rujukan oumh1103.docx

Upload: ayiem-meow

Post on 03-Apr-2018

270 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/28/2019 rujukan oumh1103.docx

    1/48

    634

    KEMAHIRAN INSANIAH DAN KEPENTINGAN PENERAPANNYA DALAM

    PROGRAM BAKTISISWA PERDANA UniMAP

    Hanum Hassan

    39

    Razli Ahmad

    40

    Lt. Kol. (B) Azuddin Bahari

    41

    Pandangan umum sering merujuk kegagalan siswazah mendapat kerja disebabkan

    mereka tidak memiliki kemahiran insaniah yang diperlukan majikan. Hal ini kerana

    Kebolehpasaran setiap graduan dinilai dalam pelbagai aspek. Selain pencapaian

    akademik cemerlang, mereka perlu mempunyai kemahiran insaniah yang tinggi

    termasuk komunikasi secara berkesan dan beberapa kemahiran lain seperti kemahiran

    kepimpinan, kerja berpasukan, pemikiran kritis, dan keusahawanan. Pihak majikan pula

    lebih cenderung mencari bakal pekerja yang memiliki pelbagai kemahiran tanpa perlu

    memberi latihan dalam perkhidmatan (in-house training). Proses pembangunan Soft

    Skills ini boleh dilaksanakan kepada semua pelajar meliputi di dalam dan di luar bilik

    kuliah. Sempena program Baktisiswa Perdana UniMAP (2008) yang telah dilaksanakan,

    satu kajian telah dilakukan bertujuan untuk mengkaji persepsi pelajar terhadap

    penerapan kemahiran insaniah. Selain itu kajian ini juga diadakan untuk mengkaji

    apakah elemen kemahiran insaniah paling tinggi diperolehi oleh pelajar dalam program

    bakti siswa perdana serta objektif ketiga adalah untuk mengkaji persepsi pelajar

    berdasarkan jantina terhadap penerapan kemahiran insaniah melalui program Bakti

    Siswa Perdana. Responden kajian ini terdiri daripada 270 orang pelajar UniMAP.

    Mereka telah mengikuti program Baktisiswa Perdana yang telah diadakan pada

    penghujung Julai 2008 selama 4 hari. Borang soal selidik telah diedarkan kepada

    respondean kajian dengan menggunakan kaedah Skala Likert. Data-data telah dianalisis

  • 7/28/2019 rujukan oumh1103.docx

    2/48

    menggunakan SPSS Versi 13.0. Dapatan kajian menunjukkan pelajar memberikan

    tanggapan yang baik terhadap program Bakti Siswa Perdana serta dapat meningkatkan

    kemahiran insaniah mereka. Hasil kajian juga mendapati bahawa elemen berkomunikasi

    dilihat sebagai elemen utama tertinggi diperolehi pelajar berbanding elemen-elemen lain

    yang dikemukakan. Agak menarik ialah hasil kajian menunjukkan bahawa tidak terdapat

    sebarang perbezaan tanggapan daripada pelajar berbeza terhadap kemahiran insaniah

    yang mereka perolehi sepanjang mengikuti program Bakti Siswa Perdana yang

    diadakan. Kajian ini akan mencadangkan beberapa pendekatan yang akan

    memantapkan lagi aspek kemahiran insaniah di kalangan pelajar UniMAP melalui

    program Bakti Siswa Perdana dimasa akan datang.

    1. Pengenalan

    39

    Hanum Hassan : Pusat Kemahiran Komunikasi Dan Keusahawanan, UniMAP

    40

    Razli Ahmad : Pusat Kemahiran Komunikasi Dan Keusahawanan, UniMAP

    41

    Lt. Kol. (B) Azuddin Bahari : Pusat Kemahiran Komunikasi Dan Keusahawanan, UniMAP 635

    Pandangan umum sering merujuk kegagalan siswazah mendapat pekerjaan disebabkan

    mereka tidak memiliki kemahiran insaniah yang diperlukan majikan. Malah terdapat

    rungutan dan kebimbangan yang disuarakan oleh para majikan sejak akhir-akhir ini

    bahawa Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) tidak menyediakan pelajarnya dengan

    ilmu dan kemahiran yang secukupnya untuk mereka melangkah ke alam pekerjaan. Hal

    ini kerana kebolehpasaran setiap graduan dinilai dalam pelbagai aspek dan pihak

    majikan pula lebih cenderung mencari bakal pekerja yang memiliki pelbagai kemahiran

    tanpa perlu memberi latihan dalam perkhidmatan Haslinda, Muhammad Nubli dan

    Zarina (2005). Kajian yang dilakukan oleh Pusat Pembangunan Akademik (CADE) UPM

    mendapati isu-isu berkaitan dengan kemahiran insaniah berada di tangga ke sepuluh

  • 7/28/2019 rujukan oumh1103.docx

    3/48

    semasa sesi temuduga dijalankan berbanding dengan isu berkaitan akademik yang

    berada di tangga ke lapan belas (Mohamad Shatar dan Azali Mohamad, 2008). Ini

    menunjukkan bahawa perkara-perkara yang berkaitan dengan pembentukan kemahiran

    insaniah pelajar perlu diberi perhatian yang serius terutama di peringkat Institut

    Pengajian Tinggi di negara kita.

    Selain pencapaian akademik cemerlang, siswazah perlu mempunyai kemahiran

    insaniah yang tinggi termasuk komunikasi secara berkesan dan beberapa kemahiran

    lain seperti kemahiran kepimpinan, kerja berpasukan, pemikiran kritis, keusahawanan,

    pembelajaran berterusan dan pengurusan maklumat serta etika dan moral profesional.

    Bertepatan dengan senario ini, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) telah menganjurkan

    Program Bakti Siswa Perdana yang juga merupakan salah satu program dalam 7

    pillars yang diperkenalkan di UniMAP iaitu Program Bersama Komuniti. Program 7

    pillars ini merangkumi kursus patriotik, berjalan kaki 50 km, bersama komuniti, wacana

    sosial, kursus kemahiran berkomunikasi dan kursus etiket sosial.

    Pada tahun 2008, seramai 1400 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar tahun satu

    dan 700 buah keluarga yang melibatkan 30 buah kampung di negeri Perlis telah

    menyertai program ini. Program ini dijalankan selama 3 hari 2 malam, di mana setiap

    keluarga akan menerima 2 orang peserta untuk menjadi anak angkat mereka. Matlamat

    utama program ini adalah untuk melahirkan mahasiswa dan masyarakat yang berfikiran

    dinamik, berbudaya dan mempunyai semangat patriotisme yang tinggi terhadap negara

    di samping memupuk kemahiran insaniah seperti kemahiran komunikasi, kemahiran

    kerja berpasukan, kemahiran kepimpinan dan pemikiran kritis dan kemahiran

    menyelesaikan masalah. Selain itu program ini dilaksanakan adalah untuk

    meningkatlkan perpaduan dikalangan pelajar pelbagai kaum yang menyertainya.

    2. Pernyataan Masalah

    Menurut bekas Menteri Pengajian Tinggi Datuk Mustapa Mohamed, kegagalan

    siswazah mendapat kerja adalah disebabkan mereka tidak memiliki kemahiran insaniah

    yang diperlukan majikan. Beliau berkata selain daripada lemah penguasaan bahasa

  • 7/28/2019 rujukan oumh1103.docx

    4/48

    Inggeris, siswazah didapati berfikiran sempit, tiada ciri kepimpinan, semangat kekitaan

    dan tiada kemahiran berkomunikasi. Dalam dialog di antara Kementerian Pengajian

    Tinggi dengan majikan di negara ini, ramai mengatakan graduan universiti tidak diambil

    kerja kerana tidak memiliki kemahiran insaniah (Bernama, 2007). 636

    Senario hari ini menunjukkan bahawa IPTA atau IPTS yang berperanan sebagai

    pembekal sumber manusia untuk mengisi tempat pekerjaan semata-mata tidak lagi

    dianggap memadai. Hari ini universiti terpaksa "mengejar" kepesatan perubahan supaya

    proses pembelajaran dan pengajaran pelajar lebih relevan dengan perkembangan

    terkini. Dalam keadaan yang sedemikian, aspek lain seperti kematangan berfikir,

    perkembangan sahsiah, daya kepimpinan, budaya intelektual, kemahiran insaniah di

    kalangan pelajar yang seharusnya terangkum dalam pendidikan yang bersepadu itu

    kadangkala tidak menonjol sepanjang pengajian di universiti (Melati, 2007).

    Menurut Hussey (dalam Haslinda, Muhammad Nubli dan Zarina, 2005) soft skills

    dianggap kemahiran yang sangat diperlukan dalam bidang industri, maka program-program latihan amat

    dititikberatkan oleh pihak majikan. Oleh itu industri amat

    mengharapkan agar peranan dan tanggungjawab memberi pendedahan asas ini diambil

    alih oleh institusi pendidikan.

    Kemunculan isu mengenai penguasaan kemahiran oleh graduan telah mendorong

    Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menghasilkan Modul Pembangunan Kemahiran

    Insaniah untuk IPT Malaysia sebagai rujukan kepada IPT di Malaysia (Universiti

    Malaysia Perlis, 2007). Modul yang diperkenalkan ini adalah hasil usaha dan komitmen

    banyak pihak di kementerian bagi melahirkan modal insan berkualiti, berketerampilan

    dan mampu bersaing bukan sahaja di pasaran kerja tempatan, malah peringkat

    antarabangsa (Yulpisman, 2006).

    Negara akan rugi jika aset negara yang bakal menjadi pewaris masa depan terumbang

    ambing mencari pekerjaan tanpa kemahiran di dada. Negara amat memerlukan modal

    insan yang berkualiti, berketerampilan dan mampu bersaing bukan sahaja di pasaran

    kerja tempatan malah di peringkat antarabangsa. Seharusnya siswazah wajar

  • 7/28/2019 rujukan oumh1103.docx

    5/48

    melengkapkan diri dengan memiliki pelbagai kemahiran yang tinggi, berketerampilan, di

    samping bersahsiah terpuji demi meneruskan kecemerlangan dan kegemilangan

    bangsa dan negara.

    3. Objektif Kajian

    Secara umumnya kajian adalah bertujuan untuk meninjau persepsi pelajar terhadap

    penerapan kemahiran insaniah dalam program Bakti Siswa Perdana UniMAP. Secara

    khususnya kajian ini dilakukan adalah untuk:

    i. Mengkaji persepsi pelajar terhadap penerapan kemahiran insaniah.

    ii. Mengkaji apakah elemen kemahiran insaniah paling tinggi diperoleh oleh pelajar

    dalam program Bakti Siswa Perdana.

    iii. Mengkaji persepsi pelajar berdasarkan jantina terhadap penerapan kemahiran

    insaniah melalui program Bakti Siswa Perdana.

    4. Kepentingan Kajian 637

    Kajian ini diharapkan akan dapat membantu pihak UniMAP mempertingkatkan

    penerapan kemahiran Insaniah dalam kalangan pelajarnya. Dapatan daripada kajian ini

    sudah pasti akan digunakan untuk penambahbaikkan dalam perlaksanaan program

    Bakti Ssiswa Perdana di masa akan datang.

    5. Batasan Kajian

    Kajian hanya dilakukan di kalangan pelajar-pelajar baru yang mendaftar diri sebagai

    pelajar UniMAP pada sesi pengambilan pelajar Jun 2008/2009. Kajian ini tidak

    melibatkan pelajar-pelajar lama UniMAP. Tumpuan kajian dilakukan adalah untuk

    meninjau aspek Kemahiran Insaniah sahaja.

    6. Metodologi Kajian

    Populasi kajian adalah seramai 1400 orang. Sehubungan dengan itu pengkaji hanya

    menggunakan seramai 270 orang sahaja daripada jumlah tersebut sebagai responden

    kajian (Sekaran, 1992). Mereka dipilih secara rawak di lokasi di mana mereka menjalani

    program Bakti Siswa Perdana.

    Soalan yang dikemukakan terdiri daripada enam bahagian. Bahagian A yang berkaitan

  • 7/28/2019 rujukan oumh1103.docx

    6/48

    dengan demografi responden dan berskala nominal, manakala empat bahagian lagi iaitu

    terdiri daripada bahagian elemen kemahiran insaniah iaitu berkomunikasi, kerja

    berpasukan, kepimpinan dan pemikiran kreatif dibina berasaskan sklala Likert 15.

    Pengkaji meletakkan satu lagi bahagian iaitu Kemahiran Insaniah sebagai

    pembelehubah bersandar dalam kajian ini. Setiap bahagian mengandungi lapan soalan

    yang berskala likert. Soalan-soalan telah dianalisis mengunakan SPSS Versi 13.0 .

    7. Kajian Literatur

    Menurut Haslinda, Muhammad Nubli dan Zarina (2005) dalam satu kajian ke atas

    Program Soft Skills diperkenalkan di Kolej Universiti Kejuruteraan & Teknologi Malaysia

    (KUKTEM) terhadap 373 orang pelajar dan 49 orang kakitangan akademik mendapati

    program Soft Skills merupakan satu program bersepadu yang mampu menghasilkan

    bakal jurutera untuk memenuhi kehendak industri dan aspirasi negara yang memerlukan

    tenaga kerja yang trampil dalam kedua-dua aspek kemahiran teknikal mahupun

    kemahiran insaniah.

    Manakala menurut Abd Rahim, Ariza, Mohd Noor dan Azizah (2007) menerusi kajian

    yang dibuat ke atas Program Keterampilan Graduan yang dilaksanakan terhadap 293 638

    orang pelajar tahun akhir program diploma dan ijazah sarjana muda mendapati mereka

    amat berpuas hati dengan program yang dijalankan dan program ini telah banyak

    memberi manfaat, pengetahuan dan menambahkan keyakinan diri dalam komunikasi,

    etika dan moral profesional, kerja berpasukan dan kepimpinan, kemahiran berfikir

    secara kritis dan penyelesaian masalah, keusahawanan dan Bahasa Inggeris.

    Noreen, Mohd Nihra, Mohamad Said dan Mohd Fadzli (2007) pula dalam kajian mereka

    terhadap Tahap Kesediaan Kemahiran Generik Pelajar Tahun Akhir Yang Mengambil

    Mata Pelajaran Fizik Di Fakulti Pendidikan UTM, Skudai berdasarkan kepada tujuh

    kemahiran generik yang telah digariskan dalam Atribut Graduan UTM mendapati majoriti

    responden berada pada tahap kesediaan yang tinggi berdasarkan kepada tujuh

    kemahiran generik yang dinilai. Hasil kajian juga mendapati bahawa pelajar sangat

    bersetuju untuk memperbaiki penguasaan Bahasa Inggeris dalam proses pengajaran

  • 7/28/2019 rujukan oumh1103.docx

    7/48

    dan pembelajaran.

    Menurut Rohanida Abd. Manaf dan Mohd Sofian Omar Fauzee (2002) dan Mohd.

    Hamidi Bin Abdul Hamid (2002) melihat peranan ko-kurikulum dalam membangunkan

    kemahiran kepimpinan individu. Menurut mereka, aktiviti kokurikulum lebih banyak

    menanam, memupuk dan memberi latihan awal dari segi aspek kepimpinan, sahsiah

    dan kemasyarakatan di kalangan pelajar.

    Esa, Abd. Hadi dan Mohd Salleh (2007) telah menjalankan satu kajian untuk mengenal

    pasti sama ada ko-kurikulum yang dilaksanakan di politeknik Malaysia, menerapkan

    kemahiran generik bagi menyediakan pelajar sebagai bakal pekerja yang berpotensi

    memenuhi keperluan pihak industri di Malaysia. Hasil kajian mendapati graduan

    politeknik yang menguasai kemahiran generik setelah mempelajarinya menerusi

    kokurikulum dapat memenuhi keperluan pihak industri di Malaysia.

    8. Penemuan dan Perbincangan

    Jadual 1:Demografi Responden

    ________________________________________________________

    Jantina Bangsa

    M C I S/S

    Lelaki 114 44 8 0

    Perempuan 71 30 1 2

    ________________________________________________________

    Kelayakan

    Masuk SPM Dip Mat STPM

    13 70 111 76

    _________________________________________________________

    Pengajian Diikuti Diploma Ijazah

    21 249

    __________________________________________________________ 639

    Berdasarkan Jadual 1 di atas, didapati bilangan responden lelaki melebihi responden

  • 7/28/2019 rujukan oumh1103.docx

    8/48

    perempuan. Sebahagian besar responden kajian terdiri daripada keturunan Melayu

    (185 orang). Manakala dari segi kelayakan untuk memasuki universiti pula didapati

    pelajar lepasan Matrikulasi mengatasi pelajar lepasan SPM, Diploma serta STPM.

    Sementara itu, tahap pengajian yang diikuti oleh responden pula menunjukan bahawa

    mereka yang mengikuti peringkat Ijazah mengatasi peringkat Diploma.

    Menjawab Objekif Kajian 1

    Objektif kajian yang pertama adalah untuk mengkaji persepsi pelajar terhadap

    penerapan kemahiran insaniah melalui Program Bakti Siswa Perdana yang

    dilaksanakan. Pengkaji telah menggunakan ujian regresi berganda untuk mengkaji

    samada pelajar memperolehi kemahiran insaniah melalui program yang dilaksanakan.

    Dapatan kajian ditunjukkan dalam Jadual 1 dan 2 dibawah.

    Jadual 1: Ringkasan Model

    ________________________________________________

    Model R R Sq Adjusted Std. Error

    R Square of the estimate

    ________________________________________________

    1 934(a) .872 870 2.09159

    ________________________________________________

    Dapatan ini menunjukkan bahawa 87.2% daripada variasi dalam kemahiran insaniah

    dapat diterangkan oleh keempat-empat angkubah bebas yang dimasukkan kedalam

    kajian ini. Bakinya sebanyak lebih kurang 13% lagi aspek yang mempengaruhi

    pembentukan kemahiran insaniah tidak dapat diterangkan melalui kajian ini, tetapi

    mungkin dipengaruhi oleh faktor-faktor lain diluar kajian ini.

    Bagi mengkaji apakah model ini dapat menerangkan samada pelajar memperolehi

    kemahiran insaniah melalui program Bakti Siswa Perdana UniMAP maka pengkaji

    menggunakan ujian ANOVA (Jadual 2).

    Jadual 2; Analisis Varians

  • 7/28/2019 rujukan oumh1103.docx

    9/48

    _________________________________________________

    Model Sum df Mean F Sig

    of square square

    _________________________________________________

    Reg 7912.012 4 1978.003 452.142 .000(a)

    1159.307 265 4.375 640

    9071.319 269

    _________________________________________________

    Jadual ini menunjukkan bahawa nilai F yang diterbitkan ialah 452.142 > 265 (4.d.k).

    Apa yang dapat disimpulkan ialah model ini berjaya menerangkan fenomena yang dikaji

    iaitu pelajar sememangnya memperolehi kemahiran insaniah melalui program Bakti

    Siswa Perdana UniMAP dengan memuaskan. Paras keertian yang didapati juga sangat

    baik (p

  • 7/28/2019 rujukan oumh1103.docx

    10/48

    ialah nilai mean untuk Kepimpinan (32.3). Dapatan ini juga menunjukkan bahawa

    komunikasi merupakan elemen kemahiran insaniah yang paling tinggi diperolehi oleh

    pelajar yang menyertai Program Bakti Siswa Perdana UniMAP, ini diikuti oleh elemen

    kepimpinan, pemikiran keatif dan akhir sekali elemen kerja berpasukan.

    Menjawab Objektif Kajian 3

    Akhir sekali kajian mendapati bahawa tidak terdapat sebarang perbezaan tanggapan

    pelajar berdasarkan jantina yang berbeza terhadap dimensi penerapan kemahiran

    insaniah dalam program Bakti Siswa Perdana. Dalam hal ini, ujian ANOVA telah

    dilakukan untuk mengkaji samada wujud perbezaan tanggapan berkenaan.

    Jadual 4: Analisis Varians

    ______________________________________________

    Model Sum df Mean F Sig

    of square square 641

    ______________________________________________

    Reg 148.701 3 49.567 1.478 .221

    8922.618 266 33.544

    9071.319 269

    ______________________________________________

    Berdasarkan Jadual 4 di atas, didapati nilai F yang muncul ialah 1.478 < daripada 266

    (3.d.k). Paras keertian yang diperolehi p > .01 (.221). Ini menunjukkan bahawa tidak

    terdapat perbezaan persepsi yang signifikan diantara pelajar pelbagai kaum dalam

    kajian ini terhadap kemahiran insaniah yang mereka perolehi. Pengesahan kepada

    kenyataan ini juga Ujian Post - Hoc (Scheffe dan Bonferroni) turut dijalankan. Hasil

    kajian menujukkan tidak terdapat hubungan yang signifikan diantara persepsi pelajar

    dengan kemahiran insaniah yang mereka perolehi semasa menjalani program Bakti

    Siswa Perdana UniMAP.

    9. Rumusan dan Perbincangan

    Memenuhi objektif kajan pertama, dapatan menunjukkan bahawa pelajar telah

  • 7/28/2019 rujukan oumh1103.docx

    11/48

    memperolehi kemahiran insaniah melalui Program Bakti Siswa Perdana. Dapatan ini

    hampir sama dengan dapatan kajian Haslinda, Muhammad Nubli dan Zarina (2005)

    bahawa program-program bersepadu yang dilaksanakan oleh pihak universiti merupaya

    menghasilkan pelajar-pelajar kejuruteraan yang terampil dalam pelbagai aspek. Dapatan

    ini membuktikan bahawa program-program bersifat bersepadu seperti Program Bakti

    Siswa Perdana yang melibatkan pelajar mampu melahirkan nilai kemahiran insaniah

    kepada pelajar berkenaan.

    Sehubungan dengan itu, program seperti ini perlu digalakkan di universiti kerana

    hasilnya terbukti positif serta seperti yang diharapkan berlaku. Tidaklah sukar untuk

    melaksanakan program ini kerana di Universiti sendiri mempunyai segala kemudahan

    dan keperluan yang dikehendaki untuk melaksanakannya. Satu isu yang mungkin perlu

    diberi perhatian penting dalam hal ini ialah untuk mengenalpasti apakah modul yang

    sesuai dilaksanakan yang mampu membentuk kemahiran insaniah kepada para pelajar

    yang menyertainya. Tanpa modul yang serasi atau sesuai digunakan, kita khuatir

    program seumpama itu akan dilihat sebagai program syok sendiri sahaja.

    Menarik untuk dilihat ialah mengapa elemen berkomunikasi disifatkan sebagai elemen

    kemahiran insaniah paling tinggi diperolehi oleh pelajar sebagaimana ditunjukkan melalu

    dapatan kajian ini. Namun apa yang jelas ialah dapatan kajian ini adalah seperti yang

    selalu dibayangkan oleh ramai bahawa program seperti Bakti Siswa Perdana akan

    meningkatkan tahap komunikasi dalam kalangan peserta yang terlibat dengan keluarga

    angkat serta masyarakat di sekitar. Semakin ramai peserta terlibat maka aspek

    komunikasi dikatakan semakin terbuka dan meluas. Jika ini merupakan satu lumrah

    maka dapatan kajian ini juga hampir menyamai dengan dapatan kajian yang dlakukan 642

    oleh Abd Rahim, Ariza, Mohd Noor dan Azizah (2007) yang menyatakan bahawa

    program-program seperti keterampilan graduan yang dilaksanakan telah banyak

    memberi munafaat kepada pelajar dalam pelbagai aspek termasuk aspek

    berkomunikasi.

    Selain daripada bertujuan untuk meningkatkan kemahiran insaniah dalam kalangan

  • 7/28/2019 rujukan oumh1103.docx

    12/48

    pelajar yang menyertai program Bakti Siswa Perdana, program ini juga bertujuan untuk

    meningkatlkan perpaduan dikalangan pelajar pelbagai kaum yang menyertainya. Oleh

    itu dapatan kajian yang menunjukkan tidak terdapat perbezaan tanggapan dikalangan

    pelajar pelbagai kaum dalam konteks kemahiran insaniah yang mereka perolehi adalah

    satu petanda yang positif. Memperolehi kemahiran insaniah dalam persekitaran pelbagai

    kaum seperti di Malaysia adalah sangat penting ini kerana secara realitinya masyarakat

    di Malaysia terpaksa menerima hakikat bahwa mereka hidup dalam ruang sosial yang

    terdiri daripada pelbagai kaum. Sudah tentu kemahiran insaniah dalam konteks ini akan

    membantu meningkatkan tahap perpaduan dalam kalangan masyarakat di Malaysia.

    10. Cadangan Kajian Lanjutan

    Berdasarkan dapatan kajian ini, maka kajian-kajian akan datang wajar dilakukan bagi

    meningkatkan lagi pengetahuan kita tentang kemahiran insaniah yang diperolehi oleh

    para pelajar yang menyertai sesuatu program anjuran IPT.

    Kajian yang telah dijalankan ini hanya menumpukan kepada empat daripada tujuh

    elemen Kamahiran Insaniah (yang diperakukan olek KPT). Sehubungan dengan itu

    kajian-kajian di masa akan datang wajar juga untuk meninjau tiga lagi elemen kemahiran

    insaniah yang tidak dimasukkan dalam kajian ini seperti kemahiran keusahawanan,

    etika dan moral profesional serta pembelajaran berterusan dan pengurusan maklumat.

    Adalah diharapkan jika kajian-kajian yang menyentuh tiga lagi aspek kemahiran insaniah

    dapat dilakukan maka pengetahuan kita dalam hal ini akan dapat ditingatkan, justeru

    pelbagai lagi idea serta modul dapat diaplikasikan dalam usaha meningkatkan

    kemahiran insaniah dalam kalangan pelajar IPT.

    11. Kesimpulan

    Keupayaan pelajar untuk berada dalam pasaran pekerjaan dalam kalangan lepasan IPT

    Di Malaysia merupakan satu isu utama yang sering diperkatakan. Banyak teori serta

    rumusan telah dibuat berkaitan hal ini. Namun satu perkara yang sahih dan jelas dalam

    konteks ini ialah perbincangan kita tidak lari daripada memperkatakan tentang

  • 7/28/2019 rujukan oumh1103.docx

    13/48

    kemahiran insaniah dikalangan pelajar. Sehubungan dengan itu pendekatanpendekatan yang tersendiri atau

    berstruktur perlu dilakukan oleh pihak IPT dalam usaha

    meningkatkan kemahiran insaniah kepada pelajarnya.

    Dalam konteks ini Program Bakti Siswa Perdana yang telah dilaksanakan di UniMAP

    telah berupaya meningkatkan kemahiran insaniah pelajar terutamanya kemahiran- 643

    kemahiran seperti berkomunikasi, kepimpinan, kerja berpasukan serta pemikiran kreatif

    patutlah dihargai oleh pelajarnya sendiri.

    Namun begitu, kesedaran pelajar tentang perlunya memiliki kemahiran insaniah perlu di

    terapkan lagi setelah mereka melalui program seperti ini. Program-program lain yang

    bersifat mengukuhkan serta memantapkan lagi kemahiran insaniah perlu dilaksanakan

    agar kemahiran insaniah secara berterusan wujud serta diamalkan oleh setiap individu

    pelajar.

    Rujukan

    1. A. Esa, M.Y. Abd Hadi, Dan B. Mohd Salleh. Peranan Ko-Kurikulum Di Politeknik

    Dalam Memenuhi Keperluan Pihak Industri Di Malaysia. Kertas kerja yang

    dibentangkan di Persidangan Pengajaran dan Pembelajaran di Peringkat Pengajian

    Tinggi 2007, 12-14 Disember 2007 Hotel Palace of the Golden Horses, Seri

    Kembangan, Selangor.

    2. Abd Rahim Ramli, Ariza Ibrahim, Mohd Noor Che A. Rahman Dan Azizah Endut.

    Program Ketrampilan Graduan Untuk Pelajar Universiti Darul Iman Malaysia Tahun

    2007. Kertas kerja yang dibentangkan di Persidangan Pengajaran dan

    Pembelajaran di Peringkat Pengajian Tinggi 2007, 12-14 Disember 2007 Hotel

    Palace of the Golden Horses, Seri Kembangan, Selangor.

    3. Haslinda @ Robita Hashim, Muhammad Nubli Abdul Wahab dan Zarina Mohd Ali

    (2005). Pembangunan Sahsiah Mahasiswa Bersepadu: Konsep Dan

    Pelaksanaannya Di Kolej Universiti Kejuruteraan . Kertas kerja yang dibentang di

    Seminar Kebangsaan Kursus Sokongan Kejuruteraan, Di Hotel Aseania, Langkawi

    17-18 Disember 2005.

  • 7/28/2019 rujukan oumh1103.docx

    14/48

    4. Melati Mohd Ariff 2007). Menggilap Kecemerlangan Menara Gading di laman web

    www.bernama.com/bernama/v3/bm/printable.php?id=277666

    5. Mohamad Shatar dan Azali Mohamad (Prof Dr), (2008), The University Industri

    Linkage: The Role Of Student Development Services Profesional. Paper Presented

    in Regional Convention On Student Development, Phuket, Thailand ) October 29th

    31th, 2008, Organized by Universiti Utara Malaysia.

    6. Mohd. Hamidi Abdul Hamid (2002). Pengurusan Sekolah Cemerlang Menurut

    Islam Maran: Perniagaan Qomarul Roihan.

    7. Noreen Mohd Esam, Mohd Nihra Haruzuan Mohamad Said, Mohd Fadzli Ali (2007).

    Tahap Kesediaan Kemahiran Generik Pelajar Tahun Akhir Yang Mengambil Mata

    Pelajaran Fizik Di Fakulti Pendidikan Utm, Skudai. Kertas kerja yang dibentangkan

    di Persidangan Pengajaran dan Pembelajaran di Peringkat Pengajian Tinggi 2007, 644

    12-14 Disember 2007 Hotel Palace of the Golden Horses, Seri Kembangan,

    Selangor.

    8. Rohanida Ab. Manaf dan Mohd. Sofian Omar Fauzee (2002). Kepentingan

    Kokurikulum Dalam Sistem Pendidikan. Dalam Mohd. Sofian Omar Fauzee,

    Aminuddin Yusof dan Borhan Yusof (2002). Kokurikulum Peranan Dan Implikasi.

    Kuala Lumpur: Utusan Publications and Distributors Sdn. Bhd.

    9. Sekaran, U. (1992). Research Methods for Business: A Skill Building Approach (2

    nd

    Edition). New York: John Wiley & Sons, Inc.

    10. Yulpisman Asli (2006) Modul Pembangunan Kemahiran Insaniah. di laman web

    http://blis.bernama.com/mainHome.do

    11. Bernama News (2007). Ketiadaan Kemahiran Insaniah Punca Siswazah

    Menganggur, Kata Mustapa. Di laman webhttp://blis.bernama.com/mainHome.do

    http://blis.bernama.com/mainHome.dohttp://blis.bernama.com/mainHome.dohttp://blis.bernama.com/mainHome.dohttp://blis.bernama.com/mainHome.do
  • 7/28/2019 rujukan oumh1103.docx

    15/48

    Pembangunan Profil Kemahiran Generik Terhadap Graduan Hospitaliti

    Tan King Hiyang

    Khalid Husseine Bin Tuah

    Fakulti Pendidikan Teknikal

    Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

    [email protected]

    Abstrak - Kajian ini dilakukan untuk membangunkan profil kemahiran generik terhadap

    graduan hospitaliti berdasarkan kehendak majikan sektor perhotelan. Kajian ini

    menggunakan kaedah tinjauan yang melibatkan majikan sektor perhotelan yang berdaftar

    di bawah Malaysian Association of Hotels (MAH) di zon utara dan selatan Semenanjung

    Malaysia. Kajian ini berbentuk kuantitatif yang menggunakan instrumen soal selidik.

    Kaedah temu bual semi struktur turut digunakan bagi menyokong data kuantitatif yang

    diperolehi. Daripada 11 domain kemahiran generik yang dikaji, didapati kemahiran

    personal merupakan kemahiran generik yang sangat penting untuk dikuasai oleh graduan

    hospitaliti (min = 4.64). Di samping itu, tidak terdapat perbezaan yang signifikan

    mengikut statistik antara kehendak majikan sektor perhotelan di zon utara dengan zon

    selatan Semenanjung Malaysia mengenai kemahiran generik yang diperlukan ke atas

  • 7/28/2019 rujukan oumh1103.docx

    16/48

    graduan hospitaliti. Profil kemahiran generik yang telah dibangunkan telah disahkan oleh

    pihak MAH dan pihak ini menyokong agar profil ini diimplementasikan dalam kurikulum

    pengajian hospitaliti di Malaysia.

    1. Pengenalan

    Secara mukadimmahnya, pembangunan sektor hospitaliti di Malaysia kini sedang

    memuncak lantaran Malaysia dilihat lebih stabil berbanding negara-negara lain di Asia.

    Manakala dasar kerajaan pula adalah ingin menjadikan sektor ini sebagai salah satu

    sektor ekonomi yang teguh, berdaya saing dan tumbuh berterusan. Yahaya (2007)

    menyatakan bidang hospitaliti ini merangkumi perkhidmatan seperti hotel, restoran,

    pelancongan, katering dan kontrak katering. Pengurusan dalam bidang hospitaliti ini

    sangat berkait rapat dengan industri pelancongan negara. Ini kerana para pelancong yang

    bertandang ke negara kita pasti akan menggunakan khidmat hospitaliti terutamanya di

    sektor perhotelan.

    Mengikut sumber Unit Perancang Ekonomi Negara, pertumbuhan sektor hospitaliti

    terus menarik pelaburan sektor swasta. Bilangan hotel bertambah sebanyak 51.2% dalam

    tempoh Rancangan Malaysia Ke Lapan (RMK-8) daripada 1492 pada tahun 2000 kepada

    2256 pada tahun 2005. Malah, dalam tempoh RMK-8 guna tenaga dalam sektor

    hospitaliti meningkat pada kadar purata 2.9% setahun daripada 390000 pada tahun 2000

    kepada 451000 pada tahun 2005. Namun, guna tenaga hotel cuma meningkat sebanyak 1.6% dalam tempoh 2000

    kepada 91156 pada tahun 2005. Maknanya di sini, masalah

    kekurangan tenaga pekerja di sektor hospitaliti masih berlaku.

    Justeru, dalam penghasilan guna tenaga ini, kemahiran generik adalah amat

    dititikberatkan yang perlu dikuasai oleh pelajar. Mike (1999) menyatakan pihak majikan

    pada masa kini memerlukan pekerja yang bukan sahaja mempunyai kemahiran khusus

    seperti kemahiran teknikal atau bidang yang diambil, namun kemahiran generik perlulah

    diadaptasikan dengan baik.

    2. Latar Belakang Masalah

    Menerusi statistik pasaran buruh negara untuk bulan Jun 2007 yang telah dikeluarkan

  • 7/28/2019 rujukan oumh1103.docx

    17/48

    oleh Jabatan Tenaga Kerja, Kementerian Sumber Manusia menunjukkan masalah ketara

    dalam penempatan pekerja dalam sektor hospitaliti yang membabitkan industri hotel dan

    restoran iaitu pada bulan Jun 2007 sahaja sebanyak 2,263 kekosongan kerja bagi seluruh

    negeri di Malaysia. Kekosongan kerja ini berlaku kerana permasalahan mencari pekerja

    yang berkemahiran oleh pihak majikan.

    Persoalan tetap timbul yang mana kadar pengangguran di Malaysia masih berlaku

    sedangkan wujud kekosongan jawatan misalnya di dalam industri hospitaliti. Ini dapat

    dilihat pada tahun 2005, bilangan siswazah yang menganggur adalah 63,000 orang.

    Dimaklumi bahawa kursus pengajian hospitaliti adalah merupakan kursus dalam

    pendidikan vokasional. Bilangan graduan pendidikan vokasional yang menganggur turut

    meningkat daripada 1600 orang pada tahun 2004 kepada 1800 orang pada tahun 2005

    iaitu 200 graduan pemegang ijazah dan 1600 pemegang diploma (Jabatan Perangkaan

    Malaysia, 2007).

    Antara salah satu punca penganguran graduan berlaku adalah disebabkan kegagalan

    menguasai kemahiran generik dengan baik (Malaysian Association of Hotels, 2007a,

    Berita Harian, 3 Jun 2006, Utusan Malaysia, 4 Mei 2007). Rentetan daripada itu,

    keperluan untuk mengenal pasti kemahiran generik yang perlu dikuasai oleh graduan

    hospitaliti di Malaysia adalah amat mustahak untuk dikaji sepertimana yang dilakukan

    oleh Mike Raybould dan Hugh Wilkins (2005), Oklahoma Department of Career and

    Technology Education (2004), Ontario Ministry of Training, Colleges and Universities

    (2005) dan Ying-Wei Lu (1999).

    Selain daripada itu, dalam pengukuhan sistem piawaian, kualiti pendidikan teknikal

    dan kurikulum teknikal seperti kursus hospitaliti perlu diperbaiki dengan kerjasama dan

    input industri. Kurikulum pengajian hospitaliti perlu dimurnikan dengan menitikberatkan

    penguasaan kemahiran generik bagi memenuhi kehendak industri (Matthew, 2007; Mike,

    1999; Tribe 2003). David dan Sandra (2004) turut bersetuju bahawa kurikulum pengajian

    hospitaliti pada masa kini perlu menekankan kemahiran generik. Untuk itu, kerjasama

    antara pihak akademik dan industri hospitaliti adalah amat diperlukan dalam

  • 7/28/2019 rujukan oumh1103.docx

    18/48

    pembentukkan kurikulum pengajian hospitaliti yang lebih kompetitif.3. Pernyataan Masalah

    Wujud masalah ketidaksepadanan yang mana berlaku masalah pengangguran

    terhadap graduan hospitaliti tetapi pada masa yang sama wujud kekosongan jawatan

    dalam industri hospitaliti. Salah satu punca pengangguran graduan hospitaliti adalah

    disebabkan kurangnya penguasaan kemahiran generik. Maka itu, kurikulum pengajian

    hospitaliti perlu dimurnikan dengan menitikberatkan penguasaan kemahiran generik bagi

    memenuhi kehendak industri. Namun, profil kemahiran generik khas untuk graduan

    hospitaliti di Malaysia belum dibangunkan lagi seperti yang dilakukan di luar negara.

    Justeru itulah, pengkaji mencadangkan agar sebuah profil mengenai kemahiran generik

    untuk graduan hospitaliti perlu dikaji dan dibangunkan mengikut kehendak industri.

    4. Objektif Kajian

    Objektif kajian ini dilakukan adalah untuk:

    i. Mengenal pasti elemen-elemen kemahiran generik yang diperlukan ke atas

    graduan hospitaliti berdasarkan kehendak majikan dalam sektor perhotelan di

    zon utara dan selatan Semenanjung Malaysia.

    ii. Mengetahui perbezaan yang signifikan mengikut statistik antara kehendak

    majikan sektor perhotelan di zon utara dengan zon selatan Semenanjung

    Malaysia mengenai kemahiran generik yang diperlukan ke atas graduan

    hospitaliti.

    iii. Menilai profil kemahiran generik yang dibangunkan untuk graduan hospitaliti

    berdasarkan pandangan pakar bidang hospitaliti.

    5. Metodologi Kajian

    Lokasi kajian adalah bertumpu kepada sektor perhotelan di zon utara dan selatan

    Semenanjung Malaysia. Populasi kajian ini adalah melibatkan 141 majikan sektor

    perhotelan yang berdaftar di bawah Malaysian Association of Hotels (MAH). Daripada

    pengiraan formula Cochrans menerusi Bartlett et al. (2001), interpolasi bagi populasi

    100 hingga 200 untuk populasi 141 ialah 51. Justeru, saiz minimum sampel dalam kajian

    ini ialah 51 responden. Kaedah pemilihan sampel dalam kajian ini ialah persampelan

  • 7/28/2019 rujukan oumh1103.docx

    19/48

    rawak mudah. Instrumen kajian yang digunakan ialah soal selidik dengan lima skala

    Likert dan temu bual semi-struktur. Subjek kajian temu bual adalah pihak atasan MAH.

    Soal selidik yang dibangunkan adalah hasil daripada analisis awal daripada lapan sumber

    yang relevan iaitu Ahmad Esa et al. (2005a), Australian Chamber of Commerce and

    Industry, and Business Council of Australia (2002), Bennett.N et al. (1999), Jabatan

    Pengurusan Institusi Pengajian Tinggi, KPTM (2006), Mike Raybould dan Hugh Wilkins

    (2005), Oklahoma Department of Career and Technology Education (2004), Ontario

    Ministry of Training, Colleges and Universities, (2005) dan Ying-Wei Lu (1999). Kajian rintis turut dilakukan ke

    atas 10 majikan sektor perhotelan yang tidak berdaftar

    di bawah MAH. Kemudian, hasil daripada pengedaran dan pengumpulan data soal

    selidik, terdapat 58 responden telah menjawab soal selidik dengan lengkap. Data daripada

    soal selidik ini telah dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package For

    Social Science Version 15.0 dengan berdasarkan kekerapan, peratusan dan skor min.

    Manakala, perbezaan signifikan antara perspektif responden di kedua-dua zon

    menggunakan ujian Mann Whitney U.

    6. Keputusan dan Perbincangan

    Menerusi dapatan kajian yang diperolehi, didapati bahawa kemahiran personal

    merupakan domain kemahiran yang berada pada hierarki tertinggi dan sangat penting

    untuk dikuasai oleh graduan hospitaliti. Ini menyamai dapatan kajian yang dilakukan oleh

    David dan Sandra (2004) yang meletakkan kemahiran personal adalah kemahiran generik

    yang perlu dikuasai oleh graduan hospitaliti untuk menceburi bidang pekerjaan dalam

    sektor perhotelan kelak. Perkara ini dipersetujui oleh Jeniffer (2004), Muhammad

    Shahrim (2007), Oklahoma Department of Career and Technology Education (2004) dan

    Ying Wei Lu (1999) kerana pekerja dalam sektor perhotelan lebih banyak berkhidmat

    dengan pelanggan dalam mencapai kepuasan dan kualiti yang mereka inginkan. Dapatan

    kajian ini dapat ditunjukkan menerusi Jadual 1.

    Menerusi temubual bersama pihak MAH, antara kelemahan pekerja hospitaliti masa

    kini adalah dari aspek penampilan diri yang kurang menarik, kurang menjaga kesihatan

  • 7/28/2019 rujukan oumh1103.docx

    20/48

    dan tidak mengikuti trend fesyen semasa. Justeru, pihak MAH menasihatkan agar graduan hospitaliti

    mempraktikkan cara hidup yang sihat dengan budaya hidup yang aktif

    kerana aspek kemahiran personal ini penting dalam sektor perhotelan.

    Daripada dapatan kajian yang diperolehi, domain yang berada pada hierarki kedua

    penting adalah kemahiran kepimpinan. Keupayaan seseorang pekerja dalam bidang

    perhotelan untuk memimpin misalnya memimpin projek, bertanggungjawab,

    mempengaruhi orang lain dan berani membuat keputusan adalah sangat penting bagi

    memastikan projek atau kerja yang dihasilkan dapat dijalankan dengan lancar

    (Muhammad Shahrim, 2007). Di samping itu, dapatan ini menyamai kajian yang

    dilakukan oleh Snedd dan Heiman (1995); dan Breiter dan Clemet (1996) yang

    menunjukkan bahawa kemahiran kepimpinan adalah antara tiga domain kemahiran

    generik yang berada kedudukan teratas yang diperlukan oleh pihak majikan sektor

    perhotelan.

    Kemahiran menyelesaikan masalah merupakan domain ketiga penting yang

    diperlukan oleh majikan terhadap graduan hospitaliti menerusi dapatan kajian yang

    diperolehi. Dapatan ini menyerupai kajian yang dilakukan oleh Mike Raybould dan Hugh

    Wilkins (2005) yang mana kemahiran menyelesaikan masalah adalah kemahiran generik

    yang berada pada kedudukan tiga teratas paling penting untuk dikuasai oleh graduan

    hospitaliti berdasarkan perspektif majikan sektor perhotelan di Australia. Kebolehan

    dalam menguasai kemahiran ini sangat mustahak bagi seseorang graduan untuk mengenal

    pasti punca masalah semasa melakukan sesuatu kerja selain menyelesaikan masalah

    tersebut dengan menggunakan alternatif yang terbaik sepertimana yang diutarakan oleh

    Callan (2003); Australian Chamber of Commerce and Industry & Business Council of

    Australia (2002); dan Ahmad Esa et al., 2005b. Ini kerana melalui temu bual yang

    diadakan bersama pihak MAH, pekerja hospitaliti pada masa kini terlalu bergantung

    kepada orang lain dalam membuat kerja sehinggga menyebabkan kerja menjadi

    tertangguh. Justeru, penekanan terhadap penguasaan kemahiran ini adalah amat penting.

    Di samping itu, domain-domain kemahiran lain juga adalah sangat penting untuk

  • 7/28/2019 rujukan oumh1103.docx

    21/48

    dikuasai oleh graduan hospitaliti sepertimana yang ditekankan dalam Oklahoma

    Department of Career and Technology Education (2004) dan Ontario Ministry of

    Training, Colleges and Universities (2005).

    Tetapi, terdapat percanggahan berlaku yang mana kemahiran generik kelapan yang

    perlu dikuasai oleh graduan hospitaliti adalah kemahiran berkomunikasi. Dapatan ini

    agak kontra dengan situasi semasa yang menyatakan bahawa kemahiran berkomunikasi

    adalah kemahiran yang sangat penting untuk dikuasai oleh graduan. Ini kerana menerusi

    Berita Harian (3 Jun 2006) dan Utusan Malaysia (4 Mei 2007) melaporkan bahawa antara

    faktor graduan menganggur adalah disebabkan kurangnya kemahiran berkomunikasi

    terutamanya dalam bahasa Inggeris. Namun, dapatan kajian ini menyamai kajian yang

    telah dilakukan oleh Ahmad Esa et al. (2005b) yang menyatakan kemahiran lain seperti

    kemahiran penyelesaian masalah dan kepimpinan berada pada kedudukan teratas

    berbanding kemahiran berkomunikasi menerusi perspektif industri.

    Menerusi dapatan kajian yang diperolehi, hasil ujian Mann Whitney U di dalam

    Jadual 2 menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan mengikut statistik antara kehendak majikan sektor

    perhotelan di zon utara dengan zon selatan Semenanjung

    Malaysia mengenai kemahiran generik yang diperlukan ke atas graduan hospitaliti. Hal

    ini dibuktikan melalui kesemua nilai signifikan yang diperolehi adalah melebihi nilai P

    iaitu 0.05. Justeru, hasil kajian gagal menolak hipotesis null. Ini bermakna, walaupun

    terdapat perbezaan dari segi pemeringkatan kemahiran ini, tidak terdapat perbezaan yang

    ketara dari segi mean rank untuk kedua-dua zon. Ini kerana, kedua-dua zon

    mengklasfikasikan kesemua kemahiran generik ini sebagai penting.

    Rentetan daripada itu, hasil kajian ini selari dengan kajian yang dilakukan oleh

    Dickerson dan Green (2002) yang menyatakan bahawa kemahiran-kemahiran generik

    adalah kemahiran-kemahiran yang merentasi pekerjaan. Kajian oleh Dench, Perryman

    dan Giles (1988) pula menunjukkan bahawa majikan menyatakan kepentingan kemahiran

    generik adalah untuk semua bahagian tanpa mengira jenis pekerjaan.

    Setelah analisis data dilakukan, dapatan kajian yang diperolehi telah dihantar dan

  • 7/28/2019 rujukan oumh1103.docx

    22/48

    dibincangkan bersama pihak Jabatan Penyelidikan dan Pembangunan (R&D Department)

    Malaysian Association of Hotels (MAH) untuk proses penilaian dan pengesahan. Hasil

    daripada perbincangan yang telah dilakukan, pihak MAH mendapati bahawa dapatan

    kajian yang diperolehi daripada kajian ini dapat membantu dan menyumbang kepada

    pembangunan industri hospitaliti terutamanya kepada kolej mahupun institut pengajian

    yang menawarkan pengajian hospitaliti di Malaysia. Ini bermakna profil kemahiran

    generik terhadap graduan hospitaliti adalah sah untuk dibangunkan dan boleh dicadangkan kepada pihak-pihak

    tertentu untuk digunapakai dalam kurikulum pengajian

    hospitaliti.

    Menerusi temu bual yang diadakan, pihak MAH telah memberikan cadangan agar

    profil ini diimplementasikan dalam subjek teras pengajian hospitaliti yang mana jika

    pelajar tersebut gagal dalam menguasai kemahiran generik ini, mereka tidak dibenarkan

    untuk bergraduat.

    7. Kesimpulan

    Secara keseluruhannya, majoriti keseluruhan elemen-elemen yang terkandung di

    dalam setiap kemahiran generik yang dikaji berdasarkan perspektif majikan sektor

    perhotelan adalah penting untuk dikuasai oleh graduan hospitaliti. Selain itu, tidak

    terdapat perbezaan yang signifikan antara perspektif majikan sektor perhotelan di zon

    utara dan selatan Semenanjung Malaysia mengenai kemahiran generik yang diperlukan

    terhadap graduan hospitaliti. Hasil dapatan kajian ini juga telah dinilai dan disahkan oleh

    pihak MAH agar profil kemahiran generik yang dibangunkan untuk graduan hospitaliti

    dapat dicadangkan kepada pihak akademik untuk diimplementasikan dalam pengajian

    jurusan hospitaliti.

    8. Cadangan

    Cadangan Hasil Kajian

    Menerusi kajian ini, pengkaji ingin mencadangkan agar profil kemahiran generik

    yang telah dibangunkan terhadap graduan hospitaliti ini dapat digunakan oleh pihak

    Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM) untuk diimplementasikan dalam

  • 7/28/2019 rujukan oumh1103.docx

    23/48

    kurikulum pengajian hospitaliti. Ini kerana menerusi profil ini, pihak KPTM akan dapat

    mengetahui elemen-elemen kemahiran generik yang sangat penting dan dikehendaki oleh

    majikan sektor perhotelan ke atas seseorang graduan hospitaliti. Justeru, penekanan

    terhadap elemen-elemen kemahiran generik yang diklasifikasikan sebagai sangat penting

    perlu diutamakan di dalam kurikulum pengajian hospitaliti.

    Selain itu, adalah dicadangkan agar pihak institut pengajian tinggi (IPT) sama ada di

    peringkat universiti, politeknik mahupun kolej dapat menggunakan profil yang telah

    dibangunkan ini untuk dijadikan panduan dalam proses pengajaran dan pembelajaran

    pengajian hospitaliti. Pihak pensyarah atau pihak pengurusan IPT boleh menggunakan

    profil ini untuk mengenal pasti tahap penguasaan kemahiran generik pelajar hospitaliti

    semasa berada di dalam pengajian.

    Cadangan Kajian Lanjutan

    Berdasarkan kepada dapatan kajian yang diperolehi, pengkaji turut mencadangkan

    agar kajian lanjutan dapat dilakukan bagi memperkasakan lagi keupayaan graduan

    hospitaliti dalam penguasaan kemahiran generik seperti berikut:i. Kajian yang telah dilakukan ini hanya bertumpu

    di zon utara dan selatan

    Semenanjung Malaysia. Justeru, dicadangkan agar pengkaji akan datang dapat

    melakukan kajian berkenaan keperluan kemahiran generik mengikut perspektif

    majikan sektor perhotelan di Malaysia Timur yakni Sabah, Sarawak dan Wilayah

    Persekutuan Labuan.

    ii. Di samping itu, kajian ini dilakukan terhadap hotel-hotel yang berdaftar di bawah

    Malaysian Association of Hotels. Maka, untuk kajian yang seterusnya kelak,

    populasi kajian mahupun sampel kajian dapat dipelbagaikan lagi bagi mengetahui

    perspektif kehendak majikan tentang kemahiran generik yang diperlukan untuk

    graduan hospitaliti.

    iii. Kajian ini berbentuk kajian kuantitatif di mana borang soal selidik digunakan dan

    kaedah temu bual semi-struktur diadakan untuk menyokong data kuantitatif.

    Justeru, kajian selanjutnya boleh menggunakan kajian berbentuk kualitatif untuk

  • 7/28/2019 rujukan oumh1103.docx

    24/48

    mengetahui keperluan kemahiran generik terhadap graduan hospitaliti dengan

    lebih tepat.

    iv. Kajian seterusnya juga boleh menggunakan pelbagai responden yang bukan

    sahaja berfokuskan majikan sektor perhotelan iaitu pengurus sumber manusia,

    tetapi boleh menjadikan pengurus lain di sektor perhotelan sebagai responden

    kajian seperti pengurus makanan dan minuman, pengurus front office, pengurus

    katering dan lain-lain bagi mengetahui kehendak pengurus tersebut tentang

    kemahiran generik yang diperlukan terhadap graduan hospitaliti semasa bekerja di

    bawah jabatan masing-masing.

    v. Pengkaji juga mencadangkan bahawa sekiranya profil yang telah dibangunkan ini

    diterima oleh pihak yang KPTM atau universiti untuk diimplementasikan dalam

    kurikulum pengajian hospitaliti, pengkaji seterusnya boleh mengkaji tahap

    penguasaan kemahiran generik graduan hospitaliti dan mengkaji faktor-faktor

    yang mempengaruhi sekiranya terdapat kelemahan berlaku ke atas pelajar

    hospitaliti dalam penguasaan kemahiran generik

    Rujukan

    Ahmad Esa, Jailani Mohd Yunus & Noraini Kaprawi (2005a). Kebolehpercayaan

    Inventori Kemahiran Generik. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia: Tesis PhD.

    Ahmad Bin Esa, Jailani Bin Md. Yunos, Noraini Binti Kaprawi dan Mohd Yusop Bin

    Abd. Hadi (2005b). Keperluan Kemahiran Pihak Industri Lawan Kemahiran

    Dimiliki Graduan. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia: Tesis PhD.

    Australian Chamber of Commerce and Industry, and Business Council of Australia

    (2002). Employability Skills for the Future, Department of Education, Science and

    Training. Canberra: AGPS.

    Barlett, J., Kotrlik J. dan Higgins, C. (2001). Organizational Research: Determining

    Approriate Sample Size in Survey Research. Information Technology, Learning

    and Performance Journal, Volume 19, No. 1.

    Berita Harian (2001). Pengusaha Hotel Perlu Tingkat Mutu Perkhidmatan. 14 April

  • 7/28/2019 rujukan oumh1103.docx

    25/48

    2001. Berita Harian (2006). Modul Kemahiran Berkomunikasi, Ketrampilan di IPTA Mulai

    Julai. 3 Jun 2006.

    Breiter, D. dan Clements, C.(1996). Hospitality Management Curricula for the 21

    st

    Century. Hospitality and Tourism Educator, 8 (1), 57-60.

    David Littlejohn and Sandra Watson (2004). Developing Graduate Managers for

    Hospitality and Tourism. International Journal of Contemporary Hospitality

    Management Volume 16. Number 7. 408-414.

    Dickerson, A. dan Green, F. (2002). The Growth and Valuation of Generic Skill. JEL

    Working Paper J31, pp. 1-49.

    Jabatan Perangkaan Malaysia (2007). Penyiasatan Tenaga Buruh, Profil Siswazah di

    Malaysia. Putrajaya: Jabatan Perangkaan Malaysia. 53-58.

    Jabatan Perangkaan Malaysia (2003). Banci Perkhidmatan Tepilih (Sektor Swasta).

    Putrajaya: Jabatan Perangkaan Malaysia. 3-5.

    Malaysian Association of Hotels (2007a). Survey on Hospitality Graduates in Hotel

    Industry. MAH Survey: Issue 05/2007.

    Malaysian Association of Hotels (2007b). MAH Membership Directory. Malaysian

    Association of Hotels.

    Malaysian Association of Hotels (2007c). Minimum Requirement for Star of Hotels.

    Ministry of Tourism Malaysia.

    http://www.hotels.org.my/files/star_rating_criteria.pdf. Dicapai pada 30 Ogos 2007.

    Matthew Alexander (2007). Reflecting on Changes in Operational Training in UK

    Hospitality Management Degree Programmes. International Journal of

    Contemporary Hospitality Management. Vol. 19 No. 3. 211-220.

    Mike Rimmington (1999). Vocational Education: Challenges for Hospitality

    Management in the New Millennium. International Journal of Contemporary

    Hospitality Management 11/4. 186-191.

    Mike Raybould dan Hugh Wilkins (2005). Over Qualified and Under Experienced:

  • 7/28/2019 rujukan oumh1103.docx

    26/48

    Turning Graduates into Hospitality Managers. International Journal of

    Contemporary Hospitality Management. Vol. 17. No. 3. 203-216.

    Muhammad Shahrim Ab. Karim (2007). Kerjaya Dalam Bidang Perhotelan. Kuala

    Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. 22-30.

    Oklahoma Department of Career and Technology Education (2004). Hospitality Skills

    Standard United States: Stillwater.

    Ontario Ministry of Training, Colleges and Universities (2005). Hospitality

    Administration Program Standard. Toronto.

    Tribe, K. (2003), Demand for Higher Education and the Supply of Graduate. European

    Educational Research Journal. Vol. 2 No. 3. 463-71.

    Yahaya Ibrahim (2007). Pemerkasaan Industri Pelancongan. dalam Utusan Karya

    (2007). Pemikir. Kuala Lumpur: Utusan Karya. Bil. 48. April-Jun 2007. 82-84.

    Ying-Wei Lu (1999). Important Skill for Taiwanese Hospitality and Tourism Graduate

    as Perceived by Hospitality Educators and Human Resource Managers. The

    Graduate College University of Wisconsin-Stout Menomonie, Wisconsin.

  • 7/28/2019 rujukan oumh1103.docx

    27/48

    KEMAHIRAN EMPLOYABILITY BAGI MEMENUHI KEPERLUAN INDUSTRI

    Ahmad Rizal Madar, Malyia Afzan Abd Aziz, Abdul Rasid Abd. Razzaq,

    Mohamad Zaid Mustafa & Dr. Yahya Buntat

    Abstrak: Perkembangan dunia masa kini di era globalisasi, majikan tidak hanya mementingkan

    kemahiran teknikal sahaja tetapi juga kepada kemahiran employability agar pekerja mereka dapat

    menyesuaikan diri dengan semua jenis pekerjaan dan dalam masa yang sama memiliki multi skills.

    Graduan yang menganggur merupakan fenomena serius yang berlaku pada masa kini. Perangkaan

    pasaran buruh menunjukkan bahawa keluaran institusi pengajian tinggi tempatan khususnya di IPTA

    masih tidak dapat menampung kekosongan pekerjaan meskipun keluaran sesuatu kumpulan pekerja itu

    melebihi daripada permintaan para majikan. Antara faktor utama berlakunya fenomena ini adalah kerana

    graduan yang dihasilkan masih tidak dapat memenuhi kehendak majikan masa kini. Kemahiran

    employability adalah merupakan aspek kemahiran yang amat penting untuk ketrampilan pelajar. Ia

    telah menjadi agenda penting negara dan menjadi tanggungjawab instisusi-institusi pengajian tinggi bagi

    melahirkan tenaga kerja yang mempunyai daya-saing yang tinggi serta memenuhi keperluan pasaran. Oleh

    itu, kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti elemen-elemen kemahiran employability yang telah

    diintegrasikan oleh tenaga pengajar Kolej Komuniti Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM)

    dalam pelajaran teknikal serta elemen-elemen kemhairan employability yang dianggap penting oleh

    pihak industri.

    Kata kunci: employability, industri

    Pengenalan

    Pada masa sekarang, banyak diperkatakan tentang kadar pengangguran graduan yang

    semakin meningkat di Malaysia. Daripada Laporan Penyiasatan Tenaga Buruh yang dikeluarkan

  • 7/28/2019 rujukan oumh1103.docx

    28/48

    oleh Jabatan Perangkaan, bagi suku keempat 2004, terdapat seramai 55,894 penggangur

    dikalangan siswazah yang terdiri daripada 18, 072 graduan berijazah dan 37,822 pemengang

    diploma. Ini memaksa pihak kerajaan untuk memperkenalkan semula Skim Latihan Siswazah

    Menggangur (SLSM) supaya graduan diberikan pendedahan atau kemahiran employability

    tambahan bagi memudahkan mereka mendapatkan pekerjaan. Di samping itu, kerajaan juga

    menubuhkan Majlis Pembangunan Kemahiran bagi membolehkan siswazah menganggur

    mendapat pekerjaan yang setaraf dengan kelayakan akademik mereka. Menurut Timbalan

    Menteri Sumber Manusia, Datuk Abdul Rahman Bakar, antara penyumbang utama kepada

    masalah pengganguran ini ialah kegagalan memastikan sukatan pelajaran atau kurikulum

    pendidikan memenuhi apa yang dituntut oleh pasaran kerja (Utusan Malaysia, 18 Mei 2005). Ini

    terbukti apabila lebih 80 peratus daripada siswazah yang mengikuti SLSM di bawah Kementerian

    Sumber Manusia berhasil memperoleh pekerjaan. Selain daripada mengikuti SLSM, graduan

    boleh memohon untuk mengikuti kursus-kursus pendek di mana-mana Kolej Komuniti untuk

    menambah nilai pasaran diri masing-masing (Utusan Malaysia, 7 April 2005).

    Terdapat majikan yang menganggap kompetensi akademik sahaja tidak mencukupi dan

    mula meminta institusi pendidikan tinggi untuk menghasilkan graduan yang dilengkapi dengan

    kemahiran employability. Kepentingan pembangunan sumber manusia dalam pembangunan

    sesebuah negara telah lama diakui. Beberapa buah negara rantau ini mampu mencapai

    pertumbuhan ekonomi yang tinggi melalui pembangunan sumber manusia yang teliti walaupun

    mempunyai modal fizikal yang sangat sedikit. Sebaliknya terdapat beberapa buah negara yang

    kaya dengan modal fizikal tetapi gagal mencapai pertumbuhan ekonomi yang tinggi kerana

    kelemahan pembangunan sumber manusianya (Rahmah, 1997). Pembangunan sumber manusia

    dapat memberikan sumbangan yang berkesan jika ia digunakan dengan betul dan berhemah. Prosiding SKIKS 08

    386

    Apabila pekerja mula memegang jawatan dan tanggungjawab baru, mereka dilatih bagi mencapai

    matlamat pertumbuhan organisasi. Kemudiannya apabila persekitaran, teknologi dan pasaran

    berubah, pengetahuan dan kemahiran employability pekerja juga harus berubah selaras dengan

    perubahan tersebut. Oleh itu pembangunan sumber manusia adalah berfungsi sebagai pembina

  • 7/28/2019 rujukan oumh1103.docx

    29/48

    aset yang menyelesaikan masalah secara kreatif untuk memastikan kejayaan tenaga seseorang

    pekerja yang berkebolehan dan berminat (Kamal dan Mei, 1996).

    Kemahiran employability ini perlu, kerana individu yang berkemahiran teknikal yang

    baik, tanpa memiliki kemahiran employability adalah dianggap tidak berkualiti. Satu kajian

    telah dijalankan oleh Mohd Yusuff Mohd, Mohd Fadhil Nuruddin, dan Naimah Yong (1995)

    dimana didapati bahawa terdapat beberapa elemen-elemen kemahiran yang perlu ada pada

    graduan teknik dan vokasional yang berkeupayaan untuk berkomunikasi, berinisiatif,

    berkeyakinan dalam menghadapi cabaran-cabaran era globalisasi. Dengan gabungan pelbagai

    kemahiran employability ini dapat meningkatkan produktiviti graduan serta pengeluaran

    syarikat (Mohd Safarin, 2004).

    Terdapat beberapa istilah yang digunakan mengenai kemahiran employability.

    Kebanyakkan istilah tersebut memberi tumpuan ke atas tajuk yang berkaitan dengan

    personaliti, sikap, tabiat, dan juga tingkahlaku, cara untuk berkomunikasi, penyelesaian masalah

    dan kemahiran membuat keputusan serta proses mengurus organisasi. Gainer (1988) telah

    membuat ringkasan mengenai kemahiran employability, pertama adalah ketrampilan individu

    yang meliputi (kemahiran komunikasi, kemahiran berhubung, kemahiran komputer, dan

    kemahiran berbudaya), keduanya adalah kemahiran kebolehpercayaan individu yang meliputi

    (pengurusan individu, beretika, dan kematangan vokasional) dan akhir sekali adalah kemahiran

    pengubahsuaian ekonomi (kemahiran menyelesaikan masalah, pembelajaran employability,

    dan juga pembangunan kerjaya).

    The Conference Board of Canada (1996) dalam satu artikal yang bertajuk, Yukon

    Work Futures: Skills for Todays Workplace, telah mendefinisikan kemahiran employability

    sebagai satu istilah yang digunakan bagi menjelaskan mengenai kemahiran dan juga kualiti

    individu yang dikehendaki oleh para majikan terhadap pekerja baru apabila mereka mula bekerja.

    Kemahiran-kemahiran dan juga kualiti individu yang diperlukan ini adalah berguna kepada

    semua pihak tidak kira dalam bidang usaha secara kecil-kecilan mahupun bidang usaha berskala

    besar, atau dalam kerajaan. Kemahiran employability merupakan kemahiran yang boleh

    dipindahkan dari satu bidang kerja ke satu bidang kerja lain. Ia tidak meliputi kemahiran dan

  • 7/28/2019 rujukan oumh1103.docx

    30/48

    kualiti yang diperlukan oleh sesuatu bidang pekerjaan yang khusus sahaja, malah merangkumi

    semua bidang kerjaya.

    Kajian yang dibuat oleh Yahya (2004) telah mendapati beberapa kemahiran

    employability yang penting telah dipersetujui oleh majikan industri dan perlu diberi perhatian

    dan digambarkan dalam satu model kajian. Model tersebut mengandungi tiga aspek kemahiran

    employability yang harus diambil perhatian semasa mengintegrasikan aspek kemahiran tersebut

    di institusi latihan vokasional bagi memenuhi kehendak dan keperluan majikan industri.

    Kemahiran-kemahiran tersebut adalah berdasarkan kepada min keutamaan yang dirujuk kepada

    kepentingan dan keperluan majikan industri terhadap elemen-elemen kemahiran employability.

    Setiap tahun kebanyakkan pusat pengajian tinggi dan juga pusat latihan kemahiran

    menghasilkan para pelajar yang diperakukan telah mencapai tahap kelayakkannya bagi

    membolehkan mereka ini menceburi alam pekejaan mengikut bidang dan minat masing-masing.

    Namun begitu, perangkaan pasaran buruh menunjukkan bahawa keluaran institusi pengajian dan

    latihan tinggi tempatan khususnya di IPTA masih tidak dapat menampung kekosongan pekerjaan

    meskipun keluaran sesuatu kumpulan pekerjaan itu melebihi daripada permintaan para majikan. Umum

    387

    Antara faktor utama berlakunya fenomena ini adalah kerana graduan yang dihasilkan masih tidak

    dapat memenuhi kehendak majikan masa kini. Perkembangan dunia pada masa kini dan dalam

    era globalisasi, majikan tidak hanya mementingkan kemahiran teknikal atau hard skills sahaja

    tetapi juga kepada kemahiran employability atau soft skills agar pekerja mereka dapat

    menyesuaikan diri dengan semua jenis pekerjaan dan juga dalam masa yang sama memiliki

    kedua-duanya kemahiran atau multi skills tersebut. Menurut Sharil(1993), pihak industri masa

    kini juga sangat memerlukan pekerja bukan sahaja mempunyai kemahiran teknik dan vokasional

    tetapi perlu memiliki kemahiran employability. Beliau juga menyatakan bahawa sektor

    perindustrian masa kini sedang menuju ke era industri bio teknologi, teknologi maklumat,

    teknologi tinggi maka sumber tenaga diperlukan pada masa akan datang adalah pekerja yang

    bukan sahaja mempunyai kemahiran teknikal tetapi juga mempunyai kemahiran employability.

    Walau bagaimanapun, terdapat beberapa cabaran untuk menghasilkan graduan yang

  • 7/28/2019 rujukan oumh1103.docx

    31/48

    mempunyai kemahiran employability. Bagi membolehkan para belia dan pelajar dapat diberi

    latihan dengan kemahiran-kemahiran tertentu khususnya kemahiran employability yang sesuai

    dengan kehendak industri, kedua-dua belah pihak iaitu pihak institusi pemberi latihan dengan

    pihak industri hendaklah saling bekerjasama antara satu sama lain. Menurut Lewis (1996)

    menjelaskan bahawa institusi vokasional memainkan peranan penting bagi menyediakan para

    pekerja untuk menghadapi perubahan teknologi. Oleh itu sewajarnya pihak institusi sentiasa

    mengikuti perkembangan dan keperluan pekerjaan semasa bagi membolehkan mereka merancang

    program yang dapat memenuhi pasaran kerja masa kini.

    Latar Belakang Masalah

    Pendidikan Teknik dan Vokasional memainkan peranan penting dalam membina

    masyarakat khususnya dalam konteks menjadikan Malaysia sebuah negara industri berasas

    maklumat dan dipertanggungjawabkan dalam memperkenalkan konsep pekerjaan kepada pelajarpelajar (Robiah

    Sidin,1998). Jikalau kini zaman k-ekonomi memerlukan seorang pekerja mahir

    dalam semua aspek termasuk penguasaan kemahiran employability untuk menghadapi cabaran

    globalisasi maka pihak Pendidikan Teknik dan Vokasional perlu memberi penekanan dalam hal

    ini supaya produknya lebih berkualiti dan mampu memenuhi keperluan industri negara.

    Laporan Kajian Separuh Penggal Malaysia Ketujuh (Kerajaan Malaysia,1999)

    melaporkan bahawa kemasukkan pelajar ke institusi latihan awam telah meningkat daripada

    28,900 orang pada tahun 1996 kepada 47,300 orang pada tahun 2000. Manakala Kementerian

    Pendidikan Malaysia (1998) menganggarkan jika dalam tempoh 30 tahun akan datang 40 peratus

    pelajar daripada lepasan sekolah menengah memasuki bidang pendidikan teknik dan vokasional,

    maka kerajaan akan membelanjakan RM11,831.436 juta untuk menyediakan kemudahan

    peralatan dan melatih tenaga pengajar yang sesuai dan mencukupi.

    Diantara faktor lulusan institusi pendidikan tinggi tidak mendapat tempat di pasaran

    pekerjaan adalah disebabkan mereka tidak mempunyai integrasi kemahiran employability. Seo

    (2003), menyatakan bahawa berlakunya masalah pengangguran di kalangan graduan masa kini

    adalah disebabkan kurangnya kemahiran komunikasi, pengalaman bekerja serta memetik

    pandangan pelabur asing bahawa graduan graduan tempatan tidak mampu bagi menyokong

  • 7/28/2019 rujukan oumh1103.docx

    32/48

    pertumbuhan di negara ini. Bakal majikan kurang yakin terhadap lulusan institusi berkenaan

    terutama dalam aspek keperibadian, penampilan, keyakinan diri, kurang kemahiran komunikasi,

    kemampuan pengetahuan penggunaan ICT terbatas dan tidak mampu untuk bekerja dalam

    kumpulan. Prosiding SKIKS 08

    388

    Selain daripada itu dalam satu kajian Kementerian Sumber Manusia (2001) melaporkan

    bahawa kadar pekerja yang mempunyai kemahiran vokasional yang memasuki ke pasaran

    pekerjaan adalah rendah iaitu sekitar tiga hingga dua belas peratus. Kebanyakkan pelajar daripada

    pelbagai pusat latihan kemahiran gagal menempatkan diri di industri berkaitan adalah kerana

    kemahiran employability yang diperolehi tidak sepadan atau tidak mencukupi dengan

    keperluan industri terbabit. Seterusnya statistik pasaran buruh negara untuk bulan Februari 2004

    yang dikeluarkan oleh Jabatan Tenaga Kerja menunjukkan masalah ketara dalam penempatan

    pekerja meskipun jumlah pendaftaran aktif iaitu pencari pekerja melebihi daripada kekosongan

    sesuatu kumpulan. Secara spesifiknya masalah tersebut adalah seperti mana yang ditunjukan

    dalam Jadual 1.

    Jadual 1: Maklumat Pasaran Buruh Suku Pertama 2004

    Kumpulan

    Pekerjaan

    Jumlah

    Pendaftar

    Aktif

    Jumlah Kerja

    Kosong

    Jumlah

    Penempatan

    Kekosongan

    Yang Belum

    Diisi

  • 7/28/2019 rujukan oumh1103.docx

    33/48

    Penggubal

    Undang-

    undang,

    Pegawai

    Kanan

    dan

    Pengurus

    1664 32 0 32

    Juruteknik 5956 443 5 438

    Profesional 9539 456 8 448

    PekerjaPengkeranian 9936 1333 23 1310

    Pekerja Mahir

    Pertanian dan

    Perikanan

    95 157 0 157

    Pekerja Pertukangan 400 3 0 3

    Operator Loji dan

    Mesin

    525 137 1 136

    Pekerjaan Asas 1070 212 7 205

    Menurut Hasliza (2002), antara faktor lulusan institusi pendidikan tinggi tidak mendapat

    tempat di pasaran pekerjaan adalah kerana mereka tidak mempunyai kemahiran-kemahiran soft

    skill atau kemahiran employability. Bakal majikan kurang yakin terhadap lulusan institusi

    berkenaan terutama pada aspek keperibadian, penampilan, keyakinan diri, kurang kemahiran

    berkomunikasi, kemampuan membuat keputusan terbatas dan tidak mampu bekerja dalam

    kumpulan. Manakala Tengku Mahaleel (2002) berpendapat untuk penempatan diri dan bersaing

    di pasaran pekerjaan global pada masa kini, para graduan tempatan harus mempunyai elemenelemen kemahiran

    employability disamping cemerlang dalam bidang akademik. Menurut

  • 7/28/2019 rujukan oumh1103.docx

    34/48

    beliau lagi, elemen-elemen kemahiran employability akan membolehkan seseorang pekerja

    menggunakan segala ilmu pengetahuan dan kemahiran yang ada dalam sebarang bidang

    pekerjaan.

    Menurut Mohd Yahya (2003) kualiti pelatih pusat latihan hendaklah bercirikan

    employability dan marketability iaitu berdasarkan sejauh mana pelatih diserap masuk ke pasaran

    pekerjaan. Rasionalnya kerana hasil kajian Majlis Tindakan EkonomiNegara ke atas 115 majikan

    pelbagai sektor pekerjaan dalam tahun 2000 mendapati kriteria pekerja untuk employability yang

    utama adalah mempunyai sikap yang baik (39.3%), kemahiran atau pengalaman (29.7%) dan Umum

    389

    kemahiran berkomunikasi (12.0%). Manakala kriteria yang bersifat akademik seperti kelayakan

    akademik dan kemahiran analitis adalah terlalu rendah iaitu 3.5 % dan 1.2 % masing-masing.

    Justeru itu untuk menjamin employability seseorang pekerja pada masa hadapan , para pelajar hari

    ini haruslah diberi pendedahan dan praktis kemahiran employabilityseperti ketrampilan,

    pemikiran kritikal dan kreatif, kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran penggunaan ICT,

    kemahiran kerja kumpulan dan kemahiran berkomunikasi.

    Hasil kajian dari beberapa negara maju juga telah menunjukkan betapa pentingnya

    kemahiran employability pada seseorang pekerja dari perspektif majikan. Umpamanya di

    Britain terdapat peningkatan dalam keperluan kemahiranemployability pada setiap majikan

    iaitu dari 10% pada tahun 1986 kepada 17% pada tahun 2001 (Green,2001). Kajian tersebut juga

    menyenaraikan faedah-feadah kemahiran employability pada seseorang pekerja dari perspektif

    majikan dimana pekerja tersebut akan mempunyai kemahiran pelbagai, boleh bergerak dari sektor

    lain ke sektor yang lain, berupaya menangani perubahan budaya tempat kerja, mempunyai

    perasaan sentiasa ingin belajar sepanjang hayat serta bersedia dari aspek mental dan emosi dalam

    menghadapi perubahan.

    Sementara itu Kementerian Sumber Manusia (2001) antara faktor graduan tidak dapat

    pekerjaan di industri adalah di sebabkan majikan masa kini memerlukan pekerja yang

    mempunyai kemahiran employability dari segi keperibadian, penampilan, keyakinan diri, mahir

    berkomunikasi dan mampu membuat keputusan dengan pantas di samping pengetahuan akademik

  • 7/28/2019 rujukan oumh1103.docx

    35/48

    tetapi graduan hari ini tidak mampu melaksanakannya menyebabkan mereka tidak diterima

    bekerja. Kebanyakan majikan masa kini memerlukan pekerja yang bukan sahaja memiliki

    kemahiran teknikal tetapi juga memerlukan kemahiran employability untuk meningkatkan

    produktiviti syarikat dan berdaya saing. Pekerja yang mempunyai kemahiran employability

    tersebut akan dapat menyesuaikan diri dengan semua jenis pekerjaan dan bersifat serba boleh.

    Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti elemen-elemen kemahiran employability

    yang telah diintegrasikan oleh tenaga pengajar Kolej Komuniti Kementerian Pengajian Tinggi

    dalam pelajaran teknikal serta elemen-elemen kemhairan employability yang dianggap penting

    oleh pihak industri.

    Objektif Kajian

    Objektif kajian adalah seperti berikut:

    i. Mengenal pasti elemen-elemen kemahiran employability yang telah

    diintegrasikan oleh tenaga pengajar kepada pelajar di Kolej Komuniti Kementerian

    Pengajian Tinggi.

    ii. Mengenal pasti elemen-elemen kemahiran employability yang dianggap penting

    oleh pihak majikan industri.

    iii. Mengenal pasti ciri-ciri kualiti terbaik yang dikehendaki oleh Industri terhadap para

    graduan Kolej Komuniti Kementerian Pengajian Tinggi.

    iv. Mengenal pasti cabaran Kolej Komuniti Kementerian Pengajian Tinggi dalam

    usaha mengintegrasikan kemahiran employability dengan industri.

    v. Mengenal pasti samada terdapat perbezaan elemen antara persepsi majikan dengan

    persepsi Kolej Komuniti Pengajian Tinggi Prosiding SKIKS 08

    390

    Metodologi Kajian

    Kajian ini merupakan kajian berbentuk deskriptif yang bertujuan untuk mengenal pasti

    elemen kemahiran "employability" yang telah diintegrasikan oleh tenaga pengajar kepada pelajar

    Kolej Komuniti Kementerian Pengajian Tinggi. Instrumen kajian ini dibina berasaskan

    instrumen-instrumen kajian yang pernah dijalankan dalam bidang berkenaan dan diubahsuai oleh

  • 7/28/2019 rujukan oumh1103.docx

    36/48

    pengkaji berdasarkan objektif dan persoalan kajian yang hendak dikaji.

    Populasi dalam kajian ini adalah terdiri daripada dua kumpulan yang berasingan iaitu

    tenaga pengajar Kolej Komuniti Kementerian Pengajian Tinggi dan majikan industri. Pemilihan

    populasi berdasarkan hasil pemerhatian melalui kajian yang dibuat serta melalui jadual penentuan

    saiz sampel Krejcie dan Morgan (1970).Penyelidik juga mengambil kira masa dan kemudahan

    yang lebih terjamin.

    Dalam kajian ini, penyelidik menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian bagi

    mengenalpasti elemen kemahiran employability yang diterapkan oleh tenaga pengajar Kolej

    Komuniti Kementerian Pengajian Tinggi dan turut melibatkan daripada majikan industri di lokasi

    sampel tenaga pengajar yang dipilih. Menurut Tuckmen dalam Mohd Shukri(2000), soal selidik

    merupakan cara yang paling mudah bagi mendapatkan maklum balas daripada responden. Dalam

    penyediaan borang soal selidik, item-item yang dibina berdasarkan kepada lima persoalan kajian

    yang dijalankan dan dikaji bagi mencapai kelima-lima objektif yang digariskan oleh penyelidik.

    Terdapat dua set soal selidik yang digunakan untuk kajian ini. Satu set soal selidik tenaga

    pengajar (lampiran A) dan satu soal selidik majikan industri (lampiran B).

    Analisis data akan dilakukan berdasarkan item-item dan bahagian-bahagian yang

    dikemukakan di dalam borang soal selidik. Data-data dan maklumat yang diperoleh

    berdasarkan borang soal selidik akan dikumpulkan dan seterusnya perlaksanaan analisis

    menggunakan Perisian SPSS (Statistical Packages for the Social Sciences) 12.0 for Windows.

    Kaedah penganalisaan data yang ditentukan adalah berdasarkan kepada persoalan kajian yang

    telah dinyatakan sebelum ini. Kaedah penganalisaan data tersebut dinyatakan dalam Jadual 2

    berikut.

    Jadual 2 : Ringkasan Jadual Statistik Yang Digunakan

    Bil Objektif Kajian Jenis Statistik

    1 Mengenal pasti elemen-elemen kemahiran employability yang

    telah diintegrasikan oleh tenaga pengajar kepada pelajar Kolej

    Komuniti Kementerian Pengajian Tinggi.

    Min, sisihan

  • 7/28/2019 rujukan oumh1103.docx

    37/48

    piawai dan rank

    2 Mengenal pasti elemen-elemen kemahiran employability yang di

    anggap penting oleh pihak majikan industri.

    Min, sisihan

    piawai dan rank

    3 Mengenal pasti cabaran Kolej Komuniti Kementerian Pengajian

    Tinggi dalam usaha mengintegrasikan kemahiran employability

    dengan Industri.

    Min, sisihan

    piawai dan rank

    4 Mengenal pasti ciri-ciri kualiti terbaik yang dikehendaki oleh Industri

    terhadap graduan Kolej Komuniti Kementerian Pengajian Tinggi.

    Min, sisihan

    piawai dan rank

    5 Mengenal pasti samada terdapat perbezaan elemen antara persepsi

    majikan dengan persepsi Kolej Komuniti Kementerian Pengajian

    Tinggi.

    Min, ANOVA,

    Ujian -T Umum

    391

    Analisis min yang diperolehi akan mengikut Jadual Tafsiran Statistik Deskriptif (Min)

    dan mengikut purata skor min yang Tahap Skor Min yang menjadi panduan untuk hasil dapatan

    kajian ditunjukkan dalam Jadual 2.

    Jadual 2 : Jadual Penentuan Tahap

    Julat Skor Min Tafsiran Ukuran Tahap

    Keberkesanan

    1-2.39 Tidak Setuju Rendah

    2.4-3.79 Kurang Setuju Sederhana

  • 7/28/2019 rujukan oumh1103.docx

    38/48

    3.8-5.00 Setuju Tinggi

    Jangkaan Dapatan Kajian

    Hasil daripada kajian yang bakal dilaksanakan, penyelidik menjangkakan bahawa

    kebanyakkan daripada tenaga pengajar Kolej Komuniti Kementerian Pengajian Tinggi dan

    majikan industri yang dipilih dari lokasi sampel tenaga pengajar yang dipilih telah menerapkan

    kemahiran employability tetapi penerapan ini berlaku secara sederhana berbanding dengan

    tahap kemahiran serta ciri-ciri kualiti terbaik yang diperlukan oleh majikan. Dalam kajian ini

    juga, penyelidik menjangkakan bahawa terdapat beberapa cabaran yang dihadapi oleh tenaga

    pengajar Kolej Komuniti Kementerian Pengajian Tinggi dalam usaha untuk mengintegrasikan

    elemen kemahiran employability antara Kolej Komuniti Kementerian Pengajian Tinggi dan

    majikan industri di lokasi sampel tenaga pengajar yang dipilih.

    Kesimpulan

    Berdasarkan daripada sorotan kajian, kemahiran employability amat dipentingkan oleh

    majikan di mana mereka memerlukan pekerja yang mahir dan berkebolehan dari pelbagai aspek

    untuk membantu meningkatkan kualiti kerja seterusnya menyumbang ke arah produktiviti negara

    yang membangun. Kebolehan serta kemampuan pekerja melaksanakan tanggungjawab sebagai

    pekerja serta kebolehan dalam menyumbangkan kepakaran individu dapat memanfaatkan syarikat

    dan seterusnya mampu meninggikan mutu produk keluaran dan bersaing di pasaran tempatan dan

    antarabangsa.

    Rujukan

    Baxter, M.B. & Young, J. L. (1982). What do employers expect from high school

    graduates? NASSP Bulletin, 66, 93-98

    Gainer (1988). ASTD update: Basic skills. Alexandria, VA: American Society for

    Training and Development. (ERIC No. ED 291 882).

    Green, F. (2001). Market Value of Generic Skills. Research Paper 8, University of Kent.

    Hasliza Hassan, (2002). Ciri-ciri Kualiti Pelajar Untuk Keperluan Pekerjaan Pada Masa Kini.

    Seminar Antara Industri dan Institusi Pendidikan Awam, Universiti Teknologi Malaysia:

    Bangi.

  • 7/28/2019 rujukan oumh1103.docx

    39/48

    Kamal, S. dan Mei, L. Y.,(1996). Sectoral Projection in Manpower Needs inMalaysia.dlm.

    The Human Resource Perspective Towards Achieving Vision 2020. Kementerian

    Pembangunan Industri Sarawak: UITM Sarawak. Prosiding SKIKS 08

    392

    Kementerian Pendidikan Malaysia, (1998). Pendidikan Vokasional Dalam Konteks

    Wawasan 2020. Kuala Lumpur: Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional.

    Kementerian Sumber Manusia, (2001). Laporan Pasaran Buruh Tahun 2000. Jabatan Tenaga

    Rakyat. Kuala Lumpur: Percetakan Nasional Berhad.

    Kerajaan Malaysia (1999). Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke Tujuh 1996

    2000. Kuala Lumpur: Percetakan Nasional Berhad.

    Lewis, T. (1996) Impact of technology on work and jobs in the printing industry- Implications for

    vocational curriculum. Journal of Industrial Teacher Education.34(2).

    Mohd Safarin Nordin dan Kamaruddin Mohd Tahir. Kemahiran Generik Kepentingan

    dalam memenuhi keperluan majikan masa kini. Universiti Teknologi Malaysia

    Kertas kerja.

    Mohd Shukri (2002), Trait Keusahawanan Sebagai Suatu Kerjaya. Universiti Teknologi

    Malaysia, Skudai.

    Mohd. Yahya Nordin (2003). Isu Dan Cabaran Dalam Penyediaan Tenaga Kerja Dalam Era

    Perubahan Teknologi Dan Globalisasi. Kertas Utama Dalam Persidangan Kebangsaan

    Pendidikan Dan Latihan Teknik Dan Vokasional.

    Mohd Yusuff Mohd, Mohd fadhil Nuruddin, dan Naimah Yong (1995). Cabaran Perindustrian

    Masa Hadapan dan Kualiti Graduan Teknikal yang Diperlukan.

    Persidangan Kebangsaan Pendidikan Teknik dan Kejuruteraan, UTM, Skudai 15-16 Ogos 1995.

    Rahmah Ismail, (1997). Situasi Semasa Pembangunan Sumber Manusia Di Malaysia. Dlm.

    Pembangunan Sumber Manusia Di Malaysia, Universiti Teknologi Malaysia: Skudai.

    Robiah Sidin (1998). Pemikiran Dalam Pendidikan. Shah Alam: Fajar Bakti Sdn. Bhd.

    Shahril (1993). Peranan Pendidikan Vokasional Dalam Pembangunan Sumber Manusia Bagi

    Mencapai Matlamat Wawasan 2020. Jurnal Pendidikan.

  • 7/28/2019 rujukan oumh1103.docx

    40/48

    Seo, Andy K.H (2003). Smart Partnership Between Vocational And Technical

    Tranning Institution In Creating Skill Workes, Persidangan Kebangsaan

    Pendidikan Latihan Teknik dan Vokasional 2003.

    Tengku Mahaleel Tengku Ariff, (2002). Ciri-ciri Kualiti Pelajar Untuk Keperluan

    Pekerjaan Pada Masa Kini. Seminar Antara Industri dan Institusi Pendidikan Awam.

    The Conference Board of Canada (1996a). Employability skills profile: The critical skills

    required of the Canadian workforce. The Corporate Council on Education, a program of

    the National Business and Education Center. Ottawa Ontario.

    Utusan Malaysia, 7 April 2005 Graduan menggangur sambung belajar di Kolej

    Komuniti.

    Utusan Malaysia, 18 Mei 2005, Kaedah baru ukur kemahiran graduan.

    Perbincangan ini menjelaskan kemahiran dan kecekapan yang diperlukan oleh

    pasaran pekerjaan, kedudukan kurikulum di universiti dan menunjukkan hubung

    kait kurikulum dengan cabaran-cabaran yang dihadapi di tempat kerja dari sudut

    pandangan majikan industri, ahli akademik dan siswazah yang menganggur.

    Pandangan Industri Terhadap Kemahiran dan Kecekapan dalam Pasaran Pekerjaan

    Pendapat dan harapan pihak industri dirangka mengikut empat kemahiran asas yang

    dianggap memenuhi keperluan pasaran pekerjaan abad ke-21, iaitu kemahiran literasi

    alaf digital, komunikasi efektif, pemikiran inventif dan kemahiran produktiviti tinggi.

    Kemahiran Literasi Alaf Digital

    Kemahiran literasi alaf digital ini mencakupi beberapa aspek, seperti kebolehan

  • 7/28/2019 rujukan oumh1103.docx

    41/48

    berbahasa dan perangkaan, literasi sains dan teknologi, literasi visual, literasi

    maklumat, literasi pelbagai budaya dan pemahaman secara global semua bidang

    tersebut.

    (a) Penguasaan bahasa Inggeris lemah

    Menurut pihak industri, siswazah tidak mempunyai kemahiran berbahasa

    Inggeris, khususnya dalam pertuturan dan penulisan asas. Siswazah tidak

    dapat menjawab soalan yang dikemukakan semasa temu duga. Mereka tidak

    dapat menjelaskan sesuatu idea secara berkesan dan hal ini memberikan satu

    gambaran bahawa mereka tidak mempunyai pengetahuan yang kukuh dalam

    bidang tersebut. Calon-calon ini tidak berani berbahasa Inggeris dan

    memohon supaya temu duga dijalankan dalam bahasa Malaysia.

    (b) Kemahiran teknologi dan komputer

    Siswazah tempatan mempunyai pengetahuan dan kemahiran literasi ICT

    yang baik.

    (c) Literasi pelbagai budaya dan pemahaman secara global

    Walaupun literasi pelbagai budaya dan pengetahuan tentang isu global

    penting, perkara-perkara ini tidak diberikan penekanan dalam industri

    kerana kelemahan dalam penguasaan bahasa Inggeris tidak akan

    membolehkan siswazah membincangkan perkara-perkara ini dengan

    berkesan. Rumusan

    69

    Kemahiran Komunikasi Efektif

    Kebolehan berkomunikasi penting kerana kemahiran ini dapat menjamin kejayaan

    dalam temu duga dan aktiviti seterusnya di tempat bekerja. Pihak industri

    menyatakan bahawa siswazah yang menghadapi masalah dalam kemahiran

    komunikasi efektif, mungkin disebabkan penguasaan bahasa Inggeris mereka yang

    lemah dan tidak yakin pada diri sendiri.

    Kemahiran Pemikiran Inventif

  • 7/28/2019 rujukan oumh1103.docx

    42/48

    Kemahiran pemikiran inventif melibatkan diri individu itu sendiri. Kemahiran ini

    melibatkan kesanggupan seseorang siswazah itu menyahut cabaran, menyesuaikan

    diri dengan keadaan sekelilingnya, berdikari, mempunyai sikap ingin tahu, bersifat

    kreatif, mempunyai daya pemikiran yang tinggi dan mampu menangani masalah.

    Pihak industri menyatakan bahawa hanya segelintir siswazah tempatan yang

    sanggup menghadapi cabaran. Pasaran pekerjaan memerlukan siswazah yang

    sanggup mengambil risiko dan mempunyai komitmen yang tinggi. Kelemahan para

    siswazah yang takut untuk mengambil risiko, ditambah dengan sikap mereka yang

    berat tulang menyebabkan mereka mahukan pekerjaan yang mudah. Mereka lebih

    suka akan pekerjaan yang tidak memerlukan komitmen yang tinggi. Hal ini

    menunjukkan para siswazah mempunyai sikap suka memilih pekerjaan yang kurang

    memerlukan komitmen dan mudah dibereskan mengikut masa yang telah

    ditetapkan.

    Kemahiran Produktiviti Tinggi

    Pihak industri amat mementingkan pengeluaran yang bermutu. Perkara ini dikaitkan

    dengan latihan industri yang diperlukan agar siswazah dapat menunjukkan daya

    pengeluaran yang tinggi. Untuk mencapai kemahiran ini, pihak industri memberikan

    perhatian kepada siswazah yang mempunyai latihan industri yang mencukupi.

    Kebanyakan majikan juga membuat pemerhatian bahawa siswazah tempatan

    mengambil masa sekurang-kurangnya enam bulan untuk membina keyakinan dan

    kemahiran dalam bidang pekerjaan mereka. Dalam tempoh enam bulan tersebut,

    sebilangan siswazah ini menghadapi banyak masalah yang kadang-kadang

    menyebabkan mereka menyerah kalah dan meletak jawatan.

    Pandangan Industri Terhadap Kurikulum Universiti

    Pihak industri menegaskan bahawa pemikiran tradisional yang menetapkan

    universiti sebagai satu gedung ilmu yang hanya bertanggungjawab menyalurkan

    ilmu perlu diubah agar universiti dan industri dapat menjalinkan kerjasama yang

    efektif untuk menghadapi cabaran pekerjaan pada peringkat tempatan dan

  • 7/28/2019 rujukan oumh1103.docx

    43/48

    antarabangsa. Ambigapathy Pandian et al.

    70

    Penyemakan Semula Kurikulum Universiti Diperlukan dari Semasa ke Semasa

    Kebanyakan majikan berpendapat bahawa kurikulum universiti yang ada sekarang

    memerlukan perubahan untuk menghadapi keperluan tempat kerja. Perkara utama

    yang ditekankan oleh pihak industri ialah universiti perlu mengetahui jenis

    kemahiran yang diperlukan oleh industri.

    Perubahan Kurikulum Mengambil Masa yang Lama

    Perubahan berpandukan kehendak industri turut menghadapi jalan buntu kerana

    wujudnya proses yang panjang untuk mengubah sesuatu kurikulum IPTA. Industri

    lebih suka bekerjasama dengan universiti atau kolej swasta kerana institusi ini

    sanggup menukar kurikulum dengan cepat mengikut acuan yang dikehendaki oleh

    industri.

    Hubungan Kerjasama Industri dengan IPTA Menghadapi Masalah Disebabkan

    Tanggapan yang Berbeza

    Pihak industri juga menyatakan bahawa beberapa usaha untuk bekerjasama dengan

    universiti menemui jalan buntu kerana tanggapan yang berbeza tentang peranan

    masing-masing.

    Kurikulum Universiti Tidak Memberikan Ruang yang Mencukupi untuk Kemahiran

    Praktikal

    Kurikulum universiti menyediakan kemahiran tinggi kepada para siswazah, tetapi

    kelemahan aspek ini berlaku kerana kekurangan aktiviti praktikal yang

    membolehkan siswazah mengaplikasikan pengetahuan yang diperoleh dalam

    kemahiran tinggi. Pihak universiti juga perlu mencari tempat latihan industri yang

    sesuai dan menjalankan penyeliaan yang rapi agar pelajar mendapat latihan yang

    bermakna.

    Peranan Sekolah dalam Penyediaan Pelajar yang Memenuhi Keperluan Universiti

    dan Kehendak Tempat Kerja

  • 7/28/2019 rujukan oumh1103.docx

    44/48

    Pihak industri juga menekankan hubung kait antara sekolah dengan universiti dalam

    membentuk pelajar bagi memenuhi keperluan pekerjaan. Tanggungjawab menangani

    isu penyediaan pelajar yang memenuhi kehendak pasaran menjadi sukar sekiranya

    diserahkan kepada pihak universiti sahaja. Rumusan

    71

    Pandangan Ahli Akademik Terhadap Kerelevanan Kurikulum Universiti dalam

    Memenuhi Keperluan Pasaran Pekerjaan

    Persepsi wakil universiti terhadap isu tentang tanggungjawab dalam membentuk

    pelajar sebagai persediaan memasuki pasaran kerja boleh dihuraikan dengan

    mengetengahkan empat isu yang berbangkit daripada data.

    Tanggungjawab Universiti dalam Menjamin Kebolehpasaran Siswazah

    Warga akademik yang ditemu bual sebulat suara merasakan tanggungjawab ini

    merupakan tanggungjawab kolektif, yakni bukan universiti sahaja, tetapi pihak

    industri dan masyarakat juga bertanggungjawab dalam menyediakan tempat dan

    peluang pekerjaan yang memadai untuk siswazah.

    Tempoh Pengajian di Universiti

    Berkaitan dengan pandangan di atas, warga akademik menyentuh isu sistem

    pendidikan tiga tahun yang difikirkan perlu disemak semula memandangkan jumlah

    keluaran siswazah universiti yang tinggi pada setiap tahun dan hal ini menyebabkan

    pihak industri sukar menyerapkan mereka ke dalam sistem pekerjaan.

    Peranan Universiti untuk Penyebaran Ilmu

    Universiti dianggap sebagai tempat yang memberikan ilmu pengetahuan dan

    melahirkan insan yang baik. Menurut para akademik, tanggungjawab menyediakan

    pekerjaan untuk siswazah merupakan tanggungjawab kolektif yang perlu dipikul

    oleh industri, kerajaan dan masyarakat.

    Perbandingan antara Siswazah Universiti Luar Negara dengan Tempatan

    Berhubung dengan isu kualiti, siswazah universiti luar negara berbanding dengan

    tempatan, warga akademik berpendapat bahawa kenyataan siswazah universiti luar

  • 7/28/2019 rujukan oumh1103.docx

    45/48

    negara lebih berkualiti daripada tempatan mungkin tidak benar.

    Universiti Berusaha untuk Mengekalkan Jaminan Kualiti Kurikulum

    Jaminan kualiti kurikulum dan penilaian kurikulum universiti di IPTA adalah

    mengikut tatacara yang diperakukan pada peringkat kebangsaan (KPT, LAN dan

    JPA) dan menepati piawaian antarabangsa. Bagi memastikan kurikulum tersebut

    relevan dan menepati keperluan masa dari segi kebolehpasaran serta dari aspek

    kecekapan ilmu khusus, tinjauan pasaran dibuat terlebih dahulu dan mesyuarat juga

    diadakan dengan panel industri untuk menentukan kurikulum. Ambigapathy Pandian et al.

    72

    Kurikulum Universiti Mempunyai Keseimbangan dari Segi Kemahiran Tinggi dan

    Kemahiran Insaniah

    Warga akademik mengesahkan bahawa pelajar didedahkan kepada kemahiran

    insaniah yang berkaitan, seperti strategi membaca, menulis dan berfikir secara kreatif

    dan kritis. Mereka merasakan