cerita kesihatan

29
BAB 1 : Kawan Baik Saya Nurul Fatin Sarahah adalah seorang murid Darjah 4 di S.K Cempaka Sari. Dia seorang murid yang bijak dan cerdas. Dia selalu mendapat markah terbaik dalam peperiksaannya. Kami kagum dan berbangga mempunyai kawan sepertinya. Dia bukan sahaja bijak dan cerdas tetapi juga peramah dan baik hati. Dia sering menepati masa dan tak pernah datang lewat ke sekolah. Di sekolah dia sentiasa cergas menjalankan aktiviti-aktiviti sekolah meskipun dari pagi sampai ke petang. Dia tidak pernah mengeluh mengatakan aktiviti-aktiviti sekolah meletihkan. Semua kerja sekolah yang cikgu beri dibuatnya dengan baik. Dia juga aktif dalam 1

Upload: kdarakotot3278

Post on 25-Jun-2015

1.124 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Cerita Kesihatan

BAB 1 : Kawan Baik Saya

Nurul Fatin Sarahah adalah seorang murid

Darjah 4 di S.K Cempaka Sari. Dia seorang murid yang

bijak dan cerdas. Dia selalu mendapat markah terbaik

dalam peperiksaannya. Kami kagum dan berbangga

mempunyai kawan sepertinya. Dia bukan sahaja bijak

dan cerdas tetapi juga peramah dan baik hati. Dia

sering menepati masa dan tak pernah datang lewat

ke sekolah. Di sekolah dia sentiasa cergas

menjalankan aktiviti-aktiviti sekolah meskipun dari

pagi sampai ke petang. Dia tidak pernah mengeluh

mengatakan aktiviti-aktiviti sekolah meletihkan.

Semua kerja sekolah yang cikgu beri dibuatnya

dengan baik. Dia juga aktif dalam ko-kurikulum. Dia

banyak mewakili sekolah dalam beberapa

pertandingan. Dia juga pernah mewakili bahagian ke

peringkat negeri dalam beberapa pertandingan yang

1

Page 2: Cerita Kesihatan

disertainya. Kami rakan-rakannya selalu bertanya

apakah petua yang menjadikan dia seorang yang

bijak,cerdas dan cergas.

Dia tidak pernah lokek dengan apa sahaja. Dia

menceritakan kepada kami bagaimana dia boleh

menjadi seorang yang cerdas dan cergas. “Kita

mestilah sentiasa menjaga kesihatan,” katanya.

“Bagaimana awak menjaga kesihatan awak,” tanya

Sabirah. “Alah nanti saya ceritakan,”katanya lagi.

Kami sama-sama ketawa keriangan dengan gelagat

dan caranya bercakap. Kami berjalan menuju ke satu

tempat di kawasan sekolah kami untuk mendengar

2

Page 3: Cerita Kesihatan

cerita Nurul Fatin Sarahah. Kami duduk di satu

bangku. Beberapa kawan kami yang lain pun datang

dan turut serta ingin mendengar ceritanya. “Ceritalah

cepat kami ingin sangat mendengar rahsia awak ni,”

desak Sabirah. “Tak ada yang rahsianya. Kita semua

tahu tentang kebersihan terutamanya kebersihan

diri,tempat tinggal dan kawasan persekitaran

kita”,katanya memulakan cerita.Dia mengatakan

bahawa kebersihan diri itu yang utama.Kita sendiri

yang bertanggungjawab terhadap diri kita sendiri.

Orang lain tak boleh nak mandikan kita setiap hari

walaupun mak kita sendiri. Tak malu ke dah besar

panjang mak masih mandikan kita.

BAB 2 : Kebersihan Diri

Nurul Fatin Sarahah tersenyum kepada kami

semua. Kami masih dalam dilema. Apa yang dia

maksudkan. “Eh, Nurul ceritalah dengan jelas tentang

kebersihan diri itu, kami tak sabar nak tahu ni,” Kata

Farzan. Dia tersenyum lagi dan mula menjelaskan

tentang kebersihan diri. Kebersihan diri itu bukan

saja kita mandi tetapi merangkumi semua yang ada

pada diri kita. Kita perlu menjaga kebersihan badan,

kaki, tangan, kuku, gigi dan semua anggota badan

3

Page 4: Cerita Kesihatan

kita. Kita juga perlu menjaga kebersihan pakaian dan

kasut kita.”Yalah, tapi bagaimana nak nak menjaga

semua tu,tak laratlah kita.” Kata Sabirah.

Nurul menjawab, “sebab itulah kita mesti tanamkan

sikap rajin dan tanggungjawab dalam diri kita. Bila

kita ada sifat-sifat itu, kita akan tahu membahagikan

masa untuk melakukannya bukannya memberi alasan

untuk mengelak daripada melakukannya dan

mengharapkan orang lain melakukannya untuk kita.

Cucilah kasut tu sendiri sampai bersih. Begitu juga

pakaian, janganlah dipakai berulang kali hingga

baunya boleh membunuh sekandang kambing,”. Kami

semua ketawa gelihati dengan kata-kata Nurul.

Betul apa dia katakan. Kita perlu mandi

sekurang-kurangnya tiga kali sehari. Mandi mestilah

menggunakan sabun dan syampu rambut supaya ia

bersih dan badan kita berasa segar.

4

Page 5: Cerita Kesihatan

Di samping itu kita jangan lupa menjaga kebersihan

gigi dan mulut kita. Gosok gigi sekurang-kurangnya

tiga kali sehari. Gunakan ubat gigi. Jumpalah doktor

sekiranya terdapat gigi yang rosak. Doktor akan

menampal gigi yang berlubang dan membersihkan

gigi yang terdapat plak yang sukar dibersihkan

dengan berus gigi.

Kenapa gigi perlu diberus?

5

Page 6: Cerita Kesihatan

Memberus gigi boleh membersihkan sisa makanan

dan plak dari permukaan gigi. Ia juga merupakan

salah satu cara untuk gigi mendapat fluorida yang

membantu menguatkan gigi. Penjagaan awal

memastikan kita mempunyai kesihatan mulut yang

baik sepanjang hayat.

Mengapa memberus gigi itu penting?

Memberus gigi sehingga bersih penting untuk:

Mencegah penyakit gusi

Membantu menguatkan dan mencegah kerosakan

gigi (sekiranya ubat gigi berfluorida digunakan).

Kita juga perlu membersihkan kaki dan juga tangan.

Kuku hendaklah bersih dan pendek. Potong kuku

sekurang-kurangnya seminggu sekali. Jika kuku kita

kotor kuman yang ada pada kuku akan masuk ke

dalam perut kita apabila kita memegang makanan

dengan tangan kita. Bersihkan tangan dengan sabun

selepas ke tandas atau selepas bermain di luar

rumah. Sebelum makan juga kita perlu mencuci

tangan dengan bersih. Kalau tangan kita bersih,kita

akan selamat daripada jangkitan penyakit yang

disebabkan oleh kuman.

6

Page 7: Cerita Kesihatan

“Bukan itu saja kawan-kawan, “ kata Nurul Fatin

Sarahah.”kita juga perlu menjaga pakaian kita supaya

sentiasa bersih. Pakaian yang kotor juga terdapat

kuman yang mungkin menyebabkan kita mendapat

penyakit kulit. Jadi pakaian kita hendakalah bersih

sentiasa, kalau kotor janganlah dipakai lagi.” Kata

Nurul Fatin lagi. Kami seronok mendengar Nurul Fatin

Sarahah bercerita. Dia Memang bijak dan

berkebolehan.

BAB 2 Kebersihan Kawasan

7

Page 8: Cerita Kesihatan

Suatu pagi saya pergi ke rumah Nurul Fatin

Sarahah. Emaknya yang menjemput saya masuk

dengan sopan. Emaknya seorang guru. Dia mengajar

di seklah tempat kami belajar. Dia juga seorang guru

yang baik dan lemah-lembut. Kami seronok kalau dia

yang mengajar di kelas kami.Dia pandai mengambil

hati kami. Dia seorang guru yang gigih dan rajin.

Saya terpegun melihat kawasan rumah mereka.

Bukan kerana rumahnya besar dan mahal.

Sebenarnya rumah mereka sederhana sahaja tetapi

bersih dan teratur. Di luar kawasan rumah mereka

kelihatan cantik dan bersih. Begitu juga di bahagian

dalamnya. Kemas dan teratur. Sungguhpun perabut

yang terdapat dalam rumah itu sederhana tetapi

bersih dan kemas.Ia disusun rapi di ruang-ruang yang

sesuai. Bijak sungguh emak Nurul menyusun-atur

perabutnya. Hiasan yang sederhana menambah lagi

seri dalam rumah tetrsebut. Terasa ketenangannya

bila duduk di ruang tamu rumah tersebut. Saya terus

memerhati ruang tamu itu dengan penuh minat. Tiba-

tiba Nurul Fatin muncul dan menyapa

saya,”Assalamualaikum dah lama sampai?’.

“Waalaikummussalam, baru sebentar tadi,’ saya

menjawab. “Maaflah, saya lambat sikit jumpa awak,

saya tengah berkemas di bilik tadi,”kata Nurul Fatin

8

Page 9: Cerita Kesihatan

lagi.’Rumah awak ni cantiklah, saya suka. Bersih dan

kemas lagi,” saya terus memuji. “Tak ada yang

cantiknya, biasa saja,” Katanya merendahkan diri.”

Yang penting rumah kita bersih dan kemas. Itulah

yang menyebabkan ia nampak cantik.Rumah saya ni,

bukannya banglo mewah,” katanya lagi.Emak Nurul

fatin menghidangkan air dan sedikit kuih untuk kami.

Selepas minum saya membantu Nurul Fatin

mencuci cawan yang kami gunakan minum tadi. Di

dapur rumahnya juga bersih dan kemas. Semua

peralatan tersusun dengan baik dan kemas.

Setelah itu Nurul Fatin mengajak saya masuk ke

biliknya untuk mengulangkaji pelajaran.

Katanya,”Saya lebih selesa belajar dalam bilik, tiada

gangguan.Marilah”.

Saya mengikutnya masuk ke dalam biliknya. Di

biliknya pun kemas dan bersih. Saya bertanya, “siapa

yang kemaskan bilik awak ni?” “Saya sendirilah,

takkan saya nak tunggu mak saya kemaskan. Mak

saya banyak kerja yang nak dibuatnya. Saya kena

tolong dia kemaskan bilik sendiri. Bukan itu saja

kadang-kadang saya tolong mak dan abah

membersihkan seluruh kawasan rumah kami. Abah

kata kawasan rumah mesti dibersihkan selalu. Kalau

9

Page 10: Cerita Kesihatan

tidak nanti nyamuk dan pelbagai serangga seta

binatang lain akan mudah membiak di kawasan kita.

Bahaya tu,” terangnya panjang lebar. “Betul juga,

kalau tin-tin kosong dibiarkan berselerak ia akan

menakung air dan di situlah nyamuk eadis membiak.”

Saya mencelahnya. Sungguh apa yang Nurul Fatin

katakan, memang selesa belajar di dalam biliknya

dengan suasana yang tenang dan bersih itu. Patutlah

dia selalu mendapat tempat pertama dalam kelas.

Setelah kami tamat belajar dan berbincang, saya

pun balik dan berazam untuk menjadikan bilik saya

seperti bilik Nurul Fatin Sarahah agar saya selesa

belajar.

10

Page 11: Cerita Kesihatan

BAB 3 Pemakanan

Pagi-pagi lagi saya dan Nurul Fatin Sarahah

sama-sama pergi ke sekolah. Hari saya menaiki

kenderaan mereka kerana emak saya sedang

bertugas di luar kawasan. Dia tidak dapat

menghantar saya. Kami berbual-bual dalam

perjalanan. Emak Nurul Fatin bertanya kepada saya

“Dah sarapan ke belum?’. Saya menjawab,”Dah,saya

makan roti dan telur hari ni”. “Baguslah, sarapan itu

penting untuk kita,” kata emak Nurul Fatin lagi.

Kebetulan hari ini kami belajar tentang

pemakanan. Pemakanan yang seimbang adalah

penting untuk tubuh badan kita. Nurul Fatin Sarahah

11

Page 12: Cerita Kesihatan

amat berminat dengan apa yang cikgu bincangkan

hari ini terutama tentang piramid makanan.

Cikgu menayangkan tentang

pyramid

Makan dan meminta salah seorang

daripada kami bercerita

mengenainya. Nurul Fatin

menawarkan dirinya untuk

bercerita.

Apa itu piramid makanan?

12

Page 13: Cerita Kesihatan

Nurul Fatin mula bercerita dengan petahnya, ”Untuk

pengetahuan kawan-kawan, piramid makanan ialah

panduan pengambilan makanan pada kadar tertentu

mengikut kumpulan dan jenis makanan. Kawan-kawan

suka makan makanan ringan dan minum air

berkabornat tak? Saya pun suka tapi, jangan makan

dan minum terlalu banyak kerana dapat menjejaskan

kesihatan diri kita. Lebihkan makan seperti yang saya

katakan tadi, sayur-sayuran dan buah-buahan.

Banyakkan minum air mineral, sekurang-kurangnya 5

hingga 8 gelas sehari. Saya tidak suka makanan

ringan”.

Selain itu kita juga perlu mengambil sarapan

pagi dan makan pada waktu yang tepat. Jangan

lewatkan masa makan kita kerana ia akan

menjejaskan kesihatan kita.

13

Page 14: Cerita Kesihatan

BAB 4 Saya Suka Bersukan

Untuk menjadi lebih sihat dan cergas Nurul Fatin

Sarahah juga aktif dalam sukan. Dia sering bersenam

dan beriadah bagi mengekalkan kecergasannya.

Itulah yang dia ceritakan kepada saya. Tapi itulah

hakikatnya. Dia juga aktif mewakili sekolah dalam

pasukan bola jaring sekolah kami. Dia memang

seoang yang cergas.

14

Page 15: Cerita Kesihatan

”Setiap hari minggu saya dan keluarga saya akan

keluar bersama-sama seawal jam 6.00 pagi untuk

bersenam atau berjoging. Saya seronok kerana ibu

dan ayah tidak pernah lupa mengingatkan kami

tentang pentingnya senaman. Ada kalanya kami pergi

beriadah di taman bunga atau di pantai. Kami lakukan

ini untuk menenangkan fikiran setelah penat belajar

atau ibu dan ayah penat bekerja. Oleh itu ayah selalu

mengajak kami sekeluarga keluar untuk

menenangkan fikiran agar tidak rasa tertekan.” cerita

Nurul Fatin. Memang seronok mendengar ceritanya.

Bab 5 Tidur Adalah Rehat

15

Page 16: Cerita Kesihatan

“Eh, kenapa menngantuk ni?” Tanya cikgu kepada

Szawan kawan sekelas kami. “Saya tidur lewat malam

tadi, cikgu.” Katanya.” Tulah awak. Kenapa perlu

tidur lewat? Apa yang awak buat? Tanya cikgu lagi.

Dia menjawab,”Saya menonton bolasepak bersama

abang saya, cikgu”.” Taukah awak bahawa jika kita

tidur lewat kita akan merasa mengantuk dan malas.

Otak kita menjadi lembab dan malas,” kata cikgu lagi.

Kami mendengar penjelasan cikgu dengan penuh

minat.

“Berehatlah

secukunya disamping

kita dapat bersama

keluarga, misalnya

kita berehat di

ruang tamu rumah

kita bersama ibu, ayah

dan adik-beradik kita akan mengeratkan

hubungan di antara keluarga kita,”terang cikgu lagi.

BAB 6 pemeriksaan Kesihatan

16

Page 17: Cerita Kesihatan

Cikgu terus mengajar kami tentang pentingnya

kesihatan. Kami mendengar dengan penuh minat.

Mata & Telinga

Masalah mata dan pendengaran tidak mengenal

usia tua mahupun yang muda. Jadi, dinasihatkan

supaya pemeriksaan mata dan telinga dibuat

sekurang-kurang setahun sekali terutamanya jika ada

sejarah kesihatan berkaitan mata dengan telinga

dikalangan ahli keluarga yang lain.

Cikgu menunjukkan beberapa keeping gambar

berkaitan dengan kesihatan.

Pemeriksaan pergigian awal membolehkan

pengamal pergigian dan penjaga berbincang cara

penjagaan kesihatan gigi yang baik sebelum sebarang

masalah berlaku.

Cikgu menerangkan tentang kesihatan mental.

Nurul Fatin Sarahah bertanya kepada cikgu, “Apa itu

17

Page 18: Cerita Kesihatan

kesihatan mental, Cikgu?” Cikgu menerangkan sambil

menunjukkan gambar yang diperolehinya daripada

intrnet.

Kesihatan mental kanak-kanak yang normal di

definisikan sebagai seseorang itu dapat :

Memulakan dan mengekalkan perhubungan

peribadi yang memberi kepuasan kepada kedua-

dua belah pihak.

Meneruskan kemajuan perkembangan

psikososial.

Bermain dan belajar untuk mendapat pencapaian

yang setaraf dengan umur dan tahap intelek.

Merasakan apa yang betul dan salah dari segi

normalnya

Gangguan psikososial berlaku antara 12%-29% di

kalangan kanak-kanak sedunia,dan lebih kurang 13%

di Malaysia mengikut The National Health & Morbidity

Survey, 1996.

( Mental Health Problem in Children )

18

Page 19: Cerita Kesihatan

Apakah keperluan bagi kesihatan mental kanak-kanak

?

Keperluan kesihatan mental terbahagi kepada dua:

1. Keperluan asas kehidupan

o Tempat berlindung dan keselamatan

o Makanan

o Penjagaan fizikal

o Penjagaan Kesihatan

2. Keperluan psikososial dan rohani

o Keyakinan kepada tuhan

o Kasih sayang yang tidak berbelah bahagi

o Keselamatan dan kestabilan

o Rangsangan yang sewajarnya dan

pengalaman baru

o Bermain di bawah pengawasan yang mantap

o Pendidikan

o Bimbingan yang betul

o Ketegasan dan disiplin yang diatur

o Kebiasaan harian yang boleh dijangka

o Sikap keibubapaan yang sihat

Jika keperluan-keperluan asas ini dapat dipenuhi

kanak-kanak akan dapat membina harga diri

yang positif. Sekiranya tidak dipenuhi

kemungkinan masalah kesihatan mental akan

timbul.

19

Page 20: Cerita Kesihatan

“Sekarang ni, adakah kamu faham apa yang cikgu

terangkan hari ni?” Cikgu bertanya kepada kami.

Kami menjawab serentak, “Faham ,cikgu”.

Kami rasa seronok dan banyak benda beru yang kani

pelajari hari ini. “Saya rasa kita banyak mendapat

maklumat daripada cikgu kita tadi, kan?” Kata Nurul

Fatin Sarahah.

“ Yalah, rugi kalau kita tak datang ke sekolah hari

ini,” saya menjawab.

Dalam perjalanan pulang kami masih lagi bercerita

tentang kesihatan. Berbagai penyakit boleh dihidapi

jika kita tidak menjaga kesihatan kita.

Oleh itu,

KESIHATAN ADALAH TUNJANG KEJAYAAN.JAGALAH

KEBERSIHAN DAN AMALKAN HIDUP YANG SIHAT.

20

Page 21: Cerita Kesihatan

RUJUKAN

1. Zarina Law bt Abdullah,Pengenalan Pendidikan Kesihatan,Versi November

2007,Kuala Lumpur.

2. Gurmit Singh (2007), Let’s learn Science, Year 1, Subang Jaya.

3. Kumara Velu (2000), To Be Healthy, Pustaka Pepada Jaya, Selangor Darul

Ehsan.

4. Rosnah M.D (2005) Usia Senja, ,Siri Kempen Kebersihan, Pustaka Perintis,

Kuala Lumpur.

5. Rosnah M.D (2005) Bahaya Merokok Siri Kempen Kebersihan, Pustaka Perintis,

Kuala Lumpur.

6. http://dranis07.wordpress.com/2008/06/09/penjagaan-kesihatan-pergigian Kanak-kanak, capaian 21 Februari,2009.

7. http://www.myhealth.gov.my/myhealth/bm/kesihatan_mental_, capaian 21 Februari,2009.

21

Page 22: Cerita Kesihatan

PRAKATA

Penjagaan Kesihatan sering dipandang remeh oleh masyarakat. Masing-masing mempunyai pelbagai alasan tersendiri bagi mempertahankan diri mengapa mereka sering mengabaikan kesihatan.

Oleh itu, diharap cerita yang digarap sebegini rupa dapat membantu adik-adik menyedari dan memahami betapa pentingnya kesihatan dalam kehidupan seharian kita.

Buku yang bertajuk KESIHATAN ADALAH TUNJANG KEJAYAAN mengandungi 6 bab yang memuatkan banyak pengajaran dan panduan kesihatan.

Penggunaan bahasa yang mudah yang diselitkan dengan dialog dan juga sedikit unsure lucu diharap dapat menarik minat murid-murid Tahun 4 sekolah rendah untuk membacanya. Ilustrasi yang dimuatkan juga akan dapat memberi gambaran tentang plot dan tema cerita ini. Semoga cerita ini akan memberi manfaat kepada pembaca, bertepatan dengan slogan Negara Bersih Rakyat Sihat.

22

Page 23: Cerita Kesihatan

Isi Kandungan:

BAB 1 : Kawan Baik Saya

BAB 2 : Kebersihan Diri

BAB 3 : Pemakanan

BAB 4 : Saya Suka Bersukan

Bab 5 : Tidur Adalah Rehat

BAB 6 : Pemeriksaan Kesihatan

23

Page 24: Cerita Kesihatan

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJARAN (SMP)

Nama : DARA BINTI KOTOT

(700110-13-5158)

Emel : [email protected]

Telefon : 0138004963

Nama Totur : EN. AMY DUSIN

Pusat Pembelajaran : SARAWAK LEARNING CENTRE

SEMESTER JANUARI 2009

24

HBHE 1103PENGENALAN PENDIDKAN KESIHATAN

Page 25: Cerita Kesihatan

25