pembangunan perisian pembelajaran · pdf filememberikan sokongan moral, ... mengandungi...

22
PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PBK) BAGI MATA PELAJARAN MATEMATIK KBSM TINGKATAN 1 BERTAJUK UKURAN ASAS NOREHAN TALIB UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: lamkien

Post on 07-Feb-2018

246 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN  · PDF filememberikan sokongan moral, ... mengandungi paparan nota, ... satu tajuk kecil dalam sukatan mata pelajaran Matematik Tingkatan Satu

PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN

KOMPUTER (PBK) BAGI MATA PELAJARAN MATEMATIK KBSM

TINGKATAN 1 BERTAJUK UKURAN ASAS

NOREHAN TALIB

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN  · PDF filememberikan sokongan moral, ... mengandungi paparan nota, ... satu tajuk kecil dalam sukatan mata pelajaran Matematik Tingkatan Satu
Page 3: PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN  · PDF filememberikan sokongan moral, ... mengandungi paparan nota, ... satu tajuk kecil dalam sukatan mata pelajaran Matematik Tingkatan Satu
Page 4: PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN  · PDF filememberikan sokongan moral, ... mengandungi paparan nota, ... satu tajuk kecil dalam sukatan mata pelajaran Matematik Tingkatan Satu

PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PBK) BAGI MATA PELAJARAN MATEMATIK KBSM

TINGKATAN SATU BARTAJUK UKURAN ASAS

NOREHAN TALIB

Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat

Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Dan Komputer Serta Pendidikan

(Matematik)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

NOVEMBER 2007

Page 5: PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN  · PDF filememberikan sokongan moral, ... mengandungi paparan nota, ... satu tajuk kecil dalam sukatan mata pelajaran Matematik Tingkatan Satu

ii

Page 6: PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN  · PDF filememberikan sokongan moral, ... mengandungi paparan nota, ... satu tajuk kecil dalam sukatan mata pelajaran Matematik Tingkatan Satu

iii

KKhhaass bbuuaatt iissttiimmeewwaa ddaann tteerrssaayyaanngg uunnttuukk

KKeelluuaarrggaa yyaanngg tteerrcciinnttaa..

TTeerriimmaa kkaassiihh ddii aattaass sseeggaallaa ssookkoonnggaann,, ddoorroonnggaann

sseerrttaa ppeennggoorrbbaannaann yyaanngg ddiibbeerriikkaann..

Page 7: PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN  · PDF filememberikan sokongan moral, ... mengandungi paparan nota, ... satu tajuk kecil dalam sukatan mata pelajaran Matematik Tingkatan Satu

iv

PENGHARGAAN

Bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya dapat saya

menyiapkan projek saya ini seperti mana yang disyaratkan. Seterusnya saya ingin

mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada penyelia

Projek Sarjana Muda, Puan Norasykin binti Mohd Zaid, kerana tanpa kesanggupan

serta dedikasi beliau dalam memberikan bimbingan, nasihat serta cadangan di

sepanjang tempoh penyelidikan pasti projek ini tidak dapat dijalankan dengan

lancar.

Penghargaan yang tidak terhingga juga kepada keluarga yang banyak

memberikan sokongan moral dan bantuan kewangan kepada saya. Tanpa sokongan

dan galakkan serta doa yang diberikan oleh mereka pasti saya tidak dapat

menyiapkan penyelidikan ini dengan setabah yang mungkin.

Tidak terlupa juga kepada Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi

Malaysia atas kerjasama yang telah diberikan bagi memudahkan kerja-kerja

penyelidikan dijalankan.

Terima kasih juga diucapkan kepada rakan-rakan seperjuangan yang turut

memberikan sokongan moral, nasihat dan kerjasama sehingga saya berjaya

menghasilkan projek ini. Semoga Allah jua yang membalas jasa kalian semua.

Page 8: PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN  · PDF filememberikan sokongan moral, ... mengandungi paparan nota, ... satu tajuk kecil dalam sukatan mata pelajaran Matematik Tingkatan Satu

v

ABSTRAK

Perkembangan era teknologi maklumat memberi harapan baru dalam dunia

pendidikan kerana dapat membantu meningkatkan kualiti pengajaran dan

pembelajaran. Projek ini dijalankan bertujuan untuk membangunkan perisian yang

dapat digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan

strategi pembelajaran behaviorisma dan pendekatan tutorial. Perisian ini

mengandungi paparan nota, latihan, aktviti dan ujian di mana pengguna diberi

kebebasan sepenuhnya untuk mengawal proses pembelajaran. Skop tajuk

pembangunan perisian ini tertumpu kepada topik ukuran asas dan merupakan salah

satu tajuk kecil dalam sukatan mata pelajaran Matematik Tingkatan Satu. Oleh

kerana pada ketika ini guru matematik telah mengaplikasikan Bahasa Inggeris dalam

proses pengajaran dan pembelajaran, maka perisian ini telah dibangunkan dengan

menggunakan Bahasa Inggeris sepenuhnya. Proses rekabentuk perisian ini dibina

berlandaskan model rekabentuk instruksi Hannafin & Peck. Manakala perisian

yang digunakan dalam proses pembangunan ini adalah Macromedia Authorware

7.0, Macromedia Photoshop 7.0, Macromedia Flash MX 2004 dan Sound Forge 6.0.

Akhir sekali, diharapkan perisian ini dapat membantu mengembangkan potensi

pelajar secara optimal dan menjadikan proses pembelajaran lebih berkesan.

Page 9: PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN  · PDF filememberikan sokongan moral, ... mengandungi paparan nota, ... satu tajuk kecil dalam sukatan mata pelajaran Matematik Tingkatan Satu

vi

ABSTRACT

The era of information technology give the encouraging effects to the

education atmosphere because it is help to develop the teaching and learning

qualities. The purpose of this project is to develop a courseware that can be used in

teaching and learning process with the using in terms of behaviorism learning

strategy and tutorial. The content of the courseware includes note, exercise, activity

and test which has been user given full authority to handle the learning process.

This project focuses on basic measurement which is one of the subtopic in

Mathematics, Form One. Teacher uses English Language in teaching mathematics,

therefore English Language had been implemented in this project. This courseware

had been developed according to the Hannafin & Peck Model’s. Among the

software which had been applied to develop this courseware are Macromedia

Authorware 7.0, Macromedia Photoshop 7.0, Macromedia Flash MX 2004 and

Sound Forge 6.0. Hopefully, this courseware can help to expand student’s potential

as well as making the learning process more effective.

Page 10: PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN  · PDF filememberikan sokongan moral, ... mengandungi paparan nota, ... satu tajuk kecil dalam sukatan mata pelajaran Matematik Tingkatan Satu

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

HALAMAN JUDUL i

HALAMAN PENGAKUAN ii

HALAMAN DEDIKASI iii

HALAMAN PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI RAJAH xii

1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 4

1.3 Pernyataan Masalah 5

1.4 Objektif Perisian 6

1.5 Skop Projek 6

1.6 Kepentingan Perisian 7

1.6.1 Pelajar 7

1.6.2 Guru 8

1.6.3 Ibu Bapa 8

1.6.4 Sekolah 8

1.6.5 Kementerian 9

Page 11: PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN  · PDF filememberikan sokongan moral, ... mengandungi paparan nota, ... satu tajuk kecil dalam sukatan mata pelajaran Matematik Tingkatan Satu

viii

1.7 Definisi Kajian 9

1.7.1 Perisian 9

1.7.2 Multimedia 10

1.7.3 Pembelajaran Berbantukan 10

Komputer ( PBK )

1.8 Penutup 11

2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 12

2.2 Pembelajaran Berbantukan Komputer 13

2.2.1 Sejarah Awal PBK 14

2.2.2 Perkembangan PBK Di Malaysia 15

2.2.3 Kesesuaian Komputer Sebagai Media PBK 17

2.2.4 Kelebihan PBK 17

2.2.5 Kelemahan PBK 19

2.2.6 Jenis-Jenis Perisian Pembelajaran Berbantukan 19

Komputer (PBK)

2.2.6.1 Latih Tubi 20

2.2.6.2 Tutorial 20

2.2.6.3 Simulasi 20

2.2.6.4 Permainan 21

2.2.6.5 Penyelesaian Masalah 21

2.2.7 Kajian-Kajian Lepas Berkaitan PBK 21

2.3 Konsep Multimedia Dalam Pendidikan 22

2.3.1 Definisi Multimedia Serta Gabungan 23

Elemen-Elemennya

2.3.1.1 Teks 24

2.3.1.2 Grafik 24

2.3.1.3 Audio 24

2.3.1.4 Video 25

2.3.1.5 Animasi 25

2.3.1.6 Hipermedia 25

Page 12: PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN  · PDF filememberikan sokongan moral, ... mengandungi paparan nota, ... satu tajuk kecil dalam sukatan mata pelajaran Matematik Tingkatan Satu

ix

2.4 Komputer Dalam Pendidikan Matematik 26

2.4.1 Penggunaan Komputer Dalam Pengajaran 27

Dan Pembelajaran Matematik

2.4.2 Masalah Pembelajaran Di Dalam Subjek 28

Matematik

2.4.3. Pengelasan Objektif Dalam Matematik 30

2.4.3.1 Alam Kognitif 30

2.4.3.2 Alam Efektif 31

2.4.3.3 Alam Psikomotor 32

2.5 Teori Pembelajaran 33

2.5.1 Teori Behaviorisme 33

2.5.1.1 Aplikasi Prinsip Teori Behaviorisme 34

Ke Dalam Rekabentuk Pembinaan

Perisian PBK

2.6 Pemilihan Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Pengatar 35

Perisian

2.7 Penutup 36

3 METODOLOGI PERISIAN

3.1 Pengenalan 37

3.2 Model Reka Bentuk Perisian Yang Digunakan 38

3.2.1 Fasa Analisis Keperluan 39

3.2.1.1 Pemilihan Tajuk Dan Penentuan Matlamat39

3.2.1.2 Penentuan Skop Dan Isi Pelajaran 39

3.2.1.3 Mengenal Pasti Kumpulan Sasaran 40

3.2.1.4 Pemilihan Perkakasan , Perisian Alat 40

Pengarangan Dan Persisan Sokongan

3.2.2 Fasa Rekabentuk 43

3.2.2.1 Menentukan Cara Perlaksanaan 44

3.2.2.2 Carta alir 44

3.2.3 Fasa Pembangunan Dan Perlaksanaan 46

3.3 Penutup 47

Page 13: PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN  · PDF filememberikan sokongan moral, ... mengandungi paparan nota, ... satu tajuk kecil dalam sukatan mata pelajaran Matematik Tingkatan Satu

x

4 HASIL PEMBANGUNAN

4.1 Pengenalan 48

4.2 Isi Kandungan 48

4.3 Struktur Asas Perisian 49

4.3.1 Montaj (Montage) 49

4.3.2 Objektif Pembelajaran(Learning Objective) 50

4.3.3 Menu Utama (Main Menu) 51

4.3.3.1 Nota (Notes) 52

4.3.3.2 Latihan (Exercise) 55

4.3.3.3 Aktiviti (Activity) 58

4.3.3.4 Ujian (Test) 62

4.3.3.5 Glosari (Glossary) 65

4.3.3.6 Menu keluar (Exit) 65

4.4 Pempakejan, Pengurusan Fail Dan Penyebaran Perisian 67

4.5 Penutup 67

5 PERBINCANGAN, CADANGAN DAN KESIMPULAN

5.1 Pengenalan 68

5.2 Perbincangan 68

5.3 Kekangan-kekangan Yang Dihadapi Semasa 70

Membangunkan Perisian

5.3.1 Kekurangan Kepakaran Dan Pengalaman 70

5.3.2 Faktor Perisian 71

5.3.3 Kekurangan Sumber Bahan 71

5.4 Cara Mengatasi 72

5.5 Kelebihan Perisian 72

5.6 Kelemahan Perisian 73

5.7 Cadangan 74

5.8 Kesimpulan 75

5.9 Penutup 76

RUJUKAN 77

Page 14: PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN  · PDF filememberikan sokongan moral, ... mengandungi paparan nota, ... satu tajuk kecil dalam sukatan mata pelajaran Matematik Tingkatan Satu

xi

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK HALAMAN

3.1 Skop Subtopik Ukuran Asas Di Dalam Perisian 40

3.2 Spesifikasi Perkakasan Yang Digunakan Untuk 41

Menbangunkan Perisian

Page 15: PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN  · PDF filememberikan sokongan moral, ... mengandungi paparan nota, ... satu tajuk kecil dalam sukatan mata pelajaran Matematik Tingkatan Satu

xii

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK HALAMAN

3.1 Model Rekabentuk Instruksi Bersistem 38

Hanaffin & Peck

3.2 Carta Alir 45

4.1 Skrin Montage (Tajuk) 50

4.2 Skrin Learning Objective 51

4.3 Skrin Main Menu 52

4.4 Skrin Notes Dalam Topik Basic Measurement 53

4.5 Skrin Lesson 1 Dalam Subtopik Length Dan Mass 53

4.6 Skrin Definition Dalam Lesson 1 Bagi Subtopik 54

Length

4.7 Skrin Summary Bagi Subtopik Length 55

4.8 Skrin Subtopik Exercise 56

4.9 Skrin Bagi Soalan Objektif Dalam Menu Exercise 56

4.10 Skrin Jawapan Bagi Soalan Objektif Setelah 2 Kali 57

Mencuba

4.11 Skrin Bagi Soalan Subjektif Dalam Menu Exercise 57

4.12 Skrin Menu Activity 58

4.13 Skrin Menu Activity 1 59

4.14 Skrin Match 1 Dalam Menu Activity 1 60

4.15 Skrin Response YES Bagi Jawapan Betul Dalam 60

Match 1

4.16 Skrin Activity 2 61

4.17 Skrin Activity 3 62

Page 16: PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN  · PDF filememberikan sokongan moral, ... mengandungi paparan nota, ... satu tajuk kecil dalam sukatan mata pelajaran Matematik Tingkatan Satu

xiii

4.18 Skrin Arahan Test 63

4.19 Skrin Test 63

4.20 Skrin Total Score Test 64

4.21 Skrin Answer Test 64

4.22 Skrin Glossary 65

4.23 Skrin Exit 66

4.12 Skrin Penghargaan 66

Page 17: PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN  · PDF filememberikan sokongan moral, ... mengandungi paparan nota, ... satu tajuk kecil dalam sukatan mata pelajaran Matematik Tingkatan Satu

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Sebagai sebuah negara yang sedang ke arah status negara maju, Malaysia

perlu mewujudkan masyarakat yang saintifik dan progresif, mempunyai daya

perubahan yang tinggi, masyarakat yang memandang jauh kehadapan, inovatif serta

penyumbang kepada tamadun sains dan teknologi masa hadapan, berfikiran kritikal

dan yang bersedia untuk mengambil bahagian dalam ekonomi global di abad ke-21

ini.

Sesebuah masyarakat dikatakan masyarakat saintifik ialah masyarakat yang

maju dan mempunyai pengetahuan yang luas. Sementara masyarakat inovatif ialah

masyarakat yang mempunyai daya saing yang tinggi dan sentiasa membuat

kemajuan dalam kehidupan mereka. Menurut Abu Hassan (1991), Wawasan 2020

tercetus hasil daripada pemikiran dan pandangan berwawasan bekas Perdana

Menteri Malaysia yang ke empat iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad. Beliau telah

menggariskan sembilan cabaran di dalam kertas kerja yang telah dibuat. Bila kita

lihat cabaran ke enam dalam kertas kerjanya ialah mewujudkan masyarakat yang

saintifik dan inovatif. Cabaran ke enam ini merupakan wawasan yang menuntut

Page 18: PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN  · PDF filememberikan sokongan moral, ... mengandungi paparan nota, ... satu tajuk kecil dalam sukatan mata pelajaran Matematik Tingkatan Satu

2

pertumbuhan ekonomi yang berteraskan teknologi. Ini bermakna para guna tenaga

yang diperlukan ialah daripada golongan celik teknologi dan berfikiran kritikal serta

telah bersiap sedia untuk mengambil bahagian dalam ekonomi dunia tanpa

sempadan pada era abad ke-21. Bersesuaianlah dengan matlamat Wawasan 2020

ini para pelajar digalakkan untuk menceburi bidang sains dan teknologi bermula di

bangku sekolah lagi bagi menanam minat dalam bidang ini.

Bagi memenuhi matlamat wawasan 2020, Tun Dr. Mahathir Mohamad telah

melancarkan projek Koridor Raya Multimedia (Multimedia Super Coridor) di

Cyber Jaya bagi menjadikan Malaysia sebuah negara yang maju dan mampu untuk

menghadapi era globalisasi yang sedia menanti. Salah satu daripada projek Koridor

Raya Multimedia ialah Sekolah Bestari. Sekolah sebegini telah dilengkapi dengan

pelbagai kemudahan yang canggih seperti komputer bagi mempertingkatkan mutu

pengajaran dan pembelajaran. Ditambah pula dengan perisian pembelajaran yang

bermutu yang dihasilkan dapat menarik minat para pelajar dalam aktiviti

pembelajaran. Pelbagai teknik pengajaran dan pembelajaran dapat diaplikasikan

melalui perisian pembelajaran yang dihasilkan berdasarkan teori-teori pembelajaran

yang sedia ada.

Sekolah Bestari merupakan batu loncatan untuk Malaysia mencapai tahap

negara maju menjelang abad ke-21.

“ Masyarakat abad ke-21 juga akan lebih meluas menggunakan

maklumat sebagai kuasa baru yang membolehkan mereka mengawal

dunia. Masyarakat maklumat ini akan menjadikan maklumat sebagai

asas membina ilmu dan kebijaksanaan untuk terus memajukan dunia

atau sebaliknya. Dunia akan berada dalam satu rangkaian sistem

maklumat Internet yang bersepadu dengan negara maju di Barat dan

beberapa ‘Naga dan harimau Baru’ dari pinggir Pasifik akan

terangkum dalam sistem yang lebih global dalam konteks teknologi

maklumat yang canggih ”.

(Abd. Rahim, 1996)

Page 19: PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN  · PDF filememberikan sokongan moral, ... mengandungi paparan nota, ... satu tajuk kecil dalam sukatan mata pelajaran Matematik Tingkatan Satu

3

Dalam pendidikan masa kini, komputer dalam bilik darjah matematik

lazimnya digunakan dua pendekatan. Pertama, komputer memainkan peranan guru

atau tutor dalam suasana ‘computer-assisted-instruction’ (CAI) atau dikanali

sebagai tutorial. Kedua, komputer sebagai alat penyelesaian masalah yang

digunakan dalam suasana ‘computer-based-learning’ (CBL). Komputer juga turut

berkemampuan menyampaikan pelbagai aktiviti pengajaran dengan baik seperti

permainan dan grafik yang bermutu dalam pelbagai mesej yang hendak

disampaikan.

Penggunaan perisian pembelajaran dengan berkonsepkan teori-teori

pembelajaran yang tertentu dapat menghasilkan pelajar-pelajar yang cemerlang dan

seterusnya menjadi warganegara Malaysia yang berpengetahuan luas dan tahu

mengaplikasikan teknologi menjelang 2020. Multimedia merupakan satu proses

komunikasi interaktif berasaskan komputer yang merangkumi penggunaan teks,

grafik, audio, video dan animasi (Jamaluddin dan Zaidatun, 2000).

Cabaran dunia globalisasi seperti K-Ekonomi, E-Dagang dan sebagainya

merupakan isu utama yang disarankan oleh negara, maka seharusnya pengetahuan

tentang teknologi maklumat adalah penting bagi seseorang individu agar cabaran

tersebut dapat digarap dengan sempurna. Lantas, untuk mengembangkan pemikiran

dan minda pelajar khususnya, pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) di

sekolah-sekolah mahupun di institusi-institusi pendidikan tinggi terhadap teknologi

maklumat perlu dipertingkatkan ke arah menggalakkan kreativiti dan motivasi

pelajar. Pendekatan pengajaran tradisional secara sogokan semata-mata seharusnya

dikikis dari pemikiran tetapi diubah dengan membekalkan pengetahuan dan

kemahiran ke arah mendapatkan maklumat iaitu dengan pendekatan secara

konstruktif.

Dengan wujudnya perisian pendidikan ini akan memudahkan guru dalam

proses pengajaran dan pembelajaran di samping dapat menarik minat para pelajar

Page 20: PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN  · PDF filememberikan sokongan moral, ... mengandungi paparan nota, ... satu tajuk kecil dalam sukatan mata pelajaran Matematik Tingkatan Satu

4

belajar. Pengaplikasian perisian pendidikan dalam pengajaran dan pembelajaran

akan menjadikan para pelajar berdaya fikir yang tinggi dan dapat

mempertingkatkan pengetahuan mereka bagi persediaan untuk menempuh zaman

dunia globalisasi.

1.2 Latar Belakang Masalah

Dalam bidang pendidikan, komputer merupakan satu alternatif yang baik

dan berkesan dalam membantu perolehan dan pemahaman tajuk. Pengajaran

Pembelajaran Berbantukan Komputer atau disebut sebagai Computer Based

Instruction (CBI) adalah pengajaran terancang berasaskan komputer. Ia telah

banyak mengalami perubahan sejak diperkenalkan. Perkembangan teknologi

semasa telah menjadikan komputer semakin menarik dan mudah untuk digunakan.

Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) membolehkan pelajar berinteraksi

dengan komputer pada keseluruhan atau pun sebahagian daripada pelajaran

berkenaan.

Cabaran yang dilalui oleh guru-guru matematik sebenarnya boleh ditangani

dengan adanya perkembangan kaedah pembelajaran yang terkini. Penggunaan

komputer dalam pengajaran matematik dapat memperkembang dan

memperkayakan lagi tajuk palajaran yang diajar. Penggunaan komputer dalam

pengajaran matematik boleh memperbaiki kualiti pengajaran di dalam kelas.

Aktiviti penyelesaian masalah adalah bahagian terpenting dalam pendidikan

matematik. Masalah matematik harus diterjemahkan kepada sebutan dan bahasa

matematik sebelum ianya diselesaikan. Langkah terjemahan seperti ini memerlukan

fahaman yang lengkap terhadap struktur konsep yang terkandung dalam masalah

tersebut. Keadaan ini telah menyebabkan kesukaran pembelajaran dikalangan

setengah-setengah pelajar menguasai konsep matematik.

Page 21: PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN  · PDF filememberikan sokongan moral, ... mengandungi paparan nota, ... satu tajuk kecil dalam sukatan mata pelajaran Matematik Tingkatan Satu

5

Tidak dinafikan bahawa sebahagian aktiviti harian yang sering kita lakukan

sentiasa menggunakan konsep matematik khususnya unit ukuran asas. Contohnya

aktiviti jual beli, masa dan kuantiti jisim. Kita boleh lihat sama ada di klinik atau

hospital telah menunjukkan betapa pentingnya pengukuran asas ini diaplikasikan

seperti ukur suhu, berat, tinggi dan juga masa.

Namun begitu, pembinaan perisian matematik berasaskan teknologi

komputer kini telah menjadi suatu alternatif baru dalam proses pengajaran dan

pembelajaran. Dalam era teknologi maklumat kini dapat mempertingkatkan

keberkesanan dan pencapaian pendidikan matematik terutamanya untuk memahami

konsep yang sukar dan abstrak.

1.3 Pernyataan Masalah

Menurut Abdul Rahman (1999), kaedah pengajaran tradisional yang ada

banyak bergantung kepada penggunaan buku teks, papan hitam dan bertutur lisan

sahaja atau lebih dikenali sebagai kaedah 'chalk and talk'. Kaedah ini kurang

mendatangkan kesan kepada pengajaran guru dan pembelajaran murid. Secara

tidak langsung menambahkan bebanan guru serta wujud pembelajaran

membosankan terhadap murid. Kehadiran komputer dan teknologi moden di dalam

bidang pendidikan mampu membantu meringankan beban serta kekangan yang

sedia wujud dalam pembelajaran tradisi.

Menurut Amin (1993), proses pembelajaran matematik mengambil masa dan

memerlukan kesabaran. Konsep-konsep penting tidak boleh dikuasai atau difahami

dengan sekelip mata. Menurutnya lagi pembelajaran hafalan mempunyai unsur

kognitif yang rendah. Prinsip hafalan hanya berfungsi untuk menyelesaikan

beberapa masalah sahaja. Prinsip ini tidak sesuai untuk dimanfaaatkan kepada

Page 22: PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN  · PDF filememberikan sokongan moral, ... mengandungi paparan nota, ... satu tajuk kecil dalam sukatan mata pelajaran Matematik Tingkatan Satu

6

masalah lain yang mempunyai konsep dan idea matematik. Sebaliknya

pembelajaran bermakna mempunyai tahap penyesuaian yang tinggi kerana kaedah

pembelajaran ini menekankan kefahaman dan pembentukan konsep dan idea

matematik. Pembelajaran matematik dianggarkan memerlukan 95% pembelajaran

bermakna dan hanya 5% sahaja pembelajaran hafalan (Skemp,1989).

Justeru itu pembangunan perisian ini diwujudkan supaya pelajar boleh

mempelajari suatu konsep atau idea matematik berkaitan tajuk Ukuran Asas secara

tidak formal mengikut sukatan pelajaran.

1.4 Objektif Kajian

Perisian ini dibangunkan berdasarkan beberapa objektif. Di antaranya

adalah untuk:

i Membangunkan perisian PBK yang bercirikan multimedia dan bersifat

interaktif iaitu bertajuk ukuran asas bagi mata pelajaran matematik KBSM

tingkatan 1.

ii Implementasikan satu perisian PBK melalui strategi pengajaran tutorial dan

teori behaviorisme.

1.5 Skop Projek

Skop projek ialah membina suatu perisian pengajaran dan pembelajaran

berbantukan komputer bagi tajuk ukuran asas yang diajar dalam mata pelajaran