nota kuliah bbm3202 - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/11. sebutan baku bahasa...

24
Nota Kuliah BBM3202

Upload: dangcong

Post on 30-Mar-2018

281 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Nota Kuliah BBM3202 - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/11. Sebutan Baku Bahasa Melayu.pdf · bahasa kebangsaan; ” Pendahuluan ... bentuk ayat dalam bahasa Melayu

Nota Kuliah BBM3202

Page 2: Nota Kuliah BBM3202 - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/11. Sebutan Baku Bahasa Melayu.pdf · bahasa kebangsaan; ” Pendahuluan ... bentuk ayat dalam bahasa Melayu

Kandungan Pendahuluan

Sebutan Baku

Sebutan Standard (ala Johor-Riau)

Fonologi Generatif

Proses Fonologi Pembentukan Glotal

Pelemahan Vokal

Perendahan Vokal

Pengguguran Getaran

Pengajaran Sebutan

Kesimpulan

Page 3: Nota Kuliah BBM3202 - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/11. Sebutan Baku Bahasa Melayu.pdf · bahasa kebangsaan; ” Pendahuluan ... bentuk ayat dalam bahasa Melayu

Pendahuluan Perancangan pembakuan sebutan bagi bahasa Melayu

adalah salah satu objektif DBP, iaitu sebagaimana yangtermaktub dalam Akta Dewan Bahasa dan Pustaka1959 (Disemak 1978; Pindaan dan Peluasan 1995).

Objektif yang dicatatkan sebagai tujuan LembagaPengelola DBP mengenai perkara ini [Seksyen 5(1)(iv)]ialah:

“untuk membakukan ejaan dan sebutan dan membentuk istilah-istilah yang sesuai dalam bahasa kebangsaan;”

Page 4: Nota Kuliah BBM3202 - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/11. Sebutan Baku Bahasa Melayu.pdf · bahasa kebangsaan; ” Pendahuluan ... bentuk ayat dalam bahasa Melayu

Pendahuluan Matlamat pembakuan sebutan bahasa Melayu adalah

untuk menyeragamkan sebutan dalam bahasa Melayu yangdapat digunakan dalam situasi formal atau situasi rasmi.

Pelaksanaan penggunaan sebutan baku di sektorpendidikan di Malaysia bermula pada penggal dua tahun1988.

Pelaksanaan ini adalah berdasarkan arahan “PekelilingIkhtisas Bil. II/1988: Pelaksanaan Penggunaan SebutanBaku Ejaan Rumi Bahasa Malaysia di Sekolah-sekolah”yang bertarikh 2 April 1988 yang dikeluarkan olehPengarah Bahagian Sekolah-Sekolah, KementerianPendidikan Malaysia.

Page 5: Nota Kuliah BBM3202 - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/11. Sebutan Baku Bahasa Melayu.pdf · bahasa kebangsaan; ” Pendahuluan ... bentuk ayat dalam bahasa Melayu

Pendahuluan Namun, tiada arahan rasmi daripada kerajaan supaya

dilaksanakan penggunaan sebutan baku di sektor-sektor lain atau oleh orang ramai. Walaubagaimanapun, sektor kerajaan, swasta dan orangramai digalakkan menggunakan sebutan baku dalamkomunikasi lisan tertentu.

Masalah utama ialah kebiasaan sebutan lama yangsukar hendak diubah kepada cara menurut amalandalam sistem pendidikan.

Pelaksanaan sebutan baku bahasa Melayu di seluruhnegara dikatakan memerlukan masa yang lama.

Page 6: Nota Kuliah BBM3202 - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/11. Sebutan Baku Bahasa Melayu.pdf · bahasa kebangsaan; ” Pendahuluan ... bentuk ayat dalam bahasa Melayu

Pendahuluan Walau bagaimanapun, pada tahun 2000, Timbalan Perdana

Menteri pada waktu itu, Datuk Seri Abdullah AhmadBadawi berkata:

"Kita lihat pada waktu ini sebutan baku ini masih tak diterima tetapi yang popular dan diterima ialah sebutan bahasa yang lebih mirip sebutan Johor-Riau."

Kenyataan ini telah dikeluarkan selepas pemansuhanpenggunaan sebutan baku diputuskan oleh mesyuaratJemaah Menteri Malaysia pada tahun 2000.

Ekoran keputusan ini Ketua Pengarah Pendidikan Malaysiatelah mengeluarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/2000untuk memaklumkan keputusan tersebut.

Page 7: Nota Kuliah BBM3202 - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/11. Sebutan Baku Bahasa Melayu.pdf · bahasa kebangsaan; ” Pendahuluan ... bentuk ayat dalam bahasa Melayu

Sebutan BakuBagi bahasa Melayu, sebutan baku ditakrifkan sebagaisebutan yang digunakan dalam situasi formal atau rasmi.Urusan atau kegiatan yang ditakrifkan sebagai formal ataurasmi termasuklah yang berikut:

Pengajaran dan pembelajaran formal di institusi pendidikanoleh pegawai pendidikan, pensyarah, guru dan pelajar.

Ucapan pada khalayak ramai, seperti pidato, ceramah,syarahan, perbahasan, forum, pengumuman dan kuliah.

Komunikasi rasmi dan perbincangan di sektor awam, sepertidalam mesyuarat rasmi, temu duga, wawancara dan ucapandalam upacara rasmi.

Siaran melalui media elektronik (radio, televisyen dan filem),seperti pembacaan berita, penyampaian hebahan, ulasan danpengacaraan sesuatu rancangan.

Page 8: Nota Kuliah BBM3202 - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/11. Sebutan Baku Bahasa Melayu.pdf · bahasa kebangsaan; ” Pendahuluan ... bentuk ayat dalam bahasa Melayu

Sebutan BakuDasar umum telah ditetapkan bahawa sebutan baku bagi katabahasa Melayu hendaklah berdasarkan ejaan, iaitu sebutan huruf,penyukuan suku kata, dan intonasi seperti berikut:

Sebutan Huruf: Pada umumnya, setiap huruf dalam ejaan Rumi(dan Jawi) hendaklah dilafazkan dengan jelas menurut nilaibunyi bahasa Melayu yang dilambangkannya.

Penyukuan suku kata: Sebutan kata hendaklah berdasarkanpenyukuan suku kata dan bentuk kata sama ada kata dasar ataukata terbitan.

Intonasi: Intonasi ialah nada suara yang turun naik atau tinggirendah sewaktu bercakap dan hendaklah berdasarkan jenis danbentuk ayat dalam bahasa Melayu serta keperihalan keadaanyang berkenaan.

Page 9: Nota Kuliah BBM3202 - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/11. Sebutan Baku Bahasa Melayu.pdf · bahasa kebangsaan; ” Pendahuluan ... bentuk ayat dalam bahasa Melayu

Sebutan Standard (ala Johor-Riau) Sebelum dan selepas sebutan baku 1988 diperkenal,

sistem sebutan standard ala Johor-Riau (sebutanstandard) telah dan masih digunakan dalam urusanrasmi secara meluas di Malaysia.

Rujukan utama sebutan standard ini ialah the MalaySound System yang dikarang oleh M. Yunus Maris(1980).

Selain itu, sistem sebutan ini telah pun dapat dikesandalam Pelita Bahasa Melayu Penggal I: PermulaanNahu Melayu yang ditulis oleh Za’ba (1965).

Page 10: Nota Kuliah BBM3202 - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/11. Sebutan Baku Bahasa Melayu.pdf · bahasa kebangsaan; ” Pendahuluan ... bentuk ayat dalam bahasa Melayu

Sebutan Standard (ala Johor-Riau) Za’ba (1965) menegaskan bahawa:

“Dalam tulisan Rumi Melayu undang-undang yang ‘am bagi ejaan segala perkataan ialah satu sahaja, iaitu hendaklah dieja mengikut bunyi”.

Daripada prinsip inilah Za’ba mengeja puteh (putih), balek(balik), jatoh (jatuh) dan ketok (ketuk) yang sama dengansebutan Johor-Riau tetapi berbeza dengan ejaan sekarang.

Oleh sebab sebutan baku bahasa Melayu 1988 telahdimansuhkan, maka sebutan standard perlu diteruskan.

Oleh itu, proses fonologi yang berlaku dalam sebutan standardperlu dijelaskan.

Teori fonologi generatif dipilih untuk menjelaskan prosesfonologi yang berlaku kerana teori ini boleh mencapai kepadaanpenjelasan (explanatory adequacy).

Page 11: Nota Kuliah BBM3202 - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/11. Sebutan Baku Bahasa Melayu.pdf · bahasa kebangsaan; ” Pendahuluan ... bentuk ayat dalam bahasa Melayu

Fonologi Generatif Fonologi generatif (FG) adalah sebahagian daripada

teori transformasi generatif.

Dipopularkan pada tahun 1968 oleh Chomsky danHalle melalui karya the Sound Pattern of English(SPE).

FG menganggap struktur bunyi sesuatu bahasasebagai satu sistem rumus yang mencerminkankecekapan fonologi penutur natif yang ideal.

FG membezakan data bunyi kata asli dengan bunyikata pinjaman atau baharu kerana sistemnya yangberbeza.

Page 12: Nota Kuliah BBM3202 - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/11. Sebutan Baku Bahasa Melayu.pdf · bahasa kebangsaan; ” Pendahuluan ... bentuk ayat dalam bahasa Melayu

Fonologi Generatif Tujuan FG ialah menformalisasikan kecekapan fonologi intrinsik

(dalaman) seseorang penutur sebagai satu sistem rumus yangbertanggungjawab melahirkan representasi fonetik (luaran)daripada struktur permukaan sintaksis.

Hal ini berbeza dengan analisis struktural sebelum ini yangmenganalisis struktur luaran sahaja.

FG juga beranggapan bahawa unit terkecil nahu yangmembezakan makna bukan lagi fonem seperti dalam analisisstruktural tetapi fitur distingtif.

Oleh itu, formalisasi rumus (rumus formal) dibina denganmenggunakan fitur distingtif. Bagaimanapun rumus segmenbunyi (rumus formulasi) juga digunakan bagi menjelaskanproses fonologi yang melibatkan satu segmen bunyi sahaja.

Page 13: Nota Kuliah BBM3202 - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/11. Sebutan Baku Bahasa Melayu.pdf · bahasa kebangsaan; ” Pendahuluan ... bentuk ayat dalam bahasa Melayu

Proses Fonologi Perubahan bunyi yang berlaku adalah disebabkan oleh proses fonologi

yang terdiri daripada proses: Pengguguran Perubahan Penyisipan

Proses ini dinyatakan dengan menggunakan rumus fonologi yanglazimnya diformalisasikan menurut format: A B / __ C. A: Satu segmen bunyi dalaman atau fonemik. : Direalisasikan sebagai. B: Satu segmen bunyi luaran atau fonetik yang terbentuk hasil

daripada proses fonologi yang berlaku. __ : Tempat berlakunya proses fonologi tersebut. C: Lingkungan yang menjadi syarat untuk rumus berkenaan

beroperasi.

Page 14: Nota Kuliah BBM3202 - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/11. Sebutan Baku Bahasa Melayu.pdf · bahasa kebangsaan; ” Pendahuluan ... bentuk ayat dalam bahasa Melayu

Proses Fonologi Rumus ini dianggap sebagai rumus standard yang

menjadi asas kepada rumus-rumus yang lain.

Dalam sistem sebutan standard, terdapat beberapaproses fonologi yang berlaku yang perlu diberikanperhatian oleh pelajar asing dan pelajar yang bukanpenutur natif, iaitu proses pembentukan glotal,pelemahan vokal, perendahan vokal dan penggugurangetaran.

Proses ini berlaku secara sistematik dan mudahdiramal dengan menggunakan rumus fonologigeneratif.

Page 15: Nota Kuliah BBM3202 - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/11. Sebutan Baku Bahasa Melayu.pdf · bahasa kebangsaan; ” Pendahuluan ... bentuk ayat dalam bahasa Melayu

Pembentukan Glotal Berikut adalah data yang dapat menunjukkan proses

pembentukan glotal yang berlaku dalam sebutan standardbahasa Melayu.

/kakak/ [kaka]/petik/ [peti]/laksa/ [lasa]/seksa/ [sesa]

Data di atas menunjukkan bahawa hanya konsonan /k/ padaakhir suku kata tertutup sahaja yang membenarkan prosespembentukan glotal berlaku.

Oleh itu, rumus pembentukan glotal bahasa Melayu adalahseperti berikut:

k / __ K]

Page 16: Nota Kuliah BBM3202 - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/11. Sebutan Baku Bahasa Melayu.pdf · bahasa kebangsaan; ” Pendahuluan ... bentuk ayat dalam bahasa Melayu

Pelemahan Vokal Bunyi vokal lemah dicirikan oleh kependekan masa sebutan

(shortness), kendur (laxness), tidak boleh menerima tekanan(unstressed) dan bunyi posisi tengah (central position).

Dalam bahasa Melayu, vokal schwa [] dianggap sebagai vokallemah. Data berikut menggambarkan proses pelemahan vokal.

/saja/ [saj] /bola/ [bola]

/kata/ [kat] /wanita/ [wanita]

/lupa/ [lup] /anda/ [anda]

Perubahan bunyi pada perkataan /saja/, /kata/ dan /lupa/berlaku di akhir kata sahaja. Perubahan ini berlaku keranamematuhi rumus pelemahan vokal yang diformulasikan sepertiberikut:

a / __#

Page 17: Nota Kuliah BBM3202 - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/11. Sebutan Baku Bahasa Melayu.pdf · bahasa kebangsaan; ” Pendahuluan ... bentuk ayat dalam bahasa Melayu

Pelemahan Vokal Perkataan /bola/, /wanita/, dan /anda/ tidak mengalami

proses perubahan yang sama disebabkan faktor linguistikdiakronik.

Kajian secara diakronik menunjukkan bahawa perkataanini muncul kemudian sama ada melalui prosespeminjaman seperti /bola/ dipinjam daripada bahasaInggeris ball, /wanita/ dipinjam daripada bahasa Sanskritatau melalui proses penciptaan kosa kata baharu seperti/anda/.

Oleh itu, penyebutan perkataan ini tidak menggambarkankecekapan penutur natif yang ideal yang menjadi prinsipasas dalam teori fonologi generatif.

Page 18: Nota Kuliah BBM3202 - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/11. Sebutan Baku Bahasa Melayu.pdf · bahasa kebangsaan; ” Pendahuluan ... bentuk ayat dalam bahasa Melayu

Perendahan vokal Proses perendahan vokal berlaku apabila vokal tinggi

direalisasikan sebagai vokal tak tinggi [-tinggi].

Berikut ialah data yang menunjukkan proses ini berlaku:

/bilik/ [bile]

/putih/ [puteh]

/buru/ [buro]

/sajur/ [sajo] Data di atas menunjukkan bahawa /i/ direalisasikan

sebagai [e] manakala /u/ direalisasikan sebagai [o] apabilaberasa di suku kata akhir tertutup.

Page 19: Nota Kuliah BBM3202 - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/11. Sebutan Baku Bahasa Melayu.pdf · bahasa kebangsaan; ” Pendahuluan ... bentuk ayat dalam bahasa Melayu

Perendahan vokal Rumus perendahan vokal bahasa Melayu adalah

seperti berikut:

+silabik -tinggi / __K#

+tinggi belakang

belakang

Rumus ini menunjukkan bahawa vokal depan tinggi/i/ akan direalisasikan sebagai vokal depan tak tinggi[e], manakala vokal belakang tinggi /u/ direalisasikansebagai vokal belakang tak tinggi [o] di suku kataakhir tertutup, yang menunjukkan berlakunya prosesperendahan vokal

Page 20: Nota Kuliah BBM3202 - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/11. Sebutan Baku Bahasa Melayu.pdf · bahasa kebangsaan; ” Pendahuluan ... bentuk ayat dalam bahasa Melayu

Pengguguran Getaran Berikut ialah data yang menggambarkan pengguguran

getaran dalam bahasa Melayu.

/pasar/ [pasa] /ramai/ [ramaj]/pasir/ [pase] /kura/ [kura]

/gugur/ [gugo] /trba/ [trba]

Konsonan getaran /r/ yang digugurkan berada di akhir kata, manakala /r/ yang tidak digugurkan berada pada posisi yang lain.

Page 21: Nota Kuliah BBM3202 - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/11. Sebutan Baku Bahasa Melayu.pdf · bahasa kebangsaan; ” Pendahuluan ... bentuk ayat dalam bahasa Melayu

Pengguguran Getaran Oleh itu, syarat lingkungan untuk membenarkan

proses pengguguran getaran /r/ berlaku ialahkonsonan tersebut mestilah berada di akhir kata.

Berdasarkan syarat lingkungan ini, rumus formulasibagi pengguguran getaran dalam dialek Johor-Riauadalah seperti berikut:

r / __#

Berdasarkan rumus ini perkataan /ramai/, /kura/,dan /terba/ tidak mengalami proses pengguguran

getaran kerana tidak memenuhi syarat lingkungannya.

Page 22: Nota Kuliah BBM3202 - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/11. Sebutan Baku Bahasa Melayu.pdf · bahasa kebangsaan; ” Pendahuluan ... bentuk ayat dalam bahasa Melayu

Pengajaran Sebutan Standard Pengajaran sebutan standard bahasa Melayu kepada pelajar

yang bukan penutur natif Melayu atau asing bolehdilakukan dengan menggunakan dua strategi, iaitu samaada:

1. Mengajarkan sistem sebutan dengan menggunakan rumus formal atau formulasi dalam fonologi generatif; atau2. Mengajarkan sistem sebutan dengan menjelaskanrumus dalam bentuk ayat sahaja.

Strategi 1 lebih tinggi aras taksonomi kognitifnya, iaituperingkat analisis, manakala strategi 2 hanya mencapaiperingkat kefahaman tetapi memadai untuk penutur asingmenguasai sebutan Melayu standard dengan baik.

Page 23: Nota Kuliah BBM3202 - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/11. Sebutan Baku Bahasa Melayu.pdf · bahasa kebangsaan; ” Pendahuluan ... bentuk ayat dalam bahasa Melayu

Kesimpulan Berdasarkan penjelasan di atas dapatlah disimpulkan

bahawa terdapat beberapa proses fonologi yang berlakudalam bahasa Melayu standard (ala Johor-Riau), iaituproses pembentukan glotal, pelemahan vokal, perendahanvokal dan pengguguran getaran.

Pengajaran sebutan bahasa Melayu standard kepada pelajarasing atau kepada pelajar yang bukan penutur natif bahasaMelayu lebih mudah dengan menggunakan pendekatanfonologi generatif.

Page 24: Nota Kuliah BBM3202 - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/11. Sebutan Baku Bahasa Melayu.pdf · bahasa kebangsaan; ” Pendahuluan ... bentuk ayat dalam bahasa Melayu