1.0 pendahuluan€¦ · unsur flora yang digunakan bercampur antara flora tempatan atau flora dari...

16
1 ILUMINASI DALAM WARKAH-WARKAH SOSIAL Prof. Madya Dr. Ab.Razak bin Ab.Karim Unit Manuskrip, Perpustakaan Universiti Malaya Kuala Lumpur 1.0 PENDAHULUAN : Kajian tentang warkah-warkah Melayu telah banyak dilakukan oleh para pengkaji sama di dalam mahupun dari luar negara. Kajian yang mencakupi pelbagai aspek seperti cap, kandungan, iluminasi, kesopanan , wacana dan sebagainya semakin hangat dilakukan pengkaji memandangkan warkah-warkah Melayu mempunyai hubungan yang cukup intim dengan masyarakat dan juga budaya masyarakat Melayu.Untuk mengetahui jadi diri masyarakat Melayu, selain daripada pantun, warkah- warkah sosial tidak kurang pentingnya. Dalam makalah serba ringkas ini akan dibincangkan iluminasi yang terdapat dalam beberapa pucuk warkah sosial yang dihantar oleh raja, pembesar atau sultan kepada pihak Barat, sama ada Biritish ataupun Belanda. Akan dibincang jenis-jenis iluminasi yang digunakan dan juga motif dalam setiap komponen iluminasi yang digunakan itu. 2.0 WARKAH-WARKAH SOSIAL : Warkah sosial merujuk pada selembar atau beberapa lembar kertas yang ditulis oleh seseorang ( biasanya pembesar atau raja) kepada orang yang ditujukan warkah tersebut ( kebiasaannya pegawai-pegawai British, Belanda atau raja sesebuah negara). Kandungan warkah sosial mencakupi aspek politik, perdagangan, ekonomi, perlindungan, persahabatan dan sebagainya. Warkah sosial berlainan sama sekali dengan warkah perjanjian kerana dari segi struktur dan kandungan antara kedua- duanya. Dalam warkah-warkah sosial iluminasi/hiasan sesepucuk warkah mempunyai kepentingan tertentu kepada pengirim dan penerima warkah. Ini kerana iluminasi yang digunakan dalam sesepucuk warkah itu banyak dipengaruhi oleh masyarakat persekitaran dan juga seni sungging masyarakat Melayu tradisional yang diwarisi daripada zaman lampau dan seterusnya diterapkan dalam bentuk hiasan pada warkah-warkah Melayu.Berbanding dengan warkah perjanjian fokus utama bukannya pada ilumasi tetapi konten perjanjian yang dibuat antara kedua pihak manakala warkah sosial lebih mengutamakan iluminasi yang lebih halus dan juga menarik. Perlu diketahui bahawa unsur utama yang digunakan dalam iluminasi warkah-warkah sosial ialah unsur alam seperti flora. Ini berlaku akibat pengaruh daripada India, Parsi dan juga Turki yang menggunakan hiasan-hiasan dalam surat-surat dan kitab-kitab mereka.Bagaimanapun, flora yang digunakan ialah flora yang terdapat dalam persekitaran masyarakat setempat. Misalnya, jurutulis akan menggunakan bahagian- bahagian flora seperti sulur, daun, bunga atau dahan pokok tertentu sebagai motif iluminasi mereka.. Di samping itu, motif bunga paling popular seperti bunga cengkih, bunga kemboja, bunga melur, bunga matahari dan sebagainya. Perlu diketahui bahawa bunga-bunga ini hanya terdapat dalam dunia masyarakat Melayu dan setiap bunga yang Hakcipta Terpelihara © 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia Hakcipta Terpelihara © 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia

Upload: others

Post on 14-Nov-2020

24 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: 1.0 PENDAHULUAN€¦ · unsur flora yang digunakan bercampur antara flora tempatan atau flora dari Barat. Fauna tidak digunakan sebagai figura dalam iliminasi warkah-warkah Melayu

1

ILUMINASI DALAM WARKAH-WARKAH SOSIAL

Prof. Madya Dr. Ab.Razak bin Ab.Karim Unit Manuskrip, Perpustakaan Universiti Malaya

Kuala Lumpur

1.0 PENDAHULUAN : Kajian tentang warkah-warkah Melayu telah banyak dilakukan oleh para pengkaji sama di dalam mahupun dari luar negara. Kajian yang mencakupi pelbagai aspek seperti cap, kandungan, iluminasi, kesopanan , wacana dan sebagainya semakin hangat dilakukan pengkaji memandangkan warkah-warkah Melayu mempunyai hubungan yang cukup intim dengan masyarakat dan juga budaya masyarakat Melayu.Untuk mengetahui jadi diri masyarakat Melayu, selain daripada pantun, warkah-warkah sosial tidak kurang pentingnya. Dalam makalah serba ringkas ini akan dibincangkan iluminasi yang terdapat dalam beberapa pucuk warkah sosial yang dihantar oleh raja, pembesar atau sultan kepada pihak Barat, sama ada Biritish ataupun Belanda. Akan dibincang jenis-jenis iluminasi yang digunakan dan juga motif dalam setiap komponen iluminasi yang digunakan itu.

2.0 WARKAH-WARKAH SOSIAL : Warkah sosial merujuk pada selembar atau beberapa lembar kertas yang ditulis oleh seseorang ( biasanya pembesar atau raja) kepada orang yang ditujukan warkah tersebut ( kebiasaannya pegawai-pegawai British, Belanda atau raja sesebuah negara). Kandungan warkah sosial mencakupi aspek politik, perdagangan, ekonomi, perlindungan, persahabatan dan sebagainya. Warkah sosial berlainan sama sekali dengan warkah perjanjian kerana dari segi struktur dan kandungan antara kedua-duanya. Dalam warkah-warkah sosial iluminasi/hiasan sesepucuk warkah mempunyai kepentingan tertentu kepada pengirim dan penerima warkah. Ini kerana iluminasi yang digunakan dalam sesepucuk warkah itu banyak dipengaruhi oleh masyarakat persekitaran dan juga seni sungging masyarakat Melayu tradisional yang diwarisi daripada zaman lampau dan seterusnya diterapkan dalam bentuk hiasan pada warkah-warkah Melayu.Berbanding dengan warkah perjanjian fokus utama bukannya pada ilumasi tetapi konten perjanjian yang dibuat antara kedua pihak manakala warkah sosial lebih mengutamakan iluminasi yang lebih halus dan juga menarik. Perlu diketahui bahawa unsur utama yang digunakan dalam iluminasi warkah-warkah sosial ialah unsur alam seperti flora. Ini berlaku akibat pengaruh daripada India, Parsi dan juga Turki yang menggunakan hiasan-hiasan dalam surat-surat dan kitab-kitab mereka.Bagaimanapun, flora yang digunakan ialah flora yang terdapat dalam persekitaran masyarakat setempat. Misalnya, jurutulis akan menggunakan bahagian-bahagian flora seperti sulur, daun, bunga atau dahan pokok tertentu sebagai motif iluminasi mereka.. Di samping itu, motif bunga paling popular seperti bunga cengkih, bunga kemboja, bunga melur, bunga matahari dan sebagainya. Perlu diketahui bahawa bunga-bunga ini hanya terdapat dalam dunia masyarakat Melayu dan setiap bunga yang

Hakcipta Terpelihara © 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia

Page 2: 1.0 PENDAHULUAN€¦ · unsur flora yang digunakan bercampur antara flora tempatan atau flora dari Barat. Fauna tidak digunakan sebagai figura dalam iliminasi warkah-warkah Melayu

2

digunakan mempunyai motif tertentu. Bagi pihak Barat pula yang mengutus warkah unsur flora yang digunakan bercampur antara flora tempatan atau flora dari Barat. Fauna tidak digunakan sebagai figura dalam iliminasi warkah-warkah Melayu1. Keadaan ini berlaku kerana masyarakat Islam tidak dibenarkan menggunakan figura ini kerana ia bertentangan dengan ajaran Islam yang diamalkan oleh masyarakat. Oleh yang demikian, jurutulis akan melahirkan ilham mereka dengan menggunakan pelbagai unsur flora sebagai hiasan warkah dan apa jua bentuk penulisan mereka2

3.0 JENIS ILUMINASI : Apabila diteliti warkah-warkah sosial yang terdapat di alam Melayu iluminasi yang digunakan dapat dibahagikan kepada dua jenis, iaitu iluminasi penuh dan yang keduanya iluminasi sebahagian. Warkah beriluminasi penuh ialah warkah yang dihiasi dengan pelbagai bentuk hiasan yang memenuhi seluruh halaman warkah. Iluminasi yang digunakan ialah flora dengan pelbagai gaya dan penggunaan iluminasi penuh ini mempunyai motif tertentu seperti menentukan martabat atau kedudukan seseorang pengirim warkah itu. Iluminasi sebahagian pula ialah iluminasi yang digunakan pada bahagian-bahagian tertentu warkah dan tidak pada keseluruhan halaman warkah.

.

Dari segi tebaran iluminasi sesebuah warkah, terdapat 3 unsur penting iluminasi dalam warkah. Ketiga-tiga unsur tersebut ialah : a) kandungan warkah atau teks warkah b) bingkai warkah c) iluminasi dalaman. Teks atau kandungan warkah, merupakan bahagian yang paling penting dalam sesepucuk warkah. Biasanya teks berada di bahagian tengah, bahagian kiri atau berada di tengah-tengah warkah. Seringkali ruang untuk teks lebih kecil berbanding hiasan dalam. Bagaimanapun dalam kebanyakan warkah, teks diberikan keutamaan memandangkan kepentingan surat terletak pada kandungan atau teks yang hendak disampaikan kepada penerima. Bingkai pula ialah bahagian luar yang membataskan teks dengan bahagian tepi warkah. Bingkai juga digunakan untuk membingkaikan atau mengurung teks dalam warkah. Dalam kebanyakan warkah Melayu bingkai akan dihiasai dengan motif deretan bunga, daun atau sulur. Kebanyakan motif ini disusun dengan rapi dan dalam satu warna seperti warna emas atau perak. Dalam sesetengah warkah bingkai terbina daripada garis kembar yang dilukis menegak tanpa sebarang iluminasi.

1Surat Sultan Jambi Paduka Seri Sultan Ratu Seri Ingalaga kepada Francis Light pada tahun 1776 menggunakan fauna anjing dan gajah dalam cap baginda. Perkara ini tidak akan dibincangkan memandangkan cap mempunyai ciri tersendiri dan perbincangan yang dibuat dalam kertas ini ialah iluminasi secara menyeluruh dalam sesepucuk warkah dan tidak pada bahagian-bahagian tertentu warkah seperti cap, kepala surat dan sebagainya. 2Iluminasi, hiasan atau seni hias bukan sahaja terdapat dalam warkah-warkah sosial malahan terdapat juga dalam kitab-kitab agama seperti kitab maulud, hikayat, syair dan sebagainya. Biasanya iluminasi ini akan berada pada bahagian awal naskhah.

Hakcipta Terpelihara © 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia

Page 3: 1.0 PENDAHULUAN€¦ · unsur flora yang digunakan bercampur antara flora tempatan atau flora dari Barat. Fauna tidak digunakan sebagai figura dalam iliminasi warkah-warkah Melayu

3

Iluminasi dalaman ialah bahagian warkah yang dihiasi dengan pelbagai motif flora dan motif ini bertebaran pada seluruh halaman warkah. Seringkali motif bunga seperti bunga cengkih, bunga tanjung, bunga matahari, bunga melurdan lain-lain bunga. Contoh iluminasi dalam warkah ditunjukkan sepertu rajah di bawah:

a) Warkah Sultan Pontianak

Warkah Sultan Syarif Qassim dari Pontianak kepada Raffles pada 12 Mac 1811

(Gallop;1994:144)

Dalam warkah ini, bingkai warkahnya mempunyai hiasan bunga cengkih lima kelopak serta sulur disusun secara menegak dan terbalik sepanjang bingkai warkah. Penggunaan bunga cengkih agak luar biasa memandangkan Pontianak bukanlah sebuah kawasan yang mengeluarkan hasil pertanian ini3

3Penggunaan bunga cengkih sebagai motif dalam warkah-warkah sultan Pontianak adalah suatu kelaziman. Dalam warkah Sultan Syarif Kassim dan Sultan Syarif Othman perkara yang sama berlaku. Bunga cengkih menjadi motif kerana Pontianak merupakan sebuah pelabuhan yang hasil utamanya bunga cengkih dan dieksport hasil ke luar negara. Oleh yang demikian, sultan menggunakan motif ini sebagai lambang kemakmuran dan perekonomian.

. Bunga cengkih bukan sahaja digunakan pada motif dalam bingkai warkah, malah iluminasi dalaman juga menggunakan motif ini. Dalam

Bingkai warkah

Iluminasi dalaman

Teks/ kandungan

Hakcipta Terpelihara © 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia

Page 4: 1.0 PENDAHULUAN€¦ · unsur flora yang digunakan bercampur antara flora tempatan atau flora dari Barat. Fauna tidak digunakan sebagai figura dalam iliminasi warkah-warkah Melayu

4

bahagian ini gugusan cengkih disusun secara menyendeng ke kanan dengan urutan 1, 3, 5, 7, 9 di sebelah kiri dan urutan 9, 7, 5, 3, dan 1 di sebelah kanan. Ini menjadikan jumlahnya 50 motif pokok cengkih.Sekiranya dilihat secara mendatar bunga ini disusun 5 sebaris dan kemudiannya 4 sebaris, Motif ini berselang seli sehinga jumlahnya 50 moti Lihat gambar di bawah

Bunga cengkih di bahagian bingkai warkah

Cengkih disusun secara mendatar/menyendeng di bahagian iluminasi dalaman

b) Warkah Sultan Terengganu Perjelasan di atas menunjukkan struktur iluminasi dalam sebahagian warkah Melayu yang dapat ditemui. Bagaimanapun, struktur yang sedemikian adalah umum dan dalam banyak kes, struktur yang lebih rumit terdapat dalam warkah-warklah Melayu4

. Lihat contoh di bawah ini

4Mu’jizah (2009) menyatakan bahawa dalam gaya hiasan surat-surat Melayu terdapat gaya empat sisi dan gaya tiga sisi dalam hiasan pada semua sisi halaman. Beliau menyatakan bahawa gaya empat sisi mempunyai 8 bahagian manakala gaya tiga sisi mempunyai 7 bahagian

Hakcipta Terpelihara © 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia

Page 5: 1.0 PENDAHULUAN€¦ · unsur flora yang digunakan bercampur antara flora tempatan atau flora dari Barat. Fauna tidak digunakan sebagai figura dalam iliminasi warkah-warkah Melayu

5

Surat Sultan Ahmad dari Terengganu kepada Van de Capellan di Betawi pada 19 Mac

1824.(Gallop;1994:38)

Warkah Sultan Ahmad ini merupakan surat emas (Gallop:1994) yang amat menarik kerana surat ini mempunyai iluminasi penuh. Komponen iluminasi yang digunakan boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian. Secara keseluruhan bahagian hiasan sisi atas merupakan kubah bertingkat. Bahagian atas dan lapisan keduanya dihiasi dengan sulur bunga emas yang lengkap dengan daun dan bunga seperti gambar di bawah.

Bahagian hiasan sisi atas

Bingkai warkah

Hiasan sisi atas

Hiasan atas teks

Bingkai teks

Teks

Hiasan sisi kanan

Hakcipta Terpelihara © 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia

Page 6: 1.0 PENDAHULUAN€¦ · unsur flora yang digunakan bercampur antara flora tempatan atau flora dari Barat. Fauna tidak digunakan sebagai figura dalam iliminasi warkah-warkah Melayu

6

Di bahagian bawah kubah yang juga merupakan hiasan sisi atas,iluminasi yang digunakan berlainan sama sekali dengan bahagian atas kubah. Ruang ini dipenuhi kuntuman bunga empat kelopak sehingga ke bahagian sisi kanan warkah. Lihat gambardi bawah.

Hiasan sisi atas dan sisi kanan

Lebih unik lagi, di dalam kuntuman bunga empat kelopak ini dihiasi dengan bunga-bunga halus yang lengkap dengan bunga dan daunnya sekali. Lihat gambar di bawah :

Bunga halus dalam empat kelopak

Kepala surat dalam hiasan sisi atas terdapat penggunaan kaligrafi dengan huruf-hurufnya disusun bertingkat tiga dengan kata wa-al digunakan untuk nujum, syams danqamar. Ini menjadikan kepala surat ini berbunyi wa-al-nujum, wa-al sham, wa-al-qamar yang bermaksud dengan bintang, matahari dan bulan5

.Lihar gambar di bawah

5Lihat Warkah-warkah Melayu . 2006. Dewan Bahasa dan Pustaka

Hakcipta Terpelihara © 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia

Page 7: 1.0 PENDAHULUAN€¦ · unsur flora yang digunakan bercampur antara flora tempatan atau flora dari Barat. Fauna tidak digunakan sebagai figura dalam iliminasi warkah-warkah Melayu

7

Kepala surat di hiasan sisi atas

Bingkai warkah6

dan juga bingkai teks dalam surat sultan Ahmad Terengganu ini mempunyai persamaan motif yang digunakan.Bahagian ini dihiasi dengan motif sulur dan bunga berkelopak 6 sebagai bingkainya. Bingkai ini mempunyai dua garis lurus (double line) yang selari. Hanya yang berbezanya bingkai teks hiasanya lebih sederhana dengan ruang-ruang kosong antara sulur bunga. Ruang yang kosong ini dipenuhi garis-garis menyendeng manakala bingkai warkah sulur dan bunga yang digunaka padat dan sulur serta bunga memenuhi setiap ruang yang ada. Lihat gambar-gambar di bawah.

Bingkai teks

Bingkai warkah

6Mu’jizah (2009) menggunakan istilah bingkai pembatas bidang manakala kajian ini menggunakan istilah bingkai warkah. Kedua-duanya mempunyai permasamaan makna. Bingkai warkah digunakan kerana bingkai inilah yang menentukan saiz sesepucuk warkah.

Hakcipta Terpelihara © 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia

Page 8: 1.0 PENDAHULUAN€¦ · unsur flora yang digunakan bercampur antara flora tempatan atau flora dari Barat. Fauna tidak digunakan sebagai figura dalam iliminasi warkah-warkah Melayu

8

c) Warkah Sultan Aceh

Warkah sultan yang akan dibincangkan ialah warkah Sultan Iskandar Muda kepada Raja Inggeris James I, England pada tahun 1615. Iluminasi warkah ini berlainan dariapada dua warkah yang telah dibincangkan sebelum ini. Bagaimanapun, perlu difahami bahawa warkah ini merupakan warkah abad ke-17 sedangkan kedua-dua warkah terdahulu berada dalam abad ke-19. Perbezaan waktu sudah pasti menunjukkan perbezaan hiasan yang digunakan dan juga struktur hiasan dalam warkah. Warkah ini dikatakan sebagai warkah yang mempunyai hiasan yang cukup menarik kerana dalam abad tersebut kurang sekali warkah yang mempunyai hiasan sebegini.

Hakcipta Terpelihara © 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia

Page 9: 1.0 PENDAHULUAN€¦ · unsur flora yang digunakan bercampur antara flora tempatan atau flora dari Barat. Fauna tidak digunakan sebagai figura dalam iliminasi warkah-warkah Melayu

9

Gallop (1994:127)

Hiasan sisi atas

Hiasan atas teks

Hiasan sisi kanan

teks

Hiasan sisi bawah

Bingkai teks

Hiasan sisi kiri

Hakcipta Terpelihara © 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia

Page 10: 1.0 PENDAHULUAN€¦ · unsur flora yang digunakan bercampur antara flora tempatan atau flora dari Barat. Fauna tidak digunakan sebagai figura dalam iliminasi warkah-warkah Melayu

10

Secara umum, struktur asas hiasan warkah telah digunakan pada abad ini. Ini terbukti dengan wujudnnya teks, bingkai teks, hiasan sisi atas, hiasan sisi bawah, hiasan atas teks, hiasan sisi kiri dan kanan dalam warkah ini.

Hiasan atas teks

Dalam warkah ini,hiasan atas teks yang digunakan terdapat dalam bentuk kubah di bahagian atas dan dibawahnya pula segi empat yang dipenuhi hiasan awan larat pada kedua-dua bahagian. Penggunaan awan larat dalam hiasan merupakan penyerapan pengaruh timur tengah, iaitu pengaruh Othmaniah dan juga Turki yang telah meresap dalam masyarakat pada waktu itu. Ini kerana iluminasi bentuk persegi dan kubah merupakan ciri mushaf dari Timur Tengah, khususnya Turki, dan lengkungan-lengkungan semacam awan di sekitar bawah kubah mempertegas ciri khas tersebut.

Hiasan sisi kiri, kanan, atas dan bawah memperlihatkan ruang-ruang ini dipenuhi oleh motif flora yang seragam. Flora yang digunakan dalam ruang ini ialah sebatang pokok popi naik menegak di bahagian sisi kiri manakala di sisi kanan dua batang pokok ini diletakkan secara beralun antara satu sama lainnnya. Perbezaan ini wujud kerana bahagian sisi kanan ruangnya lebih besar berbanding sisi kiri dan teks lebih mirip ke bahagian kiri.

Hakcipta Terpelihara © 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia

Page 11: 1.0 PENDAHULUAN€¦ · unsur flora yang digunakan bercampur antara flora tempatan atau flora dari Barat. Fauna tidak digunakan sebagai figura dalam iliminasi warkah-warkah Melayu

11

Hiasan sisi kanan

Hiasan sisi kiri

Hakcipta Terpelihara © 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia

Page 12: 1.0 PENDAHULUAN€¦ · unsur flora yang digunakan bercampur antara flora tempatan atau flora dari Barat. Fauna tidak digunakan sebagai figura dalam iliminasi warkah-warkah Melayu

12

Hiasan sisi atas

Hiasan sisi bawah

Bingkai teks tidak terdapat iluminasi tetapi merupakan dua garis berkembar menegak di kiri dan kanan. Ruang sempit antara garisan ini dipenuhi warna emas sahaja. d) Warkah Sultan Johor :

Hiasan atas teks

Bingkai teks

teks

Kepala surat

Hakcipta Terpelihara © 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia

Page 13: 1.0 PENDAHULUAN€¦ · unsur flora yang digunakan bercampur antara flora tempatan atau flora dari Barat. Fauna tidak digunakan sebagai figura dalam iliminasi warkah-warkah Melayu

13

Warkah ini merupakan warkah abad ke-19 yang dihantar oleh Engku Temenggung Seri Maharaja kepada Maharaja Peranchis Napoleon III pada 12 April 1857. Walaupun warkah ini terdiri daripada tiga unsur iluminasi yang digunakan tetapi tulisannya menggunakan dakwat emas.

Hiasan atas teks

Dalam warkah ini, hiasan atas teks seperti gambar di atas berupa bentuk mimbar/kubah masjid dan dikiri kanannya diapit oleh dua tiang berhias dengan bunga. Di puncak mimbar juga disulami hiasa bunga hingga ke bahagian bawah mimbar. Bahagian bawah mimbar,juga dipenuhi oleh motif sulur. Seperti yang ditunjukkan oleh gambar di bawah.

Tiang kanan sisi mimbar

Hakcipta Terpelihara © 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia

Page 14: 1.0 PENDAHULUAN€¦ · unsur flora yang digunakan bercampur antara flora tempatan atau flora dari Barat. Fauna tidak digunakan sebagai figura dalam iliminasi warkah-warkah Melayu

14

Tiang kiri sisi mimbar

kepala surat

Kepala surat yang berada di bahagian hiasan atas teks tidak mempunyai iluminasi dan ruang ini dibiarkan kosong. Dalam ruang ini tertera kepala surat yang berbunyi nur al-syam wa-al qamar iaitu cahaya matahari dan bulan. Kepala surat ini menggunakan kaligrafi yang menarik dan kepala surat ditulis di tengah-tengah anak kubah. Lihat gambar di atas.

Bingkai teks kiri dan kanan

Hakcipta Terpelihara © 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia

Page 15: 1.0 PENDAHULUAN€¦ · unsur flora yang digunakan bercampur antara flora tempatan atau flora dari Barat. Fauna tidak digunakan sebagai figura dalam iliminasi warkah-warkah Melayu

15

Bingkai teks bahagian atas dan bawah

Bingkai teks dalam warkah ini diberikan motif bunga sulur pada bahagian tepi , atas dan juga bawah. Motif susur ini seragam dan memenuhi setiap ruang yang ada. Lihat gambar di atas.

4.0 RUMUSAN : Berdasarkan paparan ilmuminasi pada empat pucuk warkah daripada

empat buah kerajaan yang berlainan, iaitu warkah sultan Pontianak, sultan Aceh, Terengganu dan Johor terdapat kelainan gaya dan juga jenis motif yang digunakan. Format penulisan warkah hampir sama dengan kepala surat di bahagian atas tengah dan terdapat ruang khas untuk penulisan teks/kandungan warkah. Iluminasi yang digunakan dalam keempat-empat warkah menunjukkan bahawa ciri-ciri khas atau khusus sesepucuk warkah bergantung pada daerah/kawasan asal warkah tersebut dihasilkan. Ciri-ciri khas ini ialah pemilihan motif pada bingkai warkah, bingkai teks dan juga hiasan atas teks. Keunikan dan keindahan iluminasi yang digunakan dalam warkah banyak bergantung pada kreativiti seseorang jurutulis itu. Oleh yang demikian, peranan jurutulis amat besar walaupun mereka sering dilupakan.

Kajian yang lebih mendalam perlu dilakukan terhadap penggunaan pelbagai motif dalam warkah-warkah Melayu kerana setiap motif yang digunakan sudah tentu mempunyai falsafah yang perlu dirungkai oleh para pengkaji. Falsafah berdasarkan motif-motif ini belum dilakukan oleh para pengkaji lagi.

Hakcipta Terpelihara © 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia

Page 16: 1.0 PENDAHULUAN€¦ · unsur flora yang digunakan bercampur antara flora tempatan atau flora dari Barat. Fauna tidak digunakan sebagai figura dalam iliminasi warkah-warkah Melayu

16

Bibliografi :

1. Ab. Razak bin Ab.Karim, 2013. Warkah Raja-raja Melayu: Struktur, Stilistik dan Nilai Estetika. Kuala Lumpur : Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya.

2. --------------------------, 2002. Aspek Penggunaan Bahasa Dalam Warkah-warkah Melayu Lama: Satu Kajian. Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya.

3. --------------------------, 2006. Warkah Melayu Lama. Kuala Lumpur: Dewan bahasa dan Pustaka.

4. Gallop, Annabel Teh dan Arp. Benard, 1991. Golden Letter Writing Traditions of Indonesia. London: The British Library; Jakarta: Yayasan Lontar.

5. -------------------------------------------, 1994. The Legacy of Malay Leter: Writing Traditions of Indonesia. London: The British Library.

6. ---------------------, 1994. Warisan Warkah Melayu. London: The British Library.

7. ------------------------- dan Venetia Porter, 2012. Lasting Impressions: Seal from the Islamic World. Kuala Lumpur : Islamic Arts Museum Malaysia.

8. Mu’jizah, 2009. Iluminasi dalam Surat-surat Melayu Abad ke-18 dan ke-19. Jakarta:

Pusat Bahasa Departemen Pendidikan Nasional.

Hakcipta Terpelihara © 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia