nota falsafah dasar

111
1 ZAINI ABDULLAH (NOTA KULIAH KPF 3012) PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA: FALSAFAH DAN DASAR HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir pembelajaran modul ini anda sepatutnya berkebolehan untuk: 1. menganalisis perkembangan pendidikan di Malaysia dari aspek falsafah, kurikulum dan dasar-dasar. 2. menghubungkait Faslsafah Pendidikan Kebangsaan, kurikulum kebangsaan dan penterjemahannya menerusi Sukatan Pelajaran. 3. membina perkembangan profesionalisme keguruan 4. membahaskan Akta Pendidikan 1996 SINOPSIS Modul ini membincangkan secara kritis tentang falsafah dan dasar pendidikan dengan menganalisisnya dalam konteks perkembangan pendidikan di Malaysia. Modul ini juga membincangkan perkembangan pendidikan negara sebagai satu kesinambungan dan keunggulan yang berterusan dengan berlandaskan interaksi dan pemikiran yang telah berlaku dalam proses pembangunan negara. Falsafah, dasar-dasar, kurikulum dan peraturan dalam pendidikan juga diberi penekanan bagi membolehkan para pelajar memperoleh pengetahuan dan kemahiran serta pemupukan sikap dalam melaksanakan tanggungjawab secara berkesan dalam batasan profesion perguruan.

Upload: muhammed-izwan

Post on 26-Nov-2015

966 views

Category:

Documents


89 download

TRANSCRIPT

  • 1

    ZAINI ABDULLAH (NOTA KULIAH KPF 3012)

    PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI

    MALAYSIA: FALSAFAH DAN DASAR

    HASIL PEMBELAJARAN

    Pada akhir pembelajaran modul ini anda sepatutnya berkebolehan untuk:

    1. menganalisis perkembangan pendidikan di Malaysia dari aspek falsafah, kurikulum dan dasar-dasar.

    2. menghubungkait Faslsafah Pendidikan Kebangsaan, kurikulum kebangsaan dan

    penterjemahannya menerusi Sukatan Pelajaran.

    3. membina perkembangan profesionalisme keguruan

    4. membahaskan Akta Pendidikan 1996

    SINOPSIS

    Modul ini membincangkan secara kritis tentang falsafah dan dasar pendidikan dengan

    menganalisisnya dalam konteks perkembangan pendidikan di Malaysia. Modul ini juga

    membincangkan perkembangan pendidikan negara sebagai satu kesinambungan dan

    keunggulan yang berterusan dengan berlandaskan interaksi dan pemikiran yang telah berlaku

    dalam proses pembangunan negara. Falsafah, dasar-dasar, kurikulum dan peraturan dalam

    pendidikan juga diberi penekanan bagi membolehkan para pelajar memperoleh pengetahuan

    dan kemahiran serta pemupukan sikap dalam melaksanakan tanggungjawab secara berkesan

    dalam batasan profesion perguruan.

  • 2

    ZAINI ABDULLAH (NOTA KULIAH KPF 3012)

    FALSAFAH

    PENDIDIKAN

    DASAR-DASAR

    PENDIDIKAN

    PERANCANGAN

    PENDIDIKAN

    PELAKSANAAN

    PENDIDIKAN

    ETIKA &

    PERUNDANGAN

    PENDIDIKAN

    Falsafah

    Pendidikan

    Kebangsaan

    Falsafah

    Pendidikan

    Guru

    Falsafah

    Pendidikan

    Islam

    Falsafah

    Pendidikan

    Barat

    eklektik

    Profesionalisme

    Keguruan

    Dasar Kawalan Dasar Kebajikan Dasar Inovasi Dasar Solusi

    Jangka

    Pendek

    Jangka

    Panjang

    Reka

    Bentuk

    Kurikulum

    Wawasan Pendidikan

    Pembangunan Pendidikan

    Nasional

    PIPP

    Dimensi Vertikal

    Dimensi Horizontal

    Sukatan

    Pelajaran

    Rancangan

    Pengajaran

    Tahunan

    Harian

    RINGKASAN

    KANDUNGAN

    KURSUS

    PENDIDIKAN

    PEMBANGUNAN

    KETAKWAAN

    INSAN NEGARA

    A

    K

    T

    A

    P

    E

    N

    D

    I

    D

    I

    K

    A

    N

    1

    9

    9

    6

    Kod Etika Profesinalisme

    Keguruan

    Disiplin & Perundangan

    Pendidikan

  • 3

    ZAINI ABDULLAH (NOTA KULIAH KPF 3012)

    UNIT 1

    PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA KE

    ARAH PEMBANGUNAN INSAN DAN NEGARA

    Hasil Pembelajaran

    Selepas membaca modul ini, anda sepatutnya dapat:

    1. Memberikan makna pendidikan 2. Menginterpretasikan pembangunan 3. Menyatakan definisi pendidikan dan pembangunan merujuk kepada pandangan tokoh. 4. Menghubungkait di antara pendidikan dan pembangunan sebagai dua pembolehubah.

    KONSEP DAN PENGERTIAN PENDIDIKAN

    Berdasarkan Kamus Dewan Edisi 4 (2005) istilah pendidikan membawa maksud :

    i. Perihal mendidik,

    ii. Ilmu

    iii. Didikan, latihan, ajaran.

    Pendidikan = Education

    Education = Latin: eex + ducereduc (keluar) (memimpin)

    Pendidikan = Didikan & latihan

    (educere) (educare)

    Perbezaan didik, ajar dan latih.

    ISTILAH DALAM PENDIDIKAN

    Konsep DIDIK AJAR LATIH

    Gelaran tokoh Pendidik:

    menyampaikan

    maklumat & memberi

    ilmu, berkongsi

    pengalaman

    Pengajar: memindah

    pengetahuan dan

    keterampilan untuk

    manfaat diri pelajar.

    Jurulatih: membina

    kemahiran melalui

    tunjuk ajar .

  • 4

    ZAINI ABDULLAH (NOTA KULIAH KPF 3012)

    Penerima Anak didik: menerima

    asuhan dan

    pembentukan

    Pelajar: menerima

    tunjuk ajar.

    Pelatih: patuh arahan

    Kesan Terdidik: Intelek,

    rohani, emosi dan

    jasmani

    Berpelajaran: intelek Terlatih: Jasmani

    Penerapan Pengetahuan,

    kemahiran & nilai

    Pengetahuan &

    Kemahiran

    Kemahiran

    Masa Berterusan Ada had/ tempoh Ada had/ tempoh

    Matlamat Kebijaksanaan,

    keadaban, kerohanian,

    kejiwaan dan

    kecekapan

    Kepandaian dan

    kecekapan

    Kemahiran

    Keperluan Belajar untuk belajar Belajar untuk

    survival

    Belajar untuk

    ketrampilan

    Proses Memimpin: memindah,

    membina & berkongsi

    pengetahuan,

    kemahiran, nilai

    Mengajar:

    memindahkan

    pengetahuan &

    kemahiran

    Melatih & membina

    kepakaran

    Kedudukan guru Di samping: bimbingan Di hadapan: arahan Bersama: tunjuk ajar

    Ciri-ciri guru Role model: berilmu,

    berakhlak, beragama,

    berketerampilan &

    bersahsiah.

    Arahan mandatori:

    Ikut apa yang

    disuruh, jangan ikut

    apa yang dibuat.

    Ikut apa yang disuruh

    dan dibuat.

    Dari sudut perspektif Islam, pendidikan mempunyai beberapa istilah seperti tarbiah, tadib dan talim. i. Tarbiah berasal dari kata dasar rabba yang bermaksud mengasuh, memelihara atau

    memimpin. Ia diseertikan dengan makna memiliki, menguasai selain mendidik. Oleh

    itu perkataan tarbiah membawa makna yang luas kerana realitinya pengertian tersebut

    meliputi manusia dan semua makhluk Allah s.w.t.

    ii. Tadib berasal dari kata dasar addaba yang bermaksud mendidik adab atau membentuk akhlak. Dari segi terminologinya tadib bermakna dalam proses mendidik atau membentuk, individu yang terdidik itu mempunyai kemampuan untuk

    mengembangkan potensinya untuk membentuk peribadi, sikap dan sahsiah yang

    selaras dengan acuan yang ditetapkan oleh Allah s.w.t. Oleh itu perkataan tadib hanya difokuskan kepada manusia sahaja.

  • 5

    ZAINI ABDULLAH (NOTA KULIAH KPF 3012)

    iii. Talim berasal dari kata dasar allama yang bermaksud proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini berkaitan dengan proses penterjemahan ilmu dalam bentuk

    teori dan praktik dari pendidik kepada pelajar.

    Hubungan konsep tarbiah, tadib dan talim dalam proses pembinaan insan yang syumul dapat digambarkan seperti rajah di bawah.

    Dalam pendidikan Islam, makna pendidik berkait rapat dengan dengan konsep

    murabbi, mualim, muaddib dan mudarris. Murabbi menghubungkan proses didikan itu

    dengan Allah s.w.t. sebagai sumber rujukan. Muallim membawa kaitan di antara proses

    didikan dengan ilmu yang berhubungkait dengan al-Quran dan Sunnah. Muaddib pula

    menghubungkan pendidikan sebagai satu proses peradaban atau menjadikan manusia

    berakhlak.

    DEFINISI PENDIDIKAN DARI PERSPEKTIF BARAT

    a) Sparta : Pendidikan satu usaha untuk membentuk rakyat yang berani, berdisiplin,

    taat pemimpin dan cintakan tanah air.

    b) Athens : Pendidikan untuk membina kebijaksanaan dan keseimbangan jiwa bagi

    mengukuhkan demokrasi dan membentuk warganegara yang cintakan negara.

    Dari idea tersebut, barat telah mengambilnya sebagai acuan dalam membuat tafsiran dan

    definisi tentang pendidikan.

    i. Pendidikan ialah latihan.

    Pendidikan sebagai latihan jasmani dan rohani bagi mencapai kecantikan kesempurnaan pekerti. (Plato: 427 S.M. 347 S.M.)

    Tarbiah(Mengasuh/

    Memelihara/

    membaiki)

    Tadib(Mendidik/

    membentuk

    adab & akhlak

    Talim(Pengajaran)

    MAKHLUK

  • 6

    ZAINI ABDULLAH (NOTA KULIAH KPF 3012)

    ii. Pendidikan ialah usaha

    Pendidikan ialah proses pembinaan pekerti dan pengembangan akal fikiran. (Socrates: 470 S.M. 399 S.M.)

    iii. Pendidikan ialah sistem

    Pendidikan ialah satu sistem perkembangan intelektual, jasmani, kerohanian dan emosi. (Aristotle: 384 S.M. 322 S.M.)

    iv. Pendidikan ialah proses

    Pendidikan sebagai proses membentuk kecenderungan asasi yang berupa kepercayaan dan perasaan terhadap alam sejagat dan sesama manusia. Pendidikan

    juga suatu proses bagi mengatur dan menambah pengetahuan yang dimiliki supaya

    dapat hidup dengan lebih selamat. (John Dewey: 1933)

    v Pendidikan ialah penambahan ilmu

    Pendidikan ialah untuk menambahkan ilmu untuk menghampirkan diri dengan kesempurnaan fitrah dan memahami daya usaha yang terdapat pada bakat dan watak

    seseorang. (Stuart Mill)

    vi. Pendidikan ialah mendidik

    Pendidikan ialah mendidik iaitu memimpin keluar. Pendidikan berlaku melalui tunjukajar, latihan dan indoktrinasi. (Ducasse)

    PENGERTIAN PENDIDIKAN DARI PERSPEKTIF ISLAM

    Pendidikan dalam Islam meletakkan tiga dasar ilmu yang berlandaskan kepada

    AKAL (KOGNITIF): Ilmu wahyu + ilmu aqli = kebesaran dan kebenaran Tuhan.

    HATI (EFEKTIF): Kesedaran dan penghayatan secara fitrah, roh, jiwa & perasaan.

    JAWARIAN (PSIKOMOTOR): Amalan & kebiasaan yang menurut sunnah.

    Ketiga-tiga dasar tersebut berasaskan sumber ilmu utama:

    AL-QURAN

    AS-SUNNAH (HADIS)

    IJTIHAD (ULAMA)

    REFLEKSI

    Apakah ciri-ciri pendidikan dari perspektif barat? Adakah ciri-ciri tersebut mempunyai

    persamaan dengan situasi pendidikan di Malaysia? Bincangkan.

  • 7

    ZAINI ABDULLAH (NOTA KULIAH KPF 3012)

    Pendapat ilmuan Islam terhadap pendidikan:

    i. Al-Ghazali: Pendidikan ialah proses pembentukan akhlak dan nilai-nilai kerohanian sebagai persediaan menghadapi rintangan hidup.

    ii. Imam al-Syafie: Pendidikan bermatlamat membentuk akidah dan penguasaan ilmu untuk melengkapkan diri menghadapi dunia.

    iii. Imam Malik: Pendidikan ialah pembentukan individu yang berilmu, berakhlak, bermasyarakat dan bersedia memimpin.

    iv. Imam Abu Hanifa: Pendidikan merupakan perihal membina ummah bersandarkan agama, pemikiran dan ilmu sehingga ke peringkat Ijtihad.

    v. Ibnu Khaldun: Pendidikan ialah usaha mempersiapkan individu bagi membina masyarakat dan Negara.

    vi. Al-Jamali: Pendidikan sebagai membentuk tabiat dan sikap manusia dalam pelbagai aspek kehidupan (jasmani, rohani, akal, akhlak, sosial) supaya dapat mengabdi diri

    kepada Allah.

    vii. Khursid Ahmad: Pendidikan sebagai latihan aqliah, jasmaniah dan rohaniah bagi melahirkan manusia berkebudayaan tinggi, berupaya melaksanakan tanggungjawab

    sebagai insan yang baik dan warganegara yang sempurna.

    viii. Hasan Langgulung: Pendidikan ialah merubah dan memindahkan nilai-nilai kebudayaan kepada individu melalui berbagai proses dan cara bagi melahirkan manusia

    yang bertanggungjawab & berbakti kepada Allah.

    APAKAH HAKIKAT PENDIDIKAN?

    i. Proses interaksi 2 pihak di antara pendidik dan orang yang dididik secara

    seimbang.

    ii. Usaha melengkapkan pengetahuan, pemikiran dan kemahiran orang yang dididik

    untuk menghadapi cabaran perubahan persekitaran.

    iii. Proses dan usaha untuk meningkatkan kualiti kehidupan individu, keluarga,

    masyarakat dan negara.

    ix. Proses yang berterusan.

    x. Usaha menerapkan ilmu dan nilai bagi pembinaan warganegara yang cemerlang

  • 8

    ZAINI ABDULLAH (NOTA KULIAH KPF 3012)

    DIMENSI PENDIDIKAN

    Dimensi Instrumental

    Pendidikan ialah ______

    i. cara untuk mencapai matlamat.

    ii. untuk mencapai sesuatu keperluan.

    iii. mesti bersesuaian dengan kehidupan manusia di dalam masyarakat.

    iv. untuk sesuatu fungsi dan untuk manusia berfungsi.

    Dimensi Bukan Instrumentalis

    Pendidikan ialah _______

    i. mempunyai matlamat implisit.

    ii. menjadi makhluk terdidik.

    iii. satu kehidupan

    JENIS PENDIDIKAN

    Pendidikan

    Formal

    Pendidikan

    Nonformal

    Pendidikan

    Informal

    Cth: SK, SMK,

    MRSM, IKM

    Cth: Adab, tutur

    kata, akhlak

    Cth: Kursus lanjutan

    seperti masakan,

    jahitan, ternakan,

    pertanian

  • 9

    ZAINI ABDULLAH (NOTA KULIAH KPF 3012)

    Perbandingan Pendidikan Formal, Informal dan Nonformal

    Formal Informal Nonformal

    Reka bentuk Perkembangan ilmu

    & kemahiran, j/m

    lama

    Bina kemahiran

    untuk kehidupan, j/m

    berterusan

    Perkembangan

    kemahiran, j/m

    pendek

    Pengajaran Guru terlatih,

    pedagogi.

    Keluarga &

    masyarakat

    Ahli yang pakar

    Pembelajaran Seragam, berjadual,

    teks

    - Berjadual

    Institusi Rasmi: bangunan &

    kelas, sekolah,

    Tidak rasmi: rumah,

    masyarakat

    Rasmi & tidak rasmi:

    agensi kerajaan &

    swasta.

    Kurikulum Rasmi, kebangsaan,

    berstruktur

    Tidak rasmi Tidak rasmi

    Penilaian Rasmi & kebangsaan - -

    Pengiktirafan Perjawatan: sijil,

    Dip., Ijazah

    - Sijil penyertaan

    Organisasi Pra sekolah, sk. ren

    & men, IPT

    - -

    APAKAH HUBUNGKAIT DI ANTARA PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN?

    Konsep Dan Pengertian Pembangunan

    1. Pembangunan Dari Perspektif Barat

    i. Pembangunan ialah memimpin objektif kerajaan-kerajaan. Pembangunan sinonim dengan perubahan ekonomi, sosial dan politik. (Hulme D & Turner M., 1990)

    ii. Pembangunan ialah merealisasikan potensi personaliti manusia, gabungan dari tiga matlamat yang khusus. Pertama, jaminan keatas bekalan keperluan

    asas. Kedua, kewujudan bidang pekerjaan. ketiga, pengurangan ketidakadilan ( Seers, 1977).

    iii. Pembangunan berkisar di atas landasan nilai-nilai materialisme secara kuantitatif. Juga memandang serius ke atas kewujudan kelas sosial dan konflik

    sosial . Kadt E. D. et al (1974)

    iv. Pembangunan boleh difahami dari kebiasaan ekonomi, dan tidak dari perspektif politik, etika, ideologi atau kriteria yang lain. Pembangunan tidak

    hanya dilihat dari faktor-faktor ekonomi (tanah, buruh, modal dan pengusaha)

    tetapi lebih kepada perkembangan ekonomi . Berger (1992)

  • 10

    ZAINI ABDULLAH (NOTA KULIAH KPF 3012)

    2. Pembangunan Dari Perspektif Islam

    i. Pembangunan adalah suatu proses membuka dan mengembangkan roh kemanusiaan, membuka hati manusia, membuka dan mendedahkan manusia

    ke arah kemuncak ketuhanan supaya berkembang sepenuhnya secara

    beransur-ansur dan ke arah yang lebih baik dalam konteks kehebatan

    semulajadi. Kadir H. D, ( 1996 )

    ii. Pembangunan bermaksud peningkatan, kebangkitan dan pertambahan dari semua aspek kehidupan kerana sifat kehidupan ini sentiasa berubah tidak

    berhenti-henti dan jika tiada peningkatan maka matilah ia. ( Fathi Yakan (2002)

    iii. Pembangunan (al-Tanmiyah) bermaksud penyuburan dan pemurnian diri insan. ( Abduh ,1404H)

    iv. Terdapat beberapa istilah yang berkaitan dengan pembangunan (al-tanmiyah) dalam al-Quran seperti al-Tazkiyah (Penyuburan), seperti tersebut dalam

    surah al-Syams: 9, al-Bina (Pembinaan) seperti tersebut dalam surah al-Saf: 4. v.

    v. Dalam hubungan ini tujuan pembangunan adalah manusia itu sendiri (Nailul Murad Mohd.Nor & Hanapi Md. Noor 2002).

    vi. Konsep pembangunan dalam Islam adalah berasaskan kepada keesaan Allah, matlamat ialah keredahan Allah (mardatillah) dan kerangkanya mencakupi

    skala waktu panjang iaitu waktu kehidupan di alam roh, dunia dan akhirat.

    Sepanjang skala itu, manusia mesti mencapai kebahagian di dunia dan akhirat.

    (Muhammad Syukri Saleh 2002)

    Pembangunan Berteraskan Islam

    ALLAH

    WAHYU

    Quran

    Sunah

    Pendidikan &

    Latihan:

    Aqliah

    Jasmaniah

    Rohaniah

    Insan

    bertaqwa

    &

    khalifah

    Allah

    PEMBANGUNAN DUNIA & AKHIRAT

  • 11

    ZAINI ABDULLAH (NOTA KULIAH KPF 3012)

    PEMBANGUNAN APA?

    NEGARA

    INSANEkonomi

    Sosial

    Politik

    Alam

    sekitar

    Pelbagai sektor, pekerjaan,

    peningkatan pendapatan

    Pendidikan, kemasyarakatan,

    teknologi, cara hidup, pengantara

    bangsaan

    Penyertaan demokrasi, hubungan

    diplomatik, kestabilan, keadilan,

    hak asasi, kebebasan

    Keseimbangan eko, kebersihan,

    Intelektual (IQ)

    Rohani (SQ)

    Jasmani (PQ)

    Emosi (EQ)

    Agama & MoralKepercayaan kepada tuhan,

    ketaatan, berakhlak, pekerti mulia

    Intelek Emosi

    Jasmani

    Rohani

    EKONOMI

    SO

    SIA

    L PO

    LIT

    IK

  • 12

    ZAINI ABDULLAH (NOTA KULIAH KPF 3012)

    PENGARUH PENDIDIKAN TERHADAP PEMBANGUNAN

    PENGARUH PEMBANGUNAN TERHADAP PENDIDIKAN

    Pendidikan

    (Literasi) Pembangunan

    Pembolehubah

    bebas (IV)

    Pembolehubah

    bersandar (DV)

    literasi fungsian, literasi

    budaya, literasi bahasa,

    literasi saintifik, literasi

    maklumat, literasi moral

    (multiliterasi)

    Kesedaran,

    penerimaan

    maklumat,

    keupayaan

    memberi idea

    & kemahiran,

    penyertaan

    Ekonomi, sosial,

    politik, alam

    sekitar

    PendidikanPembangunan

    Pembolehubah

    bebas (IV)Pembolehubah

    bersandar (DV)

    Politik,

    Ekonomi,

    Sosial,

    demokrasi,

    penyertaan,

    peruntukan

    kewangan, prasarana

    formal,

    informal,

    non formal

  • 13

    ZAINI ABDULLAH (NOTA KULIAH KPF 3012)

    RUMUSAN

    Pendidikan mendidik + melatih manusia. Pembangunan unsur manusia + elemen kenegaraan. Pendidikan dan pembangunan membentuk dua pembolehubah yang berkaitan.

    Pendidikan boleh memberikan kesan secara langsung kepada pembangunan (insan dan negara) aspek literasi.

    Pembangunan menyediakan peruntukan dan kebolehdayaan untuk perkembangan pendidikan.

    UJIAN

    1. Manakah perbandingan berikut BETUL tentang pendidikan?

    Didik Latih

    A Kemahiran Kebijaksanaan

    B Melatih Memimpin

    C Terhad Berterusan

    D Belajar untuk belajar Belajar untuk keterampilan

    2. Manakah kenyataan berikut merujuk kepada maksud pendidikan?

    A. Pendidikan ialah satu usaha ke arah merapatkan jurang yang wujud dalam masyarakat.

    B. Pendidikan ialah penyerapan pengetahuan dan kemahiran bagi membentuk peribadi, watak dan mencungkil bakat yang terpendam.

    C. Pendidikan ialah meningkatkan potensi murid-murid untuk lebih cemerlang dalam hidup menerusi peningkatan prestasi akademik.

    D. Pendidikan ialah suatu sistem penyampaian yang berfungsi untuk menimbulkan kesedaran dalam kalangan murid erti warganegara yang baik.

    3. Siapakah di antara tokoh berikut yang mentakrifkan pendidikan ialah proses pembinaan pekerti dan pengembangan akal fikiran?

    A. Plato B. Socrates C. Aristotle D. John Dewey

  • 14

    ZAINI ABDULLAH (NOTA KULIAH KPF 3012)

    4. Tuntutlah ilmu bermula dari buaian sehingga ke liang lahad. Kata-kata tersebut adalah bertepatan dengan konsep _________________

    A. ajar B. asuh

    C. latih D. didik

    5. Dalam pendidikan Islam, proses membentuk akhlak yang sempurna adalah merujuk kepada ____________

    A. tarbiah B. talim C. tadib D. mengajar kesempurnaan.

    6. Pendidikan lanjutan adalah tergolong dalam jenis pendidikan ___________

    A. formal. B. informal. C. sub formal. D. non formal.

    Soalan 7 hingga 9 adalah merujuk kepada rajah di bawah

    Rajah: Pendidikan & Pembangunan Dalam Islam

    ALLAH

    WAHYU

    Quran

    Sunah

    Pendidikan &

    Latihan

    X

    Insan

    bertaqwa

    &

    khalifah

    Allah

    Y

  • 15

    ZAINI ABDULLAH (NOTA KULIAH KPF 3012)

    7. Apakah komponen pendidikan dan latihan yang terkandung di dalam X?

    I. Roh II. Akal III. Jasad IV. Sahsiah

    A. I sahaja B. I dan II sahaja C. I, II dan III sahaja D. I, II, III dan IV

    8. Y adalah merujuk kepada aspek pembangunan. Apakah kategori pembangunan yang

    dinyatakan?

    I. Pembangunan insan. II. Pembangunan dunia. III. Pembangunan akhirat. IV. Pembangunan dunia.

    A. I dan IV sahaja. B. II dan III sahaja. C. I, II dan III sahaja. D. I, II, III dan IV.

    9. Apakah rumusan yang boleh dikemukakan terhadap konsep pendidikan yang

    dikemukakan di dalam rajah tersebut?

    A. Pendidikan nilai.

    B. Pendidikan bersama.

    C. Pendidikan bersepadu.

    D. pendidikan berterusan.

  • 16

    ZAINI ABDULLAH (NOTA KULIAH KPF 3012)

    10. Pendidikan menjadi pemankin dalam merealisasikan hasrat menjadi negara maju

    menjelang 2020. Bagaimanakah pendidikan boleh memberikan impak kepada

    pembangunan negara?

    I. Pendidikan menyedarkan rakyat tentang pembangunan. II. Literasi membolehkan maklumat pembangunan diterima oleh rakyat. III. Rakyat yang berpendidikan berkeupayaan memberi idea yang bernas. IV. Pendidikan menyediakan tenaga buruh yang berkemahiran untuk

    pembangunan

    A. I dan II sahaja. B. III dan IV sahaja. C. I, II dan III sahaja. D. I, II, III dan IV.

    LATIHAN ESEI

    1. Apakah yang dimaksudkan dengan pendidikan?

    2. Apakah perbezaan konsep pendidikan, pengajaran dan latihan?

    3. Apakah yang dimaksudkan dengan pembangunan?

    4. Bandingkan erti pendidikan dan pembangunan dari perspektif barat dan Islam.

    5. Adakah pendidikan dan pembangunan merupakan dua pembolehubah yang saling berkaitan? Mengapa?

    6. Bagaimanakah pendidikan memainkan peranan dalam pembangunan:

    i) Insan

    ii) Negara

    7. Berikan penilaian anda:

    5.1 Pendidikan lebih mempengaruhi pembangunan

    5.2 Pembangunan lebih mempengaruhi pendidikan

  • 17

    ZAINI ABDULLAH (NOTA KULIAH KPF 3012)

    UNIT 2

    PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA:

    FALSAFAH DAN HALA TUJU

    Objektif

    Objektif pengajaran tajuk ini ialah untuk memahami hala tuju perkembangan pendidikan di

    Malaysia.

    Hasil Pembelajaran

    Pada akhir pengajaran unit ini, anda dapat:

    1. Menghuraikan perkembangan pendidikan pada era masyarakat tradisional, era penjajahan, era kemerdekaan, era selepas kemerdekaan.

    2. Membincangkan sumbangan tokoh-tokoh dalam perkembangan pendidikan di Malaysia.

    3. Menganalisis dasar dan matlamat pendidikan mengikut era yang disebutkan.

    PERKEMBANGAN PENDIDIKAN SERANTAU

    Continental Anglo-Group Islamic

    French German

    Russian

    China

    Indochina

    Thailand

    Indonesia

    Old

    Japan

    New

    Japanese

    Hong Kong

    Singapore

    American

    Taiwan

    Korea

    Filippines

    Malaysia

    English

    India

  • 18

    ZAINI ABDULLAH (NOTA KULIAH KPF 3012)

    DIMENSI PERKEMBANGAN PENDIDIKAN

    TAHAP-TAHAP PERKEMBANGAN PENDIDIKAN

    Pendidikan Era Masyarakat Melayu Tradisi: Pendidikan informal untuk kekalkan keharmonian system & fungsi masyarakat.

    Pendidikan Era Penjajahan (1511 1957): Pendidikan informal & pendidikan formal dengan dasar untuk kepentingan penjajah (pecah & perintah, pluralisasi, pemencilan, pengabaian)

    Pendidikan Era Kemerdekaan (19561959): Pendidikan formal & pendidikan informal dengan dasar perpaduan nasional

    Pendidikan Selepas Kemerdekaan: i. Rancangan Malaysia Pertama (19601970): Pendidikan formal, pendidikan informal

    & Pendidikan nonformal dengan dasar perpaduan & pembasmian buta huruf.

    ii. Rancangan Malaysia Kedua (19711975): Pendidikan kebangsaan dengan dasar perpaduan, patriotism dan guna tenaga mahir.

    iii. Rancangan Malaysia Ketiga (1976 1980): Pendidikan kebangsaan dengan dasar perpaduan, tenaga mahir (aneka jurusan) dan pendemokrasian pendidikan.

    iv. Pendidikan Untuk Membentuk Jati Diri (1980 1989): Pendidikan Kebangsaan berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan warganegara yang

    cemerlang.

    v. Pendidikan Untuk Kemajuan (1990 1999): Pendidikan Kebangsaan bertaraf dunia dengan dasar globalisasi berteraskan sains & teknologi.

    vi. Pendidikan Untuk Kemajuan Pada Abad Ke-21: Memperkasakan Pendidikan Kebangsaan secara glokal ke arah melahirkan rakyat berminda kelas pertama.

    Dimensi Horizontal

    Merapatkan jurang pendidikan Demokrasi pendidikan Penyebaran pendidikan

    Dimensi Vertikal

    Taraf pendidikan Tahap persekolahan Peluang pendidikan

  • 19

    ZAINI ABDULLAH (NOTA KULIAH KPF 3012)

    LANDASAN PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

    SISTEM PENDIDIKAN KEBANGSAAN

    Tahap-tahap dalam system pendidikan kebangsaan:

    a) Pendidikan Prasekolah

    b) Pendidikan Rendah (Termasuk Pendidikan Khas)

    c) Pendidikan Menengah (Termasuk Pendidikan Khas)

    d) Pendidikan Lepas Menengah, dan

    e) Pendidikan Tinggi

    Terdapat tiga kategori institusi pendidikan dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan.

    a) Institusi pendidikan kerajaan

    b) Institusi pendidikan bantuan kerajaan

    c) Institusi pendidikan swasta

    Penyata Razak

    1956 & Ordinan

    Pelajaran 1957

    Laporan Rahman

    Talib 1960 &

    Akta Pelajaran

    1961

    Laporan

    Chessman (1946)

    Laporan Fenn-

    Wu (1951)

    Laporan Barnes

    (1951)

    Laporan

    Jawatankuasa

    Kabinet 1979

    Rang Undang-

    undang

    Pendidikan 1995

    Akta Pendidikan

    1996

  • 20

    ZAINI ABDULLAH (NOTA KULIAH KPF 3012)

    JENIS SEKOLAH MENGIKUT SISTEM PENDIDIKAN KEBANGSAAN

    RUMUSAN

    1. Perkembangan pendidikan di Malaysia berlaku secara horizonal dan vertikal.

    a) Secara horizontal (mengikut siri masa)

    a) Secara vertikal (tahap & kandungan pendidikan)

    2. Perkembangan pendidikan berlaku berdasarkan ideologi negara dan diterjemahkan menerusi beberapa laporan, ordinan dan akta pelajaran.

    3. Ordinan Pelajaran dan Akta Pendidikan mendasari perkembangan pendidikan Malaysia.

    4. Perkembangan pendidikan di Malaysia adalah hasil dari pembangunan oleh pihak

    kerajaan, kerjasama di antara kerajaan dan pihak persendirian dan sumbangan oleh

    pihak swasta.

    Pra Sekolah

    UPSR

    PMR

    SPM

    STPM/ Matrik

    DIP/ IJAZAH

    6 thn

    3 thn

    2 thn

    2 thn

    3 5 thn

    KBSR

    KBSM

    PENDIDIKAN RENDAH

    Sekolah Rendah Kebangsaan

    SRJK Cina

    SRJK Tamil

    SR Persendirian/swasta

    PENDIDIKAN MENENGAH

    SMK Harian

    SMK Asrama Penuh

    SMK Agama

    SM Pensendirian/swasta

    SMK & Pusat Matrikulasi

    PENDIDIKAN TINGGI

    Kolej/ IPTA/ IPTS

    Pendidikan

    Khas

  • 21

    ZAINI ABDULLAH (NOTA KULIAH KPF 3012)

    LATIHAN OBJEKTIF

    1. Pendidikan menjadi pemangkin dalam merealisasikan hasrat menjadi negara maju

    menjelang 2020. Bagaimanakah pendidikan boleh memberikan impak kepada

    pembangunan negara?

    I. Pendidikan menyediakan tenaga buruh yang berkemahiran. II. Literasi membolehkan maklumat pembangunan diterima rakyat. III. Rakyat berpendidikan berkeupayaan memberi idea yang bernas. IV. Pendidikan memberikan kesedaran kepada rakyat tentang erti pembangunan.

    A. I dan II sahaja. B. III dan IV sahaja. C. I, II dan III sahaja. D. I, II, III dan IV.

    2. Manakah antara dimensi perkembangan pendidikan berikut merujuk kepada dimensi

    vertikal?

    A. Taraf pendidikan. B. Demokrasi pendidikan. C. Penyebaran pendidikan. D. Merapatkan jurang pendidikan.

    3. Manakah antara berikut merupakan pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan melalui

    satu sistem pendidikan yang memperuntukan perkara-perkara yang akan memenuhi

    keperluan negara serta memupuk perpaduan negara?

    I. Pelbagai pendidikan dan komprehensif skopnya. II. Kurikulum Kebangsaan dan peperiksaan yang sama. III. Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama. IV. Pendidikan bersepadu, menyeluruh, seimbang dan harmoni.

    A. I, II dan III sahaja. B. I, III dan IV sahaja. C. II, III dan IV sahaja. D. I, II, III dan IV.

  • 22

    ZAINI ABDULLAH (NOTA KULIAH KPF 3012)

    4.

    Apakah yang boleh anda rumuskan tentang ciri-ciri pendidikan tersebut?

    A. Halatuju dan falsafah pendidikan era penjajahan. B. Halatuju dan falsafah pendidikan era kemerdekaan. C. Halatuju dan falsafah pendidikan era prekemerdekaan. D. Halatuju dan falsafah pendidikan era pasca kemerdekaan.

    LATIHAN ESEI

    1. Berikan ulasan tentang perkembangan pendidikan di Malaysia dari dimensi horizontal dan dimensi vertikal.

    2. Bandingkan halatuju dan falsafah pendidikana pada era sebelum dan selepas Malaysia mencapai kemerdekaan.

    3. Berdasarkan Penyata Razak (1956), analisiskan kandungan dan huraikan sumbangannya dari aspek dasar dan sistem pendidikan negara.

    4. Perkembangan pendidikan masa kini adalah berteraskan Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979, bincangkan.

    Perpaduan kaum

    Penerapan ideologi negara

    Keperluan sumber tenaga manusia

    Pengekalan identiti budaya & warisan berdasarkan kaum

  • 23

    ZAINI ABDULLAH (NOTA KULIAH KPF 3012)

    UNIT 3

    ASAS FALSAFAH DALAM PEMBENTUKAN

    FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK)

    Hasil Pembelajaran

    Pada akhir pengajaran, pelajar dapat:

    1. Menjelaskan konsep falsafah dan falsafah pendidikan 2. Membandingkan falsafah barat dan Islam dalam pembentukan FPK. 3. Menghubungkait antara ciri-ciri FPK dengan falsafah pendidikan barat dan falsafah

    pendidikan Islam.

    KONSEP & PENGERTIAN FALSAFAH DAN FALSAFAH PENDIDIKAN

    1. Falsafah sebagai usaha menyelidik

    Falsafah ialah usaha menyelidik bagi membentuk pengetahuan yang murni bagi mencapai kebijaksanaan. (Socrates)

    2. Falsafah sebagai usaha mengetahui

    Falsafah ialah usaha mengetahui segala yang ada berhubung dengan manusia dan kehidupannya untuk mencapai hakikat kebenaran. (Plato)

    3. Falsafah ialah disiplin

    Falsafah ialah disiplin yang menyelidiki asas dan sebab segala benda. (Aristotle)

    4. Falsafah ialah ilmu Falsafah ialah ilmu tentang alam yang maujud dan bertujuan menyelidiki hakikat

    yang sebenarnya. (al-Farabi)

    5. Falsafah ialah perbincangan Falsafah ialah perbincangan berkaitan soal-soal agama dan ketuhanan semata-mata

    dan hasil pemikiran manusia yang spekulatif yang berdasarkan ujikaji dan

    pengamatan yang tajam. (al-Ghazali)

    Falsafah = Philosophy

    Philosophy = Philien + Sophia

    (mencintai) (kebijaksanaan)

    The love of wisdom

    Falsafah = Mencintai Kebijaksanaan

  • 24

    ZAINI ABDULLAH (NOTA KULIAH KPF 3012)

    APAKAH HAKIKAT FALSAFAH/ KEBIJAKSANAAN?

    Ia merupakan aktiviti berfikir secara:

    meluas,

    mendalam,

    kritis,

    holistik,

    sistematik,

    radikal,

    integral,

    konsepsual dan

    universal untuk menemui kebenaran.

    PERBANDINGAN FALSAFAH BARAT & ISLAM

    FALSAFAH DAN HUBUNGANNYA DENGAN PENGETAHUAN

    Al-Ghazali membahagikan ilmu kepada ilmu naqli (ilmu wahyu) dan ilmu aqli (ilmu carian).

    Kneller (1971) mengkategorikan ilmu kepada ilmu wahyu, empirikal, rasional, intuitif dan

    Autoritatif.

    Ketuhanan

    (KHALIQ)

    Alam

    (MAKHLUK)

    Manusia

    (MAKHLUK)

    Falsafah

    Teologi

    Sains

    Falsafah Barat

    Tuhan, manusia & alam adalah sama

    Falsafah Islam

    Allah Maha berkuasa& mencipta.

    Makhluk adalahciptaan yg tunduk &

    patuh kpd pencipta.

  • 25

    ZAINI ABDULLAH (NOTA KULIAH KPF 3012)

    Hubungan antara jenis-jenis ilmu tersebut dapat dilihat menerusi rajah berikut:

    KEDUDUKAN FALSAFAH & PENGETAHUAN

    Falsafah adalah sesuatu yang berada di antara teologi dan sains. Russell (1946)

    ILMU

    NAQLI

    1. Wahyu

    2. Pengetahuan

    Empirikal

    3. Pengetahuan

    Rasional

    4. Pengetahuan

    Intuitif

    5. Pengetahuan

    Aotoritatif

    I

    L

    M

    U

    A

    Q

    L

    I

    Kedudukan

    Falsafah (Russell

    1946)

    Jenis

    Pengetahuan

    (Kneller 1971)

    TEOLOGI

    SAINS

    Taaku

    lan

    Spek

    ula

    si

    Wahyu

    Intuitif

    Empirikal

    Aotoritatif

    Rasional

    FALSAFAH

  • 26

    ZAINI ABDULLAH (NOTA KULIAH KPF 3012)

    FALSAFAH: CABANG, PERSOALAN DAN PENYELESAIAN

    FALSAFAH BARAT (Mazhab Umum)

    Idealisme Realisme Pragmatisme Eksistensialisme

    Ciri Terawal &

    tradisional

    Tradisional Awal abad 20 US / moden

    Pertengahan abad

    20 - Eropah/

    moden

    Fokus Kebenaran akal, jiwa,

    kerohanian

    Dimensi Kebenaran,

    keadilan dan

    keindahan menerusi proses

    penaakulan

    Kebenaran nyata/ maujud

    fizikalnya

    Kewujudan di alam fikiran

    selaras dgn alam

    nyata.

    Kebenaran dari pengalaman

    Persekitaran bersifat dinamik.

    Pengalaman individu berbeza

    Kebenaran dari pengalaman bebas

    Pengalaman bentuk idea &

    pengetahuan

    Individu berhak mempuat pilihan

    & bertanggung

    jawab

    Tokoh Plato, Descartes,

    Kant, Hagel dll

    Aristotle, Russel,

    Bacon, Lock

    Dewey, Darwin,

    James dll

    Kierkegard,

    Jaspers

    1. METAFIZIK

    Realiti / Kewujudan

    2. EPISTEMOLOGI

    Teori Pengetahuan

    Perihal Mengetahui

    3. AKSIOLOGI

    Nilai:

    Estetika

    Etika

    4. LOGIK

    Khusus

    Umum Umum

    LO

    GIK

    IN

    DU

    KT

    IF

    LO

    GIK

    DE

    DU

    KT

    IF

    Apakah alam semesta?

    Kehidupan? Kebebasan?

    Apakah yang boleh diketahui?

    Bagaimana kita mengetahui?

    Apakah sumber pengetahuan?

    Sejauhmanakah ia boleh dipercayai?

    Apakah hakikat kebagusan?

    Apakah yang patut diutamakan? Apakah

    yang patut disukai? Apakah yang patut

    menjadi cantik? Apakah rasa yang bagus?

    CABANG FALSAFAH PERSOALAN

    FALSAFAH BARAT

    FALSAFAH TIMUR

    FALSAFAH ISLAM

    Penyelesaian

    J

    a

    w

    a

    p

    a

    n

  • 27

    ZAINI ABDULLAH (NOTA KULIAH KPF 3012)

    FALSAFAH UMUM: PENGARUHNYA KEPADA FALSAFAH PENDIDIKAN

    BARAT

    PERBANDINGAN ALIRAN FALSAFAH PENDIDIKAN BARAT

    FALSAFAH UMUM BARAT FALSAFAH PENDIDIKAN BARAT

    Idealisme

    Realisme

    Pragmatisme

    Eksistensialisme

    Perenialisme

    Progresivisme

    Esensialisme

    Rekonstruksionisme

    Kriteria:

    1. Masyarakat & Pendidikan 2. Pengetahuan & Pembelajaran 3. Pengajaran Guru 4. Tujuan & Program

    PERENIALISME

    ESENSIALISME

    PROGRESIVISME

    REKONSTRUKSIONISME

    T

    R

    A

    D

    I

    O

    N

    A

    L

    M

    O

    D

    E

    N

  • 28

    ZAINI ABDULLAH (NOTA KULIAH KPF 3012)

    Kriteria Aliran Falsafah Pendidikan

    Tradisional Moden

    Masyarakat

    & Pendidikan

    Sekolah institusi pendidikan

    formal

    Rumah institusi pendidikan formal

    Sekolah agen kebudayaan Sekolah memajukan masyarakat

    Pendidikan matlamat masyarakat Pendidikan kembangkan potensi

    Pengetahuan sediakan pelajar

    untuk demokrasi

    Pengalaman demokrasi di sekolah

    menyediakan pengetahuan untuk

    demokrasi sebenar.

    Pendidikan kembangkan kognitif

    (akademik)

    Pendidikan bersepadu (kognitif,

    moral dan sosial) Nilai bersifat objektif & tetap

    (berasaskan persetujuan)

    Nilai bersifat subjektif (pandangan

    individu)

    Pengetahuan

    &

    Pembelajaran

    Tumpuan terhadap pengetahuan

    dan maklumat

    Tumpuan terhadap penyelesaian

    masalah & peranan individu

    Fokus kepada subjek Fokus terhadap pelajar

    Kandungan subjek:

    Pilihan guru Penyusunan berurutan Orentasi perkara lampau

    Kandungan subjek:

    Pilihan guru & pelajar Susunan ikut kefahaman Orentasi semasa & hadapan

    Kandungan subjek dibahagi

    kepada beberapa bidang

    Kandungan subjek secara bersepadu

    Rancangan pengajaran disusun

    mengikut topik

    Rancangan pengajaran disusun

    mengikut minat & masalah

    Pengajaran

    Guru

    Orentasi teks & bilik darjah Orentasi pelbagai bahan & masy.

    Berkumpulan secara keseluruhan Keseluruhan, kecil & individu

    Jadual yang tetap & masa seragam Jadual yang anjal & masa fleksibel

    Pelajar kumpulan yang

    homogeneous & program khas Pelajar kumpulan yang

    heterogeneous & program berbeza

    Pengajaran berorientasi guru &

    pelajar pasif

    Pengajaran berorientasi pelajar &

    pelajar aktif

    Keseragaman dalam membina

    pengalaman bilik darjah dan

    situasi pengajaran

    Kepelbagaian dalam membina

    pengalaman bilik darjah dan situasi

    pengajaran

    Tujuan &

    Program

    Fokus kepada sastera & sains Sepadu (satera, subjek praktikal &

    vokasional)

    Pengkhususan Umum

    Kurikulum ditentukan Kurikulum berasaskan keperluan dan

    minat pelajar

    Standard yang tinggi &

    cemerlang: Tumpuan khas kepada

    mereka yang cemerlang

    Standard yang setara & fleksibel:

    Tumpuan khas kepada mereka yang

    pencapaiannya rendah

  • 29

    ZAINI ABDULLAH (NOTA KULIAH KPF 3012)

    CIRI-CIRI FALSAFAH PENDIDIKAN BARAT

    1. Dualisme = Agama vs Sekular

    2. Segmentasi = Sains vs Agama

    3. Pengkhususan = Sains Agama 4. Fleksibel = Perkembangan kognitif, afektif dan psikomotor

    5. Dinamik = Penemuan baru & Dunia baru

    FALSAFAH DALAM ISLAM

    Metafizik Intisari yang Maha Esa, Mutlak dan Kekal

    Epistemologi Pengetahuan tentang kebenaran mutlak (haq) melalui dua cabang ilmu:

    i. Ilmu Naqli (Wahyu / Fardu Ain)

    ii. Ilmu Aqli (Ilmu Akal / Fardu Kifayah)

    Aksiologi Kebagusan mutlak (kamil), ditetapkan oleh Allah s.w.t. dengan ekspresi lahiriah dalam

    bentuk kebagusan relatif (ketakwaan)

    Islam itu addin cara hidup

    Hikmah : kebijaksanaan/ kecerdikan kurniaan Allah. Hikmah juga membawa maksud

    kelebihan atau tujuan sebenar sesuatu perkara. (Kamus Dewan IV)

    ADDIN

    Komprehensif

    Menyeluruh

    Bersepadu

  • 30

    ZAINI ABDULLAH (NOTA KULIAH KPF 3012)

    FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM

    Pendidikan berterusan ke arah perkembangan diri individu dari segi rohani, intelek, emosi dan fizikal yang membawa kepada individu

    yang beriman, berilmu, berakhlak dan bertakwa dan beramal soleh

    untuk membina masyarakat harmoni, hormat menghormati dan

    bantu membantu antara satu sama lain. (Persidangan negara-negara Islam di Makkah, 1974)

    KESEPADUAN DALAM FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

    FALSAFAH

    PEND. BARAT

    (TRADISIONAL)

    FALSAFAH

    PEND.

    BARAT

    (MODEN)

    FALSAFAH

    PEND.

    ISLAM

    F P K

    Intelek,

    Jasmani,

    Emosi

    Intelek,

    Rohani,

    Jasmani

    Kognitif,

    Afektif,

    Psikomotor

    EKLEKTIK

    (Memilih dgn

    leluasa

    daripada

    pelbagai

    sistem dan

    falsafah;

    tercipta dari

    pelbagai

    sumber)

  • 31

    ZAINI ABDULLAH (NOTA KULIAH KPF 3012)

    HUBUNGKAIT FALSAFAH BARAT & ISLAM KEPADA FPK

    FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

    Pendidikan di Malaysia ialah satu usaha berterusan ke arah lebih

    memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan

    bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari

    segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan

    kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk

    melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan,

    berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan

    berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi

    sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,

    masyarakat dan negara. (KPM 1996)

    Mazhab

    Realisme

    Mazhab

    Idealisme

    Mazhab

    Pragmatisme

    Mazhab

    Eksistensialisme

    Perenialisme

    Progresivisme

    Esensialisme

    Rekonstruksionisme

    FALSAFAH

    PENDIDIKAN ISLAM

    AL QURAN

    &

    SUNNAH

    Kognitif

    Afektif

    Psikomotor

    Akal

    Roh

    Jasad

    Intelek

    Rohani

    Emosi

    Jasmani

    FALSAFAH

    UMUM BARAT

    FALSAFAH

    PENDIDIKAN BARAT

    FPK

    Menyeluruh

    Bersepadu

    Seimbang

    Harmoni

    INSAN

    CEMERLANG

    Perkembangan

    Manusia

  • 32

    ZAINI ABDULLAH (NOTA KULIAH KPF 3012)

    CABANG FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

    Rumusan

    1. Falsafah merupakan aktiviti berfikir secara meluas, mendalam, kritis, holistik, sistematik, radikal, integral, konsepsual dan universal untuk menemui kebenaran.

    2. Falsafah pendidikan barat perenialisme, progresivisme, esensialisme dan rekonstruksionisme berteraskan mazhab falsafah umum iaitu idealisme, realisme,

    pragmatisme dan eksistensialisme.

    3. Falsafah pendidikan Islam menekankan unsur bersepadu, meyeluruh dan seimbang merangkumi akal, roh dan jasad.

    4. Falsafah pendidikan barat dan falsafah pendidikan Islam digabungkan untuk menjadi asas pembentukan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang bersifat eklektik.

    METAFIZIK

    Kepercayaan

    Ketuhanan

    EPISTEMOLOGI

    Pengetahuan &

    Keterampilan

    AKSIOLOGI

    Nilai (Etika &

    Estetika):

    Keperibadian &

    akhlak

    Intelek

    Rohani

    Jasmani

    Emosi

    MENYELURUH

    BERSEPADUS

    EIM

    BA

    NG

    HA

    RM

    ON

    I

    K

    U

    R

    I

    K

    U

    L

    U

    M

    K

    E

    B

    A

    N

    G

    S

    A

    A

    N

    Kurikulum

    Pengajian Tinggi

    Kurikulum Lepasan

    Menengah

    Kurikulum

    Bersepadu Sekolah

    Menengah (KBSM)*

    Kurikulum

    Bersepadu Sekolah

    Rendah (KBSR)*

    Prasekolah

    * Melibatkan Kurikulum Pendidikan Khas

  • 33

    ZAINI ABDULLAH (NOTA KULIAH KPF 3012)

    LATIHAN OBJEKTIF

    1. Manakah antara perkara berikut merujuk kepada hakikat falsafah ke arah menemui kebenaran?

    I. Berfikir secara kritis dan sistematik. II. Berfikir secara radikal dan integral. III. Berfikir secara vertikal dan horizontal. IV. Berfikir secara seimbang dan bersepadu.

    A. I dan II sahaja. B. III dan IV sahaja. C. I, II dan III sahaja. D. I, II, III dan IV.

    2. Menurut Russell (1946) terdapat tiga jenis ilmu yang bertindak ke arah kebenaran.

    Manakah di antara kedudukan ilmu berikut adalah benar mengikut penjelasan beliau?

    A. Kedudukan falsafah berada di antara agama dan sains. B. Kedudukan sains terletak di antara teologi dan falsafah. C. Kedudukan agama berada di antara falsafah dan sains. D. Falsafah, agama dan sains berada pada kedudukan yang sama

    3. Guru adalah role model yang sentiasa menjadi perhatian. Oleh itu guru mestilah kelihatan kemas dalam penampilan dan berpakaian, sopan dalam tutur kata dan tingkah

    laku dan berakhlak mulia.

    Apakah cabang falsafah yang boleh dikaitkan dengan pernyataan di atas?

    A. Logik. B. Metafizik. D. Aksiologi. D. Epistemologi.

    4.

    Apakah yang boleh dirumuskan dengan perkara di atas?

    A. Matlamat falsafah pendidikan. B. Sumbangan falsafah terhadap pendidikan. C. Penerapan unsur falsafah dalam pendidikan. D. Pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

    Pemilihan nilai Menggerak pemikiran Penetapan matlamat/ Objektif Penjelasan dan ketepatan makna Pemilihan pengetahuan, sumber dan kaedah

  • 34

    ZAINI ABDULLAH (NOTA KULIAH KPF 3012)

    LATIHAN ESEI

    1. Huraikan hakikat falsafah seperti yang anda faham.

    2. Apakah keistimewaan falsafah pendidikan barat yang diaplikasikan dalam FPK?

    3. Debatkan yang manakah lebih unggul di antara falsafah pendidikan barat dan falsafah pendidikan Islam dalam mempengaruhi Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

    4. Bincangkan maksud eklektik dalam konteks pembentukan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Mengapa eklektik?

    5. Analisiskan cabang Falsafah Pendidikan Kebangsaan dari aspek epistemologi dan aksiologi. Bagaimanakah pelaksanaannya dari aspek melahirkan warganegara yang

    cemerlang?

  • 35

    ZAINI ABDULLAH (NOTA KULIAH KPF 3012)

    UNIT 4

    PENGHAYATAN UNSUR DAN ELEMEN

    FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK)

    Objektif

    Objektif tajuk ini adalah untuk membolehkan pelajar memahami dan menghayati unsur-unsur

    dan elemen-elemen yang terkandung di dalam Falsafah Pendidikan kebangsaan (FPK).

    Hasil Pembelajaran

    Pada akhir pengajaran, pelajar dapat:

    1. Mengenalpasti kandungan dokumen FPK dari aspek yang tersurat dan tersirat. 2. Menghuraikan unsur-unsur dan elemen-elemen yang terkandung dalam FPK 3. Menganalisis pendidikan negara dari aspek bentuk, proses dan kesan akhir.

    APAKAH FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK)?

    Falsafah Pendidikan Kebangsaan

    Pendidikan di Malaysia ialah satu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan

    lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang

    seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan

    kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk

    melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan,

    berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri

    serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,

    masyarakat dan negara. (KPM 1996)

    APAKAH YANG TERKANDUNG DALAM FPK?

    Bentuk pendidikan.

    Proses-proses pendidikan yang mesti dilaksanakan.

    Kesan/ matlamat pendidikan yang mesti dicapai.

  • 36

    ZAINI ABDULLAH (NOTA KULIAH KPF 3012)

    BAGAIMANAKAH MODEL FPK?

    APAKAH UNSUR-UNSUR YANG TERKANDUNG DALAM FPK?

    1. Unsur Intelek

    Hikmah iaitu ilmu yang boleh membawa kepada kebenaran Daya pemikiran yang kreatif dan inovatif Daya pemikiran yang lojik dan analitik Ilmu yang bermanfaat Masyarakat yang berilmu pengetahuan yang mempunyai sikap suka membaca

    dan cinta ilmu.

    2. Unsur Rohani

    Keyakinan kepada Tuhan Kepercayaan beragama

    3. Unsur Emosi

    Kemantapan jiwa Penghayatan nilai-nilai murni dan norma masyarakat Berbudi pekerti mulia Berbakti dan berkorban Cintakan tanah air

    INTELEK ROHANI

    JASMANI EMOSI

    INSA

    N

    SEIM

    BANG

    DAN

    HARM

    ONIS

    ILMU

    PENGETAHUAN

    AKHLAK MULIA

    TANGGUNGJAWAB

    & SUMBANGAN

    KEPADA

    MASYARAKAT

  • 37

    ZAINI ABDULLAH (NOTA KULIAH KPF 3012)

    4. Unsur Jasmani

    Kecergasan fizikal dan kesihatan diri Dapat menggunakan anggota dan tenaga fizikal sendiri untuk berdikari dan

    hidup bermasyarakat

    BAGAIMANAKAH PENGHAYATAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

    DAPAT DILAKSANAKAN?

    PROSES

    1. Mendidik sebagai satu usaha 2. Mendidik secara berterusan 3. Pengajaran ke arah mengembangkan potensi murid 4. Pengajaran berfokus individu 5. Pengajaran dilaksanakan secara bersepadu & menyeluruh (Intelek,Rohani, Emosi,

    Jasmani)

    6. Membangunkan pelajar secara seimbang dan harmonis

    7. Berpaksi ketuhanan

    HASIL PEMBELAJARAN

    1. Membentuk insan cemerlang: berilmu, mahir, berakhlak 2. Melahirkan warganegara gemilang: berbakti kpd keluarga, masyarakat & negara 3. Mengangkat martabat bangsa yang terbilang

    Dimensi Instrinsik

    Percaya & patuh kepada Tuhan Berilmu Berketerampilan Berakhlak Bertanggungjawab Sejahtera diri

    Dimensi Instrumental

    Berupaya memberi sumbangan

    kepada kesejahteraan &

    kemakmuran

    Keluarga Masyarakat negara

    BENTUK

    Pendidikan adalah suatu proses

  • 38

    ZAINI ABDULLAH (NOTA KULIAH KPF 3012)

    BAGAIMANAKAH PENGOPERASIAN FPK?

    APAKAH IMPLIKASI FPK TERHADAP SISTEM PENDIDIKAN?

    HASILOPERASI FPKHASRAT FPK HASILOPERASI FPKHASRAT FPK

    Kepercayaan

    & Kepatuhan

    Kepada Tuhan

    ELEKTIF

    TERASKOKU

    Sistem

    Pendidikan

    Bersepadu &

    Menyeluruh

    Proses

    PAKK

    PSR

    PSM

    IPT

    Ilmu &

    Kemahiran

    Nilai

    Murni

    Bah

    asa

    INTELEK

    ROHANI

    EMOSI

    JASMANI

    Warganegara

    yang baik

    PERSEKOLAHAN

    K

    U

    R

    I

    K

    U

    L

    U

    M

    BUDAYA

    SEKOLAH

    SISTEM

    PENDIDIKAN

    G

    U

    R

    U

    Apa?

    Siapa?

    Di mana?

    Siapa?

    Bagaimana?

    Bagaimana?

    Mengapa?Mengapa?

    Sistem

    Aliran

    Kategori

    Jenis

    Lokasi

    Kuantiti

    Kualiti

    Gender

    Pendidikan

    Latihan

    Ilmu

    Kualiti

    Iklim

    Watak

    Liputan

    Reka bentuk

    Pembahagian

    Perkembanga

    Penilaian

    Pengajaran & Pembelajaran

  • 39

    ZAINI ABDULLAH (NOTA KULIAH KPF 3012)

    BAGAIMANAKAH FALSAFAH MEMBERI SUMBANGAN TERHADAP

    PENDIDIKAN?

    Penjelasan dan ketepatan makna Penetapan matlamat/ Objektif Menggerak pemikiran Pemilihan pengetahuan, sumber dan kaedah Pemilihan nilai

    BAGAIMANAKAH PENTERJEMAHAN DAN PELAKSANAAN FPK DAPAT

    DILAKUKAN?

    FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

    Huraian Sukatan Pelajaran (HSP)

    Sukatan Pelajaran (SP)

    Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT)

    Rancangan Pengajaran Harian (RPH)

    Hasil

    Pembelajaran

    Matlamat / Objektif Pendidikan

    T

    e

    r

    j

    e

    m

    a

    h

    a

    n

    Pelaksanaan

    Pengajaran &

    Pembelajaran

  • 40

    ZAINI ABDULLAH (NOTA KULIAH KPF 3012)

    RUMUSAN

    1. FPK mengandungi maklumat secara tersurat & tersirat tentang bentuk, proses dan hasil pendidikan di Malaysia.

    2. Unsur-unsur intelek, rohani, emosi dan jasmani menjadi fokus dan matlamat pendidikan.

    3. Pelaksanaan pendidikan menekankan elemen menyeluruh, bersepadu dan seimbang terhadap potensi individu.

    4. Pendidikan dihasratkan dapat melahirkan individu secara seimbang & harmonis dari aspek Intelek, rohani, emosi dan jasmani)

    5. Falsafah pendidikan memberi sumbangan:

    Penjelasan dan ketepatan makna

    Penetapan matlamat/ Objektif

    Menggerak pemikiran

    Pemilihan pengetahuan, sumber dan kaedah

    Pemilihan nilai

    LATIHAN ESEI

    1. Jelaskan konsep-konsep berikut:

    i. pendidikan ialah satu usaha berterusan

    ii. Pendidikan menyeluruh dan bersepadu

    2. Bincangkan proses pendidikan sebagaimana yang disarankan di dalam FPK.

    3. Bagaimanakah unsur-unsur intelek, rohani, emosi dan jasmani diterjemahkan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi sesuatu subjek?

    4. FPK menyatakan matlamat pendidikan yang dihasratkan. Berikan hujah anda terhadap kecapaian matlamat tersebut.

  • 41

    ZAINI ABDULLAH (NOTA KULIAH KPF 3012)

    UNIT 5

    FALSAFAH PENDIDIKAN GURU (FPG):

    PEMIKIRAN DAN AMALAN DALAM PROFESION

    KEGURUAN

    Hasil Pembelajaran

    Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, pelajar dapat:

    1. Menganalisis kandungan Falsafah pendidikan Guru Malaysia. 2. Mensintesis pemikiran dan amalan dalam profesion keguruan. 3. Mewatakkan ciri-ciri guru yang unggul.

    APAKAH YANG SEPATUTNYA MENJADI ILMU GURU?

    Menurut Shulman, L.S. (1986) Guru yang profesional mestilah menguasai 7 jenis

    pengetahuan:

    Pedagogi Kandungan mata pelajaran Konten-pedagogi Pelajar Konteks pendidikan di Malaysia Tujuan dan falsafah pendidikan di Malaysia Kurikulum

    Mengapa?

    The Lost Paradigm (Shulman ,1986)

    1. How teachers manage the classroom, organize activities, allocate time and turns, formulate the level of their questions, lessons plan and judge general student

    understanding.

    2. What we miss are questions about the content of the lesson taught, the questions asked and explanations offered.

    3. Where do teacher explanations come from?; How do teacher decide what to teach, how to present it, how to question students about it and, how to deal with the problem of

    misunderstanding?

  • 42

    ZAINI ABDULLAH (NOTA KULIAH KPF 3012)

    ADAKAH GURU KERJAYA PROFESIONAL?

    Ciri-ciri kerjaya profesional:

    1. Wujudnya himpunan ilmu mengenai profesion itu sendiri. 2. Anggota profesion mestilah menguasai dan menghayati himpunan ilmu tersebut. 3. Mempunyai himpunan kemahiran dan kecekapan yang unik kepada profesion itu

    sahaja.

    4. Kawalan profesion terhadap anggotanya daripada penyelewengan amalan. 5. Kepercayaan dan keyakinan terhadap matlamat profesion iaitu pendidikan dan

    bukannya pengajaran semata.

    APAKAH CABARAN PROFESION KEGURUAN?

    1. Bilangan ramai (405,000 orang) 2. Pelbagai skim (Sandaran Tidak Terlatih, Bukan Siswazah: DG29,DG32; Siswazah:

    DG41, DG44, DG48, DG52, DG54, JUSA C)

    3. Pelbagai kelayakan (Sijil/Diploma Pendidikan & Ijazah Sarjana Muda Pendidikan)

    Profesionalkah kerjaya guru?

    PEMBINAAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONALISME PERGURUAN

    Pra Perkhidmatan i. Pengetahuanprofesionalisme keguruan

    ii. Pembangunan sikap &

    sahsiah

    iii. Pembangunan Kemahiran

    Insaniah

    iv. Perkembangan sosial &

    kesukanan

    Universiti/ Fakulti

    Pendidikan

    (IPTA & IPGM )

    Kuliah,

    kokurikulum,

    latihan pengajaran

    mikro dan latihan

    mengajar di

    sekolah & khidmat

    sosial

    Pendidikan Berterusan

    Kursus,

    Seminar,

    Bengkel,

    Latihan

    2. Peringkat dalaman

    (Sekolah)

    1. Peringkat Luaran

    (PPD, JPN,

    Kementerian dll)

    In house training

    Latihan / Kursus

    Dalam Perkhidmatan

    Diploma Sarjana Muda Sarjana Kedoktoran

  • 43

    ZAINI ABDULLAH (NOTA KULIAH KPF 3012)

    Kursus Dalam Perkhidmatan (KDP) :

    Program yang menyediakan latihan keguruan kepada guru-guru terlatih yang sedang berkhidmat di sekolah kelolaan KPM.

    Bermatlamatkan peningkatan akademik dan pemantapan profesionalisme keguruan di kalangan guru.

    Contoh kursus:

    Bil Peringkat Program Tempoh Sasaran

    1

    Peningkatan

    Akademik

    Program Khas Pensiswazahan

    Guru (PKG)- kerjasama dengan

    IPT dalam negara

    3 tahun Guru Terlatih

    Program Pensiswazahan Guru

    Bahasa Antarabangsa Perancis,

    Jerman, Jepun

    13 tahun Guru Terlatih

    2

    Peningkatan

    Profesionalisme

    Kemahiran Pengajaran dan

    Pembelajaran Kokurikulum

    Teknologi Maklumat Pastoral

    Care

    Jangka Panjang

    dan Jangka

    Pendek

    Guru Terlatih

    Asas-Asas Pendidikan Guru (Zeichner & Liston, 1990)

    1. Tradisi akademik (atau ilmu) 2. Tradisi perkembangan 3. Tradisi kecekapan sosial 4. Tradisi social reconstructionalist

    Pendidikan guru mestilah membolehkan mereka (Lasley, 1990):

    1. Memiliki pengetahuan teknikal tertentu 2. Mengaplikasikan pengetahuan teknikal dalam situasi sebenar. 3. Mencerminkan mereka sebagai insan berilmu.

    Pendekatan yang bakal pendidik ketahui (Howey, 1989):

    1. Orientasi kemahiran atau kecekapan 2. Keupayaan penyelesaian masalah secara klinikal 3. Sikap seseorang yang berorientasikan kemanusiaan.

  • 44

    ZAINI ABDULLAH (NOTA KULIAH KPF 3012)

    APAKAH SIFAT-SIFAT PENDIDIK UNGGUL?

    (Muktamar Pertama Pendidikan Islam, Makkah, 1977):

    1. Bersifat tawadhu 2. Berakhlak/ bermoral 3. Insan yang berilmu (alim) 4. Memiliki taraf akademik yang baik 5. Mempunyai hubungan yang baik dengan masyarakat

    APAKAH FALSAFAH PENDIDIKAN GURU MALAYSIA (FPG)?

    1979 Laporan Jawatan Kuasa Kabinet menetapkan halatuju pendidikan guru di Malaysia: 1. Menghasilkan guru yang mempunyai kesedaran dan daya pemikiran untuk

    mengendalikan pengajaran dan pembelajaran secara interaktif bagi memperkembangkan

    lagi potensi pelajar.

    2. Melahirkan guru yang dapat membudayakan ilmu dalam masyarakat.

    1982 Falsafah Pendidikan Guru didokumentasikan dengan hasrat untuk mendidik:

    GURU YANG BERPEKERTI MULIA, BERPANDANGAN

    PROGRESIF DAN SAINTIFIK, BERSEDIA MENJUNJUNG

    ASPIRASI NEGARA SERTA MENYANJUNG WARISAN

    KEBUDAYAAN NEGARA, MENJAMIN PERKEMBANGAN

    INDIVIDU DAN MEMELIHARA SUATU MASYARAKAT YANG

    BERSATU PADU, DEMOKRATIK, PROGRESIF DAN

    BERDISIPLIN. (Bahagian Pendidikan Guru, 1982)

    APAKAH KANDUNGAN FPG?

    1. Berpekerti mulia

    Guru yang bersedia meletakkan kepentingan kepada orang lain (murid, ibu bapa ,

    masyarakat) melebih diri.

    2. Berpandangan progresif dan saintifik

    Guru sentiasa berfikiran positif, proaktif, inovatif dan motivatif. Mempunyai minda

    yang kehadapan dan sentiasa memperkembangkan ilmunya

    3. Bersedia menjunjung aspirasi negara

    Guru yang sentiasa meletakkan hasrat dan matlamat negara sebagai yang utama.

  • 45

    ZAINI ABDULLAH (NOTA KULIAH KPF 3012)

    4. Menyanjung warisan kebudayaan negara Meletakkan diri sebagai role model untuk mengekalkan nilai-nilai yang menjadi

    warisan kebudayaan negara agar menjadi teladan kepada murid, ibu bapa dan

    masyarakat.

    5. Menjamin perkembangan individu Sentiasa memberikan keutamaan dan mempastikan setiap murid diberikan peluang

    mengembangkan potensi secara menyeluruh dan bersepadu yang merangkumi aspek

    intelek, rohani, emosi dan jasmani secara terbimbing dalam aktiviti pengajaran &

    pembelajaran dan kokurikulum dan kurikulum tersembunyi.

    6. Memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu Guru perlu mengekalkan keharmonian dalam masyarakat majmuk dengan

    menekankan unsur bersatu padu dalam aktiviti yang dijalankan dan memastikan

    murid-murid pelbagai kaum sentiasa berinteraksi antara satu sama lain.

    7. Memelihara suatu masyarakat yang demokratik Sentiasa memberi peluang kepada murid-murid untuk membuat keputusan. Berlaku

    adil dalam membuat keputusan. Bertindak berasaskan pertimbangan wajar.

    8. Memelihara suatu masyarakat yang progresif Memberi penekanankepada aspek inovatif, kreatif, analitikal, kritikal, holistik,

    bersepadu dalam melaksanakan tugas bagi membentuk murid yang dapat berfikiran

    secara progresif dan saintifik. Guru perlu menekankan kaedah inkuiri-penemuan dan

    kaedah dapatan bagi memupuk sifat gemar menyiasat dan mereka cipta

    9. Memelihara suatu masyarakat yang berdisiplin Mempastikan keharmonian, keselamatan dan keamanan menerusi penerapan nilai

    etika dan peraturan yang mesti dipatuhi untuk oleh murid agar membentuk

    masyarakat yang cemerlang.

    APAKAH OBJEKTIF PENDIDIKAN GURU?

    Melatih dan menghasilkan guru-guru unggul bagi memenuhi tuntutan dan aspirasi negara:

    1. Profesional 2. Kualiti sosial 3. Kualiti moral 4. Personaliti yang baik

  • 46

    ZAINI ABDULLAH (NOTA KULIAH KPF 3012)

    BOLEHKAH MODEL PENDIDIKAN GURU DI KONSEPSUALKAN?

    Rajah: Model Konsepsual Pendidikan Guru

    APAKAH STANDARD GURU MALAYSIA?

    KEMAHIRAN SAHSIAH

    ILMU

    GURU

    KEMAHIRAN SAHSIAH

    ILMU

    GURU

    Content knowledge

    Pedagogical content knowledge

    Knowledge of learners

    General pedagogical knowledge

    Knowledge of educational context

    Curriculum knowledge

    Knowledge of educational ends, purposes, and values

    Because public school teacher are government employees and because of

    their leadership roles with students, they

    are often expected by the public at large

    and their school system superiors to

    conform to certain codes of personal

    behavior that are not usually imposed

    upon other adults. (Myers & Myers, 1995, pg 338)

    Interpersonal Intrapersonal Komunikasi Teknologi Kemahiran

    Profesional

    Pengurusan masa Pengurusan kelas

    DIRI MASYARAKAT

    KETUHANAN

    Ilm

    u

    Nilai

    Kemahiran

    G

  • 47

    ZAINI ABDULLAH (NOTA KULIAH KPF 3012)

    APAKAH YANG MENJADI KOMPONEN DALAM KURIKULUM PERGURUAN?

    Komponen Ikhtisas: Membina kemahiran, sikap dan pengetahuan asas perguruan Komponen Akademik: Membina pengetahuan Kandungan mata pelajaran (subject

    matter)

    Komponen Perkembangan Diri: Membina kemahiran mengendalikan aktiviti sukan dan kokurikulum serta kemahiran bersosial

    APAKAH IMPLIKASI FPG TERHADAP PEMIKIRAN DAN AMALAN

    PROFESIONALISME KEGURUAN?

    1. Etika profesional 2. Ilmu dan kemahiran 3. Responsibility and accountability 4. Kepenggunaan ilmu dan kemahiran 5. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran

    RUMUSAN

    1. FPG dan FPK adalah saling berkaitan

    2. FPG merupakan halatuju dalam pembinaan watak guru

    3. Watak guru berteraskan kepada unsur sahsiah, ilmu/pemikiran, tanggungjawab, nilai dan amalan.

    4. Pemikiran guru terhadap ilmu keguruan

    5. Amalan guru berfokus kepada murid, ibu bapa, masyarakat dan negara

    LATIHAN ESEI

    1. Apakah maksud perguruan dan keguruan?

    2. Adakah FPG dan FPK mempunyai perkaitan? Jelaskan?

    3. Berikan perbandingan di antara pemikiran guru dan amalan guru dalam perkembangan professionalisme keguruan?

    4. Bagaimanakah hasrat yang terdapat di dalam FPG boleh diterjemahkan secara berkesan?

    5. Berikan penjelasan lanjut mengenai bersedia menjunjung aspirasi negara yang terkandung di dalam FPG.

    6. Bagaimanakah Standard Guru Malaysia dapat membantu memartabatkan profesion keguruan?

  • 48

    ZAINI ABDULLAH (NOTA KULIAH KPF 3012)

    UNIT 6

    DASAR-DASAR DALAM PERKEMBANGAN

    PENDIDIKAN DI MALAYSIA

    HASIL PEMBELAJARAN

    Pelajar dapat:

    1. Menerangkan pengertian dasar dan konteksnya dengan pendidikan 2. Menganalisis tujuan dasar-dasar pendidikan 3. Menilai dasar pendidikan negara.

    APA DASAR?

    Dasar = Asas = tunjang = teras = akar

    Untuk pengukuhan sesuatu perkara.

    Merupakan suatu ketetapan yang diajukan oleh penggubal dasar.

    APAKAH TUJUAN SESUATU DASAR DIBUAT?

    Disiplin

    Mendisiplinkan merupakan penerapan dasar legislatif dalam bentuk akta yang mengenakan

    syarat dan hukuman. Hukuman yang dikenakan dalam bentuk penjara atau denda atau kedua-

    duanya sekali. Dalam perkhidmatan awam tindakan mendisiplin juga melibatkan amaran

    lisan, amaran bertulis, penahanan, pemindahan, pengekalan (statik) dan pemecatan.

    Ganjarannya pula ialah kesinambungan operasi, perkhidmatan kepada mereka yang akur.

    Contoh dasar jenis ini ialah Akta Pendidikan 1996

    TUJUAN

    DASAR

    Inovasi

    Kebajikan

    Disiplin

    Solusi

  • 49

    ZAINI ABDULLAH (NOTA KULIAH KPF 3012)

    Inovasi

    Dasar-dasar berkaitan inovasi pula bertujuan membara pembaharuan dalam masyarakat

    menerusi pendidikan. Dasar jenis ini bersifat futuristik-pragmatik kerana cuba membawa

    masyarakat kepada keadaan yang lebih baik dari yang sedia ada. Penyertaan secara holistik

    dan komprehensif dari semua pihak menjadi penentu kepada kejayaan dasar jenis ini. Contoh

    dasar jenis ini dalam pendidikan ialah Dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan

    Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang dilaksanakan pada tahun 2003 oleh

    Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad.

    Solusi

    Dasar yang berkaitan dengan penyelesaian masalah yang berkaitan sosial dan ekonomi.

    Dasar ini berbentuk reaktif kerana bertujuan untuk mengatasi masalah yang timbul. Hal ini

    disebabkan trend atau perkembangan semasa yang berubah-ubah akibat tuntutan prioriti

    manusia dan ekonomi semasa. Contoh dasar ini dalam pendidikan ialah Dasar 60 sains dan

    40 sastera dan Dasar 1 pelajar 1 sukan.

    Kebajikan

    Dasar memperbaiki kebajikan & perkhidmatan melibatkan perbekalan prasarana, kualiti

    kehidupan. Dasar jenis ini biasanya dalam bentuk akta dan edaran pekeliling (ikhtisas &

    kementerian). Bagi melaksanakan dasar ini, kerajaan menyediakan peruntukan kewangan

    yang besar untuk menaja projek-projek pembangunan prasarana dan perkhidmatan. Contoh

    dasar ini ialah yuran pendidikan percuma, pinjaman buku teks secara menyeluruh, Dasar

    Keciciran Sifar, Dasar Integrasi Nasional.

    APAKAH DASAR-DASAR PENDIDIKAN DALAM PERKEMBANGAN

    PENDIDIKAN NEGARA?

    1. Dasar Warisan Pendidikan Tradisional Melayu. 2. Dasar Peminggiran Pendidikan (19511 1800) 3. Dasar Polarisasi Pendidikan (1800 1957) 4. Dasar Reformasi Pendidikan (1957 1979) 5. Dasar Inovatif Pendidikan (1980 1990) 6. Dasar Liberalisasi Pendidikan (1990 2000) 7. Dasar Globalisasi Pendidikan (2000 2010)

  • 50

    ZAINI ABDULLAH (NOTA KULIAH KPF 3012)

    APAKAH ELEMEN DAN PETUNJUK TERHADAP PEMBUATAN DASAR?

    Sumber: Cochran & Malone (1995)

    FASA

    Penentuan

    Agenda

    Peramalan

    & Pencarian

    Alternatif

    Perancangan

    Dasar

    Pelaksanaan

    Dasar Penaksiran

    Dasar

    TINDAKAN

    Cadangan

    Dasar

    (Analisis)

    Kenalpasti

    Masalah

    (alternative)

    Penerimaan

    Operasi

    Program

    Penilaian

    Apakah

    masalahnya?

    Apakah yang

    akan terjadi jika

    tidak melakukan

    sesuatu?

    Bagaimanakah

    masalah

    ditafsirkan?

    Apakah

    matlamatnya?

    Apakah pilihan

    yang ada yang

    boleh membawa

    kebaikan atau

    sedikit

    keburukan?

    Adakah dasar itu

    berkaitan dengan

    politik?

    Apakah ukuran

    yang boleh

    membantu dalam

    memastikan

    kejayaan

    pelaksanaan

    dasar?

    Apakah criteria di

    mana polisi boleh

    ditafsirkan

    dengan baik?

    Ditafsirkan

    dengan adil?

    PENSTRUKTURAN

    MASALAH

    PERAMALAN PENGSYORAN PENGAWASAN PENILAIAN

    CIRI-CIRI

  • 51

    ZAINI ABDULLAH (NOTA KULIAH KPF 3012)

    APAKAH DASAR-DASAR BERKAITAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

    1. Bahasa 2. Pepaduan 3. Teknologi 4. Guna tenaga 5. Pengatarabangsaan 6. Pembangunan Insan 7. Pembentukan Negara Bangsa

    Bahasa

    Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi Malaysia Dasar Bahasa Kebangsaan diperkenalkan pada 1970an untuk menyumbang kepada

    perpaduan negara

    Sekolah aliran Inggeris dimansuhkan secara berperingkat-peringkat Bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa pengantar utama yang dilaksanakan sepenuhnya

    pada peringkat menengah di Semenanjung Malaysia dan Sabah pada tahun 1982,

    manakala di Sarawak pada tahun 1990.

    Seksyen 21(2) Akta Pelajaran 1961 jelas mempunyai hasrat bahawa bahasa Melayu akan dijadikan bahasa pengantar yang tunggal dalam sistem persekolahan

    Penggunaan satu bahasa juga adalah untuk tujuan perpaduan rakyat Seksyen 21(2) Akta Pelajaran 1961

    Where at any time the Minister is satisfied that a national type primary school

    may suitable be converted into national primary school, he may by order

    direct that the school become a national primary school.

    Penggunaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua juga turut diberi tumpuan. PPSMI diperkenalkan pada 2003 untuk Tahun 1 SR, Ting. 1 dan Ting 6R SM

    Pepaduan

    Fokus pendidikan selepas merdeka adalah untuk perpaduan Perpaduan melibatkan 3 kaum utama Melayu, Cina dan India. Mengikut Akta Pelajaran 1961

    (Pendidikan menggunakan kurikulum dan sistem peperiksaan yang sama bagi tujuan

    perpaduan)

    Kami percaya juga yang tujuan dasar pelajaran di dalam negeri ini ialah

    bermaksud hendak menyatukan budak-budak daripada semua bangsa di dalam

    negeri ini dengan memakai satu peraturan pelajaran yang meliputi semua

    bangsa dengan menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar

    yang besar, walaupunperkara ini tidak dapat dilaksanakan dengan serta merta

    melainkan hendaklah diperbuat dengan beransur-ansur. (Penyata Razak, Para

    12))

  • 52

    ZAINI ABDULLAH (NOTA KULIAH KPF 3012)

    Selepas 1969 perpaduan masih melalui pendidikan dan juga melalui :-

    - Dasar Sosial Negara

    - Dasar Ekonomi Baru

    - Rukun Negara

    - Dasar Bahasa

    Teknologi

    Dunia berkembang pesat kerana perkembangan pesat dalam bidang teknologi Politeknik, ITM, UTM ditubuhkan selaras dengan kehendak perkembangan teknologi MP Sains diperkenalkan semula di Tahap 2 SR pada 1994 dan di Tahap 1 pada 2001

    selaras dengan keperluan sains dan teknologi

    MSC diperkenalkan sebagai salah satu aplikasi perdana berkaitan ICT Salah satu mercu tanda MSC ialah Sekolah Bestari Dirintis di 87 Sekolah Bestari 1999-2000 7 flagship application on MSC

    (a) Telemedicine (b) Smart Schools (c) R & D Cluster (d) Multipurpose Card (e) Borderless Marketing (f) Electronic Government (g) World Wide Manufacturing

    Reighluth (1987)

    As we enter deeper into a highly technological, rapidly changing information-

    oriented society, the present structure of our education system will become

    more and more inadecuate!. With our entire nation still at risk, we are forced

    to reevaluate and restructure the entire way schools operate, the approaches

    we use in teaching and the way students learn.

    . Technology is greatly increasing students ability to understand and learn complex material; it is inspiring revolutionary changes in classroom,

    schools and entire school systems.

    Guna Tenaga

    Selepas merdeka wujud keperluan untuk membagunkan negara Guna tenaga banyak diperlukan dalam pelbagai bidang (pendidikan, teknik/vokasional,

    perubatan, kejuruteran dll).

    Sehubungan itu institusi seperti maktab, politeknik, institut, universiti dsbnya ditubuhkan. Contoh ITM (1967), USM (1969), KTAR (1969), PUO (1969) UKM (1970), UPM

    (1971), UTM (1972).

  • 53

    ZAINI ABDULLAH (NOTA KULIAH KPF 3012)

    Akta Pendidikan Tinggi Swasta 1996 Akta Majlis Pendidikan Tiggi Negara 1996 Akta Lembaga Akreditasi Negara 1996 Penubuhan institusi pengajian tinggi adalah untuk melahirkan tenaga kerja peringkat

    profesional (ijazah) dan semi-profesional (diploma)

    Pengatarabangsaan

    Selaras dalam sistem pendidikan adalah selaras dengan globalisasi Dunia sudah menjadi tanpa sempadan Globalisasi selaras dengan kehidupan pascamoden Konsep glokal juga diperkenalkan Multiligual cuba diperkenalkan untuk disepadukan dalam kurikulum (contohnya dalam

    PPSMI)

    Pembangunan Insan

    Pendidikan bagi pembangunan insan ke arah mewujudkan masyarakat yang mapan FPN tersurat pada 1988 (Menjadi FPK pada 1996) Hasrat FPK agar pembangunan insan berlaku : - secara seimbang dan bersepadu (JERI)

    - melibatkan dimensi intrinsik dan instrumental

    - untuk kesejahteraan diri, keluarga,

    masyaarakat dan negara

    Rasional ke arah pembangunan insan a) Manusia ialah sebaik-baik kejadian b) Manusia ialah khalifah Allah di muka bumi

    Isu-isu yang timbul c) Kebinasaan diri (dadah, rempit, bohsia, bunuh diri dll.) d) Kerosakan orang lain (ragut, rompak, rogol, bunuh dll) e) Pencemaran alam (global warming, tanah runtuh, banjir kilat f) Engkar perintah tuhan (free thinker dll.)

    Dalam PIPP 2006-1010 pembangunan insan disebut semula dengan istilah a) Modal insan

    b) Negara bangsa

    c) Rakyat minda kelas pertama

  • 54

    ZAINI ABDULLAH (NOTA KULIAH KPF 3012)

    Pembentukan Negara Bangsa

    KPM berhasrat untuk membangunkan warganegara dari awal persekolahan dengan ciri-ciri glokal, patriotik dan cintakan negara serta menyanjung dan menjunjung warisan

    budaya dan kesenian bangsa.

    Hasrat membina Negara Bangsa ini akan dicapai dengan memperkasakan Bahasa Melayu, meningkatkan disiplin pelajar, menggiatkan Rancangan Intergrasi Murid Untuk

    Perpaduan (RIMUP) serta menggiatkan aktiviti kokurikulum dan sukan bagi membina

    jati diri serta menerapkan budi bahasa dan adab di kalangan pelajar.

    Pendidikan Holistik

    Sistem pendidikan tidak berasaskan peperiksaan semata-mata untuk menilai pencapaian murid. Menerusi sistem ini pengumpulan mata dilaksanakan. Markah

    murid dari tahun 1 tahun 6 dikumpul dan dikira bagi menentukan pencapaian. Markah keseluruhan akan digabungkan dengan markah dari empat penilaian lain

    iaitupsikometrik (kecenderungan & sikap), kokurikulum, peperiksaan sekolah

    dan peperiksaan kementerian. Murid akan menduduki peperiksaan seragam oleh LPM

    selain UPSR. Kepentingan UPSR hanya 30%.

    Projek percubaan dilaksanakan pada tahun 2008 di 50 buah sekolah di Wilayah Persekutuan, Selangor dan Pahang.

    2009 - sebanyak 500 sekolah dipilih untuk laksana projek perintis tranformasi 2010 pelaksanaan secara menyeluruh di semua sekolah rendah membabitkan

    murid pra sekolah & tahun 1 di semua jenis sekolah rendah.

    RUMUSAN

    Dasar digubal dan dilaksanakan untuk tujuan disiplin/ kawalan, inovasi, solusi dan kebajikan/ perkhidmatan.

    Bermatlamat keharmonian, keadilan, penambahbaikan dan pemantapan.

    Proses pembuatan dan pelaksanaan sesuatu dasar memerlukan perancangan yang teliti dan sistematik demi mencapai matlamatnya.

    Pelaksanaan dasar melibatkan kos, risiko dan sumber manusia yang pakar dan bilangan yang ramai.

    Penggubalan dilakukan pada peringkat kabinet dan diterjemahkan pada peringkat Kementerian Pelajaran, Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah dan

    sekolah-sekolah (Top Down). Guru-guru adalah pelaksana, perlu akur dengan dasar yang telah dibuat.

  • 55

    ZAINI ABDULLAH (NOTA KULIAH KPF 3012)

    LATIHAN OBJEKTIF

    1. Perubahan dasar dan hala tuju pendidikan yang berlaku dalam sistem pendidikan di

    Malaysia sejak selepas merdeka sehingga sekarang adalah _____________

    A. mengikut pola kegawatan ekonomi yang berlaku. B. selaras dengan arus perubahan global dan modenisasi. C. bagi mengekalkan aspirasi penjajahan yang masih menebal. D. untuk mengukuhkan kedudukan dan kestabilan parti pemerintah.

    2.

    Jika dianalisis pernyataan tersebut, dapat disimpulkan bahawa ______________

    A. Sekolah Kebangsaan perlu diperkasskan. B. Akta Pelajaran 1961 perlu berasaskan Penyata Razak. C. peperiksaan memasuki sekolah menengah perlu dimansuhkan. D. bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar di sekolah adalah perlu.

    .

    3.

    B

    e

    rPembangunan kemanusiaan yang guru boleh lakukan di sekolah ialah

    _________________

    A. membangunkan kemahiran fizikal dan mental pelajar ke arah penyediaan tenaga kerja.

    B. meningkatkan lagi daya keusahawanan untuk pertumbuhan dan perkembangan ekonomi negara.

    C. memperoleh pengetahuan dan kemahiran asas serta mengembangkan bakat, nilai, sikap dan amalan yang baik.

    D. menanamkan sesuatu ideologi negara dalam diri para pelajar bagi tujuan membangunkan sistem pemerintahan negara.

    "Tujuan Dasar Pelajaran di dalam negeri ini ialah bermaksud hendak

    menyatukan budak-budak daripada semua bangsa di dalam negeri ini . . .

    (Penyata Razak, Perenggan 12)

    Tegasnya, individu yang dilahirkan daripada sistem persekolahan negara perlu selaras dengan tujuan pembangunan kemanusiaan.

    (Perkara 452 dalam Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979)

  • 56

    ZAINI ABDULLAH (NOTA KULIAH KPF 3012)

    LATIHAN ESEI

    1. Huraikan makna dan konteks dasar pendidikan.

    2. Jelaskan tujuan dasar pendidikan digubal bagi negara Malaysia.

    3. Analisiskan dasar pendidikan era penjajah sehinggalah kemerdekaan negara.

    4. Bagaimanakah rupa bentuk dan dasar pendidikan di negara Malaysia selepas kemerdekaan?

    5. Bagaimanakah dasar-dasar pendidikan dapat memacu Malaysia menjadi sebuah negara maju pada 2020?

  • 57

    ZAINI ABDULLAH (NOTA KULIAH KPF 3012)

    UNIT 7

    RANCANGAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN DI

    MALAYSIA

    HASIL PEMBELAJARAN

    Pada akhir pembelajaran, pelajar dapat.

    1. menjelaskan hubungkaitan di antara perancangan dan pembangunan pendidikan. 2. menganalisis kategori perancangan pendidikan 3. menilai program perancangan pembangunan pendidikan negara.

    PENDIDIKAN KE ARAH MANA?

    FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

    Pendidikan di Malaysia ialah satu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan lagi

    potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang

    dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan

    kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara

    Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab

    dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap

    keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

    Misi PENDIDIKAN

    Membangun sistem pelajaran yang bertaraf dunia dari segi kualiti bagi memperkembangkan

    potensi individu sepenuhnya dan memenuhi aspirasi negara Malaysia.

    Wawasan 2020

    Malaysia menjadi sebuah negara maju mengikut acuan tersendiri. Perlu menghadapi 9

    cabaran:

    Membentuk sebuah negara yang bersatu padu Melahirkan sebuah masyarakat Malaysia yang bebas, teguh dan mempunyai keyakinan

    diri

    Membangunkan masyarakat demokratis yang matang Membentuk sebuah masyarakat yang kukuh moral dan etikanya dan utuh nilai

    keagamaanya

    Mewujudkan masyarakat yang matang dan bersifat toleran. Membentuk masyarakat yang bersifat sains serta progresif Mewujudkan masyarakat berbudi dan berbudaya penyayang Menjamin pembentukan sebuah masyarakat yang adil ekonominya Mewujudkan masyarakat yang makmur

  • 58

    ZAINI ABDULLAH (NOTA KULIAH KPF 3012)

    BAGAIMANAKAH MALAYSIA MEMBUAT PERANCANGAN PEMBANGUNAN

    PENDIDIKAN?

    Perancangan Pembangunan Pendidikan

    Kos Pembangunan Pendidikan = 8% - 30% dari perbelanjaan Negara.

    Tempoh/ Jangkamasa Perancangan:

    1. Jangka Pendek (1 5 tahun) Cth: Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PPIP 2006-2010)

    2. Jangka Panjang (> 5 tahun)

    Rancangan Perkembangan Pendidikan (2001-2010) telah diumumkan dalam Seminar Perkembangan Pendidikan di Shah Alam pada 8.10.2001

    Wawasan Pendidikan

    Agihan Peruntukan Dalam RMK 9 (2006 2010) Terhadap Pendidikan

    RM 23.198 bilion peruntukan terbesar berbanding sektor lain

    Prasekolah RM 327.3 juta - untuk 2,626 sekolah, 3,143 kelas, 76,000 kanak-kanak menjelang 2010

    Sekolah Rendah RM 4.1 bilion - akan menyediakan 13,000 BD (68% luar bandar)

    - sekolah satu sesi drp 86% kpd 90%

    - saiz kelas dikurangkan kpd 31 murid kpd 30 murid menjelang 2010

    Sekolah Menengah RM 4.5 bilion - kurangkan kesesakan dlm BD

    - menyediakan 10,000 BD (57% luar bandar)

    - sekolah satu sesi drp 65% kpd 70% menjelang 2010

    - saiz kelas drp 32 kpd 30 menjelang 2010

    Sekolah Bantuan Kerajaan 108.4 juta - belanja mengurus 1,755 buah sekolah

    Menjelang 2020 negara mensasarkan Sekolah Kebangsaan lebih adil dan saksama kepada orang awam daripada pelbagai kaum

    Murid Cina dijangka bertambah daripada 6% (2005) kepada 12% (2010) Murid India dijangka bertambah daripada 43.2% (2005) kepada 60% (2010) (Dari RM ke-8 lagi telah disarankan menjelang 2010, 50% guru Sekolah

    Rendah berijazah)

  • 59

    ZAINI ABDULLAH (NOTA KULIAH KPF 3012)

    PELAN INDUK PEMBANGUNAN PENDIDIKAN (PPIP 2006-2010)

    Misi : Merintis Pembaharuan : Satu Misi Nasional

    Enam Teras Strategik PIPP

    Teras 1: Membina negara bangsa

    Ciri-ciri: Warganegara berciri glokal, patriotik, cinta negara, warisan

    budaya, kesenian bangsa. Memperkasa bahasa Melayu, disiplin pelajar,

    RIMUP, kokurikulum, sukan, jati diri, budi bahasa, adap sopan.

    Teras 2: Membangunkan modal insan

    Ciri-ciri: sistem nilai, disiplin, sahsiah, akhlak, jati diri pelajar, sains &

    teknologi, inovatif, kreatif, kebolehpasaran, penilaian bersifat holistik

    Teras 3: Memperkasa sekolah kebangsaan

    Ciri-ciri: menjadi sekolah pilihan utama masyarakat, infrastruktur, ICT,

    guru terlatih mengikut opsyen, pertambahan staf sokongan.

    Teras 4: Merapatkan jurang pendidikan

    Ciri-ciri: Mmengikut lokasi, kaum, jantina, tahap sosioekonomi,

    keupayaan pelajar.

    Teras 5: Memartabatkan profesion perguruan

    Ciri-ciri: guru berijazah, naik taraf maktab perguruan, pemilihan calon,

    perjawatan, penempatan, kebajikan, membina rumah guru

    Teras 6: Melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan

    Ciri-Ciri: Membentuk sekolah kluster mengikut akademik, kokurikulum,

    sukan dan bidang khusus dan dirangkaikan dengan institusi ternama di luar

    negeri.

    REFLEKSI: Setelah PIPP (2006 2010) lengkap satu pusingan, apakah aspek pembangunan pendidikan yang telah dilaksanakan? Sejauhmanakah kejayaan yang

    tercapai hasil dari perancangan yang telah dilaksanakan?

  • 60

    ZAINI ABDULLAH (NOTA KULIAH KPF 3012)

    PEMBANGUNAN PROGRAM SEKOLAH

    PROGRAM DEFINISI OBJEKTIF DITUBUH BIL MILIK

    Sekolah

    Berprestasi

    Tinggi

    (SBT)

    Sekolah yang

    mempunyai etos, watak,

    identiti sendiri dan unik

    yang bertujuan

    menyerlahkannya dalam

    semua aspek pendidikan

    Mewujudkan inovasi

    dalam pengurusan

    sekolah dan

    mementingkan

    produktiviti pelajar

    2010 20 KPM

    Sekolah

    Kluster

    Pusat kecemerlangan

    (dalam kelompok

    sekolah) dengan

    memberi fokus kepada

    beberapa bidang seperti

    muzik, sukan, ICT, sains,

    bahasa dan lain-lain

    disiplin pengajian.

    Melonjakkan

    kecemerlangan institusi

    pendidikan dan

    pembangunan sekolah

    dalam kluster yang sama

    dan juga sekolah di luar

    kluster.

    2007 120 KPM

    Sekolah

    Wawasan

    Pelbagai jenis sekolah

    rendah seperti SK,

    SJK(C) dan SJK(T)

    berkongsi kawasan dan

    dan kemudahan yang

    sama tetapi ditadbir oleh

    pengurusan sekolah yang

    berasingan.

    Untuk menggalakkan

    interaksi dan perpaduan

    antara pelajar

    2004 8 KPM

    Sekolah

    Primier

    Sekolah dalam kelompok

    kluster yang berusia

    lebih 100 tahun dan

    cemerlang dalam bidang

    akademik serta

    kokurikulum.

    Mengiktiraf sekolah-

    sekolah yang cemerlang

    dalam akademik dan

    kokurikulum, serta

    menghasilkan ramai

    pemimpin, ahli korporat,

    profesional dan ahli

    sukan.

    2006 4 KPM

    Sekolah

    Pintar

    (Promoting

    Intelligence,

    Nurturing,

    Talent,

    Advocating

    Responsibilit

    y)

    Mrupakan inisiatif

    tanggungjawab sosial

    oleh syarikat milik

    kerajaan (GLC) dan

    syarikat korporat

    tempatan dalam

    menjayakan

    kecemerlangan akademik

    dalam kalangan kanak-

    kanak luar bandar di

    seluruh negara.

    Meningkatkan tahap

    pendidikan negara

    melalui penyertaan

    syaraikat-syarikat

    bertanggungjawab.

    2006 212 (33

    Syarikat

    Korporat)

    KPM,

    GLC, Syt

    Korporat.

    Sekolah

    Amanah

    Sekolah-sekolah yang

    diuruskan secara

    bersama antara sektor

    swasta dan pentadbir

    sekolah bagi

    meningkatkan prestasi

    sekolah dan pelajar;

    merentasi pelbagai latar

    belakang prestasi dan

    sosip-ekonomi pelajar.

    Untuk membawa

    perubahan besar dalam

    pencapaian sekolah

    melalui kerjasama

    kepakaran sektor swasta

    dan awam.

    2011 10 KPM,

    Yayasan

    AMIR

    Sekolah Sekolah menengah Menyediakan suasana, 1905 62 KPM

  • 61

    ZAINI ABDULLAH (NOTA KULIAH KPF 3012)

    Berasrama

    Penuh (SBP)

    perdana yang dikhaskan

    untuk pelajar-pelajar

    yang mendapat

    keputusan cemerlang

    pada penilaian peringkat

    UPSR dan PMR.

    kemudahan dan proses

    pembelajaran secara

    terancang, terkawal dan

    sempurna kepada

    warganegara Malaysia

    khususnya pelajar-

    pelajar luar bandar yang

    cemerlang.

    (MCKK)

    Maktab

    Rendah

    Sains

    MARA

    (MRSM)

    Merupakan sekolah

    berasrama penuh yang

    dibina oleh Majlis

    Amanah Rakyat.

    Membangunkan

    pendidikan untuk

    pelajar-pelajar

    bumiputera yang

    cemerlang.

    1973

    (MRSM

    Pengkalan

    Chepa)

    42 MARA

    Sekolah

    Menengah

    Teknik &

    Vokasional

    Merupakan sekolah yang

    menyalurkan

    perkembangan potensi

    pelajar-pelajar dalam

    pendidikan sains dan

    teknologi untuk

    membangunkan sumber

    tenaga mahir dalam

    industri negara.

    Membangun dan

    mengembangkan potensi

    dan kecenderungan

    pelajar-pelajar menjadi

    separa profesional dalam

    pelbagai bidang teknikal

    dan kejuruteraan.

    KPM

    Sekolah

    Pendidikan

    Khas

    Sekolah khas untuk

    kanak-kanak kurang

    upaya.

    Pendidikan yang diberi

    menekankan

    perkembangan jasmani,

    emosi, rohani dan intelek

    supaya kanak-kanak ini

    berpeluang mendapatkan

    pendidikan ke peringkat

    tertinggi bagi

    membolehkan mereka

    mendapatkan pekerjaan

    dan hidup berdikari.

    SR (28)

    SM (3)

    KPM,

    KPWKM,

    KK.

    Sekolah

    Menengak

    Kebangsaan

    Agama

    (SMKA)

    Sekolah yang

    menintegrasikan

    kurikulum kebangsaan

    dan pendidikan Islam

    Pendidikanyang

    menekankan

    pembangunan pelajar

    secara holistik dan

    bersepadu

    menggabungkan

    akademik dan agama.

    1977 55 KPM

    Kolej

    Matrikulasi

    Institusi pendidikan

    lepasan menengah untuk

    persediaan pelajar

    bumiputera lepasan SPM

    untuk mengikuti kursus

    sains, teknologi dan

    sastera ikhtisas di IPT.

    Pendidikan lepasan

    menengah untuk

    persediaan pelajar

    memasuki IPT mengikut

    jurusan tertentu

    khususnya Sains &

    Teknologi.

    1998 14 KPM

    Sekolah

    Sukan

    Malaysia

    Sekolah elit khas untuk