nota bahasa melayu

22
INTERAKSI 1 PENGERTIAN KONSEP PENTAKSIRAN, PENGUJIAN DAN PENILAIAN. PENTAKSIRAN Defnisi Pentaksiran merupakan satu proses mendapatkan malumat dan seterusnya membuat penghakiman serta pertimbangan tentang produk sesuatu proses pendidikan Dari konteks pendidikan pentaksiran merupakan satu episod dalam proses pembela!aran yang merangkumi akti"iti menghurai# mengumpul# merekod# memberi skor dan menginterpretasi maklumat tentang pembela!aran seorang pela!ar bagi sesuatu tu!uan Pentaksiran !uga merupakan satu proses untuk mendapatkan gambaran tentang prestasi pembela!aran seseorang dalam sesuatu sub!ek atau akti"iti pembela!aran Akti"iti pentaksiran di!alankan se$ara berterusan Tu!uan Pentaksiran % Proses mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam pembela!aran % &enilai akti"iti yang di!alankan semasa penga!aran dan pembela!aran % &endapatkan maklumat se$ara berterusan tentang penga!aran dan pembela!aran memperbaiki penga!aran'pembela!aran % &eran$ang akti"iti penga!aran dan pembela!aran yang tersusun dan sistematik bersesuaian dengan tahap keupayaan murid % &elibatkan semua atau sebahagian besar murid dalam kelas se$ara e(ekti( % &eran$ang dan melaksanakan akti"iti tindak susul yang berkesan % &emperbaiki penga!aran dan pembela!aran PEN)*+IAN Defnisi Proses,prosedur yang sistematik bagi mengukur pen$apaian pela!ar yang biasanya dibuat se$ara bertulis Tu!uan pengu!ian ialah untuk menentukan pen$apaian pela!ar dalam sesuatu sesi pembela!aran Pengu!ian dapat dianggap sebagai proses penyerahan set soalan yang pia-ai yang perlu di!a-ab# atau satu set instrumen bersama satu prosedur yang sistematik bagi mengukur sampel tingkah laku atau perubahan seseorang indi"idu atau pela!ar &enurut .ronba$h /10 23 4*!ian ialah satu prosedur yang sistematik untuk memerhati perlakuan atau tingkah laku seseorang indi"idu dan men!elaskannya dengan batuan skala bernombor# atau satu sistem yang berkategori5 .ontoh skala bernombor ialah angka 62,122 untuk u!ian penglihatan# 122,172 untuk u!ian ke$erdasan /I8 Test3 dan 92,122 bagi u!ian pen$apaian bagi sesuatu mata pela!aran seperti Sains &anakala $ontoh sistem berkategori pula ialah 4ekstro"ert5 atau 4intro"ert5 bagi u!ian personaliti# atau 4rabun -arna5 bagi u!ian penglihatan Kepentingan pengu!ian bagi mengukur perubahan tingkah laku pela!ar seperti yang dinyatakan di atas# dikukuhkan oleh &ilagros 1091# /dipetik dari Raminah# 10013 yang menegaskan baha-a: 4*!ian adalah suatu $ara untuk mendapatkan $ontohan perlakuan yang diperlihatkan oleh murid di dalam keadaan yang dika-al atau ditentukan &aklumat yang diperoleh daripadanya akan di!adikan dasar untuk membuat penilaian atau pengadilan5 /Raminah 1001:73 ;asil daripada pemarkahan !a-apan pela!ar# satu ukuran yang disebut sebagai 4markah5 akan diberikan kepada pela!ar tersebut Pengu!ian men!elaskan tahap berapa baiknya prestasi pela!ar yang diu!i Proses pengu!ian la<imnya bermula dengan peringkat persediaan# diikuti pelaksanaan, pentadbiran u!ian dan berakhir dengan pemeriksaan skrip !a-apan &elalui pengu!ian inilah seseorang guru mengetahui sama ada pela!ar'pela!arnya telah menguasai pengetahuan#kemahiran atau sikap yang ingin disampaikan guru Kesimpulannya# pengesanan hasil penga!aran dan pembela!aran boleh dibuat melalui pengu!ian# pengukuran dan penilaian yang tepat# yang dilaksanakan guru dalam bilik dar!ah +usteru# ke$ekapan guru membangunkan alat pengu!ian amat penting#

Upload: sue-valentino

Post on 03-Nov-2015

34 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

bm

TRANSCRIPT

INTERAKSI 1PENGERTIAN KONSEP PENTAKSIRAN, PENGUJIAN DAN PENILAIAN.

PENTAKSIRANDefinisiPentaksiran merupakan satu proses mendapatkan malumat dan seterusnya membuat penghakiman serta pertimbangan tentang produk sesuatu proses pendidikan.Dari konteks pendidikan pentaksiran merupakan satu episod dalam proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menginterpretasi maklumat tentang pembelajaran seorang pelajar bagi sesuatu tujuan. Pentaksiran juga merupakan satu proses untuk mendapatkan gambaran tentang prestasi pembelajaran seseorang dalam sesuatu subjek atau aktiviti pembelajaran. Aktiviti pentaksiran dijalankan secara berterusan.

Tujuan Pentaksiran

Proses mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam pembelajaran Menilai aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran Mendapatkan maklumat secara berterusan tentang pengajaran dan pembelajaran memperbaiki pengajaran-pembelajaran. Merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang tersusun dan sistematik bersesuaian dengan tahap keupayaan murid. Melibatkan semua atau sebahagian besar murid dalam kelas secara efektif. Merancang dan melaksanakan aktiviti tindak susul yang berkesan. Memperbaiki pengajaran dan pembelajaran

PENGUJIANDefinisiProses/prosedur yang sistematik bagi mengukur pencapaian pelajar yang biasanya dibuat secara bertulis. Tujuan pengujian ialah untuk menentukan pencapaian pelajar dalam sesuatu sesi pembelajaran.

Pengujian dapat dianggap sebagai proses penyerahan set soalan yang piawai yang perlu dijawab, atau satu set instrumen bersama satu prosedur yang sistematik bagi mengukur sampel tingkah laku atau perubahan seseorang individu atau pelajar.

Menurut Cronbach (1970)

Ujian ialah satu prosedur yang sistematik untuk memerhati perlakuan atau tingkah laku seseorang individu dan menjelaskannya dengan batuan skala bernombor, atau satu sistem yang berkategori.Contoh skala bernombor ialah angka 30/100 untuk ujian penglihatan, 100/120 untuk ujian kecerdasan (IQ Test) dan 80/100 bagi ujian pencapaian bagi sesuatu mata pelajaran seperti Sains. Manakala contoh sistem berkategori pula ialah ekstrovert atau introvert bagi ujian personaliti, atau rabun warna bagi ujian penglihatan. Kepentingan pengujian bagi mengukur perubahan tingkah laku pelajar seperti yang dinyatakan di atas, dikukuhkan oleh Milagros 1981, (dipetik dari Raminah, 1991) yang menegaskan bahawa:Ujian adalah suatu cara untuk mendapatkan contohan perlakuan yang diperlihatkan oleh murid di dalam keadaan yang dikawal atau ditentukan. Maklumat yang diperoleh daripadanya akan dijadikan dasar untuk membuat penilaian atau pengadilan.

(Raminah 1991:2).Hasil daripada pemarkahan jawapan pelajar, satu ukuran yang disebut sebagai markah akan diberikan kepada pelajar tersebut. Pengujian menjelaskan tahap berapa baiknya prestasi pelajar yang diuji.Proses pengujian lazimnya bermula dengan peringkat persediaan, diikuti pelaksanaan/ pentadbiran ujian dan berakhir dengan pemeriksaan skrip jawapan. Melalui pengujian inilah seseorang guru mengetahui sama ada pelajar-pelajarnya telah menguasai pengetahuan,kemahiran atau sikap yang ingin disampaikan guru.Kesimpulannya, pengesanan hasil pengajaran dan pembelajaran boleh dibuat melalui pengujian, pengukuran dan penilaian yang tepat, yang dilaksanakan guru dalam bilik darjah. Justeru, kecekapan guru membangunkan alat pengujian amat penting, malah sama pentingnya dengan penguasaan guru terhadap kurikulum yang diajar bagi menjamin keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

PENILAIAN

DefinisiPenilaian merupakan satu proses untuk menghasilkan nilai kuantitatif untuk menentukan peringkat pencapaian dan kedudukan dalam pembelajaran. Penilaian merangkumi aspek pengujian dan pengukuran. Penilaian juga dapat didefinisikan sebagai satu proses/prosedur yang sistematik bagi membuat pertimbangan dalam menafsir hasil pengukuran, yang bertujuan untuk memberi maklumat tentang pencapaian akademik, kemahiran atau sikap.Perkaitan pengujian, pengukuran dan penilaianDiagnosisPenilaian yang dijalankan oleh guru dalam bilik darjah akan dapat memberikan maklum balas kepada guru tentang tahap penguasaan pelajar terhadap pengetahuan dan kemahiran yang telah diajar. Selain itu, penilaian ini juga dapat memberi maklum balas tentang masalah yang dihadapi pelajar dalam pembelajaran. Dengan itu, guru dapat mengenal pasti kemajuan seseorang pelajar, sama ada pada tahap yang sangat memuaskan, memuaskan, sederhana,lemah atau tidak ada sebarang kemajuan langsung. Daripada penilaian yang dijalankan juga, guru dapat mengenal pasti pelajar yang cepat/cergas, yang memerlukan aktiviti pengayaan dan pelajar yang lemah yang memerlukan aktiviti pemulihan. Guru juga perlu membuat keputusan sama ada untuk mengubah strategi pengajaran, supaya ia lebih bersesuaian dengan keperluan pelajar atau mengulang pelajaran dengan menggunakan strategi yang sama dan sebagainya.Penilaian yang dijalankan sepanjang tempoh pengajaran dan pembelajaran akan memperlihatkan kemajuan pelajar dalam jangka masa tertentu. Pengesanan kemajuan pelajar secara berterusan ini akan memberi maklum balas kepada guru tentang masalah yang dihadapi pelajar. Adakah pelajar mempunyai masalah dalam mempelajari dan menguasai pengetahuan dan kemahiran yang telah diajar? Sekiranya pelajar menghadapi masalah, guru akan menyelidik punca masalah tersebut. Maklumat berkenaan akan digunakan guru untuk mengubah pendekatan pengajaran atau menyediakan latihan yang khusus supaya masalah yang dihadapi pelajar dapat diatasi. Tanpa bantuan khas ini, pelajar-pelajar akan terus menghadapi masalah dan akibatnya mereka akan terus ketinggalan dalam pembelajaran.PencapaianPenilaian yang dijalankan pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran dapat memberikan maklumat tentang tahap penguasaan para pelajar terhadap pengetahuan, kemahiran dan sikap yang ingin disampaikan guru. Selain itu, penilaian yang dijalankan pada akhir tempoh pengajian; misalnya pada akhir Tahun 6 (UPSR), Tingkatan 3 (PMR) dan Tingkatan 5 (SPM); adalah bertujuan untuk menentukan gred pencapaian para pelajar secara keseluruhan. Penilaian pada peringkat ini lebih bercorak formal dengan tujuan akhirnya untuk memberi sijil kepada pelajar.Hasil penilaian ini akan menunjukkan pencapaian akademik pelajar mengikut gred yang diberikan, seperti cemerlang, sederhana atau gagal. Pihak sekolah akan dapat menentukan keupayaan keseluruhan seseorang pelajar berdasarkan pencapaian yang ditunjukkan dalam peperiksaan yang diduduki untuk tindakan selanjutnya, seperti pemilihan dan penempatan.Pemilihan dan PenempatanPenilaian adalah penting sebelum pengajaran dan pembelajaran bermula kerana guru perlu meninjau sejauh manakah pelajar-pelajarnya menguasai pengetahuan dan kemahiran asas kepada tajuk yang hendak diajar. Misalnya, seseorang guru Bahasa Melayu yang akan mengajar pelajar bukan penutur asli bahasa Melayu, perlu mengetahui aspek pengetahuan dan kemahiran manakah yang telah mereka kuasai, seperti tatabahasa, perbendaharaan kata dan sebagainya. Maklumat ini penting untuk guru membuat keputusan dalam menentukan peringkat yang bersesuaian untuk memulakan pengajaran.Selain itu, guru juga dapat memilih pelajar untuk dikelompokkan dalam sesuatu kumpulan berasaskan tahap penguasaan mereka. Sekiranya penguasaan mereka berbeza, guru perlu menempatkan mereka mengikut tahap penguasaan masing-masing dan seterusnya merancang dan melaksanakan pengajaran mengikut keperluan mereka yang berbeza-beza itu. Dalam keadaan ini, tujuan penilaian ialah untuk memilih dan menempatkan pelajar mengikut penguasaan pengetahuan dan kemahiran mereka.Selain memulakan sesi pengajaran, tujuan penilaian juga ialah untuk memilih dan menempatkan pelajar mengikut aliran tertentu. Misalnya, keputusan pelajar yang cemerlang dalam mata pelajaran sains memungkinkan ditempatkan dalam aliran sains atau mengikut kecenderungan seseorang murid berkenaan.Bimbingan dan kaunselingPenilaian juga dapat digunakan untuk tujuan bimbingan dan kaunseling kepada pelajar yang memerlukannya. Setiap pelajar sepatutnya mempunyai motivasi untuk belajar dan ia mungkin bersifat intrinsik/dalaman, iaitu motivasi daripada dalam diri pelajar itu sendiri. Contohnya, mereka yang belajar disebabkan ingin mengetahui sesuatu dengan mendalam, akan memperoleh pencapaian yang baik dan seterusnya akan dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Selain motivasi yang bersifat intrinsik ini, terdapat pula motivasi yang bersifat ekstrinsik/luaran, iaitu motivasi daripada luar, seperti dorongan daripada ibu bapa/rakan sebaya atau nasihat daripada guru/guru besar.

Tujuan lain Penilaian Ujian

1. Membantu guru mengetahui keupayaan penguasaan pelajar.2. Membantu guru dalam membuat perbandingan antara seseorang pelajar dengan rakan-rakannya atau antara kelas tersebut dengan kelas yang lain.3. Membuat perbandingkan pencapaian pelajar dalam subejk tersebut dengan pencapaian dalam subjek lain.4. Menentukan pelajar yang tinggi keupayaannya dan yang amat lemah keupayaannya dan lemah pencapaiannya5. Membantu guru dalam menentukan pengayaan dan pemulihan bagi pelajar yang berkenaan.6. Membantu guru dalam membuat jangkaan terhadap potensi atau bakat pelajar terhadap pembelajaran.7. Membolehkan guru menilai bahan-bahan dan teknik serta kaedah pengajaran mereka.8. Melalui ujian penilaian yang dilakukan guru dapat berusaha meningkatkan keberkesanan pengajaran mereka.9. Pelajar berpeluang mengetahui kelemahan dalam sesuatu kemahiran atau bidang dan segera memperbaikinya.

INTERAKSI 2 : TAKSONOMI DAN DOMAINTAKSONOMI DAN DOMAIN

TAKSONOMI BLOOM (TAHAP-TAHAP KOGNITIF BLOOM )

Kebanyakan ujian di dalam bilik darjah bertujuan mengetahui tahap kognitif pelajar. Menurut Benjamin S. Bloom, aras kognitif boleh dibahagikan kepada 6 tahap, iaitu: Pengetahuan, Kefahaman, Aplikasi, Analisis, Sintesis dan Penilaian.

Jadual Taksonomi Kognitif Bloom (1956)

Aras Pengetahuan

Aras ini menguji sejauh mana keupayaan pelajar untuk mengingat kembali fakta atau pengetahuan telah dipelajari. Terdapat tiga peringkat dalam aras pengetahuan ini :

1. Pengetahuan fakta khusus berkaitan dengan istilah berbentuk perkataan atau symbol.2. Pegetahuan tentang cara mengendalikan sesuatu yang meliputi pengetahuan tentang proses, aliran, pemeringkatan, penjenisan, teknik atau prosedur tertentu dalam menyelesaikan masalah.3. Pengetahuan tentang perkara yang bersifat sejagat dan abstrak dalam sesuatu bidang. Contonya; siapa,apa, di mana, bila, beri definisi, senaraikan, dan nyatakan.

Ciri-ciri soalan aras pengetahuan: Pelajar perlu menggunakan proses mental. Pengetahuan yang diminta hendaklah sama dengan pebgajaran guru. Soalan tidak memerlukan pelajar mengubah pengetahuan dalam bentuk baru. Jawapan dapat ditentukan dengan mudah sama ada salah atau betul.

Aras Kefahaman

Aras ini memerlukan keupayaan pelajar member huraian atau makna sesuatu perkara. Aras kefahaman ini terbahagi kepada tiga:

Penterjemahan Menterjemah bahasa lain ke bahasa lain tanpa mengubah makna asal.

Mentafsir (Interpretasi) Mentafsir idea/ mesej tersirat dan tersurat. Menerangkan idea dalam ayat sendiri.

Ekstrapolasi Membuat inferens tentang apa yang akan berlaku pada masa hadapan berdasarkan maklumat yang diberikan/ terima.

Perkataan yang sering digunakan dalam soalan bagi aras kefahaman ini anataranya jelaskan, huraikan, terangkan, mengapakah, bezakan, nyatakan, dan kelaskan.

Ciri-ciri soalan aras kefahaman Proses mental Maklumat asas telah diajar Perlu bahan atau alat komunikasi Pelajar menyatakan kefahaman mereka sendiri.

Aras Aplikasi

Aras ini menguji keupayaan pelajar menggunakan konsep, teori, prinsip, hukum, dan prosedur. Aras ini memerlukan pelajar benar-benar memahami segala konsep, teori, hukum, untuk menyelesaikan masalah. Perkataan yang sering digunakan dalam soalan bagi aras aplikasi antaranya kirakan, selesaikan, susunkan, dan gunakan.

Ciri-ciri soalan aras aplikasi Menggunakan proses mental aplikasi Soalan melibatkan tiga frasa iaitu Masalah situasi yang baru tidak dengan masalah yang dibincangkan dalam bilik darjah.

Aras Analisis

Aras ini mengkehendaki pelajar untuk memecahkan sesuatu perkara kepada unsur-unsur kecil dan memperlihatkan pertalian antara unsur-unsur. Aras ini menekankan keupayaan pelajar mengenal pasti unsur-unsur dan struktur yang mengaitkan unsur-unsur.

Jenis-jenis aras analisis1. Analisis unsur memerlukan pelajar menetukan unsur-unsur. Pelajar juga perlu mencari bukti untuk menyokong unsur yang sedia ada.2. Analisis hubungan membuat perkaitan bukti dengan hipotesis.3. Analisis prinsip pelajar mengenal pasti prinsip sesuatu organisasi yang digunakan untuk menghasilkan sesuatu dengan mengenalisis tujuan, pandangan dan pendirian.

Perkataan yang sering digunakan dalam soalan bagi aras ini ialah kenapakah, mengapa, apakah faktor, buatkan rumusan dan buktikan.

Ciri-ciri soalan aras analisis Soalan menggunakan proses mental analisis Situasi masalah berbeza daripada pengalaman dalam bilik darjah. Situasi, dokumen perlu dianalisis Soalan memerlukan fikiran kritik, bukan mengulang pengetahan yang dipelajari.

Aras Sintesis

Aras ini memerlukan keupayaan pelajar untuk menggabungkan sesuatu struktur kepada yang lebih jelas.

Jenis-jenis soalan aras sintesis.1. Sintesis penyampaian menghurai dan menarik minat.2. Sintesis himpunan satu himpunan perlakuan.3. Sintesis cadangan cadangan melalui andaian, analisis dan hubungan yang abstrak.

Perkataan yang sering digunakan dalam soalan bagi aras ini ialah ramalkan, hasilkan, tuliskan, cadangan, dan apa akan berlaku.

Aras Penilaian

Aras ini menguji keupayaan pelajar menilai sesuatu perkara berasakan kriteria yang perlu diketahui. Pelajar perlu membuat pertimbangan tentang nilao sesuatu idea hasil kerja penyelesaian bahan, sesuatu idea atau sebagainya. Pertimbangan dibuat dengan piawaian tertentu seperti tepat, berkesan, memuaskan, baik, buruk dan lain-lain. Perkataan yang sering digunakan dalam soalan bagi aras ini ialah pertimbangkan, rumuskan, nilaikan, kritikkan, buktikan, dan huraikan.

DOMAIN KRATHWOHL

Jadual Domain Krathwohl

Penerimaan

Penerimaan merupakan satu bentuk kesediaan atau penerima sesuatu yang ingin disampaikan. Individu tidak akan menolak rangsangan. Tindakan adalah terhad.

Gerakbalas

Seseorang akan bertindakbalas kepada rangsangan yang diterima disebabkan dia mempunyai motif tersendiri untuk berbuat demikian. Motif ini adalah motif ingin tahu. Tindakbalas ini akan melahirkan rasa kepuasan dalam diri individu berkenaan. Gerakbalas pada mulanya atas arahan terpaksa dan akhirnya akan menjadi kepuasan.

Penilaian

Sesorang itu memahami nilai sesuatu perbuatan yang dilakukannya kepada masyarakat. Nilai atau motif ini boleh dianggap motif luaran atau menjadi landasan kepada setiap individu.

Jenis penilaian1. Penerimaansemua nilai yang menjadi landasan kepada penerimaan.2. Pemilihan nilai tertentu dari nilai-nilai yang didedahkan kepada landasan pendiriannya.3. Komitmen memegang teguh kepada sesuatu kepercayaan (satu set nilai) yang menjadi landasan pendirian dan menerima cabaran.

Organisasi

Seseorang itu boleh menyusun semula sesuatu nilai kepada suatu set susunan yang sistematik. Pengkonsepsualisasikan nilai-nilai dan membentuk pertalian diantaranya dan menyusun nilai-nilai konsep itu.

Perwatakan

Seseorang itu mematuhi sesuatu sistem nilai dan sanggup mengamalkannya sebagai satu cara hidup.TAKSONOMI BLOOM (TAHAP-TAHAP KOGNITIF BLOOM )

Kebanyakan ujian di dalam bilik darjah bertujuan mengetahui tahap kognitif pelajar. Menurut Benjamin S. Bloom, aras kognitif boleh dibahagikan kepada 6 tahap, iaitu: Pengetahuan, Kefahaman, Aplikasi, Analisis, Sintesis dan Penilaian.

Aras Pengetahuan

Aras ini menguji sejauh mana keupayaan pelajar untuk mengingat kembali fakta atau pengetahuan telah dipelajari. Terdapat tiga peringkat dalam aras pengetahuan ini :

1. Pengetahuan fakta khusus berkaitan dengan istilah berbentuk perkataan atau symbol.2. Pegetahuan tentang cara mengendalikan sesuatu yang meliputi pengetahuan tentang proses, aliran, pemeringkatan, penjenisan, teknik atau prosedur tertentu dalam menyelesaikan masalah.3. Pengetahuan tentang perkara yang bersifat sejagat dan abstrak dalam sesuatu bidang. Contonya; siapa,apa, di mana, bila, beri definisi, senaraikan, dan nyatakan.

Ciri-ciri soalan aras pengetahuan: Pelajar perlu menggunakan proses mental. Pengetahuan yang diminta hendaklah sama dengan pebgajaran guru. Soalan tidak memerlukan pelajar mengubah pengetahuan dalam bentuk baru. Jawapan dapat ditentukan dengan mudah sama ada salah atau betul.

Aras Kefahaman

Aras ini memerlukan keupayaan pelajar member huraian atau makna sesuatu perkara. Aras kefahaman ini terbahagi kepada tiga:

Penterjemahan Menterjemah bahasa lain ke bahasa lain tanpa mengubah makna asal.

Mentafsir (Interpretasi) Mentafsir idea/ mesej tersirat dan tersurat. Menerangkan idea dalam ayat sendiri.

Ekstrapolasi Membuat inferens tentang apa yang akan berlaku pada masa hadapan berdasarkan maklumat yang diberikan/ terima.

Perkataan yang sering digunakan dalam soalan bagi aras kefahaman ini anataranya jelaskan, huraikan, terangkan, mengapakah, bezakan, nyatakan, dan kelaskan.

Ciri-ciri soalan aras kefahaman Proses mental Maklumat asas telah diajar Perlu bahan atau alat komunikasi Pelajar menyatakan kefahaman mereka sendiri.

Aras Aplikasi

Aras ini menguji keupayaan pelajar menggunakan konsep, teori, prinsip, hukum, dan prosedur. Aras ini memerlukan pelajar benar-benar memahami segala konsep, teori, hukum, untuk menyelesaikan masalah. Perkataan yang sering digunakan dalam soalan bagi aras aplikasi antaranya kirakan, selesaikan, susunkan, dan gunakan.

Ciri-ciri soalan aras aplikasi Menggunakan proses mental aplikasi Soalan melibatkan tiga frasa iaitu Masalah situasi yang baru tidak dengan masalah yang dibincangkan dalam bilik darjah.

Aras Analisis

Aras ini mengkehendaki pelajar untuk memecahkan sesuatu perkara kepada unsur-unsur kecil dan memperlihatkan pertalian antara unsur-unsur. Aras ini menekankan keupayaan pelajar mengenal pasti unsur-unsur dan struktur yang mengaitkan unsur-unsur.

Jenis-jenis aras analisis1. Analisis unsur memerlukan pelajar menetukan unsur-unsur. Pelajar juga perlu mencari bukti untuk menyokong unsur yang sedia ada.2. Analisis hubungan membuat perkaitan bukti dengan hipotesis.3. Analisis prinsip pelajar mengenal pasti prinsip sesuatu organisasi yang digunakan untuk menghasilkan sesuatu dengan mengenalisis tujuan, pandangan dan pendirian.

Perkataan yang sering digunakan dalam soalan bagi aras ini ialah kenapakah, mengapa, apakah faktor, buatkan rumusan dan buktikan.

Ciri-ciri soalan aras analisis Soalan menggunakan proses mental analisis Situasi masalah berbeza daripada pengalaman dalam bilik darjah. Situasi, dokumen perlu dianalisis Soalan memerlukan fikiran kritik, bukan mengulang pengetahan yang dipelajari.

Aras Sintesis

Aras ini memerlukan keupayaan pelajar untuk menggabungkan sesuatu struktur kepada yang lebih jelas.

Jenis-jenis soalan aras sintesis.1. Sintesis penyampaian menghurai dan menarik minat.2. Sintesis himpunan satu himpunan perlakuan.3. Sintesis cadangan cadangan melalui andaian, analisis dan hubungan yang abstrak.

Perkataan yang sering digunakan dalam soalan bagi aras ini ialah ramalkan, hasilkan, tuliskan, cadangan, dan apa akan berlaku.

Aras Penilaian

Aras ini menguji keupayaan pelajar menilai sesuatu perkara berasakan kriteria yang perlu diketahui. Pelajar perlu membuat pertimbangan tentang nilao sesuatu idea hasil kerja penyelesaian bahan, sesuatu idea atau sebagainya. Pertimbangan dibuat dengan piawaian tertentu seperti tepat, berkesan, memuaskan, baik, buruk dan lain-lain. Perkataan yang sering digunakan dalam soalan bagi aras ini ialah pertimbangkan, rumuskan, nilaikan, kritikkan, buktikan, dan huraikan.

DOMAIN KRATHWOHL

Penerimaan

Penerimaan merupakan satu bentuk kesediaan atau penerima sesuatu yang ingin disampaikan. Individu tidak akan menolak rangsangan. Tindakan adalah terhad.

Gerakbalas

Seseorang akan bertindakbalas kepada rangsangan yang diterima disebabkan dia mempunyai motif tersendiri untuk berbuat demikian. Motif ini adalah motif ingin tahu. Tindakbalas ini akan melahirkan rasa kepuasan dalam diri individu berkenaan. Gerakbalas pada mulanya atas arahan terpaksa dan akhirnya akan menjadi kepuasan.

Penilaian

Sesorang itu memahami nilai sesuatu perbuatan yang dilakukannya kepada masyarakat. Nilai atau motif ini boleh dianggap motif luaran atau menjadi landasan kepada setiap individu.

Jenis penilaian1. Penerimaansemua nilai yang menjadi landasan kepada penerimaan.2. Pemilihan nilai tertentu dari nilai-nilai yang didedahkan kepada landasan pendiriannya.3. Komitmen memegang teguh kepada sesuatu kepercayaan (satu set nilai) yang menjadi landasan pendirian dan menerima cabaran.

Organisasi

Seseorang itu boleh menyusun semula sesuatu nilai kepada suatu set susunan yang sistematik. Pengkonsepsualisasikan nilai-nilai dan membentuk pertalian diantaranya dan menyusun nilai-nilai konsep itu.

Perwatakan

Seseorang itu mematuhi sesuatu sistem nilai dan sanggup mengamalkannya sebagai satu cara hidup.

INTERAKSI 3 : JADUAL SPESIFIKASI UJIAN

JADUAL SPESIFIKASI UJIANDefinisi JSU ( Jadual Spesifikasi Ujian)Ia menghuraikan aspek-aspek pencapaian yang hendak diukur serta memberikan panduan untuk mendapatkan satu sampel item-item soalan.Kepentingan JSUDapat mengelakkan ujian yang dibina secara sembarangan dan dapat dilakukan secara terancang dan rapi.Dalam JSU, bilangan soalan bagi sesuatu tajuk diberi berdasarkan pentingnya tajuk atau objektif pelajaranAkan menjamin kesahan dan kebolehpercayaan ujian.Membolehkan ujian yang sama dibina oleh orang lain.Dapat menstabilkan taraf dan aras kesukaran ujian dari setahun ke setahun.Perbandingan dapat dibuat di antara satu ujian dengan ujian yang lainLangkah-langkah Penyedian JSU (Jadual Spesifikasi Ujian)JSU mengandungi maklumat tentang:Bentuk dan panjangnya ujianAras kesukaran dan juga aras kemahiran yang diujiJSU yang dirancang dengan baik akan menolong dalam penentuan kesahan dan kebolehpercayaan ujian itu.Pembahagian soalan untuk tiap-tiap unit kandungan mesti sama dengan penegasan yang diberi dalam pengajaran.Kepentingan aras mesti bersesuaian dengan kebolehan murid-murid yang akan diuji.Terdapat dua jenis soalan yang boleh digunakan iaitu soalan objektif dan soalan subjektif.Penggubal soalan mesti menentukan jumlah soalan untuk ujian itu.Masa mestilah cukup supaya 80% daripada murid-murid dapat menjawab soalan.Langkah pertama1.Menyenaraikan tajuk-tajuk yang hendak diuji2.Mengira jumlah masa bagi setiap tajuk yang diajar.Langkah dua1.Menentukan soalan yang ingin dibina. Contohnya; soalan subjektif atau soalan objektif (bergantung kepada format)2.Meletakkan jumlah soalan bagi setiap topik.

Jumlah Soalan

Langkah tiga1.Menentukan aras kesukaran2.Menentukan model aras kesukaran model (JSU)3.Lazimnya JSU mengamalkan Taksonomi Objektif Pendidikan Bloom.Langkah empat1.Memastikan jenis ujian yang akan/ hendak diuji.2.Jenis soalan yang boleh digunakan; ujian objektif, ujian esei, dan lain-lain. (bergantung kepada format)Langkah Lima1.Menentukan bilangan soalan bagi setiap komponen2.Penentuan aras kesukaran soalan ( soalan mudah kepada soalan susah)3.Menetapkan pemarkahan.Langkah enam1.Menyatakan matapelajaran2.Tingkatan atau kelas3.Susunan nombor soalan mengikut tajuk.

INTERAKSI 4 : PEMBINAAN UJIAN

PEMBINAAN UJIANSOALAN OBJEKTIFDEFINISISoalan objektif merupakan perkara atau alat yang digunakan untuk mendapatkan respon.Soalan objektif juga merupakan satu bentuk instrumen pentaksiran yang menggunakan item objektif. Item seumpama ini sesuai digunakan untuk mentaksir pengetahuan, kemahiran intelektual dan kemahiran berfikir. Ujian jenis ini memerlukan pelajar menulis atau memilih satu jawapan yang betul atau paling baik. Apabila sesuatu semakan jawapan dibuat semua pemeriksa akan memberi markah jawapan yang sama.Soalan objektif dibentuk daripada beberapa item objektif yang boleh diperiksa secara objektif iaitu pemeriksa berlainan memperolehi skor yang sama ketika memeriksa tindak balas yang serupa(Gronland,1977).Antara contoh soalan berbentuk objektif: Item jenis pendek Item jenis padanan Item jenis anekapilihan Item klozSoalan berbentuk objektif terbahagi kepada dua jenis:1. Item respon bebas2. Item respon tetap (item objektif pilihan)Item respon bebasItem jenis respon bebas memerlukan calon meneliti soalan dan menuliskan sendiri jawapan sendiri. Biasanya jawapan yang ditulis pada hujung soalan. Terdapat juga soalan yang berbentuk melengkapkan penyataan.Contoh;1.Apakah lawan bagi perkataanrajin? ________2.Kita mesti ______bermain sekarang sebab hujan.Item respon tetap (item jenis pilihan)Item respon tetap memerlukan pelajar memikirkan jawapan yang paling betul atau paling tepat. Jawapan dipilih daripada dua atau lebih pilihan.Jenis soalan respon tetap;1.Format salah betul2.Padanan3.Aneka pilihanFormat salah betulSoalan jenis ini mengandungi penyataan yang perlu ditandakan dua pilihan sahaja iaitu betul (B) atau salah (S), setuju (S) atau tidak setuju (TS), dan ya (Y) atau tidak (T).Contoh;Tandakan sama adaBetul(B) atauSALAH(S) bagi contoh antonim berikut:1.Hitam Putih()PadananSoalan jenis ini memerlukan pelajar memilih jawapan dengan memadankan objek atau perkara yang berkaitan di sebelah kiri atau di sebelah kanan. Bilangan padanan tidak perlu terlalu banyak bagi mengelakkan kekeliruan semasa menjawab. Ayat yang digunakan juga tidak perlu terlalu panjang.Aneka PilihanAneka pilihan tergolong dalam item tetap kerana item jenis ini diberikan tindak balas tetap.Jenis item aneka pilihan;1.Berbentuk soalan2.Pokok soalan berbentuk ayat tidak lengkap3.Jenis jawapan terbaik4.Analogi5.Antonim6.Jenis negatif7.Mengisi tempat kosong8.Item jenis campuran9.Teknik klozTerbahagi kepada tiga jenis pilihan:1.Stimulus(rangsangan)merupakan bahagian soalan yang mengandungi maklumat khusus dimana soalan itu didasarkan, mungkin dalam bentuk teks, grafik, jadual, atau perbualan.2.Stammerupakan bahagian soalan yang mengandungi tugasan dan biasanya berbentuk ayat, ayat tidak lengkap atau soalan.3.Jawapan pilihanmerupakan bahagian soalan yang mengandungi jawapan pilihan yang berbentuk angka simbol, frasa, gambarajah, jadual dan lain-lain.Perkara berikut harus dipatuhi semasa membina soalan jenis aneka pilihan:1.Arahan mesti jelas dan mudah difahami.2.Ayat yang digunakan tidak berbunga-bunga.3.Jawapan yang disediakan haruslah logik.4.Elakkan menggunakan perkataansemua di atas betulatausemua di atas salah.5.Aras kesukaran haruslah setara.6.Jawapan disusun mengikut urutan abjad atau nombor.7.Jawapan juga perlu disusun mengikut dari ayat pendek ke ayat paling panjang.Kelebihan dan Kelemahan Ujian ObjektifUjian objektif mempunyai beberapa kelebihan dan di antaranya ialah:a)Ujian ini mempunyai objektif ujian tugas calon dan asas penilaian lebih jelas dan lebih tepat.b)Ia bebas daripada penyelewengan pemarkahan. Keadilan dari segi pemarkahan tersebut terjamin.c)Tidak menggalakkan penipuan.d)Ujian ini mempunyai nilai potensi diagnostik yang tinggi.e)Ia boleh diskor dengan tepat.f)Ia juga boleh diskor dengan menggunakan mesin dan tidak memerlukan orang-orang yang terlatih.g)Pemeriksaan boleh dipercayai.h)Ujian ini bebas daripada artikulasi verbal. Ia tidak memerlukan kefasihan bahasa.i)Ia dapat mengukur proses mental yang tinggi.j)Ia memberi sumbangan kepada sampel isi yang luas.k)Ia dapat menyumbang kepada cara pengumpulan item yang baik.Di samping kelebihan dan kebaikkannya ini, terdapat juga kelemahan-kelemahan pada ujian objektif ini:a)Ia tidak dapat mengukur kebolehan pelajar memilih, mengatur dan membuat sentisis idea-idea dan melahirkannya secara sepadu.b)Ada kecenderungan menggalakkkan pelajar-pelajar meneka.c)Semasa menduduki peperiksaan calon terpaksa menggunakan banyak masa untuk membaca dan berfikir.d)Ujian ini memaksa guru-guru mengambil masa yang banyak untuk menyediakannya. Banyak tenaga yang digunakan.e)Ia tidak dapat mengukur keaslian.

SOALAN SUBJEKTIFDEFINISISoalan subjektif merupakan satu bentuk penyataan yang berbentuk pertanyaan dalam instrumen pentaksiran untuk menguji pengetahuan, pengalaman, kemahiranserta tahap kebolehan kognitif calon melalui respon secara tulisan.Terdapat dua jenis soalan subjektif:1.Item jenis struktur2.Item jenis eseiPrinsip pembinaan soalan jenis strukturItem jenis struktur terbentuk daripada satu atau dua bahagian isi kandungan jawapan yang mengandungi beberapa patah perkataaan dan bahan-bahan yang disertakan pada soalan. Jenis soalan sebegini mengehadkan isi dan bentuk jawapan. Jawapan yang ditulis biasannya berbentuk pendek dan tidak panjang. Jawapan tidak memerlukan huraian lanjutan.Prinsip pembinaan soalan jenis eseiAras kesukaran soalan hendaklah setara. Bahasa yang digunakan tidak perlu berbunga-bunga. Soalan hendaklah jelas dan sesuai dengan aras kemahiran pelajar.Terdapat dua jenis item esei1. Item tindak balas terhad2. Item tindak balas lanjutanItem tindak balas terhadItem tindak balas terhad membataskan isi dan bentuk tindak balas. Item jenis ini juga dihadkan kepada skop/topik tertentu sahaja. Item jenis ini berupaya mengukur aras kognitif isi yang terbatas.Item tindak balas lanjutanItem jenis ini berbeza daripada item tindak balas terhad. Item jenis ini tidak membataskan isi dan bentuk tindak balas. Pelajar akan dirangsang untuk berfikir dan mengaitkan serta mengaplikasikan pengetahuan serta pengalaman yang dipelajari di bilik darjah atau pengalaman sedia ada murid dalam jawapan mereka.Kelebihan dan kelemahan Ujian SubjektifSeperti ujian objektif, ujian jenis subjektif juga mempunyai kelebihan-kelebihannya yang tersendiri. Antaranya ialah:a)Ia boleh dibina dengan mudah. Bilangan soalan yang dibina sedikit.b)Ujian jenis ini berupaya mengurangkan tekaan jawapan.c)Ia berupaya memberi peluang kepada calon untuk menunjukkan kebolehannya. Mereka boleh memilih aspek-aspek pembelajaran yang paling penting dan wajar, mereka boleh mengelolakan pengetahuannya, mereka boleh mengemukakan pendapat dan sikapnya, dan boleh membuktikan inisiatif daya cipta atau keaslian.d)Membolehkan calon-calon menggunakan pengetahuan dan kemahiran mereka menghampiri situasi sebenar.e)Berguna untuk mengesan punca kelemahan, salah tafsiran, konsep-konsep yang samar-samar.f)Berguna untuk menggelakkan pemikiran pembelajaran pada peringkat atau proses mental yang tinggi.g)Ia mempunyai potensi untuk mengukur keaslianh)Tidak menggunakan masa yang banyak untukmenyediakannya.Dari segi kelemahan-kelemahannya pula, ujian ini memperlihatkan:a)Nilai potensi diagnostik yang rendahb)Ia cenderung untuk menggalakkan penipuan. Pelajar-pelajar boleh menghafaz karangan dan menuliskannya dalam ujian itu.c)Tidak boleh diskor dengan mesin. Ia memerlukan orang-orangyang terlatih.d)Pemeriksaan kurang boleh dipercayai.e)Tidak dapat menyumbang kepada sample isi yang luas.f)Ia memerlukan masa yang panjang bagi murid menjawabnya dan bagi pemeriksa memeriksanya. Ia mahal dan membosankan.g)Tidak bebas daripada artikulasi lisan. Ia memerlukan kefasihan berbahas.

INTERAKSI 5 : JENIS PENILAIAN BAHASAJENIS PENILAIAN BAHASA1.Ujian Formatif2.Sumatif3.Ujian Kefasihan4.Kemajuan5.Ujian Bakat6.PencapaianUjian FormatifUjian jenis ini dilaksanakan bertujuan untuk menentukan kemajuan pelajar-pelajar dari semasa ke semasa sepanjang pembelajaran mereka. Ujian ini dijalankan semasa kursus diadakan dan tujuannya ialah untuk mempercepatkan proses pembelajaran.Ujian SumatifUjian sumatifbertujuan untuk mengesan secara menyekuruh taraf pencapaian murid di akhir sesuatu pembelajaran. Matlamat utama penilaian jenis ini ialah untuk memberi markah atau gred kepada seseorang murid supaya dapat membandingkannya dengan markah murid lain dalam kumpulannya.

Jadual banding beza antara ujian formatif dengan ujian sumatif

Ujian BakatUjian jenis ini adalah khusus untuk menelah prestasi seseorang pelajar dalam pelajaran atau kemahiran bahasa asing yang akan dipelajarinya.Ujian PencapaianUjian pencapaian yang juga disebut sebagai ujian sumatif adalah jenis ujian yang diberi setelah kursus tamat dan tujuannya ialah untuk menilai hasil pengajaran. Ia diberikan untuk menilai kemajuan murid dalam pelajarannya dan juga untuk mengukur pencapaian murid secara menyeluruh.Ujian Kefasihan

Untuk kefasihan digunakan untuk menentukan tahap mengetahui dan menguasai sesuatu bahasa. Digunakan untuk menempatkan seseorang dalam kumpulan pembelajaran yang sesuai dan pengetahuan dan kebolehan mereka.Ujian Kemajuan :

Ujian Kemajuan digunakan di dalam bilik darjah dan hanya dinilai oleh guru kelas.Untuk kemajuan bertujuan untuk mengukur dan menilai setakat mana pelajar-pelajar telah menguasai bahan/perkara perkara yang diajar tentang 1 tajuk tertentu.

INTERAKSI 6 : Kaedah Penilaian Bahasa

Kaedah PenilaianBahasa1.Penilaian Melalui Portfolio.2.Penilaian Melalui Pemerhatian.3.Penilaian Melalui Kontrak Pembelajaran.4.Penilaian Melalui Soal Jawab.5.Penilaian Melalui Projek.6.Penilaian Melalui Kertas Kerja.

Penilaian Melalui Portfolio.Apakah portfolio?Satu kaedah yang digunakan untuk mengumpul dan merekodkan bukti pencapaian pelajar dalam satu jangka masa yang dipersetujui.Ciri-ciri portfolio.Dokumentasi berstruktur yang memerlukan pelaksanaan perancangan dan penilaian yang teliti.Proses pembelajaran secara portfolio dijalankan secara kolaboratif untuk mencapai kefahaman dan mendokumentasikan pemikiran secara kritis dan kreatif serta pemilihan maklumat dari fakta dari peringkat awal hingga akhir.Menggalakkan pembelajaran secara interaktif melalui kerjasama dan bantuan daripada pelbagai pihak.Kandungan portfolio terdiri daripada maklumat secara urutan dan mestilah logik.Portfolio bersifat reflektif yang dirangsang melalui persoalan.

Penilaian PortfolioPenilaian berbentuk lebih terbuka (broad based) dan seimbang.Tugasan portfolio dapat dipantau melalui peta perkembangan pelajar yang boleh dinilai melalui bukti-bukti lain.Proses penilaian perlu dijalankan secara berterusan supaya dapat mencerminkan perkembangan pelajar dari semasa ke semasa mengikut kriteria yang telah dipersetujui bersama.Jenis-jenis Portfolio yang boleh dibina.1.Porfolio kerja harian2.Portfolio hasil terbaik3.Portfolio dokumen.

1.Portfolio Kerja HarianBahan yang dikumpul untuk menghasilkan tugasan dalam satu jangka waktu yang diberikan.Contohnya;Proses perkembangan idea dijalankan secara harian untuk menghasilkan lukisan yang mempunyai ciri-ciri berikut.2.Portfolio Hasil TerbaikDipilih bersumberkan hasil terbaik daripada portfolio kerja harian.Berbentuk sumatifContohnya;Hasil lukisan yang terbaik daripada bebrapa lukisan yang dibuat dan dikumpulkan di dalam folio kerja terbaik.3.Portfolio DokumenHasil tugasan kecil yang dijalankan semasa mengumpul bahan pada satu jangka masa tertentu untuk menyempurnakan kerja tugasan.Contohnya;Hasil lukisan daripada warna tersebut.

Kegunaan PortfolioMembolehkan guru menggunakan bukti portfolio bersama rekod anekdot guru untuk membuat penilaian secara holistik.Mengekalkan galakkan pelajar untuk mengawal dan memantau perkembangan pelajarMembolehkan guru memantau perkembangan pembelajaran pelajar dengan menggunakan peta perkembangan.Mempelbagaikan bukti penilaian seperti rekod pemerhatian dan penilaian, nota anekdot, rekod pelaksanaan tugaan dan kadar pencapaian hasil kerja pelajar.Membolehkan penilaian dalam bidang afaktif tentang usaha dan aplikasi dapatan melalui pemerhatian tingkahlaku, pengelibatan dalam kelas, inisiatif, kerjasama, ketabahan dan komitmen sewaktu membina portfolio.

Perancangan PortfolioMenyenaraikan beberapa perkara pentingsebelum membuat portfolio:1.Tentukan tujuan pembinaan, ciri-ciri portfolio dan jenis portfolio yang dikehendaki.2.Kenalpasti isi kandungan portfolio.3.Pemilihan isi kandungandan bahan isi kandungan portfolio.4.Penilaian portfolio dari segi kaedah penilaian samada secara keseluruhan, kumpulan, individu, termasuklah kriteria yang dipakai untuk menilai portfolio.

Bagaimana Portfolio dinilai?Portfolio dinilai berdasarkan konsep perkembangan pembelajaran yang berterusan.Fokus kepada aspek perkembangan pengetahuan dan perkembangan kefahaman.Peta perkembangan pelajar boleh digunakan bagi memberi gambaran perkembangan yang lebih menyeluruh bermula awal pembinaan portfolio sehingga tugasan tersebut selesai.

Merekod Penilaian Portfolio Terdapat dua cara merekod penilaian portfolio iaitu menggunakan skala dan menggunakan kaedah senarai semak. Penilaian awal penilaian merentasi tugasan bertulis mengikut kriteria dengan skala senarai ciri-ciri paling penting penetuaan gred.Kriteria penilaianI. Struktur dan organisaniII. Strategi pengurusanIII. Variasi isi yang sesuaiIV. Struktur ayat dan gaya bahasaV. Senaraikan ciri. Ini akan menentukan markah portfolio, tentukan wajaran markah bagi setiap ciri.VI. Mengambil kira markah yang diberikan kepada tiap-tiap peringkat dan bukti-bukti lain setiap nota anekdot dan refleksi pelajar.VII. Skala berkadar atau berkala boleh digunakan.

Penilaian Melalui PemerhatianPemerhatian secara berterusan dan mengikut jangka masa waktu yang diperlukan atau ditentukan bagi membantu guru dalam mendapatkan maklumbalas tentang keberkesanan P&P.Meliputi aspek kognitif , afaktif dan psikomotor.Boleh guna senarai semak, rekod anekdot, dan rekod profile.Pemerhatian berlaku antara guru, dan antara pelajar dengan pelajar.Pemerhatian juga dibuat oleh guru terhadap keberkesanan bahan dan komunikasi pelajar dengan bahan dan pelbagai situasi persekitaran.Perkara yang perlu diambil semasa dibuat pemerhatian;1.Kualiti Pemerhatian2.Bentuk perancangan3.Merekod penilaian pemerhatian4.Jenis Pemerhatian5.Strategi pelaksanaan6.Fungsi penilaian melalui pemerhatian.Kualiti PemerhatianPengetahuan mendalam dalam bidang tugasnya dan perihatin dengan persekitarannya.Guru perlu peka terhadap perubahan yang berkaitan dengan bahan.Yakin dengan keputusan yang dibuat dan keputusan yang diambil.Ikhlas dan jujur serta adil dalam membuat keputusan yang diambil terhadap sesuatu.Tekal dan stabil dalam penilaiannya.Bentuk PerancanganMenyediakan alat yang releven dan menentukan kaedah untuk mentadbirnya.Menetukan teknik menganalisis, mentafsir, merekod dan melapor.Merangka tindaksusul yang akan dijalankan mengikut konsekuan yang dijalankan daripada pemerhatian.Merekod penilaian pemerhatianRekod pemerhatian harus menggambarkan perubahan tingkahlaku secara tersusun dari segi:a)Pendekatan, kaedah individu atau berkumpulanSemasa menjalankanpemerhatian dan hasil pendekatan atau pengubahsuaian cara pelaksanaan perlu direkod dengan jelasb)Menjalankan TugasanCara individu mengendalikan tugasannya dan setiap hasil yang diperoleh dihurai dengan tepat .c)Cara merekodkan dapatan dan rumusanDapatan dan rumusan hendaklah direkod mengikut urutan yang betul.d)Tindakan SusulanRekod pemerhatian hendaklah juga jelaskan tindakkan susulan hasil yang akan dicapai.Rekod anekdotBoleh digunakan untuk menialai kecekapan atau kecerdasan individu dalam bidang tertentu seperti berikut:1.Kecekapan linguistik (bidang bahasa)2.Melihat kecekapan dalam bidang-bidang tertentu3.Muzik4.Kecekapan (body khanisthetic)5.Kecekapan intrapersonal6.Kecekapan interpersonalKecekapan LinguistikKeupayaan menggunakan bahasa untuk memperoleh sesuatu , untuk menambat hati, menyakinkan dan merangsang.Melihat Kecekapan dalam bidang-bidang tertentu.Keupayaan memanipulasikan objek atau simbol untuk meneroka corak, kategori dan perkaitan dan kebolehan membuat eksperimen secara terkawal dan terancang.MuzikKeupayaan mencipta muzik dan mengubah lagu.Kecekapan (body khanisthetic)Berkemahiran sukan, seni lakon, seni tari atau seni lukis.Kecekapan IntrapersonalKeupayaan memahami perasaan dan emosi diri.Kecekapan interpersonalKeupayaanmemahami dan bergaul dengan orang lain.

Jenis pemerhatianMengikut tujuan dan aspek yang hendak diperhatikan atau dinilai iaitu:I.Memerhati sesuatu perlakuan tanpa mebuat tafsian (interpretation) dab tanggapan (judgement). Melaporkan apa saja yang dilihat. Tafsiran bukan untuk penilaian semasa.II.Memerhati apa-apa yang telah dirancang dan secara open ended. Menilai kemahiran, pengetahuan dan perlakuan.III.Memerhati untuk jangka pendek atau jangka panjang. Penilaian dalam bentuk sekuense.Strategi Pelaksanaan.I.Secara berterusan mengikut keperluan yangbtelah dikenalpasti/ dirancang.II.Menggunakan senarai semak.III.Tindakkan susulan terhadap hasil pemerhatianIV.Jangka masa pemerhatian hendaklah sesuai dengan kaedah dan keperluanV.Maklum balas diperolehi daripada guru dan pelajar.VI.Refleksi tentang pengalaman bahan dikategorikan sebagai pemerhatian.Fungsi PemerhatianGuru berpeluang memerhati perkembangan psikomotor, kognitif dan objektif pelajar.Guru membuat penilaian kendiri terhadap keberkesanan p&p sebagai penyampai maklumat, tutor, pemudah cara dan pendidik.

PEMBINAAN ITEM OBJEKTIFUjian pencapaian adalah penting kepada guru untuk mengetahui sejauh mana pelajarpelajarnyamemahami apa yang mereka pelajari. Jika ujian ini dibina dengan baik, ia boleh diguna untuk membandingkan pencapaian antara pelajar-pelajar atau membandingkan pencapaian antara sekolah-sekolah. Biasanya, ujian pencapaian yang digunakan di sekolah-sekolah dibina sendiri oleh guru-guru mata pelajaran tertentu. Bagaimanapun, ujian yang disediakan oleh guru untuk pelajar-pelajarnya sendiri adalah lebih tepat untuk mengukur pencapaian mereka, sebab ujian ini hanya ditumpukan kepada kandungan pelajaran yang diajar guru. Seperti yang kita sedia maklum, item/soalan objektif bermaksud item/soalan yang mempunyai jawapan tepat/tertentu/spesifik, seperti item betul-salah, aneka pilihan, padanan atau pelengkapan. Semua item ini mempunyai jawapan tertentu, sama ada betul atau salah, jawapan daripada beraneka pilihan yang betul, padanan yang betul, atau perkataan pelengkap yang betul.

4.3.1 Pembinaan Item Beraneka PilihanItem/soalan yang sering digunakan dalam ujian pencapaian; di peringkat sekolah rendah, sekolah menengah atau institut pengajian tinggi; ialah item beraneka pilihan. Item ini terdiri daripada tiga (3) bahagian, iaitu stimulus, stem/badan soalan dan jawapan pilihan.

Stimulus adalah bahagian soalan yang mengandungi maklumat khusus di mana soalan itudidasarkan, mungkin berbentuk teks, grafik, jadual atau perbualan. Stem adalah bahagian soalan yang mengandungi tugasan dan biasanya berbentuk ayatlengkap, ayat tidak lengkap atau soalan. Jawapan Pilihan adalah bahagian soalan yang mengandungi jawapan pilihan, yang biasanyaberbentuk angka, simbol, frasa, gambar rajah atau jadual dan lain-lain lagi.

Soalan jenis beraneka pilihan ini dikatakan sukar dibina dan sukar juga dijawab oleh pelajar, tetapi mudah diperiksa (boleh diperiksa oleh komputer dengan menggunakan borang OMR). Pelajar mendapati soalan beraneka pilihan sukar dijawab berbanding soalan jenis esei, sebab mereka perlu mengetahui jawapan secara tepat. Berikut adalah 9 prinsip untuk menyediakan soalan berbentuk beraneka pilihan.1 Arahan hendaklah jelas sama ada pelajar perlu memilih jawapan yang betul atau palingtepat/terbaik, sebab ada kalanya semua jawapan yang diberi adalah betul.2 Soalan dan semua jawapan hendaklah ditulis secara padat, jelas dan tidak berbunga-bunga, supaya pelajar tidak membuang masa untuk memahaminya.3 Perkataan sepunya tidak diulang-ulang dalam setiap jawapan pilihan, tetapI dimasukkandalam badan soalan, seperti perkataan oleh dalam Contoh 1.4 Tuliskan setiap jawapan pilihan secara yang menarik supaya setiap jawapan yang diberikanadalah munasabah.5 Taburan jawapan betul perlu dibuat secara rawak, iaitu tidak mengikut system tertentu,untuk mengelak daripada pelajar meneka jawapan betul.

6 Setiap jawapan pilihan perlu ditulis sama panjang, supaya tidak member petanda kepadapelajar tentang jawapan betul.7 Jawapan berbentuk Semua di atas atau Tiada satu pun di atas sebagai jawapan pilihanperlu dikurangkan, supaya pelajar tidak mudah memilih jawapan betul.8 Aras kesukaran setiap soalan perlu setara (seperti kurangkan jawapan pilihan sepertisupaya setiap soalan mempunyai aras kesukaran yang sama.9 Jawapan pilihan boleh disusun mengikut abjad, nilai nombor atau tahun, supaya wujud satusistem susunan jawapan pilihan.

Pembinaan Item Betul-Salah

Seperti juga item beraneka pilihan, item ini terdiri daripada tiga (3) bahagian, iaitu stimulus (jika ada), pernyataan dan jawapan pilihan yang berbentuk Betul atau Salah. Item jenis ini amat sesuai digunakan untuk menguji fakta yang menghendaki pelajar menentukan sama ada pernyataan yang diberikan adalah betul atau salah/palsu. Berikut adalah 8 prinsip untuk menyediakan soalan berbentuk betul-salah:1 Arahan hendaklah jelas sama ada pelajar perlu menanda ()/A bagi jawapan yang betul atauB/(X) bagi jawapan yang salah.2 Pernyataan hendaklah ditulis secara padat, jelas dan tidak berbunga-bunga, supayapelajar tidak membuang masa untuk memahaminya.3 Taburan jawapan betul dan salah perlu dibuat secara rawak, iaitu tidak mengikut sistemtertentu, untuk mengelak daripada pelajar meneka jawapan.4 Aras kesukaran setiap soalan perlu setara (seperti panjang dan maksud pernyataan),supaya setiap soalan mempunyai aras kesukaran yang sama.5 Soalan-soalan hendaklah berasaskan kepada pernyataan yang jelas betul atau yang jelassalah.6 Elakkan daripada memberi pernyataan yang betul lebih panjang daripada yang salah, untukmengelak daripada pelajar meneka jawapan.7 Elakkan daripada menggunakan perkataan selalu atau tidak pernah dalam pernyataan,untuk mengelak daripada pelajar meneka jawapan.8 Sediakan bilangan pernyataan yang betul hampir sama dengan bilangan pernyataan yangsalah, untuk mengelak daripada pelajar meneka jawapan.

Pembinaan Item Mengisi Ruang KosongItem ini terdiri daripada dua (2) bahagian, iaitu stimulus (jika ada) dan pernyataan yang mengandungi ruang kosong untuk diisi pelajar. Item jenis ini amat sesuai digunakan untuk menguji fakta yang menghendaki pelajar memberi jawapan pendek yang tepat. Berikut adalah enam prinsip untuk menyediakan soalan berbentuk mengisi ruang kosong:1 Arahan hendaklah jelas sama ada pelajar perlu mengisi ruang kosong dalam kertas soalan atau dalam kertas jawapan.2 Pernyataan/ayat hendaklah ditulis secara padat, jelas dan tidak berbunga bunga, supaya pelajar dapat memahaminya dengan baik.3 Aras kesukaran setiap soalan perlu setara (seperti bilangan perkataan dalam ruang kosong), supaya setiap soalan mempunyai aras kesukaran yang sama.4 Perkataan yang dikosongkan hendaklah terdiri daripada perkataan yang penting sahaja.5 Elakkan daripada meninggalkan terlalu banyak ruang kosong dalam sesuatu pernyataan/ayat, supaya soalan tidak menjadi terlalu susah.

6 Ruang kosong hendaklah ditempatkan di penghujung pernyataan/ayat,m supaya perkataan yang dikehendaki jelas kepada pelajar.

Pembinaan Item PadananItem ini terdiri daripada dua (2) set maklumat yang perlu dipadankan oleh pelajar. Keduadua set maklumat ini mungkin terdiri daripada perkataan, konsep, prinsip atau pernyataan. Pembina item perlu memastikan maklumat dalam set pertama mempunyai perkaitan/ hubungan dengan maklumat dalam set kedua. Item ini sesuai untuk mengukur kefahaman dan keupayaan pelajar mengaitkan fakta dan konsep. Bagaimanapun, kita perlu ingat bahawa padanan yang melibatkan dua (2) set maklumat ini menjadikan item padanan sebagai item banyak soalan dalam satu soalan, yang bergantung kepada bilangan perkaitan yang ada. Justeru, guru perlu memberikan markah yang setimpal dengan bilangan perkaitan ini. Berikut adalah enam prinsip untuk menyediakan soalan berbentuk padanan:

1 Arahan hendaklah jelas sama ada pelajar perlu membuat padanan satu-ke satu ataupadanan yang lain seperti membuat padanan yang wujud sahaja.2 Pernyataan/ayat hendaklah ditulis secara padat, jelas dan tidak berbunga bunga, supayapelajar dapat memahaminya dengan baik.3 Aras kesukaran bagi setiap perkaitan perlu setara (seperti bilangan perkataan), supayasetiap perkaitan mempunyai aras kesukaran yang sama.4 Pernyataan yang diberi perlu mempunyai perkaitan yang tepat dengan padanannya supayapelajar dapat mengenal pasti padanan tersebut.5 Elakkan daripada menggunakan terlalu banyak perkataan dalam sesuatu maklumat, supayasoalan tidak menjadi terlalu susah.6 Bilangan padanan tidak terlalu banyak (mungkin maksimum 5 padanan), supaya pelajartidak menggunakan terlalu banyak masa untuk mencari padanan.

PEMBINAAN ITEM SUBJEKTIFItem subjektif bermaksud item yang mempunyai jawapan terbuka, iaitu yang tidak spesifik seperti jawapan kepada item objektif. Item subjektif ini membenarkan subjektiviti dalam jawapan yang diberikan. Item ini digunakan untuk pelajar mempamerkan kedalaman pengetahuan yang dimiliki. Justeru, item ini sesuai untuk mengukur tahap kognitif yang lebih tinggi, seperti mengukur penguasaan menganalisis,mensintesis, membuat pertimbangan, menilai dan membuat keputusan, yang memerlukan kemahiran berfikir. Item subjektif juga memberi kebebasan kepada pelajar dari segi gaya persembahan jawapan dan juga panjang atau pendek jawapan tersebut

Prinsip Am Penyediaan Item Subjektif

Item subjektif ini biasa berbentuk esei, sama ada berjawapan pendek, sederhana atau panjang. Justeru, prinsip penyediaan item jenis esei ini adalah sama bagi ketiga-tiga kategori soalan tersebut. Berikut adalah tujuh prinsip am untuk menyediakan soalan berbentuk esei:

Prinsip

* Penulis perlu menyemak sukatan pelajaran dan objektif pengajaran, supaya soalan yang dihasilkan menepati sukatan pelajaran dan objektif pengajaran tersebut.

* Arahan hendaklah jelas tentang panjang jawapan dan sama ada pelajar perlu menjawab dalam kertas soalan (mengisi ruang kosong) atau dalam kertas jawapan.

* Soalan hendaklah ditulis secara padat, jelas dan tidak berbunga-bunga,supaya pelajar tidak membuang masa untuk memahaminya.

* Aras kesukaran setiap soalan perlu setara supaya setiap soalan yang diberi markah yang sama, mempunyai aras kesukaran yang sama juga.

* Soalan perlu ditulis supaya pelajar dapat membayangkan satu kerangka struktur yang akan memandu pelajar untuk menjawab soalan tersebut.

* Tentukan terlebih dahulu perkara yang ingin diberi markah dan markahnya untuk memudahkan penyediaan skema jawapan.

* Gunakan lebih banyak soalan berjawapan pendek (1/2 muka surat) daripada soalan berjawapan panjang (2-3 muka surat), supaya lebih banyak soalan boleh diberikan.

Kata tugas adalah suatu kata kerja yang terdapat pada sesuatu item yang fungsinya ialah untuk menyatakan tugas yang perlu dibuat oleh pelajar semasa menjawab sesuatu item/soalan.

Kata Tugas Item Subjektif

Sebelum kita membina item subjektif, kita perlu memahami jenis kata tugas yang sesuai digunakan untuk membina item tersebut. Kata tugas ini akan mengarahkan pelajar untuk memberikan jawapan seperti yang dikehendaki oleh soalan. Oleh itu, pemilihan kata tugas yang sesuai untuk sesuatu item adalah sangat penting. Kegagalan menggunakan kata tugas yang tepat dengan hasrat penulis item akan menyebabkan pelajar gagal memberikan jawapan seperti yang ditentukan dalam peraturan memberi markah.

Kata tugas mempunyai kaitan yang rapat dengan tujuan ujian yang menggunakan item berkenaan. Bagaimanapun, sesuatu kata tugas itu tidaklah unik bagi satu tujuan ujian sahaja, kerana kata tugas yang sama boleh menghasilkan jawapan yang berlainan. Terdapat kata tugas yang boleh berdiri dengan sendiri untuk menyatakan kehendak soalan. Bagaimanapun, terdapat kata tugas yang memerlukan sokongan daripada beberap perkataan lain untuk menjadikan kehendak soalan itu lebih jelas. Jadual berikut menunjukkan beberapa kata tugas dan jawapan yang diharapkan.

* Analisiskan - Membuat pernyataan terperinci tentang suatu aspek atau perkara yang dikomunikasikan.

* Anggarkan - Memberikan nilai kuantitatif yang dianggap sesuai dengan keadaan yang ditetapkn dengan menggunakan satu pengetahuan tertentu.

* Apakah - Memberi maklumat yang khusus atau spesifik.

* Bagaimanakah - Memperihalkan, memberi penerangan tentang keadaan langkah atau kejadian.

* Bandingkan - Menyatakan persamaan dan perbezaan antara dua atau lebih perkara.

* Berapakah - Memberi kuantiti.

* Bezakan - Menyatakan kelainan, ketidaksamaan antara dua atau lebih perkara.* Bilakah - Menyatakan masa atau waktu.

* Binakan - Membuat sesuatu dengan menggunakan kaedah atau alat tertentu.

* Bincangkan - Memberi penerangan daripada pelbagai aspek.

PEMBINAAN ITEM SUBJEKTIFPembinaan Item Esei Berjawapan PendekItem jenis ini memerlukan pelajar memberi jawapan pendek (biasanya satu perenggan) yang memberi peluang kepada mereka menyampaikan pendapat, hujah atau idea sendiri. Item bentuk ini amat sesuai untuk mengukur pengetahuan, kefahaman dan aplikasi/penyelesaian masalah mudah, yang turut melibatkan kemahiran berfikir. Soalan esei berjawapan pendek ini boleh dibina supaya jawapannya menjadi lebih objektif (lihat contoh) daripada soalan esei berjawapan terbuka. Dengan jawapan yang terbatas ini, pemeriksaannya dapat diselaraskan dengan mudah, dan ini dapat meningkatkan kebolehpercayaan soalan tersebut. Di sini, walaupun jawapannya lebih objektif daripada jawapan esei terbuka, jawapan esei pendek masih lagi agak subjektif/pelbagai. Oleh kerana jawapan esei pendek ini masih pelbagai, maka pembina soalan perlu menyediakan skema jawapan yang merangkumi semua jawapan yang mungkin.

Pembinaan Item Esei Berjawapan TerbukaItem bentuk ini membenarkan pelajar merancang dan memberi jawapan secara bebas, justeru, mengundang pelbagai kemungkinan jawapan daripada mereka. Misalnya, pelajar bebas mengemukakan idea, pendapat dan tanggapan, mengorganisasikan idea, membina hujah yang logis, memberikan penilaian terhadap sesuatu pemikiran atau mengaitkan pemikiran dengan perasaan. Oleh itu, jenis item ini amat sesuai untuk mengukur konstruk, yang memerlukan pelajar menggunakan beberapa kemahiran seperti menginterpretasi, menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. Item jenis ini juga membolehkan pelajar mempamerkan proses pemikiran kritis dan kreatif. Pelajar juga akan menghadapi masalah semasa menjawab soalan berjawapan terbuka ini, sebab mereka perlu mengutip dan memilih isi-isi dan idea-idea daripadapengetahuan sendiri, menyusun isi-isi dan idea-idea ini, dan seterusnya, menulis dengan cara yang logik supaya isi-isi dan idea-idea ini dapat dikomunikasikan dengan baik. Oleh sebab jawapannya yang amat terbuka, yang mengandungi isi-isi, idea-idea dan kreativiti tertentu, maka pembina item bentuk ini perlu menyediakan skema/ peraturan pemarkahan yang jelas, terperinci dan menyeluruh, agar penilaian pencapaian pelajar dapat dibuat sewajarnya.

Walaupun item berjawapan terbuka ini sukar dijawab dan juga diperiksa, ia mempunyaikekuatan tersendiri, iaitu dapat menggalakkan pelajar: menerokai pelbagai cara atau pendekatan untuk menyelesaikan sesuatu masalah; membuat pertimbangan dan penilaian tentang sesuatu idea atau maklumat; mempamerkan sesuatu idea yang asli mereka; mengabungkan pelbagai pengetahuan, idea dan maklumat; dan mengenal pasti, memilih, menyusun dan mempersembahkan sesuatu perkara atau ideadalam bentuk komunikasi bertulis.

PENILAIAN MELALUI KONTRAK PEMBELAJARANPENGENALANDalam usaha menggalakkan pembelajaran kendiri, para pelajar juga patut diberi hak untuk menentukan apa yang hendak dipelajari, bagaimana pembelajaran itu akan dilaksanakan dan dihasilkan dalam jangka waktu yang ditetapkannya sendiri, bahkan juga corak penilaian tugasannya itu. Antara kaedah yang paling berkesan untuk tujuan ini ialah penggunaan kontrak pembelajaran.

KONSEPKontrak Pembelajaran atau dikenali sebagai Perjanjian Pembelajaran merupakan persetujuan atau kontrak yang dibuat antara guru dengan pelajarnya (secara individu/kumpulan) berhubung dengan tugasan yang dibuat secara bertulis.Persetujuan meliputi kriteria-kriteria yang berkaitan dengan tugasan seperti :- Bentuk akhir tugasan dihasilkan Bagaimana tugasan dihasilkan (individu atau kumpulan?) Tempoh menyiapkan tugasan/tarikh tugasan dihantar kepada guru Kaedah penilaian dibuat (secara proses atau hasil akhirnya sahaja) Tindakan/akibat yang akan diterima oleh pihak yang gagal mematuhi kontrakKontrak biasanya ditandatangani oleh kedua-dua pihak yang bersetuju dengan syarat-syarat atau kriteria yang disenaraikan.

FUNGSI KONTRAK PEMBELAJARANKontrak pembelajaran penting dalam pembelajaran untuk membolehkan* Pelajar mengenal pasti dan merekod objektif dan matlamat pembelajaran kendiri kaedah yang akan diambil untuk mencapai matlamat jangka masa pelaksanaan dan penghasilannya bukti menunjukkan objektif tercapai bagaimana dan pada tahap mana hasil pembelajaran akan dinilai* Memberi peluang pelajar menentukan matlamat pembelajaran masing-masing mengikut minat dan keupayaan sendiri* Menghasilkan kerja yang terancang* Membantu pelajar membuat refleksi sepanjang proses kerjanya

BAGAIMANA KONTRAK PEMBELAJARAN DIGUNAKAN ?Kontrak pembelajaran digunakan dengan pelbagai cara, antaranya:-1. Penilaian objektif tugasan Objektif ditentukan oleh guru sementara pelajar menetapkan pelaksanaannyaATAU Beberapa set objektif disarankan oleh guru, pelajar memilih mana-mana yang difikirkan sesuaiATAU Pelajar merangka beberapa objektif, dan kemudian pilih mana-mana paling sesuai dengan persetujuan guru2. Hasil Pembelajaran Pelajar bertanggungjawab terhadap strategi pembelajaran, bentuk tugasannya (sama ada dalam bentuk portfolio, laporan kajian, rencana dll) Jenis atau bentuk hasil pembelajaran telah ditentukan oleh guru3. Penilaian Pelajar menyatakan gred yang diharapkan dan sistem pengredan untuk keseluruhan proses pelaksanaan tugasanATAU Gurum menentukan sistem pengredan untuk kaedah penilaian keseluruhan proses pelaksanaan tugasanATAU Gred akhir dibincang dan dipersetujui antara guru dan pelajar berdasarkan kriteria yang ditentukanATAU Penilaian dibuat oleh pelajar dan rakan sebaya. Guru hanya memantau penilaian tersebut untuk menjamin kesahan dan kebolehpercayaanny

FORMAT / BENTUK KONTRAKKontrak pembelajaran dibuat dalam pelbagai bentuk mengikut keperluan tugasan dan pihak yang terlibat. Kontrak boleh dibuat secara formal, dimana prosedurnya dinyatakan dengan jelas dan rapi. Ia boleh juga dibuat secara tidak formal,tetapi terancang dan jelas.PERINGATAN:Dalam kontrak pembelajaran, penilaian selalunya berpusatkan pelajar, sementara penggredan perlu dikawal oleh guruSenarai semak bagi butiran yang hendak dinilai, dan bagaimana penggredan dibuat perlu dilampirkan dan persetujui oleh pihak yang terlibatPosted byMOHAMMAD HAFIZI ZAINIat11:59 PMNo comments:PENILAIAN MELALUI PEMERHATIANPenilaian Melalui PemerhatianPenilaian melalui pemerhatian adalah satu proses untuk menentukan apa yang pelajar tahubagaimana hendak melakukan sesuatu tugasan atau operasi dalam masa sebenar. Ianya merupakan satualat pentaksiran yang sesuai untuk mentaksir aspek afektif dan psikomotr pelajar.Tujuan utamanyaadalah untuk membekalkan data yang bersifat objektif tentang kualiti pencapaian pelajar, termasuklahproses dan prosedur dalam menyiapkan tugasan dan cabaran yang dihadapi sepanjang proses tersebut.

Maklumat ini boleh digunakan oleh pendidik dalam merencanakan proses dan prosedur pengajarannya.Masalah yang mungkin timbul dalam penilaian berdasarkan pemerhatian adalah ketidakadilan(bias). Masalah ini sebenarnya tidak akan timbul sekiranya tingkahlaku yang ingin diperhatikan diberidefinisi secara objektif dan boleh dilihat sebagai ada atau tiada. Sebagai satu panduan dalammenggunakan kaedah pentaksiran ini, berikut adalah perkara-perkara yang perlu dilakukan.1. Fahami asas kepada pemerhatian menyedari keadaan sekeliling membezakan di antara tingkahlaku yang subjektif dan objektif membezakan di antara deskripsi dan membuat inferens prasa soalan yang menghadkan pemerhati memerhati tingkahlaku yang maujud dan zahir2. Bersedia untuk membuat pemerhatian dengan membuat keputusan tentang jenis tingkahlaku, tindakan, dan kemahiran yang ingin diperhatikan membuat keputusan tentang siapa yang akan menjadi pemerhati membuat pelan sampel menyediakan borang pemerhatian untuk merekod kekerapan sesuatu tingkahlaku, tindakan, dan kemahiran itu timbul melatih pemerhati3. Memerhati dan merekod bagaimana pelajar melakukan tingkahlaku tersebut. Prosedurpemerhatian ini boleh dalam bentuk formal ataupun tidak formal4. Buat ringkasan atau rumusan kepada hasil pemerhatian dengan jelas dan berguna sebagai satu"feedback" kepada setiap pelajar dan kumpulan; dan bantu pelajar dalam menganalisa datapemerhatian dan membuat refleksi tentang bagaimana; tahap efisien pembelajaran mereka mereka boleh membantu rakan mereka belajar mereka boleh mencapai tahap yang lebih efisienPosted byMOHAMMAD HAFIZI ZAINIat11:47 PM1 comment:Monday, February 16, 2009JENIS PENILAIAN BAHASA1. Ujian Formatif2. Sumatif3. Ujian Kefasihan4. Kemajuan5. Ujian Bakat6. PencapaianUjian Formatif

Ujian jenis ini dilaksanakan bertujuan untuk menentukan kemajuan pelajar-pelajar dari semasa ke semasa sepanjang pembelajaran mereka. Ujian ini dijalankan semasa kursus diadakan dan tujuannya ialah untuk mempercepatkan proses pembelajaran. Ujian SumatifUjian sumatif bertujuan untuk mengesan secara menyekuruh taraf pencapaian murid di akhir sesuatu pembelajaran. Matlamat utama penilaian jenis ini ialah untuk memberi markah atau gred kepada seseorang murid supaya dapat membandingkannya dengan markah murid lain dalam kumpulannya.

Perbezaan Ujian Formatif Ujian SumatifFungsi- Sebagai maklumbalas kepada pelajar dan guru untk mengetahui kelemahan serta kemajuan- Pensijilan/pengredanMasa- Sepanjang pengajaran- Pada akhir unit/kursusPenekanan- Kognitif, psikomotor,dan afektif- KognitifSifat- Terhad kepada tugasan- Beraneka jenisKesukaran- Berubah-rubah- Senang kepada sukarAlat- Dibentuk khas- Peperiksaan akhir tahunJenis Ujian- Rujukan Kriteria- Rujukan NormaPelaporan- Gagal/lulus- Jumlah skorContoh- Ujian bulanan/lembaran kerja- UPSR, PMR, SPM dan STPM

Ujian BakatUjian jenis ini adalah khusus untuk menelah prestasi seseorang pelajar dalam pelajaran atau kemahiran bahasa asing yang akan dipelajarinya.

Ujian PencapaianUjian pencapaian yang juga disebut sebagai ujian sumatif adalah jenis ujian yang diberi setelah kursus tamat dan tujuannya ialah untuk menilai hasil pengajaran. Ia diberikan untuk menilai kemajuan murid dalam pelajarannya dan juga untuk mengukur pencapaian murid secara menyeluruh.