nota cabaran

11
1. PENDAHULUAN Penggunaan Teknologi dan Ict Dalam P & P Dalam Bilik DarjahEsei ini membincangkan kepentingan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam duniapendidikan pada alaf ini. Sebagai guru yang berdepan dengan ledakan maklumat dalam duniatanpa sempadan ini kita perlu melangkah sederap dengan kemajuan dan kecanggihan ilmuserta teknologi sebagai langkah awal demi menggalas amanah dan tanggungjawab terhadapbangsa dalam membina negara bangsa yang mampu berdiri gah di persada dunia.Penguasaan ICT dapat membantu guru menghadapi ranjau dan cabaran dalam duniapendidikan dan bertindak tepat dengan kehendak semasa. Fungsi guru sebagai egen perubahan sosial dapat memenuhi permintaan masyarakatsetempat melalui ilmu dan kemahiran yang dimiliki seterusnya menjadi rujukan dan idoladalam masyarakat. Kemahiran guru dalam bidang ICT dapat membantu pelajar-pelajar untukmenguasai kemahiran dan ilmu yang bersesuaian dengan minat, bakat serta potensi pelajarsekaligus dapat menanam rasa cinta akan ilmu pengetahuan. Hal ini secara tidak langsungdapat melahirkan modal insan cemerlang berminda kelas pertama sebagaimana yangdigarapkan dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP). Tanggungjawab inisememangnya terpikul atas bahu para guru yang komited dengan tugas serta bersedia dansanggup menerima perubahan mengikut peredaran masa. Semua ini menuntut pengorbananyang besar dari kalangan guru-guru untuk terus menambah ilmu dan kemahiran, bertepatandan bersesuaian dengan konsep pembelajaran sepanjang hayat.Mengapa Penggunaan ICT Diperlukan 1) Meningkatkan kefahaman sesuatu konsep, memberi gambaran visual dan memudahkan pengiraan kompleks 2) Merangsang murid untuk belajar secara berkesan dengan bimbingan yang minimum. 3) Membantu murid dalam proses penyelesaian masalah dan komunikasi dengan lebih cepat dan tepat. 4) Mewujudkan peluang pembelajaran yang sama kepada murid yang mempunyai pelbagai kebolehan dan kecerdasan. 5) Membantu murid mendapat dan mengumpul maklumat yang mungkin sukar diperoleh dalam keadaan biasa.

Upload: noor-aziellah-hussain

Post on 22-Dec-2015

233 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

nta

TRANSCRIPT

1. PENDAHULUAN

Penggunaan Teknologi dan Ict Dalam P & P Dalam Bilik DarjahEsei ini membincangkan kepentingan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam duniapendidikan pada alaf ini. Sebagai guru yang berdepan dengan ledakan maklumat dalam duniatanpa sempadan ini kita perlu melangkah sederap dengan kemajuan dan kecanggihan ilmuserta teknologi sebagai langkah awal demi menggalas amanah dan tanggungjawab terhadapbangsa dalam membina negara bangsa yang mampu berdiri gah di persada dunia.Penguasaan ICT dapat membantu guru menghadapi ranjau dan cabaran dalam duniapendidikan dan bertindak tepat dengan kehendak semasa. Fungsi guru sebagai egen perubahan sosial dapat memenuhi permintaan masyarakatsetempat melalui ilmu dan kemahiran yang dimiliki seterusnya menjadi rujukan dan idoladalam masyarakat. Kemahiran guru dalam bidang ICT dapat membantu pelajar-pelajar untukmenguasai kemahiran dan ilmu yang bersesuaian dengan minat, bakat serta potensi pelajarsekaligus dapat menanam rasa cinta akan ilmu pengetahuan. Hal ini secara tidak langsungdapat melahirkan modal insan cemerlang berminda kelas pertama sebagaimana yangdigarapkan dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP). Tanggungjawab inisememangnya terpikul atas bahu para guru yang komited dengan tugas serta bersedia dansanggup menerima perubahan mengikut peredaran masa. Semua ini menuntut pengorbananyang besar dari kalangan guru-guru untuk terus menambah ilmu dan kemahiran, bertepatandan bersesuaian dengan konsep pembelajaran sepanjang hayat.Mengapa Penggunaan ICT Diperlukan

1) Meningkatkan kefahaman sesuatu konsep, memberi gambaran visual dan memudahkan pengiraan kompleks

2) Merangsang murid untuk belajar secara berkesan dengan bimbingan yang minimum. 3) Membantu murid dalam proses penyelesaian masalah dan komunikasi dengan lebih

cepat dan tepat.4) Mewujudkan peluang pembelajaran yang sama kepada murid yang mempunyai

pelbagai kebolehan dan kecerdasan.5) Membantu murid mendapat dan mengumpul maklumat yang mungkin sukar

diperoleh dalam keadaan biasa.6) Mewujudkan suasana pembelajaran yang seronok, mencabar dan berbentuk

penerokaan. 7) Memupuk sifat ingin tahu dan ingin mencuba di kalangan murid.8) Meningkatkan daya kreativiti, inovasi dan imaginasi murid.9) Menggalakkan murid merealisasikan: - Pembelajaran terarah kendiri - Pembelajaran

akses kendiriDasar Pembangunan Negara dalam Rancangan Malaysia Kelapan (2001 – 2005)menegaskan kepentingan membangunkan dan memperluaskan penggunaan teknologimaklumat dalam pembangunan pendidikan. Langkah ini bertujuan merancakkanpertumbuhan, melatih profesional, meningkatkan produktiviti, memodenkan pengurusanteknologi maklumat dan pengetahuan, mengurangi jurang digital, dan mempastikan semuarakyat mendapat manfaat daripada ICT. Sektor pendidikan menjadi agen perubahan bagi mempertingkatkan kemahiranpenggunaan ICT dalam kalangan generasi muda. Keperluan terhadap penggunaan ICT dalampendidikan amat dirasai kerana ICT telah menjadikan dunia pendidikan sebagai hak milikpelbagai lapisan masyarakat di mana pelbagai maklumat dan sumber pendidikan dapatdicapai walau di mana jua berada. Pengaruh dan kemajuan era ICT mencetuskan inovasidalam pengurusan pendidikan, penilaian, serta pengajaran dan

pembelajaran. Kewujudan masyarakat berpendidikan yang terbentuk melalui pembudayaankomputer, internet, dan multimedia menzahirkan kewujudan masyarakat yang cinta akan ilmupengetahuan. Bangsa yang maju adalah bagsa yang mementingkan perkembangan intelektualyang dirintis oleh kemajuan dunia pendidikan. Dalam konteks ini teknologi maklumatberperanan untuk meluaskan penyebaran pemikiran manusia sebagai agen revolusi sosial.Menurut Mohamed Rashid dan Mohd Nasir (2003) dalam kajian “Refleksi TerhadapPelaksanaan Sistem Pengajaran Dan Pembelajaran menyatakan bahawa pada abad ke-21,negara menghadapi cabaran dalaman dan luaran akibat daripada kesan globalisasi,liberalisasi, dan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi. Pembaharuanpendidikan dari segi pengajaran-pembelajaran, sistem pengurusan pembelajaran dan perananguru sudah tentu akan memberikan cabaran baharu kepada sistem pendidikan.

ISU 1FAKTOR GURU

1. Persepsi guru terhadap kepentingan komputerWalaupun ramai guru yang telah bersedia dengan perubahan penggunaan komputer di dalam pengajaran tetapi masih ada guru yang lebih selesa menggunakan kaedah konvensionalrelevan dengan sistem peperiksaan. Dengan sikap sebegini adalah sukar bagi perubahandilakukan dengan berkesan.

2. Kerisauan untuk menghadapai perubahan.- Terdapat tiga jenis kerisauan yang dihadapai oleh guru-guru dalam penggunaan computer iaitu:-

1. Risau sekiranya rosak apabila menggunakan peralatan tersebut.2. Risau kerana merasakan mereka tidak berupaya mempelajari teknologi tinggi.3. Risau sekiranya disuruh oleh sekolah untuk melakukan semua kerja kerana mahir

dalampenggunaan komputer.

3. Masa dan beban tugas guru- Penggunaan komputer dalam pengajaran memerlukan masa yang banyak bagi guru-guru menyediakannya. Persediakan diperlukan termasuk dari aspek penyediaan bahan mengajar serta setup bahan pada komputer sebelum kelas dimulakan. dengan bilangan waktu mengajar yang banyak, sesetengah guru mempunyai bilangan waktu mengajar sebanyak 27 waktu seminggu, sukar bagi guru untuk membuat persediaan mengajar dan juga untuk setup bahan mengajar dimakmal komputer. Guru-guru juga mempunyai tugas-tugas lain seperti menjadi setiausaha peperiksaan, guru data, ketua-ketua panitia, Ajk PIBG dan sebagainya. Situasi ini akan menyukarkan guru untuk membuat persediaan yang mantap jika mereka perlu menyediakan bahan sendiri dalam pengajaran. Menurut Mazniza Muhamad (2004) kebanyakan guru-guru sedar tentang kelebihan menggunakan komputer tetapi kurang menggunakannya kerana kekangan masa, masalah penyelenggaraan dan kemahiran. Kesuntukan masa menggunakan ICT oleh guru-guru menjadi penghalang manakala sikap positif, keyakinan diri dan kemahiran menggunakanICT menjadi pendorong perlaksanaannya dalam penngajaran dan pembelajaran. (IAB, 2008).

4. Kekurangan kemahiran komputer dan pengetahuan penggunaan komputer dalam P&P-Proses pengajaran memperalatkan ICT menuntut guru berkemahiran dalam membina persembahan dan mengintegrasikan multimedia sekurang-kurangnya menggunakan Powerpoint dengan input-input seperti rakaman suara, memasukan video, grafik dan

bunyimengikut kreativiti guru. Oleh kerana tidak semua bahan pengajaran tersedia untukdigunakan terus, maka guru dikehendaki menyediakan bahan pengajaran yang lebih menarik,tetapi keinginan guru untuk menambahbaikan bahan P & P hanya tinggal sebagai kemahuansaja kerana guru-guru kekurangan kemahiran komputer dan pengetahuan menggunakankomputer dalam P & P. Tambahan lagi, penggunaan komputer oleh guru adalah pada tahapyang minima sahaja iaitu sekali sekala dalam masa sebulan. Selain daripada itu, guru-gurukerap menggunakan hanya satu program sahaja iaitu pemprosesan perkataan. Guru-gurujarang menggunakan pangkalan data, persembahan mutimedia, persembahan grafik, melelektronik dan laman web dalam pengajaran.

ISU 2 FAKTOR SEKOLAH

Peranan dan sikap pengetua- Sikap pihak pengurusan sekolah (pengetua/guru besar,penolong kanan) adalah kritikalterhadap pembentukan dasar dan amalam diperingkat sekolah. Mereka adalah penggerakyang boleh memotivasikan setiap guru supaya menpunyai misi dan objektif yang sama untukmeningkatkan kualiti pendidikan sekolah. Pengetua atau pentadbir yang tidak prihatin akankeperluan masa hadapan akan menyebabkan organisasi pendidikan ketinggalan.Melalui enam isu dan enam cabaran berkenaan guru dalam menggunakan teknologiinstruksional di sekolah ini dapatlah disimpulkan pula lapan cadangan bagi merealisasikanhasrat membudayakan penggunaan teknologi instruksional dalam proses pembelajaran danpengajaran.

1). Membuat pemilihan kajian tindakan berdasarkan bahan pengajaran teknologi instruksional di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan.

2. Bahan terbaik diperingkat kebangsaan akan dikumpulkan melalui CD dan disebarkan diseluruh negara.

3. Mewajibkan bakal guru di universiti mengambil dua atau tiga kertas berkaitan komputer sebagai subjek teras.

4. Mengutamakan kursus latihan dalam perkhidmatan (LADAP) yang berkaitan teknologi instruksional.

5. Mewujudkan sikap positif jangka panjang guru terhadap teknologi instruksional melalui motivasi intrinsik.

6. Guru sendiri hendaklah berperanan dan rasa bertanggungjawab untuk menyediakan keperluan teknologi instruksional.

7. Pentadbir menggunakan sebahagian besar pengurusan dan pentadbiran sekolah menggunakan teknologi maklumat.

8. Kurikulum bagi melahirkan guru hendaklah lebih mengutamakan teknologi instruksional berbanding pedagogi.Sistem Pendidikan Berorientasikan Peperiksaan.Disebabkan penekanan kepada pencapaian di dalam periksaan guru-guru diarahkanmemberikan latihan sebanyak yang mungkin kepada pelajar-pelajar. Buku latihan pelajar-pelajar akan dipantau dari masa

ke semasa oleh pihak pentadbir sekolah bagi memastikanguru menjalankan arahan yang diberikan. Penekanan kepada pemantauan buku latihan yangdibuat oleh pelajar menyebabkan guru tidak berminat menggunakan perisian di dalampengajaran dan pembelajaran. Penggunaan kaedah biasa seperti buku latihan dan buku aktiviti lebih disukai oleh guru-guruberbanding dengan memberikan latihan melalui penggunaan ICT kerana buku-buku tersebutmenjadi bukti perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran sebagaimana yang di arahkan olehpentadbir sekolah.Penekanan yang berlebihan kepada peperiksaan menyebabkan guru-guru mengabaikan aspeklain seperti pengajaran menggunakan ICT. Peperiksaan dianggap perkara yang sangat pentingsamada oleh guru , pelajar dan ibubapa. Peperiksaan dianggap sebagai penanda aras dan kayupengukur kepada kebolehan dan kemampuan pelajar. Media massa turut memainkan peranandengan menghebahkan pencapaian pelajar dan sekolah. Ini menyebabkan timbulnya budayaatau fenomena berikut: Mengajar dan belajar untuk peperiksaan. Guru hanya memfokuskan kepada isi kandungan dan kemahiran yang akan dinilai di dalam peperiksaan. Pelajar diajar untuk mengingati model jawapan. Guru akan memberikan latihan secara berterusan hingga mengabaikan kaedah pengajaran menggunakan ICT yang dianggap mengambil masa semasa hendak memulakan pengajaran dan pembelajaran. Menghabiskan sukatan pelajaran seberapa segera. Guru akan berusaha bersungguh-sungguh menghabiskan sukatan pelajaran dengan secepat mungkin dengan harapan masih mempunyai masa memberikan soalan latih tubi bagi persediaan pelajar menghadapi peperiksaan hingga ada masanya guru sekadar ‘ menunjuk dan memberitahu’ sesuatu konsep matematik tanpa memberi peluang atau kesempatan pelajar memahami konsep tersebut. Pembelajaran yang lumpuh. Istilah ini diutarakan oleh bekas Ketua Pengarah Kementerian Pelajaran , Tan Sri Wan Zahid Nordin. Menurut beliau pelajar Malaysia antara pelajar paling menderita disebabkan sistem yang berasaskan peperiksaan. Pelajar yang mendapat keputusan cemerlang berkemungkinan mengeluarkan apa yang dipelajari tanpa memahami konsep-konsep penting untuk dipraktikkan dalam kehidupan seharian.

ISU 3 KEKURANGAN PRASARANA DAN BAHAN SOKONGAN

Satu cabaran penting pendidikan di sekolah ialah menyediakan kemudahan prasarana danbahan sokongan untuk guru dan semua pelajar. Ini bermakna kemudahan ini tidak terhadkepada golongan tertentu sahaja tetapi melibatkan keseluruhan warga sekolah tanpa mengirastatus ekonomi, sosial, kaum dan sebagainya.

1. Bilangan komputer di sekolah jauh lebih rendah daripada bilangan pelajarBilangan komputer yang disalurkan bagi sesebuah sekolah masih tidak mencukupi untukmemaksimumkan penggunaan komputer sebagai medium pengajaran bagi para pelajar. Bilikkomputer di sekolah digunakan untuk mempelajari sesuatu yang memang memerlukanpenggunaan komputer dan hanya boleh digunakan oleh sebilangan kecil pelajar sahaja dalamsatu-satu masa. Justeru itu kebiasaannya penggunaan ICT dalam pengajaran hanya terfokus kepada sesuatu mata pelajaran dan dalam masa-masa yang tertentu sahaja. Ini sebenarnyatidak sesuai seperti yang dirancangkan iaitu penggunaan ICT dalam proses pengajaran danpembelajaran setiap masa. Program Pengkomputeran sekolah semakin diberi perhatian keranauntuk memberi peluang kepada pelajar sekolah supaya mereka dapat menguasai pengetahuanasas ICT di peringkat sekolah. Berbekal dengan pengetahuan asas ICT para pelajar akandapat berdepan dengan kehendak dan cabaran kerjaya mereka dalam abad ke 21. Walaupunhampir semua sekolah di Malaysia ini dibekalkan makmal komputer, namun pelajar tidakdapat akses kepada komputer secara menyeluruh kerana bilangan

komputer yang dibekalkanjauh lebih rendah daripada bilangan pelajar dalam sesebuah kelas. Bilangan komputer yangboleh digunakan seringkali terhad disebabkan oleh kerosakan teknikal yang dialamimenambahkan kadar pengguna komputer bertambah sehingga 4 atau 5 orang murid terpaksaberkongsi satu unit komputer semasa pengajaran dijalankan. Ini juga sering mengganggukelancaran penggunaan komputer dalam pengajaran.

2. Pembekalan yang tidak berkualitiMutu peralatan ICT yang rendah boleh mengganggu proses penggunaan ICT dalampengajaran. Ramai guru menyatakan komputer yang dibekalkan tidak berkualiti dan adanyayang sudah ketinggalan zaman. Ini ditambah lagi dengan cepatnya perkembangan teknologikomputer. Oleh itu komputer hendaklah dipastikan dari segi kualiti dan diletakkan di tempat-tempat yang sesuai dan boleh dicapai oleh semua orang, termasuk guru dan pelajar-pelajar.Di samping itu, terdapat kekangan dari segi sistem selenggaraan komputer yang tidak cekapdi sekolah.

3. Masalah penyenggaraan makmal komputer di sekolahMakmal komputer di sekolah sememangya menghadapi masalah dari segi penyenggaraan.Banyak makmal di sekolah tidak terurus kerana tidak ada kepakaran dari segi penyenggaraan.Walaupun kerajaan telah melantik juruteknik komputer di setiap daerah, tetapi masalah inimasih tidak dapat diselesaikan. Perkakasan dan perisian komputer yang terdapat di dalammakmal memerlukan penyelenggaraan sentiasa untuk mengelakkannya daripada mudah rosak. Memandangkan makmal komputer tidak mempunyai pembantu makmal sebagaimanamakmal sains yang mempunyai pembantu makmalnya sendiri, maka kerja-kerjapenyelenggaraan buat masa sekarang terletak di bahu guru teknologi maklumat itu sendiri. Inibermakna beban tugas guru teknologi maklumat semakin bertambah.Kerja-kerja penyenggaraan ini mengambil banyak masa guru sekiranya terdapat kerosakan ke atas sesebuah komputer. Kadang-kala terdapat juga kalangan guru teknologi maklumat yang kurang mempunyai kemahiran menyenggarakan komputer. Ini bermakna sebarang kerosakan pada komputer perlu merujuk kepada pihak luar. Kaedah ini biasanya memakan belanja yang besar dan proses P&P juga terganggu. Dukacita yang amat sangat kerana kerajaan telah membelanjakan banyak peruntukkan untuk membangunkan ICT di sekolah tetapi dari segi penyenggaraannya terabai.

4. Perisian komputerAlat ICT yang selalu digunakan untuk pembelajaran tutorial ialah komputer dan perisianpendidikan sama ada yang disimpan di dalam CD-ROM, cakera keras ataupun laman web.Perubahan ini seiring dengan perkembangan yang berlaku dalam rekabentuk perisianpendidikan yang berciri kecerdasan. Ciri ini melahirkan perisian pendidikan yang berupayamenyesuai maklumat yang disampai dengan kemampuan dan keperluan pelajar. Denganperkembangan ICT, perisian kursus yang terdapat pada hari ini hampir semuanya bercirimultimedia. Secara umum, setiap perisian pendidikan mengandungi satu atau lebih daripadakomponen.:Bagaimanapun, pendidik harus berhati-hati dalam melaksana pendekatan ini.Kesilapan dalam memberikan pertimbangan boleh mengakibat pembaziran masa dan tenaga,menghalang penggunaan kemudahan ICT yang lebih produktif menjurus ke arahpenyalahgunaan kemudahan ICT, mengakibat lebih banyak masa diperlu oleh pelajar untukmempelajari sesuatu . Untuk tujuan ini, guru perlu terlebih dahulu menilai setiap perisianpendidikan yang hendak diguna oleh pelajar. Setelah pasti benar-benar wujud keperluan, guruhendaklah merancang penggunaan ICT, bukan dibuat secara bidan terjun.Cadangan mengatasi Kekurangan Prasarana dan Bahan SokonganPihak sekolah perlu memberi perhatian kepada beberapa perkara iaitu memperbaiki infrastruktur komunikasi dan multimedia seperti kemudahan komputer, lebar jalur tinggi yang bersepadu dan sambungan Internet serta makmal computer, meningkatkan infrastruktur seperti rangkaian, kandungan tempatan, insentif dan perundangan untuk membentuk persekitaran yang membolehkan

penyediaan infrastruktur. wujudkan jaringan kerjasama antara panitia atau sekolah dalam PPD sediakan peruntukan yang sesuai untuk menyediakan teknologi komputer terkini. wujudkan prasarana ICT yang sesuai untuk pembelajaran pihak pentadbir perlu memberi dorongan kepada guru untuk membina bahan pengajaran dan pembelajaran.Bagi pihak KPM pula perlu memberi fokus beberapa perkara iaitu menyelenggara peralatan dan perkakasan ICT secara intensif dan bersepadu. menyediakan infrastruktur ICT yang bersepadu dan berterusan di luar bandar dan pedalaman. menyediakan kemudahan bangunan institusi pendidikan mengikut piawai berasaskan keperluan dan kesesuaian memastikan kemudahan fizikal bangunan pendidikan diselenggara untuk memenuhi piawai, keperluan dan kesesuaian memastikan bekalan air bersih dan elektrik di semua sekolah.

ISU 4 JURANG ICT DAN DIGITAL

Jurang digital bermaksud terdapatnya jurang di antara satu komuniti dengan komuniti yanglain di dalam mengakses kepada ICT, mencapai maklumat melalui ICT serta memahami danmenggunakan maklumat dari ICT. Faktor yang menyebabkan jurang digital ialah - Faktor ekonomi, iaitu tidak mampu untuk membeli dan mendapatkan khidmat ICT. - Faktor Geografi,iaitu tempat tiada liputan internet dan bekalan elektrik - Faktor Kemahiran Komputer iaitu tidak mengetahui bagaimana untuk mengakses maklumat - Faktor Kemahiran Bahasa Dan Literasi iaitu tidak dapat membaca dan memahami bahasa internet dengan baik Pelbagai inisiatif dijalankan untuk merapatkan jurang digital di negara kita. Inisiatif-inisiatif ini datangnya daripada pelbagai pihak dan berperanan untuk memperkasa komunitidan menjana ilmu dalam melalui usaha menyeberangi jurang teknologi dan jurang minda.Inisiatif merapatkan jurang digital di Malaysia adalah bertujuan untuk mewujudkan jalinanpengetahuan secara digital serta memperkasa masyarakat di dalam bidang ekonomi, sosialdan akses kepada informasi dalam membantu masyarakat menjadi lebih berpengetahuan. Ketidakseimbangan yang berlaku dalam masyarakat terutama dan segi ekonomi,pendapatan, pendidikan, kemudahan infrastruktur. pemodenan dan sebagainya akan memberikesan terhadap kemajuan ICT dan digital. Sekolah, pendidikan dan profesion keguruan dinegara ini perlu memainkan peranan yang konstruktif bagi menangani jurang ICT dan digitalyang berlaku, terutama di luar bandar dan di kalangan kaum. Sekolah dan profesion keguruanperlu memberikan perhatian serius bagi merapatkan jurang perbezaan ICT dan digital denganmeningkatkan program pendidikan ICT dan memperluaskan peluang menguasai pengetahuandan kemahiran digital, khususnya di kalangan pelajar miskin dan luar bandar.

ISU 5 PENYALAHGUNAAN MAKMAL KOMPUTER DAN INTERNET PERCUMA

Guru-guru dan pelajar didapati menyalahgunakan kemudahan internet di sekolah untukmelayari laman-laman web yang tidak berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran sepertilaman sosial Myspace, Friendster dan sebagainya. Selain daripada portal-portal sosial,permainan komputer atas talian(Online Games) turut menjadi kegilaan pelajar sekolah masakini. Penyalahgunaan seperti ini dibimbangi mampu meningkatkan jenayah internet yangsukar dikawal. Memandangkan internet telah menjadi keperluan utama, melarang merekadaripada menggunakan internet amatlah tidak wajar. Namun, langkah-langkah pemantauanamatlah berkesan dalam mengatasi masalah ini. Selain itu, di sekolah juga

pemantauanharuslah dilakukan oleh guru-guru yang bertugas, memandangkan proses pembelajaran danpengajaran sekarang banyak menggunakan internet. Selain itu, nilai-nilai murni juga wajarditerapkan di dalam minda pelajar bagi mengelakkan masalah ini daripada bertambah teruk.Pelajar sekolah hari ini adalah antara pengguna internet di Malaysia. Penyalahgunaan internet dikalangan pelajar sekolah semakin membimbangkan dewasa ini terutamanya membabitkanpelayaran laman web berunsur lucah yang turut menjadi kegilaan pelajar masakini.

KESIMPULAN

Harapan Negara untuk melahirkan modal insan yang kreatif dan inovatif bagi memenuhikeperluan pasaran pada masa depan boleh dicapai melalui kurikulum pembelajaran berkaitanteknologi maklumat dan komunikasi yang sentiasa dikemas kini. Justeru itu, sebagaipengguna yang bijak kita tidak harus menyalahgunakan kemudahan teknologi maklumat ini.Penggunaan ICT dalam pembelajaran adalah prasyarat bagi Malaysia untuk menjadi Negarayang berpendapatan tinggi. Namun, kerajaan Malaysia khasnya Kementerian PelajaranMalaysia perlu berusaha mengatasi masalah-masalah yang timbul.