96480463 nota pengajian malaysia 1 6

48
Kuliah 1 Hubungan Etnik di Malaysia Secara Umum dari ChangkatNingkeBTP Kepada para pelajar, sila baca terlebih dahulu nota ini sebelum kuliah minggu hadapan. Bagi mereka yang inginkan nota ini dalam bentuk pdf, sila email ke [email protected] Saya akan menggunakan nota-nota yang dimuatkan di blog ini bagi perbincangan di dalam kuliah mingguan. Pengenalan - Malaysia telah berjaya keluar drp kumpulan negara mundur kpd negara sedang membangun dan kini menuju ke arah status negara maju (cita-cita dlm Wawasan 2020). - Malaysia pernah melalui pelbagai peristiwa pahit yang menjejaskan hubungan etnik sejak zaman penjajahan sehingga selepas merdeka (Peristiwa 13 Mei 1969) Daripada pengalaman pahit tsb, pengajaran penting yg diperoleh ialah: 1. Kemajuan ekonomi shj tidak lengkap sekiranya tidak disertai kestabilan politik. 2. Kestabilan politik shj tidak memadai tanpa pembangunan ekonomi yg seimbang. 3. Pembangunan ekonomi dan kestabilan politik perlu berjalan dgn lancar dan seimbang agar tidak wujud kepincangan sehingga menimbulkan konflik. Keseimbangan : melibatkan agihan habuan ekonomi yg saksama & perkongsian kuasa pemerintahan yg matang. Persoalannya 1. Apakah faktor yg boleh membawa keseimbangan? 2. Apakah perkara yg perlu dipertahankan atau dipelihara untuk menjamin keseimbangan secara berterusan? Usaha berterusan untuk memupuk dan mengekalkan hubungan etnik yg harmonis

Upload: alethea-fe-ayl

Post on 19-Feb-2016

77 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Nota Pengajian Malaysia

TRANSCRIPT

Page 1: 96480463 Nota Pengajian Malaysia 1 6

Kuliah 1 Hubungan Etnik di Malaysia Secara Umum

dari ChangkatNingkeBTP

Kepada para pelajar, sila baca terlebih dahulu nota ini sebelum kuliah minggu hadapan. Bagi mereka

yang inginkan nota ini dalam bentuk pdf, sila email ke [email protected]

Saya akan menggunakan nota-nota yang dimuatkan di blog ini bagi perbincangan di dalam kuliah

mingguan.

Pengenalan

- Malaysia telah berjaya keluar drp kumpulan negara mundur kpd negara sedang membangun dan kini

menuju ke arah status negara maju (cita-cita dlm Wawasan 2020).

- Malaysia pernah melalui pelbagai peristiwa pahit yang menjejaskan hubungan etnik sejak zaman

penjajahan sehingga selepas merdeka (Peristiwa 13 Mei 1969)

Daripada pengalaman pahit tsb, pengajaran penting yg diperoleh ialah:

1. Kemajuan ekonomi shj tidak lengkap

sekiranya tidak disertai kestabilan politik.

2. Kestabilan politik shj tidak memadai tanpa pembangunan ekonomi yg seimbang.

3. Pembangunan ekonomi dan kestabilan politik perlu berjalan dgn lancar dan seimbang agar tidak

wujud kepincangan sehingga menimbulkan konflik.

Keseimbangan : melibatkan agihan habuan ekonomi yg saksama & perkongsian kuasa pemerintahan yg

matang.

Persoalannya

1. Apakah faktor yg boleh membawa keseimbangan?

2. Apakah perkara yg perlu dipertahankan atau dipelihara untuk menjamin keseimbangan secara

berterusan?

Usaha berterusan untuk memupuk dan mengekalkan hubungan etnik yg harmonis

Page 2: 96480463 Nota Pengajian Malaysia 1 6

KEPENTINGAN MEMAHAMI HUBUNGAN ETNIK

1. Malaysia merupakan sebuah negara berbilang kaum yg pernah menghadapi konflik etnik.

2. Hubungan etnik berkait rapat dengan seluruh struktur sosial masyarakat dan memberi pemahaman

tentang darjah pluralisme sosial dan kebudayaan, punca konflik serta sejauhmana struktur masyarakat

bersifat kolonial.

3. Hubungan etnik mencerminkan perkembangan sejarah dan kemampuan sosioekonomi sesebuah

negara.

4. Hubungan etnik mencerminkan darjah dan sumber ketegangan sosial dlm sesebuah masyarakat.

5. Melalui hubungan etnik juga dapat difahami isu prasangka dan diskriminasi di sesebuah negara

serta gambaran peranan faktor personaliti dalam menentukan tingkah laku ahli masyarakat.

6. Hubungan etnik penting dalam memahami kesan pengindustrian di sesebuah negara (kesan

pengindustrian dan perubahan sosial).

7. Hubungan etnik mempengaruhi dasar sosial dan perancangan sosial sesebuah negara.

Usaha-usaha Ke Arah Memupuk Perpaduan Nasional

- Penubuhan Jabatan Perpaduan Negara (kini Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional

/JPNIN).

- Pengenalan Rukun Negara (ideologi kebangsaan).

- DEB, Dsr Pendidikan Kebangsaan, Dsr Kebudayaan Kebangsaan.

- Gabungan parti-parti politik (Cth: Barisan Nasional)

-Integrasi antara wilayah (antara bandar dgn luar bandar) dan antara Semenanjung Malaysia dgn Sabah

& Sarawak.

- Usaha kerajaan (top-down) shj tidak memadai tetapi mesti digenapkan dgn usaha yg berbentuk

(bottom-up) menerusi kerjasama & sumbangan drp sektor swasta, sektor komuniti dan semua parti

politik.

-Keharmonian Hubungan Etnik di Malaysia tidak bergantung semata-mata kpd keadaan berbaik-baik

antara pelbagai kumpulan etnik tetapi juga antara kumpulan kelas sosial yg berbeza (pekerja/kelas

menengah/golongan yg kaya drp pelbagai kumpulan)

- HE merupakan satu ciri penting yg mencorakkan sistem sosial Malaysia walaupun tahap perpaduan

nasional di negara kita sukar diukur, namun negara luar melihat Malaysia sbg negara yg berjaya

mewujudkan HE yg harmoni.

Page 3: 96480463 Nota Pengajian Malaysia 1 6

Kuliah 2 Konsep-Konsep Asas Hubungan Etnik

dari ChangkatNingkeBTP

Tiga konsep penting yg ditumpukan ialah: Masyarakat, Budaya, dan Perpaduan

Masyarakat

- Menurut Roucek & Warren (1979): Masyarakat - sebagai “satu kumpulan manusia” yang

berhubung secara tetap dan tersusun dalam menjalankan aktiviti secara kolektif dan merasakan

bahawa mereka adalah hidup bersama. Terdapat perhubungan terus menerus di kalangan mereka yang

masih hidup dan kekal selama berabad- abad.

- Satu kumpulan / kelompok manusia yang hidup saling berorganisasi, berbincang, bekerjasama

dalam mengatur kerja secara kolektif, mampu menyatukan buah fikiran dan tindakan sehingga terjalin

hubungan antara satu sama lain serta lahir satu sistem yang dinamakan sebagai kebudayaan.

Ciri-ciri utama masyarakat:

a) berkelompok;

b) berbudaya;

c) mengalami perubahan;

d) berinteraksi (dalaman & dgn pihak luar)

e) mempunyai kepimpinan; dan

f) mempunyai aturan sosialnya (susun lapis, kelas, status dan kasta)

Konsep Etnik / Kaum

-Satu kelompok yang boleh dikaji hubungan persaudaraan mereka melalui nenek moyang yang sama.

Etnik boleh didefinisikan sbg sekelompok manusia yg mengamalkan budaya yg hampir seragam,

termasuk adat resam, pakaian, bahasa, & kegiatan ekonomi.

-Konsep „kelompok etnik‟ digunakan untuk merujuk kepada golongan yg berbeza dari segi kebudayaan.

-Etnik sering berbeza berdasarkan ciri budaya seperti adat resam, pola keluarga, pakaian, pandangan

tentang kecantikan, orientasi politik, kegiatan ekonomi, & hiburan.

Page 4: 96480463 Nota Pengajian Malaysia 1 6

Konsep Suku

- kelompok masyarakat yg membentuk rumpun bangsa (cth: dalam rumpun Kadazandusun terdapat

sub etnik seperti Tatana, Bisaya, Lotud, Kimaragang, dll)

Konsep Bangsa / Nasion

- Mempunyai maksud yg lebih luas dan terbentuk berasaskan gagasan ras atau etnik yg sedia ada

- Menurut John Stuart Mill : Bangsa - Rumpun manusia yg terikat oleh rasa taksub bersama & lebih

rela bekerjasama sesama mereka, berbanding dengan rumpun bangsa yg lain. Lazimnya terjalin oleh

kesamaan bahasa, kesatuan wilayah, budaya, sejarah & agama.

- Bangsa Malaysia sbg “bangsa idaman” yg kita kehendaki. Pembentukan bangsa Malaysia

berteraskan hubungan etnik yg harmonis.

Konsep Masyarakat Majmuk.

- Menurut J.S.Furnivall: Masyarakat majmuk terdiri drp pelbagai kaum yg mempunyai kebudayaan,

agama, bahasa dan adat resam yg tersendiri. Walaupun mereka (pelbagai kaum) berganding bahu di

bawah sistem politik yg sama, tetapi kehidupan mereka adalah berasingan; interaksi sosial dalam

kalangan mereka amat kurang dan hubungan mereka amat terbatas dan pembahagian tugas dilakukan atas

garis-garis ras.

- Asas sosial sesuatu masyarakat majmuk ialah campuran pelbagai kelompok manusia. Dari segi politik

pula masyarakat majmuk timbul akibat dominasi penjajah.

- Satu lagi ciri masyarakat majmuk ialah ketiadaan / kelemahan azam sosial bersama (common social

will) yg merupakan satu set nilai yg dipersetujui anggota masyarakat bagi mengawal dan memberi

panduan kepada tingkah laku sosial.

Konsep Kelas Sosial

-Konsep ini berkaitan dengan kedudukan sesuatu kelompok dalam masyarakat. Dalam kehidupan sehari-

hari, segolongan individu yg mempunyai kedudukan yg sama dari segi kuasa, politik, kekayaan,

pendapatan, martabat, pekerjaan atau hubungan dengan punca-punca pengeluaran.

Cth: Masyarakat Kapitalis terbahagi kepada dua golongan:

1.Bourgeoisie : yg memiliki punca-punca pengeluaran, pengagihan dan pertukaran.

2.Proletariat : yg tidak memiliki perkara di atas hanya tenaga kerja sahaja

Page 5: 96480463 Nota Pengajian Malaysia 1 6

Konsep Institusi Sosial

- Sebagai konsep utama dalam memahami masyarakat dan kebudayaan. Konsep ini berkait rapat dengan

pola tingkah laku yg telah menjadi kebiasaan atau suatu pola hubungan sosial yg mempunyai suatu

matlamat sosial yg tertentu.

Cth: Institusi sosial yg utama: Institusi keluarga, institusi politik, institusi agama, institusi pelajaran dll.

Konsep Jarak Sosial

- Satu perasaan pemisahan / pemisahan sosial yg benar-benar wujud di antara individu-individu, individu

dengan kelompok atau kelompok dengan kelompok. Istilah ini digunakan untuk menganalisis hubungan

dalam sesuatu kelompok atau di antara kelompok.

-Jarak sosial berkait rapat dengan interaksi dan persefahaman antara kelompok. Semakin besar jarak

sosial di antara dua kelompok, maka semakin kurang hubungan atau interaksi dan persefahaman antara

kedua-duanya.

Konsep Mobiliti Sosial

-Merupakan satu proses perubahan individu atau kelompok dari satu lapisan sosial kepada lapisan sosial

yg lain dalam satu sistem stratifikasi sosial. Mobiliti sosial berkait rapat dengan struktur sosial sesuatu

masyarakat.

-Dalam sistem yg lebih terbuka, peluang untuk mobiliti sosial adalah lebih terbuka. Sebaliknya dalam

sistem tertutup seperti dalam sistem kasta yg bercorak tradisi, mobiliti sosial jarang sekali berlaku.

- Konsep Etnik membentuk konsep etnisiti dan etnosentrisme

Etnisiti :

merujuk kpd rasa kekitaan sesuatu kumpulan etnik tertentu. Wujudnya satu kebudayaan atau sub budaya

yg jelas dan dapat menyatukan anggotanya berasaskan satu sejarah, nilai, sikap dan tingkah laku yg sama.

Etnosenterisme:

- Satu sikap atau kepercayaan bahawa kebudayaan sendiri adalah lebih baik dan lebih tinggi nilainya

daripada kebudayaan kelompok lain.

-Sesuatu kelompok dikatakan „etnosentrik‟ apabila mereka menilaikan kebudayaan lain berdasarkan

standard dan nilai kebudayaan sendiri dan menganggap kebudayaan lain mempunyai nilai yg lebih

rendah.

-Etnosentrisme membayangkan keengganan / ketidakmampuan sesuatu kelompok untuk menghargai

pandangan kelompok daripada kebudayaan masyarakat yg lain.

-Selagi manusia menjadi „etnosentrik‟, selagi itulah mereka akan melihat kelompok lain berdasarkan

stereotaip yg sedia ada (biasanya yg bersifat negatif)

Page 6: 96480463 Nota Pengajian Malaysia 1 6

- Walau bagaimanapun Etnosentrisme berfungsi penting dalam mengukuhkan unsur budaya sesuatu

masyarakat dan mengukuhkan perpaduan di antara anggota sesuatu kelompok masyarakat. Cth: Ketaatan

kepada budaya dan kelompok diterjemahkan dalam ketaatan kepada parti – dapat mengatasi konflik

politik dalam sesuatu kelompok masyarakat.

Konsep Ras dan Rasisme

Ras: Kelompok manusia yang mempunyai persamaan dari segi ciri-ciri fizikal (warna kulit dll). Ciri-ciri

fizikal tersebut ditentukan oleh baka yang diwarisi dari generasi ke generasi cth: Mongoloid, Negroid

dan Austroloid.

- Pd dasarnya, ras boleh dikatakan sbg kelompok sosial yg mempunyai tanda pengenalan kolektif

berasaskan ciri-ciri fizikal-biologikal yg nyata seperti warna kulit, warna mata, warna rambut dsbnya. Ciri

yg paling ketara untuk membezakan kumpulan manusia ialah warna kulit.

- Ras juga merujuk kepada satu kelompok manusia yg menganggap diri dan / atau dianggap oleh

kelompok lain sebagai berbeza drp kelompok mereka berasaskan dasar perbezaan fizikal yg tidak dpt

diubah dan sifat2 ini berkaitan dgn sifat2 atau kebolehan moral & intelek mereka.

Rasisme

- Ditakrifkan sbg pandangan, pemikiran, atau kepercayaan negatif oleh sesuatu kelompok sosial atau para

anggotanya terhadap sesuatu kelompok lain berdasarkan perbezaan wajah fizikal-biologikal atau ras

semata-mata yg dilakukan secara terbuka melalui perilaku atau tindakan.

- Layanan berat sebelah atau sikap bermusuhan terhadap seseorang berasaskan keturunan bangsanya.

- Fahaman yg menekankan bahawa suku kaum sendiri sahaja yg paling unggul.

- Rasisme wujud pd 2 tahap:

1. Tahap Individu – kepercayaan & sikap individu

2. Tahap Institusi – melibatkan dasar & pelaksanaanyg bersifat diskriminasi

Page 7: 96480463 Nota Pengajian Malaysia 1 6

Konsep Prejudis dan Stereotaip

Prejudis

- Pandangan negatif mengenai ahli atau kelompok etnik lain yg tersemat dlm hati seseorang atau

kelompok etnik tertentu; prejudis tidak diluahkan secara terbuka. Lazimnya pandangan ini tidak

berasaskan maklumat yg jelas, tepat atau mencukupi.

- Sikap prejudis disalurkan dari satu generasi kpd generasi yg lain. Kesannya semakin mudah dilihat

apabila berlaku persaingan bagi mendapatkan sesuatu yg terhad sama ada dlm aspek politik, ekonomi atau

sosial.

- Apabila prejudis disuarakan, prejudis menjadi stereotaip.

Stereotaip

- merupakan kenyataan-kenyataan umum yg negatif terhadap sesuatu kumpulan etnik seperti “semua

orang X bersifat kasar” dsbnya.

- Stereotaip ialah gambaran yg berlebih-lebihan tentang sesuatu perlakuan baik atau buruk yg ditujukan

kpd sesuatu kumpulan etnik oleh etnik yg lain. Hal ini terhasil drp pertembungan dua atau lebih komuniti

etnik.

- Fahaman stereotaip ini akan menimbulkan perasaan yg negatif dlm kalangan masyarakat khususnya

masyarakat majmuk di Malaysia kerana fahaman ini mengakibatkan sesuatu kumpulan etnik memandang

rendah terhadap kumpulan etnik yg lain dan seterusnya membataskan interaksi antara etnik dan

menimbulkan semangat perkauman yg menebal.

Konsep Diskriminasi

- Ditakrifkan sbg pandangan, pemikiran dan kepercayaan negatif oleh seseorang atau sekelompok etnik

terhadap anggota atau kelompok etnik lain yg mempengaruhi perilaku pihak yg berpandangan negatif.

- Diskriminasi ialah perbuatan membandingbezakan seseorang individu atau sesuatu kelompok etnik lain

berasaskan ciri-ciri etnik semata-mata.

- Merupakan manifestasi prasangka yg wujud dlm kalangan kumpulan etnik dan mudah berlaku apabila

wujud prejudis & stereotaip dlm sesebuah masyarakat.

- Diskriminasi berlaku dlm banyak bentuk (individu atau kumpulan etnik) dan mencapai tahap tertinggi

apabila melibatkan pembuangan kerja, serangan fizikal secara terbuka atau percubaan penghapusan

sesebuah kumpulan etnik.

Page 8: 96480463 Nota Pengajian Malaysia 1 6

Konsep Perpaduan & Integrasi

Perpaduan

- sbg satu proses yg menyatupadukan seluruh masyarakat & negara supaya setiap anggota masyarakat

dapat membentuk satu identiti & nilai bersama serta perasaan cinta & banggakan tanah air.

Integrasi

- Satu proses penyesuaian bersama pelbagai kebudayaan & ciri-ciri sosial yg diterima oleh semua

kelompok etnik dlm negara. Identiti, hak & budaya hidup sesuatu kelompok etnik tidak dihapuskan

tetapi disuburkan.

Dalam konteks Malaysia, integrasi merupakan satu proses bagi mewujudkan satu identiti nasional dlm

kalangan kumpulan yg terpisah dari segi kebudayaan, sosial & lokasi dlm sesebuah unit politik.

Unsur-unsur integrasi:

1. Integrasi wilayah – mengurangkan jurang perbezaan pembangunan ekonomi & sosial antara wilayah

2. Integrasi ekonomi – mengurangkan jurang perbezaan ekonomi antara kumpulan etnik

3. Integrasi kebudayaan – pembentukan satu kebudayaan kebangsaan

4. Integrasi sosial – usaha menyatupadukan rakyat melalui program sosial (sukan, pendidikan,

perumahan, kesihatan dll)

5. Integrasi pendidikan – mewujudkan sistem pendidikan yg bercorak kebangsaan dan sempurna dari

segi intelek, rohani, emosi, jasmani & sosial

6. Integrasi politik – kerjasama & pembahagian kuasa politik

Proses mencapai sebuah masyarakat integrasi bukanlah sesuatu yg mudah dan integrasi ialah satu proses

yg amat kompleks.

Tahap-tahap hubungan etnik boleh dilihat dari segi darjah kedekatan bermula dgn hubungan terpisah iaitu

segregasi sehinggalah hubungan yg berbentuk sebati iaitu amalgamasi

Konsep Segregasi

- merupakan pemisahan & pengasingan antara satu kumpulan etnik dgn kumpulan etnik yg lain dlm

sesebuah negara. Pemisahan berlaku dlm beberapa keadaan, antaranya dari segi kawasan tempat

tinggal, sistem persekolahan, pengangkutan & kemudahan awam. Segregasi wujud sama ada didasari

oleh undang-undang atau sebaliknya.

Page 9: 96480463 Nota Pengajian Malaysia 1 6

Konsep Akomodasi

- merupakan proses yg menyebabkan setiap kumpulan etnik menyedari serta menghormati norma & nilai

kumpulan etnik yg lain & tetap mempertahankan budaya hidup masing-masing.

Formula: A + B + C = A + B + C

A, B & C merujuk kepada budaya

- Satu keadaan atau proses apabila kelompok-kelompok yg berkonflik bersetuju untuk menghentikan /

mengelakkan konflik dengan mengadakan interaksi secara aman damai baik untuk sementara atau untuk

selama-lamanya. Interaksi sosial seumpama ini membolehkan kelompok-kelompok yang terlibat

meneruskan identiti serta sikap mereka yg berasingan.

-Pd peringkat pemerintahan pusat, setiap kumpulan etnik mempunyai wakil dlm bidang ekonomi &

pendidikan & mereka saling bergantung.

-Proses penyesuaian ini banyak berlaku di Malaysia kerana setiap kumpulan etnik bebas mengamalkan

budaya mereka dlm keadaan harmoni (penggunaan pelbagai bahasa, pengamalan pelbagai agama &

kepercayaan secara bebas bagi tiap-tiap kelompok etnik).

-Penyesuaian amat penting sebagai satu dasar untuk menyelesaikan masalah dalam hubungan etnik.

-Kejayaan atau berkesannya „penyesuaian‟ sebagai satu dasar amat bergantung kepada sikap golongan

pemerintah dan kelompok-kelompok etnik berkenaan.

Konsep Asimilasi

-Adalah satu proses percantuman dan penyatuan di antara kelompok / individu dari berlainan kebudayaan

supaya menjadi satu kelompok dengan kebudayaan dan identiti yg sama. Konsep ini berhubungan dengan

penyerapan sehala individu / kelompok ke dalam kelompok lain.

-Satu proses yg berlaku apabila mana-mana kelompok berfikir, berperasaan secara berlainan, menjadi satu

dlm kesatuan sosial serta budaya yg sama. Asimilasi mutlak atau sempurna menyebabkan berlakunya

penghapusan penuh perbezaan dari segi kebudayaan & identiti

Formula: A + B + C = A

A mewakili golongan dominan, B & C mewakili kumpulan etnik minoriti.

- Proses asimilasi berlaku apabila wujudnya interaksi yg erat antara ahli kumpulan etnik yg berbeza

budaya bagi suatu tempoh yg lama.

- Kejayaan proses asimilasi bergantung kepada beberapa faktor penting:

1. Kesanggupan golongan minoriti untuk menghilangkan identiti mereka.

2. Kesanggupan golongan majoriti untuk menerima golongan lain.

3. Terdapat banyak persamaan budaya antara kumpulan etnik.

Page 10: 96480463 Nota Pengajian Malaysia 1 6

-Proses asimilasi juga berkait rapat dengan saiz kumpulan minoriti, tingkat perbezaan di antara golongan

minoriti dengan majoriti dan juga kadar imigrasi.

-Umumnya - kumpulan minoriti yg bilangan anggotanya lebih kecil mudah diasimilasikan berbanding

kumpulan minoriti yg bilangan anggotanya besar. Minoriti yg mempunyai kebudayaan dan tradisi yg jauh

berbeza daripada golongan majoriti sukar diasimilasikan.

-Cth. Di Thailand, org Melayu mengalami proses asimilasi yg menyebabkan nama, bahasa, cara hidup

(kecuali agama) disatukan dgn amalan & cara hidup org Thai.

- Di Malaysia – proses asimilasi berlaku bagi masyarakat Jawa, Cina Kelantan, Baba & Nyonya. Namun

asimilasi bagi etnik Cina Kelantan serta Baba & Nyonya berlaku dlm konteks budaya tanpa melibatkan

anutan kepercayaan atau agama.

Konsep Amalgamasi

-Satu proses penyatuan pelbagai kumpulan etnik dari segi biologi. Dalam proses ini, semua entiti

kebudayaan pelbagai kumpulan dicampuradukkan melalui perkahwinan campur dan akhirnya

mewujudkan satu bangsa yang baharu. Proses ini memakan masa yang lama dan biasanya melalui

beberapa generasi.

-Formula: A + B + C = D. A,B dan C mewakili kumpulan etnik yg berlainan dan D mewakili kumpulan

baharu yg terhasil drp penyatuan A, B dan C.

-Syarat: Kumpulan dominan membenarkan proses ini berlaku dan kumpulan minoriti sudi atau dipaksa

berbuat demikian. Majoriti sanggup melepaskan hak istimewa mereka (jarang berlaku).

•Kehadiran sifat-sifat Nasion itu boleh melahirkan Nasionalisme.

-Menurut Hans Kohn: Nasionalisme adalah suatu keadaan fikiran yg menyerap masuk ke dlm jiwa

sebahagian besar rakyat. Ia juga adalah idea yg bertenaga yg berpunca drp perasaan cintakan tempat asal,

adat resam dan merupakan fahaman yg matang serta berupaya mengiktiraf kedaulatan rakyat yg melihat

negara bangsa sebagai organisasi politik yg unggul & sah.

• Pengaruh nasionalisme menyebabkan adanya usaha atau kegiatan yg tersusun utk mewujudkan

negara berdaulat.

Page 11: 96480463 Nota Pengajian Malaysia 1 6

Kuliah 3 Model Pembentukkan Negara Bangsa

dari ChangkatNingkeBTP

APAKAH MODEL YANG SESUAI BAGI NEGARA MALAYSIA ?- Malaysia - penduduknya terdiri

drp pelbagai kaum. Sebelum merdeka, org Melayu, Cina & India tidak berkongsi „satu pengalaman

penderitaan & kegembiraan yg sama pd masa lampau‟.- Kesan dasar „pecah dan perintah‟ oleh British,

sistem ekonomi duaan & pengasingan pendidikan menyukarkan perpaduan kaum dicapai.

Cth: Model Asimilasi, Model Integrasi, Model Akomodasi Politik / penyelesaian politik, Model

Amalgamasi dll.

- Pembentukan nasion Malaysia tidak melalui proses asimilasi tetapi mengekalkan identiti kepelbagaian

yg dibentuk melalui pelbagai dasar seperti dasar pendidikan & bahasa kebangsaan.

Menurut Tun Abdul Razak (PM ke-2)

„Dasar kerajaan mengenai perpaduan negara bukanlah melalui proses asimilasi tetapi melalui integrasi

iaitu melalui penyesuaian bersama pelbagai kebudayaan & ciri-ciri sosial yg diterima oleh semua bangsa

dlm negara‟.

1. Identiti, hak & budaya hidup sesuatu kelompok etnik tidak dihapuskan tetapi disuburkan.

-Pindaan perlembagaan - cth: menghalang rapat-rapat umum & perbincangan isu-isu sensitif pelbagai

kaum (kewarganegaraan, bahasa, dasar pendidikan kebangsaan, hak istimewa Melayu, Agama)

- 1970 - Parlimen meluluskan Akta Hasutan, Rukun Negara, Dasar Kebudayaan Kebangsaan, Dasar

Bahasa Kebangsaan, DEB)

2. Kerjasama & perkongsian ekonomi.

- DEB sbg asas baru kerjasama ekonomi peringkat kaum. Pencapaiannya mencetuskan peluang

kerjasama yg lebih luas & perkongsian hasil yg saksama di kalangan penduduk.

- DEB berjaya menurunkan kadar kemiskinan mutlak drp 49.3% (1970) kepada 15% (1990).

- Perbezaan pendapatan berkurangan antara penduduk bandar & luar bandar & antara kumpulan etnik.

- Peningkatan penyertaan bumiputera dlm kegiatan ekonomi moden, pemilikan harta & melahirkan lebih

ramai usahawan.

- Adanya program sokongan utk meningkatkan penyertaaan bumiputera dlm sektor ekonomi moden.

Page 12: 96480463 Nota Pengajian Malaysia 1 6

3. Keadilan sosial.

- Kesan drp kerjasama politik & ekonomi - pengagihan yg adil & memerangi pemusatan kekayaan

segelintir manusia melalui program pembangunan luar bandar.

4. Sistem pendidikan & bahasa kebangsaan.

- dibentuk untuk memupuk perpaduan & rasa kekitaan serta jati diri sbg bangsa Malaysia.

5. Kebudayaan Kebangsaan.

- keupayaan menerima kepelbagaian unsur hidup & budaya bersama.

6. Pembangunan kerohanian yg berteraskan nilai-nilai agama, etika & moral.

Teras, Model dan usaha membentuk negara bangsa Malaysia berbeza dgn negara lain kerana

sejarah, sistem politik, ekonomi & sosial berbeza dgn negara luar.

Page 13: 96480463 Nota Pengajian Malaysia 1 6

Kuliah 4 Hubungan Etnik Pra & Pasca Merdeka

dari ChangkatNingkeBTP

Sejarah Hubungan Etnik di Malaysia

Hubungan Etnik di Era Penjajahan

Hubungan Etnik di Ambang dan Pasca Merdeka

Objektif Pengajaran

1. Membincangkan Hubungan Etnik di zaman Penjajahan

2. Membincangkan Hubungan Etnik di ambang dan pasca kemerdekaan

Hubungan Etnik di Era Penjajahan

-Sekitar abad ke 17 ( tahun-tahun 1960 an), Tanah Melayu dijajah oleh kuasa barat.

-Setiap etnik membawa haluan masing-masing

-Penjajahan Portugis dan Belanda tidak banyak mempengaruhi hubungan etnik bagaimanapun agak

renggang. Perubahan ketara semasa penjajahan British

-Pendudukan Pulau Pinang (1786), Singapura (1819), Melaka (1824), campur tangan di negeri-negeri

Melayu (1874) bermula perubahan ketara.

-Pengenalan dasar-dasar pembangunan ekonomi, galakan kemasukan buruh asing terutama dari China dan

India mengubah komposisi kaum di TM.

-Sehingga bermula Perang Dunia Ke-2, hubungan etnik terpisah dari segi budaya, ekonomi, politik, sosial

dan tempat tinggal

-Dasar Pecah dan Perintah (Divide and Rule) melahirkan masyarakat majmuk yang mempunyai ciri-ciri

tertentu

DEFINISI MASYARAKAT MAJMUK

J.S FURNIVAL, 1948

„Terdiri daripada berbagai kaum/etnik yang mempunyai kebudayaan, agama, bahasa dan adat resam yang

tersendiri meskipun berada di bawah sistem politik yang sama.‟

KAMARUDDIN JAAFAR,

„Kaum bercampur tetapi kehidupan berasingan, interaksi terbatas, penuh prasangka serta „bersama‟ tetapi

tidak bersatu.‟

Page 14: 96480463 Nota Pengajian Malaysia 1 6

CIRI-CIRI MASYARAKAT MAJMUK

POLITIK;

1.Setiap etnik ada stail/tingkahlaku tersendiri dalam pendirian politik.

2.Parti politik dominan berasaskan kaum; politik perkauman.

3.Parti politik berasaskan agama kerana kepercayaan yang berbeza.

EKONOMI;

1.Setiap etnik mempunyai pekerjaan berbeza.

2.Pekerjaan berbeza menyebabkan kediaman juga berbeza; lokasi, kemudahan, mutu hidup, survival dll.

3.Pemilikan ekonomi juga berbeza; mutu dan taraf hidup berbeza.

SOSIAL;

1. Interaksi lebih dalam dunia sosial masing-masing.

2. Keadaan azam sosial atau „social will‟ yang sama.

3. Kehidupan masyarakat penuh dengan prasangka, konflik dan pertentangan; dalaman dan luaran.

Hubungan Etnik di Pra Merdeka

-Semasa Perang Dunia ke-2, terdapat 2 bentuk hubungan ;

1.Hubungan kerjasama antara kaum menentang penjajah Jepun (MPAJA)

2.Hubungan tegang antara etnik Melayu dan Cina ekoran dasar pilih kasih / diskriminasi terhadap etnik

Cina

-Semasa PKM memerintah, hubungan etnik tegang, etnik Cina pendokong PKM bertindak ganas terhadap

etnik Melayu sebagai kaedah balas dendam.

-Kedatangan Inggeris membawa usaha-usaha perpaduan melalui pembentukan Jawatankuasa

Perhubungan Kaum.

Semasa Darurat, hubungan etnik bertambah baik mewujudkan kerjasama menentang komunis

Hubungan Etnik di Ambang dan Pasca Merdeka

-Menjelang kemerdekaan, kaum bekerjasama sehingga terbentuknya Perikatan, AMCJA dengan

PUTERA.

-Kerjasama erat berlaku selepas merdeka sebelum dan selepas penubuhan Malaysia.

Page 15: 96480463 Nota Pengajian Malaysia 1 6

-Ancaman luar, konfrontasi Indonesia dengan slogan “Ganyang Malaysia” mengeratkan -perpaduan

kaum.

-Beberapa dasar digubal oleh kerajaan digubal bagi merapatkan hubungan etnik

Cth. Akta Hasutan dan Dasar Pendidikan Kebangsaan.

RUMUSAN

-Perlaksanaan pelbagai dasar oleh penjajah semasa penjajahan memberi impak terhadap hubungan etnik

selepasnya. “Umpama api dalam sekam”.

-Pelbagai usaha dilakukan oleh kerajaan di awal kemerdekaan untuk meningkatkan perpaduan.

-Walaupun wujud kerjasama di peringkat kebangsaan namun wujud konflik di peringkat tempatan, Pulau

Pinang (1956) dan Pulau Pangkor (1960).

-Wujud konflik dalam masyarakat kesan penjajahan

PELUANG & HARAPAN

-Menerusi pembentukan NEGARA BANGSA

Implikasi: Kehidupan masyarakat bersatu

padu, berkongsi pegangan & ideologi politik

serta memiliki keyakinan

terhadap pemerintahan.

APAKAH YANG DIPERLUKAN BAGI MENGGALAKKAN PERPADUAN?

LATIHAN PENGUKUHAN:

1. Adakah masyarakat Malaysia pada hari ini boleh dikategorikan sebagai masyarakat majmuk ?

Bincangkan.

2. Apakah pendekatan yang digunakan oleh kerajaan Malaysia untuk mengukuhkan perpaduan kaum

Page 16: 96480463 Nota Pengajian Malaysia 1 6

Kuliah 5 Kerajaan Melayu Tradisional

dari ChangkatNingkeBTP

Ini hanyalan ringkasan formal untuk memudahkan pemahaman. Para pelajar adalah digalak untuk

membuat kajian lebih lanjut berkenaan topik ini terutama mereka yang ditugaskan untuk menyiapkan

topik ini.

Selain itu buku menarik penulisan Dr. Farish A. Noor, What Your Teacher Didn’t Tell You, (2009)

terbitan, Matahari Books boleh dirujuk untuk melihat dengan lebih mendalam berkenaan era Malaysia

waktu itu terutama dalam topik-topik seperti ‘Pity The Poor Keris’, ‘Hang Tuah the Pacifist’ dan ‘From

Pigafetta to Panji’.

Perbincangan :

Istilah kerajaan Melayu Tradisional adalah merujuk kepada kerajaan-kerajaan Melayu terawal yang

dianggap sebagai asas kepada kewujudan kerajaan Malaysia moden yang wujud pada hari ini.

KERAJAAN AWAL

Kerajaan-kerajaan berikut boleh disifatkan sebagai Kerajaan Melayu Tradisional:

1. Kerajaan Kedah Tua

2. Kerajaan Langkasuka

3. Kerajaan Funan

4. Kerajaan Srivijaya

5. Kerajaan Majapahit

6. Kerajaan Melayu Melaka

Page 17: 96480463 Nota Pengajian Malaysia 1 6

Kerajaan Kedah Tua

Kedah menjadi tumpuan pedagang India yang menyeberangi Teluk Benggala untuk berdagang di

persekitaran gugusan Kepulauan Melayu. Kedah menjadi tempat persinggahan kapal dari Barat yang

belayar ke Timur sewaktu angin barat daya. Puncak Gunung Jerai berfungsi sebagai pusat tanda arah bagi

kapal yang berlabuh di pelabuhan Kedah.

Pada awal kurun ke-2 Masihi, Kedah telah menjadi sebuah kawasan yang terpenting di Tanah Melayu.

Pelabuhannya yang terletak di muara Sungai Merbuk memainkan peranan sebagai pusat pengumpulan

dan pengagihan barangan untuk pasaran Funan dan seterusnya dibaw a ke negeri China. Menjelang awal

abad ke-9, Kedah telah diserang oleh kerajaan Cola dari India Selatan dan selepas serangan

tersebut,perdagangan di Kedah menjadi semakin merosot.

Kerajaan Langkasuka

Langkasuka terletak di timur laut Tanah Melayu, iaitu di daerah Patani. Pelabuhan Langkasuka digunakan

oleh pedagang dari Barat dan Timur sebagai tempat memperoleh bahan makanan dan bekalan air sewaktu

kapal mereka singgah untuk berlabuh.

Dari segi ekonomi, Langkasuka menghasilkan kayu wangi, gading gajah dan sumbu badak sebagai hasil

keluaran utamanya, manakala saudagar dari China akan membawa barangan dagangan mereka seperti

kain sutera, kapas dan tembikar sebagai barangan tukaran. Bagi mengukuhkan kedudukannya,

Langkasuka telah menjalin hubungan diplomatik dengan India dan China.

Kerajaan Funan

Kerajaan ini berpusat di Sungai Mekong dan dikatakan sebuah kerajaan Hindu yang pertama didirikan di

Asia Tenggara. Kerajaan ini menguasai perdagangan lalu lintas di negeri sebelah Barat (India dan

Mediterranean) dan China.

Pada abad ketiga Masihi, kerajaan Funan di bawah pimpinan Fang-Shih Man telah memperluaskan

kekuasaannya dengan menakluki bahagian Utara Tanah Melayu dan telah menguasai jalan perdagangan

dan pelabuhan penting di Tanah Melayu. Pada pertengahan kurun ke-6 Masihi, kerajaan Funan telah

ditewaskan oleh kerajaan Chen Ha yang kemudiannya telah mendirikan tanah jajahan baru yang dikenali

sebagai kerajaan Khmer.

Kerajaan Srivijaya

Kerajaan ini bertapak di Sumatera pada ke-7. Pada akhir abad ke-8, kerajaan Srivijaya telah

memperluaskan kekuasaan politik dengan menguasai Tanah Melayu, Selat Sunda dan Selat Melaka. Pada

akhir abad ke-11, kerajaan Srivijaya telah menguasai pesisir timur Sumatera, di bahagian barat Pulau

Jawa, Tanah Melayu dan sebahagian besar Pulau Kalimantan. Akibat daripada amalan perdagangan

monopoli yang diamalkan oleh kerajaan ini, akhirnya kerajaan Srivijaya menghadapi saingan daripada

kerajaan lain yang mengamalkan sistem perdagangan yang lebih terbuka.

Page 18: 96480463 Nota Pengajian Malaysia 1 6

Bermula pada abad ke-13, banyak pemberontakan berlaku di wilayah jajahan kerajaan Srivijaya.

Kesannya kerajaan Srivijaya menjadi semakin lemah lebih-lebih lagi dengan kemunculan kerajaan

Majapahit di Pulau Jawa dan kerajaan Siam. Akhirnya, kekuasaan Srivijaya semakin tenggelam.

Kerajaan Majapahit

Kerajaan ini berpusat di Jawa Timur dan kemunculannya semakin digeruni sewaktu berada di bawah

kepimpinan Gajah Mada. Bagi mencapai cita-cita politiknya, Majapahit memperluaskan jajahan

takluknya dan membentuk empayar Melayu yang besar, yang terdiri daripada kepulauan Nusantara. Gajah

Mada telah menakluki Bali, Temasik, Pahang, Sumatera dan daerah Jawa Barat. Bagi menjamin

pengiktirafan daripada kuasa besar yang lain, Majapahit telah menjalin hubungan diplomatik dengan

kerajaan Siam, India dan China.

Walau bagaimanapun, selepas kematian Gajah Mada pada 1364, keagungan Majapahit semakin merosot.

Banyak negeri yang telah menerima ajaran Islam telah membebaskan diri daripada empayar Majapahit

dan menjelang awal abad ke-15, kerajaan Majapahit telah berkubur.

Kaitan kerajaan-kerajaan ini dilihat mempunyai kaitan dengan asal usul negara Malaysia kerana peranan

dan penglibatannya ke atas wilayah-wilayah di Tanah Melayu yang pada hari ini adalah sebahagian

daripada wilayah Malaysia.

Bagaimanapun, Kerajaan Melayu Melaka dilihat mempunyai hubungkait secara langsung dengan

perkembangan dan struktur politik, pentadbiran dan ekonomi kerajaan Malaysia moden.

Kerajaan Melayu Melaka

Kesultanan Melaka telah berkembang pesat selepas ditubuhkan oleh Parameswara pada 1395. Di bawah

kepimpinan Parameswara, Melaka terus berkembang dan menjadi pusat tumpuan para pedagang dari

seluruh pelusuk rantau Kepulauan Melayu, Cina dan Asia Barat.

Kesultanan Melaka telah berkembang pesat selepas ditubuhkan oleh Parameswara pada 1395.

Parameswara yang terlibat dalam pemberontakan menentang pemerintahan Majapahit telah melarikan diri

ke Temasik setelah gagal dalam pemberontakan tersebut. Sewaktu berada di Temasik, Parameswara telah

membunuh pemerintah Temasik. Tindakannya itu telah membangkitkan kemarahan pemerintah Siam,

(Temasik terletak di bawah kekuasaan Siam) yang telah menghantar tentera untuk menangkap

Parameswara. Parameswara dan pengikutnya telah melarikan diri ke Muar dan seterusnya ke Melaka dan

memulakan kerajaan dengan mengisytiharkan dirinya sebagai Raja Melaka.

Di bawah kepimpinan Parameswara, Melaka terus berkembang dan menjadi pusat tumpuan para

pedagang dari seluruh pelusuk rantau. Bagi memastikan Melaka tidak lagi menghadapi ancaman Siam,

Parameswara telah bersetuju untuk mewujudkan hubungan diplomatik dengan China. Hubungan

diplomatik dengan China ini membolehkan Parameswara membina kekuatan dan mentadbir Melaka

dengan berkesan. Usaha yang gigih oleh Parameswara dan kedudukan Melaka yang strategik dari sudut

geografi menyebabkan Melaka telah berkembang sebagai sebuah pelabuhan dan pusat perdagangan yang

terkenal. Melaka seterusnya telah menikmati kemakmuran ekonomi dan berjaya memperluaskan tanah

Page 19: 96480463 Nota Pengajian Malaysia 1 6

jajahannya ke seluruh Tanah Melayu dan negeri-negeri di pesisir Sumatera Timur sehinggalah

kejatuhannya pada tahun 1511 di tangan Portugis.

Perkembangan Melaka

Faktor Dalaman

– Pentadbiran

• Sumbangan Pemerintah (Sultan)

• Sumbangan Pembesar (Bendahara & Laksamana)

• Perkembangan perdagangan atas faktor keselamatan dan pertahanan

• Perkembangan sebagai sebuah empayar kerana wujudnya kekuatan ekonomi hasil perdagangan

– Faktor alam semula jadi

• Pelabuhan semulajadi/dalam

• Terlindung dari angin monsun

• Terletak ditengah perjalanan antara Timur dan Barat.

• Banyak sumber bekalan kayu bagi tujuan baikpulih kapal

Faktor Luaran /Faktor umum

– Perlindungan Maharaja Cina

– Agama Islam

Kejatuhan Melaka

Kelemahan pentadbiran dalaman

– Perebutan kuasa antara pembesar

– Pemerintah tidak peduli soal pentadbiran negara.

– Konflik perkauman

– Amalan rasuah dikalangan pembesar yang akhirnya merugikan kerajaan.

– Perubahan keadaan geografi

Page 20: 96480463 Nota Pengajian Malaysia 1 6

Faktor luar seperti

– Serangan Portugis

– Saingan dari kerajaan lain

Sistem Politik, Ekonomi dan Sosial Masyarakat Melayu Tradisional

• Sistem Politik

– -Sistem Pemerintahan Beraja (Raja sebagai sumber kuasa pemerintahan dan undang-undang)

– -Sistem Pembesar Tradisional

– Pengelasan masyarakat dalam negara

(1.Masyarakat Pemerintah- Raja,Golongan Bangsawan dan Pembesar

2.Rakyat umum. 3.Golongan Hamba)

Golongan hamba

• Golongan paling bawah dalam hierarki masyarakat Melayu tradisional.

• 2 kategori :

1. Hamba Abdi (Hamba Tawanan, Hamba diranggah, Hamba Habshi, Hamba Hulu (pesalah) Hamba

Serah (kemiskinan)

2. Hamba Hutang (Hamba Waris- isteri & anak hamba yang berhutang, Hamba Bayar, Orang Berhutang-

menjadi hamba selagi gagal bayar hutang, Anak Mas-menjadi hamba akibat berkahwin dengan hamba

wanita)

Page 21: 96480463 Nota Pengajian Malaysia 1 6

Sistem Politik, Ekonomi dan Sosial

Masyarakat Melayu Tradisional

• Perubahan dalam Sistem Ekonomi

(Ekonomi Sara Diri kepada Perdagangan)

– Pertanian, Perikanan & Mengumpul hasil hutan

– Pertukangan

– Perlombongan

– Perdagangan

Sistem Politik, Ekonomi dan Sosial Masyarakat Melayu Tradisional

• Perubahan dalam Sistem Sosial

– Perkembangan/Kemasukan Sistem Kepercayaan dan Agama baru – Islam/Kristian

– Adat - Pengaruh bahasa Asing dalam bahasa Melayu

– Bahasa – Pengaruh bahasa Asing dalam bahasa Melayu Sumbangan Kerajaan Melayu Melaka

Terhadap Kerajaan Malaysia Moden

Politik/Pentadbiran

– Pemakaian sistem pentadbiran monarki

– Sistem Pembesar Tradisonal vs Sistem

Pentadbiran Moden

• Bendahara vs Perdana Menteri

• Temenggung vs Ketua Polis Negara

• Laksamana vs Ketua Angkatan Tentera dll

Page 22: 96480463 Nota Pengajian Malaysia 1 6

Undang-undang

– Penerimaan undang-undang Islam dan undang-undang adat dalam sistem perundangan Malaysia moden

Sumbangan Kerajaan Melayu Melaka Terhadap Kerajaan Malaysia Moden

Sosial

– Wujudnya masyarakat majmuk (Cina, India,Serani)

– Perkembangan agama dan sistem kepercayaan (Hindu/Islam/Kristian/Budhha dll)

– Perkembangan bahasa Melayu – Pengaruh bahasa asing

– Kepelbagaian budaya (Melayu, India, Baba Nyonya, Serani)

– Percampuran elemen budaya sesuatu kaum

Rujukan Asas

Andaya., Barbara Watson & Leonard Y. (2001) A History of Malaysia. Hawaii : University of Hawaii

Press.

INTAN (1994). Malaysia Kita. Kuala Lumpur: Institut Tadbiran Awam Negara.

Lotfi Ismail (1976) Sejarah Malaysia 1400-1963. KL: Penerbitan Utusan.

Muhammad Yusof Hashim (1992) The Malay Sultanate of Malacca. KL: DBP.

Page 23: 96480463 Nota Pengajian Malaysia 1 6

Kuliah 6 Penjajahan

dari ChangkatNingkeBTP

PENDAHULUAN

Negara kita sememangnya menjadi idaman kuasa-kuasa asing baik dari Barat mahupun Timur. Peluang

penjajahan yang diterima oleh kuasa-kuasa asing ini ditambah dengan faktor kesilapan, kelemahan dan

masalah di negeri-negeri Melayu akhirnya menyebabkan negara terjajah selama lebih kurang 446 tahun.

Tempoh penjajahan ini sebenarnya boleh dipertikaikan memandangkan tempoh penjajahan selama 446

tahun itu bukanlah berlaku secara menyeluruh (meliputi seluruh Tanah Melayu) tetapi hanya melibatkan

satu wilayah khusus iaitu Melaka. Penjajahan menyeluruh hakikatnya hanya berlaku selepas 1870an.

Kepentingan Topik Penjajahan

Kepentingan kuasa penjajah luar terutamanya Inggeris amat nyata dalam perkembangan sejarah tanah air

(politik, pentadbiran, perundangan bahkan juga sosial). Ini dapat dilihat daripada keengganan pihak

Inggeris untuk bertindak terhadap wilayah-wilayah Sabah dan Sarawak sehingga ke satu tarikh yang agak

lama. Ini kerana Sabah diuruskan oleh Syarikat Borneo Utara manakala Sarawak ditadbir oleh keluarga

Brooke.

Secara ringkas, apa yang kita akan pelajari dalam subjek Pengajian Malaysia -mengikut bab-bab adalah

menyentuh soal pentadbiran negara, perundangan, aspek sosio-ekonomi, sistem adat dan kepercayaan

malahan juga sistem kehakiman sebenarnya mempunyai kaitan secara langsung dengan apa yang

dilaksanakan oleh penjajah pada masa lampau (Semuanya dilihat sebagai kesan daripada peristiwa

penjajahan).

Faktor Kehadiran Penjajah

Faktor 3K iaitu kekayaan, kegemilangan dan keagamaan. Faktor 3K ini juga disebut sebagai 3G iaitu

Gold, Glory dan God/Gospel yang memberi maksud yang sama iaitu kekayaan, kegemilangan dan

keagamaan.(Baker, 1999, p 54)

Faktor ini adalah secara khusus adalah merujuk kepada faktor kedatangan Portugis ke Timur.

Bagaimanapun jika dilihat dalam konteks yang lebih umum faktor-faktor ini (3K/G) adalah merupakan

faktor am kehadiran (common factor) yang terpakai untuk kesemua penjajah.

Page 24: 96480463 Nota Pengajian Malaysia 1 6

Penjajahan asing di Melaka/Tanah Melayu

1. Penjajahan Portugis (1511-1641)

2. Penjajahan Belanda (1641-1824)

3. Penjajahan Jepun (1942-1945)

4. Penjajahan Inggeris (1824-1941) & (1946-1957)

Penjajahan Portugis (1511-1641)

3K/G Sebab Kedatangan Melaka sahaja Kawasan Terlibat

Menguasai perdagangan rempah & memecahkan monopoli perdagangan rempah oleh saudagar Islam di

Eropah Timur

Menumpaskan kerajaan Islam. Buktinya Afrika ditinggalkan dalam eksplorasi penjajahan. Antara

sebabnya kerajaan Preston John dipercayai ada disana.

Penjajahan Belanda (1641-1824)

Sebab Kedatangan 3K/G

Kawasan Terlibat Melaka sahaja

Tujuan Penaklukan :

Membendung perkembangan Melaka dan menaikkan pelabuhan Betawi

Perbincangan penting yang lain

Perjanjian Inggeris -Belanda 1824.

Kesan-kesan perjanjian terhadap

Penjajahan Jepun (1942-1945)

Sebab Kedatangan 2K/G

Kawasan Terlibat Seluruh TM termasuk Sabah dan Sarawak

Tujuan Penaklukan :

Page 25: 96480463 Nota Pengajian Malaysia 1 6

Kegemilangan politik bagi negara Jepun.

Menghalau Inggeris dari TM

Sumber bahan mentah

Menyelesaikan krisis kependudukan

Perbincangan penting:

Sebab-sebab kemenangan mudah Jepun

Kesan-kesan penjajahan Jepun (Negatif dan Positif mengikut sektor)

Penjajahan Inggeris (1824-1941) & (1946-1957)

3K/G Sebab Kedatangan

Seluruh TM termasuk Sabah dan Sarawak Kawasan Terlibat

Tujuan Penaklukan:

Menguasai potensi ekonomi TM (rempah, bijih, getah dll)

Menjaga kepentingan British (perdagangan, syarikat dan rakyat)

Menjaga keamanan

Permintaan pemerintah/pembesar tempatan

Bimbang kuasa Eropah lain

Kesan penjajahan Inggeris terhadap pelbagai aspek sektor (Asas Perbincangan )

Perbincangan Lain

Pembukaan Penempatan. Cth : Pulau Pinang

Perjanjian dengan pemerintah tempatan. Cth : Singapura

Perjanjian & Sistem Residen. Cth: Perak, Selangor, N9, Pahang.

Individu/Keluarga. Cth :Sarawak

Syarikat. Cth: Sabah melalui NBCC.

Perjanjian dengan pihak luar. Cth : Perjanjian Inggeris-Belanda (Melaka)

Page 26: 96480463 Nota Pengajian Malaysia 1 6

Tambahan : Penjajahan Jepun

Sebab Kemenangan Mudah Jepun

(I) Aspek Strategi :

Menyerang dari utara sedangkan pihak Inggeris menumpukan pertahanan mereka si sebelah selatan Tanah

Melayu.

Menyerang Pearl Harbour terlebih dahulu bagi memutuskan bekalan dan bantuan.

Pakatan dengan Siam

Bergerak dengan menggunakan basikal

Program pengintipan yang rapi dan menyeluruh (secret intelligence)

Propaganda Jepun – membebaskan TM menyebabkan penduduk Melayu memberi bantuan kepada Jepun.

(II) Kepimpinan yang baik seperti Jeneral Yamashita (Malayan Tiger).

(III) Tentera

Tentera yang terlatih, bersemangat, berdisiplin, tidak takut mati dan sanggup berkorban untuk negara

termasuk melalui tindakan “kamikaze”. Mereka tahu berkorban untuk negara adalah sesuatu yang mulia.

(IV) Kemenangan mudah Jepun juga disumbangkan oleh kesilapan dan kelemahan pentadbiran

Inggeris dan penduduk Tanah Melayu.

Kesilapan Inggeris menumpukan pertahanan di sebelah selatan menghala ke Singapura.

Pertahanan laut yang sangat lemah sedangkan kedudukan Tanah Melayu dikelilingi oleh laut.

Kelemahan pentadbiran Inggeris di Tanah Melayu yang beraneka ragam dan berbeza-beza menyukarkan

koordinasi pertahanan dilaksanakan.

Tentera Inggeris tidak bersedia.

Inggeris salah jangkaan waktu serangan.

Kedegilan penduduk TM yang enggan percaya teguran orang Cina.

Kesan-kesan Pendudukan Jepun

Ekonomi

Kemusnahan sektor ekonomi disebabkan kemusnahan semasa perang.

Peningkatan inflasi (Baker, 1999, p 227) - sila rujuk nota tambahan

Pemindahan teknologi pertanian. Cth: Padi Taiwan.

Page 27: 96480463 Nota Pengajian Malaysia 1 6

Sosial

Kematian dan kebuluran.

Tahap kesihatan yang rendah dan penularan wabak penyakit seperti beri-beri dan malaria.

Trauma peperangan kesan kematian dan penyiksaan buruh paksa Landasan Keretapi Maut.

Politik

Proses penjepunan

Hubungan yang tegang antara kaum Melayu dan Cina.

Penentangan terhadap pendudukan Jepun oleh MPAJA, Force 136, Gerila Kinabalu, Askar Wataniah, dll.

Bertambahnya pengaruh komunis.

Pembebasab tahanan politik Inggeris seperti Ibrahim Yaacob.

Kebangkitan semangat nasionalisme di kalangan warga Tanah Melayu.

Penglibatan orang Melayu dalam pentadbiran negara

Kesan Penjajahan Inggeris

Politik, Pentadbiran dan Perundangan

Penentangan oleh masyarakat tempatan – kesan langsung.

Pengenalan sistem pentadbiran Barat dan pengabaian sistem pentadbiran tradisional.

Pemakaian undang-undang Barat. Undang-undang Islam dan adat dihadkan hanya dalam soal-soal

domestik.

Sosio-ekonomi

Kewujudan sistem ekonomi kolonial – hasil dikaut oleh penjajah.

Perkembagan sistem ekonomi berasaskan eksport

Perkembangan infrastruktur dan kemudahan asas

Penghapusan adat-adat tempatan yang disifatkan sebagai kejam.

Perkembangan pendidikan

Pengenalan sumber ekonomi baru seperti getah

Pengenalan dan pemindahan teknologi

Page 28: 96480463 Nota Pengajian Malaysia 1 6

KESIMPULAN

Kekayaan dan kedudukan Tanah Melayu yang begitu strategik telah menyebabkan wilayah ini menjadi

rebutan banyak pihak. Justeru itu, penjajah yang menguasai wilayah ini bertukar ganti. Pendudukan Jepun

walaupun singkat telah menyedarkan warga Tanah Melayu tentang maruah bangsa, kebebasannya dan

hak untuk mentadbir negara sendiri. Inggeris pula adalah merupakan penjajah yang paling bijak. Mereka

berjaya menguasai keseluruhan Tanah Melayu melalui “usaha ketenteraan yang minima”. Justeru mereka

dianggap sebagai penjajah paling berjaya terutamanya jika diteliti kepada “mendalam dan

menyeluruhnya” kesan-kesan penjajahan yang ditinggalkannya disesebuah negara sepertimana yang

dilakukannya di Malaysia dll.

RUJUKAN

Andaya., Barbara Watson & Leonard Y. (2001) A History of Malaysia. University of Hawaii Press.

Baker, Jim (1999) Crossroads, A Popular History of Malaysia & Singapore. Times Books International.

Lotfi Ismail (1975) Sejarah Malaysia 1400–1963. KL: Utusan Publications & Distributors.

Zainal Abidin Abd Wahid (1991). Sejarah Malaysia. Bangi : Penerbit UKM.

Zainal Abidin Abd W ahid (1971). Glimpses of Malaysian History. KL : DBP.

Page 29: 96480463 Nota Pengajian Malaysia 1 6

MPW Perlembagaan Persekutuan

dari ChangkatNingkeBTP

PENGENALAN

Perlembagaan merupakan undang-undang agung sesebuah negara. Perlembagaan wujud dengan tujuan

hendak mengendalikan kerajaan yang memerinth dengan licin dan saksama. Menurut D.Robertson

(1993), "perlembagaan mengandungi satu set hak, kuasa dan prosedur yang mengawal hubungan antara

autoriti awam dalam sesebuah negara dan antara autoriti awam dengan rakyat." Perlembagaan merupakan

satu dokumen yang mengandungi semua undang-undang asas negara. Perlembagaan perlu ada bagi setiap

negara kerana ia mengandungi undang-undang dasar yang menentukan arah politik negara.

Latar Belakang Perlembagaan Malaysia

Kewujudan perlembagaan negara telah melalui liku-liku sejarah dan perjuagan yang getir. Setelah Jepun

mengaku kalah dan tamatnya Perang Dunia II, penjajah British kembali semula ke Tanah Melayu melalui

Pentadbiran Tentera British (BMA). Ini diikuti dengan pembentukan Kesatuan Tanah Melayu (Malayan

Union) pada 1 April 1946.

Kemenangan Parti Perikatan dalam Pilihanraya 1955 memaksa Penjajah British mengadakan satu

Persidangan Perlembagaan di London. Persidangan ini telah mencadangkan supaya dilantik sebuah

suruhanjaya yang bebas untuk menggubal satu perlembagaan untuk Persekutuan Tanah Melayu (PTM).

Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu ini dipengerusikan oleh Lord Reid. Perlantikan

orang luar sebagai penggubal Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu itu dibuat agar cadangan

perlembagaan itu tidak berat sebelah.

Suruhanjaya Reid telah meminta cadangan daripada semua penduduk Tanah Melayu, baik dari kalangan

parti politik, badan awam dan orang perseorangan. Suruhanjaya Reid telah menerima sebanyak 131

cadangan dari kalangan penduduk Tanah Melayu.

Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang baru bersama dengan perlembagaan untuk negeri Melaka

dan Pulau Pinang telah diisytiharkan pada 31 Ogos 1957, dan dengan demikian Persekutuan Tanah

Melayu menjadi sebuah negara berdaulat dan merdeka.

Pada 9 Julai 1963, kerajaan-kerajaan Persekutuan Tanah Melayu, United Kingdom, Borneo Utara,

Sarawak dan Singapura telah menandatangani Perjanjian Malaysia, dimana dengannya Borneo Utara,

Sarawak dan Singapura akan bersekutu dengan negeri-negeri Persekutuan Tanah Melayu yang sedia ada,

dan persekutuan ini dinamakan Malaysia. Parlimen Persekutuan Tanah Melayu telah meluluskan Akta

Malaysia untuk meminda Perkara1(1) dan Perkara(2) Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957.

Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957, telah dijadikan asas kepada penggubalan Perlembagaan

Persekutuan Malaysia. Perlembagaan Persekutuan Malaysia telah diistytiharkan pada 16 September 1963.

Page 30: 96480463 Nota Pengajian Malaysia 1 6

KEDUDUKAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA

Menurut Tun Mohamed Suffian (1984), di Malaysia, Perlembagaan Persekutuan Malaysia sahaja yang

tertinggi. Malah tiada siapapun yang mempunyai kuasa yang boleh mengisytiharkan bahawa semua

undang-undang yang dibuatnya itu sebagai tidak sah.

Malaysia ialah sebuah persekutuan yang mempunyai satu perlembagaan yang agak tegar. Parlimen

Malaysia memperolehi kuasanya dari Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

Perlembagaan Persekutuan Malaysia menentukan dengan nyata perkara-perkara yang menjadi

tanggungjawab Persekutuan dan Negeri. Maka undang-undang yang dibuat di luar bidang kuasa

perlembagaan adalah tidak sah. Di sini pihak mahkamah bolehlah mengisytiharkan bahawa undang-

undang itu sebagai tidak sah.

Jika Parlimen Malaysia tidak tertinggi dan undang-undang boleh dibatalkan oleh mahkamah, maka

mahkamahlah yang tertinggi? Mahkamah adalah tertinggi dalam erti kata bahawa mempunyai hak, malah

kewajipan untuk membatalkan sebarang Akta dan Enakmen/Ordinan yang telah dibuat oleh Parlimen dan

Dewan Undangan Negeri yang di luar dari bidang kuasa ataupun bercanggah dengan apa yang telah

diperuntukan oleh Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

Jika Akta dan Enakmen/Ordinan itu dibuat selaras dengan apa yang telah diperuntukkan kepada mereka,

maka mahkamah tidak ada kuasa menolaknya.

Siapakah yang Tertinggi di Malaysia

Yang Di-Pertuan Agong, seorang raja berperlembagaan di Malaysia. Ini jelas sepertimana yang

terkandung dalam lafaz sumpah baginda yang dilakukan di hadapan Majlis Raja-Raja.

Baginda tertakluk kepada halangan Perlembagaan, dan dari segi pentadbiran pula tindakan baginda

mestilah di atas nasihat Jemaah Menteri(Kabinet).

Menurut Tun Mohamed Suffian (1984), kerajaan juga tidak tertinggi dalam banyak hal. Ternyata bahawa

terdapat banyak perkara dalam perlembagaan yang mesti dipatuhi oleh kerajaan. Bahawa doktrin absah

yang terpakai di Malaysia bukanlah Parlimen, kerajaan atau badan-badan lain yang tertinggi, tetapi

bahawasanya Perlembagaanlah yang tertinggi.

Page 31: 96480463 Nota Pengajian Malaysia 1 6

KANDUNGAN PERLEMBAGAAN

Malaysia adalah sebuah negara yang merdeka dan berdaulat. Menurut Tun Mohamed Suffian(1990),

Perlembagaan Malaysia mempunyai ciri-ciri asas seperti berikut:

1. Perlembagaan mengasaskan Malaysia sebagai sebuah persekutuan.

2. Sebagai negara raja berperlembagaan

3. Sebagai negara demokrasi berparlimen.

4. Parlimen memperuntukkan Islam sebagai agama rasmi.

5. Memperuntukkan ketinggian perlembagaan

6. Memperuntukkan pengasingan kuasa ketiga-tiga cabang kerajaan.

7. Memperuntukkan sebuah badan kehakiman yang berasingan dan bebas daripada kawalan Parlimen dan

Eksekutif.

Perlembagaan Persekutuan Malaysia telah diisytiharkan pada Hari Malysia iaitu pada 16 September 1963.

Perlembagaan ini mengandungi 15 Bahagian(Parts), 183 Perkara (Articles) dan 13 Jadual (Schedules).

Perlembagaan Negeri

Perlembagaan Malaysia merupakan satu perjanjian perkongsian yang mengatur perhubungan antara

negeri-negeri yang menganggotai Persekutuan Malaysia.

Perkara 71 Perlembagaan Persekutuan Malaysia memperuntukkan bahawa tiap-tiap perlembagaan negeri

hendaklah mempunyai peruntukkan perlu.

Di dalam Jadual Kelapan, peruntukan-peruntukan telah dibahagikan kepada dua bahagian. Bahagian I

mengandungi peruntukan tetap dan peruntukan kewangan. Bahagian II pula mengandungi peruntukan

sementaaara sebagai alternatif kepada peruntukan Bahagian I.

Negeri-negeri Sabah dan Sarawak pula mendapat perlembagaan daripada perlembagaan yang dipersetujui

dalam Perjanjian Malaysia 1963. Di bawah Perkara 71(4) Perlembagaan Persekutuan Malaysia,

perlembagaan semua negeri dikehendaki mengandungi 'peruntukan-peruntukan perlu' seperti yang

dinyatakan dalam Jadual.

Perlembagaan Persekutuan Malaysia juga memperuntukkan Bahagian VI (perkara 73-95E) dalam hal

perrhubungan antara kerajaan Persekutuan (Pusat) dengan kerajaan-kerajaan negeri.

Pindaan Perlembagaan

Perlembagaan Persekutuan Malaysia, seperti juga perlembagaan bertulis lain, boleh dipinda dengan cara

yang berbeza.Perlembagaan Persekutuan Malaysia boleh dipinda menurut Perkara 159 dan 161E

perlembagaan itu sendiri.

Page 32: 96480463 Nota Pengajian Malaysia 1 6

Tiga cara perlembagaan ini boleh dipinda iaitu:

1. Setengah-setengah perkara boleh dipinda hanya dengan lebih suara dua pertiga dalam tiap-tiap Dewan

Parlimen.

2. Setengah-setengah perkara yang mempunyai kepentingan khas bagi Sabah dan Sarawak boleh dipinda

dengan lebih suara dua pertiga dalam tiap-tiap Dewan Parlimen.

3. Setengah-setengah perkara boleh dipinda dengan lebih suara dua pertiga dalam tiap-tiap Dewan

Parlimen tanpa berkehendakkan persetujuan sesiapa pun di luar Parlimen, seperti Perkara 159(4).

Perlembagaan Persekutuan Malaysia telah dipinda banyak kali. Semenjak terbentuknya Perlembagaan

Persekutuan Malaysia 1963, perlembagaan ini telah beberapa kali dipinda.

KESIMPULAN

Malaysia sebagai sebuah negara yang kecil mempunyai sebuah perlembagaan. Sekali imbas adalah sukar

untuk memikirkan mengapa peraturan perlembagaan yang serumit itu perlu dan bagaimana ia dapat

dijalankan. Apabila kita melihat sejarah negara, maka tidaklah sukar untuk memahami dan menyedari

mengapa perlembagaan negara kita merupakan satu dokumen yang panjang. Adalah menjadi tugas setiap

warganegara mempertahankan kedaulatan perlembagaannya.

Page 33: 96480463 Nota Pengajian Malaysia 1 6

Nota Kuliah : FEDERALISME: KERAJAAN PUSAT & NEGERI

dari ChangkatNingkeBTP

PENGENALAN

Pembentukan Persekutuan Malaysia adalah unik kerana bukan semua negeri anggota seperti lazimnya

dalam sebuah sistem persekutuan, mempunyai kuasa yang sama. Pada dasarnya, kelonggaran yang

diberikan kepada Sabah, Sarawak dan Singapura merupakan syarat terbentuknya Persekutuan Malaysia.

Hubungan kerajaan pusat kadangkala baik dan kadangkala dingin.

Federalisme

Mengikut K.C.Wheare (1953), sistem federalisme merupakan satu kaedah untuk membahagikan kuasa

antara 2 peringkat kerajaan.

Ciri/sifat federalisme:

Terdapat pembahagian kuasa

Sebuah kerajaan mempunyai hubungan terus/langsung dengan rakyatnya

Kedua-dua kerajaan mendapat pengesahan kuasanya terus dari rakyat.

Pada dasarnaya, pembahagian kuasa, kebebasan dan kedaulatan sebuah kerajaan dalam sistem

persekutuan adalah jelas.

Latar Belakang Sistem Federalisme

Sebelum Negeri-negeri Melayu Bersekutu, semua negeri-negeri Melayu Bersekutu dan Tidak Bersekutu,

dan Negeri-negeri Selat, merupakan identiti politik yang berasingan tetapi diperintah secara tidak

langsung.

Negeri-Negeri Melayu Bersekutu

Percubaan memperkenalkan sistem Federalisme boleh dikatakan bermula dengan satu usaha menyatukan

negeri-negeri Melayu melalui perjanjian Persekutuan 1895.Sistem pemerintahan yang ditubuhkan pada

1896 meletakkan Negeri-negeri Melayu Bersekutu di bawah naungan British. Dua peringkat kerajaan

diwujudkan, iaitu kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri.

Kesatuan Malaya (Malayan Union)

Kesatuan Malaya telah ditubuhkan pada 1 April 1946 sebgai satu usaha menggabungkan semua negeri-

negeri Melayu, iaitu Negeri-negeri Melayu Bersekutu, Negeri-negeri melayu Bersekutu, Negeri-negeri

Melayu Tidak Bersekutu dan Negeri-negeri Selat.

Persekutuan Tanah Melayu

Page 34: 96480463 Nota Pengajian Malaysia 1 6

Persekutuan Tanah Melayu (PTM) ditubuhkan berikutan tentangan hebat orang-orang Melayu terhadap

Kesatuan Malaya. PTM terdiri daripada 11 negeri anggota.

Sistem kerajaan PTM meletakkan kuasa pentadbiran kepada kerajaan pusat. Pada peringkat PTM

meletakkan kuasa pentadbiran terdiri daripada:

1. Pesuruhanjaya Tinggi British yang dilantik oleh Raja Britain;

2. Majlis Eksekutif Persekutuan; dan

3. Majlis Perundangan Persekutuan

Pembentukan Persekutuan Malaysia 1963

Cadangan

Cadangan penubuhan Persekutuan Malaysia bukan suatu cadangan baru. Antara sebab yang mendesak

ketika itu adalah seperti yang berikut:

Kegiatan Komunis

Imbangan penduduk

Kemerdekaan

Pembahagian Kuasa Antara Kerajaan

Di Malaysia pembahagian kuasa anatra kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri juga jelas dan

terkandung di dalam peruntukan-peruntukan Perlembagaan Persekutuan. Terdapat tiga senarai senarai

dalam Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan yang mengagihkan kuasa ini, iaitu: Senarai I

(Persekutuan); Senarai II (Negeri) ; dan Senarai III (Bersama).

Senarai Persekutuan (I)

Senarai persekutuan mengandungi 27 bidang kuasa dalam perlembagaan Malaysia.

Senarai Negeri (II)

Senarai Negeri mengandungi 12 bidang kuasa dalam Perlembagaan Malaysia.

Senarai Bersama (III)

Senarai bersama mengandungi 18 bidang kuasa dalam perlembagaan Malaysia.

Page 35: 96480463 Nota Pengajian Malaysia 1 6

Kuasa Residual

Perkara 77, PP memperuntukkan bahawa kerajaan negeri mempunyai kuasa ke atas mana-mana bidang

kuasa yang tidak disenaraikan dalam mana-mana senarai.

Keagungan Perlembagaan (Kerajaan Persekutuan)

Hubungan antara kerajaan dalam mana-mana negara yang mengamalkan sistem Persekutuan adalah

memihak kepada kerajaan pusat. Beberapa perkara yang menyebabkan kecenderungan sedemikian.

Peruntukan Perlembagaan

1. Perkara 2(b)

2. Perkara 4 (1)

3. Perkara 75

4. Perkara 73

5. Perkara 76

Bidang Kuasa Kewangan (Senarai I, Item ke 7 Jadual Kesembilan )

Bidang kuasa kewangan kerajaan pusat adalah menyeluruh kerana sebahagian besar daripada punca

kewangan kerajaan negeri datangnya daripada peruntukan kewangan yang diberikan oleh kerajaan pusat.

Geran kepada Negeri (Perkara 109 [1a])

Dibawah perkara 109, Perlembagaan mewajibkan kerajaan persekutuan memberi kepada setiap negeri

yang dinamakan „pemberian mengikut bilangan orang‟

Pemberian Jalan Negeri (Perkara 109[1b])

Dalam perkara yang sama, kerajaan persekutuan juga dikehendaki mengadakan pemberian Jalan Negeri

MASALAH /ISU DALAM HUBUNGAN ANTARA KERAJAAN

Ketegangan dalam hubungan antara kerajaan adalah satu perkara lazim dalam sebuah negara yang

berbentuk persekutuan, beberapa peristiwa telah menyebabkan hubungan antara kerajaan pusat dan

negeri.

Singapura dikeluarkan daripada Persekutuan

Ujian terhadap keutuhan Persekutuan tercabar dengan perpisahan Singapura daripada Persekutuan pada

1965

Page 36: 96480463 Nota Pengajian Malaysia 1 6

Darurat 1966, Sarawak

Darurat 1966 telah diisytiharkan dan ia berkait dengan usaha menumbangkan kepimpinan Datuk Stephen

kalong Ningkan sebagai Ketua Menteri Sarawak (1963-66) kerana tidak sehaluan dengan Kerajaan dan

Kepimpinan Persekutuan.

Darurat 1977, Kelantan

Darurat 1977 telah diisytiharkan dan ia berkait denga usaha menumbangkan kepimpinan dan pengaruh

PAS di Kelantan

Kerajaan Di bawah Kepimpinan Parti Pembangkang

Pada 1980-an dan 1990-an, hubungan tegang antara kerajaan pusat dan negeri disebabakan parti

pemerintah pada peringkat negeri adalah bukan parti komponen pemerintah pada peringkat nasional

Sabah

Ketegangan hubungan antara kerajaan bermula dengan kemenangan Parti Berastu Sabah (PBS) pada

1984.

Kelantan

Hubungan tegang antara kerajaan pusat dengan pemerintahan Kelantan pimpinana PAS muncul sekali

lagi setelah PAS bertapak semula di negeri itu selepas pilihan raya 1990.

KESIMPULAN

Federalisme addalah satu rangka menyatuoadukan pelbagai wilayah yang dahulunya wujud berasinagan.

Hubungan antara kerajaan dalam federalisme berpusat kepada persoalan persaingan kuasa. Dalam hal ini,

pada umumnya kerajaan pusat mempunyai kelebihan seperti yang jelas dinyatakan dalam beberapa

perkara dalam perlembagaan Malaysia. Perpisahan Singapura dari Persekutuan pada 1965 adalah

merupakan satu daripada cara penyelesaian dalam hubungan antara kerajaan yang sudah tidak dapat

dibaikpulih.

Page 37: 96480463 Nota Pengajian Malaysia 1 6

Nota Kuliah : Badan Kehakiman

dari ChangkatNingkeBTP

PENGENALAN

Undang-undang merupakan pengaruh yang paling menyerap dalam kehidupan kita, melibatkan dalam

hampir semua perkara yang kita lakukan.

Sistem perundangan di Malaysia telah melalui satu jangka masa yang panjang, iaitu kira-kira 600 tahun

lamanya. Penjajahan Inggeris telah memperkenalkan sistem kerajaan berpelembagaan dan common law.

Pada hari ini, sebahagian besar daripada undang-undang negara ini datangnya daripada sumber bertulis.

Diluluskan oleh Parlimen Malaysia dan Dewan Perundangan Negeri. Mengenal dan mengetahui tentang

sistem perundangan dan kehakiman di sesebuah negara seperti Malaysia adalah amat penting.

APA ITU PERUNDANGAN DAN KEHAKIMAN?

Perundangan (Legislation)

Menurut Abdul Monir Yaacob (1989), perundangan adalah merujuk kepada undang-undang yang digubal

oleh badan khas yang bertanggungjawab dari segi perlembagaan. Kuasa perundangan di Malaysia telah

ditetapkan melalui Perkara 44, Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

Fungsi utama perundangan adalah untuk menggubal, meminda atau membatalkan undang-undang sebagai

memberi kesan kepada hasrat badan perundangan.

Penggubalan undang-undang dalam bentuk perundangan dijalankan oleh Parlimen Malaysia bagi

peringkat persekutuan dan Dewan Undangan Negeri bagi peringkat negeri. Parlimen Malaysia membuat

undang-undang yang terkandung dalam Senarai I, Jadual Kesembilan, sementara Senarai II dari jadual

yang sama merupakan hak kerajaan negeri. Senarai III pula merupakan Senarai Bersama bagi kedua-dua

badan.

Kehakiman (Judiciary)

Dalam sistem demokrasi liberal yang diamalkan di negara ini, kehakiman merupakan cabang ketiga bagi

pihak kerajaan memainkan peranannya dalam proses pengimbangan kuasa. Bagi melaksanakan fungsi

kehakiman PP telah menyediakan peruntukan yang berkaitan yang terkandung dalam Bab 9, Perkara 121-

131A.

Hakim mempunyai kuasa mentafsir dan melaksanakan undang-undang dengan kuasa (authority) yang

diberikan kepada mereka. Kuasa kehakiman bagi badan-badan kehakiman di Malaysia terletak dalam

Perkara 121 (1), Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Kehakiman merupakan cabang ketiga bagi pihak

kerajaan memainkan peranannya dalam proses pengimbangan kuasa.

Page 38: 96480463 Nota Pengajian Malaysia 1 6

Dalam usaha melaksanakan tugas-tugas kehakiman di negara ini, sistem mahkamah telah diwujudkan.

Badan perundangan bertugas membuat/menggubal undang-undang dan pihak mahkamah pula

melaksanakan undang-undang itu, jika ianya digubal dengan betul. pihak mahkamah boleh mentafsir

bahagian-bahagian tertentu undang-undang (akta, enakmen atau ordinan) sebagai tidak sah kerana

bercanggah dengan bidang kuasanya.

Andaikan undang-undang itu digubal secara tidak sah, maka fungsi mahkamah ialah mentafsirkannya.

Makna/takrifan yang dibuat terhadap undang-undang oleh hakim akan menjadi satu ikutan penghakiman

(precedent).

HUBUNGAN UNDANG-UNDANG DENGAN KEHAKIMAN

Tujuan undang-undang diwujudkan di sesebuah negara seperti Malaysia ialah untuk mencapai keadilan

dalam masyarakat. Keadilan merupakan idea yang abstrak mengenai betul atau salah (right or wrong),

keadilan dan kesamarataan (fairness and equality) Maka tujuan satu-satu undang-undang itu ialah

menggalakkan ahli masyarakat melakukan sesuatu yang baik dan adil dalam mana-mana keadaan

tertentu.

Undang-undang bukan sahaja berkhidmat untuk masyarakat, malah ia merupakan hasil dari proses

interaksi sosial. Adalah wajar undang-undang di Malaysia berlainan dengan undang-undang di negara-

negara lain, jika mahukannya dapat berfungsi di negara ini. Seperti undang-undang di negara lain,

undang-undang di Malaysia dibentuk/digubal berdasarkan ethos sejarah dan budaya tempatan.

SEJARAH PERUNDANGAN DAN KEHAKIMAN

Sejarah perundangan dan kehakiman di negara ini bermula dengan pemerintahan Kesultanan Melaka.

Kemasukan penjajah Portugis, Belanda serta Jepun ke negara ini kurang memberi kesan dalam hal

perundangan dan kehakiman, berbanding dengan penjajah Inggeris.

Sistem perundangan dan kehakiman Inggeris diperkenalkan di negara ini secara berperingkat-peringkat.

Dalam satu siri kehakiman yang terdapat di negara ini, terbukti menunjukkan bahawa English Law telah

diperkenalkan di Malaysia.

Undang-undang yang digunakan di negeri-negeri Melayu sebelum kemasukan penjajah Inggeris adalah

Adat Pepatih, yang diamalkan di Negeri Sembilan dan daerah Naning di Melaka. Sementara Adat

Temenggong pula digunakan di negeri-negeri lain di Semenanjung.

Pembentukan Negeri-negeri Melayu Bersekutu (FMS) dalam tahun 1895 menandakan bermulanya

pengenalan Undang-undang Inggeris di Semenanjung.

Page 39: 96480463 Nota Pengajian Malaysia 1 6

Perkembangan ini berlanjutan hinggalah negara ini mencapai kemerdekaan dan berterusan pula selepas

wujudnya Malaysia dalam tahun 1963. Perkembangan berikutnya pula ialah sedikit demi sedikit

perundangan dan kehakiman Malaysia tidak lagi berpandukan perundangan dan kehakiman Inggeris

sepenuhnya.

KLASIFIKASI UNDANG-UNDANG

Undang-undang boleh diklasifikasikan dalam berbaga-bagai kaedah. Salah satu kaedahnya ialah

membahagikannya kepada tiga bahagian yang luas, iaitu,

a) Undang-undang Awam (Public Law),

b) Undang-undang Antarabangsa (International Law), dan

c) Undang-undang Persendirian (Private Law).

Undang-undang Awam (Public Law)

Pada dasarnya undang-undang awam mengawal perhubungan antara individu dengan negara. Undang-

undang awam ini juga boleh dibahagikan kepada dua kategori, iaitu :

(i) Undang-undang Perlembagaan (Constitutional Law);

Menetapkan hak individu dalam negara. Ia menangani persoalan seperti ketinggian parlimen dan hak

rakyat.

(ii) Undang-undang Jenayah (Criminal Law).

Menyusun berbagai kesalahan yang dilakukan oleh individu terhadap negara. Tujuannya untuk

menghukum dan menumpaskan jenayah

Undang-undang Antarabangsa (International Law)

Undang-undang antarabangsa ini dikategorikan ke dalam:

(i) Undang-undang Antarabangsa Awam; dan

Undang-undang yang mengatasi antara dua negara

(ii) Undang-undang Antarabangsa Persendirian.

Juga dikenali sebagai konflik undang-undang. Undang-undang ini mengandungi peraturan yang memandu

seseorang hakim di dalam kes yang banyak undang-undang negara lain terlibat

Undang-undang Persendirian (Private Law)

Berkaitan dengan perkara-perkara yang menjejaskan hak-hak dan tanggungjawab individu di kalangan

sesama mereka. Gantirugi terhadap yang cedera, untuk membolehkan harta pesalah dirampas,

mengenakan obligasi kontrak. Tiga jenis kategori undang-undang persendirian iaitu Undang-undang

Kontrak, Undang-undang Tort dan Amanah

Kontrak (Contract)

Perjanjian dan perlaksanaan butiran perjanjian. (Pecah kontrak).

Page 40: 96480463 Nota Pengajian Malaysia 1 6

Tort

Obligasi yang dikenakan oleh undang-undang. Ia merupakan satu kesalahan sivil yang melibatkan

pelanggaran atau salah laku tugas am. Boleh diselesaikan melalui tindakan awam bagi kerosakan yang

tidak dapat dibayar. Mana-mana orang apabila haknya dilanggar boleh menyaman pihak yang melakukan

kesalahan. Tersebut. Elemen penting dalam undang-undang tort adalah mesti ada kesalahan yang

dilakukan dengan sengaja atau disebabkan oleh kecuaian. Kes tort yaqng sering berlaku adalah kes fitnah

(defamation) Azwan Ali vs. TV3 and Fauziah Ahmad Daud dan kecuaian (negligence) seperti dalam kes

Donaghue vs Stevenson.

Amanah (Trust)

SUMBER UNDANG-UNDANG

Undang-undang Malaysia, seperti juga undang-undang negara lain mempunyai sumber-sumber tertentu

masing-masing.

1. Sumber Sejarah

2. Peraturan-peraturan yang sah yangmembentuk undang-undang

3. Tempat-tempat di mana undang-undang boleh didapati

Undang-undang Malaysia adalah bersumberkan undang-undang bertulis dan undang-undang tidak

bertulis. Tiga sumber penting, iaitu,

(a) Undang-undang bertulis,

(b) Undang-undang tidak bertulis, dan

(c) Undang-undang Islam/Syariah.

• Undang-undang bertulis

Undang-undang bertulis adalah sumber terpenting undang-undang Malaysia. Undang-undang bertulis ini

adalah seperti;

Perlembagaan Persekutuan dan Negeri

Undang-undang yang dibuat oleh Parlimen Malaysia dan Dewan Undangan Negeri.

Perundangan Subsidiari (Subsidiary Legislation) yang dibuat oleh mana-mana orang atau badan.

• Undang-undang tidak bertulis

Undang-undang tidak bertulis ini terdapat dalam,

(i) kes-kes yang diputuskan oleh mahkamah (Judicial Decision),

(ii) Common Law dan Rukun Ekuiti Inggeris, dan

(iii) Resam Tempatan (Local Customs), iaitu:

i. Keputusan hakim-hakim mahkamah atasan

ii. Common Law dan Rukun Ekuiti

iii. Hukum adat penduduk tempatan

Page 41: 96480463 Nota Pengajian Malaysia 1 6

• Undang-undang Islam/Syariah

Undang-undang Islam ini merupakan undang-undang Tuhan dari al-Quran, Hadis Nabi Muhammad

(S.A.W), serta undang-undang yang telah dipersetujui oleh ulamak fikah zaman dahulu dan sekarang.

BAGAIMANA UNDANG-UNDANG DIKUATKUASAKAN?

Dalam hal-hal yang berkaitan dengan undang-undang persendirian sivil adalah menjadi tanggungjawab

mereka yang rugi (damages) membawa mana-mana kesnya ke mahkamah. Pihak mahkamah akan

bertindak untuk menyelesaikan pertikaian antara dua pihak atau lebih.

Dalam hal penguatkuasaan, undang-undang jenayah adalah berbeza dengan undang-undang sivil.

Penguatkuasaan undang-undang jenayah dilaksanakan oleh badan-badan tertentu yang telah ditetapkan

oleh undang-undang negara. Badan-badan yang bertanggungjawab itu ialah Polis, Jabatan Kastam,

Jabatan Pengangkutan Jalan, Jabatan Imigresen, Majlis Perbandaran dan Kerajaan Tempatan, dan badan-

badan lain yang diberi kuasa dari semasa ke semasa. Prosedur membawa satu-satu kesalahan itu adalah

berbeza-beza. Prosedur itu adalah seperti berikut:

1. Kes Saman

2. Waran Tangkap

3. Perintah Timbalan Pendakwa Raya

Kes Boleh Tangkap

SISTEM KEHAKIMAN DI MALAYSIA

Badan kehakiman yang dibentuk oleh kerajaan mempunyai kuasa mendengar dan menentukan perkara-

perkara sivil dan jenayah. Ia juga berkuasa mentafsir Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan

Negeri-Negeri.

Mahkamah Persekutuan

Mahkamah Persekutuan pula terbahagi kepada:

(i) Mahkamah Atasan (Superior Court) yang terdiri daripada:

-Mahkamah Agung (Supreme Court)

-Mahkamah Rayuan (Court of Appeal)

-Mahkamah Tinggi Malaya dan Borneo

(ii) Mahkamah Rendah (Subordinate Court) yang terdiri daripada:

- Mahkamah Sesyen

- Mahkamah Juvana

- Mahkamah Majistret

- Mahkamah Tuntutan Kecil

- Mahkamah/Balai Penghulu

Page 42: 96480463 Nota Pengajian Malaysia 1 6

(iii) Mahkamah Khas (Special Court) yang terdiri daripada:

- Mahkamah Tentera

- Mahkamah Perusahaan

- Mahkamah Buruh

- Mahkamah Merinyu Kanan Galian

Mahkamah Negeri

Mahkamah anegeri pula terbahagi kepada:

(i) Mahkamah Syariah (Semua Negeri)

Mahkamah Syariah Rayuan

Mahkamah Kadi Besar

Mahkamah Kadi

(ii) Mahkamah Adat/Mahkamah Anak Negeri (Di bawah tanggungjawab Sabah dan Sarawak)

Mahkamah Adat Daerah

Mahkamah Pegawai/Ketua Adat

Mahkamah Penghulu

Hierarki mahkamah diwujudkan berkait rapat dengan sistem rayuan. Tanpa adanya hierarki, hal-hal

rayuan tidak mungkin wujud dan boleh dilaksanakan.

KEBEBASAN BADAN KEHAKIMAN

Terdapat dua ciri penting dalam badan kehakiman di Malaysia. Ciri-ciri itu ialah:

(i) Tidak memihak kepada sesiapa

(ii) Mempunyai kebebasannya yang tersendiri sepertimana yang diperuntukkan dalam perlembagaan

Persekutuan Malaysia.

Selain itu, mahkamah juga tidak dikenakan kawalan, sama ada oleh badan perundangan ataupun oleh

pihak eksekutif.

Seseorang hakim tidak boleh dipecat dari jawatannya dengan apa cara yang lain. Prosedur untuk memecat

seseorang hakim diperuntukkan dalam Perkara 125(3), (4) dan (5), Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

Kelakuan seseorang hakim tidak boleh dibincangkan dalam mana-mana majlis Parlimen, kecuali atas usul

yang tersendiri. Ia tidak boleh dibincangkan sama sekali dalam mana-mana Dewan Undangan Negeri.

Para hakim setelah dilantik akan memegang jawatan sampai berumur 65 tahun atau sehingga satu masa

kemudiannya.

Page 43: 96480463 Nota Pengajian Malaysia 1 6

KUASA MAHKAMAH

Kuasa kehakiman yang diberikan kepada mahkamah ialah kuasa untuk membicara dan menentukan

pertikaian. Kuasa kehakiman juga bermakna kuasa untuk menentukan sama ada seseorang telah

melakukan jenayah atau tidak, dan hukuman yang wajar ke atasnya.

Pembahagian bidang kuasa mahkamah-mahkamah di negara ini dibuat berdasarkan berat, penting atau

jumlah wang yang terlibat di dalam sesuatu kes.

Peranan/kuasa hakim sebagai seorang pengadil. Seseorang hakim tidak boleh menolong mana-mana pihak

dalam mengemukakan kes masing-masing.

KESIMPULAN

Perundangan dan kehakiman Malaysia merupakan dua agensi kerajaan yang penting bagi mempastikan

rakyat negara ini hidup dalam keadaan harmoni, rukun dan damai. Badan ini berjaya mempertahankan

kedudukannya dan kekal sebagai jentera kerajaan yang aktif, progresif dan matang. Kita sebagai rakyat

negara ini sepatutnya berbangga, memberi penghormatan sokongan, supaya kejayaan cemerlang ini

berterusan dan memberi manfaat kepada rakyat seluruhnya.

Page 44: 96480463 Nota Pengajian Malaysia 1 6

DEMOKRASI BERPARLIMEN DI MALAYSIA

dari ChangkatNingkeBTP

PENGENALAN

Bagi rakyat, Parlimen merupakan suatu badan yang amat penting dalam sesebuah negara. Rakyat sendiri

terlbat secara langsung dalam meilih ahli-ahli Parlimen/Dewan Rakyat menerusi satu pilihan raya umum.

Kerajaan berparlimen di Malaysia adalah berasaskan kepada prinsip demokrasi.

Apa itu Parlimen dan Pilihan Raya?

Menurut D. Robertson (1993), secara amnya Parlimen merupakan satu perhimpunan perundingan

(consultive assembly). Kebanyakan Parlimen hari ini mempunyai ahli yang dipilih dengan tugas meneliti,

mengawal dan adakalanya memilih kuasa eksekutif. Parlimen ini berfungsi membuat undang-

undang/akta, dan juga mengawasi dan mengawal perbelanjaan awam/kerajaan.

Pilihanraya sebagai satu kaedah untuk memilih calon bagi jawatan /kerusi tertentu. Pilihanraya boleh

dijalankan menerusi berbagai-bagai cara/kaedah. Prosedur mengundi adalah rahsia, direkod dan

diterbitkan seperti dalam banyak pilihan raya yang diadakan di seluruh dunia. Pilihan raya merupakan

salah satu kaedah daripada berbaga-bagai cara pemilihan, dan ia menjadi kaedah yang sangat dominan

dalam abad ke-20.

Dalam pilihan raya, pemilihan mestilah dilakukan secara terbuka oleh sekumpulan orang. Maka dalam

satu-satu pilihan raya terdapat dua objek yang terlibat, iaitu orang yang dipilih dan kumpulan pemilihnya.

Demokrasi Berparlimen

Malaysia telah memilih pemerintahan berlandaskan demokrasi berparlimen dengan raja berpelembagaan.

Perjalanan demokrasi berparlimen ini agak lambat dan membebankan kerajaan dan rakyat. Hal ini kerana

kerajaan terpaksa berunding dan mempertimbangkan pendapat dari tiap-tiap lapisan masyarakat.

Pemerintahan demokrasi berparlimen merupakan kerajaan yang dipilih oleh rakyat dan untuk rakyat.

Kerajaan yang berlandaskan demokrasi berparlimen akan terus kekal diterajui oleh pemimpin yang dipilih

dan didukung oleh rakyat.

Latar Belakang Kewujudan Parlimen dan Parlimen di Malaysia.

Kerajaan berperwakilan/berparlimen telah diperkenalkan di Malaysia buat pertama kalinya dalam tahun

1909, apabila Majlis Persekutuan (Federal Council) ditubuhkan, iaitu bagi negeri-negeri Melayu

Bersekutu (FMS).

Majlis Persekutuan ini mengalami sedikit perubahan dalam tahun 1927. Bentuk asal majlis ini dikekalkan,

tetapi Raja/Sultan tidak menjadi ahli lagi dan digantikan dengan lebih ramai wakil yang dilantik dari

Page 45: 96480463 Nota Pengajian Malaysia 1 6

berbagai-bagai sektor dan pegawai-pegawai pentadbir British.

Pada 1 Februari 1951 pula, satu sistem baru telah diperkenalkan dan diberi nama Sistem Ahli (Member

System). Sistem Ahli ini merupakan satu mini kabinet dengan ahli-ahli yang mngetuainya bersifat sebagai

seorang menteri. Ini merupakan satu langkah positif dan ia merupakan satu peralihan pentadbiran yang

biasa dilakukan oleh British kepada tanah jajahannya.

Dalam tahun 1995, Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948, telah dipinda. Pindan itu dibuat bagi

membolehkan pilihan raya umum bagi memilih ahli Dewan Undangan Persekutuan untuk menambah

keahlian Dewan tersebut. Ahli Dewan Undangan Persekutuan tahun 1955 terdiri dari 98 orang ahli: 52

dipilih dan 46 dilantik. Parlimen sepertimana yang kita ketahui pada hari ini wujud hasil dari pilihan raya

umum yang diadakan pada 19 Ogos 1959.

Struktur dan Keanggotaan Parlimen.

Struktur Parlimen Malaysia yang wujud pada hari ini adalah seperti yang terkandung di dalam

Perlembagaan Persekutuan Malaysia, iaitu dalam Bahagian 4, Perkara 44.

Keanggotaan Parlimen pula adalah seperti berikut:

Dewan Negara

Keanggotaan Dewan Negara telah ditentukan oleh Perlembagaan Persekutuan Malaysia dalam Bahagian

4, Bab 4, Perkara 45.

1. Anggota dari setiap negeri

2. Anggota dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

3. Anggota dari Wilayah Persekutuan Labuan

4. Anggota ahli lain yang dilantik oleh Yang Di-Pertuan Agong

Tempoh perkhidmatan senator ialah tiga tahun, dan seorang yang tidak boleh memegang jawatan itu lebih

dari dua penggal ( secara berterusan atau cara lain ). Seorang senator mesti berumur 30 tahun ke atas.

Dewan Rakyat

Keanggotaan Dewan Rakyat pula adalah ditentukan oleh Perlembagaan Persekutuan Malaysia, Bahagian

4, Bab 4, Perkara 46.

Pilihanraya Di Malaysia.

Pilihanraya di Malaysia dijalankan oleh sebuah suruhanjaya yang dilantik khas. Suruhanjaya Pilihanraya

(SPR) dilantik oleh Yang Di-Pertuan Agong selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja. Suruhanjaya ini

terdiri daripada seorang Pengerusi, seorang Timbalan Pengerusi dan tiga orang ahli.

Page 46: 96480463 Nota Pengajian Malaysia 1 6

Suruhanjaya Pilihanraya pada dasarnya ditubuhkan untuk menjalankan pilihanraya yang bebas dan adil di

Malaysia (free and fair election). Perlembagaan Persekutuan Malaysia menggariskan tiga fungsi penting

SPR seperti berikut :

a. mempersempadankan bahagian-bahagian pilihanraya,

b. menjalankan pendaftaran pemilih, dan

c. menjalankan pilihanraya, samada pilihanraya umum atau pilihanraya kecil.

Seseorang pemilih (pengundi) yang berkelayakan boleh mengundi jika namanya telah didaftarkan dalam

Daftar Pemilih.

Parlimen dan sesebuah Dewan Undangan Negeri mempunyai tempoh selama lima tahun; dan dengan

demikian, melainkan jika ia dibubarkan dengan lebih awal, pilihanraya diadakan tiap-tiap lima tahun.

Tiap-tiap bahagian pilihanraya memilih seorang ahli (bagi ahli Parlimen dan Dewan Undangan Negeri),

dan tiap-tiap pengundi mempunyai satu undi dan dia mengundi secara undi rahsia.

Di Malaysia, sebelum proses pengundian dijalankan, kempen pilihanraya boleh diadakan. Akta

Pilihanraya Malaysia juga telah menetapkan mengenai petisyen pilihanraya, iaitu satu bentuk tindakan

undang-undang yang boleh diambil oleh seseorang calon, agen pilihanraya, atau pengundi dalam mana-

mana pilihanraya, jika mereka tidak berpuas hati dengan keputusan pilihanraya yang telah dijalankan.

Fungsi dan Kuasa Parlimen

Antara fungsi Parlimen ialah;

a. kuasa perundingan

b. mengenakan cukai-cukai baru, tambahan atau memansuhkan mana-mana cuka; dan

c. meluluskan belanjawan negara bagi satu-satu tahun tertentu.

Prosedur Perundangan

Bagaimana undang-undang di Parlimen dibuat?

Mula-mula suatu rang undang-undang (undang-undang dalam bentuk draf dikemukakan di Parlimen.

Rang undang-undang itu menjadi undang-undang apabila ia diluluskan oleh kedua-dua Dewan Parlimen

dan diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong. Antara kedua-dua Dewan Parlimen, Dewan Rakyat

lebih berkuasa daripada Dewan Negara.

Undang-undang yang dibuat oleh Parlimen dinamakan Akta dan undang-undang yang dibuat oleh Dewan

Undangan Negeri dinamakan Enakmen dan di Sarawak pula ia dipanggil Ordinan

Page 47: 96480463 Nota Pengajian Malaysia 1 6

Keistimewaan Parlimen.

Keabsahannya apa-apa perjalanan dalam mana-mana satu Dewan Parlimen atau dalam mana-mana

Jawatankuasa, tidak boleh dipersalahkan dalam mana-mana mahkamah. Tidak seorang pun boleh

didakwa bagi apa juga diucapkannya atau apa-apa undi yang diberi oleh ahli Parlimen apabila mengambil

bahagian dalam apa-apa perjalanan bagi mana-mana jawatankuasanya.

Satu lagi keistimewaan Parlimen ialah bahawa seseorang itu tidak boleh dibicarakan dalam mana-mana

mahkamah berkaitan dengan apa juga yang diterbitkan dengan atau di bawah kuasa mana-mana satu

Dewan Parlimen.

KESIMPULAN

Persekutuan Malaysia merupakan sebuah negara yang mengamalkan pemerintahan melalui amalan

demokrasi berparlimen. Sistem ini mendapat sokongan dan penglibatan pihak pemerintah dan rakyat

jelata. Sistem Parlimen dan pilihanraya di Malaysia akan terus kekal dan bertambah mantap pada masa

hadapan.

Page 48: 96480463 Nota Pengajian Malaysia 1 6

NAMA : FASIHAH BINTI AMIRUDDIN

NO. MATRIKS : 3122003291

PROGRAM : DIP. PENGURUSAN PENTADBIRAN

(FAKULTI PERNIAGAAN)