nota gimnastik
TRANSCRIPT
7/30/2019 nota gimnastik
http://slidepdf.com/reader/full/nota-gimnastik 1/11
Pendahuluan
Gimnastik Artistik sering dianggap sebagai aktiviti pendidikan yang bertujuan
untuk memperbaiki kualiti pergerakan supaya lebih baik dan sempurna di
kalangan murid sekolah. Terdapat enam pola pergerakan dalam gimnastik
artistik iaitu pola pendaratan , pola statik , pola gerak edar , pola putaran, pola
imbangan dan pola ayunan. Menurut Borhanunudin (2006), Gimnastik artistik
ialah pergerakan tubuh badan yang memerlukan fleksibiliti , imbangan,
kekuatan,ketangkasan, dan daya tahan otot yang baik.
Gimnastik artistik ialah aktiviti yang berkait rapat dengan kecergasan fizikal. Ia
lebih banyak berfokus kepada komponen kecergasan berkaitan dengan
kemahiran motor. Dalam melakukan aktiviti gimnastik artistik penekanan
tertumpu kepada kekuatan dan daya than otot, kuasa fleksibiliti, imbangan dan
ketangkasan. Selain daripada itu, tumpuan fikiran yang tinggi juga diperlukan.
Gimnastik artistik menekankan kepada tiga aktiviti utama iaitu imbangan,
ketangkasan dan lombolan. Ketiga-tiga aktiviti tersebut dipecahkan kepada
beberapa pola pergerakan dominan yang menjadi asas kepada perkembangan
kemahiran gimnastik. Setiap pola pergerakan seharusnya dapat dikuasai olehpelajar sebagai persediaan kepada pergerakan gimnastik yang lebih sukar.
Pola-pola pergerakan yang dianggap penting ialah:
• Pendaratan
• Statik
• Gerak Edar
• Putaran
• Hamburan
• Ayunan
Perkara-perkara penting yang perlu diberi perhatian ketika melakukan aktiviti
gimnastik artistik ialah:
7/30/2019 nota gimnastik
http://slidepdf.com/reader/full/nota-gimnastik 2/11
• Keupayaan untik meningkatkan kecergasan gizikal dan aspek-aspek
regangan, fleksibiliti, daya tahan dan kekuatan otot, ketangkasan,
imbangan, kemahiran serta melombol.
• Kebolehan merangkaikan imbangan, ketangkasan dan melombol
dalam satu pergerakan.
• Meningkatkan keyakinan diri dalam melaksanakan sesuatu pergerakan
yang lebih sukar.
• Penumpuan kepada pengekalan postur yang baik ketika melakukan
pergerakan.
• Keupayaan untuk menguasai kemahiran supaya keindahan
pergerakan dapat dihasilkan.
• Keupayaan untuk menghayati pergerakan kinestetik dan estatik.
1.0 Sejarah Gimnastik Artistik
Sukan Gimnastik telah berkembang sejak 2000 tahun dahulu. Aktiviti
senaman bagi tujuan upacara keagamaan telah mula diamalkan oleh
masyarakat pada sejarah peradapan Cina 2000 tahun dahulu. Manakala
tamadun India dan Persia dikatakan telah menggunakan senaman beramai awal
seratus tahun daripada itu.
Orang-orang Greek telah menamakan pergerakan ini sebagai Gymnastics
serta tempat senaman ini dikenali sebagai gymnasium. Ahli Falsafah Greek
terkenal Aristotle menyatakan bahawa gimnastik bukan sahaja sebagai seni ,
malahan merupakan ilmu sains kemasyarakatan. Gimnastik Artistik merupakan
salah satu disiplin dalam sukan gimnastik yang memerlukan setiap peserta
melakukan rutin pendek dalam lingkungan 30 hingga 90 saat. menggunakan
pelbagai peralatan (apparatus). Gimnastik Artisitik merupakan salah satu jenis
sukan yang dipersembahkan di hadapan penonton (spectator) yang paling
terkenal pada Sukan Olimpik Musim Panas. Sukan ini terbuka kepada umum
sama ada lelaki mahupun wanita.
7/30/2019 nota gimnastik
http://slidepdf.com/reader/full/nota-gimnastik 3/11
Tidak seperti sukan-sukan yang lain seperti bola sepak ataupun
badminton, sukan jenis ini memerlukan (required) para peserta membuat
persembahan di hadapan para penonton. Sukan ini juga memerlukan daya
ketahanan fi zikal dan kemahiran (skill) yang cukup tinggi walaupun ketika
membuat persembahan di peringkat asas. Latihan yang lebih diperlukan
berbanding (compared) sukan jenis lain untuk memantapkan ketahanan fizikal
dan kemahiran diri.
Walaupun begitu, masih belum ramai lagi yang menceburi sukan ini
kerana sukan ini dikenali sebagai sukan yang ‘mahal’. Manakan tidaknya,
perbelanjaan (expenses) untuk membeli sut pakaian sahaja boleh menelan
sehingga ribuan ringgit sehelai. Walaupun begitu, penyertaan peserta di dalam
sukan gimnastik ini pada asasnya lebih menjurus kepada keseronokan dan
kesihatan (fitness) berbanding kemenangan.
2.0 Aspek Keselamatan
Aspek keselamatan amat dititikberatkan ketika menjalankan aktivitigimnastik. Kita mestilah memahami penjelasan konsep-konsep penting
pergerakan dan aspek biomekanik seperti aplikasi dan penyerapan daya serta
kedudukan pusat seperti aplikasi dan penyerapan daya serta kedudukan pusat
graviti. Kamu juga mesti mengamalkan beberapa perkara berikut untuk
mengelakkan risiko kecederaan.
• Gunakan alatan yang sempurna, sesuai dan selamat.
• Lakukan aktiviti memanaskan badan, kelonggaran, dan regangan yang
secukupnya pada bahagian-bahagian otot dan sendi utama bagi
menggelakkan risiko kecederaan.
• Lakukan aktiviti setelah menerima arahan guru dengan jelas.
• Lakukan aktiviti yang sukar dengan bantuan penyokong.
• Lakukan aktiviti di kawasan berumput atau bertilam.
7/30/2019 nota gimnastik
http://slidepdf.com/reader/full/nota-gimnastik 4/11
3.0 Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran Guling Hadapan
Melaksanakan pengajaran dan pembelajaran berdasarkan Rancangan
Mengajar Tahun 3, di bawah Tajuk Tunjang Gimnastik Artistik memfokuskan
kepada pola pergerakan dalam Gimnastik Artistik iaitu kemahiran pola
pergerakan asas Guling Hadapan. Dalam Gimnastik Artistik, kemahiran Guling
Hadapan ini, pelajar-pelajar di dedahkan dengan aktiviti-aktiviti berikut;
• Peserta hendaklah dalam kedudukan berdiri
• Lutut dibengkokkan
• Tangan diangkat lurus ke hadapan
• Pastikan belakang dalam keadaan tegak
• Kedua-dua tapak tangan berada di atas lantai dengan jarak seluas bahu
• Jongketkan badan dengan meluruskan lutut
• Menolak ke hadapan dengan jari-jari kaki
• Kepala ditundukkan ke dada
• Tangan dibengkokkan
• Bahu dibiarkan menyentuh lantai (pastikan anda tidak bergolek atas
kepala)
• Tolakkan dan pangkal jari kedua-dua belah kaki diteruskan sambil
mengekalkan kedudukan badan yang bergulung semasa berguling ke
hadapan.
• Berdiri atas kaki semula dan
• Kedua-dua belah tangan yang menjangkau ke hadapan dan dagu yang
dirapatkan ke dada serta badan yang dibulatkan akan membantunya
untuk dapat berguling terus ke hadapan dan berdiri semula.
7/30/2019 nota gimnastik
http://slidepdf.com/reader/full/nota-gimnastik 5/11
4.0 Ansur Maju Guling Hadapan
Ansur maju amat penting sebelum aktiviti kemahiran dijalankan untuk
memberikan keyakinan kepada pelajar-pelajar supaya kemahiran yang diajar
dapat dilaksanakan dengan sebaik-baiknya.
1. Berguling atas belakang dengantangan memegang kaki
Baring dan bulatkan badan
Dagu dan lutut ke dada,tanganmemegang kaki
Berguling ke belakang dan kehadapan
2. Berguling dari tempat tinggi (1)
Duduk berlutut di atas selapispeti lombol atau bangku
Lurus dan letakkan tangan diatas tilam dan dagu ke dada
Berguling ke hadapan
Pastikan bahgian belakangkepala atau bahu yangmenyentuh tilam.
3. Berguling dari tempat tinggi(2)
Guling
Sokong bahagian abdomendiatas belakang kawan/lapis petilombol/kuda pelana
Lakukan gulingan ke hadapansetelah stabil.
4. Berguling dari tempat tinggi(3)
Berguling dari tempat tinggi ke
7/30/2019 nota gimnastik
http://slidepdf.com/reader/full/nota-gimnastik 6/11
tempat tendah.
5. Guling hadapan melalui gelung
Berjalan,lonjak dan bergulingmelalui gelung rotan
Kemahiran Guling Hadapan
1. Mencangkung/duduk dekam – pastikan kedudukan badan yang betul
2. Dari kedudukan dekam, letak kedua belah tangan di atas lantai –
tangan lurus seluas bahu, jari ke hadapan3. Naikkan bahagian punggung dan rapatkan dagu ke dada – pastikan
kedudukan punggung lebih tinggi daripada bahagian kepala.
4. Selepas gulingan, berdiri tegak – mendarat atas kaki dan kedudukan
badan dalam keadaan betul.
7/30/2019 nota gimnastik
http://slidepdf.com/reader/full/nota-gimnastik 7/11
5.0 Rancangan Mengajar Pendidikan Jasmani Tahun 3
RANCANGAN PELAJARAN HARIAN
PENDIDIKAN JASMANI(GIMNASTIK)
TAHUN 3
Mata Pelajaran : Pendidikan Jasmani
Modul : Kemahiran
Standard Kandungan : Gimnastik Asas Guling Hadapan
Standard Pembelajaran: i) Melakukan kemahiran asas dalam gimnastik
ii) Memerhati pergerakan rangkaian ketua dan
meniru pergerakan ketua
Tarikh : 24 Julai 2012 (Selasa)
Masa : 0930 pagi hingga 10.00 pagi
Tahun : Tahun 3
Bilangan Murid : 20 orang
Hasil Pembelajaran : Pada akhir pengajaran dan pembelajaranmurid-murid dapat;
(a) Psikomotor
• Melakukan aktiviti guling hadapan dengan
gaya yang betul dan selamat
(b) Kognitif
7/30/2019 nota gimnastik
http://slidepdf.com/reader/full/nota-gimnastik 8/11
• Memahami cara melakukan guling hadapan
melalui fasa-fasa peningkatan
(c) Afektif
• Menunjukkan keyakinan diri dengan berusaha
melakukan aktiviti-aktiviti ansur maju guling
hadapan semasa proses pengajaran dan
pembelajaran
Bahan Sumber Pengajaran dan Pembelajaran:
BIL. BAHAN PENGAJARAN &
PEMBELAJARAN
JUMLAH
1. TILAM GIMNASTIK 6
2. SKITTLE KECIL 10
3. BOLA BALING MINI 2
4. CD LAGU KANAK-KANAK/RADIO 1
Penerapan Nilai : Berusaha untuk melakukan aktiviti mengikut
kemampuan diri
Kemahiran Berfikir : Mengintepretasikan dan membanding bezakan
arahan
Strategi Utama : Kontekstual, kooperatif, penerangan, aplikasi
7/30/2019 nota gimnastik
http://slidepdf.com/reader/full/nota-gimnastik 9/11
RUMUSAN
Gimnastik Artistik merupakan salah satu komponen dalam Pendidikan
Jasmani dan Kesihatan ( PJK ). Gimnastik Artistik adalah kemahiran dan aktiviti
yang mengandungi unsur-unsur dan disiplin ilmu yang disampaikan melalui
aktiviti-aktiviti yang berunsur pendidikan yang akan mempengaruhi dan membina
sifat-sifat fizikal, sosial dan emosi yang sihat.
Gimnastik Artistik bertujuan memberi peluang kepada para pelajar
mengambil bahagian dalam aktiviti yang menyegarkan dan membantu
perkembangan pertumbuhan serta kecergasan fizikal mereka. Dengan erti kata
lain, ianya membawa maksud tujuan untuk memupuk perkembangan yang
optima kepada para pelajar dari aspek perkembangan fizikal, mental, emosi dan
sosial. Melalui aktiviti fizikal, ianya dapat membentuk nilai-nilai personaliti yang
sihat yang akan mencorakkan warganegara yang sihat, cergas dan produktif..Misalnya terdapat sikap mematuhi undang-undang, berdisiplin, berkerjasama,
bertanggungjawab, bertolak ansur, bersatu padu dan sebagainya. Sifat-sifat
yang berkualiti ini memang dikehendaki oleh semua negara khususnya di negara
kita ini.
Pembelajaran yang berkualiti sebenarnya bergantung kepada
kebolehan pendidik menggunakan pendekatan pengajaran yang dapat
memenuhi kehendak, minat serta kebolehan pelajar agar proses pengajaran ini
dapat menepati objektifnya. Guru yang terlibat dalam pengajaran pendidikan
jasmani hendaklah dapat menggalakkan pelajar menguasai kemahiran berfikir
supaya setiap tugasan pelajaran dapat difahami dan dinilai untuk dilaksanakan.
Penglibatan dalam aktiviti dan tugasan yang terancang ini memberi peluang
kepada pelajar mencuba dan merasai keadaan yang sebenar. Percubaan ini
7/30/2019 nota gimnastik
http://slidepdf.com/reader/full/nota-gimnastik 10/11
secara tidak langsung memberikan satu bentuk pengalaman baru selaras
dengan konsep belajar melalui aktiviti fizikal dalam pembelajaran pendidikan
jasmani di sekolah yang meliputi aspek kecergasan fizikal, psikomotor, kognitif,
afektif dan sosial.
RUJUKAN
Abu Bakar Nordin. (1994). Reformasi pendidikan dalam menghadapi cabaran2020. Kuala Lumpur: Nurin Enterprise.
Borhannuddin, Abdul Razak, & Hamizon (2006). Pendidikan Jasmani danPendidikan Kesihatan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka .
Mohd.Sofian, Omar Fauzee (2002). Pendekatan Psikologi dalam MenanganiMasalah Atlit. Shah Alam : Karisma Pub;lications Sdn.Bhd.
Shaharudin Abd.Aziz. (2001). Mengaplikasi Teori Psikologi dalam Sukan.Kuala Lumpur : Utusan Publication & Distributors Sdn.Bhd.
Vasudevan T.Arasoo (1991). Psikologi Sosial dalam Penddikan Jasmani danSukan. Petaling Jaya : Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd.
Asiah Abu Samah . ( 1985 ) . Ko – kurikulum Dalam Pendidikan Di Malaysia :Satu Tinjauan . Dalam Seminar Kebangsaan Ko – kurikulum , Kementerian
Pendidikan Malaysia . Universiti Utara Malaysia , Kedah , Ogos , 18 – 20 .
Saifol Bahary & Hasnul Faizal(2007). Pergerakan Asas dan PendidikanPergerakan.; Kuala Lumpur : Open University (OUM).
Kementerian Pendidikan Malaysia (2000).Sukatan Pelajaran PendidikanJasmani, Kuala Lumpur : Pusat Perkembangan Kurikulum.
http://www.msn.gov.com.my/gimnastik/artistik. (21 Oktober 2007)
http://www.moe.gov.edu.my/huraian (21 Oktober 2007)
http://ms.wikipedia.org/wiki/Gimnastik Artistik
Saifol Bahary & Hasnul FaizalHushin Amri(2010). Pergerakan Artistik Dan
Kreatif.; Kuala Lumpur : Open University (OUM).
7/30/2019 nota gimnastik
http://slidepdf.com/reader/full/nota-gimnastik 11/11
Yusof Ismail (1994),Gimnastik, Penerbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Bimbingan Intensif Sains Sukan(2005); Kualiti Books Sdn. Bhd. Petaling Jaya,
Selangor.
BORANG REKOD KOLABORASI KERJA KURSUS
NAMA PELAJAR : JAMILAH BINTI RAJLI
NO.KAD PENGENALAN : 701025135764
KUMPULAN : PPG/PJ AMBILAN JUN 2011
KOD MATAPELAJARAN : PJM 3107 GIMNASTIK
PENSYARAH PEMBIMBING: ENCIK CHULA BINA
TARIKH PERKARA YANGDIBINCANGKAN
CATATAN NAMA &T/TANGAN
23.06.2012 Menerima tugasan daripadapensyarah pembimbing En.Chula.Perbincangan dan taklimat dari-pada pensyarah.
Memahami tugasan yang diberi
Tugasan perludihantar pada1.9.2012
................(En.Chula)
.................(Pn.Jamilah)
24.06.2012Hingga29.07.2012
Mencari dan menggumpul maklumatyang relevan dari internet, bukurujukan dan sebagainya.Membaca bahan yang dikumpul
Mencetakmaklumat
Membuat nota
.................(Pn.Jamilah)
11.08.2012 Perbincangan dengan rakan-rakantentang bahan-bahan yang telah dikumpulkan.
Membetulkansemulaselepasdibincangkan
.................(Pn.Zalizan)
................(En.Ahmad)
25.08.2012
Hingga30.08.2012
Menyiapkan tugasan ..................(Pn.Jamilah)
01.09.2012 Hantar Tugasan Kepada Pensyarah................(En.Chula)