nota - laras bahasa

8
1 - Laras Bahasa Bahasa Melayu STPM Kertas 3 (910/3) 1. PENGENALAN BAHASA dengan sifat heterogennya senantiasa mewujudkan perbezaan atau keragaman dalam penggunaannya menimbulkan laras bahasa mengikut bidang. Laras dianggap oleh ahli linguistik sebagai salah satu daripada variasi bahasa. Dalam bahasa Melayu, laras wujud berlipat ganda apabila bahasa Melayu digunakan di pusat pengajian tinggi sebagai bahasa pengantar ilmu dan menjadi bahasa komunikasi masyarakat Malaysia dan dunia moden. 1 2. KONSEP LARAS BAHASA Laras bahasa ialah kelainan atau variasi bahasa yang dilihat dari sudut penggunaan berdasarkan latar belakang sosial penutur, konteks dan fungsinya. Laras bahasa merupakan satu konvensi sosial, iaitu yang digunakan oleh pengguna tertentu untuk keadaan tertentu. Laras bahasa turut didefinisikan sebagai pola-pola atau ciri-ciri khusus penggunaan bahasa mengikut bidang atau hal yang diperkatakan untuk mencapai matlamat yang diharapkan. Laras merupakan sejenis pencorakan bahasa yang kerap kali digunakan dalam sesuatu jenis keadaan. Ragamnya boleh berubah-ubah mengikut situasi. 3. FAKTOR-FAKTOR PENENTU LARAS BAHASA 3.1 Perbezaan Daerah Asal Penutur Perbezaan daerah penutur menghasilkan dialek/variasi bahasa yang berlainan dari segi penggunaan kosa kata, sebutan dan susuk ayat. Cara bertutur orang yang tinggal jauh di pedalaman dengan penduduk bandar dalam negeri yang sama juga menunjukkan kelainan. 3.2 Taraf Pendidikan Orang yang berpendidikan tinggi menggunakan bahasa yang sesuai dengan kelulusannya. Biasanya orang terpengaruh dengan bidang yang diceburinya. Orang yang tidak berpendidikan tinggi selalunya menggunakan bahasa biasa dan mudah. 1 Nik Safiah Karim. Laras Bahasa. Kuala Lumpur: Nurin Enterprise (1989:14) LARAS BAHASA Nota PENGGAL 3

Upload: latonya-briggs

Post on 10-Feb-2016

606 views

Category:

Documents


29 download

DESCRIPTION

laras bahasa

TRANSCRIPT

Page 1: Nota - Laras Bahasa

1 -

Lar

as B

ahas

a

Bahasa Melayu STPM Kertas 3 (910/3)

1. PENGENALAN

BAHASA dengan sifat heterogennya senantiasa mewujudkan perbezaan atau keragaman dalam penggunaannya menimbulkan laras bahasa mengikut bidang.

Laras dianggap oleh ahli linguistik sebagai salah satu daripada variasi bahasa.

Dalam bahasa Melayu, laras wujud berlipat ganda apabila bahasa Melayu digunakan di pusat pengajian tinggi sebagai bahasa pengantar ilmu dan menjadi bahasa komunikasi masyarakat Malaysia dan dunia moden.1

2. KONSEP LARAS BAHASA

Laras bahasa ialah kelainan atau variasi bahasa yang dilihat dari sudut penggunaan berdasarkan latar belakang sosial penutur, konteks dan fungsinya.

Laras bahasa merupakan satu konvensi sosial, iaitu yang digunakan oleh pengguna tertentu untuk keadaan tertentu.

Laras bahasa turut didefinisikan sebagai pola-pola atau ciri-ciri khusus penggunaan bahasa mengikut bidang atau hal yang diperkatakan untuk mencapai matlamat yang diharapkan.

Laras merupakan sejenis pencorakan bahasa yang kerap kali digunakan dalam sesuatu jenis keadaan. Ragamnya boleh berubah-ubah mengikut situasi.

3. FAKTOR-FAKTOR PENENTU LARAS BAHASA

3.1 Perbezaan Daerah Asal Penutur

Perbezaan daerah penutur menghasilkan dialek/variasi bahasa yang berlainan dari segi penggunaan kosa kata, sebutan dan susuk ayat.

Cara bertutur orang yang tinggal jauh di pedalaman dengan penduduk bandar dalam negeri yang sama juga menunjukkan kelainan.

3.2 Taraf Pendidikan

Orang yang berpendidikan tinggi menggunakan bahasa yang sesuai dengan kelulusannya.

Biasanya orang terpengaruh dengan bidang yang diceburinya.

Orang yang tidak berpendidikan tinggi selalunya menggunakan bahasa biasa dan mudah.

1Nik Safiah Karim. Laras Bahasa. Kuala Lumpur: Nurin Enterprise (1989:14)

LARAS BAHASA Nota

PENGGAL 3

Page 2: Nota - Laras Bahasa

2 -

Lar

as B

ahas

a

3.3 Kedudukan Sosial

Kedudukan atau taraf dalam masyarakat dmembezakan gaya berbahasa.

Orang yang berpangkat dan orang berada menggunakan bahasa yang terhormat, dan berbeza dengan yang berpendapatan rendah.

3.4 Tajuk atau Perkara

Topik yang dijadikan bahan perbincangan sangat ketara membezakan bentuk bahasa.

3.5 Gaya atau Cara Penyampaian

Variasi yang digunakan, sama ada formal atau tidak formal.

Saluran penyampaian, sama ada melalui penulisan atau lisan.

Penggunaan bahasa yang mudah atau rumit, berdasarkan audiens.

3.6 Pewacana dan Khalayak

Tabiat dan sikap penutur dan pendengar dapat membezakan laras yang digunakan.

Penutur yang suka akan keformalan pastinya menggunakan laras formal, dan mungkin istilah-istilah yang tinggi maknanya.

Penutur yang gemar akan gaya bersahaja akan menggunakan laras bersahaja, umpamanya laras dialek bercampur laras biasa.

3.7 Tekanan atau Gangguan

Dalam sesuatu komunikasi atau majlis, tekanan atau gangguan mempengaruhi laras bahasa dari segi kelancaran pertuturan.

Keinginan mempercepat tamatnya sesuatu ucapan atau ceramah, misalnya, menyebabkan penutur memendek-mendekkan penerangan.

4. CARA MENENTUKAN LARAS BAHASA

Ciri laras bahasa dipertimbangkan berdasarkan dua faktor utama, iaitu ciri keperihalan dan ciri linguistik.

4.1 Ciri Keperihalan

(a) Situasi luaran

Keadaan latar belakang sosial dan kebudayaan masyarakat dan cara hidup yang menjadi penentu kepada perlakuan-perlakuan anggota masyarakat.

(b) Situasi persekitaran

Aspek-aspek cara penyampaian, perhubungan sosial yang wujud, bahan dan topik yang diperkatakan, dan fungsi sosial bahasa.

Page 3: Nota - Laras Bahasa

3 -

Lar

as B

ahas

a

4.2 Ciri Linguistik

Berkait dengan kosa kata, tatabahasa, dan gaya penyampaian (formal atau tidak formal).

5. JENIS DAN CIRI LARAS

5.1 Laras Bahasa Biasa

Laras bahasa biasa ialah bentuk bahasa yang menggunakan kata-kata atau ungkapan biasa dan tidak melibatkan bidang tertentu.

Laras ini lazimnya digunakan oleh golongan yang tidak berpendidikan rendah dan sederhana.

Ciri:

Bahasa ini senang difahami kerana struktur ayat mudah dan ringkas tetapi padat.

Bahasa biasa dipengaruhi oleh variasi basahan dan variasi pasar.

Penggunaan perkataannya atau susuk ayatnya lazimnya tidak menepati tatabahasa baku.

5.2 Laras Sastera

Laras sastera digunakan dalam penulisan karya sastera, dalam bentuk puisi ataupun prosa.

Ciri:

Bahasanya boleh bersifat naratif, deskriptif, preskrptif, dramatik dan puitis.

Penggunaan unsur kreatif dan imaginatif – kadang-kadang kabur atau sukar ditafsir

Pemilihan diksi yang tersirat, dengan lambang tertentu – unsur bombastik, hiperbola (gambaran berlebih-lebihan), dan ambiguiti (lebih daripada satu makna atau tafsiran).

Puisi menggunakan ungkapan puitis – simile (perbandingan), metafora (kiasan) dan personifikasi (sifat manusia bagi bukan manusia), dan inversi (songsang).

Tanam sini, jual sini, apa pasal mahal? Hari-hari hujan, susah mahu tanam. Itu pasal mahal.

Lambang: bunga = gadis cantik mentari cerah = masa gemilang Bombastik: seksa merayap menembus urat saraf derita sepanjang zaman

menyudu igauan hancing

Page 4: Nota - Laras Bahasa

4 -

Lar

as B

ahas

a

Bentuk prosanya tidak mementingkan penggunaan tatabahasa yang betul – penyimpangan atau manipulasi bahasa.

Penggunaan ayat yang pendek dan mudah – kadang-kadang, satu ayat hanya dibina dengan menggunakan satu perkataan (gaya verbal) – menjadikan bahasa lebih hidup dan segar.

Dialog drama sering menggunakan bahasa pertuturan seharian – wujud variasi basahan dan bahasa pasar.

5.3 Laras Iklan atau Perniagaan

Laras iklan ialah laras bahasa pengaruhan untuk mengubah sikap dan mempengaruhi tindakan pengguna.2

Ciri:

Melakukan pemujukan – antaranya dengan mengumpan (memberikan tawaran istimewa).

Bersifat menggesa atau mendesak pengguna – secara terang atau simbolik.

2Asmah Haji Omar. Bahasa Iklan Perniagaan: Satu Kajian Bahasa Retorik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

(1984:3)

Percuma

Jimat RM200.00!

Bonus tahunan

Tanpa cengkeram!

Memenuhi gaya hidup impian anda

Simile: bagai api, rindu bagai pungguk Metafora: alur kesetiaan, perahu waktu Personifikasi: rindu menggamit resahnya air mata ini pernah bersuara Inversi: kencang angin bertiup (asalnya: angin bertiup kencang)

Anehnya aku membiarkan, malah merelakan... Angin halus malam terus membuaikan. ...Pergi untuk menjalankan kerjanya. Meninggalkan aku sepi lagi.

Aku terperanjat. Hisyam terperanjat. Kaget dan gamam... Lama.

Page 5: Nota - Laras Bahasa

5 -

Lar

as B

ahas

a

Penggunaan ayat yang ekonomis – pendek-pendek tetapi dapat difahami.

Tidak mementingkan tatabahasa yang tepat – terjadinya pemanipulasian dan penyelewengan bahasa

Dari segi kosa kata, bahasa iklan menggunakan kata adjektif untuk menunjukkan keistimewaan barangan yang ditawarkan.

Membuat perbandingan dan penafian terhadap kehebatan jenama lain.

5.4 Laras Sains

Laras ini digunakan dalam bidang sains dan teknikal, seperti biologi, kimia, fizik, dan sains gunaan.

Ciri:

Maklumat yang disampaikan berdasarkan uji kaji, kajian dan fakta.

Jangan tunggu sampai esok!

Sementara stok masih ada.

Tinggal satu hari lagi.

Kini, anda boleh tidur lena

Lebih tenaga, lebih ganjaran

Peneraja pasaran

Ubah kebiasaan

Wang anda cergas sentiasa

Dengan mudah

Gaji bawa balik dari RM800 – RM1000 Ianya lebih mudah dimiliki

Aerodinamik

Bergaya

Istimewa

Terhebat Yang unggul

Dipercayai turun-temurun

Lebih berdaya kuasa dan anggun bergaya

Prestasi lebih baik

Tiada tandingannya

Yang terbaik hanya daripada kami

Page 6: Nota - Laras Bahasa

6 -

Lar

as B

ahas

a

Maklumat bersifat intelektual dan saintifik.

Penyampaian secara formal dan objektif.

Penyampaian menggunakan jadual, graf, gambar rajah atau carta.

Sebagai laras akademik, hampir keseluruhan ayatnya ialah ayat pasif.

Penggunaan istilah khusus dan saintifik serta kod.

Pendefinisian – kaedah untuk memberikan penjelasan tentang sesuatu konsep.

5.4 Laras Ekonomi

Laras ini digunakan dalam urusan perekonomian dan perdagangan.

Ciri:

Laras ini bersifat ilmiah dan formal.

Maklumat yang disampaikan berdasarkan bukti dalam bentuk data dan perangkaan.

Penyampaiannya secara jelas dan eksplisit.

Penggunaan istilah ekonomi.

5.5 Laras Undang-Undang

Laras undang-undang digunakan dalam hal yang berkaitan dengan perundang-undangan.

Teks undang-undang sama ada lisan atau tulisan terdapat dalam perlembagaan, kanun, perbicaraan di mahkamah, dan surat perjanjian.

Ciri:

Teks undang-undang mengandungi bahagian dan seksyen, dan mempunyai pecahan atau subseksyen.

molekul

medan magnet

hidrogen oksida

CO2 (karbon dioksida) pengasidan

Air ialah campuran dua unsur yang terdiri daripada dua nisbah hidrogen dan satu nisbah oksigen.

bursa saham

guna tenaga

indeks saham

lebihan dagangan pelabur tempatan

Page 7: Nota - Laras Bahasa

7 -

Lar

as B

ahas

a

Wacana ini mementingkan kepersisan, keobjektifan, kejelasan, dan keterperincian.

Banyak ungkapan atau istilah memerlukan tafsiran atau interpretasi.

Penggunaan ayat yang kompleks – panjang dan sangat teknikal dari segi makna

Penuh dengan istilah yang berkaitan dengan peraturan – kebanyakannya kata pinjaman.

5.6 Laras Agama

Laras agama lazimnya merujuk kepada agama Islam, yang digunakan dalam bidang atau wacana melibatkan akidah, fikah, tasawur, sejarah, muamalat, dan sebagainya.

Laras ini digunakan antaranya dalam ceramah agama, forum agama dan khutbah Jumaat, serta penulisan kitab, buku panduan dan artikel.

Ciri:

Struktur ayatnya dipengaruhi struktur bahasa Arab.

Selitan ayat al-Quran dan Hadis sebagai bukti atau dalil bagi sesuatu hukum, khilaf dan permasalahan.

Terdapat juga penggunaan kias ibarat untuk memudahkan pemahaman khalayak tentang konsep hukum.

Laras agama menekankan pengajaran dan nasihat, di samping cerita sejarah untuk dijadikan teladan agar sentiasa berbuat baik dan betul.

Penggunaan perkataan pinjaman daripada bahasa Arab sangat ketara.

5.7 Laras Sukan

Laras sukan digunakan untuk membincangkan hal yang berkaitan dengan aktiviti kesukanan.

Laras ini terdapat dalam berita atau ulasan sukan, termasuk dalam ulasan selari semasa siaran langsung sesuatu pertandingan sukan.

Ciri:

defendan

habeas corpus

mandatori

mengaku tidak bersalah

plaintif

Sebagai salah satu Rukun Islam, zakat mencerminkan keagungan sistem sosial dan perekonomian Islam serta sikap mengambil berat terhadap nasib sesama Muslim atau ukhuwah. Ibadat ini akan menciptakan kesedaran di dalam diri bahawa harta ialah amanah Allah yang di dalamnya ada hak orang lain yang mesti ditunaikan.

Page 8: Nota - Laras Bahasa

8 -

Lar

as B

ahas

a

Bahasa yang digunakan ialah bahasa biasa, yang mudah dan bersahaja.

Penggunaan kosa kata khas tertentu bagi sesuatu bidang sukan.

5.8 Laras Resepi

Laras ini digunakan dalam urusan masak-memasak (kulinari), untuk memberi panduan tentang cara memasak makanan.

Ciri:

Terdiri daripada dua bahagian – bahan yang diperlukan, dan cara untuk menyediakan masakan

Laras ini bersifat formal kerana selalunya hubungan sehala sahaja.

Penjelasan terperinci – jumlah dan sukatan bahan dan langkah yang perlu diambil peringkat demi peringkat

Menggunakan ayat perintah ketika menjelaskan tindakan atau peringkat yang perlu dilakukan – seperti toskan, masukkan garam, kacau hingga rata

Banyak menggunakan istilah masakan.

tendangan sudut (bola sepak)

kad merah (permainan padang/gelanggang)

kawasan D (hoki)

pukulan pancung (badminton) pengadil / pembantu pengadil

LONTONG GORENG Bahan-bahannya:

1 mangkuk nasi himpit dipotong dadu

¼ cawan udang geragau kering

4 ulas bawang merah dan 2 ulasa bawang putih ditumbuk halus

2 sudu besar cili kisar

2 sudu besar kicap

1 kiub pati ikan bilis

1 cawan tauge

1 batang sawi dipotong 2 cm

¼ cawan air

minyak untuk menumis

garam dan gula secukup rasa Cara menyediakannya:

Panaskan minyak di dalam kuali dan tumiskan bahan-bahan yang ditumbuk. Kacau seketika dan masukkan cili kisar dan udang geragau. Kacau hingga garing.

Masukkan garam, air, gula, kiub pati ikan bilis, kicap dan sawi. Kacau hingga rata dan masukkan nasi himpit dan tauge. Kacau hingga rata dan angkat.

Hidangkan bersama-sama sambal kacang sotong.