noradila abdullah (hikayat munsyi abdullah)

Upload: deylaa

Post on 06-Apr-2018

266 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/3/2019 Noradila Abdullah (Hikayat Munsyi Abdullah)

    1/3

    Nama : Noradila binti Abdullah Unit : PISMP BM (Semester 6)

    Soalan:

    Jelaskan penggunaan bahasa Melayu yang digunakan oleh Abdullah Kadir Munsyi

    sehingga menimbulkan rasa kurang senang di kalangan orang melayu tersebut dengan

    memberi contoh-contoh yang sesuai.

    Jika orang Melayu mahu menjadi bangsa yang besar, orang Melayu mesti

    mempelajari dan memelihara secermatnya bahasa Melayu, di samping menerima

    serta menambah pengetahuan baharu.

    Melalui kata-kata Munshi Abdullah bin Abdul Kadir ini yang dipetik dari bukunya

    yang bertajuk Kisah Pelayaran Abdullah yang mendedahkan kemiskinan orang Melayu

    menyebabkan pada ketika itu ramai yang marah kerana kelancangan Abdullah.

    Disebabkan itu, catatan sejarah jelas menunjukkan bahawa sejak kurun ke-18 orang

    Melayu sudah mula dikritik oleh bangsanya sendiri. Abdullah bin Abdul Kadir atau

    Abdullah Munsyi (1796-1854) adalah di antara pengkritik awal masyarakat Melayu.

    Bukunya Hikayat Abdullah (1840-an) mengandungi pandangan beliau mengenai

    beberapa adat, kepercayaan, budaya kerja dan pemikiran masyarakat Melayu yang

    difikirkannya kolot sebagai penyebab kepada kemunduran bangsa Melayu.Antara sikap

    dan pemikiran Abdullah Munsyi yang menjadi gagasan utama dalam karya-karyanya

    ialah:

    1. Sikap dan pemikirannya terhadap Bahasa Melayu.

    Munsyi Abdullah begitu berminat untuk mempelajari dan mendalami bahasa Melayu

    dan pemikirannya terhadap bahasa Melayu jelas apabila beliau menegaskan betapa

    pentingnya bahasa Melayu perlu dipelajari oleh orang Melayu. Kenyataan ini dapat

    dijelaskan berdasarkan pendiriannya terhadap bahasa Melayu seperti yang dtulis oleh

    beliau dalam karyanya Kisah Pelayaran Abdullah (1838) yang antara lainnya beliau

    menyatakan rasa kesalnya terhadap orang-orang Melayu yang tidak mengambil berat

    tentang bahasa Melayu.

  • 8/3/2019 Noradila Abdullah (Hikayat Munsyi Abdullah)

    2/3

    2. Sikap dan pemikirannya terhadap cara hidup orang Melayu.

    Munsyi Abdullah dalam karyanya khususnya Kisah Pelayaran Abdullah (1840) turut

    mencetuskan pandangannya terhadap cara hidup orang Melayu. Beliau beranggapan

    orang Melayu malas, lalai dan pengotor. Beliau juga berpandangan bahawa bahasa

    percakapan orang Melayu juga buruk, makanan orang Melayu disebut terdiri daripada

    bahan-bahan kotor. Namun, pandangan beliau yang dikatakan positif ialah memuji

    sikap rajin perempuan Kelantan yang rajin menjalankan perniagaan.

    3. Sikap dan pemikirannya terhadap orang Melayu yang mengabaikan bahasa

    Melayu.

    Munsyi Abdullah yang jelasnya bukan orang Melayu tulen menyebabkan tidak

    hairanlah dia dengan begitu berani mengkritik orang-orang Melayu. Sikap dan

    pemikirannya terhadap orang Melayu jelas apabila dia tidak bersetuju dengan

    pandangan dan sikap orang Melayu yang mengabaikan bahasa Melayu seperti yang

    dinyatakan dalam Hikayat Abdullah yang betapa bodohnya orang Melayu kerana tidak

    mahu mempelajari bahasa sendiri.

    4. Sikap dan Pemikirannya terhadap ilmu-ilmu lain.

    Kesedaran beliau terhadap betapa mundur dan ceteknya pemikiran bangsanya telah

    mempengaruhi sikap dan pemikirannya terhadap ilmu-ilmu lain yang dibawa masuk

    oleh orang-orang barat. Situasi itulah yang mendorong beliau untuk mempelajari ilmu-

    ilmu baharu yang dibawa masuk oleh orang-orang barat. Dalam Hikayat Abdullah

    dinyatakan beliau belajar ilmu bumi seperti bentuk bumi, gerhana dan ilmu kira-kira.

  • 8/3/2019 Noradila Abdullah (Hikayat Munsyi Abdullah)

    3/3

    5. Sikap dan pemikirannya terhadap kepercayaan orang Melayu

    Abdullah Munsyi tidak bersetuju dengan kepercayaan orang Melayu yang terlalu

    percaya kepada perkara yang tahyul. beliau beranggapan perkara itu karut dan

    sewajarnya tidak diikuti ini adalah kerana kepercayaan itu akan menjadi halangan untuk

    kemajuan bangsa Melayu . Ini dapat dilihat penentangannya terhadap adat menjual

    anak seperti yang dinyatakan dalam Hikayat Abdullah.

    6. Sikap dan pemikirannya terhadap golongan feudal / bangsawan / raja

    Melalui hikayatnya, Abdullah Munsyi jelas menunjukkan sikap benci dan

    menganggap budaya raja-raja Melayu sebagai kolot di mana beliau menganggap raja-

    raja Melayu zalim kerana kehendak mereka tidak boleh dihalang atau dilarang jika tidak

    buruk padahnya. Sikap dan pemikirannya yang bencikan golongan jelas melalui

    gambaran betapa hodoh dan bodohnya raja-raja Melayu dalam karyanya seperti

    Hikayat Abdullah Munsyi seperti gambaran tentang Sultan Hussin yang dikatakan

    gemuk dan kuat makan.