nota ipgm

Upload: sherul-rul

Post on 03-Apr-2018

268 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/28/2019 nota ipgm

    1/100

    i

    Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

    adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan

    penganugerahan Ijazah Sarjana Pendidikan

    (Pengurusan dan Pentadbiran)

    Tandatangan : .

    Nama Penyelia : En. Yusof bin Boon

    Tarikh : NOVEMBER, 2007

  • 7/28/2019 nota ipgm

    2/100

    ii

    PERSEPSI , MINAT DAN FAKTOR-FAKTOR PENGLIBATAN PELAJAR DALAM

    AKTIVITI KOKURIKULUM DI SEBUAH

    SEKOLAH MENENGAH DI DAERAH JOHOR BAHRU

    E PEI SZE

    Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat

    penganugerahan Ijazah Sarjana Pendidikan

    (Pengurusan dan Pentadbiran)

    Fakulti Pendidikan

    Universiti Teknologi Malaysia

    NOVEMBER, 2007

  • 7/28/2019 nota ipgm

    3/100

    iii

    Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang

    tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya

    Tandatangan : .

    Nama Penulis : E PEI SZE

    Tarikh : NOVEMBER, 2007

  • 7/28/2019 nota ipgm

    4/100

    iv

    Untuk suami saya, Shu Jin, yang sentiasa berada di sisi dan telah memberikan sokongan

    yang sepenuhnya kepada saya.

    Tidak lupa juga anak-anak kesayangan saya, Khai Hern dan Kwang Siang

    yang telah memberikan semangat kepada saya.

    Akhirnya, untuk ibu bapa saya

    yang sentiasa memberikan galakan kepada saya

  • 7/28/2019 nota ipgm

    5/100

    v

    PENGHARGAAN

    Bersyukurlah kerana kajian ini telah dapat dilaksanakan dengan sempurna. Saya

    ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan

    ucapan jutaan terima kasih kepada En. Yusof bin Boon, selaku penyelia kajian. Beliau

    telah banyak memberikan tunjuk ajar, bimbingan, dorongan, galakan, kesabaran dan

    nasihat sepanjang penyelidikan ini dijalankan.

    Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada pensyarah-pensyarah

    Universiti Teknologi Malaysia yang sudi memberi ilmu pengetahuan untuk menjayakan

    kajian ini.

    Selain itu, tidak lupa juga mengucapkan terima kasih kepada pelajar-pelajar

    tingkatan empat SMKTBI yang dipilih sebagai responden kerana membantu dan

    memberikan kerjasama erat demi menjayakan kajian ini. Saya mendoakan agar kalian

    berjaya dalam pelajaran.

    Penghargaan juga dihulurkan kepada rakan-rakan seperjuangan yang sentiasa

    memberi sokongan dan dorongan serta semua yang terlibat secara langsung dan tidak

    langsung dalam penyelidikan ini.

    Terima kasih !

  • 7/28/2019 nota ipgm

    6/100

    vi

    ABSTRAK

    Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti persepsi, minat dan faktor-faktor

    penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum di sebuah sekolah menengah di daerah

    Johor Bahru. Seramai 100 responden dipilih secara rawak kelompok, terdiri daripada

    pelajar tingkatan empat. Satu set soal selidik yang mengandungi 52 item pernyataan

    digunakan sebagai instrumen. Data dianalisis menggunakan Program SPSS (Statistical

    Pakage For Social Science) bagi mendapatkan Peratusan dan min. Persoalan yang dikaji

    ialah untuk mengetahui apakah persepsi responden terhadap aktiviti kokurikulum dan

    pengurusan aktiviti kokurikulum. Selain itu, adakah faktor minat, rakan sebaya, ibu bapa

    dan guru mempengaruhi penglibatan responden dalam aktiviti kokurikulum. Dapatan

    kajian telah menunjukkan penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum lebih didorong

    oleh faktor ibu bapa, diikuti oleh faktor rakan sebaya dan akhir sekali faktor guru. Di

    samping itu, menurut kajian didapati pelajar India merupakan kaum yang paling kuat

    dipengaruhi oleh ibu bapa terhadap aktiviti kokurikulum.

  • 7/28/2019 nota ipgm

    7/100

    vii

    ABSTRACT

    This study is carried out to determine the perception , interest and the contributory

    factors that lead to student participation in the field of co-curiculumn in a secondary

    school in Johor Bahru. A total of one hundred respondents consisting of form four

    students have been selected at random to participate in this study. The intrument for this

    study is a set of questionnaire consisting of 52 items. The data collected is analysed using

    Statistical Package for Social Science to obtain the percentage and min. The survey is

    conducted to study the impact of factors such as , student interest, peer group influence

    and parental influence on student participation in the field of co-curriculumn in a school

    in the city of Johor Bahru. The findings revealed that parental influence has the most

    impact on student participation and involvement in co-curricular activities. This is

    followed by peer group influence and lastly, teacher factor . In addition, it is found that

    parental influence is greatest in the Indian community.

  • 7/28/2019 nota ipgm

    8/100

    viii

    KANDUNGAN

    BAB PERKARA HALAMAN

    1 PENDAHULUAN

    1.0 Pengenalan 1

    1.1 Latar Belakang Masalah 3

    1.2 Pernyataan Masalah 6

    1.3 Objektif Kajian 71.4 Persoalan Kajian 81.5 Kepentingan Kajian 91.6 Batasan Kajian 101.7 Definisi Istilah 101.8 Penutup 11

    2 TINJAUAN PENULISAN

    2.1 Pengenalan 122.2 Teori-teori Yang Berkaitan 132.3 Kajian Yang Berkaitan 252.4 Penutup 29

    3 METODOLOGI KAJIAN

    3.1 Pengenalan 303.2 Reka Bentuk Kajian 303.3 Populasi Kajian 313.4 Instrumen Kajian 31

  • 7/28/2019 nota ipgm

    9/100

    ix

    BAB PERKARA HALAMAN

    3.5 Prosedur Kajian 333.5.1 Kajian Rintis 34

    3.6 Analisis Data 353.7 Penutup 37

    4 ANALISIS DATA KAJIAN

    4.0 Pengenalan 384.1 Demografi Responden 38

    4.1.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 38

    4.1.2 Taburan Responden Mengikut Kaum 394.2 Persoalan Kajian 1 : Apakah Tahap Persepsi 39

    Pelajar Terhadap Aktiviti Kokurikulum?

    4.3 Persoalan Kajian 2 : Apakah Tahap Minat 41

    Pelajar Terhadap Aktiviti Kokurikulum?

    4.4 Persoalan Kajian 3 : Apakah faktor Pendorong 43

    Penglibatan Pelajar dalam Aktiviti

    Kokurikulum?

    4.4.1 Faktor Dorongan Guru Terhadap Penglibatan 43Pelajar dalam Aktiviti Kokurikulum

    4.4.2 Faktor Dorongan Rakan Sebaya Terhadap 44Penglibatan Responden dalam Aktiviti

    Kokurikulum

    4.4.3 Dorongan Ibu Bapa Terhadap Penglibatan 46Pelajar dalam Aktiviti Kokurikulum

    4.4.4 Analisis Faktor-faktor Terhadap Penglibatan 47Pelajar dalam Aktiviti Kokurikulum

  • 7/28/2019 nota ipgm

    10/100

    x

    BAB PERKARA HALAMAN

    4.5 Persoalan Kajian 4 : Apakah Pendapat Pelajar 48

    Tentang Pengurusan Aktiviti Kokurikulum?

    4.6 Persoalan Kajian 5 : Adakah Terdapat Perbezaan 50

    Signifikan Antara Persepsi Pelajar Terhadap

    Aktiviti Kokurikulum Mengikut Jantina

    dan Kaum?

    4.6.1

    Adakah Terdapat Perbezaan Yang 50Signifikan Antara Persepsi Pelajar

    Terhadap Aktiviti Kokurikulum

    Mengikut Jantina

    4.6.2 Adakah terdapat Perbezaan Yang Signifikan 52Antara Persepsi Pelajar Terhadap Aktiviti

    Kokurikulum Mengikut Kaum

    4.7 Persoalan Kajian 6 : Adakah Terdapat Perbezaan 52

    Signifikan Antara Minat Pelajar Terhadap Aktiviti

    Kokurikulum Mengikut Jantina dan Kaum?

    4.7.1 Adakah Terdapat Perbezaan Yang 53Signifikan Antara Minat Pelajar Terhadap

    Aktiviti Kokurikulum Mengikut Jantina

    4.7.2 Adakah Terdapat Perbezaan Yang Signifikan 54Antara Minat Pelajar Terhadap Aktiviti

    Kokurikulum Mengikut Kaum

    4.8 Persoalan Kajian 7 : Adakah Terdapat Perbezaan 55

    Yang Signifikan Antara Faktor Guru, Rakan

    Sebaya dan Ibu Bapa Terhadap Aktiviti

    Kokurikulum Mengikut Jantina dan Kaum?

  • 7/28/2019 nota ipgm

    11/100

    xi

    BAB PERKARA HALAMAN

    4.8.1 Adakah Terdapat Perbezaan Yang 55Signifikan Antara Faktor Dorongan

    Guru Terhadap Penglibatan Pelajar

    Dalam Aktiviti Kokurikulum

    Mengikut Jantina?

    4.8.2 Adakah Terdapat Perbezaan Yang 57Signifikan Antara Faktor Dorongan

    Guru Terhadap Penglibatan

    Pelajar Dalam Aktiviti Kokurikulum

    Mengikut Kaum

    4.8.3 Adakah Terdapat Perbezaan Yang 58Signifikan Antara Faktor Dorongan

    Rakan Sebaya Terhadap Penglibatan

    Pelajar Dalam Aktiviti Kokurikulum

    Mengikut Jantina

    4.8.4 Adakah Terdapat Perbezaan Yang 59Signifikan Antara Faktor Dorongan

    Rakan Sebaya Terhadap penglibatan

    Pelajar Dalam Aktiviti Kokurikulum

    Mengikut Kaum

    4.8.5 Adakah Terdapat Perbezaan Yang 60Signifikan Antara Faktor Dorongan

    Ibu Bapa Terhadap Penglibatan Pelajar

    Dalam Aktiviti Kokurikulum Mengikut

    Jantina

  • 7/28/2019 nota ipgm

    12/100

    xii

    BAB PERKARA HALAMAN

    4.8.6 Adakah Terdapat Perbezaan Yang 61Signifikan Antara Faktor Ibu Bapa

    Terhadap Penglibatan Pelajar Dalam

    Aktiviti Kokurikulum Mengikut Kaum

    4.9 Rumusan 62

    5 PERBINCANGAN DAN CADANGAN

    5.0 Pengenalan 64

    5.1 Perbincangan 64

    5.1.1 Persepsi Pelajar Terhadap Aktiviti 64

    Kokurikulum

    5.1.2 Minat Pelajar Terhadap Aktiviti 66kokurikulum

    5.1.3 Faktor Dorongan Guru Terhadap 66Penglibatan Pelajar

    Dalam Aktiviti Kokurikulum

    5.1.4 Faktor Dorongan Rakan Sebaya 67Terhadap Penglibatan Pelajar Dalam

    Aktiviti Kokurikulum

    5.1.5 Faktor Dorongan Ibu Bapa Terhadap 68Penglibatan Pelajar Dalam Aktiviti

    Kokurikulum

    5.1.6 Pendapat Pelajar Tentang Pengurusan 70Aktiviti Kokurikulum

    5.1.7 Analisis Perbezaan Persepsi Pelajar 71

    Terhadap Aktiviti Kokurikulum

    Mengikut Jantina dan Kaum

  • 7/28/2019 nota ipgm

    13/100

    xiii

    BAB PERKARA HALAMAN

    5.1.8 Analisis Perbezaan Minat Pelajar 72

    Terhadap Aktiviti Kokurikulum

    Mengikut Jantina dan Kaum

    5.1.9 Analisis Perbezaan Faktor-faktor 72Yang Mendorong Pelajar Terhadap

    Aktiviti Kokurikulum Mengikut

    Jantina Dan Kaum

    5.2 Cadangan Tindakan 735.2.1 Cadangan Kepada Pihak Pentadbiran 73

    Sekolah

    5.2.2 Cadangan Kepada Guru 74

    5.2.3 Cadangan Kepada Ibu Bapa 75

    5.3 Cadangan Kajian Lanjutan 76

    5.4 Penutup 77

    BIBLIOGRAFI 78

    LAMPIRAN 82

  • 7/28/2019 nota ipgm

    14/100

    xiv

    SENARAI JADUAL

    NO.

    JADUAL TAJUK HALAMAN

    3.1 Taburan Soalan Mengikut Persoalan Kajian 33

    3.2 Peringkat Skala Likert 33

    3.3 Tahap Persepsi Pelajar Mengikut Skor Min 36

    3.4 Analisis Data Mengikut Persoalan Kajian 36

    4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 39

    4.2 Taburan Responden Mengikut Kaum 39

    4.3 Persepsi Pelajar Terhadap Aktiviti Kokurikulum 40

    4.4 Taburan Responden Mengikut Tahap Persepsi Secara 41

    Keseluruhan

    4.5 Minat Pelajar Terhadap Aktiviti Kokurikulum 42

    4.6 Taburan Responden Mengikut TahapMinat Secara 42

    Keseluruhan

    4.7 Faktor Dorongan Guru Terhadap Penglibatan Pelajar 43

    Dalam Aktiviti Kokurikulum

    4.8 Taburan Responden Mengikut Faktor Dorongan Guru 44

    Terhadap Penglibatan Pelajar Dalam Aktiviti

    Kokurikulum4.9 Faktor Dorongan Rakan Sebaya Terhadap 45

    Penglibatan Pelajar Dalam Aktiviti Kokurikulum

    4.10 Taburan Responden Mengikut Faktor Dorongan Rakan 45

    Sebaya Terhadap Penglibatan Pelajar Dalam

    Aktiviti Kokurikulum

  • 7/28/2019 nota ipgm

    15/100

    xv

    NO.

    JADUAL TAJUK HALAMAN

    4.11 Faktor Dorongan ibu bapa Terhadap Penglibatan 46

    Pelajar Dalam Aktiviti Kokurikulum

    4.12 Taburan Responden Mengikut Faktor Dorongan 47Ibu Bapa Terhadap Penglibatan Pelajar Dalam

    Aktiviti Kokurikulum

    4.13 Taburan Responden Mengikut Faktor Guru, 48

    Rakan Sebaya dan Ibu Bapa Terhadap Penglibatan

    Pelajar Dalam Aktiviti kokurikulum

    4.14 Taburan Min Faktor Penglibatan Pelajar Dalam 48

    Aktiviti Kokurikulum4.15 Pendapat Pelajar Tentang Pengurusan 49

    Aktiviti Kokurikulum

    4.16 Taburan Responden Mengikut Tahap Pandangan 49

    Terhadap Pengurusan Aktiviti Kokurikulum

    4.17 Perbezaan Persepsi Pelajar Terhadap Aktiviti 51

    kokurikulum mengikut Jantina Pelajar

    4.18 Perbezaan Persepsi Pelajar Terhadap Aktiviti 52

    kokurikulum mengikut kaum

    4.19 Perbezaan Minat Pelajar Terhadap Aktiviti 53

    Kokurikulum Mengikut Jantina

    4.20 Perbezaan Minat Terhadap Aktiviti Kokurikulum 55

    Mengikut Kaum

    4.21 Perbezaan Faktor Dorongan Guru Terhadap 56Penglibatan Pelajar Dalam Aktiviti Kokurikulum

    Mengikut Jantina

  • 7/28/2019 nota ipgm

    16/100

    xvi

    4.22 Perbezaan Faktor Dorongan Guru Terhadap 57

    Penglibatan Pelajar Dalam Akitiviti Kokurikulum

    Mengikut Kaum

    4.23 Perbezaan Faktor Dorongan Rakan Sebaya Terhadap 58

    Penglibatan Pelajar Dalam Aktiviti

    Kokurikulum Mengikut Jantina

    4.24 Perbezaan Faktor Dorongan Rakan Sebaya 59

    Terhadap Penglibatan Pelajar Dalam Aktiviti

    Kokurikulum Mengikut Kaum

    4.25 Perbezaan Faktor Dorongan Ibu Bapa Terhadap 60

    Penglibatan Pelajar Dalam Aktiviti

    Kokurikulum Mengikut Jantina

    4.26 Perbezaan Faktor Dorongan Ibu Bapa Terhadap 61

    Penglibatan Pelajar Dalam Aktiviti

    Kokurikulum Mengikut Jenis Kaum

  • 7/28/2019 nota ipgm

    17/100

    BAB I

    PENDAHULUAN

    1.0 Pengenalan

    Wawasan 2020 telah memberi gambaran bahawa menjelang tahun 2020,

    Malaysia mempunyai matlamat untuk menjadi sebuah negara maju dengan

    masyarakat yang bersatu-padu, progresif dan makmur, dinamis serta mempunyai

    rasa keyakinan diri dan daya ketahanan yang tinggi. Oleh yang demikian, Sistem

    Pendidikan Negara bukan sahaja bermatlamat melahirkan warganegara yang

    terpelajar tetapi mendidik dengan nilai-nilai dan pengalaman amali. Natijah dari

    keadaan ini, akan lahirlah suatu perubahan yang optimum dari segi mental, fizikal,

    emosi dan sosial. Justeru itu, sistem pendidikan yang berorientasikan kepada

    kejayaan dalam peperiksaan semata-mata haruslah dikurangkan dengan

    mengambil kira perkembangan keseluruhan setiap pelajar.

    Kokurikulum merupakan sebahagian daripada kurikulum yang penting

    dalam memberi sumbangan kepada pelajar dari segi penyuburan fizikal, mental,

    emosi dan sosial pelajar. Pendapat ini sesuai dengan pendapat Arnold(1968) yang

  • 7/28/2019 nota ipgm

    18/100

    menyatakan kegiatan sukan dapat menambahkan dan mengharmonikan aspek-

    aspek fizikal, intelek, sosial, emosi dalam personaliti seseorang individu terutama

    melalui kegiatan fizikal yang diarahkan.

    Ahli-ahli pendidikan dan falsafah mengakui bahawa kokurikulum yang

    melibatkan aktiviti sukan dan permainan adalah suatu kuasa sosial dan pendidikan

    yang positif. Kenyataan ini telah diakui oleh Hancock(1968):

    Kemajuan intelektual ditentukan pada tiap-tiap langkah oleh tenagajasmani untuk mencapai keputusan yang cemerlang dan latihan fizikal

    mesti disertai dalam kumpulan mental.

    Manakala menurut Hanafi (1984) menyatakan persatuan boleh berperanan

    untuk mendidik pelajar ke arah latihan berdikari, cerdas berfikir, mengisi masa

    lapang dengan lebih berfaedah terutama kepada mereka yang tidak mempunyai

    minat bersukan atau melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum yang lain.

    Kegiatan kokurikulum di sekolah dapat mempercepatkan proses pergaulan dalam

    kalangan pelajar, membolehkan usaha-usaha memupuk integrasi dalam kalangan

    kaum dan masyarakat sekolah, membantu mewujudkan suasana iklim sekolah

    yang mendorong pembelajaran dan pembudayaan manusia, melatih dan menyemai

    nilai-nilai kepimpinan serta memberi dorongan diri.

    Berdasarkan kepentingan tersebut, pelaksanaan aktiviti kokurikulum telah

    diberi penekanan dalam Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979. Laporan ini telah

    mencadangkan supaya semua murid hendaklah digalakkan mengambil bahagian

    aktif dalam kegiatan kokurikulum yang berunsurkan kebudayaan kebangsaan serta

  • 7/28/2019 nota ipgm

    19/100

    kegiatan sukan dan pasukan seragam (perakuan 44, 50, 51, 53). Dalam hal ini

    kegiatan kokurikulum seharusnya dianggotai oleh semua kaum. Rancangan dan

    aktiviti kokurikulum adalah selaras dengan cita-cita dan aspirasi negara, Falsafah

    Pendidikan Negara, Rukunegara serta menepati dengan dasar-dasar kerajaan dalam

    pembangunan negara, khususnya Dasar Pelajaran Kebangsaan yang menuju ke

    arah wawasan 2020. Lantaran tersebut, Kementerian Pelajaran telah mewajibkan

    penglibatan dalam aktiviti kokurikulum di semua peringkat institusi pendidikan,

    sekolah, maktab dan universiti.

    Kesimpulanya, jelaslah bahawa aktiviti-aktiviti kokurikulum di sekolah

    dapat memberi manfaat kepada pelajar dalam membantu perkembangan fizikal,

    sosial, emosi dan intelektual. Selain daripada itu, aktiviti kokurikulum juga dapat

    membina sikap kepimpinan, tanggungjawab, semangat bekerjasama dan

    bertanggungjawab terhadap diri sendiri dan masyarakat.

    1.1 Latar Belakang Masalah

    Pelajar merupakan satu aset yang penting dalam sesebuah institusi

    pendidikan. Kemampuan seseorang pelajar itu bertindak dengan cemerlang di

    dalam sesebuah institusi pendidikan akan dapat memberi gambaran atau imej yang

    baik kepada masyarakatnya di mana dia menuntut Memandangkan salah satu

    faktor kecemerlangan pelajar adalah dipengaruhi oleh suasana kehidupannya di

    alam persekolahannya yang seiring dengan proses perkembangan dan

    pembangunan mereka. Menurut Drum (1977) , proses pembangunan pelajar

  • 7/28/2019 nota ipgm

    20/100

    melibatkan tingkah laku seseorang pelajar berubah ke arah yang lebih kompleks

    akibat pertambahan kematangan dalam kehidupannya. Oleh itu, dapat kita lihat

    bahawa pelajar yang aktif, sama ada berpersatuan akademik, sosial, agama

    mahupun bidang sukan semasa menuntut di sekolah biasanya akan dapat

    menampilkan dirinya dengan cemerlang dalam masyarakat mahupun ketika

    melanjutkan pelajarannya di universiti.

    Selain itu, aktiviti kokurikulum juga merupakan salah satu aspek yang

    penting dalam memenuhi keperluan individu pelajar ketika dalam proses

    perkembangan mereka. Keperluan individu pelajar dalam memenuhi cabaran pada

    abad ke- 21 dapat kita lihat seperti di bawah :-

    i. Pengisian rohani

    ii. Pembangunan personaliti

    iii Mencari identiti

    iv. Pengetahuan tentang seks

    v. Pembangunan moral

    vi. Pantas dan tangkas bertindak

    vii. Kebahan fizikal dan mental

    viii. Jurang perbezaan antara cemerlang dan gagal

    Bagaimanapun rungutan demi rungutan biasa didengar dan kerap

    diperbincangkan pada masa kini bahawa kebanyakan pelajar sekolah di negara ini

  • 7/28/2019 nota ipgm

    21/100

    lesu, jumud, pasif dan pelbagai istilah lagi yang menggambarkan kemurungan atau

    tidak aktif para pelajar hari ini dalam melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum.

    Manakala, ibu bapa pula ragu-ragu terhadap fungsi kegiatan kokurikulum.

    Mereka akhirnya tidak menggalakkan anak-anak mereka melibatkan diri dalam

    kokurikulum dan sebaliknya menumpukan sepenuh perhatian dalam aspek

    akademik (Rosli, 1989).

    Selain itu, pengurusan kokurikulum yang kurang berkesan menyebabkan

    kegiatan seperti penglibatan pelajar tidak menyeluruh, pencapaian kokurikulum

    yang rendah serta terdapat sebahagian guru-guru yang gagal menjalankan kegiatan

    kokurikulum. Akibatnya matlamat pendidikan memerlukan masa yang lama untuk

    mencapai tujuan yang sebenar.

    Berdasarkan kepada laporan penilaian aktiviti kokurikulum tahun lepas

    yang telah disediakan oleh guru penyelaras kokurikulum di tempat kajian ini,

    memang terlalu banyak jumlah aktiviti yang telah dilaksanakan. Ada antaranya

    telah mencapai kejayaan yang sangat baik. Begitu juga sebaliknya, ada antaranya

    tidak mendapat sambutan yang menggalakkan. Persoalannya, apakah faktor yang

    menjadi sebab bagi kejayaan atau kegagalan sesuatu aktiviti kokurikulum. Adakah

    faktor ini hanya tertumpu dari segi minat pelajar terhadap jenis aktiviti tertentu

    ataupun ada faktor-faktor lain yang mempengaruhinya?

  • 7/28/2019 nota ipgm

    22/100

    1.2 Pernyataan Masalah

    Berdasarkan latar belakang masalah yang telah dibincangkan dapat lihat

    bahawa walaupun betapa pentingnya aktiviti kokurikulum kepada seseorang

    pelajar ketika dalam proses perkembangan mereka, namun keadaan ini tidak

    disedari oleh pelajar mahupun ibu bapa sendiri. Ini secara tidak langsung

    menyebabkan penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum yang diadakan oleh

    pihak sekolah secara keseluruhan tidak mendapat sambutan yang memuaskan

    mengikut data atau laporan penilaian aktiviti kokurikulum yang disediakan oleh

    guru penyelaras kokurikulum.

    Berhubungan dengan perkara di atas, kajian ini perlu dilakukan untuk

    mengetahui persepsi pelajar terhadap aktiviti kokurikulum dan pengurusan aktiviti

    kokurikulum serta mengenal pasti adakah faktor ini hanya tertumpu dari segi minat

    pelajar ataupun terdapat faktor-faktor lain (faktor rakan, ibu bapa dan guru) yang

    menentukan kejayaan atau kegagalan sesuatu aktiviti supaya langkah-langkah

    yang sesuai diambil untuk mengatasi masalah ini dengan lebih berkesan.

    Selain itu, punca kurang penglibatan pelajar dalam sesutu aktiviti perlu

    dikenal pasti dahulu oleh pihak sekolah sebelum membuat perancangan untuk

    sesuatu aktiviti supaya dapat menyediakan konteks yang sesuai untuk pelajar-

    pelajar dan secara langsung mendatangkan manfaat kepada mereka.

  • 7/28/2019 nota ipgm

    23/100

    1.3 Objektif Kajian

    Terdapat tujuh objektif dalam kajian ini iaitu :

    i. Mengetahui persepsi pelajar terhadap aktiviti kokurikulum.

    ii. Mengetahui minat pelajar terhadap aktiviti kokurikulum yang dijalankan.

    iii. Mengetahui faktor-faktor (rakan sebaya, dorongan ibu bapa dan guru)

    yang mendorong penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum.

    iv. Mengetahui pendapat pelajar tentang pengurusan aktiviti kokurikulum.

    v. Mengetahui sama ada terdapat perbezaan persepsi pelajar terhadap aktiviti

    kokurikulum mengikut jantina dan kaum.

    vi. Mengetahui sama ada terdapat perbezaan minat pelajar terhadap aktiviti

    kokurikulum mengikut jantina dan kaum.

    vi. Mengetahui sama ada terdapat perbezaan faktor yang mendorong

    penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum mengikut jantina dan kaum.

  • 7/28/2019 nota ipgm

    24/100

    1.4 Persoalan Kajian

    Persoalan yang timbul di sini adalah :

    i. Apakah persepsi pelajar terhadap aktiviti kokurikulum?

    ii. Adakah pelajar minat terhadap aktiviti kokurikulum yang biasa dijalankan?

    iii. Apakah faktor-faktor (rakan sebaya, dorongan ibu bapa dan guru) yang

    mendorong penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum?

    iv. Apakah pendapat pelajar tentang aktiviti kokurikulum yang biasa

    dijalankan?

    v. Adakah terdapat perbezaan persepsi pelajar terhadap aktiviti kokurikulum

    mengikut jantina dan kaum?

    vi. Adakah terdapat perbezaan minat pelajar terhadap aktiviti kokurikulum

    yang biasa dijalankan mengikut jantina dan kaum?

    vii. Adakah terdapat perbezaan faktor (rakan sebaya, dorongan ibu bapa dan

    guru) yang mendorong penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum

    mengikut jantina dan kaum?

  • 7/28/2019 nota ipgm

    25/100

    1.5 Kepentingan Kajian

    Adalah menjadi harapan agar segala maklumat yang diperolehi daripada

    kajian ini akan dapat dijadikan panduan kepada beberapa pihak antaranya ;

    i. Pihak sekolah dan para guru sebagai pelaksana dapat mengenal pasti

    persepsi pelajar terhadap aktiviti pembangunan pelajar yang mereka

    laksanakan selama ini dengan itu para guru dapat meningkatkan persediaan

    mereka sama ada dari aspek kemahiran, pengetahuan dan psikologi mereka

    dalam menjalankan aktiviti.

    ii. Pihak sekolah juga sebenarnya dapat mewujudkan kerjasama yang baik

    dengan ibu bapa pelajar dengan memberi penjelasan agar golongan ibu

    bapa dapat bersama-sama memberi dorongan kepada pelajar dalam aktiviti

    pembangunan pelajar sama ada dalam bentuk wang ringgit ataupun

    kemudahan lainnya kepada anak-anak mereka untuk aktiviti kokurikulum

    yang dijalankan oleh pihak sekolah.

    iii. Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia yang sebagai perancang utama

    dapat meneliti dan mengkaji dari segi kemudahan infrastruktur bagi aktiviti

    kokurikulum di sekolah yang tidak begitu sempurna, yang mana ianya

    mungkin menyebabkan kurangnya minat pelajar untuk menyertai aktiviti

    kokurikulum.

    Hasil daripada kajian ini akan menunjukkan sejauhmanakah minat pelajar

    serta faktor-faktor yang mendorong dan menghalang penglibatan pelajar dalam

  • 7/28/2019 nota ipgm

    26/100

    aktiviti kokurikulum. Di samping itu, persepsi pelajar terhadap aktiviti

    kokurikulum mengikut kaum dan jantina akan ditinjau dalam kajian ini. Andainya

    didapati maklum balas positif, maka para pendidik, ibu bapa dan masyarakat

    seharusnya meningkatkan usaha bagi menggalakkan, memperkembangkan serta

    membuat perancangan yang lebih tersusun dan jitu bagi meningkatkan minat

    pelajar seterusnya penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum dengan lebih

    jayanya.

    1.6

    Batasan Kajian

    Kajian ini hanya dijalankan dalam kalangan pelajar tingkatan empat sahaja

    di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Bukit Indah.

    1.7 Definifi Istilah

    1.7.1 Penglibatan

    Bermaksud pendaftaran dan penyertaan pelajar di dalam sesuatu aktiviti

    pembangunan pelajar yang dirancang dan dijalankan di sekolah.

    1.7.2 Pelajar

    Pelajar atau murid bermaksud seseorang tanpa mengira umurnya, yang

    kepadanya pendidikan atau latihan diberikan di suatu institusi pendidikan. (Rang

    Undang-undang Pendidikan, 1995)

  • 7/28/2019 nota ipgm

    27/100

    1.7.3 Kokurikulum

    Gerak kerja yang dilakukan di luar bilik darjah dan dibenarkan oleh pihak

    pentadbir. Aktiviti kokurikulum dalam kajian ini merangkumi kelab/persatuan,

    badan beruniform dan sukan / permainan.

    1.8 Penutup

    Berdasarkan kepada pernyataan masalah dan objektif kajian yang

    dinyatakan adalah diharapkan agar kajian ini akan dapat membantu menempatkan

    aktiviti kokurikulum di sekolah sebagaimana yang diharapkan oleh pihak

    Kementerian Pendidikan di dalam tujuan pelaksanaannya. Peranan aktiviti bukan

    hanya sebagai pelengkap agenda pendidikan tetapi perlu untuk melahirkan insan

    yang seimbang dan berketerampilan dalam semua bidang.

  • 7/28/2019 nota ipgm

    28/100

    BAB II

    TINJAUAN PENULISAN

    2.1 Pengenalan

    Remaja merupakan pelapis yang akan menggantikan golongan dewasa dan bakal

    mengambilalih semua urusan negara sebagai pemimpin negara, bekerja dalam bidang

    profesional ataupun tenaga pekerja yang mahir. Namun, golongan tersebut sering dikaitkan

    dengan karenah dan masalah. Mungkin disebabkan faktor biologi dan usia mereka

    antara 12 hingga 21 tahun yang tidak matang. (Ibrahim, 1997).

    Oleh sebab kepentingan ini, maka golongan ini harus diberi perhatian supaya

    perkembangan mereka dari segi fizikal, rohani, emosi dan intelektual dapat

    berkembang dengan seimbang sekaligus dapat memberi sumbangan yang positif

    terhadap kemajuan negara.. Perkembangan pelajar menggambarkan teori perkembangan

    manusia dan pengaruh persekitaran seperti peluang pembelajaran personal melalui aktiviti

    kokurikulum perlu diaplikasikan ataupun dalam perkataan lain intipati perkembangan pelajar

  • 7/28/2019 nota ipgm

    29/100

    adalah interaksi antara pelajar dengan pendidikan persekitaran.. Teori perkembangan pelajar

    adalah kesepaduan semulajadi, ia memerlukan kematangan, kesamaan, kerjasama dan

    usahasama antara semua pihak. (pelajar, pihak pentadbiran, ibu bapa dan masyarakat).

    2.2 Teori-Teori Yang Berkaitan

    2.2.1 Teori Perkembangan Moral Kohlberg

    Kohlberg terkenal dengan teori perkembangan moralnya melalui kajian yang

    telah dijalankan di Pusat Harvard untuk Pendidikan Moral. Teori yang

    dikemukakan oleh beliau ialah lanjutan dari teori Jean Piaget (ahli psikologi Swiss)

    dan ahli falsafah John Dewey. Menurut Kohlberg, pada tahap perkembangan

    tertentu, kanak-kanak akan mempelajari apa yang betul dan apa yang salah. Dia juga

    akan mempraktikkan kebaikan, kejujuran, kesetiaan, kepatuhan dan pelbagai jenis

    aspek moral yang lain, walaupun beliau tidak mengetahui maksud moral yang sebenar.

    Selain itu, beliau memperoleh maklumat yang menjadi asas kepada teori

    perkembangan moral melalui kajian yang bertanyakan sesuatu nilai betul-salah tentang

    sesuatu situasi. Subjek-subjek dalam kajian beliau yang terdiri daripada golongan

    kanak-kanak dan remaja daripada pelbagai jenis lapisan masyarakat dan umur

    dikehendaki menilai sesuatu cerita yang mempunyai ciri-ciri dilema moral. Tiap-tiap

    satu cerita itu mempunyai satu bentuk penilaian yang relatif, oleh itu ia tidak ada

    bentuk yang betul dalam semua aspek. Beliau ingin melihat tahap operasi pemikiran

    serta tahap perkembangan moral yang ada pada tiap-tiap tahap perkembangan manusia.

    Berikut adalah satu daripada pernyataan yang beliau gunakan:

  • 7/28/2019 nota ipgm

    30/100

    "Di Eropah, seorang wanita sedang menghadapi maut kerana sakittenat. Para doktor mengesahkan bahawa hanya terdapat satu ubat sahajayang dapat menyembuhkan penyakitnya itu. Ubat itu ditemui oleh seoranglelaki yang tinggal dalam bandar yang sama. Kos untuk membuat ubat tersebutialah $200 tetapi lelaki tersebut menjual hanya sedikit sahaja ubat itu denganharga $2 000 Heinz, suami wanita yang sakit itu cuba meminjam wang yang

    secukupnya untuk membeli ubat berkenaan. Beliau berjumpa dengan semuaorang yang dikenalinya untuk meminjam wang. Tetapi, beliau hanya dapatsetengah daripada jumlah yang diperlukan. Beliau kemudian berjumpa denganlelaki yang membuat ubat itu dan mengatakan bahawa isterinya sedang sakittenat lalu meminta supaya ubat itu dijual dengan harga murah sedikit ataupunmembenarkannya membayar harga ubat itu kemudian. Tetapi lelaki tersebutmengatakan tidak, saya telah membuat ubat ini dan saya akan mendapatkanwang daripadanya. Oleh itu, Heinz memecah masuk ke dalam kedai lelakitersebut dan mencuri ubat itu". (Sumber: Atkinson et. al . , 1983, hlm 81)

    Setelah memberi pernyataan seperti yang tercatat di atas, Kohlberg bertanyakan

    sama ada subjek (Heinz) di dalam pernyataan itu bersalah atau tidak. Kohlberg

    tidak hanya ingin mengetahui jawapan persoalannya, tetapi ingin mengesan proses

    bagaimana subjeknya menjawab soalan yang berunsur dilema moral. Daripada kajian

    beliau, Kohlberg (1983) menyarankan tiga tahap utama perkembangan moral dan

    tiap-tiap tahap boleh dibahagikan kepada dua peringkat (rujuk jadual di bawah).

    BIL UMUR TAHAP PERINGKAT

    1. Orientasi hukuman dan taat1. 0 9tahun

    Prakonvensional

    2. Orientasi ganjaran personal

    3. Orientasi budak baik2 9 20tahun

    Konvensional

    4. Orientasi peraturan dan undang-undang

    5. Orientasi kontrak sosial3 Lebih 20tahun

    Poskonvensional

    6. Orientasi prinsip etika universal

    Dalam Tahap Prakonvesional, Kohlberg menghuraikan kebolehan kognitif

    seseorang adalah berdasarkan pada operasi konkrit Teori Piaget. Keputusan moral

  • 7/28/2019 nota ipgm

    31/100

    adalah egosentrik (berdasarkan diri-sendiri) dan konkrit. Oleh itu, kita dapat lihat

    bagaimana ganjaran dan hukuman adalah asas tipikal terhadap fikiran dalam

    peringkat ini, maka kelakuan kanak-kanak dalam peringkat ini hanya menuju

    kepada apa yang dikatakn betul / salah atau baik / buruk bergantung kepada

    peraturan-peraturan dan apakah akibat jika mereka melanggar peraturan tersebut.

    i. Peringkat 1 : Orientasi Hukuman Taat

    Peringkat ini boleh dilihat pada kanak-kanak yang berumur 4 tahun di

    mana penilaian oleh kanak-kanak ini bergantung kepada kesan fizikal yang akan

    dikenakan ke atas mereka. Kepatuhan kanak-kanak kepada orang dewasa adalah

    untuk mengelakkan dendaan. Mereka belum mempunyai kebolehan untuk menilai

    sesuatu dari segi tujuan tetapi lebih tertumpu kepada akibat yang akan diterima.

    Mereka tidak dapat membezakan apa yang betul atau salah merujuk kepada

    harapan masyarakat.

    ii. Peringkat 2 : Orientasi Ganjaran Personal

    Peringkat ini lebih menumpukan kepada kehendak dan perasaan sendiri.

    Sesuatu perkara itu dinilai baik atau jahat adalah berdasarkan penilaian terhadap

    kesan ke atas mereka. Ini bermakna apa yang dapat memuaskan hati atau

    menggembirakan mereka itulah yang dianggap baik dan sebaliknya. Prinsip

    keadilan bagi mereka ialah sekiranya perkara atau insiden itu berlaku kepada

    kedua-dua belah pihak. Sebagai contoh jika Ahmad dicubit oleh Arif, jadi untuk

    berlaku adil Ahmad dibolehkan mencubit Arif.

  • 7/28/2019 nota ipgm

    32/100

    Seterusnya, dalam Tahap Konvensional ini adalah berdasarkan kebolehan

    kanak-kanak untuk decenter moral alam semesta dan mengambil pandangan

    moral daripada ibu bapa atau ahli masyarakat.

    iii. Peringkat 3 : Orientasi Budak Baik

    Pada peringkat ini, ciri utama yang ditunjukkan ialah kecenderungan untuk

    menolong atau lebih dikenali dengan sifat alturistik. Menolong orang lain yang

    berada dalam kesusahan atau menyiapkan kerja dianggap sesuatu yang baik.

    Individu pada tahap ini menolong orang supaya beliau dianggap sebagai orang

    yang baik. Gelaran budak baik ini penting kerana sikap ini diutamakan dalam

    kumpulan rakan sebaya.

    iv. Peringkat 4 : Orientasi Peraturan dan Undang-undang

    Pada peringkat ini kita dapat lihat dari segi penghormatan seseorang

    individu itu kepada undang-undang sedia ada. Individu pada peringkat ini

    menghormati undang-undang di atas rasa keyakinan beliau terhadap undang-

    undang yang ada dan sanggup pula memperjuangkannya. Kohlberg berpendapat

    seseorang yang berada pada peringkat ini menilai nyawa itu sebagai sesuatu yang

    kudus atau suci. Ramai remaja dan orang dewasa bertindak berdasarkan pemikiran

    moral peringkat ini.

  • 7/28/2019 nota ipgm

    33/100

    Tahap ketiga ialah peringkat Poskonvesional. Tahap Poskonvesional

    adalah merujuk pada kebolehan dewasa berpandukan kebenaran pada logik

    terhadap prinsip membuat keputusan berdasarkan standard universal dan tidak

    bergantung kepada kebudayaan.

    v. Peringkat 5 : Orientasi Kontrak Sosial

    Pada peringkat ini, persoalan seperti hak individu, maruah, keadilan,

    persetujuan serta tanggungjawab bersama menjadi isu yang dititikberatkan.

    Tingkah laku moral adalah berteraskan kepada kepentingan sosial dan perjuangan

    ke arah kedaulatan masyarakat. Individu pada peringkat ini menghormati undang-

    undang tetapi percaya bahawa undang-undang perlu diubah suai untuk

    kesejahteraan umat atau manusia.

    vi. Peringkat 6 : Orientasi Prinsip Etika Universal

    Pada peringkat ini individu menunjukkan ciri-ciri tingkah laku moral

    berasaskan kesedaran kendiri yang meletakkan nyawa manusia, keadilan dan

    maruah pada peringkat tertinggi. Kohlberg menyatakan bahawa individu pada

    peringkat ini melanggar undang-undang bukan kerana tidak menghormatinya

    tetapi disebabkan oleh rasa tanggungjawab dari segi prinsip etika hak-hak

    kemanusiaan. Mereka juga sanggup menerima hukuman di atas kesalahan yang

    dilakukan dengan rela kerana menghormati undang-undang yang telah ditetapkan.

  • 7/28/2019 nota ipgm

    34/100

    Seringkali, para nabi, dan tokoh-tokoh seperti Martin Luther King dan

    Mahatma Gandhi dirujuk oleh individu yang membuat penilaian di peringkat 6.

    Ini dilakukan semata-mata untuk mengelakkan diri daripada kutukan serta

    hukuman yang akan dikenakannya sendiri ke atas dirinya. Tingkah laku mereka

    sering diarahkan oleh prinsip etika dan kebenaran.

    2.2.2.1 Aplikasi Teori Kohlberg Dalam Aktiviti Kokurikulum

    Teori Perkembangan Moral Kohlberg mencadangkan bahawa pengajaran nilai

    yang berkait rapat dengan perkembangan personaliti murid-murid membantu murid-murid

    melalui keenam-enam peringkat perkembangan pemikiran moral supaya mereka sedar akan

    keperluan keseimbangan dan kesejahteraan masyarakat dan diri sendiri.

    Pengajaran nilai di sekolah dengan melalui sesuatu aktiviti kokurikulum bertujuan

    untuk membimbing murid-murid mencapai satu tingkat pemikiran dan kesedaran yang

    lebih tinggi. Guru boleh mempelajari proses dan prinsip-prinsip yang digunakan oleh

    Kohlberg untuk membantu murid-murid dalam membuat keputusan. Di mana murid-murid

    harus didedahkan kepada keadaan konflik nilai untuk membolehkan mereka berfikir

    secara kritis dalam proses pertimbangan dan pemikiran dengan berbincang dan

    membuat keputusan berdasarkan kriteria-kriteria tertentu seperti memberi hujah-hujah

    justifikasi pemikiran sesuatu nilai.

    Satu lagi aspek perkembangan moral ialah berkenaan pembentukan murid-murid

    supaya sedar akan kerencaman situasi sosial serta tanggungjawabnya dalam negara yang

  • 7/28/2019 nota ipgm

    35/100

    terdiri daripada pelbagai kaum. Kesedaran ini boleh diwujudkan dengan cara membina

    kemahiran berfikir secara perkaitan bagi memahami rasional dasar-dasar kepercayaan

    dan pegangan nilai antara etnik. Dalam hal ini, guru boleh menggunakan teori Kohlberg

    untuk membimbing murid-murid berfikiran secara kekitaan .

    2.2.2 Teori Perkembangan Identiti Chikering

    Berdasarkan perkembangan identiti Eric Erikson dan peringkat identiti

    Konfusion, Arthur Chickering telah mencadangkan tujuh vektor perkembangan

    dengan melukiskan suatu gambaran menyeluruh tentang perkembangan

    psikososial pada peringkat remaja yang menyumbangkan kepada pembentukan

    identiti. (Chickering, 1969) menggunakan istilah vektor perkembangan kerana

    setiap satu mempunyai arah dan magnitut.

    i. Vektor 1: Perkembangan Kompetensi (Developing Competence )

    Vektor ini termasuk Kompetensi Intelektual, Kompetensi fizikal dan

    manual dan Kompetensi sosial / interpersonal.

    Kompetensi Intelektual merangkumi pemerolehan ilmu pengetahuan,

    kemahiran pemikiran kritik dan Keupayaan untuk menganalisis, mensintisis,

    menilai dan mencipta idea. Seterusnya, kompetensi fizikal dan manual

    menggunakan tubuh badan untuk menguasai kemahiran yang tidak dapat dicapai

    sebelumnya. Kompetensi sosial / interpersonal pula merangkumi kemahiran

    interaksi / komunikasi.

  • 7/28/2019 nota ipgm

    36/100

    Perkembangan kompetensi memberi peningkatkan kebolehan ke atas

    pelajar untuk mengurus pelbagai situasi sosial dari boleh berinteraksi dalam kelas

    sehingga berjumpa dengan orang yang tidak dikenali.

    Para pendidik boleh membuat sumbangan signifikan kepada pertumbuhan

    pelajar dalam kompetensi intelektual dengan penekanan ke atas pelajar supaya

    lebih aktif dalam proses pembelajaran, sama ada melalui pembelajaran koperatif

    yang diterangkan oleh Myers, peruntukan peluang pembelajaran tambahan atau

    cara pengajaran kreatif yang lain. Para pendidik juga boleh memperkenalkan

    pemikiran kritik dan kemahiran penyelesaian masalah semasa mengajar kemahiran

    tertentu dalam bahagian kandungan. Pembelajaran koleboratif juga boleh

    meningkatkan kompetensi interpersonal.

    ii. Vektor 2 : Mentadbir / Mengurus Emosi (Managing Emotions )

    Vektor ini termasuk peningkatan kesedaran terhadap perasaan seseorang

    supaya mempunyai kesedaran terhadap julat dan pelbagai dorongan atau tolakan

    dari dalaman. Selain itu, Vektor ini juga membolehkan seseorang mempunyai

    integrasi perasaan, yang membenarkan kawalan fleksibel dan pengucapan. Di

    mana seseorang itu akan cuba untuk mencari cara pengucapan yang baru, mampu

    mentaksir akibatnya dan tahu bagaimana hendak mengatasi perasaan yang berbeza.

  • 7/28/2019 nota ipgm

    37/100

    Kebolehan yang terhad untuk mentadbir emosi seseorang pelajar selalunya

    digambarkandalam masalah umum seperti konflik rakan sebilik, penyalahgunaan

    bahan, kerisauan terhadap akademik yang melampau.

    iii. Vektor 3 : Perkembangan Autonomi (Developing Autonomy )

    Vektor ini akan mewujudkan autonomi emosi iaitu mampu mengawal

    terhadap alam sekitar. Selain itu, seseorang trersebut akan mencapai autonomi

    instrumental iaitu berkebolehan untuk membuat rancangan supaya mencapai

    matlamat, mengenal pasti punca dan menyelesaikan masalah sendiri.

    Pelajar-pelajar harus mempercayai kebolehan dan perasaan mereka sebagai

    sumber maklumat yang bernilai supaya matang dalam vektor ini.

    iv. Vektor 4 : Mewujudkan Identiti (Establishing Identity )

    Vektor ini termasuk :-

    i. Wajib berkembang bersama-sama dengan tiga vektor yang pertama

    ii. Berkebolehan mengintegrasikan pengalaman seseorang dari banyak aspek

    iii. Berunding secara realistik dan imej sendiri yang stabil

    iv. Perubahan adalahperceptualdan attitudinal

    v. Menggalakkan percubaan dalam dunia yang memerlukan keputusan dibuat :

    perhubungan, tujuan dan integriti

    vi. Mengetahui jenis pengalaman yang diutamakan atau dikehendaki

  • 7/28/2019 nota ipgm

    38/100

    Apabila seseorang pelajar telah mencapai kestabilan dan realistik imej

    sendiri, apa-apa perubahan baru pun tidak akan menakutkannya. Pelajar tersebut

    seharusnya telah bersedia untuk bertindak dengan idea dan konsep baru atau nilai

    konflik dan kepercayaannya.

    vi. Vektor 5 : Perhubungan Interpersonal Yang Bebas ( Freeing

    Interpersonal Relationships )

    Vektor ini termasuk meningkatkan toleransi dan menerima perbezaan

    antara seseorang individu, meningkatkan kematangan dan perhubungan yang

    mesra serta saling faham-memahami.

    Untuk mengekalkan perhubungan interpersonal yang matang, pelajar-

    pelajar mesti berupaya berkomunikasi secara percaya-mempercayaai, terbuka dan

    jujur serta ambil berat antara satu sama lain secara positif.

    vii. Vektor 6 : Perkembangan Matlamat (Developing Purpose )

    Vektor ini termasuk memberi haluan kepada hidup seseorang melalui

    pentaksiran dan klasifikasi terhadap minat, pendidikan dan pilihan kerjaya serta

    gaya hidup yang diidami. Selain itu, vektor ini juga menggaris dan

    mengintegrasikan dengan fahaman identiti.

    Walaupun vektor ini melibatkan pendidikan, rancangan kerjaya dan

    membuat pemilihan gaya hidup, ia juga memfokus kepada kewujudan hak

  • 7/28/2019 nota ipgm

    39/100

    istimewa. Apakah yang betul-betul penting dalam hidup? Apa yang hendak anda

    capai? Apa yang membuat hidup itu bermakna?

    viii. Vektor 7 : Perkembangan Integriti (Developing Integrity )

    Vektor terakhir menentukan set nilai sebagai panduan tindakan yang

    merangkumi nilai kemanusiaan dan nilai personalitlai kemanusiaan. Nilai

    personaliti merujuk kepada proses seseorang menegaskan kepada nilai dan

    kepercayaan sendiri tetapi menghormati pandangan orang lain.

    Menurut Chickering(1977), persekitaran pendidikan adalah sangat

    mempengaruhi perkembangan pelajar. Beliau mengutarakan faktor-faktor yang

    mempengaruhi perkembangan pelajar, iaitu

    i. Objektif institusi

    ii. Saiz institusi

    iii. Perhubungan fakulti-pelajar

    iv. Kurikulum

    v. Pengajaran guru

    vi Persahabatan dan komuniti pelajar

    vii. Perkhidmatan dan program pembangunan pelajar

    viii. Integrasi terhadap bekerja dan pembelajaran

    ix. Pengakuan dan penghormatan kepada perbezaan individu

    x. Penerimaan konsep pembelajaran dan perkembangan adalah merupakan

    satu kitaran semulajadi.

  • 7/28/2019 nota ipgm

    40/100

    2.2.2.1 Aplikasi Teori Chickering Dalam Aktiviti Kokurikulum

    Teori Chickering khususnya sangat berkesan dalam perkembangan

    keseluruhan program keutamaan dan strategi. Evans (1982) telah menggunakan

    vektor perkembangan Chickering sebagai asas kepada instrumen pentaksiran

    keperluan yang akan digunakan dalam rancangan program dewan tempat

    kediaman.

    Teori Chickering juga boleh digunakan untuk menilai dan menerangkan

    kesan ke atas usaha programmatic. Chickering (1977) telah membincangkan

    cara-cara dalam program kesatuan kolej yang melibatkan pelbagai aspek

    perkembangan, kecekapan yang tertentu, autonomi, hubungan interpersonal dan

    hal yang berperikemanusiaan.

    Teori Chickering tidak hanya dapat menerangkan isu-isu dan mengambil

    berat terhadap pelajar yang terlibat tetapi juga mencadangkan langkah-langkah

    yang boleh diambil oleh para pendidik untuk menggalakkan pertumbuhan pelajar.

    Teori Chickering memberi kesan yang signifikan pada perkembangan

    proaktif dan campur tangan dari pusat pengajian tinggi. Ini adalah kerana mereka

    telah menggunakan pendekatan praktikal Chickering, teori ini telah menjadi lebih

    senang digunakan dan senang untuk difahami. Oleh itu, teori Chickering ini telah

    menjadi satu teori perkembangan pelajar yang dipandang tinggi sehingga hari ini.

  • 7/28/2019 nota ipgm

    41/100

    2.3 Kajian-kajian Berkaitan

    Banyak kajian lepas telah dijalankan mengenai aktiviti kokurikulum.

    Misalnya penyelidikan yang dijalankan oleh Burton(1991) tentang penglibatan

    pelajar dalam kegiatan kokurikulum. Didapati terdapat perubahan dari segi taraf

    atau kadar penyertaan dalam kokurikulum semasa mereka berada di sekolah

    menengah, peringkat kolej atau universiti. Walaupun demikian akhirnya, selepas

    meninggalkan kolej atau alam persekolahan , pelajar tidak mahu melibatkan diri

    dalam kegiatan kokurikulum. Dapatan kajian juga menunjukkan pelajar yang

    mengambil bahagian dalam kegiatan kokurikulum di sekolah menengah semata-

    mata hanya kerana mahu mendapat sijil sahaja.

    Kajian telah juga dilakukan oleh Mohd. Suzli (1997) yang bertujuan

    mengenal pasti masalah-masalah yang terdapat dalam pelaksanaan aktiviti

    kokurikulum di sekolah-sekolah agama Yayasan Islam Kelantan di daerah Pasir

    Mas. Hasil kajian mendapati sekolah-sekolah yang dikaji menghadapi masalah

    kewangan, kemudahan dan peralatan yang tidak mencukupi di samping

    penjadualan yang tidak bersistem yang menghalang kegiatan ini dijalankan dengan

    baik. Kajian ini juga menunjukkan kebanyakan guru kokurikulum tidak

    mempunayai kemahiran yang diperlukan. Seterusnya kajian menunjukkan

    kebanyakan pelajar yang melibatkan diri secara aktif didorong oleh diri sendiri,

    guru, kawan dan ibu bapa. Pelajar yang tidak terlibat pula memberi alasan bahawa

    mereka terpaksa membantu ibu bapa di rumah dan juga disebabkan oleh

    kekurangan peralatan dan kemudahan kokurikulumdi sekolah.

  • 7/28/2019 nota ipgm

    42/100

    Kajian yang dilakukan oleh Matros ( Ishak, 1998) mengenai sikap pelajar

    terhadap kegiatan kokurikulum mendapati faktor yang menyebabkan pelajar tidak

    menyertai kegiatan kokurikulum kerana pembiayaan atau kos dalam menyertai

    kegiatan tersebut. Selain itu, dapatan kajian juga menunjukkan beberapa pemboleh

    ubah penyebab seperti kurang berminat, aktiviti tidak dapat memberikan

    keseronokan dan faktor kewangan telah menyebabkan pelajar tidak menyertai

    aktiviti kokurikulum.

    Zulkafli (1997) telah menjalankan kajian untuk mengenal pasti hubungan

    antara faktor sekolah (faktor saiz, faktor kemudahan , guru dan pentadbiran

    sekolah) dengan penglibatan pelajar dalam kegiatan kokurikulum. Kajian telah

    dijalankan ke atas 40 sekolah menengah di Kota Setar dan Kubang Pasu, Kedah

    menunjukkan bahawa terdapat signifikan antara faktor saiz, kemudahan, bilangan

    guru dan pentadbiran sekolah dengan penglibatan pelajar dalam aktiviti

    kokurikulum. Ujian regresi berganda yang dijalankan menunjukkan hanya satu

    faktor sahaja yang benar-benar memberi sumbangan kepada angkubah bersandar

    iaitu faktor saiz sekolah. Saiz sekolah dari segi bilangan pelajar dan bilangan kelas

    amat mempengaruhi penglibatan pelajar dalam menyertai aktiviti kokurikulum,

    sementara faktor lain hanya sebagai penyokong.

    Kajian Eisa (1998) tentang faktor yang mendorong pelajar terlibat dalam

    aktiviti kokurikulum pula mendapati, faktor kegiatan kokurikulum diwajibkan

  • 7/28/2019 nota ipgm

    43/100

    menjadi sebab utama pelajar melibatkan diri dalam kegiatan kokurikulum ini, iaitu

    sebanyak 91.10 peratus. Ini diikuti oleh faktor ingin meluaskan pengalaman

    sebanyak 89.70 peratus, minat dan ingin menambahkan ilmu pengetahuan

    sebanyak 85.05 peratus, kegiatan kokurikulum menyihatkan badan sebanyak 79.40

    peratus, kegiatan kokurikulum menyeronokkan sebanyak 72 peratus dan ingin

    mengisi masa lapang sebanyak 57.60 peratus.

    Kajian Eisa (1998) juga menunjukkan bahawa faktor penglibatan pelajar

    yang dikaitkan dengan ciri pengurusan agak kurang menjadi pilihan pelajar dalam

    melibatkan diri dalam kegiatan ini. Contohnya faktor kemudahan dan kelengkapan

    yang mencukupi sebanyak 50.70 peratus, faktor penglibatan guru sebanyak 65.40

    peratus dan faktor pengiktirafan pihak sekolah keatas pencapaian pelajar sebanyak

    76.70 peratus.

    Gill (1986) yang mengkaji kecenderungan seseorang menceburkan diri

    dalam bidang sukan mendapati mereka menyertai bidang ini kerana faktor

    motivasi intrinsik. Motivasi pencapaian yang dimaksudkan adalah keseronokkan,

    kegembiraan yang dialami semasa latihan, menyertai pertandingan dan setelah

    mencapai kejayaan dalam pertandingan yang disertai. Gill juga mendapati

    sebahagian ahli sukan memang mempunyai kecenderungan terhadap cabaran.

    Mereka sentiasa ingin cabaran terutamanya di peringkat tertinggi seperti di

    Kejohanan Dunia ataupun peringkat Sukan Olimpik.

  • 7/28/2019 nota ipgm

    44/100

    Spritzer dan Synder (1976), dalam kajiannya mendapati bahawa seseorang

    individu akan terus menceburkan diri dalam aktiviti kokurikulum berdasarkan

    kepada pengalaman, penglibatan semasa kecil dan dorongan daripada keluarga

    mereka. Mereka mendapati bahawa keluarga yang menggalakkan anak mereka

    melibatkan diri dalam sukan mengalami perubahan gaya hidup bersesuaian dengan

    bidang sukan yang diceburi. Selain daripada ibu bapa yang mempunyai kemahiran

    dalam bidang sukan yang diceburi oleh anak mereka, sikap dan dorongan yang

    diberikan akan mempengaruhi penglibatan anak mereka.

    Kajian yang telah dijalankan oleh George (1976) mendapati begitu banyak

    kemudahan yang disediakan oleh pihak pendidikan di Amerika Syarikat berkaitan

    dengan aktiviti kokurikulum. Di samping itu budaya masyarakat mereka yang

    menerima kokurikulum sebagai faktor yang penting dalam kehidupan seseorang

    pelajar di sana. Selain daripada itu, ganjaran-ganjaran yang diperolehi oleh pelajar

    adalah lumayan dan menjadi sumber motivasi kepada mereka untuk melibatkan

    diri secara aktif dalam aktiviti kokurikulum tanpa mengabaikan pencapaian

    akademik mereka.

  • 7/28/2019 nota ipgm

    45/100

    2.4 Penutup

    Memandang kegiatan kokurikulum mendatangkan banyak manfaat kepada

    pelajar, semua pihak terutamanya ibu bapa dan pihak sekolah haruslah berganding

    bahu menjayakan setiap aktiviti kokurikulum agar mencapai matlamat sistem

    pendidikan negara yang bertujuan melahirkan insan yang seimbang dan harmonis

    dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.

  • 7/28/2019 nota ipgm

    46/100

    BAB III

    METODOLOGI

    3.1

    Pengenalan

    Dalam bab ini pengkaji akan akan membincangkan beberapa keadaan

    seperti reka bentuk kajian, populasi kajian, sampel kajian, kajian rintis dan cara

    menganalisis data.

    3.2 Reka Bentuk Kajian

    Kajian yang akan dijalankan adalah berbentuk kajian deskriptif dengan

    menggunakan kaedah tinjauan, data yang diperlukan dalam kajian ini akan

    dikumpul dan dianalisis melalui borang soal selidik yang diedarkan kepada

    responden kajian. Penggunaan kaedah ini dijangka akan dapat memudahkan

    pengkaji mengumpulkan data. Selain itu, sampel kajian hanya memerlukan masa

    yang singkat untuk melengkapkan soal selidik yang diberikan.

  • 7/28/2019 nota ipgm

    47/100

    3.3 Populasi Kajian

    Populasi kajian adalah terdiri daripada semua pelajar SMK Taman Bukit

    Indah terlibat dalam semua aktiviti kokurikulum seperti sukan, persatuan dan kelab,

    unit beruniform dan permainan.

    Kaedah persampelan yang digunakan dalam kajian ini adalah rawak

    kelompok bagi sampel pelajar iaitu rawak berdasarkan rumpun kelompok populasi

    (Mohd. Najib, 2003). Rumpun kelompok populasi dalam kajian ini adalah pelajar

    tingkatan empat.

    Melalui kaedah ini jumlah pelajar tingkatan empat yang dipilih sebagai

    wakil kepada pelajar di SMK Taman Bukit Indah adalah sebanyak 100 orang.

    Pelajar tingkatan empat dipilih dalam kajian ini adalah kerana mereka sekurang-

    kurangnya sudah belajar dan berada di sekolah ini selama empat atau lima tahun.

    Mereka juga telah melalui pelbagai pengalaman dalam bidang kokurikulum, dan

    bukan merupakan kelas peperiksaan. Berdasakan keadaan ini mereka lebih arif

    dalam membuat penilaian terhadap kegiatan kokurikulum di sekolah ini.

    3.4 Instrumen Kajian

    Bagi melaksanakan kajian ini, instrumen yang digunakan ialah soal selidik.

    Kaedah ini menggunakan soal selidik ini akan memudahkan pengkaji

    mengumpulkan maklumat dan juga ianya merupakan satu cara yang membolehkan

    pengkaji mendapat hasil yang tepat terhadap apa yang ingin dikaji.

  • 7/28/2019 nota ipgm

    48/100

    Borang soal selidik ini dibina dalam dua bahagian iaitu :

    3.4.1 Bahagian A

    Bahagian ini mengandungi soalan-soalan yang berkaitan dengan latar

    belakang pelajar dan maklumat peribadi mereka iaitu, soalan no.1 hingga no.4.

    3.4.2 Bahagian B

    Bahagian ini mengandungi 52 item soalan yang berkaitan dengan maklum

    balas mengenai perkara berikut ;

    i. Mengetahui persepsi pelajar terhadap aktiviti kokurikulum di SMK Taman

    Bukit Indah.

    ii. Mengetahui minat pelajar terhadap aktiviti kokurikulum yang biasa

    dianjurkan di SMK Taman Bukit Indah.

    iii. Mengetahui faktor-faktor yang mendorong penglibatan pelajar dalam

    aktiviti kokurikulum di SMK Taman Bukit Indah. (pengaruh rakan sebaya ,

    dorongan ibu bapa dan guru)

    iv. Mengetahui pandangan pelajar terhadap pengurusan aktiviti kokurikulum

    di SMK Taman Bukit Indah

  • 7/28/2019 nota ipgm

    49/100

    Pembahagian soalan mengikut persoalan kajian adalah seperti berikut :-

    Jadual 3.1 : Taburan Soalan Mengikut Persoalan Kajian

    Persoalan Kajian No.Soalan

    JumlahSoalan

    Persepsi 1-15 15

    FaktorDorongan guruDorongan rakanDorongan ibu bapa

    16-2122-2627-32

    656

    Minat 33-41 9

    Pengurusan aktivitikokurikulum

    42-52 11

    Soal selidik bahagian B ini mengehendaki responden menjawab soalan

    berdasarkan kepada skala Likert yang disediakan seperti jadual berikut :-

    Jadual 3.2 Peringkat Skala Likert

    Pengkelasan Skor Singkatan

    Sangat Setuju 5 SSSetuju 4 S

    Tidak Pasti 3 TP

    Tidak Setuju 2 TS

    Sangat Tidak setuju 1 STS

    3.5 Prosedur Kajian

    Borang-borang soal selidik akan diagihkan kepada respoden pada

    pertengahan tahun iaitu pada selepas semester pertama cuti persekolahan. Ini

    hanya akan dilaksanakan setelah mendapat kelulusan membuat kajian daripada

    Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Bukit Indah. Melalui bantuan

  • 7/28/2019 nota ipgm

    50/100

    daripada guru kanan bahagian kokurikulum, borang soal selidik akan diedarkan

    kepada responden. Responden telah diberikan penerangan ringkas bagaimana

    hendak mengisi borang soal selidik tersebut. Pengkaji telah mengagihkan borang

    tersebut. Borang ini telah dikumpulkan semula oleh pengkaji pada hari yang sama

    setelah responden selesai menjawab soal selidik tersebut.

    3.5.1 Kajian Rintis

    Menurut Polit et. al.(2001), kajian rintis merujuk kepada versi kajian

    kecil atau percubaan yang dilakukan sebagai persediaan untuk kajian yang lebih

    besar atau utama. De Vaus (1996) pula menyatakan tujuan kajian rintis adalah

    untuk menguji kebolehpercayaan dan keesahan soal selidik kajian serta

    mengurangkan ralat dalam kajian sebenar. Kelebihan menjalankan kajian rintis

    adalah untuk membantu penyelidik memperoleh pertunjuk awal tentang mana-

    mana bahagian kajian yang mungkin tidak tepat atau gagal. Ianya juga dapat

    membantu penyelidik mengenal pasti mana-mana kaedah atau instrumen yang

    tidak betul atau kurang tepat ( Baker, 1994 ).

    Instrumen kajian dibina sendiri oleh pengkaji dan dengan itu kajian rintis

    perlu dilaksanakan untuk menguji kebolehpercayaan soalan di dalam soal selidik.

    Penyelidik telah melaksanakan kajian rintis di Sekolah Menengah Seri Perling.

    Sebanyak 20 orang pelajar telah terlibat dalam kajian rintis. Data kajian rintis telah

    diproses dengan menggunakan program SPSS 11.5 (Statistical Package for the

    Social Sciences).

  • 7/28/2019 nota ipgm

    51/100

    Nilai Cronbach Alpha yang diperoleh daripada analisis tersebut ialah

    bahagian persepsi pelajar sebanyak 0.88, minat pelajar sebanyak 0.86, faktor

    penglibatan pelajar sebanyak 0.87 dan pengurusan aktiviti kokurikulum sebanyak

    0.88.

    Menurut Najib ( 1999 ), sesuatu instrumen adalah bolehpercaya dan sah

    digunakan jika nilai Cronbach Alphanya melebihi 0.6. keempat-empat bahagian

    soal selidik telah mencapai nilai Cronbach Alpha yang melebihi 0.6, maka

    instrumen kajian memiliki kebolehpercayaan yang tinggi dan boleh digunakan

    dalam kajian sebenar.

    3.6 Analisis Data

    Data-data yang diperolehi daripada responden diproses dengan

    menggunakan program SPSS 11.5 (Statistical Package for the Social Sciences).

    Bahagian A merupakan analisis berkaitan biodata responden. Hasil analisis

    bahagian A akan ditunjukkan dalam bentuk jadual peratusan.

    Bahagian B pula, pengkaji cuba menjawab dan mengulang setiap persoalan

    kajian yang dikemukakan mengikut aspek kajian yang telah ditentukan. Hasil

    analisis dijelaskan dalam bentuk jadual kekerapan dan peratusan mengikut aspek

    kajian yang ditetapkan untuk memudahkan kerja menganalisis. Selain itu, takrifan

    min skor adalah berpandukan skala Roslan (2004) seperti dalam Jadual berikut :

  • 7/28/2019 nota ipgm

    52/100

    Jadual 3.3 : Tahap Persepsi Mengikut Skor Minat

    Min Skor Tahap persepsi

    1.00- 2.33 Rendah

    2.34- 3.66 Sederhana

    3.67- 5.00 Tinggi

    Data-data yang diperolehi daripada responden dalam bahagian B mengikut

    persoalan kajian akan dianalisis seperti jadual berikut :

    Jadual 3.4 : Analisis Data Mengikut Persoalan Kajian

    Persoalan Kajian Analisis Data

    i. Apakah persepsi pelajar terhadap aktivitikokurikulum di SMK Taman Bukit Indah.

    StatistikDeskriptif

    Min, peratus

    ii. Adakah pelajar minat terhadap aktiviti kokurikulumyang biasa diadakan di SMK Taman Bukit Indah.

    StatistikDeskriptif

    Min, peratus

    iii. Apakah faktor-faktor yang mendorong penglibatanpelajar dalam aktiviti kokurikulum di SMK Taman

    Bukit Indah. (pengaruh rakan sebaya , dorongan ibubapa dan guru serta pengurusan aktiviti kokurikulum) .

    StatistikDeskriptif

    Min, peratus

    vi. Apakah pendapat pelajar tentang aktivitikokurikulum yang biasa diadakan di SMK TamanBukit Indah.

    StatistikDeskriptif

    Min, peratus

    v. Adakah terdapat perbezaan persepsi pelajar terhadapaktiviti kokurikulum di SMK Taman Bukit Indahmengikut jantina dan kaum.

    Statistik inferensUjian-T dan

    ANOVA

    v. Adakah terdapat perbezaan minat pelajar terhadapaktiviti kokurikulum yang biasa dianjurkan di SMKTaman Bukit Indah mengikut jantina dan kaum.

    Statistik inferensUjian-T dan

    ANOVA

    vi Adakah terdapat perbezaan faktor yang mendorongpenglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum diSMK Taman Bukit Indah mengikut jantina dan kaum.(pengaruh rakan sebaya , dorongan ibu bapa dan guru).

    Statistik inferensUjian-T danANOVA

  • 7/28/2019 nota ipgm

    53/100

    3.7 Penutup

    Kesimpulanya, dapat kita lihat bahawa daripada proses pengumpulan data

    sehingga penganalisian data adalah begitu penting memandangkan ia akan

    mempengaruhi kejayaan penghasilan sesuatu kajian. Oleh itu, pengkaji amat

    mengharapkan kajian tersebut dapat dijalankan dengan lancar dan mencapai

    objektifnya.

  • 7/28/2019 nota ipgm

    54/100

    BAB IV

    ANALISIS DATA KAJIAN

    4.0 Pengenalan

    Bab ini membincangkan latar belakang responden dan dapatan berdasarkan

    persoalan kajian.

    4.1 Demografi Responden

    4.1.1 Taburan Responden Mengikut Jantina

    Jadual 4.1 menunjukkan taburan responden mengikut jantina. Daripada

    jumlah seramai 100 responden, didapati sebanyak 46 peratus responden adalah

    lelaki manakala sebanyak 54 peratus responden adalah perempuan. Hasil analisis

    menunjukkan pelajar perempuan merupakan golongan majoriti.

  • 7/28/2019 nota ipgm

    55/100

    Jadual 4.1: Taburan Responden Mengikut Jantina

    Jantina Bilangan Peratus

    Lelaki 46 46.0

    Perempuan 54 54.0

    Jumlah 100 100

    4.1.2 Taburan Responden Mengikut Kaum

    Jadual 4.2 menunjukkan taburan responden mengikut kaum. Didapati

    sebanyak 28 peratus responden adalah kaum Melayu, 65 peratus responden adalah

    kaum Cina dan sebanyak tujuh peratus responden adalah kaum India. Dapatan

    kajian menunjukkan bahawa pelajar kaum Cina merupakan golongan majoriti.

    Jadual 4.2: Taburan Responden Mengikut Kaum

    Jenis Kaum Bilangan Peratus

    Melayu 28 28.0

    Cina 65 65.0

    India 7 0.7

    Jumlah 100 100.0

    4.2 Persoalan Kajian 1: Apakah Tahap Persepsi Pelajar Terhadap Aktivti

    Kokurikulum?

    Data kajian menunjukkan min keseluruhan bagi persepsi pelajar terhadap

    aktiviti kokurikulum bernilai 3.80 dan bererti berada pada tahap yang tinggi. Oleh

    yang demikian, dapat dirumuskan bahawa tahap persepsi pelajar-pelajar Sekolah

  • 7/28/2019 nota ipgm

    56/100

    Menengah Kebangsaan Taman Bukit Indah terhadap aktiviti kokurikulum didapati

    berada pada tahap yang tinggi.

    Jadual 4.3: Persepsi Pelajar Terhadap Aktiviti Kokurikulum

    No Kenyataan Min

    1. Saya mempunyai lebih ramai kawan apabila menyertai aktivitikokurikulum.

    4.18

    2 Ketegangan emosi boleh diredakan dengan melibatkan diridalam kokurikulum.

    3.83

    3. Dengan melibatkan diri dalam kegiatan kokurikulum dapatmembantu membentuk fizikal yang sihat.

    4.31

    4. Badan saya lebih cergas selepas mengikuti aktiviti permainan

    dan sukan.

    4.08

    5. Aktiviti yang dilaksanakan dalam kokurikulum dapatmembentuk mental yang sihat.

    4.05

    6. Melalui kegiatan kokurikulum saya dapat membentuk perlakuanmengikut kehendak sekolah dan masyarakat.

    3.62

    7. Pelajar yang aktif dalam aktiviti kokurikulum lebih berjayadalam pelajaran.

    3.20

    8. Aktiviti kokurikulum tidak menjejaskan prestasi akademik saya. 3.50

    9. Aktiviti yang dijalankan dalam kegiatan kokurikulum dapatmenambah pengetahuan saya berkaitan dengan mata pelajaranyang dipelajari dalam kelas.

    3.48

    10. Aktiviti kokurikulum dapat meningkatkan daya ingatan saya. 3.30

    11. Kegiatan kokurikulum mendedahkan saya tentang sifatberdisiplin

    3.92

    12. Dengan melibatkan diri dalam kegiatan kokurikulum saya berasayakin terhadap diri

    3.77

    13. Kegiatan kokurikulum dapat merapatkan hubungan antara gurudengan pelajar.

    4.00

    14. Aktiviti yang dilaksanakan dalam kokurikulum dapat memupuksikap persefahaman di kalangan pelajar.

    3.80

    15. Penglibatan dalam kokurikulum dapat membentuk semangat

    setiakawan.

    3.90

    Min keseluruhan 3.80

    Sisihan piawai = 0.34

  • 7/28/2019 nota ipgm

    57/100

    Jadual 4.4: Taburan Responden Mengikut Tahap

    Persepsi Secara Keseluruhan

    Tahap Bilangan Peratus

    Tinggi 67 67.0

    Sederhana 32 32.0

    Rendah 1 1.0

    Jumlah 100 100

    Taburan tahap persepsi responden ditunjukkan dalam Jadual 4.4 didapati

    sebanyak 67.0 peratus responden mempunyai tahap persepsi yang tinggi terhadap

    aktiviti kokurikulum. Sebanyak 32.0 peratus responden pula mempunyai tahap

    persepsi yang sederhana terhadap aktiviti kokurikulum dan hanya seorang

    responden yang mempunyai tahap persepsi yang rendah terhadap aktiviti

    kokurikulum.

    4.3 Persoalan Kajian 2: Apakah Tahap Minat Pelajar Terhadap Aktiviti

    Kokurikulum?

    Data kajian menunjukkan min skor minat pelajar terhadap aktiviti

    kokurikulum ialah 3.54, dan berada pada tahap yang sederhana. Oleh yang

    demikian, dapat dirumuskan bahawa tahap minat pelajar-pelajar Sekolah

    Menengah Kebangsaan Taman Bukit Indah, Johor Bahru terhadap aktiviti

    kokurikulum didapati berada pada tahap yang sederhana.

  • 7/28/2019 nota ipgm

    58/100

    Rajah 4.5: Minat Pelajar Terhadap Aktiviti Kokurikulum

    No Kenyataan Min

    33. Saya memberi perhatian yang baik ketika guru penasihatmemberi tunjuk ajar dalam aktiviti kokurikulum.

    3.92

    34. Saya bersemangat ketika menjalankan aktiviti kokurikulum. 3.85

    35. Saya sedia meluangkan masa untuk menjalankan aktivitikokurikulum.

    3.67

    36. Saya akan menghadiri setiap perjumpaan aktiviti kokurikulum. 3.53

    37. Saya sentiasa cuba mencapai kejayaan dalam setiappertandingan aktiviti kokurikulum

    3.96

    38. Saya sering meminjam buku dari perpustakaan untukmenambahkan pengetahuan berkaitan dengan aktivitikokurikulum yang disertai.

    3.58

    39. Saya sering memberi pendapat yang bernas dalam pelaksanaan

    sesuatu aktiviti kokurikulum.

    3.21

    40. Saya sedia menjadi salah seorang ahli jawatankuasa dalamaktiviti kokurikulum.

    4.05

    41. Saya sedia mengorbankan masa bersama keluarga untukmenyertai aktiviti kokurikulum.

    3.13

    Min Keseluruhan 3.54

    Sisihan Piawai = 0.4

    Jadual 4.6: Taburan Responden Mengikut Tahap

    Minat Secara Keseluruhan

    Tahap Bilangan Peratus

    Tinggi 48 48.0

    Sederhana 48 48.0

    Rendah 4 4.0

    Jumlah 100 100

    Berdasarkan taburan tahap minat responden didapati sebanyak 48 peratus

    responden mempunyai tahap minat yang tinggi terhadap aktiviti kokurikulum.

    Seramai 48 orang responden mempunyai tahap minat yang sederhana terhadap

  • 7/28/2019 nota ipgm

    59/100

    aktiviti kokurikulum. Manakala hanya terdapat empat peratus responden berada

    pada tahap minat yang rendah terhadap aktiviti kokurikulum.

    4.4 Persoalan Kajian 3: Apakah Faktor Pendorong Penglibatan Pelajar

    Dalam Aktiviti Kokurikulum?

    4.4.1 Faktor Dorongan Guru Terhadap Penglibatan Pelajar Dalam

    Aktiviti Kokurikulum

    Dapatan kajian menunjukkan min skor faktor guru sebagai pendorong

    penglibatan pelajar terhadap aktiviti kokurikulum ialah 3.40, iaitu berada pada

    tahap yang sederhana. Oleh yang demikian, dapat dirumuskan bahawa faktor guru

    sebagai pendorong penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum di Sekolah

    Menengah Kebangsaan Taman Bukit Indah, Johor Bahru didapati berada pada

    tahap yang sederhana.

    Jadual 4.7: Faktor Dorongan Guru Terhadap Penglibatan Pelajar Dalam

    Aktiviti Kokurikulum

    No Kenyataan Min

    16. Guru memberi galakan kepada saya supaya melibat diri dalamkegiatan kokurikulum.

    3.73

    17. Kemesraan guru penasihat menarik minat saya untuk mengikutiaktiviti kokurikulum.

    3.38

    18. Guru penasihat memberi tunjuk ajar yang berkesan kepada sayasemasa aktiviti kokurikulum

    3.27

    19. Pelbagai aktiviti kokurikulum menarik yang dijalankan olehguru telah mendorong saya menyertainya.

    3.53

    20. Kesediaan guru penasihat membimbing pelajar ketika dalammenjalankan aktiviti kokurikulum telah menarik minat sayauntuk menyertainya

    3.28

    21. Saya selesa mengikuti aktiviti kokurikulum kerana gurupenasihat sentiasa membantu menyelesaikan masalah yangdihadapi

    3.23

    Min Keseluruhan 3.40

    Sisihan Piawai = 0.69

  • 7/28/2019 nota ipgm

    60/100

    Jadual 4.8: Taburan Responden Mengikut Faktor Dorongan Guru

    Terhadap Penglibatan Pelajar Dalam Aktiviti Kokurikulum

    Tahap Bilangan Peratus

    Tinggi 42 42.0

    Sederhana 44 44.0

    Rendah 14 14.0

    Jumlah 100 100

    Jadual 4.8 menunjukkan faktor dorongan guru terhadap penglibatan pelajar

    dalam aktiviti kokurikulum. Dapatan kajian menunjukkan majoriti pelajar iaitu

    sebanyak 42 orang atau 42 peratus berpendapat bahawa mereka mendapat banyak

    dorongan daripada guru untuk melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum.

    Manakala, hanya terdapat 14 orang atau 14 peratus pelajar yang menyatakan

    mereka kurang mendapat dorongan daripada guru untuk menyertai aktiviti

    kokurikulum.

    4.4.2 Faktor Dorongan Rakan Sebaya Terhadap Penglibatan Pelajar Dalam

    Aktiviti Kokurikulum

    Dapatan kajian menunjukkan min skor faktor rakan sebaya sebagai

    pendorong penglibatan pelajar terhadap aktiviti kokurikulum ialah 3.41, dan

    berada pada tahap yang sederhana. Oleh yang demikian, dapat dirumuskan bahawa

    faktor rakan sebaya sebagai pendorong penglibatan pelajar dalam aktiviti

    kokurikulum di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Bukit Indah, Johor Bahru

    didapati berada pada tahap yang sederhana sahaja.

  • 7/28/2019 nota ipgm

    61/100

    Jadual 4.9: Faktor Dorongan Rakan Sebaya Terhadap Penglibatan

    Pelajar Dalam Aktiviti Kokurikulum

    No Kenyataan Min

    22. Rakan yang terlibat secara aktif dalam kegiatan kokurikulum

    telah menarik minat saya untuk menyertainya.

    3.72

    23. Rakan sering memberi dorongan supaya saya aktif dalam aktivitikokurikulum.

    3.55

    24. Rakan membantu saya dalam membuat pilihan aktivitikokurikulum yang ingin disertai.

    3.34

    25. Saya melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum keranamengikut rakan-rakan.

    3.92

    26 Kejayaan yang dicapai oleh rakan dalam aktiviti kokurikulummenarik minat saya untuk menyertainya.

    3.51

    Min keseluruhan 3.41

    Sisihan Piawai = 0.57

    Jadual 4.10: Taburan Responden Mengikut Faktor Dorongan Rakan Sebaya

    Terhadap Penglibatan Pelajar Dalam Aktiviti Kokurikulum

    Tahap Bilangan Peratus

    Tinggi 44 44.0

    Sederhana 45 45.0

    Rendah 11 11.0

    Jumlah 100 100

    Jadual 4.8 menunjukkan faktor dorongan rakan sebaya terhadap

    penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum. Dapatan kajian menunjukkan

    seramai 45 orang atau 45 peratus pelajar berpendapat bahawa mereka mendapat

    banyak dorongan daripada rakan sebaya untuk melibatkan diri dalam aktiviti

    kokurikulum. Manakala hanya terdapat 11 orang atau 11 peratus menyatakan

    mereka kurang mendapat dorongan daripada rakan sebaya untuk menyertai

    aktiviti kokurikulum.

  • 7/28/2019 nota ipgm

    62/100

    4.4.3 Dorongan Ibu Bapa Terhadap Penglibatan Pelajar Dalam

    Aktiviti Kokurikulum

    Dapatan kajian menunjukkan min skor faktor ibu bapa sebagai pendorong

    penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum ialah 3.58, iaitu berada pada tahap

    sederhana. Oleh yang demikian, dapat dirumuskan bahawa faktor ibu bapa sebagai

    pendorong penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum di Sekolah Menengah

    Kebangsaan Taman Bukit Indah, Johor Bahru adalah berada pada tahap yang

    sederhana sahaja.

    Jadual 4.11: Faktor Dorongan ibu bapa Terhadap Penglibatan Pelajar Dalam

    Aktiviti Kokurikulum

    No Kenyataan Min

    27. Ibu bapa sering memberi penghargaan atas kejayaan saya dalamaktiviti kokurikulum yang diceburi.

    3.28

    28. Ibu bapa sering membantu saya dalam menyediakan peralatanyang diperlukan untuk menyertai aktiviti kokurikulum.

    3.33

    29. Ibu bapa tidak menghalang saya melibatkan diri secara aktifdalam aktiviti kokurikulum.

    3.91

    30. Bapa atau ibu saya sering menghantar dan menjemput sayauntuk menyertai aktiviti kokurikulum di sekolah

    3.54

    31. Ibu bapa sering bertanya tentang aktiviti kokurikulum yang sayaikuti di sekolah.

    3.36

    32. Ibu bapa membenarkan saya menyertai aktiviti kokurikulum diluar sekolah.

    4.05

    Min keseluruhan 3.58

    Sisihan Piawai = 0.54

  • 7/28/2019 nota ipgm

    63/100

    Jadual 4.12: Taburan Responden Mengikut Faktor Dorongan Ibu Bapa

    Terhadap Penglibatan Pelajar Dalam Aktiviti Kokurikulum

    Tahap Bilangan Peratus

    Tinggi 54 54.0

    Sederhana 40 40.0

    Rendah 6 6.0

    Jumlah 100 100

    Jadual 4.8 menunjukkan faktor dorongan ibu bapa terhadap penglibatan

    pelajar dalam aktiviti kokurikulum. Dapatan kajian menunjukkan majoriti pelajar

    iaitu sebanyak 54 orang atau 54 peratus berpendapat bahawa mereka mendapat

    banyak dorongan daripada ibu bapa untuk melibatkan diri dalam aktiviti

    kokurikulum. Manakala hanya terdapat enam orang atau enam peratus pelajar

    menyatakan mereka kurang mendapat dorongan daripada ibu bapa untuk

    menyertai aktiviti kokurikulum.

    4.4.4 Analisis Faktor-faktor Penglibatan Pelajar Dalam Aktiviti

    Kokurikulum Yang Paling Dominan

    Jadual 4.13 menunjukkan taburan min faktor penglibatan pelajar dalam

    aktiviti kokurikulum. Secara keseluruhan, min bagi faktor ibu bapa adalah paling

    tinggi iaitu 3.58 dan diikuti oleh min bagi faktor rakan sebaya iaitu 3.41. Manakala

    min bagi faktor guru adalah paling rendah iaitu 3.40.

  • 7/28/2019 nota ipgm

    64/100

    Jadual 4.13: Taburan Responden Mengikut Faktor Guru, Rakan

    Sebaya dan Ibu Bapa Terhadap Penglibatan Pelajar

    Dalam Aktiviti Kokurikulum

    Bilangan/Peratus

    Faktor PenglibatanTinggi Serdehana Rendah

    Guru 48 44 14

    Rakan 44 45 11

    Ibu Bapa 54 40 6

    Jadual 4.14: Taburan Min Faktor Penglibatan Pelajar Dalam Aktiviti

    Kokurikulum

    Faktor Penglibatan Min Sisihan Piawai

    Guru 3.40 0.69

    Rakan Sebaya 3.41 0.57

    Ibu Bapa 3.58 0.54

    4.5 Persoalan Kajian 4 : Apakah Pendapat Responden Tentang

    Pengurusan Aktiviti Kokurikulum.

    Dapatan kajian menunjukkan min skor pendapat pelajar tentang

    pengurusan aktiviti kokurikulum adalah 3.54, iaitu berada pada tahap yang

    sederhana. Oleh yang demikian, dapat dirumuskan bahawa tahap pendapat pelajar-

    pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Bukit Indah, Johor Bahru terhadap

    aktiviti kokurikulum adalah berada pada tahap yang sederhana.

  • 7/28/2019 nota ipgm

    65/100

    Jadual 4.15: Pendapat Pelajar Tentang Pengurusan Aktiviti

    Kokurikulum

    No Kenyataan Min

    42. Peralatan sukan yang disediakan oleh pihak sekolah adalah

    mencukupi untuk pelajar.

    2.43

    43. Tempat perjumpaan ahli persatuan adalah selesa untuk ahlimenjalankan aktiviti kokurikulum.

    2.64

    44. Sijil kokurikulum diberi kepada semua pelajar yang aktif dalammenyertai aktiviti kokurikulum

    3.87

    45. Guru penasihat sering menghadirkan diri untuk memantauperjalanan aktiviti kokurikulum.

    3.21

    46. Pihak sekolah mewajibkan setiap pelajar menyertai sekurang-kurang dua aktiviti kokurikulum.

    4.25

    47. Pelajar yang mempunyai pencapaian cemerlang dalam aktivitikokurikulum diberikan insentif dalam Majlis Anugerah

    Cemerlang Sekolah.

    3.91

    48. Majlis Pengiktirafan Pemimpin diadakan sebagai penghargaankepada pelajar yang memegang jawatan dalam aktivitikokurikulum.

    4.13

    49. Latihan atau perjumpaan ahli sentiasa dijalankan pada masayang sesuai

    3.39

    50. Aktiviti dalam kegiatan kokurikulum adalah menyeronokan. 3.54

    51. Guru penasihat mempunyai kemahiran untuk mengendalikansesuatu aktiviti kokurikulum

    3.12

    52. Aktiviti kokurikulum sentiasa dijalankan mengikut masa yangtelah ditetapkan.

    3.32

    Min keseluruhan 3.44

    Sisihan Piawai = 0.41

    Jadual 4.16: Taburan Responden Mengikut Tahap Pendapat Tentang

    Pengurusan Aktiviti Kokurikulum

    Tahap Bilangan Peratus

    Tinggi 47 47.0

    Sederhana 46 46.0

    Rendah 7 7.0

    Jumlah 100 100

  • 7/28/2019 nota ipgm

    66/100

    Berdasarkan taburan tahap pendapat pelajar terhadap pengurusan aktiviti

    kokurikulum didapati sebanyak 47.0 peratus pelajar mempunyai tahap pendapat

    yang tinggi terhadap pengurusan aktiviti kokurikulum. Sebanyak 32.0 peratus

    pelajar pula mempunyai tahap pendapat yang sederhana terhadap pengurusan

    aktiviti kokurikulum dan hanya tujuh orang pelajar yang mempunyai tahap

    pendapat yang rendah terhadap pengurusan aktiviti kokurikulum di Sekolah

    Menengah Kebangsaan Taman Bukit Indah.

    4.6Persoalan Kajian 5 : Adakah Terdapat Perbezaan Yang Signifikan

    Antara Persepsi Pelajar Terhadap Aktiviti

    Kokurikulum Mengikut Jantina dan Kaum ?

    Bagi tujuan menjawab persoalan kajian 5 sama ada terdapatnya pebezaan

    yang signifikan persepsi pelajar terhadap aktiviti kokurikulum mengikut jantina

    dan kaum, pendekatan yang diambil ialah dengan menggunakan analisis ujian-t

    dan ANOVA telah digunakan untuk menganalisis data. Ujian-t digunakan untuk

    menganalisi sama ada terdapat perbezaan perspesi mengikut jantina responden.

    Manakala ujian ANOVA satu hala pula digunakan untuk menganalisis sama ada

    terdapat perbezaan persepsi mengikut jenis kaum responden. Paras signifikan yang

    digunakan adalah 0.1.

    4.6.1 Adakah Terdapat Perbezaan Yang Signifikan Antara Persepsi Pelajar

    Terhadap Aktiviti Kokurikulum mengikut Jantina ?

    Jadual 4.17 menunjukkan hasil analisis ujian-t terhadap perbezaan min

    persepsi mengikut jantina pelajar.

  • 7/28/2019 nota ipgm

    67/100

    Jadual 4.17 : Perbezaan Persepsi Responden Terhadap Aktiviti

    Kokurikulum Mengikut Jantina Pelajar

    Jantina N Min

    Sisihan

    Piawai Ralat Piawai MinPersepsi pelajar Lelaki 46 3.8232 0.62130 0.09161

    Perempuan 54 3.7765 0.54794 0.07456

    T-test for Equality of Means

    Levene'sTest for

    Equality ofVariances

    90% ConfidenceInterval of the

    Difference

    F Sig. t dfSig. (2-tailed)

    MeanDifference

    Std. ErrorDifference Lower Upper

    EI Equalvariances 1.295 0.258 0.399 98 0.691 0.0466 0.11693 -.18540 0.27869

    Equalvariancesnotassumed

    0.395 90.611 0.694 0.0466 0.11812 -.18799 0.28128

    Berdasarkan jadual 4.17 didapati min skor lelaki ( 3.82 ) lebih tinggi

    daripada min skor perempuan ( 3.78 ). Walau bagaimanapun, nilai p yang

    diperoleh adalah 0.258 dan lebih daripada nilai

    = 0.1 yang dipilih. Ini bermakna

    tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara persepsi pelajar lelaki dan pelajar

    perempuan terhadap aktiviti kokurikulum. Oleh itu, dapat dirumuskan bahawa

    tidak terdapat perbezaan persepsi yang signifikan antara pelajar lelaki dan pelajar

    perempuan di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Bukit Indah, Johor Bahru

    terhadap aktiviti kokurikulum.

  • 7/28/2019 nota ipgm

    68/100

    4.6.2 Adakah Terdapat Perbezaan Yang Signifikan Persepsi Pelajar

    Terhadap Aktiviti Kokurikulum Mengikut Kaum ?

    Jadual 4.18 menunjukkan hasil analisis ANOVA terhadap perbezaan min

    persepsi mengikut kaum. Didapati bahawa nilai p keseluruhan = 0.075. Nilai ini

    kurang daripada nilai = 0.1 yang dipilih. Ini bermakna terdapat perbezaan yang

    signifikan antara persepsi pelajar Melayu, Cina dan India.

    Jadual 4.18 : Perbezaan Persepsi Pelajar Terhadap Aktiviti

    Kokurikulum Mengikut Jenis Kaum

    Sumber df SS MS F

    antara sampel 2 1.735 0.868 2.663 0.075*

    dalam sampel 97 31.602 0.326

    Jumlah 99 33.337

    *Paras signifikan = 0.1 (ujian 2 hujung)

    Oleh itu, dapat dirumuskan bahawa terdapat perbezaan persepsi yang

    signifikan antara pelajar berdasarkan kaum di Sekolah Menengah Kebangsaan

    Taman Bukit Indah, Johor Bahru terhadap aktiviti kokurikulum.

    4.7Persoalan Kajian 6 : Adakah Wujudnya Perbezaan Yang Signifikan

    Antara Minat Pelajar Terhadap Aktiviti

    Kokurikulum Mengikut Jantina Dan Kaum?

    Bagi tujuan menjawab persoalan kajian 6 sama ada terdapatnya pebezaan

    yang signifikan antara minat pelajar terhadap aktiviti kokurikulum mengikut

    jantina dan kaum, analisis telah dilakukan dengan menggunakan ujian-t dan

    ANOVA. Ujian-t digunakan untuk menganalisis sama ada terdapat perbezaan

  • 7/28/2019 nota ipgm

    69/100

    minat pelajar terhadap aktiviti kokurikulum mengikut jantina. Manakala ujian

    ANOVA satu hala pula digunakan untuk menganalisis sama ada terdapat

    perbezaan minat pelajar terhadap aktiviti kokurikulum mengikut jenis kaum . Paras

    signifikan yang digunakan adalah 0.1.

    4.7.1 Adakah Terdapat Perbezaan Yang Signifikan Minat Pelajar

    Terhadap Aktiviti Kokurikulum Mengikut Jantina ?

    Jadual 4.19 menunjukkan hasil analisis ujian-t terhadap perbezaan min

    minat mengikut jantina pelajar.

    Jadual 4.19 : Perbezaan Minat Pelajar Terhadap Aktiviti

    Kokurikulum Mengikut Jantina

    Jantina N MinSisihanPiawai Ralat Piawai Min

    Minat Pelajar Lelaki 46 3.5473 0.52377 0.07128

    Perempuan 54 3.5411 0.76394 0.11264

    T-test for Equality of Means

    Levene'sTest for

    Equality ofVariances

    90% ConfidenceInterval of the

    Difference

    F Sig. t df

    Sig.(2-

    tailed)Mean

    DifferenceStd. ErrorDifference Lower Upper

    EI Equalvariances 1.499 0.224 -0.048 98 0.962 -0.0063 0.12946 -.26318 .25065

    Equal

    variancesnotassumed

    -0.047 77.679 0.963 -0.0063 0.13329 -.27165 .25912

  • 7/28/2019 nota ipgm

    70/100

    Berdasarkan jadual 4.19 didapati min skor lelaki ( 3.5473 ) adalah lebih

    tinggi daripada min skor perempuan ( 3.5411 ). Walau bagaimanapun, nilai p yang

    diperoleh adalah 0.224 dan nilai tersebut lebih besar daripada nilai = 0.1 yang

    dipilih. Ini bermakna tidak terdapat perbezaan yang signifikan minat pelajar lelaki

    dan pelajar perempuan terhadap aktiviti kokurikulum. Oleh itu, dapat dirumuskan

    bahawa tidak terdapat perbezaan minat yang signifikan antara pelajar lelaki dan

    pelajar perempuan di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Bukit Indah, Johor

    Bahru terhadap aktiviti kokurikulum.

    4.7.2 Adakah Terdapat Perbezaan Yang Signifikan Minat Pelajar

    Terhadap Aktiviti Kokurikulum Mengikut Kaum?

    Jadual 4.20 menunjukkan hasil analisis ANOVA terhadap perbezaan min

    minat mengikut kaum. Didapati bahawa nilai p keseluruhan = 0.985. Nilai ini

    adalah lebih besar daripada nilai = 0.1 yang dipilih. Ini bermakna tidak terdapat

    perbezaan yang signifikan antara minat pelajar Melayu, Cina dan India terhadap

    aktiviti kokurikulum. Oleh itu, dapat dirumuskan bahawa tidak terdapat perbezaan

    minat yang signifikan antara pelajar mengikut kaum di Sekolah Menengah

    Kebangsaan Taman Bukit Indah , Johor Bahru terhadap aktiviti kokurikulum.

  • 7/28/2019 nota ipgm

    71/100

    Jadual 4.20 : Perbezaan Minat Terhadap Aktiviti Kokurikulum

    Mengikut Kaum

    Sumber df SS MS F

    antara sampel 2.012 .006 .015 .985

    dalam sampel 97 40.790 .421

    Jumlah 99 40.802

    *Paras signifikan = 0.1 (ujian 2 hujung)

    4.8 Persoalan Kajian 7 : Adakah Terdapat Perbezaan Yang Signifikan

    Faktor Guru, Rakan Sebaya dan Ibu

    Bapa Terhadap Aktiviti Kokurikulum

    Mengikut Jantina dan Kaum?

    Bagi tujuan menjawab persoalan kajian 7 sama ada terdapat pebezaan yang

    signifikan antara faktor-faktor guru, rakan sebaya dan ibu bapa terhadap

    penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum mengikut jantina dan kaum,

    analisis data telah menggunakan ujian-t dan ANOVA. Ujian t digunakan untuk

    menganalisis sama ada terdapat perbezaan faktor pendorong mengikut jantina

    responden. Manakala ujian ANOVA satu hala pula digunakan untuk menganalisis

    sama ada terdapat perbezaan faktor pendorong mengikut jenis kaum responden.

    Paras signifikan yang digunakan adalah 0.1.

    4.8.1 Adakah Terdapat Perbezaan Yang Signifikan Antara Faktor Guru

    Terhadap Penglibatan Pelajar Dalam Aktiviti Kokurikulum Mengikut

    Jantina ?

    Jadual 4.21 menunjukkan hasil analisis ujian-t ke atas faktor dorongan guru

    terhadap aktiviti kokurikulum mengikut jantina.

  • 7/28/2019 nota ipgm

    72/100

    Jadual 4.21 : Perbezaan Faktor Dorongan Guru Terhadap

    Penglibatan Pelajar Dalam Aktiviti Kokurikulum

    Mengikut Jantina

    Jantina N MinSisihanPiawai Ralat Piawai Min

    Faktor Guru Lelaki 46 3.3225 0.83252 0.12275

    Perempuan 54 3.4722 0.82654 0.11248

    T-test for Equality of Means

    Levene'sTest for

    Equality ofVariances

    90% ConfidenceInterval of the

    Difference

    F Sig. t df

    Sig.(2-

    tailed)

    Mean

    Difference

    Std. Error

    Difference Lower UpperEI Equal

    variances 0.003 0.959 -0.959 98 0.370 -0.1498 0.16639 -.47996 .18044

    Equalvariancesnotassumed

    -0.900 95.268 0.371 -0.1498 0.16649 -.48027 . 18075

    Didapati min skor lelaki ( 3.3225 ) adalah lebih rendah daripada min skor

    perempuan ( 3.4722 ). Nilai p yang diperoleh adalah 0.959 iaitu nilai yang lebih

    tinggi daripada nilai = 0.1. Ini bermakna tidak terdapat perbezaan yang

    signifikan antara faktor dorongan guru terhadap penglibatan pelajar dalam aktiviti

    kokurikulum mengikut jantina. Oleh itu, dapat dirumuskan bahawa tidak terdapat

    perbezaan yang signifikan antara faktor dorongan guru terhadap penglibatan

    pelajar dalam aktiviti kokurikulum mengikut jantina pelajar di Sekolah Menengah

    Kebangsaan Taman Bukit Indah, Johor Bahru.

  • 7/28/2019 nota ipgm

    73/100

    4.8.2 Adakah Terdapat Perbezaan Yang Signifikan Faktor Dorongan Guru

    Terhadap Penglibatan Pelajar Dalam Aktiviti Kokurikulum

    Mengikut Kaum ?

    Jadual 4.22 menunjukkan hasil analisis ANOVA terhadap perbezaan min

    faktor dorongan guru terhadap penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum

    mengikut kaum. Didapati bahawa nilai p keseluruhan = 0.610. Nilai ini adalah

    lebih besar daripada nilai = 0.1 yang dipilih. Ini bermakna tiada terdapat

    perbezaan yang signifikan antara faktor dorongan guru terhadap penglibatan

    pelajar dalam aktiviti kokurikulum mengikut kaum.

    Jadual 4.22 : Perbezaan Faktor Dorongan Guru Terhadap Penglibatan

    Pelajar Dalam Akitiviti Kokurikulum Mengikut Jenis Kaum

    Sumber df SS MS F

    antara sampel 2 .688 .344 .496 .610

    dalam sampel 97 67.266 .693

    Jumlah 99 67.954 *Paras signifikan = 0.1 (ujian 2 hujung)

    Oleh itu, dapat dirumuskan bahawa tidak ada perbezaan antara faktor

    guru terhadap penglibatan pelajar dalam kegiatan akitiviti kokurikulum mengikut

    jenis kaum di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Bukit Indah, Johor Bahru.

  • 7/28/2019 nota ipgm

    74/100

    4.8.3 Adakah Terdapat Perbezaan Yang Signifikan Faktor Dorongan

    Rakan Sebaya Terhadap Penglibatan Pelajar Dalam Aktiviti

    Kokurikulum Mengikut Jantina?

    Jadual 4.23 menunjukkan hasil analisis uji