nota bahasa malaysia-1

Upload: mohd-shamsul-bahari-rosli

Post on 05-Apr-2018

229 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/2/2019 NOTA Bahasa Malaysia-1

    1/3

    NOTA Bahasa Malaysia

    Pengetahuan Asas Bahasa Malaysia

    A. Memperkenalkan Jenis Kata

    1. Kata nama Am dan Kata Nama Khas2. Kata ganti nama Diri3. kata Adjektif 4. Kata Hubung5. Kata Kerja6. Kata Seru7. Kata Ganda8. Penjodoh Bilangan9. Cajap Ajuk Cakap Pindah10. Ayat Aktif dan Ayat Pasif11. Ayat Majmuk dan Ayat Tunggal

    12. Simpulan Bahasa13. Imbuhan Awalan14. Imbuhan Akhiran15. Imbuhan Apitan16. Imbuhan Pinjaman17. Sinonim18. Antonim19. Tanda Baca20. Perumpamaan

    1. Kata nama Am dan Kata nama Khas

    - Memperkenalkan Kata Nama Am dan Kata Nama Khas.Contohnya: Kata nama Am sekolah, rumah, jalan, kedai dan sebagainya.

    Kata Nama Am tidak ditulis dengan huruf besar.

    Kata nama Khas - Sekolah Kebangsaan Pulai Condong, KeretaProton Wira, Jalan Damai.

    Kata nama Khas ditulis dengan huruf besar.

    - Mengenalpasti agar murid-murid dapat membezakan antara Kata Nama Amdengan Kata nama Khas.

    - Memberi soalan untuk mengetahui sama ada murid memahami antara Katanama Am dan Kata Nama Khas.

    Jenis-jenis Soalan:

    a. Menggariskan Kata Nama Am dan Kata Nama Khas

    - Rumah itu masih elok kerana baru dibina.

  • 8/2/2019 NOTA Bahasa Malaysia-1

    2/3

    - Kereta Proton Saga itu sedang menuju ke jalan raya.

    b. Soalan Objektif

    Pilih Kata Nama Khas

    - Abang saya masih bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan

    Seksyen 9.

    A bersekolah C Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 9B Abang D saya

    2. Kata Ganti Nama Diri

    Jenis Kata Ganti Nama Diri

    a. Kata ganti Nama Diri Pertama Contoh: aku, saya, beta, patik,hamba, kami, kita

    b. Kata ganti Diri Kedua - awak, engkau, anda, tuanku, kamuc. kata ganti Diri Ketiga - dia, beliau, baginda, mereka

    - Mengenalpasti agar murid-murid dapat memahami Kata Ganti

    Nama

    - Memberi soalan untuk mengetahui sama ada murid memahami KataGanti Nama

    Jenis-jenis Soalan:

    a. Menggariskan Kata Ganti Nama

    - Saya akan mula bersekolah esok.

    - Ke manakah kita akan pergi pada musim cuti sekolah nanti?

    b. Soalan Objektif

    Pilih Kata Ganti Diri yang Betul

    Mengapakah ___________ tidak datang ke sekolah semalam?

    A engkau C tuankuB kamu D beta

  • 8/2/2019 NOTA Bahasa Malaysia-1

    3/3

    3. Kata Adjektif

    - Dikenali juga sebagai kata yang menunjukkan sifat sama ada benda ataumanusia.

    - Contohnya: panjang, pendek, bulat, tirus, besar, kecil, tipis, hijau, kuning,

    berani, penakut, kacak, hodoh, jernih, kotor, bersih, mahal, murah dansebagainya.

    - Mengenalpasti agar murid-murid dapat mengenali Kata Adjektif

    - Memberi soalan untuk mengetahui sama ada murid memahami Kata

    Adjektif

    Jenis-jenis Soalan:

    a. Menggariskan Adjektif

    - Rumah itu sangat besar..

    - Jalan yang sempit itu sukar dilalui.

    b. Soalan Objektif

    Pilih Kata Adjektif

    Siapakah nama gadis yang cantik itu?

    A nama C cantik B siapakah D yang

    Pilih Kata Adjektif yang Betul

    I Orang tua itu sudah terlampau nyanyuk

    II Saya tidak suka akan dia kerana dia terlalu bongkakIII Oleh sebab bongkak, orang tua berjalan menggunakan tongkat

    IV Padi yang ditanaknya itu sudah hangit

    A I, II B I, II, III C II, III, IV D I, II, IV

    Jawapan: D