytiharkan sebagai tanah jajahan British.

Reaksi Awal Masyarakat Tempatan

Penentangan di Naning (1831 – 1832) ialah kerana Dol Said (Abdul said), iaitu Penghulu Naning tidak bersetuju dengan cadangan British untuk membayar cukai 1/10 daripada hasil ekonomi kepada Kerajaan British di Melaka yang telah mengambil alih dari pentadbiran Belanda pada 17 Mac 1824. Perang Naning tercetus pada bulan Julai 1831, apabila British menghantar sepasukan tentera untuk menagkap Dol Said dan memaksa pengikutnya supaya menerima cadangan British. Dalam serangan pertama, tentera British tewas. Seterusnya British melancarkan serangan kedua pada tahun 1832. Dol Said kemudiannya telah mendapat sokongan penduduk Rembau, Seri Menanti dan Sungai Ujong. Akhirnya penentangan Dol Said dapat ditumpaskan oleh British dan belua menyerah diri pada bulan Februrai 1834. Penentangan di Perak, setelah Perjanjian Pangkor dimeterai pada 20 Januari 1874, J.W.W.Birch telah dilantik sebagai Residen Perak. J.W.W.Birch tidak mendapat kerjasama daripada Sultan Abdullah dan pembesar-pembesar melayu yang lain kerena kebanyakkannya tidak suka dengan tingkah laku beliau. Ketidakpuasanhati terhadap Sistem Residen dan sifat peribadi telah menyebabkan J.W.W Birch telah menyebabkan berlakunya komplot pembunuhan J.W.W Birch di Pasir Salak, Perak.

Penentangan di Pahang bermula apabila British mmeperkenalkan Sistem Residen di negeri itu dengan melantik J.P.Rodger sebagai Residennya. Pemberontakan di pahang telah berlaku dibawah kepimpinan Dato’ Bahaman, Tok Gajah dan mat Kilau pada tahun 1891. Antara sebab-sebab berlakunya pemberotakan di Pahang ialah kerana: Sultan dan pembesar negeri kehilangan kuasa; (b) Undang-undang Tanah menyekat kebebasan Sultan/Pembesar; (c) Undang-Undang dikendalikan oleh British; (d) British menggantikan penghulu-penghulu tempatan; (e) pembesar dan orang awam tidak berpuas hati.

Di Kelantan, pemberontakan rakyatnya pada tahun 1909 terhadap Penasihat British yang bernama James Scott Mason dipimpin oleh seorang pedagang tempatan iaitu Haji Mat Hassan Munas atau yang terkenal dengan gelaran Tok Janggut. Penentangan rakyat Kelantan kerana seorang pembesar tempatan di Pasir Putih yang bernama Engku Besar Jeram Tun Ahmad merasa tidak puasa hati dengan kehilangan kuasa.

Page 30: Nota Pengajian Malaysia MPW 2133 Peringkat Ijazah 2012

Selain itu, rakyat Kelantan tidak puas hati kerana pengenalan system tanah baru 1915 dimana rakyat terpaksa membayar sewa tanah yang tetap. British juga telah mengenakan cukai terhadap setiap hasil pertanian seperti padi dan kelapa. British akhirnya berjaya menumpaskan pemberontakan Tok janggut yang mati terbunuh pada 24 Mei 1915.

Di Terengganu, Haji Abdul Rahman Limbong telah bangun menentang British. Pemberontakan Tani berlaku pada tahun 1928 iaitu dalam zaman pemerintahan Sultan Sulaiman badrul Alam Shah. Rakyat tidak puas hati hati kerana British mengenakan cukai kepala, memperkenalkan system pendidikan Barat dan memperkenalkan “Pas kebenaran” bagi sesiapa yang ingin membuka tanah baru untuk bercucuk tanam. Orang-orang Melayu telah menyerang balai polis dan pejabat daerah di Kuala Berang pada 21 Mei 1928. British berjaya menumpasknnya dengan Haji Abdul rahman Limbong dibuang negeri di Mekah.

Penentangan di Sabah, Mat Salleh atau Mohammad Salleh ialah seorang pahlawan di Sabah yang bangkit menentang pemerintahan Kompeni Berpiagam Borneo Utara di Sabah. Mat Salleh dilahirkan di Inanam dan berketurunan Bajau-Suluk. Beliau berkahwin dengan seorang puteri Sulu yang bernama Dayang Bandung. Beliau merupakan pembesar di hulu Sungai Sungut dan memerintah kawasannya dengan bebas. Pada tahun 1894, Mat Salleh telah bangkit menentang Kompeni Berpiagam kerana kompeni campur tangan di kawasannya. Kompeni telah menyerang dan membakar kampung Mat Salleh di Sungai Sugut apabila beliau membuat aduan tentang pergaduhan di antara pegawai British dengan Iban. Kompeni juga telah membina jalan raya dari jalan keretapi merentasi kawasan Ranau yang dikuasai oleh Mat Salleh. Selain itu, kompeni juga mengenakan pelbagai cukai ke atas rakyat dan mengerah buruh paksa.

Pada tahun 1897, Mat Salleh menyerang dan memusnahkan pelabuhan kompeni di Pulau Gaya. Beliau kemudiannya membina sebuah kubu di Ranau untuk meneruskan serangannya. Kompeni membalas dengan menyerang dan memusnahkan kubu Mat Salleh di Ranau. Mat Salleh tidak dapat ditewaskan tetapi beliau terpaksa beundur ke kawasan pedalaman. Kompeni khuatir Mat Salleh akan menyerangnya lagi. Oleh itu, Pengarah Urusan Kompeni iaitu William Cowie mengesyorkan supaya diadakan perdamaian di antara kompeni dan Mat Salleh. Satu rundingan damai telah diadakan di antara Cowie dengan Mat Salleh. Kompeni telah memungkiri janjinya. Pada tahun 1897, Kompeni telah membuat keputusan untuk mengambilalih kawasan Tambunan. Mat Salleh sangat marah dan membina sebuah kubu di Tambunan untuk mempertahankan diri. Pada tahun 1900, pasukan kompeni telah menyerang kubu Mat Salleh di Tambunan. Mat Salleh terbunuh dalam serangan tersebut pada bulan Februari 1900.

Penentangan oleh Antanum, Pada tahun 1915, seorang Murut dari kawasan pedalaman Sabah telah bangkit menentang Kompeni Berpiagam Borneo Utara. Orang Murut bangkit menentang kompeni kerana Mereka dilarang menebas hutan rimba untuk membuka tanah pertanian, Mereka terpaksa membina jalan raya di kawasan

Page 31: Nota Pengajian Malaysia MPW 2133 Peringkat Ijazah 2012

pedalaman tanpa dibayar gaji dan Mereka percaya bahawa pembinaan jalan raya itu telah mengusir roh nenek moyang dan menimbulkan kemarahan yang akan mengakibatkan kemarau selama 4 tahun.Kebangkitan orang Murut dipimpin oleh pemimpin murut yang bernama Antanum. Pemberontakan tercetus pada tahun 1915 apabila orang Murut menyerang dan membakar Pensiangan. Kemudian mereka menyerang Rundum tetapi Rundum dapat diselamatkan oleh Kompeni. Oleh itu, pemberontakan ini juga dikenali sebagai Pemberontakan Rundum. Selepas itu, Antanum dan pengikutnya (seramai 900 orang) telah membina sebuah kubu di Sungai Selangit. Kubu itu diserang oleh askar kompeni. Antanum serta 400 orang pengikutnya telah terkorban.

Penentangan di Sarawak di bawah pemerintahan Brooke telah berlaku banyak perubahan dari segi politik, ekonomi dan social. Perubahan ini telah menyebabkan penduduk pribumi bangun untuk menentangnya kerana perubahan ini telah melanggar adat dan kepercayaan mereka. Antaranya ialah penentangan oleh Syarif Masahor, Rentap dan Banting. Syarif Masahor dilantik oleh Sultan Brunei sebagai Gabenor Sarikei di Sungai Rajang. Beliau adalah pembesar yang sangat dihormati dan disegani oleh orang Melanau dan Iban. Walau bagaimanapun, kuasa Syarif Masahor telah tergugat apabila James Brooke mengambilalih kawasan Sungai Rajang daripada Sultan Brunei pada tahun 1853. James Brooke kemudian membina sebuah kubu di Kanowit di Sungai Rajang.

Tindakan Brooke telah mencabar kewibawaan Syarif Masahor sebagai pembesar di Sungai Rajang. Syarif Masahor telah berpakat dengan Dato’ Patinggi Abdul Gapur di Kuching untuk menyerang kubu Brooke di Kanowit dan mengusirnya keluar dari Sarawak. Tentera bersekutu Syarif Masahor dan Dato’ Patinggi Abdul Gapur telah menyerang kubu Kanowit dan membunuh 2 orang pegawai Inggeris, iaitu Charles Fox dan Henry Steel. Pada tahun 1860, angkatan perang Syarif Masahor telah menyerang Kuching tetapi dapat dipatahkan oleh pasukan tentera Brooke di bawah pimpinan Charles Brooke. Syarif Masahor dapat menyelamatkan diri dan berlindung di Brunei. Namun James Brooke telah memaksa Sultan Brunei supaya Syarif Masahor dibuang negeri ke Singapura. Dengan itu, Syarif Masahor dihantar ke Singapura dan meninggal dunia di situ pada tahun 1890. Dato’ Patinggi Abdul Gapur cuba menyerang Kuching dari Pontianak tetapi beliau ditahan oleh Belanda dan dipenjarakan di Betawi.

Rentap ialah seorang pahlawan Iban yang bangkit menentang pemerintahan James Brooke di Sarawak. Rentap ialah ketua orang Iban yang sangat berpengaruh di hulu Sungai Sekrang. Beliau digelar “Raja Darat”. Nama sebenar beliau ialah Libau. Rentap tidak suka kemaraan kuasa Brooke ke kawasan orang Iban. Pada tahun 1853, Rentap menyerang kubu James Brooke di Sungai Sekrang dan membunuh seorang pegawai Brooke yang bernama Alan Lee. Kemudian Rentap meminta sebuah kubu yang kuat di Bukit Sadok di hulu Sekrang. Kubu itu dilengkapkan dengan meriam besi yang besar yang telah dirampas dari Pontianak, Kalimantan. Kubu di Bukit Sadok sangat kuat sehingga serangan Charles Brooke sebanyak 2 kali pada tahun 1854 gagal menawan kubu tersebut.

Page 32: Nota Pengajian Malaysia MPW 2133 Peringkat Ijazah 2012

Pada tahun 1861, Charles Brooke telah menyerang Bukit Sadok dengan sebuah meriam tembaga bernama Bujang Sadok yang dibuat di Kuching. Kali ini, kubu Rentap di Bukit Sadok dapat ditawan oleh Charles Brooke. Rentap berjaya melepaskan diri ke kawasan pedalaman

Kesan Penjajahan

1. Penjajah Inggeris paling banyak meninggalkan kesan politik, sosial, pentadbiran, ekonomi dan agama ke atas negeri ini jika dibandingkan dengan penjajah Portugis dan Belanda.

2. Inggeris menggunakan pelabagai kaedah untuk terus menjajah Tanah Melayu: menubuhkan Negeri-Negeri Selat (Pulau pinang dan Melaka), campur tangan di Negeri-Negeri Melayu, Sabah dan Sarawak, membentuk Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (Pahang, Selangor, Perak dan Negeri Sembilan) dan Negeri-Negeri Melayu Tak Bersekutu (Johor, Kelantan, Kedah, Perlis dan Trengganu)

3. Kucar kacir politik berlaku di semua negeri seperti perang saudara, perebutan takhta dan perlombongan, kegiatan lanun dan pertelingkahan antara kongsi-kongsi gelap.

4. Walaupun Inggeris telah menubuhkan Majlis Mesyuarat Perseketuan yang bertujuan untuk menambahkan kuasa Raja-Raja Melayu bagi Negeri Melayu Bersekutu, tetapi pada hakikatnya kuasa raja-raja Melayu semakin lemah.

5. Pada tahun 1910, Inggeris telah mengemukakn dasar desentralisasi (pengurangan kuasa pusat) ke negeri-negeri. Dasr ini telah tidak mendapat sokongan kerana faktur kemelesetan ekonomi dunia, bantahan raja-raja melayu dan keinginan untuk membentuk sebuah Perseketuan Tanah Melayu.

6. Dasar desentralisasi terbantut apabila Jepun menyerang Tanah Melayu pada tahun 1941. Pendudukan Jepun di Tanah Melayu telah menyebabkan bangkitnya semangat kebangsaan rakyat untuk merdeka dari penjajahan.

7. Sebaik sahaja Jepun menyerah kalah, Parti Komunis Malaya (PKM) telah cuba mengambil alih pentadbiran negara selama tiga hari. Setelah Inggeris kembali ke tanah ayer, PKM mengisytiharkan pering gerila untuk mearmpas kuasa sehingga Inggeris mengisytiharkan darurat di negera ini. Rakyat menolak faham komunis.

PERJUANGAN KEMERDEKAAN

Page 33: Nota Pengajian Malaysia MPW 2133 Peringkat Ijazah 2012

Kebangkitan Semangat Nasionalisme

Semangat kebangsaan bermaksud sifat-sifat seperti cinta akan negara, taat setia kepada tanah air, inginkan kemajuan dan kemakmuran untuk tanah air dan sedia berkorban demi tanah airSemangat kebangsaan atau nasionalisme mendorong rakyat menuntut kebebasan daripada penjajahan British. Perkembangan semangat kebangsaan di Tanah Melayu untuk menentang British telah dipengaruhi oleh beberapa peristiwa di luar negara.

Kebangkitan Islam di Timur Tengah pada akhir kurun ke-19

Gerakan Pan-Islam yang bertujuan menyatukan seluruh umat Islam di bawah naungan Empayar Turki untuk menentang penjajahan oleh kuasa asing tercetus di Turki apabila kuasa Barat bertapak di Turki

Gerakan Pan-Islam yang bermula di Turki mempengaruhi umat Islam di Tanah Melayu untuk menentang penjajahan British.

Gerakan Islah yang diasaskan di Turki oleh Sayid Jamaiuddin al-afghani dan Syeikh Muhammad Abduh bertujuan menentang penjajahan British di Turki.

Pengaruh Gerakan Islah disebarkan ke Tanah Melayu oleh pelajar yang menuntut di Universiti Al-Azhar di Mesir setelah mereka kembali ke Tanah Melayu.

Kemajuan dalam sistem perhubungan dan percetakan membolehkan penduduk Tanah Melayu mengikuti perkembangan di luar negara.

Pada awal kurun ke-20, semangat kebangsaan dibangkitkan oleh golongan pelajar yang mendapat pendidikan di Timur Tengah khususnya di Mesir.

Mereka terpengaruh dengan idea pemulihan Islam oleh Sayid Jamaluddin al-Afghani dan Sheikh Muhammad Abduh.

Setelah kembali ke tanah air pelajar tersebut memulakan Gerakan Islah di Tanah Melayu yang dikenali sebagai Kaum Muda.

Pemimpin Kaum Muda terdiri daripada, Syeikh Muhammad Tahir bin Jalaluddin, Haji Abbas bin Muhammad Taha dan Syed Syeikh Ahmad al-Hadi

Kaum Muda menyebarkan idea pembaharuannya melalui majalah Al-Imam. Majalah Al-Imam mula diterbitkan di Singapura pada tahun 1906 dan berjaya

mempengaruhi perkembangan pemikiran orang Melayu. Penerbitan Al-Imam terhenti pada tahun 1908. Majalah Al-Imam telah digantikkan oleh majalah lain seperti Neracha, Al-lkhwan,

Pengasuh dan Saudara. Madrasah seperti Madrasah al-Masyhur al-Islamiah, Madrasah al-Diniah Kampung

Lalang dan Madrasah al-Ihya Assyariff dibina oleh kaum Muda untuk menyebarkan ajaran mereka dengan lebih berkesan.

Kaum Muda menerima tentangan daripada Kaum Tua. Akhbar seperti Suara Benar dan Lidah Benar diterbitkan oleh Kaum Tua bagi

menentang idea pembaharuan Kaum Muda.

Page 34: Nota Pengajian Malaysia MPW 2133 Peringkat Ijazah 2012

Intelektual Mematangkan Perjuangan

Golongan intelektual berpendidikan Melayu terdiri daripadaa) guru-guru Melayu lepasan Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI)b) tokoh agama Islam

Antara tokoh nasionalis dari golongan intelektual berpendidikan Melayu ialaha) Harun Aminurrashid- guru lepasan MPSIb) Ibrahim Haji Yaakob - guru lepasan MPSIc) Abdul Hadi Hasan - pengarah MPSI

Golongan intelektual berpendidikan Inggeris yang terdiri daripada mereka yang arif tentang sistem pentadbiran dan perundangan turut memperjuangkan semangat nasionalisme.

Golongan intelektual berpendidikan Inggeris ini telah menggesa British meningkatkana) peluang pendidikan untuk orang Melayub) taraf ekonomi orang Melayuc) peluang orang Melayu untuk berkhidmat dalam perkhidmatan awam.

Perjuangan Nasionalisme Melalui Akbar dan Majalah dan Peranan Akhbar dan Majalah Melayu

Warta Melayu terbitan di Singapura pengarang pertamanya Dato' Onn Jaafar memperjuangkan hak orang Melayu dalam bidang sosio ekonomi dan mahukan orang Melayu diberikan lebih banyak peluang dalam perkhidmatan awam kerajaan. Utusan Melayu tempat terbitan di Singapura pengarang pertamanya Abdul Rahim Kajai menggalakkan orang Melayu menyertai persatuan politik untuk memperjuang nasib bangsa dan tanah air.

Akhbar dan majalah memainkan peranan penting dalam kebangkitan semangat nasionalisme di Tanah Melayu kerana akhbar dan majalaha) merupakan saluran bagi orang ramai melahirkan pendapat mereka tentang

kesedaran kebangsaan.b) membolehkan pemimpin menyalurkan idea tentang kesedaran kebangsaan

kepada orang ramai.

Antara peranan dan perjuangan akhbar-akhbar ini ialah:-a) Mengkritik dasar British yang tidak menguntungkan orang Melayu.b) Memajukan kedudukan ekonomi dan politik orang Melayu.c) Menyeru orang Melayu bersatu dan berusaha menghapuskan semangat

kenegerian.d) Menuntut kedudukan yang lebih baik untuk orang Melayu dalam bidang

pentadbiran, ekonomi, dan pendidikan. Warta Malaya, Majlis dan Utusan Melayu ialah contoh akhbar yang memainkan

peranan utama dalam membangkitkan semangat nasionalisme di kalangan orang Melayu pada tahun 1930-an.

Page 35: Nota Pengajian Malaysia MPW 2133 Peringkat Ijazah 2012

Perjuangan Nasionalisme Melalui Akbar dan Majalah di kalangan Orang Cina dan Orang India

Masyarakat Cina dan India di Tanah Melayu mempunyai akhbar mereka sendiri. Akhbar mereka memuatkan berita kegiatan sosial dan ekonomi kaum masing-masing di Tanah Melayu, berita tentang peristiwa yang berlaku di China dan di India dan menyiarkan berita ringkas tentang peristiwa yang berlaku di dalam dan di luar negeri. Akbar-akbar tersebut ialah:

Akhbar masyarakat Cina adalah seperti Lat Pau, Nanyang Siang Pau, Sin Chew Jit Poh dan Modern Daily News.

Masyarakat India pula mempunyai akhbar seperti Ulaga Nesan, Tamil Nesan dan Tamil Murasu.

Masyarakat Jawi Peranakan (kacukan India-Melayu) menerbitkan akhbar berbahasa Melayu seperti Jawi Peranakan, Sekolah Melayu, Taman Pengetahuan dan Tanjung Penagri.

Masyarakat Cina Peranakan (Baba dan Nyonya) menerbitkan akhbar berbahasa Melayu seperti Surat Khabar Peranakan, Bintang Timor. Khabar Uchapan Baru dan Bintang Peranakan.

Kemunculan Pertubuhan Melayu Sebagai Gerakan Berorganisasi Menentang Penjajah

Orang Melayu menubuhkan pertubuhan setelah akhbar menimbulkan kesedaran politik di kalangan orang Melayu.Pertubuhan orang Melayu seterusnva memainkan peranan penting dalam gerakan kesedaran nasionalisme. Pemimpin di Negeri-negeri Melayu telah menubuhkan persatuan Melayu di negeri masing-masing sebagai mencontohi penubuhan Kesatuan Melayu Singapura (KMMS). Ciri-ciri persatuan Melayu yang ditubuh: bersifat kenegerian dianggotai golongan Melayu berpendidikan Inggeris yang berkhidmat dalam

perkhidmatan awam British perjuangan persatuan bersifat sederhana setia kepada raja-raja Melayu bekerjasama dengan British menggesa British memberi lebih banyak peluang kepada orang Melayu untuk

berkhidmat dalam perkhidmatan awam British di Tanah Melayu.

Tahun Di tubuhkan Persatuan Melayu yang ditubuhkan1926 Kesatuan Melayu Singapura1937 Persatuan Melayu Perak dan Persatuan Melayu Melaka1938 Persatuan Melayu Pahang dan Persatuan Melayu Selangor

Page 36: Nota Pengajian Malaysia MPW 2133 Peringkat Ijazah 2012

1939 Persatuan Melayu Kelantan dan Persatuan Melayu Sarawak

Sebagai contoh Persatuan Melayu Selangor telah menggesa kerajaan British menubuhkan angkatan tentera laut dan tentera udara Tanah Melayu, menambahkan bilangan askar Melayu dalam tentera darat Tanah Melayu dan menempatkan lebih ramai pegawai Melayu dalam perkhidmatan awam Persekutuan dan negeri. Pada tahun 1939, Kongres Melayu SeTanah Melayu telah berjaya dianjurkan oleh Kesatuan Melayu Singapura dengan Persatuan Melayu Selangor. Kongress Melayu Se-Tanah Melayu yang pertama berlangsung di Kuala Lumpur pada tahun 1939 berjaya menarik kehadiran semua persatuan Melayu bertujuan mewujudkan perpaduan kebangsaan di kalangan orang Melayu bagi memajukan bangsa Melayu. Kongres Melayu Se-Tanah Melayu yang kedua berlangsung di Singapura pada tahun 1940 menyeru semua persatuan Melayu memajukan kebajikan orang Melayu di negeri masing-masing. Manakala kongres Melayu ketiga tidak dapat diadakan kerana Jepun telah menyerang Tanah Melayu pada tahun 1941.

Persaudaraan Sahabat Pena (PASPAM)

Persaudaraan Sahabat Pena Malaya (PASPAM) ditubuhkan pada tahun 1934 untuk memupuk semangat persaudaraan di kalangan penulis Melayu.

Cogan kata PASPAM ialah “Hidup Bahasa Hidup Bangsa”. Persidangan peringkat kebangsaan PASPAM yang pertama diadakan di Taiping. Persidangan tersebut dianggap amat bererti kerana:

a) semangat kenegerian dapat dipecahkanb) semangat kebangsaan terpupuk

PASPAM mengadakan persidangan peringkat kebangsaan seterusnya yang telah diadakan di Pulau Pinang, Singapura. Ipoh dan Seremban.

Kesatuan Melayu Muda

KMM ditubuhkan oleh Ibrahim Yaakob pada tahun 1938. Kebanyakan ahli KMM ialah guru lepasan Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim. Pemimpin KMM termasuk Ahmad Boestamam. Mustapha Hussain dan Ishak Muhammad. KMM mendukung dasar tidak bekerjasama dengan British dan menentang dasar British secara terbuka. Tujuan KMM ialah memupuk semangat perpaduan dan kesedaran di kalangan orang Melayu untuk memperjuangkan hak orang Melayu, berjuang untuk menggulingkan penjajah British dan memerdekakan Tanah Melayu dan menyatukan Tanah Melayu dengan Indonesia di bawah Melayu Raya. KMM bertindak melalui: KMM telah berpakat dengan Jepun secara sulit untuk menggulingkan British. KMM menyemarakkan semangat anti-British melalui akhbar Warta Malaya. Pergerakan KMM membimbangkan British. Ibrahim Yaakob telah ditangkap dan dipenjarakan di Singapura pada tahun 1941.

Kemunculan Pertubuhan Orang Cina Dan India Sebagai Gerakan Berorganisasi Menentang Penjajah

Page 37: Nota Pengajian Malaysia MPW 2133 Peringkat Ijazah 2012

Sebelum Perang Dunia Kedua, pertubuhan kaum Cina dan kaum India berperanan menjaga kepentingan kaum masing-masing, menumpukan perhatian kepada perkara yang berlaku di negara asal mereka dan menumpukan taat setia kepada negara asal mereka. Contoh pertubuhan orang Cina di Tanah Melayu yang menumpukan perhatian kepada negara China ialah : Hsing Chong Hui Chung Ho Tang

Golongan orang Cina yang menumpukan perhatian kepada politik Tanah Melayu terdiri daripada mereka yang dilahirkan di Negeri-negeri Selat atau Cina Peranakan. Persatuan orang-orang Cina Peranakan British ditubuhkan pada tahun 1900 berperanan melindungi kepentingan orang Cina peranakan di Negeri-negeri Selat, menggalakkan orang Cina peranakan menuntut pendidikan teknikal dan pendidikan tinggi dan menunjukkan taat setia kepada kerajaan British. Pemimpin Persatuan Orang-orang Cina Peranakan British termasuk: Tan Jiak Kim Lim Boon Keng Song Ong Siang Seah Liang Seah Antara tokoh Cina peranakan yang berkecimpung dalam politik Tanah Melayu ialah

Tan Cheng Lock.

Orang India juga menubuhkan persatuan untuk menjaga kepentingan orang India di Tanah Melayu. Persatuan India Pusat Tanah Melayu ditubuhkan pada tahun 1936.Pemimpinnya ialah A.M. Soosay. Persatuan ini terbentuk daripada 12 persatuan India dan 4 dewan perniagaan berperanan untuk memperjuangkan hak dan kepentingan orang India di Tanah Melayu.

Pembentukan Kesatuan Malaya ( Malayan Union)

Malayan Union

Sekembalinya penjajah Inggeris ke Tanah Melayu selepas penjajah Jepun berundur, Inggeris mmeperkenalkan satu sistem pentadbiran baru yang dikenali dengan nama Malayan Union (Kesatuan Malaya). Rancangan ini telah diluskan oleh Parlimen British pada 10 Oktober 1945. Pada 12 Oktober 1945, Sir Harold Mac Michael telah dilantik sebagai wakil Kerajaan Inggeris untuk mendapatkan tanda tangan dari Raja-Raja Melayu. Malayan Union telah diluluskan pada bulan Januari 1946.

Tujuan diperkenalkan

Page 38: Nota Pengajian Malaysia MPW 2133 Peringkat Ijazah 2012

Tujuan Inggeris memperkenalkan Malayan Union ialah ntuk menyatupadukan wilayah dan meningkatkan kecekapan pentadbiran. Inggeris tidak bersedia menanggung perbelanjaan pentadbiran yang besar untuk Negeri-Nnegeri Melayu Bersekutu, Negeri-Negeri Selat dan Negeri-Negeri Melayu Tidak Berseketu. British menyimpan rasa dendam terhadap orang-orang Melayu kerana sebelum ini orang-orang Melayu telah bekerjasama dengan Jepun. Jadi, Malayan Union dapat mengurang dan mengawal kuasa orang Melayu. Percubaan Inggeris kearah pemerintahan sendiri oleh masyarakat tempatan tetapi mengikut ciri politik Inggeris. Sebagai langkah penyatuan politik dalam kalangan rakyat Tanah Melayu yang berbilang kaum – Melayu, Cina dan India dengan matlamat untuk membentuk sebuah masyarakat yang kuat.

Punca-Punca Penentangan Terhadap Malayan Union

Penghapusan kedaulatan dan kuasa raja-raja Melayu : Raja-raja melayu hanya menjadi ahli majlis Raja-Raja Melayu tanpa sebarang kuasa.Mereka juga kehilangan takhta dan maruah sebagai perlingdungan orang melayu.

Tamadun orang Melayu terhakis: Tamadun Melayu yang telah dibina oleh kerajaan Melayu seperti sistem beraja, bahasa Melayu dan tulisan Jawi akan terhakis.

Kerakyatan yang terlalu liberal/ jus soli: Peruntukan kerakyatan jus soli dalam Malayan Union akan mengancam status quo sebagai peribumi. Jumlah orang Melayu juga akan menjadi kecil.

Membantah tindakan Sir Harold MacMichael mengancam raja-raja Melayu :

Orang Melayu tidak dapat menerima tindakan MacMichael yang mengancam akan menurunkan raja-raja Melayu daripada takhta sekiranya baginda tidak menerima Malayan Union. Raja-raja Melayu juga tidak diberikan masa yang cukup untuk berunding dengan Majlis Mesyuarat Negeri atau penasihat.

Penentangan orang Melayu terhadap Malayan Union boleh dilihat dalam tiga bentuk, iaitu secara individu, melalui akhbar dan secara kolektif.

Pada 23 Januari 1946,Dato’ Onn Ja’afar telah menulis surat kepada Utusan Melayu menyeru orang Melayu mengadakan kongres dan menubuhkan United Malays organization (U.M.N.O.) sebagai menentang Malayan Union.

Raja-raja Melayu juga telah mengambil tindakan membantah Malayan UnionSultan Johor yang menghantar surat kepada Setiausaha Tanah Jajahan.

Bantahan orang Melayu telah menimbulkan kesedaran terhadap raja-raja Melayu supaya berganding bahu dengan rakyat Melayu menentang Malayan Union.

Orang Melayu mendapat sokongan daripada bekas pengawai British yang pernah Berkhidmat di Tanah Melayu. Golongan ini seperti Frank Swettenham, Clementi Smith telah menentang cadangan Malayan Union secara terbuka dalam akbhar ‘The Times’ di London.

Page 39: Nota Pengajian Malaysia MPW 2133 Peringkat Ijazah 2012

Orang Melayu menyuarakan bantahan secara berterusan melalui Majlis, Utusan Melayu dan Warta Negara.

Utusan Melayu pula pada 12 Oktober 1945,menyeru supaya raja-raja Melayu memikirkan kesannya jika Malayan Union tidak ditentang.

Pada 14 November 1945,Warta Negara juga telah memuatkan berita yang menggesa orang Melayu supaya menentang Malayan Union.

Orang Melayu telah mengadakan demonstrasi secara aman bagi membantah cara Sir Harold Macmichael memperoleh tandatangan raja-raja Melayu.

Mereka juga membantah Malayan Union yang akan menghapuskan kedaulatan negeri-negeri Melayu dan kedudukan mereka sebagai anak negeri.

Demonstrasi telah diadakan di beberapa bandar besar di Tanah Melayu seperti Kota Bharu, Kelantan, Alor Star, Kedah dan Johor Bahru.

Persatuan-persatuan Melayu ditubuhkan atau dihidupkan semula sebagai alat untuk menentang Malayan Union secara berorganisasi. Antaranya, Persatuan Melayu Terengganu dan Persatuan Kebangsaan Melayu Selangor.Persatuan-persatuan Melayu telah menghantar telegram & surat bantahan ke Pejabat Tanah Jajahan di London. Persatuan tersebut menolak sama sekali pentadbiran Malayan Union.

kongres melayu yang telah untuk membantah pengisytiharan malayan union yang akan diadakan pada 1 april 1946.

sembilan orang wakil daripada persatuan-persatuan negeri melayu dan mesyuarat diadakan di pejabat akhbar majlis di kuala lumpur. kongres kedua memutuskan tiga perkara penting sebagai tindakan lanjut menentang malayan union.

Persekutuan Tanah Melayu

YDPA sebagai ketua negara yang dipilih dikalangan sembilan Raja Melayu. Ketua Kerajaan ialah Perdana Menteri yang dilantik daripada kalangan ahli Dewan Rakyat. Sebuah Parlimen dibentuk yang dianggotai oleh Dewan Negara dan Dewan Rakyat. Syarat kewarganegaraan diketatkan seperti kewarnegaraan diberikan kepada semua orang yang lahir di tanah Melayu selepas merdeka, kewarnegaraan juga diberikan kepada mereka yang berumur 18 tahun keatas, dilahirkan di tanah Melayu dan telah menetap selama lima tahun dan kewarnegaraan juga diberi kepada mereka yang berumur 21 tahun keatas walaupun lahir di luar Tanah Melayu tetapi telah menetap selama lapan tahun serta boleh bertutur dalam Bahasa Melayu. Bahasa Melayu dijadikan sebagai Bahasa Kebangsaan. Agama Islam dijadikan sebagai agama Perseketuan, tetapi kebebasan beragama diberikan.

Page 40: Nota Pengajian Malaysia MPW 2133 Peringkat Ijazah 2012

Kemunculan Parti Politik

Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) Telah ditubuhkan pada 11 Mei 1946 oleh Dato’ Onn Ja’far. Belau memegang jawatan itu sehingga tahun 1951. Matlamat utama penubuhan parti adalah untuk menetang gagagsan Malayan Union dan menyatupadukan orang-orang Melayu serta mmepertahnkan kedudukan hak istimewa orang-orang Melayu. Anggota-anggota UMNO berpegang kepada slogan “Hidup Melayu”. Perkara ini disuarakan sendiri oleh Dato’ Onn Ja’afar semasa perhimpunan Agong UMNO, pda bulan September, 1947. Pada tahun 1948, UMNO dijadikan sebagai sebuah parti politik. Perlembagaan UMNO telah dilulusakn pada 29 Mei 1946 yang memuatkan tujuan, penubuhan bahagian dan cawangannya. Sebanyak 39 bahagian telah ditubuhkan sehingga tahun 1951 dengan keahlian seramai 100375 orang. Perikatan Pemuda UMNO dan Pergerakan Wanita UMNO ditubuhkan sebagai sayap-sayap UMNO pada tahun 1947. UMNO telah muncul sebagai sebuah parti yang terkuat mewakli orang-orang Melayu di negara ini.

Kongres India Malaya (MIC) telah ditubuhkan pada 8 Ogos 1946. Presidennya yang pertama bernama Tun V.T.Sambanthan. Antara tujuan utama penubuhan MIC (a) adalah untuk memupuk dan memelihara kepentingan politik, ekonomi dan sosial kaum India di Tanah Melayu; memperjuangkan politik bersama bagi seluruh Tanah Melayu. Pada bulan April 1955, MIC telah masuk ke dalam gabungan UMNO dan MCA. Ahlinya sehingga tahun 1955 aialah seramai 20,000 orang.

Pertubuhan Cina Malaysia (MCA) telah ditubuhkan pada 27 Februari 1949. Idea penubuhan MCA telah digagaskan oleh Leong Yew Koh. Presiden pertama MCA ialah Tun Chen Lok. Tujuan utama MCA adalah untuk melindungi hak dan kepentingan orang Cina serta memelihara keharmonian kaum dalam sebuah negara yang bersatu. Pada peringkata permulaan MCA bertindak sebagai sebuah badan kebajikan. Pada tahun 1952, MCA telah didaftarkan sebagai sebuah parti politik secara rasmi. Pada tahun 1950 keahlian MCA telah meningkat seramai 188, 000. Pada tahun 1952, MCA dan UMNO telah membentuk gabungan yang bernama PERIKATAN.

Ancaman Komunis

Darurat adalah satu istilah yang digunakan oleh kerajaan British untuk memulihkan keadaan huru hara di Tanah Melayu antara tahun 1948 sehingga tahun 1960.

Hura hara ini telah dimulakan oleh Parti Komunis Malaya (PKM) yang cuba mengambil kuasa politik di Tanah Melayu secara kekrasan.

Page 41: Nota Pengajian Malaysia MPW 2133 Peringkat Ijazah 2012

Semasa Darurat, PKM cuba melumpuhkan ekonomi Tanah Melayu dengan membunuh para peladang dan pelombong. Selain itu, anggota PKM juga telah membunuh anggota Polis dan tentera serta orang ramai yang mereka anggap menentang perjuangan mereka.

Darurat telah mengakibatkan penderitaan hidup rakyat Tanah Melayu. Ramai yang telah terkorban.

Pada peringkat awal, British menganggap ancaman komunis hanya bersifat sederhana sahaja. Walaubagaimanapun, tanggapan British itu tidak benar. Itulah sebabnya Britih telah menambahkan kekuatan polis dan tentera untuk menghadapi pemberontakan komunis selama 12 tahun di Tanah Melayu.

Kemuncak keganasan pemberontakan komnis di negara ini ialah pembunuhan Pesuruh Jaya Tinggi British di Tanah Melayu, Henry Gurney, di Kuala Kubu Baru, Selangor, pada 6 Oktober 1951. Beliau telah digantikan oleh Gerald Templer sebagai Pesuruhjaya British yang baru.

Kerajaan British telah menubuhkan kampong-kampong baru untuk penempatan orang-orang Cina sebagai satu langkah untuk mengawal edaran bekalan makana jatuh ketangan anggota komunis.

Kerajaan British gagal membendung pemberontakan komunis. Walaubagaimanapun Darurat diishtiharkan tamat pada 31 Julai 1960 oleh Kerajaan Perseketuan Tanah Melayu. Kegiatan komunis secara kecil-kecilan masih berlaku terutama di sempadan Siam dengan Tanah Melayu.

Kesan-kesan Darurat telah menyebebakan Kerajaan British mengemukakan Undang-Undang Darurat 1948 yang menyekat kebebasan individu untuk berucap, berhimpun dan bergerak. Selain itu, Darurat juga telah membuktikan bahawa tidak semua orang-orang Cina menyokong perjuangan PKM.

Rundingan Kemerdekaan

UMNO merupakan parti yang ditubuhkan untuk menyatupadukan orang-orang Melayu. Ia ditubuhkan pada 11 Mei 1946 dengan dato’ Onn Jaafar menjadi ketuanya yang pertama.

Tujuan utama penubuhan UMNO ialah untuk mewujudkan kerajaan sendiri dan mencapai kemerdekaan dari Inggeris. UMNO berperanan penting dalam perundingan kemerdekaan.

Kongres India Malaya (MIC) pula ditubukan pada 8 Ogos 1946 dengan John Tivy sebagai Presidennya yang pertama. Matlamat terpenting penubuhan MIC adalah untuk menjaga kepentingan masyarakat India dari segi politik, ekonomi dan sosial

Malaysian Chinese Association (MCA) secara rasmi telah ditubuhkan pada 27hb Februari 1949. Presidennya yang pertama bernama Tan Cheng Lock. Matlamat penubuhan parti ini ialah untuk melindungi hak dan kepentingan ekeonomi, politik dan sosial kaum Cina di tanah Melayu.

Usaha-usaha awal untuk meggabungkan parti-parti berbilang kaum bermula apabila UMNO dan MCA membentuk pakatan untuk menghadapi pilihan raya

Page 42: Nota Pengajian Malaysia MPW 2133 Peringkat Ijazah 2012

Majlis Perbandaran Kuala Lumpur pada tahun 1952. Pada tahun yang sama Tunku Abdul Rahman dan Tun Cheng Lock telah membentuk parti PERIKATAN diperingkat nasional. Pada tahun 1955 MIC pula menyertai parti PERIKATAN. Justeru, parti PERIKATAN telah menjadi parti berbilang kaum yang pertama dan terbesar di Tanah Melayu.

Pada tahun 1956, Tunku Abdul Rahman telah mengetuai satu rombongan ke London untuk berunding dengan kerajaan Inggeris bagi menuntut kemerdekaan tanah melayu. Rombongan tersebut dianggotai oleh empat orang wakil parti PERIKATAN, empat orang wakil Raja-Raja Melayu dan wakil-wakil kerajaan Inggeris di Tanah Melayu.

Hasil daripada rundingan tersebut Perjanjian London telah ditandatangani pada 8 Februari 1956. Tarikh rasmi kemerdekaan tanah melayu telah ditetapkan pada 31 Ogos 1957. Tunku Abdul Rahman telah mengisytiharkan tarikh kemerdekaan tersebut di Padang Bandar Hilir Melaka apabila beliau dan rombongannya kemabli dari London ketanah ayer.

Suruhanjaya Reid

Suruhanjaya Reid telah ditubuhkan dengan senari keanggotaannya seperti berikut: Lord Reid dari England sebagai Pengerusinya, dikuti dengan Sir Ivor Jennings (England); Sir William Mc Kell (Australia), B.Malik (India) dan Hakim Abdul Hamid (Pakistan).

Suruhanjaya telah mengadakan mesyuarat sebanyak 118 kali (antara June dan Oktober 1956) dan telah menghantar sebanyak 131 memorendum dari pelbagai kalangan rakyat termasuklah satu dari raja-raja Melayu.

Suruhanjaya telah menghantara deraf Perlembagaan dalam bulan Februari 1957 yang kemudiannya telah diteliti semula oleh sebuah Jawatankuasa yang terdiri dari: 4 wakil-wakil Raja-Raja Melayu, 4 wakil parti Perikatan, Pesuruhjaya, Ketua Setiausaha dan Peguam Negara. Laporan dari Jawatankuasa tersebut telah menyebabkan Perlebagaan Perseketuan Tanah Melayu telah di terima oleh Majlis Perundangan perseketuan pada 15 Ogos 1957.

Tanah Melayu Merdeka

Akhirnya Tanah Melayu telah mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 dengan turunnya bendera Union Jack di hadapan bangunan Sultan Abdul samad, Kuala Lumpur, pada malam 31 Ogos, 1957. Ribuan rakyat telah hadir.

Pada 31 Ogos, 1957, secara rasmi wakil Queen Elizabith, England, telah menyerahkan kuasa berakhirnya pentadbiran Inggeris di tanah Melayu secara rasmi kepada YTM Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj, selaku Perdana Menteri Pertama Perseketuan Tanah Melayu di dalam satu perhimpunan seramai 30,000 di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur. Rakyat dari pelbagai kaum hadir untuk

Page 43: Nota Pengajian Malaysia MPW 2133 Peringkat Ijazah 2012

mendenagar periytiharan kemerdekaan negera oleh Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj dengan teriakan ‘Merdeka”.

Duli yang Maha Mulia Tuanku Abdul Rahman, Yam Tuan negeri Sembilan, telah dilantik menjadi Yang Di Pertuan Agong yang pertama bagi Perseketuan Tanah Melayu.

Pembentukan Malaysia

Idea pembentukan Malaysia dilahirkan pada 27 Mei 1961 melalui ucapan yang dibuat oleh Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu,Tunku Abdul Rahman. mewujudkan satu bentuk penyatuan ekonomi dan politik yang melibatkan Persekutuan Tanah Melayu dan wilayah-wilayah jajahan British (Singapura,Borneo Utara sabah,Sarawak dan Brunei).

Faktor-faktor penubuhan: Mengelakkan ancaman dan pengaruh komunis di Singapura. Keseimbangan kaum. Kemajuan ekonomi bersama dan perkongsian faedah ekonomi. Mempercepatkan kemerdekaan dan memberi kemerdekaan kepada Sabah,

Sarawak, Singapura dan Brunei. Perkembangan politik di sarawak. Menjaga hak dan kepentingan kaum Bumiputera.

Reaksi Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura Pada mulanya semua menentang kerana tiada faedah ekonomi. Parti Negara

Sarawak (PANAS), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SNAP) menentang secara jelas.

Kebanyakan pihak ingin mencapai kemerdekaan sendiri sebelum menyertai Malaysia.

Parti pertama di Sabah oleh kadazan Parti Kebangsaan Sabah Bersatu oleh Donal Stephen menentang dan inginkan kemerdekaan untuk Sabah. Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu oleh orang-orang Islam telah menerima rancangan Tunku. Lewat 1962 banyak yang menyokong Malaysia seperti Donal Stephen.

Sultan Brunei Sultan Omar Ali Sarifuddin secara peribadi menyokong Malaysia. Pada awalnya kebanyakan rakyat Brunei berminat dengan penubuhan Malaysia namun kemudian mereka berminat untuk mendapat kemerdekaan sendiri. Penentangan yang hebat dari A.M Azahari Parti Rakyat Brunei dia berpendapat Malaysia ialah cara Inggeris untuk menjajah semula mereka.

Singapura di bawah Lee Kuan Yew dan Parti Tindakan Rakyat PAP mulanya amat berminat dengan Malaysia. Namun mereka menentangnya kerana beraggapan ia merupakan cara British untuk mengekalkan pengaruhnya. Namun akhirnya dalam konflik politik Lee kuan yew bersetuju untuk menerima Malaysia.

Page 44: Nota Pengajian Malaysia MPW 2133 Peringkat Ijazah 2012

Proses penubuhan Malaysia

Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia: Ditubuhkan di Singapura pada 23 Julai 1963,dipengerusikan oleh Donald Stephens.Tujuan : menerangkan dengan lebih jelas konsep Malaysia, terutama kepada penduduk di Sabah, Sarawak dan Brunei.

Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK): Ditubuhkan pada Ogos 1962 untuk merangka syarat-syarat Perlembagaan Persekutuan. Diketuai oleh, Setiausaha Tanah jajahan British, Lord Landsdowne, Tun Abdul Razak Dato Hussein dan wakil-wakil kerajaan British, Sabah, sarawak& Singapura.

Suruhanjaya Cobbold: Ditubuhkan pada Januari 1962 untuk mendapatkan pandangan penduduk di Sabah dan Sarawak tentang cadangan penubuhan Malaysia. Meninjau pandangan penduduk Sabah dan Sarawak tentang rancangan penubuhan Malaysia, Menilai kesemua pandangan yang diberi, Membuat syor-syor bersesuaian.

Pengisytiharan Persekutuan Malaysia dibuat secara rasmi pada 16 Sept 1963. Singapura keluar dari Malaysia pada 9 Ogos 1965 kerana ekonomi dan kewangan, persaingan politik PAP dan MCA, masalah perkauman, perbezaan pendekatan Perikatan dan PAP.

SISTEM DAN STRUKTUR PENTADBIRAN NEGARA

Page 45: Nota Pengajian Malaysia MPW 2133 Peringkat Ijazah 2012

Jentera pentadbiran negara adalah terdiri daripada kabinet, kementerian, jabatan, badan-badan berkanun iaitu lembaga-lembaga yang berfungsi sebagai alat pemerintahann negara. Disamping itu diwujudkan juga suruhanjaya-suruhanjaya bagi melaksanakan beberapa tugas utama dalam pengurusan negara..Sejak negara ini mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, sistem pemerintahan negara sentiasa diperkemaskan. Negara Malaysia pada masa kini dikenali seagai salah sebuah negara di dalam dunia yang mempunyai pengurusan pentadbiran yang sistematik dan cekap.

Sistem Kerajaan Malaysia

Setelah kedatangan Inggeris pada abad ke 19, berlaku perubahan yang ketara dalam sistem politik dan pentadbiran negara. Hal ini berlaku apabila Inggeris mulai campur tangan dalam pentadbiran negara dengan mengemukakan model pentadbiran British.

Keadaan ini berlanjutan sehingga negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 di mana struktur pentadbiran yang baru diterima pakai sepenuhnya. Sistem ini dikenali sebagai sistem pengasingan kuasa.

Antara perkara yang diperkenalkan dalam sistem tersebut ialah pengasingan Badan Eksekutif dengan Badan Kehakiman. Asal usul pengasingan sistem pemerintahahan Teori ini dikemukakan oleh Montesqiue.

Dalam konteks negara Malaysia pada hari ini, pengasingan ini dapat dilihat dalam tiga bentuk pemerintahahn yang utama:

(a) Badan Eksekutif (Pentadbiran)(b) Badan Legislatif (Perundangan)(c) Badan Judisiari (Kehakiman)

Walaupun sistem pengasingan kuasa ini wujud, namun pada hakikatnya penagsingan kuasa tersebut sukar dijalankan secara menyuluruh. Ini ialah kerana setiap badan mempunyai perkaiatan antara satu dengan lain. Contohnya, Badan Pentadbiran jga terlibat dalam penggubalan undang-undang dan kuasa Badan Kehakiman dapat dilihat apabila Perdana Menteri memberi nasihat kepada YDPA siapa yang layak untuk dilantik sebagai Hakim setelah berbicara dengan ketua Hakim Negara.

Komponen Utama Sistem Kerajaan Malaysia

Komponen utama system Kerajaan Malaysia boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian, seperti:

Majlis Raja-Raja

Page 46: Nota Pengajian Malaysia MPW 2133 Peringkat Ijazah 2012

Majlis Raja-Raja merupakan badan rasmi yang paling tinggi kedudukannya. Ia dianggotai oleh sembilan orang sultan dan empat orang genor atau Yang Dipertua Negeri. Antara bidang tugas utama Majlis Raja-raja ialah:

Memilih YDP dan Timbalan YDPA. Memberi persetujuan atau menolak tentang hal ehwal agama Islam dan adat

itiadat bagi seluruh Perseketuan Tanah Melayu kecuali Sabah dan Sarawak. Memberi persetujuan atau enggan memberi persetujuan kepada mana-mana

undang-undang atau memebri nasihat tentang perlantikan mana-mana jawatan yang memerlukan persetujuan Majlis Raja-Raja Melayu.

Mengesahkan perlantikan Ketua Hakim Negara, dua orang Hakim Besar dan hakim Mahkamah Agong serta dua orang Hakim Mahkamah Tinggi, Ketua Audit Negara, Ahli-Ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dan Ahli-Ahli Suruhanjaya Pilihan Raya setelah berunding dengan Perdana Menteri.

Majlis Raja-Raja Melayu mempunyai kuasa untuk bertindak memelihara hak istimewa orang-orang Melayu jika timbul sebarang masalah.

Yang Di Pertuan Agong

YDPA bertindak sebagai Ketua Negara dan secara tidak langsung bertindak sebagai ketua kepada tiga cabang pemerintahan negara – pentadbiran, kehakiman dan perundangan.

YDPA dilantik lima tahun sekali setelah dipersetujui oleh Majlis Raja-Raja Melayu lima tahun sekali dari kalangan sembilan orang raja-raja melayu yang dipilih oleh Majlis Raja-Raja.

Perkara 39 Perlembagaan Persekutuan menyatakan YDPA bertindak sebagai punca kuasa eksekutif. Ini bermakna segala urusan kerajaan dijalankan atas nama baginda.

Perkara 40 (1) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa dalam menjalankan setiap tugas eksekutif, baginda mesti bertindak atas nasihat Jemaah Menteri atau seorang menteri.

Perkara 40 (2) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan kuasa budi bicara baginda untuk melantik Perdana Menteri.

Perlembagaan Persekutuan Perkara 43 memberi kuasa kepada baginda untuk melantik Jemaah Menteri. Tugas YDPA dalam hal ini perlu mengikut susunan, iaitu dimulakan dengan pelantikan PM dan diikuti oleh Jemaah Menteri atas nasihat PM.

Perkara 40 (2) (b) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan kuasa kepada Baginda untuk mempersetujui atau tidak mempersetujui pembubaran Parlimen.

Mendapat persetujuan Majlis Raja-Raja. Melakukan kesalahan yang terkandung dalam Kanun Keseksaan dan Undang-

Undang di Malaysia.

Badan Eksekutif

Page 47: Nota Pengajian Malaysia MPW 2133 Peringkat Ijazah 2012

Di Malaysia, kuasa eksekutif dijalankan oleh pentadbiran peringkat Persekutuan, kerajaan negeri dan juga kerajaan tempatan.Tugas utama kabinet ialah menggubal dan menjalankan dasar tertinggi negara. Ia diketuai oleh Perdana Menteri dan diikuti oleh menteri-menteri lain. Perdana Menteri dilantik oleh YDPA, manakala menteri-menteri lain dilantik oleh YDPA atas nasihat Perdana Menteri.

Perlembagaan Persekutuan Malaysia memperuntukkan bahawa kuasa eksekutif peringkat negeri di setiap negeri akan dijalankan oleh Raja/ Sultan/ Yang Dipertuan Negeri. Raja/ Sultan/ yang Dipertuan Negeri berkuasa untuk memperkenankan pelantikan Menteri Besar/ Ketua Menteri daripada kalangan mereka yang mengetuai parti yang berjaya memenangi undi majoriti dalam pilihanraya peringkat negeri. Raja/ Sultan/ yang Dipertuan Negeri juga akan memperkenan pelantikan ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO)/ Jemaah Menteri atas nasihat Menteri Besar/ Ketua Menteri.

Badan Perundangan

Perundangan adalah merujuk kepda undang-undang yang digubal oleh badan khas yang dipertanggungjawab dari segi perlembagaan. Fungsi utama perundangan adalah untuk menggubal, meminda atau membatalkan undang-undang sebagai memberi kesan kepada kehendak badan perundangan. Kuasa perundangan di Malaysia ditetapkan oleh Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Penggubalan undang-undang dalam bentuk perundangan dijalankan oleh Parlimen Malaysia bagi peringkat Persekutuan dan Dewan Undangan Negeri bagi peringkat negeri.

Badan Perundangan Persekutuan dan negeri bukan yang tertinggi (supreme). Kedua-dua badan ini menggubal undang-undang dalam sempadan yang ditetapkan oleh Pelembagaan Persekutuan Malaysia dan Perlembagaan Negeri-Negeri. Perkara-perkara perundangan dibahagi dua anatara kedua-dua badan ini. Parlimen Malaysia membuat dan meluluskan undang-undang.

Undang-Undang yang dibuat sebelum hari kemerdekaan terus berkuatkuasa di negara ini sehingga pindaan atau pembatalan terhadapnya dibuat oleh badan-badan berkuasa tertentu. Sehingga kini sudah banyak pindaan dan pembatalan yang dibuat. Badan perundangan peringkat Persekutuan terbahagi tiga iaitu: kepada Yang di-Pertuan Agong, Majlis Raja-Raja dan Parlimen Dalam melaksankan kuasa legislatif atau perundangan, Parlimen memainkan peranan yang amat penting. Fungsinya dapat dilihat semasa proses penggubalan rang undang-undang dijalankan.Badan Kehakiman

Kehakiman merupakan satu badan hakim-hakim dalam satu system perlembagaan. Dari segi kuasa dan peranan terdapat kehakiman berbeza-beza antara satu negara dengan negara lain. Para hakim terus diberi kuasa mentafsir dan melaksanakan undang-undang dengan kuasa yang diberikan kepada mereka. Kuasa ini termaktub didalam perlembagaan persekutuan Malaysia. Dalam system demokrasi liberal yang diamalkan dinegara ini, kehakiman merupakan cabang ketiga bagi pihak kerajaan yang

Page 48: Nota Pengajian Malaysia MPW 2133 Peringkat Ijazah 2012

memainkan peranannya dalam proses pegimbangan kuasa. Untuk melaksanakan semua fungsi kehakiman ini, perlembagaan persekutuan Malaysia telah menyediakan peruntukkan untuk mewujudkan system makhamah supaya tugas-tugas kehakiman dapat dilaksanakan. Makhamah ini mempunyai kuasa yang besar terhadap badan perundangan dan kuasa eksekutif kerana:

Mempunyai kuasa mentafsirkan perlembagaan negara. Mentafsir sesuatu undang-undang Mengisytiharkan sesuatu undang-undang bertulis Persekutuan atau Negeri. Mengisytiharkan sesuatu tindakan kerajaan sebagai tidak sah dari segi undang-

undang.

Undang-undang yang dibuat oleh hakim dan badan perundangan adalah berkaitan antara satu dengan lain dalam lingkungan falsafah undang-undang. Di sini, badan perundangan bertugas membuat/menggubal undang-undang dan pihak makhamah pula mlaksanakan undang-undang itu, jika ia digubal dengan betul. Pihak makhamah boleh mentafsir bahagian-bahagian tertentu undang-undang (akta, enakmen atau ordinan) sebagai tidak sah kerana bercanggah dengan bidang kuasanya. Walau bagaimanapun, makhamah tidak boleh meminda undang-undang ini disebabkan bidang kuasa pemindahan adalah hak badan perundangan atau parlimen sahaja.

Sebelum kedatangan Barat, masyarakat Tanah Melayu telah pun mempunyai sistem perundangan sendiri. Dalam hal ini, negeri-negeri di semenanjung Tanah Melayu menggunakan Undang-undang Adat Melayu sementara di Sabah dan Sarawak dikenali sebagai Undang-undang Adat Bumiputera. Walau bagaimanapun, undang-undang yang wujud pada waktu itu banyak dipengaruhi oleh unsur Hindu dan Islam. Setelah kedatangan penjajah British, undang-undang asal telah banyak mengalami perubahan. Undang-undang Inggeris telah digunakan secara meluas, terutama Comman Law dan Kaedah-kaedah Ekuiti. Undang-undang Malaysia pada hari ini diperoleh daripada lima punca yang utama, iaitu :

Undang-undang bertulis, iaitu Perlembagaan dan Perundangan Persekutuan dan Negeri.

Keputusan-keputusan Mahkamah. Undang-undang Inggeris. Undang-undang Islam Undang-undang Adat

Sistem dan Corak Kehakiman di Malaysia

Page 49: Nota Pengajian Malaysia MPW 2133 Peringkat Ijazah 2012

Mahkamah di Malaysia dibahagikan kepada dua :

1. Mahkamah Persekutuan - Mahkamah Atasan- Mahkamah Rendah- Mahkamah Khas

2. Mahkamah Negeri - Mahkamah Syariah- Mahkamah Adat

MAHKAMAH PERSEKUTUAN

1. Mahkamah Atasan

2. Mahkamah Rendah

3. Mahkmah Khas

- Mahkamah Agong- Mahkamah Rayuan- Mahkamah Tinggi Tanah Melayu dan Borneo

- Mahkamah Sesyen- Mahkamah Juvana- Mahkamah Majistret Kelas I dan Kelas II- Mahkamah Tuntutan Kecil- Mahkamah Penghulu

- Mahkamah Tentera- Mahkamah Perusahaan- Mahkamah Buruh- Mahkamah Khas Raja-Raja- Mahkamah Negeri

MAHKAMAH NEGERI

1. Mahkamah Syariah

2. Mahkamah Adat (Sabah dan Sarawak)

- Mahkamah Syariah Rayuan- Mahkamah Tinggi Syariah

- Mahkamah Adat Daerah- Mahkamah Pegawai/ Ketua Adat- Mahkamah Penghulu

Jentera Pentadbiran

Page 50: Nota Pengajian Malaysia MPW 2133 Peringkat Ijazah 2012

Kabinet

Dari segi sejarah, jemaah menteri/kabinet telah dimulakan sebelum negara kita merdeka iaitu pada tahun 1951 melalui penegenalan sistem ahli. Seorang ahli akan dilantik dimana jawatannya adalah sama seperti tugas seorang menteri.

Melalui sistem ini juga, beberapa buah jabatan kerajaan akan dilantik di bawah kawalan seorang ahli. Seorang ahli yang dilantik pada waktu itu adalah bertanggungjawab langsung kepada Pesuruhjaya Tinggi British. Sistem ahli ini berakhir apabila pilihanraya umum pertama diadakan pada bulan Ogos, 1955.

Jema’ah Menteri yang ulung telah mengadakan mesyuarat pertama di Majlis Undangan Perseketuan, Kuala Lumpur pada tahun 1957. Dalam mesyuarat tersebut, buat pertama kalinya pemimpin-pemimpin tempatan telah mengambil alih tempat pegawai-pegawai Inggeris.

Mesyuarat ini telah dipenegerusikan oleh Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman. Dalam Kabinet ini, menteri-meneteri terdiri daripada pemimpin-pemimpin Perikatan (UMNO-MCA-MIC) yang menang dalam Pilihan Raya Umum 1955. Sistem cabinet ini berlanjutan sehingga kehari ini.

Bidang Kuasa Kabinet

Kabinet adalah sebuah badan yang melaksanakan kuasa eksekutif yang diketuai oleh Perdana Menteri. Hingga kini terdapat 25 orang anggota kabinet termasuk Perdana Menteri dan seorang Timbalan Pedana Menteri..

Mereka bertanggungjawab secara kolektif ke atas semua keputusan yang dibuat oleh kabinet. Oleh kerana kabinet merupakan badan tertinggi di negara ini yang bertanggungjawab dalam pembentukan dasar-dasar kerajaan, maka beberapa buah jawantankuasa tetap kabinet telah diwujudkan seperti Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pekerja-Pekerja Asing. Lazimnya Timbalan Perdana Menteri mempengerusikan Jawatankuasa-Jawatankuasa Kabinet.

Di samping jawantankuasa ini, terdapat beberapa buah majlis dibentuk untuk menyeleraskan pentadbiran negara dengan Timbalan perdana Menteri atau menteri-menteri kanan yang ditentukan dari semasa kesemasa menjadi pengurusnya. Majlis Tanah Negara, Majlis Negara Bagi Kerajaan Tempatan, Majlis Kewangan Negara dan Majlis Angkatan Tentera.

Keemua majlis-majlis ini dipengerusikan oleh menteri-menteri yang bertanggungjawab dalam portfolio-portfolio berkenaan. Kesemua majlis-majlis di atas adalah diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan. Majlis-majlis lain yang ditubuhkan oleh kerajaan melicinkan perjalanan jentera pentadbiran seperti Majlis Tindakan Negara, Majlis Tindakan Ekonomi dan Negara Majlis Keselamatan Negara.

Majlis Tindakan Negara merupakan majlis pentadbiran yang tertinggi. Ia diwujudkan bagi menyelaras pelaksanaan semua rancangan dan projek pembangunan kerajaan. Semua Menteri cabinet perlu hadir dalam Majlis ini. Majlis Tindakan Ekonomi Negara diberi tanggungjawab khusus mengenai aspek

Page 51: Nota Pengajian Malaysia MPW 2133 Peringkat Ijazah 2012

ekonomi negara, dan majlis keselamatan negara bertindak menyelaraskan tugas-tugas yang berkaitan dengan keselamatan negara.

Fungsi Perdana Menteri

Perdana Menteri adalah ketua Jemaah Menteri atau lebih dikenali sebagai kabinet. Dengan lain perkataan Pedana Meneteri adalah Ketua Kerajaan.

Perdana Menteri adalah lantikan YDPA dari kalangan ahli-ahli Dewan Rakyat yang dipilih oleh rakyat dalam Pilihan Raya Umum dari parti yang menang dengan majoriti.

Meskipun YDPA dan Majlis Raja-Raja Melayu mempunyai kedudukan tertinggi dalam Perlembagaan, tetapi Perdana Menteri adalah peneraju politik yang tertinggi di dalam negara.

Perdana Menteri mempunyai kuasa mutlak untuk mencalonkan sesiapa sahaja dari Dewan rakyat atau Dewan Negara untuk dilantik oleh YDPA sebagai anggota kabinet.

Sebagai Ketua Kabinet, Perdana Menteri mempunyai hak untuk menentukan agenda mesyuarat mingguan kabinet.

Kementerian

Tugas-tugas Menteri akan dilaksanakn oleh sebuah badan yang dikenali sebagai kementerian. Kemneterian merupakan satu agensi tertinggi dalam jnetera pentadbiran Perseketuan. Portfolio Perdana Menteri berada di Jabatan Perdana Menteri dengan beberapa orang menteri yang memegang pelbagai portfolio seperti undang, agama Islam, perpaduan negara dan tugas-tugas khas.

Bagi kementerian yang besar, tugas Menteri akan dibantu oleh seorang Timbalan Menteri yang juga dilantik oleh YDPA.

Di Malaysia, hingga setakat ini ada 27 buah kemneterian yang boleh ditambah atau dikurangkan. Ketua pentadbir utama kemneterian ialah Ketua Setiausaha manakala Ketua pentadbir utama di Jabatan perdana Menteri adalah Ketua Setiausaha Negara yang juga secara otomatis mengelai semua ketua-ketua setiausaha kementerian.

Jenis-Jenis Kementerian dan Bidang Kuasa

Page 52: Nota Pengajian Malaysia MPW 2133 Peringkat Ijazah 2012

Jabatan Perdana Menteri – tugas utama kementerian ini adalah untuk melaksana dan memastikan semua dasar-dasar kerajaan tercapai. Antara bahagian-bahagian terpenting dalam JPM ialah Unit Perancang Ekonomi (EPU) dan Jabatan Perkhidamatan Awam (JPA).

Kemeterian Kewangan – adalah satu dari antara kementerian yang kanan berfungsi merancang system kewangan untuk kemajuan negara.

Kementerian Pertahanan–satu lagi kementerian kanan yang bertugas utamanya ialah melaksana dan mengurus system pertahanan Malaysia.

Kementerian Keselamatan dalam Negeri – sebuah kementerian kanan yang bertanggungjawab tentang keselamatan negara. Jabatan PDRM dan Bahagian penguatkuasaan ISA berada dibawah kementerian ini.

Kementerian Perusahan Perladangan dan Komoditi - membangun sektor komoditi bagi memberi sumbangan kepada ekonomi negara.

Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri – menguruskan perkara-perkara yang berikaitan hal ehwal dalam negeri seperti mengendalikan kad pengenalan.

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi – memastikan sains dan teknologi negara bergerak maju dan memberi sumbangan kepada pembangunan negara.

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) – membangun belia dan memajukan sukan bagi mencapai matlamat wawasan 2020.

Kementerian Kesihatan – menyediakan perkhidmatan kesihatan terbaik untuk rakyat.

Kemneterian Perumahan dan Kerajaan Tempatan – memastikan pembangunan perumahan dan kemudahan untuk rakyat dirancang dengan baik.

Kemneterian Kesenian, Kebudayaan dan Warisan – memupuk kebudayaan negara berteraskan dasar Kebudayaan nasional.

Kementerian Pelancongan - merancang program galakan pelancungan ke Malaysia untuk meningkatkan pendapatan negara.

Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah – menjaga kebajikan penduduk di luar bandar.

Kementerian Penerangan – memastikan system penyaluran maklumat kerajaan melalui media eletronik, komunikasi bersemuka dan perfileman bagi mewujudkan masyarakat bermaklumat.dn pada masa yang sama memberi kesedaran kepada pengguna

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluaraga dan Masyarakat – mewujudkan masyarakat penyayang dalam institusi keluarga dan lain-lain institusi masyarakat.

Kementerian Pengangkutan – menyediakan system pengangkutan yang bersepadu untuk mewujudkan rangkaian pengangkutan yang canggih dan cekap.

Kementerian Sumber Manusia – mewujudkan sumber manusia bertaraf dunia. Kementerian Perdagangan Dan Hal Ehwal Dalam Negeri – menjaga kebajikan

pengguna agar menajdi pengguna bijak. Kementerian Kerjaya – membangun dan memajukan infrastuktur, industri

pembinaan dan perkhidmatan profesioanl yang berkualiti supaya dapat menyumbang kepada ekonomi negara.

Page 53: Nota Pengajian Malaysia MPW 2133 Peringkat Ijazah 2012

Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi – memastikan infrastruktur tenaga, air dan komunikasi memberikan faedah kepada pengguna.

Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi – menyediakan kemudahan untuk bakal usahawan bagi mewujudkan pembanugunan usawahan yang tulen dan berkualiti, berdaya maju, berdaya tahan dan beraya saing dalam semua sektor.

Kementerian Pelajaran Malaysia – salah sebuah kementerian yang kanan menyediakan sumber tenaga manusia yang berilmu dengan menyediakan peluang-peluang pendidikan.

Kementerian Luar – menjaga dan menjalin hubungan dengan negara lain. Kementerian Perdagangan Antara Bangsa dan Industri – satu lagi kemneterian

yang kanan berfungsi untuk mewujudkan perdagangan dengan negara luar bagi faedah negara.

Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar – menguruskan sumber asli negara ketahap yang minimum.

Kementerian Wilayah Perseketuan – melaksanakan pembangunan Wilayah Perseketuan

Kementerian Pengajian Tinggi – satu kemeneterian yang baru ditubuhkan untuk khusus mengurus hal ehwal pengajian tinggi negra.

Bidang Kuasa

Bidang kuasa kementerian adalah luas. Masing-masing kementerian mempunyai peruntukan undang-undang dan peraturan-peraturan tetap bagi menjalankan dasar, rancangan dan program pembangunan negara demi kesejehteraan rakyat. Setiap kemneterian terdapat Bahagian Undang-Undang, Perancangan dan Pengurusan. Menteri dengan bantuan Timbalan-Timbalan Meneteri serta Setiausaha-Setiausaha Parlimen mempunyai kuasa mengikut kedudukan jawatan masing-masing dalam sesebuah kementerian.

Suruhanjaya

Untuk memastikan jentera pentadbiran kerajaan berjalan dengan lancer dan sistematik, kerajaan telah menubuhkan dua jenis suruhanjaya iaitu Suruhanjaya Tetap dan Suruhanjaya Sementara.

Contoh Suruhanjaya Tetap ialah Suruhanjaya Pilihan Raya dan Suruhanjaya Sementara ialah Suruhanjaya Di Raja Mengenai Pita Linggam.

Bagi menjamin suruhanjaya ini bebas dan tidak ada campur tangan daripada pihak tertentu, ahli-ahli suruhanjaya dilantik secar khas. Mereka dilantik oleh YDPA setelah berunding dengan Majlis Raja-Raja. Antara Suruhanjaya Tetap ialah:

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam - berfungsi untuk melantik, menegsahkan, memasukkan kedalam perjawatan tetap atau perjawatan berpencen, menaikkan pangkat, menukar dan menjalankan kawalan tata tertib ke atas anggota bagi perkhidmatan –perkhidmatan yang diliputi oleh bidang kuasanya.

Page 54: Nota Pengajian Malaysia MPW 2133 Peringkat Ijazah 2012

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan - melaksanakan urusan pengambilan dan perkhidmatan anggota perkhidmatan pendidikan dengan cekap dan berkesan.

Suruhanjaya Pasukan Polis – bertanggungjawab melantik, mengesahkan, memasukkan kedalam perjawatan tetap atau perjawatan berpencen, kenaikan pangkat, pertukaran dan menjalankan kawalan tata tertib keatss anggota pasukan polis.

Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman Dan Undang-Undang – bidang kuasanya adalah untuk mengurus perkhidmatan kehakiman dan undang-undang dari perlantikan, kenaikan pangkat, pemecatan dan lain-lain aspek yang relevan seperti yang diperuntukkan dalam perlembagaan Perseketuan.

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) - berfungsi untuk mendengar pandangan-pandangan dari rakyat Malaysia sama ada individu, organisasi serta institusi dalam perkara-perkara yang berkaiatan dengan hak asasi individu seperti yang tecatat dalam Perlembagaan Perseketuan.

Badan Berkanun

Badan-badan berkanun memainkan peranan yang penting selepas kementerian. Kebanyakan badan berkanun terletak di bawah sesuatu kementerian. Pada masa kini, terdapat sebanyak 74 buah badan berkanun Persekutun dengan anggotanya seramai 99,533 orang dan 86 buah badan berkanun negeridengan 24,403 orang anggota. Antara badan-badan beerkanun tersebut ialah:

Bank Negara Malaysia (BNM) Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) Lembaga Getah Malaysia (LGM) Institut Penyelidikan & Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) Pertubuhan Berita Nasional (Bernama) Lembaga Tabung Haji (LUTH) Lembaga Koko Malaysia (MCB) Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Universiti Sains Malaysia Dan Semua IPTA di Malaysia Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP) Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM) Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)

PELEMBAGAAN DAN PROSES POLITIK

Perlembagaan Malaysia

Sejarah Pengubalan Perlembagaan: Malayan Union ke Persekutuan Tanah Melayu

Page 55: Nota Pengajian Malaysia MPW 2133 Peringkat Ijazah 2012

Pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu bermula dengan usaha awal pihak British merancang menjadikan Negeri-negeri Melayu sebagai ‘jajahan Takluk (Koloni) Britain’ sebaik sahaja Jepun menyerah kalah dalam Perang Dunia ke II, melalui rancangan pembentukan Malayan Union. Penubuhan Malayan Union Pada 10 Oktober 1945 kerajaan Inggeris mengemukakan Kertas Putih untuk melaksanakan satu sistem pentadbiran baru yang dikenali sebagai Kesatuan Malayan di Tanah Melayu. Sir Harold Mac Michael dilantik untuk mendapatkan persetujuan raja-raja Melayu. Pada bulan Januari 1946 kerajaan Inggeris meluluskan perlembagaan Malayan Union.Malayan Union mencadangkan penggabungan Negeri-negeri Melayu Bersekutu iaitu Perak, Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan dengan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu iaitu Johor, Kedah, Kelantan, Terengganu dan Perlis; dan Negeri Selat (Pulau Pinang dan Melaka) manakala Singapura menjadi tanah jajahan berasingan. Antara sebab Malayan Union diperkenalkan adalah seperti berikut

untuk memelihara kepentingan Inggeris di Tanah Melayu untuk membentuk pentadbiran yang sistematik di Tanah Melayu dengan menyeragamkan pentadbiran di bawah Malayan Union untuk menjimatkan kos pentadbiran di negeri-negeri Melay untuk menyediakan penduduk Tanah Melayu ke arah berkerajaan sendiri.

British menyimpan perasaan anti-Melayu kerana orang Melayu memberi kerjasama dengan Jepun sebelum ini. Malayan Union dianggap dapat mengurang dan mengawal kuasa orang Melayu. 

Penentangan Terhadap Malayan Union

Penentangan yang hebat daripada orang Melayu menyebabkan Malayan Union kemudiannya dibubarkan dan ditubuhkan Persekutuan Tanah Melayu 1948. Penubuhan UMNO Kongres Melayu Se-Malaya yang dipengerusikan oleh Datuk Onn Ja’far telah mengadakan mesyuarat tergempar untuk mengadakan tunjuk perasaan di seluruh bandar utama seperti di Johor Bahru, Kuala Lumpur dan Alor Star. Kongres ini juga seterusnya mengisytiharkan penubuhan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) untuk memelihara kepentingan orang Melayu pada 11 Mei 1946. Kongres juga mengisytiharkan perjanjian-perjanjian Sir Harold Mac Michael adalah tidak sah dan mendesak Malayan Union dimansuhkan.

Ciri-ciri perbezaan Malayan Union 1946 dan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948

Terdapat perbezaan yang jelas antara Malayan Union dengan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Berikut adalah ciri-ciri yang terdapat pada keduanya. Ciri-ciri Malayan Union. Antara ciri-ciri yang dicadangkan dalam Malayan Union ialah:

Page 56: Nota Pengajian Malaysia MPW 2133 Peringkat Ijazah 2012

Ia terdiri daripada sembilan buah negeri Melayu, Pulau Pinang dan Melaka disatukan di bawah pemerintahan Gabenor British. Gabenor ini dibantu oleh Majlis Mesyuarat Persekutuan dan Majlis Undangan Persekutuan.

Malayan Union diketuai oleh seorang Gabenor yang diberi kuasa penuh terhadap perkhidmatan awam. Beliau dibantu oleh sebuah Majlis Mesyuarat Undangan dan Majlis Kerja.

Kuasa raja-raja Melayu dihapuskan dan baginda diberikan peranan sebagai penasihat Gabenor dan Ketua Majlis Penasihat Melayu. Sultan hanya sebagai satu gelaran dan mereka hanya bersuara dalam soal yang menyentuh agam Islam dan adat resam Melayu.

Kerakyatan adalah berdasarkan prinsip jus soli iaitu kerakyatan Tanah Melayu diberikan kepada:

Orang asing yang berumur 18 tahun ke atas dan telah bermastautin di Tanah Melayu atau Singapura selama 10 tahun daripada 15 tahun sebelum 15 Februari 1942 akan diberi kerakyatan, semua orang yang dilahirkan di Tanah Melayu selepas penubuhan Malayan Union. Kanak-kanak yang berumur bawah 18 tahun yang ibu bapanya warganegara turut diberi kerakyatan.

Cdangan pembentukkan Malayan Union ini jelas merugikan masyarakat Melayu terutama dari segi kerakyatan melalui prinsip jus soli.

Malayan Union kemudiannya mendapat tentang hebat daripada orang Melayu dan sebahagian kecil sahaja dari orang bukan Melayu.

Kerana kehilangan kedaulatan raja-raja. Pemberian kewarganegaraan secara jus soli. Ia akan menjejaskan majoriti orang Melayu yang akhirnya menjejaskan ekonomi dan politik mereka serta hak istimewa Melayu juga terancam.

Malayan Union digubal tanpa meminta pandangan orang Melayu. Cara Sir Harold Mac Michael mendapatkan tanda tangan raja-raja Melayu tidak disukai. Beliau dikatakan menggunakan kekasaran dan paksaan.

Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948

Malayan Union kemudiannya mendapat tentangan hebat orang Melayu daripada seluruh Tanah Melayu bermula dari Johor hingga ke utara tanah air. Respon daripada penubuhan Malayan Union ini juga UMNO kemudiannya ditubuhkan pada 11 Mei 1946, bukan sahaja menentang Malayan Union tetapi juga berjuang untuk menuntut

Page 57: Nota Pengajian Malaysia MPW 2133 Peringkat Ijazah 2012

kemerdekaan. Namun pihak British tetap isytiharkan Malayan Union pada 11 April 1946 namun dipulaukan oleh orang Melayu. Melihat kepada penentangan yang hebat itu Inggeris akhirnya membubarkan Malayan Union kerana yakin tanpa sokongan orang Melayu ia tidak akan berjaya. Malayan Union kemudiannya digantikan dengan Persekutuan Tanah Melayu. Penubuhan Jawatankuasa Kerja 1946 Bulan Julai 1946 kerajaan British telah menubuhkan satu Jawatankuasa Kerja untuk menggubal perlembagaan baru bagi menggantikan Perlembagaan Malayan Union. Antara ciri jawatankuasa ini ialah:

terdiri daripada 4 wakil raja-raja Melayu, 2 wakil UMNO dan 6 pegawai British Jawatankuasa ini bertanggung jawab merangka sebuah perlembagaan baru

yang boleh diterima oleh orang Melayu British menubuhkan pula Jawatankuasa Perundingan pada Disember 1947-

terdiri daripada orang Eropah, Cina dan India, tujuannya untuk dapatkan orang bukan Melayu mengenai perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.

Perlembagaan Persekutuan Persekutuan Tanah Melayu diisytiharkan pada 1 Februari 1948. Antara ciri-ciri Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948 ialah:

Sembilan buah negeri Melayu serta Pulau Pinang dan Melaka terlibat di dalam Persekutuan. Namun Singapura kekalkan dibawah jajahan British.

Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu akan diketuai oleh Pesuruhjaya Tinggi British dan dibantu oleh Majlis Undangan Persekutuan dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Persekutuan.

Majlis Undangan Persekutuan dipengerusikan oleh Pesuruhjaya Tinggi Sultan-sultan diberi semula hak dan kuasa memerintah tetapi dengan nasihat

Majlis Mesyuarat Negeri dan Majlis Undangan Negeri. Syarat kewarganegaraan diketatkan iaitu seseorg pemohon mestilah lahir di

Tanah Melayu dan telah bermastautin selama 8 – 12 tahun. Seorang pemohon asing mestilah bermastautin selama 15 tahun . Umur minimum bagi kedua-dua situasi tersebut adalah 18 tahun dan mempunyai pengetahuan Bahasa Melayu yang baik.

Orang Melayu diberi hak keistimewaan sebagai kaum bumiputera dan mempunyai perwakilan terbesar dalam Kerajaan Persekutuan dan Negeri.

Jawatan Menteri Besar diwujudkan untuk menggantikan jawatan residen British dan kuasa kerajaan negeri diperluaskan meliputi kewangan, kesihatan dan kerajaan tempatan.

Berdasarkan Perlembagaan Persekutuan 1948 ini, kedaulatan raja-raja Melayu dipertahankan walaupun tiada lagi kuasa mutlak.

Malah syarat kewarganegaraan juga diperketatkan bagi menjaga hak keistimewaan orang Melayu.

Page 58: Nota Pengajian Malaysia MPW 2133 Peringkat Ijazah 2012

Dengan pengisytiharan Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948 ini British kemudiannya menubuhkan Majlis Mesyuarat Kerja Persekutuan dengan tujuan memberi latihan dan pengalaman kepada rakyat tempatan kepada sistem demokrasi dan berkerajaan sendiri.

Peruntukan Utama Perlembagaan

Perlembagaan ialah satu dokumen yang mengandungi semua susunan peraturan dan undang-undang dasar yang dianggap penting bagi pemerintahan dan pentadbiran sesebuah Negara. Kini, Perlembagaan Malaysia mengandungi sebanyak 183 Perkara yang tergolong dalam 15 Bahagian. Antara kandungannya menyebut mengenai kuasa kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri, bentuk dan tugas Yang di-Pertuan Agung, Parlimen dan Kabinet.

Konsep Ketertinggian Perlembagaan

Perlembagaan Persekutuan Malaysia ialah undang-undang tertinggi Negara dan menjadi punca kepada semua undang-undang. Oleh itu, untuk memastikan ketertinggian perlembagaan ini kekal, maka beberapa garis panduan telah ditetapkan dan dipatuhi iaitu:

Perlembagaan menentukan apakah Perkara Persekutuan yang kerajaan Persekutuan boleh lakukan dan Perkara Negeri yang kerajaan negeri boleh lakukan.

Perlembagaan menentukan apakah perkara bersama yang membolehkan Parlimen atau Dewan Undangan Negeri membuat undang-undang mengenainya. Contohnya undang-undang yang boleh dibuat oleh Parlimen ialah pertahanan, pelajaran, hal ehwal luar negara dan sebagainya. Jika parlimen campur tangan dalam pembentukan undang-undang di luar perkara Persekutuan maka undang-undang tersebut adalah tidak sah.

Kedudukan YDPA sebagai ketua negara, lambang taat setia rakyat, lambang negara, ketua Parlimen, ketua pemerintah dan sebagainya. Walau bagaimanapun ia tertakluk kepada halangan-halangan yang dikenakan oleh Perlembagaan. Baginda adalah raja berperlembagaan iaitu bertindak mengikut nasihat jemaah Menteri.

Kuasa kehakiman juga tertakluk kepada sekatan-sekatan yang dikenakan oleh perlembagaan. Kuasa YDPA sebagai ketiga-tiga cabang kerajaan (perundangan, pentadbiran dan kehakiman) juga tertakluk kepada sekatan-sekatan yang dikenakan oleh Perlembagaan.

Kerajaan tidak boleh membuang negara seseorang warganegara, tidak boleh menahan seorang warganegara dari pulang ke tanahairnya dan tidak boleh memaksa seseorang itu menjadi buruh paksa dan tidak boleh memenjarakan mana-mana individu melainkan menurut undang-undang.

Page 59: Nota Pengajian Malaysia MPW 2133 Peringkat Ijazah 2012

Peruntukan Istimewa Perlembagaan

Hak-Hak Asasi

Kebebasan asasi seseorang individu adalah diperuntukan dalam Bahagian 2 Perlembagaan Persekutuan. Kebebasan asasi boleh dibahagikan kepada 2 kategori iaitu kebebasan mutlak dan kebebasan terhad . Kebebasan asasi hanya boleh diubah dengan majorit dua pertiga daripada jumlah kesemua ahli Dewan Perundangan. Perkara-perkara kebebasan asasi adalah seperti berikut:

Keabdian dan Kerja Paksa

Perkara 6 Perlembagaan Persekutuan Malaysia, memperuntukkan bahawa tidak seorang pun boleh ditahan sebab abdi dan kerja paksa. Segala jenis kerja paksa adalah dilarang tetapi parlimen boleh dengan undang-undang, membuat peruntukan bagi perkhidmatan kerahan untuk maksud-maksud Negara. Kerja yang berkaitan dengan menjalankan hukuman penjara tidaklah dianggap sebagai kerja paksa.

Kesamarataan Di Sisi Undang-Undang

Perlembagaan Persekutuan Malaysia memperuntukan bahawa semua orang adalah sama di sisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan yang sama. Fasal 2 memperuntukkan seseorang warganegara itu tidak boleh dibezakan semata-mata atas sebab agama, kaum, keturunan atau tempat lahir. Walaubagaimanapun pengecualian terdapat dalam Perkara 153 yang memperuntukan layanan istimewa bagi orang Melayu dan kaum bumiputera yang lain di Sabah dan Sarawak dalam beberapa lapangan.seperti pemegangan jawatan-jawatan dalam perkhidmatan awam, pemberian biasiswa-biasiswa dan pengeluaran permit serta lesen.

Larangan Buang Negeri dan Kebebasan Bergerak

Perkara 9 Perlembagaan Persekutuan Malaysia memperuntukan bahawa tidak seorang pun warganegara yang boleh dibuang negeri atau ditahan daripada masuk ke dalam Persekutuan. Setiap warganegara berhak bergerak dengan bebasnya dan bermastautin di mana-mana bahagian Persekutuan. Walaubagaimanapun hal ini tertakluk kepada undang-undang imegresen yang berkaitan dengan Sabah dan Sarawak. Keadaan ini tertakluk kepada undang-undang yang berkaitan denga keselamatan Persekutuan seperti ketenteraman awam, kesihatan awam dan hukuman yang dikenakan kepada pesalah.

Kebebasan Bercakap, Berhimpun dan Menubuhkan persatuan

Page 60: Nota Pengajian Malaysia MPW 2133 Peringkat Ijazah 2012

Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan Malaysia memperuntukan kebebasan kepada semua warganegara untuk bercakap, berhimpun dan menubuhkan persatuan . Namun demikian, parlimen boleh memberi atau mengenakan sekatan tertentu bagi kepentingan keselamatan, ketenteraman awam atau moral. Adalah menjadi satu kesalahan untuk menyoal perkara-perkara sensitif seperti hak-hak keistimewaan orang Melayu dan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi.

Kebebasan Beragama

Sungguhpun Perlembagaan Persekutuan Malaysia memperuntukkan agama Islam sebagai agama rasmi persekutuan, tetapi setiap warganegara Malaysia berhak mengamalkan agama masing-masing. Setiap Individu berhak untuk mengembangkan agamanya, tetapi undang-undang negeri dan undang-undang persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa iktikad atau kepercayaan agama dikalangan orang yang menganut agama Islam. Walau bagaimanapun, kebebasan diberikan kepada kerja-kerja mubaligh di kalangan orang bukan Islam.

Manakala di Sabah dan Sarawak pula, undang-undang negeri yang ingin menyekat apa-apa agama, iktikad dan kepercayaan di kalangan orang Islam berkehendakkan undi sebanyak 23 daripada jumlah bilangan anggota Dewan Undangan Negeri. Tiap-tiap kumpulan agama berhak untuk:

Menguruskan hal-ehwal agamanya sendiri. Menubuh dan menyelenggara yayasan-yayasan bagi maksud agama dan

khairat. Memperoleh dan mempunyai harta serta memegang dan mentadbirkannya

mengikut undang-undang.

Kesamarataan dalam Pelajaran

Perkara 12 dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia menyatakan tentang hak mengenai pelajaran. Tidak terdapat sebarang perbezaan terhadap mana-mana warganegara semata-mata kerana agama, kaum, keturunan, tempat lahir untuk mendapatkan pendidikan, iaitu:

.Dalam pentadbiran mana-mana yayasan pelajaran yang diselenggara oleh suatu pihak berkuasa awam tentang kemasukan murid-murid atau pelajar mengenai bayaran.

Tentang memperuntukkan kewangan dan bantuan kewangan pihak berkuasa awam bagi menanggung atau membiayai murid-murid atau pelajar-pelajar di mana-mana yayasan pelajar tertakluk kepada Perkara 153.

Page 61: Nota Pengajian Malaysia MPW 2133 Peringkat Ijazah 2012

Tiap-tiap kumpulan agama diberi kebebasan untuk menubuh dan menyelenggara yayasan-yayasan untuk pelajaran kanak-kanak atau mengenai agama kumpulan itu. Selain itu, tidak terdapat perbezaan semata-mata sebab agama dalam mana-mana undang-undang berkaitan dengan yayasan itu, tetapi dalam undang-undang persekutuan dan negeri, boleh mengadakan bantuan kewangan khas bagi menyelenggara Yayasan Islam atau mengajar mengenai agama Islam kepada penganutnya. Tidak seorang pun diwajibkan menerima apa-apa ajaran mengenai apa-apa agama atau mengambil bahagian dalam apa-apa upacara atau sembahyang bagi sesuatu agama yang lain daripada agamanya sendiri.

Hak Untuk Berharta

Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan Malaysia memperuntukkan tidak seorang pun boleh dilucutkan hartanya kecuali menurut undang-undang. Undang-undang juga tidak boleh membuat peruntukan untuk mengambil atau menggunakan harta dengan paksa tanpa pampasan yang mencukupi.

Perlindungan Daripada Undang-Undang Jenayah Yang Berkuatkuasa Kebelakangan dan Perbicaraan berulang

Perlindungan daripada undang-undang jenayah yang berkuat kuasa kebelakangan dan perbicaraan berulang Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Melalui Perkara 7, memperuntukkan tidak seorang pun yang boleh dihukum kerana sesuatu perbuatan yang tidak menjadi kesalahan di sisi undang-undang pada masa perbuatan itu dilakukan dan tidak sesiapa juga boleh menanggung hukuman yang lebih berat bagi sesuatu kesalahan daripada yang telah ditetapkan oleh undang-undang pada masa kesalahan itu dilakukan.

Fasal 2 memperuntukkan bahawa seseorang yang telah dibebaskan ataupun disabitkan dengan kesalahan tidak boleh dibicarakan sekali lagi di atas kesalahan yang sama kecuali jika sabitan atau pembebasan itu telah dibatalkan dan perbicaraan semula diperintahkan oleh mahkamah atasan mengenai perkara yang dia telah dibebaskan ataupu disabitkan kesalahan itu.

Kedudukan Istimewa Orang Melayu Serta Hak Kaum Bumiputera Yang Lain

Menurut Perkara 160 (2) Perlembagaan Persekutuan Malaysia, orang Melayu ditakrifkan sebagai:

Seorang yang beragama Islam, Bertutur bahasa Melayu, Mengamalkan adat istiadat Melayu,

Page 62: Nota Pengajian Malaysia MPW 2133 Peringkat Ijazah 2012

Lahir sebelum hari merdeka sama ada di Persekutuan atau di Singapura, atau pada hari merdeka dia bermastautin di Persekutuan atau di Singapura.

Manakala Bumiputera di Sabah dan Sarawak (termasuk bukan Melayu) termasuk golongan yang menerima keistimewaan seperti mana yang diperoleh orang Melayu di Semenanjung. Dalam hal ini, walaupun sesuatu keistimewaan diberikan kepada orang Melayu dan Bumiputera di Sabah dan Sarawak, kepentingan bagi kaum lain juga hendaklah dilindungi. Antara perkara yang termasuk dalam soal hak keistimewaan orang melayu sebagai bumiputera ialah:

Perkhidmatan Awam

Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan Malaysia memperuntukkan tanggungjawab kepada YDPA atas nasihat Jemaah Menteri untuk menentukan perizaban bagi orang Melayu dan Bumiputera di Sabah dan Sarawak. Amat penting untuk YDPA merizabkan untuk orang Melayu dan Bumiputera di Sabah dan Sarawak suatu kadar bilangan jawatan yang berpatutan dalam perkhidmatan awam persekutuan memandangkan sebelum ini bilangan orang Melayu yang memegang jawatan dalam pentadbiran kerajaan sangat kurang. Pada masa Tanah Melayu dijajah oleh British, kebanyakan jawatan-jawatan rendah dalam pentadbiran dipegang oleh orang-orang India dan Sri Lanka yang mahir bertutur dalam bahasa Inggeris. Manakala jawatan-jawatan tinggi pula dipegang oleh orang British. Penduduk pribumi pula bekerja sebagai nelayan dan petani. Untuk memperbaiki keadaan ini, para perwakilan daripada kaum Melayu, Cina dan India yang merangka perlembagaan telah sepakat bahawa bilangan orang Melayu dalam pentadbiran mestilah ditambah dan diberi keutamaan.

Lapangan Ekonomi

Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan Malaysia menghuraikan tentang keistimewaan khas orang Melayu dan Bumipetera Sabah dan Sarawak dalam lapangan ekonomi. Dalam hal ini undang-undang Persekutuan menggariskan jika sesuatu permit atau lesen yang dikehendaki bagi menjalankan urusan perniagaan dan perdagangan, YDPA hendaklah mengeluarkan arahan kepada pihak berkuasa yang bertanggungjawab untuk mengeluarkan permit atau lesen bagi menentukan kadar perizaban kepada orang Melayu.

Peruntukan ini adalah untuk menolong orang Melayu melibatkan diri dalam bidang perdagangan dan perindustrian memandangkan selama ini orang Melayu ketinggalan dalam bidang ekonomi. Semenjak penjajahan British sehinggalah kemerdekaan, orang Melayu masih kurang menceburkan diri dalam perdagangan dan perniagaan. Usaha kerajaan adalah untuk menghapuskan pengenalan bangsa mengikut pekerjaan, terutama bidang perniagaan yang kebanyakannya didominasi oleh bangsa asing. Usaha kerajaan selanjutnya ialah pengenalan Dasar Ekonomi Baru (DEB) pada tahun

Page 63: Nota Pengajian Malaysia MPW 2133 Peringkat Ijazah 2012

1970-an dengan harapan orang Melayu akan memiliki sekurang-kurangnya 30% daripada jumlah kegiatan perdagangan dan perindustrian di Negara ini.

Pendidikan

Bagi mengelakkan orang Melayu ketinggalan dalam bidang ekonomi, pembelaan pendidikan orang Melayu sangat penting. Ini memandangkan nasib orang Melayu dalam bidang ekonomi bergantung pada pendidikan. Justeru, kemudahan khas perlu diadakan kepada orang Melayu agar dapat bersaing dengan kaum lain khasnya dalam bidang ekonomi.

Fasal 2 Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan Malaysia memperuntukkan YDPA bertanggungjawab untuk melindung kedudukan istimewa orang Melayu dan kaum Bumiputera di Sabah dan Sarawak dengan menentukan perizaban kepada mereka seperti biasiswa, bantuan dan keistimewaan-keistimewaan pelajaran dana lain-lain kemudahan pelajaran yang diadakan oleh kerajaan Persekutuan. Dalam hal ini, YDPA boleh memberi arahan kepada mana-mana pihak berkuasa yang bertanggungjawab untuk melaksanakannya.

Walau bagaimanapun, Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan Malaysia memperuntukkan perlindungan untuk kepentingan kaum lain. Misalnya Fasa 4, memperuntukkan YDPA tidak boleh memberhentikan apa-apa biasiswa, bantuan dan keistimewaan pelajaran kepada mana-mana orang selain orang Melayu dan Bumiputera di Sabah dan Sarawak. Salah satu peruntukan utama untuk orang Melayu ialah kemasukan anak-anak Melayu ke universiti dan skim biasiswa.

Demokrasi Berparlimen Dan Sistem Pilihan Raya Malaysia

Pilihan Raya di Malaysia dijalankan bagi menunjukkan bahawa negara mengamalkan sistem demokrasi berparlimen. Sistem pilihan raya mula diperkenalkan pada tahun 1955 dan terus diadakan setiap lima tahun sekali sehingga kini. Fungsi utama pilihanraya adalah:

Page 64: Nota Pengajian Malaysia MPW 2133 Peringkat Ijazah 2012

Untuk menentukan pemindahan kuasa tanpa kekerasan dan pertumpahan darah.

Menunjukkan Malaysia sebagai sebuah Negara yang mengamalkan demokrasi.

Di Malaysia, terdapat dua bentuk pilihan raya iaitu Pilihan Raya Umum dan pilihan Raya Kecil dan segala urusan pilihan raya diuruskan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya.

Penamaan Calon dan Berkempen

Beberapa syarat perlu dipatuhi bagi calon yang bertanding dalam pilihan raya samada di peringkat Dewan Undangan Negeri atau Parlimen, iaitu:

Berumur 21 tahun ke atas, Warganegara Malaysia, Berakal/ Waras, Tidak sabit kesalahan oleh mana-mana mahkamah (penjara satu tahun atau

denda lebih RM2000), Tidak memegang mana-mana jawatan bergaji, Tidak muflis, Bermastautin secara tetap dalam kawasan pilihanraya dan telah mendaftar

sebagai pengundi.

Pilihanraya hanya akan diadakan sekiranya terdapat lebih dari calon yang didaftarkan untuk bertanding dalam satu kawasan piliharaya, jika tidak calon akan dianggap sebagai menang tanpa bertanding. Calon boleh bertanding atas nama parti atau perseorangan.

Pada hari penamaan calon, bakal calon perlu menyerahkan beberapa dokumen kepada pegawai bertugas, seperti:

Kertas penamaan calon, diserahkan antara jam 9.00 pagi hingga jam 11.00 pagi pada hari penamaan calon.

Page 65: Nota Pengajian Malaysia MPW 2133 Peringkat Ijazah 2012

Wang pertaruhan sebanyak RM 10,000 untuk calon Dewan Undangan Negeri dan RM 30,000 untuk calon Parlimen. Wang disertakan bersama-sama kertas penamaan calon.

Wang pertaruhan akan hilang sekiranya calon gagal mendapat undian sekurang-kurangnya satu perlapan daripada jumlah undi yang diperoleh semua calon dalam bahagian piliharaya tersebut.

Calon yang bertanding atas nama parti politik boleh menggunakan simbol parti masing-masing, manakala calon bebas boleh menggunakan simbol-simbol yang disediakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya .

Semasa berkempen, calon-calon dikehendaki mematuhi etika pilihanraya bagi memastikan suasana aman dan tenteram. Pada waktu ini, mereka dibenarkan membelanjakan RM 50,000.00 bagi pilihan raya Dewan Rakyat dan RM 30,000.00 bagi pilihan raya Dewan Undangan Negeri. Selain itu, semasa berkempen mereka dibenarkan menggunakan kaedah mereka sendiri untuk memancing pengundi seperti mengedarkan risalah, surat, pelekat, poster, ceramah atau berkempen dari rumah ke rumah. Walau bagaimanapun, mereka tertakluk kepada beberapa syarat iaitu:

Tidak menggunakan tingkah laku atau peribadi seseorang sebagai bahan untuk berkempen dan memancing undi.

Memastikan semua risalah atau bahan bercetak mengandungi alamat pencetak dan penerbit.

Dilarang memberi rasuah dan sogokan. Dihalang menggunakan kekerasan, paksaan atau halangan.

Pengundian

Sebelum keluar mengundi, pengundi perlu mendaftarkan diri dengan SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya). Selain itu, pengundi juga tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan dalam Perkara 119 Perlembagaan Persekutuan iaitu:

Warganegara Malaysia, Berumur 21 tahun ke atas, Bermastautin di sesuatu bahagian pilihan raya, Mengundi dalam satu bahagian pilihanraya sahaja .

Bagi warganegara yang berada diluar kawasan pilihanraya, mereka dibenarkan mengundi melalui pos. Antara individu yang dibenarkan untuk mengundi pos ialah:

Anggota perkhidmatan awam,

Page 66: Nota Pengajian Malaysia MPW 2133 Peringkat Ijazah 2012

Pegawai SPR yang bertugas pada hari pengundian, Anggota Polis, Pegawai tentera yang berugas di perbatasan/ hutan belentara, Pelajar-pelajar Malaysia yang belajar di luar Negara semasa pengundian

dijalankan.

Selain itu, individu juga boleh hilang kelayakan untuk mengundi sekiranya beliau:

Tidak sempurna akal. Sedang menjalani hukuman penjara. Dijatuhi hukuman mati oleh mahkamah

Proses Pilihanraya:

1) Hari penamaan calon2) Deposit3) Penggunaan symbol4) Kempen5) Hari mengundi6) Barung SPR7) Pengiraan Undi8) Kebenaran memasuki kawasan mengundi9) Cara-cara mengundi10) Undi pos11) Ejen mengundi12) Pengiraan undi13) Penjumlahan rasmi undi14) Petisyen pilihan raya15) Penyata perbelanjaan pilihan raya16) Penyimpanan dan pelupusan

Pengundian hanya boleh dijalankan di tempat-tempat yang telah diwartakan sahaja. Setiap pusat mengundi akan diketuai oleh seorang ketua yang dilantik oleh SPR untuk menyelia semua urusan pengundian.

Pengiraan Undi

Proses pengiraan undi akan dilakukan pada tempat mengundi atau berkelompok dan undi-undi pos bagi setiap bahagian pilihan raya dikira ditempat yang ditetapkan oleh

Page 67: Nota Pengajian Malaysia MPW 2133 Peringkat Ijazah 2012

Pegawai Pengurus Pilihan Raya. Semasa pengiraan dan penjumlahan undi, hanya orang berikut yang di benarkan mengira undi:

Anggota dan pegawai SPR Pegawai yang dilantik oleh SPR Kerani yang mengira undi Calon, ejen pilihanraya serta ejen mengira undi

Keputusan Undi

Keputusan pilihan raya akan diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya mengikut kawasan tersebut. Mana-mana calon yang mendapat undi terbanyak akan di anggap menang dalam pilihan raya tersebut. Seterusnya, keputusan bagi seluruh kawasan pilihan raya akan diumumkan dan parti yang menang dengan kelebihan kerusi majoriti akan membentuk kerajaan. Walau bagaimanapun, keputusan pilihan raya boleh di cabar melalui mahkamah sekiranya berlaku:

Penyogokan atau perbuatan yang menyalahi undang-undang Tidak mematuhi undang-undang dan peraturan pilihan raya Calon atau ejen calon hilang kelayakan Berlaku penipuan dan ugutan

PEMBINAAN NEGARA BANGSA

Masyarakat

Page 68: Nota Pengajian Malaysia MPW 2133 Peringkat Ijazah 2012

Kamus Dewan (2005) menyatakan: “Masyarakat ialah kumpulan manusia yang hidup bersama di sesuatu tempat dengan aturan dan cara tertentu. Individu, keluarga dan kumpulan – kumpulan kecil merupakan anggota sesebuah masyarakat. Jaringan erat wujud dalam kalangan anggota tersebut, khususnya, melalui hubungan bersemuka. Melalui pergaulan, maka berlakulah hubungan sosial yang sifatnya berulangan seperti gotong royong, menjayakan majlis-majlis perkahwinan, menyambut hari-hari kebesaran agama dengan ziarah menziarahi, mengadakan rumah tebuka, jamuan rakyat dan sebagainya. Kekerapan perpaduan ini membina satu kesepaduan dalam masyarakat tersebut sebagai satu unit sosial.”

Masyarakat Majmuk

Dalam konteks memahami kerangka masyarakat Malaysia beberapa konsep perlu diteliti serta difahami untuk memudahkan pemahaman tentang perkara tersebut. Antaranya konsep masyarakat majmuk dan masyarakat pelbagai kaum. Menurut J.S Furnival, masyarakat majmuk ialah masyarakat yang hidup berdampingan, tetapi berlainan dalam satu entiti politik. Walaupun pendapat Furnival itu mengambil contoh Burma dan Indonesia tetapi sebenarnya perkara yang sama juga turut berlaku di sekitar Tanah Melayu.

Dengan kata lain, pendapat Furnival itu dapat difahami sebagai satu masyarakat yang hidup bersama tetapi tidak bersatu. Setiap kaum mempunyai bahasa, budaya, agama dan nilai pemikiran yang berbeza. Setiap perhubungan itu lebih bersifat ekonomi iaitu dalam urusan jual beli. Masyarakat pelbagai kaum yang tidak lagi dicirikan oleh perbezaan yang besar di kalangan mereka. Ini bermakna masyarakat kepelbagaian mempunyai ciri-ciri yang berlawanan dengan ciri-ciri masyarakat majmuk.

Ciri-ciri masyarakat majmuk adalah seperti:

Pelbagai jenis manusia Bercampur tetapi tidak bersatu Berdekatan tetapi berpisah dalam sistem politik yang sama atau penempatan

berasingan Berpegang kepada budaya, agama, bahasa, idea, dan kaedah sendiri Bergaul tetapi tidak bercantum Pengasingan pekerjaan mengikut kaum

Proses Pembentukan Masyarakat Majmuk

Penjajahan British

Page 69: Nota Pengajian Malaysia MPW 2133 Peringkat Ijazah 2012

Penjajahan British merupakan faktor utama terjadinya masyrakat majmuk di Malaysia dan ia juga sebenarnya telah mengakibatkan berlakunya perubahan dalam sejarah pentadbiran Negara.

Semasa British mentadbir Tanah Melayu, pelbagai cara telah dibuat untuk mengubah sistem pemerintahan kerajaan tradisi kepada pemerintahan bercorak barat.

British juga telah memperkenalkan sistem ‘Divide & Rule’ iaitu pecah dan perintah yang mana mereka telah membahagikan kawasan mengikut provinsi tertentu kemudian memerintah kawasan tersebut mengikut cara ‘ kesatuan’.

Dasar British ini telah menyebabkab ketiga-tiga kaum itu hidup berpisah antara satu sama lain.

Melalui Dasar ini juga British telah menentukan peranan setiap untuk tidak berinteraksi antara kaum tersebut. British tidak mahu tiga kaum utama itu bersatu dan seterusnya akan menentang pihak British.

Perkembangan Sektor Ekonomi (Getah dan Bijih Timah)

Kemajuan ekonomi tanah Melayu serta permintaan yang tinggi terhadap bijih timah dan getah di pasaran dunia (Revolusi Industri di Eropah) telah menyebabkan pihak British mula sedar bahawa pembangunan ekonomi tanah Melayu dapat berjalan lancar sekiranya terdapat bekalan buruh yang banyak dan murah.

Oleh sebab itu mereka telah memberi peluang kepada kemasukan imigran secara beramai-ramai ke Tanah Melayu. Lanjutan daripada itu telah membawa kepada pembukaan kawasan perlombongan bijih antaranya di Larut pada tahun 1850 dan di Selangor pada tahun 1860.

Selain daripada itu, ia juga disebabkan oleh kemasukan imigran dari India yang dibawa oleh British sekitar awal abad 20 ekoran daripada perusahaan automobil di Amerika yang amat pesat membangun. Permintaan yang tinggi juga telah menyebabkan lebih banyak kawasan baru di buka untuk tanaman getah.

Penghijrahan Kaum Dari Luar Tanah Melayu

Ekoran kedatangan golongan imigran ini, secara tidak langsung telah menyebabkan berlakunya kepelbagaian dalam masyarakat dan seterusnya membawa kepada

Page 70: Nota Pengajian Malaysia MPW 2133 Peringkat Ijazah 2012

kemajmukan dalam masyarakat di Tanah Melayu ketika itu.Terdapat beberapa faktor penghijrahan golongan imigran yang boleh dikelaskan sebagai faktor penolak dan faktor penarik.

Faktor Penolak:

Pertambahan penduduk sama ada di India mahupun di China. Negara India misalnya, pertambahan penduduk yang begitu pesat sehingga menyebabkan kekurangan dari segi pengeluaran dan pembekalan makanan. Maka ia telah menyumbang kepada masalah kemiskinan yang kronik.

Ketidakstabilan politik, sebagai contohnya, China. Ia adalah kerana pemberontakan dan cubaan mengulingkan Dinasti Manchu di Kwangtong dan Kwansi oleh orang Cina yang berbangsa Han.

Bencana alam. Di India, kerap berlaku banjir besar dan kemarau yang melampau telah

menyebabkan pengeluaran hasil tanaman semakin merosot. Begitu juga hal yang berlaku di China, sehingga memaksa mereka berhijrah ke Tanah Melayu.

Faktor Penarik:

Perkembangan ekonomi di Tanah Melayu yang amat memberangsangkan telah menarik minat imigran Cina dan India untuk berhijrah ke Tanah Melayu.

Ia adalah kesan daripada aktiviti perlombngan bijih timah dan perusahaan getah yang dijalankan oleh Kerajaan British di Tanah Melayu.

Kedatangan imigran ini juga adalah bagi memenuhi keperluan buruh-buruh dalam kedua-dua perusahaan tersebut. Contohnya, perlombongan bijih timah dikuasai oelh imigra Cina dan perusahaan getah di monopoli oleh buruh dari India.

Agama Dan Kepercayaan Masyarakat di Malaysia

Masyarakat Melayu Agama Islam adalah agama rasmi negara ini. Ianya ditegaskan di dalam

Perkara 3 Perlembagaan Malaysia. Al Quran merupakan asas perundangan yang utama dalam Islam. Ia menjadi sumber rujukan dan Kitab Unggul umat Islam. Perkataan Islam berasal dari perkataan Arab (aslama, yuslimu, islaman) yang bermaksud tunduk, patuh dan ia juga bermaksud selamat, sejahtera serta damai.

Melahirkan manusia yang mempunyai konsep kepercayaan yang betul iaitu hanya percaya pada kekuasaan Allah. Melahirkan manusia yang mempunyai cara hidup yang tersusun dan sistematik.

Page 71: Nota Pengajian Malaysia MPW 2133 Peringkat Ijazah 2012

Akidah ialah kepercayaan sepenuhnya kepada keesaan Allah dan apa-apa yang diwahyukan oleh Allah.

Tauhid ialah kepercayaan sepenuh jiwa dan raga kepada keesaan Allah. Syariah ialah undang-undang dan hukum (peraturan) Islam yang terkandung

dalam kitab suci Al-Quran dan Sunnah (Hadis).

Dalam Islam, terdapat tiga konsep yang penting iaitu Iman, 'amal dan Ihsan.

Iman: berkaitan dengan kepercayaan (aqidah) seorang Muslim. Amal: segala perbuatan baik dan tingkah laku yang mendapat balasan pahala.\ Ihsan: menyentuh adab-adab seorang Muslim. Hubungan manusia dengan Allah: Orang islam harus taat dan patuh kepada

Allah dalam menjalankn amal ibadat. Hubungan manusia dengan manusia: Orang islam di suruh supaya hormati

bangsa lain, berbaik-baik, bantu membantu dan hidup bersama Hubungan manusia dengan alam: Orang islam juga perlu menjaga dan

memelihara serta memulihara alam kerana manusia adalah khalifah yang mentakbir bumi mengikut ajaran Agama Islam.

Masyarakat Cina Golongan ini membawa bersama agama dan kepercayaan yang mereka anuti ke

negara ini dan kekal mengamalkan agama dan kepercayaan masing-masing tanpa halangan.

Toisme: Antara agama atau kepercayaan yang diamalkan oleh masyarakat Cina ialah fahaman Taoisme (sistem falsafah Cina). Diasaskan oleh Lao Tze. Kepercayaan ini lebih cenderung kepada semangat cintakan alam semulajadi dan kedamaian. Taoisme berasal dari perkataan Tao bermaksud ‘jalan’ atau ‘cara’. Ia bermatlamat untuk mencapai ketenangan jiwa, kedamaian dan keharmonian emosi.

Confucianisme: Satu lagi anutan masyarakat Cina ialah fahaman Confucianisme yang diasaskan oleh Kung Fu Tze (Confucius). Confucianisme diasaskan di China oleh Kung Chung-Ni atau Kung Fu-Tze. Kung Fu-Tze cuba mengembalikan nilai-nilai tradisional yang bertatasusila dan berakhlak dalam masyarakat Cina. Ajaran ini amat mementingkan organisasi kekeluargaan.

Keserasian dalam keluarga iaitu:Ia juga memperkenalkan satu sistem moral yang sangat penting dikenali sebagai Lima Jenis Perhubungan (Wu Lun) iaitu:A) Hubungan pemerintah dengan rakyat

Page 72: Nota Pengajian Malaysia MPW 2133 Peringkat Ijazah 2012

B) Hubungan suami dengan isteri C) Hubungan bapa dengan anak D) Hubungan abang dengan adik E) Hubungan sahabat dengan sahabat

Konsep Yin dan Yang:Semua benda yang ada di dunia ini adalah gabungan unsur-unsur pasif yang dikenali sebagai Yin dan unsur aktif yang dikenali sebagai Yang. Gabungannya akan membawa keharmonian.

Jen:Jen (perikemanusiaan) ajaran supaya membuat kebaikan sesama manusia. Bermatlamat untuk membentuk individu yang bermoral. Manusia mempunyai sifat baik secara semula jadi.

Chun Zhi:Chun Zhi ialah peribadi agung. Iaitu mempunyai pendirian yg tetap, penuh kasih sayang, toleransi dan tdk sombong. Merupakan konsep manusia yang benar, sempurna dan terbaik. (seperti insan kamil)

Masyarakat India

Agama Hindu ini agak berbeza berbanding agama-agama lain kerana ia tidak mempunyai pembawa dan tidak diketahui kemunculannya. Ahli sejarah berpendapat bahawa agama Hindu lebih merupakan agama kebudayaan daripada agama wahyu. Ciri agama Hindu :

Kepercayaan kepada banyak Tuhan: bentuk politestik: konsep trimurtiTuhan Pencipta (Brahma), Tuhan pelindung (Vishnu), Tuhan pembinasa (Siva)

Konsep Karma dan Kelahiran Semula / Penjelmaan semula: Kitab-kitab Vedas: mempunyai riwayat hidup dan amalan Mereka percaya dengan kitaran kelahiran, kematian dan kelahiran semula

(samsara) di mana sistem ini bergantung dengan amalan-amalan (karma) seseorang itu yang akan menentukan kehidupan seterusnya di alam yang lain.

Lain-lain Masyarakat

Page 73: Nota Pengajian Malaysia MPW 2133 Peringkat Ijazah 2012

Agama Kristian adalah sebuah agama monotheis yang berdasarkan kehidupan dan ajaran-ajaran Yesus dari Nazaret sebagaimana ditunjukkan dalam karya-karya para pengikutnya dalam Perjanjian Baru. Asas ajaran Kristian ialah pengesaan Tuhan, persaudaraan, dan kasih sayang. Mengikut Jesus, Tuhan ialah esa, penyayang dan pengampun.

Masyarakat Sarawak : Mereka berpegang kepada ajaran animisme sejak dahulu lagi dan sekarang ia banyak dipengaruhi oleh unsur-unsur fahaman Hindu-Budhha. Agama Kristian dibawa masuk oleh kuasa-kuasa Barat dan kini sebahagian besar orang Iban beragama Kristian. Orang Iban juga berpegang kuat kepada ‘miring’ iaitu kepercayaan tradisional seperti jampi serapah yang dilakukan bertujuan menolak bala.

Masyarakat Sabah : Mereka juga percaya kepada konsep”tulah” iaitu malapetaka yang ditimpa apabila melanggar adat atau peraturan. Mempunyai upacara pemujaan ‘keamatan’ (pesta menuai).

Kebudayaan

Kepentingan adat resam di dalam hidup masyarakat tidak kira apa bangsa sekalipun tidak dapat dinafikan. Adat dan budaya yang merangkumi seluruh aspek bermula dari kelahiran, perkahwinan sehinggalah kematian terdapat di dalam hidup semua masyarakat di Malaysia. Adat resam merupakan kebiasaan cara hidup yang diamalkan oleh sesuatu masyarakat yang dapat menggambarkan corak budaya masyarakat tersebut. Pengetahuan terhadap kebudayaan adalah penting bagi rakyat Malaysia kerana banyak salah faham dan prasangka timbul daripada gagasan untuk mewujudkan kebudayaan kebangsaan Malaysia yang berteraskan kebudayaan peribumi. Ini kerana kebudayaan mempunyai hubungan yang amat rapat dengan masyarakat kerana tidak akan ada kebudayaan sekiranya tidak ada masyarakat.

Pada umumnya, istilah ‘kebudayaan’ sukar diberi takrif yang tepat kerana kebudayaan itu sendiri merupakan satu bidang yang sangat luas. Malahan boleh dikatakan hampir setiap pengkaji cuba memberi definisi kebudayaan mengikut tafsiran masing-masing. Perkataan ‘budaya’ berasal daripada bahasa Sanskrit, buddhayah iaitu kata jamak yang berasal daripada perkataan buddhi yang membawa maksud budi dan akal. Perkataan culture dalam bahasa Inggeris diambil daripada bahasa Latin, colore yang bererti mengolah dan mengerjakan. Berpandukan dua definisi ini mungkin dirasakan belum memadai untuk memberi gambaran yang jelas tentang maksud ‘kebudayaan’,

Dalam pengertian umum,’kebudayaan’ merupakan seluruh cara hidup masyarakat atau seluruh aspek pemikiran dan tingkah laku manusia yang diwarisi daripada satu generasi ke satu generasi yang lain melalui proses pembelajaran. Mengikut takrif kamus dewan

Page 74: Nota Pengajian Malaysia MPW 2133 Peringkat Ijazah 2012

pula, ‘kebudayaan’ membawa maksud cara hidup sebuah masyarakat, tamadun, peradaban dan kemajuan.

Antara ciri-ciri kebudayaan masyarakat Malaysia adalah seperti:

Merupakan perkongsian suatu masyarakat Diperolehi melalui proses pembelajaran Tidak dapat berpisah dengan bahasa Kewujudan nilai-nilai tertentu Mengikut keadaan bentuk muka bumi Diwarisi secara turun temurun

Jenis-Jenis Kebudayaan

Masyarakat Melayu

Dari segi bahasa, bahasa yang dituturkan oleh orang Melayu adalah daripada kelompok bahasa Austronesia. Bahasa ini dibahagikan kepada tiga jenis iaitu mengikut tiga kumpulan manusia berdasarkan kedudukan geografi masing-masing. Tiga kumpulan tersebut adalah di semenanjung dan Kepulauan Melayu yang meliputi Malaysia, Indonesia, Filipina dan Madagascar, kedua Malenesia, dan kepulauan sekitarnya serta ketiga Polinesia dan kepulauan sekitarnya. Bahasa yang digunakan oleh orang Melayu ialah bahasa Melayu. Sebelum kedatangan barat, tulisan yang digunakan oleh orang Melayu ialah tulisan jawi, iaitu pengaruh yang dibawa oleh pedagang-pedagang Arab sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi.

Dari segi hukum adat, dua jenis adat yang menjadi amalan penduduk Melayu di Tanah Melayu, iaitu adat Perpatih dan adat Temenggung. Adat Perpatih diamalkan oleh masyarakat Melayu di Negeri Sembilan. Adat ini menekankan konsep demokrasi dan muafakat. Oleh itu rajanya bukan berkuasa mutlak. Dalam adat ini juga, pewarisan harta pusaka diutamakan kepada anak perempuan. Adat Temenggung menjadi amalan masyarakat Melayu seluruh Semenanjung kecuali Negeri Sembilan. Adat ini menekankan pemerintahan raja mutlak dan keutamaan kepada kaum lelaki. Selain itu, adat ini turut mendapat pengaruh yang banyak daripada agama Islam. Secara keseluruhannya, kebudayaan masyarakat Melayu dapat difahami melalui jadual dibawah.

Klasifikasi Jenis-jenis Huraian

Perayaan- Aidilfitri Hari Raya Aidilfitri setahun sekali yang

Page 75: Nota Pengajian Malaysia MPW 2133 Peringkat Ijazah 2012

perayaan keagamaan

diraikan dalam bulan syawal mengikut kalendar Islam. Pada hari ini diraikan sebagai hari kemenangan dan hari kegembiraan setelah semua umat islam berpuasa selama sebulan pada bulan Ramadan mengikut kalendar Islam, iaitu bulan sebelum bulan Syawal.

Aidiladha Hari Raya Aidiladha juga dikenali sebagai Hari Raya Korban. Pada hari ini, masyarakat Melayu akan berkorban binatang ternakan mereka sebagai mengenang kesanggupan Nabi Ismail mengorbankan diri demi ketaatan kepada Allah (SWT).

Nuzul Quran Hari Nuzul Quran merupakan hari ke-17 dalam bulan Ramadhan sempena hari penurunan al-Quran.

Perayaan-perayaan keagamaan

Maulud NabiMaulud Nabi merupakan sambutan hari keputeraan Nabi Muhammad ( saw).

Awal Muharam Hari pertama dalam tahun Islam ( Tahun Hijrah) iaitu hari pertama dalam bulan Muharam.

Kesenian Wayang kulit Wayang Kulit merupakan persembahan bayangan patung yang menggunakan bahasa Melayu-Siam Selatan. Seni hiburan ini popular di Pantai Timur serta mengandingi unsur dan pengaruh daripada Hindu dan Islam.

Mak Yong Sejenis dramatari berunsurkan Negara Thai seperti gerakan tangan, jari dan posisi kaki. Demikian juga alatan muziknya seperti geduk dan gedombak. Tarian ini menggambarkan kehalusan dan keindahan istana.

Kuda Kepang Sejenis tarian yang mendapat pengaruh Hindu dan Islam. Dramatari ini tanpa dialog yang mengisahkan satu cerita atau keadaan emosi umum dengan muzik.

Menora Sejenis dramatari yang mengisahkan Jataka,Buddha bercirikan Negara Thai telah diserap ke dalam kebudayaan Melayu. Persembahannya menunjukkan percantuman

Page 76: Nota Pengajian Malaysia MPW 2133 Peringkat Ijazah 2012

unsur Negara Thai dengan Melayu.

Joget Gamelan Popular di Terengganu dan Pahang. Ia berasal dari Indonesia. Tarian ini di bawa oleh orang Bugis dari Kepulauan Riau. Ia menceritakan cerita Panji seperti Raden Galuh Cendera Kirana dan Raden Ini Kertapati.

Perkahwinan Merisik Proses bertanya oleh keluarga lelaki terhadap keluarga perempuan sekaligus berjanji.

Bertunang Persetujuan dan perjanjian antara dua pihak untuk melangsungkan akad nikah.

Pelamin dan bersanding

Pelamin ialah tempat pengantin duduk berdampingan (bersanding) dan bentuknya bertingkat. Pelamin melambangkan singgah sana raja dan pengantin akan bersanding seumpama raja yang bersemayam di singgah sana kerana pada hari perkahwinan, pengantin dianggap raja sehari.

Pakaian Sarung Sarung boleh dipakai oleh wanita atau lelaki dalam bentuk kain lepas yang diikat di pinggang. Mempunyai tiga sifat iaitu kepala kain, badan kain, dan tepi kain. Bagi wanita sarung dipakai bersama baju kurung dan bagi lelaki sarung boleh dipakai bersama baju Melayu sahaja ataupun bersama seluar dengan dijadikan kain samping.

Pakaian Cik Siti Wan Kembang

Pakaian diraja yang masyhur di Kelantan. Terdiri daripada tiga helai kain iaitu sehelai kain sarung songket diikat seribu di pinggang, kain selendang dibelit di dada seperti berkemban dan bahu terdedah ditutup dengan kain limar panjang yang ditenun. Bersamanya dipakai pending, tali pinggang dan kalung emas bertatah permata.

Pakaian Puteri Perak

Pakaian diraja Perak berciri seluar Acheh. Baju berleher cekak musang dan seluar Acheh daripada songket.Samping dipakai bersama pending emas dan selendang songket dilampai di bahu.

Baju Kurung Teluk Belanga

Berasal dari Johor dan kini dipakai di seluruh Negara oleh perempuan dan lelaki. Lelaki bajunya lebih pendek dan diletakkan tiga kocek.

Page 77: Nota Pengajian Malaysia MPW 2133 Peringkat Ijazah 2012

Baju Kebaya Labuh

Dipakai oleh wanita Melayu di seluruh negara. Sesetengah wanita Cina peranakan turut memakainya. Bajunya dibuat labuh hingga ke lutut, berbelah di hadapan dan dipakai bersama tiga kerongsang.

Baju Riau Pahang Asalnya pakaian diraja Pahang dan Johor. Ia merupakan gabungan antara baju kurung cekak musang dan baju kebaya labuh. Berbelah di hadapan dan diperbuat daripada songket.

Secara amya, kebudayaan berfungsi melindungi diri terhadap alam, mengatur hubungan manusia dan sebagai wadah bagi segenap lapisan masyarakat. Kebudayaan tersebar melalui perlakuan manusia,sama ada baik ataupun buruk. Dengan kata lain, kebudayaan merangkumi segala kelakuan manusia yang tidak statik tetapi dinamik serta berubah mengikut perkembangan manusia dan persekitaran. Justeru dapat dirumuskan bahawa ‘kebudayaan’ merupakan keseluruhan cara hidup manusia sama ada dalam bentuk fikiran, kepercayaan, perlakuan ataupun penghasilan dalam sesebuah masyarakat yang diterima oleh sebahagian besar anggota masyarakat itu dan diwarisi secara turun temurun. Pendek kata kebudayaan termasuklah bentuk sosial, politik, adat istiadat serta ekonomi sesebuah masyarakat.

Masyarakat Cina

Masyarakat Cina turut mempunyai pengalaman kebudayaan dan adat resam. Antara Amalan yang boleh dilihat sebagai kebudayaan dan adat resam mereka ialah:

Kalendar Orang Cina: Perhitungan hari orang Cina ini bermula dari hari pertama anak bulan dan berakhir selama 29 atau 30 hari. Setiap tahun mengandungi 12 bulan dan setiap tahun dikenali dengan nama binatang-binatang tertentu. Apabila cukup 12 tahun, nama yang pertama akan diulang. Nama-nama tersebut ialah tikus, lembu jantan, harimau, arnab, naga, ular, kuda, kambing, monyet, ayam, anjing dan babi.

Keinginan Mendapat Anak Lelaki Pertama: Keinginan mendapat anak lelaki sememangnya kuat di kalangan masyarakat Cina kerana anak lelaki akan mengekalkan nama keluarga dan orang yang mengendalikan upacara roh kepada ibu bapa yang meninggal dunia.

Pelajaran: Masyarakat Cina sejak dari beribu-ribu tahun dahulu amat mementingkan pelajaran. Di Tanah Melayu dalam abad ke-19 dan ke-20, anak-anak Cina merupakan

Page 78: Nota Pengajian Malaysia MPW 2133 Peringkat Ijazah 2012

yang paling ramai bersekolah berbanding dengan anak-anak Melayu dan India. Masyarakat Cina beranggapan, bagaimana miskinpun seseorang itu bahawa mereka patut diberi peluang yang sama untuk diberi pelajaran. Pelajaran diharap dapat memajukan seluruh keluarga dan membantu sanak saudara kelak.

Upacara Pengebumian: Masyarakat Cina sering mengadakan perarakan apabila berlaku sebarang kematian. Perarakan ini akan diiringi bunyian muzik dan biasanya menelan kos yang besar. Oleh itu, seseorang yang menyambut hari lahir yang ke- 60 menandakan orang itu sudah layak untuk memasuki ‘persatuan keranda’ dan ia perlu membayar yuran bulanan supaya apabila ia mati kelak ia mempunyai keranda yang baik. Selain itu, dari segi perayaan masyarakat Cina juga mempunyai beberapa perayaan yang disambut dalam satu tahun. Antara perayaan tersebut ialah:

Perayaan Huraian

Tahun Baru Cina(Chinese New Year)

Perayaan ini lebih mengutamakan perjumpaan keluarga yang diadakan menjelang hari tersebut. Masyarakat Cina memastikan sebelum perayaan ini menjelang, hutang hutang dibayar dan semua akaun ditutup. Persediaan bagi perayaan ini dibuat sejak hari ke- 24 bulan ke-12 lagi. Perayaan ini berlanjutan selama 3 minggu.

Chap Goh Mei Perayaan ini diraikan pada hari ke-15 selepas tahun baru yang juga merupakan hari terakhir sambutan Tahun Baru cina.

Perayaan Ching Ming Perayaan ini diraikan pada hari terakhir bulan kedua dalam tahun lunar. Pada hari ini, kaum keluarga melawat kubur nenek moyang untuk dibersihkan dan bersembahyang.

Perayaan Hantu Lapar Perayaan ini diraikan pada hari ke-15 dalam bulan ketujuh. Perayaan ini lebih popular di Pulau Pinang. Hari ini diraikan sempena ingatan terhadap seseorang bernama Mu Lien yang juga dikenali sebagai Ti Tsang Wang yang menyelamatkan ibunya daripada syaitan-syaitan yang kelaparan.

Perayaan Kuih Bulan Perayaan ini diraikan pada hari ke-15 dalam bulan kelima. Ia diraikan sempena mengingati kejayaan kumpulan pemberontak yang menentang pemerintahan kerajaan Mongol pada abad ke-14 di Negara China. Kuih Bulan dijadikan alat untuk menyampaikan mesej dalam intinya. Tanglung yang turut menjadi sebahagian daripada perayaan ini sebenarnya mengambil daripada kegunaannya pada waktu itu yang dijadikan sebagai medium isyarat dari puncak bukit ke puncak bukit yang lain.

Dari segi pakaian, masyarakat Cina kini kebanyakkannya telah menggunakan pakaian moden yang bercirikan barat. Namun, pakaian tradisi golongan wanita Cina masih

Page 79: Nota Pengajian Malaysia MPW 2133 Peringkat Ijazah 2012

digunakan hingga kini. Salah satu darinya ialah ‘samfoo’. ‘Samfoo’ terdiri daripada kombinasi blaus dan seluar. Pakaian ini lebih kerap digunakan oleh golongan tua. Sejenis lagi ialah ‘cheongsam’.

Dari segi makanan, makanan asas bagi masyarakat Cina di negara ini ialah nasi. Namun, jenis makanan utama terdiri daripada Kantonis, Hokkien, dan Szechuan. Jelas menunjukkan masyarakat Cina mempunyai identiti atau budaya mereka tersendiri. Budaya yang diamalkan jauh berbeza daripada budaya masyarakat tempatan dan kaum pendatang yang lain.

Masyarakat India

Masyarakat India juga mempunyai nilai-nilai kebudayaan dan adat tradisi mereka yang tersendiri. Kebudayaan kaum ini juga dibawa dari tanah asal mereka dan kini kebudayaan mereka turut mengalami asimilasi dengan budaya tempatan. Masyarakat India mempunyai berbagai-bagai perayaan. Tiga jenis perayaan utama ialah Deepavali, Thaipusam dan Thai Ponggal. Selain dari itu, masyarakat Hindu juga merayakan beberapa perayaan lain yang diraikan di kuil-kuil tertentu di seluruh negara.

Perayaan Huraian

Deepavali Perayaan ini juga dipanggil perayaan lampu. Diraikan dalam bulan ’Kartikal’ dalam agama Hindu yang biasanya jatuh pada bulan Oktober atau November. Masyarakat India meraikan hari ini sebagai simbol keterangan yang boleh menghalau kuasa jahat (kegelapan). Disebelah pagi pada hari perayaan ini, mereka akan bangun dan mandi dengan minyak wangian, mengenakan pakaian baru dan bersembahyang ataupun ke kuil.

Thaipusam Thaipusam ialah perayaan yang mula dirayakan di Tamil Nadu (India selatan). Namanya diambil daripada bahasa tamil sendiri iaitu Thai (selalunya merujuk pada bulan Januari atau Febuari) dan Pusam (perayaan). Perayaan ini sering diraikan secara besar-besaran di tiga buah kuil utama Balathandayuthabani di Pulau Pinang dan kuil Sri Subramaniar di Batu Caves, Selangor dan Kuil Sri Subramaniam di Ipoh. Masyarakat Hindu biasanya membayar nazar pada perayaan ini.

Thai Ponggal Perayaan ini merupakan perayaan penuai atau petani. Ia dirayakan pada awal bulan ‘Thai’,. Perayaan ini kurang disambut di bandar,tetapi masih diraikan oleh masyarakat India yang tinggal di ladang-ladang atau estet-estet.

Dari segi pakaian, golongan wanitanya kerap menggunakan ‘sari’ iaitu sejenis pakaian daripada kain sepanjang enam ela yang dililitkan dikeliling badan dan dipakai bersama dengan sehelai blaus. Pakaian tradisi kaum lelaki pula digelar ‘dhotis’ iaitu sejenis kain

Page 80: Nota Pengajian Malaysia MPW 2133 Peringkat Ijazah 2012

berwarna putih. Kaum lelaki juga mengenakan ‘vesti’ atau ‘kurta’ iaitu pakaian putih untuk ke kuil atau perayaan tertentu. Makanan masyarakat India di negara ini ialah nasi ataupun roti-roti tertentu. Antara jenis roti yang popular ialah ‘chappati’, ‘parratta’ dan ‘puri’. Nasi dan roti dimakan bersama dengan kari atau dal. Masyarakat India tidak makan daging babi dan lembu.

Masyarakat Sabah

Masyarakat Kadazan-Dusun di Sabah juga mempunyai berbagai-bagai kebudayaan dan adat resam. Misalnya apabila berlaku kematian, proses pengebumian melibatkan seluruh masyarakat. Unggun api dihidupkan untuk menghalau hantu dan roh-roh jahat. Selain itu, wujud konsep-konsep seperti ‘ mihad’ iaitu menangisi mayat, ‘memojuk’ iaitu memandikan mayat, ‘menguman’ iaitu menghiasai mayat dan mendandan mayat, ‘lobong’ iaitu kubur serta ‘panukup’ iaitu kenduri. Bagi kelahiran proses memberi nama bayi juga melibatkan perbincangan dengan ahli keluarga dan jiran. Adat ‘ mintuhun’ pula ialah adat menjejakkan kaki bayi ke tanah.

Dalam kehidupan masyarakat Bajau, terdapat empat kategori norma atau nilai iaitu hubungan lelaki dengan perempuan, pertunangan, perkahwinan dan perceraian. Masyarakat Kadazan-Dusun juga menghasilkan kraf tangan seperti tudung terendak, perangkap binatang daripada buluh, perangkap tikus, perangkap tupai dan perangkap burung.

Masyarakat Sabah

Bagi masyarakat Iban, sejenis budaya lama yang popular dipanggil perburuan kepala (head hunting). Seorang lelaki akan memburu kepala untuk ditunjukkan kepada bakal mertuanya ataupun sebagai lambang kepahlawanan mereka. Kini amalan ini sudah tidak diamalkan. Masyarakat Iban mengamalkan konsep muafakat yang dipanggil ‘utai basai gagamit’ ( tidak ada masalah besar yang tidak boleh diatasi). Masyarakat Iban tinggal di rumah panjang. Rumah ini didiami oleh beberapa buah keluarga. Rumah panjang terbahagi kepada beberapa bilik dan setiap bilik dihuni oleh sebuah keluarga yang biasanya keluarga asas. Rumah panjang suku Kelabit pula tidak ada bilik untuk keluarga, Cuma terdapat bilik memisahkan ruang sebelah luar dengan ruang sebelah dalam.

Bagi rumah orang Iban, disebelah belakang bilik ialah tempat makan dan dapur. Jika ada keramaian, makanan dihidang di beranda (ruai). Sebelah luar bilik juga terdapat ruang yang dipanggil ‘panggan’ iaitu tempat tidur orang bujang dan tetamu lelaki. Di bawah rumah ialah tempat binatang ternakan seperti babi dan ayam.

Masyarakat Iban mempunyai upacara-upacara khas dalam adat kematian. Ia melibatkan seluruh ahli rumah panjang dan perundingan dengan ‘ tuai rumah’ (ketua

Page 81: Nota Pengajian Malaysia MPW 2133 Peringkat Ijazah 2012

rumah). Dalam kelahiran pula, bayi yang baharu dilahirkan dimasukkan garam ke mulutnya. Proses ini dipanggil ‘garam’. Sementara ibunya akan melalui proses ‘berkindu’ ataupun berdiang unggun api selama 41 hari dan 41 malam. Dari segi kesenian, masyarakat ini banyak menghasilkan kraf tangan seperti anyaman, kain selimut dan bakul daripada rotan. Jenis-jenis tarian mereka pula adalah seperti ngajat, berpencaha, berkuntau, main kerichap dan main chekak. Sehingga hari ini, masyarakat Sarawak masih mengekalkan beberapa tradisi, misalnya ‘Datun Julut’ di kalangan orang Bidayuh. Tarian ini ditarikan dengan lemah gemalai oleh pemuda-pemudi dengan iringan muzik. Kaum Iban pula terkenal dengan tarian perang yang dikenali sebagai ’ngajat bunuh’. Tarian ini melambangkan unsur kebudayaan mereka yang gagah berani menentang sebarang bentuk penjajahan.

Masyarakat Melanau juga aktif menghasilkan kraftangan seperti bakul, tikar, perangkap ikan, tudung saji di samping menghasilkan ukiran kayu dan perahu. Masyarakat Sarawak juga sangat terkenal dengan tenunan kain pandaknya yang juga dikenali sebagai ‘Pua Kumbu’.

Masyarakat Majmuk Dan Impak Ke Atas Hubungan Etnik

Perpaduan dikalangan masyarakat majmuk Malaysia telah membawa negara

mencapai kemajuan dalam semua bidang seperti ekonomi, politik, sosial,

psikologi dan kejiwaan sekaligus merealisasikan Wawasan 2020.

Menjelang 2020 Malaysia akan mencapai sebagai sebuah negara perindustrian

dan maju sepenuhnya dimana masyarakatnya bersatu dan yakin, hidup dalam

demokkratik, liberal dan bertolak ansur, penyayang, adil dari segi pengagihan

ekonomi, bersaing, dinamik, giat dan kental.

Kini hasil kemajuan ekonomi dan kestabilan politik masyarakat majmuk Malaysia

dalam tempoh tiga dekad lalu telah menjadi ikutan beberapa negara lain.

Rangkaian usaha yang telah dilaksanakan membawa pelbagai kejayaan yang

boleh dimegahkan. Dalam masa yang sama, kejayaan ini juga telah

menimbulkan cabaran baru yang mesti ditangani untuk mempertahankan

prestasi dalam pelbagai bidang.

Cabaran tersebut ialah usaha mengekalkan perpaduan nasional kerana usaha

ini sudah menjadi semacam satu tuntutan alamiah terhadap sesebuah

masyarakat yang bersifat majmuk.

Page 82: Nota Pengajian Malaysia MPW 2133 Peringkat Ijazah 2012

Melalui perpaduan, masyarakat majmuk Malaysia akan mengamalkan satu

bentuk persefahaman yang matang dan demokrasi Malaysia berasaskan

musyawarah dan muafakat.

Asas Integarasi Dan Perpaduan Nasional Di Malaysia

Perpaduan nasional: penyatuan berbagai-bagai kelompok yang mempunyai latar belakang sosial dan kebudayaan yang berbeza, menjadi satu entiti fizikal. Penyatuan ini lebih merupakan penyatuan yang berbentuk luaran. Cthnya: penyatuan Sabah, Sarawak dan negeri-negeri di Semenanjung menjadi sebuah negara merupakan suatu usaha untuk mencapai perpaduan nasional. Proses integrasi adalah lebih luas. Ia merupakan penyatuan kelompok-kelompok yang berbeza latar belakang, menjadi satu entiti yang terikat oleh norma dan nilai serta kepentingan bersama. Satu proses bagi mewujudkan satu identiti nasional di kalangan kumpulan-kumpulan yang terpisah dari segi kebudayaan, sosial, ekonomi dan penempatan dalam sesebuah unit politik.

Malaysia merupakan sebuah negara yang unik. Rakyatnya terdiri daripada pelbagai etnik dan kaum. Malahan, kepelbagaian ini adalah kekuatan yang mewarnai corak negara ini. Tidak hairanlah Malaysia menjadi model sebuah masyarakat majmuk kepada masyarakat yang lain. Oleh itu, perpaduan dan intergrasi nasional adalah satu keperluan bagi menjamin rakyatnya hidup dalam suasana aman damai. Perpaduan nasional umumnya merujuk kepada penyatuan berbagai-bagai kelompok yang mempunyai latar belakang sosial dan kebudayaan yang berbeza. Usaha ke arah perpaduan dapat dilihat melalui penyatuan Sabah, Sarawak dengan negeri-negeri Semenanjung. Selain itu, usaha tersebut juga boleh dilihat melalui usaha kerajaan membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum dan meletakkan kumpulan etnik yang berlainan latar belakang di satu kawasan perumahan yang sama.

Manakala konsep integrasi adalah lebih luas. Ia dikatakan satu proses yang abstrak, satu penyatuan yang sebati dan berpanjangan. Integrasi merupakan satu proses yang menyatupadukan pelbagai kelompok dalam masyarakat melalui satu identiti. Ekoran kejadian 13 Mei 1969, kerajaan mula menumpukan usaha-usaha dan strategi-strategi ke arah mewujudkan integrasi nasional. Ringkasnya, perpaduan dan integrasi nasional adalah matlamat asas baginagara Malaysia. Konsep perpaduan sangat penting dalam usaha menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang teguh dan bersatu padu. Secara tidak langsung, perpaduan dapat menjamin keselamatan negara, kestabilan ekonomi, politik dalam jangka masa panjang. Bagi memantapkan lagi perpaduan di kalangan rakyat pelbagai etnik dan kaum, kerajaan telah mewujudkan beberapa strategi melalui pendekatan ekonomi, politik dan pendidikan untuk mencapai matlamat-matlamat perpaduan.

Page 83: Nota Pengajian Malaysia MPW 2133 Peringkat Ijazah 2012

Usaha dan Langkah Kerajaan untuk Mengatasi Halangan Perpaduan dan Intregrasi Nasional

Rusuhan etnik 13 Mei 1969 telah menjadi satu titik utama ke arah pemikiran semula dasar-dasar negara dan prosesr e-enggineer ing masyarakat dilakukan dengan komprehensif meliputi semua bidang iaitu ekonomi, sosial dan politik. Kerajaan telah melancarkan usaha-usaha tertentu dalam menangani halangan-halangan. Antaranya ialah usaha politik, ekonomi, sosial dan pendidikan. Langkah ini dijalankan secara serentak dan saling bertindan. Ia bertujuan merapatkan semula jurang antara kaum yang selama ini wujud dalam hubungan sosial mereka.

1. Perpaduan Politik

Perpaduan politik di Malaysia dapat dilihat bermula pada tahun 1950-an. Sistem ‘kerajaan campuran’ dari segi kepelbagaian kaum merupakan salah satu cara bagimenggabungkan fahaman politik berbilang kaum dan diperkembangkan lagi melalui sistempolitik yang fleksibel. Ini jelas kelihatan apabila munculnya parti ‘Perikatan’ yangmerupakan hasil gabungan dengan parti UMNO, MCA dan MIC. Keanggotaan parti komponen dalam parti ini juga semakin bertambah setelah kemunculan Barisan Nasional. Sistem ini juga tidak mengenepikan parti-parti politik di Sabah dan Sarawak yang boleh menyertai kerajaancampuran pada peringkat pusat di Kuala Lumpur.Kerajaan Demokrasi juga merupakan satu alternatif untuk mengatasi masalah perpaduan yang wujud.

Semua warganegara yang memenuhi syarat dan tidak melanggar undang-undang negara boleh menyuarakan pendapat dan kritikan. pemilihan calon dalam pilihanraya juga adalah bebas dan adil. calon yang memenangi pilihanraya dengan suara majoriti berhak menjadi wakil rakyat dan boleh menyuarakan aspirasi rakyat melalui Dewan Undangan Negeri atau Dewan Rakyat.

2. Perpaduan Ekonomi

Proses perkembangan ekonomi telah dirangka untuk membolehkansemua kaum menyertaisemua bidang dan peringkat kegiatan ekonomi. Untuk mencapai hasrat tersebut, kerajaantelah mengambil langkah dengan mengintegrasikan ekonomi. Beberapa dasar pembangunan telah digubal seperti Dasar Ekonomi Baru, Dasar Pembangunan Nasional, dan lain-lain dasar pembangunan ekonomi negara. Dasar- dasar ini diambil untuk memastikan pembangunan yang seimbang bagi sektor-sektor utama ekonomi untuk membolehkan pertumbuhan lebih sama rata dan saling melengkapi antara satu sama lain.

Page 84: Nota Pengajian Malaysia MPW 2133 Peringkat Ijazah 2012

Tujuan dasar-dasar ini diperkenalkan adalah kerana kerajaan sentiasa berusaha untuk meninggikan taraf hidup rakyatnya. Dasar- dasar ini juga merupakan satu usaha kerajaan untuk melibatkan semua rakyat menyertai pembangunan negara supaya negara boleh mencapai kemajuan yang lebih membanggakan.Dengan terhapusnya gejala perbezaan fungsi ekonomi mengikut kaum akan dapat melahirkan perpaduan dalam kegiatan ekonomi dalam kalangan rakyat berbilang kaum. Ini akan meninggikan lagi taraf pembangunan ekonomi Negara.

3. Perpaduan Sosial dan Kebudayaan

Strategi jangka pendek adalah melalui pelaksanaan aktiviti yang menggalakkan interaksi dan perpaduan di kalangan masyarakat Malaysia yangberbilang kaum. Strategi jangka pendek dilaksanakan secara berterusan diperingkat kebangsaan, negeri, daerah dan kawasan-kawasan Rukun Tetangga. Aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan melibatkan masyarakat setempat dari pelbagai peringkat umur dan keturunan etnik mencakupi bidang sosial pendidikan, sukan, rekreasi, kesenian dan kebudayaan serta kesihatan dan alam sekitar, kebajikan, keagamaan, ekonomi dan keselamatan.

Lawatan-lawatan integrasi juga dianjurkan untuk para penduduk melawati wilayah-wilayah lain ketika majlis-majlis perayaan umum negara. Dengan adanya aktiviti yang berterusan ini, akan membolehkan rakyat berinteraksi dan menjalinkan perhubungan antara mereka. Di samping itu, dapat mewujudkan suasana persefahaman yang mesra dan harmoni. Sementara itu, strategi jangka panjang pula dilaksanakan melalui dasar-dasar dan program-program kerajaan yang menjurus ke arah perpaduan nasional seperti Dasar Pembangunan Negara, Dasar Belia Negara, Dasar Sosial Negara, Program Latihan Khidmat Negara dan sebagainya termasuklah program-program sukan, kebudayaan dan perayaan-perayaan seperti majlis-majlis rumah terbuka Malaysia sempena menyambut hari perayaan-perayaan umum kumpulan-kumpulan etnik di Malaysia.Akhirnya apabila perpaduan dapat dijadikan sebagai satu budaya masyarakat Malaysia kita akan mencapai perpaduan dalam erti yang sebenar mewujudkan bangsa Malaysia yang kita telah tentukan sebagai matlamat terulung negara.

4. Perpaduan Pendidikan

Matlamat pendidikan Negara adalah selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara dalam memupuk semangat kewarganegaraan dan rasa bangga terhadap bangsa dan agama. Dasar yang dimainkan oleh pendidikan pula sangat penting dalam proses integrasi dan pembangunan sesebuah negara. Pelbagai dasar telah dilaksanakan sejak merdeka hingga ke hari untuk menyeragamkan sistem pendidikan. Jawatankuasa

Page 85: Nota Pengajian Malaysia MPW 2133 Peringkat Ijazah 2012

Barnes, Laporan Fenn-Wu,Ordinan Pelajaran 1952, Penyata Razak, Penyata Rahman Talib, Dasar Pendidikan Kebangsaan dan lain-lain dasar berhubung isu pendidikan berperanan untuk memupuk perpaduan.

Pendemokrasian Pendidikan yang diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan adalah untuk memastikan agar semua kaum atau etnik diberi perhatian dan peruntukan serta kemudahan yangsama dan adil dalam pendidikan sama ada mereka bersekolah di dalam bandar atau di luar bandar.Oleh itu sebagai rakyat Malaysia, kita seharusnya terus mempertahankan nilai-nilai perpaduan yang diasaskan sebelum ini. Hanya menerusi pendidikansaja, rakyat Malaysia yang berbilang etnik dapat disemai rasa semangat kekitaan sejak kecil hinggalah dewasa

Pendekatan Integrasi dan Perpaduan Nasional Di Malaysia

Pelbagai proses dikaitkan dengan konsep perpaduan dan integrasi seperti proses akomodasi, akultrasi, asimilasi, amalgamasi

Akomodasi adalah merupakan proses yang menyebabkan setiap kumpulan etnik menyedari serta menghormati norma dan nilai kumpulan etnik lain dan tetap mempertahankan budaya hidup masing-masing .

Akulturasi bererti penerimaan unsur kebudayaan dalam kalangan individu atau kelompok dari sesuatu kebudayaan lain yang berbeza sehingga unsur kebudayaan asing itu akhirnya diterima dan diolah dalam kebudayaan sendiri. Berbeza degan proses asimilasi, proses akulturasi tidak menyebabkan kehilangan jati diri asal masyarakat penerima.

Asimilasi dapat difahami sebagai satu proses percantuman dan penyatuan antra kumpulan etnik berlainan budaya sehingga membentuk satu kelompok dengan kebudayaan dan identity yang sama.

Asimilasi mutlak boleh berlaku apabila terhapusnya sesuatu kebudayaan sehingga tidak nampak apa-apa perbezaan lagi dengan kebudayaan lain. Contoh terbaik adalah kejayaan pemerintahan Thailand menjadikan orang-orang Melayu di Selatan Thai menagmbil nama-nama Thai sebagai tanda berlakunya asimilasi dengan bangsa Thai. Mislanya, nama Wan Sulaiman telah disiamkan menjadi Waeselame.

Amalgamasi adalah merupakan satu proses yang terjadi apabila budaya atau ras bercampur untuk membentuk jenis budaya dan ras baru. Misalnya, pendekatan yang paling berkesan adalah menerusi perkahwinan campuran antara pelbagai etnik seperti orang Cina berkahwin dengan orang India.

Negara Bangsa

Page 86: Nota Pengajian Malaysia MPW 2133 Peringkat Ijazah 2012

Konsep ‘Negara Bangsa’ adalah gabungan tiga komponen utama iaitu individu, negara dan bangsa.

Individu: Individu atau manusia amat penting sebagai penggerak kepada pembinaan negara bangsa dan negara.Individu secara sendirian tidak dapat membentuk negara bangsa tetapi perlu kepada gabungan membentuk kumpulan.

Negara : sebuah unit politik yang mempunyai kedaulatan dan tanggungjawab serta kuasa untuk menjalankan pemerintahannya sendiri.

Bangsa: kumpulan etnik yang disatukan dibawah satu sistem pemerintahan dan perundangan serta mempunyai tanggungjawab yang sama untuk mematuhi perlembagaan bangsa tersebut.

Ciri-ciri sebuah negara : Penduduk, Wilayah, Pemerintah, Kedaulatan Negara Bangsa : sebuah negara berdaulat yang rakyatnya bersatu padu serta

mempunyai keyakinan dan kepercayaan yang tinggi kepada sistem pemerintahan dan undang-undang yang dilaksanakan di negara tersebut. Penduduk perlu menerima hakikat untuk berkongsi kehidupan dengan kaum lain dalam sebuah negara yang sama.

Nilai kebangsaan terdiri daripada pelbagai bentuk seperti bendera kebangsaan, lagu kebangsaan, atau dasar negara yang menyatupadukan rakyat.

Kesan pembentukan negara bangsa: membina bangsa Malaysia yang berdaya tahan, melahirkan rakyat yang mempunyai nilai murni.

Cabaran Pembinaan Negara Bangsa

Perpaduan

Pemasyarakatan Dan Pemasyarakatan Semula: Corak pemasyarakatan dan

pemasyarakatan semula di kalangan pelbagai kaum di Malaysia sebelum ini lebih

menumpu kepada budaya sendiri sahaja. justeru usaha kerajaan ialah memastikan

setiap anggota sesuatu kelompok didedahkan dengan seluas-luasnya kepada cara

hidup, keadaan hidup, dan masalah hidup kaum-kaum lain.

Anggota-anggota setiap institusi sosial seperti pertubuhan-pertubuhan kemasyarakatan

serta agensi-agensi formal dan tidak formal telah sama-sama menggiatkan usaha-

usaha pemasyarakatan dan pemasyarakatan semula ahli-ahlinya bagi tujuan yang

sama. Melalui kurikulum dan juga ko-kurikulum di sekolah dan juga universiti generasi

muda dapat berdamping dengan kaum lain. Begitu juga keadaannya dengan program

Rukun Tetangga.

Page 87: Nota Pengajian Malaysia MPW 2133 Peringkat Ijazah 2012

Pengurangan Identifikasi Kelompok: Pengurangan identifikasi kelompok di kalangan

penduduk tempatan telah digalakkan. Melaluinya darjah keterbukaan diri terhadap

kumpulan dan budaya lain dapat dipertingkatkan. Sedikit sebanyak strategi yang diatur

dapat dilaksanakan, di antaranya melalui pertubuhan dan juga kegiatan sukan yang

melibatkan semua kaum.

Pengurangan Tuntutan Kumpulan: Ada sesetengah kumpulan kaum di negara ini

yang menyuarakan tuntutan-tuntutan yang boleh menimbulkan konflik dan tidak selari

dengan matlamat pembangunan negara. Pengurangan tuntutan-tuntutan ini dilakukan

sekalipun ini bererti pengorbanan demi untuk memupuk toleransi dan hubungan yang

akrab antara kumpulan. Usaha-usaha seperti penggabungan parti-parti politik ke dalam

satu badan (seperti Barisan Nasional) merupakan di antara usaha kearah ini.

Pengwujudan Hubungan Kohesif: Hubungan kohesif antara kumpulan-kumpulan

etnik di negara kita dipupuk dari semasa ke semasa bagi memastikan setiap kumpulan

dapat memahami kumpulan-kumpulan lain dengan lebih mendalam. Perlaksanaan

dasar mengenai hal tertentu seperti perumahan, perniagaan dan sebagainya

menggunalkan strategi yang mendorong perdampingan individu pelbagai etnik.

Pengagihan Kekayaan

Melalui Dasar Ekonomi Baru kerajaan telah mengadakan usaha-usaha ke arah

memperbaiki ketidakseimbangan ekonomi dan menghapuskan pengenalan kaum

mengikut fungsi ekonomi. Kerajaan bukan sahaja ingin mengurangkan jurang

perbezaan pendapatan, bahkan tumpuan utamanya ialah ke arah pengurusan semula

corak gunatenaga dan hakmilik agar semua kaum akan dapat menikmati faedah-faedah

dari proses membangun.

Antara strategi yang telah dilaksanakan adalah seperti memodenkan kawasan luar

bandar bagi meninggikan daya pengeluaran dan taraf kehidupan golongan miskin.

Kedua, membangunkan masyarakat bumiputera dalam sektor perdagangan dan

industri supaya setanding dengan bukan bumiputera dalam kegiatan ekonomi moden

termasuklah menambahkan hakmilik bumiputera dalam pemilikan saham dalam sektor

syarikat dan yang ketiga, menyusun semula corak gunatenaga mengikut sektor dan

Page 88: Nota Pengajian Malaysia MPW 2133 Peringkat Ijazah 2012

jenis pekerjaan secara berperingkat melalui pertumbuhan ekonomi supaya dapat

mencerminkan susunan kaum.

Strategi perindustrian untuk menyusun semula masyarakat dalam konteks ekonomi

yang berkembang memberi keutamaan kepada usaha-usaha menggalakkan tenaga

buruh yang banyak, penyertaan orang-orang Melayu dan kaum bumiputera lain dalam

semua peringkat pengurusan dan pengeluaran, perkongsian modal dan lain-lain

kegiatan ekonomi berasaskan sumber alam tempatan, perusahaan berorientasikan

eksport dan galakan penempatan perusaan-perusahaan di negeri-negeri yang kurang

maju.

Jati Diri

Jati diri bertujuan untuk mewujud dan membangunkan masyarakat demokratik yang

matang, mengamalkan satu bentuk persefahaman yang matang, demokrasi Malaysia

berasaskan masyarakat Malaysia yang unggul berasaskan muafakat dan yang boleh

menjadi contoh kepada banyak negara membangun. Untuk itu, Malaysia membangun

dengan tidak meniru negara-negara maju tetapi mengikut acuan sendiri.

Identiti Nasional

Identiti nasional bertujuan untuk mewujudkan masyarakat yang liberal dan bertolak

ansur, rakyat pelbagai kaum bebas mengamalkan adab, kebudayaan dan kepercayaan

agama masing-masing dan pada masa yang sama meletakkan kesetiaan mereka

kepada negara. Antara strategi yang dilaksanakan ialah program ‘citrawarna’ yang

diadakan setiap tahun menonjolkan kebudayaan negeri-negeri berbeza, selain

meningkatkan sektor pelancongan negara.

DASAR-DASAR UTAMA NEGARA

Dasar Pembangunan Ekonomi

Page 89: Nota Pengajian Malaysia MPW 2133 Peringkat Ijazah 2012

Dasar Ekonomi baru (DEB)

Dasar ini telah dilancarkan oleh Kerajaan Malaysia melalui Rancangan Malaysia Kedua (1971 -1975). Pembentukan DEP adalah bermatlamat untuk membetulkan ketidakseimbangan sosioekonomi yang wujud antara kaum.

Rancangan untuk mencapai matlamat DEB terkandung dalam Rangka rancangan Jangka Panjang (RRJP) dari tahun 1971-1990.

Strategi DEB dilaksnakan dengan menggnakan serampang dua mata, iaitu: (a) mengurangkan kemiskinan dengan cara menyediakan lebih banyak peleuang pekerjaan kepada semua kaum; (b) menyususn semula masyarakat untuk menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi.

Asas yang menajdi dasar penggubalan DEB adalah disebabkan pengagihan ekonomi yang tidak seimbang antara kaum, terutama sekali orang Melayu yang masih ketinggalan dalam ekonomi kerena faktor kemiskinan.

Bagi memastikan matlamat untuk membasmi kemiskinan tercapai, strategi ditumpukan kepada golongan miskin di luar bandar dan bandar. Pada tahun 1970, terdapat kira-kira 49.3 % penduduk berpendapatan dibawah paras kemiskinan (disekitar 200RM), dan kira-kira 86% adalah terdiri dari penduduk luar bandar.

Usaha kerajaan untuk mengurangkan kemiskinan dapat dilihat dengan penyediaan pelbagai program kemudahan untuk keselesaan hidup rakyat seperti pembinaan jalan-jalan raya, jambatan, bekalan ayer, bekalan letrik, sekolah, pusat kesihatan, dan lain-lain bantuan seperti bekalan baja, bantuan buku teks, makanan dan minuman untuk pelajar-pelajar sekolah yang miskin dan sebaginya.

Antara pencapaian yang telah diperoleh DEB adalah seperti berikut:

Peningkatan dalam pendapatan dan menyusun kadar kemiskinan mengikut kaum. Pendapatan kaum bumiputera berjaya dinaikkan dan dapat mengurangkan perbezaan pendapatan dengan kaum lain, terutama kaum Cina. Pokoknya kadar kemikinan bagi semua kaum telah dapat diturunkan.

Penyusunan semula corak guna tenaga untuk orang-orang Melayu yang selama ini kurang dalam bidang ikhitisas dan teknik.

Penyususnan semula hak milik dalam sektor syarikat. DEB telah brjaya mengubah hamprr keseluruhan system sosial masyarakat

majmuk di Malaysia. Peningkatan ekonomi negara dan kejayaan DEB terbukti apabila didapati inflasi

berjaya dikekalkan pada kadar 4.6% dan keseluruhan kadar kemiskinan menurun daripada 42.4% pada tahun 1976 kepada 17.1% pada tahun 1990.

Dasar Pembangunan Nasional (DPN)

Kerajaan telah melancarkan Dasar Pembangunan Nasional (DPN) bersama dengan Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRJPK2) pada tahun 1991.

RRJPK (1991 – 2000) yang mengandungi DPN merupakan era baru bagi Malaysia khususnya dalam menempuh negara maju menjelang tahun 20202.

Page 90: Nota Pengajian Malaysia MPW 2133 Peringkat Ijazah 2012

Faktor: Perpaduan negara akan terus menjadi matlamat terakhir DPN kerana masayarakat yang bersatu padu angat penting untuk memperkukuh lagi kestabilan sosial, politik dan mengekalkan pembangunan ekonomi yang berterusan.

Walaupun DEB telah berjaya dari segi pelaksanaan, tetapi proses kejureteraan ala DEB ini memrlukan masa yang lama dengan mengambil kira peruibahan dunia.

DPN membolehkan Malaysia mencapai taraf sebuah negara maju dalam semua segi – keadilan sosial, nilai, etika dan moral, kestabilan politik, kualiti hidup, kecekapan pentadbiran kerajaan dan kecemerlangan ekonomi.

Pencapaian: DPN telah berjaya menumpukan aktivitinya dalam program pembasmian kemiskinan di kalangan golongan termiskin (hardcore poor) disamng mengurangkan kemiskinan. DPN berjaya menggerakkan usaha kearah penubuhan masayarakat Perdagangan dan Perindstrian Bumiputra (MPPB)

DPN berjaya memberi lebih tumpuan kepada sumber manusia termasuk system nilai dan etika bagi mencapai matlamat pertumbuhan ekonomi dan pengagihan ekonomi yang sama.

Dasar Wawasan Negara

RRJP3 telah digubal berasaskan dasar yang dinamakan Dasar Wawasan Negara (DWN), dengan tema “meningkatkan keutuhan dan daya saing negara”.

Faktor: Membangun Malaysia sebagai sebuah masyarakat berasaskan pengetahuan.

Menjana pertumbuhan yang didorong oleh sumber dan kekuatan tempatan melalui pengukuhan pelaburan dalam negeri disamping menarik pelaburan asing (FDI).

Memabasmi kemiskinan di kalangan kelompok kecil miskin di kawasan terpencil seperti orang asli. Mengorientasikan semula pembangunan sumber manusia bagi menyokong masyarakat yang berassakan pengetahuan.

Meningkatkan penglibatan kaum bumiputra dalam semua sektor utama ekonomi. Pencapaian: Malaysia kini muncul sebagai negara berjaya mengekalkan

pertumbuhan ekonomi pada kadar yang memberangsangkan di dalam dunia Malaysia berjaya menghadapi persaingan antara bangsa dan rantau berikutan

dengan pelaksanaan WTO dan AFTA. Peningkatan produktiviti merupakan nadi kepada pertumbuhan ekonomi dan

daya saing. Membangunkan ekonomi berasaskan pengetahuan iaitu dengan pembangunan

tenaga manusia yang berpengetahuan. S& T (sains dan teknologi) dan R & D (penyelidikan dan pembangunan sumber

daya manusia) kini menjadia agenda negara. Ini dapat dilihat dengan penubuhan Kementeriann sains, Teknologi dan Inovasi, peranan SIRIM, Teknologi Park dan sebagainnya.

Page 91: Nota Pengajian Malaysia MPW 2133 Peringkat Ijazah 2012

Malaysia muncul sebagai negara ICT dengan Cyber Jaya menjadi pemacunya. Syarikat-syarikat swasta negara telah mendapat tempat di pasaran dunia dalam

perdagangan brat seperti pembinaan lebuh raya, lapanagan terbang, bangunan-bangunan seperti di Cina, India, negara-negara Teluk, Iran dan lain-lain.

Dasar Pembangunan Sosial

Dasar Pendidikan Kebangsaan.

Di dalam era negara menuju kemerdekaan, telah ada kesedaran di pihak kerajaan untuk menyeragam dan mengemaskan system pendidikan negara. Oleh sebab itulah lahirnya dasar pendidikan kebangsaan melalui Penyata Razak 1956 dan dimaktubkan di dalam ordinan pelajaran 1957.

Dasar pendidikan telah disemak semula pada tahun 1960 yang menghasilkan Laporan Rahman Talib. Laporan tersebut kemudian dimaktubkan dalam akta pelajaran 1961

Sebuah Jawatankuasa Kabinet telah ditubuhkan pada tahun 1974 untuk mengkaji semula dasar pendidikan dengan tujuan untuk memperbaiki perlaksanaannya untuk melahirkan sebuah masyarakat yang bersatu-padu dan berdisiplin serta memenuhi keperluan tenaga rakyat yang terlatih agar pembangunan negara dapat di capai. Laporan ini dikenali sebagai Laporan Kabinet

Falsafah

Matlamat utama dalam Dasar Pendidikan Kebangsaan ialah ‘mentaupadukan kanak-kanak sekolah berbilang kaum dan menyediakan tenaga kereja (tenaga rakyat) bagi keperluan ekonomi.”

Hasrat serta aspirasi negara dalam memberi penekanan kepada usaha melahirkan insan yang berilmu dah berakhlak, seimbang dan harmonis yang boleh mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan kepada keharmonian dan kemakmuran masyarakat serta negara.

Strategi Pelaksanaan

Menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa parantara yang utama. Mengadakan ko-kurikulum yang sama dan berorientasikan Malaysia bagi semua

jenis sekolah bagi mewujudkan. Mewujudkan system peperiksaan yang sama bagi semua. Melicinkan tatacara pengurusan pendidikan.

Page 92: Nota Pengajian Malaysia MPW 2133 Peringkat Ijazah 2012

Meningkatkan mutu pendidikan keseleruhannya dengan menyediakan pendidikan yang menyeluruh seimbang dan bersepadu.

Mengadakan peluang pendidikan asas selama 9 tahun. Mendemokrasikan pendidikan dari segi peluang dan mutu dengan mengagihkan

peruntukkan secara adil dan memeberi perhatian khas kepada kumpulan yang kurang bernasib baik dan kawasan luar bandar atau pendalaman.

Menyediakan pendidikan rendah mengikut kurikulum baru sekolah rendah (KBSR) yang berasaskan 3 M, iaitu membaca, menulis dan mengira pada tahun 1983 yang menjurus kepada kurikulum bersepadu sekolah menengah (KBSM) pada tahun 1989.

Memperluaskan pendidikan vokasional dan teknik melalui penyusunan semula kurikulum sekolah vokasional pada tahun 1978.

Mempelbagai dan memperbanyakkan kemudahan pendidikan di peringkat universiti, terutama dalam bidang sastera gunaan dan sains gunaan.

Mempertingkat pendidikan kerohanian moral dan disiplin. Menjadikan bahasa kebangsaan dan inggeris sebagai mata pelajaran yang wajib

di ajar di sekolah-sekolah dan memberi peluang yang sempurna bagi mempelajari bahasa-bahasa lain seperti bahasa cina dan bahasa Tamil.

Menggalakkan aktiviti kurikulum yang memupuk disiplin, seperti Pasukan KadeT tentera , kadet Polis, Pengakap, Puteri Islam dan lain-lain.

Pencapaian

Dasar Pendidikan kebangsaan telah berjaya mencapai matlamatnya seperti berikut:

Menjadikan sistem pendidikan nasional lebih tersusun dan terancang rapi semenjak negara mencapai kemerdekaan 1957 di semua peringkat dari sekolah rendah sehingga ke peringkat pengajian tinggi.

Bahasa Melayu telah dapat dinobatkan sepenuhnya menjadi bahasa rasmi negara dan bahasa ilmiah yang berwibawa dalam semua disiplin.

Sekolah, kolej dan universiti telah berjaya mengrientasikan para pelajar untuk mencintai negara dan bersatupadu.

Sekolah-Sekolah Jenis Kebangsaan aliran Cina dan Tamil dapat menegkalkan pengajaran bahasa Cina dan Tamil, tetapi pada masa yang sama memumpuk pelajar-pelajarnya setia kepeda YDPA dan kerajaan Malaysia.

Dasar Pendidikan Kebangsaan telah diperkukuhkan lagi kemudiannya dengan Falsafah Pendidikan Negara yang mahu mengimbangkan kualiti manusia dalam bidang akal, emosi dan rohani.

Dasar Kebudayaan kebangsaan

Prinsip Dasar Kebudayaan Kebangsaan adalah seperti berikut:

Berteraskan kebudayaan asal rantau ini.

Page 93: Nota Pengajian Malaysia MPW 2133 Peringkat Ijazah 2012

Unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai dan wajar diterima menjadi unsur kebudayaan kebangsaan.

Islam Merupakan unsur yang penting di dalam pembentukan kebudayaan kebangsaan justeru Islam adalah Agama rasmi Negara.

Falsafah: Dasar kebudayaan Kebangsaan bertujuan untuk mencapai tiga matlamat: Mengukuhkan perpaduan bangsa dan negara melalui kebudayaan memupuk dan memulihara keperibadian kebangsaan yang tumbuh daripada kebudayaan kebangsaan serta memperkaya dan mempertingkatkan kualiti kehidupan manusia dan kerohanian yang seimbang dengan pembangunan sosial ekonomi.

Pelaksanaan Dasar Kebudayaan kebangsaan telah dilaksanakan oleh beberapa agensi penting Kerajaan Perseketuan. Antaranya ialah penubuhan sebuah kementerian khas yang dikenali dengan nama Kmeneterian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan.

Kementerian Pelajaran Malaysia dengan agensinya seperti Dewan bahasa dan Pustaka telah banyak menyumbang usaha kearah memertabatkan budaya, seni dan warisan tanh ayer, mislanya, penerbitan majalah Budaya pada setiap bulan.

Universiti-universiti tempatan juga berperanan penting seperti ATMA (Institut Alam dan Tamadun Melayu) yang telah ditubuhkan di UKM, Bangi sejak beberapa tahun lalu.

Pencapaian: Dasar Kebudayaan Kebangsaan telah menampakkan hasilnya apabila Kek Wa berjaya menganjurkan sambutan sambutan untuk perayaan Hari Raya Puasa, Hari Krismas, Hari Deepavali, Hari Tahun Baru Cina, Pesta Gawai pada setiapa tahun sebagi acara rasmi negara.

Selain itu, Kek Wa juga bertanggungjawab memilih tokoh-tokoh Sasterawan Negara dan Seniman negara pada setiap tahun.

Dasar Belia Negara.

Untuk menanam semangat cinta kepada Rukun Negara Untuk menggalakkan perpaduan, kesukarelaan dan berdikari. Menggalakkan penyertaan dalam proses pembangunan negara. Memupuk nilai-nilai serta moral yang tinggi, di samping menekankan kualiti

kesihatan dan kesedaran minda. Memiliki Ilmu pengetahuan dengan lebih komprehensif.

Page 94: Nota Pengajian Malaysia MPW 2133 Peringkat Ijazah 2012

Plan Tindakan Pembangunan Belia Nasional.

1. Pembangunan Ekonomi2. Pembangunan sumber manusia3. Program Rakan Muda4. pembangunan sosial5. Sistem penyampaian 6. Peranan media dan komunikasi7. peranan pertubuhan belia8. Pembangungan Belia Tidak Berpersatuan 9. Pembangunan Kepimpinan10.Penyelidikan dan pembangunan11.Politik dan integrasi International.

Antara pencapaian Dasar Belia Negara dinegara inii, beberapa perkara telah berjaya dilaksanakan:

Penubuhan Majlis Belia Malaysia (MBM), sebuah badan tertinggi belia di dalam Malaysia. MBM amat aktif dalam memprkasakan belia di semua bidang.

Hari Belia Negara diadakan pada setiap 15 hb Mei pada setiap tahun dengan berjaya menghimpunkan semua pertubuhan belia tanah ayer yang diikuti dengan pemilihan Tokoh-Tokoh Belia dalam pelbagai bidang.

Pusat-pusat belia diwujudkan di seluruh negera dengan pembinaan kompleks belia yang disediakan pelbagai kemudahan untuk meningkatkan kualiti aktiviti belia negara.

Menjalin hubungan kerjasama belia antara bangsa seperti menyetai program WAY (World Yoouth Association) dan lain-lain aktiviti keantarabangsaan.

Pelan Integriti Nasional

Falsafah: Pelan Integriti Nasional (PIN) digubal dengan merangkumi semangat dan prinsip Perlembagaan Perseketuan.

PIN mencerminkan cirri-ciri khusus masyarakat dan negara Malaysia, disamping PIN mengambil kira perkembangan antara bangsa, pengalaman negara-negara lain dan impak globalisasi.

Page 95: Nota Pengajian Malaysia MPW 2133 Peringkat Ijazah 2012

PIN adalah kesinambungan dan penterjemahan falsafah, prinsip dan matlamat yang hendak dicapai dalam Perlembagaan Perseketuan dan Rukun Negara serta beberapa dasar startegik sebelumnya.

Objektif: Memberikan halatuju dan bimbingan pelbagai sektor supaya mereka dapat bekerjasama dalam usaha besar membina masyarakat yang bersatupadu, berharmoni, berintegriti, bermoral dan beretika.

Meningkatkan kesedaran, komitmen dan kerjasama pelabagi sektor dalam usaha peningkatan integriti supaya ntegriti menajdi budaya masyarakat dan diamalkan dalam semua bidang.

Menggalakkan semangat bertanggungjawab di kalangan anggota masyarakat serta mendorong perkembangan masyaraka sivil yang menyunjung prinsip integriti dan bergerak cergas menegakkan integriti.

Menyumbang kepada usaha pengukuhan asas moral masyarakat dan negara, dan peningkatan kesejehteraan hidup anggota masyarakat.

Meningkatkan daya saing dan daya tahan Malaysia dalam usaha menangani cabaran abad ke 21 khususnya ketika menghadapi rempuhan globalisasi dengan lebih berkesan.

Strategi Pelaksanaan Pelan Tindakan Integriti

1. Institusi keluarga2. Komuniti3. Masyarakat Sivil4. Institusi Sosiobudaya5. Institusi Agama 6. Institusi Ekonomi7. Institusi Politik8. Institusi Pentadbiran

Wawasan 2020

Konsep wawasan 2020 telah di ilhamkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohammad, perdana Menteri Malaysia yang ke-4 pada majlis pelancaran penbuhan Majlis Perdagangan Malaysia pada 28 februari 1991. Wawasan 2020 menggambarkan langkah-langkah yang perlu diambil oleh negara bagi menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara industri yang benar-benar maju menjelang tahun 2020. Kemajuan yang dimaksudkan bukanlah hanya meliputi aspek ekonomi tetapi juga aspek-aspek lain seperti politik,

Page 96: Nota Pengajian Malaysia MPW 2133 Peringkat Ijazah 2012

sosial, budaya, psikologi dan kerohanian. Kemajuan ini juga haruslah mengikut acuan negara sendiri dan bukannya hasil tiruan negara-negara maju sekarang.

Cabaran-Cabaran Terhadap Pencapaian Wawasan 2020

Membentuk sebuah negara bangsa bersatu-padu. Pembentukan Bangsa Malaysia hanya boleh di capai apabila semua rakyatnya hidup sejahtera dengan perkongsian persamaan hak dan keadilan.

Melahirkan sebuah masyarakat Malaysia yang bebas teguh dan mempunyai keyakinan diri.

Membangun msyarakat demokratis yang matan. Ini penting kerana hak rakyat untuk melibatkan dalam pemerintahan negara juga mempengaruhi kemajuan.

Membentuk sebuah masyarakat yang kukuh moral dan etikanya dan utuh nilai agamanya.

Mewujudkan sebuah masyarakat yang matang dan bersifat toleran. Sifat toleran atau bertolak-ansur amat penting dalam masyarakat berbilang kaum dan budaya seperti di Malaysia.

Membentuk sebuah masyarakat yang bersifat sains dan serta berprogresif. Pembangunan sains dan teknologi harus di ambil kira untuk membentuk sebuah masyarakat sains dan berprogresif

Mewujudkan sebuah masyarakat yang berbudi dan berbudaya penyayang. Sebuah system sosial yang lebih mementingkan masyarakat daripada diri sendir harus dibentuk.

Menjamin pembentukan sebuah masyarakat yang adil ekonominya. Pengagihan kekayaan secara adil dan saksama di kalangan rakyat berbilang kaum, harus dilaksanakan agar kemajuan ekonomi dapat dinikmati bersama oleh rakyat.Mewujudkan sebuah masyarakat yang makmur. Malaysia harus mencipta satu system ekonomi yang dinamis, tangkas dan mempunyai daya ketahanan untuk berjaya dalam persaingan dan mencapai kemakmuran.

Dasar Luar Negara

Penggubalan Dasar Luar Negara

Dasar luar Malaysia ialah kesinambungan kepada dasar dalam negeri bertujuan untuk menjaga dan mengekalkan keselamatan, keharmonian, kesejehteraan ekonomi dan lain-lain kepentingan negara.

Page 97: Nota Pengajian Malaysia MPW 2133 Peringkat Ijazah 2012

Dasar luar dalam zaman pemerintahahnTunku Abdul rahman Putra al-Hal, Perdana Menteri Malaysia Pertama dikenali sebagai pro-Barat dan anti-Komunis. Rasionalnya ialah kerana negara baru sahaja mencapai kemerdekaan.

Dalam era Tun Abdul razak Hussein, Perdana Menteri Kedua, dasar luar Malaysia mentikberatkan pembangunan dan integrasi sosial dengan mengadakan lebih banyak hubungan diplomatic dengan semua negara tanpa mengira ideologi politik.

Pada zamn pentadbiran Tun Hussein Onn, Perdana Menteri Keempat, penekenan telah dibuat untuk kerjasama pertahanan dan keselamatan negara.

Semasa era pemerintahan Tun Dr.Mahathir Mohamad, dasar luar negara lebih mementingkan hubungan ekonomi dan mengekalkan dasar-dasar sebelumnya. Selain itu soal keamanan dan keadilan masayrakat antarabangsa juga turut menjadi agenda penting.

Objektif Dasar Luar Negara

Untuk menjaga, mmepertahan dan memajukan kepentingan Malaysia di arena antara bangsa.

Menjaga dan mepertahankan kemerdekaan, kedaulatan dan keselamatan Malaysia

Mempertahankan prinsip menghormati kemerdekaan dan kedaulatan wilayah melalui dasar tidak campur tangan dalam hal ehwal dalaman negara lain.

Menangani perkembangan dan cabaran politik, ekonomi, keselamatan dan sosial diperingkat antara bangsa.

Mempertahan dan memajukan hak, kepentingan dan aspirasi Malaysia dalam semua bidang.

Memupuk hubungan baik serta meningkatkan kerjasama dengan negara-negara lain.

Kerjasama Serantau

Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN)

Penubuhan Asean dicadangkan oleh Tunku Abdul Rahman dengan persetujuan negara-negara seperti Singapura, Thailand, Indonesia dan Filipina.

Pada 8 Ogos 1997, Semua pemimpin negara tersebut termasuk Malaysia telah menandatangani satu deklarasi penubuhan Asean di Bangkok. Keanggotaan

Page 98: Nota Pengajian Malaysia MPW 2133 Peringkat Ijazah 2012

Asean bertambah apabila Brunei menyertai ASEAN pada tahun 1984. Pada 1997, Vietnam , laos dan Myanmar telah menyertai ASEAN.

Bagi Malaysia, ASEAN merupakan satu keutamaan dalam menentukan arah tuju dasar luar negara. Malaysia mementingkan pengukuhan ASEAN kerana sekiranya kestabilan ASEAN terjejas, ini akan memberi kesan negatif kepada Malaysia terutama dari segi politik dan ekonomi.

Dalam ASEAN Malaysia telah banyak mengadakan hubungan perdangan dan perindustrian kerjasama ekonomi, politik, sosial, kebudayaan, pendidikan, kesihatan dan sukan.

Dalam soal keselamatan ASEAN, telah bersetuju menjadikan rantau ini sebagai rantau yang bebas daripada persaingan kuasa besar. Konsep zon aman, bebas dan berkecuali (zopfan) disemua negara-negara anggota ASEAN.

Selain itu, semua negara ASEAn juga setuju untuk mengelakkan rantau ini daripada menjadi persaingan tempat tenaga nuclear dan menerima konsep ‘south eat asia nuclear weapons free zone’.

Bagi Malaysia, ASEAN akan sentiasa menjadi tunggak dasar hubungan luar Mlaysia. Pada masa ini, Malaysia berusaha gigih untuk menjayakan kerjasama ASEAN +3. Ini merupakan kerjasama ASEAN, Korea, jepun dan China.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah menggariskan 3 pendekatan baru Malaysia bagi meningkatkan kerjasama ekonomi dengan ASEAN seperti yang telah di persetujui dalam siding kemuncak ASEAN di Laos.

Malaysia dan Pertubuhan Antarabangsa

Pertubuhan Persidangan Negara-Negara Islam (OIC)

OIC adalah singkatan kepada ‘Organization of Islamic Conference’ atau pertubuhan persidangan negara-negara Islam.

Malaysia adalah anggota OIC sejak ianya ditubuhkan pada tahun 1971 dengan Tunku Abdul Rahman Putra , Perdana Menteri Malaysia Pertama menjadi setiausaha Agung OIC yang pertama.

Page 99: Nota Pengajian Malaysia MPW 2133 Peringkat Ijazah 2012

Sebagai sebuah negara Islam, Malaysia berpendapat bahawa hubungan negara-negara Islam sangat mustahak. OIC bermatlamat untuk mewujudkan kerjasama anatara semua negara dalam pelbagai bidang seperti sosial, ekonomi, sains dan teknologi.

Malaysia juga melihat kehadiran OIC untuk membendung usaha jahat yang menindas umat islam di seluruh dunia.

Peranan Malaysia

Malaysia memainkan peranan yang aktif dalam pembangunan OIC seperti penubuhan Bank Pembangunan Islam (IDB) atau menangani masalah yang dihadapi oleh negara-negara islam seperti di Afghanistan, iraq, Palestin, Bosnia Herzigovina dan yang lain-lain.

Malaysia juga telah membuat pelaburan di beberapa buah negara OIC seperti PETRONAS di Iran dan Sudan.

Malaysia telah menjadi tuan rumah kepada banyak persidangan dan mesyuarat-mesyuarat yang penting bagi memajukan negara-negara Islam menerusi aktiviti OIC sebagai contoh, selaku pengerusi Sidang kemuncak OIC pada bulan oktober 2003. Malaysia telah berjaya mempengaruhi negara-negara OIC mewujudkan plan tindakan deklarasi Putrajaya. Tujuannya adalah untuk memastikan OIC tetap relevan dengan perkembangan zaman.

Kini Malaysia dimandatakan oleh anggota-anggota OIC untuk menjadi menjadi Pengerusinya.

Pertubuhan-Pertubuhan Bekas Jajahan British (KOMANWEL)

Pertubuhan ini dianggotai oleh negara-negara bekas jajahan British, termasuk Malaysia. Malaysia telah menajdi anggota sebaik sahaja negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957.

Matlamat utama penubuhan Komanwel adalah untuk mewujudkan persahabatan dan perpaduan pembangunan ekonomi, pendidikan, pertahanan, perundangan, pertanian antara semua negar bekas jajahan British.

Malaysia telah memainkan pernanan penting dalam komanwel seperti penentangan terhadap isu apartheid di Afrika selatan. Dalam persidangan ketua-ketua negara Komanwel di Bahamas 1985, di Vancouver 1987, Malaysia telah menyarankan badan dunia ini memainkan peranan yang lebih aggresif dalam menangani isu-isu ketidakadilan perdangan dunia, penjajahan politik dan ekonomi serta masalah apartheid.

Antara faedah yang telah di terima oleh Malaysia sebagai anggota komanwel Malaysia telah mendapat bantuan ketenteraan selama 10 tahun selepas kemerdekaan. Selain itu, Malaysia juga telah menagadakan latihan ketenteraan bersama dengan beberapa buah negara komanwel.

Malaysia juga telah mendapat sokongan oleh negara-negara maju dalam komanwell umpanya pemberian status skim keutamaan am GSP bagi barangan Malaysia. Dengan adanya skim ini, cukai bagi barangan Malaysia akan

Page 100: Nota Pengajian Malaysia MPW 2133 Peringkat Ijazah 2012

direndahkan dan secara tidak lansung akan meningkatkan persaingan barangan Malaysia dengan barangan negara lain di pasaran luar.

Melalui Rancangan Colombo Malaysia mendapat khidmat nasihat mengenai pendidikan, pertanian, teknikal, kesihatan dan sebagainya.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)

Malaysia menyertai PBB pada 17 September 1957 selepas mencapai kemerdekaan.

Prinsip PBB adalah untuk menjamin kedaulatan dan hak semua warga negara anggota serta tidak ada negara yang boleh campur dalam hal-ehwal negara lain.

PBB juga adalah bermatlamat untuk melahirka sebuah masyarakat dunia yang aman.

PBB memainkan peranan dalam dua perkara yang berkaitan denga politik dunia iaitu Perhimpunan Agong PBB dan Majlis Keselamatan

PBB melaksanakan aktiviti-aktiviti sosioekonomi menerusi Sekretariat PBB seperti WHO, ILO, UNESCO, IMF, UNPROFOR, UNISOM dan UNCTAD.

Kepercayaan PBB kepada Malaysia jelas dapat dibuktikan dengan pemilihan Malaysia untuk memimpin negara-negara Kumpulan 77 yang ditugaskan untuk membincang isu-isu pembangunan dunia.

Malaysia telah bekerjasama dengan PBB menghantar Pasukan Pengaman PBB seperti di Congo (1961), Somalia (1993), Bosnia (1996) dan sempadan Iran-Iraq (1990).

Kemasukan Malaysia ke PBB telah mendatangkan banyak faedah. Contohnya, WHO telah banyak membantu penyelidikan dan peningkatan taraf hidup. UNESCO telah memajukan system pendidikan negara.

Pertubuhan Negara-Negara Berkecuali (NAM)

NAM atau singkatan bahasa Inggerisnya ‘the Non-Aligned Movement’ iaitu Pergerakan Negara-Negara Berkecuali telah diasaskan pada tahun 1961 bersempena Sidang Kemncak NAM yang pertama di Belgrade, Yogoslavia.

Asas penubuhan badan tersebut adalah tindak balas kepada dua kuasa besar dunia pada masa itu – USA dan Rusia.

Malaysia telah menyertai NAM pada tahun 1969. NAM berpegang kepada prinsip tidak berpihak kepada Blok Barat atau Blok Timur. NAM menghormati

Page 101: Nota Pengajian Malaysia MPW 2133 Peringkat Ijazah 2012

kemerdekaan, keutuhan dan kedaulatan sesebuah negara serta tidak campur tangan dalam hal ehwal negara lain.

Malaysia melibatkan diri secara aktif dalam pergerakan NAM kerana dasar NAM secocok dengan pendirian Malaysia.

Malaysia telah diberi pengormatan apabila dilantik sebagai Naib Presiden NAM dalam Persidangan NAM di Balgrade pada tahun 1989. Dalam persidangan itu Malaysia telah dilantik menganggotai Kumpulan 15 (G-15) yang merupakan sebuah kumpulan elit yang ditugaskan untuk membincang isu-isu yanag berkaiatan dengan kerjasama politik dan ekonomi negara-negara NAM.

Malaysia kini ialah Pengerusi Sidang Kemuncak NAM ke 13 sehingga tahun 2006 dengan 114 anggota.

Peranan Malaysia dalam NAM

Malaysia sebagai Pengerusi NAM berperanan untuk meberikan kepimpinan yang jitu dengan cara mewakili negara-negara yang majoritinya terdiri dari negara-negara membangun untuk bersuara dan mengambil langkah-langkah yang praktikal serta berkesan kea rah mengekalkan keamanan dunia melalui dengan cara: mempromosi keamanan melalui platform-platform politik seperti PBB, diplomasi pelbagai hala.

Malaysia berperanan memberikan tumpuan dan penekanan kepada isu-isu lain seperti ekonomi dan perdagangan, kerjasama Selatan-Selatan, pembangunan, pembasmian kemiskinan, pembangunan sosial dan kemanusiaan bersifat sejagat serta isu-ius yang berkepentingan NAM.

Keberkesanan peranan Malaysia sebagai Pengerusi NAM terserlah melalui inisiatif-inisiatif penyuburan semula NAM dengan terbitnya Deklerasi Kuala Lumpur bersempena Sidang Puncak NAM ke 13di Kuala Lumpur.

Keyakinan negara-negara anggota NAM kepada Malaysia kerena berjaya meyakinkan anggota-anngota NAM bahawa NAM tetap relevan dan tidak wajar mengalami sindrom “inferiority complex” ketika berhadapan dengan dunia masa kini.

Malaysia kini telah menunjukkan kematangannya sebagai sebuah negara yang berdaulat dimana dasar-dasar luarnya adalah progresif dan bermaruah. Malaysia kini lebih dikenali sebagai negara contoh tebaik dalam kalangan negara membangun dunia. Malaysia bersikap tidak memihak kepada mana-mana blok, tetapi berbaik-baik dengan semua negara dunia. Walaubagaimanapun, sikap bebas serta keyakinan menyuarakan suara secara bebas tidak disenangi oleh sesetengah pihak. Media asing selalu

Page 102: Nota Pengajian Malaysia MPW 2133 Peringkat Ijazah 2012

memburu-burukan Malaysia. Pemilihan Malaysia sebagai pemimpin utama dalam NAM dan OIC adalah bukti dasar luar Malaysia telah berjaya menawan hati lebih dari 114 buah negara di dalam dunia.

Terima kasih.

Emel: [email protected]