cerita penglipulara

27
CERITA PENGLIPULARA

Upload: ladyrozy

Post on 10-Jun-2015

1.688 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

Kesusasteraan Melayu Tradisional Kertas 1

TRANSCRIPT

Page 1: CERITA PENGLIPULARA

CERITA CERITA

PENGLIPULARA

Page 2: CERITA PENGLIPULARA

DEFINISI CERITA PENGLIPULARADEFINISI CERITA PENGLIPULARADikenali sebagai ‘folklore’ Roman rakyat oleh R.O Winstedt.Cerita berlegar dalam golongan istana – gambaran keindahan dan kemewahan.Penuh dengan unsur supernatural serta kesaktiaanMengikut Dr Ismail Hamid dalam bukunya “Perkembangan Kesusasteraan Melayu Lama” mengatakan bahawa “Penglipur” bermaksud penghibur, “lara” bermaksud duka. Cantuman dua perkataan itu membawa pengertian cerita yang menghiburkan orang yang dalam kesedihan atau duka cita.

Page 3: CERITA PENGLIPULARA

Contoh-contoh Cerita PenglipularaContoh-contoh Cerita Penglipulara

Hikayat Malim DemanHikayat Awang Sulong Merah MudaHikayat Malim DewaHikayat Raja BudimanHikayat Raja (Seri) Rama

Cerita Penglipulara disampaikan oleh tukang-tukang cerita yang mahir dengan gaya istimewa seperti Pawang Ana, Awang Batil, Tok Selampit dan sebagainya.

Page 4: CERITA PENGLIPULARA

CIRI-CIRI UMUM

CERITA PENGLIPULARA

TemaStruktur Isi

Cerita

Berpusat di kalangan putera-puteri raja

Watak dan Perwatakan

Penya

mpai

an

dan g

aya

bahas

a

CIRI-CIRI CERITA PENGLIPULARA

Latar

Page 5: CERITA PENGLIPULARA

TEMA

Bertemakan percintaan antara wira dan wirawati di kalangan putera dan puteri raja.

Disebabkan hal-hal tertentu wira terpaksa mengembara mencari wirawati.

Dalam pengembaraan wira ini ditonjolkan persoalan-persoalan peperangan, kesaktiaan, kehebatan, kemewahan, dan kegagahan.

Dalam pengembaraan ini wira mengahadapi rintangan san halangan. Penyelesaian cerita wira hidup bahagia bersama wirawati.

Page 6: CERITA PENGLIPULARA

Cerita Berpusat Dikalangan Putera-puteri RajaCerita yang berligar dikalangan putera-puteri raja.

Gambaran kehebatan, kecantikan, kemegahan kehidupan golongan istana dengan penuh kesaktian serta berhubung dengan dewa-dewi.

Dalam cerita penglipulara , keturunan raja-raja ini dikaitkan asal usulnya dari keturunan dewa-dewi.

Page 7: CERITA PENGLIPULARA

LATAR CERITA PENGLIPULARA

Latar atau setting cerita dalam cerita penglipulara meliputi latar yang amat luas iaitu dunia nyata dan kayangan.

Latar dunia meliputi istana, alam semesta seperti hutan belantara, gunung-ganang dan sebagainya.

Page 8: CERITA PENGLIPULARA

DARI SEGI STRUKTUR ISI CERITA

3 Bahagian Cerita

Bahagian Awal

- seblm pengembaraan atau kisah kelahiran

Bahagian Pengembaraan

- Kisah semasa pengembaraan.

Bahagian Akhir

Kisah-kisah selepas pengembaraan atau penyelesaian cerita

Page 9: CERITA PENGLIPULARA

BAHAGIAN 1 : KISAH SEBELUM PENGEMBARAANBAHAGIAN 1 : KISAH SEBELUM PENGEMBARAAN

Menceritakan kelahiran wira – dipenuhi dengan berbagai kjadian luarbiasa – disertai dengan ribut petir dan juga kekadang lahir bersama dengan barang ajaib.

Page 10: CERITA PENGLIPULARA

BAHAGIAN 2 : KISAH PENGEMBARAANBAHAGIAN 2 : KISAH PENGEMBARAAN

Menceritakan sebab-sebab wira keluar mengembara.Kisah semasa pengembaraan – berhadapan dengan berbagai halangan dan rintangan Berlaku peperangan antara wira dengan watak –watak jahat yang menghalang wira mencapai hajat dengan cepat.Dalam bahagian ini juga terdapat unsur-unsur percintaan dan perkahwinan.

Page 11: CERITA PENGLIPULARA

BAHAGIAN KETIGA : SELEPAS PENGEMBARAANBAHAGIAN KETIGA : SELEPAS PENGEMBARAAN

Berjaya mencapai hajatWira kembali semula ke istana –membawa isteri.Bahagia dan hidup aman dengan segala kemegahan memerintah kerajaan

Page 12: CERITA PENGLIPULARA

Watak dan PerwatakanWatak dan Perwatakan

Watak Utama (Protagonis)

Watak Pembantu

Watak Jahat (Antagonis)

Page 13: CERITA PENGLIPULARA

Watak Utama (Protagonis)Watak Utama (Protagonis)

Terdiri dikalangan anak-anak raja.Warna watak utama diwarnai seputih-putihnya – berwatakkan baik dan mempunyai segala kelebihan.Contohnya mempunyai segala kelebihan dan keistimewaan dari segi ketampanan, kegagahan, kesaktian dan tidak mudah dikalahkan oleh musuh.

Page 14: CERITA PENGLIPULARA

Watak Jahat (Antagonis)Watak Jahat (Antagonis)

Watak jahat ialah watak yang menjadi penghalang kepada watak wira dalam cerita penglipurlara ini.Warna watak jahat atau antoganis ini diwarnai dengan perwatakan ‘hitam’ – dianggap musuh kepada jahat kerana sering berniat burukContohnya sering menimbulkan pergaduhan dan peperangan antaranya dengan watak wira.

Page 15: CERITA PENGLIPULARA

Watak PembantuWatak PembantuWatak pembantu biasanya terdiri daripada rakyat biasa.

Biasanya watak pembantu ini menjadi pembantu atau pengasuh atau pengiring watak utama samada watak wira atau wirawati dan juga nenek kebayan.

Contohnya watak nenek kebayan dalam Hikayat Malim Deman yang membantu Malim Deman mengahwini Malim Deman dengan Puteri Bongsu.

Page 16: CERITA PENGLIPULARA

Gaya BahasaGaya BahasaPenceritaan dalam bentuk prosa diselang selikan dengan bahasa puisi yang indah dan berirama (iaitu puisi berirama)Kesan pengunaan bahasa puisi ialah ia berupaya menimbulkan keindahan kerana bahasa berirama indah dari segi pemilihan kata seperti kata-kata perulangan, kata-kata perbandingan atau kiasan, kata perbandingan dari segi ulangan bunyi, rima dan sebagainya.Berkesan dapat menggambarkan suasana yang berbagai-bagai seperti sedih, gembira, terharu, bahagia dan lain-lain.Keindahaan darisudut gaya penyampaian-disampaikan mengikut irama

Page 17: CERITA PENGLIPULARA

Cara PersembahanCara Persembahan

Dimulakan dengan upacara tertentu seperti membakar kemenyan dan membaca jampi serapah.Cara berpakaian tukang-tukang cerita.Diiringi alat-alat muzik tertentu seperti rebab, dan gendang.Penyampaian oleh tukang-tukang cerita yang profesional.

Page 18: CERITA PENGLIPULARA

Fungsi Cerita PenglipurlaraFungsi Cerita Penglipurlara

Cerita penglipurlara ini disampaikan oleh tukang-tukang cerita. Tukang-tukang cerita ini menyampaikan ceritanya dengan gaya tersendiri, unik dan berupaya menarik perhatian pendengar.

Cerita-cerita dipenuhi peristiwa fantasi, luarbiasa,penuh gambaran kemewahan, kebesaran dan keindahan hidup golongan putera-puteri membuat orang yang mendengarnya terhibur.

Gaya tukang cerita menyampaikan cerita, diselang-seli dengan ungkapan yang indah, disampaikan denganiringan muzik dapat menimbukan suasana nyaman dan menyeronokkan.

1. Sebagai ‘alat’ hiburan

Page 19: CERITA PENGLIPULARA

Isi cerita penglipurlara menggambarkan keindahan, kehebatan serta kehebatan dapat memberikan ketenangan fikiran dan kelapangan jiwa kepada mereka yang hidup dalam kemiskinan dan penderitaan.

Mendengar cerita yang indah dan hebat dapat melarikan diri seketika daripada kenyataan hidup yang dialami sebenarnya.

2. Sebagai suatu pelarian (escapism)

Page 20: CERITA PENGLIPULARA

Cerita –cerita dan watak-watak yan digambarkan dengan unsur-unsur moral dan etika yang dapat dicontohi masyarakat.

Antara nilai-nilai moral dan etika yang jelas dari cerita penglipurlara ialah :

a. Sifat hormat kepada ibu bapa dan orang tua.

b. Sifat tanggungjawab pemimpin

c. Sifat patriotik dan cinta tanah air

d. Hubungan harmoni antara golongan raja dan rakyat.

e. Berbuat baik kepada ibibapa dan mereka yang tidak bernasib baik

f. Sifat berdikari dan mencari untung.

3. Sebagai alat pendidikan

Page 21: CERITA PENGLIPULARA

Sifat ini dimiliki oleh wira dan wirawati.

Mereka tidak pernah engkar terhadap kata-kata atau perintah kedua ibu bapa mereka.

Segala perintah dituruti oleh wira dan wirawati di dalam cerita penglipurlara ini. Sebelum melaksanakan tugas atau sebelum keluarmelaksana suruhan ayah bonda, mereka terlebih dahulu meminta izin dari ayah bonda mereka.

a. Sifat hormat kepada ibubapa dan orang tua.

Page 22: CERITA PENGLIPULARA

Di dalam cerita penglipurlara ini ditonjolkan sifat-sifat raja yang sangat bertanggungjawab terhadap negeri serta keluarganya.

b. Sifat tanggungjawab Pemimpin

Page 23: CERITA PENGLIPULARA

Sifat ini jelas tergambar dlam episod peperangan.

Raja,pembesar serta rakyat berganding bahu mempertahankan negeri mereka daripada serangan luar.

c. Sifat Patriotik dan Cinta kepada Tanah Air

Page 24: CERITA PENGLIPULARA

Keharmonian serta kemesraan antara golongan raja dan rakyat jelata boleh dilihat semasa upacara-upacara yang diadakan di istana

Misalnya ketika majlis perkahwinan di istana. Semua golongan rakyat datang beramai-ramai.

d. Hubungan Harmoni dan Mesra Antara Golonga Raja dan Rakyat

Page 25: CERITA PENGLIPULARA

Di dalam cerita penglipulara ini watak-watak utama serta watak-watak pembantu sentiasa berbuat baik terhadap kedua ibu bapa mereka. Mereka juga sentiasa menolong orang yang tidak bernasib baikdan di dalam kesusahan.

Contohnya sifat Bujang Selamat.

e. Berbuat baik kepada ibu bapa dan kepada mereka yang tidak bernasib baik.

Page 26: CERITA PENGLIPULARA

Unsur-unsur moral dan etika yang terkandung dalam cerita-cerita penglipurlara dapat diwarisi kepada generasi yang terkemudian.

4. Sebagai pengekalan norma dan sistem etika masyarakat.

Page 27: CERITA PENGLIPULARA

Cerita-cerita penglipurlara menggambarkan corak kehidupan masyarakat Melayu.

Misalnya, dari segi sistem pemerintahan yang bersifat feudal itu.

Gambaran adat istiadat yang diamalkan di istana.

Sistem sosial yang diamalkan baik dari segi pendidikan, kepercayaan, amalan dan sebagainya.

5. Sebagai Alat Gambaran Masyarakat