nota figura

5
LUKISAN FIGURA En Loy Chee Luen : Kanak-kanak prasekolah yang berumur 4 hingga 6 tahun sudah boleh melukis lukisan figura kerana pada peringkat ini sistem mental dan motor mereka semakin matang dan berupaya meluahkan perasaan mereka menerusi lukisan yang dihasilkan (Bensur, Eliot, & Hedge, 1997; Cox, 1992; 1993; 2005; Cherney et al., 2006). Lukisan figura kanak-kanak merupakan salah satu medium yang boleh digunakan untuk menilai tahap perkembangan intelektual dan kemahiran emosi kanak-kanak. Ini adalah kerana kanak-kanak selalu menggunakan lukisan untuk menyampaikan perasaan mereka. Menerusi garisan, warna dan simbol lukisan yang dihasilkan, perkembangan intelektual dan kemahiran emosi seseorang kanak-kanak dapat dikenal pasti (Koppitz, 1984; Yavuzer, 2000). Di Malaysia, kanak-kanak peringkat prasekolah masih kekurangan panduan untuk melukis lukisan figura. Oleh itu, dalam kajian ini, pengkaji ingin menghasilkan satu manual melukis lukisan figura yang dapat memberi panduan kepada kanak-kanak prasekolah untuk melukis lukisan figura yang berimej kanak- kanak, remaja dan orang dewasa. Tujuan manual melukis ini adalah untuk mempertingkatkan kemahiran melukis kanak-kanak dan seterusnya mempertingkatkan tahap perkembangan intelektual dan kemahiran emosi mereka. Tahap perkembangan intelektual dan kemahiran emosi kanak-kanak akan dinilai berdasarkan `Koppitz's Scoring System'. Kajian Koppitz (1968) dan Ozer (2009) yang menggunakan `Koppitz's Scoring System' untuk menilai lukisan kanak-kanak menunjukkan bahawa kematangan intelektual dan kemahiran emosi kanak-kanak dapat dikenal pasti menerusi lukisan figura yang dihasilkan oleh kanak-kanak. Bahagian-bahagian tubuh badan yang dinilai berdasarkan lukisan figura kanak-kanak merangkumi kepala, rambut, muka, mata, telinga, hidung, mulut, leher, kaki, Langan, tubuh, bahagian atas tubuh, bahagian bawah tubuh, cantuman bahagian tubuh, pakaian, posisi figura dan garisan lukisan. Oleh itu, pengkaji ingin menghasilkan satu manual melukis lukisan figura untuk kanak-kanak peringkat prasekolah. Lukisan figura yang dihasilkan oleh kanak-kanak akan dinilai berdasarkan `Koppitz's Scoring System' untuk mengenal pasti tahap pencapaian skor lukisan figura mereka sebelum dan selepas penggunaan manual melukis. Selain itu, pengkaji juga menganalisis lukisan figura kanak-kanak sebelum dan selepas penggunaan manual melukis dengan merujuk kepada Teori Perkembangan Artistik Viktor Lowenfeld untuk menerangkan peringkat-peringkat perkembangan artistik kanak-kanak. Menurut Lowenfeld dan Brittain (1975), transisi perkembangan artistik kanak-kanak bermula daripada peringkat scribbling ke representation. Kajian mereka mendapati bahawa kanak-kanak lelaki dan perempuan melukis dengan cara yang sama di peringkat awal pertumbuhan. Lukisan yang dihasilkan oleh kanak-kanak dapat memberi lebih banyak maklumat tentang perkembangan mereka terutamanya dari segi intelektual dan emosi. Menurut mereka lagi, lukisan kanak¬kanak menyampaikan isyarat-isyarat, gerakan-gerakan dinamik dan juga gerak geri yang mempunyai elemen psikologi untuk menunjukkan kematangan intelektual dan emosi masing-masing. Kebolehan melukis kanak¬kanak merupakan satu bentuk kemahiran kognitif yang bukan sahaja penting di dalam perkembangan seni, malah amat penting dalam perkembanga intelektual dan emosi mereka. 1

Upload: adle-fahsha

Post on 31-Dec-2014

93 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

nota figura

TRANSCRIPT

Page 1: Nota Figura

LUKISAN FIGURA En Loy Chee Luen : Kanak-kanak prasekolah yang berumur 4 hingga 6 tahun sudah boleh melukis lukisan figura kerana pada peringkat ini sistem mental dan motor mereka semakin matang dan berupaya meluahkan perasaan mereka menerusi lukisan yang dihasilkan (Bensur, Eliot, & Hedge, 1997; Cox, 1992; 1993; 2005; Cherney et al., 2006). Lukisan figura kanak-kanak merupakan salah satu medium yang boleh digunakan untuk menilai tahap perkembangan intelektual dan kemahiran emosi kanak-kanak. Ini adalah kerana kanak-kanak selalu menggunakan lukisan untuk menyampaikan perasaan mereka. Menerusi garisan, warna dan simbol lukisan yang dihasilkan, perkembangan intelektual dan kemahiran emosi seseorang kanak-kanak dapat dikenal pasti (Koppitz, 1984; Yavuzer, 2000). Di Malaysia, kanak-kanak peringkat prasekolah masih kekurangan panduan untuk melukis lukisan figura. Oleh itu, dalam kajian ini, pengkaji ingin menghasilkan satu manual melukis lukisan figura yang dapat memberi panduan kepada kanak-kanak prasekolah untuk melukis lukisan figura yang berimej kanak-kanak, remaja dan orang dewasa. Tujuan manual melukis ini adalah untuk mempertingkatkan kemahiran melukis kanak-kanak dan seterusnya mempertingkatkan tahap perkembangan intelektual dan kemahiran emosi mereka. Tahap perkembangan intelektual dan kemahiran emosi kanak-kanak akan dinilai berdasarkan `Koppitz's Scoring System'. Kajian Koppitz (1968) dan Ozer (2009) yang menggunakan `Koppitz's Scoring System' untuk menilai lukisan kanak-kanak menunjukkan bahawa kematangan intelektual dan kemahiran emosi kanak-kanak dapat dikenal pasti menerusi lukisan figura yang dihasilkan oleh kanak-kanak. Bahagian-bahagian tubuh badan yang dinilai berdasarkan lukisan figura kanak-kanak merangkumi kepala, rambut, muka, mata, telinga, hidung, mulut, leher, kaki, Langan, tubuh, bahagian atas tubuh, bahagian bawah tubuh, cantuman bahagian tubuh, pakaian, posisi figura dan garisan lukisan. Oleh itu, pengkaji ingin menghasilkan satu manual melukis lukisan figura untuk kanak-kanak peringkat prasekolah. Lukisan figura yang dihasilkan oleh kanak-kanak akan dinilai berdasarkan `Koppitz's Scoring System' untuk mengenal pasti tahap pencapaian skor lukisan figura mereka sebelum dan selepas penggunaan manual melukis. Selain itu, pengkaji juga menganalisis lukisan figura kanak-kanak sebelum dan selepas penggunaan manual melukis dengan merujuk kepada Teori Perkembangan Artistik Viktor Lowenfeld untuk menerangkan peringkat-peringkat perkembangan artistik kanak-kanak. Menurut Lowenfeld dan Brittain (1975), transisi perkembangan artistik kanak-kanak bermula daripada peringkat scribbling ke representation. Kajian mereka mendapati bahawa kanak-kanak lelaki dan perempuan melukis dengan cara yang sama di peringkat awal pertumbuhan. Lukisan yang dihasilkan oleh kanak-kanak dapat memberi lebih banyak maklumat tentang perkembangan mereka terutamanya dari segi intelektual dan emosi. Menurut mereka lagi, lukisan kanak¬kanak menyampaikan isyarat-isyarat, gerakan-gerakan dinamik dan juga gerak geri yang mempunyai elemen psikologi untuk menunjukkan kematangan intelektual dan emosi masing-masing. Kebolehan melukis kanak¬kanak merupakan satu bentuk kemahiran kognitif yang bukan sahaja penting di dalam perkembangan seni, malah amat penting dalam perkembanga intelektual dan emosi mereka.

1

Page 2: Nota Figura

Topik 1: Apa Itu Pintar Cerdas, Kreatif dan Berbakat? Kanak-kanak yang pintar cerdas kebanyakannya mempunyai potensi yang tinggi dalam perkembangan dan pertumbuhan jika dibandingkan dengan seseorang yang normal. Pintar

cerdas seringkali dikaitkan dengan seseorang yang mempunyai Intellectual Quotient (IQ) yang tinggi iaitu berada pada tahap IQ 130 dan ke atas. Kamus Dewan edisi keempat telah mengistilahkan pintar sebagai cekap, pandai, banyak akal, cerdik, licin serta mahir dalam membuat sesuatu pekerjaan. Cerdas pula membawa bermaksud sempurna akal, cerdik, pandai serta pintar. Menurut Kamus Dewan edisi keempat, berbakat bermaksud mempunyai kebolehan semulajadi. Ini bermaksud kanak-kanak yang mempunyai bakat merupakan seseorang yang mempunyai kebolehan yang ada secara semulajadi. Maryland telah mendefinisikan pelajar kreatif dan berbakat sebagai pelajar pertengahan atau pelajar sekolah menengah yang telah dikenalpasti secara sah mempunyai bakat dalam bidang seperti kebolehan intelektual umum, bakat spesifik dalam akademik ataupun kreatif,

seni visual dan seni tari (Bob Algonzine dan Jim Ysseldyke, 2006). Dalam Kamus Dewan edisi keempat , kreatif pula bermaksud mempunyai kebolehan mencipta, menghasilkan, dan mengembangkan sesuatu idea baru atau idea asli. Ini bermakna kanak-kanak yang kreatif mampu menjana sesuatu idea yang baru berdasarkan kepada aplikasi ilmu yang mereka pelajari. Sternberg dan Kaufman mendifinisikan pintar cerdas sebagai satu kepintaran yang lebih berfokus kepada kebolehan mengadaptasi, membentuk dan memilih keadaan yang menjurus kepada sesuatu maklumat. Individu yang pintar cerdas boleh mengenalpasti kelemahan dan kelebihan mereka sendiri malah mereka menentukan cara yang sesuai menggunakan kelebihan mereka serta meminimumkan kelemahan mereka. Howard Gardner pula mendifinisikan kecerdasan sebagai satu cara memproses maklumat dan juga cara berfikir. Beliau juga berpendapat bahawa kecerdasan merupakan hasil atau produk daripada interaksi antara genetik dan persekitaran yang perlu berada bersama bagi memberi hasil sebenar kepada kecerdasan. Beliau menakrif seseorang itu sebagai seorang yang pintar cerdas apabila mematuhi lapan kriteria khusus berikut. 1. Potensi pengasingan oleh kerosakan otak 2. Kewujudan golongan individu luar biasa

3. Operasi teras yang boleh dikenalpasti 4. Sejarah perkembangan yang khusus bersama dengan prestasi yang menggalakan 5. Sejarah evolusi dan evolusi yang boleh diterima akal 6. Disokong dari kajian psikologi 7. Disokong oleh penemuan psikometrik 8. Kerentanan untuk mengekod sistem symbol

Beliau turut berpendapat bahawa kecerdasan seseorang itu tidak sama seperti cara berfikir yang cenderung untuk kekal konsisten dan tidak berkaitan dengan jenis maklumat yang akan diproses ( Sousa D.A. , 2003).

2

Page 3: Nota Figura

Jika mengikut pandangan kajian Jane Piirto (1999), ramai orang yang telah ditanya sebagai responden setuju bahawa terdapat tiga aspek berkaitan pintar cerdas. Aspek yang pertama ialah kebolehan menyelesaikan masalah yang praktikal yang mana mereka akan melihat masalah itu dari pelbagai sudut, memberi sebab-sebab yang logik dan dengan fikiran yang

terbuka. Aspek yang kedua pula ialah kebolehan lisan (boleh menangani sesuatu topik perbualan dengan baik, membaca dengan kerap dan baik). Pintar cerdas juga boleh dilihat dari aspek sosial (memahami konsep sosial, mengakui kesalahan yang telah dilakukan, mempunyai minat yang umum kepada dunia). Walaubagaimanapun, di dalam penulisan Margaret Sutherland (2008) ada mengulas bahawa pelabelan seseorang kanak-kanak sebagai pintar cerdas sememangnya sesuatu yang baik. Walaupun begitu, menjadi kanak-kanak yang pintar cerdas yang memiliki kecerdasan bermaksud kanak-kanak itu perlu mahir dalam sesuatu perkara yang juga membawa maksud mereka itu sentiasa berkebolehan melakukan semua perkara yang dilakukannya. Menurut Moira Thomson (2006) pula, di New Zealand mendefinisikan pintar cerdas dalam

terma bersifat pembelajaran yang menunjukan kebolehan yang luar biasa dalam mencapai prestasi yang menyerlah. Tiada definisi yang spesifik dan khusus yang dapat dinyatakan terhadap kecerdasan tetapi banyak buku panduan telah diterbitkan, dan kebanyakan sekolah membina definisi mereka sendiri berdasarkan kepada prinsip yang dinyatakan di kebanyakan buku yang diterbitkan. Kebanyakan guru juga bersetuju bahawa kanak-kanak yang pintar cerdas adalah individu yang memerlukan perancangan aktiviti yang memerlukan tahap penguasaan pembelajaran yang tinggi dan diberi peluang yang luas dalam kokurikulum bagi mengembangkan lagi kebolehan mereka. Selain itu, terdapat juga definisi berdasrkan sekolah berkaitan dengan pintar cerdas. menurut Jane Piirto (1999), terdapat dua definisi pintar cerdas berdasarkan sekolah iaitu definisi kecerdasan berdasarkan sekolah yang lama dan juga definisi kecerdasan berdasarkan sekolah yang baru. Di Amerika Syarikat menggunakan definisi Marland bagi mendefinisikan kanak-kanak pintar cerdas berdasarkan sekolah yang lama yang menyatakan bahawa kecerdasan seseorang yang pintar cerdas terbahagi kepada enam jenis kecerdasan iaitu : (1) intelektual, (2) akademik spesifik, (3) kreatif,

(4) seni pertari dan visual, (5) kepimpinan dan (6) psikomotor. Dalam definisi Marland, Public Law 91-230 telah mendefisikan seorang yang pintar cerdas dan berbakat adalah golongan yang dikenali sebagai seseorang yang layak secara professional yang secara kebajikannya mempunyai kebolehan yang terserlah. Golongan

seperti ini memerlukan program pembelajaran yang berbeza dengan/atau perkhidmatan yang bertahap lebih tinggi berbanding dengan program-program yang dianjurkan oleh sekolah untuk pelajar-pelajar normal yang biasa. Program yang khusus adalah perlu bagi menyedari sumbangan mereka terhadap diri sendiri dan negara. Kanak-kanak yang mempunyai pencapaian yang cemerlang termasuk individu yang berpotensi serta berkebolehan dalam mana-mana enam bidang kecerdasan yang dinyatakan.

3

Page 4: Nota Figura

Bagi definisi kecerdasan berdasarkan sekolah yang baru pula mencadangkan kecerdasan seorang kanak-kanak pintar cerdas berlaku dalam kalangan seluruh masyarakat dalam pelbagai budaya dan tidak semestinya berpandukan keputusan peperiksaan semata-mata, tetapi secara dilihat dalam kebolehan individu tersebut yang tinggi dalam intelektual, kreatif

dan artistik alam. Kecerdasan seseorang yang pintar cerdas juga diberi maksud tambahan iaitu lebih kepada satu kebolehan yang matang jika dibandingkan dengan kebolehan perkembangan (Jane Piirto, 1999). Definisi berdasarkan sekolah mengikut kepada Moira Thomson (2006) manyatakan bahawa pembelajaran seorang yang pintar cerdas dalam sekolah seharusnya dalam keadaan yang sistematik untuk membentuk satu corak intervensi untuk membantu perkembangan proses perkembanan bakat individu tersebut. Intervensi seperti ini tidak hanya bergantung kepada arahan guru sahaja untuk mana-mana definisi yang tertentu trhadap pintar cerdas tetapi memberi langkah berjaga-jaga yang mana sesetengah individu itu adalah sememangnya pintar cerdas dan di situlah guru memainkan peranan untuk membantu perkembangan mereka. sekolah seharusnya membina definisi kecerdasan yang; membenarkan pengenalpastian kedua-dua potensi dan prestasi, dapat mengenalpasti bahawa individu

tersebut berkemungkinan pintar cerdas dalam satu atau lebih kecerdasan, memberi makna pendekatan kepada kecerdasan pelbagai yang merangkumi kadar kebolehan yang luar biasa, mengakui bahawa pintar cerdas dan berbakat menunjukan pengecualian dalam hubungan dengan rakan sebaya yang berlatar belakang sama dan menyediakan peluang pembelajaran yang berbeza untuk individu pintar cerdas, berbakat dan kreatif termasuklah untuk sokongan sosial dan emosional.

4

Page 5: Nota Figura