nota sejarah malaysia moden bab 3

Upload: hazman-azhar

Post on 04-Apr-2018

232 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/31/2019 Nota Sejarah Malaysia Moden Bab 3

    1/17

    1

    Disediakan oleh: Hazman_ipda2012

    Nota SJH1107

    Sejarah Malaysia Moden

    BAB TIGA: TINDAKAN BRITISH SELEPAS PERANG DAN REAKSI RAKYAT TEMPATAN

    PENTADBIRAN TENTERA BRITISH (BMA)

    Sudah dijelaskan dalam Nota Bab Satu di bawah subtopik Organisasi Politik Selepas

    Pendudukan Jepun di Tanah Melayu.

    MALAYAN UNION

    Tujuan Penubuhan Malayan Union

    Ketika Perang Dunia Kedua masih di kemuncaknya, dalam tahun 1942 iaitu kurangsetahun daripada tarikh kekalahan Tentera Berikat di Tanah Melayu, kerajaan British

    di London telah merangka satu kertas cadangan untuk membina semula Tanah

    Melayu selepas perang yang dinamakan Malayan Planning Unit (MPU) yang diketuai

    oleh Sir Ralph Hone.

    Melalui perancangan yang dibuat oleh MPU, negeri-negeri di Tanah Melayudicadangkan untuk disatukan di bawah satu unit politik tunggal yang dinamakansebagai Malayan Union.

    Antara tujuan penubuhan Malayan Union termasuklah:

    TUJUAN HURAIAN/CONTOH

    Menyatukan negeri-

    negeri di Tanah Melayu

    di bawah satu unit

    politik

    Sebelum berlakunya perang, terdapat tiga unit politikyang terpecah-pecah di Tanah Melayu iaitu Negeri-negeri

    Melayu Bersekutu, Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu

    dan Negeri-negeri Selat.

    Dengan mewujudkan Malayan Union, semua negeri diTanah Melayu kecuali Singapura dapat disatukan di

    bawah satu unit politik.

    Hal ini dapat melicin dan mewujudkan sebuahpentadbiran yang cekap di Tanah Melayu.

  • 7/31/2019 Nota Sejarah Malaysia Moden Bab 3

    2/17

    2

    Disediakan oleh: Hazman_ipda2012

    Nota SJH1107

    Sejarah Malaysia Moden

    Walaubagaimanapun, Singapura yang merupakan salahsebuah negeri dalam Negeri-negeri Selat diasingkan

    pentadbirannya disebabkan hasrat British yang ingin

    mengekalkan taraf Singapura sebagai pelabuhan bebas

    British di Selat Melaka.

    Menjimatkan Kos

    Pentadbiran British

    Kewujudan beberapa unit politik di Tanah Melayu telahmenyebabkan kerajaan British di Tanah Melayu terpaksa

    menanggung kos mengurus dan mentadbir yang tinggi

    terutamanya dalam menggaji para pegawai di pelbagai

    jabatan kerajaan.

    Oleh itu, dengan mewujudkan sebuah pentadbiranberpusat yang tunggal, kos pentadbiran British dapat

    dikurangkan.

    Selain itu, hasil-hasil dari seluruh Tanah Melayu dapatdipusatkan di peringkat Malayan Union dan perkara ini

    akan dapat membantu British menyalurkan wang kepada

    negeri-negeri yang kurang maju dengan mengambilnya

    daripada negeri yang maju seperti Selangor dan Perak.

    Mengurang dan

    mengawal kuasa politik

    orang Melayu

    Malayan Union juga bertujuan untuk mengurangkankuasa yang ada pada orang Melayu terutamanya Raja-

    raja Melayu yang hanya diletakkan di bawah Gabenor

    Malayan Union.

    Hal ini bermakna, Gabenor Malayan Union berkuasamengawal tindakan Sultan di Tanah Melayu dengan

    kuasa yang diberikan kepadanya.

    Di bawah Malayan Union, fungsi Sultan hanyalahbertanggungjawab terhadap hal ehwal agama Islam dan

    adat Melayu semata-mata. Malah, pungutan zakat juga

    terletak di bawah kuasa Gabenor.

  • 7/31/2019 Nota Sejarah Malaysia Moden Bab 3

    3/17

    3

    Disediakan oleh: Hazman_ipda2012

    Nota SJH1107

    Sejarah Malaysia Moden

    Membentuk satu bangsa

    Malayan Union

    Selama ini, taraf golongan imigran di Tanah Melayudianggap sebagai pendatang walaupun sebahagian

    daripada mereka lahir dan menetap di Tanah Melayu.

    Golongan imigran telah menjadi nadi utamapembangunan ekonomi di Tanah Melayu semenjak

    bermulanya era kolonial di Tanah Melayu.

    Oleh itu, British berhasrat untuk memberikan kerakyatankepada golongan imigran melalui prinsip jus solikepada

    golongan imigran ini atas nama rakyat Malayan Union.

    Hal ini bertujuan untuk membentuk taat setia golonganimigran terhadap Tanah Melayu dan mengekalkan

    mereka di Tanah Melayu supaya pembangunan ekonomi

    dapat diteruskan.

    Melalui kerakyatan tersebut, bangsa Malayan Union akanterdiri daripada masyarakat Melayu sebagai golongan

    asal di Tanah Melayu dan golongan imigran yang

    mempunyai taraf yang sama sebagai warganegara yang

    dijamin dalam Perlembagaan Malayan Union.

    Meneruskan Eksploitasi

    Ekonomi British

    Salah satu keutamaan British selepas perang adalahuntuk memulihkan semula kegiatan ekonomi yang

    terjejas akibat perang terutamanya getah dan bijih timah.

    Harga timah dalam pasaran dunia yang melambungakibat Perang Korea dan keperluan dunia selepas perang

    menyebabkan perusahaan perlombongan perlu

    dipulihkan dengan serta-merta.

    Untuk itu, kerajaan British memerlukan modal yang tinggibagi memulihkan ekonomi di Tanah Melayu.

    Selain itu, penguasaan Gabenor British sebagaipemerintah tertinggi dalam struktur politik Malayan

    Union akan memudahkan mereka untuk membuat segala

  • 7/31/2019 Nota Sejarah Malaysia Moden Bab 3

    4/17

    4

    Disediakan oleh: Hazman_ipda2012

    Nota SJH1107

    Sejarah Malaysia Moden

    keputusan yang membolehkan mereka mengaut hasil

    bumi di Tanah Melayu dengan lebih mudah tanpa perlu

    mendapat kebenaran Sultan di negeri-negeri disebabkan

    pemusatan kuasa yang diperolehi Gabenor.

    Mengukuhkan

    Pertahanan British

    Kemaraan mudah Jepun ke Tanah Melayu dalam PerangDunia Kedua menunjukkan pertahanan British di Tanah

    Melayu adalah lemah dan mudah dibolosi.

    Hal ini kerana, kekuatan tentera British tertumpu ditempat-tempat strategik sahaja terutamanya Singapura

    dengan mengabaikan pertahanan di negeri lain.

    Contohnya ketika Perang Dunia Kedua, pertahanan TanahMelayu di sebelah utara adalah lemah sehingga mampu

    dibolosi oleh tentera Jepun dengan mudah.

    Oleh itu, penubuhan Malayan Union adalah bertujuanuntuk menubuhkan satu bentuk tentera yang berpusat

    dan tersusun di Tanah Melayu dalam menghadapi

    sebarang ancaman.

    Ciri-ciri Malayan Union

    CIRI HURAIAN/CONTOH

    Wilayah Wilayah Malayan Union meliputi gabungan sebelasnegeri di Tanah Melayu iaitu Negeri-negeri Melayu

    Bersekutu, Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu dan

    Negeri-negeri Selat kecuali Singapura.

    Pusat pentadbiran Malayan Union terletak di KualaLumpur.

  • 7/31/2019 Nota Sejarah Malaysia Moden Bab 3

    5/17

    5

    Disediakan oleh: Hazman_ipda2012

    Nota SJH1107

    Sejarah Malaysia Moden

    Pemerintah Gabenor adalah merupakan pemerintah tertinggi dalamstruktur politik di Tanah Melayu.

    Beliau dilantik atas persetujuan Parlimen British danperkenan daripada Raja England dan Wales. Hal ini

    menunjukkan taraf Malayan Union sebagai salah sebuah

    tanah jajahan British.

    Gabenor Malayan Union pertama yang dilantik adalah SirEdward Gent pada 1 April 1946.

    Pembahagian Kuasa Dalam usaha melicinkan pentadbiran Malayan Union,terdapat tiga badan yang diletakkan di bawah Gabenor

    dalam Malayan Union iaitu Majlis Eksekutif, Majlis

    Perundangan dan Majlis Melayu.

    Di peringkat negeri-negeri, Pesuruhjaya Negeri-negeridalam kalangan pegawai British dilantik untuk

    menguruskan negeri dan diletakkan di bawah kuasa

    Majlis Perundangan.

    Kuasa Raja-raja Melayu Di bawah pentadbiran Malayan Union, Raja-raja Melayudiletakkan di bawah Majlis Melayu di bawah Gabenor.

    Majlis Melayu hanya berperanan membincangkan soalagama Islam dan adat-istiadat Melayu sahaja.

    Walaubagaimanapun, urusan kutipan zakat adalah dibuatatas nama Gabenor dan Sultan tidak mempunyai kuasa

    ke atasnya.

    Raja-raja Melayu kehilangan kuasa memerintah negerimasing-masing.

  • 7/31/2019 Nota Sejarah Malaysia Moden Bab 3

    6/17

    6

    Disediakan oleh: Hazman_ipda2012

    Nota SJH1107

    Sejarah Malaysia Moden

    Kuasa Parlimen British Parlimen British memiliki kuasa yang tinggi dalamstruktur politik dalam Malayan Union di mana Parlimen

    British berkuasa menggubal dan meluluskan undang-

    undang yang akan digunapakai di Tanah Melayu di bawah

    pentadbiran Malayan Union.

    Kerakyatan Prinsip kerakyatan dalam Malayan Union adalahberdasarkan prinsip jus soli iaitu kerakyatan diberikan di

    tempat kelahiran seseorang.

    Hal ini bermakna, golongan imigran yang lahir di TanahMelayu berhak menjadi warganegara Malayan Union.

    Orang Melayu sebagai masyarakat peribumi tidakmempunyai keistimewaan.

    Taraf Negara Taraf Tanah Melayu yang merupakan negeri naunganBritish telah berubah menjadi negeri jajahan British di

    bawah Malayan Union.

    Reaksi Rakyat Tempatan terhadap Penubuhan Malayan Union

    Sambutan rakyat tempatan terhadap cadangan penubuhan Malayan Union adalahpelbagai. Sebahagian besarnya telah menentang penubuhan Malayan Union

    manakala sebahagian kecil yang lain menyokong penubuhan Malayan Union

    tersebut.

    Penentangan masyarakat Melayu terhadap Malayan Union telah menyaksikan satugelombang penentangan yang besar yang tidak pernah berlaku dalam sejarah di

    Tanah Melayu sebelumnya.

  • 7/31/2019 Nota Sejarah Malaysia Moden Bab 3

    7/17

    7

    Disediakan oleh: Hazman_ipda2012

    Nota SJH1107

    Sejarah Malaysia Moden

    (A) Penentangan terhadap Malayan Union

    Majoriti orang Melayu di seluruh Tanah Melayu telah bangun menentang cadanganMalayan Union yang cuba dilaksanakan oleh British di Tanah Melayu. Penentangan

    dapat dilihat melalui gerakan yang dilakukan oleh persatuan-persatuan Melayu di

    seluruh Tanah Melayu.

    Antara faktor penentangan terhadap Malayan Union termasuklah:

    TUJUAN HURAIAN/CONTOH

    Ancaman terhadap

    Kedaulatan dan Kuasa

    Raja-raja Melayu

    Dalam kerajaan Malayan Union, kedudukan sultandikekalkan tetapi kuasa mereka dikurangkan.

    Raja hanya menjadi ketua agama dan adat istiadat sahaja.Kuasa pentadbiran di tangan Gabenor yang mempunyai

    kuasa pembatal(veto)

    Gabenor MU menjadi Pengerusi Majlis Islam menjatuhkan maruah dan kesucian Agama Islam kerana

    orang bukan Islam menjadi pengerusi. Orang Melayu bimbang sultan kehilangan kuasa politik

    dan hak keistimewaan tidak rela sultan dilucutkan kuasa

    politik di negeri mereka sendiri.

    kehilangan kuasa sultan akan menyebabkan status TanahMelayu bertukar menjadi tanah jajahan British

    Cara Pemerolehan

    Kerakyatan

    Prinsip kerakyatan berdasarkan jus soli menebalkansentiment benci orang bukan Melayu terutamanya kaum

    Cina.

    Syarat kerakyatan yang terlalu longgar membolehkanorang bukan Melayu mendapat hak yang sama dengan

    orang Melayu.

    Orang Melayu meragui taat setia orang Cinadan India kerana sebelum Perang Dunia Kedua semangat

  • 7/31/2019 Nota Sejarah Malaysia Moden Bab 3

    8/17

    8

    Disediakan oleh: Hazman_ipda2012

    Nota SJH1107

    Sejarah Malaysia Moden

    nasionalisme mereka terarah ke negara asal masing-

    masing.

    Perlaksanaan MU akan mengakibatkan kira-kira 85%orang Cina dan 75% orang India mendapat taraf

    kewarganegaraan Tanah Melayu.

    Kerakyatan golongan imigran dilihat menghapuskanstatus quo orang Melayu sebagai golongan majoriti di

    Tanah Melayu.

    Tipu Helah MacMichael Mac Micheal dihantar ke Tanah Melayu untukmendapatkan tandatangan sultan dalam menyokong

    penubuhan Malayan Union.

    Bagi mendapatkan persetujuan Sultan, paksaan telahdilakukan ke atas Sultan dengan mengugut akan

    dilucutkan jawatan atas alasan bekerjasama dengan

    Jepun menentang British semasa Perang Dunia Kedua.

    Mac Micheal tidak memberi masa dan peluang kepadasultan untuk berunding dengan Majlis Mesyuarat Negeri

    dan pembesar masing-masing.

    Orang Melayu marah kerana Mac Micheal tidakmenerangkan syarat gagasan MU secara terperinci serta

    mendapatkan pandangan daripada raja-raja Melayu

    terlebih dahulu sebelum sultan menandatangani

    perjanjian.

    Ancaman terhadap

    kedudukan Islam

    Tindakan Gabenor Malayan Union menjadi PengerusiMajlis Agama Islam telah membangkitkan kemarahan

    orang Melayu.

    Hal ini ditambah pula dengan tindakan yang memberikankuasa kepada Gabenor untuk memungut zakat atas nama

    Gabenor Malayan Union sedangkan zakat adalah satu

  • 7/31/2019 Nota Sejarah Malaysia Moden Bab 3

    9/17

    9

    Disediakan oleh: Hazman_ipda2012

    Nota SJH1107

    Sejarah Malaysia Moden

    bentuk ibadah dalam Islam.

    Ancaman Terhadap

    Kedudukan Orang

    Melayu

    Di bawah Malayan Union, semua rakyat adalah samatanpa mengira sama ada mereka merupakan rakyat asal

    di negara ini mahupun golongan imigran.

    Hal ini adalah bertentangan dengan kenyataan bahawaorang Melayu memiliki keistimewaan disebabkan mereka

    adalah tuan di Tanah Melayu.

    Malah, pemberian kerakyatan secara terbuka kepadagolongan imigran telah menghakis kuasa politik orang

    Melayu di Tanah Melayu.

    Bagi menggagalkan Malayan Union daripada dilaksanakan di Tanah Melayu, orang-orang Melayu telah menentang Malayan Union melalui beberapa cara termasuklah:

    CARA PENENTANGAN HURAIAN/CONTOH

    Peranan Akhbar Antara akhbar yang telah menyatakan penentanganmereka terhadap Malayan Union termasuklah akhbar

    Utusan Melayu (Singapura), akhbar Majlis (Selangor) dan

    akhbar Warta Malaya (Pulau Pinang).

    Akhbar-akhbar ini telah menyeru dan membangkitkansemangat orang Melayu untuk menentang Malayan

    Union dengan menjelaskan kesan-kesan buruk apabila

    Malayan Union diisyhtiharkan.

    Utusan Melayu telah mempertikaikan cara MacMichaelmemperoleh tandatangan Sultan Melayu manakala

    Warta Malaya menyeru orang-orang Melayu

    menubuhkan sebuah pertubuhan kebangsaan bagi

    menentang Malayan Union.

  • 7/31/2019 Nota Sejarah Malaysia Moden Bab 3

    10/17

    10

    Disediakan oleh: Hazman_ipda2012

    Nota SJH1107

    Sejarah Malaysia Moden

    Peranan Dato Onn Dalam menentang Malayan Union, Dato Onn Jaafar,Pegawai Daerah di Batu Pahat yang juga merupakan salah

    seorang yang dekat dengan kerabat diraja Johor telah

    menggesa semua pertubuhan Melayu di seluruh Tanah

    Melayu bersatu agar mendapat kekuatan dalam

    memelihara kepentingan orang Melayu.

    Hasilnya, Dato Onn telah berjaya menyatukan persatuan-persatuan Melayu di Johor di bawah Ikatan Melayu Johor

    dan kemudiannya Gerakan Melayu Semenanjung.

    Dato Onn juga memainkan peranan penting bersama-sama Persatuan Melayu Selangor bagi menjayakan

    Kongres Melayu seMalaya sebagai respons terhadap

    usaha menentang Malayan Union.

    Demonstrasi Tunjuk perasaan dan demonstrasi secara besar-besaranjuga telah diadakan di seluruh Tanah Melayu sebagai

    tanda bantahan terhadap Malayan Union.

    Antaranya, Persatuan Melayu Kelantan telah berjayamengumpul 10 ribu orang Melayu ketika MacMichael

    tiba di Kelantan dalam usaha mendapatkan tandatangan

    Sultan Kelantan.

    Di Kedah, Persatuan Melayu Kedah berjayamenganjurkan demonstrasi yang dihadiri hampir 50 000

    orang manakala perhimpunan di Johor dihadiri hampir 15

    000 orang.

    Telegram Sebagai menandakan bantahan terhadap Malayan Union,beberapa telegram daripada pertubuhan di Tanah

    Melayu telah dihantar ke Pejabat Tanah Jajahan British di

    London supaya menghalang penubuhan Malayan Union.

    Antaranya adalah telegram yang diutuskan oleh Dato

  • 7/31/2019 Nota Sejarah Malaysia Moden Bab 3

    11/17

    11

    Disediakan oleh: Hazman_ipda2012

    Nota SJH1107

    Sejarah Malaysia Moden

    Onn melalui UMNO, Zaaba dan Suara Islam Malaya Pulau

    Pinang.

    Kongres Sebagai tanda penentangan terhadap Malayan Union,

    satu kongres tergempar diadakan pada 29 dan 30 Mac

    1946 di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru Kuala

    Lumpur yang dihadiri oleh pertubuhan-pertubuhan

    Melayu dari seluruh Tanah Melayu.

    Antara ketetapan kongres dalam menentang MalayanUnion termasuklah:

    1. Bersetuju menubuhkan UMNO dan membentuksatu jawatankuasa yang terdiri daripada Dato

    Onn, Dato Panglima Bukit Gantang, Dato Nik

    Ahmad Kamil dan Zaba yang ditugaskan untuk

    merangka Perlembagaan UMNO.

    2. Memulaukan upacara berhubung denganpenubuhan Malayan Union.

    3. Berkabung selama tujuh hari sebagai tandabantahan terhadap Malayan Union dengan

    melilitkan kain putih pada songkok.

    4. Menggesa Ahli Majlis Mesyuarat Negeri memulaumajlis dan menarik diri dari sebarang perlantikan

    ke dalam mana-mana jawatankuasa.

    Penubuhan UMNO Dalam meneruskan lagi penentangan terhadap MalayanUnion, Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO)

    ditubuhkan secara rasmi pada 11 Mei 1946 di Istana

    Besar Johor Bahru dan melantik Dato Onn Jaafar sebagai

    Presiden UMNO yang pertama.

    Melalui UMNO, Dato Onn telah menghantar satutelegram bantahan terhadap Malayan Union kepada

  • 7/31/2019 Nota Sejarah Malaysia Moden Bab 3

    12/17

    12

    Disediakan oleh: Hazman_ipda2012

    Nota SJH1107

    Sejarah Malaysia Moden

    Perdana Menteri Britain, Clement Atlee.

    UMNO juga bertindak mengadakan demonstrasimembantah Malayan Union di seluruh negara termasuk

    di padang Kelab Sultan Sulaiman Kuala Lumpur, Pahang

    dan Perak.

    Sokongan Bekas Pegawai

    British

    Perjuangan orang-orang Melayu yang menentangMalayan Union di bawah UMNO telah mendapat simpati

    dan sokongan daripada bekas pegawai-pegawai British

    yang pernah berkhidmat di Tanah Melayu seperti Cecil

    Clementi, Frank Swettenham, R.O Windsteadt dan

    George Maxwell.

    Mereka mengecam penubuhan Malayan Union yangdianggap cuba merampas kedaulatan Raja-raja Melayu

    dan hak istimewa orang Melayu.

    Untuk itu, mereka telah menulis dalam akhbar The Timesdi London bagi menyatakan bantahan mereka terhadap

    Malayan Union.

    Peranan MDU Malayan Democratic Union (MDU) yang dianggotai olehgolongan Cina profesional telah menentang penubuhan

    Malayan Union yang dianggap gagal membawa masuk

    Singapura ke dalam Malayan Union.

    Mereka menubuhkan Jawatankuasa Bertindak Bersama(CJA) yang diketuai oleh Tan Cheng Lock dan John Eber.

  • 7/31/2019 Nota Sejarah Malaysia Moden Bab 3

    13/17

    13

    Disediakan oleh: Hazman_ipda2012

    Nota SJH1107

    Sejarah Malaysia Moden

    Persekutuan Tanah Melayu 1948

    Tentangan hebat masyarakat Melayu terhadap Malayan Union telah menyebabkanPerdana Menteri Britain, Clement Atlee menghantar dua orang wakilnya pada bulan

    Jun 1946 bagi meninjau penentangan masyarakat Melayu ke atas Malayan Union

    melalui dua orang wakil Parti Buruh iaitu Kapten L.D Gammans dan Leftenan Kolonel

    D.R. Rees William.

    Hasil tinjauan mereka, mereka mendapati tentangan hebat masyarakat Melayuterhadap Malayan Union menyebabkan kerajaan British bersetuju untuk mengkaji

    semula perlaksanaan Malayan Union di Tanah Melayu.

    Hasilnya, satu Jawatankuasa Kerja pada Julai 1946 dibentuk bagi menggantikanMalayan Union yang diketuai oleh Sir Malcolm MacDonald dan ahli-ahlinya yang

    terdiri daripada empat orang pegawai kanan Inggeris, empat orang wakil Sultan dan

    dua orang wakil UMNO.

    Antara syor yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Kerja terhadap PerlembagaanPersekutuan Tanah Melayu yang akan dibentuk termasuklah:

    1. Malayan Union digantikan dengan Persekutuan Tanah Melayu2. Kedaulatan dan kuasa Raja-raja Melayu dipulihkan3. Kedudukan istimewa orang-orang Melayu akan dikembalikan4. Syarat-syarat kewarganegaraan yang lebih ketat bagi kaum-kaum bukan

    Melayu

    Bagi mendapatkan pandangan golongan imigran terhadap perlembagaan baru yangakan dibentuk, Jawatankuasa Perundingan dibentuk yang diketuai oleh seorang

    pegawai British, lima wakil Eropah, dua wakil Cina dan dua wakil India. Jawatankuasa

    ini juga telah mengeluarkan beberapa syor bagi meminda beberapa draf dalam

    perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.

  • 7/31/2019 Nota Sejarah Malaysia Moden Bab 3

    14/17

    14

    Disediakan oleh: Hazman_ipda2012

    Nota SJH1107

    Sejarah Malaysia Moden

    Ciri-ciri Persekutuan Tanah Melayu 1948

    CIRI-CIRI HURAIAN/CONTOH

    Wilayah Persekutuan Persekutuan Tanah Melayu meliputi sembilan buahnegeri Melayu iaitu Perak, Selangor, Negeri Sembilan,

    Pahang, Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu dan Johor

    serta dua buah negeri Selat iaitu Pulau Pinang dan

    Melaka.

    Singapura diasingkan daripada Tanah Melayu dan kekalsebagai Tanah Jajahan Mahkota Inggeris.

    Pentadbiran

    Persekutuan

    Kerajaan Persekutuan akan diketuai oleh seorangPesuruhjaya Tinggi yang dilantik oleh kerajaan Inggeris.

    Pesuruhjaya Tinggi pula dibantu oleh sebuah MajlisPerundangan Persekutuan dan Majlis Mesyuarat Kerja

    Persekutuan yang kedua-duanya dipengerusikan oleh

    Pesuruhjaya Tinggi.

    Majlis Mesyuarat Kerja Persekutuan terdiri daripada tiganggota ex-officio, empat orang ahli rasmi dan lima atau

    tujuh ahli tidak rasmi yang dilantik oleh Pesuruhjaya

    Tinggi.

    Majlis ini bertindak sebagai pembantu dan penasihatkepada Pesuruhjaya Tinggi dalam menjalankan

    tanggungjawabnya. Walaubagaimanapun, Pesuruhjaya

    tidak semestinya menerima nasihat Majlis.

    Majlis Perundangan Persekutuan pula terdiri daripadaPesuruhjaya Tinggi, tiga orang ahli ex-officio, sembilan

    orang Presiden Majlis-majlis Negeri, dua orang wakil

    Majlis Tempatan Pulau Pinang dan Melaka, 11 orang ahli

    rasmi, serta 50 orang ahli tidak rasmi yang dilantik oleh

    Pesuruhjaya Tinggi Persekutuan.

  • 7/31/2019 Nota Sejarah Malaysia Moden Bab 3

    15/17

    15

    Disediakan oleh: Hazman_ipda2012

    Nota SJH1107

    Sejarah Malaysia Moden

    Pentadbiran Negeri Kerajaan Negeri akan diketuai oleh Sultan bagi negerimasing-masing.

    Sultan diberi semula hak-hak utama dan berkuasamemerintah negerinya dengan bantuan sebuah Majlis

    Mesyuarat Kerajaan Negeri dan sebuah Majlis Undangan

    Negeri.

    Kerajaan Negeri diberi kuasa mengurus perkara-perkaraberkaitan kerajaan tempatan, kesihatan, pendidikan,

    tanah, dan pertanian.

    Syarat Kerakyatan Syarat-syarat kerakyatan di bawah Persekutuan TanahMelayu 1948 adalah lebih ketat berbanding Malayan

    Union 1946.

    Antaranya, orang-orang Melayu yang lahir di TanahMelayu akan mendapat kerakyatan secara automatik.

    Untuk kaum lain, Perlembagaan Persekutuanmenetapkan dua jenis kerakyatan berdasarkan:

    1. Berdasarkan kuatkuasa undang-undang2. Secara permohonan

    Kewarganegaraan berdasarkan kuatkuasa undang-undang hanya diberi kepada mereka yang dilahirkan di

    Persekutuan yang kedua-dua ibu bapanya telah

    dilahirkan di Tanah Melayu atau bermastautin di Tanah

    Melayu selama 15 tahun.

    Kerakyatan secara permohonan pula diberi kepadaseseorang yang dilahirkan di Tanah Melayu dan telah

    bermastautin di negeri ini selama lapan tahun daripada

    tempoh 12 tahun sebelum memohon kewarganeraan

    atau telah bermastautin di sebelum Persekutuan tidak

    kurang daripada 15 tahun dari 20 tahun sebelum

  • 7/31/2019 Nota Sejarah Malaysia Moden Bab 3

    16/17

    16

    Disediakan oleh: Hazman_ipda2012

    Nota SJH1107

    Sejarah Malaysia Moden

    memohon kewarganegaraan.

    Setiap mereka yang memohon untuk mendapatkankerakyatan hendaklah memenuhi syarat-syarat tersebut:

    1. Bersumpah mengakui taat setia dan memilikiperwatakan dan tingkah laku yang baik

    2. Menyimpan hasrat untuk menetap dalamPersekutuan

    3. Memahami secukupnya dan fasih berbahasaMelayu dan Inggeris.

    Hak Istimewa Masyarakat Melayu diiktiraf sebagai Bumiputera sertahak-hak istimewa mereka dipelihara melalui

    Perlembagaan Persekutuan.

    Penentangan terhadap Persekutuan Tanah Melayu 1948

    Walaupun masyarakat Melayu terutamanya UMNO menerima Persekutuan TanahMelayu bagi menggantikan Malayan Union, wujud pula golongan yang menentang

    pembentukan Persekutuan Tanah Melayu.

    Antara yang lantang menentang Persekutuan Tanah Melayu adalah PUTERA-AMCJAiaitu perikatan politik yang pertama di Tanah Melayu.

    Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA) adalah merupakan sebuah pertubuhan Melayuberhaluan kiri yang radikal dan disertai oleh beberapa parti politik Melayu seperti

    Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), Angkatan Pemuda Insaf (API), Angkatan

    Wanita Sedar (AWAS) dan Gerakan Rakyat Malaya (GERAM).

    PUTERA menjadikan empat prinsip utama dalam perjuangan mereka dan mendesakagar diterima sebagai Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu termasuklah:

  • 7/31/2019 Nota Sejarah Malaysia Moden Bab 3

    17/17

    17

    Disediakan oleh: Hazman ipda2012

    Nota SJH1107

    Sejarah Malaysia Moden

    1. Bahasa Melayu dijadikan bahasa rasmi di Tanah Melayu.2. Hal ehwal luar negeri dan soal pertahanan negara merupakan

    tanggungjawab bersama antara kerajaan Tanah Melayu dan kerajaan

    British.

    3. Istilah Melayu diguna pakai sebagai nama kerakyatan dan warganegaraTanah Melayu.

    4. Bendera kebangsaan negara hendaklah mengandungi warna-wanakebangsaan Melayu iaitu motif merah putih seperti Sang Saka Indonesia.

    Seterusnya, komponen kedua dalam perikatan Putera-AMCJA ialah All MalayanCouncil Joint Action (AMCJA) yang ditubuhkan pada 22 Disember 1946 di Kuala

    Lumpur yang bertujuan menyatukan kaum bukan Melayu menentang Perlembagaan

    Persekutuan yang baru dicadangkan.

    Antara pertubuhan yang menyertai AMCJA termasuklah Kesatuan DemokratikMelayu, Kongres India Malaya (MIC), Persatuan Bekas Komrad MPAJA dan Pan-

    Malayan Federation of Trade Unions.

    Gabungan Putera-AMCJA telah menentang Perlembagaan Persekutuan TanahMelayu dan mencadangkan Perlembagaan Rakyat yang mencadangkan agar:

    1. Menyatukan seluruh Tanah Melayu dan Singapura2. Menubuhkan Majlis Perundangan Pusat bagi seluruh Tanah Melayu yang

    ahli-ahlinya dipilih oleh rakyat

    3. Menuntut hak politik yang sama rata bagi semua rakyat dangmenganggap Tanah Melayu sebagai tanah air serta bersedia

    menumpukan taat setia

    4. Sultan kekal sebagai pemerintah berdault dan berperlembagaan sertabersedia menerima nasihat melalui badan-badan demokrasi

    5. Agama Islam dan adat istiadat Melayu haruslah dikuasai oleh orang-orangMelayu secara mutlak tanpa gangguan daripada kaum lain.