1.1 asal usul bahasa melayu (nota)

Upload: zoey-chiew

Post on 08-Jan-2016

253 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

BMZ

TRANSCRIPT

  • menjelaskan asal usul bahasa melayumenerangkan konsep melayumengelompokkan bahasa mengikut rumpun, keluarga, atau subkeluargamenjelaskan hipotesis tentang tempat asal bahasa melayu.

  • RAJAH SALASILAH BAHASA

    Filum Bahasa Austrik/Austris Menguasai hampir separuh benua Asia.

    Rumpun Austronesia Bahasa Nusantara (Polinesia,Melanesia,Mikronesia).Rumpun Austroasia Bahasa Khasi (Nicobar,Mon, Khmer dan Munda)Rumpun Cina-Tibet Bahasa Cina, Tibet,Burma, Siam.Rumpun AustronesiaBarat (Hesperanesia).Rumpun AustronesiaTimur (Ocenesia).Keluarga Indonesia(Keluarga Nusantara). Keluarga Melanesia.(Kepulauan Fiji,Irian, New Guinea). Keluarga Mikronesia. (Kepulauan Marianna,Gilbert).Keluarga Polinesia.(Hawaii, Tonga,Kepulauan Easter).Subkeluarga Indonesia Pusat.Subkeluarga Filipina-Formosa.

    Istilah Austronesia : Bahasa Latin Austro (selatan), Bahasa Yunani Nesos (pulau). Bahasa Austronesia : Bahasa-bahasa di Pulau Selatan. Sebelum istilah Austronesia, istilah yang di gunakan ialah Melayu-Polinesia. Kelompok Indonesia Pusat :- Bahasa Melayu, Bahasa-bahasaBumiputera di Sarawak, KalimantanDan di Kepulauan Indonesia.

    Kelompok Filipina-Formosa :- Bahasa-bahasa Filipina, Bahasa-Bahasa Bumiputera di Sabah, Brunei, KECUALI bahasa Melayu dan BahasaLun Dayeh.

    Keluarga Nusantara :- Formosa (Utara), Maluku (Timur),Pulau Timur (Selatan), Madagaskar (Barat). Bahasa Melayu Terdiri daripada Bahasa Nusantara. Ia mempunyai200-300 bahasa.

    BAHASA MELAYU MEMPUNYAI :-4 PERINGKATBAHASA MELAYUPURBABahasa Melayu moden(berasal)Bahasa Melayu Klasik(berasal)Bahasa Melayu IndukPENDAPATASMAH HAJI OMAR

    Kesimpulannya, BahasaMelayu moden berasalDaripada Bahasa MelayuPurba yang di tuturkan Oleh Kelompok MelayuDeutro.BAHASA MELAYUMODENBAHASA MELAYUKLASIKBAHASA MELAYUKUNO

  • 1.1.3 : HIPOTESIS TEMPAT ASAL BAHASA MELAYUMELAYU PROTO Berhijrah ke Nusantara (2500 tahun SM) Hidup berpindah randah,pandai Membuat alat Bercucuk tanam, alat perhiasan. Di kenali sebagai Zaman Neolitik. Dikemukakan oleh P. Sarasin dan F. Sarasin dan diperkukuhkan oleh R.H. Geldern. Melalui kajian Geldern terhadap beliung batu bersegi panjang,didapati kapak yang diperbuat daripada batu terdapat di beberapa kawasan Anataranya disekitar Hulu Sungai Brahma Putra dan Sungai Irrawadi. Kesimpulannya, Beliung batu tersebut telah dibawa oleh Orang Asia Tengah ke Kepulauan Melayu.

    Orang Melayu berpindah Randah dari Utara ke Selatan. Mereka berasal Dari kawasan Selatan China(Yunan),Assam (Burma), Champa (Selatan China). Berlaku dalam 2 kumpulan.KAWASAN ASIATENGAH

  • Berhijrah ke Nusantara (1500 tahun SM). Datang dari Daerah Yunan (Selatan China). Dikenali sebagai Zaman Logam. Membuat alat perburuan dan Pertanian daripada besi. Juga pandai dalam bidang Astronomi dan Pelayaran. Hidup di tepi pantai dan kemudian bersebar di Kepulauan Melayu. Kumpulan ini menyebabkan Melayu Proto berpindah ke kawasan Pedalaman (hutan dan pergunungan). Menetap di kawasan Persisiran Pantai dan hidup sebagai Nelayan. Pandai bermasyarakat :- Berlayar ke Pulau-pulau di seluruh Kepulauan Melayu dan akhirnya Berkembang menjadi Bangsa Melayu dan Bangsa Indonesia yang sekarang. J.R. Logan membuat kajian berdasarkan adat resam suku bangsa di Asia. Berpendapat bahawa wujud persamaan antara adat resam Kaum Melayu dengan adat resam Kaum Naga di Assam (Burma). G.K. Nieman dan R.M. Clark membuat kesimpulan bahawa daratan Asia merupakan tanah asal nenek moyang Bangsa Melayu. Ia turut disokong oleh Sarjana Melayu :- Asmah Haji Omar (Malaysia) : Penghijrahan Orang Melayu tidak berlaku sekali gus dan tidak melalui jalan yang sama. Slamet Muljana (Indonesia) : Bahasa Austronesia yang didalamnya Termasuk Bahasa Melayu dari Daratan Asia. MELAYU DEUTRO

  • Walau bagaimanapun, hipotesis pertama ini menimbulkan banyak keraguan. Tarikh : Penghijrahan kumpulan Melayu Deutro di katakan berlaku pada 1500 SM, sedangkan kajian arkeologi mendapati manusia moden telah Wujud di Kepulauan Melayu sejak 35000 tahun yang lalu. Warna Kulit : Bangsa Melayu (Thailand Selatan, Malaysia, Indonesia, Brunei,Filipina Selatan) berkulit coklat manakala bangsa Asia Tengah (China di Timur,India di Barat) berkulit cerah, juga berbeza dari segi kebudayaan dan bahasa. Artifak : Beliung batu digunakan oleh semua masyarakat primitif di seluruh dunia Misalnya di Amerika dan Eropah. Bahasa : Bahasa Melayu berasal daripada rumpun Austronesia tetapi bahasa Asia Tengah berasal daripada rumpun China-Tibet.

    sambungan

  • KAWASAN NUSANTARA Pengkaji mengemukakan beberapa tempat asal bahasaAustronesia beserta dengan buktinya :- (Sumatera,Jawa,Formosa,Melanesia,New Guinea,Filipina) Melalui kajian bahasa (Selatan Asia) menunjukkan bahawa Bahasa-bahasa di Nusantara memang mempunyai hubungan Kekerabatan (induknya ialah bahasa Austronesia). C.A. Mees berpendapat bahawa bahasa-bahasa daripadaRumpun Austronesia mempunyai persamaan dari segi Perkataan, sistem imbuhan, dan susunan tatabahasa. Penutur bahasa dikatakan berpusat di persisir pantai di Kepulauan Melayu dan kemudian mereka membawa bahasaTersebut ke barat hingga ke Madagaskar (Lautan Hindi)Dan ke timur hingga ke Pulau Easter (Lautan Pasifik).

  • William Marsden berpendapat bahawa bahasa Melayu serumpun dengan bahasa Mikronesia, Melanesia, dan Polinesia. Ianya tidak ditemukan dalam bahasa-bahasa di Asia Tengah. Isidore Dyen pula berpendapat orang Melayu mungkin berasal dari Formosa,New Guinea, atau Melanesia. Dalam buku Linguistik Bandingan Historis karya Gorys Keraf pula menyatakan bahawa orang Melayu sudah sedia ada diKepulauan Melayu. Menurut beliau, negeri asal nenek moyang bangsa Austronesia adalah di Indonesia dan Filipina. Menurut John Crawford, seorang Sarjana Inggeris, tempat asal orang Melayu adalah di Sumatera dan Jawa. Ini turut disokong oleh kajian arkeologi kerana penemuan fosil manusia di Nusantara menunjukkan bahawa manusia telah lama mendiami Kepulauan Melayu.Sebagai buktinya, penemuan fosil manusia menunjukkan bahawa manusia Jawa telah wujud di Pulau Jawa sejak dua juta tahun yang lalu.

  • TAMAT