nota bm topik3 oumh1103

15
PENGENALAN Salah satu kemahiran yang paling penting ialah kemahiran membaca kerana ia merupakan asas untuk belajar. Sebahagian besar pembelajaran di universiti dicapai dengan membaca secara praktikal. Setiap kursus di peringkat ini memerlukan beberapa bentuk bacaan. Anda perlu membaca pelbagai jenis bahan untuk memenuhi keperluan kursus yang berlainan. Anda juga perlu membaca modul anda, nota tutorial, buku teks, artikel jurnal (kedua-dua sumber cetak dan elektronik), surat khabar, laporan dan sebagainya. Membaca dengan baik akan membolehkan anda mendapatkan faedah maksimum daripada pembacaan anda dan seterusnya meningkatkan kemahiran belajar anda. Topik ini akan membantu anda meningkatkan kemahiran membaca anda. Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menyatakan teknik membaca yang terlibat dalam bacaan pantas; 2. Menjelaskan teknik bacaan yang terlibat dalam bacaan teliti; dan 3. Mengaplikasikan teknik membaca yang dibincangkan dalam bacaan anda sendiri. HASIL PEMBELAJARAN T T o o p p i i k k 3 3 Membaca untuk Memperoleh Maklumat

Upload: azmanawan9

Post on 13-Jul-2015

57 views

Category:

Education


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: Nota bm topik3 oumh1103

� PENGENALAN

Salah satu kemahiran yang paling penting ialah kemahiran membaca kerana ia merupakan asas untuk belajar. Sebahagian besar pembelajaran di universiti dicapai dengan membaca secara praktikal. Setiap kursus di peringkat ini memerlukan beberapa bentuk bacaan. Anda perlu membaca pelbagai jenis bahan untuk memenuhi keperluan kursus yang berlainan. Anda juga perlu membaca modul anda, nota tutorial, buku teks, artikel jurnal (kedua-dua sumber cetak dan elektronik), surat khabar, laporan dan sebagainya. Membaca dengan baik akan membolehkan anda mendapatkan faedah maksimum daripada pembacaan anda dan seterusnya meningkatkan kemahiran belajar anda. Topik ini akan membantu anda meningkatkan kemahiran membaca anda.

Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1. Menyatakan teknik membaca yang terlibat dalam bacaan pantas;

2. Menjelaskan teknik bacaan yang terlibat dalam bacaan teliti; dan

3. Mengaplikasikan teknik membaca yang dibincangkan dalam bacaan anda sendiri.

HASIL PEMBELAJARAN

TTooppiikk

33 � Membaca

untuk Memperoleh Maklumat

Page 2: Nota bm topik3 oumh1103

TOPIK 3 MEMBACA UNTUK MEMPEROLEH MAKLUMAT �

85

APA YANG ANDA BACA?

Apakah yang anda faham dengan petikan di atas? Tujuan membaca adalah berbeza dari seorang individu dengan individu yang lain. Untuk memaksimumkan produktiviti membaca dan keberkesanannya, anda perlu tahu tujuan anda membaca dan apa yang anda harapkan melalui proses pembacaan tersebut. Anda perlu jelas tentang matlamat mengapa anda perlu membaca dan apa yang anda akan perolehi daripada membaca. Ini akan menentukan gaya pembacaan anda dan bahan yang ada pilih. Anda membaca untuk memenuhi tujuan-tujuan yang berikut: (a) UUntuk Mendapatkan Gambaran Keseluruhan Biasanya dirujuk sebagai „bacaan latar belakang‰. Ini adalah teknik yang

berguna kerana anda tidak akan terlepas pelbagai isu yang berkaitan dengan topik atau bidang anda. Buku-buku kadang-kadang dimasukkan dalam senarai pembacaan kursus untuk tujuan ini.

(b) UUntuk Mencari Maklumat Spesifik Apabila anda perlu mencari maklumat spesifik atau menyemak fakta

tertentu, anda mungkin perlu menyemak beberapa sumber maklumat tetapi matlamat anda adalah untuk memfokuskan kepada maklumat yang diperlukan sahaja. Sebagai contoh, apabila anda perlu mencari:

(i) Makna perkataan � Dapatkan sebuah kamus atau daftar istilah;

(ii) Petikan tertentu � Cari sebuah buku petikan;

(iii) Maklumat berkenaan seseorang � Dapatkan biografi;

(iv) Lokasi sesuatu tempat � Perhatikan peta; dan

(v) Statistik � Semak laporan statistik. (c) AAplikasi Praktikal Tujuan membaca di sini adalah untuk mengaplikasikan pengetahuan

kepada suatu situasi yang praktikal. Anda mungkin perlu membaca arahan untuk menjalankan tugas-tugas tertentu, contohnya membaca manual memasang peralatan di makmal, membaca buku-buku panduan atau membaca resepi.

Beberapa buah buku akan dinikmati, sebahagian ditelan, serta sedikit akan dimamah dan dihadam.

Francis Bacon, 1625

3.1

Page 3: Nota bm topik3 oumh1103

� TOPIK 3 MEMBACA UNTUK MEMPEROLEH MAKLUMAT

86

(d) MMembina Kefahaman Terperinci dan Analitis Dalam pembacaan akademik, anda perlu menjadi teliti tentang apa yang

anda baca supaya dapat memahami, menganalisis, membandingkan dan menilai maklumat.

Pembaca yang analitis akan berhenti seketika untuk berfikir tentang apa

yang telah dibaca. Pada akhir bacaan, semua fakta utama dan hujah yang disampaikan harus diberi perhatian, dianalisis dan lebih bersepadu untuk menghargai sepenuhnya bahan yang ditulis.

Bahan akademik yang disyorkan untuk bacaan penting, seperti buku,

artikel jurnal, laporan, tesis dan sebagainya memerlukan cara bacaan tertentu yang dikenali sebagai bbacaan untuk kefahaman. Membaca secara sistematik untuk pemahaman memerlukan satu kaedah formal membaca seperti teknik SQ3R (yang dibincangkan di dalam bahagian 3.2.2).

(e) KKeseronokan Membaca/Membaca Bebas Bacaan jenis ini adalah yang paling menyeronokkan. Di sini, tujuan anda

membaca adalah berdasarkan minat atau hobi. Ia paling menghiburkan dan menenangkan. Anda memilih bahan bacaan cereka atau apa-apa bidang yang menarik minat anda. Sebagai seorang pelajar, anda digalakkan membaca melangkaui teks akademik anda untuk membangunkan minda yang luas dan ingin tahu. Jadual 3.1 memberikan ringkasan sebab-sebab untuk membaca mengikut jenis dan kelajuan.

Jadual 3.1: Sebab Membaca Menurut Jenis dan Kelajuan

Jenis Alasan Kelajuan

Latar belakang Pandangan keseluruhan, gambaran keseluruhan. Bacaan pantas

Luncuran � Gambaran umum. � Pengetahuan tidak mendalam.

Bacaan pantas

Imbasan � Mencari maklumat khusus. � Membaca berdasarkan keperluan.

Bacaan pantas

Bacaan Teliti dan Kritikal (SQ3R)

� Teliti � Analisis � Menilai

Bacaan teliti

Nyatakan tiga sebab mengapa anda membaca modul. Pilih dari lima sebab-sebab yang telah diberikan sebelum ini.

SEMAK KENDIRI 3.1

Page 4: Nota bm topik3 oumh1103

TOPIK 3 MEMBACA UNTUK MEMPEROLEH MAKLUMAT �

87

BAGAIMANA UNTUK MEMBACA?

Sekarang setelah anda mengetahui maksud membaca yang berbeza dan pelbagai jenis teks yang ada, ia juga penting untuk anda mengetahui teknik yang berbeza dan menggunakan teknik yang sesuai dengan tujuan anda. Pilih teknik membaca yang paling sesuai untuk bahan seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 3.1: (a) Bacaan pantas; dan

(b) Bacaan teliti.

Rajah 3.1: Teknik membaca

3.2.1 Bacaan Pantas

Bacaan pantas bertujuan mendapatkan gambaran keseluruhan maklumat atau latar belakang topik. Ia juga bertujuan untuk mencari maklumat yang spesifik serta mengenal pasti bahan yang relevan dengan keperluan anda dan mengetahui apa keseluruhan kandungan. Bacaan pantas terdiri daripada: (a) IImbasan

(i) AApakah Imbasan? Imbasan adalah penyerapan kandungan yang cepat dan dilakukan

apabila anda ingin mencari maklumat tertentu. Dalam imbasan, mata anda bergerak dengan pantas ke bawah halaman untuk melihat jika ia mengandungi maklumat yang anda perlukan. Sebagai contoh, apabila

3.2

Page 5: Nota bm topik3 oumh1103

� TOPIK 3 MEMBACA UNTUK MEMPEROLEH MAKLUMAT

88

anda melihat nombor dalam direktori telefon, anda melakukan pengimbasan. Apabila mengimbas teks, mata anda mencari kata kunci atau frasa tertentu. Anda berhenti membaca setelah mencapai tujuan anda.

(ii) MMengapa Imbasan? Kini anda lebih memahami apa yang dimaksudkan dengan imbasan,

langkah seterusnya adalah untuk mengetahui tujuan imbasan. Imbasan dilakukan untuk mencari maklumat yang diperlukan dengan pantas dan cekap. Dalam imbasan, anda membaca ttidak lebih daripada yang diperlukan. Elakkan diri anda daripada membaca keseluruhan bahan. Pengimbasan menyediakan tahap sederhana maklumat. Kebanyakan laman sesawang boleh dibaca dengan menggunakan teknik ini.

(iii) BBagaimana Mengimbas? Untuk mengimbas buku, anda menggunakan proses mengesan kata

kunci. Mengesan kata kunci membolehkan anda untuk mendapatkan gambaran keseluruhan bahan. Baca maklumat seberapa banyak yang anda perlukan. Berikut adalah langkah-langkah yang disyorkan dalam mengimbas buku:

� Langkah 1 Catat tajuk dan nama pengarang buku. Buka buku dan lihat isi

kandungan halaman. Kandungan akan mengandungi seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 3.2.

� Langkah 2 Baca tajuk bab dan tajuk kecil. Adakah tajuk bab dan tajuk kecil

memberikan anda idea sama ada buku tersebut adalah relevan dengan keperluan anda?

Page 6: Nota bm topik3 oumh1103

TOPIK 3 MEMBACA UNTUK MEMPEROLEH MAKLUMAT �

89

Rajah 3.2: Contoh kandungan buku

� Langkah 3 Dari tajuk bab dalam Jadual Kandungan pergi ke seksyen yang

berkaitan buku dan baca perenggan pertama, atau sepintas lalu melalui tajuk-tajuk dalam seksyen. Kata kunci dan idea sering dijumpai di dalam perenggan awal atau sub-seksyen bab. Kini anda akan dapat mengetahui sama ada buku tersebut adalah relevan untuk keperluan anda dan sejauh manakah maklumat tersebut berkaitan.

� Langkah 4 Mencari indeks untuk kata kunci kepada topik anda. Cari kata

kunci serta kata kunci alternatif. Sebagai contoh, tajuk seperti Pemasaran dalam Talian mungkin membawa indeks berikut: pemasaran atas talian atau pemasaran Internet. Nota halaman lain atau muka surat di mana subjek itu diuruskan dan rujuk kepada muka surat yang sesuai. Baca perenggan sebelum dan selepas, jika anda ingin maklumat lanjut.

Page 7: Nota bm topik3 oumh1103

� TOPIK 3 MEMBACA UNTUK MEMPEROLEH MAKLUMAT

90

� Langkah 5 Perhatikan petua tambahan yang diberikan oleh penulis seperti:

� Perkataan berhuruf ggelap;

� Perkataan berhuruf condong;

� Perkataan bergaris; dan

� Subtopik.

(b) LLuncuran

(i) AApakah Luncuran? Luncuran melibatkan pergerakan mata anda ke bawah halaman

dengan pantas pada kertas yang anda sedang baca iaitu tajuk, tajuk kecil dan sebagainya, untuk mendapatkan gambaran umum yang baik pada semua bahan. Dalam proses tersebut, anda akan dapat melakukan fokus atau memusatkan tema atau menguasai bahan yang dibaca dalam masa tidak lebih daripada beberapa minit.

(ii) MMengapa Luncuran? Luncuran dilakukan apabila anda perlu membaca sejumlah besar

bahan dalam masa yang singkat dan apabila anda tidak melihat apa-apa secara khusus. Luncuran dilakukan untuk menilai sama ada buku tersebut adalah relevan untuk keperluan anda.

Melalui luncuran, anda akan dapat:

� Memperoleh gambaran keseluruhan tentang hujah utama penulis; dan

� Mengenal pasti idea utama atau tema buku atau artikel.

(iii) BBagaimana Melaksanakan Luncuran? Luncuran melibatkan bacaan bahagian tertentu daripada teks. Ia amat

berguna untuk menyediakan bacaan luncuran dengan membaca tajuk dan ringkasan penulis. Pada mulanya, ia akan menjadi tajuk-tajuk bertaip tebal yang akan menarik perhatian anda.

Seterusnya, anda membuat carian melalui teks dengan pantas melalui bacaan pertama dan perenggan terakhir serta di antara kata kunci.

Gerakkan mata anda di seluruh halaman untuk mencari kata kunci atau frasa. Bermula dengan sudut atas kiri dan bergerak merentasi, kemudian turun dan ke kanan secara zig-zag seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 3.3. Hanya fokus pada kata kunci dalam teks.

Page 8: Nota bm topik3 oumh1103

TOPIK 3 MEMBACA UNTUK MEMPEROLEH MAKLUMAT �

91

Rajah 3.3: Luncuran pada kata kunci berdasarkan kaedah zig-zag Luncuran dilakukan terhadap bahan terpilih merupakan bacaan pantas. Ia merupakan teknik yang efisien untuk mendapatkan idea umum, tanpa membaca setiap perkataan daripada buku.

3.2.2 Bacaan Teliti

Bacaan teliti membolehkan anda mengekalkan tumpuan anda untuk mendapatkan pemahaman yang terperinci bahan yang sedang anda baca. (a) TTujuan Bacaan Teliti Gaya bacaan teliti digunakan apabila anda perlu sangat teliti tentang apa

yang anda baca, terutamanya apabila anda perlu:

� Analisis dan memahami;

� Menilai dan menjadi kritikal;

� Mengingat maklumat yang anda baca; dan

� Mematuhi arahan. Anda boleh menerima pakai pendekatan yang berbeza untuk bacaan teliti.

Dua pendekatan penting dijelaskan berikut:

Bezakan antara imbasan dan luncuran mengikut apa, mengapa dan bagaimana berdasarkan apa yang telah dibincangkan di atas. Bincangkan topik ini dalam forum perbincangan dalam talian.

AKTIVITI 3.1

Page 9: Nota bm topik3 oumh1103

� TOPIK 3 MEMBACA UNTUK MEMPEROLEH MAKLUMAT

92

(i) PPendekatan Analitikal digunakan apabila anda perlu memahami istilah, arahan susulan atau mengingati apa yang telah anda baca. Pembacaan secara analitikal akan menjadikan pembaca aktif. Anda perlu mencipta soalan dan mencari jawapan semasa anda membaca. Misalnya: „Berapa logikkah idea-idea ini?‰ atau „Bolehkah kesimpulan diambil daripada keterangan yang telah diberikan?‰

(ii) PPendekatan Kritikal digunakan apabila anda perlu menilai bahan

yang anda sedang baca. Apabila anda membaca teks akademik, anda perlu memastikan bahawa pemahaman anda terhadap apa yang dibaca adalah sama dengan apa yang ingin disampaikan oleh penulis

Seseorang pembaca yang mahir, dapat membezakan kaedah dan kelajuan membaca bersesuaian dengan bahan dan sebab untuk membaca.

(b) TTeknik Bacaan Teliti Dalam bacaan teliti, anda dikehendaki untuk mematuhi teknik yang betul.

Salah satu teknik yang terkenal, teliti, teknik bacaan analitikal dan kritikal (yang menunjukkan bacaan teliti) ialah teknik SSQ3R. Teknik ini telah terbukti berguna kepada pelajar-pelajar membaca buku teks dan bacaan penting yang lain. Kaedah SQ3R mempunyai lima prinsip bacaan yang baik, seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 3.2. Ia juga merupakan lima langkah utama dalam pembelajaran yang berkesan.

(c) AApakah SQ3R? SQ3R adalah satu pendekatan yang aktif dan sistematik untuk membaca

bahan akademik. Kaedah ini membantu menghubungkan maklumat baru dengan apa yang anda sudah tahu. Berikut adalah merupakan prinsip yang terkandung dalam SQ3R:

S = Survey/Tinjau Q = Question/Soal R = Read/Baca R = Recite/Mengulang R = Review/Menyemak

Sila rujuk Jadual 3.2 untuk penerangan lanjut langkah-langkah ini.

Apabila menggunakan SQ3R:

� Baca dan membaca semula nota anda secara tetap � pertama kali sepatutnya dalam masa 24 jam; dan

� Kerap menyemak sepanjang minggu.

Page 10: Nota bm topik3 oumh1103

TOPIK 3 MEMBACA UNTUK MEMPEROLEH MAKLUMAT �

93

Jadual 3.2: Penerangan SQ3R

Langkah SQ3R Teks Aktiviti

1. Tinjau

Mulakan dengan meninjau bahan-bahan dan mendapatkan gambaran keseluruhan kandungan maklumat. Ia adalah seperti membaca peta sebelum anda membuat perjalanan.

� Baca prakata, tajuk dan subtajuk. (Ini adalah seperti papan tanda dalam peta anda).

� Baca kapsyen, carta dan graf, pengenalan dan perenggan kesimpulan.

� Baca kesimpulan.

� Imbas untuk melihat bagaimana maklumat itu disampaikan.

� Lakukan luncuran pada pengenalan, ringkasan dan kesimpulan.

2. Soal

� Tanya soalan yang sesuai untuk memfokuskan pembacaan anda.

� Bertanyakan soalan adalah satu proses membaca yang aktif.

� Tukar tajuk dan tajuk kecil kepada bentuk soalan. Tanya siapa, apa, bila dan mengapa.

� Baca soalan di akhir bab atau tajuk.

� Tanya diri anda: "Apa yang saya sudah tahu mengenai perkara tersebut?" Kaitkan dengan apa yang anda telah membaca.

� Baca bahagian demi bahagian.

� Kemukakan soalan.

3. Baca

� Soal diri anda semasa anda membaca.

� Berhenti kerap dan cuba untuk menjawab soalan.

� Baca perlahan-lahan untuk petikan yang rumit.

� Jawab soalan-soalan pada awal atau akhir bab atau panduan kajian.

� Dalam mencari jawapan anda akan menghubungkan jawapan anda dengan idea-idea pengarang.

� Lihat petikan yang menjawab soalan-soalan tertentu. Nota yang digariskan, perkataan yang ditulis condong (italik) atau huruf gelap.

� Ingat kosa kata dan frasa.

� Pilih contoh yang sesuai dan yang dapat menjelaskan idea-idea utama.

� Baca pantas dengan memberi tumpuan pada kata kunci.

� Berhenti dan lihat lebih dekat pada bahagian yang tidak jelas.

Page 11: Nota bm topik3 oumh1103

� TOPIK 3 MEMBACA UNTUK MEMPEROLEH MAKLUMAT

94

4. Ulang

� Ulang baca untuk kefahaman dan ingat kembali

� Selepas setiap bacaan, susun maklumat dalam fikiran anda.

� Semak buku atau artikel untuk melihat sama ada anda ingat.

� Ulang membaca adalah satu cara untuk ingat kembali. Selepas setiap bahagian, ingat dengan bertanyakan soalan mengenai apa yang anda telah baca.

� Ambil nota daripada teks dan tulis dalam perkataan anda sendiri.

� Tanda perkataan yang penting yang telah anda baca.

� Tulis semula apa yang anda ingin ingat dalam ayat anda sendiri.

� Gunakan deria agar lebih mudah untuk ingat (pendengaran, penglihatan, pertuturan).

� Cuba ringkaskan dengan menggunakan perkataan anda sendiri apa yang anda telah membaca.

� Nilai semula sama ada anda boleh mengingat kembali maklumat bacaan anda. Bentuk peta minda.

� Melihat, bercakap dan mendengar akan memperkukuhkan pembelajaran anda.

� Baca teks (melihat).

� Ucap apa yang anda faham (bercakap).

� Mendengar untuk diri sendiri (mendengar), dan

� Buat nota (menulis).

5. Menyemak

� Mengkaji semula penyatuan dan integrasi maklumat yang telah dikumpulkan.

� Adakah isu-isu utama telah dikenal pasti?

� Adakah nota dapat diingati?

� Adakah anda dapat memahami artikel yang telah anda baca?

� Semak semula semua soalan dan jawapan dan isi-isi utama.

� Tanda dan buat nota.

� Semak nota anda.

� Gunakan kad imbasan.

� Rancang satu atau dua semakan sebelum peperiksaan.

� Semakan akhir boleh mendorong bacaan kembali.

� Gunakan kad imbasan untuk soalan berbeza.

� Membuat ulasan serta-merta selepas bacaan pertama anda.

� Jadikan ia ringkasan.

Pilih sebuah artikel dan gunakan langkah-langkah SQ3R sambil membaca. Nyatakan sejauh manakah teknik ini telah membantu anda dalam membuat pembacaan anda lebih bermakna.

AKTIVITI 3.2

Page 12: Nota bm topik3 oumh1103

TOPIK 3 MEMBACA UNTUK MEMPEROLEH MAKLUMAT �

95

RUMUSAN BACAAN ANDA

Rajah 3.4 adalah panduan untuk membantu anda menyimpan rumusan bacaan anda. Ia membantu anda untuk mengumpul maklumat yang diperlukan dengan menggunakan imbasan dan luncuran untuk mendapatkan gambaran keseluruhan kandungan bahan bacaan.

Rajah 3.4: Ringkasan bacaan anda

TEKNIK MEMBACA MODUL

Anda telah diperkenalkan kepada unsur-unsur utama yang diperlukan dalam proses membaca. Dengan pengetahuan tersebut, anda akan dapat menggunakannya untuk mendapat faedah yang lebih baik daripada modul yang anda baca dengan penggunaan masa membaca anda yang lebih berharga. Dalam usaha tersebut, anda akan melalui bahagian utama di dalam modul anda supaya anda biasa dengan bahagian-bahagian seperti Isi Kandungan, Panduan Kursus dan lain-lain. Gunakan Jadual 3.3 untuk membimbing anda dalam merekodkan rumusan bacaan anda.

3.4

3.3

Page 13: Nota bm topik3 oumh1103

� TOPIK 3 MEMBACA UNTUK MEMPEROLEH MAKLUMAT

96

3.4.1 Isi Kandungan

Anda mampu untuk mendapatkan gambaran umum kandungan modul daripada Isi Kandungan. Melalui imbasan Isi Kandungan, anda dapat melihat struktur modul dan setiap topik secara spesifik, yang ditanda oleh sistem nombor. Pada bahagian awal modul ini telah ditunjukkan bahawa Isi Kandungan terdiri daripada 10 topik yang memberikan anda maklumat spesifik.

3.4.2 Panduan Kursus

Panduan kursus didapati di muka surat empat hingga lima yang pertama dalam modul anda selepas Isi Kandungan. Biasanya Panduan Kursus menggunakan angka Roman (i - iv). Tujuan panduan kursus adalah untuk menyediakan secara ringkas gambaran keseluruhan kursus. Ia terdiri daripada yang berikut: Pengenalan, Panduan Kursus, Jadual Pembelajaran, Objektif Kursus, Sinopsis Kursus dan Pengetahuan Asas. Sebagai permulaan, adalah penting untuk anda tahu apa objektif kursus serta jadual pembelajaran. Sinopsis boleh dirujuk pada bila-bila masa jika anda ragu-ragu maksud unit pembelajaran. Bahagian Rujukan merupakan salah satu bahagian yang penting dalam panduan kursus. terutamanya jika anda sedang menulis tugasan anda.

3.4.3 Langkah Memahami Kandungan Kursus

Selepas memahami panduan kursus, anda kini bersedia untuk menerokai topik-topik yang terkandung di dalam modul. Setiap topik mempunyai pengenalan dan satu set hasil pembelajaran yang akan memberikan anda maklumat ringkas tentang topik-topik di dalam modul. Langkah seterusnya adalah untuk membaca kandungan itu sendiri. Setelah anda membaca kandungan, anda akan mendapati bahawa terdapat beberapa ikon yang digunakan di dalam modul anda. Ikon mewakili pelbagai aktiviti yang tertera di dalam modul pembelajaran anda dan tujuannya adalah untuk menyokong kefahaman anda, meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi dan menguasai konsep-konsep penting. Kedua-dua ikon utama yang digunakan dalam modul anda adalah Semak Kendiri dan Aktiviti. Ikon ini adalah seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 3.3.

Page 14: Nota bm topik3 oumh1103

TOPIK 3 MEMBACA UNTUK MEMPEROLEH MAKLUMAT �

97

Jadual 3.3: Ikon

Ikon SSimbol Ikon KKegunaan

Semak Kendiri

Latihan untuk menguji kefahaman tentang konsep dan isu-isu penting melalui huraian dan penjelasan. Pelajar perlu memikirkan tentang kandungan.

Aktiviti

„Aktiviti‰ melibatkan amalan atau mengaplikasikan pengetahuan dalam situasi sebenar. Contohnya: kajian kes, pemerhatian, perbincangan dan penyelidikan.

Apakah cara anda untuk mengetahui kandungan modul anda? Nyatakan pelbagai kaedah yang anda gunakan dalam pembacaan anda.

AKTIVITI 3.3

Jawab soalan berikut: 1. Ketika anda pertama kali modul ini, apakah yang anda lakukan? Sila

pilih di antara yang berikut:

(a) Selak muka surat dan letakkan di tepi.

(b) Baca Panduan Kursus dan buat nota minda.

(c) Lihat Isi Kandungan dan cuba lihat hubungan antara topik.

(d) Rujuk satu atau dua topik tertentu dan baca dengan pantas.

(e) Lihat susun atur (misalnya reka bentuk, grafik dan ketebalan modul).

2. Setelah membaca mengenai kaedah SQ3R, nyatakan bagaimana ia

akan memberi manfaat kepada anda.

AKTIVITI 3.4

Page 15: Nota bm topik3 oumh1103

� TOPIK 3 MEMBACA UNTUK MEMPEROLEH MAKLUMAT

98

� Topik ini telah memberikan anda gambaran tentang beberapa kemahiran

membaca asas yang anda boleh gunakan dalam membaca modul kursus atau bahan-bahan lain sama ada di dalam media cetak atau elektronik.

� Anda perlu membaca lebih banyak sumber-sumber lain. Modul anda hanya panduan untuk menyediakan anda dengan maklumat asas berkaitan dengan kursus anda.

� Terdapat dua teknik membaca utama, iaitu bacaan pantas dan bacaan teliti.

� Bacaan pantas melibatkan proses imbasan dan luncuran teks.

� Bacaan teliti melibatkan proses analitikal dan pendekatan kritikal.

� SQ3R adalah satu pendekatan sistematik untuk bacaan yang melibatkan langkah-langkah tinjauan, soalan, membaca, mengulang dan menyemak.

Analitikal

Bacaan Pantas

Bacaan Teliti

Imbas

Kritikal

Luncuran

Teks