surat arahan pentadbiran: penguatkuasaan...

17
1 Ruj. Kami : KPMSP 400-9/2/2Jld.7(45) Tarikh : November 2016 Kepada: SEPERTI SENARAI EDARAN YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan, SURAT ARAHAN PENTADBIRAN: PENGUATKUASAAN KONTRAK PERKHIDMATAN KEBERSIHAN BANGUNAN DAN KAWASAN YANG SEDANG BERKUATKUASA DI PREMIS-PREMIS JABATAN PENDIDIKAN NEGERI/ INSTITUSI INDUK/ PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH/ SEKOLAH/ INSTITUSI PENDIDIKAN DI BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas. 2. Selaras dengan Klausa 1 Kontrak Perkhidmatan Kebersihan Bangunan dan Kawasan, saya bagi pihak Kerajaan Malaysia bagi kontrak di atas melantik YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan sebagai wakil Kerajaan untuk bertindak bagi pihak diri saya, bagi tujuan penyeliaan dan penguatkuasaan kontrak Perkhidmatan Kebersihan Bangunan dan Kawasan di premis-premis Kerajaan yang dilaksanakan oleh syarikat-syarikat yang dilantik oleh pihak Kerajaan. Kewajipan saya dan kuasa- kuasa yang diletakhakkan kepada saya di bawah kontrak di atas dan juga berdasarkan Surat Setuju Terima (SST) adalah dengan ini diwakilkan kepada YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan. 3. Dalam menjelaskan Surat Arahan Pentadbiran ini: i. "Bahagian" ertinya Bahagian-Bahagian di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) termasuk Lembaga Peperiksaan, kecuali Majlis Buku Kebangsaan Malaysia, Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti; ii. "Institusi Induk" ertinya Institut Aminuddin Baki (IAB) Induk dan Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Induk; iii. "Institusi Pendidikan" ertinya Sekolah, Kolej Vokasional, IAB Cawangan, IPGM Kampus dan Kolej Matrikulasi;

Upload: buikien

Post on 06-May-2019

283 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: SURAT ARAHAN PENTADBIRAN: PENGUATKUASAAN …jpnperak.moe.gov.my/ppdkualakangsar/v2/attachments..."Institusi Pendidikan" ertinya Sekolah, Kolej Vokasional, IAB Cawangan, IPGM Kampus

1

Ruj. Kami : KPMSP 400-9/2/2Jld.7(45) Tarikh : November 2016

Kepada: SEPERTI SENARAI EDARAN YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan, SURAT ARAHAN PENTADBIRAN: PENGUATKUASAAN KONTRAK PERKHIDMATAN KEBERSIHAN BANGUNAN DAN KAWASAN YANG SEDANG BERKUATKUASA DI PREMIS-PREMIS JABATAN PENDIDIKAN NEGERI/ INSTITUSI INDUK/ PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH/ SEKOLAH/ INSTITUSI PENDIDIKAN DI BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas. 2. Selaras dengan Klausa 1 Kontrak Perkhidmatan Kebersihan Bangunan dan Kawasan, saya bagi pihak Kerajaan Malaysia bagi kontrak di atas melantik YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan sebagai wakil Kerajaan untuk bertindak bagi pihak diri saya, bagi tujuan penyeliaan dan penguatkuasaan kontrak Perkhidmatan Kebersihan Bangunan dan Kawasan di premis-premis Kerajaan yang dilaksanakan oleh syarikat-syarikat yang dilantik oleh pihak Kerajaan. Kewajipan saya dan kuasa-kuasa yang diletakhakkan kepada saya di bawah kontrak di atas dan juga berdasarkan Surat Setuju Terima (SST) adalah dengan ini diwakilkan kepada YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan. 3. Dalam menjelaskan Surat Arahan Pentadbiran ini:

i. "Bahagian" ertinya Bahagian-Bahagian di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) termasuk Lembaga Peperiksaan, kecuali Majlis Buku Kebangsaan Malaysia, Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti;

ii. "Institusi Induk" ertinya Institut Aminuddin Baki (IAB) Induk dan Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Induk;

iii. "Institusi Pendidikan" ertinya Sekolah, Kolej Vokasional, IAB Cawangan, IPGM Kampus dan Kolej Matrikulasi;

Page 2: SURAT ARAHAN PENTADBIRAN: PENGUATKUASAAN …jpnperak.moe.gov.my/ppdkualakangsar/v2/attachments..."Institusi Pendidikan" ertinya Sekolah, Kolej Vokasional, IAB Cawangan, IPGM Kampus

KPMSP 400-9/2/2Jld.

2

iv. "Ketua Jabatan" ertinya Setiausaha Bahagian, Pengarah Bahagian, Rektor, Ketua Nazir, Pengarah Institusi Induk/ Pendidikan, Pengarah JPN, Ketua Akauntan, Pegawai Pendidikan Daerah, Pengetua dan Guru Besar; dan

v. “Pentadbir Kontrak” ertinya Setiausaha Bahagian, Pengarah Bahagian, Rektor, Ketua Nazir, Pengarah Institusi Induk/ Pendidikan, Pengarah JPN, Ketua Akauntan, Pegawai Pendidikan Daerah, Pengetua dan Guru Besar atau pegawai yang dilantik oleh Setiausaha Bahagian, Pengarah Bahagian, Rektor, Ketua Nazir, Pengarah Institusi Induk/ Pendidikan, Pengarah JPN, Ketua Akauntan, Pegawai Pendidikan Daerah, Pengetua dan Guru Besar untuk mentadbir kontrak di Bahagian/ Institusi Induk/ Institusi Pendidikan.

4. Berikut adalah penjelasan tanggungjawab pihak tuan/puan seperti dinyatakan di bawah:

Bil. Klausa Kontrak Perkara Tindakan

Oleh

1. Skop

Perkhidmatan

Pematuhan Skop Perkhidmatan

(a) Ketua Jabatan/ Pentadbir Kontrak di premis masing-masing bertanggungjawab memastikan pihak kontraktor melaksanakan Perkhidmatan mengikut Skop Perkhidmatan seperti yang dinyatakan dalam kontrak.

(b) Tanpa menjejaskan para 1.(a) di atas, antara perkara penting yang perlu diberi perhatian ialah:

i. Memastikan pihak kontraktor

melaksanakan Perkhidmatan dengan menggunakan bahan, kenderaan, mesin, peralatan atau alat kelengkapan yang digunakan bagi maksud Perkhidmatan seperti dinyatakan dalam kontrak;

ii. Memastikan pihak kontraktor

melaksanakan Perkhidmatan pada setiap hari kecuali pada hari Jumaat (bagi negeri Kelantan, Terengganu, Kedah dan Johor), pada hari Ahad (bagi negeri Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, N. Sembilan, Melaka, Pahang, Sabah, Sarawak, semua W.Persekutuan),

JPN/ Bahagian/ Institusi

Induk/ PPD/ Institusi

Pendidikan

Page 3: SURAT ARAHAN PENTADBIRAN: PENGUATKUASAAN …jpnperak.moe.gov.my/ppdkualakangsar/v2/attachments..."Institusi Pendidikan" ertinya Sekolah, Kolej Vokasional, IAB Cawangan, IPGM Kampus

KPMSP 400-9/2/2Jld.

3

Bil. Klausa Kontrak Perkara Tindakan

Oleh

Hari Kelepasan Am, Cuti Umum, Cuti Perayaan, Cuti Peristiwa dan cuti khas yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri;

iii. Bilangan pekerja dan tempoh

waktu bekerja; iv. Pekerja mematuhi senarai tugas;

dan

v. Memastikan rekod kehadiran dan jadual tugas dikemaskinikan setiap hari.

JPN/ Bahagian/ Institusi

Induk/ PPD/ Institusi

Pendidikan

2. Pembayaran

Pembayaran (a) Ketua Jabatan/ Pentadbir Kontrak

bertanggungjawab memastikan semua urusan pembayaran dilaksanakan mengikut terma-terma/ syarat-syarat kontrak dan semua peraturan/ tatacara kewangan/ akaun yang berkuatkuasa.

(b) Tanpa menjejaskan para Pembayaran 2.(a) di atas, antara perkara penting yang perlu diberi perhatian ialah: i. Dokumen Pengesahan

Perkhidmatan a. Invois tuntutan yang lengkap;

dan b. Borang Pengesahan Kerja diisi

lengkap dan disahkan berdasarkan perkhidmatan yang telah dilaksanakan.

ii. Dokumen Berkaitan Kontrak a. SST; b. Salinan muka hadapan kontrak; c. Salinan muka surat yang ada

dinyatakan tempoh kuatkuasa kontrak;

d. Salinan muka surat kontrak yang ditandatangani; dan

e. Salinan Jadual Tawaran Harga.

JPN/ Bahagian/ Institusi

Induk/ PPD/ Institusi

Pendidikan

Page 4: SURAT ARAHAN PENTADBIRAN: PENGUATKUASAAN …jpnperak.moe.gov.my/ppdkualakangsar/v2/attachments..."Institusi Pendidikan" ertinya Sekolah, Kolej Vokasional, IAB Cawangan, IPGM Kampus

KPMSP 400-9/2/2Jld.

4

Bil. Klausa Kontrak Perkara Tindakan

Oleh

iii. Dokumen Sokongan Yang Lain a. Salinan Sijil Pendaftaran

Kementerian Kewangan Malaysia (MOF);

b. Salinan Sijil Pendaftaran Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM);

c. Salinan Bon Pelaksanaan; dan d. Salinan Buku Bank/ Penyata

Kewangan.

iv. Dokumen Tambahan Yang Lain (Jika Berkaitan) a. Salinan SST bagi pertambahan

atau pindaan daripada Kontrak Asal;

b. Salinan Perjanjian Pemfaktoran; dan

c. Salinan Buku Bank/ Penyata Kewangan Institusi Pemfaktoran.

v. Peruntukan yang mencukupi hendaklah disediakan bagi tujuan pembayaran dalam tahun semasa.

JPN/ Bahagian/ Institusi

Induk/ PPD/ Institusi

Pendidikan

3. Bon

Pelaksanaan

Bon Pelaksanaan (a) Bertanggungjawab memastikan semua

urusan berkaitan Bon Pelaksanaan dilaksanakan mengikut terma-terma dan syarat-syarat kontrak dan peraturan-peraturan yang dinyatakan dalam 1Pekeliling Perbendaharaan.

(b) Tanpa menjejaskan para 3.(a) di atas, antara perkara penting yang perlu diberi perhatian ialah: i. mengumpul Bon Pelaksanaan

dalam tempoh 30 hari dari tarikh SST;

Ketua Jabatan

bagi JPN/ Bahagian/ Institusi

Induk/ PPD/ Institusi

Pendidikan

Ketua Jabatan

bagi JPN/ Bahagian/ Institusi Induk

Page 5: SURAT ARAHAN PENTADBIRAN: PENGUATKUASAAN …jpnperak.moe.gov.my/ppdkualakangsar/v2/attachments..."Institusi Pendidikan" ertinya Sekolah, Kolej Vokasional, IAB Cawangan, IPGM Kampus

KPMSP 400-9/2/2Jld.

5

Bil. Klausa Kontrak Perkara Tindakan

Oleh

ii. menghalang kontraktor memasuki tapak untuk memulakan perkhidmatan sekiranya kontraktor gagal mengemukakan Bon Pelaksanaan;

iii. memastikan nilai dan format Bon

Pelaksanaan dipatuhi dan

mengemukakan permohonan

pengesahan kesahihan Bon

Pelaksanaan kepada pihak

pengeluar Bon Pelaksanaan dalam

tempoh 30 hari daripada tarikh Bon

Pelaksanaan diterima;

iv. mengeluarkan Notis Pembatalan

Surat Setuju Terima/ Notis Tujuan Penamatan dan Notis Penamatan sekiranya Kontraktor gagal mematuhi peraturan-peraturan berkenaan Bon Pelaksanaan. Bagi kes-kes tertentu, kelulusan hendaklah diperolehi daripada Setiausaha Bahagian, Bahagian Perolehan dan Pengurusan Aset;

v. mengambil/ merampas sebahagian/ keseluruhan jumlah wang dalam Bon Pelaksanaan dalam tempoh sah laku Bon Pelaksanaan sekiranya berlaku pelanggaran syarat/ terma kontrak dan/ atau berlaku penamatan kontrak;

vi. memastikan kontraktor menggantikan/ mencukupkan semula nilai Bon Pelaksanaan yang telah diambil/ dirampas sebahagian/ keseluruhan daripadanya sekiranya tempoh kontrak masih berkuat kuasa;

Ketua Jabatan

bagi JPN/ Bahagian/ Institusi

Induk/ PPD/ Institusi

Pendidikan

Ketua Jabatan

bagi JPN/ Bahagian/ Institusi Induk

Ketua Jabatan

bagi JPN/ Bahagian/

Institusi Induk

Ketua/ Timbalan

Ketua Jabatan

bagi JPN/ Bahagian/

Institusi Induk

Ketua Jabatan

bagi JPN/ Bahagian/ Institusi Induk

Page 6: SURAT ARAHAN PENTADBIRAN: PENGUATKUASAAN …jpnperak.moe.gov.my/ppdkualakangsar/v2/attachments..."Institusi Pendidikan" ertinya Sekolah, Kolej Vokasional, IAB Cawangan, IPGM Kampus

KPMSP 400-9/2/2Jld.

6

Bil. Klausa Kontrak Perkara Tindakan

Oleh

vii. melepaskan Bon Pelaksanaan setelah tamat kontrak dan kontraktor menyelesaikan semua obligasi kontrak; dan

viii. mematuhi Garis Panduan

Pengurusan Bon Pelaksanaan Bagi Kontrak Perkhidmatan Kawalan Keselamatan, Kebersihan Bangunan Dan Kawasan, Bekalan Makanan Bermasak Dan Bekalan Makanan Mentah.

Ketua/ Timbalan

Ketua Jabatan

bagi JPN/ Bahagian/ Institusi Induk

Ketua

Jabatan bagi JPN/ Bahagian/ Institusi

Induk/ PPD/ Institusi

Pendidikan

4.

Pekerja, Tanggungan Perbelanjaan

dan Kos

Pekerja, Tanggungan Perbelanjaan Dan Kos (a) Ketua Jabatan/ Pentadbir Kontrak di

premis masing-masing bertanggungjawab memastikan semua urusan berkaitan Pekerja, Tanggungan Perbelanjaan Dan Kos dilaksanakan mengikut terma-terma dan syarat-syarat kontrak.

(b) Tanpa menjejaskan para 4.(a) di atas, antara perkara penting yang perlu diberi perhatian ialah:

i. pekerja adalah warganegara

Malaysia yang berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak melebihi 63 tahun sepanjang Tempoh Perjanjian;

ii. penggunaan pemakaian pakaian

seragam yang lengkap sepertimana dinyatakan dalam kontrak;

iii. memastikan kontraktor mengemukakan laporan

JPN/ Bahagian/ Institusi

Induk/ PPD/ Institusi

Pendidikan

Page 7: SURAT ARAHAN PENTADBIRAN: PENGUATKUASAAN …jpnperak.moe.gov.my/ppdkualakangsar/v2/attachments..."Institusi Pendidikan" ertinya Sekolah, Kolej Vokasional, IAB Cawangan, IPGM Kampus

KPMSP 400-9/2/2Jld.

7

Bil. Klausa Kontrak Perkara Tindakan

Oleh

pemeriksaan kesihatan yang dijalankan setiap tahun bagi pekerja yang berumur di antara 55 tahun sehingga 63 tahun bagi mengesahkan bahawa pekerja-pekerja ini disahkan sihat untuk bekerja (fit for duty) dan tidak menghidap penyakit berjangkit berbahaya oleh pihak hospital atau klinik Kerajaan. Laporan hendaklah dipastikan ditandatangani/ disahkan oleh sekurang-kurangnya Pegawai Perubatan Gred 41. Kelulusan untuk bekerja diberikan secara tahunan tertakluk kepada pemeriksaan kesihatan yang dijalankan secara berkala pada setiap tahun;

iv. Memastikan kontraktor membaiki

kerosakan aset-aset milik Kerajaan yang disebabkan oleh pekerja atau Kontraktor. Kerosakan yang tidak boleh dibaiki hendaklah diganti dengan jenis dan kualiti yang sama atau lebih tinggi yang dipersetujui oleh Kerajaan; dan

v. Memastikan kontraktor membayar

atau mengganti aset-aset milik Kerajaan yang hilang di dalam Premis tidak terhad kepada kecurian termasuk sebab-sebab lain seperti diambil oleh pihak ketiga yang berpunca atau diakibatkan oleh kecuaian, ketinggalan atau perbuatan pekerja atau Kontraktor dengan jenis dan kualiti yang sama atau lebih tinggi yang dipersetujui oleh Kerajaan.

JPN/ Bahagian/ Institusi

Induk/ PPD/ Institusi

Pendidikan

Page 8: SURAT ARAHAN PENTADBIRAN: PENGUATKUASAAN …jpnperak.moe.gov.my/ppdkualakangsar/v2/attachments..."Institusi Pendidikan" ertinya Sekolah, Kolej Vokasional, IAB Cawangan, IPGM Kampus

KPMSP 400-9/2/2Jld.

8

Bil. Klausa Kontrak Perkara Tindakan

Oleh

5.

Maklumat Pekerja,

Pemeriksaan dan Penggantian

Pekerja

Maklumat Pekerja, Pemeriksaan dan Penggantian Pekerja (a) Ketua Jabatan/ Pentadbir Kontrak di

premis masing-masing bertanggungjawab memastikan semua urusan berkaitan Maklumat Pengawal, Pemeriksaan dan Penggantian Pekerja dilaksanakan mengikut terma-terma dan syarat-syarat kontrak.

(b) Tanpa menjejaskan para 5.(a) di atas, antara perkara penting yang perlu diberi perhatian ialah:

i. Memastikan kontraktor

mengemukakan maklumat pekerja dalam tempoh 14 hari dari tarikh kuatkuasa kontrak;

ii. Kontraktor menggantikan pekerja dalam tempoh dua (2) jam dari notis bertulis atau makluman secara lisan oleh pihak Kerajaan;

iii. Kontraktor memaklumkan

mengenai penggantian pekerja secara bersurat sebelum pekerja baru bertugas; dan

iv. Memastikan pihak kontraktor

mengemukakan Borang Pengesahan Pelaksanaan Kerja pada tiap-tiap hari perkhidmatan.

JPN/ Bahagian/ Institusi

Induk/ PPD/ Institusi

Pendidikan

6. Laporan

Perkhidmatan

Laporan Harian dan Bulanan Ketua Jabatan/ Pentadbir Kontrak di premis masing-masing memastikan pihak kontraktor mengemukakan laporan harian dan bulanan perkhidmatan.

JPN/

Bahagian/ Institusi

Induk/ PPD/ Institusi

Pendidikan

Page 9: SURAT ARAHAN PENTADBIRAN: PENGUATKUASAAN …jpnperak.moe.gov.my/ppdkualakangsar/v2/attachments..."Institusi Pendidikan" ertinya Sekolah, Kolej Vokasional, IAB Cawangan, IPGM Kampus

KPMSP 400-9/2/2Jld.

9

Bil. Klausa Kontrak Perkara Tindakan

Oleh

7.

Perubahan, Modifikasi dan

Pesanan Perkhidmatan

Perubahan, Modifikasi dan Pesanan Perkhidmatan (a) Ketua Jabatan/ Pentadbir Kontrak di

premis masing-masing bertanggungjawab memastikan semua urusan berkaitan perubahan, modifikasi dan pesanan perkhidmatan dilaksanakan mengikut terma-terma dan syarat-syarat kontrak.

(b) Tanpa menjejaskan para 7(a) di atas,

Ketua Jabatan/ Pentadbir Kontrak diberi kuasa untuk:

i. meluluskan permohonan pertukaran

jenama bahan pencuci oleh kontraktor. Jenama gantian hendaklah setaraf dan mempunyai kualiti yang setanding dengan jenama pilihan yang dinyatakan dalam kontrak; dan

ii. meluluskan perubahan waktu

bertugas dan nisbah bilangan pekerja bagi sekolah dua sesi. Tempoh bertugas hendaklah tidak kurang daripada 9 jam termasuk waktu rehat selama 1 jam.

JPN/ Bahagian/ Institusi

Induk/ PPD/ Institusi

Pendidikan

8.

Hak Kerajaan Apabila

Perkhidmatan Yang

Dilaksanakan Tidak Mengikut Terma-Terma Dan Syarat-

Syarat

Hak Kerajaan Apabila Perkhidmatan Yang Dilaksanakan Tidak Mengikut Terma-Terma Dan Syarat-Syarat (a) Ketua Jabatan/ Pentadbir Kontrak di

premis masing-masing bertanggungjawab memastikan semua urusan berkaitan klausa Hak Kerajaan Apabila Perkhidmatan Yang Dilaksanakan Tidak Mengikut Terma-Terma Dan Syarat-Syarat dilaksanakan mengikut terma-terma dan syarat-syarat kontrak.

JPN/ Bahagian/ Institusi

Induk/ PPD/ Institusi

Pendidikan

Page 10: SURAT ARAHAN PENTADBIRAN: PENGUATKUASAAN …jpnperak.moe.gov.my/ppdkualakangsar/v2/attachments..."Institusi Pendidikan" ertinya Sekolah, Kolej Vokasional, IAB Cawangan, IPGM Kampus

KPMSP 400-9/2/2Jld.

10

Bil. Klausa Kontrak Perkara Tindakan

Oleh

(b) Tanpa menjejaskan para 8.(a) di atas, antara perkara penting yang perlu diberi perhatian ialah:

i. Mengenakan denda/ pemotongan bayaran atau kedua-duanya sekali sekiranya kontraktor gagal mematuhi mana-mana syarat/ terma kontrak dengan mengikut kaedah pengiraan seperti dinyatakan di dalam kontrak; dan

ii. Mengesyorkan penamatan kontraktor berdasarkan Garis Panduan Pengurusan Denda, Pemotongan Bayaran Dan Penamatan Kontrak Perkhidmatan Kawalan Keselamatan, Kebersihan Bangunan Dan Kawasan, Bekalan Makanan Bermasak Dan Bekalan Makanan Mentah.

JPN/ Bahagian/ Institusi

Induk/ PPD/ Institusi

Pendidikan

9.

Hak Kerajaan Mendapatkan Perkhidmatan

Dari Punca Lain

Pelantikan Kontraktor Kedua/ Sementara Melantik kontraktor lain bagi menggantikan sebahagian/ keseluruhan perkhidmatan yang gagal dilaksanakan oleh kontraktor asal dengan mengikut tatacara kewangan dan akaun yang berkuatkuasa tanpa perlu merujuk kepada Bahagian Perolehan dan Pengurusan Aset, KPM. Catatan:

a. Bagi Sekolah Berasrama Penuh, Kolej Matrikulasi, IPGM Kampus, IAB Cawangan dan Kolej Vokasional, pelantikan kontraktor kedua/ sementara dilaksanakan oleh pihak sekolah dengan bantuan Bahagian KPM/ Institusi Induk.

b. Selain daripada institusi-institusi pendidikan yang dinyatakan di atas, pelantikan kontraktor kedua/ sementara dilaksanakan oleh pihak JPN/ PPD.

Ketua Jabatan

bagi JPN/ Bahagian/ Institusi

Induk/ PPD/ Institusi

Pendidikan

Page 11: SURAT ARAHAN PENTADBIRAN: PENGUATKUASAAN …jpnperak.moe.gov.my/ppdkualakangsar/v2/attachments..."Institusi Pendidikan" ertinya Sekolah, Kolej Vokasional, IAB Cawangan, IPGM Kampus

KPMSP 400-9/2/2Jld.

11

Bil. Klausa Kontrak Perkara Tindakan

Oleh

10. Penamatan

Penamatan Kontrak

Melaksanakan Klausa Penamatan tertakluk kepada had nilai kontrak bernilai RM5 juta ke bawah. Pelaksanaan Penamatan hendaklah dirujuk kepada Penasihat Undang-Undang KPM.

Ketua Jabatan

bagi JPN/ Bahagian/ Institusi Induk

5. Surat Arahan Pentadbiran ini hendaklah dibaca bersama dokumen kontrak, pekeliling-pekeliling dan garis panduan-garis panduan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan Arahan Kerajaan yang masih berkuat kuasa. Sebarang pengecualian daripada perkara-perkara yang dinyatakan dalam Surat Arahan Pentadbiran ini hendaklah dirujuk dan mendapat kelulusan daripada Setiausaha Bahagian, Bahagian Perolehan dan Pengurusan Aset, KPM. 6. Dengan pengeluaran Surat Arahan Pentadbiran ini, Surat Arahan Pentadbiran asal bernombor rujukan KP(BPPA)600-1/7/2Jilid7(04) yang dikeluarkan pada 27 Mei 2015 dibatalkan.

7. Bagi memastikan semua pentadbir kontrak menerima Surat Arahan Pentadbiran ini, YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan diminta untuk memanjangkannya kepada semua Institusi Pendidikan di bawah seliaan masing-masing. Sekian, terima kasih. “SEHATI SEJIWA” “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” (DATO' SRI ALIAS BIN HAJI AHMAD) Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia s.k - YBhg. Tan Sri Dr. KPPM

- YBhg. Datuk Seri TKSU (Pembangunan Pelajaran) - YBrs. TKSU (Pengurusan) - YBhg. Dato’ SUB (Kew) - SUB (BAD) - SUB (BAS)

Page 12: SURAT ARAHAN PENTADBIRAN: PENGUATKUASAAN …jpnperak.moe.gov.my/ppdkualakangsar/v2/attachments..."Institusi Pendidikan" ertinya Sekolah, Kolej Vokasional, IAB Cawangan, IPGM Kampus

KPMSP 400-9/2/2Jld.

12

SENARAI EDARAN

1. Ketua Akauntan Bahagian Akaun Cawangan Pengurusan & Operasi Aras 8, 10 & 11 Blok E12 Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604 PUTRAJAYA

2. Pengarah Bahagian Buku Teks Kementerian Pelajaran Malaysia Aras 1 - 3, Blok E15, Kompleks E Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604 PUTRAJAYA

3. Setiausaha Bahagian Bahagian Dasar dan Hubungan Antarabangsa Aras 7, Blok E8, Kompleks E Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604 PUTRAJAYA

4. Setiausaha Bahagian Bahagian Khidmat Pengurusan Aras 6, Blok E8, Kompleks E Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604 PUTRAJAYA

5. Setiausaha Bahagian Bahagian Kewangan Aras 6 & 7, Blok E12 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604 PUTRAJAYA

6. Pengarah Bahagian Kokurikulum & Kesenian Aras 3, Blok E9 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604 PUTRAJAYA

7. Pengarah Bahagian Matrikulasi Aras 6 & 7, Blok E 15, Kompleks E Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604 PUTRAJAYA

Page 13: SURAT ARAHAN PENTADBIRAN: PENGUATKUASAAN …jpnperak.moe.gov.my/ppdkualakangsar/v2/attachments..."Institusi Pendidikan" ertinya Sekolah, Kolej Vokasional, IAB Cawangan, IPGM Kampus

KPMSP 400-9/2/2Jld.

13

8. Pengarah Bahagian Pendidikan Islam Aras Bawah dan Aras 2 No 2251 Jalan Usahawan Cyberjaya 63000 SELANGOR

9. Setiausaha Bahagian Bahagian Pembangunan dan Penilaian Kompetensi Blok 4803 Suite 0-2 Bangunan CBD Perdana Off Persiaran Multimedia 63000 Cyberjaya SELANGOR

10. Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum Aras 4-8, Blok E9, Kompleks E Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604 PUTRAJAYA

11. Setiausaha Bahagian Bahagian Pembangunan Pelajaran Aras 1, 3 & 6, Blok E2 Kompleks E Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604 PUTRAJAYA

12. Pengarah Bahagian Pendidikan Guru Aras 2 - 6, Blok E13, Kompleks E Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604 PUTRAJAYA

13. Pengarah Bahagian Pendidikan Khas Aras 2, Blok E2, Kompleks E Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604 PUTRAJAYA

14. Pengarah Bahagian Pendidikan Swasta Aras 3, Blok E2, Kompleks E Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604 PUTRAJAYA

15. Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Aras 3 & 4, Blok E2, Kompleks E Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604 PUTRAJAYA

Page 14: SURAT ARAHAN PENTADBIRAN: PENGUATKUASAAN …jpnperak.moe.gov.my/ppdkualakangsar/v2/attachments..."Institusi Pendidikan" ertinya Sekolah, Kolej Vokasional, IAB Cawangan, IPGM Kampus

KPMSP 400-9/2/2Jld.

14

16. Setiausaha Bahagian

Bahagian Pengurusan Maklumat Aras 3 & 4, Blok E11, Kompleks E Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604 PUTRAJAYA

17. Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan Aras 3, Blok 2251, Jalan Usahawan 1 Cyberjaya 63000 SELANGOR

18. Pengarah Bahagian Sukan Aras 1 & 7, Blok E13, Kompleks E Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604 PUTRAJAYA

19. Pengarah Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional Aras 5 & 6, Blok E 14, Kompleks E Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604 PUTRAJAYA

20. Setiausaha Bahagian Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Aras 1-5 Dan 12-14, Blok E12, Kompleks E Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604 PUTRAJAYA

21. Pengarah

Bahagian Teknologi Pendidikan Persiaran Bukit Kiara 50604 KUALA LUMPUR

22. Rektor

Institut Pendidikan Guru Malaysia Blok 2200 Jalan Persiaran Apec Cyber 6, Cyberjaya 63000 SELANGOR

23. Pengarah Institut Aminuddin Baki Kementerian Pendidikan Malaysia Kompleks Pendidikan Nilai Bandar Enstek 71760 Nilai NEGERI SEMBILAN

Page 15: SURAT ARAHAN PENTADBIRAN: PENGUATKUASAAN …jpnperak.moe.gov.my/ppdkualakangsar/v2/attachments..."Institusi Pendidikan" ertinya Sekolah, Kolej Vokasional, IAB Cawangan, IPGM Kampus

KPMSP 400-9/2/2Jld.

15

24. Setiausaha Bahagian Bahagian Tajaan Pendidikan Aras 1, Blok 2251, Jalan Usahawan 1 63000 Cyberjaya SELANGOR

25. Setiausaha Bahagian

Bahagian Psikologi dan Kaunseling Aras 1, Blok E9, Kompleks E Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604 PUTRAJAYA

26. Pengarah

Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan Aras 1-4, Blok E8, Kompleks E Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604 PUTRAJAYA

27. Ketua Nazir

Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti Aras 3-6, Blok E15, Kompleks E Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604 PUTRAJAYA

28. Pengarah

Lembaga Peperiksaan Aras 1,2,5 -13, Blok E11, Kompleks E Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604 PUTRAJAYA

29. Ketua Komunikasi Korporat

Unit Komunikasi Korporat Aras 5, Blok E8, Kompleks E Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604 PUTRAJAYA

30. Pengarah

Jabatan Pendidikan Negeri Perak Unit Perolehan dan Pengurusan Aset Jalan Tun Abdul Razak 30640, Ipoh PERAK

31. Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Selangor Unit Perolehan dan Pengurusan Aset Jalan Jambu Bol 4/3E 40604, Shah Alam SELANGOR

Page 16: SURAT ARAHAN PENTADBIRAN: PENGUATKUASAAN …jpnperak.moe.gov.my/ppdkualakangsar/v2/attachments..."Institusi Pendidikan" ertinya Sekolah, Kolej Vokasional, IAB Cawangan, IPGM Kampus

KPMSP 400-9/2/2Jld.

16

32. Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Pahang Unit Perolehan dan Pengurusan Aset Bandar Indera Mahkota 25604, Kuantan PAHANG

33. Pengarah

Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan Bandar Baru Tunjong 16010 Kota Bharu KELANTAN

34. Pengarah

Jabatan Pendidikan Negeri Sabah Tingkat 4, 5 dan 7, Rumah Persekutuan 88300 Kota Kinabalu SABAH

35. Pengarah

Jabatan Pendidikan Negeri Johor Unit Perolehan dan Pengurusan Aset Wisma Pendidikan Jalan Tun Abdul Razak, 80604, Johor Bahru JOHOR

36. Pengarah

Jabatan Pendidikan Negeri Kedah Unit Perolehan dan Pengurusan Aset Kompleks Pendidikan, Jalan Stadium 05604 Alor Setar KEDAH

37. Pengarah

Jabatan Pendidikan Negeri Melaka Unit Perolehan dan Pengurusan Aset Jalan Istana 75450 Bukit Beruang MELAKA

38. Pengarah

Jabatan Pendidikan Negeri Negeri Sembilan Unit Perolehan dan Pengurusan Aset Jalan Dato’ Hamzah 70990 Seremban NEGERI SEMBILAN

Page 17: SURAT ARAHAN PENTADBIRAN: PENGUATKUASAAN …jpnperak.moe.gov.my/ppdkualakangsar/v2/attachments..."Institusi Pendidikan" ertinya Sekolah, Kolej Vokasional, IAB Cawangan, IPGM Kampus

KPMSP 400-9/2/2Jld.

17

39. Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang Jalan Bukit Gambir 11700 PULAU PINANG

40. Pengarah

Jabatan Pendidikan Negeri Perlis Jalan Tun Abdul Razak 01990 Kangar PERLIS

41. Pengarah

Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak Jalan Diplomatik Off Jala Bako Petra Jaya 93050 Kuching SARAWAK

42. Pengarah

Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu Jalan Bukit Kecil 20604, Kuala Terengganu TERENGGANU

43. Pengarah

Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Persiaran Duta, Off Jalan Duta 50604 KUALA LUMPUR

44. Pengarah

Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan Aras 10, Blok 4, Kompleks Ujana Kewangan Peti Surat 81097 87020 LABUAN

45. Pengarah

Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya Jalan P16, Presint 16 62150 PUTRAJAYA