cerita aladdin

17
BAHASA MELAYU TAHUN TEMA: NILAI MURNI ALADDIN DAN LAMPU AJAIB

Upload: lampualadin

Post on 03-Aug-2015

303 views

Category:

Education


5 download

TRANSCRIPT

1. BAHASA MELAYU TAHUN TEMA: NILAI MURNI ALADDIN DAN LAMPU AJAIB 2. Aladdin seorang pemuda yang cerdik tetapi pemalas.Pada suatu hari ibunya memarahi dan menyuruhnya pergi ke pasar untuk mendapatkan kerja. 3. Di pasar,Aladdin bertemu seorang tukang sihir.Tukang sihir berjanji akan memberikan wang emas dan permata jika Aladdin menurut perintahnya.Aladdin berasa gembira lalu mengikut perintah tukang sihir. 4. Gosok cincin ini dan jin akan muncul membantu kamuTukang sihir menyuruh Aladdin masuk ke dalam gua dan mencari sebuah lampu.Sebelum masuk ke dalam gua dia memberikan cincin ajaib kepada Aladdin. 5. Aku sudah jumpa lampu tersebut.Berikan lampu itu kepada aku.Keluarkan aku dari sini.Setelah Aladdin menjumpai lampu tersebut dia memaklumkan kepada tukang sihir itu.Tukang sihir menyuruh Aladdin memberikan lampu itu kepadanya,tetapi Aladdin meminta tukang sihir mengeluarkannya dari gua yang gelap itu.Tukang sihir marah lalu menutup pintu gua. 6. Aladdin berfikir apa tindakan yang harus dia lakukan.Aladdin segera menggosokkan cincin ajaib itu dan muncullah jin yang besar.Aladdin terus membuat permintaan kepada jin itu supaya segera menghantarnya pulang ke rumah.Sekelip mata sahaja Aladdin sudah berada di rumahnya.Aku adalah jin kepada cincin itu,apa hajat tuanTolong hantar aku pulang ke rumah 7. Semasa di rumah Aladdin terfikir mungkin lampu yang diambilnya mempunyai keajaiban.Aladdin terus menggosok lampu itu dan jin pun muncul di hadapannya.Jin itu terus bertanya hajat Aladdin.Aladdin meminta jin itu menyediakan sebuah istana yang besar untuknya.Dalam sekelip mata sahaja Aladdin menjadi seorang hartawan.Apakah hajat tuan ?Berikan aku sebuah istana yang besar 8. Kekayaan menjadikan Aladdin terkenal dalam sekelip mata sahajaAladdin telah jatuh cinta dengan seorang puteri yang cantik dan mereka pun berkahwin 9. Tukang sihir mendapat tahu Aladddin tinggal di istana besar.Dia menyamar sebagai penjual lampu dan pergi ke istana ketika Aladdin tiada di situ.Lampu baru tukar yang lamaTawaran hebat ! Aku akan tukarkan lampu Aladdin ini dengan yang baru. 10. Tukang sihir segera menggosok lampu ajaib itu,apabila jin muncul dia terus membuat permintaan.Tukang sihir menyuruh jin pindahkan istana Aladdin ke tempat yang jauh.Apakah hajat kau,aku akan berikan ?Pindahkan istana dan tuan puteri ke tempat yang jauh 11. Jin segera menurut perintah tukang sihir,istana dan tuan puteri diangkat oleh jin tersebut .Dia meletakkan istana tersebut di suatu tempat yang jauh dari manusia.Pastikan Aladdin tidak berjaya mencari istana dan tuan puterinya.Aku akan ikut perintah kau sekarang juga 12. Apabila Aladdin pulang dia terkejut melihat istana dan tuan puteri telah tiada.Aladdin segera menggosok cincin dijarinya dan menyuruh jin membawa dia ke tempat lampu ajaib.Jin pun membawanya ke rumah tukang sihir itu.Pada waktu itu tukang sihir sedang tidur.Aladdin segera mengambil lampu ajaib tersebut. 13. Aladdin menggosok lampu ajaib itu dan meminta jin mengembalikan istana dan tuan puteri ke tempat asal.Aladdin menyuruh jin menangkap tukang sihir dan menghantarnya ke tempat yang jauh.Akhirnya Aladdin dan tuan puteri hidup bahagia. 14. Nilai murni Daripada cerita BERWASPADA 15. JUJUR 16. Bersyukur dengan apa yang kita miliki 17. Ceritakan semula cerita ini dengan menggunakan ayat kamu sendiri SEMOGA KITA MENDAPAT PENGAJARAN DARIPADA CERITA INI