nota menulis

Upload: ummi-eira

Post on 08-Apr-2018

239 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/7/2019 NOTA MENULIS

    1/16

    TAJUK 7: KEMAHIRAN MENULIS

    PENGENALAN

    Selain berkomunikasi secara lisan atau pun melalui bacaan, manusia jugaberkomunikasi melalui tulisan. Malah bahasa tulisan adalah satu bentukkomunkasi yang paling tinggi dan kompleks. Menulis adalah satu kemahiran dan

    juga sebagai saluran untuk seseorang melahirkan perasaan dan idea.Kemahiran menulis menggabungkan aspek-aspek visual, motor, dan keupayaanmembentuk konsep-konsep. Menurut Hughes, Mercer, Lenz, dan Hoffman,(1991). tulisan juga adalah saluran utama bagi murid-murid untuk menunjukkanpengetahuan dan mereka dalam mata pelajaran akademik yang lebih tinggi

    Sebelum seseorang dapat menggunakan tulisan sebagai media untukberkomunikasi, ia perlu menguasai kemahiran menulis secara mekanis dahulu,dan selepas itu barulah ia dapat menulis untuk tujuan berkomunikasi denganorang lain. Seseorang individu menulis untuk menyatakan idea danperasaannya atau apa sahaja yang ingin disampaikannya supaya dapat dibacadan difahami oleh orang lain.

    Kebanyakan kanak-kanak bermasalah pembelajaran di kelas Pendidikan KhasBermasalah Pembelajaran (PKBP) tidak menguasai kemahiran menulis, samaada tulisan mekanis ataupun tulisan mentalis.

    Dalam tajuk ini, anda akan didedahkan dengan peringkat perkembanganmenulis, masalah tulisan, dan strategi mengajar menulis.

    OBJEKTIF

    Pada akhir tajuk ini, anda seharusnya dapat:

    1. menghuraikan peringkat-peringkat perkembangan menulis,

    2. membincangkan jenis-jenis masalah tulisan, dan

    3. menghuraikan strategi pengajaran kemahiran menulis.

  • 8/7/2019 NOTA MENULIS

    2/16

    GAMBARAN KESELURUHAN TAJUK

    KEMAHIRAN MENULIS

    Peringkat Masalah Tulisan Strategi MengajarPerkembangan TulisanMenulis

    7.1 Peringkat Perkembangan Menulis

    Tulisan dan bacaan mempunyai hubungan yang rapat dan saling melengkapi.

    Seseorang akan membaca hasil tulisan seseorang dan hasil tulisan seseorangpula adalah untuk dibaca oleh orang lain. Begitu juga apabila seseorangmenulis, dia juga sedang membaca apa yang ditulisnya. Tulisan adalahlambang-lambang bunyi yang diwakili oleh perkataan-perkataan yang ditulis.Apabila lambang-lambang yang ditulis itu dibaca atau dibunyikan semula, makabarulah wujudnya bahasa melalui tulisan itu. Melalui tulisan manusia melahirkanperasaan, fikiran, dan juga kemahuan mereka. Melalui tulisan juga manusiadapat menikmati keindahan bahasa melalui penulisan yang indah dan penulisanyang banyak memberi maklumat.

    7.1.1 Jenis Kemahiran Menulis

    Secara umumnya terdapat dua jenis kemahiran menulis yang diberi penekanandalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Pertamanya adalah kemahiranmenulis secara mekanis dan keduanya kemahiran menulis mentalis.

  • 8/7/2019 NOTA MENULIS

    3/16

    Kemahiran menulis secara mekanis menekankan kepada aspek tulisan yangbetul, kemas, cantik, dan mudah dibaca. Kemahiran ini melibatkan koordinasiotot-otot tangan dan jari dengan aspek visual dalam menulis perkataan-perkataan. Kemahiran menulis secara mekanis diberi tumpuan pada peringkatawal persekolahan kanak-kanak iaitu di peringkat pra sekolah dan tahap satu

    sekolah rendah (Tahun 1 hingga tahun 3). Kanak-kanak berkeperluan khasbermasalah pembelajaran (PKBP) menunjukkan penguasaan kemahiran menulissecara mekanis yang sangat lemah. Mereka didapati sukar menulis huruf huruf dengan betul dan juga cara menulis huruf yang salah.

    Kemahiran menulis secara mentalis adalah kemahiran menulis untuk pelahiranidea, perasaan, memberi maklumat, bercerita, dan sebagainya. Kemahiran inimelibatkan proses kognitif dan perlu dipupuk melalui latihan-latihan yangberterusan sehingga kemahiran tersebut dikuasai dengan mantap. Kemahiranmenulis secara mentalis ini hanya diperkenalkan oleh guru kepada murid-muridnya setelah mereka menguasai kemahiran menulis secara mekanis.

    Dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah terutamanya dalam matapelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, penulisan secara mentalis diajarmelalui aktiviti penulisan berkenaan dengan sesuatu aspek seperti menyatakankehendak, menyatakan perasaan, menyatakan pendapat, bercerita, memberimaklumat seperti menulis berita, dan menulis puisi.

    7.1.2 Peringkat Perkembangan Pengajaran Menulis

    Kemahiran menulis perlu dikuasai oleh kanak-kanak secara berperingkat-peringkat mengikut kesediaan dan keupayaan mereka. Sebelum mereka muladiajar menulis, ibu bapa dan guru perlu memastikan yang mereka sudahmempunyai kesediaan menulis. Kanak-kanak perlu bersedia dari segikemahiran motor halus iaitu kemahiran mengawal otot-otot jari dan jugapergerakan jari. Oleh itu kanak-kanak perlu didedahkan dengan pengalaman-pengalaman menggunakan jari seperti menggenggam, meramas, melorek,mencubit, menggentel, memegang, dan sebagainya. Kesemua kemahiran inidiajar secara tidak langsung menggunakan berbagai alat dan permainan.Kanak-kanak juga perlu bersedia dari segi keupayaan pengamatan visual melaluilatihan

    dan permainan tertentu. Selain itu kanak-kanak juga perlu menguasaikemahiran tatabahasa asas seperti boleh menggunakan pelbagai jenis pola danstruktur ayat mudah.

    Pengajaran kemahiran menulis di sekolah rendah dapatlah dibahagikan kepadatiga peringkat (Kamarudin Hj. Husin, 1988):

    i. peringkat pra menulis

  • 8/7/2019 NOTA MENULIS

    4/16

    ii. peringkat mendirikan asas (peringkat mekanis)

    iii. peringkat untuk pelahiran (mentalis)

    Peringkat Pra menulis

    Kanak-kanak sudah boleh diajar kemahiran pra menulis sekiranya ia sudahmempunyai kesediaan menulis seperti pergerakan otot-otot tangan dan jari

    jemari serta sudah dapat membuat pengamatan visual iaitu sudah bolehmembezakan dan mengecam benda-benda. Pada peringkat ini otot-otot tangandan jari dilatih supaya lebih kemas dan teratur pergerakannya dan juga dapatmemegang pensel dengan betul dan kemas. Selain itu latihan-latihan koordinasimata dan tangan dilakukan dengan banyak supaya kanak-kanak dapat menirubentuk-bentuk yang dilihat.

    Pada peringkat pra menulis, aktiviti-aktiviti yang dilakukan adalah untuk melatihpergerakan tangan, koordinasi mata dan tangan, latihan-latihan pergerakan matamelalui lakaran-lakaran terkawal dan lakaran bebas yang dilakukan oleh kanak-kanak. Menurut Hughes, Mercer, Lenz, dan Hoffmann (1991) kanak-kanaksepatutnya sudah boleh melakukan perkara-perkara berikut sebelum merekadiajar menulis.

    i. Melakukan pergerakan tangan atas ke bawah, kiri ke kanan, dandepan ke belakang.

    ii. Menekap atau menyurih bentuk-bentuk geometri dan garisan putus.

    iii. Menyambungkan titik-titik di atas kertas.

    iv. Melukis garis lintang dari kiri ke kanan, melukis garis tegak dari atas kebawah, dan bawah ke atas.

    v. Melukis bulatan arah lawan jam, garis melengkung, dan bulatan arahjarum jam.

    vi. Melukis garis condong.

    vii. Menyalin corak mudah dan bentuk-bentuk, dan

    viii. Mengenal huruf-huruf dan dapat membezakan keserupaan danperbezaan bentuk huruf-huruf tersebut.

  • 8/7/2019 NOTA MENULIS

    5/16

    Berikut diberikan beberapa contoh lakaran yang sesuai dengan sesetengah

    perkara di atas.

    Latihan

    Bincangkan kepentingan latihan pra menulis kepada kanak-kanak bagimenguasai kemahiran tulisan mekanis.

    Peringkat Mendirikan Asas (Tulisan Mekanis)

    Apabila kanak-kanak sudah boleh menguasai kemahiran pra menulis dan dapatmelaksanakan aktiviti yang berkaitan dengan baik, maka guru sudah bolehmemperkenalkan pengajaran kemahiran menulis kepada mereka. Aktiviti awaladalah tertumpu kepada menulis huruf-huruf secara bebas di atas kertas kosong,kertas petak, dan kertas garis tiga. Pada peringkat ini guru menekankan caramemegang pensel yang betul, kedudukan badan, dan bentuk huruf. Bagi kanak-kanak berkeperluan khas, guru hendaklah menggunakan berbagai-bagai kaedahdan teknik untuk mengajar kanak-kanak menulis.

    Peringkat Menulis Untuk Pelahiran ( Mentalis )

    Setelah kanak-kanak sudah dapat menulis huruf dan perkataan dengan betuldan baik, maka mereka akan digalakkan menulis untuk menyatakan perasaan,idea, atau menceritakan sesuatu perkara yang berlaku. Berbagai-bagai caraboleh dilakukan untuk melatih kanak-kanak menulis untuk pelahiran sepertimelengkapkan ayat, menjawab soalan pemahaman, menulis ayat berdasarkan

  • 8/7/2019 NOTA MENULIS

    6/16

    gambar, membina ayat daripada perkataan yang diberi, menulis karangan, danjuga menulis surat kiriman.

    7.2 Masalah Tulisan

    Sebelum kanak-kanak diajar kemahiran menulis untuk pelahiran, guru lebihmenumpukan kepada pengajaran kemahiran tulisan tangan atau tulisanmekanis. Pada peringkat ini terdapat beberapa masalah yang perlu diberiperhatian oleh guru. Kaminsky dan Powers (1981) telah mengenal pasti limamasalah yang ditunjukkan oleh kanak-kanak dalam tulisan tangan.

    i. Kecelaruan persepsi visual, iaitu ketidakupayaan mengingatbagaimana huruf itu kelihatan dan untuk memperlihatkan semulahuruf-huruf tersebut.

    ii.Kegagalan menggabungkan imej visual huruf dengan pergerakanmotor tangan atau jari yang sesuai.

    iii. Tidak cekap dan lemah dalam kawalan otot-otot dalaman tanganmenjadikan sukar untuk menulis.

    iv. Ingatan motor yang tidak sempurna berkaitan dengan penyimpananmaklumat-maklumat motor di dalam otak.

    v. Kesukaran untuk memahami atau melihat keperluan ruang (spatial)tulisan tersebut.

    Seorang guru yang peka akan dapat mengesan muridnya yang menghadapimasalah dalam tulisan berdasarkan tingkah laku-tingkah laku yang ditunjukkan.Antara tingkah laku pelajar yang boleh dijadikan petunjuk oleh guru adalah:

    i. menggenggam pensel;

    ii. cara memegang pensel yang salah;

    iii. kedudukan badan yang canggung semasa menulis;

    iv. mengelak latihan menulis seperti menggunakan taktik melengah-lengah;

    v. hasil tulisan tidak banyak berbanding umur, keupayaan membaca, dankeupayaan bertutur;

  • 8/7/2019 NOTA MENULIS

    7/16

    vi. terlalu kerap memadam;

    vii. kerap merujuk kepada carta huruf untuk menyemak bentuk huruf;

    viii. keliru dengan arah, misalnya tulisan cermin atau menulis terbalik, dan

    ix. lemah dalam menggunakan ruang, misalnya huruf atau perkataanterlalu rapat atau berjauhan.

    Selain daripada petunjuk-petunjuk tingkah laku yang ditunjukkan oleh kanak-kanak, masalah tulisan mekanis juga dilakukan oleh kanak-kanak semasamenulis seperti berikut:

    i. Bentuk huruf

    - tidak dapat membentuk huruf dengan betul

    - menulis dari kanan ke kiri- menulis abjad dan ayat terbalik- menulis dengan tiada ketetapan kecondongan- menulis abjad tidak lengkap atau tidak sudah- menulis perkataan terbalik ( bapa ---- baqa )

    ii. Jarak huruf atau perkataan tidak sesuai;

    iii. Tulisan menaik atau menurun daripada garisan;

    iv. Mencampur huruf besar dengan huruf kecil saiz huruf dalam perkataan

    tidak seragam;

    v. Tulisan yang terlalu kabur hingga sukar dibaca.

    Apabila guru dapat mengesan masalah tulisan yang dihadapi murid makatindakan pemulihan perlu dilakukan segera supaya masalah itu tidak berlarutandan boleh menjejas pencapaian murid berkenaan dalam pelajaran.

    Latihan

    Pilih satu masalah tulisan yang dihadapi pelajar dan bincangkan tindakanpemulihan yang boleh dilaksanakan untuk membantu pelajar berkenaan.

    7.2.1 Kategori Jenis Kesalahan dalam Tulisan

    Kanak-kanak menunjukkan berbagai-bagai jenis kesalahan dalam tulisanmekanis terutamanya pada peringkat awal menulis. Namun bagi kanak-kanak

  • 8/7/2019 NOTA MENULIS

    8/16

    bermasalah pembelajaran, kesalahan-kesalahan tulisan ini sukar untuk dipulihkan disebabkan faktor-faktor sampingan lain terutamanya yang mengalamimasalah khusus dalam tulisan. Terdapat dua masalah khusus dalam tulisanyang dikenali sebagaiAgraphia dan Dysgraphia (Cherry K.H., 1984).

    i.Agraphia

    Agraphia merujuk kepada masalah tulisan yang dihadapi olehseseorang dan terdapat dalam dua bentuk, iaitu:

    a. Perolehan (acquired) iaitu kehilangan keupayaan menulis yangtelah dikuasai sebelumnya disebabkan oleh kecederaan otak ataupenyakit otak;

    b. Perkembangan atau (congenital) iaitu kesukaran yang luarbiasa untuk mempelajari kemahiran menulis yang tidak selarasdengan pencapaian intelektual dan kemahiran-kemahiran lain

    seseorang individu.

    ii. Dysgraphia adalah masalah tulisan yang sangat teruk atauketidakupayaan melaksanakan pergerakan motor yang diperlukanuntuk menulis.

    Berdasarkan kajian dan pemerhatian terhadap hasil tulisan kanak-kanak,kebanyakan penulis telah mengkategorikan jenis kesalahan tulisan kepada enamkategori berikut:

    i.

    bentuk huruf

    ii. jarak

    iii. kecondongan

    iv. kualiti garisan

    v. saiz huruf dan keselarasan

    vi. kepantasan

    Bentuk huruf merujuk kepada bentuk huruf dan cara huruf itu ditulis. Cherry K.H.(1984) membahagikan bentuk huruf dan cara menulis kepada lima jenis berikut:

    i. huruf-huruf bulat

    a. Ikut jarum jam (p)

  • 8/7/2019 NOTA MENULIS

    9/16

    b. lawan jarum jam (a, c, c, o, q)

    ii. huruf-huruf berlengkuk (looped letters)

    a. di atas garisan (b, d, e, f, h, k, l)b. di bawah garisan (g, j, p, q, y)

    iii. huruf-huruf yang diulangi surihannya (retraced letters) (i, u, t, w, y)

    iv. huruf-huruf bengkok (humped letters) (h, m, n, v,x, z)

    v. bentuk-bentuk lain (r, s)

    Jarak huruf merujuk kepada cara huruf-huruf diletakkan di dalam perkataan, diantara perkataan, dan di dalam ayat. Jarak huruf-huruf hendaklah ditulisseragam. Contoh kesalahan:

    Buk u s aya teba l.

    Bukusaya tebal.

    Kecondongan huruf juga perlu seragam terutamanya pada tulisan sambung dan

    tulisan manuskrip. Cara menilai kecondongan yang mudah adalah denganmembuat garis tegak melalui huruf-huruf dalam perkataan, manakala bagi tulisansambung pula garisannya hendaklah condong.

    Kualiti garis pula merujuk kepada nipis atau tebal huruf atau huruf-huruf dalamperkataan. Ketebalan juga perlu seragam penulisannya.

    Kesesuaian saiz huruf merujuk kepada ketinggian dan kelebaran huruf yangsesuai. Manakala keselarasan pula merujuk kepada kepadanan atau hubungansaiz atau ukuran huruf yang baik dalam sesuatu perkataan. Kedua-dua aspek inisaling berkait dan membentuk kesatuan yang harmoni dalam tulisan.

    Kepantasan menulis merujuk kepada jumlah perkataan yang ditulis dalam masaseminit (psm). Menurut Skala Zaner-Bloser, kadar tulisan kanak-kanak adalahseperti berikut;

    Gred/tahun 1 - 25 psmGred 2 - 30 psmGred 3 - 38 psm

  • 8/7/2019 NOTA MENULIS

    10/16

    Gred 4 - 45 psmGred 5 - 60 psmGred 6 - 67 psmGred 7 - 74 psm

    Latihan

    Guru dapat mengesan masalah tulisan pelajar melalui pemerhatian. Bincangkanperkara yang menjadi tumpuan guru dalam pemerhatiannya.

    7.2.2 Punca Masalah Tulisan

    Masalah tulisan mekanis yang disebabkan oleh masalah khusus agraphia dandysgraphia adalah jelas. Manakala punca masalah tulisan mekanis yang laindapat dibahagikan kepada tiga kategori, iaitu: (1) aspek fizikal, (2) aspekpembelajaran, dan (3) aspek pengamatan.

    Punca masalah tulisan daripada aspek fizikal adalah seperti kecacatan otak,kecacatan anggota, kesihatan yang sering terganggu, keadaan fizikal rumahyang kurang merangsang untuk belajar, keadaan tempat belajar yang tidakselesa, dan tiada dorongan daripada ibu bapa, keluarga serta guru.

    Aspek pembelajaran dapat dilihat dari segi kurang pengalaman dalammenggunakan alat tulis dari masa pra sekolah hingga ke alam persekolahan;kurang latihan dan aktiviti penggalak ketika peringkat kesediaan menulis; tidakcukup latihan motor halus dan koordinasi mata-tangan; alat tulis tidak sesuai;pengajaran guru tidak sejajar dengan perkembangan murid terutama pada

    peringkat pra menulis; sikap negatif guru terhadap murid yang lemah dalamtulisan; tulisan guru kurang elok untuk dicontohi murid.

    Punca masalah tulisan yang disebabkan oleh aspek pengamatan dapatdibahagikan kepada tiga iaitu: (1) pengamatan dan masalah pendengaran, (1)pengamatan dan masalah penglihatan, (3) kesukaran memahami konsep, dan(4) kesukaran dalam koordinasi mata-tangan.

    i. Pengamatan dan kesukaran pendengaran

    Masalah utama yang berpunca daripada pengamatan pendengaranadalah kelemahan dalam mendiskriminasi bunyi (huruf) seperti b dand. Masalah ini bukan disebabkan oleh kecacatan yang dialami olehpelajar. Selain itu, masalah pendengaran yang dihadapi oleh pelajarboleh menyebabkan pelajar melakukan kesilapan menulis perkataanyang disebut atau didengar. Antara kerosakan alat pendengaranadalah:

    a. pekak konduktif tidak mendengar bunyi yang bernada rendah

  • 8/7/2019 NOTA MENULIS

    11/16

    b. pekak perseptif tidak mendengar bunyi bernada tinggic. pekak konduktif dan perseptif masalah bercampur adukd. pekak rekrutmen mendengar bunyi yang kuat sahajae. Secretory otitis Media masalah pendengaran yang disebabkan

    oleh cecair yang menyekat getaran

    ii. Pengamatan dan masalah penglihatan

    Jenis kesukaran yang disebabkan oleh pengamatan penglihatanadalah seperti kesukaran mendiskriminasi huruf yang mempunyai ciri-ciri persamaan bentuk, masalah pembalikan huruf, keliru denganbentuk huruf atau angka yang bentuknya bertentangan ( contoh: n u,p q, 6 9 ). Manakala masalah penglihatan pula menyebabkanpelajar terpaksa mengagak tulisan yang kurang jelas terutamanyamereka yang mengalami rabun jauh. Antara masalah penglihatan

    adalah seperti:

    a. hypermetrophia atau rabun jauhb. myopi atau rabun dekatc. astigmatisma, iaitu kesukaran melihat objek dengan jelasd. strabismus, iaitu melihat dengan sebelah mata, dane. juling

    iii. Kesukaran memahami kosep

    Masalah yang dihadapi adalah seperti keliru dengan huruf besar dan

    huruf kecil sehingga mencampur-adukkan huruf besar dan huruf kecildalam perkataan, dan keliru dengan bentuk abjad atau nomborbercetak dengan tulisan tangan.

    iv. Kesukaran dalam koordinasi mata-tangan

    Masalah yang berpunca daripada koordinasi mata-tangan adalahseperti tidak dapat menulis atau menyalin huruf dengan betul,bermasalah memegang pensel dengan betul misalnya memegangdengan lima jari atau memegang pensel terlalu dekat dengan matapensel, dan kesukaran menentukan kedudukan buku/kertas ketikamenulis. Sekiranya kedudukan buku terlalu jauh tangan akanmeregang, manakala jika buku terlalu dekat kedudukannya,pergelangan tangan akan membengkok ke belakang ketika menulis.

  • 8/7/2019 NOTA MENULIS

    12/16

    Latihan

    Bagaimanakah masalah pendengaran boleh mempengaruhi kemahiran menulisseseorang?

    7.3 Strategi Intervensi Kemahiran Menulis

    Terdapat banyak kaedah yang boleh digunakan untuk mengajar permulaankemahiran tulisan mekanis dan juga untuk pengajaran pemulihan masalahtulisan. Kaminsky dan Powers (1981) mencadangkan bahawa suatu programpengajaran kemahiran tulisan mekanis hendaklah mengandungi perkara-perkara

    berikut:

    i. mengawal ruang tulisan iaitu bergerak dari ruang yang luas kepadaruang yang lebih kecil

    ii. kelompokkan huruf yang memerlukan pergerakan yang sama;

    iii. menunjukkan contoh bentuk huruf yang betul dan galakkan pelajarmenyurih (tracing) model huruf;

    iv. sediakan banyak sesi latihan menulis;

    v. melibatkan pelajar dalam penilaian kendiri iaitu menggalakkan merekamengenal pasti kekuatan dan kelemahan mereka; dan

    vi. menerima bahawa tulisan bagi sesetengah pelajar adalah satu prosesyang sukar dan memerlukan galakan dan sokongan.

    Pengajaran pemulihan menulis untuk kanak-kanak hendaklah dilakukan secaraterkawal, iaitu garisan demi garisan mengikut urutan (stroke-by-stroke sequence)dengan bantuan guru. Cara ini akan dapat menghalang pelajar daripadamelakukan kesalahan seperti menulis terbalik, tulisan cermin, atau cara menulishuruf yang salah.

    Guru boleh menggunakan berbagai-bagai cara untuk membantu pelajarnyamengatasi masalah menulis. Sebagai contoh guru boleh mengajar pelajarnyamenulis huruf mengikut bentuknya secara terkawal seperti 7 C sekeluarga dibawah (Cherry , 1984).

  • 8/7/2019 NOTA MENULIS

    13/16

    Selain itu guru juga boleh memperkenalkan enam bentuk garisan yangdiperlukan untuk menulis huruf kecil (Cherry, 1984), iaitu:

    Urutan garis boleh juga diajar melalui aktiviti melakar seperti berikut:

    Mengajar pemulihan tulisan bukanlah perkara mudah kerana pelajar yangmengalami masalah tulisan adalah disebabkan oleh masalah-masalah lainseperti ingatan jangka pendek, pengamatan penglihatan, pengamatanpendengaran, koordinasi mata-tangan, dan lemah otot-otot tangan. Oleh ituaktiviti pengajaran hendaklah mengambil kira masalah-masalah yang dihadapi

    pelajar dan dilakukan peringkat demi peringkat.

    Cadangan pengajaran di bawah boleh dilaksanakan untuk pengajaranpemulihan tulisan pelajar.

    i. Latihan memegang pensel dengan betul.

  • 8/7/2019 NOTA MENULIS

    14/16

    ii. Latihan membuat pergerakan tangan dan jari semasa menulis.

    iii. Membuat garis-garis lakaran.

    iv. Membetulkan cara duduk pelajar semasa menulis.

    v. Memperkenalkan tulisan satu-satu (tulisan cap) dan dimulai denganhuruf kecil dahulu, manakala huruf besar diajar secara tidak langsung.

    vi. Kenal pasti kelemahan pelajar dan berikan latihan koordinasi mata-tangan seperti menekap, menyalin, melengkapkan, pertalian jarak,menyambung titik, memadankan, mencari jalan keluar, dansebagainya.

    Cadangan aktiviti pengajaran pemulihan yang dinyatakan di atas boleh ditambah

    lagi mengikut kreativiti guru. Namun begitu, semasa menjalankan aktivitipemulihan guru perlu memberi perhatian terhadap beberapa perkara pentingsupaya pengajarannya akan lebih berkesan lagi. Antaranya adalah:

    i. guru perlu mengkaji kesediaan menulis pelajarnya terleblih dahulu;

    ii. latihan aktiviti menulis hendaklah diperbanyakkan;

    iii. suasana bilik hendaklah selesa termasuk kedudukan kerusi meja yangsesuai dengan pelajar;

    iv. bahan untuk menulis seperti kertas, pensel, hendaklah sesuai ;

    v. langkah dan urutan membentuk sesuatu huruf hendaklah ditunjukkankepada pelajar;

    vi. pelajar jangan digalakkan menggunakan getah pemadam;

    vii. buku latihan khas hendaklah disediakan untuk pelajar membuat latihanmenulis di rumah.

    Setelah pelajar sudah boleh menulis, guru sudah boleh memperkenalkan tulisansambung kepada pelajarnya. Tulisan sambung boleh membantu pelajardaripada melakukan kesalahan menulis kerana tulisan sambung mempunyaiurutan garisannya yang tersendiri ketika menulis.

  • 8/7/2019 NOTA MENULIS

    15/16

    Latihan

    Apakah yang dimaksudkan dengan tulisan cermin. Bagaimana anda bolehtentukan bahawa sesuatu tulisan itu adalah tulisan cermin?

    7.4 Kesimpulan

    Kemahiran menulis adalah kemahiran tertinggi yang perlu dikuasai oleh pelajarselain kemahiran lisan dan kemahiran membaca. Kepentingan tulisan adalah

    jelas kerana tulisan juga merupakan satu bentuk komunikasi penting bagimanusia yang tidak sentiasa dapat berkomunikasi secara bersemuka sepanjang

    masa. Pengajaran kemahiran menulis kepada kanak-kanak bukanlah perkaramudah kerana menulis melibatkan kognitif, pengamatan, koordinasi mata-tangan, dan ketekunan. Bagi pelajar yang lemah dalam tulisan guru hendaklahmelaksanakan pengajaran pemulihan untuk pelajar tersebut. Setiap kelemahanhendaklah diberi pemulihan dengan cepat supaya pelajar dapat membaikikelemahan tersebut dengan segera supaya tidak memberi kesan kepadapencapaian dalam pelajaran.

    Rumusan

    1. Bahasa tulisan adalah satu bentuk komunikasi yang paling tinggi dankompleks.

    2. Tulisan adalah lambang-lambang bunyi yang diwakili oleh perkataan-perkataan yang ditulis. Apabila lambang-lambang yang ditulis itu dibacaatau dibunyikan semula, maka barulah wujudnya bahasa melalui tulisanitu

    3. Kemahiran menulis secara mekanis menekankan kepada aspek tulisanyang betul, kemas, cantik, dan mudah dibaca.

    4. Kemahiran menulis secara mentalis adalah kemahiran menulis untukpelahiran idea, perasaan, memberi maklumat, bercerita, dan sebagainya.

    5. Agraphia dan Dysgraphia adalah dua jenis masalah khusus dalam tulisan.

  • 8/7/2019 NOTA MENULIS

    16/16

    6. Punca masalah tulisan mekanis yang lain dapat dibahagikan kepada tigakategori, iaitu (1) aspek fizikal, (2) aspek pembelajaran, dan (3) aspekpengamatan.

    Kata Kunci

    AgraphiaDysgraphiaPengamatan penglihatanPengamatan pendengaranTulisan cermin

    Rujukan

    Cherry K.H. (1984). Learning Disabilities: Understanding Concepts,Characteristics, and Issues. New Jersey: Prentice-Hall.

    Hughes, Mercer, Lenze, dan Hoffman (1991). Students With LearningDisabilities. 4th ed, New York: Macmillan Publishing Company.

    Kamarudin Hj.Husin,(1988). Pedagogi Bahasa. Petaling Jaya: LongmanMalaysia Sdn. Bhd.