cerita penglipur lara

168

Upload: jamuna-sellapan

Post on 30-Nov-2015

344 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

Cerita Penglipur Lara

TRANSCRIPT

ARIPIN SAID lahir di Kampung Batu Bor, Temer-loh, Pahang Darul Makmur. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Bohor dan Sekolah Menengah Abu Bakar, Temerloh.

Dari tahun 1967 hingga tahun 1969, beliau menuntut di Maktab Perguruan Kuantan. Kemu-dian, beliau mengajar di beberapa buah sekolah rendah dan menengah di Terengganu dan Pahang. Pada sesi pengajian 1976/1977, beliau memasuki Universiti Sains Malaysia mengambil Kursus Penulisan Kreatif dan mendapat kepujian dalam Teater Pendidikan.

Pada sesi pengajian 1983/1986, beliau menuntut di Universiti Pertanian Malaysia dan dianugerahi ijazah Bacelor Pendidikan dengan Disiplin Linguistik, Sastera dan Pendidikan, B. Ed. (PBMP). Kemudian meneruskan pengajian kesarjanaannya di universiti yang sama.

Aripin Said banyak menghasilkan cerita-cerita rakyat, novel, cerpen, puisi dan drama pentas dan radio. Beliau juga pernah menjadi kolumnis untuk beberapa majalah dan akhbar terkemuka di tanah air di samping membuat penyelidikan tentang warisan budaya tradisi Melayu. Di samping itu, beliau terkenal sebagai penyair dan penyanyi lagu-lagu rakyat. Beliau banyak membuat persembahan nyanyian lagu-lagu rakyat di dalam negeri dan di luar negara antaranya termasuklah beberapa negara di Ero-pah, ASEAN dan Sri Lanka. K i n i beliau bertugas di Jabatan Bahasa Melayu, Universiti Pertanian Malaysia.

Cetakan Pertama 1996 © Aripin Said 1996

Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana baha-gian artikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman, alau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Ketua Pengarah, Dewan Bahasa dan Pustaka, Peli Sural 10803, 50926 Kuala Lumpur, Malaysia. Perun-

dingan tertakluk kepada perkiraan royalti alau honorarium.

Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan

Aripin Said, 1948-Prosa warisan / Aripin Said. Bibliografi: him. 149 Mengandungi indeks ISBN 983-62-5045-X 1. Prosa literature—History and criticism. 2. Malay literature-History and criticism. I. Judul. 899.23809

Dicetak oleh Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka Lot 1037, Mukim Perindustrian PKNS

Ampang/Hulu Kelang Selangor Daru! Ehsan

Kandungan

BAHAGIAN SATO Sastera Klasik: Tradisi Istana dan Tradisi Rakyat Diperturunkan Secara Lisan daripada Generasi

kepada Generasi Sastera Rakyat Ciri-ciri Sastera Rakyat Kesejagatan Falsafah dan Pemikiran dalam

Sastera Rakyat Peranan Sastera Rakyat dalam Kehidupan

Masyarakat Melayu Tradisional Sastera Rakyat Mempunyai Nilai Pendidikan Penglipur Lara Menghibur Hati yang Duka Lara Cerita Mitos: Berhubung dengan Kepercayaan dan

Cerita Asal Usui Cerita Asal Usui: Bukti Kepekaan Masyarakat

Melayu Masa Lalu terhadap Alam Keliling Mereka Cerita Binatang: Menjadi Contoh dan Teladan

kepada Manusia Supaya Tidak Angkuh dan Takbur Cerita Jenaka: Memberi Pengajaran, Menyindir dan

Memberi Hiburan untuk Masyarakat Cerita-cerita Legenda dalam Sastera Rakyat:

Kehebatan Tokoh yang Dikagumi Cerita-cerita Jenaka Pengaruh Arab dan Farsi Kesimpulan tentang Cerita Warisan Rakyat

v

3

9 13 15

18

22 25 29

36

42

48

53

56 60 64

PROSAWARISAN

B A H A G I A N D U A

Contoh-contoh Cerita Rakyat 69

Puteri Melur Sekuntum 71

Raja Turun Menyamar 75

Naga Pulau Tioman 82

Sang Harimau dengan Burung Cawi 85

Belatuk Terbang Tinggi Rendah 91

Sebatang Pokok Mahang 94

Batu Bor dan Batu Karai 98

Batu Sawar 101

Sang Kancil Menjadi Hakim 103

Kambing Memperdayakan Buaya 107

Semut Berperang dengan Gajah 110

Mat Jenin 114

Awang Si Hitam 118

Lebai Malang 124

Tuk Senik 130

Laksamana Hang Tuah dengan Daeng Semerluki 134

Datuk Bahaman 137

Abu Nawas Membilang Bintang di Langit 140

Abu Nawas Mencari Pusat Dunia 145

Bibliografl 149

Indeks 155

vi

Sastera Klasik: Tradisi Istana dan Tradisi Rakyat

H A S I L kesusasteraan Melayu klasik yang kita warisi hingga kini bukan sekadar merupakan karya kreatif intelektual bangsa masa lalu malah menjadi bahan yang digunakan dalam budaya hidup mereka. Dalam hubungan ini, kita melihat betapa hasil kesusaste-raan itu mempunyai hubungan langsung dengan ahli masyarakat masa lalu itu. Ruang lingkup budaya serta keperluan hidup ahli masyarakat dalam tatatingkat mana sekalipun tetap akan mende-kati hasil sastera itu.

Berdasarkan hal ini, kita melihat hasil sastera kita, baik per-tumbuhan mahupun perkembangannya, mempunyai satu rentetan sejarah yang panjang. Malah hasil sastera itu pula melalui liku-liku ruang dan waktu dengan manusia-manusianya yang turut mewar-nakan bentuk hasil sastera tersebut. Hasil interaksi sesama manu-sia itu turut memberikan sumbangan terhadap kelahiran serta per-kembangan hasil sastera tersebut. Inilah yang disifatkan pengaruh yang terdapat dalam hasil-hasil sastera itu.

Walaupun ada hasil sastera klasik yang sememangnya tidak dapat dikesan sejarah kelahirannya, namun hasil sastera itu tetap memperlihatkan ciri-ciri autentik yang menyatakan hasil sastera adalah kepunyaan bangsa Melayu. Oleh itu, kita dapat meyakini bahawa ada hasil sastera tersebut yang lahir bersama-sama kelahir-an bangsa dan bahasa Melayu itu sendiri. Malah hal ini juga telah diakui oleh sarjana asing yang melakukan penyelidikannya.

Melihat kehadiran sastera klasik dalam budaya hidup bangsa kita, dengan jefas kita dapat melihat bahawa terdapat dua tradisi yang ketara. Tradisi yang dimaksudkan itu ialah tradisi rakyat dan tradisi istana. Dalam kedua-dua tradisi ini pula jelas pada kita

3

PROSA WARISAN

bahawa sastera tradisi rakyat ini adalah tradisi sastera bangsa Melayu yang lebih awal jika dibanding dengan tradisi istana.

Tradisi sastera rakyat ini dapat dirujuk pada perkembangan cerita lisan atau sastera lisan baik dalam bentuk prosa mahupun puisi. Dalam hubungan ini, kita dapat memahami bahawa walau-pun pada ketika orang Melayu tidak mengenal atau mengetahui tentang ilmu tulis-menulis tetapi sastera tetap berkembang. Malah sebagaimana yang telah disebutkan, perkembangan sastera itu bukan sekadar sebagai hasil sastera tetapi lebih jauh digunakan dalam kehidupan masyarakat itu sendiri.

Sebagai contoh pada waktu itu, pawang, bomoh, bidan, peran untuk memburu binatang liar dan sebagainya sangat berperanan dalam kehidupan masyarakat. Mereka menggunakan jampi sera-pah, pantun dan pepatah dalam menjalankan tugas mereka dalam masyarakat. Inilah sebahagian bahan hasil sastera itu.

Bertolak dari sini, hasil sastera itu menjadi warisan kepada generasi yang lain. Kalau tidak berperanan sebagai orang penting dalam masyarakat, sekurang-kurangnya 'tokoh' berkenaan akan menggunakan cerita-cerita lisan atau lagu-lagu rakyat untuk men-dodoikan anak-anak mereka supaya memejamkan mata. Cerita-cerita serta lagu-lagu yang disampaikan pula adalah untuk mem-beri pendidikan kepada anak-anak itu. Maka dengan inilah kita mewarisi cerita-cerita rakyat yang banyak itu.

Cerita-cerita yang dimaksudkan itu antaranya termasuklah cerita "Batu Belah Batu Bertangkup", "Si Tenggang", "Bawang Putih Bawang Merah", "Pak Pandir", "Sang Kelembai" dan "Jong Batu". Cerita-cerita ini berkembang subur dalam masyarakat dan tokoh-tokoh dalam cerita tersebut mudah sahaja dijadikan teladan atau sempadan dalam membentuk tingkah laku anak-anak supaya menjadi ahli masyarakat yang sempurna.

Perkembangan hidup manusia dengan segala tingkah lakunya bukanlah statik. Ternyata setelah kedatangan Islam di Nusantara, khususnya di Tanah Melayu pada tahun 1416, bermula di Melaka; pengetahuan tulis-menulis telah mengambil tempat dalam mem-percepatkan proses perkembangan ilmu. Kedatangan Islam ke rantau ini membawa bersama-sama pengetahuan tulis-menulis yang menggunakan huruf Jawi. Huruf Jawi bagaikan sinonlm dengan Islam. Malah bagaikan sinonim pula dengan bangsa Mela -yu. Ketiga-tiga elemen itu iaitu agama Islam, bangsa Melayu dan tulisan Jawi menjadi satu dan sangat kuat ikatannya.

4

SASTERA KLASIK TRADISI ISTANA DAN TRADISI RAKYAT

Pada satu ketika dahulu malah hingga kini juga, orang Islam dari Tanah Melayu yang datang ke Tanah Arab lebih dikenal seba-gai orang yang datang dari Tanah Jawi'. Tidak dapat dinafikan juga bahawa kalangan istana mempunyai pengaruh yang kuat dalam gerakan perkembangan Islam di rantau ini, walaupun sebe-narnya amat diketahui umum bahawa penerimaan agama Islam di kalangan penduduk di rantau ini begitu mudah. Mudah dalam erti penerimaan itu diterima secara jujur dan sukarela lantaran hu-bungan mereka dengan sesuatu yang supernatural sebelum ini telah wujud dan akhirnya Islam memberi cahaya untuk mereka bagi menyembah Allah Yang Maha Esa. Tidak ada pertumpahan darah. Tidak ada persengketaan. Islam diterima sebagai agama yang mutlak untuk semua. Apalagi ketaatan rakyat kepada istana menjadi salah satu dorongan atau fektor ke arah itu.

Dalam kitab Sejarah Melayu yang dihasilkan oleh Tun Serf Lanang pada tahun 1612 itu, kita dapat mengutip penceritaan ten-tang bagaimana Islam datang ke rantau ini:

Hatta telah sampai ke Samudera, maka Fakir Muhammad pun naik ke darat, maka ia bertemu dengan Merah Silu berkarang di pantai. Maka Fakir Muhammad pun bertanya kepadanya. "Apa nama negeri ini?"

Maka sahut Merah Silu, "Negeri ini Samudera." Maka kata Fakir Muhammad, "Siapa nama tuanya di dalam

negeri ini?" Maka sahut Merah Silu, "Hambalah tuanya sekalian mereka

itu." Maka oleh Fakir Muhammad, Merah Silu itu diislamkannya,

dan diajarnya kalimah syahadat.

Dalam petikan di atas kita melihat satu gambaran yang dice-ritakan oleh T u n Seri Lanang bagaimana Fakir Muhammad mengislamkan Merah Silu. Oleh sebab Merah Silu mempunyai pengikutnya pada waktu itu, maka selepas itu semua pengikutnya pula dengan mudah menerima agama suci itu.

Demikian pula halnya di Melaka. Sewaktu sastera rakyat ber-kembang secara lisan di Melaka, rakyat Melaka tidak beragama Islam. Tun Seri Lanang menceritakan dengan jelas tentang bagai-mana agama Islam dimulakan perkembangannya di Melaka.

Hatta maka hari pun asarlah; maka datanglah sebuah kapal dari Juddah. Serta ia berlabuh maka turunlah makhdum dari kapal itu, Saiyid Abdul Aziz namanya, lalu ia sembahyang di pantai Melaka itu.

5

PROSAWARISAN

Maka hairanlah segala orang Melayu melihat dia, maka kata segala orang Melaka, "Mengapa ia ini tunggang-tonggek?"

Maka berebut orang melihat dia penuh sesak, tiada bersela lagi, dan haru-birulah bunyinya sampai ke dalam.

Tun Seri Lanang menceritakan dalam kitab Sejarah Melayu itu tentang bagaimana orang Melaka pada waktu itu kehairanan ketika melihat orang sedang bersembahyang. Masing-masing aneh melihat orang asing tersebut yang 'tunggang-tonggek'. Sebe-narnya pada waktu itu, orang tersebut sedang sembahyang asar empat rakaat di pantai Melaka. Sewaktu mereka berdiri tegak, rukuk, sujud dan duduk di antara dua sujud yang akhirnya tahiyat, maka itulah dikatakan mereka 'tunggang-tonggek' itu.

Keadaan itu menjadikan orang Melaka haru-biru kerana ramai yang datang ke pantai melihat orang yang sedang bersem-bahyang itu. Akhirnya, hal itu juga sampai ke pengetahuan sultan. Sultan berangkat dengan gajah ke pantai. Baginda kemudiannya membawa Saiyid Abdul Aziz masuk ke istana dengan gajah bagin-da.

Maka Bendahara dan segala orang besar-besar pun semuanya masuk Islamlah, dengan sekalian besar kecil, tua muda, dan perempuan lelaki, semuanya disuruh baginda masuk Islam.

Maka baginda pun berguru kepada makhdum akan tertib sembahyang. Maka raja pun dinamai oleh makhdum, Sultan Muhammad Shah.

Setelah Melaka menerima agama Islam itu, pengetahuan agama telah disebarkan di negeri itu. Ramai guru terdiri daripada orang Arab yang datang berniaga ke T imur mengajar anak-anak tempatan mengenai Islam. Oleh sebab pengetahuan agama itu ditulis dengan menggunakan huruf Jawi, maka tulisan Jawi juga turut diajarkan. Apatah lagi al-Qur'an menggunakan tulisan Jawi dan membaca al-Qur'an memerlukan pengetahuan tentang huruf Jawi. Lalu kemudiannya, huruf Jawi bukan sekadar digunakan untuk mengetahui ajaran Islam malah huruf Jawi digunakan seba-gai alat untuk menulis hasil sastera juga. Pengetahuan ini dapat menyelesaikan masalah pendokumentasian hasil sastera.

Bertolak daripada premis inilah kita mengambil kesimpulan bahawa sastera bertulis itu bermulanya dari istana dan pengeta-huan tulis-menulis itu diketahui setelah datangnya agama Islam.

Terdapat pelbagai judul dan pelbagai hikayat yang telah di-usahakan baik penulisan atau penyalinannya oleh intelektual

6

SASTERA KLASIK:TRADISI ISTANA DAN TRADISI RAKYAT

bangsa masa lalu itu. Antara hikayat tersebut termasuklah kitab Sejarah Melayu, Hikayat Amir Hamzah, Hikayat Muhammad Ali Hanaflah, Hukum Kanun Melaka, Hukum Kanun Pahang, Hikayat Aceh, Hikayat Seribu Satu Malam dan Hikayat Si Miskin.

Kita mempunyai ratusan malah ribuan hasil sastera Melayu yang ditulis Jawi ini. Manuskrip asal, kitab-kitab atau hikayat-hikayat ini masih tersimpan di pelbagai perpustakaan dan muzium baik di dalam mahupun di luar negara. Dianggarkan jumlah manuskrip yang terdapat di luar negara itu melebihi 10 000 nas-khah.

Manuskrip hasil sastera Melayu atau yang sudah dibukukan, mempunyai pelbagai bidang daripada perubatan tradisi sampailah kepada cerita klasik. Inilah satu gambaran yang menunjukkan betapa kayanya kita dengan hasil sastera klasik itu.

Pengetahuan tulis-menulis yang menggunakan huruf Jawi itu berkembang di kalangan orang istana hingga kepada rakyat biasa. Oleh itu banyaklah hasil sastera yang ditulis dalam huruf Jawi itu. Walaupun penulisan tersebut adalah dengan menggunakan tulisan tangan sahaja namun mudah dibaca kerana tulisannya cantik dengan bentuk huruf yang betul.

Pada waktu itu, memang tidak ada alat percetakan. Sesebuah judul itu ada kalanya hanya mempunyai satu manuskrip. Jika ter-dapat beberapa penyalin yang rajin, sesebuah judul itu mempunyai tiga atau empat salinan. Oleh sebab itulah, apabila sesebuah hika-yat hendak diketahui oleh orang lain, diadakan acara membaca hikayat tersebut. Pembacaan hikayat yang disebutkan itu diikuti dengan jamuan atau kenduri yang besar.

Sastera klasik tersebut banyak yang menceritakan tentang kalangan raja-raja serta persekitarannya termasuk kegiatan istana-nya. Malah terdapat hasil sastera yang sememangnya ditulis untuk kepentingan seseorang sultan, baik untuk menceritakan kehebat-an mahupun tentang kebesaran pemerintahannya. Hal ini merupa-kan perkara biasa pada masa itu apatah lagi istana menjadi aspirasi kekuatan bangsa Melayu dengan Islam sebagai pegangan hidup yang mutlak.

Secara paling dekat kita dapat melihat bahawa kitab Sejarah Melayu misalnya ditulis oleh T u n Seri Lanang atas titah yang dijunjungnya:

"Bahawa beta minta perbuatkan hikayat pada Bendahara, peri

7

PROSAWARISAN

persetua dan peraturan segala raja-raja Melayu dengan istiadat-nya sekali, supaya diketahui oleh segala anak cucu kita yang kemudian daripada kita, diingatkannya oleh mereka itu, syah-dan beroleh faedahlah ia daripadanya."

Inilah titah yang dijunjung oleh T u n Seri Lanang bagi mengerjakan kitab Sejarah Melayu itu. Dalam hubungan ini, kita melihat betapa hasil sastera klasik baik daripada tradisi istana mahupun tradisi rakyat itu, memberi sumbangan besar terhadap perkembangan pemikiran serta peradaban bangsa Melayu.

8

Diperturunkan Secara Lisan daripada Generasi kepada Generasi

J I K A disingkap kembali khazanah sastera Melayu klasik, didapati dua bentuk yang amat dominan iaitu prosa dan puisi. Pada pering-kat awalnya, sastera ini lebih dikenal sebagai sastera rakyat baik dalam bentuk prosa mahupun puisi. Walaupun dua genre itu amat berbeza antara satu sama lain, namun dalam perkembangannya terdapat kesamaan, iaitu sastera rakyat yang dipertuturkan secara lisan daripada generasi kepada generasi.

Masyarakat zaman silam ialah masyarakat yang statis. Masya-rakat tersebut mementingkan kepatuhan ramai terhadap nilai dan norma yang terdapat dalam masyarakat. Struktur masyarakat ter-sebut tersusun melalui sistem feudal. Kesetiaan kepada raja mengatasi kepentingan yang lain. Namun inilah yang membulat-kan muafakat masyarakat masa lalu itu.

Walau apa sekalipun bentuk dan corak masyarakat tersebut, satu hal yang nyata ialah kepekaan mereka terhadap alam keliling. Kepekaan terhadap alam keliling ini selalunya menyentuh perasa-an dan ini melahirkan seniman masa lampau yang meninggalkan banyak pemikiran mereka khususnya melalui sastera rakyat ini . Oleh sebab itu, sastera rakyat ini menjadi penghubung kepada kita untuk mengetahui pandangan hidup, kepercayaan serta apa juga mengenai kehidupan masyarakat masa silam itu. Hasil sastera itu merupakan rakaman zaman tercetus daripada kehalusan perasaan seniman yang peka dengan keadaan kelilingnya itu.

Walaupun terdapat banyak perbezaan antara keadaan tersebut dengan masa kini, falsafah dan pemikiran yang unggul selalunya sesuai dengan segala zaman. Inilah yang sering dicari oleh pene-liti sastera rakyat selain daripada aspek hiburan semata-mata.

9

PROSA WARISAN

Seniman masa lampau tidak mempunyai kepentingan indivi-du. Kita tidak mengetahui siapakah yang menghasilkan sastera tersebut. Tidak ada nama pengarang atau penyusun. Malah hasil sastera pada waktu itu adalah kepunyaan masyarakat bersama. Tidak ada orang yang mendakwa bahawa satu-satu hasil sastera itu adalah kepunyaan dirinya.

Hal yang sedemikian itu bertambah jelas lagi kerana hasil sastera itu amat berfungsi dalam kehidupan seharian. Hasil sas-tera itu bukan sahaja merupakan satu ciptaan yang indah malah digunakan dalam kehidupan. Dalam hal ini, hasil sastera itu meru-pakan satu alat budaya atau pembudayaan dalam satu-satu masya-rakat tersebut Sebagai contoh, jampi mantera digunakan untuk mengubat orang sakit atau menghalau hantu syaitan mengguna-kan serapah.

Berdasarkan hal ini, dengan sendirinya aktivis sastera rakyat merupakan tokoh dan menjadi penting dalam kehidupan masyara-kat masa silam. Mungkin dia seorang penglipur lara dengan cerita-ceritanya. Mungk in juga dia seorang bomoh yang diperlukan untuk mengubat orang sakit. Atau seorang pawang yang menjaga keselamatan kampung atau mengetuai satu-satu istiadat yang akan dijalankan. Mungkin juga dia seorang bidan yang membantu ibu-ibu ketika melahirkan anak. Namun yang jelas ialah setiap seorang daripada mereka ini mempunyai peranannya dalam kehidupan masyarakat itu. Dalam hubungan ini, mereka kaya dengan hasil sastera rakyat itu mengikut bidang masing-masing.

Nama individu tidak penting dalam perkembangan sastera tersebut, walaupun ada orang tertentu yang mempunyai peranan khusus. Dalam masyarakat yang sedemikian, sastera rakyat itu dituturkan secara lisan. Sastera tersebut diturunkan kepada anak dan kemudian kepada cucu, atau kepada sesiapa sahaja yang ber-minat dan mempunyai bakat. Kemudian fungsi hasil sastera terse-but serta peranan tokoh berkenaan akan bermula dan merupakan kesinambungan tokoh yang lalu.

Tidak dapat dinafikan bahawa apabila penurunan ini dilaku-kan secara lisan, maka terdapatlah tokok tambah. Banyak faktor yang mempengaruhi hal ini. Kadang-kadang tokok tambah dibuat untuk penyesuaian keadaan setempat. Kadang-kadang kerana ter-lupa. Malah perubahan juga boleh terjadi kerana 'tokoh' yang dise-butkan itu tidak atau kurang bersemangat ketika menyampaikan ceritanya.

10

DIPERTURUNKAN SECARA LISAN

Cerita-cerita atau apa-apa sahaja hasil sastera itu mungkin juga mengalami perubahan kerana keseronokan 'tokoh' berke-naan ketika menyampaikannya. Bagaimanapun, tidak semua hasil sastera rakyat itu demikian sifatnya. Ada yang sememang tekal sifatnya kerana keunggulan penciptaannya, contohnya, bentuk-bentuk puisi yang kita warisi hingga ke hari ini. Pantun merupa­kan satu contoh yang baik dalam hal ini.

Banyak faktor yang mungkin menjadi sebab mengapa hasil sastera masa lalu itu tidak meninggalkan nama pengarang atau nama penciptanya. Kepaduan masyarakat masa lalu dalam satu bumbung kehidupan menjadikan rasa persaudaraan satu kam-pung, satu halaman sepermainan itu begitu kukuh. Semua orang merasa mempunyai hak yang sama lalu hasil sastera juga dikongsi bersama-sama. Sesiapa sahaja yang lebih kepekaannya boleh men-jadi penggiat sastera tersebut baik dalam apa wajah sekalipun. Sesiapa sahaja mereka itu tetap dihormati masyarakat. Malah kadangkala dia menjadi orang harapan pula untuk menyelesaikan masalah kehidupan mereka.

Kemungkinan yang lain adalah disebabkan kejujuran terdapat pada semua orang. Tidak ada eksploitasi tentang hasil sastera pada waktu itu. Malah hasil sastera lebih dikenal, sama ada secara sedar atau tidak, sebagai sesuatu yang merupakan milik bersama-sama dan tokoh dalam hal itu merupakan orang yang istimewa dalam masyarakat. Keadaan ini menjadi satu budaya yang diterima oleh semua orang. Tambahan pula pada waktu itu, budi amat dipandang tinggi dalam masyarakat tersebut.

Rasa bimbang atau ketakutan pada golongan tertentu juga merupakan faktor sastera rakyat atau juga sastera klasik ini tidak mempunyai nama pengarang atau penciptanya. Pencipta atau pengarang hasil sastera tersebut merasakan keadaan kehidupan mereka yang dikongkong oleh sistem feudal akan terancam jika mereka menamakan diri mereka sebagai pencipta karya sastera tersebut.

Dalam sejarah kita dapati bahawa implikasi satu-satu peris-tiwa itu selalunya memberi kesan bukan sahaja kepada orang yang berkenaan tetapi juga kepada seluruh masyarakat setempat. Misal-nya, untuk memenuhi syarat peminangan Puteri Gunung Ledang, seluruh rakyat Melaka diminta menyerahkan barang kemas mere-ka. Begitu juga dengan kisah Si Tenggang. Disebabkan Tenggang tidak mahu mengakui ibu dan bapanya, turun ribut yang bukan

11

PROSA WARISAN

sahaja memusnahkan Si Tenggang tetapi seluruh masyarakat serta kawasan itu.

Dongeng seperti ini dan peristiwa lain dalam masyarakat masa lalu menjadi satu kepercayaan dan ditakuti oleh sekalian ahli masyarakat. Oleh itu, mereka saling ingat-mengingatkan antara satu sama lain.

Jika diteliti hasil sastera klasik ini secara implisit baik dari-pada aspek intrinsik mahupun ekstrinsiknya, kita dapat melihat ketajaman fikiran ahli masyarakat masa lalu serta asosiasi kehidup-an mereka dengan alam kel i l ing seperti suasana, perlakuan masyarakat, binatang dan kejadian ganjil. Komunikasi fikiran dan perasaan orang istimewa dalam masyarakat tersebut melahirkan sesuatu yang terjelma dalam bentuk kata-kata.

Keadaan gunung-ganang yang berbanjar-banjar, air sungai yang mengalir, hutan rimba yang terbentang, laut yang biru di bawah serkupan langit, ombak dan angin, pelayaran serta perja-lanan jauh menjadi isi dalam hasil sastera tersebut. Kehidupan seharian dengan bercucuk tanam, memburu binatang atau menangkap ikan, berternak atau apa-apa sahaja adalah kenyataan pada zaman silam itu dirumus oleh fikiran para senimannya men-jadi sesuatu yang dapat kita tatap sehingga ke hari ini. Mungkin kedatangan ilham pada masa lalu tidak banyak bezanya dengan cara seniman zaman kini menggarap ilham. Yang berbeza ialah pendekatan dan kaedahnya sahaja.

Kesimpulannya, hasil sastera yang menggambarkan ketajam-an flkiran seniman masa lalu itu sekali gus membawakan pemikir-an serta falsafah bangsa menjadi budaya mengekalkan kewujudan masyarakat daripada satu generasi kepada satu generasi yang lain.

12

Sastera Rakyat

S A S T E R A rakyat merupakan sastera lisan yang diwarisi oleh masyarakat Melayu daripada satu generasi kepada satu generasi yang lain. Khalayaknya pula ialah golongan rakyat marhaen.

Kedatangan Islam ke timur pada abad ke-14 dan ke-15 bukan sekadar membawa agama Islam tetapi juga memperkenalkan sis-tem tulisan iaitu tulisan Jawi. Bagaimanapun, pada waktu itu sas-tera bertulis hanya bertempat di istana. Ini disebabkan perkembang-an Islam berpusat di istana dan orang yang tahu menulis dan membaca juga terdiri daripada golongan istana.

Namun demikian, hal ini tidak menyekat perkembangan sas-tera rakyat yang tetap berkembang secara lisan. Khalayaknya juga tidak berkurang. Sastera rakyat masih berperanan penting dalam pertumbuhan masyarakat Melayu pada waktu itu.

Sastera rakyat lahir dengan kewujudan bangsa Melayu itu sendiri. Masyarakat Melayu primitif dan tertutup dalam ling-kungan budayanya serta dibaluti oleh kepercayaan animisme yang tebal dan dipengaruhi oleh alam sekitar. Alam keliling bukan seka-dar memberi kemudahan kepada mereka, baik makanan, perja-lanan atau sebagainya; tetapi juga membentuk cara mereka bertin-dak dan berfikir.

Seorang penglipur lara atau seorang dalang atau seorang pen-cerita pada masa lalu itu memang mempunyai keahlian bercerita. Dia menggunakan cerita penglipur lara membentuk budi pekerti ahli masyarakatnya dan mengasuh cara berfikir khalayaknya. Oleh itu, pada ketika itu sastera rakyat menjadi alat untuk mendidik ahli masyarakat atau khalayak pendengar di samping menghiburkan. Seorang penglipur lara memang seorang yang ahli dalam bidang-

13

PROSA WARISAN

nya dan merupakan orang yang istimewa pada ketika itu. Sastera rakyat disampaikan dari mulut ke mulut; turun dari-

pada generasi kepada generasi yang lain menyebabkan banyak terjadi tokok tambah dalam hasil sastera tersebut. Ini ditambah pula dengan sifat lupa sang penglipur lara menyebabkan terdapat perubahan pada cerita tersebut khususnya dalam menggambar-kan sesuatu. Khalayak turut menyebabkan cerita-cerita tersebut ditokok tambah. Jika ramai pendengar pada waktu penglipur lara bercerita, maka dia menjadi seronok dan menjadikan cerita lebih menarik dengan segala tokoh tambah bahasa.

Unsur didaktik yang terdapat dalam sastera rakyat selalunya ialah yang baik akan dibalas dengan kebaikan, manakala yang jahat akan menerima hukumannya. Kehebatan, kesaktian dan kekuasaan dalam cerita rakyat digambarkan melalui simbol atau lambang.

Dengan menghayati sastera rakyat, kita akan dapat melihat arah pemikiran masyarakat masa lampau. Sastera rakyat meng-gambarkan world view masyarakat tersebut dengan jelas. Malah sastera rakyat juga merupakan penyambung antara budaya pada masa itu dengan perkembangan budaya masa kini.

14

Ciri-ciri Sastera Rakyat

T E R D A P A T beberapa jenis sastera rakyat khususnya dalam ben-tuk prosa yang dikenal pasti iaitu cerita lipur lara, cerita mitos, cerita asal usul, cerita jenaka, cerita binatang dan cerita legenda. Cerita-cerita tersebut dahulunya disampaikan oleh pencerita secara lisan kepada khalayaknya. Pencerita-pencerita yang dimak-sudkan itu terdiri daripada penglipur lara, nenek, bidan kampung, pawang serta ibu bapa.

Pada waktu itu, sang penglipur lara merupakan pencerita yang profesional dalam hal ini . Penglipur lara bukan sahaja seorang ahli cerita yang aktif tetapi turut merancang bagaimana cerita itu hendak disampaikan. Walaupun perancangan ini timbul secara semula jadi tetapi dapat diketahui kerana mereka meng-gunakan rebana, gendang, rebab atau alat bunyi-bunyian lain ketika menyampaikan cerita.

Alat-alat tersebut digunakan untuk menarik had para khala­yaknya. Dengan menggunakan alat-alat tersebut, mereka dapat bercerita dengan lancar di samping mengindahkan lagi cerita yang disampaikan itu.

Penglipur lara Teh bin Sidek di Kampung Bohor, Temerloh, Pahang, misalnya, menggunakan rebana ketika bercerita. Begitu juga dengan Yassin bin Husin dari Kampung Karai, Kuala Bera, Temerloh, Pahang yang menggunakan seruling buluh ketika menyampaikan ceritanya.

Cerita rakyat selalunya bersifat universal. Cerita ini lahir dalam masyarakat Melayu yang primitif. Ahli-ahli masyarakatnya bertani, berburu serta menangkap ikan bagi menanggung nafkah seharian. Masyarakat itu tertutup daripada pengaruh luar. Tidak

15

PROSA WARISAN

ada pertembungan kebudayaan. Hidup ahli-ahli masyarakatnya mudah. Masyarakat ini berkembang diolah oleh alam sekeliling. Cabaran dalam kehidupan mereka adalah tentang bagaimana untuk meneruskan hidup. Bagaimanapun, muafakat ahli kelompok manusia itu tetap padu. Mereka merasakan segala-galanya kepu-nyaan bersama-sama. Tidak ada orang yang ingin mencari nama. Orang yang dihormati pada ketika itu antaranya termasuklah go-longan penglipur lara.

Dalam cerita-cerita yang diteliti, terdapat jalinan ceritanya, watak-watak dalam cerita tersebut, persoalan yang dikemukakan, latar yang diberikan serta perutusan yang hendak disampaikan melalui cerita itu sekali gus menggambarkan pandangan hidup masyarakat pada waktu itu.

Cerita-cerita rakyat ini disampaikan secara lisan. Oleh itu, ter-dapat banyak tokok tambah dalam cerita-cerita tersebut. Kadang-kadang hal ini terjadi dengan tujuan untuk menyeronokkan khala-yak yang mendengar. Penglipur lara sememangnya orang yang ahli dalam bercerita. Dia menggunakan latar masyarakatnya dalam ceritanya itu. Kata-kata yang digunakan sewaktu bercerita juga merupakan kata-kata pilihan yang indah untuk menarik minat kha-layak.

Tidak ada persoalan yang tergantung dalam jalinan cerita yang terdapat dalam cerita-cerita rakyat. Kebanyakan penyele-saiannya memberi rasa puas di kalangan khalayak yang mende­ngar. Watak yang baik akan menerima balasan yang baik. Begitu juga dengan watak yang jahat akan menerima balasan yang jahat.

Gaya bahasa cerita rakyat menggunakan kata-kata yang diulang-ulang. Terdapat rima-rima yang menarik sama ada pada awal, tengah mahupun hujung ayat Perulangan sedemikian men-jadikan sesebuah cerita itu tambah menarik dan merupakan suatu keindahan bahasa.

Cerita rakyat juga memperlihatkan satu bentuk struktur yang mantap. Dalam cerita-cerita lipur lara misalnya, digambarkan ten-tang kelahiran tokoh atau watak utama dalam cerita itu. Kemudian watak tersebut membesar dalam lingkungan yang istimewa, mem-pelajari i lmu agama serta mempertahankan diri. Watak itu kemu-diannya mengembara menghadapi cabaran yang selalunya adalah untuk mencari isteri daripada kalangan 'puteri yang cantik'.

Dalam pengembaraan itu, pelbagai ujian yang dihadapi. Ilmu yang dipelajari terlebih dahulu selalunya dapat mempertahankan

16

CIRI-CIRI SASTERA RAKYAT

watak daripada segala ancaman yang dilaluinya itu. Terdapat pula bantuan selalunya daripada nenek kebayan atau seumpamanya. Kemudian watak utama itu menemui puteri yang dicarinya itu. Mereka berkahwin dan hidup bahagia. Biasanya, mereka mewarisi takhta kerajaan negeri.

Gambaran yang diberikan dalam cerita rakyat baik tentang negeri, kecantikan, kekayaan, dan ramainya rakyat selalunya dilebih-lebihkan. Ini akan menjadikan khalayak yang mendengar lebih tertarik untuk terus mengikuti cerita tersebut.

Nama watak dalam cerita lipur lara berlainan tetapi persoalan ceritanya sama. Mungkin juga latar serta lokasinya berbeza tetapi nama wataknya sama. Begitu juga dalam hal lain. Walaupun pada masa dahulu perpindahan manusia tidak begitu aktif tetapi kesa-maan itu tetap berlaku sebagaimana yang ditentukan oleh faktor-faktor yang tersebut.

Penyerapan budaya luar turut mempengaruhi cerita-cerita rakyat Melayu. Budaya Melayu yang memang penuh dengan keterbukaan menerima pengaruh dari luar. Apatah lagi masyara-kat Melayu itu melalui zaman atau periodisasi animisme, Hindu, peralihan Hindu/Is lam dan akhirnya menerima Islam sebagai pemikiran dalam kehidupan. Cerita rakyat juga menerima segala asimilasi sedemikian. Oleh sebab itu, didapati cerita-cerita rakyat dibauri oleh pengaruh premis yang disebutkan itu.

Setelah kehadiran Islam di tengah-tengah masyarakat Mela-yu, sastera rakyat didapati lebih mirip untuk mencari kebenaran serta meletakkan nilai-nilai murni ke dalam cerita-cerita yang dipa-parkan.

17

Kesejagatan Falsafah dan Pemikiran dalam Sastera Rakyat

S A S T E R A rakyat sesuatu bangsa memberi pengetahuan kepada khalayak tentang ruang lingkup budaya bangsa tersebut. Banyak kajian tentang budaya satu-satu bangsa masa lalu dibuat berdasar-kan sastera rakyat serta hasil prosa klasik yang ditulis oleh pujangga pada waktu itu. Dalam hubungan ini , citra budaya Melayu itu dikesan kembali melalui hasil kajian bahan-bahan ter-sebut.

Kepaduan masyarakat Melayu masa lalu umpamanya jelas digambarkan dalam cerita-cerita rakyat yang diwarisi pada masa ini seperti sikap bergotong-royong. Tidak ada sifat hasad dengki dan rezeki yang ada dinikmati bersama-sama oleh semua ahli masyarakat. Ini jelas dikesani dalam ungkapan puisi:

Berat sama dipikul ringan sama dijinjing.

dan

Dekat rumah dekat kampung sehalaman sepermainan seperigi sepermandian.

Sastera rakyat memainkan peranan dalam mendidik masyara-kat tradisi masa lalu itu. Para penglipur lara merupakan pendidik yang tidak formal. Mereka menjalankan tugas tanpa dibayar apa-apa. Kalaupun ada, hanyalah pemberian berupa beras serta barang-barang keperluan hidup yang lain.

Sarjana Barat berpendapat bahawa sastera rakyat merupakan satu 'pelarian' masyarakat masa lalu setelah penat bekerja di sam-ping sebagai hiburan. Namun demikian, tidak ada sesiapa pun

18

KESEJAGATAN FALSAFAH D A N PEMIKIRAN

yang dapat menafikan bahawa dalam sastera rakyat itu terkandung falsafah dan pemikiran bangsa yang teguh. Falsafah dan pemikiran itulah yang menjadi asas kuat dalam melanjutkan tamadun manu-sia khususnya dalam menegakkan peribadi bangsa.

Pada masa ini, penglipur lara seperti pada masa lalu tidak lagi dapat ditemui. Kalaupun ada, mereka ialah 'saki-baki' yang tinggal yang sudah tidak aktif lagi. Walau bagaimanapun, sekurang-kurangnya keadaan itu tidak begitu mengecewakan kita. Perubah-an zaman dan suasana memberi implikasi pada budaya kita selu-ruhnya. Ini termasuk juga pada perkembangan sastera rakyat yang dimaksudkan. Kita tidak lagi menemui ketenaran zaman mendengar cerita di serambi sebuah rumah di kampung umpama-nya.

Sebagai ganti, sekarang sudah banyak cerita klasik itu ditulis oleh penulis tanah air. Seorang tokoh yang amat giat mengumpul dan menulis cerita-cerita rakyat ini ialah Dato' Zakaria Hitam di Kuantan, Pahang Darul Makmur. Beliau berjaya menulis semula sebanyak hampir 400 buah cerita rakyat. Lebih daripada separuh usianya digunakan untuk mencari cerita tersebut khususnya di kampung-kampung di negeri Pahang Darul Makmur.

Antara cerita yang telah ditulis semula oleh Dato' Zakaria Hitam termasuklah "Paku Berlari", "Budak yang Nakal", "Pak Pandir Sakti", "Kanc i l Menipu Singa", "Manusia Bersahabat dengan Ular", "Raja Tekukur", "Merak Emas", 'Teruna Desa", "Antan Besi Antan Bersirat" dan "Perdana Menteri Muhammad". Kebanyakan cerita ini diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka.

Jika diteliti cerita rakyat yang digolongkan ke dalam sastera klasik ini serta membandingkan cerita itu dengan cerita rakyat lain di dunia, terdapat satu bentuk kesejagatan yang nyata, ter-utama dalam suasana sewaktu penurunan cerita ini.

Antara bentuk tersebut ialah pencerita yang mewarisi cerita tersebut banyak menokok tambah cerita yang diceritakannya. Cerita rakyat mempunyai banyak versinya. Contohnya cerita "Si Tenggang" dikatakan berlaku di Batu Caves di Selangor. Bagaima-napun, cerita tersebut terdapat di Negeri Sembilan dan Kelang. Malah cerita yang sedemikian terdapat di negara Brunei Darussa-lam dengan nama "Jong Batu", "Benawi" di Kampung Bera, Pahang Darul Makmur dan "Si Malin Kundang" di Indonesia. Kesemua cerita tersebut mendukung motif perihal seorang anak

19

PROSA WARISAN

yang lupa akan asal usulnya. Mereka menderhaka kepada ibu bapa sendiri dan menerima malapetaka.

Ketiga-tiga cerita tersebut serupa dengan kisah Si Tenggang. Tokoh utamanya merantau ke negeri lain pada masa remaja kerana sebab-sebab tertentu. Nasib serta usaha mereka yang gigih menjadikan mereka kaya-raya dengan mendapat keperca-yaan daripada pedagang lain dan berkahwin dengan anak orang ternama, kaya dan berpengaruh. Kekayaan dan pengaruh yang ada pada mereka ini menjadikan mereka lupa akan asal usul mere-ka. Dalam hal ini, kita melihat adanya keselarian dengan budaya setempat, terutama dalam kepercayaan, watak, latar cerita serta tokoh-tokoh yang ada dalam cerita tersebut.

Bagaimanapun, terdapat alam fantasi yang sama sekali di luar pemandangan dan pengalaman pendengar malah si pencerita sen-diri. Pencerita memasukkan cerita-cerita tentang kayangan serta alam-alam yang ghaib. Selain itu, dalam cerita-cerita tersebut ter-dapat watak-watak yang terdiri daripada dewa dewi, jin dan seba-gainya.

Sebagai sebuah hasil sastera kreatif, terdapat perkara-perkara tidak lojik dalam hasil karya sastera rakyat. Bagaimanapun, ini adalah satu perkara yang lumrah serta menjadi sifat hasil sastera kreatif itu sendiri.

Soal-soal ketokohan juga amat jelas terdapat dalam cerita rak-yat atau apa-apa juga hasil sastera klasik yang lain. Penonjolan tokoh-tokoh seperti ini selalunya menjadi kebanggaan satu-satu bangsa yang memiliki hasil sastera tersebut. Selain itu, terdapat pelbagai kepercayaan karut yang bercampur dengan yang benar menjadi isi cerita. Kadang-kadang cerita itu dikaitkan pula dengan kejadian tertentu yang terdapat atau dekat dengan kehidupan ang-gota masyarakat yang berkenaan.

Dalam hal ini, umpamanya, sesuatu cerita itu mudah sahaja dikaitkan dengan kejadian yang dapat dilihat sebagai buktd seperti kejadian sungai, batu-batu besar yang menyerupai kapal, danau, pulau dan sebagainya. Kebenaran hal ini tidak dapat diukur atau dibuktikan. Latar dalam cerita itu kemudiannya ditambah pula oleh pencerita yang mewarisi cerita tersebut.

Selain itu, terdapat juga cerita yang ada hubungan dengan adat atau kepercayaan yang menjadi amalan satu-satu masyarakat masa lalu. Sebagai contohnya, ada cerita yang terlalu panjang dan diadakan upacara tertentu sewaktu menceritakannya. Ada cerita

20

KESEJAGATAN FALSAFAH D A N PEMIKIRAN

yang dimulakan dengan kenduri-kendara. Ada cerita yang diakhiri dengan membuang ancak. Ada cerita yang tidak boleh dihabiskan dalam satu malam. Terdapat juga cerita yang ddak boleh dicerita-kan pada waktu siang.

Kepelbagaian kepercayaan yang ada hubungan dengan cerita-cerita tersebut merupakan hal-hal setempat dan mengikut kehen-dak pencerita pula. Keadaan seperti ini dengan sendirinya menun-jukkan bahawa pengl ipur lara itu sebenarnya mempunyai pengaruh yang mendalam di kalangan anggota masyarakat.

21

Peranan Sastera Rakyat dalam Kehidupan Masyarakat Melayu Tradisional

CERITA-CERITA rakyat yang disampaikan secara lisan pada masa lalu memainkan peranan yang penting dalam kehidupan masyara-kat Melayu tradisional. Cerita-cerita tersebut telah dianggap seba-gai kepunyaan bersama-sama. Tidak diketahui siapakah pencipta atau pengarang cerita tersebut sebenarnya. Di samping itu, cerita rakyat itu juga merupakan rujukan penting kepada anggota masyarakat pada masa lalu. Sastera rakyat secara umumnya dapat dikatakan menjadi alat kawalan sosial dalam kehidupan seharian.

Melalui cerita rakyat umpamanya, anggota masyarakat diberi-tahu tentang perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan. Misal-nya, jika derhaka kepada ibu bapa, seseorang itu akan mendapat malapetaka sebagaimana yang diterima oleh Si Tenggang. Jika berangan-angan tinggi tanpa berusaha akan menjadi seperti Mat Jenin. Malah, anak-anak harus bijak sebagaimana Sang Kancil dalam cerita-cerita binatang. Cerita rakyat juga dirujuk untuk menyelesaikan masalah dalam kehidupan. Perlakuan yang baik seperti yang terdapat dalam cerita rakyat dijadikan ikutan.

Sarjana sastera dari Barat menyatakan bahawa sastera rakyat khususnya cerita rakyat merupakan satu pelarian masyarakat dari-pada masalah kehidupan. Mereka juga memerlukan hiburan untuk menghilangkan penat lelah ketika bekerja pada siang hari.

Hal ini memang ada benarnya. Bagaimanapun, ini bukan sepenuhnya satu pelarian. Anggota masyarakat dapat berkumpul pada malam hari setelah sibuk mencari nafkah pada siangnya. Pada waktu malam itulah, mereka berkumpul untuk berhibur sam-bil belajar melalui cerita rakyat.

Daripada cerita penglipur lara, khalayak secara langsung dipa-

22

PERANAN SASTERA RAKYAT

parkan dengan nilai-nilai kasih kepada ibu bapa, hormat kepada orang tua, berbahasa dengan baik kepada orang di keliling dan sebagainya. Sifat-sifat tanggungjawab digambarkan oleh watak-watak tertentu dalam cerita-cerita tersebut.

Sebarang masalah juga menjadi tanggungjawab kepada selu-ruh anggota masyarakat tersebut. Mereka menyelesaikan masalah bersama-sama. Itulah sebabnya semangat bergotong-royong sentia-sa hidup dalam masyarakat Melayu.

Gambaran dalam cerita lipur lara juga menunjukkan perpa-duan yang kukuh di kalangan rakyat satu-satu negeri. Semua orang berguna. Tidak kira yang pekak atau yang capik. Mereka juga mempunyai peranan untuk berbakti kepada negeri. Watak-watak yang cerdik, jujur, lurus dalam cerita-cerita rakyat pula men-jadi teladan kepada khalayak.

Kebijaksanaan Pak Belalang dan kelicikan Si Luncai dalam cerita jenaka mempunyai unsur moral yang dapat menjadi pan-duan dalam kehidupan seharian. Pak Belalang merupakan watak yang sentiasa bernasib baik dalam menyelesaikan masalahnya manakala Si Luncai pula suka menipu. Walaupun kadangkala Si Luncai menipu untuk menyelamatkan dirinya, namun ternyata per-buatan itu tidak digemari oleh masyarakat Dalam hal ini, Pak Belalang mahupun Si Luncai tetap mendapat balasan yang setim-pal dengan kerja atau cara hidup mereka.

Melalui cerita-cerita binatang pula misalnya, khalayak masya­rakat masa lalu dipaparkan dengan nilai-nilai tolong-menolong, bekerjasama, berbudi bahasa, menunaikan janji dan sebagainya. Watak dalam cerita tersebut menggunakan fikiran bagi membuat atau menjalankan satu-satu perkara. Muslihat yang tidak baik sela-lunya diatasi dengan niat yang baik.

Binatang sering digambarkan bermesyuarat untuk menyele-saikan masalah. Ketika mesyuarat dijalankan mereka tidak bermu-suhan. Segala keputusan dipersetujui dan mana-mana yang ingkar akan mendapat balasan yang tertentu. Walaupun 'hukum rimba' memainkan peranan dalam masyarakat binatang yang digambar-kan itu, namun pemaparan cerita tersebut tetap dapat memberi gambaran tentang kejujuran, permuafakatan, kebijaksanaan dan sebagainya lagi. Hal-hal seperti inilah yang mahu disampaikan kepada khalayak yang mendengar ketika cerita ini disampaikan di samping menghibur.

Dalam cerita-cerita legenda pula, terdapat tokoh yang menjadi

23

PROSA WARISAN

sanjungan satu-satu masyarakat. Tokoh-tokoh tersebut mungkin sahaja tokoh agama, pahlawan, peneroka satu-satu tempat atau seumpamanya. Melalui gambaran keistimewaan, tokoh dipaparkan mempunyai semangat perjuangan yang gigih, mempunyai kekuat-an yang luar biasa, berjasa dan sebagainya.

Kesemua ini dapat menanam semangat tidak putus asa di kalangan pendengar selain menanamkan semangat cinta akan tanah air yang tidak berbelah bahagi. Segala sikap, cara berfikir, pengorbanan watak dalam cerita legenda itu cepat meresap di hati para pendengarnya.

Cerita legenda dapat memberi sumbangan yang amat besar dalam kehidupan masyarakat dalam membentuk anggota masyara-kat menjadi manusia yang mempunyai wawasan dalam hidupnya. Dalam hal ini juga, kita melihat setiap bangsa memang ada tokoh-tokoh tertentu yang mereka agungkan serta kagumi.

Baik cerita mitos, cerita binatang, cerita lipur lara, cerita legenda dan sebagainya itu kadangkala terlalu kental berbaur dengan dongeng-dongeng tertentu. Namun yang harus diperhati-kan, ada segala nasihat dan teladan yang terdapat dalam cerita-cerita tersebut. Tukang-tukang cerita, selain bertindak untuk menyeronokkan hati khalayak yang mendengar, juga menekankan nasihat. Dengan itu, kita sering mendengar ungkapan yang sede-mikian ini turut diulang atau dinyatakan oleh tukang-tukang ceri-ta, seperti "Jangan jadi seperti Si Tenggang" atau "Sang Kancil itu cerdik dan bijak" atau "Kalau-rajin bekerja mesti hidup senang" dan sebagainya.

Demikian cerita rakyat dapat menentukan arah tindak tanduk masyarakat pada masa itu. Kesan yang terlekat di hati mereka dengan mendengar cerita-cerita rakyat kekal dari mereka masih kanak-kanak hingga kehidupan mereka pada hari tua. Kemudian cerita-cerita tersebut bersambungan lagi kepada khalayak yang seterusnya.

Walaupun perkembangan masyarakat dipengaruhi oleh segala macam perubahan namun nilai moral yang terdapat dalam cerita-cerita rakyat tetap sesuai dengan anggota masyarakat itu baik dalam era mana sekalipun. Pengalaman individu dalam masyarakat tersebut cepat sahaja diasosiasikan dengan gambaran yang terdapat dalam cerita-cerita yang mereka dengar.

24

Sastera Rakyat Mempunyai Nilai Pendidikan

S U A S A N A kehidupan masyarakat yang tenar dengan kepetahan serta kebijaksanaan seorang penglipur lara telah lama berakhir. Suasana itu bagaikan satu nostalgia. Apalagi apabila didapati sudah jarang atau sedikit benar daripada kalangan anggota masya-rakat masa kini yang sempat menyaksikan suasana tersebut.

J ika kita menyorot ke belakang dalam aliran kehidupan masyarakat kita terutamanya di kampung-kampung, ketenaran cerita-cerita rakyat dipertuturkan masih boleh didapati sekitar tahun 1950-an serta pada awal tahun 1960-an. Pada waktu itu, masih kedapatan seorang nenek atau seorang ibu yang sering ber-cerita atau menyanyikan lagu-lagu rakyat sewaktu hendak meni-durkan cucu atau anaknya. Orang tua-tua masih mahu bercerita kepada anak cucunya tentang Batu Belah Batu Bertangkup, Bawang Putin Bawang Merah, Puteri Walinong Sari dan sebagai-nya.

Terdapat dua hal yang amat nyata dalam memperkatakan keistimewaan pencerita ini. Pertama, terdapat tokoh-tokoh intelek-tual bangsa sebagai orang yang mahir dalam bidang mereka. Tidak semua anggota masyarakat yang mendapat gelaran seorang penglipur lara. Tidak semua anggota masyarakat yang mampu menghafal puluhan malah ratusan puisi rakyat, dan kemudian dapat pula menyampaikan dengan cara yang menarik. Mungkin dengan iringan sebuah rebab, sebuah rebana atau sebiji batil, dia mampu memukau khalayaknya yang setia menunggu dari awal hingga akhir persembahan yang diadakan. Mereka ialah cendekia-wan bangsa yang lahir asuhan alam semesta.

Cerita-cerita yang dipersembahkan pula bukan sahaja dapat

25

PROSA WARISAN

mengasyikkan khalayak yang mendengar tetapi kepelbagaian cerita tersebut dengan watak-watak tertentu menggambarkan per-watakan manusia dalam masyarakat setempat. Lagu-lagu yang dinyanyikan merupakan puisi-puisi yang indah. Dalam puisi ter-gambar keindahan alam dan kehalusan budi yang diungkap dengan gaya yang menakjubkan.

Bertolak daripada perkara-perkara itulah, nilai pendidikan yang murni dapat digarap daripada cerita-cerita yang disebutkan itu. Dalam cerita Mat Jenin, misalnya, khalayak diasuh supaya tidak menjadi seperti Mat Jenin yang hanya hidup berangan-angan. Falsafah yang tersembunyi di sebaliknya adalah untuk menjadi kaya-raya perlu berusaha, bukan sekadar berangan-angan. Jika terus berangan-angan, bencana pula akan menimpa.

Daripada cerita rakyat, banyak lagi unsur pendidikan lain yang dapat ditimba. Contohnya, selitan lagu-lagu seperti:

Burung kenek-kenek, Terbang ke dalam awan; Pesan datuk nenek, Pandai-pandai cari kawan.

Burung kenek-kenek, Hinggap pelepah kelapa; Pesan datuk nenek, Patuh ibu dan bapa.

Pantun di atas jelas memberikan nasihat yang berguna kepada anak-anak. Pantun tersebut disampaikan melalui kata-kata yang tersusun indah, ditambah dengan iramanya yang merdu.

Daripada kajian yang telah dijalankan, beberapa jenis sastera rakyat telah dikenal pasti iaitu: (i) Cerita Penglipur Lara, (ii) Cerita Asal Usui , (iii) Cerita Legenda, (iv) Cerita Mitos, (v) Cerita Jena-ka, dan (vi) Cerita Binatang.

Cerita-cerita tersebut mempunyai keistimewaannya yang ter-sendiri. Cerita-cerita tersebut telah banyak ditulis dan diterbitkan. Kemajuan zaman dengan segala media yang canggih memudah-kan pembuatan dokumentasi cerita-cerita tersebut.

Cerita-cerita penglipur lara misalnya amat popular di kalangan masyarakat Melayu bukan sahaja tentang kayangan serta anak-anak raja yang sakti dan gagah berani atau tentang peperangan antara raja kayangan dengan raja di dunia yang selalunya terjadi kerana berebutkan puteri yang cantik jelita bahkan cerita pengli-

26

SASTERA RAKYAT MEMPUNYAI NILAI PENDIDIKAN

pur lara juga adalah cerita tentang anak yang tidak mengenang jasa, kekejaman ibu tin dan sebagainya.

Antara cerita sedemikian termasuklah cerita Malim Demon, Raja Donai Bahtera Kulit Kacang, Si Gembang, Puteri Manuhara, Gating Bertuah, Batu Belah Batu Bertangkup dan Bawang Putin Bawang Merah.

Cerita-cerita tersebut dikisahkan dengan penuh penghayatan menyebabkan khalayak mudah sahaja mengalirkan air mata kerana sedih, ngeri atau gembira. Gambaran tentang suasana begitu hidup, misalnya gambaran betapa ramainya rakyat jelata dinyatakan:

Ada yang dua senama Ada yang tiga senama Dipanggil di rumah Di tanah menyahut Dipanggil di tanah Di rumah menyahut.

Bertolak daripada pelbagai dugaan, selalunya watak utama cerita penglipur lara menang pada akhir cerita, sama ada dia ber-kahwin dengan anak raja, dapat apa-apa yang dihajati, serta kenik-matan lain yang diterima setelah melalui pelbagai rintangan.

Misalnya dalam cerita Malim Demon, Mal im melalui waktu pengembaraan. Dalam masa pengembaraan itu, berlaku penyamar-an. Mal im Deman menyamar menjadi Mal im Permainan duduk bermain bunyi-bunyian di pekarangan istana Raja Kayangan untuk mencari anak dan isterinya yang telah lari semula ke kayangan kerana kelalaian Mal im Deman sendiri.

Dalam cerita Raja Donai Bahtera Kulit Kacang, diperlihatkan bagaimana seorang yang berketurunan baik-baik dengan segala pertolongan dapat membuat kulit kacang yang ditanamnya men-jadi bahtera yang kemudian lengkap dengan segala orangnya dan kelengkapan seperti sebuah negeri yang besar. Banyak cubaan untuk memusnahkan perjalanan bahtera kulit kacang tersebut. Bagaimanapun, segala kesaktian dan segala pertolongan ghaib dengan mudah dapat mematahkannya. Malah Raja Donai, tuan punya bahtera tersebut terpaksa pula bertarung dengan puteri yang akhirnya menjadi isterinya.

Satu hal yang ketara ialah cerita-cerita begini seringnya disu-lami dengan puisi yang menarik didengar yang menggambarkan

27

PROSA WARISAN

kesaktian, keramaian dan sebagainya. Ini adalah untuk menarik perhatian orang yang mendengar supaya tidak jemu. Inilah bebe-rapa ke i s t imewaan yang terdapat dalam ceri ta-ceri ta i n i . Ungkapan-ungkapan puitis itu sering diulang-ulang pada beberapa bahagian cerita. Malah puisi-puisi atau kata-kata berirama yang sama, terdapat dalam cerita-cerita yang berlainan.

Motif cerita juga sama antara satu cerita dengan satu cerita yang lain. Motif-motif yang dimaksudkan itu adalah tentang pengembaraan, kesaktian, kecantikan, pertolongan kuasa-kuasa lain untuk wira dan sebagainya. Walaupun wira cerita tersebut ter-paksa menghadapi berbagai-bagai halangan namun pada akhirnya dia akan tetap berjaya dan akhirnya hidup aman bahagia.

Cerita-cerita penglipur lara ini selalunya panjang. Pencerita-nya akan mengisahkan cerita tersebut beberapa malam lamanya. Memang sudah menjadi tradisi masa lalu, cerita-cerita ini disam-paikan pada waktu malam. Sebelum mata mengantuk, cerita-cerita ini mengambil tempat.

Kadang-kadang cerita-cerita ini disampaikan untuk memenuhi undangan iaitu sewaktu kenduri kahwin atau keramaian lain. Penglipur lara itu dijemput khas untuk bercerita. Penglipur lara ditanggung makan minumnya selama dia menyampaikan cerita tersebut Apabila pulang, akan dibekalkan beras atau anak ayam sekadarnya, atau ada yang sanggup memberi kerbau atau kam-bing.

28

Penglipur Lara Menghibur Hati yang Duka Lara

PARA sarjana Barat yang membuat kajian tentang cerita penglipur lara berpendapat cerita-cerita tersebut merupakan epos Melayu. Epos ialah puisi panjang yang menceritakan tentang kepahla-wanan. Para pengkaji itu berpendapat demikian disebabkan mereka mendengar cerita yang disampaikan oleh penglipur lara secara berlagu. Tambahan pula cerita dikisahkan dengan iringan alat bunyi-bunyian.

Satu hal lain yang amat ketara ialah cerita-cerita tersebut disu-lami rangkap berirama yang menjelaskan lagi bahawa cerita terse-but mengandungi puisi yang menarik. Walau bagaimanapun, puisi ini sebenarnya untuk membuat pendengar tidak berasa jemu ketika mendengar cerita tersebut selain mengindahkan cerita.

Dalam cerita-cerita penglipur lara yang telah dibukukan seperti Hikayat Malim Deman, Raja Donai Bahtera Kulit Kacang, Raja Muda, Malim Dewa, Raja Donan dan sebagainya, puisi digu-nakan untuk menggambarkan kecantikan, kehebatan, orang ramai dan perjalanan waktu. Rangkap puisi berikut dipetik daripada cerita Raja Donai Bahtera Kulit Kacang yang ditulis semula oleh Dato' Zakaria Hitam. Puis i ini menggambarkan bunyi buluh perindu yang telah didengar oleh Puteri Intan Dikarang:

Meringit-ringit, mendayu-dayu menyebabkan hatinya sayu macam dihiris dengan sembilu rasakan putus jantung limpa macam ditampi-tampi dada selebunya.

Puisi berikut pula menggambarkan perjalanan yang dilalui

29

PROSA WARISAN

oleh burung borak dalam Hikayat Malim Deman oleh Pawang Ana dan Raja Haji Yahya:

Hilang disaput awan yang putih, Hilang disaput awan yang kuning, Hilang disaput awan yang biru, Sekali membawa edar ke kiri, Dua kali membawa edar ke kanan, Tiada boleh membawa edar lagi, Hilang disaput si mega-mega.

Selain puisi sedemikian, pantun dan syair juga diselitkan dalam cerita penglipur lara ini. Kesemua ini menggambarkan bahawa seseorang penglipur lara itu bukan sahaja ahli dalam ber-cerita tetapi juga pandai berpantun dan bersyair dengan suara yang merdu dan menawan. Dalam cerita Raja Donan yang diceri-takan oleh Esah Muhammad A k i l dari Kampung Chenor, Temer-loh, Pahang Darul Makmur dan kemudiannya dibukukan oleh Zaharah Khalid, terdapat banyak pantun digunakan.

Raja Donan, watak utama dalam ceri ta tersebut telah berbalas-balas pantun dengan Puteri Gandar Eran ketika mereka bertemu. Antara pantun itu ialah:

Raja Donan:

Berlentung bunyi bedil Melayu, Nak menembak sarang tembaga;

Dato' Shahbandar bukalah taryu, Anak dagang nak masuk berniaga.

Jawab Puteri Gandar Eran:

Ikan tongkang jual di Jawa, Tongkang dari Inderagiri;

Siapa melarang masuk berniaga, Harga intan mahal di sini.

Rumah besar berasuk papan, Kerakap merata di dalam perahu;

Apakah besar maksud tuan, Katalah deras saya nak tahu.

Selain unsur-unsur yang telah disebutkan, cerita penglipur lara juga memperlihatkan ciri-cirinya yang tersendiri. Cerita peng-lipur lara dimulakan dengan kelahiran watak utamanya daripada

30

PENGLIPUR LARA MENGHIBUR HATI

kalangan anak raja yang bergelar dan ternama. Ayahandanya mempunyai jajahan takluk yang luas dan rakyat yang ramai.

Sewaktu kecil anak raja ini diajar dengan ilmu persilatan serta ilmu-ilmu lain. Ketika kelahirannya, dia sudah menunjukkan tanda-tanda yang luar biasa, misalnya lahirnya bersama-sama pedang dan sundang, disambut oleh bidan yang tujuh. Selalunya gelegar patah dan jatuh ke tanah sebaik sahaja lahir dari perut ibunya.

Anak raja yang menjadi tokoh utama cerita penglipur lara ini akan pergi mengembara, biasanya setelah mendapat alamat dari-pada mimpi bertemu dengan wali atau orang tua yang memakai serban dan jubah putih. Sewaktu dalam pengembaraan inilah pel-bagai halangan dan rintangan dihadapinya. Semua halangan terse-but dapat diatasi dengan segala ilmu yang telah dipelajarinya. Kadang-kadang dia memerlukan pertolongan. Dalam hal ini, sela-lunya Si Kembang Cina, Bujang Selamat, Nenek Kebayan, atau anjing yang bernama Kumbang, akan memberi pertolongan. Per-tolongan juga didapati daripada alam ghaib seperti orang tua yang ditemui dalam mimpi dan sebagainya.

Walaupun banyak rintangan yang dihadapi namun akhirnya watak ini bertemu dengan apa-apa yang dicarinya. Selalunya yang dicarinya ialah seorang puteri cantik. Kadang-kadang ketika dalam pengembaraan mencari puteri berkenaan, dia terjumpa pula puteri yang lain. Disebabkan jatuh cinta pandang pertama atau oleh sebab dia terhutang budi, maka puteri tersebut dikahwininya.

Akhirnya apabila puteri yang dicarinya itu ditemui, mereka pun berkahwin dengan adat istiadat dan majlis besar-besaran dengan diadakan pelbagai jenis permainan. Rakyat jauh dan dekat dijemput untuk merayakan perkahwinan tersebut.

Ciri-ciri cerita penglipur lara yang dimaksudkan itu dapat dili-hat sebagaimana Rajah 1:

PROSA WARISAN

Struktur penceritaan secara kronologi juga merupakan ciri cerita penglipur lara. Binaan cerita ini tidak terdapat teknik imbas kembali. Susunan peristiwa dikesan satu persatu secara teratur. Walaupun cerita tersebut dibina sedemikian rupa namun ia tetap sampai kepada kemuncak cerita dan kemudiannya pula diberikan peleraian.

Rajah 2 pula menunjukkan bahawa cerita bermula dengan kelahiran tokoh utamanya iaitu nombor 1. Kemudian berlakulah pengembaraan, dugaan, halangan setelah tokoh utama dibekalkan dengan ilmu. Dalam pada itu, disisipkan cerita-cerita negeri lain yang ada hubungan dengan tokoh utama nanti. Hal ini digambar-kan oleh susunan bilangan 2, 3, 4, 5 dan seterusnya. Kemuncak cerita pula ialah nombor 7 iaitu watak utama menemui puteri yang dicari dan berkahwin. Cerita ini diberikan peleraian iaitu 8 dan 9 dengan watak utama dan isterinya hidup bahagia memerintah negeri.

Watak-watak dalam cerita penglipur lara ialah watak-watak yang digambarkan secara hitam putih. Terdapat watak pembantu seperti Nenek Kebayan, Si Kembang Cina dan Bujang Selamat. Dalam cerita Malim Deman umpamanya terdapat Nenek Kebayan yang banyak menolong Mal im Deman ketika anak raja itu berada di kayangan.

Watak utamanya pula digambarkan dengan ideal. Tidak ada cacat celanya. Watak ini terdiri daripada anak raja besar dan ber-gelar yang mempunyai rupa yang kacak dan mempunyai keboleh-an luar biasa. Selain itu, dia mempunyai ilmu, gagah berani serta sakti.

32

PENGLIPUR LARA MENGHIBUR HATI

Segala keistimewaan yang dimiliki ini ada hubungan dengan cerita terutama dalam peristiwa yang dilalui oleh watak utama ini. Keis-timewaan yang dimilikinya itu dapat menolong watak utama dalam masa kesusahan.

Keistimewaan yang disebutkan itu dapat digambarkan oleh Rajah 3.

WATAK UTAMA

Rajah 3 Keistimewaan watak utama

Banyak peristiwa yang dilalui oleh watak utama sepanjang cerita ini. Selain peristiwa menunjukkan kehebatan watak utama, peristiwa tentang pertolongan yang didapati olehnya digambarkan. Ini termasuklah mimpi, berguru dan sebagainya.

Kadang-kadang watak utama juga terlibat dengan perjudian umpamanya menyabung ayam, bermain senjata dan sebagainya. Peperangan juga merupakan peristiwa yang selalu ditemui oleh watak utama, biasanya kerana merebut puteri yang cantik. Watak utama juga boleh menyamar sebagai orang kampung dan kadang-kadang menjadi seorang yang hodoh dan dibenci oleh sesiapa yang memandang kepadanya.

Walaupun watak utama itu digambarkan dengan sebegitu baik dalam segala hal namun terdapat juga kelalaian yang menye-babkan anak raja tersebut kehilangan isteri, atau kadang-kadang

33

PROSA WARISAN

kehilangan negeri. Kelalaian ini selalunya berakhir dengan keinsaf-an dan watak utama akan berusaha menebus segala kelalaiannya itu. Dalam hal inilah pertolongan akan datang kepadanya dan dia mendapat semula segala yang hilang tersebut

Rajah 4 menunjukkan suasana yang biasa dialami oleh watak utama cerita penglipur lara.

WATAK UTAMA

mimpi

jatuh cinta

penyamaran

peperangan

kelalaian

pengembaraan

berguru

Rajah 4 Suasana yang dilalui

Sebagai kesimpulan, boleh dikatakan bahawa plot cerita peng-lipur lara tidak kompleks dan banyak disulami dengan unsur fan-tasi. Ceritanya berkisar tentang manusia di dunia dengan kebesar-annya serta dihubungkan dengan kayangan dan dewa dewi, mam-bang, kesaktian dan sebagainya.

Perlu disebutkan juga, dalam cerita-cerita ini selain mempu-nyai unsur dan pengaruh Hindu yang tebal, terdapat juga penga-

34

PENGLIPUR LARA MENGHIBUR HATI

ruh Islam melalui gambaran tentang mengaji al-Qur'an, berkhatan dan wali Allah.

Sebagai hasil sastera rakyat, tidak dinafikan bahawa cerita-cerita penglipur lara ini merupakan cerita yang amat popular serta berpengaruh dalam masyarakat tradisi masa lalu selain memberi-kan hiburan, pendidikan serta menggambarkan nilai-nilai masyara-kat masa lalu itu.

35

Cerita Mitos: Berhubung dengan Kepercayaan dan Cerita Asal Usui

K A J I A N sarjana sastera mendapati bahawa cerita mitos dalam sas-tera rakyat Melayu mempunyai hubungan dengan kepercayaan serta cerita asal usul. Cerita mitos juga mempunyai hubungan dengan cerita dewa dewi kayangan. Mitos memberi gambaran dengan segala keajaiban serta keanehan yang luar biasa.

Dalam masyarakat Melayu masa lalu yang begitu tertutup, segala kepercayaan memainkan peranan penting dalam kehidupan mereka. Masyarakat Melayu tersebut lebih dipengaruhi oleh alam kel i l ing mereka. Dalam kehidupan mereka seharian, mereka banyak bergantung pada alam sekeliling dalam segala hal. Sungai umpamanya, bukan sekadar menjadi tempat mereka mendapatkan bekalan air bahkan merupakan jalan perhubungan. Sungai juga tempat mereka mencari makan dengan menangkap ikan.

Orang Melayu mengerjakan huma menugal padi pada masa lalu. Di situ, mereka menanam ubi keladi, labu, tebu dan sebagai-nya. Untuk mengerjakan huma, mereka terpaksa menebang pokok-pokok yang besar di hutan sebelum menebas lalang, mem-bakar kayu dan lalang tersebut.

Mereka juga mendaki bukit dan gunung untuk mencari manis-an lebah atau buah-buahan hutan. Bagaimanapun, kecekapan mereka mengatasi halangan alam. Dengan adanya pengalaman dan kemahiran hidup mereka yang tradisi itu, kerja-kerja tersebut begitu mudah dilakukan oleh mereka.

Dalam hal ini, mereka sering beranggapan mudah atau sukar kerja dilakukan ada hubungan dengan kepercayaan mereka terha-dap semangat dan penunggu. Mereka percaya sesuatu benda itu, misalnya bukit dan pokok, ada penjaganya. Oleh itu, apa-apa

36

CERITA MrrOS: BERHUBUNG D E N G A N KEPERCAYAAN

sahaja kerja yang mereka lakukan, mereka mesti meminta kebe-naran kepada semangat atau penunggu yang dimaksudkan itu.

Latar tempat dan latar kepercayaan yang melatari kehidupan masyarakat Melayu pada masa lalu itu begitu jelas dikesani dalam cerita-cerita rakyat itu sendiri. Dalam cerita-cerita tersebut misal-nya, khalayak diperkenalkan dengan seorang anak miskin yang suka mengerjakan huma. Selain itu, ada cerita tentang seorang anak muda bekerja mencari rotan atau menangkap ikan di sungai.

Dalam cerita Si Tenggang misalnya, khalayak diperkenalkan dengan anak Orang As l i yang keluarganya mempunyai sebuah pondok ran di atas pokok. Si Tenggang pandai membuat perahu. Masyarakat dalam Si Tenggang ini tertutup daripada dunia luar. Mereka hidup sekadar kais pagi makan pagi kais petang makan petang. Bagaimanapun, mereka terdiri daripada orang yang rajin bekerja, hidup bermuafakat

Kesemua gambaran yang didapati daripada cerita penglipur lara menunjukkan kesan kepercayaan seperti animisme dan pengaruh agama Hindu, Buddha dan Islam dalam inti cerita secara berdikit-dikit. Perkembangan pemikiran manusia sebegini serta pengaruh kemajuan dengan pelbagai dapatan baharu, akhir-nya cerita-cerita mitos lebih mirip kepada dongeng. Bagaimana-pun, tidak dapat dinafikan bahawa 'budaya mitos', di kalangan masyarakat Me layu tetap kental hingga ke hari in i . Malah dongeng-dongeng tersebut selalu sahaja dikaitkan dengan pelba-gai kehidupan.

Rentetan dan urutan mitos dalam masyarakat Melayu ini akan dapat dilihat dengan jelas melalui cerita mitos yang dimaksudkan, terutamanya cerita yang memaparkan satu-satu upacara dalam kehidupan masyarakat cerita itu. Menyemah kampung ialah satu mitos dalam kebudayaan Melayu yang selitannya sering didapati dalam cerita rakyat. Begitu juga dengan upacara membuka huma atau apa-apa sahaja kerja baharu yang hendak dibuat

Dalam cerita rakyat, pelangi dikatakan jambatan dari ka-yangan misalnya untuk anak raja turun mencari timba emasnya yang jatuh ke dalam sebuah perigi ketika anak raja itu sedang mandi. Perilaku makan sirih pula dikatakan bermula apabila seorang puteri raja hendak menghilangkan bau mulutnya yang busuk yang menyebabkan puteri itu tidak dipinang oleh mana-mana putera raja.

Harimau bermusuh dengan kucing kerana kucing yang men-

37

PROSA WARISAN

jadi guru kepada harimau tidak menghabiskan ilmu yang diajar-kannya. Ayam mengais ketika mencari makan kerana hendak mencari jarum yang telah hilang. Jarum itu dikatakan dipinjam daripada helang. Akibat kecuaian itu, helang sentiasa memusuhi ayam. Puyuh tidak ada ekor kerana ekornya dipijak hingga tang-gal oleh sang kerbau. Kerbau pula tidak ada gigi hadapan kerana ditendang oleh sang puyuh.

Demikianlah beberapa gambaran cerita rakyat yang menun-jukkan mitos masyarakat Melayu yang mereka bawa daripada zaman animisme itu. Menurut mereka, setiap kejadian mempunyai sebab-sebab tertentu yang menjadi kepercayaan kepada mereka.

Di samping itu, mitos dalam sastera rakyat Melayu menjadi lebih besar dan begitu meyakinkan dari segi ceritanya. Pulau Tio-man dikatakan terjadi daripada seekor naga yang mahu menemui kekasihnya di Laut China Selatan itu lalu tertinggal kain cindai di Tasik Cini . Ketika Sang Naga membelokkan dirinya untuk kemba-l i , ayam pun berkokok dan hari pun siang. Sang Naga yang tidak boleh menjalankan tugasnya pada waktu siang terhenti di tengah-tengah lautan itu lalu menjadi sebuah pulau yang besar.

Cerita-cerita mitos dalam sastera rakyat Melayu memberikan konsep yang sangat jelas dan contoh-contoh ceritanya pada satu ketika amat meyakinkan anggota masyarakat tersebut sebagai khalayak kepada perkembangan sastera itu. Bagaimanapun, kini kita melihat mitos dalam sastera rakyat Melayu sebagai cerita yang dapat dipetik beberapa pehgajaran atau nilai-nilai murni yang terdapat daripadanya. Mitos yang disebutkan itu kini berdiri seba-gai sebuah dongeng dalam bentuk cerita yang sangat mengasyik-kan.

Kesusasteraan rakyat, baik apa jenis dan bentuknya sekali-pun, memperlihatkan unsur-unsur pengajaran yang mempamer-kan pula nilai-nilai moral sejagat secara tidak ketara yang wajar difahami dan dihayati. Seperti genre sastera yang lain, sastera rak-yat memberi hiburan kepada khalayaknya.

Walaupun kadang-kadang terdapat makna yang lain di sebalik cerita mitos, namun tujuannya tetap sama. Persoalannya adalah sejauh mana dapat diberikan interpretasi terhadap makna yang hendak disampaikan itu. Dalam satu hal yang lain, mungkin kewa-jaran makna daripada cerita mitos itu dapat dihuraikan dengan sebab dan musababnya setelah seseorang itu tahu berfikir dengan matang.

38

CERITA MITOS: BERHUBUNG D E N G A N KEPERCAYAAN

Sebagai contoh, orang tua selalu melarang anak-anak mereka berkeliaran pada waktu senja. Menurut mereka, pada waktu itu, hantu kopek sedang berkeliaran. Sesiapa yang berkeliaran pada waktu itu, tentu sahaja akan disembunyikan oleh hantu kopek ber-kenaan.

Maksud sebenar cerita tersebut ialah ibu bapa perlu melarang anak-anak mereka bermain-main pada waktu senja. Pada waktu itu, mereka sepatutnya telah siap mandi untuk bersembahyang maghrib dan makan malam. Untuk mengajar anak-anak, cerita sebegini lebih mudah dan berkesan digunakan oleh ibu bapa ter-sebut.

Dalam sastera hikayat juga, unsur-unsur mitos ini turut men-jadi penggerak cerita yang amat berkesan dan berfungsi bagi menokohkan seseorang watak utama dalam hikayat tersebut. Dalam Hikayat Parang Puting umpamanya, kita melihat bagai-mana unsur-unsur mitos ini diselitkan. Seorang budak miskin memelihara seekor naga. Akhirnya naga tersebut terpaksa kem-bali ke tempat asalnya iaitu ke Tasik Hijau kerana badannya sudah bertambah besar. J ika naga itu tinggal bersama-sama budak mis-kin itu, tentu sahaja akan menyusahkan orang di negeri tersebut Apatah lagi jika naga itu turun ke dalam sungai, banjir besar akan berlaku.

Persahabatan budak miskin dengan naga tersebut begitu akrab. Oleh sebab itu, budak miskin tersebut bersetuju untuk turut sama menghantar sahabatnya ke Tasik Hijau. Sekalian keluar-ga naga tersebut tinggal di Tasik Hijau. Ibu bapa dan neneknya menjadi raja sekalian naga di Tasik Hijau itu. Sang Naga berpesan supaya budak miskin meminta sesuatu daripada neneknya sebagai balasan budi baik dia menjaga anak naga tersebut dari keci l sehingga besar. Turut sama menghantar naga tersebut ialah dua lagi sahabatnya iaitu anak tikus dan anak helang.

Sebagai balasan kepada budak miskin, nenek naga tersebut telah menghadiahkan kepada budak itu sebentuk cincin hikmat yang banyak gunanya. Menurut anak naga yang dipelihara oleh budak miskin itu, cincin hikmat itulah yang akan dapat membantu kehidupan budak yang miskin dan emaknya yang telah tua itu.

Bagaimanapun, ada di kalangan keluarga anak naga itu yang tidak setuju cincin hikmat itu diberikan kepada budak miskin itu. Seorang hulubalang diperintahkan untuk menukarkan cincin hik-mat itu dengan sebatang tongkat sakti. Namun demikian, huluba-

39

PROSA WARISAN

lang naga yang tidak mengenali budak miskin itu akhirnya terpe-daya. Tongkat sakd itu juga turut menjadi milik budak miskin itu.

Dalam perjalanan pulang ke rumahnya itu, budak miskin dan dua lagi sahabatnya itu iaitu anak helang dan -anak tikus selalu sahaja tersesat. Akhi rnya mereka menemui seorang tua yang memiliki sebilah parang puting. Parang puting ini boleh bekerja sendiri seperti menebang pokok yang besar serta membuat apa-apa sahaja kerja yang menggunakan parang. Budak miskin terse-but bersetuju untuk menukarkan tongkat saktinya dengan parang puting.

Kehidupan budak itu dan ibunya semakin senang dengan ada-nya cincin hikmat dan parang puting. Parang puting menjalankan kerja-kerja yang selama ini dibuat oleh ibu budak itu. Cincin hik-mat pula memberi mereka hidangan makanan yang lazat-lazat.

Unsur yang terdapat dalam petikan Hikayat Parang Puting ini ialah naga dan kaum keluarganya, sebentuk cincin hikmat, dan sebatang tongkat sakti.

Orang Melayu percaya bahawa terdapat sejenis makhluk naga yang turut hidup di dunia ini. Naga badannya seperti ular yang berkaki empat. Naga mempunyai 'cula' atau tanduk di tengah-tengah kepalanya. Badannya sangat besar dan panjang.

Mitos tentang naga bukan sahaja didapati dalam Hikayat Parang Puting sahaja tetapi juga terdapat dalam cerita tentang naga Tasik Cini , naga Pulau Tioman, naga Paya Bungur dan naga Siam. Mi tos naga Tasik CinPumpamanya, dipercayai bahawa dalam tasik itu terdapat seekor naga yang bernama Seri Gumum. Seekor lagi naga tersebut bernama Seri Pahang. Seri Pahang telah mati tewas berjuang dengan naga Siam. Penduduk di negeri Pahang percaya bahawa satu masa nanti Seri Gumum dalam Tasik Cini itu akan keluar menuntut bela atas kematian Seri Pahang. Ketika Seri Pahang keluar dari Tasik Cini , Sungai Pahang mem-buat banjir besar untuk melepaskan Seri Pahang menuju ke Laut China Selatan.

Cincin hikmat pula dapat memberikan sesuatu yang dikehen-daki oleh sesiapa yang memiliki cincin tersebut. Sesiapa yang memegang sahaja cincin itu dan menyebut apa-apa sahaja kehen-daknya, cincin tersebut akan menunaikannya. Dalam mitos orang Melayu, ini menjadi satu kepercayaan.

Cincin hikmat bukan boleh didapati oleh orang sebarangan. Cincin ini hanya diperoleh oleh orang yang bernasib baik. Begitu

40

CERITA MITOS: BERHUBUNG D E N G A N KEPERCAYAAN

juga dengan tongkat sakti yang sama fungsinya dengan cincin hik-mat. Bagaimanapun, berdasarkan struktur cerita yang dipaparkan itu, ternyata cincin hikmat, tongkat sakti atau parang puting ber-fungsi untuk menunjukkan watak utama dalam cerita tersebut sebagai orang yang istimewa.

Cerita mitos juga mempunyai fungsi yang sedemikian ketika benda-benda h ikmat i tu ditonjolkan. Bagaimanapun, lama-kelamaan cerita-cerita yang sedemikian menjadi dongeng yang menarik. Namun fungsi sastera rakyat dalam masyarakat Melayu tetap unggul dan tidak terjejas.

41

Cerita Asal Usui: Bukti Kepekaan Masyarakat Melayu Masa Lalu terhadap

Alam Keliling Mereka

C E R I T A asal usul yang menjadi salah satu jenis sastera rakyat, bukan sahaja membuktikan masyarakat Melayu masa lalu peka terhadap alam keliling mereka tetapi juga menunjukkan pengaruh itu menjadi satu kepercayaan mereka pula. Cerita asal usul itu dikatakan bermula daripada cerita benar. Asal usul satu-satu tem-pat misalnya, mendapat nama daripada sesuatu peristiwa yang ter-jadi.

Cerita-cerita sedemikian bukan sahaja disampaikan secara lisan bahkan terdapat dalam bentuk manuskrip lama yang ditulis misalnya Hikayat Raja-raja Pasai. Pulau Sumatera umpamanya mendapat nama daripada semut besar yang kemudiannya disebut Samudera dan akhirnya disebut Sumatera hingga sekarang.

Begitu juga dengan nama Padang Gelang-gelang yang berasal daripada nama cacing yang direbus oleh Merah Silu yang menjadi emas. Dalam cerita asal usul itu, dikatakan Merah Silu menahan lukah di sebuah anak sungai atau aliran air. Pada setiap kali dilihat atau diangkatnya lukah, di dalamnya bukanlah ikan tetapi dipe-nuhi oleh cacing gelang. Merah Silu membuang cacing tersebut. Bagaimanapun, pada esok harinya cacing gelang tetap memenuhi lukahnya.

Akhi rnya pada satu hari yang lain, Merah Silu merebus cacing gelang yang masuk ke dalam lukahnya itu. Apabila direbus sahaja, cacing tersebut telah bertukar menjadi emas dan Merah Silu menjadi senang-lenang dengan emas yang diperolehinya itu. Merah Silu di Sumatera merupakan raja yang pertama menganut agama Islam dengan menukar namanya menjadi Sultan Mal ik al-Salleh.

42

CERITA ASAL U S U L BUKTI K E P E K A A N MASYARAKAT MELAYU

Cerita asal usul dipercayai merupakan cerita rakyat yang ter-tua. Daripada kajian yang dilakukan, cerita ini menerangkan ten-tang kejadian sesuatu perkara sama ada nama tempat, perihal sesuatu binatang, tumbuh-tumbuhan, gunung-ganang dan sebagai-nya. Satu hal yang menarik ialah perkara ini amat mempengaruhi kehidupan masyarakat Melayu itu sendiri.

Pada satu peringkat pula, cerita-cerita yang sedemikian ini menjadi satu mitos dalam masyarakat Melayu. Seorang sarjana, Liaw Yock Fang, yang mengkaji cerita-cerita ini menyatakan bahawa cerita jenis ini boleh digolongkan dalam cerita-cerita mitos. Beliau memberi alasan bahawa pada mulanya cerita ini mungkin dianggap sebagai cerita benar hingga akhirnya ia men-jadi satu kepercayaan.

Bagaimanapun menurutnya, kepercayaan tersebut tidak dapat dibuktikan. Pada waktu itu, soal lojik tidak termasuk dalam flkir-an masyarakat, namun mereka menerimanya bulat-bulat. Hal ini terjadi disebabkan kemungkinan pengaruh yang ada di kalangan orang tertentu seperti penglipur lara, bomoh, pawang dan sebagai-nya. Mereka tidak pernah mempersoalkan tentang asal usul yang terjadi itu. Mereka menerima malah mempercayainya dengan mudah. Hal yang sedemikian ini juga adalah disebabkan keperca-yaan atau anutan animisme itu begitu tebal di kalangan masyara-kat pada waktu itu.

Kajian awal yang dilakukan oleh Will iam Skeat (1953) dan W.E. Maxwell mendapati bahasa yang digunakan dalam sastera rakyat asal usul ini ialah bahasa setempat Dialek digunakan di tempat cerita tersebut terjadi. Oleh itu, cerita-cerita tersebut sesuai diperdengarkan kepada orang bawahan. Akhirnya cerita-cerita rakyat seperti ini ditulis oleh beberapa orang pengumpul dan penulis dan hasilnya diterbitkan.

Dato' Zakaria Hitam telah membuat kajian tentang cerita asal usul nama tempat yang terdapat di Pahang. Menurut beliau, terda-pat lapan punca asal usul nama satu-satu tempat. Beliau berjaya mendapatkan cerita asal usul itu dari setiap daerah di negeri ter-sebut.

Menurut kajian beliau, punca asal usul nama tempat itu ialah:

(i) Berpunca daripada kejadian alam Di negeri Pahang, terdapat banyak tempat yang dikatakan

berasal daripada kelebur iaitu tanah berlumpur kerana hujan yang

43

PROSA WARISAN

luar biasa lebatnya. Tempat-tempat tersebut kemudiannya menjadi danau atau tasik yang keeil. Menurut cerita asal usul ini, kejadian yang sedemikian itu berlaku kerana ada sesuatu perbuatan luar biasa yang dilakukan oleh penduduk setempat.

Salah satu daripada ceritanya ialah bagaimana sekumpulan kanak-kanak dalam sebuah kampung bermain-main menyanding-kan seekor kucing dengan seekor kera jinak. Peristiwa tersebut dikatakan menyebabkan turunnya ribut hingga rumah-rumah di kawasan tersebut ditelan bumi. Tempat tersebut kemudiannya dinamakan Danau Kelebur. Tempat tersebut terletak di tengah-tengah perjalanan antara Kampung Dong ke Benta di daerah Raub. Penduduk di kawasan itu masih lagi menceritakan cerita tersebut kepada anak-anak mereka supaya mereka tidak melaku-kan sesuatu perbuatan yang luar biasa.

Cerita-cerita yang berasaskan kejadian tersebut dikatakan banyak berlaku di tempat-tempat lain juga. Peristiwa yang serupa itu boleh dikesan, antaranya di Jerantut iaitu Kelebur Gintung; di Kuantan, Kelebur Pak Sisin; di Kuala Lipis, Tualang Sekin; di Pekan, Tasik Cini ; dan di Temerloh, iaitu Lubuk Kuing di Kuala Bera.

Semua tempat tersebut mempunyai cerita asal usul yang ter-sendiri dan menarik.

(ii) Nama-nama tempat yang berasal daripada bekas-bekas tinggal-an orang Siam —

Terdapat banyak tempat di Pahang yang namanya menyebut perkataan 'Siam'. Antaranya termasuklah Parit Siam, Tambak Siam, Lombong Siam, Kolam Siam, Bukit Siam dan Gedung Siam.

A s a l usul nama tempat-tempat ini dikatakan ada kaitan dengan pemerintahan Siam di Pahang yang dikatakan berlaku pada sekitar akhir abad ke-14 hingga pertengahan abad ke-15. Di tempat-tempat tersebut masih terdapat tanda-tanda yang disebut-kan itu seperti kolam, parit, lombong dan sebagainya, walaupun terdapat sebahagian daripada tanda-tanda yang melalui proses hakisan.

(iii) Berasal daripada teguran Gedembai

Dongeng Sang Gedembai amat popular di Pahang. Sang Gedembai ialah sekeluarga gergasi yang terdiri daripada seorang bapa, ibu dan seorang anak. Bapanya bernama Sang, ibunya ber-

44

CERITA ASAL U S U L BUKTI K E P E K A A N MASYARAKAT MELAYU

nama Gedem dan anaknya bernama Bai. Satu keistimewaan ger-gasi ini ialah mereka tidak boleh menegur sebarang kehidupan yang bernyawa. Jika ditegur sahaja nescaya yang ditegur itu akan bertukar menjadi batu.

Banyak tempat di negeri Pahang yang dinamakan berasal daripada teguran Sang Gedembai ini. Ramai pula yang percaya bahawa cerita tersebut benar-benar terjadi kerana ada kesan-kesan atau bukti yang dapat ditemui. Ada batu yang menyerupai katak lalu tempat itu dinamakan Batu Katak. Ada batu menyerupai gajah lalu tempat itu dinamakan Batu Gajah dan sebagainya.

Semua tempat itu dikatakan mempunyai cerita asal usul nama yang benar. Beberapa ekor gajah yang sedang menyeberang Sungai Pahang lalu ditegur oleh Sang Gedembai dan gajah-gajah itu bertukar menjadi batu. Antara nama tempat tersebut ialah Lubuk Kelembai, Batu Sawar, Batu Caping, Batu Burung, Batu Jerang Belanga, Batu Bor, Batu Kawah, Batu Karai dan sebagai­nya. Semua benda tersebut dikatakan ditegur oleh Sang Gedembai yang bisa mulutnya itu lalu bertukar menjadi batu.

(iv) Nama tempat yang berasal daripada cerita naga

Nama tempat yang berasal daripada kisah naga ini ialah Pulau Tioman. Pulau yang gagah di tengah lautan itu dikatakan berasal daripada seekor naga. Oleh sebab melanggar pantang, naga itu tidak meneruskan perjalanannya lantas menjadi batu di tengah lautan tersebut. Di pulau itu terdapat dua buah kemuncak gunung batu yang terkenal dengan nama Nenek Si Mukut. Ramai orang percaya bahawa gunung batu yang tajam bentuknya itu adalah cula atau tanduk naga yang menjadi batu itu.

(v) Asal usul nama tempat berpunca daripada cerita anak derhaka

Cerita yang sedemikian ini tidak semestinya mengambil nama daripada watak-watak dalam cerita tersebut tetapi di tempat terse-but dikatakan berlakunya peristiwa itu. Tempat-tempat itu antara-nya termasuklah Kuala Bera, Bukit Caras, Pulau Tetagan dan Pulau Galong. Perjalanan ceritanya serupa iaitu tentang seorang anak miskin yang merantau dan kemudian menjadi kaya-raya. Apa-bila balik ke tempat sendiri, dia menjadi sombong dan lupa asal usulnya lalu tidak mengakui ibu bapanya. Sebagai balasan, anak tersebut ditimpa bencana yang dahsyat.

45

PROSA WAPJSAN

(vi) Nama tempat yang berasal daripada tumbuk-tumbuhan Kisah negeri Melaka mendapat namanya, merupakan satu

contoh. Menurut cerita, Melaka berasal daripada nama pokok yang disandar oleh Parameswara ketika berehat setelah penat ber-buru.

(vii) Nama-nama tempat yang sama penggunaan perkataan avial-nya

Banyak nama tempat yang dimulai dengan nama atau perka-taan tanjung, sungai, paya, lubuk, pulau, pamah, teluk, gunung, permatang dan sebagainya. Setiap tempat tersebut mempunyai cerita asal usul yang menyebabkan tempat itu dinamakan sedemi-kian.

(viii) Nama-nama tempat yang bertukar nama baharu

Di negeri Pahang, hal ini terjadi mungkin disebabkan ada cerita atau peristiwa baharu yang timbul lalu nama tempat terse-but ditukar kepada nama yang baharu berdasarkan peristiwa itu. Satu ketika dahulu, nama asal Mentakab ialah Pasir Rawa, nama asal Bentong ialah Bapong dan nama asal Pulau Tawar ialah Gelombang Tujuh.

Selain itu, ada juga nama tempat yang berasal daripada nama binatang, misalnya, nama asal Singapura ialah Temasik. Ketika Sang Nila Utama dari Bentan belayar menuju ke pulau tersebut, baginda melihat sebuah pantai yang bersih dan berkilat pasirnya. Baginda singgah untuk berburu bersama-sama pengiringnya. Sewaktu mengejar seekor rusa yang telah dilembing, baginda ber-temu dengan seekor binatang yang tersangat hebat rupanya. Baginda telah bertanya kepada pengiring baginda akan nama bina-tang tersebut. Pengiring baginda menjawab, binatang itu ialah se-ekor singa. Mendengarkan jawapan demikian, Sang Nila Utama kemudiannya menamakan tempat itu 'Singapura'. Perkataan 'si-nga' ialah nama binatang hebat yang telah baginda temui mana-kala perkataan 'pura' pula bererti pekan.

Terdapat juga cerita asal usul yang ada hubungan dengan perkara-perkara lain, misalnya tentang puyuh yang tidak berekor, sebab-sebab burung pucung kurus atau bagaimana beruang pen-dek ekornya. Hal-hal tersebut semuanya terjadi dikaitkan dengan cerita-cerita tertentu.

Peleslt dan hantu juga mempunyai cerita asal usul. Pada

46

CERITA ASAL U S U L BUKTI K E P E K A A N MASYARAKAT MELAYU

zaman masyarakat pegangan animisme orang Melayu begitu kuat, dikatakan orang yang mengetahui tentang sesuatu asal usul menyebabkan orang tersebut dapat mengawal atau menjadi tuan kepada perkara berkenaan. Bomoh atau pawang misalnya mempu-nyai kelebihan ini. Contohnya, jika mengetahui asal usul harimau, dia akan dapat menguasai harimau dan boleh mengarah harimau tersebut.

Bolehlah disimpulkan bahawa cerita asal usul mempunyai hubungan dengan peristiwa yang terjadi. Pada masa yang lalu, kejadian itu dianggap benar malah menjadi satu kepercayaan pula dalam masyarakat Melayu pada waktu itu.

47

Cerita Binatang: Menjadi Contoh dan Teladan kepada Manusia Supaya Tidak

Angkuh dan Takbur

CERITA binatang dipercayai sebagai cerita yang tertua dikatakan sama usianya dengan cerita asal usul. Cerita-cerita ini dicipta untuk memberi contoh dan teladan kepada khalayak supaya tidak angkuh. Banyak pengajaran yang terdapat dalam cerita-cerita bina-tang.

Dalam cerita-cerita binatang, tema yang sering dibawa ialah konflik antara manusia dengan binatang, serta antara binatang dengan binatang itu sendiri. Tema cerita-cerita ini pelbagai seperti binatang yang kecil boleh mengalahkan binatang yang besar atau binatang yang lemah dapat mengalahkan binatang yang kuat. Dalam cerita ini juga, terdapat cerita-cerita tentang asal usul sese-ekor binatang itu menjadi sebagaimana yang terdapat sekarang.

Cerita-cerita binatang ini digemari oleh kanak-kanak. Dalam masyarakat Melayu tradisi, cerita-cerita binatang ini diceritakan sewaktu anggota keluarga berkumpul untuk menghibur hati.

Yang menarik dalam cerita binatang ialah binatang-binatang dalam cerita tersebut diberi watak seperti manusia. Mereka berfi­kir dan bertindak seperti manusia. Malah binatang-binatang itu juga mempunyai masyarakatnya tersendiri. Binatang-binatang itu ada kalanya berinteraksi dengan manusia.

Ada pendapat yang mengatakan bahawa cerita-cerita binatang dalam kesusasteraan Melayu mempunyai pengaruh atau telah dipengaruhi oleh cerita-cerita dari luar. Sebenarnya cerita-cerita tersebut tetap asli. Cerita terbentuk dalam satu masyarakat yang mempunyai budayanya tersendiri. Dalam hal ini , tidak timbul sama ada cerita-cerita tersebut disadur daripada cerita bangsa lain atau sebagainya. Cerita-cerita sebegini wujud di kalangan masya-

48

CERITA BINATANG: MENJADI C O N T O H DAN T E L A D A N

rakat Melayu sejak dahulu lagi. Walau bagaimanapun, hasil kajian para pengkaji sastera rak-

yat menyatakan bahawa setiap bangsa mempunyai cerita binatang-nya yang tersendiri. Menurut Hooykass, seorang sarjana yang membuat kajian tersebut, setiap bangsa cenderung menjadikan seekor binatang yang tertentu sebagai binatang yang cerdik. Masyarakat Melayu memilih kancil; masyarakat Jawa juga memi-lih kancil; orang Taroja di Sulawesi Selatan memilih kera; orang Sunda memilih kura-kura; Red Indian pula memilih anjing dan orang Eropah memilih arnab sebagai binatang cerdik mereka.

Bagaimanapun, cerita-cerita binatang Melayu terdapat banyak persamaan dengan cerita-cerita binatang yang terdapat di India. Cerita-cerita dari negeri itu banyak termuat dalam buku Panchan-tantera atau Kalilah wa Daminah. Berdasarkan ini, ramai sarjana yang menyatakan bahawa cerita-cerita tersebut disadur atau mem-pengaruhi cerita-cerita binatang dalam masyarakat Melayu. Sebe-narnya, persamaan itu terjadi secara kebetulan.

Terdapat empat corak yang ketara jika kita menganalisis cerita-cerita binatang. Corak tersebut ialah:

(i) Epik binatang Cerita yang sedemikian bermotifkan kebijaksanaan atau

kecerdikan binatang tersebut memperdayakan lawannya dengan menggunakan fikirannya. Ini termasuklah tipu helah dan sebagai-nya. Cerita-cerita seperti ini selalunya menggunakan sejenis bina-tang tertentu sebagai watak pentingnya. Masyarakat Melayu menggunakan sang kancil misalnya. Dalam cerita tersebut sang kancil memperdayakan binatang-binatang yang lebih besar daripa-danya.

(ii) Cerita sebab dan akibat Cerita seperti ini ialah cerita seperti dalam lagu "Bangau Oh

Bangau". Selalunya cerita seperti ini digemari oleh kanak-kanak. Mereka bukan sahaja mendengar cerita itu diceritakan tetapi juga menyanyikan lagu tersebut beramai-ramai pada waktu lapang.

(iii) Cerita asal usul

Cerita asal usul ini adalah tentang sesuatu sifat yang tertentu yang dimiliki oleh binatang tertentu. Ini termasuklah tentang kela-kuan binatang tersebut. Contohnya, ayam makan mengais dikata-kan untuk mencari sebatang jarum emas yang dipinjamnya dari-

49

PROSA WARISAN

pada helang yang membolehkan ayam terbang. Jarum tersebut dihilangkan oleh ayam lalu helang menjadikan ayam sebagai musuh ketatnya selagi jarum itu tidak ditemui dan dikembalikan kepadanya.

(iv) Fable Fable ialah cerita-cerita yang dapat memberi teladan dan

pengajaran. Cerita ini juga disebut sebagai cerita perumpamaan. Cerita fable mengandungi falsafah. Cerita-ceritanya menyindir masyarakat Antara cerita jenis ini yang terkenal ialah:

(a) Cerita Aesop Fable dari Barat,

(b) Hikayat Kalilah via Daminah dalam masyarakat Melayu dan cerita ini disadur daripada cerita Farsi,

(c) Cerita-cerita yang bersumber daripada cerita Jataka, Pan-chantantera dan Katha Sarit Sagara dari India.

Ramai pengkaji yang mempersoalkan cerita ini sama ada ber-asal daripada tradisi lisan atau tulisan. Ini disebabkan dalam cerita-cerita ini terdapat falsafah yang tinggi.

Seorang sarjana Barat, Winstedt, berpendapat bahawa cerita-cerita lisan Melayu daripada jenis ini berasal atau bersumber dari-pada cerita fable dari India. Beliau menjelaskan bahawa cerita "Pe-landuk dengan Siput" dan cerita "Gajah dengan Harimau" berasal daripada cerita-cerita fable yang terdapat dalam buku Panchantan-tera. Cerita "Sang Kancil Menjadi Hakim" pula berasal daripada cerita Jataka dalam bahasa Sanskrit.

Bagaimanapun, pendapat ini tidak dapat dipertanggungjawab-kan kerana ramai para pengkaji yang menolaknya. Pendapat yang menyatakan bahawa setiap bangsa itu mempunyai cerita binatang-nya yang tersendiri adalah lebih kukuh. Namun demikian tidak dapat dinafikan bahawa penyebaran cerita-cerita tersebut, baik dengan apa cara sekalipun, tetap berlaku. Dalam proses ini, tentu berlaku unsur pengaruh-mempengaruhi antara sesama cerita ter-sebut.

Jika kita membuat perbandingan tentang cerita-cerita bina-tang ini, memang terdapat persamaannya. Sebagai contoh, cerita tentang sang kancil berlumba dengan siput terdapat di negara kita, di Jawa, India dan Eropah. Perbezaan yang terdapat antara cerita ini ialah watak-wataknya. Di India umpamanya, cerita yang

50

CERITA BINATANG: MENJADI C O N T O H DAN T E L A D A N

sedemikian ini ialah perlumbaan antara kura-kura dengan burung geroda kenaikan W i s n u manakala di Eropah pula ialah per-lumbaan antara arnab dengan kura-kura.

Tema tentang ddak tahu membalas budi juga terdapat dalam cerita-cerita di Tanah Melayu, umpamanya tentang seekor buaya yang diselamatkan oleh seekor kerbau daripada mati setelah ditimpa oleh pokok yang tumbang. Sang buaya telah menangkap kaki kerbau tersebut untuk dimakan. Mesej yang seperti ini terda-pat dalam cerita di negeri China tetapi wataknya ialah seekor hari-mau yang cuba menangkap manusia yang telah menolongnya.

Di Malaysia, terdapat dua buah buku yang terkenal mengan-dungi cerita-cerita binatang ini. Buku-buku tersebut ialah Hikayat Sang Kancil dan Hikayat Pelanduk Jenaka. Terdapat dga peranan penting yang dimainkan oleh watak utamanya iaitu Sang Kancil dan Pelanduk Jenaka. Peranan tersebut ialah:

(a) Sang kancil mengalahkan binatang yang kuat atau yang lebih besar daripadanya. Ini termasuklah cerita bagai-mana sang kancil menipu sang harimau supaya memukul sarang tebuan yang dikatakan gong Raja Sulaiman. Sang kancil berjaya menipu buaya supaya timbul kerana dia hendak menyeberang sungai dan sebagainya.

(b) Sang kancil menjadi hakim. Dalam cerita sebegini, sang kanci l berjaya menyelesaikan perbalahan dua orang manusia kerana berhutang antara satu sama lain. Selain itu, sang kancil juga berjaya menyelesaikan pertelagahan antara seorang kaya dengan seorang miskin kerana anak-nya mencium bau makanan si kaya tersebut dan sebagai-nya lagi.

(c) Sang kancil dikalahkan oleh binatang yang lebih kecil daripadanya. Dalam cerita sebegini, terdapat cerita sang kancil ditipu oleh bangau ketika menyeberang mengguna-kan perahu kerak nasi dan sang kancil kalah berlumba dengan siput

Dalam cerita Pelanduk Jenaka pula, terdapat cerita-cerita ten-tang:

(a) Pelanduk mengalahkan binatang yang lebih besar daripa-danya seperti gajah dan buaya.

51

PROSA WAPJSAN

(b) Pelanduk mendamaikan harimau dengan kambing yang bermusuhan.

(c) Pelanduk membunuh raksasa yang mengganggu binatang lain.

(d) Pelanduk menipu kera.

(e) Pelanduk menjadi masyhur kerana kebijaksanaannya.

Sebagai kesimpulan, dapatlah dikatakan bahawa cerita bina-tang bukan sekadar menghibur. Cerita ini memberi pengajaran kepada khalayak.

Cerita tentang binatang yang lemah boleh mengalahkan bina-tang yang lebih besar dan kuat daripadanya dengan menggunakan fikiran memberi pengajaran bahawa orang yang kuat itu tidak semestinya sentiasa berkuasa. Walaupun kuat fizikal namun terda-pat kelemahan akal.

Dalam hal ini, cerita-cerita binatang banyak mengandungi persoalan yang tersirat. Nasihat melalui cerita itu dapat disampai-kan secara tidak langsung tetapi memberi kesan. Pada masa masyarakat hidup dalam sistem feudal misalnya tentulah tidak ada sesiapa yang berani menasihati raja yang mempunyai kuasa dan pemutus kata dalam semua hal. Melalui cerita binatang, nasihat dapat diberi kepada raja secara tidak langsung.

52

Cerita Jenaka: Memberi Pengajaran, Menyindir dan Memberi Hiburan untuk

Masyarakat

CERITA jenaka merupakan salah satu jenis sastera rakyat. Terda-pat dua jenis cerita jenaka yang menjadi warisan dalam perkem-bangan kesusasteraan iaitu cerita yang telah sebati dengan masya-rakat kita, dan cerita yang memperlihatkan unsur-unsur pengaruh Arab dan Farsi.

Antara cerita jenaka yang telah sebati dengan masyarakat Melayu termasuklah cerita "Pak Kadok", "Pak Pandir", "Lebai Malang", "Pak Belalang", "Si Luncai" dan "Mat Jenin". Cerita-cerita yang mempunyai pengaruh Arab dan Farsi pula termasuk-lah cerita "Musang Berjahggut", "Abu Nawas" dan "Khoja Nasya-rudin".

Cerita-cerita yang telah sebati dengan masyarakat Melayu pada awalnya disampaikan secara lisan. Cerita-cerita itu disampai-kan oleh penglipur lara, ibu bapa atau nenek dan datuk masa lalu. Demikian akhi rnya cerita-cerita tersebut diceritakan turun-temurun hinggalah cerita-cerita itu ditulis, dibukukan dan diterbit-kan. Antara tokoh terkenal yang mengumpulkan cerita-cerita ini ialah Raja Haji Yahya bin Haji M o h d A l i . Cerita-cerita ini kemu-diannya dibukukan oleh dua orang sarjana Barat yang terkenal iaitu R.O. Winstedt dan Wilkinson. Bagaimanapun selepas itu, ter-dapat ramai pula sarjana Melayu yang turut menulis kembali cerita-cerita yang sedemikian, antaranya termasuklah Dato' Haji Zakaria Hitam.

Cerita-cerita jenaka ini selalunya menggambarkan suasana masyarakat rakyat jelata. Watak-wataknya terdiri daripada orang biasa dalam masyarakat. Walaupun begitu, kadangkala terdapat watak raja atau orang besar istana. Jika diteliti cerita-cerita jenaka

53

PROSA WARISAN

ini, didapati tujuan yang hendak disampaikan ialah:

(i) Cerita-cerita ini merupakan satu kritikan masyarakat terhadap tingkah laku anggota masyarakat terutamanya yang kurang sopan atau kurang baik. Kritikan itu bukan sahaja ditujukan kepada golongan bawahan tetapi juga golongan atasan.

(ii) Cerita-cerita yang sedemikian juga dapat memberikan hibur-an kepada orang yang mendengarnya.

Lazimnya, terdapat tiga golongan watak dalam cerita-cerita jenaka tempatan ini. Golongan yang dimaksudkan itu iaitu cerita orang bodoh contohnya ialah cerita "Pak Kadok" dan "Lebai Malang", cerita orang lurus dan betul seperti cerita "Pak Pandir" dan cerita orang yang cerdik dan pintar seperti cerita "Pak Bela-lang" dan "Si Luncai".

Cerita golongan pertama itu menggambarkan tentang kebo-dohan watak utama dalam cerita tersebut. Nasib Pak Kadok terlalu malang kerana kebodohannya sendiri. Walaupun dia mengguna-kan fikirannya tetapi selalunya fikirannya itu tidak sesuai dengan keadaan yang ada. Kebodohan Pak Kadok ini amat jelas dibayang-kan dalam gurindamnya ini:

Aduhai malangnya Pak Kadok Ayamnya menang, kampung tergadai Ada nasi dicurahkan Awak pulang kebuluran Mudik menongkah_surut Hilir menongkah pasang" Ada isteri dibunuh Nyaris mati oleh tak makan Masa belayar kematian angin Sauh dilabuh bayu berpuput Ada rumah bertandang duduk.

Cerita orang yang lurus pula digambarkan dalam cerita "Pak Pandir". Orang yang lurus seperti Pak Pandir ini selalunya bodoh tetapi benar. Kadang-kadang dia menjadi cerdik pula. Pak Pandir disuruh oleh isterinya pergi menangkap belalang rusa untuk dija-dikan umpan kail tetapi yang ditangkap oleh Pak Pandir ialah se-ekor anak rusa. Dia hanya tersedar apabila Mak Andeh isterinya menegur bahawa kalau sudah ada rusa tidak payahlah dibuat umpan kerana daging rusa itu sahaja boleh dimakan.

Golongan ketiga pula menceritakan tentang kebijaksanaan watak tertentu. Ini terdapat dalam cerita "Pak Belalang". Sebagai

54

CERITA JENAKA: MEMBERI PENGAJARAN, MENYINDIR DAN HIBURAN

contohnya, untuk mengenal pangkal dan hujung sebatang kayu yang panjang dan diketam cantik, Pak Belalang terpaksa mengin-tai perbualan orang yang membawa masalah tersebut. Akhirnya, dia mendapat tahu rahsia iaitu pangkal kayu tenggelam dahulu apabila diletakkan di dalam air. Usahanya itu dapat menyelamat-kan maruah raja yang telah dihadapkan dengan persoalan itu untuk diselesaikan.

Walaupun tiga golongan watak yang dinyatakan itu mempel-bagaikan cerita-cerita jenaka namun tujuan sebenarnya bukanlah untuk memperlihatkan watak-watak yang disebutkan sahaja. Di sebalik kebodohan, kelurusan dan kepintaran watak itu, diselitkan falsafah serta sindiran yang baik untuk difikirkan oleh khalayak.

Watak-watak yang beraksi dalam cerita-cerita jenaka adalah watak-watak yang terdapat dalam masyarakat kita. Bagaimanapun, watak yang digambarkan dalam cerita-cerita tersebut bertujuan untuk menjadi teladan kepada khalayak.

Cerita-cerita jenaka juga memenuhi tujuan sastera rakyat yang disampaikan secara lisan pada masa lalu itu. Sastera rakyat mempamerkan nilai-nilai moral yang baik untuk menjadi teladan.

55

Cerita-cerita Legenda dalam Sastera Rakyat: Kehebatan Tokoh yang Dikagumi

CERITA-CERTTA legenda dalam sastera rakyat merupakan cerita-cerita tentang tokoh-tokoh dalam bidang-bidang tertentu. Tokoh-tokoh ini termasuklah tokoh agama, pahlawan, tokoh-tokoh pem-bukaan tempat dan sebagainya.

Tokoh-tokoh ini juga kadang-kadang dilahirkan oleh satu-satu peristiwa atau suasana semasa yang tertentu. Dalam hubungan ini, ternyata bahawa cerita-cerita legenda adalah tentang tokoh yang pernah wujud dalam masyarakat dan keistimewaannya diakui oleh anggota masyarakat. Bagaimanapun, jika satu-satu tokoh itu masih hidup, selalunya dia tidak dianggap legenda.

Tokoh-tokoh sejarah tempatan juga termasuk sebagai tokoh legenda. Biasanya keistimewaan tokoh tersebut sangat menonjol pada zamannya walaupun terdapat tokok tambah tentang keistime-waan itu tidak dapat disamakan dengan realiti.

Dalam cerita-cerita rakyat bercorak legenda ini kadangkala dinyatakan bukti-bukti tertentu seperti nama tempat, kubu perta-hanan, atau apa-apa sahaja tanda alam yang dapat dikaitkan dengan tokoh yang disebutkan itu. Bagaimanapun, kadang-kadang tanda-tanda yang dimaksudkan itu ada hubungannya dengan alir-an sejarah sesebuah tempat itu.

Berdasarkan cerita-cerita legenda, terdapat satu-satu cerita tersebut yang mempunyai latar masa yang boleh diingat tetapi kadang-kadang tidak boleh disejarahkan. Sehubungan ini, yang penting ialah cerita tentang tokoh tersebut. Masa cerita tersebut berlaku juga tidak dapat untuk ditetapkan atau dikenal pasti. Bagaimanapun, kesungguhan cerita tersebut dikemukakan menja-dikan legenda tersebut seperti cerita yang benar-benar pernah

56

CERITA-CERITA L E G E N D A D A L A M SASTERA RAKYAT

terjadi. Malah ada kalanya, ada orang yang dikatakan hidup seba-gai sezaman dengan cerita tersebut. Dalam hal ini, ternyata cerita tersebut sudah bercampur dengan mitos.

Cerita legenda dibahagikan seperti berikut:

(i) Legenda tokoh tertentu Tokoh-tokoh yang menjadi legenda dalam bahagian ini dihu-

bungkan dengan kepahlawanan atau keagamaan. Panglima Saleh (Kiai Saleh) di Johor ialah satu legenda yang dimasukkan dalam golongan ini. Begitu juga dengan Panglima Nayan di Kedah, Tok Senik di Beserah, Pahang dan Wan Mat Saman di Kedah. Terda-pat juga legenda seperti legenda Sultan Mahmud Mangkat di Julang di Johor, Puteri Saadong di Kelantan, Panglima Hitam, Panglima Awang dan sebagainya.

Tokoh-tokoh yang disebutkan itu beraksi dalam cerita sebagai seorang pahlawan atau pemimpin agama dalam cerita yang dipa-parkan. Panglima Awang dan Panglima Hitam misalnya beraksi sewaktu Melaka jatuh ke tangan Portugis. Tok Senik di Beserah pula ialah seorang pemimpin agama yang membuka Pekan Bese-rah setelah merantau dari satu tempat ke satu tempat di utara Semenanjung Tanah Melayu. Wan Mat Saman pula ialah seorang tokoh di Kedah yang membina sebatang terusan di negeri itu iaitu Terusan Wan Mat Saman. Panglima Nayan pula dikatakan seorang tokoh yang membela kemiskinan rakyat golongan petani daripada diperas oleh orang kaya. Selain itu, Puteri Saadong ialah tokoh legenda yang terkenal di Kelantan dan ditemui oleh orang isti-mewa di alam ghaib.

Cerita-cerita legenda tentang tokoh yang sedemikian ini men-jadi tambah menarik bukan sekadar disebabkan oleh keistime-waan atau satu-satu hal yang luar biasa tentang diri tokoh tetapi juga peristiwa yang berlaku yang menyebabkan tokoh tersebut terkenal. Ini termasuklah memimpin tentera dalam peperangan, memimpin masyarakat dalam hal pertanian, agama, membuka tempat yang baharu dan sebagainya. Cerita tentangnya turun dari-pada satu generasi kepada generasi yang lain yang akhirnya mem-bentuk cerita legenda.

(ii) Legenda yang berunsur sejarah serta tanda-tanda alam yang lain Legenda seperti ini selalunya bersangkutan nama-nama tem-

pat. Pembukaan tempat tersebut dikaitkan dengan tokoh-tokoh

57

PROSA WARISAN

yang ada hubungan dengan tempat berkenaan. Nama-nama tem-pat ini juga selalunya mengambil tanda-tanda alam yang mempu-nyai cerita yang menarik. Ini dapat kita lihat daripada nama-nama tempat, misalnya Kampung Abdullah Hukum, Kampung Dato' Keramat dan sebagainya lagi manakala nama-nama tempat pula, misalnya Alor Gajah, Kota Lama, Tioman, Daik, Kampung Peramu dan sebagainya.

(iii) Legenda yang ada hubungan dengan kepercayaan atau peng-alaman di alam ghaib

Cerita legenda seperti ini disebutkan juga sebagai 'memoraf iaitu cerita tentang pengalaman seseorang bertemu dengan orang bunian setelah sesat di dalam hutan dan sebagainya, cerita tentang mimpi atau tentang penunggu di pokok-pokok besar dan sebagai-nya. Begitu juga dengan cerita-cerita tempat yang dikatakan 'ke-ras' kerana terdapatnya penunggu yang dimaksudkan itu.

Walau apa jenis legenda sekalipun, cerita legenda lebih meru-pakan satu penonjolan terhadap 'wira budaya' dalam masyarakat Melayu. Segala sikap dan perjuangan mereka dijadikan contoh teladan sama ada memberi pengajaran atau memberikan sema-ngat. Oleh itu, terdapat unsur-unsur didaktik dalam cerita-cerita legenda.

Terdapat beberapa hal yang boleh diperhatikan dalam cerita legenda. Antaranya termasuklalr.

(a) Cerita-cerita tersebut seolah-olah benar-benar terjadi dan mempunyai hubungan yang rapat dengan perkembangan masyarakat. Apatah lagi jika cerita ini berdasarkan tokoh-tokoh tertentu yang benar-benar hidup pada satu ketika yang lalu itu.

(b) Tokoh-tokoh yang menjadi watak dalam cerita tersebut luar biasa dalam bidang-bidang mereka. J ika seorang pah-lawan misalnya, tokoh itu ialah pahlawan yang tidak ada tolok bandingnya pada ketika itu. Jika watak itu seorang yang keramat maka banyaklah hal-hal yang mustahil pada akal dapat dilakukannya. Namun demikian segala perla-kuan watak itu disebabkan oleh keadaan tertentu.

(c) K i t a tidak dapat membukt ikan cerita-cerita tersebut secara nyata walaupun terdapat tanda-tanda alam, misal-nya batu yang hampir serupa dengan gajah lalu tempat itu

58

CEPJTA-CERITA L E G E N D A D A L A M SASTERA RAKYAT

dinamakan Batu Gajah dan sebagainya lagi.

(d) Cerita-cerita yang sedemikian ini juga tidak dapat dikait-kan dengan masa. Sukar untuk mengetahui waktu zaman Sang Kelembai melakukan pengembaraannya di sepan-jang Sungai Pahang lalu menegur benda-benda atau bina-tang yang ditemuinya itu menyebabkan semuanya men-jadi batu.

(e) Jika cerita tersebut ada hubungan dengan sejarah, cerita-nya pula sukar untuk dibuktikan mengikut lojik zaman sekarang. Misalnya, seseorang itu boleh mengambil air menggunakan raga sebagai timba, atau wujudnya sejenis makhluk yang dipanggil 'naga' yang boleh pula mengubah rupa atau menyamar sebagai manusia.

Sebagai kesimpulannya, cerita-cerita legenda ini terhasil dari-pada histiografi, tanda-tanda alam, pengalaman seseorang mahu-pun daripada cerita-cerita rakyat lain yang sudah terkenal dalam masyarakat Melayu seperti cerita "Si Tenggang", "Jong Batu", "Malin Kundang", "Benawi", "Naga Tasik Cini" , "Pulau Tioman", "Sang Kelembai" dan sebagainya.

Dalam konteks sastera rakyat Melayu, cerita-cerita legenda yang amat menonjol adalah tentang tokoh-tokoh tertentu yang ada hubungan dengan sejarah. Keistimewaan dan kehebatan tokoh-tokoh ini baik dalam bidang agama, kepahlawanan, keramat dan sebagainya dibentuk begitu rupa dan dipaparkan kepada khalayak sebagai sebuah cerita yang amat menarik.

59

Cerita-cerita Jenaka Pengaruh Arab dan Farsi

S A S T E R A rakyat bukan sahaja sangat terkenal di kalangan masya-rakat Melayu tetapi juga terdapat dalam masyarakat bangsa-bangsa lain di dunia. Dalam hal ini terdapat satu perkara yang menarik iaitu adanya cerita-cerita yang sama motimya antara satu bangsa dengan satu bangsa yang lain itu.

Cerita-cerita jenaka juga tidak terkecuali dalam persamaan ini. Cerita "Pak Pandir" misalnya terdapat juga dalam masyarakat Batak di Sumatera, Sunda dan Jawa. Cerita Pak Belalang pula sangat terkenal dalam masyarakat Aceh. Cerita ini juga terdapat dalam masyarakat orang M o n di Indo-China, Filipina dan Sri Lan-ka.

Sebagaimana yang telah dinyatakan, selain mempunyai cerita-cerita yang berasal daripada masyarakat itu sendiri, cerita-cerita jenaka juga mempunyai pengaruh luar seperti Arab dan Farsi. Ini dapat ditentukan setelah masyarakat Melayu menerima agama Islam- Cerita-cerita sedemikian bukan sahaja berkembang melalui tulisan Jawi malah berkemungkinan disebabkan adanya perkah-winan campur antara orang Arab dengan orang tempatan.

Salah satu daripada cerita jenaka yang mempunyai pengaruh ini ialah cerita "Musang Berjanggut". Walaupun cerita ini mempu-nyai pengaruh luar tetapi tetap tidak mengurangkan nilai moral yang terdapat dalam cerita. Di samping itu, ciri-ciri kejenakaannya tetap terserlah kesan daripada peristiwa serta akal-akal watak dalam cerita tersebut.

Melalui cerita "Musang Berjanggut", beberapa nilai moral yang baik boleh didapati untuk dijadikan pengajaran. Antara nilai tersebut ialah:

60

CERITA-CERITA JENAKA PENGARUH ARAB DAN FARSI

(a) Sebagai insan yang dijadikan oleh Allah, manusia mem-punyai akal flkiran untuk digunakan sebaik-baiknya dalam keadaan susah mahupun senang.

(b) Manusia mesti mengingati Tuhan pada setiap masa. (c) Manusia perlu hormat serta patuh kepada kedua-dua ibu

bapa sebagaimana yang dituntut dalam Islam. (d) Jika mahu dihormati, seseorang itu mesti menghormati

orang lain. (e) Orang yang baik itu ialah orang yang bercakap benar. (f) Apabila menghadapi masalah, seseorang itu tidak semes-

tinya cepat berputus asa. (g) Manusia mesti teguh pada cita-cita dan berusaha serta

mempunyai keyakinan diri. (h) Merendah diri tidak semestinya menjadikan seseorang

itu hina.

Demikian antara nilai murni yang dapat digarap dalam cerita "Musang Berjanggut". Ni la i ini dapat dilihat daripada beberapa peristiwa yang terdapat dalam cerita tersebut.

Cer i ta " M u s a n g Berjanggut" mengisahkan bagaimana seorang anak muda yang menjadi anak angkat kepada seorang raja disuruh berkahwin dengan mana-mana gadis pilihannya di negeri itu. Namun demikian, anak muda yang bernama Kamalul Arifln itu tidak mahu mengahwini mana-mana gadis dalam negeri itu kerana menurutnya mereka bukan 'perempuan'.

Penolakan Kamalul Arifin menimbulkan kemarahan raja yang menjadi bapa angkatnya itu. Anak muda itu disuruh mencari iste-rinya sendiri di mana-mana juga dalam tempoh tertentu. Jika tidak menemui gadis sebagaimana yang dimaksudkannya, dia akan dihukum bunuh. Kamalul Arifln dibekalkan dengan wang emas sebanyak tiga ribu dinar.

Dalam berpergian untuk mencari bakal isterinya itu, Kamalul Arifin membawa bersama-samanya beras yang sudah bercampur dengan garam, kacang dan sebagainya lagi. Padanya, sesiapa sahaja gadis yang dapat memisahkan barang-barang tersebut kepada jenisnya itu, gadis itulah yang akan dijadikannya isteri.

Sebelum pergi Kamalul Arifin menemui ibu bapanya terlebih dahulu. Kamalul Arifin mencium tangan kedua-dua ibu bapanya memohon izin untuk memulakan perjalanan. Dia juga memohon restu raja yang menjadi bapa angkatnya.

61

PROSA WARISAN

Di mana-mana anak muda ini berhenti dia tidak lupa kepada Tuhan. Dia akan bersembahyang apabila sampai waktu. Di mana-mana bermalam dia akan meminta izin daripada tuan rumah di kampung-kampung yang disinggahinya untuk bersembahyang maghrib.

Ketika berhenti di rumah-rumah yang disinggahinya itulah Kamalul Arifln memohon supaya anak gadis di rumah tersebut memasak barang-barang yang dibawanya. Namun di rnana sahaja dia berhenti atau singgah, seorang anak gadis pun tidak tahu bagaimana hendak memisahkan barang-barang yang bercampur yang dibawa oleh Kamalul Arifin itu. Apabila menghadapi hidang-an yang disajikan untuknya oleh tuan rumah, didapatinya beras bercampur yang dibawanya itu tidak dimasak. Sebaliknya, beras tersebut dikembalikan kepadanya.

Sebelum meninggalkan rumah tersebut selalunya Kamalul Arifin meninggalkan wang sebanyak sepuluh dinar emas. Dia juga bercakap dengan sopan kepada setiap tuan rumah yang dising-gahinya itu.

Akhirnya Kamalul Arifin tiba di sebuah rumah yang mempu-nyai seorang anak gadis bernama Dang Ari f Laksana. Dang Ari f Laksanalah yang pandai memisahkan barang-barang yang dibawa oleh Kamalul Arifin itu. Bahan-bahan itu dimasaknya mengikut kesesuaiannya. Dang Ari f Laksana memisahkan beras yang ber-campur dengan kacang, garam dan sebagainya itu dengan meng-gunakan nyiru. Maka Dang Ar i f Laksanalah yang menjadi isteri kepada Kamalul Arifin. Demikianlah kita melihat beberapa nilai yang murni melalui kisah ini.

Apa pula hubungannya dengan kejenakaan? Memang terdapat aksi-aksi yang lucu dalam cerita itu. Walau-

pun lucu, aksi tersebut tetap menjadi bahan untuk difikirkan dan mempunyai falsafah yang mendalam di sebaliknya. Antara peris-tiwa yang lucu tersebut ialah:

(a) Di mana-mana Kamalul Arifin singgah, dia sentiasa ber-tanyakan rumah yang tiada berdapur. Maksudnya ialah masjid.

(b) Beras yang diberinya itu dicampur dengan kacang, garam, gula, anak-anak ikan yang halus dan rempah-rempah.

(c) Kamalul Arifin mengatakan di negeri bapa angkatnya itu tidak ada 'perempuan' untuk dikahwininya.

62

CERITA-CERrTA JENAKA PENGARUH ARAB DAN FARSI

(d) Ketika lalu di sebuah rimba, Kamalul Arifin mengem-bangkan payung yang dibawanya.

(e) Ketika melalui selut lumpur pula Kamalul Arifin mema-kai kasut yang besar yang berbunyi ketika mengharung lumpur tersebut.

(f) Ketika berada di tengah-tengah padang pula, Kamalul Arifin menguncupkan payungnya.

Kelakuan Kamalul Arifin itu sangatlah menghairankan paman yang ditemuinya di sebuah negeri yang lain. Di rumah paman itu-lah akhirnya Kamalul Arifin bertemu dengan Dang Arif Laksana. Dang Ari f Laksana juga memberi tafsiran terhadap kelakuan Kamalul Arifin yang pelik pada pandangan ayahnya itu. Menurut-nya, berpayung di dalam rimba adalah untuk keselamatan dari-pada ditimpa ranting yang jatuh dan sebagainya. Melalui tanah berlumpur pula mesti berkasut kerana terdapat benda-benda yang berbahaya di dalam lumpur tersebut yang tidak kelihatan pada mata.

Nilai murni yang terdapat dalam cerita "Musang Berjanggut" ini dapat dilihat dengan jelas. Kita juga dapat mengenal apakah peristiwa jenaka yang terdapat dalam cerita ini melalui peristiwa yang dipaparkan, terutama apabila membaca aksi watak-wataknya. Cerita "Musang Berjanggut" yang berasal dari Farsi ini adalah salah sebuah cerita jenaka yang tinggi nilainya.

Cerita-cerita pengaruh luar ini selalunya mempamerkan kecerdikan dan kepintaran watak-wataknya. Cerita-cerita ini juga memberi tempat istimewa kepada watak wanita dengan memperli-hatkan kebijaksanaannya. Kebodohan serta tipu helah yang diguna-kan pula adalah untuk melepaskan diri. Cerita-cerita tersebut selalu memberi kiasan atau tamparan kepada golongan atasan terutamanya pembesar negeri supaya tidak bertindak mengikut hawa nafsu.

Sebagai kesimpulan, dapat dilihat bahawa cerita-cerita jenaka mempunyai unsur pendidikan yang diselitkan dalam kejenakaan watak serta peristiwa yang berlaku dalam cerita tersebut.

63

Kesimpulan tentang Cerita Warisan Rakyat

S A S T E R A rakyat, khususnya cerita-cerita rakyat dalam masyara-kat Melayu lama wujud bersama-sama bangsa Melayu itu sendiri. Kewujudan cerita-cerita itu juga memperlihatkan betapa prihatin-nya seniman silam terhadap alam keliling serta gerak tindak ang-gota masyarakatnya. Segala-galanya itu digambarkan dengan cukup menarik.

Cendekiawan yang lahir dalam masyarakat itu pula menjadi tokoh penting pada zamannya. Keahliannya membawakan atau menyampaikan cerita-cerita yang dimilikinya bukan setakat dika-gumi tetapi segala ceritanya itu pula menjadi alat kawalan sosial yang berkesan pada waktu itu.

Baik penglipur lara, pawang atau tokoh lain itu menjadi orang yang amat arif melentur hati dan perasaan pendengar yang men-jadi khalayaknya menggunakan cerita-cerita yang diketahuinya itu. Pada masa lalu, cerita-cerita tersebut dianggap hak milik bersama masyarakat. Tidak ada batas hak cipta serta tidak ada batas tapis-an kepada cerita-cerita yang disampaikan. Oleh itu, cerita-cerita tersebut berkembang dengan subur dan terus-menerus disampai-kan secara lisan daripada generasi kepada generasi yang lain.

Walaupun terdapat tokok tambah atau pengurangan terhadap pelbagai aspek cerita tersebut tetapi ini tidak sekali-kali mengu-rangkan keindahan sastera yang terdapat dalam cerita-cerita terse-but

Perubahan yang dilakukan adalah dalam kemampuan pence-rita berdasarkan khalayak yang mendengar mahupun menambah-indahkan cerita-cerita yang disampaikan. Dengan itu, lata melihat keindahan yang ketara dalam cerita-cerita tersebut baik pada

64

KESIMPULAN T E N T A N G CERITA WARISAN RAKYAT

watak-wataknya sama ada cerdik, lurus, gigih berjuang, rajin men-cari harta, jujur, pengasih dan sebagainya.

Keindahan itu juga terlihat pada gaya bahasa yang disampai-kan apatah lagi cerita tersebut disampaikan secara spontan iaitu secara lisan. Keindahan itu lebih terasa apabila cerita-cerita itu disampaikan dengan iringan paluan rebana, gesekan rebab dan sebagainya. Persoalan cerita-cerita tersebut juga menanamkan nilai pendidikan secara tanpa sedar kepada khalayak.

Melalui cerita-cerita sedemikian, kita melihat kesinambungan budaya masa lalu dengan masa kini. Perkembangan budaya tahap demi tahap dapat membentuk peradaban atau tamadun manusia dari satu zaman ke satu zaman yang lainnya. Hal ini amat jelas ter-gambar dalam cerita-cerita rakyat yang dimaksudkan.

Perkembangan budaya masa kini sebenarnya diasaskan oleh budaya silam. Manusia sentiasa mencari kemajuan. Pemikiran yang bijaksana sentiasa memimpin manusia untuk mencapai kemajuan yang sesuai untuk kesempurnaan hidup. Sehubungan ini, pemikiran dalam cerita-cerita rakyat dahulunya dapat memben-tuk sosialisasi masyarakat dengan jelas. Pemikiran yang dimaksud-kan itu masih utuh dan murni walaupun diletakkan dalam mana-mana zaman yang sentiasa berubah ini.

Oleh itu, dapatlah dikatakan bahawa cerita-cerita rakyat me-rupakan warisan silam yang tidak ternilai harganya. Cerita-cerita rakyat itu adalah ilham karya seniman masa lalu yang amat ber-makna. Kita tidak mengetahui siapakah penciptanya yang tidak memerlukan namanya diabadikan itu, namun cerita rakyat tetap merupakan satu sumbangan budayawan dan cendekiawan Melayu masa lalu yang sangat universal nilai seninya.

65

BAHAGIAN DUA

Contoh-contoh Cerita Rakyat

JIKA diteliti cerita-cerita rakyat yang diturunkan secara lisan dari-pada satu generasi kepada satu generasi yang lain (kini banyak dibukukan dengan pendekatan penulisan secara diceritakan semu-la), didapati ada ciri-ciri serta unsur-unsur satu-satu jenis cerita itu bertindan tindih. Bagaimanapun, hal ini masih membolehkan cerita-cerita tersebut diklasifikasikan dalam kategori-kategori yang dibincangkan.

Dalam kajian ini, beberapa contoh cerita tersebut telah dipe-tik dan diceritakan semula untuk memudahkan khalayak cerita-cerita yang dimaksudkan. Cerita-cerita tersebut adalah seperti berikut:

Cerita Lipur Lara: (a) Puteri Melur Sekuntum (b) Raja Turun Menyamar

Cerita Mitos: (a) Naga Pulau Tioman Ob) Sang Harimau dengan Burung Cawi (c) Belatuk Terbang Tinggi Rendah

Cerita Asal Usui: (a) Sebatang Pokok Mahang (b) Batu Bor dan Batu Karai (c) Batu Sawar Cerita Binatang: (a) Sang Kancil Menjadi Hakim (b) Kambing Memperdayakan Buaya (c) Semut Berperang dengan Gajah

69

PROSA WARISAN

Cerita Jenaka: (a) Mat Jenin (b) Awang Si Hitam (c) Lebai Malang

Cerita Legenda: (a) T u k Senik (b) Laksamana Hang Tuah dengan Daeng Semerluki (c) Datuk Bahaman Cerita Jenaka Pengaruh Arab/Farsi : (a) Abu Nawas Membilang Bintang di Langit (b) Abu Nawas Mencari Pusat Dunia

Cerita-cerita yang dipilih ini merupakan cerita-cerita yang dapat mewakili kategori masing-masing dalam kajian ini.

Sastera rakyat, baik puisi mahupun prosa, tetap memperlihat-kan ciri-ciri kebijaksanaan pemikiran masa silam dengan para sar-jana Melayu asuhan alam. Pemikiran mereka yang terdapat dalam sastera rakyat itu tetap dapat dijadikan sebagai jambatan budaya bagi memajukan tamadun dan peradaban bangsa.

70

Puteri Melur Sekuntum

P A D A zaman dahulu ada seorang raja mempunyai seorang puteri yang sangat cantik. Baginda menamakan puteri baginda itu Puteri Melur Sekuntum. Raja tersebut sangat sayang akan anakandanya itu.

Walaupun Puteri Melur Sekuntum sangat cantik tetapi dia sentiasa berada di dalam istananya. Puteri tersebut tidak pernah dilihat keluar oleh rakyat ayahandanya yang banyak itu. Pada setiap hari asyiklah dia berkurung di istana. Kadang-kadang dayang-dayang pengasuhnya juga tidak dibenarkan oleh Tuan Puteri Melur Sekuntum menghampirinya.

Mulut Puteri Melur Sekuntum berbau busuk. Itulah sebabnya puteri itu tidak berani hendak keluar dari istana. Dia bimbang kalau-kalau bau mulutnya yang busuk itu diketahui orang.

Ramailah anak-anak raja besar yang datang dari negeri jauh hendak meminang Tuan Puteri Melur Sekuntum. Semua pinangan itu diterima oleh ayahanda Tuan Puteri. Namun demikian, apabila anak-anak raja itu mengetahui bahawa mulut Tuan Tuteri . itu busuk baunya, maka mereka pun membatalkan hasrat mereka hendak mengahwini Tuan Puteri itu.

Tuan Puteri Melur Sekuntum sangat dukacita kerana pastilah dia tidak akan berkahwin. Semua anak raja yang datang memi-nang itu tidak mahu berkahwin dengannya kerana mulutnya yang berbau busuk itu.

Lama-kelamaan perihal mulut Tuan Puteri Melur Sekuntum yang berbau busuk itu diketahui juga oleh rakyat negeri itu. Ada yang bersimpati akan Tuan Puteri tetapi tidak kurang pula yang benci. Ayahanda Tuan Puteri telah menitahkan orang besarnya

71

PROSA WAR1SAN

supaya mencari ubat di sekeliling negeri. Baginda menitahkan supaya dicari bomoh yang handal dan bijak untuk mengubat mulut anakanda baginda yang berbau busuk itu.

Namun demikian, tidak ada seorang pun antara bomoh yang dipanggil ke istana itu berjaya mengubat mulut Tuan Puteri yang berbau itu. Raja negeri itu sangat dukacita mengenangkan nasib yang menimpa anakanda baginda itu.

Pada suatu hari terdengarlah khabar bahawa seorang anak raja akan datang meminang Tuan Puteri Melur Sekuntum. Hal itu pun dihebohkanlah ke seluruh negeri. Apabila sampai ketikanya, maka angkatan anak raja dari negeri besar dengan ayahandanya raja bergelar itu pun sampailah ke istana untuk meminang Tuan Puteri Melur Sekuntum.

Raja negeri menceritakan anakanda baginda itu mempunyai penyakit yang sukar diubati.

"Oleh itu mahukah anakanda menerima Tuan Puteri menjadi isteri anakanda?" tanya raja negeri.

Walaupun demikian, anak raja dari negeri jauh itu tetap mahu menjadikan Tuan Puteri Melur Sekuntum sebagai isterinya.

"Ampun tuanku," sembahnya, "masakan ada penyakit yang tidak ada ubatnya?"

Maka raja negeri berasa sukacita lalu menetapkan hari per-kahwinan Tuan Puteri Melur Sekuntum dengan anak raja dari negeri jauh itu.

Khabar itu juga sampai kepada rakyat negeri tersebut. Masing-masing pun berceritalah ke sana ke mari. A d a yang mengatakan anak raja dari negeri jauh itu hanya terpaksa beriste-r ikan Tuan Puter i M e l u r Sekuntum. A d a yang mengatakan bahawa bau busuk mulut Tuan Puteri itu hanya cerita dongeng.

Persiapan untuk perkahwinan itu dijalankan juga. Pada setiap hari sekalian rakyat jelata semuanya bekerja keras untuk upacara perkahwinan itu.

Ada yang memilih kerbau di padang. Ada yang menyediakan beras-petas. Ada yang menyediakan lauk-pauk. Ada yang menyediakan sayur-sayur. Ada yang beramu ke hutan lepas.

Bangsal-bangsal pun mula didirikan di sana sini berhampiran istana untuk upacara keramaian itu.

72

PUTERI M E L U R S E K U N T U M

Tuan Puteri Melur Sekuntum sangat susah hati mengenang-kan nasibnya itu. Pada setiap hari Tuan Puteri duduk termenung di taman larangannya. Tuan Puteri tidak membenarkan dayang-dayang pengasuhnya menemaninya.

Demikianlah Tuan Puteri itu pada setiap hari. Dalam hatinya tetaplah berkata, pastilah anak raja yang meminangnya itu tidak mahu beristerikannya. Hari ke hari pula bau mulutnya bertambah busuk. Tuan Puteri berasa sangatlah hairan.

Pada suatu petang ketika Tuan Puteri Me lu r Sekuntum sedang duduk termenung di taman larangannya itu, tiba-tiba hing-gaplah seekor burung Sepah Puteri di atas dahan pohon delima di taman itu. Burung Sepah Puteri itu berbunyi dengan suaranya yang merdu. Terlalulah asyik Tuan Puteri Melur Sekuntum men-dengarkan bunyi burung itu seolah-olah suara orang menyanyi lakunya.

Dalam pada burung tersebut berbunyi sedemikian itu, tiba-tiba burung tersebut terbang dan hinggap pada satu junjungan sirih yang ditanam di taman tersebut. Burung itu berbunyi lagi dengan suaranya yang merdu.

Burung Sepah Puteri tersebut mematuk-matuk mencarikkan daun sirih dengan paruhnya yang kecil itu. Daun-daun sirih itu dimakannya. Demikianlah dilakukannya berulang kali.

Tuan Puteri Me lu r Sekuntum sangat hairan melihat laku burung Sepah Puteri itu. Berulang kali dilihatnya burung tersebut memakan daun sirih itu. Setelah berbunyi lagi dan memakan daun sirih itu, maka burung itu pun terbanglah menghilangkan dirinya.

Tuan Puteri Melur Sekuntum termenung memikirkan laku burung Sepah Puteri yang dilihatnya itu. Oleh hal yang demikian dapatlah satu fikiran kepadanya. Tuan Puteri menghampiri jun-jung sirih dengan daun sirih yang subur menghijau itu. Daun sirih itu diambilnya sehelai lalu dimakannya. Terasa pedas sirih itu pada lidahnya tetapi ternyata pedas itu menyelerakan pula.

Setelah berbuat demikian, Tuan Puteri Melur Sekuntum pun pulanglah ke istananya. Setelah keesokan harinya, ketika ia bangun dari tidur, didapatinya mulutnya tidak lagi berbau busuk. Tuan Puteri Melur Sekuntum berasa hairan lalu memikir-mikir akan hal tersebut Tuan Puteri Melur Sekuntum teringat pada burung Sepah Puteri yang merdu suaranya ketika dia berada di taman larangan petang semalam. Dia juga teringat pada daun sirih yang dimakannya itu. Lalu pastilah pada hatinya bahawa daun sirih

73

PROSA WARISAN

itulah yang menyebabkan mulutnya tidak berbau lagi. Tuan Puteri Melur Sekuntum pun turun dari istananya dan

berjalan menuju ke taman. Daun-daun sirih itu dipetiknya dan dibawanya pulang ke istana. Dia memakan daun sirih tersebut. Ternyata bau mulutnya sudah hilang. Mula i dari hari itu, Tuan Puteri Melur Sekuntum menjadikan daun sirih itu makanan isti-adatnya.

Perihal mulut tuan puteri yang sudah hilang baunya itu pun hebohlah ke seluruh negeri. Sekalian rakyat terlalu sukacita men-dengarkan. Mereka juga turut menanam sirih dan memakan daun-nya sebagaimana yang dilakukan oleh Tuan Puteri Melur Sekun-tum.

Raja negeri juga terlalu sukacita melihat Tuan Puteri anakan-da baginda itu telah sembuh daripada penyakit mulut berbau itu. Sejak dari hari itu juga baginda menitahkan kepada sekalian rak-yatnya menanam sirih dengan banyaknya.

Sampai pada ketikanya, Tuan Puteri Melur Sekuntum pun dikahwinkanlah dengan anak raja dari negeri yang jauh itu. Anak raja dari negeri yang jauh itu sangat sukacita mendengarkan peri-hal tuan puteri dengan daun sirih itu. Baginda juga menghiasi taman istana dengan sirih.

Setelah itu hiduplah Tuan Puteri Melur Sekuntum dengan suaminya itu aman bahagia.

Demikianlah adanya.

74

Raja Turun Menyamar

P A D A zaman dahulu di sebuah negeri terdapat seorang raja yang tidak pernah dihadapi oleh sekalian pembesarnya. Sejak baginda dilantik menjadi raja itu, hanya pada upacara pelantikan itulah baginda keluar ke Balai Penghadapan.

Hari-hari raja itu hanya duduk di bilik peraduannya. Baginda berbaring-baring, kadang-kadang hingga tertidur. T idak lah baginda tahu akan hal sekalian rakyatnya. Segala urusan pemerin-tahan hanya terpulang kepada Perdana Menteri dan segala hulu-balang negeri itu.

Perdana Menteri sangat dukacita memikirkan hal itu. Akhi r -nya dia bermuafakat untuk mengadakan mesyuarat bagi membin-cangkan hal tersebut. Sekalian pembesar dan panglima yang kanan-kanan pun bersetujulah dengan cadangan Perdana Menteri itu.

Pada suatu malam, bermesyuaradah mereka di rumah Per-dana Menteri membincangkan hal tersebut. Banyaklah cadangan yang diberikan kepada Perdana Menteri. Akhirnya mereka mem-bincangkan agar Perdana Menteri menjadi raja menggantikan raja yang tidak pernah keluar menemui rakyat jelatanya itu. Bagaima-napun, setelah beberapa lama mereka bermesyuarat, keputusan tidak juga dapat dicapai. Namun setiap perjalanan mesyuarat itu semuanya ditulis oleh jurutulis mesyuarat tersebut

Pada malam yang lain, mereka bermesyuarat lagi. Namun demikianlah halnya. Mereka tidak dapat membuat keputusan. Bolehkah atau tidak Perdana Menteri menggantikan raja negeri itu. Bagaimanapun, perjalanan mesyuarat itu tetap dituliskan juga seperti malam-malam sebelumnya.

75

PROSA WARISAN

Pada suatu tengah hari, sedang raja berbaring-baring di bilik peraduannya itu, baginda terdengar suatu suara dari bawah anjung istana. Baginda mendengar seseorang yang berjual sesuatu:

"Akal , akal, akal!" "Akal, akal, akal!" "Akal , akal!" Mendengarkan suara yang sedemikian itu, baginda menyu-

ruh inang pengasuh baginda untuk melihat suara siapakah itu dan apakah yang dijualnya. Setelah dilihat oleh inang tersebut, maka dipersembahkanlah kepada baginda.

"Ampun tuanku, ada seorang tua sedang menjual akal." Baginda hairan mendengarkan itu. Baginda pun menitahkan

inang supaya memanggil orang tua itu datang kepada baginda. Orang tua itu pun naiklah ke istana langsung ke bilik peraduan. Baginda melihat orang tua itu sudah bongkok, rambutnya punh dan janggutnya putih panjang sampai ke kaki.

Setelah orang tua itu duduk, baginda pun bertanya, "Apakah yang kamu jual, wahai orang tua?"

M a k a jawab orang tua itu, "Ampun tuanku, patik menjual akal."

Maka tanya baginda lagi, "Apakah akal itu?" Maka jawab orang tua tersebut:

"Daripada tidur baik jaga. Daripada jaga baik duduk. Daripada duduk baik berdiri. Daripada berdiri baik berjalan."

M a k a raja pun bersetuju untuk membeli akal tersebut. "Berapakah harganya?" tanya baginda. M a k a sembah orang tua itu, "Ampun tuanku, harganya cuma

satu duit." Raja pun memberi orang tua itu satu duit. Kemudian orang

tua itu tiba-tiba sahaja hilang daripada pandangan mata. T idak berapa lama kemudian, hari pun malamlah. Raja

dengan suaranya yang perlahan mengulang-ulang akan 'akal' yang dibeli daripada orang tua itu.

"Daripada aku tidur baik aku jaga. Daripada aku jaga baik aku duduk. Daripada aku duduk baik aku berdiri. Daripada aku berdiri baik aku berjalan."

76

RATATURUN MENYAMAR

Seketika selepas baginda berkata demikian, baginda pun bangun. Baginda memakai pakaian yang buruk, koyak-rabak dan compang-camping. Setelah siap, dengan tidak disedari oleh sesia­pa, baginda pun keluar dari istana.

Dalam malam yang gelap itu baginda berjalan seorang diri. Tiba-tiba di satu tempat, baginda bertemu dengan tiga orang pen-curi yang sedang merancang hendak mencuri. Baginda bersembu-nyi dan setelah pura-pura batuk beberapa kali, maka baginda pun berkata:

"Daripada seorang baik berdua. Daripada berdua baik bertiga. Daripada bertiga baik berempat."

Kata-kata tersebut telah didengar oleh pencuri yang bertiga itu. Maka ketua pencuri itu pun berkata, "Siapakah seorang lagi hendak dijadikan berempat?"

Mendengarkan kata-kata itu, maka baginda pun keluarlah dan berkata, "Hambalah orang yang keempat itu."

Ketiga-tiga orang pencur i itu pun bersetuju menerima baginda menjadi ahli baharunya itu. Baginda pun bertanyalah kepada sahabatnya itu, apakah pekerjaan mereka sebenarnya.

Maka kata salah seorang daripada mereka, "Kami bekerja mencuri. Kami mencuri kerana hendak menanggung nafkah anak isteri kami. Cukai yang dikenakan oleh Perdana Menteri di negeri ini terlalu tinggi. Kami tidak mampu membayarnya."

Baginda tercengang mendengarkan kata-kata sahabatnya itu. Tahulah baginda akan keadaan negerinya sekarang ini. Perdana Menteri menjalankan pentadbiran sewenang-wenangnya.

Baginda pun berkata, "Jika begitu pada malam ini eloklah kita pergi mencuri di rumah Perdana Menteri. Hamba tahu rumahnya itu."

Keempat-empat mereka pun bersetuju hendak pergi mencuri di rumah Perdana Menteri itu. Bagaimanapun, ketua pencuri ter-sebut bertanya kepada baginda, "Apakah kepandaian tuan hamba yang boleh kami tumpang?"

Mendengarkan pertanyaan itu, baginda bertanya pula, "Apa-kah kebolehan yang ada pada tuan hamba sekalian?"

Pencuri yang pertama berkata, "Hamba boleh menidurkan orang yang jaga."

77

PROSA WARISAN

Pencuri kedua pula berkata, "Hamba boleh membuka semua jenis kunci."

Pencuri ketiga pula berkata, "Jika anjing sedang menyalak, hamba boleh diamkan."

"Sekarang apa pula kebolehan tuan hamba?" tanya pencuri itu lagi.

Baginda pun berkata, "Hamba boleh menghidupkan orang yang mati."

Mendengarkan jawapan sahabat baharu mereka itu, ketiga-tiga orang pencuri itu sangat gembira.

"Kalau begitu, tuan hambalah yang menjadi ketua kami," kata mereka.

Sebentar kemudian mereka pun pergilah menuju ke rumah Perdana Menteri. Sesampai sahaja di halaman rumah tersebut, baginda berasa hairan kerana ramai orang berada di rumah Per-dana Menteri itu termasuklah panglima-panglima yang kanan-kanan.

Mereka pun mengintai perlahan-lahan. Baginda dapat mende-ngar dengan jelas bahawa mereka sedang bermesyuarat hendak menggulingkan baginda. Keputusan itu sudah dicapai. Keputusan itu juga sudah ditulis dalam kertas catatan.

Baginda lalu memberi isyarat kepada sahabatnya yang tiga orang lagi itu. Pencuri yang pertama itu membaca manteranya dan sebentar kemudian orang yang .berada di rumah itu pun lenalah. Pencuri yang kedua pun naik. Dia menggunakan segala kepan-daiannya membuka segala pintu yang berkunci. Ketika mereka sedang berada di rumah itu, tiba-tiba anjing Perdana Menteri menyalak kerana mengetahui ada orang yang tidak dikenali masuk. Pencuri yang ketiga membaca manteranya pula. Anjing itu pun diamlah.

Mereka berempat pun masuklah ke rumah Perdana Menteri. Pencuri yang tiga orang itu mengambil beberapa buah peti yang berisi emas dan perak. Bagaimanapun, mereka hairan kerana sahabat mereka yang seorang itu tidak mengambil apa-apa. Dia hanya asyik membaca kertas catatan di atas meja dan membelek wajah-wajah orang yang sedang lena tidak sedarkan apa-apa itu. Baginda akhirnya mengambil kertas catatan yang ditemuinya itu lalu dimasukkannya ke dalam bajunya. Setelah selesai, mereka pun turunlah dari rumah itu. T iga orang sahabatnya memikul peti-peti yang berisi emas dan perak.

78

RAJA T U R U N MENYAMAR

"Nasib baik tidak ada antara kita yang meninggal dunia. Jadi kita tidak dapat mengetahui akan kepandaian sahabat kita yang boleh menghidupkan orang mati itu," kata salah seorang daripada pencuri tersebut.

Mereka pun berjalanlah ke hujung negeri. Akhirnya mereka sampai di tempat yang sunyi. Pencuri itu pun membuka peti-peti yang mereka curi itu. Mereka membahagikan harta itu kepada empat bahagian sama banyak. Kemudian mereka membahagikan pula kepada setiap orang itu satu bahagian.

"Hamba tidak mahu segala harta ini," kata raja. "Terima kasih sahajalah. Ambillah bahagian hamba ini untuk tuan-tuan hamba sekalian."

Ketiga-tiga orang pencuri itu sangat hairan kerana ketua mereka itu tidak mahu akan harta tersebut. Namun mereka mem-bahagikan harta itu sama banyak sesama mereka. Ketika itu hari pun hampir siang. Fajar sedang menyingsing naik.

"Sekarang tibalah saat kita akan berpisah," kata raja. Baginda mengeluarkan empat helai bulu ayam dari dalam bajunya.

"Ambillah bulu ayam ini sehelai seorang dan pakai di kepala. Ini nanti akan mengenalkan kita antara satu sama lain apabila kita bertemu," kata baginda.

Ketiga-tiga pencuri itu mengambil bulu ayam tersebut sehelai seorang lalu memakai di kepala masing-masing. Kemudian mereka pun berpisah.

Setelah itu, baginda pun pulanglah ke istana. Apabila pagi menjelang, baginda terus bersiram dan kemudiannya bersiap memakai pakaian kerajaan. Setelah siap semuanya, maka baginda pun keluarlah ke balai penghadapan.

Perdana Menteri, sekalian hulubalang dan rakyat yang telah sedia ada di balai penghadapan itu hairan melihat baginda keluar ke balai penghadapan itu. Baginda pun bersemayamlah di atas singgahsana.

Setelah keadaan tenang, baginda pun bertitahlah, "Wahai Per-dana Menteri, bagaimanakah keadaan negeri beta sekarang ini?"

M a k a Perdana Menteri pun menyembah, "Ampun tuanku, negeri berada dalam kawalan dan aman sentosa sekarang ini ."

Baginda kemudiannya menyuruh Perdana Menteri menghim-punkan sekalian rakyat dari jauh dan dekat kerana baginda hen­dak berjumpa. Ti tah itu dilaksanakan oleh Perdana Menteri . Canang dan rabuh pun dipukul orang. Sebentar kemudian sekalian

79

PROSA WARISAN

rakyat pun datanglah. Dari jauh dan dekat. Keci l dan besar. T u a dan muda. Semuanya datang menghadap untuk bertemu dengan raja mereka itu.

Setelah sekaliannya hadir di halaman istana dan masuk ke balai penghadapan yang besar itu, baginda pun menitahkan seorang hulubalang untuk mencari beberapa orang di dalam kum-pulan rakyat yang banyak itu.

" D i hadapan beta ini terdapat tiga orang pencuri yang sedang bermaharajalela di negeri ini. Bawakan mereka ke hadapan beta," Utah raja kepada seorang hulubalang. Kemudian baginda membe-ritahu bahawa pencuri yang dimaksudkan itu ialah orang yang memakai bulu ayam di kepalanya. Maka pergilah hulubalang men-cari orang yang dimaksudkannya itu. Namun demikian hanya dua orang sahaja yang ada. Ketua pencuri itu masih belum tiba. Raja pun menitahkan Perdana Menteri mencari pencuri berkenaan. Perdana Menteri pun menyuruh seorang hulubalang mencarinya.

Rupa-rupanya ketua pencuri itu sedang dalam perjalanan ke istana. Sungguhlah dilihat oleh hulubalang itu ketua pencuri itu memakai sehelai bulu ayam di kepalanya.

Setelah ketiga-tiganya hadir di hadapan baginda, maka baginda pun bertitah, "Perdana Menteri telah berbohong kepada beta. Negeri ini tidak aman tetapi dikatakannya aman. Rumah Per-dana Menteri sendiri telah dimasuki oleh pencuri malam tadi. Per-dana Menteri berbohong kepada_beta dan kepada sekalian orang yang hadir di balai penghadapan ini. Selain itu, Perdana Menteri sendiri cuba menggulingkan beta dengan menghasut sekalian panglima dan hulubalang supaya menyebelahinya."

Lalu baginda mengeluarkan surat catatan mesyuarat yang telah tertulis akan hasrat serta keputusan mesyuarat untuk meng-gulingkan baginda itu. Pucatlah wajah Perdana Menteri. Dia tidak dapat untuk menyangkal lagi kerana semua bukti telah ada di tangan baginda. "Orang yang suka berbohong tidak layak untuk membantu beta menjalankan pentadbiran. Perdana Menteri hanya mementingkan diri sendiri dengan mengenakan cukai yang tinggi dan mahu menggulingkan beta," titah raja.

Raja menghukum Perdana Menteri iaitu dengan mencampak-kannya ke dalam kolam buaya peliharaan baginda di hadapan ista-na.

Setelah itu raja pun bertitah kepada hulubalang, "Bawalah ketiga-tiga orang pencuri ini ke tempat pembunuhan. Jalankan

80

RAJA T U R U N MENYAMAR

hukuman. Bunuh ketiga-tiga mereka," Utah raja. Mendengarkan hukuman raja itu, maka salah seorang dari-

pada pencuri itu pun berkata, "Ampun tuanku, sebenarnya patik ini ada empat orang semuanya. Seorang lagi tidak tertangkap dan masih bebas."

Sembah seorang lagi pencuri, "Ketua patik yang tidak ter-tangkap itu boleh menghidupkan orang yang telah mati. Jadi, patik semua tidak takut untuk menerima hukuman mati tuanku itu."

Mendengarkan sembah pencuri itu, baginda pun mengeluar-kan bulu ayam daripada saku baju baginda dan memakainya di kepala. Mel ihatkan demikian tahulah ketiga-tiga pencuri itu bahawa raja itu ialah ketua mereka. Mereka pun memohon ampun kepada baginda. Baginda mengampunkan mereka dan terlepaslah mereka daripada hukuman bunuh.

Raja kemudiannya menasihatkan sekalian orang besar serta rakyatnya supaya tidak bercakap bohong dan mesti jujur serta amanah.

Ketua pencuri itu telah dilantik oleh raja menjadi Perdana Menteri baginda membantu mentadbirkan negeri. Dua orang lagi pencuri itu dijadikan hulubalang kanan dan ditugaskan menjadi pengawal peribadi kepada baginda sendiri.

Selepas itu hiduplah sekalian rakyat di negeri itu dalam aman dan makmur di bawah pemerintahan raja yang adil dan saksama itu.

81

Naga Pulau Tioman

P A D A zaman dahulu ada dua ekor naga sekelamin tinggal di Kuala Tahan di hulu Sungai Pahang. Pada suatu hari, kedua-dua ekor naga ini berhasrat hendak pindah tinggal di laut yang lebih luas. Mereka tahu kawasan Pulau Daik perairannya sangat baik dan jarang didatangi orang. Tidak banyak perahu-perahu besar belayar di situ.

Pada suatu tengah malam, kedua-dua ekor naga laki bird ini pun mulalah menghilir Sungai Pahang. Pada ketika itu terjadilah banjir dengan tiba-tiba. Penduduk yang tinggal di tebing Sungai Pahang tidak sempat berpindah. Mereka sangat hairan melihat banjir yang tiba-tiba sahaja datangnya itu.

Orang kampung mulalah percaya tentulah ada binatang besar yang sedang menghilir sungai tersebut. Kalau tidak ular yang besar tentulah naga. Namun tidak ada sesiapa yang berani untuk pergi melihatnya.

Bagaimanapun, banjir itu terlalu cepat pula surutnya. Tidak sampai dua hari, air sungai telah surut seperti biasa. Mereka ter-sangat hairan dengan keadaan itu. Tidak pernah mereka alami banjir yang besar surut dalam masa dua hari selama ini.

Naga laki bini itu menghilir menuju kuala Sungai Pahang. Kemudian mereka keluar ke Laut China Selatan yang biru dan luas bergelombang itu. Kedua-duanya berenang menuju ke Pulau Daik. Segala ikan kecil besar di dalam lautan tersangat hairan melihat dua ekor naga sedang berenang menuju ke tengah-tengah lautan itu.

Gelombang laut menjadi semakin besar dan beralun kencang ketika kedua-dua ekor naga itu sedang dalam perjalanannya.

82

NAGA PULAU TIOMAN

Badan kedua-duanya yang bersisik itu kelihatan timbul di permu-kaan laut sedangkan kaki mereka berdayung menguak air. Bulan samar yang terbit di awan menjadikan kedua-dua ekor naga terse-but dapat sesekali dilihat berbalam-balam.

Sebelum kedua-duanya bergerak dari Kuala Tahan itu, ada satu pantang yang terpaksa mereka patuhi. Kedua-duanya mesti tiba ke Pulau Daik sebelum ayam berkokok. Jika mereka sampai lewat daripada itu, mereka akan ditimpa bencana.

Setelah menghilir Sungai Pahang, keluar ke kuala dan meng-harung laut yang b i ru dan luas, akhirnya mereka sampai di tengah-tengah laut di hadapan Kuala Rompin. Apabila sampai di kawasan tersebut, Naga Betina teringat akan sehelai kain cindai-nya tertinggal di Kuala Tahan. Kain tersebut tersangat saktinya dan boleh digunakan untuk seribu kehendak.

Naga Betina pun berkatalah kepada lakinya itu tentang kain cindai yang tertinggal itu.

"Bo lehkah saya berpatah bal ik ke Kuala Tahan untuk mengambil kain tersebut?" tanya Naga Betina itu kepada lakinya.

"Janganlah kamu berpatah balik. Bukankah hari sudah ham-pir siang sekarang ini. J ika ayam berkokok nanti dan kita masih belum sampai ke Pulau Daik, tentulah kita akan ditimpa bencana," kata Naga Jantan.

Bagaimanapun Naga Betina tidak menghiraukan nasihat Naga Jantan lakinya itu. Menurutnya, dia akan sampai semula sebelum ayam berkokok.

Dalam pada itu, Naga Jantan meneruskan perjalanannya ke Pulau Daik yang jauh di tengah-tengah lautan itu. Setelah Naga Jantan meneruskan perjalanannya itu, Naga Betina mula berpatah balik dan berenang semula ke Kuala Pahang dan mudik ke Kuala Tahan. D ia mahu mengambil kain cindai yang tertinggal itu.

Sewaktu dia membelokkan dirinya itu, ombak bertambah besar. Malang bagi Naga Betina. Ketika dia sedang membelokkan dirinya itu, sebelum sempat dia berenang ke Kuala Pahang, kede-ngaran ayam-ayam berkokok bersahut-sahutan di daratan. Dini-hari akan berlalu dan tidak lama lagi siang akan menjelang. Mata-hari akan terbit dari sebelah timur.

Naga Betina telah melanggar pantangnya. Tidak ada apa-apa yang dapat dilakukannya lagi. Naga Jantan telah jauh menuju ke Pulau Daik dan telah sampai ke kawasan itu dengan selamatnya.

Dengan serta-merta badan Naga Betina beransur-ansur bertu-

83

PROSA WARISAN

kar menjadi batu. Mula-mula kepalanya kemudian beransur-ansur hingga ke bahagian ekornya menjadi keras. Akhirnya, keseluruh-an badannya menjadi batu. Batu tersebut menjadi sebuah pulau yang besar dan ditumbuhi oleh pokok-pokok.

Pulau itu ialah Pulau Tioman yang terdapat sekarang, terletak tidak jauh dari Kuala Rompin di negeri Pahang itu. Pulau tersebut boleh kelihatan berbalam-balam dari Kuala Rompin jika cuaca baik.

84

Sang Harimau dengan Burung Cawi

P A D A zaman dahulu, di sebuah hutan yang berbukit-bukau banyak didiami oleh segala jenis binatang. Mereka hidup aman damai. Di hutan tersebut, terdapat banyak makanan. Ada buah-buahan. Ada segala jenis ubi yang boleh dimakan. Terdapat umbut-umbut tumbuhan yang enak rasanya. Pokok-pokok pisang berbuah dengan lebat di lembah-lembah yang lembap. Di lembah-lembah itu juga terdapat aliran air tempat binatang-binatang terse-but minum.

Hutan tersebut juga dihuni oleh pelbagai jenis burung. Ada yang besar. Ada yang kecil. Antara burung tersebut pada masa itu, Burung Cawi merupakan sejenis burung yang cantik. Bulunya berwarna-warni. Pada masa itu, tidak ada burung yang lebih can-tik daripada burung tersebut.

Disebabkan kecantikannya itu, seekor Burung Cawi telah dilantik oleh binatang-binatang serta segala burung di hutan terse-but menjadi Puteri Rimba. Maka memerintahlah Burung Cawi di hutan itu, menyelesaikan segala masalah binatang dan burung yang ada. Adapun Burung Cawi tersebut, suaranya amat merdu dan kuat bunyinya. Apabila dia berbunyi bergemalah ke seluruh pelosok hutan tersebut

Segala binatang yang ada di dalam hutan itu sangadah hormat akan Burung Cawi. Segala katanya tidak dibantah lagi. Pada setiap hari banyaklah binatang membawa makanan untuk Burung Cawi. Sang Rusa membawa pisang masak di atas tanduknya. Sang Be-ruang membawa madu lebah yang dipanjatnya dari pokok tualang. Sang Kera dan Sang Lotong pula membawa segala buah-buah hutan untuk Burung Cawi.

85

PROSA WARISAN

Segala jenis burung pula membawa berbagai-bagai jenis biji-bijian untuk makanan Burung Cawi. Burung Tekukur membawa padi bertangkai-tangkai. Burung Pekaka membawa ikan yang ditangkap dari air yang mengalir. Burung But-but dan Burung Tempua membuatkan 'istana' yang cantik untuk Burung Cawi.

Perihal kecantikan Burung Cawi dan kisah dia menjadi Puteri Rimba itu terdengarlah kepada Sang Harimau. Sang Harimau ting-gal tujuh bukit jauhnya dari hutan tersebut. Sang Harimau sangat cemburu mendengar kemewahan yang ada pada Burung Cawi. Sang Harimau marah-marah mengapa binatang di rimba tersebut tidak hormat kepadanya, tidak menjadikan dirinya sebagai raja.

Pada suatu hari, Sang Harimau menemui Burung Helang yang sedang mencari semut dan ulat di sebatang pokok besar yang sudah tumbang. Pokok tersebut sudah buruk di sana sini. Pada pokok itu terdapat banyak semut dan ulat. Burung Helang sangat terperanjat apabila melihat Sang Harimau datang kepada-nya itu.

"Apa hal kamu datang berjumpa dengan aku ini?" tanya Burung Helang.

"Aku ada hal penting yang hendak diceritakan kepada kamu," kata Sang Harimau.

Sang Harimau pun menceritakanlah tentang Burung Cawi dengan segala kemewahannya itu.

"Sedangkan aku ini Hulubalang di Rimba," kata Sang Hari-mau. "Aku tidak dihormati oleh penghuni hutan ini sedemikian rupa."

Burung Helang sangat bersetuju dengan apa-apa yang dikata-kan oleh Sang Harimau itu. Lebih-lebih lagi dia sendiri sangat cemburu melihat kemewahan yang didapati oleh Burung Cawi. Tetapi Burung Helang takut untuk berkata apa-apa. Jika dia mem-burukkan Burung Cawi, tentu sahaja binatang dan burung-burung lain akan marah kepadanya.

"Habis apa yang kamu mahu aku lakukan?" tanya Burung Helang kepada Sang Harimau.

"Inilah yang sedang aku fikirkan," kata Sang Harimau. "Bukankah suara engkau kuat dan tenagamu gagah," kata

Burung Helang lagi. "Apa yang dapat aku lakukan?" tanya Sang Harimau. "Engkau tangkap saja Burung Cawi itu dan patah-patahkan

sayapnya," cadang Burung Helang.

86

SANG HARIMAU D E N G A N BURUNG CAWI

Sang Harimau termenung untuk beberapa ketika. Dia sedang menimbang-nimbangkan cadangan Burung Helang itu.

'Tak boleh begitu," kata Sang Harimau akhirnya. "Mengapa?" tanya Burung Helang. "Kalau aku berbuat begitu tentu sahaja aku pula yang akan

dipatah-patahkan oleh binatang-binatang lain di hutan ini," kata Sang Harimau.

"Mengapa pula begitu?" tanya Burung Helang. "Burung Cawi itu Puteri di Rimba kita ini ," terang Sang Hari-

mau. "Semua binatang dan burung-burung sayang serta patuh kepada apa-apa sahaja perintahnya."

B u r u n g Helang ingin benar kalau Sang Harimau dapat menyingkirkan Burung Cawi daripada menjadi Puteri Rimba itu. Dalam hatinya berkata, jika Burung Cawi disingkirkan, tentulah dia dapat menjadi Puteri Rimba. Tambah pula dia ialah seekor burung yang kuat terbang. Dia boleh terbang tinggi mencapai awan. Matanya tajam. Sayapnya juga kuat Bulunya juga cantik.

Kemudian Burung Helang menceritakan tentang sebuah hutan yang terbakar tidak jauh dari bukit tersebut. Banyak pokok besar yang tumbang dan terbakar di hutan itu. Burung Helang mengingatkan supaya Sang Harimau mencari pokok-pokok ke-ruing yang banyak getah berwarna hitam apabila terbakar itu.

Mendengarkan cadangan Burung Helang, pada suatu hari yang lain berjalanlah Sang Harimau dari bukitnya itu pergi ke hutan tempat Burung Cawi. Selang tidak berapa lama dia berjalan itu, maka sampailah dia ke situ. Sang Harimau pun pergilah ke tempat Burung Cawi; tempat segala binatang dan burung-burung hutan berkumpul itu. Burung Cawi dimuliakan oleh semua bina-tang dan burung di hutan tersebut

Sang Harimau juga melihat Burung Cawi terlalu mewah hidupnya. Semua makanan dibawakan oleh binatang dan burung yang ada itu. Dia melihat Sang Rusa membawa pisang masak dengan tanduknya. Sang Beruang membawa madu lebah. Sang Kera dan Lotong membawa berbagai-bagai jenis buah-buah hutan. Burung Tekukur membawa tangkai-tangkai padi dengan padi yang hijau dan ada yang masak.

Kehadiran Sang Harimau memeranjatkan semua binatang yang ada itu.

"Apakah halnya kamu datang ke tempat kami ini?" tanya Burung Tekukur.

87

PROSA WARISAN

"Aku sememangnya hendak bertemu dengan Puteri Rimba ini ," jawab Sang Harimau.

Setelah mendengar jawapan Sang Harimau sedemikian itu, masing-masing pun memberi jalan kepadanya untuk menemui Burung Cawi.

"Apakah halnya engkau hendak bertemu dengan aku?" tegur Burung Cawi.

Jawab Sang Harimau, "Aku telah menemui satu tempat yang ada emas yang cantik dan sesuai benar untuk dipakai di kaki dan di paruhmu itu."

Apabila mendengar tentang adanya emas yang cantik itu maka kembanglah hati Burung Cawi. Dia ingin benar hendak memakainya supaya dirinya bertambah cantik lagi.

" D i manakah emas itu?" tanya Burung Cawi. "Kalau engkau mahu, boleh aku tunjukkan tempatnya," janji

Sang Harimau. "Adakah apa-apa syaratnya?" tanya Burung Cawi. 'T idak ada syarat apa-apa," jawab Sang Harimau. 'Tapi hanya

kita berdua yang boleh pergi ke tempat itu," katanya lagi. Burung Cawi bersetuju dengan kata-kata Sang Harimau itu.

Dia pun meminta izin kepada semua binatang dan burung yang ada itu untuk mengikut Sang Harimau.

Sang Harimau pun berlarilah menuju ke arah hutan yang ter-bakar yang jauh dari situ itu. Burung Cawi terbang mengikut arah Sang Harimau berlari.

"Jauh lagikah tempat itu?" tanya Burung Cawi yang terbang di atas kepala Sang Harimau.

'T idak lama lagi kita akan sampai," kata Sang Harimau yang terus berlari.

Benarlah sebagaimana yang dikatakan oleh Sang Harimau itu. Sebentar kemudian mereka pun sampailah ke kawasan hutan yang telah terbakar itu. Sang Harimau pun berjalanlah di sekitar kawa-san yang terbakar tersebut. Dilihatnya kawasan itu hitam. Semua pokok telah menjadi arang. Dia mencari-cari pokok keruing seba-gaimana yang dikatakan oleh Burung Helang itu.

Setelah bertemu, berkatalah Sang Harimau, "Dalam pokok inilah terdapat emas yang cantik itu."

Burung Cawi melihat pokok tersebut telah berlubang. Warna-nya hitam kerana terbakar. Di sana sini terlihat getah yang hitam yang masih cair kerana panas api masih terasa.

88

SANG HARIMAU D E N G A N BURUNG CAWI

"Pergilah engkau masuk dan ambilkan aku emas tersebut" Burung Cawi menyuruh Sang Harimau.

"Badan aku terlalu besar. Tidak muat hendak masuk ke dalam lubang yang kecil itu," kata Sang Harimau.

"Siapakah yang memberitahu kamu di dalam lubang ini ada emas?" tanya Burung Cawi.

"Burung Helang yang memberitahu aku," kata Sang Hari-mau.

Mendengar nama Burung Helang itu, datanglah cemburu di hati Burung Cawi. Dia bimbang kalau-kalau emas tersebut sudah diambil oleh Burung Helang. Tentulah nanti Burung Helang akan menjadi lebih cantik daripada dirinya.

'Tunggulah di sini, biar aku masuk," kata Burung Cawi. Burung Cawi pun masuk ke dalam lubang batang keruing

yang telah tumbang dan terbakar itu. Semakin dalam dia mema-suki lubang tersebut dirasakannya semakin panas. Dia merasa bulunya berjereket dan melekat antara satu sama lain kerana getah keruing yang masih cair itu.

Apabila sudah pasti tidak ada emas di dalam pokok itu, Burung Cawi keluar dari lubang tersebut Sampai di luar, dilihat-nya Sang Harimau sudah tidak ada lagi di situ. Tahulah kini bahawa dirinya telah ditipu.

Burung Cawi tersangat sedih kerana sudahlah dirinya ditipu, bulunya yang cantik itu pula menjadi hitam kerana getah keruing. Bulu-bulunya itu berjereket antara satu sama lain. Burung Cawi pun berjalan ke lembah yang berhampiran dengan kawasan itu. Di lembah tersebut dia mencari aliran air untuk membasuh bulunya yang kena getah itu.

Walaupun dibasuh tetapi bulunya tidak secantik dahulu lagi. Semuanya berwarna hitam. Sebentar kemudian Burung Cawi mengeringkan bulunya di terik matahari. Setelah kering dia pun terbanglah menuju ke hutannya semula.

Segala binatang dan burung yang ada itu sangat terkejut meli-hat keadaan Burung Cawi. Burung Cawi menyatakan bahawa dia telah ditipu oleh Sang Harimau. Dia kemudiannya berjanji akan menolong menjauhkan semua binatang dan burung daripada Sang Harimau yang menipunya itu.

"Semua binatang dan burung boleh mengetahui adanya Sang Harimau apabila aku berbunyi tujuh kali," beritahu Burung Cawi.

Hingga sekarang bulu Burung Cawi semuanya hitam. Pada

89

PROSA WARISAN

waktu malam pula burung itu selalu mengikuti Sang Harimau dan berbunyi, "Kuang, kuang, kuang, kuit, kuit, kuit, kuit."

Bunyinya sebanyak tujuh kali itu menunjukkan adanya Sang Harimau bersama-samanya. Ini memberi amaran kepada binatang-binatang lain supaya melarikan diri atau menjauhkan diri dari situ.

Hingga sekarang juga burung helang bermusuhan dengan burung cawi. Jika ternampak sahaja burung helang, burung cawi akan mengejarnya untuk membalas dendam.

90

Belatuk Terbang Tinggi Rendah

P A D A zaman dahulu sewaktu pemerintahan Raja Sulaiman, semua makhluk dapat berkata-kata. Pada suatu hari Raja Sulaiman memanggil sekalian rakyatnya datang menghadap baginda. Maka datanglah mereka setiap satu jenis makhluk itu mewakili jenis dan bangsa masing-masing.

Setelah sekaliannya hadir, maka Raja Sulaiman pun bertitah-lah, "Pada hari ini, beta mahu mengutus surat kepada seorang raja di sebuah negeri yang lain. Perjalanan ke negeri itu sangatiah jauh serta banyak pula musuh di tengah jalan."

Sekalian yang hadir itu mendengarkannya dengan hati-hati serta penuh teliti.

"Jika salah-salah langkah tentulah surat beta itu tidak akan sampai dan perkhabaran yang ingin beta sampaikan itu akan jatuh ke tangan orang lain," titah baginda lagi.

"Oleh itu, siapakah antara kamu yang sanggup menghantar-kan surat beta kepada raja di sebuah negeri yang lain itu?"

Mendengarkan titah Raja Sulaiman yang sedemikian, tidak ada antara makhluk itu mahu menjadi utusan. •

Raja Sulaiman pun memandang ke arah wakil Burung belatuk yang turut datang menghadap, 'Tidakkah kamu boleh menghan-tar surat beta itu?" titah Raja Sulaiman.

Mendengarkan titah Raja Sulaiman itu, maka burung belatuk pun mengangkat kedua-dua sayap menyembah, "Ampun tuanku, jika demikianlah titah tuanku, menitahkan bangsa patik menghan­tar surat itu, maka terjunjunglah di atas kepala patik untuk mengerjakannya."

Raja Sulaiman sangat sukacita mendengar sembah burung

91

PROSA WARISAN

belatuk itu. Surat yang dimaksudkan itu dikarang oranglah. Sete-lah siap sempurna, surat itu dipersembahkan kepada Raja Sulai-man. Raja Sulaiman pun memanggil burung belatuk lalu menye-rahkan surat itu.

"Pergilah kamu hantarkan surat ini kepada raja lain di sebuah negeri yang lain itu," titah Raja Sulaiman.

"Ampun tuanku, segala-galanya itu terjunjung di atas kepala patik untuk mengerjakannya," sembah burung belatuk.

Setelah surat itu diserahkan, maka sekalian burung belatuk pun bermesyuaratlah untuk memilih seekor belatuk bagi meng-hantar surat tersebut. Seekor belatuk yang kuat sayapnya serta laju terbangnya dipilih untuk menghantar surat tersebut.

Belatuk yang dipilih menerima surat itu, lalu dipatuknya dengan paruhnya. Sebentar kemudian, belatuk pun terbanglah menuju ke sebuah negeri lain untuk menyampaikan surat Raja Sulaiman kepada raja lain itu.

Benarlah sebagaimana yang telah dinyatakan bahawa perja-lanan ke negeri lain itu menempuh bencana dan kesusahan. Perja-lanan tersebut melalui sebuah negeri dengan hulubalang dan rak-yatnya yang terlalu bijak memanah.

Apabila menempuh negeri tersebut, terpandanglah oleh rak-yat negeri itu, seekor belatuk sedang terbang dan di paruhnya ter-dapat sepucuk surat. Melihat itu, masing-masing pun mengambil panah untuk memanah belatuk-tersebut. Dalam masa yang sing-kat sahaja, beratus-ratus orang telah sedia dengan panah masing-masing. M e r e k a mula memanah ke arah belatuk tersebut. Beratus-ratuslah anak panah dilepaskan. Tahulah belatuk bahawa bahaya sedang mengancam nyawa serta tugasnya itu.

Belatuk pun mulalah mengelakkan dirinya daripada terkena panah yang beratus-ratus datangnya itu. Burung belatuk itu ter-bang tinggi rendah dengan cekap. Satu anak panah pun tidak mengenai dirinya. Dia tetap terbang tinggi dan rendah hingga tidak ada satu pun anak panah itu terkena padanya.

Sekalian rakyat yang memanah itu sangat hairan melihat kecekapan belatuk yang terbang tinggi rendah, mengelak dari-pada terkena anak panah itu. Tidak lama kemudian, belatuk dapat melepasi negeri itu.

Sewaktu terbang, terfikirlah belatuk tersebut jika hal yang sedemikan terjadi lagi, tentu dia akan melalui bencana lagi. Dia

92

B E L A T U K T E R B A N G TINGGI RENDAH

mendapat akal mencari jalan yang selamat dengan memilih jalan laut.

Belatuk itu pun terbanglah menghala ke lautan. Bagi meng-elakkan dirinya dilihat oleh orang di pantai dan orang yang sedang dalam pelayaran, burung belatuk itu terbang mengikut alunan ombak yang beralun-alun.

Terbanglah belatuk itu tinggi rendah mengikut rentak alunan ombak di laut tersebut. Akhirnya, sampailah belatuk ke negeri lain itu, lalu mempersembahkan surat Raja Sulaiman kepada raja negeri tersebut.

Setelah selesai tugas yang diamanahkan kepadanya itu, bela-tuk terbang pulang ke negerinya untuk menghadap Raja Sulaiman. Raja Sulaiman terlalu sukacita melihat burung belatuk selamat kembali itu.

"Dapatkah kamu sampaikan surat kepada raja di negeri lain itu?" tanya Raja Sulaiman.

"Ampun tuanku," sembah burung belatuk, "sudah patik sem-purnakan titah yang diamanahkan oleh duli tuanku kepada patik itu."

Raja Sulaiman sangat gembira mendengarkan sembah burung belatuk itu. Burung belatuk pun menceritakanlah apa-apa yang telah dialaminya sepanjang perjalanan itu. Raja Sulaiman ber-tambah gembira kerana burung belatuk dapat menggunakan fikir-annya itu.

"Mula i hari ini , kamu antara rakyatku jenis burung yang boleh terbang tinggi rendah," titah Raja Sulaiman. "Oleh itu apa-kah yang kamu mahu supaya beta kurniakan kerana jasa kamu yang besar kepada beta ini?"

Maka burung belatuk pun dengan segala takzim mengangkat kedua-dua sayapnya menyembah, "Ampun tuanku, jika ada kurnia duli tuanku, patik sekalian mahu burung jenis patik mempunyai jambul emas di kepala masing-masing sebagai tanda anugerah tuanku itu."

Permintaan burung belatuk itu pun diperkenankan oleh Raja Sulaiman. Baginda pun bermohon kepada Allah S.W.T., supaya memberikan jambul emas di kepala burung belatuk.

Hingga ke hari ini burung belatuk berjambul kuning di atas kepalanya. Selain itu, burung belatuk terbang tinggi rendah kerana kecekapannya mengelakkan diri daripada dipanah serta terbang mengikut alunan ombak di laut itu.

93

Sebatang Pokok Mahang

P A D A zaman dahulu, sekumpulan kecil penduduk Orang As l i ting-gal di hulu sebatang sungai yang panjang dan lebar. Penduduk Orang As l i ini sentiasa tinggal berpindah-randah dari satu tempat ke satu tempat yang lain di kawasan itu. Mereka bekerja menang-kap ikan dan memburu binatang. Mereka juga bertanam ubi, kele-dek dan keladi.

Tanah di kawasan itu memang subur tetapi penuh dengan hutan belantara yang tebal. Kayu-kayan yang tumbuh di kawasan itu semuanya besar-besar dan tinggi. Pucuk pokok-pokok di kawa-san itu bagaikan hendak mencapai awan.

Binatang-binatang liar juga banyak didapati di situ. Ada gajah. Ada harimau. Ada ber-uang. Ada rusa, kancil, pelanduk, landak dan sebagainya. Rusa, pelanduk, napuh dan kancil menjadi bina-tang buruan kepada penduduk Orang As l i tersebut.

Di dalam sungai pula banyak terdapat ikan. Ada ikan patin. Ada ikan jelawat. Ada ikan tapah. Ada ikan belida, lampam, kerai, kelah dan sebagainya. Penduduk Orang A s l i tersebut selalu menangkap ikan di sungai itu. Mereka menahan lukah dan teru-bing. Kadangkala mereka menuba ikan-ikan di sungai itu. Akar tuba tersebut mereka kumpulkan banyak-banyak, kemudian dititik sampai hancur. Mereka memasukkannya ke dalam perahu dan mencampurkannya dengan air. A i r itulah yang dicurahkan ke dalam sungai. Ikan-ikan yang melalui kawasan air tuba itu akan pening dan timbul di permukaan sungai.

Apabila ikan-ikan yang sedang mabuk itu timbul, penduduk Orang As l i itu menangkapnya. Ada yang menggunakan seram-pang. Ada yang menggunakan tangguk. Ada yang menangkap

94

SEBATANG POKOK M A H A N G

dengan tangan sahaja. Selalunya mereka akan menuba pada waktu air sungai surut.

Pada suatu hari, sekumpulan penduduk lelaki Orang As l i ter-sebut pergi berburu di kawasan hutan tebal di hulu sungai. Mereka mahu mencari rusa ataupun pelanduk. Pada hari itu puas-lah mereka berjalan tetapi seekor binatang pun tidak ditemui. Usahkan bertemu dengan kijang ataupun rusa, bunyi gajah atau harimau pun tidak kedengaran pada mereka. Mereka sangat hai-ran melihat hal yang sedemikian itu. Masing-masing berfikir, ke manakah perginya binatang yang banyak dalam hutan tersebut

Setelah puas berjalan merayau-rayau dalam hutan itu, akhir-nya mereka berhenti rehat di satu tempat yang teduh dan sejuk. Di belakang. mereka ada sebuah dinding yang tegak. Kaki dinding itu ditumbuhi pokok-pokok yang kecil. Namun, setelah mereka amat-amati, rupa-rupanya mereka berteduh di bawah sepohon pokok yang amat besar.

"Mar i lah kita periksa pokok yang besar in i , " kata salah seorang daripada mereka.

Mereka pun berjalan mengelilingi pangkal pokok kayu itu. Ternyatalah pokok itu terlalu besar.

"Berpemeluk-pemeluk besarnya," kata salah seorang dari-pada mereka.

"Tidak pernah saya melihat pokok kayu sebesar ini ," kata seorang lagi.

"Inilah pokok yang terbesar di kawasan ini ," kata seorang yang lain pula.

Akhirnya mereka bermuafakat untuk menebang pokok terse-but Mereka pun pulang ke tempat tinggal mereka dan memberi-tahu penduduk yang lain. Semua penduduk lelaki bersiap untuk menebang pokok yang besar itu. Ada yang mengasah beliung. Ada yang mengasah kapak. Ada yang mengasah parang.

Apabila sampai pada harinya, mereka pun pergi beramai-ramai ke kawasan pokok tersebut. Mereka pun mula menukik di sekeliling pangkal pokok. Ini adalah kerana mereka mesti mene-bang di bahagian atas pokok. Bahagian bawahnya terdiri daripada banir serta akar-akar yang timbul dan susah untuk ditebang.

Setelah rumah tukik itu siap, mereka pun mula bekerja mene-bang pokok tersebut. Ada yang menebang di sebelah sana. Ada yang menebang di sebelah sini. Sebelah sini menebang bahagian atas. Sebelah sana pula menebang bahagian bawah. Dengan hal

95

PROSA WARISAN

yang begitu, pokok itu nanti akan tumbang mengikut bahagian tebangan di sebelah bawah. Mereka mahu pokok tersebut tum-bang menghala ke arah sungai tempat mereka menangkap ikan dan mengambil air untuk kegunaan seharian itu.

Hampir seminggu mereka menebang pokok tersebut tetapi kerja itu masih juga belum selesai. Pokok itu tidak juga tumbang. Namun penduduk Orang Asl i itu masih belum putus asa. Mereka tetap meneruskan kerja tersebut

Setelah berhari-hari menebang itu, pokok tersebut mula hen-dak tumbang. Sekalian penduduk Orang As l i yang bekerja mene-bang pokok tersebut pun turunlah dari rumah tukik masing-masing. Mereka mencari tempat yang selamat. Jika tidak tentulah akan ditimpa oleh pokok besar yang akan tumbang itu.

Setelah beberapa lama, akhirnya pokok itu pun melayah tum-bang ke arah sungai sebagaimana yang dijangkakan oleh pendu-duk Orang As l i yang menebangnya itu.

Kertek, kertek, kertek, kertek! Kretek! Kertek! Kertek!! Berummmmmmm rummmmmm berummm-

berummmm!! Bergema di seluruh kawasan itu dengan bunyi pokok terse-

but tumbang, didengar oleh sekalian makhluk yang ada di dalam hutan tersebut. Segala binatang pun larilah ketakutan meninggal-kan kawasan itu. Gajah yang panjang gadingnya juga tidak berani menunggu lama. Semuanya lad mencari tempat yang selamat. Mana-mana yang berhampiran dengan gua, masuk ke gua. Mana-mana yang berhampiran dengan bukit, mereka naik ke atas bukit.

Setelah sekaliannya selesai, kawasan hutan tebal itu menjadi seperti sedia kala. Penduduk Orang As l i itu pun pergilah melihat pokok yang tumbang itu. Mereka melihat pokok tersebut betul-betul tumbang melintang sungai yang lebar itu.

Panjang batang pokok tersebut sampai ke seberang sungai. Penduduk Orang As l i menyeberang sungai dengan meniti pokok yang tumbang itu. Mereka tidak lagi menggunakan perahu seba-gaimana biasa. Tunggul pokok yang tumbang itu juga sungguh besar. J ika diadakan kenduri, empat puluh hidangan boleh dihi-dangkan di atas tunggul tersebut Demikianlah besarnya pokok yang mereka tebang itu.

Salah seorang daripada penduduk Orang As l i itu pun berta-nya, "Apakah nama pokok ini?"

T idak ada seorang pun antara mereka yang menjawab.

96

SEBATANG POKOK M A H A N G

Semuanya tidak tahu akan nama pokok tersebut. Seorang penduduk yang lebih tua antara mereka semua itu

berkata, "Kalau mengikut datuk nenek kita dahulu, pokok ini Mahang namanya."

Semuanya terdiam mendengarkan jawapan orang tua itu. Masing-masing pun tahulah bahawa pokok yang besar yang mereka tebang itu Mahang namanya. Mereka lalu bersepakat menamakan kawasan itu mengikut nama pokok tersebut iaitu Mahang. Walau bagaimanapun, akhirnya perkataan Mahang itu disebut menjadi Pahang.

Akhirnya berkekalanlah nama negeri Pahang itu.

97

Batu Bor dan Batu Karai

P A D A zaman dahulu, di sebuah kampung di tebing Sungai Pahang terdapat ramai penduduknya yang rajin bekerja. Penduduk di kam-pung ini sangat teguh muafakatnya. Mereka hidup aman damai dan tolong-menolong antara satu sama lain.

Setiap hari penduduk di kampung itu akan bekerja di ladang atau huma masing-masing. Ada yang bertanam padi. Ada yang bertanam jagung. Ada yang bertanam ubi keladi dan sebagainya. Hasil tanaman mereka sangat banyak pada setiap musim.

Ramai pula penduduk kampung itu yang menangkap ikan di Sungai Pahang itu. Ada yang menahan lukah. Ada yang memasang belat jika air surut. Ada yang memasang gelogoh untuk menang-kap udang. Kadang-kadang mereka menuba beramai-ramai meng-gunakan akar tuba yang mereka dapati dalam hutan.

Di kawasan itu juga banyak terdapat rotan, minyak keruing, damar serta hasil hutan yang lain. Kadang-kadang penduduk kam-pung itu masuk ke dalam hutan berburu rusa dan kijang. Kalau tidak mereka akan mengambil manisan lebah yang bersarang di pokok-pokok tualang yang tinggi itu.

Pada suatu hari, seorang penduduk kampung itu baru menda-pat seorang anak kecil. Isterinya baru melahirkan anak itu. Pendu-duk tersebut tersangat gembira lalu mahu mengadakan kenduri kesyukuran.

Apabila sampai pada hari kenduri itu, penduduk kampung pun berkumpullah di rumah penduduk yang mendapat anak kecil itu. Mereka membuat sebuah sabak yang besar beramai-ramai dan memasak bubur untuk dijamu kepada penduduk kampung terse-but.

98

BATU BOR D A N BATU KARAI

Sewaktu mereka memasak bubur itu, tiba-tiba hebohlah orang dari sebelah hulu mengatakan Sang Kelembai sedang berja-lan menuju ke arah kampung mereka itu. Sang Kelembai ialah keluarga gergasi yang tinggal di hulu Sungai Pahang. Sang Kelem-bai tidak ganas tetapi semua makhluk takut kepadanya. Mereka takut kerana apa-apa sahaja yang ditegur oleh gergasi itu semua-nya akan bertukar menjadi batu dalam sekelip mata itu juga.

Apabila mendengarkan keluarga gergasi itu sedang menuju ke kampung mereka, masing-masing pun mula melarikan diri.

"Kalau ditegurnya kita semua, tentulah kita akan menjadi batu," kata salah seorang penduduk yang sedang menolong memasak bubur di kawah yang besar itu.

Sewaktu mereka hendak berbuat begitu, Sang Kelembai seke-luarga itu telah tiba. Badannya sangat tinggi. A i r sungai yang dalam itu hanya setakat lutut mereka. Penduduk kampung itu ter-cengang dan kecut melihat gergasi yang besar itu sudah berada di hadapan mereka.

Sang Kelembai sangat hairan melihat manusia yang ramai itu. Mereka ketawa berdekah-dekah melihat manusia yang dalam ketakutan itu. Tetapi Sang Kelembai tidak mengapa-apakan mere-ka.

Bunyi suara gergasi tiga beranak itu ketawa terlalu kuat. Pen-duduk itu tidak berlengah lagi. Masing-masing bertempiaranlah menyelamatkan diri masing-masing. Tidak ada seorang pun yang tinggal di situ. Mereka yang sedang membuat bubur itu mening-galkan sabak dan sudip mereka. Mana-mana yang sedang meniup api juga turut lari dari situ, yang mempunyai anak mendukung atau mengheret anak mereka.

Susup-sasaplah penduduk kampung itu melarikan d i r i . Mereka masuk ke dalam hutan, meredah duri dan onak, mengha-rung paya dan anak sungai. Masing-masing tidak mahu ditegur oleh gergasi tiga beranak itu. Jika mereka ditegur oleh gergasi tersebut tentulah mereka semua akan menjadi batu.

Apabila mereka berhenti ketawa, gergasi tiga beranak itu melihat tidak ada manusia lagi di kawasan itu. Mereka sangat hai­ran melihat keadaan itu. Ke mana pula perginya manusia yang ramai sebentar tadi itu, fikir gergasi tiga beranak itu.

Mereka ternampak sebuah kawah yang besar terjerang di atas sabak. Di dalamnya terdapat bubur yang hampir masak. Sang Kelembai tiga beranak itu tidak mengetahui apakah yang sedang

99

PROSA WARISAN

dimasak oleh penduduk kampung itu. Sebaliknya dia hairan meli-hat kawah dan isi kawah tersebut.

Sang Kelembai mengambil kawah tersebut lalu dibalingkan-nya ke dalam sungai. Bubur yang terdapat di dalam kawah itu tumpah lalu hanyut ke hilir dibawa oleh air. Kawah yang dilempar-kan oleh Sang Kelembai itu tertungkup di dalam sungai tersebut.

Dikatakan orang, kawah tersebut bertukar menjadi batu. Kawah yang menjadi batu itu masih ada di Sungai Pahang terletak tidak jauh dari Kampung Bohor di daerah Bera pada masa ini. Sabak tempat memasak bubur itu kini menjadi sebuah kubang yang besar. Kubang itu masih ada di kawasan itu tidak jauh dari tebing Sungai Pahang. Bubur yang tumpah daripada kawah terse-but hanyut ke hilir dibawa air lalu terlekat di sebuah pulau yang bernama Pulau Kening. Bubur itu juga menjadi batu.

Batu bubur itu kelihatan benar-benar seperti bubur yang ber-ketul kecil. Sebuah kampung yang ada di situ sekarang ini dina-makan Kampung Batu Bubur mengikut asal bubur yang hanyut dan lekat di pulau tersebut. Kampung itu sekarang ini disebut dengan nama Kampung Batu Bor sahaja.

Kawah yang menjadi batu itu pula dinamakan Batu Karai hingga sekarang. Karai ialah nama seorang penduduk yang telah membuka semula kampung di kawasan itu. Kampung itu juga dinamakan Kampung Karai.

Demikianlah ceritanya dan setiap penduduk di kawasan itu benar-benar percaya bahawa cerita tersebut pernah terjadi. Ini ber-dasarkan tanda-tanda yang masih dapat dilihat.

100

Batu Sawar

P A D A zaman dahulu terdapat satu keluarga gergasi tinggal di kawasan perlembahan Sungai Pahang. Bapa gergasi ini bernama Sang. Ibunya bernama Kelem. Anaknya pula bernama Bai. Oleh itu, penduduk yang tinggal di tebing Sungai Pahang itu menama-kan keluarga gergasi ini Sang Kelembai.

Pada setiap hari, keluarga gergasi ini merayau-rayau di kawa-san itu mencari makan. Apa-apa sahaja yang ditemuinya menjadi makanan mereka, baik binatang liar mahupun buah-buahan yang terdapat di kawasan tersebut Gergasi ini juga selalu menangkap ikan di Sungai Pahang itu.

Semua makhluk takut pada keluarga gergasi ini. Mereka takut kerana sesiapa atau apa-apa sahaja yang ditegur oleh gergasi ini akan bertukar menjadi batu. Oleh itu, apabila sahaja mereka mendengar gergasi itu akan datang, maka semuanya melarikan diri ke tempat yang selamat

Pada suatu hari, keluarga gergasi ini merayau-rayau di sepan-jang Sungai Pahang yang lebar dan panjang itu. Gergasi itu sam-pai di satu bahagian sungai tersebut yang agak sempit Terdapat ikan di kawasan tersebut

Keluarga gergasi itu cuba menangkap ikan-ikan tersebut tetapi seekor pun tidak dapat. Keluarga gergasi tersebut lalu mem-buat belat. Mereka pun mulalah mengumpulkan batu-batu besar yang terdapat di dalam sungai itu dan mengaturnya dari seberang sini sungai ke seberang sana. Batu-batu yang disusun dalam air itu menyebabkan ikan-ikan tidak boleh hilir mudik dalam sungai ter-sebut. Mana-mana ikan yang terselit di celah-celah batu itu akan ditangkap oleh Sang Kelembai dan dimakannya.

101

PROSA WARISAN

Dalam pada mereka asyik membelat itu, tiba-tiba terbanglah beberapa ekor burung enggang lalu hinggap di pokok tualang yang tinggi tidak jauh dari tempat mereka membelat itu. Burung-burung itu berbunyi-bunyi:

"Nggang, nggang, nggang! Nggang, gang, gang, gang!" Mendengarkan bunyi burung-burung itu, bapa gergasi itu

memeriksa belatnya dari seberang sini ke seberang sana. Sambil dia memeriksa belat tersebut, dia berkata " D i mana

pula belat aku yang renggang ini?" Walaupun diperiksanya dari seberang sini ke seberang sana,

namun dia tidak menemui belatnya yang renggang. Bagaimana-pun, burung-burung enggang di pohon tualang itu masih lagi ber-bunyi dengan galaknya.

"Nggang, nggang, nggang, nggang! Nggang, gang, gang!" Keluarga gergasi itu sangat marah. Bapa gergasi tersebut

mengambil sebuah batu hampir sebesar kepuk padi lalu diangkat dan dilemparkannya ke arah kumpulan burung enggang tersebut. Burung-burung enggang itu pun terbang dari situ sambil berbunyi dengan galak.

"Nggang, nggang, nggang, gang, gang! Nggang, nggang, nggang!" Keluarga gergasi itu bertambah marah melihat gelagat

burung enggang yang sedang terbang itu. Tetapi mereka tidak boleh berbuat apa-apa lagi.

Hingga sekarang kesan belat yang dibuat oleh gergasi seke-luarga itu masih terdapat di kawasan Sungai Pahang tersebut Batu-batu yang disusun oleh gergasi itu masih kelihatan jika air surut. Tempat itu kini dinamakan Kampung Batu Sawar. Sawar ertinya membelat atau menghadang air daripada mengalir.

Batu yang dilemparkan oleh gergasi itu dikatakan terlekat di celah dahan tua pokok tualang tersebut. Satu ketika dahulu batu itu masih tersangkut di situ dan dapat dilihat. Bagaimanapun, sekarang dahan tualang itu telah patah dan pokoknya telah tum-bang. Batu yang tersangkut itu kini masih ada di kawasan terse-but

102

Sang Kancil Menjadi Hakim

P A D A suatu masa zaman dahulu, ada dua orang petani yang sangat rajin. Mereka mengerjakan ladang bertanam padi, ubi, jagung, keladi dan sebagainya. Pagi-pagi lagi mereka sudah pergi ke ladang. Kalau tidak mengambil hasil di ladang mereka itu, mereka akan menebas semak samun.

Pada suatu masa yang lain, terjadi musim kemarau yang pan-jang. Cuaca panas menyebabkan tanaman dua orang petani itu tidak begitu subur. Pada musim itu, mereka tidak dapat hasil yang banyak. Padi tidak begitu menjadi. Ub i dan keladi banyak yang mati kerana tidak ada hujan yang menyiram tanaman itu.

Ketika menghadapi musim kemarau itu, seorang daripada petani tersebut telah kehabisan padi di kepuknya. Pergilah dia kepada sahabatnya itu untuk meminta tolong.

"Pinjamkanlah saya beberapa uncang padi kerana saya keha-bisan padi," katanya.

Pada mulanya, sahabatnya itu keberatan untuk meminjamkan padi kepada sahabatnya itu.

"Kalau saya beri kamu pinjam padi itu, bagaimana kamu akan menggantinya? Bukankah sekarang musim kemarau dan kita tidak dapat mengerjakan ladang?" kata sahabatnya itu.

"Mus im kemarau ini akan berakhir juga. Bila hujan turun nanti tentu tanaman di ladang kita akan menjadi subur. Pada waktu itulah saya akan mengganti padi kamu," kata petani itu lagi.

Lama juga sahabatnya itu termenung. Dia serba salah sama ada hendak memberi pinjam kepada sahabatnya itu atau tidak. Kalau padi itu diberikan kepada sahabatnya itu, bila pula sahabat-nya itu akan menggantikannya kembali.

103

PROSA WAPJSAN

Setelah beberapa ketika kemudian, dia berkatalah, "Kalau begitu, baiklah. Saya akan meminjamkan padi saya ini kepada kamu. Ambil lah dua tiga uncang secukupnya untuk sepanjang musim kemarau ini ."

Petani yang datang itu sangat gembira mendengar kesediaan kawannya itu.

"Bagaimanapun, setelah sampai dua bulan, kamu hendaklah mengganti padi saya ini ," kata sahabatnya itu. "Lagipun padi saya juga tidak berapa banyak sehingga musim kemarau ini berakhir."

"Baiklah, saya bersetuju menggantinya setelah sampai dua bulan," kata petani yang datang itu.

Akhi rnya pulanglah petani tersebut ke rumahnya dengan membawa beberapa uncang padi cukup untuk musim kemarau yang panjang itu.

Tidak berapa lama kemudian, musim kemarau pun berakhir. Hujan turun seperti biasa menyirami bumi. Petani yang dua orang itu mulalah bekerja di ladang masing-masing seperti biasa. Tanam-an mereka hidup dengan subur.

Padi, keladi, pisang dan tanaman lain hidup subur menghijau di ladang mereka. Kedua-dua petani itu sangat gembira. Mereka pergi ke ladang pada setiap hari dengan rajinnya.

Kin i dua bulan telah berlalu. Petani yang meminjamkan padi kepada sahabatnya itu menunggu-nunggu bila sahabatnya akan mengganti padi yang dipinjam itu. Bulan kedua masuk ketiga. Kemudian masuk bulan keempat hingga hampir pula ke bulan kelima. Namun padinya masih belum diganti walaupun dia tahu sahabatnya itu sudah menuai hasil ladangnya itu.

Pada suatu hari pergilah ia ke rumah sahabatnya itu. Setelah sampai dan bertemu, petani tersebut pun berkata, "Gantilah padi saya yang kamu pinjam semasa musim kemarau dahulu. Sekarang tempohnya sudah lebih. Kamu pun sudah menuai padi di ladang kamu."

"Bukankah saya kata untuk menggantinya setelah bulan dua," kata sahabatnya itu.

"Sekarang sudah lebih dua bulan," kata petani tersebut. "Per-janjian kita sudah sampai masanya."

" B i l a malam nanti, kamu pandanglah ke awan dan lihat berapa bulan yang ada," kata petani yang meminjam padi dahulu itu. "Bukankah bulan itu masih satu. Jika bulan itu sudah dua, akan saya gantilah padi kamu itu."

104

SANG KANCIL MENJADI HAKIM

Petani tersebut sangat dukacita mendengar kata-kata sahabat-nya itu. Pada malamnya, dia melihat ke awan. Dilihatnya bulan hanya satu. Terasalah padanya bahawa dirinya telah didpu oleh sahabatnya itu.

Pada keesokan harinya pergilah petani itu sekali lagi ke rumah sahabatnya itu. Dia meminta supaya sahabatnya itu meng-ganti padi yang telah dipinjamnya dahulu. Namun demikian, saha-batnya itu berkeras tidak mahu menggantinya. Katanya, mereka berjanji dahulu supaya padi itu diganti pada bulan dua. Sahabatnya itu masih berkeras menyatakan bahawa bulan hanya satu. Dise-babkan bulan masih satu, maka dia tidak akan mengganti padi ter-sebut.

Akhirnya petani tersebut berkata, "Kalau begini, marilah kita pergi berjumpa Hakim di Rimba untuk menyelesaikan masalah kita in i ."

Kedua-dua petani itu pun pergilah mencari Sang Kanci l Hakim di Rimba itu. Mereka mencarinya di setiap lembah dan bukit-bukit yang rendah. Turun bukit naik bukit. Masuk belukar keluar belukar, namun Sang Kancil tidak juga mereka temui.

Akhirnya, apabila mereka sampai di sebuah belukar yang teduh, bertemulah mereka dengan Sang Kancil Hakim di Rimba itu. Hakim di Rimba itu sedang berkumpul dengan anak buahnya kecil besar.

Apabila dilihat oleh Sang Kancil Hakim di Rimba akan keda-tangan dua orang petani itu, maka ditegurnyalah, "Apakah hajat maka kamu berdua datang berjumpa aku ini ," kata Sang Kancil.

"Hamba datang berdua ini kerana ada masalah yang kami mahu Tuan Hakim selesaikan," kata salah seorang petani itu.

"Apakah masalah itu?" tanya Sang Kancil . Kedua-dua petani menceritakanlah masalah yang mereka

hadapi itu. Mendengarkan cerita itu, Sang Kancil pun termenung-lah berjenak-jenak lamanya. Dia mencari akal untuk menyelesai-kan masalah itu.

Setelah lama berfikir, Sang Kancil pun berkatalah, "Baiklah. Sekarang pulanglah kamu berdua ke rumah masing-masing. Malam nanti datanglah ke sini supaya aku selesaikan masalah ini."

Kedua-dua petani pulanglah ke rumah masing-masing. Masing-masing menunggu malam tiba. Petani yang meminjam padi dahulu itu sangat sukacita. Padanya tidak ada jalanlah untuk

105

PROSA WARISAN

sahabatnya itu meminta balik padi yang dipinjamnya dahulu itu. Tentulah Sang Kanci l Hak im di Rimba itu akan memutuskan supaya padi itu tidak payah diganti lagi.

Apabila hari malam, kedua-dua petani itu pergi menemui Sang Kancil semula. Mereka melihat Sang Kancil Hakim di Rimba itu masih berada di belukar tempat mereka bertemu dahulu. Sang Kancil membawa kedua-dua petani itu ke satu lembah yang sejuk. Pada malam itu, bulan mengambang penuh. Cahayanya mene-rangi belukar tempat Sang Kancil dan anak buahnya tinggal itu.

Sesampai sahaja mereka ke kawasan lembah itu, kedua-dua petani itu mendapati ada sebuah perigi yang jernih airnya. Sang Kancil dan kedua-dua petani itu berdirilah di tepi perigi itu.

"Bukankah kamu berjanji untuk mengganti padi yang kamu pinjam itu setelah genap dua bulan?" tanya Sang Kancil kepada petani yang meminjam padi tersebut.

"Benar, ya Hakim di Rimba," kata petani tersebut. "Jadi, kamu mesti mengganti padi itu sekarang," kata Sang

Kancil Hakim di Rimba itu. "Wahai Hakim di Rimba," kata petani itu, "cubalah Hakim di

Rimba pandang di awan sana. Bukankah bulan masih satu? Jadi tidaklah sampai masanya lagi bagi hamba mengganti padi itu. Dalam perjanjian kami, hamba akan mengganti padi itu setelah genap bulan dua."

"Kamu tersilap," kata Sang Kancil . "Cuba kamu perhatikan ke dalam perigi ini. Bukankah terdapat satu lagi bulan?"

"Benar, ya Hakim di Rimba," jawab petani tersebut. "Jadi, sekarang genaplah dua bulan sebagaimana yang kamu

janjikan itu. Satu bulan ada di atas awan. Satu bulan lagi terdapat di dalam perigi ini. Bukankah jumlahnya dua?"

Mendengar kata-kata Hakim di Rimba itu, dia pun diamlah. Pada fikirannya memang terdapat dua bulan sekarang.

"Jadi, kamu hendaklah mengganti padi yang kamu pinjam itu kerana perjanjian kamu sudah sampai tempohnya." Sang Kancil Hakim di Rimba membuat keputusan.

Maka petani itu terpaksa mengganti padi yang dipinjamnya dahulu itu. Setelah itu, mereka pun hidup berbaik sangka semula.

106

Kambing Memperdayakan Buaya

P A D A suatu masa, sekumpulan kambing hidup dengan bebas dan selesa di satu kawasan yang subur. Rumput serta pucuk-pucuk kayu di kawasan itu sentiasa menghijau. Senanglah kumpulan kambing itu mencari makan. Dari semasa ke semasa mereka membiak dengan banyaknya.

Kawasan tersebut terletak berhampiran sebuah sungai. Dalam sungai tersebut, terdapat banyak buaya. Ada yang kecil, ada yang besar. Ada yang panjang, ada yang pendek. Buaya-buaya yang ada di dalam sungai itu terlalu mengidam hendak menang-kap kambing-kambing yang gemuk di kawasan itu.

Walaupun pada setiap hari kambing-kambing yang ada di kawasan itu selalu minum di sungai tersebut tetapi buaya-buaya yang ada di situ tidak dapat menangkap mereka. Kambing-kambing itu sentiasa mengingatkan antara satu sama lain supaya berwaspada dengan buaya di dalam sungai tersebut.

Pada suatu masa yang lain, terjadilah musim kemarau. Rumput-rumput serta kayu-kayu di kawasan kambing itu tidak sesubur masa yang lalu. Kumpulan kambing tersebut sangat susah had kerana mereka sukar mencari makan. Pada setiap hari, mereka terpaksa mengunyah rumput-rumput yang telah kering.

Bagaimanapun, kumpulan kambing tersebut melihat rumput-rumput di seberang sungai subur menghijau. Pucuk-pucuk kayu di belukar yang rendah di seberang sana juga bertaruk muda. Alangkah baiknya jika mereka dapat pindah ke seberang sungai itu, flkir kambing-kambing itu.

Bagaimanapun, mereka tidak dapat hendak menyeberang sungai tersebut. Buaya-buaya yang ada di dalam sungai itu senti-

107

PROSA WARISAN

asa menunggu peluang untuk menangkap dan membaham kambing-kambing di kawasan itu.

Akhi rnya , kumpulan kambing itu berkumpullah beramai-ramai. Mereka bermuafakat mencari jalan hendak berenang ke seberang sungai.

"Jika kita terlalu lama tinggal dalam keadaan kemarau ini ten-tulah kita akan kebuluran tidak makan," kata salah seekor kam-bing yang ada itu.

"Jadi, bagaimanakah caranya ki ta hendak menyeberang sungai itu?" tanya beberapa ekor yang lain.

Mendengarkan pertanyaan sedemikian, tidak ada seekor pun yang menjawab. Masing-masing takut ditangkap oleh buaya yang sentiasa lapar dalam sungai tersebut.

Akhirnya seekor kambing yang tua memberikan fikirannya tentang cara hendak berenang menyeberang sungai itu. Kambing itu telah putih semua janggutnya. Tanduknya pun panjang dan bengkok.

Semua kambing yang ada bersetuju dengan cadangan kam-bing tua itu. Apabila sampai masa yang ditetapkan, kambing-kambing itu pun berkumpul di tebing sungai tersebut. Masing-masing bersedia hendak berenang dan menyeberang.

Buaya-buaya yang ada di dalam sungai itu tersangat gembira melihat kawanan kambing yang ada di tebing sungai itu. Pada fikir-an mereka, ka l i in i kenyanglah mereka dapat membaham kambing-kambing yang gemuk itu.

Kambing tua yang cerdik itu membahagikan kawanan kam-bing itu kepada dua kumpulan. Satu kumpulan disuruhnya pergi ke hilir sungai. Manakala kumpulan yang satu lagi disuruhnya pergi ke hulu sungai.

Seketika kemudian, kambing-kambing yang berada di hulu sungai itu mengocak-ngocakkan kaki mereka ke dalam air. M e n -dengarkan bunyi kocakan kaki kambing-kambing itu, buaya-buaya yang ada di dalam sungai menyangka kambing-kambing di hulu sungai itu sedang berenang untuk menyeberang. Buaya-buaya itu berdahulu-dahuluanlah berenang ke hulu sungai untuk menang-kap kambing-kambing tersebut.

Apabila semua buaya itu telah berada di hulu sungai, maka kambing yang sedang berada di hilir sungai pun berenanglah dengan selamat ke seberang sana.

Apabila mereka telah selamat sampai dan naik ke tebing,

108

KAMBING MEMPERDAYAKAN BUAYA

maka kambing-kambing itu pun mengocak-ngocakkan kak i mereka ke dalam sungai. Mendengarkan kocakan kaki kambing itu, buaya-buaya yang berada di hulu sungai itu berenanglah ke hilir sungai pula. Mereka hendak menangkap kambing-kambing yang pada sangka mereka sedang berenang itu.

Pada ketika itulah kambing-kambing yang ada di hulu sungai itu berenang menyeberang sungai dengan selamat. Akhi rnya kesemua kambing itu selamat berada di seberang sungai itu. Mereka terlalu gembira kerana dapat makan rumput yang hijau serta pucuk-pucuk kayu muda di kawasan itu.

109

Semut Berperang dengan Gajah

P A D A suatu masa dahulu, Raja Semut dan segala rakyatnya ting-gal di sebuah hutan yang subur dan teduh. Rakyat Raja Semut ini terlalu banyak. Pelbagai jenis semut ada di dalam negeri Raja Semut itu. A d a semut merah. Ada hitam. Ada kerengga. Ada kelengkiak. Ada semut besar dan ada semut halus.

Semua semut itu sangat rajin bekerja. M e r e k a mencari makanan pada setiap hari. Semua jenis semut itu juga sangat taat dan setia kepada raja mereka. Semut-semut itu hidup dengan aman dan damai. Mereka mewah dengan makanan.

A d a semut yang bersarang di dalam tanah. Ada yang bersa-rang di atas pokok. Mereka membuat sarang pada daun-daun kayu. Kadang-kadang mereka membuat sarang di dalam busut yang rendah. Tidak kurang juga yang membuat sarang di kulit kayu yang merekah.

Tidak jauh dari kawasan itu terdapat satu kawasan yang berbukit-bukit rendah. Di kawasan itu juga hutannya subur. Banyak pokok daripada segala jenis hidup dengan subur dan menghijau. Di kawasan ini pula tinggal Raja Gajah dengan segala rakyat jelatanya.

Raja Gajah dengan sekalian rakyatnya itu juga hidup aman dan damai. Pada setiap hari berkeliaranlah gajah-gajah itu mencari makanan di sekitar kawasan perbukitan yang rendah itu. Mereka memakan buluh-buluh muda yang banyak tumbuh di kawasan per-lembahan bukit tersebut. Taruk-taruk kayu yang muda serta umbut-umbut palas dan pinang hutan di kawasan itu juga menjadi makanan yang enak untuk mereka.

Pada suatu hari, sekumpulan gajah itu telah mencari makanan

- 1 1 0

S E M U T BERPERANG D E N G A N GAJAH

di kawasan Raja Semut Di kawasan itu, terlalu banyak buluh muda yang subur. Di kawasan itu juga, terlalu banyak pokok yang berumbut, baik palas mahupun pinang hutan.

Terlalulah sukacitanya gajah-gajah itu memakan pokok-pokok tersebut Mereka menggunakan belalai dan badan menumbang-kan pokok-pokok itu, tanpa mereka sedar yang mereka telah memusnahkan sarang-sarang semut yang banyak itu. Sarang-sarang semut itu bertaburan di sana sini. Semut-semut yang melata di bumi juga mati dipijak oleh gajah-gajah itu.

Keadaan berlaku begitu hingga beberapa hari. Semakin hari semakin banyak pula gajah yang mencari makanan di kawasan itu. Banyak rakyat Raja Semut yang datang kepada baginda mengadu-kan hal tersebut Banyak rumah tangga mereka bertaburan dice-roboh oleh gajah-gajah itu. Banyak pula yang mati dipijak.

Akhirnya pada suatu hari pergilah Raja Semut menemui Raja Gajah dan menceritakan apa-apa yang telah berlaku.

"Aku tidak boleh menahan rakyatku mencari makanan walau di mana sekalipun," kata Raja Gajah dengan angkuhnya.

'Tetapi kasihanilah rakyat hamba," kata Raja Semut meren-dah diri . "Rakyat hamba juga inginkan kehidupan aman damai dalam hutan in i ."

Raja Gajah tidak menghiraukan kata-kata Raja Semut itu. Dia tetap dengan keangkuhannya. Fikirnya, tubuhnya yang besar itu sangat kuat dan semut merupakan serangga kecil yang tidak perlu dilayan.

Mendengar serta melihat keangkuhan Raja Gajah itu, maka berkatalah Raja Semut, "Kalau begini keadaannya, terpaksalah hamba mengisytiharkan perang dengan rakyat tuan hamba."

Raja Gajah pun berbunyilah dengan nyaringnya. Pada fikiran-nya masakan semut yang kecil itu dapat mengalahkan rakyatnya yang banyak serta besar itu. Kedua-dua belah pihak pun bersetu-julah untuk berperang itu. Harinya pun ditetapkanlah. Mereka akan bertemu di sebuah padang.

Sebelum sampai pada hari yang ditetapkan itu, Raja Semut pun sibuk memberitahu sekalian rakyatnya. Raja Gajah juga sibuk memberitahu sekalian rakyatnya.

Apabila sampai harinya, sekalian semut pun berkumpullah di tepi padang yang dimaksudkan itu. Terlalulah banyak semut yang ada itu. Seperti batas layaknya mereka merayap di tepi padang.

Il l

PROSA WARISAN

Masing-masing sudah siap untuk berperang dengan rakyat Raja Gajah itu.

Pada waktu yang sama, sekalian gajah yang ada di dalam rimba itu pun sibuk memberitahu kawan-kawan mereka akan peperangan dengan rakyat Raja Semut itu.

Mereka pun menjeritlah ke sana ke mari mengumpulkan gajah-gajah yang ada itu. Masing-masing telah siap untuk berpe-rang dengan rakyat Raja Semut. Masing-masing turun dari bukit yang rendah itu ke padang sebagaimana yang dijanjikan.

Apabila gajah-gajah itu sampai ke padang tersebut, peperang-an pun berlakulah. Gajah-gajah itu dengan angkuh menyepak batas-batas semut yang banyak itu. Bertaburanlah semut yang beribu-ribu itu.

Seketika kemudian hampir habislah batas-batas semut yang banyak itu dilanyak dan disepak oleh rakyat Raja Gajah. Raja Gajah sangat gembira melihatkan laku rakyatnya menyepak semut-semut yang banyak itu.

Namun demikian, sebentar sahaja selepas itu kedengaranlah pekik lolong gajah yang banyak itu. Masing-masing lari tidak keta-huan membawa diri . Ada yang menghantuk-hantukkan kepala pada pokok yang besar. Ada yang menghempas-hempaskan bela-lai pada bukit. Ada yang berguling-guling dan menjerit kerana sakit yang amat sangat

Rupa-rupanya sekalian semut yang bertaburan itu telah mula masuk ke dalam belalai dan telinga gajah-gajah itu. Mulut gajah-gajah itu juga menjadi sasaran mereka. Semut-semut itu menggi-git tempat-tempat yang lembut tempat mereka masuk itu. Tidaklah tertahan lagi deritanya ditanggung oleh gajah-gajah tersebut.

Ada yang terjun ke dalam sungai dan menyelam. Namun kesakitan yang mereka rasai masih ada. Haru-birulah gajah-gajah di dalam hutan tersebut. Binatang-binatang lain semuanya kecut perut melihat gajah yang berlari ke sana ke mari.

Raja Kera dan segala rakyatnya yang ada di dalam rimba itu semuanya tertawa melihat keadaan tersebut. Raja Kera telah bebe-rapa kali menasihatkan gajah supaya jangan berperang dengan semut-semut itu. Namun demikian nasihat Raja Kera itu tidak dihi-raukan oleh Raja Gajah.

Raja Gajah pun tahulah kini bahawa rakyatnya terlalu mende-rita kerana serangan Raja Semut dan sekalian rakyatnya itu. Oleh itu, baginda pun memerintahkan rakyatnya membunyikan belalai

112

S E M U T BERPERANG DENGAN GAJAH

masing-masing tanda mengaku kalah. Sebentar kemudian berbu-nyilah gajah-gajah itu mendayu-dayu minta dikasihani.

Raja Semut tahu akan isyarat tersebut. Baginda pun memerin-tahkan rakyatnya supaya keluar daripada lubang telinga, belalai dan mata gajah-gajah itu. Sebentar kemudian keadaan rimba itu pun tenanglah semula.

Raja Gajah dan sekalian rakyatnya berbaris di padang yang luas itu. Raja Semut juga memanggil sekalian rakyatnya dan berbatas-bataslah banyaknya semut berkumpul di tepi padang itu. Raja Gajah memohon maaf kepada Raja Semut. Mereka mengaku kalah dalam peperangan itu.

Sejak hari itu, rimba itu aman semula. Raja Gajah dan sekalian rakyatnya tidak berani lagi mengganggu negeri Raja Semut. Hidup-lah masing-masing dengan aman dan damai.

113

Mat Jenin

P A D A zaman dahulu dalam sebuah kampung, ada seorang anak muda bernama Mat Jenin. Ma t Jenin tinggal seorang diri di rumahnya di kampung itu. Anak muda ini sangat rajin. Pada setiap hari, dia mengambil upah memanjat kelapa. Pohon-pohon kelapa tumbuh dengan subur dan berbuah dengan lebat di kampung itu.

Pada setiap hari, ada sahajalah orang kampung yang meng-upah Mat Jenin memanjat kelapanya. Mat Jenin akan memetik dan menggugurkan buah kelapa yang sudah tua. Dia kemudiannya akan mendapat dua biji kelapa sebagai upah memanjat itu. Sebiji upah untuk dia memanjat dan sebiji lagi upah dia turun.

Walaupun pada setiap batang kelapa yang dipanjatnya itu dia mendapat upah dua biji, namun pada setiap hari dia mendapat berpuluh-puluh biji kelapa. Ini disebabkan pada setiap hari, dia memanjat berpuluh-puluh pokok kelapa itu untuk menggugurkan buah yang telah tua.

Mat Jenin sangat senang dengan hidupnya yang sedemikian. Buah-buah kelapa yang didapati dijualnya. Duit yang didapatinya itulah digunakan bagi menyara kehidupannya seharian. Demikian-lah pada setiap hari dia melakukan kerja tersebut. J ika tidak, tuan kebun kelapa di sebelah sini memanggilnya untuk memanjat kelapa tentulah tuan kelapa di sebelah sana yang memanggil. Kalau tidak tuan kebun yang di baruh, tentulah pula tuan kebun di tebing yang memanggilnya.

Terkenal lah M a t Jenin sebagai anak muda yang mahir memanjat dan menggugurkan buah kelapa itu. Setiap orang kenal akan Mat Jenin dan mereka sering mengupah Mat Jenin meman-jat kelapa di kebun mereka.

114

M A T JENIN

Pada suatu hari, seorang tuan kebun mengupah Mat Jenin memanjat kelapa di kebunnya. Mat Jenin melihat pokok-pokok kelapa yang subur dengan daunnya yang menghijau itu. Pastilah terdapat banyak pohon kelapa yang sudah tua buahnya dan perlu dipanjat serta digugurkan.

Mat Jenin memilih sepohon kelapa yang tinggi tetapi tersa-ngat lebat buahnya. Walaupun dia hanya mendapat upah dua biji iaitu sebiji upah memanjat dan sebiji upah turun tetapi dia tetap gembira dengan kerjanya itu.

Mat Jenin pun mulalah memanjat pohon kelapa yang dipilih-nya itu. Apabila sampai ke pertengahan pokok kelapa tersebut, maka terfikirlah dalam kepala Mat Jenin tentang upah yang akan didapatinya itu. Fikirnya, setiap kali dia memanjat pokok kelapa, dia mendapat dua biji kelapa sebagai upah.

Mat Jenin merancang dalam fikirannya. Dua biji buah kelapa itu akan dijualnya. Wang hasil jualan itu nanti akan dibelinya dua ekor anak ayam. Dia akan memelihara anak ayam itu. Semakin lama semakin besar dan akhirnya ayam tersebut bertelur dan menetas. Semakin lama ayam-ayamnya semakin banyak. Berjalan-lah ayam-ayam itu ke sana ke mari di dalam kampung tersebut sambil berkokok dan berketak.

Orang kampung tentu bertanya, "Ayam siapakah ini?" M a k a jawab orang yang lain, "Itulah ayam Mat Jenin, anak

muda yang mahir memanjat kelapa di kampung kita ini ." Mat Jenin sungguh gembira memikirkan hal tersebut. Setelah

ayamnya itu membiak dengan banyak, dia bercadang untuk men-jual ayam-ayamnya itu. Dia akan membeli itik pula.

Mat Jenin memelihara itiknya itu. Semakin lama itiknya itu semakin membiak. Pada setiap petang itik-itik itu berjalan ke hulu ke hilir di dalam kampung tersebut dengan bunyinya yang riuh-rendah.

Sekalian orang kampung tentu bertanya pula, "Itik siapakah yang berjalan berpuak-puak ke hulu ke hilir itu?"

M a k a jawab orang lain, "Itulah itik Mat Jenin anak muda yang mahir memanjat kelapa di kampung kita ini."

Setelah itiknya semakin banyak, Mat Jenin berangan-angan menjual itiknya, lalu membeli kambing pula. Mula-mula sepasang, seekor jantan dan seekor betina. Mat Jenin memelihara kambing-nya itu hingga beranak-pinak. Semakin hari kambing itu semakin banyak.

115

PROSA WARISAN

Pada setiap petang, kambing-kambing tersebut berjalan ke hulu ke hilir di dalam kampung tersebut Mengembik di sana, mengembik di sini.

Sekalian orang kampung akan bertanya lagi, "Kambing siapa-kah yang banyak ini?"

Maka jawab oleh orang lain, "Itulah kambing Mat Jenin, anak muda yang mahir memanjat kelapa di kampung kita ini ."

"Masakan kambingnya sebanyak ini ," kata yang lain pula. "Berpuak-puak ke sana, berpuak-puak ke sini?"

Maka jawab orang lain, "Mat Jenin sudah menjadi orang kaya sekarang ini. Dialah seorang yang kaya di kampung kita ini ."

Setelah kambingnya membiak dengan banyak, Ma t Jenin menjual kambingnya dan membeli kerbau pula. Kerbau yang dipe-lihara oleh Mat Jenin membiak sama seperti kambingnya dahulu itu. Semakin hari semakin biak kerbau tersebut. Pada setiap petang, kerbau-kerbaunya berjalan ke sana ke mari di dalam kam-pung tersebut.

Sekalian orang kampung sekali lagi bertanya, "Kerbau siapa-kah yang semakin membiak ini, menguak ke hulu, menguak ke hilir?"

Maka dijawab oleh orang kampung yang lain, "Itulah kerbau Mat Jenin, orang kaya di kampung kita ini ."

Mat Jenin begitu gembira kerbaunya semakin membiak. Oleh sebab kerbaunya terlalu banyak, dia menjadi seorang yang kaya raya. Oleh itu, pada suatu masa yang lain dia meminang puteri raja yang cantik. Mat Jenin pun berkahwinlah dengan puteri raja negeri itu.

Mat Jenin lalu menjual beberapa ekor kerbaunya. Duit jualan kerbaunya itu dibelinya seekor kuda. Kuda tersebut pantas berlari serta baik bangun tubuhnya. Mat Jenin pun membawa isterinya, puteri raja itu naik kuda. Hasratnya ingin berkuda ke hulu ber-kuda ke hilir menunjukkan kepada sekalian rakyat akan isterinya yang cantik itu.

Mat Jenin terasa dia menunggang di atas belakang kuda. Namun sebenarnya dia tidak menunggang di atas belakang kuda tetapi menunggang pelepah kelapa yang menjulai ke bawah itu. Entah macam mana, tangan Mat Jenin tersalah pegang, dia pun melayang jatuh ke tanah.

Tuan kebun terperanjat melihat Mat Jenin terbaring parah di atas tanah. Dia segera memanggil orang ramai. Mereka kemudian-

116

M A T JENIN

nya mengangkat Mat Jenin naik ke rumah. Mat Jenin dirawat segera secara kampung.

Beberapa hari selepas itu, Mat Jenin pulih seperti sedia kala. Ramailah orang bertanya mengapa Mat Jenin jatuh dari pokok kelapa itu padahal selama ini entah berapa pokok kelapa dipanjat oleh Mat Jenin, tetapi dia tidak pernah jatuh.

Ma t Jenin tersenyum tersipu-sipu, malu untuk bercerita. Akhirnya apabila didesak, Mat Jenin bercerita juga tentang dia berangan-angan ketika memanjat pokok kelapa tersebut. Orang kampung semuanya tercengang mendengar cerita Mat Jenin. Masing-masing kagum dengan cara berfikir Mat Jenin itu.

"Hal ini memang boleh jadi," kata salah seorang kampung. "Kalau kita berusaha semuanya boleh jadi."

"Kisah kamu terjatuh dari pokok kelapa itu jadi pengajaran kepada kita semua tetapi itu tidak bererti kamu telah gagal," kata seorang yang lain pula.

"Setelah kita merancang, kita mesti berusaha, bukannya duduk sahaja," kata seorang yang lain.

Sejak hari itu, Mat Jenin mula memelihara ayam itik. Dia ber-hasrat untuk menjual ayam itiknya itu apabila sudah banyak nanti. Dia akan membeli kambing. Dia akan membeli kerbau. Dia mahu menjadi orang kaya.

Orang kampung juga mengikut sebagaimana yang dibuat oleh Mat Jenin. Mereka memelihara ayam. Mereka juga mahu menjual ayam, apabila ayam itu menjadi banyak nanti. Mereka juga mahu membeli dan memelihara kambing. Mereka juga mahu membeli dan memelihara kerbau. Maka mereka pun berlumba-lumba berusaha.

117

Awang Si Hitam

P A D A zaman dahulu di sebuah kampung tinggal seorang anak remaja bernama Awang Si Hi tam. Awang Si Hi tam tinggal bersama-sama ibu bapanya. Awang Si Hitam sangat rajin. Dia membantu ibu dan bapanya bekerja di kebun mereka. Di kebun itu, penuh ditanam dengan ubi, keledek, keladi, tebu, pisang dan sebagainya.

Awang Si Hitam juga mempunyai ramai kawan di kampung itu. Kulit Awang yang hitam menyebabkan dia selalu diejek oleh kawan-kawannya itu. Namun demikian, Awang Si Hitam tidak berasa hati atau marah kepada kawan-kawannya itu.

"Warna kulit ini diberi oleh Allah S.W.T.," katanya. Walaupun dia selalu diejek oleh kawan-kawannya itu tetapi

Awang Si Hitam tidak menjadikan kawan-kawannya itu musuh. Malah dia sangat berbudi dan bertimbang rasa kepada kawan-kawannya itu.

Pada suatu hari, raja negeri itu mahu memilih calon suami puteri baginda yang cantik. Baginda mensyaratkan, sesiapa yang dapat terjun ke dalam kolam buaya baginda dan naik dengan sela-mat, dialah yang akan menjadi suami kepada anakanda baginda itu. Baginda pun menetapkan hari yang sesuai untuk melihat sia-pakah anak negeri itu yang sanggup menghadapi cabaran terse-but.

Khabar itu juga sampai ke kampung Awang Si Hitam. Ramai-lah anak muda yang mahu mencuba nasib.

"Manalah tahu jika ada tuah, aku akan menjadi suami kepada puteri raja yang cantik itu," kata salah seorang anak muda itu.

"Kalau tidak dapat menjadi suami puteri itu tentu dapat men-

118

AWANG SI HITAM

jadi penganan kepada buaya dalam kolam baginda itu," sindir seorang lain.

Masing-masing anak muda itu pun berangan-angan hendak menjadi suami kepada puteri raja itu.

"Manalah tahu jika suatu hari nanti aku boleh menjadi raja memerintah negeri ini ," kata yang lain pula.

Awang Si Hi tam tidak berangan-angan untuk berkahwin dengan puteri raja itu. Bagaimanapun, dia hanya teringin hendak melihat anak-anak muda terjun ke dalam kolam buaya raja itu dan naik semula dengan selamat. Awang Si Hitam mahu melihat siapa anak muda yang berani tersebut.

Apabila Awang Si Hitam menyatakan dia juga hendak pergi melihat temasya itu, semua kawannya tertawa mendengarkan.

"Kamu mana padan dengan puteri raja yang cantik itu. Kulit kamu hitam," kata salah seorang daripada kawan-kawannya itu.

"Kalaupun kamu berjaya terjun dan naik dari kolam itu, puteri raja itu tidak ingin hendak berkahwin dengan kamu," kata seorang yang lain.

"Puteri raja itu mahu memilih anak muda yang segak dan tampan seperti kami ini ," kata yang lain pula.

Awang Si Hitam hanya diam mendengarkan. Dia berkata dalam hatinya, memang dia tidak terniat hendak menjadi calon suami kepada puteri raja itu. Dia sedar akan dirinya. Kulitnya hitam. Tetapi pada fikirannya, dia tidaklah takut hendak terjun ke dalam kolam buaya tersebut jika dia diberi peluang.

Akhirnya, hari yang dinanti-nanti itu pun tiba. Ramailah anak muda dari segenap kampung, ceruk rantau negeri itu berhimpun di halaman istana raja. Orang ramai juga datang awal-awal lagi kerana hendak melihat temasya yang menarik itu.

Mereka hendak melihat siapakah anak muda yang berani ter-jun ke dalam kolam buaya dan naik dengan selamat. Tentulah anak muda itu akan dipilih menjadi calon suami puteri raja yang cantik itu.

Dalam pada itu, ramai pula yang tidak bersetuju dengan cara raja negeri memilih calon suami anakanda baginda itu.

"Tidakkah ada cara lain yang lebih baik?" soal mereka. "Cara ini cara yang zalim," kata yang lain pula. "Ramailah nanti yang akan mati dibaham buaya," kata bebe-

rapa orang. "Buaya-buaya yang ada dalam kolam itu semuanya ganas dan

119

PROSA WAR1SAN

kelaparan," kata beberapa orang yang mengetahui akan hal buaya di dalam kolam tersebut.

"Siapa yang berani menyabung nyawa?" tanya beberapa orang tua yang berpengalaman pula.

Sampai waktunya, Raja Negeri pun berangkat keluar dari istana diiringi sekalian pembesarnya. Baginda begitu sukacita melihat rakyat baginda yang banyak itu penuh sesak di halaman istana dan mengelilingi kolam buaya di halaman istana tersebut. Awang Si Hitam dan kawan-kawannya dari kampung itu turut ber-ada di kalangan rakyat yang banyak itu.

Adapun akan Tuan Puteri, tidaklah dia keluar melainkan duduk bersama-sama dayang pengiringnya di anjung istana. Mereka juga mahu melihat temasya yang pertama sekali diadakan itu.

Setelah siap sekaliannya, Raja Negeri pun bersemayam di tempat yang dikhaskan. Baginda memerintahkan bentara baginda supaya mengumumkan siapa-siapakah yang berani menyahut cabaran baginda itu,

Bentara Raja pun berserulah dengan nyaring suaranya. "Siapa-siapa anak muda yang berani terjun ke dalam kolam

buaya raja dan kemudian naik semula, dia akan dikahwinkan dengan tuan puteri. Siapa-siapa yang berani, silalah mencuba nasib," seru Bentara Raja itu,

Berjenak-jenak lamanya selepas seruan itu, tidak kelihatan seorang pun yang berani terjun ke dalam kolam itu.

Setelah itu Bentara Raja pun mengulangseruannya sekali lagi. Demikianlah juga halnya yang terjadi. Setelah seruan itu dibuat tidak ada sesiapa juga yang berani terjun ke dalam kolam tersebut. Berjenak-jenak lamanya orang ramai menunggu kalau-kalau ada anak muda yang berani mencuba nasib. Namun demi-kian tidak ada seorang juga yang berani mencuba.

Demikianlah juga halnya dengan kawan-kawan Awang Si Hitam yang datang dari kampung itu. Walaupun pada mulanya ada yang bercadang hendak mencuba nasib, tetapi apabila sampai keti-kanya, tidak ada seorang pun yang berani. Semuanya takut apabila melihat buaya ganas yang lapar di dalam kolam di hadapan istana itu. Mereka tidak berani untuk berhadapan dengan buaya-buaya yang sedang ternganga mulutnya menunggu mangsa itu.

Kemudian Bentara Raja pun berserulah sekali lagi.

120

AWANG SI HITAM

"Siapa-siapa yang berani hendak mencuba nasib, silalah terjun ke dalam kolam ini ."

Orang ramai memikirkan tentulah sekali ini ada anak muda yang mahu mencuba nasib. Sudah tiga kali Bentara Raja membuat seruan. Jika tidak ada yang berani menyahut seruan itu, tentulah acara tersebut akan dibatalkan. Tidak ada sesiapa yang akan terpi-l ih untuk menjadi suami kepada Tuan Puteri.

Dalam pada itu, orang ramai kian berasak-asak di tepi kolam tersebut Awang Si Hitam serta kawan-kawannya turut berasak-asak ke tepi kolam tersebut.

Dalam bersesak dan berasak-asak itu, Awang Si Hitam dan kawan-kawannya sudah hampir benar dengan kolam buaya terse-but. Namun demikian tidak ada seorang pun yang kelihatan hen-dak terjun ke dalam kolam itu. Sebaliknya semuanya berasa ngeri apabila melihat buaya ganas kelaparan yang ternganga mulutnya itu menunggu mangsa.

Dalam bersesak-sesak sedemikian itu, tiba-tiba seseorang telah menolak Awang Si Hitam jatuh ke dalam kolam tersebut. Melihat ada anak muda yang terjun ke dalam kolam, orang ramai pun bersoraklah dengan gegaknya. Pada mereka itulah anak muda yang berani menyahut cabaran raja negeri itu. Pada mereka juga, jika dia selamat daripada dibaham buaya, tentu anak muda itu akan dikahwinkan dengan puteri baginda.

Adapun akan Awang Si Hitam, apabila merasa dirinya terjatuh ke dalam kolam tersebut dan berada di tengah-tengah kumpulan buaya yang ganas itu, dia terlalu terperanjat. Apatah lagi, Awang Si Hitam pun bersungguh-sungguhlah berenang di dalam kolam ter-sebut ke tepi sebelah sana untuk menyelamatkan dirinya.

Buaya-buaya yang ada di dalam kolam itu pun berkejaranlah berdahulu-dahuluan untuk menangkap mangsanya. Namun demi-kian, kekuatan Awang Si Hitam yang ketakutan itu berenang men-jadikan buaya-buaya itu tidak dapat menangkap Awang Si Hitam.

Orang ramai yang ada bersoraklah dengan gegak gempita-nya. Tidak ada suara lain yang kedengaran melainkan suara sorak-an itu sahaja.

Sebentar kemudian Awang Si Hitam pun berjaya naik ke atas tebing kolam sebelah sana. Awang Si Hitam memanjat tebing ter-sebut dengan bajunya yang basah kuyup. Dia naik ke atas tebing betul-betul di hadapan raja dengan sekalian pembesarnya.

Awang Si Hitam berdiri di hadapan Raja Negeri serta dengan

121

PROSA WARISAN

segala pembesarnya itu. Dia sangat marah. Sekalian orang yang hadir itu masih bersorak dengan gamatnya. Pada mereka, tertu-nailah hasrat Raja Negeri sekarang ini.

Bentara Raja lalu berseru kepada Awang Si Hitam dalam kegamatan sorak sekalian yang hadir itu.

"Kamulah anak muda yang berani. Kamu telah memenuhi syarat yang telah ditetapkan oleh Raja Negeri."

Raja Negeri pun bangun dan bertitah, "Wahai anak muda, kamulah yang bakal menjadi suami kepada anakanda beta."

Sorakan orang ramai masih berterusan. M e r e k a kagum dengan kebolehan anak muda itu yang berjaya dengan berani ter-jun dan melalui buaya-buaya ganas yang kelaparan itu. Kemudian dia berjaya pula naik ke tebing kolam sebelah sana.

"Kamulah anak muda yang berani dalam negeri in i ," titah Raja Negeri lagi. "Kamu akan beta kahwinkan dengan puteri anak-anda beta."

Dalam sorakan orang ramai yang gamat itu, Awang Si Hitam dengan perasaannya yang marah itu menyembah Raja Negeri, "Ampun tuanku, patik bukannya berhasrat hendak berkahwin dengan puteri tuanku. Tetapi patik mahu tabu siapakah orang yang telah menolak patik jatuh ke dalam kolam buaya itu."

Raja Negeri sangat hairan mendengar sembah Awang Si Hitam itu. Bentara Raja juga terpinga-pinga mendengarkannya. Pembesar-pembesar raja tertanya-tanya melihat sikap Awang Si Hitam yang sedemikian itu.

Dalam sorakan rakyat yang masih bergema, Awang Si Hitam tetap marah. Kemarahannya tidak dapat ditahan lagi. Lalu dia pun terjun semula ke dalam kolam. Dia meredah air dan buaya-buaya ganas yang kelaparan itu. Dia berenang menyeberang ke tepi sebelah sana kolam. Dia mahu mencari orang yang menolaknya ke dalam kolam sebentar tadi.

Melihat keadaan itu, sekalian rakyat ramai itu bersorak lagi. Mereka menyangka anak muda itu mahu memperlihatkan kebera-niannya sekali lagi.

Apabila Awang Si Hitam naik ke tebing kolam dengan basah kuyup, dia memandang ke sana ke mari kepada orang yang banyak itu. Matanya liar mencari seseorang. Namun ternyata dia tidak dapat mencari dan mengenali orang yang menolaknya seben-tar tadi.

Kawan-kawan Awang Si Hitam yang datang dari kampungnya

122

AWANG SI HITAM

bersama-samanya sebentar tadi pun datang menghampiri Awang Si Hitam. Mereka pun mengangkat dan menjulang Awang Si Hitam. Mereka sangat gembira. Awang Si Hitam, kawan mereka itu menjadi wira untuk dikahwinkan dengan puteri raja.

Orang ramai masih bersorak dengan gamatnya. Selepas itu, Raja Negeri pun menunaikan janjinya. Awang Si

Hitam pun dikahwinkan dengan puteri baginda. Tuan Puteri tersa-ngat gembira kerana mendapat seorang suami yang berani itu.

Apabila sudah berkahwin itu, maka Awang Si Hitam pun hidup-lah rukun damai dengan isterinya. Raja Negeri sangat kagum meli-hat keberanian Awang Si Hitam itu.

Tidak berapa lama selepas itu, Raja Negeri memerintahkan supaya buaya-buaya yang terdapat di dalam kolam di hadapan istana itu dilepaskan ke dalam sungai di negeri tersebut. Baginda tidak mahu lagi memelihara buaya.

123

Lebai Malang

P A D A suatu masa dahulu, dalam sebuah kampung, ada seorang lebai yang sangat dihormati. Dalam apa-apa sahaja kenduri-kendara di kampung itu, Pak Lebai ini akan dijemput. Selalunya dialah yang akan membaca doa. Walaupun dia seorang lebai namun terdapat satu perasaan yang tidak begitu baik pada lebai ini. Dia mempunyai sifat yang tamak.

Pada suatu hari, datanglah orang kampung itu yang tinggal di sebelah hilir kampung. Orang kampung itu mengajak Pak Lebai datang ke rumahnya kerana dia hendak mengadakan kenduri.

"Saya hendak membuat kenduri arwah," kata orang kampung tersebut. "Datanglah ke rumah saya pagi esok," sambungnya.

Pak Lebai sangat suka hati mendapat undangan itu. Tambah-an pula penduduk di sebelah hil ir itu akan menyembelih kambing. Dapatlah dia makan daging kambing pada pagi esok.

Dalam Pak Lebai bersenang-lenang di rumahnya itu, datang-lah pula seorang penduduk kampung yang tinggal di sebelah hulu.

"Saya menjemput ke rumah saya tengah hari esok," katanya. "Saya nak mencukur kepala anak saya yang baru lahir itu," kata-nya lagi.

Pak Lebai memberikan kesanggupannya untuk datang. Apa-bila orang kampung itu pulang, Pak Lebai pun berangan-angan. Rezekinya memang baik. Pagi esok dia akan makan kenduri di hilir dan pada tengah harinya pula, dia akan makan kenduri di sebelah hulu.

"Kalau ada orang kenduri pada setiap hari, alangkah baik-nya," flkir Pak Lebai.

Pagi-pagi esoknya Pak Lebai sudah siap untuk pergi makan

124

LEBAI M A L A N G

kenduri itu. Isterinya hairan melihatkan dia bersiap awal pagi itu. "Ada jemputan makan kenduri," beritahu Pak Lebai kepada

isterinya. 'T idak minum dahulu?" tanya isterinya. "Nak pergi makan kenduri tak payahlah minum di rumah,"

katanya. "Nanti tak termakan pula hidangan orang yang kenduri itu."

Isterinya hanya diam mendengarkan. Benar juga kata suami-nya itu, fikir hatinya.

Pak Lebai turun ke pangkalan perahunya. Hanya sungailah yang menjadi jalan penghubung di kampungnya itu. Pak Lebai mencapai pengayuh. Dia menaiki perahunya dan mula berkayuh. Dia berkayuh menghilir sungai. Sampai kira-kira pertengahan jalan, Pak Lebai mendapati air sedang pasang. Semakin dia berka-yuh ke hilir, air pasang semakin besar. Sukar benar dia mengayuh perahunya menongkah pasang yang besar itu. Namun, apabila ter-kenang akan daging kambing kenduri di sebelah hilir itu, Pak Lebai gagahi juga mengayuh perahunya.

Berpeluh-peluh Pak Lebai berkayuh menongkah air pasang itu. Dalam susah payah melawan air pasang itu, beberapa lama kemudian Pak Lebai pun sampailah ke pangkalan rumah orang kenduri itu. Sebaik sahaja dia menambat perahunya, dia melihat orang ramai sudah mula pulang dari rumah tersebut

Beberapa orang daripada mereka turun ke pangkalan dan bertemu dengan Pak Lebai.

"Mengapa lambat benar datangnya ini, lebai?" tanya mereka. Pak Lebai tidak sempat menjawab. Dia tergesa-gesa naik ke

darat dan menuju ke rumah orang yang kenduri itu. Orang ramai semuanya telah menghala jalan pulang. Ada yang berjalan kaki. Ada yang menggunakan perahu.

Sampai sahaja di rumah orang kenduri tersebut, Pak Lebai melihat tuan rumah sedang menunggunya di tangga.

"Mengapa Pak Lebai lambat datang ni?" tanya tuan rumah dengan ramah.

"Ai r pasang kuat," kata Pak Lebai. "Maaflah, Pak Lebai. Nasi dan gulai sudah habis. Sedikit pun

tidak bersisa lagi. Orang terlalu ramai datang ke rumah saya," kata tuan rumah itu panjang lebar.

'Tak apalah," kata Pak Lebai. "Sudah tidak ada rezeki saya," katanya lagi. Namun hatinya sebal juga kerana dia tidak dapat

125

PROSA WARISAN

menjamah gulai kambing itu. Pak Lebai turun semula ke pangkalan. Walaupun dia tidak

dapat merasa gulai kambing namun dia tidak berputus asa. Ada seorang lagi yang mengadakan kenduri. Orang di sebelah hulu sungai itu mencukur kepala anaknya yang baru lahir. Pak Lebai mahu ke rumah orang tersebut.

Pak Lebai pun mula mengayuh perahunya mudik ke hulu. Matahari memancar dengan baiknya. Tidak ada tanda-tanda hari akan hujan. Beberapa ketika dia mengayuh perahunya memudiki sungai, Pak Lebai mendapati air pasang mula surut. A i r sungai mengalir menuju ke hilir dengan derasnya.

Terkial-kial Pak Lebai berkayuh melawan surut itu. Berpeluh-peluh badannya. A i r semakin surut dan semakin deras mengalir ke hilir. Namun Pak Lebai tidak mahu mengalah. Dia pasti akan sampai ke rumah orang kenduri mencukur kepala anaknya itu. Digagahinya berkayuh menongkah air surut itu sampai terasa sakit bahunya. Akhirnya, Pak Lebai sampai juga ke pangkalan rumah orang kampung yang membuat kenduri tersebut. Pak Lebai naik ke darat setelah menambat perahunya.

Pak Lebai melihat orang yang datang kenduri ke rumah itu semuanya sudah balik. Tidak ada seorang lagi yang tinggal. Mahu tidak mahu Pak Lebai menapak juga ke rumah orang tersebut untuk menyatakan budi bahasanya.

"Mengapalah Pak Lebai lambat sangat tibanya in i ," tegur tuan rumah. "Kenduri sudah selesai. Semuanya sudah selamat."

' T i d a k mengapalah," kata Pak Lebai. "Yang pentingnya semuanya selamat."

"Makanan pun sudah habis," kata tuan rumah. 'T idak ada lagi yang tinggal."

"Mungkin sudah tidak ada rezeki saya," kata Pak Lebai lagi. Bagaimanapun, tuan rumah itu masuk ke rumah langsung ke

dapur. Kemudiannya dia keluar semula menemui Pak Lebai yang masih berdiri di halaman.

"Inilah beberapa keping lempeng yang masih tinggal," kata tuan rumah sambil mengunjukkan sebuah bungkusan kepada Pak Lebai.

Pak Lebai mengambil bungkusan tersebut sambil mengucap-kan terima kasih. Kemudian dia berjalan ke pangkalan tempat dia menambat perahunya sebentar tadi. Hajat hatinya hendak balik ke rumah. Betapa pun sebal di hatinya namun dia berterima kasih

126

LEBAI M A L A N G

juga kerana dibekalkan dengan Iempeng yang dibungkus dengan daun pisang itu.

Pak Lebai kemudiannya menaiki perahunya dan mula berka-yuh untuk pulang ke rumahnya. Dalam dia berkayuh mudik itu, badannya terasa sangat letih. Sampai di pertengahan jalan dia terasa pula sakit perut Pak Lebai meradang.

"Apa pula sakit perut ini," rungutnya. "Makan tidak, minum pun tidak, tiba-tiba sakit perut."

Pak Lebai mengetepikan perahunya ke tebing. Dia menam-batkan perahu pada anak-anak pokok yang ada di situ. Dia naik ke darat. Cadangnya untuk mencari tempat membuang air besar.

Bagaimanapun dia tidak jadi berbuat demikian. Barulah dike-tahuinya bahawa itu ialah tempat dia mengambil nira kabung. Sekarang baru dia teringat dia lupa untuk mengambil tabung buluhnya yang panjang di pokok kabung tersebut Tentulah nira-nya sudah penuh, fikir hatinya.

Dia terus sahaja pergi ke arah pokok kabung tersebut. Benar-lah seperti yang dilihatnya, buluh tempat air niranya masih terle-kat pada tandannya. Tanpa berlengah-lengah lagi, Pak Lebai menyangkutkan bungkusan lempengnya pada anak-anak pokok di pangkal pokok kabung itu. Dia kemudiannya mulalah memanjat sigai yang tinggi.

Sebentar sahaja dia sudah sampai pada tabung buluh. Memang benarlah dilihatnya tabung itu penuh dengan nira. Bukan kepalang suka hatinya. Kal i ini dapatlah dia masak air tersebut untuk dijadikan manisan dan gula, fikirnya.

Ketika Pak Lebai memandang ke bawah, dia melihat seekor anjing sedang mengerjakan bungkusan lempengnya yang disang-kutkan pada anak pokok di pangkal pokok kabung itu. Anjing yang lapar itu berjaya mendapat Iempeng Pak Lebai lalu digonggongnya dan dibawa lari.

Pak Lebai sangat marah melihat anjing tersebut. Tanpa berlengah-lengah lagi dia mengambil buluh yang penuh berisi air nira kabung lalu dibalingkannya ke bawah. Kemudian dia memba-ling anjing yang sedang menggonggong lempengnya itu. A i r nira kabung bersemburan tumpah dari buluh tersebut. Lemparan Pak Lebai tidak mengenai sasaran. Anjing tersebut lari dengan Iem-peng di mulutnya.

Pak Lebai segera turun dari atas pokok kabung itu. Sampai di tanah dia terus mengejar anjing tersebut Anjing itu lari susup-

127

PROSA WARISAN

sasap di dalam semak-semak. Akhirnya anjing tersebut masuk ke dalam lubang sebatang

batang buruk di atas tanah. Pak Lebai terpinga-pinga sebentar. Kemudian dia mendapat satu fikiran. Pak Lebai menanggalkan pakaiannya. Dia menyumbat lubang tersebut dengan pakaiannya sebelum dia pergi ke hujung yang satu lagi untuk memukul anjing tersebut.

Sayang telah terlambat. Anjing itu terlebih dahulu melarikan diri melalui lubang di sebelah sana. Pak Lebai sangat marah. Dia berdiri di hujung batang itu untuk seketika. Sebentar kemudian barulah dia sedar bahawa dia sedang tidak berpakaian, hanya memakai seluar kecilnya. Dia segera ke hujung batang tempat dia menyumbatkan pakaiannya sebentar tadi. Malangnya pakaiannya itu sudah tidak ada lagi; sudah dicuri orang. Pak Lebai sangat kesal dengan tindakannya itu.

Badannya sudah terlalu letih. Perutnya lapar pula. K i n i pakaiannya sudah hilang. A i r niranya sudah bertaburan tumpah di atas tanah. Lempengnya sudah dilarikan anjing. Hari sudah beran-sur petang. Pak Lebai sedang berkira-kira bagaimana dia hendak pulang dengan tidak berpakaian begitu. Tentulah orang yang ber-temu dengannya akan tertawa.

Dalam dia berfikir-flkir begitu, tiba-tiba dia melihat sekumpul-an burung punai terbang di sekitar belukar tersebut. Burung-burung itu terbang menghala ke arahnya. Pak Lebai pun mende-pakan kedua-dua tangannya. Burung-burung itu hinggap di atas lengannya di k i r i dan kanan. Burung-burung itu menyangka Pak Lebai itu sebatang pokok yang tidak beranting.

Pak Lebai menahan nafasnya seketika. Dia mahu menangkap burung-burung yang sedang hinggap di atas lengannya itu pula. Burung punai itu tentu sahaja boleh disembelih dan digulai. Ketika dia menggerakkan tangannya hendak menangkap burung-burung tersebut, mereka sangat terperanjat kerana pokok yang mereka hinggap itu bergerak. Burung-burung itu pun terbanglah melarikan diri.

Pak Lebai berasa hampa lalu berjalan turun ke perahunya. Dia mesti pulang segera. Perutnya sudah lapar. Dia mengharap-kan ada makanan di rumah. Badannya letih pula. Dia mahu bere-hat. Pak Lebai mengayuh perahunya.

Sampai di rumah, isterinya sangat hairan melihat keadaan

128

LEBAI M A L A N G

Pak Lebai itu. Pak Lebai tidak menjawab ketika ditanya oleh iste-rinya.

Isterinya bertambah hairan melihat kelakuan suaminya itu. Namun dia sudah tidak berani bertanya melihatkan wajah Pak Lebai yang masam.

Pak Lebai mengambil kain lalu memakainya. Kemudian dia menghala ke dapur kerana perutnya terlalu lapar. Dia mengharap-kan ada nasi di dalam periuk.

"Masakan balik daripada kenduri terasa lapar pula," tegur isterinya.

Pak Lebai tidak menghiraukan isterinya lagi lalu terus ke dapur untuk makan apa-apa yang ada.

129

Tuk Senik

P A D A suatu masa terjadilah peperangan di sebuah negeri di sebe-lah utara Semenanjung. Negeri tersebut tidak aman kerana senti-asa diancam musuh. Pada setiap hari ada orang yang terbunuh. Rumah-rumah dibakar. Harta-harta dirampas.

Oleh sebab keadaan negeri yang tidak aman itu, kehidupan rakyat tidaklah lagi tenteram. Nelayan tidak senang untuk pergi ke laut menangkap ikan. Petani-petani juga tidak mahu mengerjakan sawah atau kebun. Ramai penduduk yang memikirkan hendak pin-dah sahaja ke negeri lain. Namun demikian mereka tidak terfikir ke mana hendak pergi membawa diri.

Salah seorang penduduk tersebut ialah Pak Senik. Pak Senik tidak suka akan peperangan. Pak Senik tidak suka akan pencero-bohan dan pembunuhan. Namun dia tidak berdaya untuk meng-elak daripada keadaan yang dihadapinya. Oleh itu, Pak Senik juga bercadang hendak meninggalkan negeri tersebut. Dia mahu mem-bawa keluarganya keluar dari negeri yang sedang huru-hara itu.

'Tetapi ke manakah kita hendak pergi, bang?" tanya isterinya. Isterinya juga sentiasa dalam keadaan bimbang kerana negeri

sentiasa huru-hara itu. Dia juga bimbang akan keselamatan anak-nya yang seorang itu.

Pak Senik sentiasa berfikir untuk menyelesaikan masalah yang dihadapinya itu. Dia sentiasa berdoa kepada Tuhan agar memberikan taufik dan hidayah-Nya.

"Ya Allah, berilah aku petunjuk untuk menyelamatkan diri daripada bencana peperangan ini ," doa Pak Senik setiap kali sele-pas selesai sembahyang.

130

T U K SENIK

Akhirnya Pak Senik memutuskan untuk berpindah ke negeri lain meninggalkan negeri yang sedang huru-hara itu.

"Ke manakah kita hendak pindah?" tanya isterinya. Pak Senik tidak dapat memberikan jawapan yang pasti. Dia

juga faham, selama ini sudah ramai penduduk kampung yang cuba berpindah ditangkap dan dibunuh oleh musuh. Sesiapa sahaja yang ingin keluar dari negeri itu, jika diketahui oleh pihak musuh, sudah tentu ditangkap. Kemudian mereka dibicarakan di mahka-mah yang tidak adil dan mereka semua dibunuh.

Mahu tidak mahu Pak Senik menyediakan sebuah perahu. Dalam pada itu, beberapa orang sahabat Pak Senik juga turut menyediakan perahu. Mereka juga mahu menyertai rancangan Pak Senik itu. Negeri yang sedang dalam bencana itu sekarang mesti ditinggalkan.

"Kita bertolak pada waktu malam." Pak Senik memberitahu sahabat-sahabatnya, "Bawalah apa-apa yang patut."

Ak h i rnya pada suatu malam yang sunyi, Pak Senik dan sahabat-sahabatnya itu membawa keluarga masing-masing turun ke perahu. Barang-barang keperluan juga mereka bawa bersama-sama. Pak Senik membawa isterinya dan anak tunggalnya itu ke perahu. Selain makanan, Pak Senik juga membawa beberapa kitab kesayangannya. Semua orang tahu, Pak Senik memang seorang ahli kitab.

Pak Senik dan beberapa orang sahabatnya itu berdayunglah pada waktu malam membawa keluarga masing-masing. Mereka menuju ke selatan, menyusur pantai berlindung pada pokok-pokok bakau yang hidup subur di sepanjang pantai tersebut. Jika mereka berasa letih, mereka akan singgah di teluk-teluk yang teduh dan tenang airnya.

Setelah jauh meninggalkan negeri mereka, barulah mereka berani memasang kain layar jika ada angin yang bertiup. Apabila kain layar dipasang, perahu mereka akan bergerak ditiup angin.

Berhar i -ha r i mereka belayar. Pak Senik dan sahabat-sahabatnya masih belum mahu singgah di mana-mana. Pada mereka satu tempat yang jauh dari negeri yang mereka tinggalkan itu mestilah dicari. Jika tidak, tentulah musuh akan menjejaki mereka.

Pada satu petang, ketika mereka asyik belayar itu, tiba-tiba mendung di langit menjadi hitam. Angin mula bertiup dengan ken-cang. Laut bergelombang. Semakin lama gelombang semakin

131

PROSA WARISAN

besar. Sebentar sahaja selepas itu, hujan ribut turun dengan hebat-nya.

Perahu Pak Senik dan perahu sahabat-sahabatnya itu dipukul gelombang. M e r e k a semua berasa cemas tetapi tetap yakin kepada Allah S.W.T.. Masing-masing cuba menghampiri pantai. Namun demikian, gelombang yang besar itu bagaikan mahu menenggelamkan perahu-perahu yang sarat dengan keluarga pela-rian itu.

Pak Senik berdoa agar mereka selamat mendarat di pantai. Dalam hal yang demikian itulah perahu-perahu tersebut ditolak oleh ombak terdampar ke pantai. Pak Senik dan sahabat-sahabatnya bersyukur kepada Tuhan kerana mereka selamat ter-dampar di pantai. Sebentar itu juga hujan ribut pun berhenti. Pak Senik naik ke pantai. Sahabat-sahabatnya juga turut mengikuti Pak Senik. Mereka melihat beberapa orang kampung datang ke arah mereka.

Setelah bertanya antara satu sama lain, tahulah orang kam-pung tersebut bahawa Pak Senik dan sahabat-sahabatnya itu ter-diri daripada orang yang baik-baik. Mereka lari daripada pepe-rangan yang berlaku di negeri mereka.

"Singgahlah di kampung kami ini ," kata mereka kepada Pak Senik dan sahabat-sahabatnya.

'Ter ima kasihlah atas pelawaan saudara-saudara semua," kata Pak Senik mewakili kawan-kawannya.

Pak Senik, sahabat-sahabatnya dan keluarga masing-masing singgah di kampung tersebut. Orang kampung menolong Pak Senik dan sahabat-sahabatnya mendirikan rumah. Orang kam-pung juga sangat mesra dengan Pak Senik dan sahabat-sahabatnya itu.

Pada suatu hari, Pak Senik bertanyakan nama kampung ter-sebut. Penduduk asal kampung itu memberitahu, kampung terse-but belum mempunyai apa-apa nama.

M a k a Pak Senik pun berkata, "Jika begitu eloklah kampung ini kita namakan Beserah kerana hidup kita di samping berikhtiar, kita sentiasa berserah diri kepada Allah Yang Maha Esa."

Sejak hari itu, kampung tersebut pun dinamakan Kampung Beserah.

Pak Senik mengajak orang kampung mendirikan masjid di Kampung Beserah. Masjid yang didirikan oleh Pak Senik terletak berhampiran kuala Sungai Beserah. Pak Senik mengajar kitab di

132

T U K SENIK

masjid itu. Pak Senik sebenarnya memang seorang ulama. Ramai-lah orang kampung belajar kitab dengan Pak Senik. Semakin hari semakin ramai orang kampung belajar agama dengan Pak Senik. Anak-anak muda di kampung itu juga tidak ketinggalan belajar dengan Pak Senik.

Pak Senik bersyukur kepada Tuhan kerana Kampung Bese-rah semakin makmur. Masjid kampung itu juga tidak lekang dikunjung oleh penduduk kampung tersebut Pada setiap waktu mereka mendirikan sembahyang berjemaah. Pada hari Jumaat pula, masjid itu penuh dengan penduduk kampung bersembah-yang Jumaat.

Kampung Beserah terkenal ke merata-rata kampung lain di kawasan itu. Ramailah orang yang datang dari kampung lain ber-kunjung ke Beserah. Mereka datang untuk berguru dengan Pak Senik yang alim itu.

Setelah beberapa lama, Kampung Beserah hidup dengan makmur dengan pimpinan Pak Senik, akhirnya pada suatu hari penduduk kampung itu menerima berita yang sedih. Mereka menerimanya dengan penuh sabar dan insaf. Pak Senik yang mereka kasihi itu meninggal dunia. Pak Senik meninggal dunia setelah menabur baktinya untuk penduduk kampung tersebut. Dia juga mempunyai murid yang ramai bukan sahaja di Kampung Beserah tetapi juga dari tempat-tempat lain.

Penduduk Kampung Beserah mengebumikan jenazah Pak Senik yang mereka kasihi itu berhampiran masjid yang mereka dirikan dahulu itu. Pada masa pengebumian jenazah Pak Senik tersebut, ramai orang yang datang memberikan penghormatan terakhir kepadanya.

Makam Pak Senik dijaga dengan baik terletak berhampiran dengan masjid lama di Kampung Beserah sekarang. Makamnya selalu dikunjungi oleh orang yang mengetahui sejarahnya. Ini ter-masuklah anak-anak murid yang pernah belajar dengan Pak Senik sewaktu hayatnya dahulu itu.

Makam Pak Senik sekarang ini lebih terkenal dengan nama Makam T u k Senik. T u k Senik dianggap oleh orang kampung sebagai seorang yang keramat atau mulia di sisi Tuhan. Pak Senik dikatakan mempunyai hubungan dengan orang yang dekat dengan Tuhan iaitu orang alim yang sesama hayat dengannya.

133

Laksamana Hang Tuah dengan Daeng Semerluki

P A D A suatu masa dahulu, ada seorang pahlawan dari Tanah Bugis yang terbilang bernama Daeng Semerluki. Daeng Semerluki ini berketurunan raja-raja Bugis yang memang terbilang dengan kehandalannya itu. Mereka juga sangat ahli dalam pelayaran di laut lepas.

Daeng Semerluki mahu meluaskan jajahan takluk Bugis serta mencari penempatan baharu. Oleh itu, Daeng Semerluki dengan pahlawan-pahlawannya yang gagah berani mengharungi laut lepas dengan perahunya yang besar dan kuat Mereka menggunakan layar dan kadangkala menggunakan dayung juga.

Semasa dalam perjalanan laut tu, banyaklah tempat di kawa-san pesisiran pantai yang disinggahi mereka tunduk kepada kera-jaan Tanah Bugis. Akhirnya, angkatan Daeng Semerluki itu meng-hampiri perairan Melaka.

Khabar itu pun terdengarlah kepada Sultan Melaka. Sultan Melaka telah bermesyuarat dengan Bendahara serta hulubalang dan pembesar negeri yang lain. Sultan Melaka mahu menyekat kedatangan Daeng Semerluki yang digeruni itu.

Rakyat negeri Melaka juga mendengar khabar, Daeng Semer-luki dari Tanah Bugis itu tidak ada lawannya. Semuanya dapat dikalahkan dengan mudah.

Akhi rnya , Sultan Melaka memutuskan supaya Laksamana Hang Tuah diperlengkapkan dengan perahu dan hulubalang pilih-an untuk menghadapi kedatangan Daeng Semerluki itu. Mende-ngar demikian, Laksamana Hang Tuah pun bersiaplah untuk turun ke perairan Melaka.

Laksamana Hang Tuah dengan orangnya pun belayarlah

134

LAKSAMANA HANG T U A H D E N G A N D A E N G SEMERLUKI

menuju ke arah yang dikatakan Daeng Semerluki sedang berada dengan angkatannya itu. Setelah beberapa ketika belayar itu, ang-katan Laksamana Hang Tuah terlihat sebuah perahu sedang bela-yar menuju ke arah mereka. Tahulah Laksamana Hang Tuah bahawa itulah angkatan Daeng Semerluki yang dimaksudkan itu.

Seketika kemudian, kedua-dua perahu itu pun menghampiri satu sama lain. Laksamana Hang Tuah melihat perahu Daeng Semerluki itu terlalu besar serta kemas pula buatannya. Perahu itu kelihatan gagah mengharung samudera. Laksamana Hang Tuah merasakan bahawa bukan calang-calang orang untuk menewaskan Daeng Semerluki pahlawan Bugis itu. Lalu Laksamana Hang Tuah mempersiapkan ahli-ahli pemanahnya bagi menghadapi kemaraan perahu Daeng Semerluki itu.

Laksamana Hang Tuah memerintah orangnya memanah ke arah perahu Daeng Semerluki itu. Maka dipanah oranglah. Terlalu banyak anak panah itu menuju ke arah perahu Daeng Semerluki itu bagaikan hujan juga datangnya. Tidak seorang pun orang Daeng Semerluki yang berani berdiri di perahunya itu melainkan Daeng Semerluki sahaja yang berdiri di haluan. Tangannya meme-gang senjata.

Seketika kemudian angkatan Daeng Semerluki tidak dapat menghampiri perahu Laksamana Hang Tuah kerana anak panah yang datang seperti hujan itu. Oleh itu, dia memerintahkan orang-nya melemparkan sauh terbangnya ke arah perahu Laksamana Hang Tuah. Sauh itu pun dilemparkan oranglah lalu lekat pada perahu Laksamana Hang Tuah. Berapa pun diangkat untuk ditang-galkan tetap tidak boleh.

'Tar ik olehmu, nescaya sampai akan kuamuk dengan jenawi bertumit in i ," kata Daeng Semerluki dengan suara yang keras.

Oleh orang Daeng Semerluki, perahu Laksamana Hang Tuah ditarik mereka dengan tali sauh terbang itu. Kedua-dua perahu itu makin hampir.

Melihat demikian, Laksamana Hang Tuah pun memerintah-kan orangnya menetas tali sauh itu. Maka ditetas oranglah hingga putus. Kedua-dua perahu itu tidak dapat digandingkan lagi. Laksa-mana Hang Tuah menyuruh panah ke arah perahu Daeng Semer-luki itu. Lalu dipanah oleh orang Laksamana Hang Tuah bagaikan hujan turun lakunya hingga orang Daeng Semerluki tidak dapat berdiri lagi.

135

PROSA WARISAN

Sebentar kemudian angin pun datang. Orang Daeng Semer-luki menaikkan layar perahu mereka dan belayar pulang. Laksa-mana Hang Tuah mengekori seketika tetapi ternyata perahu Daeng Semerluki tidak berpatah balik lagi ke perairan Melaka. Laksamana Hang Tuah pun menyuruh orangnya memutarkan haluan pulang ke Melaka.

Seketika kemudian angkatan Daeng Semerluki pun sampai ke hujung tanah. Daeng Semerluki mengambil seketul batu yang besar.

Kemudian dia berkata, "Jika batu ini timbul, aku akan datang lagi ke hujung tanah ini. Jika batu ini tenggelam, aku tidak akan datang lagi."

Batu itu dilemparkannya ke dalam laut. Tetapi ternyata batu itu tenggelam dan tidak timbul-timbul. Daeng Semerluki pun bela-yarlah pulang ke Tanah Bugis.

Angkatan Laksamana Hang Tuah pula tiba di Melaka tidak lama kemudian. Mereka disambut oleh orang Melaka. Laksamana Hang Tuah pun masuklah ke istana menghadap sultan. Bendahara serta orang besar-besar lainnya turut hadir.

Laksamana Hang Tuah pun menyembah sultan dan menceri-takan akan apa-apa yang telah berlaku itu. Sultan sangat gembira dan mengurniakan anugerah kepada Laksamana Hang Tuah serta orangnya.

136

Datuk Bahaman

D A T U K B A H A M A N ialah salah seorang pahlawan Pahang yang terkenal kerana sikapnya yang sangat benci terhadap Inggeris. Pahlawan Pahang ini telah dapat mengesan kedatangan Inggeris ke negeri Pahang adalah untuk menjajah negeri tersebut. Ini membuat Datuk Bahaman dan sahabat-sahabatnya menjalankan usaha menghalang hasrat dan dakyah pihak Inggeris.

Datuk Bahaman pandai bersilat dan bermain senjata. Dia mengajar anak buahnya bersilat dan bermain senjata. Selain itu, Datuk Bahaman juga arif dengan ilmu agama Islam. Pahlawan ini tahu bahawa mempertahankan tanah air, bangsa dan agama meru-pakan satu tugas murni yang dituntut.

Datuk Bahaman sangat akrab dengan Wan Ahmad yang men-jadi bendahara Pahang dan akhirnya menjadi Sultan Pahang yang pertama. Mereka berkawan rapat sejak dari kecil lagi. Sewaktu Datuk Bendahara Seri Maharaja T u n A l i akan menghembuskan nafasnya yang terakhir, bendahara Pahang itu memanggil anaknya Wan Ahmad dan Bahaman supaya menghampirinya. Kemudian bendahara itu menyuruh kedua-duanya membuka mulut masing-masing.

Datuk Bendahara Seri Maharaja T u n A l i meludah ke dalam mulut Wan Ahmad. Kemudian bendahara itu juga meludah ke dalam mulut Bahaman sambil berkata, "Kamu berdua jangan ber-cerai."

Datuk Bendahara Seri Maharaja Tun A l i sudah dapat memba-yangkan bahawa pada suatu ketika nanti, Wan Ahmad dan Baha-man akan menjadi orang penting di negeri Pahang. Oleh itu,

137

PROSA WARISAN

kedua-duanya perlu bermuafakat antara satu sama lain. Ternyatalah pandangan halus bendahara Pahang itu benar.

Sewaktu Wan Ahmad menjadi bendahara Pahang dan akhirnya menjadi sultan, Bahaman telah dianugerahi gelaran Datuk Baha-man Orang Kaya Semantan. Datuk Bahaman memegang kawasan Semantan sebagai kawasannya. Di kawasan inilah, Datuk Baha-man banyak menunjukkan sikap tidak suka akan Inggeris.

Datuk Bahaman menjadikan Sungai Semantan tempat peng-ikutnya berlatih. Anak-anak muda di kawasan itu diajarnya bersi-lat dan bermain senjata. Pada setiap petang, mereka dilatih melompat Sungai Semantan dari seberang sini ke seberang sana. Demikianlah hebatnya Datuk Bahaman dan anak-anak muda di kawasan Semantan pada waktu itu.

Jika pergi berburu rusa, mereka tidak pergi beramai-ramai. Mereka pergi dua tiga orang sahaja membawa lembing. Dua tiga orang itu sudah cukup untuk mengepung seekor rusa dan kemu-dian menangkapnya. Daging rusa itu dibahagi-bahagikan kepada penduduk di tempat mereka untuk dimakan bersama-sama.

Pada suatu hari, pihak Inggeris telah menghantar beberapa orang mata-mata Sikh untuk menangkap Datuk Bahaman yang mulai menentang Inggeris. Pasukan Inggeris itu menggunakan perahu mudik Sungai Semantan. Hal itu diketahui oleh Datuk Bahaman dan pengikut-pengikutnya.

Datuk Bahaman dan pengikut-pengikutnya itu menanti ketibaan pasukan Inggeris tersebut di tebing Sungai Semantan. Mereka merentang tali yang panjang di Sungai Semantan itu. Hujung tali itu diikatkan pada sebatang pokok di seberang sana manakala hujung di sebelah sini dipegang oleh beberapa orang anak muda yang kuat dan berani hatinya.

Apabila sahaja perahu pasukan Inggeris yang dianggotai oleh mata-mata Sikh itu tiba, anak-anak muda yang memegang hujung tali di sebelah sini itu menarik tab' tersebut. Perahu yang berada di atas tali itu pun karam. Mata-mata Sikh itu terpaksa berenang menyelamatkan diri. Mereka terpaksa menyerah kalah dan ada yang menjadi tawanan kepada orang Datuk Bahaman.

Dendam Inggeris terhadap Datuk Bahaman tidak berhenti begitu sahaja. Mereka sentiasa memburu Datuk Bahaman ke mana sahaja pahlawan Pahang itu pergi. Akhirnya, Datuk Baha-man terpaksa meninggalkan Pahang. Dia lari ke Kelantan dan

138

D A T U K BAHAMAN

akhirnya ke selatan Siam melalui hutan dan anak sungai di hulu Pahang.

Apabila tiba di selatan Siam, Datuk Bahaman dikatakan meninggal dunia tetapi ramai orang yang berada di upacara penge-bumian pahlawan Pahang itu melihat orang mengebumikan batang pisang. Kematian Datuk Bahaman hanya sebagai helah supaya pihak Inggeris tidak lagi memandang serong terhadap orang Melayu.

Datuk Bahaman dan pengikut-pengikutnya telah diselamat-kan oleh Sultan Kelantan pada waktu itu. Di selatan Siam, Datuk Bahaman dan pengikutaya telah disembunyikan oleh penduduk Islam di kawasan itu. Penduduk di kawasan tersebut serta orang Kelantan sangat benci kepada Inggeris yang hendak menjajah negara ini. Datuk Bahaman dan pengikutnya hidup menyamar sebagai orang biasa dari semasa ke semasa. Pihak Inggeris menganggap pahlawan Pahang dan pengikutnya itu semuanya sudah mati.

Akhirnya sekitar tahun 1970-an, Datuk Bahaman dikatakan keluar daripada penyamarannya dalam usianya yang tua. Dia menggelarkan dirinya Datuk Peramu. Tidak berapa lama kemu-dian Datuk Peramu meninggal dunia. Jenazahnya dikebumikan di Kampung Peramu iaitu di seberang sungai Bandar Kuantan.

Sewaktu hayatnya, Datuk Peramu mempunyai beberapa keis-timewaan. Rumah yang didudukinya itu bocor tetapi apabila hujan, air tidak tins ke dalam rumahnya itu. Datuk Peramu mengambil air dari dalam telaga tidak jauh dari rumahnya itu menggunakan raga. Bagaimanapun, air tidak keluar daripada raga. Datuk Peramu juga dapat mengetahui sahabat-sahabat yang akan datang menziarahinya.

Pada suatu hari, ketika orang tua itu diziarahi oleh orang yang datang, tiba-tiba dia berkata dengan suaranya yang kuat, "Jaga-jaga. Ke tepi ke tepi. Wali besar nak datang."

Tidak lama kemudian seorang ahli agama tiba di rumah T u k Peramu. Mereka bercakap-cakap seketika. Kemudian tamunya itu meminta diri untuk pulang. Orang yang hadir semuanya hairan mengetahui kebolehan Datuk Peramu itu. Dia melihat dengan mata hatinya.

Demikianlah T u k Peramu yang dikatakan sebagai Datuk Bahaman itu.

139

Abu Nawas Membilang Bintang di Langit

P A D A suatu masa dahulu, tatkala Sultan Harun Aminur Rasyid sedang dihadapi oleh sekalian menteri dan pembesar baginda di istananya di Baghdad, baginda teringat akan menterinya yang ber-nama Abu Nawas. Dalam banyak-banyak menteri yang mengha-dap itu, hanya Abu Nawas yang tidak hadir.

M a k a terfikirlah oleh baginda hendak mengenakan A b u Nawas pada kali ini. Maka baginda pun bertitahlah kepada men-teri dan pembesar yang hadir itu.

"Apakah pekerjaan yang dapat kita suruh supaya tidak terlak-sana oleh Abu Nawas?" titah baginda.

Ramailah yang mahu memberikan fikiran dan pendapat kepada Sultan Harun Aminur Rasyid. Namun demikian tidak seorang pun daripada mereka yang tahu apakah yang hendak disuruh. Sebenarnya, masing-masing sangat cemburu akan kebi-jaksanaan yang dimiliki oleh Abu Nawas. Pada mereka, jika Abu Nawas tidak ada, tentulah mereka akan lebih rapat dengan Sultan Harun Aminur Rasyid. Segala kata mereka tentulah akan baginda dengar.

Setelah beberapa ketika, tidak ada seorang pun yang dapat memberikan flkiran dan pendapat Akhirnya, bangunlah seorang menteri memberikan flkiran.

"Baiklah kita suruhkan supaya Abu Nawas membilang bin-tang di langit ampun tuanku," sembahnya. "Nescaya tidak akan dapat Abu Nawas lakukannya. Dengan demikian, bolehlah tuanku menghukumnya."

Baginda Sultan Harun Aminur Rasyid amat sukacita mende-ngar sembah menterinya itu. Menterinya itu pula gembira kerana

140

A B U NAWAS M E M B I L A N G BINTANG DI LANGIT

baginda mendengar pendapatnya itu. Pada fikirannya, kali ini ten-tulah dia akan mendapat kurnia daripada Sultan Harun Aminur Rasyid.

" J ika demikian, pergilah salah seorang daripada kamu memanggil Abu Nawas supaya datang menghadap dengan sege-ra," titah Sultan Harun Aminur Rasyid.

M a k a pergilah salah seorang daripada menteri itu ke rumah Abu Nawas menjemputnya datang menghadap. Setelah tiba di rumah A b u Nawas, menteri itu melihat Abu Nawas sedang sibuk menelaah kitab-kitab di rumahnya.

Setelah memberi salam, menteri itu pun segera menyampai-kan titah Sultan Harun Aminur Rasyid itu.

"Baginda sultan meminta tuan hamba menghadap sekarang juga," kata menteri tersebut.

"Apakah tujuannya sultan menitahkan hamba datang mengha-dap?" tanya Abu Nawas.

"Tidaklah hamba ketahui melainkan jika tuan hamba datang sendiri, tentulah segala pekerjaan akan dimaklumkan oleh bagin-da," kata menteri itu.

A b u Nawas bersiap untuk pergi menghadap Sultan Harun Aminur Rasyid itu. Setelah siap, dia dengan diiringi menteri terse-but menuju istana. Setelah sampai, Abu Nawas terus masuk dan menghadap baginda sultan.

Sultan Harun Aminur Rasyid terlalu sukacita melihat Abu Nawas datang menghadap itu. Pada fikiran baginda, kali ini akan terkenalah A b u Nawas dengan helahnya itu. Baginda pun dengan segera menegur Abu Nawas.

"Wahai menteriku A b u Nawas, mengapa kamu telah lama benar tidak menghadap?" titah baginda.

"Ampun tuanku," sembah Abu Nawas "Patik tidak begitu sihat sebab itulah patik tidak datang menghadap."

Baginda Sultan Harun Aminur Rasyid tersenyum mendengar-kan jawapan A b u Nawas itu.

Kemudian Abu Nawas pula bertanya, "Ampun tuanku, ada apakah maka patik dititahkan datang menghadap ini?"

Jawab baginda, "Wahai Abu Nawas menteriku yang bijaksana, ada satu masalah yang aku mahu engkau selesaikan."

"Apakah masalah yang tuanku mahu patik selesaikan itu, ampun tuanku?"

"Wahai A b u Nawas, hendaklah kamu bilangkan bintang yang

141

PROSA WARISAN

berkerlipan di langit dan beritahu aku akan jumlahnya yang tepat juga."

Mendengar jawapan baginda itu, maka Abu Nawas terasalah bahawa dia dikenakan sekali ini. Termenunglah dia seketika.

Kemudian Abu Nawas berkata, "Ampun tuanku, jika demikian berilah patik tempoh tujuh hari juga untuk menyelesaikan masalah ini. Nescaya pada hari dan waktunya, dapat juga patik berikan jawapan berapa jumlah bintang di langit itu."

Setelah itu, Abu Nawas memohon pulang ke rumahnya. Sul-tan Harun Aminur Rasyid amat sukacita, kerana pada fikiran baginda, tentulah Abu Nawas tidak dapat mencari jawapan jumlah bintang di langit itu. Abu Nawas juga telah bersetuju bahawa jika dia tidak dapat memberi jawapan dalam masa tujuh hari yang dite-tapkan itu, hukuman bunuh akan dijatuhkan ke atasnya.

Duduklah Sultan Harun Aminur Rasyid bersama-sama mente-rinya yang lain bersuka-sukaan di istana itu. Sekalian menterinya pun amat sukacita mendengar tugas yang akan dijalankan oleh Abu Nawas itu. Pada mereka, tentu sahaja Abu Nawas tidak akan dapat membilang bintang di langit yang beribu-ribu jumlahnya itu dan tentulah Abu Nawas akan dihukum bunuh. Dengan demikian, tentu pula segala perkataan mereka akan didengar oleh Sultan Harun Aminur Rasyid.

Berhari-hari Abu Nawas termenung di rumahnya. Pada fikir-annya, terkena juga dia pada kal i inj. Tentulah ada menteri lain yang c e m b u r u akan kebi jaksanaannya i t u . B e r s u n g g u h -sungguhlah dia berfikir untuk menyelesaikan masalah yang diha-dapinya itu. Bagaimanakah dapat dia membilang bintang di langit dan memberi tahu jumlahnya kepada Sultan Harun Aminur Rasyid.

Sultan Harun Aminur Rasyid dan menteri-menterinya itu pula tertunggu-tunggu akan hari ketujuh iaitu hari Abu Nawas membe-rikan jawapannya itu. Pada mereka, hari ketujuh itu nanti ialah hari Abu Nawas akan menjalani hukuman bunuh. Masakan dia dapat membilang bintang di langit yang beribu-ribu jumlahnya itu?

Apabila sampai pada hari ketujuh, sekalian menteri dan pem-besar pun datang menghadap Sultan Harun Aminur Rasyid. Sete-lah hadir sekaliannya, mereka pun ternanti-nantilah akan kehadir-an Abu Nawas. Pada mereka akan matilah Abu Nawas pada hari ini . Sudah pasti dia tidak dapat memberikan jawapan seperti yang dikehendaki itu.

142

A B U NAWAS M E M B I L A N G BINTANG DI LANGrT

Seketika kemudian, Sultan Harun Aminur Rasyid pun berti-tah, "Mengapa Abu Nawas masih belum masuk menghadap ini?"

M a k a sembah salah seorang menterinya, "Ampun tuanku, jika demikian halnya baiklah kita turut akan Abu Nawas itu ke rumahnya."

Sultan Harun Aminur Rasyid bersetuju akan cadangan mente-rinya itu.

Akan halnya Abu Nawas, asyiklah dia bersyair dan bermas-nawi di rumahnya sambil bersiap-siap untuk datang menghadap Sultan Harun Aminur Rasyid. Tidak sedikit pun dia berasa takut akan hukuman yang akan dijatuhkan ke atasnya itu.

Sewaktu Sultan Harun Aminur Rasyid sedang memilih salah seorang menterinya yang akan dititahkan menjemput Abu Nawas itu, Abu Nawas muncul. Dia terus masuk menghadap. Sekalian yang hadir sangat hairan melihat Abu Nawas yang tenang itu. Tidak ada kelihatan rasa bimbang dan takut padanya. Mereka juga berasa hairan kerana Abu Nawas yang datang masuk menghadap Harun Aminur Rasyid itu membawa sekeping bulu kambing biri-biri di bahunya.

Setelah Abu Nawas duduk dan menghormati Harun Aminur Rasyid, baginda pun bertitah, "Wahai Abu Nawas menteriku yang bijaksana, sudahkah kamu melaksanakan akan apa-apa yang aku suruh itu?"

Abu Nawas pun menjawab, "Ampun tuanku, sudahlah patik laksanakan seperti titah tuanku itu."

Sultan Harun Aminur Rasyid sangat hairan mendengar jawap-an Abu Nawas itu. Pada sangkaan baginda, tentulah Abu Nawas bermalam-malaman duduk membilang bintang di langit yang beribu-ribu banyaknya itu.

"Jika kamu sudah mengetahui jumlahnya, silalah beritahu kepada sekalian yang hadir ini berapa banyak bintang di langit itu," kata Sultan Harun Aminur Rasyid.

A b u Nawas pun bangun daripada duduknya. Sambil itu, dia mengambil sekeping kulit kambing biri-biri yang penuh dengan bulu itu. Abu Nawas pun membentangkan kulit kambing itu di hadapan Sultan Harun Aminur Rasyid. Sultan Harun Aminur Rasyid sangat hairan melihat kelakuan Abu Nawas itu. Sekalian menteri serta orang yang hadir itu juga hairan melihat kelakuan Abu Nawas tersebut.

Setelah siap sekaliannya, Abu Nawas pun berkatalah dengan

143

PROSA WARISAN

nyaring, "Ampun tuanku, jika sesiapa yang hendak mengetahui akan jumlah bintang di langit itu, bilanglah bulu kambing yang ada kulitnya ini . Jumlah bintang di langit itu samalah dengan jumlah bulu kambing ini ."

Kata-kata Abu Nawas itu dijawab oleh Sultan Harun Aminur Rasyid, "Wahai Abu Nawas, siapa yang dapat membilang jumlah bulu kambing yang ada pada kulitnya itu?"

"Ampun tuanku, demikianlah pula halnya dengan patik. Masa-kan dapat patik membilang bintang yang beribu-ribu banyaknya di langit itu."

Sultan Harun Aminur Rasyid pun tersenyum mendengar jawap-an Abu Nawas itu. Sekalian yang hadir juga berasa lega dengan jawapan tersebut.

"Hanya Allah S.W.T. jugalah yang mengetahui akan jumlah bintang di langit itu, ampun tuanku."

"Benarlah engkau seorang menteri yang bijak di negeriku in i ," titah Sultan Harun Aminur Rasyid pula.

Tidak ada sesiapa yang dapat menyangkal akan jawapan Abu Nawas itu. Abu Nawas pun dikurniakan oleh Sultan Harun Aminur Rasyid dengan segala hadiah yang sepertinya. Abu Nawas sangat sukacita menerima segala hadiah yang dikurniakan kepadanya itu. Setelah itu, Abu Nawas pun bermohonlah pulang ke rumahnya.

Akan segala menteri yang cemburu kepada Abu Nawas itu sentiasalah mereka berfikir cara hendak mengenakan Abu Nawas. Pada mereka, suatu hari nanti tentulah Abu Nawas akan dibunuh oleh Sultan Harun Aminur Rasyid.

M 4

Abu Nawas Mencari Pusat Dunia

P A D A suatu hari tatkala Sultan Harun Aminur Rasyid sedang duduk dihadap oleh sekalian menteri dan pembesar baginda, dike-tahuilah oleh baginda bahawa seorang daripada menterinya tidak hadir di balai penghadapan itu. Menteri tersebut tidak lain dan tidak bukan ialah Abu Nawas.

Kemudian, baginda terfikir mahu menguji kepintaran mente-rinya yang bijaksana itu. Oleh yang demikian, baginda pun meni-tahkan supaya Abu Nawas dipanggil menghadap dengan segera.

Pesuruh baginda itu pun pergilah ke rumah Abu Nawas. Sete-lah sampai dan memberi salam, dipersilakan oleh Abu Nawas akan pesuruh raja itu naik. Pesuruh raja itu menyampaikan titah Sultan Harun Aminur Rasyid supaya A b u Nawas datang menghadap dengan segera.

Setelah itu, titah tersebut pun disampaikanlah. Abu Nawas bersiap seketika kemudian berjalan menuju istana untuk mengha-dap Sultan Harun Aminur Rasyid. Setelah sampai, Abu Nawas pun terus masuk ke istana dan duduk di kalangan menteri yang banyak itu.

Apakala dilihat oleh Sultan Harun Aminur Rasyid yang A b u Nawas sudah sampai itu, baginda pun bertanya, "Mengapa kamu lama tidak menghadap beta?"

Jawab Abu Nawas, "Ampun tuanku, patik sibuk menelaah di kutubkhanah di rumah patik."

Sultan Harun Aminur Rasyid berkata pula, "Wahai A b u Nawas, tahukah kamu mengapa kamu dipanggil menghadap ini?"

"Ampun tuanku, sebenarnya patik tidak mengetahui. Namun

145

PROSA WARISAN

apa juga titah tuanku nescaya terjunjunglah di atas batu kepala patik," jawab Abu Nawas.

Sultan Harun Aminur Rasyid sangat sukacita mendengar sem-bah menterinya itu.

Sejurus kemudian, berkatalah Sultan Harun Aminur Rasyid, "Wahai Abu Nawas, tujuan beta memanggil kamu menghadap ini ialah beta mahu kamu tunjukkan kepada beta dan sekalian yang hadir ini di manakah letaknya pusat dunia."

Setelah mendengar titah sedemikian itu, maka terkesan di hati Abu Nawas yang Sultan Harun Aminur Rasyid hendak menge-nakannya sekali ini. Di mana dapat aku cari dan tunjukkan pusat dunia itu, fikirnya. Bagaimanapun, Abu Nawas tetap menenteram-kan fikirannya.

"Beta beri kamu tempoh seminggu," titah Harun Aminur Rasyid. "Jika tidak dapat kamu tunjukkan pusat dunia itu, nescaya matilah kamu dihukum bunuh."

Abu Nawas pun berikrar untuk mencari pusat dunia itu dalam masa seminggu sebagaimana yang dijanjikan. Sekalian yang hadir itu pun berbisik sesama sendiri yang sekali ini Abu Nawas pasti terkena. Tentu sahaja dia akan menemui ajalnya menerima hukum-an mati daripada Sultan Harun Aminur Rasyid.

Sebentar kemudian Abu Nawas pun memohon diri pulang ke rumahnya. Ketika di rumah sentiasalah Abu Nawas termenung memikirkan titah Sultan Harun Aminur Rasyid yang bukan-bukan itu. Hari tetap juga berlalu. Sehari demi sehari. Siang dan malam silih berganti. Abu Nawas masih tidak dapat hendak mencari pusat dunia yang dikatakan itu. Hingga akhirnya sampailah hari ketujuh yang dimaksudkan itu seperti yang ditetapkan oleh Harun Aminur Rasyid.

Pada hari yang ketujuh itu, ramailah yang datang ke balai penghadapan menghadap Harun Aminur Rasyid. Sekalian menteri dan pembesar mengambil tempat masing-masing. Orang yang datang itu tidak lain dan tidak bukan adalah untuk mendengar hukuman mati yang akan dijatuhkan kepada Abu Nawas. Manakan boleh dicari pusat dunia itu?

Setelah sekaliannya datang menghadap, Abu Nawas masih juga belum tiba. Masing-masing tetap tertunggu-tunggu dan terpandang-pandang akan kehadiran Abu Nawas.

"Ke manakah perginya Abu Nawas?" tanya Sultan Harun A m i -nur Rasyid setelah dilihatnya Abu Nawas belum tiba.

W6

A B U NAWAS MENCARI PUSAT DUNIA

M e n d e n g a r pertanyaan i tu , seorang menter i tua pun menyembah kepada baginda, "Ampun tuanku, pada fikiran patik, sebentar lagi datang Abu Nawas itu."

Baginda pun diamlah mendengarkan sembah menteri tua itu. Sebentar kemudian Abu Nawas masuk ke balai penghadapan

dan terus menghadap Sultan Harun Aminur Rasyid. Setelah Abu Nawas memberi hormatnya dengan segala tak-

zim, Sultan Harun Aminur Rasyid pun bertitah, "Wahai A b u Nawas, sekarang tunjukkanlah pusat dunia itu kepada beta dan kepada sekalian yang hadir ini. Jika tidak dapat kamu tunjukkan, matilah kamu pada hari ini ."

Mendengarkan titah Sultan Harun Aminur Rasyid sedemikian itu, maka Abu Nawas dengan segala keyakinannya melangkah ke hadapan Sultan Harun Aminur Rasyid, sambil tangannya meme-gang sebatang tongkat yang dibawanya dari rumah. Sultan Harun Aminur Rasyid sangat hairan melihat kelakuan Abu Nawas yang sedemikian itu.

Abu Nawas kemudiannya mencacakkan tongkat yang dibawa-nya itu di hadapan Sultan.

M a k a bertanyalah Sultan Harun Aminur Rasyid, "Wahai Abu Nawas, apakah yang kamu lakukan ini?"

"Ampun tuanku, di sinilah letaknya pusat dunia yang tuanku maksudkan itu," jawab Abu Nawas dengan lantang.

"Bagaimanakah kamu tahu maka di sini letaknya pusat dunia itu?" tanya Sultan Harun Aminur Rasyid lagi.

"Ampun tuanku, kalau tidak percaya cubalah ukur dari sini ke barat, ke timur, ke selatan dan ke utara. Nescaya di sinilah pusat dunia itu," jawab Abu Nawas sambil Abu Nawas menunjukkan tempat tongkatnya yang dicacakkannya di hadapan baginda itu.

"Wahai Abu Nawas, siapakah yang sanggup untuk mengukur ke barat dan timur, ke utara dan selatan dari sini bagi menentukan pusat dunia itu?" sahut Sultan Harun Aminur Rasyid.

"Ampun tuanku, demikian jugalah halnya dengan patik. Betapa-kah dapat mencari pusat dunia dengan menjalankan kerja meng-ukur dunia ini?"

Mendengarkan jawapan Abu Nawas sedemikian itu, baginda pun termenung seketika. Kemudian baginda pun tersenyumlah.

"Benarlah kamu ini seorang menteri beta yang bijaksana," kata Sultan Harun Aminur Rasyid.

Sekalian yang hadir itu pun menarik nafas lega mendengar

147

PROSA WAPJSAN

kebijaksanaan jawapan Abu Nawas. Tahulah mereka bahawa Abu Nawas memang seorang menteri yang bijak dan panjang fikiran-nya. Kalau tidak, tentulah dia akan mati dihukum oleh Sultan Harun Aminur Rasyid.

Sultan Harun Aminur Rasyid pun menghadiahi pelbagai hadiah yang mahal-mahal kepada Abu Nawas. Setelah itu, pulang-lah Abu Nawas ke rumahnya dengan perasaan yang lega dan gem-bira.

Demikianlah adanya.

148

Bibliografi

A. Samad Ahmad 1957-58. Sejarah Kesusasieraan Melayu. 3 Jilid. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

A. Samad Ahmad (ed.) 1962. Cerita Selampit. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

A. Samad Ahmad 1979. Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

A. Samad Ahmad (ed.) 1986. Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abdul Jalil Haji Noor (ed.) 1963. Hang Tuah Pahlawan Raja Melaka. Singapura: Pustaka Nasional.

Abdul Rahman Kaeh 1980. "Latar Belakang Sastera Tradisional Mela-yu" dim. Jurnal Budaya Melayu 2: 1 him. 5 1 - 60.

Abdullah Haji Musa Lubis (ed.) 1965. Hikayat Musang Berjanggut. Kuala Lumpur: Penerbitan Pustaka Antara.

Abu Bakar Hamid 1983. Peristiwa-peristiwa dari Hikayat Hang Tuah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abu Hassan Sham 1973. "Unsur-unsur Undang-undang Hindu di dalam Teks Undang-undang Adat Temenggung, Khasnya Hukum Kanun Melaka" dim. Dewan Bahasa 17:7 Julai him. 10 - 321.

Abu Hassan Sham 1984. "Kajian Teks Klasik Secara Ilmiah" dim. Dewan Sastera 14: 12 Disember him. 49 - 52.

A l i Haji Ahmad 1976. "Resensi The Study of Traditional Malay Lite-rature With a Selected Bibliography by Ismail Hussein" dim. Dewan Bahasa 20: 5 Mei him. 317-320.

Alis Murni 1969. "Penglipur Lara Melayu dan Kaba Minangkabau -Satu Perbandingan" Bhg. 1 dim. Dewan Bahasa 13: 1 Januari him. 35-41.

149

PROSA WARISAN

Alis Murni 1969. "Penglipur Lara Melayu dan Kaba Minangkabau -Satu Perbandingan" Bhg. 2 dim. Dewan Bahasa 13: 2 Februari him. 75-82.

Anas Haji Ahmad 1975. Sastera Melayu Lama. Cet. ke-9, Pulau Pinang: Saudara Sinaran Bhd.

Arifin Nur 1971. Kesusasteraan Lama Melayu. Cetakan ke-2. Kota Bharu: Pustaka Aman Press.

Awang Had Salleh (ed.) 1964. Selindung Bulan Kedah Tua. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Baharuddin Zainal 1976. "Seminar Dokumentasi Sastera Malaysia" dim. Dewan Sastera 6: 3 Mac him. 25-27.

Dussek, O. T. 1915. Hikayat Pelanduk, iaitu Hikayat Sang Kancil, Cerita Pelanduk dengan Anak Memerang, Hikayat Pelanduk Jenaka. Malay Literature Series, 13. Singapura.

Edwar Djamaris 1969. "Mantera" dalam Bahasa dan Kesusasteraan 2: 2 him. 28-32. Jakarta: Lembaga Bahasa Nasional.

Edwar Djamaris 1977. "Filologi dan Cara Kerja Penelitian Filologi" dim. Bahasa dan Kesusasteraan 3: 1 him. 20-33. Jakarta: Lem-baga Bahasa Nasional.

Emeis, M. G. 1952. Bunga Rampai Melayu Kuno. Jakarta: Groningen. Emeis, M. G. 1988. Bunga Rampai Melayu Kuno. Cet. ke-15. Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Farid M. Onn dan Harun Mat Piah (ed.) 1977. Kesarjanaan Melayu:

Kertas Kerja Simposium Kes&rjanaan Melayu 31 Mac - 2 April 1977. Kuala Lumpur; Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan Malaysia.

Harun Mat Piah 1986. "Tradisi Kesusasteraan Melayu Sri Lanka dalam Konteks Kesusasteraan Melayu Nusantara: Satu Tinjauan Ring-kas" dim. Sari 4, him. 63-82.

Harun Mat Piah 1987. "Puisi Melayu Tradisional: Satu Pendekatan Menyelesaikan Permasalahan Genre" dim. Siti Hawa Haji Salleh (peny.). Cendekia Kesusasteraan Melayu Tradisional. Kuala Lum-pur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Hasjmy, A. 1976. Rubai Hamzah Fansuri Karya Sastera Sufi Abad 17. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Hooykass, C. 1940. "Resensi: A History of Malay Literature by R. O. Winstedt, with a Chapter on Modern Developments by Za'ba" dim. TBG 80 him. 627-632.

Inon Shaharuddin Abdul Rahman 1985. Hikayat Marakarma. Kuala Lumpur: Teks Publishing.

ISO

BIBLIOGRAFI

Ismail Hamid 1983. Kesusasteraan Melayu Lama dari Warisan Per-adaban Islam. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti.

Ismail Hussein 1966. "The Study of Traditional Malay Literature" dim. JMBRAS 39: 2 him. 1-22.

Ismail Hussein 1969. "A Selected Bibliography of Traditional Malay Literature" dim. Tenggara 4 him. 94-115.

Jamilah Haji Ahmad (ed.) 1981. Kumpulan Esei Sastera Melayu Lama. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Khalid Haji Ismail 1964-1965. "Unsur-unsur Mitologi dalam Sastera Sejarah" dim. Bahasa 4: 1 him. 66-71.

Khalid Hussain 1963. "Tinjauan Tentang Selampit" dim. Dewan Bahasa 1: 11 November him. 506-509.

Khalid. Hussain 1964. "Menempatkan Sejarah Melayu dalam Kesusas-teraan Melayu Klasik dan Sejarah" dim. Dewan Bahasa 8: 6 Jun him. 266-272.

Liaw Yock Fang 1975. "Kajian Sejarah Melayu" dim. Umar Junus. Sejarah Melayu Menemukan Diri Kembali. Kuala Lumpur: Fajar Bakti.

Liaw Yock Fang 1975. Sejarah Kesusasteraan Melayu Klasik. Singa-pura: Pustaka Nasional.

M. Ramlan 1972. "Sekelumit Cerita Jenaka Nusantara" dim. Dewan Bahasa 16: 8 Ogos him. 356-362.

Matheson, Virginia 1971. "The Tuhfat al-Nafis: Structure and Sources" dim. BKI 127: 3 him. 375-392.

Mohd. Taib Osman 1963. "Menghadapi Kesusasteraan Melayu Lama" dim. Bahasa 3: 1 Januari him. 74-82.

Mohd. Taib Osman 1969. "Kesusasteraan Melayu dengan Corak Masyarakat dan Budayanya" dim. Penulis 3: 1 Januari him. 74-80.

Mohd. Taib Osman 1974. "Sastera Rakyat dalam Pembinaan Kesusas-teraan Kebangsaan" dim. Dewan Sastera 4: 8 Ogos him. 2-9.

Mohd. Taib Osman 1976. "Pendokumentasian Sastera Rakyat dan Sas-tera Daerah Malaysia" dim. Dewan Sastera 6: 7 Julai him. 2-9.

Mohd. Taib Osman 1977. "Strategi Pendokumentasian Sastera Lisan di Sabah" dim. Dewan Bahasa 21: 5 Mei him. 292-300.

Mohd. Yusof M d . Nor 1983. "Kesusasteraan Melayu Lama Bercorak Sejarah" dim. Dewan Sastera 13: 8 Ogos him. 67-69.

Muhammad Bukhari Lubis 1990. Qasidah in Praise of The Prophet. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Shafie Abu Bakar 1977. "Tokoh-tokoh Penulis Islam Nusantara dalam

151

PROSA WARISAN

Konteks Perkembangan Keilmuan Islam pada Zaman Tradisi" dim. Dewan Bahasa 21: 9 September him. 569-581.

Shellabear, W. G. 1971. "Hikayat Seri Rama" dim. JMBRAS 71, him. 1-285.

Shellabear, W. G. (ed.) 1978. Sejarah Melayu. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti.

Skeat, W. W. 1967. Malay Magic - Being An Introduction to the Folk-lore and Popular Religion of The Malay Peninsula. New York: Dover Publication Inc.

Syed Muhammad Naquib al-Atas 1965. "Note on the Opening of Rela-tions Between China and Malacca 1403-1405" dim. JMBRAS 38: 1 him. 260-264.

Syed Muhammad Naquib al-Atas 1969. Preliminary Statement on a General Theory of The Islamiiation of the Malay-Indonesian Archipelago. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Syed Muhammad Naquib al-Atas 1972. Islam dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu. Kuala Lumpur: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Teeuw, A. t.th. A Critical Survey of Studies on Malay and Bahasa Indonesia. 'S ravenhage: Martinus Nijhoff.

Teuku Iskandar 1964. "Tun Seri Lanang Pengarang Sejarah Melayu" dim. Dewan Bahasa 8: 11 Mei him. 484-492.

Wan Shamsuddin (ed.) 1966. Hikayat Abu Nawas. Kuala Lumpur: Pus-taka Antara.

Wilkinson, R. J. 1960. A History of Classical Malay Literature. Kuala Lumpur: Oxford University Press.

Winstedt, R. O. 1969. A History of Classical Malay Literature. Kuala Lumpur: Oxford University Press.

Yahaya Ismail 1975. Bimbingan Sastera Melayu Lama. Kuala Lumpur: Utusan Melayu Sdn. Bhd.

Zaharah Mohd. Khalid (ed.) 1963. Raja Donan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Zainal Abidin bin Ahmad (Za'ba) 1962. Ilmu Mengarang Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Zakaria Hitam (ed.) 1966. Puteri Sekati Bunga dengan Anak Raja Kuda Kayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Zakaria Hitam (ed.) 1966. Anak Raja Kambing Ajaib. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Zakaria Hitam (ed.) 1966. Awang Si Boncol. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

152

BIBLIOGRAFI

Zakaria Hitam (ed.) 1966. Renjer dan Renjir. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Zakaria Hitam (ed.) Indera Manja. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Zakaria Hitam (ed.) 1972. Daun Nilam dengan Kapak Mas. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Zakaria Hitam (ed.) 1972. Perdana Menteri Muhammad. Kuala Lum-pur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Zakaria Hitam (ed.) 1972. Persahabatan Anjing, Kucing dan Tikus. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Zakaria Hitam (ed.) 1972. Awang Sakti: Balasan Kekejaman Abang, Raja Malim Dewah, Nuri Rencana. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Zakaria Hitam (ed.) 1972. Ikan Jantan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Zakaria Hitam (ed.) 1972. Kancil Menipu Singa dan Lain-lain Cerita. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Zakaria Hitam (ed.) 1972. Membalas Jasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Zakaria Hitam (ed.) 1972. Tuk Dogol. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Zakaria Hitam (ed.) 1972. Awang Pantas Negeri. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Zakaria Hitam (ed.) 1972. Bujang Cik Sindu. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Zakaria Hitam (ed.) 1973. Manusia Bersahabat dengan Ular. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Zakaria Hitam (ed.) 1974. Rangga Buang Si Buang. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Zakaria Hitam (ed.) 1974. Antan Besi Antan Bersirat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Zakaria Hitam (ed.) 1974. Merak Emas dan Awang Cerdik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Zakaria Hitam (ed.) 1975. Guri Emas. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Zakaria Hitam (ed.) 1976. Hulubalang Muda. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Zakaria Hitam (ed.) 1976. Balasan Dengki dan Lain-lain. Kuala Lum-pur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Zakaria Hitam (ed.) 1976. Pak Pandir Sakti. Kuala Lumpur: Dewan

153

PROSA WARISAN

Bahasa dan Pustaka. Zakaria Hitam (ed.) 1976. Teruna Desa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa

dan Pustaka. Zakaria Hitam (ed.) 1976. Raja Dondang. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka. Zakaria Hitam (ed.) 1977. Raja Tekukur. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka. Zakaria Hitam (ed.) 1977. Pada Tidur Baik Jaga. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka. Zakaria Hitam (ed.) 1977. Paku Berlari dan Lain-lain. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka. Zakaria Hitam (ed.) 1981. Kucing Menimba Danau. Kuala Lumpur:

Eastern Universities Press. Zakaria Hitam (ed.) 1981. Kancil Menyimpai Gergasi. Kuala Lumpur:

Eastern Universities Press. Zakaria Hitam (ed.) 1981. Nasib Si Keldai. Kuala Lumpur: Eastern

Universities Press. Zam Ismail 1971. "Unsur-Unsur Mitos dan Dongeng dalam Sejarah

Melayu" dim. Dewan Bahasa 15: 8 Ogos him. 351-359. Zieseniss, Alexander 1963. The Rama Saga in Malaysia. Singapura:

Malaysian Sociological Research Institute Ltd. Zuber Usman 1975. Kesusasteraan Lama Indonesia. Cet. ke-5. Mela-

ka: Penerbitan Abbas Bandung. Zuber Usman 1963. Kesusasteraan Lama Indonesia. Jakarta: Gunung

Agung.

1-54

Indeks

A History of Classical Malay Literature, 152

A. Samad Ahmad, 149 Abdul Jalil Haji Noor, 149 Abdul Rahman Kaeh, 149 Abdullah Haji Musa Lubis, 149 Abu Bakar Hamid, 149 Abu Hassan Sham, 149 Abu Nawas, 53, 141-147 Abu Nawas Membilang Bintang di

Langit, 70, 140 Abu Nawas Mencari Pusat Dunia, 70,

145 al-Atas, Syed Muhammad Naquib, 152 All Haji Ahmad, 149 Alis Murni, 149, 150 Alor Gajah, 58 Anak Raja Kambing Ajaib, 152 Anas Haji Ahmad, 150 Antan Best Antan Bersirat, 19, 153 Arifln Nur, 150 Awang Pantos Negeri, 153 Awang Sakti: Balasan Kekejaman

Abang, Raja Malim Dewan, Nuri Rencana, 153

Awang Had Salleh, 150 Awang Si Boncol, 152 Awang Si Hitam, 70, 118-123

Baharuddin Zainal, 150 Balasan Dengki dan Lain-lain, 153 Bapong, 46 Batu Belah Batu Bertangkup, 4, 25,27 Batu Bor dan Batu Karai, 45, 69, 98 Batu Burung, 45

Batu Caping, 45 Batu Gajah, 59 Batu Jerang Belanga, 45 Batu Karai, 45, 100 Batu Kawah, 45 Batu Sawar, 45, 69, 101 Bawang Putin Bawang Merah, 4, 25,

27 Belatuk Terbang Tinggi Rendah, 69,

91 Benawi, 19, 59 Bentan, 46 Bentong, 46 bidan, 4, 10 Bimbingan Sastera Melayu Lama, 152 bomoh, 4, 10 Budak yang Nakal, 19 Bujang Cik Sindu, 153 Bujang Selamat, 31, 32 Bukit Caras, 45 Bunga Rampai Melayu Kuno, 150 burung borak, 30 burung Sepah Puteri, 73, 100

cerita asal usul, 15, 26, 36, 42-4, 47-9, 69

cerita binatang, 15, 24, 26, 48-9, 52 cerita jenaka, 15, 23,26, 53, 55, 60, 63,

70 cerita legenda, 15, 24, 26, 56-9, 70 cerita lipur lara, 15, 24-7, 29, 31, 34,

37, 69 cerita mitos, 15, 24, 26, 36-8, 41, 69 cerita perumpamaan, 50 cerita rakyat, 16, 22, 24, 37-8, 65, 69

155

PROSA WARISAN

cerita sebab dan akibat, 49 Cerita Selampit, 149

Daeng Semerluki, 135-6 Daik, 58 Danau Kelebur, 44 Dang Arif Laksana, 62-3 Datuk Bahaman, 137-9 Daun Nilam dengan Kapok Mas, 153 Djamaris, Edwar, 150 Dussek, O.T., 150

Emeis, M.G., 150 epik binatang, 49 epos, 29

Esah Muhammad Akil, 30

fable, 50 Fakir Muhammad, 5 Farid M. Onn, 150 Gasing Bertuah, 27 Gelombang Tujuh, 46 gendang,15 Gun Emas, 153

Hang Tuah Pahlawan Raja Melaka, 149

Harun Mat Piah, 150 Hasjmy, A., 150 Hikayat Abu Nawas, 152 Hikayat Aceh, 7 Hikayat Amir Hamzah, 7 Hikayat Kalilah wa Daminak, 49-50 Hikayat Malim Deman, 29-30 Hikayat Marakarma, 150 Hikayat Muhammad AH Hanafiah, 7 Hikayat Musang Berjanggut, 149 Hikayat Parang Puting, 39-40 Hikayat Pelanduk Jenaka, 51 Hikayat Raja-raja Pasai, 42 Hikayat Sang Kancil, 51 Hikayat Seribu Satu Malam, 7 Hikayat Si Miskin, 7 Hooykass, C, 49, 150 Hukum Kanun Melaka, 7 Hukum Kanun Pahang, 7 Hulubalang Muda, 153

Ikan Jantan, 153 Ilmu Mengarang Melayu, 152 implisit, 12 Indera Manja, 153

Inon Shaharuddin Abdul Rahman, 150 intrinsik, 12 Islam dalam Sejarah dan Kebudayaan

Melayu, 152 Ismail Hamid, 151 Ismail Hussein, 151

Jamilah Haji Ahmad, 151 jampi serapah, 4 Jataka, 50 Jong Batu, 4, 19, 59

Kamalul Arifin, 61-3 Kambing Memperdayakan Buaya, 69,

107 Kampung Abdullah Hukum, 58 Kampung Batu Bor, 100 Kampung Batu Bubur, 100 Kampung Batu Sawar, 102 Kampung Bohor, 100 Kampung Dato' Keramat, 58 Kampung Karai, 100 Kampung Peramu, 58 Kancil Menipu Singa, 19 Kancil Menipu Singa dan Lain-lain

Cerita, 153 Kancil Menyimpai Gergasi, 154 Hatha Sarit Sagara, 50 Kelebur Gintung, 44 Kelebur Pak Sisin, 44 Kesusasteraan Lama Indonesia, 154 Kesusasteraan Lama Melayu, 150 kesusasteraan Melayu klasik, 3 Kesusasteraan Melayu Lama dari

Warisan Peradaban Islam, 151 Khalid Haji Ismail, 151 Khoja Nasyarudin, 53 Kota Lama, 58 Kuala Bera, 44-5 Kucing Menimba Danau, 154

Laksamana Hang Tuah, 135-6 Laksamana Hang Tuah dengan

Daeng Semerluki, 70, 134 Lebai Malang, 53-4, 70, 124 Liaw Yock Fang, 43, 151 Lubuk Kelembai, 45 Lubuk Kuing, 44

M. Ramlan, 151 Malay Magic - Being An Introduction

to the Folklore and Popular Religion

156

INDEKS

ofthe Malay Peninsula, 152

Malim Deman, 27, 32 Malim Dewa, 29 Malin Kundang, 59 Manusia Bersahabat dengan Ular, 19,

153 Mat Jenin, 22, 26, 53, 70, 114-5 Matheson, Virginia, 151 Maxwell, M. E„ 43 Membalas fasa, 153 memorat, 58 Mentakab, 46 Merah Silu, 5, 42 Merak Emas dan Awang Cerdik, 153 Merak Emas, 19 Mohd. Taib Osman, 151 Mohd. Yusof Md. Nor, 151 Muhammad Bukhari Lubis, 151 Musang Berjanggut, 53, 60, 63

Naga Pulau Tioman, 69, 82 Naga Tasik Cini, 59 Nasib Si Keldai, 154 Nenek Kebayan, 31-2 Nenek Si Mukut, 45 Pada Tidur Baik Jaga, 154 Pak Belalang, 23, 53-5, 60 Pak Kadok, 53-4 Pak Pandir, 4, 53-4, 60 Pak Pandir Sakti, 19, 153 Paku Berlari dan Lain-lain, 154 Paku Berlari, 19 Panchantantera, 49-50 Panglima Awang, 57 Panglima Hitam, 57 Panglima Nayan, 57 Panglima Saleh, 57 pantun, 4, 11, 26, 30 Parameswara, 46 Pasir Rawa, 46 Pawang Ana, 30 pawang, 4, 10 penglipur lara, 10, 13-6, 18-9, 22, 25,

29, 64 pepatah, 4 Perdana Menteri Muhammad, 19, 153 Peristiwa-peristiwa dari Hikayat Hang

Tuah, 149 Persahabatan Anjing, Kucing dan

Tikus, 153 Preliminary Statement on a General

Theory of the Islamization of the

Malay-Indonesian Archipelago, 152 prosa, 9 puisi, 9 Pulau Galong, 45 Pulau Kening, 100 Pulau Tawar, 46 Pulau Tetagan, 45 Pulau Tioman, 45, 59 Puteri Gandar Eran, 30 Puteri Gunung Ledang, 11 Puteri Intan Dikarang, 29 Puteri Manuhara, 27 PuterT Melur Sekuntum, 69, 71-4 Puteri Saadong, 57 Puteri Sekati Bunga dengan Anak

Raja Kuda Kayu, 152 Puteri Walinong Sari, 25

Raja Donai, 27, 29-30, 152 Raja Donai Bahtera Kulit Kacang, 27,

29 Raja Dondang, 154 Raja Haji Yahya Haji Mohd. Ali, 53 Raja Muda, 29 Raja Sulaiman, 91-3 Raja Tekukur. 19, 154 Raja Turun Menyamar, 69, 75 Rangga Buang Si Buang, 153 rebab,15 rebana, 15 Renjer dan Renjtr, 153

Saiyid Abdul Aziz, 5 Sang Gedembai, 44-5 Sang Harimau dengan Burung Cawi,

69, 85 Sang Kancil Menjadi Hakim, 69, 103 Sang Kelembai, 4, 59, 99, 101 Sang Nila Utama, 46 sastera klasik, 11-2, 19-20 sastera lisan, 13 Sastera Melayu Lama, 150 sastera rakyat, 9-11, 13-5, 18, 20, 22,

35, 42, 49, 64 Sebatang Pokok Mahang, 69, 94 Sejarah Kesusasteraan Melayu, 149 Sejarah Kesusasteraan Melayu Klasik,

151 Sejarah Melayu, 5, 7-8, 152 Selindung Bulan Kedah Tua, 150 Semut Berperang dengan Gajah, 69,

110

157

PROSA WARISAN

Seri Gurnum, 40 Seri Pahang, 40 Shane Abu Bakar, 151 Shellabear, W.G., 152 Si Gembang, 27 Si Kembang Cina, 31-2 Si Luncai, 23, 53-4 Si Malin Kundang, 19 Si Tenggang, 4, 11-2, 19-20, 22-24,

37, 59 sistem feudal, 9, 11 Skeat, W.W., 43, 152 Sulalatus Salatin, 149 Sultan Harun Aminur Rasyid, 140-8 Sultan Malik al-Salleh, 42 Sungai Semantan, 138 syair, 30

Tanah Jawi, 5 Teeuw, A, 152 Teh Sidek, 15 Temasik, 46 Teruna Desa, 19, 154 Teuku Iskandar, 152 The Rama Saga in Malaysia, 154 Tioman, 58 Tok Senik, 57

tradisi istana, 3-4 tradisi rakyat, 3 Tualang Sekin, 44 Tuk Dogol, 153 Tuk Peramu, 139 Tuk Senik, 70, 130 tulisan Jawi, 13, 60 Tun Ali, 137 Tun Seri Lanang, 5, 7-8

Wan Ahmad, 137-8 Wan Mat Saman, 57 Wan Shamsuddin, 152 Wilkinson, R.J., 53, 152 William, Skeat, 43

Yahaya Ismail, 152 Yassin Husin, 15

Zaharah Khalid, 30, 152 Zainal Abidin Ahmad, 152 Zakaria Hitam, 19, 29, 43, 53, 152 Zam Ismail, 154 Zieseniss, Alexander, 154 Zuber Usman, 154

CERITA rakyat hasil nukilan pujangga zaman silam merakamkan bukan sekadar gerak budaya masyarakat Melayu tradisional malah turut menggambarkan pemikiran bijaksana intelektual asuhan alam pada waktu itu. Perutusan itu dapat kita selami melalui cerita yang berbentuk lipur lara, mitos (kepercayaan), asal usul, cerita bina-tang, cerita jenaka dan legenda. Lebih jauh dari itu, keterbukaan perkembangan budaya Melayu dapat menerima resapan sent sastera daripada bangsa lain seperti yang terdapat dalam cerita "Abu Nawas" yang datangnya dari Arab-Farsi.

Prosa Warisan menganalisis perkara ini secara terperinci serta mengernukakan contoh-contoh cerita yang sesuai yang ditulis secara penceritaan semula. Namun perutusan tentang pemikiran serta gerak budaya yang hendak disampaikan tetap dikekalkan. Kajian ini juga mengambil kira kajian-kajian sarjana Barat dan Timur masa lalu serta diadun dengan kajian ter-kini yang dibuat kepada saki-baki tukang cerita serta tokoh-tokoh penglipur lara yang masih hidup.