nota cerita lipur lara

7
CERITA LIPUR LARA Konsep Cerita lipur lara merupakan cerita yang paling popular dalam kalangan masyarakat Melayu lama, dikenali juga sebagai roman rakyat (folk romances) atau fairy-tales, folktales atau merchen. Cerita ini biasanya mengisahkan raja-raja dan putera-puteri raja. Wataknya cantik, gagah serta kuat dan biasanya mengandungi unsur pengembaraan dan bersifat penghibur hati ( Mohd Taib Osman, 1974). Menurut Ismail Hamid (1987), Lipur bermaksud hibur dan lara bermaksud duka atau kesedihan hati . Penglipur Lara bermaksud penghibur hati yang duka atau penghibur hati yang sedih. Cerita lipur lara disampaikan secara lisan melibatkan gaya penyampaian, lagu dan alat-alat muzik mudah. Pencerita atau penyampai dikenali sebagai Tok Selampit, Awang Batil atau Awang Belangga. Gelaran ini bersempena nama-nama alat muzik yang digunakan semasa mempersembahkan cerita. Antara cerita-cerita lipur Lara yang popular ialah Hikayat Malam Deman, Hikayat Malim Dewa, Hikayat Raja Budiman, Hikayat Raja Donan, Hikayat Anggun Cik Tunggal, Hikayat Seri Rama, Hikayat Awang Sulung Merah Muda, Hikayat Raja Muda, Hikayat Raja Ambong, Cerita-cerita Gembang, Awang Gembang, Raja Dewa dan Selampit, Raja Mahadong Bongsu, Awang Lutong dan Hikayat Terung Pipit.

Upload: jienajihah

Post on 26-Dec-2015

164 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

nota cerita lipur lara

TRANSCRIPT

Page 1: Nota Cerita Lipur Lara

CERITA LIPUR LARA

Konsep

Cerita lipur lara merupakan cerita yang paling popular dalam kalangan

masyarakat Melayu lama, dikenali juga sebagai roman rakyat (folk romances)

atau fairy-tales, folktales atau merchen. Cerita ini biasanya mengisahkan raja-

raja dan putera-puteri raja. Wataknya cantik, gagah serta kuat dan biasanya

mengandungi unsur pengembaraan dan bersifat penghibur hati ( Mohd Taib

Osman, 1974).

Menurut Ismail Hamid (1987), ‘Lipur’ bermaksud ‘hibur’ dan ‘lara’

bermaksud ‘duka’ atau ‘kesedihan hati’. ‘Penglipur Lara’ bermaksud

‘penghibur hati yang duka’ atau penghibur hati yang sedih.

Cerita lipur lara disampaikan secara lisan melibatkan gaya

penyampaian, lagu dan alat-alat muzik mudah. Pencerita atau penyampai

dikenali sebagai Tok Selampit, Awang Batil atau Awang Belangga. Gelaran ini

bersempena nama-nama alat muzik yang digunakan semasa

mempersembahkan cerita.

Antara cerita-cerita lipur Lara yang popular ialah Hikayat Malam

Deman, Hikayat Malim Dewa, Hikayat Raja Budiman, Hikayat Raja Donan,

Hikayat Anggun Cik Tunggal, Hikayat Seri Rama, Hikayat Awang Sulung

Merah Muda, Hikayat Raja Muda, Hikayat Raja Ambong, Cerita-cerita

Gembang, Awang Gembang, Raja Dewa dan Selampit, Raja Mahadong

Bongsu, Awang Lutong dan Hikayat Terung Pipit.

Page 2: Nota Cerita Lipur Lara

Ciri-ciri

1. Diwarisi dan menjadi pusaka yang tinggi nilainya sejak zaman-

berzaman.

2. Bertemakan percintaan wira dengan wirawati.

3. Ceritanya berpusatkan puetra atau puteri raja

4. Ceritanya terbahagi kepada tiga bahagian, awal, tengah dan akhir

5. Kaya dengan unsur-unsur alam super natural dan kuasa sakti

6. Berlakunya pengembaraan yang bertolak dari mimpi atau niat.

7. Terdapatnya watak manusia dan bukan manusia (jin)

8. Kemenangan sentiasa dipihak putera atau puteri raja

9. Menjadi milik bersama kerana nama penulis atau pengarang tidak

dinyatakan.

10.Banyak menggunakan bahasa istana

11.Mengandungi unsur mitos dan legenda.

12.Banyak menggunakan penanda wacana pada awal ayat. Contohnya

maka, sebermula, al-kisah, arakian dan sebagainya.

13.Mengisahkan tentang pengembaraan anak-anak raja yang penuh

dengan kehebatan dan keperkasaan

14.Kebiasaannya cerita akan berakhir dengan kegembiraan dan

kemenangan kepada wira atau wirawati.

Page 3: Nota Cerita Lipur Lara

Gaya Bahasa

Cerita penglipur lara disampaikan secara lisan, oleh itu unsur-unsur irama

seperti rentak, tekanan dan turun naik nada suara adalah penting. Antara

gaya bahasa yang sering digunakan ialah:

1. Penggunaan Puisi

Puisi kerap digunakan dalam cerita-cerita lipur lara, antaranya ialah :

a) Rangkap ulang (runs)

Rangkap-rangkap yang teratur dan menarik, diucapkan secara

berulang-ulang pada bahagian-bahagian tertentu. Berfungsi sebagai

sebagai penegasan dan pewarnaan peristiwa-peristiwa atau keadaan.

Kebiasaannya digunakan untuk menggambarkan kecantikan

seseorang anak raja, kehebatan, mengisahkan perjalanan, perayaan

diraja dan kejadian-kejadian luar biasa yang lain.

Dalam Hikayat Raja Donan, digambarkan sambutan rakyat

terhadap perayaan diraja sempena perkahwinan wira dan wirawati.

Yang capik datang bertongkat

Yang buta meraba-raba

Yang tua leka bertanya

Yang kecil terambil lintang

Yang jarak bertolak-tolakan

Yang pendek tinjau-meninjau

Yang kurap mengekor angin

(Hikayat Raja Donan)

b) Pantun

Contoh pantun yang digunakan dalam cerita Poteri Bongsu berpantun

meratapi dirinya ketika tidak dipedulikan oleh suaminya, Malim Deman.

Page 4: Nota Cerita Lipur Lara

Ada kain songket permata

Tenun Puteri Galoh Kencana

Ada lain buangkan beta

Kerana beta dagang yang hina

2. Penggunaan bahasa pertuturan seharian dalam cerita-cerita prosa

tradisional, dan biasanya dipengaruhi oleh dialek tempat cerita

berkenaan dituturkan. Sebagai contoh bangat,diamat-amati, terkosel-

kosel dan sebagainya.

3. Penggunaan bahasa istana terutama apabila penceritaan tentang raja-

raja. Contohnya gering, bertitah, beta, mangkat dan sebagainya.

4. Bahasa perbandingan

Kebiasaannya digunakan untuk menerangkan sifat-sifat istimewa wira

dan wirawati, mereka dibandingkan secara langsung dengan objek-

objek alam. Misalnya, untuk menggambarkan kecantikan puteri-puteri

raja biasanya dikatakan pipi pauh dilayang, rambut mayang mengurai,

bibir delima merekah, kuku bagai kikir taji dan sebagainya.

5. Penggunaan Kata pangkal ayat, biasanya digunakan sebagai penanda

wacana penceritaan. Contohnya maka, arakian, alkisah, syahadan dan

sebagainya.

6. Penggunaan ayat-ayat yang panjang dan berbelit-belit sesuai dengan

pengucapannya secara lisan. Terdapat juga unsur pengulangan kata

yang banyak dan ketara.

Page 5: Nota Cerita Lipur Lara

Fungsi-Fungsi Cerita Penglipur Lara  

 

Berfungsi sebagai ‘alat’ hiburan

 

Cerita-cerita penglipur lara memainkan peranan penting sebagai ‘alat’ hiburan

bagi masyarakat melayu tradisi, khasnya dikalangan rakyat jelata kerana isi

ceritanya mempunyai cerita yang indah-indah dan menyeronokkan dan ianya

dapat memberi suatu kepuasan yang menghiburkan. Isi cerita penglipur lara

juga dijadikan sebagai suatu ‘pelarian’ bagi golongan rakyat jelata yang

miskin dan hidup dikelilingi penderitaan kerana isi cerita penglipur lara amat

menonjolkan unsur-unsur kemewahan yang indah. Dengan ini mereka dapat

melarikan diri seketika daripada kenyataan hidup yang sebenar.

 

Berfungsi sebagai alat pengajaran dan pendidikan moral

 

Cerita-cerita penglipur lara kaya dengan unsur-unsur moral dan etika yang

dapat dicontohi oleh masyarakat. Nilai-nilai moral dan etika yang jelas dalam

cerita penglipur lara ialah :

 

i) SIFAT HORMAT KEPADA IBU BAPA DAN ORANG TUA.

Wira dan wirawati tidak pernah menentang kehendak ayahanda bonda,

walaupun adakalanya perintah tersebut begitu sukar dan

membahayakan, malah mereka akan meminta izin terlebih dahulu

daripada ayahanda bonda mereka sebelum keluar mengembara.

ii) SIFAT TANGGUNGJAWAB PEMIMPIN (RAJA)

Dalam cerita Penglipur lara ini jelas tergambar tentang raja yang

mempunyai perasaan penuh tanggungjawab terhadap keluarga dan

negerinya.

Page 6: Nota Cerita Lipur Lara

iii) SIFAT-SIFAT PATRIOTIK DAN CINTAKAN TANAH AIR

Sifat ini jelas tergambar dalam episod peperangan. Raja, pembesar

mahupun rakyat jelata masing-masing tidak akan mudah menyerah

kalah, berganding bahu mempertahankan negeri mereka daripada

serangan luar dan sanggup mengorbankan nyawa mereka dengan

berlawan bermati-matian hingga ke titisan darah yang terakhir.

iv) HUBUNGAN HARMONI DAN MESRA ANTARA GOLONGAN RAJA

DAN RAKYAT

Kemesraan hubungan antara golongan istana dengan rakyat jelata

jelas tergambar ketika upacara tertentu diadakan di istana, misalnya

ketika majlis perkahwinan dan kenduri kendara di istana. Semua

golongan rakyat datang beramai-ramai dari pelbagai lapisan

masyarakat, kecil, besar, tua dan muda. Ini jelas seperti yang

tergambar melalui petikan puisi di bawah;

“Yang capik datang bertongkat,

Yang buta datang berpimpin,

Yang pekak datang bertanya,

Yang kurap mengekor angin.” 

v) BERBUAT BAIK KEPADA IBU BAPA DAN KEPADA MEREKA YANG

TIDAK BERNASIB BAIK

Sifat ini jelas nyata terdapat dalam watak Si Kembang Cina atau

Bujang Selamat. Selain itu, kedua-dua watak ini melambangkan

kesetiaan dan watak-watak “pekerja” yang bekerja dengan penuh

dedikasi dan memberi sepenuh komitmen terhadap tugas-tugas yang

dipertanggungjawabkan kepadanya.

Page 7: Nota Cerita Lipur Lara

vi) SIFAT BERDIKARI DAN MENCARI UNTUNG

Sifat ini selalu saja terdapat dalam watak wira dan wirawati di mana

mereka akan berdikari sehingga mereka berjaya mencapai apa yang

dihajati. Selain itu wira dan wirawati sendiri juga pandai mencari

untung dalam apa jua yang mereka lakukan.