bahan untuk sulaltus salatin dan hikayat abdullah

93
FRIDAY, SEPTEMBER 17, 2010 UNSUR-UNSUR ISLAM DALAM SULALATUS SALATIN SEJARAH KEDATANGAN ISLAM DI PASAI DAN MELAKA Penceritaan mengenai kemasukan Islam ke Pasai dan Melaka telah dimetoskan Di Pasai, Merah Silu diislamkan oleh Fakir Muhammad. Pada malamnya bermimpi berpandangan dengan Rasulullah. Rasulullah meminta baginda menganga mulut. Diludahinya, pada keesokannya badannya berbau narawastu Baginda dapat membaca al-Quran tanpa diajar, kemudian menukar namanya kepada Sultan Malikul Salleh. Di Melaka, Raja Kecil Besar bermimpi berpandangan dengan keelokkan Rasulullah. Rasulullah meminta baginda mengucap dua kalimah syahadat dan meminta Raja Kecil Besar menukar namanya kepada Raja Muhammad. Keesokan harinya didapati badannya berbau narawastu dan kalam sudah dikhatankan. Baginda dapat membaca al-Quran.Mimpi baginda menjadi kenyataan dimana pada waktu asar kapal Syed Abdul Aziz turun ke pantai Melaka dan beliau bersembahyang di situ. Tujuan dimetoskan kedatangan Islam iniadalah bertujuan mengagungkan Islam. Ia memberi gambaran bahawa Islam benarbenar berkembang di Melaka, bermula di istana Melaka dan terus berkembang di kalangan rakyat jelata. Raja Melaka pertama beragama Islam ialah Sultan Muhammad Syah.Gelaran Sultan digunakan setelah Melaka memeluk Islam. 2. PENYEBUTAN DAN PENONJOLAN TOKOH-TOKOH ISLAM Tokoh Iskandar Zulkarnain adalah pahlawan Islam yang terkenal gagah berani dalam menaikkan martabat Islam di dunia. Tokoh ini dikaitkan dengan asal usul keturunan raja Melaka bertujuan untuk menunjukkan keagungan raja. Tokoh-tokoh lain yang disebut seperti tokoh pahlawan Islam yang terkenal Amir Hamzah Tokoh-tokoh pendakwah Islam,ulama-ulama Islam dari Asia Barat datang ke Melaka bertujuan mengembangkan agama Islam dan mengajar ilmu Islam berpusat di istana Melaka.Tokoh-tokoh tersebut seperti : Syed Abdul Aziz Maulana Abu Bakar Kadi Yusuf Maulana Sadar Jahan Tokoh-tokoh ini diberi penghormatan dan pengiktirafan tinggi di istana Melaka. Mereka sangat berpengaruh terutama dalam soal-soal berkaitan dengan hal-ehwal keagamaan. 3. ADAT ISTIADAT DAN PERUNDANGAN Unsur-unsur Islam terdapat dalam adat istiadat dan perundangan yang diamalkan kerajaan Melaka. Ia meliputi : Upacara akad nikah kahwin Perayaan-

Upload: denznishhkaizer

Post on 07-Apr-2016

72 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

BAHAN

TRANSCRIPT

Page 1: Bahan Untuk Sulaltus Salatin Dan Hikayat Abdullah

F R I D A Y , S E P T E M B E R 1 7 , 2 0 1 0

UNSUR-UNSUR ISLAM DALAM SULALATUS SALATIN SEJARAH KEDATANGAN ISLAM DI PASAI DAN MELAKAPenceritaan mengenai kemasukan Islam ke Pasai dan Melaka telah dimetoskan Di Pasai, Merah Silu diislamkan oleh Fakir Muhammad. Pada malamnya bermimpi berpandangan dengan Rasulullah. Rasulullah meminta baginda menganga mulut. Diludahinya, pada keesokannya badannya berbau narawastu Baginda dapat membaca al-Quran tanpa diajar, kemudian menukar namanya kepada Sultan Malikul Salleh.Di Melaka, Raja Kecil Besar bermimpi berpandangan dengan keelokkan Rasulullah. Rasulullah meminta baginda mengucap dua kalimah syahadat dan meminta Raja Kecil Besar menukar namanya kepada Raja Muhammad. Keesokan harinya didapati badannya berbau narawastu dan kalam sudah dikhatankan. Baginda dapat membaca al-Quran.Mimpi baginda menjadi kenyataan dimana pada waktu asar kapal Syed Abdul Aziz turun ke pantai Melaka dan beliau bersembahyang di situ.Tujuan dimetoskan kedatangan Islam iniadalah bertujuan mengagungkan Islam. Ia memberi gambaran bahawa Islam benarbenar berkembang di Melaka, bermula di istana Melaka dan terus berkembang di kalangan rakyat jelata. Raja Melaka pertama beragama Islam ialah Sultan Muhammad Syah.Gelaran Sultan digunakan setelah Melaka memeluk Islam.

2. PENYEBUTAN DAN PENONJOLAN TOKOH-TOKOH ISLAMTokoh Iskandar Zulkarnain adalah pahlawan Islam yang terkenal gagah berani dalam menaikkan martabat Islam di dunia. Tokoh ini dikaitkan dengan asal usul keturunan raja Melaka bertujuan untuk menunjukkan keagungan raja. Tokoh-tokoh lain yang disebut seperti tokoh pahlawan Islam yang terkenal Amir Hamzah Tokoh-tokoh pendakwah Islam,ulama-ulama Islam dari Asia Barat datang ke Melaka bertujuan mengembangkan agama Islam dan mengajar ilmu Islam berpusat di istana Melaka.Tokoh-tokoh tersebut seperti : Syed Abdul Aziz Maulana Abu Bakar Kadi Yusuf Maulana Sadar Jahan Tokoh-tokoh ini diberi penghormatan dan pengiktirafan tinggi di istana Melaka. Mereka sangat berpengaruh terutama dalam soal-soal berkaitan dengan hal-ehwal keagamaan.

3. ADAT ISTIADAT DAN PERUNDANGANUnsur-unsur Islam terdapat dalam adat istiadat dan perundangan yang diamalkan kerajaan Melaka. Ia meliputi : Upacara akad nikah kahwin Perayaan-perayaan hari kebesaran Islam seperti menyambut Hari Raya Aidil Fitri dan Hari Raya Korban Adat-adat seperti berkhatan.Amalan wasiat menjadi suatu amalan kepada raja-raja Melaka yang mangkat meninggalkan wasiat kepada pembesar negeri dan putera mahkota. Misalnya, wasiat kepada Raja

Page 2: Bahan Untuk Sulaltus Salatin Dan Hikayat Abdullah

Ahmad. Juga wasiat Sultan Alauddin Riayat Syah kepada Sultan Mahmud. Melalui wasiat ini ia terselit serta kaya dengan unsur-unsur pengajaran dan nasihat yang bersumberkan al-Quran dan hadis.

4. KARYA-KARYA KESUSASTERAAN ISLAMIstana Melaka meyimpan karya-karya sastera Islam seperti pahlawan Islam yang terkenal iaitu Hikayat Muhammad Hanafiah dan Hikayat Amir Hamzah Hikayat-hikayat ini dibaca oleh panglimapanglima Melaka untuk menaikkan semangat keperwiraan menentang musuh/Peringgi. Penceritaan diselit dengan puisi Arab iaitu syair. Penggunaan puisi atau bidlan Arab ini dalam menjelaskan sesuatu gambaran berkesan memberi nilai estetika pada teks tersebut.Contohnya menggambarkan keadaan Sultan Mahmud Syah ketika melihat kecantikan Tun Fatimah.

5. PENDIDIKAN DAN PERKEMBANGAN ILMU KEISLAMANIstana digambarkan sebagai pusat pengajian ilmu-ilmu Islam. Contohnya : Pasai sebagai pusat bermuzakarah mengenai ilmu fiqah menikut mazhab Shafie Istana merupakan pusat pengajaran Islam di mana sultan dan pembesar turut belajar dan menuntut ilmu. Ulama-ulama,guru-guru agama dan pendakwh berkumpl di istana. Contohnya Maulana Sadar Jahan dari Jeddah mengajar di Melaka. Maulana Yusof mengajar tasawuf.Kitab-kitab agama seperti Kitab Darul Mazlum dibawa ke Melaka oleh Maulana Abu Bakar dan diajar di istana Melaka. Sultan Mansur Syah turut belajar kitab itu. Utusan Melaka ke Pasai menyelesaikan masalahmasalah berkait ilmu Islam kerana di Pasai ramai ulama-ulamaberkumpulbermuzakarah tentang ilmu-ilmu keislaman.

6. TEKNIK PENULISAN SULALATUS SALATINMukadimmah dimulai dengan Bismillahirrahmanir-rahim. Dalam mukadimah juga disertakan ayat-ayat alQuran dan diikuti pula dengan terjemahan dalam Bahasa Melayu. Bagi menjelaskan sesuatu atau sebagai perbandingan,pengarang memasukkan syair dan bidalan Arab dengan disertakan terjemahannya sekali. Struktur penulisan menggunakan gaya khutbah. Ini jelas ketika memberi nasihat yang meleretleret dalam wasiat.Penggunaan kalimat-kalimat Arab-Parsi digunakan dalam ayat antaranya Syahbandar, alam, bahara, sahibul hikayat dan lain-lain

Page 3: Bahan Untuk Sulaltus Salatin Dan Hikayat Abdullah

HUBUNGAN DIPLOMATIK MELAKAHUBUNGAN MELAKA Dl PERINGKAT ANTARABANGSA

Melaka menjalinkan hubungan diplomatik kerajaan degan kerajaan dengan Siam, Majapahit, India, dan China .

Hubungan dengan Kerajaan Siam

Melaka menghantar utusan ke Siam yang terdiri daripada Tun Telanai dan Menteri Tun Jana Putera. Hubungan Melaka dengan Siam dikatakan sepi, “tidak berkelahi dan tidak berdamai."

Melaka ingin bersahabat dan berbaik-baik dengan Siam lalu menghantar utusan sebagai suatu tanda menghulur persahabatan. Antara isi surat raja Melaka kepada raja Siam ialah:

"Surat ini hendakpun tiada dilawani, takut mudarat ke atas nyawa; sungguh di dalam dilawani, terlalu takut akan Paduka Bubunya. Daripada sangat harap akan ampun dan kurnia, maka menyuruhkan Tun Telanai dan Menteri Jana Putera." (Sulalatus Salatin, hlm 108)

Di Siam, utusan dan rombongan Melaka diterima dengan baik. Raja Siam bertanya makna "Mansur Syah". Utusan Melaka memberitahu makna Mansur Syah "raja yang ditolong Allah daripada segala seterunya."

Dipertontonkan kehebatan orang Melaka melalui pertunjukkan lembing. Seorang Suir tua, berpenyakit untut di kaki, bermain lembing, dilambung-lambung, ditahan belakang tetapi tidak luka sebaliknya lembing terpelanting ke tanah.

Rombongan Melaka membantu Siam dengan menentang musuh Siam. Rombongan Melaka berjaya meyakinkan Siam supaya mereka hanya akan menentang musuh yang lebih lebih lemah dan terselamat daripada menghadapi musuh yang lebih kuat dari arah matahari naik. Dengan kebijaksanaan itu, mereka berjaya mengalahkan musuh-musuh Siam. Siam menaruh kepercayaan dan keyakinan pada Melaka sebagai negeri yang kuat dan negeri besar yang setaraf dengan kebesaran Siam. Melaka berjaya dalam usahanya berbaik- baik dengan Siam. Langkah ini dapat menjamin keutuhan Melaka serta meningkatkan kedudukan Melaka setanding dengan kebesaran Siam. Tumpuan dapat diberikan kepada usaha-usaha membangunkan Melaka. Soal keselamatan dapat diatasi.

Hubungan Melaka dengan Majapahit

Kisah hubungan Melaka dengan Majapahit berupa cerita berunsur anakronisme. Melaka telah menghantar rombongan ke Majapahit kerana Sultan Mansur Syah jatuh berahi kepada Puteri Majapahit, Raden Galuh Cendera Kirana yang terkenal cantik. Dengan itu rombongan itu berhasrat meminang puteri Majapahit itu.

Rombongan Melaka terdiri daripada Sultan Mansur Syah, Tun Bijaya Sura, Hang Tuah bersama Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir, Hang Lekiu, Hang Ali, Hang Iskandar, Hang Hassan dan Hang Hussin. Mereka menaiki 500 buah perahu besar, perahu-perahu kecil dan lancaran bertiang tiga dari Singapura.

Ketika di Majapahit, Tun Bijaya Sura dapat selamatkan 40 keris daripada dicuri orang Majapahit. Selain itu Tun Bijaya Sura telah menggertak anjing yang ditambat di hadapan raja Melaka hingga terputus tali tambatan lalulari ke hutan. Hang Jebat dan Hang Kasturi pula masuk ke taman larangan. Apabila mereka ditombaki oleh Jawa, mereka dapat mematahkan serangan. Ketika mengadap Betara Majapahit, Tun Bijaya Sura bermain sapu-sapu rengit. Kain disingsing ke lutut. Pemain berlenjur kaki di depan Betara yang bertujuan menghina Betara.

Page 4: Bahan Untuk Sulaltus Salatin Dan Hikayat Abdullah

Tun Bijaya Sura diminta berpakaian cara Jawa.Ketika itulah kerisnya dicuri orang. Walau bagaimanapun beliau dapat menyendal keris Betara Majapahit. Apabila Betara menunjukkan keris Tun Bijaya Sura, Tun Bijaya Sura juga menunjukkan keris Betara.

Setelah menguji kekuatan Melaka, Majapahit mengakui keutuhan Melaka. Kekuatan dan kebijaksanaan hulubalang Melaka melambangkan kebesaran raja Melaka. Majapahit mengakui kekuatan Melaka. Setuju menerima raja Melaka sebagai menantu. Sultan Mansur Syah berjaya berkahwin dengan Raden Galuh Cendera Kirana. Hubungan diplomatik antara Melaka dengan Majapahit lebih kukuh kerana diasaskan kepada hubungan kekeluargaan.

Hubungan Melaka dengan China

Rombongan pertama dari Melaka ke China diketuai oleh Tun Perpatih Putih. Rombongan ke China kali pertama ini bertujuan untuk membalas bingkisan dan surat yang dihantar oleh raja China. Raja China telah menghantar "surat" dan bingkis berupa jarum sarat sebuah pilau yang memberi maksud akan kebesaran China dan rakyatnya ramai. Melaka membalas dengan membawa pilau yang sarat diisi sagu rendang. 

Di China, Tun perpatih Putih memberitahu cara buat sagu. Setiap seorang rakyat Melaka menggentel sagu seorang sebiji. Jumlah sagu dlam pilau itu melambangkan jumlah rakyat Melaka. Tun Perpatih Putih memakai 10 bentuk cincin pada kesepuluh jari kiri dan kanan.

Sewaktu menghadap, pembesar-pembesar China menjeling pada jari beliau. Beliau akan memberi cincin itu pada pembesar China yang menjeling jarinya. Tun Perpatih Putih memberitahu makanan kegemaran orang Melaka islah sayur kangkung tidak dikerat-kerat. Ketika makan, rombongan Melaka terpaksa mendongak untuk menyuap kangkung yang tidak dikerat itu ke mulut. Muslihat ini bertujuan ingin lihat wajah Maharaja China dalam mongkor kaca. 

Sebagai menghargai raja Melaka, Raja China menghantar Puteri Hang Liu untuk berkahwin dengan raja Melaka. Raja China bersetuju menghantar puterinya disebabkan niatnya supaya raja Melaka mengirim surat sembah ke China. Tun Perpatih Putih beri alasan Raja Melaka tidak dapat datang kerana Melaka berada dalam permusuhan. Hubungan Melaka-China terjalin lebih erat bukan sahaja hubungan diplomatik antara dua negara, juga hubungan keluarga. Selepas itu beras makanan raja China dikupas sama seperti beras makanan Raja Melaka yang juga dikupas, dan orang China jugagemar makan kangkung.

Melaka seterusnya menghantar rombongan ke China untuk kali kedua untuk menghantar surat sembah kepada raja China setelah raja Melaka menjadi menantu. Utusan kali ini diketuai oleh Menteri Jana Putera dan Tun Telanai. Ketika belayar ke China, kapal angkatan Melaka terbias ke Brunei . Raja Brunei bertanya sama ada raja Melaka mengirim sembah ke China. Rombongan Melaka membuat alasan rakyat yang mengirim sembah bukan bukannya raja Melaka. Raja Brunei mengutuskan surat kepada Raja Melaka. Surat Raja Brunei akan di ke Melaka semasa rombongan itu kembali dari China.

Raja China yang menerima sembah daripada Raja Melaka mendapat penyakit kedal diseluruh badan. Seluruh tabib China tidak dapat mengatasi masalah itu. Seorang tabib mencadangkan supaya Raja China minum air basuh kaki raja Melaka untuk mengubati penyakit kedal itu. China menghantar utusan ke Melaka untuk mendapatkan air basuh kaki Sultan Mansur Syah. Air kaki Sultan mansur Syah itu diminum dan digunakan untuk membasuh badan raja China. Raja China kemudiannya sembuh lalu berikrar tidak akan menerima lagi sembah daripada raja Melaka.

Peristiwa ini memberi gambaran bahawa raja Melaka mempunyai daulat dan kebesaran yang mengatasi kebesaran raja China.

Hubungan Melaka dengan Benua Keling

Hubungan Melaka dengan benua Keling berlaku pada zaman pemerintahan Sultan Mahmud Syah. Kali

Page 5: Bahan Untuk Sulaltus Salatin Dan Hikayat Abdullah

ini Hang dilantik Nadim menjadi utusan. Beliau memiliki kepakaran tulis menulis dan melukis corak. Hang Nadim dihantar ke benua Keling atas urusan perniagaan serta membeli kain serasah sebanyak 40 helai. Setiap helai mempunyai 40 perkara.

Di Benua Keling Hang Nadim tidak berkenaan dengan corak kain yang dilukis oleh pelukis-pelukis Keling. Hang Nadim akhirnya melukis sendiri corak kain itu seperti yang dikehendaki oleh raja Melaka. Kemudian pelukis-pelukis Keling meniru corak yang ditunjukkan Hang Nadim. Untuk pulang ke Malaka, Hang Nadim menumpang kapal Hang Isap walaupun sebelum itu seorang sayid bersumpah bahawa kapal Hang Isap akan ditimpa bencana ketika pulang berikutan Hang Isap tidak menjelaskan hutangnya kepada sayid itu. Hang Isap mengaku telah melunaskan segala hutangnya tetapi Saiyid itu tetap bertegas bahawa Hang Isap masih berhutang. Di pertengahan pelayaran kapal Hang Isap telah karam. Kain-kain serasah yang dipesan hanya 4 helai sahaja dapat diselamatkan. Berikutan hal itu, Hang Nadim dimurkai raja Melaka.Posted by Cikgu Sastera 1 at 12:23 PMLabels: 6.0 Hubungan a/bangsa

5.0 KEMEGAHAN DAN KEHEBATAN MELAKADalam Sulalatus Sulalatus Salatin kebesaran raja yang memerintah digambarkan melalui perkaitan keturunan raja dengan legenda Iskandar Zul-karnain. Unsur mitos juga dimasukkan bagi mengesahkan dan mengukuhkan martabat raja-raja Malayu.

Pembukaan negeri Melaka turut dikaitkan dengan mitos dan peristiwa luar biasa. Umpamanya kegagahan pelanduk yang menentang anjing perburuan. Kehebatan Melaka juga tergambar melalui mitos kemasukan Islam. 

Kehebatan Melaka juga digambarkan melalui adat-istiadat raja-raja Melaka serta langan-larangan terhadap rakyat..

Turut digambarkan ialah keluasan empayar dan jajahan takluk yang luas meliputi Pahang, Terengganu, Siak dan Inderagiri di Sumatera.

Melaka diceritakan mempunyai hubungan diplomatik dengan negara-negara luar.Walau bagaimanapun kehebatan Melaka sering ditonjolkan mengatasi negara-negara berkenaan dari pelbagai sudut. Sulalatus Salatin memperkecilkan dan memandang rendah martabat raja negeri-negeri lain. Diceritakan kisah Raja Pasai, Sultan Malikus-Salleh tertipu mengahwini anak gundik Raja Perlak aitu Puteri Ganggang. Raja Pasai pernah ditangkap Awi Dicu dan dibawa ke Siam untuk dijadikan gembala ayam.

Ratu Majapahit pula disindir kerana tiada putera pewaris takhta. Diceritakan Puteri Majapahit iaitu Raden Galoh Awi Kesuma berkahwin dengan anak angkat penyadap iaitu budak yang ditemui hanyut. Penyadap dilantik pula sebagai Bentara Majapahit.

Tidak ketinggalan, raja China turut diperkecil-kecilkan kedudukannya. Sulalatus Salatin menunjukkan kebijaksanaan utusan Melaka mengatasi pembesar-pembesar China, umpamanya Tun Perpatih Putih berjaya melihat wajah Maharaja China melalui tipu muslihat. Beliau memberitahu makanan kegemaran orang Melaka ialah sayur kangkung dimasak tanpa dipotong . Ketika waktu makan terpaksa mendongak kepala untuk disuapkan ke mulut. Ketika mendongak, dapatlah melihat wajah raja China, sedangkan rakyat China sendiri tidak pernah dapat melihat wajah raja mereka.

Sulalatus Salatin mencertitakan kisah raja China mendapat penyakit kedal kerana menerima kiriman sembah daripada Sultan Melaka. Untuk mengubati penyakit kedal itu, raja China terpaksa minurn air basuh kaki raja Melaka.

Kehebatan dan kebesaran Melaka turut digambarkan melalui kewibawaan pembesar-pembesar negeri seperti Bendahara, Temenggung dan Laksamana. Sulalatus Salatin menggambarkan tentang ketokohan dan kebijaksanaan Bendahara Paduka RajaTun Perak dan Bendahara Seri Maharaja. Mereka memiliki sifat kesetiaan tidak berbelah bagi kepada Raja Melaka.

Page 6: Bahan Untuk Sulaltus Salatin Dan Hikayat Abdullah

Tun Perak tidak pun menuntut bela ke atas Raja Muhammad Shah yang telah membunuh anaknya Tun Besar kerana tidak mahu menderhaka. Tun Mutahir pula , kerana tidak mahu menderhaka, menerima sahaja hukuman bunuh yang dikenakan kepadanya dan ahli keluarganya oleh Sultan mahmud Syah, walaupun beliau tidak bersalah.

Pembesar Melaka digambarkan memiliki sifat keperwiraan dan semangat juang yang tinggi dalam mempertahankan kedaulatan Melaka. Mereka juga memliki sifat pintar dan bijaksana dalammelaksanakan tugas dan tanggungjawab seperti yang tergambar pada utusan Melaka ke luar negeri. Misalnya Menteri Jana Putera dan TunTelanai. Keagungan dan kebesaran Melaka ditegakkan hasil sokongan padu serta kewibawaan para pembesar-pembesar.

Sulalatus Salatin tidak ketinggalan mengemukakan kisah keberanian panglima dan hulubalang Melaka seperti Laksamana Hang Tuah, Seri Bija Diraja dan Tun Bijaya Sura. Hulubalang Melaka begitu gagah perkasa, berani dan taat setia yang tidak berbelah bagi kepada raja Melaka.

Tun Perak sendiri mengetuai angkatan perang angkatan Melaka menghadapi ancaman Siam. beliau menggunakan kebijaksanaannya hingga berjaya mengusir angkatan Siam dengan menggunakan tipu helah. Tun Perak turut mengetuai angkatan Melaka menyerang Pahang.

Tidak ketinggalan digambarkan juga kehebatan pahlawan-pahlawan lain seperti Seri Bija Pikrama, Tun Bijaya Sura dan Seri Bija Diraja berjaya menakluki Pahang dan menangkap Maharaja Dewa Sura.Posted by Cikgu Sastera 1 at 10:00 AMLabels: 5 Kehebatan Melaka

Monday, February 7, 2011

4.1 MELAKA MENERIMA AGAMA ISLAMMelaka menerima Islam pada zaman pemerintahan Raja Kecil Besar. Nama Islamnya Sultan Muhammad Syah. Sulalatus Salatin menunjukkan raja Melaka memeluk Islam berbeza dengan rakyat jelata. Pengislman Raja Melaka dikaitkan dengan mitos. Raja Kecil Besar digambarkan menerima Islam secara langsung dari Rasulullah s.a.w melalui mimpi.

Diceritakan pada suatu malam Raja Kecil Besar bermimpi. Dalam mimpi baginda telah berpandangan dengan keelokan Rasulullah s.a.w.. Rasulullah s.a.w mengajar baginda mengucap dua kalimah syahadat.

Rasulullah s.a.w menitahkan baginda menukar nama kepada Sultan Muhammad Syah. Rasulullah s.a.w memberitahu bahawa keesokan hari pada waktu Asar akan sampai sebuah kapal dari Jeddah dan orang-orang dari kapal itu akan bersembahyang di pantai Melaka. Rasulullah menitahkan baginda menurut kata-kata orang dari kapal itu. Raja Kecil Besar berjanji akan menurut segala kata-kata dan perintah Rasulullah. Kemudian Rasulullah pun ghaib dan baginda terjaga dari mimpi.

Keesokan harinya pada hari siang, baginda mendapati badan baginda berbau narawastu. "Kalam" baginda seperti sudah dikhatankan. Mulut baginda menyebut kalimah syahadat tiada berhenti-henti.

Kelakuan dan tingkah laku Raja Kecil Besar dianggap aneh. Raja Perempuan bimbang melihat perlakuan raja dan memberitahu Bendahara. Ketika Bendahara sampai, baginda masih menyebut "la ilaha i'l Allah, Muhammad-ar-rasulullah." (Sulalatus Salatin, hal 73).

Sultan menceritakan kepada Bendahara tentang mimpinya. Bagi membuktikan bahawa kata-kata baginda adalah benar, ditunjukkan alamat iaitu kalam baginda seperti dikhatankan orang. Baginda juga menyampaikan sabda Rasulullah akan kedatangan sebuah kapal dari Jeddah pada waktu Asar nanti.

Segala cerita mimpi raja itu didapati benar-benar berlaku. Pada waktu Asar, sebuah kapal dari Jeddah berlabuh di Melaka. Makhdum kapal itu bernama Syed Abdul Aziz. Mereka turun bersembahyang di

Page 7: Bahan Untuk Sulaltus Salatin Dan Hikayat Abdullah

pantai Melaka. Orang-orang Melaka hairan melihat kelakuan orang bersembahyang, "Mengapa orang itu tunggang-tunggik?" ( Sulalatus Salatin, hal 73)

Raja Kecil Besar berserta pembesar negeri datang ke pelabuhan menjemput Makhdum dan rombongan ke istana. Raja dan pembesar diislamkan. Mereka diajar bersembahyang oleh Makhdum.Posted by Cikgu Sastera 1 at 3:11 PMLabels: 4.1 Gambaran Islam

4 UNSUR-UNSUR ISLAM DALAM SULALATUS SALATINPenceritaan mengenai kemasukan Islam ke Pasai dan Melaka telah dimitoskan dengan tujuan untuk mengagungkan Islam dan menunjukkan keistimewaan raja itu sendiri. Penceritaannya memberi gambaran bahawa Islam benar-benar berkembang di Melaka, bermula dari istana Melaka dan terus berkembang di kalangan rakyat jelata. Raja Melaka pertama beragama Islam ialah Raja Kecil Besar atau Sultan Muhammad Syah. Gelaran Sultan diguna pakai setelah Raja Melaka memeluk Islam.

Unsur Islam juga dapat dilihat daripada penyebutan dan penonjolkan tokoh-tokoh dan lama-ulama Islam.

Antaranya Iskandar Zul-Karnian, yang merupakan tokoh pahlawan Islam yang terkenal gagah dan berani dalam menaikkan martabat Islam di dunia. Tokoh ini dikaitkan dengan asal usul keturunan raja Melaka yang bertujuan untuk menunjukkan keagungan raja-raja Melaka.

Tokoh-tokoh lain yang disebut seperti tokoh pahlawan Islam yang terkenal Amir Hamzah, tokoh-tokoh nabi seperti Nabi Ibrahim dan Nabi Khidir. Sulalatus Salatin menceritakan pernikahan Raja Iskandar Zul-Karnain dengan Puteri Syahrul-Bariyah disempurnakan oleh Nabi Khidir. Mas kahwinnya sebanyak 300 ribu dinar emas (Cetera 1).

Tokoh-tokoh pendakwah Islam, iaitu ulama-ulama Islam dari Asia Barat (TimurTengah) datang ke Melaka bertujuan mengembangkan agama Islam dan mengajar ilmu Islam berpusat di istana Melaka. Tokoh-tokoh tersebut seperti Syed Abdul Aziz, Maulana Abu Bakar, Kadi Yusuf, dan Maulana Sadar Jahan.Tokoh-tokoh ini diberi penghormatan dan pengiktirafan tinggi di istana Melaka. Mereka sangat berpengaruh terutama dalam soal-soal berkaitan dengan hal-ehwal keagamaan.

Unsur Islam dalam Sulalatus Salatin juga terlihat dalam perjalanan adat-lstiadat dan perundangan yang diamalkan kerajaan Melaka. la meliputi hal-hal seperti upacara akad nikah kahwin, dan perayaan-perayaan hari kebesaran Islam seperti menyambut Hari Raya Aidil Fitri dan Hari Raja Korban. Selain gambaran Islam juga dapat dilihat melalui adat berkhatan.

Menjadi suatu amalan kepada raja-raja Melaka yang mangkat meninggalkan wasiat kepada pembesar negeri dan putera mahkota. Misalnya wasiat kepada Raja Ahmad (timang-timangan Raja Hussain) (Sulalatus Salatin, hlm. 171-172) dan wasia`t Sultan Alau'd-Din Riayat Syah kepada Sultan Mahmud (Raja Mamad) (Sulalatus Salatin, hlm.186-187). Melalui wasiat, banyak didapati unsur pengajaran dan nasihat yang bersumberkan al-Quran dan hadis.

Unsur Islalm dalam Sulalatus Salatin juga ketara melalui penyebutan tentang kewujudan karya-karya Kesusasteraan Islam di Melaka contohnya Hikayat Muhammad Hanafiah dan Hikyat Amir Hamzah. Hikayat-hikayat ini dibaca oleh panglima-panglima Melaka untuk menaikkan semangat keperwiraan menentang musuh seperti Peringgi. (Sulalatus Salatin, hlm. 268-269)

Penceritaan dalam Sulalatus Salatin diselitkan dengan puisi Arab iaitu syair. Pengggunaan puisi atau bidalan Arab ini dalam menjelaskan sesuatu gambaran berkesan memberi nilai estetika pada teks tersebut. Lebih jelas menunjukkan keupayaan orang-orang Melaka menguasai seni sastera ini dalam penulisan karya agung itu. Perkara ini jelas dipaparkan dalam peristiwa Sultan Mahmud yang melihat kecantikan Tun Fatimah. Sulalatus Salatin menceritakan hal tersebut melalui syair Arab;

Page 8: Bahan Untuk Sulaltus Salatin Dan Hikayat Abdullah

                   Ma yarji'u al-taffu 'ainnahu 'inda ru'yatihi, Hatta yu' ada i-laiya al-taffa musytaqu,

yakni tiada akan berkelip kelopak mata tatkala melihat dia, hingga berkelip kepadanya kelopak mata, makin bertambah dendam juga, adanya. (Sulalatus Salatin, hlm 251 )

Sulalatus Salatin juga menyentuh tentang corak pendidikan dan perkembangan ilmu keislaman. Istana igambarkan sebagai pusat pengajian ilmu-ilmu Islam. Pasai dikatakan menjadi sebagai pusat bermuzakarah mengenai ilmu fiqah mengikut mazhab Shafie. Istana dijadikan pusat pengajaran Islam dengan sultan dan pembesar turut belajar dan menuntut ilmu.

Ulama-ulama, guru-guru agama dan pendakwah berkumpul di istana. Contohnya, Maulana Sadar Jahan dari Jeddah mengajar di Melaka. Maulana Yusuf mengajar tasawuf. Sultan Mahmud turut belajar ilmu agama.

Kitab-kitab agama seperti Kitab Duri'l-Mazlum dibawa ke Melaka oleh Maulana Abu Bakar dan diajar di istana Melaka. Sultan Mansur Syah turut belajar kitab ini. Diceritakan juga tentang utusan dari Melaka ke Pasai untuk menyelesaikan masalah-masalah berkait ilmu Islam kerana di Pasai ramai ulama-ulama berkumpul bermuzakarah tentang ilmu-ilmu keislaman.

Unsur Islam dalam Sulalatus Salatin juga tergambar melalui teknik penulisannya. Mukadimah Sulalatus Salatin dimulai dengan Bismillahir-rahmanir-rahim...

Dalam mukadimah disertakan ayat-ayat al-Quran dan diikuti pula dengan terjemahan dalam bahasa Melayu. Struktur penulisan seperti ini adalah teknik yang biasa dalam karya-karya Arab-Parsi. Pada tiap-tiap akhir cetera, pengarang menutupnya dengan ayat "Wa'llahu a'lamu bi's-sawab, wa illaihi 'Imarji'u wa 'l-ma'ab." .Hanya pada akhir cetera ke XV sahaja diakhiri dengan ayat " Wa'llahu a'lam."

Terdapat juga struktur penulisan menggunakan gaya khutbah. Ini jelas ketika memberi nasihat yang meleret-leret dalam wasiat. Selain itu kalimat-kalimat Arab-Parsi digunakan dalam ayat antaranya Syahbandar, alam, bahari, sahibul hikayat dan Iain-Iain.

Posted by Cikgu Sastera 1 at 3:09 PMLabels: 4 Unsur Islam

Tuesday, January 25, 2011

3.1 Pembesar MelakaPembesar Melaka

Bendahara

Bendahara merupakan pembesar negeri yang paling kanan yang menjadi ketua penasihat kepada sultan. Bendahara bertindak sebagai pemangku sultan sekiranya sultan masih kecil. Misalnya Bendahara Paduka Raja Tun Perak menjalankan pemerintahan sewaktu Sultan Mahmud Syah kecil.

Bendahara kerkuasa menyelesaikan masalah tertentu tanpa merujuk kepada sultan. Misalnya Bendahara Seri Maharaja menyelesaikan perselisihan antara Raja Mendaliar dengan Nina Sura Dewana.

Bendahara juga berkuasa memberi arahan tanpa perintah raja. Selain itu bendahara bertindak sebagai pemimpin tentera dalam peperangan.

Bendahara berkuasa dan berpengaruh dalam melantik dan memilih pengganti sultan. Bendahara Paduka Raja Tun Perak enggan menyembah Raja Muhammad (Raja Muda) setelah tragedi pembunuhan Tun Besar menyebabkan Sultan Mansur Syah terpaksa "mengalah" dan menyingkirkan Raja Muhammad dari takhta Melaka dan dirajakan di Pahang.

Page 9: Bahan Untuk Sulaltus Salatin Dan Hikayat Abdullah

Kedudukan Bendahara hampir setaraf dengan raja. Kebesarannya jelas dilihat sewaktu raja mengadakan majlis-majlis jamuan istana. Hanya Bendahara yang layak makan sehidangan dengan anak raja.

Penghulu Bendahari

Penghulu Bendahari bertanggungjawab sebagai Bendahari Raja. Bidang tugasnya memungut hasil negeri terrnasuk yang dipungut oleh syahbandar.

Penghulu Bendahari juga menyimpan daftar bilangan hamba selain mengurus kelengkapan dalam istana, misalnya menyuruh penghulu balai menghiasi balai, membentang tikar, menggantung tabir dan langit-iangit.

Selain itu Penghulu Bendahari memegang usungan di sebelah kanan apabila raja berangkat secara berusungan pada hari raya.

Gelaran untuk Penghulu Bendahari ialah Seri Nara Diraja.

Temenggung

Temenggung bertanggungjawab atas pelaksanaan undang- undang dan peraturan negeri terutama mengenai keselamatan. Temenggung menangkap orang bersalah dan menjalankan hukuman.

Temenggung melaksanakan kawalan dalam negeri. Perkara ini dilihat jelas pada waktu Melaka diancam oleh pencuri-pencuri sewaktu pemerintahan Sultan Alau'd-Din Riayat Syah.

Temenggung bertanggungjawab dalam hal-hal yang melibatkan protokol seperti dalam majlis mengatur tempat duduk pembesar-pembesar negeri mengikut status masing--masing. Temenggung turut mengepalai gajah ketika raja berangkat menaiki gajah.

Syahbandar

Syahbandar dianggap sebagai raja segala dagang. Syahbandar bertanggungjawab atas segala urusan di Kuala seperti nemeriksa perahu yang masuk dan keluar. Selain itu tugas Syahbandar

menyelia pedagang-pedagang yang menurunkan barang-oarang dari kapal dan memungut cukai daripada pedagang- pedagang. 

Laksamana

Laksamana dilantik daripada keturunan hulubalang. Laksamana bertanggungjawab menjaga negeri daripada ancaman baik di laut mahupun di darat. Contohnya, Hang Tuah menghalang Semerluki dari Makasar yang datang merosakkan tanah jajahan Melaka. 

Laksamana juga memikul pedang kerajaan dalam istiadat rasmi. Sulalatus Salatin menceritakan bagaimana Hang Tuah diberi pengiktirafan yang begitu tinggi setelah berjasa kepada raja dengan membunuh Hang Jebat yang menderhaka.

Selain itu Laksamana akan memikul pedang kerajaan di bahagian belakang gajah ketika raja bergajah. Laksamana turut hadir bersama Temenggung ketika Bendahara membicarakan orang. 

Laksamana juga bertugas menjaga keselamatan dan maruah Bendahara sekiranya ada yang menghina

Page 10: Bahan Untuk Sulaltus Salatin Dan Hikayat Abdullah

atau berlaku biadap terhadap Bendahara. Misalnya Laksamana Khoja Hassan tidak teragak-agak membunuh Tun Perpatih Hitam yang berkelakuan kurang sopan iaitu menguis tikar dengan kaki di hadapan Bendahara Seri Maharaja. Laksamana juga bertugas sebagai pengawal istana.Posted by Cikgu Sastera 1 at 3:20 PMLabels: 3.1 Pembesar

3 ASPEK KETATANEGARAANASPEK KETATANEGARAAN

Takrif ketatanegaraan

Ketatanegaraan berasal dan perkataan tatanegara yang bermaksud, "aturan dan susunan negara." (Zainul Abidin Safuwan, Kamus Bahasa Melayu Utusan, Utusan Pub. Dist. hlm 1383)

Manakala Kamus Dewan memberi makna tatanegara itu sebagai "susunan dan bentuk pemerintahan negara dan ketatanegaraan pula bermakna, hal yang berkaitan dengan tatanegara seperti politik dan lain-Iain lagi. "( Kamus Dewan, DBP, hlm 1383)

KONSEP RAJA

Raja merupakan orang dan institusi terpenting dalam sebuah pemerintahan. Raja orang yang sangat, mulia dan mempunyai berbagai-bagai kelebihan. Pengarang Sulalatus Salatin meletakkan raja setaraf dengan nabi dan sebagai pengganti Allah di muka bumi (wasiat Bendahara Paduka Raja Tun Perak)

Raja berkuasa mutlak dan menjadi penghubung antara rakyat dengan roh nenek moyang.

Konsep raja berkait rapat dengan keagamaan. Ini bertujuan memperkuatkan kepercayaan rakyat terhadap kebesaran dan kemuliaan raja. Sulalatus Salatin mengaitkan keturunan raja dengan Iskandar Zulkarnain , keturunan raja yang agung dalam sejarah dunia.

Raja mempunyai sifat mulia dan luar biasa yang dikaitkan dengan cerita mitos, misalnya keturunan Raja Suran di Bukit Si Guntang.Raja memiliki "daulat". Kebolehan luar biasa dikaitkan dengan daulat, contoh daulat raja-raja Melayu dalam Sulalatus Salatin, misalnya;Seri Teri Buana boleh menawarkan air masin.

Raja China pula mendapat penyakit kedal setelah menerima surat sembah raja Sultan Mansur Syah Melaka. Penyakit itu hanya boleh diubati dengan cara Raja China mesti minum air basuh kaki raja Melaka.

Sang Rajuna Tapa yang belot kepada Raja Singapura mendapat tulah iaitu suami isteri menjadi batu.

KONSEP DAULAT DAN DERHAKA

Konsep ini berkait rapat dengan unsur keagamaan dan kepercayaan rakyat meyakini sesiapa derhaka kepada raja akan mendapat balasan di akhirat.

Kewujudan konsep 'daulat dan derhaka' terhasil daripada waadat antara Demang Lebar Daun dengan Seri Teri Buana. Peristiwa waadat ialah manifestasi pengakuan rakyat akan kedaulatan raja dan rakyat tidak boleh derhaka kepada raja walau dalam apa keadaan sekalipun. Contohnya  Bendahara Paduka Raja Tun Perak tidak membenarkan anak buahnya bertindak balas ke atas Raja Muhammad walaupun anaknya (Tun Besar) dibunuh. Bendahara Seri Maharaja pula tidak menentang hukuman bunuh yang dititahkan Sultan Mahmud Syah walaupun beliau tidak bersalah. Bendahara lebih rela dibunuh daripada menderhaka kepada rajanya.

Page 11: Bahan Untuk Sulaltus Salatin Dan Hikayat Abdullah

Kedudukan raja diperkukuhkan lagi dengan alat- alat kebesaran dan peraturan-peraturan, larangan-larangan yang dikenakan dalam hubungan raja-rakyat.

KONSEP KERAJAAN

Konsep kerajaan dalam konteks Melayu merujuk kepada "satu organisasi besar yang dipimpin oleh, raja dan pembesar-pembesar dalam menjalankan pemerintahan ke atas golongan rakyat bagi sesebuah negeri dan jajahan takluknya." (Harun Daud, hlm. 95)

Kewujudan kerajaan disahkan lagi dengan adanya alat kebesaran kerajaan sebagai bukti kuasa raja yang memerintah.Ketiga-tiga putera Raja Suran yang turun di Bukit Si Guntang Mahamiru turut membawa bersama alat kebesaran kerajaan seperti mahkota, pedang, curik dan lembing serta cap kempa.Setiap kerajaan Melayu memiliki alat-alat kebesaran diraja yang tersendiri.

KONSEP NEGERI

Konsep negeri bagi Melaka ialah "bukan sahaja terdiri dari Melaka. malah semua negeri atau jajahan takluknya." (Harun Daud. hlm 97)

Hubungan antara raja dan rakyat terjamin melalui undang-undang dan larangan. Fungsi undang- undang dan larangan untuk keamanan dan mengekalkan taat setia rakyat kepada pemerintah.Raja memerlukan negeri untuk membentuk kerajaan. Tempat-tempat yang dibuka dijadikan negeri biasanya tempat yang strategik dan mempunyai keistimewaan yang tertentu. Pembukaan sesebuah negeri dikaitkan dengan unsur mitos untuk menunjukkan bahawa tempat yang dibuka itu membawa "tuah" atau kelebihan yang tersendiri.

SISTEM PEMERINTAHAN

Masyarakat Melayu tradisional khasnya Melaka mengamalkan sistem pemerintahan beraja secara mutlak. Yang dimaksudkan secara mutlak ini ialah raja berkuasa sepenuhnya. Raja menduduki strata paling tinggi dan mempunyai kuasa autoriti, kuasa penuh ke atas rakyat dan berkuasa penuh dalam urusan kerajaan.

Raja merupakan golongan yang merintah dan rakyat merupakan golongan yang diperintah. Persetujuan ini hasil dari waadat antara Seri Teri Buana dengan Demang Lebar Daun.

Kedudukan raja tidak boleh diganggu gugat. Raja boleh berbuat apa sahaja dan tidak boleh dibantah, misalnya dalam menjatuhkan hukuman mati.

Pengganti raja ditentukan oleh raja pemerintah. Bianya mengikut keturunan sebelah ayah. Selain itu raja ditentukan pelantikannya melalui wasiat, misalnya perlantikan Sultan Mahmud Syah sebagai ganti memerintah dari wasiat ayahandanya Sultan Alau'd-Din Riayat Syah.

Pemerintahan negeri dibantu oleh pembesar- pembesar negeri melaksanakan perintah raja.Hubungan raja dan pembesar sangat erat dan kadang-kadang wujud pertalian darah misalnya puteri Bendahara dikahwini oleh sultan. Pembesar memainkan peranan utama dalam kerajaan Melayu Melaka seperti Bendahara, Temenggung, Penghulu Bendahari dan Syahbandar. Pembesar negeri dilantik oleh raja. Tugas dan kedudukan pembesar mengikut bidang tugas masing-masing;

KECEMERLANGAN DAN KEMALAPAN KUASA POLITIK

Kuasa politik Melaka melalui empat tahap perkembangan. Tahap pertama meliputi tahap pembukaan Melaka semasa pemerintahan Raja Iskandar Syah, Raja Besar Muda dan Raja Tengah .

Page 12: Bahan Untuk Sulaltus Salatin Dan Hikayat Abdullah

Pada tahap kedua ianya meliputi maman pengukuhan kerajaan Melaka yang berlangsung pada zaman pemerintahan Sultan Muhammad Syah dan Sultan Abu Syahid. Manakala  tahap ketiga iaitu zaman kegemilangan Melaka yang berlangsung pada zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Syah, Sultan Mansur Syah dan Sultan Alau'd-Din Riayat Syah.

Tahap empat merupakan zaman kejatuhan Melaka yang berlaku pada zaman pemerintahan Sultan Mahmud Syah.

Pembukaan Melaka

Sulalatus Salatin menceritakan Melaka dibuka oleh Raja Iskandar Syah yang lari dari Singapura. Pembukaan Melaka dikaitkan dengan mitos Raja Iskandar Syah melihat kejadian aneh iaitu seekor pelanduk putih menendang anjing perburuan jatuh ke sungai. Ketika kejadian Raja Iskandar Syah menyandar di bawah sepohon pokok bernama Melaka. Melaka mula bertapak sebagai kuasa politik yang kuat dan disegani yang dilihat pada kejayaan Melaka mengatasi ancaman daripada Siam.

Tahap Kegemilangan

Puncak kegemilangandan kejayaan Melaka dicapai pada zaman pemerintahan Sultan Mansur Syah dan Sultan Alau'd-Din Riayat Syah. Melaka berperanan sebagai empayar Melayu yang kuat dan besar. Melaka muncul sebagai pusat perdagangan, pusat persinggahan timur dan barat dan pusat pengembangan Islam dan hasil-hasil kesusasteraan Melayu dan Islam di kepulauan Melayu.

Kegemilangan Melaka dikaitkan dengan kewibawaan pembesar-pembesar negeri yang berjaya mentadbir Melaka dengan penuh kebijaksanaan. Ketika ini Melaka melaksanakan dasar perluasan tanah jajahan dan berjaya menakluki Pahang. Keturunan raja Melaka memerintah Pahang misalnya Raja Muhammad. Melaka juga menakluki Inderagiri, Jambi, Siantan, Kampar dan Siak, Haru, Manjong dan Beruas, Kelantan dan Terengganu.

Tahap Kejatuhan 

Kerajaan Melayu Melaka mulai mengalami zaman kejatuhan pada masa pemerintahan Sultan Mahmud Syah. Faktor kejatuhan Melaka berkait rapat dengan corak pemerintahan baginda yang lemah.Sultan Mahmud mementingkan hawa nafsu lebih daripada kepentingan negara dan rakyat. Sultan Mahmud Syah dianggap gila perempuan.

Sultan Mahmud juga bersifat kejam dan gemar menjatuhkan hukuman bunuh tanpa usul periksa. Baginda telah membunuh Tun Ali Sandang kerana menghalang hajatnya pada Tun Dewi dan membunuh Bendahara Seri Maharaja kerana Bendahara tidak menunjukkan Tun Fatimah kepada baginda.

Pada zaman pemerintahan Sultan Mahmud, amalan rasuah berluasa di kalangan pembesar negeri. Misalnya pengikut- pengikut Tun Hassan Temenggung terima rasuah daripada pekedai-pekedai. Saudagar-saudagar memberi persembahan harta benda kepada pembesar untuk tujuan- tujuan tertentu. Selain itu amalan fitnah memfitnah, hasad dengki dan dendam berluasa. Semuanya berpunca kerana meletakkan kepentingan diri mengatasi kepentingan kerajaan dan negeri. 

Akhirnya kejatuhan Melaka dimuktamadkan dengan serangan dan penaklukan oleh Portugis  yang dipimpin oleh Alfonso de Albuquuerque.Posted by Cikgu Sastera 1 at 3:16 PMLabels: 3 Ketatanegaraan

2 SIFAT SASTERA SEJARAH DALAM SULALATUS SALATIN1. Tujuan Penulisan:

Page 13: Bahan Untuk Sulaltus Salatin Dan Hikayat Abdullah

Untuk kegunaan kelompok istana seperti raja dan bangsawan. Merakamkan kebesaran negara kota Melaka  Menggambarkan ketinggian martabat kerajaan Melaka Mengagungkan kegemilangan pemerintahan kerajaan Melaka

2. Corak Penceritaan: Mengandungi dua corak peristiwa iaitu peristiwa sebenar/fakta sejarah, dan peristiwa fantasi, dongeng, mitos/bukan fakta sejarah. Kisah bercampur aduk antara fakta sejarah dan bukan sejarah. Sifat sastera dilihat dari segi penggunaan bahasa dan teknik penulisan yang memasukkan unsur puisi seperti syair dan pantun. Selain itu sifat sastera dapat dilihat dengan adanya penggunaan dialog-dialog.

3. Kisah Negara Kota Melaka

Menitikberatkan peristiwa-peristiwa yang mengagungkan keturunan raja dengan mengaitkan dengan unsur ajaib. Keturunan raja dikaitkan berasal dari keturunan raja agung dan hebat iaitu keturunan Iskandar Zulkarnain, Raja dari Mukaduniah yang terkenal hebat, berani dan mempunyai sifat kepahlawanan. Gambaran pemerintahan penuh kebaikan seperti adil, gagah, perkasa, berani dan berdaulat.  Contohnya kemakmuran Melaka dikaitkan dengan peribadi baik sultan pemerintah seperti Sultan Mansur Syah dan Sultan Alau'dDin Riayat Syah.Menonjolkan kebesaran raja Melaka melalui gambaran adat-istiadat dan larangan- larangan seperti mementingkan protokol dan adat-istiadat seperti adat mengadap raja, adat mengarak sejadah, adat pertabalan dan sebagainya. larangan memakai kain berwarna kuning, larangan memakai emas, keris tertentu dan sebagainya.  Larangan bertujuan bertujuan mengekalkan status quo, kehebatan dan keistimewaan raja.

Membanggakan  kejayaan Melaka mengatasi negara lain seperti dalam hubungan Melaka dengan China,  Melaka- Pasai dan lain-Iain .

4. Dari Segi Pertarikhan: Sulalatus Salatin tidak mementingkan catatan tarikh berlaku peristiwa-peristiwa terutama peristiwa sejarah sebenar.Pertabalan raja, kelahiran, kemangkatan, hubungan diplomatik tidak disertai tarikh. Jika ada tarikh pun, tidak bertepatan dengan kenyataan sejarah sebenar. Peristiwa sejarah diceritakan seperti laporan.  Pengisahan berpusat kepada satu keturunan dan tumpuan diberikan kepada keturunan raja Melaka. Sultan Muhammad Syah diwariskan kepada keturunannya dari sebelah 'ayah' iaitu Sultan Muzaffar Syah,Sultan Mansur Syah, Sultan Alau'd-Din Riayat Syah, dan Sultan Mahmud Syah.5. Gaya Penceritaan: Mementingkan gambaran kebesaran dan kemasyhuran raja memerintah. Menyanjung kedaulatan dan kekuatan sesebuah negara-kota dengan cerita dikaitkan dengan kisah-kisah ajaib,dongeng, mitos, legenda dan fantasi. Mengagungkan negara-kota dan kehebatan  pemerintahan raja-raja dan ketokohan pembesar negeri. Memasukkan kisah yang benar-benar berlaku (fakta sejarah sebenar) misalnya sejarah tentang kewujudan empayar Melaka dan rantau jajahan takluknya, hubungan diplomatik Melaka dengan Siam, China,dan Pasai. 

Page 14: Bahan Untuk Sulaltus Salatin Dan Hikayat Abdullah

Menceritakan tentang kedatangan Islam ke Melaka dan Pasai

6 Watak-watak yang terdapat dalam Sulalatus Salatin terdiri dari watak-watak dari kalangan Manusia seperti golongan istana (raja dan kerabat) pembesar-pembesar negeri, bangsawan, rakyat jelata, hamba, golongan Arab, India-Muslim dan lain- lain. Watak bukan manusia seperti seperti lembu putih, semut besar, pelanduk putih, anjing perburuan, cacing gelang-gelang; orang-orang halus seperti hantu,dan Puteri Gunung Ledang.

7  Struktur isi cerita Sulalatus Salatin menepati ciri-ciri yang biasa ditemui dalam karya corak sastera sejarah yang terbahagi kepada 3 bahagian iaitu bahagian awal yang meliputi pengasasan negeri, bahagian kedua yang berkaitan dengan kegemilangan danian ketiga yang meliputi bahagian kemerosotan negeri.

Bahagian awal mengisahkan peristiwa penubuhan kerajaan negara kota yang meliputi asal-usul keturunan raja- raja kisah pembukaan negara kota kemasukan IslamPeristiwa-peristiwa tersebut dikaitkan dengan  mitos, legenda, dongeng dan fantasi. Asal usul raja Melaka dikaitkan dari keturunan iskandar Zul-Karnain. Pembukaan Melaka dikaitkan dengan kejadian aneh iaitu anjing perburuan ditendang oleh pelanduk putih yang berani dan kemudian ghaib. Kemasukan Islam dikaitkan dengan mitos Raja Kecil Besar bermimpi bertemu Rasulullah.

Bahagian Kegemilangan: meliputi Kisah pemerintahan raja-raja pemerintah negara kota.  Menonjolkan kebesaran, kejayaan, kehebatan pemerintahan. Peranan negara kota dari segi politik, kebudayaan,perdagangan, pusat penyebaran Islam dan lain-lain.Sulalatus Salatin merakam kegemilangan pemerintahan Sultan-Sultan Melaka dicapai sewaktu pemerintahan Sultan Muzaffar Syah, Sultan Mansur Syah dan Sultan Alau'd-Din Riayat Syah. Melaka muncul sebagai empayar Melayu terkuat, luas jajahan takluk meliputi Kelantan, Pahang dan Terengganu.

Sulalatus Salatin menggambarkan juga peranan Melaka sebagai pusat pelabuhan terbesar di rantau ini. termasuk peranan Melaka sebagai pusat penyebaran dan pengembangan agama Islam serta Melaka sebagai pusat pengumpulan khazanah hasil-hasil kesusasteraan Islam terpenting.

Bahagian Kemerosotan: meliputi kisah-kisah

kekejaman dan kezaliman raja yangmemerintah. Berlaku perpecahan di kalangan pembesar. Fitnah, amalan rasuah, pilih kasih,ketidakadilan dan sebagainya berleluasa dalam kalangan rakyat dan pemerintah. Kerajaan lemah senang ditakluki musuh.

Sulalatus Salatin menceritakan kekejaman dan kezaliman Sultan Mahmud Syah yang menggguna kuasa dan kedudukannya untuk kepentingan diri, dan kepuasan seks. Sultan Mahmud Syah mengabaikan rakyat, melakukan ketidakadilan, terkait dengan amalan rasuah dan pilih kasih.

Digambarkan juga pada bahagian kemerosotan ini pentadbiran menjadi lemah dan kucar-kacir, serta pertahanan negara kota yang lemah.Portugis menyerang dengan mudah dapat mengalahkan dan menawan Melaka.

Page 15: Bahan Untuk Sulaltus Salatin Dan Hikayat Abdullah

UNSUR SASTERA DALAM SULALATUS SALATIN 

Sastera bermaksud hasil seni sama ada berbentuk prosa mahupun puisi. Oleh itu, segala bentuk karangan sama ada hikayat, puisi, buku, serta risalah yang dianggap fenomena sastera dapat dikatakan sebagai hasil-hasil kesusasteraan. Antara unsur-unsur sastera yang terkandung dalam karya ini ialah:

Contoh pertama yang jelas dilihat adalah mengenai pengarang dan tarikh penulisan teksSulalatus Salatin itu sendiri. Sulalatus Salatin adalah karya yang ditulis oleh Tun Muhammad atau nama timang-timangannya Tun Sri Lanang dan bergelar Bendahara Paduka Raja.Mukadimah yang terdapat pada halaman dua dan tiga antara lain mencatatkan:

"Bahawa beta minta diperbuatkan hikayat pada Bendahara peri persetua dan peri petuturan raja-raja Melayu dengan istiadatnya sekali; supaya diketahui oleh segala anak cucu kita yang kemudian daripada kita, diingatkannya oleh mereka itu; syahadan beroleh faedahlah ia daripadanya."(Halaman: 3)

Tarikh Sulalatus Salatin ditulis adalah pada 'seribu dua puluh satu tahun, kepada tahun Dal, pada dua belas hari bulan Rabiulawal, kepada hari Khamis, waktu 'alduha..., Tarikh itu bersamaan 13 Mei 1612.

Perkara lain yang memperlihatkan adanya sifat sastera dalam teks Sulalatus Salatin adalah dari segi gaya bahasa dan teknik penulisannya. Contoh yang jelas dalam teks ini ialah penggunaan bahasa berirama sama ada pantun mahupun syair. Salah satu syair yang terdapat dalam teks ini ialah:

Cau Panden anak Bubunnya,Hendak menyerang ke Melaka;Ada cincin berisi bunga,Bunga berladung air mata.(Halaman: 96)

Unsur-unsur puisi ini adalah untuk menggambarkan sesuatu peristiwa. Selain itu dapat mengindahkan bahasa supaya kelihatan lebih seni dan menarik.

Teknik penceritaan Sulalatus Salatin memperlihatkan adanya unsur sastera kerana terdapatnya penyelitan dialog oleh pengarang. Dialog dan aksi-aksi antara seseorang watak dengan watak yang lain adalah ciri-ciri sastera menyimpang daripada tulisan-tulisan atau buku-buku sejarah yang lebih mengutamakan fakta atau penulisan secara langsung. Contohnya dialog antara Demang Lebar Daun dengan Seri Teri Buana:

Maka sembah Demang Lebar Daun, "Daulat tuanku, mengapa tuanku berlindung titah lagi? Kerana sembah patik ke bawah duli Yang Maha Mulia telah putus, tiada hamba Melayu itu dapat menyalahi kehendak tuannya." Maka titah baginda, "Adalah hamba mendengar khabar paman

Page 16: Bahan Untuk Sulaltus Salatin Dan Hikayat Abdullah

konon ada menaruh seorang anak perempuan, amat baik parasnya, Jikalau dengan ikhlas paman, initah yang hamba pohonkan".

                                                                  (Halaman: 25)

Unsur mitos yang terdapat dalam Sulalatus Salatin merupakan satu ciri sastera kerana unsur ini mempunyai tujuan tertentu, seperti mengangkat martabat raja, bangsa, dan sebagainya. Mitos Raja Suran turun ke laut memperlihatkan bagaimana golongan raja mampu melakukan sesuatu perkara yang sukar dilakukan oleh rakyat.

Peristiwa kedatangan Islam ke Melaka juga dianggap sebagai satu mitos. Raja Kecil Besar berpandangan dengan Rasulullah yang menunjukkan kejadian-kejadian dan pewarnaan sifat raja yang luar biasa.Raja China misalnya, mendapat kedal kerana menerima sembah daripada Sultan Mansur Syah.dan dan hanya dapat diatasi dengan air basuh kaki Sultan Mansur Syah sendiri.

Sifat-sifat sastera dalam Sulalatus Salatin juga jelas dikesan melalui pembukaan-pembukaan negeri atau tempat tertentu yang berunsur mitos. Melaka mendapat nama berdasarkan peristiwa pelanduk putih menendang anjing perburuan Raja Iskandar Syah, dan peristiwa itu dilihat dari bawah pokok Melaka. Singapura mendapat mendapat berdasarkan seekor singa yang dilihat oleh Sang Nila Utama; dan kerana binatang itu kelihatan tangkas,Dipercayai bahawa negeri yang dibuka akan maju dan kuat. Oleh itu, peristiwa-peristiwa aneh berhubung kait dengan kepercayaan sehingga munculnya sesebuah negeri dalam Sulalatus Salatin.  Unsur epik atau kepahlawanan dalam Sulalatus Salatin merupakan satu penonjolan sifat sastera yang amat ketara. Melebih-lebihkan taat setia watak serta kekuatan yang luar biasa adalah sebagai usaha menarik minat pembaca mendekati teks sastera.

Tuan Saidi Arab umpamanya, berjaya membunuh Cau Panden dengan memanah dari Melakadan Cau Panden mati di Siam. Tun Omar, Seri Bija Diraja, Tun Bija Sura, Tuan Jana Khatib, dan beberapa watak lagi masing-masing memperlihatkan legenda. Tuan Jana Khatib umpamanya, berjaya membelah batang pinang hanya melaui tilikannya.

Sifat sastera lain yang terdapat dalam teks Sulalatus Salatin ialah plot. Plot ialah susunan atau jalinan peristiwa yang ada kaitan dengan hukum, sebab, dan akibat. Plot adalah ciri penting bagi penulisan hasil-hasi sastera berbentuk prosa sama ada cerpen, novel, mahupun hikayat-hikayat.

Penceritaan tentang negeri-negeri Singapura dan Melaka dalam Sulalatus Salatin adalah berdasarkan pembinaan plot yang kompleks. Dijelaskan tentang bahagian awal cerita, iaitu tentang pembukaan-pembukaan; bahagia-perkembangan plot diceritakan tentang perkembangan kerajaan-kerajaan berkenaan manakala, bahagian akhir plot dijelaskan tentang kejatuhan negeri.

Pemaparan tentang sastera undang-undang merupakan sifat-sifat sastera yang terkandung dalamSulalatus Salatin. Dalam Sulalatus Salatin terutamanya semasa pemerintahan Raja Kecil Besar atau Sultan Muhammad Syah. terdapat larangan-larangan yang bukan hanya perlu dipatuhi oleh rakyat tetapi juga oleh goiongan pembesar-pembesar negeri. Hal-hal yang berkaitan dengan pantang larang dan peraturan ini terkandung dalam Hukum Kanun Melaka.

Page 17: Bahan Untuk Sulaltus Salatin Dan Hikayat Abdullah

UNSUR SEJARAH DALAM SULALATUS SALATIN 

Sulalatus Salatin banyak mencatatkan peristiwa-peristiwa yang benar-benar berlaku dan diketahui oleh masyarakat umum cuma agak kabur kerana adanya unsur-unsur sastera di samping tiada catatan tarikh bagi setiap peristiwa sejarah yang dikemukakan. Tokoh-tokoh yang dipaparkan dalam Sulalatus Salatin merupakan tokoh-tokoh Melayu Melaka yangmemperlihatkan keunggulan pemerintahan seperti Sultan Muzaffar Syah, Sultan Mansur Syah,dan Sultan Alau'd-din Riayat Syah Turut digambarkan ialah pembesar-pembesar Melaka seperti Tun Ali dan Tun Perak dan Tun Mutahir.

Page 18: Bahan Untuk Sulaltus Salatin Dan Hikayat Abdullah

Sifat sejarah dalam Sulalatus Salatin juga dapat dikesan melalui peristiwa-peristiwa yang tercatat di dalamnya. Peristiwa seperti pembukaan Melaka dan Singapura, kejatuhan Melaka, penyebaran Islam di Melaka, hubungan diplomatik Melaka dengan kuasa-kuasa lain adalah catatan sejarah yang jelas.

Kelompok masyarakat yang didedahkan dalam Sulalatus Salatin memperlihatkan satu kelompok yang tertulis di dalam sejarah. Golongan yang diceritakan ialah golongan raja, pembesar, rakyat dan hamba abdi.

Melaka yang terkenal sebagai pusat perdagangan merupakan sifat sejarah yang dapat ditinjau melalui karya S u l a l a t u s  Salatin. Ekonomi Melaka begitu kukuh kerana Melaka menjadi tumpuan pedagang dan saudagar-saudagar dari Arab, benua Keling, dan China. Antara saudagar-saudagar yang disebutkan dalam Sulalatus Salatin termasuklah Raja Mendaliar, Ali Manu Nayan, dan Nina Sura Dewana.Dalam aspek politik, jelas bahawa sejarah telah menunjukkan Melaka suatu ketika dahulu merupakan kuasa besar dan berpengaruh. Dari segi penaklukan dan hubungan diplomatik, Melaka dianggap sebagai kuasa yang berjaya menewaskan negeri-negeri tertentu denganmudah.  Melaka menjalin hubungan dengan kuasa-kuasa besar seperti China, Majapahit, Pasai, Haru, dan Siam.

Kedatangan agama Islam di alam Melayu seperti yang diperkatakan dalam Sulalatus Salatinmerupakan satu sifat sejarah. Walaupun dalam Sulalatus Salatin tidak disebut tarikh-tarikh penerimaan Islam di Pasai dan Melaka tetapi pada hakikatnya kedatangan Islam ke tempat-tempat berkenaan adalah fakta yang tidak boleh ditolak. Kedatangan Islam telah melahirkan tokoh-tokoh agama seperti Kadi Menawar, Kadi Maulana Abu Bakar, dan beberapa lagi manakala, Sultan Alau'd-Din pula mengenakan undang-undang Islam dalam pemerintahan baginda di Melaka.

Kedatangan Portugis atau Benggali Putih dalam Sulalatus Salatin juga merupakan peristiwa sejarah sebenar. Pada saat kemerosotan Melaka, pentadbiran menjadi lemah dan kucar-kacir,danlemah. Apabila Portugis menyerang dengan mudah dapat mengalahkan dan menawan Melaka

4 UNSUR-UNSUR ISLAM DALAM SULALATUS SALATINPenceritaan mengenai kemasukan Islam ke Pasai dan Melaka telah dimitoskan dengan tujuan untuk mengagungkan Islam dan menunjukkan keistimewaan raja itu sendiri. Penceritaannya memberi gambaran bahawa Islam benar-benar berkembang di Melaka, bermula dari istana Melaka dan terus berkembang di kalangan rakyat jelata. Raja Melaka pertama beragama Islam ialah Raja Kecil Besar atau Sultan Muhammad Syah. Gelaran Sultan diguna pakai setelah Raja Melaka memeluk Islam.

Unsur Islam juga dapat dilihat daripada penyebutan dan penonjolkan tokoh-tokoh dan lama-ulama Islam.

Page 19: Bahan Untuk Sulaltus Salatin Dan Hikayat Abdullah

Antaranya Iskandar Zul-Karnian, yang merupakan tokoh pahlawan Islam yang terkenal gagah dan berani dalam menaikkan martabat Islam di dunia. Tokoh ini dikaitkan dengan asal usul keturunan raja Melaka yang bertujuan untuk menunjukkan keagungan raja-raja Melaka.

Tokoh-tokoh lain yang disebut seperti tokoh pahlawan Islam yang terkenal Amir Hamzah, tokoh-tokoh nabi seperti Nabi Ibrahim dan Nabi Khidir. Sulalatus Salatin menceritakan pernikahan Raja Iskandar Zul-Karnain dengan Puteri Syahrul-Bariyah disempurnakan oleh Nabi Khidir. Mas kahwinnya sebanyak 300 ribu dinar emas (Cetera 1).

Tokoh-tokoh pendakwah Islam, iaitu ulama-ulama Islam dari Asia Barat (TimurTengah) datang ke Melaka bertujuan mengembangkan agama Islam dan mengajar ilmu Islam berpusat di istana Melaka. Tokoh-tokoh tersebut seperti Syed Abdul Aziz, Maulana Abu Bakar, Kadi Yusuf, dan Maulana Sadar Jahan.Tokoh-tokoh ini diberi penghormatan dan pengiktirafan tinggi di istana Melaka. Mereka sangat berpengaruh terutama dalam soal-soal berkaitan dengan hal-ehwal keagamaan.

Unsur Islam dalam Sulalatus Salatin juga terlihat dalam perjalanan adat-lstiadat dan perundangan yang diamalkan kerajaan Melaka. la meliputi hal-hal seperti upacara akad nikah kahwin, dan perayaan-perayaan hari kebesaran Islam seperti menyambut Hari Raya Aidil Fitri dan Hari Raja Korban. Selain gambaran Islam juga dapat dilihat melalui adat berkhatan.

Menjadi suatu amalan kepada raja-raja Melaka yang mangkat meninggalkan wasiat kepada pembesar negeri dan putera mahkota. Misalnya wasiat kepada Raja Ahmad (timang-timangan Raja Hussain) (Sulalatus Salatin, hlm. 171-172) dan wasia`t Sultan Alau'd-Din Riayat Syah kepada Sultan Mahmud (Raja Mamad) (Sulalatus Salatin, hlm.186-187). Melalui wasiat, banyak didapati unsur pengajaran dan nasihat yang bersumberkan al-Quran dan hadis.

Unsur Islalm dalam Sulalatus Salatin juga ketara melalui penyebutan tentang kewujudan karya-karya Kesusasteraan Islam di Melaka contohnya Hikayat Muhammad Hanafiah dan Hikyat Amir Hamzah. Hikayat-hikayat ini dibaca oleh panglima-panglima Melaka untuk menaikkan semangat keperwiraan menentang musuh seperti Peringgi. (Sulalatus Salatin, hlm. 268-269)

Penceritaan dalam Sulalatus Salatin diselitkan dengan puisi Arab iaitu syair. Pengggunaan puisi atau bidalan Arab ini dalam menjelaskan sesuatu gambaran berkesan memberi nilai estetika pada teks tersebut. Lebih jelas menunjukkan keupayaan orang-orang Melaka menguasai seni sastera ini dalam penulisan karya agung itu. Perkara ini jelas dipaparkan dalam peristiwa Sultan Mahmud yang melihat kecantikan Tun Fatimah. Sulalatus Salatin menceritakan hal tersebut melalui syair Arab;

                   Ma yarji'u al-taffu 'ainnahu 'inda ru'yatihi, Hatta yu' ada i-laiya al-taffa musytaqu,

yakni tiada akan berkelip kelopak mata tatkala melihat dia, hingga berkelip kepadanya kelopak mata, makin bertambah dendam juga, adanya. (Sulalatus Salatin, hlm 251 )

Sulalatus Salatin juga menyentuh tentang corak pendidikan dan perkembangan ilmu keislaman. Istana igambarkan sebagai pusat pengajian ilmu-ilmu Islam. Pasai dikatakan menjadi sebagai pusat bermuzakarah mengenai ilmu fiqah mengikut mazhab Shafie. Istana dijadikan pusat pengajaran Islam dengan sultan dan pembesar turut belajar dan menuntut ilmu.

Ulama-ulama, guru-guru agama dan pendakwah berkumpul di istana. Contohnya, Maulana Sadar Jahan dari Jeddah mengajar di Melaka. Maulana Yusuf mengajar tasawuf. Sultan Mahmud turut belajar ilmu agama.

Page 20: Bahan Untuk Sulaltus Salatin Dan Hikayat Abdullah

Kitab-kitab agama seperti Kitab Duri'l-Mazlum dibawa ke Melaka oleh Maulana Abu Bakar dan diajar di istana Melaka. Sultan Mansur Syah turut belajar kitab ini. Diceritakan juga tentang utusan dari Melaka ke Pasai untuk menyelesaikan masalah-masalah berkait ilmu Islam kerana di Pasai ramai ulama-ulama berkumpul bermuzakarah tentang ilmu-ilmu keislaman.

Unsur Islam dalam Sulalatus Salatin juga tergambar melalui teknik penulisannya. Mukadimah Sulalatus Salatin dimulai dengan Bismillahir-rahmanir-rahim...

Dalam mukadimah disertakan ayat-ayat al-Quran dan diikuti pula dengan terjemahan dalam bahasa Melayu. Struktur penulisan seperti ini adalah teknik yang biasa dalam karya-karya Arab-Parsi. Pada tiap-tiap akhir cetera, pengarang menutupnya dengan ayat "Wa'llahu a'lamu bi's-sawab, wa illaihi 'Imarji'u wa 'l-ma'ab." .Hanya pada akhir cetera ke XV sahaja diakhiri dengan ayat " Wa'llahu a'lam."

Terdapat juga struktur penulisan menggunakan gaya khutbah. Ini jelas ketika memberi nasihat yang meleret-leret dalam wasiat. Selain itu kalimat-kalimat Arab-Parsi digunakan dalam ayat antaranya Syahbandar, alam, bahari, sahibul hikayat dan Iain-Iain.

Prosa Melayu STPMTuesday, July 26, 2011

Cerita Lipur LaraHikayat Raja Donan

KESUSASTERAAN RAKYAT

Cerita Lipur Lara

CERITA lipur lara merupakan cerita yang sangat popular. Cerita ini menggambarkan pengembaraan putera puteri raja sama ada di bumi mahupun di kayangan. Selalunya, pengembaraan ini berlaku untuk mencari pasangan masing-masing. Oleh itu, cerita ini melibatkan unsur keajaiban, kesaktian, per-cintaan, peperangan, perdamaian, perkahwinan, dan penya-maran. Putera raja digambarkan sebagai orang yang begitu kacak, tampan, handal, dan penuh dengan kesaktian. Putera raja yang menjadi wira sesuatu cerita ini selalunya digambarkan sebagai tokoh yang istimewa sejak lahir lagi. Kelahirannya diiringi dengan suasana alam yang amat dahsyat dan dibekal-kan objek ajaib tertentu seperti parang dan geliga. Puteri raja juga digambarkan sebagai seorang yang cantik jelita se-hingga menjadi rebutan putera-putera raja termasuk wira cerita itu.

Selain watak putera puteri raja, dalam cerita lipur lara juga terdapat watak nenek kebayan yang membantu pertemu-an pasangan tersebut. Makhluk bukan manusia seperti ger-gasi dan geroda juga terdapat dalam cerita lipur lara ini. Cerita lipur lara selalu diselitkan dengan bentuk-bentuk puisi seperti pantun, syair, dan talibun, yang secara langsung meningkatkan lagi keindahannya.

Page 21: Bahan Untuk Sulaltus Salatin Dan Hikayat Abdullah

Antara cerita lipur lara Melayu yang terkenal ialah seperti Hikayat Anggun Cik Tunggal, Hikayat Raja Muda, Hikayat MalitnDeman, Hikayat AwangSulungMerahMuda, SiGembang,dan SelindungBulan Kedah Tua (Jamilah Haji Ahmad, 1993).

*   *   *

Hikayat Raja Donan

TIDAK berapa lama setelah:

Lepas di mulut,

Lupa di hati, maka melancarlah anak raja itu.

Bagai belut diketil ekor,

Bagai mayang mengurai.

Jatuh ke tikar, tikar roboh,

Jatuh ke lantai, lantai patah.

Lalu, jatuhlah kanak-kanak itu ke tanah. Maka berlarilah Bidan Nan Tujuh, berdahulu-dahuluan cepat, pergi mendapatkan kanak-kanak itu. Setelah dekat dengan kanak-kanak itu, maka dilihat oleh Bidan Nan Tujuh pada kanak-kanak itu ada:

Pedang sebilah di tangan kanan,

Telur sebiji di tangan kiri,

Beduk selaras di bahu kanan.

Maka dibawalah budak itu naik ke rumah. Setelah sampai di rumah maka bekerjalah Bidan Nan Tujuh.

Yang memandikan budak, memandikan budaklah, Yang mengerat pusat, mengerat pusatlah.

Kemudian dipanggillah Raja Madong Bongsu. Maka bertanyalah Bidan Nan Tujuh, "Duli tuanku! Sembah ampun, beribu ampun. Harapkan diampun. Siapakah hendak dinamakan paduka anakanda ini?"

"Lelakikah, perempuan? Kalau lelaki, namakan Awang Donan. Kalau perempuan, namakan Puteri Sehari Bulan."

"Lelaki, duli tuanku." Maka kanak-kanak itu pun dinama-kanlah Awang Donan. Kemudian dibarut, dibedung dan di-bengkunglah budak itu oleh Bidan Nan Bongsu.

Telah beberapa lamanya maka besarlah Awang Donan.

Besar siang, besar malam,

Besar bagai ditiup-tiup,

Besar bagai dihembus-hembus.

Page 22: Bahan Untuk Sulaltus Salatin Dan Hikayat Abdullah

Pada suatu hari tergeraklah hati Raja Madong Bongsu hendak menengok nasib Raja Donan. Maka dipanggillah Nu-jum Nan Tujuh.

Setelah datang Nujum Nan Tujuh, maka bertanyalah Raja Madong Bongsu, £Apakah padahnya anak beta ini?"

"Jatuh ke tikar, tikar roboh, Jatuh ke lantai, lantai patah; Langsung jatuh ke tanah."

Maka bertudunglah Nujum Nan Enam lalu bernujum. Sejurus sejenang panjang, maka dibukanyalah tudung itu. Maka bertudung pula Nujum Nan Bongsu lalu bernujum. Setelah Nujum Nan Bongsu membuka tudung, maka ber-tanyalah Raja Madong Bongsu, "Wahai Nujum Nan Enam! Apakah padahnya anak kami itu?"

"Duli tuanku! Sembah ampun beribu ampun. Harapkan diampun. Jikalau anakanda tuanku ini ditaruh di Gunung Mandi Angin, nescaya Gunung Mandi Angin ini:

Jadi padang jarak padang tekukur, Pucuk nyiur digelung api (dijilat api), dan nescaya Puteri Permaisuri diambil orang."

Kemudian bertanya pula Raja Madong Bongsu kepada Nujum Nan Bongsu, "Wahai Nujum Nan Bongsu! Apakah padahnya, anak kami ini?"

"Duli tuanku! Sembah ampun, beribu ampun. Harapkan diampun ke bawah duli:

Tidaklah masin garam sebuku, Masinlah lagi garam segenggam."

"Pada nujum patik, anakanda ke bawah duli ini penuh dengan tuah. Barang siapa mengatakan ia celaka, entahlah; tak tahulah patik apa yang hendak patik katakan kepada orang itu. Kalaulah tuanku buangkan Awang Donan ini ke laut, nescaya Gunung Mandi Angin ini:

Jadi padang jarak, padang tekukur, Pucuk nyiur digelung api,

dan selepas tiga hari kelak, adalah orang mengambil Tuan Puteri Permaisuri."

Jawab Raja Madong Bongsu, "Bagaimana pula begitu, Nujum Nan Bongsu? Nujum Nan Enam habis mengatakan celgka. Awak seorang sahaja mengatakan bertuah. Kami tak boleh pakai cakap awak."

Maka sembah Nujum Nan Bongsu, "Duli tuanku! Itulah kata patik tadi:

Tidaklah masin garam sebuku, Masin lagi garam segenggam."

Setelah itu maka baliklah Nujum Nan Tujuh. Tinggallah Raja Madong Bongsu. Maka hendak dibunuhnya anakandanya Awang Donan itu. Maka menyembahlah Temenggung Ben-dahara, "Ampun tuanku! Tak usahlah duli tuanku bunuh anak- anda itu kerana bukan adat anak raja dibunuh; adat anak raja dibuang ke laut."

Maka dibuangkanlah Awang Donan ke laut; dibawa oleh * Temenggung Bendahara berdua dengan Mak Inang Tanda Pengasuh. Diberilah ia bekal:

Perahu sempung, Pengayuh sompek, Belanga retak, Periuk sempung, Samir sekeping.

Maka berkayuhlah Temenggung Bendahara sehingga sampai ke Pulau Sembilan. Maka ternampaklah oleh Nenek Batu Karang akan perahu Raja Donan itu, lalu berkatalah nenek seorang diri:

Page 23: Bahan Untuk Sulaltus Salatin Dan Hikayat Abdullah

"Hai Raja Madong Bongsu! Tak ada anak hendakkan anak, Ada anak dibuang ke laut, Itulah raja yang sehabis tak elok."

Setelah tiba di Pulau Sembilan, maka naiklah Temenggung Bendahara dan Mak Inang Tanda Pengasuh, membawa Raja Donan ke darat. Oleh Temenggung Bendahara dicari-nya buluh empat kerat. Setelah dapat maka dicacakkannya buluh empat kerat itu; di atasnya diletakkan samir sekeping. Kemudian duduklah mereka tiga beranak di bawah samir itu. Maka besarlah Raja Donan.

Besar siang besar malam, Besar bagai ditiup-tiup, Besar bagai dihembus-hembus, Dari mengiring sampai meniarap, Dari meniarap sampai menjalar,

Dari menjalar sampai merangkak, Dari merangkak sampai berdiri lepas, Dari berdiri lepas sampai berjalan jatuh. Lama-lama pandailah ia berlari; berlari ke hulu, berlari ke hilir, di Pulau Sembilan itu.

Pada suatu hari pergilah ia bermain di tepi sebatang anak sungai. Di tebing anak sungai itu ada buluh perindu tujuh perdu. Maka ditebangnya buluh perindu itu hendak dibuatnya bangsi, tetapi tidak menjadi bangsinya. Lama-lama habis enam perdu buluh perindu itu ditebangnya, tetapi bangsinya tidak juga menjadi.

Maka datanglah seekor gagak buta bersama anaknya ke t empat Raja Donan menebang buluh itu. "Ak, ak," bunyi <»agak itu.

Maka bertanyalah Raja Donan kepada dirinya sendiri, "Apakah yang dibuat oleh gagak buta ini di sini?" Kemudian bertanya pula ia kepada gagak buta itu, "Tahukah engkau pctua membuat bangsi, wahai gagak?"

Jawab gagak buta, "Patik hendak katakan tak tahu, entah tahu. Patik hendak katakan tahu, entah tak tahu. Tetapi, jika hendak mencuba bolehlah patik tunjukkan, jikalau kiranya d u l i tuanku bermurah hati memberi anak patik kerak nasi."

"Ah! Tak usahkan memberi kerak nasi, isi nasi pun boleh kami beri."

Maka pergilah Raja Donan berlari-lari kepada Mak Inang mcnyuruh Mak Inang bertanak.

Sejurus sejenang panjang kemudian, maka masaklah nasi. Maka diambillah oleh Raja Donan kerak nasi itu dan diberi-kannya kepada gagak buta itu, tetapi tidaklah dapat gagak buta hendak mencatuk kerak nasi itu daripada jari Raja Donan. Maka dipukul oleh Raja Donan sebelah mata gagak buta itu dengan kerak nasi, dengan takdir Tuhan celiklah ia. Selepas itu, diambilnya lagi kerak nasi oleh Raja Donan, lalu dipukulkannya pula kepada mata gagak yang sebelah lagi itu. Seketika itu juga celiklah mata gagak itu.

Maka menyembahlah gagak itu, "Duli tuanku! Sembah ampun, beribu ampun. Harapkan diampun. Sesungguhnya tak adalah barang yang lebih besar dan tinggi nilaiannya kepada patik selain daripada hendakkan celik. Rendah gunung tinggi harapan, dan:

Tak ada langit patik nak junjung, Tak ada bumi patik nak pijak.

Sukanya hati patik kerana duli tuanku telah mencelikkan mata patik ini."

"Duli tuanku, sembah ampun beribu ampun. Jika tuanku hendak membuat buluh bangsi hendaklah tuanku tetak buluh bangsi itu dan campakkan ke air.

Page 24: Bahan Untuk Sulaltus Salatin Dan Hikayat Abdullah

Tetak sebatang, campak ke air, Tetak sebatang, campak ke air. Dan yang mudik ke hulu itulah duli tuanku ambil."

Maka Raja Donan pun menetaklah buluh perindu:

Tetak sebatang, campak ke air,

Tetak sebatang, campak ke air,

Dari satu ke dua,

Dari dua ke tiga,

Dari tiga ke empat,

Dari empat ke lima,

Dari lima ke enam,

tidak juga mudik ke hulu.

Setelah dicampakkannya buluh yang ketujuhnya, baharulah mencelegek (dengan pantas) mudik ke hulu. Maka di-ambillah oleh Raja Donan dibawanya balik.

Setelah sampai ke rumah, maka hari pun malam. Maka tidurlah Mak Inang Tanda Pengasuh dan Temenggung Ben-dahara, tetapi Raja Donan tidak tidur.

Setelah tengah malam sunyi senyap, maka Raja Donan pun mengambil mata gobek Temenggung Bendahara lalu dibakarnya, kerana hendak menyelar buluh bangsinya. Pada masa ia membuat buluh bangsi itu, maka terdengarlah olehnya bedil kecil ayahandanya berbunyi satu lentum dua degam.

"Ah," fikirnya, "Barangkali sudah datang Raja Mambang Nan Tujuh hendak mengambil bondaku."

Maka berhentilah ia menyelar buluh bangsi itu lalu di-gerakkannya Mak Inang. Kemudian digerakkannya pula Temenggung Bendahara, "Wahai ayah (Temenggung Bendahara), bangunlah ayah!" katanya sambil sujud menyembah ayahnya. "Anakanda hendak pergi ke Gunung Mandi Angin menolong ayahanda dan bonda. Kalau anakanda tidak pergi menolong bonda Puteri Permaisuri, tentulah ia akan ditawan oleh Raja Mambang."

Maka jawab Temenggung Bendahara, "Tak usahlah eng-kau pergi ke Gunung Mandi Angin, Awang Donan, kerana engkau orang celaka serta engkau sudah dibuangkan oleh ayahanda engkau ke laut."

"Wahai ayah! Kalau tidak kerana ayah, kita tak nampak bulan dan matahari. Walau bagaimanapun ayah, anakanda hendak pergi juga menolong ayahanda itu," katanya sambil mengurut-urut mata gobek Temenggung Bendahara.

Kemudian sujudlah ia menyembah Temenggung Bendahara dan Mak Inang Tanda Pengasuh. Kepada Temenggung Bendahara ia berpesan, "Wahai ayah! Jikalau ada musuh datang, ayah lawanlah seboleh-boleh sementara menantikan anakanda balik."

Sejurus sejenang panjang, setelah: Hilang di mulut, Lupa di hati, maka melayanglah ia, hilang ghaib di mata.

Page 25: Bahan Untuk Sulaltus Salatin Dan Hikayat Abdullah

Sejurus sejenang panjang kemudian, maka tibalah ia di Gunung Mandi Angin. Maka berteriaklah ia kepada bonda-nya:

"Wahai bonda! Bangunlah bonda, Bukalah, bonda, pintu jendela Pasanglah dian, tanglung, pelita."

Apabila mendengar orang memanggilnya itu, maka ber-tanyalah Puteri Permaisuri:

"Musuh datang dari mana? Mambang datang dari mana?

Tak ada aku berjanji dan berwaad hendak berjumpa dengan engkau!"

"Wahai bondaku! Bukannya musuh, Bukannya mambang, Bukannya peri.

Inilah Awang Donan datang dari Pulau Sembilan."

Maka Puteri Permaisuri pun bangunlah, terebah-rebah pergi menggerakkan Mak Inang Tanda Pengasuh suruh pa-sang dian, tanglung dan pelita. Telah terpasang dian, tanglung dan pelita maka dibukalah pintu jendela. Maka masuklah Awang Donan lalu dibawa beradu di mahligai dan meneteklah ia pada bondanya di mahligai. Ayahandanya sedang asyik bercatur di halaman balai.

Tiba-tiba terdengarlah Raja Mambang berteriak, "Wahai Raja Madong Bongsu! Marilah kita:

Membuang karat pedang, Membuang karat keris.

Aku belayar datang ke mari kerana adinda Puteri Permaisuri. Kalau engkau tak hendak:

Membuang karat pedang, Membuang karat keris,

hantarkan adinda Permaisuri kepada aku. Kalau tidak, nanti aku amuk ke atas balai."

Jawab Raja Madong Bongsu, "Nantilah, beta hendak ber-cium, berpangku dan berbelai dahulu dengan Puteri Permaisuri."

"Hantarkan cepat adinda Puteri Permaisuri! Beta belayar ke mari kerana dia."

"Beta menghantar tentulah tidak! Remak hilang jiwa di badan, Berpadam puntung, Kecailah bara, sebarang bara."

Maka bertempik-tempik lagi Raja Mambang Nan Tua tidak berhenti-henti menyuruh hantarkan Puteri Permaisuri kepada-nya. Lama-lama risaulah Raja Madong Bongsu mendengarkan tempiknya itu. Maka turunlah Raja Madong Bongsu.

Sebaik-baik sahaja Raja Madong Bongsu itu turun ke lanah, dengan serta-merta diterkam oleh Raja Mambang Nan Tua hendak ditetaknya. Maka puaslah Raja Madong Bongsu mengelakkan pedang Raja Mambang Nan Tua itu.

Tetak di kiri, dibuang ke kanan,

Tetak di kanan, dibuang ke kiri,

Tetak di atas diendap ke bawah,

Page 26: Bahan Untuk Sulaltus Salatin Dan Hikayat Abdullah

Tetak ke bawah, dilompat ke atas.

Lama-lama tersalahlah langkah Raja Mambang Nan Tua. Oleh Raja Madong Bongsu, dikeratnya leher Raja Mambang Nan Tua, langsung mati.

Setelah itu, maka naiklah Raja Madong Bongsu ke hala-man balai kerana bercatur. Maka datang pula seorang lagi raja mambang (raja mambang itu tujuh beradik) dan berteriak juga meminta hantarkan Puteri Permaisuri kepadanya, seperti kehendak Raja Mambang Nan Tua dahulu. Maka turun juga Raja Madong Bongsu berperang dan alah juga raja mambang itu. Lama-lama habislah enam orang raja mambang mati dibunuh oleh Raja Madong Bongsu. Hanya tinggal Raja Mambang Nan Bongsu sahaja lagi.

Maka berteriaklah Raja Mambang Nan Bongsu kepada Raja Madong Bongsu, "Wahai Raja Madong Bongsu! Turun-lah engkau. Kalau engkau tidak turun, aku amuk engkau ke atas balai. Kalau tak hendak berperang dengan aku, hantarkan cepat adinda Puteri Permaisuri kepada aku."

"Aku menghantar tentulah tidak! Remak hilang jiwa di badan, Berpadam puntung, Kecailah bara, sebarang bara."

Maka bertempik-tempik juga Raja Mambang Nan Bongsu berteriak menyuruh hantarkan Puteri Permaisuri kepadanya. Lama-lama risau pula Raja Madong Bongsu mendengar tempik Raja Mambang Nan Bongsu itu, lalu ia turun hendak berperang. Setibanya di tanah, maka langsung ditetak oleh Raja Mambang Nan Bongsu. Oleh Raja Madong Bongsu:

Ditetak di kiri, dibuang ke kanan, Ditetak di kanan, dibuang ke kiri, Ditetak di atas, diendap ke bawah, Ditetak di bawah, dilompat ke atas.

Lama-lama pada ketika:

Wak-wak ndayu-ndayu (mendayu-dayu)

Hujan panas sepoi bahasa,

Danu (pelangi) minum di tengah gelanggang.

Maka salahlah langkah Raja Madong Bongsu terus dikerat lehernya oleh Raja Mambang Nan Bongsu. Maka matilah Raja Madong Bongsu. Raja Mambang Nan Bongsu pun bertempik-tempiklah:

Melompat-lompat,

Melampus-lampus (menikam-nikam) pinang dara, Melampus-lampus nyiur dara, Merentak-rentak,

Menyingsing-nyingsing lengan baju, Menyingsing-nyingsing pesak seluar, Bagai orang pedas sirih, Bagai orang malan (mabuk) pinang.

Page 27: Bahan Untuk Sulaltus Salatin Dan Hikayat Abdullah

Maka anak angkat bertuah Raja Madong Bongsu yang bertujuh itu:

Dengan membuang songkok, membuang songkoklah, Dengan membuang keris, membuang kerislah, Dengan membuang sapu tangan, membuang sapu tanganlah.

Serta berkata, "Alangkan ayahanda kita Raja Madong Bongsu kalah, inikan pula kita."

Seketika itu terdengarlah oleh Awang Donan tempik so-rak Raja Mambang Nan Bongsu itu. Maka ia pun berhentilah mengopek-ngopek (menyusu) terus berlari turun membawa:

Pedang sebilah di tangan kanan,

Bedil selaras di tangan kiri.

Ia pun menerpa ke pintu besar, pintu gerbang.

Maka ternampaklah oleh Raja Mambang Nan Bongsu akan dia dan berkatalah Raja Mambang Nan Bongsu, "Oh, Awang Donan. Kalau aku tahu Awang Donan ada di Gunung Mandi Angin, takkan aku belayar ke sini membunuh Raja Madong Bongsu."

"Itu tak apalah ayahanda. Tak ada ayahanda anakanda, Raja Madong Bongsu, ayahanda Mambang Nan Bongsu ada gantinya."

"Baiklah Awang, anak ayahanda:

Dua tidak,

Tiga tidak,

Melainkan Awang Donan seorang."

"Ayahanda anakanda pun, ayahandalah: Dua tidak, Tiga tidak,

Melainkan ayahanda seorang. Marilah naik ayahanda."

Maka naiklah Raja Mambang Nan Bongsu dan Raja Donan pun mengeluarkan bekas sirih sebuah dan tikar sebidang.

Maka duduklah Raja Donan dan Raja Mambang Nan Bongsu di atas tikar sebidang itu bercakap-cakap sambil memakan sirih.

Kata Raja Donan, "Ayahanda, ajarlah anakanda memencak."

"Baiklah, Awang. Segala pencak yang ayahanda tahu akan ayahanda ajarkan kepada Awang kerana anak ayahanda: Dua tidak, Tiga tidak,

Melainkan Awang seorang."

Page 28: Bahan Untuk Sulaltus Salatin Dan Hikayat Abdullah

"Baiklah ayahanda." Kemudian pergilah Awang Donan menghadap bondanya Puteri Permaisuri lalu berkata, "Wahai bonda! Hendakkah bonda mengikut kata anakanda?" Maka jawab bondanya, "Hai anakanda! Kata siapakah lagi bonda hendak ikut kalau tidak kata anakanda? Hendak pun diikut kata ayahanda, ayahanda sudah meninggal." Maka berkata lagi Awang Donan, "Jikalau begitu bonda, memasaklah bonda dahulu kerana ayahanda Mambang Nan Bongsu letih sangat belayar. Ia hendak makan nasi masakan bonda sendiri. Sesudah memasak hendaklah bonda bersikat, berminyak dan bersanggul."

"Baiklah anakanda," jawab Puteri Permaisuri.

Maka memasaklah Puteri Permaisuri. Sejurus sejenang panjang kemudian, maka masaklah nasi, sayur dan siaplah sambal sepiring. Maka diangkatlah hidangan ke hadapan Raja Mambang Nan Bongsu lalu santaplah ia bersama Raja Donan. Setelah itu maka Puteri Permaisuri pun berlimau bersanggul dan duduk memakai di pintu gerbang. Melihatkan kecantikan-nya itu, sesuap nasi pun tak habis dimakan oleh Raja Mambang Nan Bongsu kerana lenuk (asyik) matanya memandang Puteri Permaisuri yang cantik manis tak ada tolok bandingnya di seluruh Gunung Mandi Angin itu.

Maka Raja Donan pun sangatlah geram memandang mata Raja Mambang Nan Bongsu itu. Maka berkatalah Raja Donan, "Marilah kita santap ayahanda."

Maka santaplah Raja Mambang Nan Bongsu bersama-sama Raja Donan:

Sesuap kedua undur berair, Ketiga makan sirih dua kapur.

Setelah sudah makan, maka berkatalah Raja Mambang Nan Bongsu, "Marilah kita turun ke halaman balai, Awang; kita turun bermain. Ayahanda boleh mengajar Awang Pencak Rimau Mengeram Bangkai dan Pencak Kucing Bermain Daun."

"Baiklah ayahanda."

Maka turunlah mereka ke halaman balai bermain pencak. Kemudian pada ketika:

Wak-wak ndayu-ndayu,

Hujan panas sepoi bahasa,

Danu minum di tengah gelanggang.

Maka salahlah langkah Raja Mambang Nan Bongsu. Oleh Raja Donan diambilnya pedangnya. Pedang itu:

Besar sebesar lidah ayam, Nipis senipis daun padi, Dikilir-kilir (diasah) di bunga kuku, Digabus (disapu) di hujung lidah. Kemudian perlahan-lahan: la undur tiga tapak, la mara tiga tapak.

Setelah itu berderas sahajalah bunyi rambut panjang Raja Mambang Nan Bongsu dan kepalanya terputus dari badan-nya. Maka berkatalah Raja Mambang Nan Bongsu. "Hai Awang!

Ayahanda ditipu ada,

Diperdaya ada oleh Awang."

Page 29: Bahan Untuk Sulaltus Salatin Dan Hikayat Abdullah

"Hai ayahanda!

Anakanda tertipu ada,

Terpedaya ada,

Sebaik-baiknya bapa tiri,

Sejahat-jahatlah bapa benar;

Manakah sama dengan bapa benar?

Orang bermain gelanggang dengan ayahandanya,

Menyembelih kerbau,

Anakanda bermain gelanggang dengan ayahanda, Anakanda menyembelih ayahanda."

"Hai Awang! Kenapa Awang tidak juga menetak ayahanda ini?"

"Sudah, ayahanda! Kalau ayahanda tak percaya yang leher ayahanda sudah putus, ayahanda bangkidah dan angkat pe-dang ayahanda."

Maka Raja Mambang Nan Bongsu pun bangkitlah hendak mengangkat pedang, maka bergerbaklah bunyi kepalanya jatuh ke tanah.

Setelah itu maka Raja Donan pun mengambil pedangnya. Dicungkisnya mayat raja mambang tujuh beradik itu dengan pedangnya. Kemudian dibawanya kepada buaya putih dan berkatalah ia, "Wahai Buaya Putih! Ambillah mayat raja-raja derhaka bedebah datang melanggar ke Gunung Mandi Angin dan membunuh ayahanda aku ini." Maka ditelan oleh Buaya Putih akan mayat raja-raja itu.

Kemudian Raja Donan pergi mengambil mayat ayahanda-nya:

Kepala dikepek (kepit) di tangan kanan, Badan dikepek di tangan kiri.

Dan, berteriaklah ia kepada bondanya, "Wahai bonda! Ambilkan anakanda tikar putih dan kain putih. Kemudian titahkan Temenggung Bendahara mengambil lidi nyiur gading tujuh urat dan beras basuh."

Setelah dapat semuanya, maka dibentangkan oleh Raja Donan tikar putih dan kain putih. Diletakkannya mayat ayahandanya itu di atas tikar putih dan kain putih. Kemudian diambilnya beras basuh dan beryanglah ia:

"Ya Allah, ya Tuhanku rabbi. Dulu Allah kemudian ku jadi.

Jikalau ya asal aku daripada datuk aku yang pergi memikat ke Gunung Sangga Lotang, ia mendapat Raja Bongsu Dondang Adik; kemudian Raja Bongsu Dondang Adik beranakkan Raja Besar serta Raja Madong Bongsu dan Raja Madong Bongsu beranakkan aku Raja Donan, hiduplah balik ayah aku!" Maka ditaburnya beras basuh itu tiga kali.

Setelah ditabur, maka bergeraklah ibu kaki Raja Madong Bongsu. Ditabur sekali lagi, langsung bangun dan terbersinlah Raja Madong Bongsu.

Page 30: Bahan Untuk Sulaltus Salatin Dan Hikayat Abdullah

Setelah itu maka Raja Donan pun mengambil baju layang-nya dan melayanglah ia balik ke Pulau Sembilan.

Setelah Raja Madong Bongsu sedar semula, maka berpalinglah ia ke kiri dan ke kanan; dan berkatalah ia kepada isterinya Puteri Permaisuri, "Wahai adinda! Lena sungguh kakanda tidur."

"Sekarang, di manakah Raja Mambang Nan Bongsu itu?"

"Sudah mati dibunuh oleh Awang Donan. Itulah kanda, anak celaka serta bedebah yang kanda buang ke laut dahulu itulah yang datang menuntut bela, kanda. Anak kanda ber-tujuh yang bertuah dan kanda pelihara itu:

Nan membuang songkok, membuang songkoklah, Nan membuang sapu tangan, membuang sapu tanganlah."

"Oh, jikalau begitu adinda, bersiaplah. Kerahkan segala siti dan dayang buat bekal empat puluh butir mukun. Kanda hendak belayar ke Pulau Sembilan menjemput Awang Donan."

"Kanda minta buatkan bekal itu bolehlah adinda kerahkan segala siti dan dayang membuatnya; tetapi kanda hendak belayar menjemput Awang Donan itu, pada perasaan adinda, susahlah kanda dapat berjumpa dengannya jikalau ia sendiri tidak menyerah diri, kerana ia sangat sakti."

Sesudah berkata-kata itu maka berkerahlah Puteri Per-maisuri akan segala siti dan dayang membuat bekal empat puluh butir mukun. Pada esok harinya, setelah siap bekal genap empat puluh butir mukun, maka belayarlah Raja Madong Bongsu menuju ke Pulau Sembilan.

Sejurus sejenang panjang kemudian maka nampaklah olehnya Pulau Sembilan terama-rama (samar-samar). Kemudian nampak pula olehnya tiga orang pemukat. Pemukat-pemukat itu duduk di dalam sebuah biduk Palembang. Maka bahtera Raja Madong Bongsu pun menuju biduk Palembang itu. Setelah dekat maka Raja Madong Bongsu disapa oleh budak pemukat, "Wahai Tuan Lebai! Datang dari manakah Tuan Lebai ini?"

"Saya ini datang dari Gunung Mandi Angin."

"Hendak ke manakah, Tuan Lebai?"

"Saya ini hendak ke Pulau Sembilan inilah, kerana hendak mencari Awang Donan."

"Pangkat apakah Awang Donan itu kepada Tuan Lebai?"

"Awang Donan itu anak saya."

"Oh, begitu. Saya mendengar surah (cerita) orang me-ngatakan Awang Donan itu dibawa oleh Temenggong Benda-hara ke Pulau Sembilan ini kerana Awang Donan itu dibuang ke laut. Apa mulanya, Tuan Lebai, makanya Awang Donan itu dibuang ke laut?"

"Oh, mulanya begini. Di waktu ia dilahirkan:

Singgah ke tikar, tikar pesok,

Singgah ke lantai, lantai patah.

Lalu, jatuhlah ia ke tanah dan berkejarlah Bidan Nan Tujuh berdahulu-dahuluan cepat hendak mengambilnya. Apabila Bidan Nan Tujuh datang hampir kepadanya, maka dilihat oleh Bidan Nan Tujuh ada padanya:

Page 31: Bahan Untuk Sulaltus Salatin Dan Hikayat Abdullah

Pedang sebilah di tangan kanan,Bedil selaras di bahu kanan, Telur sebiji di tangan kiri.

Maka saya panggil Nujum Nan Tujuh kerana saya hendak meminta tengokkan padah anak saya itu. Maka datanglah Nujum Nan Tujuh bernujum. Nujum Nan Enam bertudung dahulu lalu bernujum. Kemudian bertudung pula Nujum Nan Bongsu.

Setelah selesai, maka Nujum Nan Enam mengatakan penuhlah anak saya, Awang Donan itu dengan celaka dan jikalau ia ditaruh di Gunung Mandi Angin nescaya Gunung Mandi Angin itu:

Jadi padang jarak padang tekukur,

Pucuk nyiur digelung api.

Tetapi, Nujum Nan Bongsu mengatakan anak saya itu sangat bertuah."

"Jadi, bagaimana Tuan Lebai? Siapakah yang menang?" "Menanglah Nujum Nan Bongsu.

"Kalau begitu Tuan Lebai, lain kali jika Tuan Lebai ber-anak, janganlah panggil ahli nujum."

Sebenarnyalah seperti katamu itu, wahai budak pemukat. Kami sangkat (setakat) ini turun, sangkat ini naik, sehingga cucu cicit kami, tidaklah kami memanggil ahli nujum lagi. Sumpah, kami tak panggil."

"Ini, Tuan Lebai nak ke mana?"

"Nak mencari Awang Donan itulah. Adakah budak pemukat berjumpa Awang Donan?"

"Oh, tak ada! Selama saya memukat tak pernah saya berjumpa Awang Donan. Kami di sinilah duduk memukat tiap-tiap hari tetapi tak pernah berjumpa Awang Donan itu."

"Oh! Kalau begitu bagaimanalah gayanya? Biarlah kami tinggalkan kepada awak mukun empat puluh butir ini, kiriman bondanya Puteri Permaisuri kepada Awang Donan. "Bolehlah, saya menerimakan kiriman itu, Tuan Lebai. Tetapi, jikalau saya tak berjumpa Awang Donan, akan saya makanlah kiriman itu."

"Tak apalah, budak pemukat."

Maka Raja Madong Bongsu pun memberi mukun empat puluh butir itu kepada budak pemukat. Kemudian, budak pemukat melingkupkan ikan ke dalam bahtera Raja Madong Bongsu. Maka saratlah bahtera Raja Madong Bongsu dengan ikan.

Selepas itu maka Raja Madong Bongsu pun baliklah. Se-jurus sejenang panjang kemudian, maka sampailah ia ke istananya. Puteri Permaisuri sedang duduk di pintu besar. Maka bertanyalah Puteri Permaisuri, "Berjumpakah kanda dengan Awang Donan?"

"Tak berjumpa, adinda. Kanda berjumpa dengan budak pemukat sahaja; tiga orang."

"Itulah dia Awang Donan, kanda. Yang duduk di ruang itu Mak Inang, yang dibuntut itu Temenggung Bendahara dan yang memegang kemudi di tengah serta yang bercakap dengan kanda itulah dia Awang Donan."

Page 32: Bahan Untuk Sulaltus Salatin Dan Hikayat Abdullah

"Kalau begitu, buatlah bekal lagi. Kanda hendak pergi lagi mencari Awang Donan. Kanda nak tangkap sahaja Awang Donan itu."

"Tak usahlah kanda pergi. Kalau Awang Donan sendiri tak hendak berjumpa, takkan dapat kanda menemui dia."

Tetapi, tidak puas hati Raja Madong Bongsu mendengar kata isterinya, Puteri Permaisuri itu. Ia berkeras juga hendak pergi. Lama-lama risaulah hati Puteri Permaisuri. Maka dibuatlah oleh Puteri Permaisuri itu bekal. Maka pergilah Raja Madong Bongsu belayar sekali lagi menuju ke Pulau Sembilan; tidaklah sempat naik ke istana lagi.

Setelah sampai ke Pulau Sembilan maka naiklah Raja Madong Bongsu ke pulau itu. Ketika itu Raja Donan sedang menyelar buluh perindu hendak membuat buluh bangsi. Tiba-tiba ternampaklah oleh Raja Donan akan ayahandanya itu. Maka larilah Raja Donan hala ke darat pondoknya. Maka naiklah Raja Madong Bongsu ke pondok itu mencari Raja Donan. Dicarinya tak ada orang barang seorang pun; tetapi ada dilihatnya asap api berkesul (berkepul) sahaja dan periuk terjerang di atas tungku dapur. Kemudian, ia turun dari atas pondok itu sambil mencari-cari, maka tiba-tiba dilihatnya ada basung (gabus) tiga kerat. Maka diangkatnya basung-basung itu dan dikerahkan Budak Bertujuh memikulnya. Maka dipikullah oleh tiga orang Budak Bertujuh.

Setelah hampir dengan bahtera, maka melelaslah bahu budak tiga orang itu kerana memikul basung tiga kerat tadi. Maka dihempaskan mereka basung itu ke atas pasir.

Setelah jatuh, maka basung itu tak dapat diambil dan tidak dapat dicungkis lagi. Basung itu terus tenggelam ke dalam pasir. Pada pandangan Budak Bertujuh, basung itu meneng-gelamkan diri sehingga sama paras dengan muka pasir. Maka beberapa juga dicungkis tidak juga dapat basung itu. Maka putuslah harapan Raja Madong Bongsu hendak mengambil basung itu. Maka ia pun belayarlah balik. Sejurus sejenang panjang kemudian, maka tibalah dia di istananya. Puteri Permaisuri sedang duduk di pintu besar. Ia pun turun ke tanah menyambut ketibaan baginda sambil bertanya:

"Apa khabar kanda?"

"Oh," katanya, "Khabar baik, adinda."

"Berjumpakah kanda dengan Awang Donan?"

"Tidak. Kakanda tak dapat berjumpa dengan dia, adinda." Sambil bercakap itu, Raja Madong Bongsu berjalan naik ke istana lalu menyambung, "Kakanda berjumpa asap api sahaja, belum padam lagi puntungnya. Periuknya terjerang di atas tungku tetapi orangnya tak ada. Kemudian, kanda pergi ke darat pondok lalu berjumpa dengan basung tiga kerat."

"Itulah dia Awang Donan, kanda. Yang di kanan itu Temenggung Bendahara, yang di kiri Mak Inang dan yang di tengah itu Awang Donan."

"Kanda dah kerahkan Budak Bertujuh memikul basung itu ke bahtera, tetapi tidak dapat dibawa balik. Basung itu jatuh, kemudian tenggelam ke dalam pasir."

"Tak apalah kanda. Itu tandanya yang Awang Donan tidak akan dapat ke tangan kanda."

Page 33: Bahan Untuk Sulaltus Salatin Dan Hikayat Abdullah

Sumber: Diubahsuaikan daripada penceritaan Esah Muhammad Akil, Temerloh, 1961. Zaharah Mohd. Khalid, 1971

http://mutiarasastera.blogspot.com/

UNSUR-UNSUR ISLAM DALAM SULALATUS SALATIN1.SEJARAH KEDATANGAN ISLAM DI PASAI DAN MELAKA

Penceritaan mengenai kemasukan Islam ke Pasai dan Melaka telah dimetoskan Di Pasai, Merah Silu diislamkan oleh Fakir Muhammad. Pada malamnya bermimpi berpandangan dengan Rasulullah. Rasulullah meminta baginda menganga mulut. Diludahinya, pada keesokannya badannya berbau narawastu Baginda dapat membaca al-Quran tanpa diajar, kemudian menukar namanya kepada Sultan Malikut Salleh.

Di Melaka, Raja Kecil Besar bermimpi berpandangan dengan keelokkan Rasulullah. Rasulullah meminta baginda mengucap dua kalimah syahadat dan meminta Raja Kecil Besar menukar namanya kepada Raja Muhammad. Keesokan harinya didapati badannya berbau narawastu dan kalam sudah dikhatankan. Baginda dapat membaca al-Quran.Mimpi baginda menjadi kenyataan dimana pada waktu asar kapal Syed Abdul Aziz turun ke pantai Melaka dan beliau bersembahyang di situ.

Tujuan dimetoskan kedatangan Islam iniadalah bertujuan mengagungkan Islam. Ia memberi gambaran bahawa Islam benarbenar berkembang di Melaka, bermula di istana Melaka dan terus berkembang di kalangan rakyat jelata. Raja Melaka pertama beragama Islam ialah Sultan Muhammad Syah.Gelaran Sultan digunakan setelah Melaka memeluk Islam.

2. PENYEBUTAN DAN PENONJOLAN TOKOH-TOKOH ISLAMTokoh Iskandar Zulkarnain adalah pahlawan Islam yang terkenal gagah berani dalam menaikkan martabat Islam di dunia. Tokoh ini dikaitkan dengan asal usul keturunan raja Melaka bertujuan untuk menunjukkan keagungan raja. Tokoh-tokoh lain yang disebut seperti tokoh pahlawan Islam yang terkenal Amir Hamzah Tokoh-tokoh pendakwah Islam,ulama-ulama Islam dari Asia Barat datang ke Melaka bertujuan mengembangkan agama Islam dan mengajar ilmu Islam berpusat di istana Melaka.Tokoh-tokoh tersebut seperti : Syed Abdul Aziz

Page 34: Bahan Untuk Sulaltus Salatin Dan Hikayat Abdullah

Maulana Abu Bakar Kadi Yusuf Maulana Sadar Jahan Tokoh-tokoh ini diberi penghormatan dan pengiktirafan tinggi di istana Melaka. Mereka sangat berpengaruh terutama dalam soal-soal berkaitan dengan hal-ehwal keagamaan.

3. ADAT ISTIADAT DAN PERUNDANGANUnsur-unsur Islam terdapat dalam adat istiadat dan perundangan yang diamalkan kerajaan Melaka. Ia meliputi : Upacara akad nikah kahwin Perayaan-perayaan hari kebesaran Islam seperti menyambut Hari Raya Aidil Fitri dan Hari Raya Korban Adat-adat seperti berkhatan.Amalan wasiat menjadi suatu amalan kepada raja-raja Melaka yang mangkat meninggalkan wasiat kepada pembesar negeri dan putera mahkota. Misalnya, wasiat kepada Raja Ahmad. Juga wasiat Sultan Alauddin Riayat Syah kepada Sultan Mahmud. Melalui wasiat ini ia terselit serta kaya dengan unsur-unsur pengajaran dan nasihat yang bersumberkan al-Quran dan hadis.

4. KARYA-KARYA KESUSASTERAAN ISLAMIstana Melaka meyimpan karya-karya sastera Islam seperti pahlawan Islam yang terkenal iaitu Hikayat Muhammad Hanafiah dan Hikayat Amir Hamzah Hikayat-hikayat ini dibaca oleh panglimapanglima Melaka untuk menaikkan semangat keperwiraan menentang musuh/Peringgi. Penceritaan diselit dengan puisi Arab iaitu syair. Penggunaan puisi atau bidlan Arab ini dalam menjelaskan sesuatu gambaran berkesan memberi nilai estetika pada teks tersebut.Contohnya menggambarkan keadaan Sultan Mahmud Syah ketika melihat kecantikan Tun Fatimah.

5. PENDIDIKAN DAN PERKEMBANGAN ILMU KEISLAMANIstana digambarkan sebagai pusat pengajian ilmu-ilmu Islam. Contohnya : Pasai sebagai pusat bermuzakarah mengenai ilmu fiqah menikut mazhab Shafie Istana merupakan pusat pengajaran Islam di mana sultan dan pembesar turut belajar dan menuntut ilmu. Ulama-ulama,guru-guru agama dan pendakwh berkumpl di istana. Contohnya Maulana Sadar Jahan dari Jeddah mengajar di Melaka. Maulana Yusof mengajar tasawuf.Kitab-kitab agama seperti Kitab Darul Mazlum dibawa ke Melaka oleh Maulana Abu Bakar dan diajar di istana Melaka. Sultan Mansur Syah turut belajar kitab itu. Utusan Melaka ke Pasai menyelesaikan masalahmasalah berkait ilmu Islam

Page 35: Bahan Untuk Sulaltus Salatin Dan Hikayat Abdullah

kerana di Pasai ramai ulama-ulamaberkumpulbermuzakarah tentang ilmu-ilmu keislaman.

6. TEKNIK PENULISAN SULALATUS SALATINMukadimmah dimulai dengan Bismillahirrahmanir-rahim. Dalam mukadimah juga disertakan ayat-ayat alQuran dan diikuti pula dengan terjemahan dalam Bahasa Melayu. Bagi menjelaskan sesuatu atau sebagai perbandingan,pengarang memasukkan syair dan bidalan Arab dengan disertakan terjemahannya sekali. Struktur penulisan menggunakan gaya khutbah. Ini jelas ketika memberi nasihat yang meleretleret dalam wasiat.Penggunaan kalimat-kalimat Arab-Parsi digunakan dalam ayat antaranya Syahbandar, alam, bahara, sahibul hikayat dan lain-lain.

Dicatat oleh Zulkiflee Manaf   di Jumaat, Oktober 29, 2010 Tiada ulasan:     Pautan pada catatan ini

E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest

Reaksi:

Antara beberapa peristiwa pengembaraan dalam Sulalatus Salatin1. Raja Iskandar Zul-Karnain dari Makaduniah mengembarakeTimur (Negeri Matahari Terbit). - Dalam pengembaraan berjaya menakluki negeri Hindi dan mengislamkan Raja Kida Hindi. Berkahwin dengan Puteri Syahrul-Bariyah dengan diwalikan oleh Nabi Khidir. - Keturunan Raja Iskandar Zul-Karnain mewarisi kerajaan Kida Hindi. - daripada keturunan ini juga terus kepada beberapa keturunan hinggalah sampai kepada Raja Suran.

2. Pengembaraan Raja Suran ke Temasik dan ke Negeri Bawah Laut. - Raja Suran telah mengembara daripada negeri-negeri di utara terus ke Langgiu dan sampai ke Temasik. Kemudian meneruskan perjalanan/ pelayaran untuk menyerang negeri China. Rancangan dibatalkan setelah mendapat tahu bahawa negeri China terlalu jauh (helah pembesar China). - Raja Suran bercadang mengembara turun ke dalam laut. - Turun ke dalam laut melalui peti kaca, berpesawat dari dalam. Dapat melihat

Page 36: Bahan Untuk Sulaltus Salatin Dan Hikayat Abdullah

pemandangan di alam lautan. - Sampai ke negeri Dika. Raja negeri DiKa bernamaAktabu'l-Ard.Berkahwindenganputeri Mahtabu'l-Bahri. Hasil perkahwinan dapattiga orang putera: - Nila Pahlawan - Krisyna Pandita - Nila Utama - Sebelum Raja Suran balik ke Benua Keling berpesan kepada isterinya agar hantar ketiga-tiga putera ke dunia apabila mereka dewasa. Dari sinilah asalnya disusur galur keturunan Raja-raja Melayu Melaka.

3. Pengembaraan ketiga-tiga putera Raja Suran ke Bukit Si Guntang Mahamiru. - Putera-putera Raja Suran iaitu Nila Pahlawan, Krisyna Pandita dan Nila Utama menaiki lembu putih daripada dalam laut ke kawasan perhumaan Wan Empuk dan Wan Malini. Ketibaan ketiga-tiga orang putera Raja Suran menjadikan padi bertukarjadi emas, batangnya jadi perak dan daunnya jadi tembaga suasa. - Wan Empuk dan Wan Malini dua beradik itu jadi kaya raya. - Lembu kenaikan mereka muntah, keluar seorang budak lelaki, diberi nama Batala. Seri Teri Buana kahwin dengan ramai gadis, kesemua jadi kedal. Kahwin dengan Raden Ratna Cendera Puri, puteri Raja Palembang tidak kedal dan dilantik jadi Raja Palembang.

4. Pengembaraan Seri Teri Buana ke Tanjung Bemban dan Temasik. - Semua menyeberang ke Temasik, kapal Seri Teri Buana dipukul ribut taufan. Anak-anak kapal telah berusaha membuang muatan dalam kapal termasuk harta benda tapi tidak berhasil. - Apabila dibuang mahkota ke dalam laut, barulah ribut berhenti. - Sampai di daratan, jumpa binatang seperti singa. Besar sedikit daripada kambing randuk. - Bulu warna perang. Sifatnya tangkas. Dikenali dengan nama singa. Seri Teri Buana buka Singapura ->• beri namasempena nama binatang ->• Singapura.

5. Pengembaraan Raja Iskandar Syah dari Singapura ke Muar terus ke Bertam-

Page 37: Bahan Untuk Sulaltus Salatin Dan Hikayat Abdullah

- Raja Iskandar Syah (Raja Singapura) terpaksa lari dari Singapura menyelamatkan diri daripada ditawan angkatan Majapahit. - Sepanjang perjalanan baginda dari satu tempat ke satu tempat berlaku kejadian ajaib dan aneh. - Sampai ke satu tempat, menemui timbunan bangkai biawak -> dinamakan sebagai biawak busuk. - Sampai di satu kota, mendapati kota itu bertukar menjadi buruk apabila tiba waktu malam ->• dinamakan sebagai Kota Buruk. - Sampai di suatu anak sungai, Raja Iskandar Syah berehat di bawah sebatang pokok. Ketika ini baginda melihat kejadian aneh iaitu anjing perburuan ditendang oleh seekorpelandukputlft hinggajatuh ke sungai. - Raja Iskandar Syah kagum melihat keberanian pelanduk putih. Baginda membuat tafsiran tentang kejadian aneh itu sebagai suatu petanda baik jika sekiranya tempat berlaku kejadian itu dibuka dan dijadikan negeri. - Tempat berlaku kejadian aneh dibuka, diberi nama "Melaka" sempena pohon tempat baginda bersandar ketika meihat kejadian ajaib itu.

6. Pengembaraan Tun Perpatih Putih ke negeri China dan pengembaraan Menteri Jana Putera dan Tun Telanai ke negeri China. - Tun Perpatih Putih dilantik sebagai utusan kerajaan Melaka ke negeri China. - PerjalananTun Perpatih Putih tidak menghadapi sebarang masalah. Rombongan Melaka selamat sampai ke negeri China dengan membawa sagu rendang sarat sebuah pilau. - Beberapa peristiwa "lucu" berlaku sewaktu rombongan berada di negeri tersebut yang menunjukkan kelebihan serta kebijaksanaan orang-orang Melaka mengatasi rakyat China.

- Rombongan Melaka diketuai oleh Menteri Jana Putera dan Tun Telanai bertujuan membawa surat sembah Raja Melaka kepada Maharaja China. - Sultan Melaka bersetuju menghantar surat sembah kepada Maharaja China setelah menjadi menantu Maharaja China. - Pelayaran ke negeri China mengalami sedikit masalah. Kapal angkatan Melaka bias ke Brunei. Raja Brunei bertanyakan Menteri Jana Putera - • sama ada raja Melaka mengirim sembah kepada Maharaja China?

Page 38: Bahan Untuk Sulaltus Salatin Dan Hikayat Abdullah

- Utusan Melaka memberi alasan mengatakan bahawa yang berkirim salam itu ialah rakyat jelata bukannya baginda sultan. - Maharaja China menerima sembah sultan Melaka - mendapat penyakit kedal (gatal-gatal) - tabib memberitahu ubatnya "dengan meminum airbasuh kaki raja Melaka dan disapu di muka."

7. PengernbaraanTunMamadkePuncakGunung Ledang. - Tujuannya untuk meminang Puteri Gunung Ledang seperti mana yang diinginkan oleh Sultan Mahmud Syah. - Sultan Mahmud Syah inginkan seorang isteri yang mempunyai keistimewaan luar biasa, kecantikan yang tidak ada tolok bandingnya. - Perjalanan Tun Mamad mendaki Gunung Ledang membawanya sampai ke suatu taman ajaib.

Tun Mamad menemui; - pokok-pokok kayu sedang berlagu. - bunga tanjung biru dan bunga-bunga menyanyi, berseloka dan berpantun. - Menemui seorang tua bongkok tiga ->• memberitahu dirinya sebagai wakil Tuan Puteri Gunung Ledang untuk menyampaikan hasrat Tuan Puteri iaitu;

- Syarat-syarat menerima pinangan. Sultan Mahmud Syah hendaklah menyediakan barang-barang hantaran seperti berikut; (i) tujuh dulang hati kuman (ii) tujuh dulang hati nyamuk (iii) satu jembatan emas (iv) satu jambatan perak merentasi dari istana Melaka ke Gunung Ledang (v) darah raja semangkuk (vi) darah anak raja (RajaAhmad) semangkuk. - Tun Mamad dan rombongan kembali ke Melaka membawa berita tentang permintaan Tuan Puteri Gunung Ledang sebagai syarat peminangan diterima. - Kisah pengembaraan ini merupakan sebuah episod yang digolongkan sebagai kisah mitos alegori (atau mitos sindiran). - Sindiran ditujukan kepada Sultan Mahmud Syah kerana sifat-sifat buruknya iaitu tergila-gilakan wanita cantik/mementingkan kepuasan hawa nafsu diri sendiri.

8. Pengembaraan Hang Nadim dari Melaka ke Benua Keling. - Hang Nadim dan rombongan diutuskan untuk membeli kain serasah.

Page 39: Bahan Untuk Sulaltus Salatin Dan Hikayat Abdullah

- Kain yang dikehendaki -*• kain serasah 40 bagai, pada 40 helai, sehelai 40 perkara bunga. - Hang Nadim dipilih kerana beliau mempunyai kepakaran dalam tulis menulis dan menulis corak. - Pelayaran Hang Nadim ke benua Keling dengan menumpang kapal Hang Isap sebagai pedagang Melaka. - Sewaktu di benua Keling, Hang Nadim berjaya melukiskan corak kain yang dikehendaki sultan Melaka. - Pelayaran pulang dari benua Keling ke Melaka menghadapi masalah. Kapal Hang Isap dipukul ribut dan tenggelam. - Hang Nadim berjaya meyelamatkan diri beserta beberapa helai kain sahaja. Kesan daripada kegagalan memenuhi kehendak Sultan Mahmud Syah itu, maka Hang Nadim telah dimurkai sultan.

Kepentingan Peristiwa Pengembaraan 1. Menunjukkan keturunan raja-raja Melaka adalah; - agung dan mulia - berasal dari raja yang terkenal, gagah dan hebat. - asal dari keturunan yang ternama, handal dan bijaksana.

2. Memperlihatkan kelainan dan keluarbiasaan keturunan raja. - luar biasa dari segi keturunan (ajaib). - Retainan siTaT-sifaT ciaripaQa manusia biasa. - zuriat terpilih, bijak, baik dan mulia. Contoh: Pengembaraan Raja Suran turun ke negeri dalam laut berkahwin dan berputera ->• dari sini disusurgalurkan keturunan raja-raja Melayu. (Lihat huraian peristiwa dan fakta 2 di atas).

3. Menunjukkan unsur kesaktian yang tidak dimiliki rakyat biasa dikenali keturunan raja-raja Melaka. - kesaktian pada raja/bukan sembarangan. - sifat-sifat agung.

Page 40: Bahan Untuk Sulaltus Salatin Dan Hikayat Abdullah

Contoh: Episod pengembaraan ketiga-tiga putera Raja Suran dari negeri bawah laut ke Bukit Si . Guntang-'-naiklembu putih->-ketibaanmereka menyebabkan nasib baik kepada Wan Empuk dan Wan Malini ->• kaya raya. Padi bertukarjadi -'• emas, daun -'• perak, batang ->• suasa.

4. Berkaitan dengan mitos pembukaan sesebuah negeri. - Cara pembukaan luar biasa, berkait dengan sifat luar biasa watak-watak dari Tanjung Bemban untuk membuka Temasik ->• binatang singa. - Pengembaraan dari Singapura akhirnya membawa kepada pembukaan Melaka ->• pelanduk putih yang berani menendang anjing perburuan hingga jatuh ke sungai.

5. Menunjukkan pakaian raja/perhiasan/senjata dan peralatan milik raja mempunyai unsur kesaktian/hikmat. Contoh 1: Pengembaraan Seri Teri Buana ke Tanjung ' Bemban dan Temasik ->• sewaktu belayar ke Temasik perahu dipukul ribut dan gelombang -> buang mahkota untuk selamatkan pelayaran. Contoh 2: Pengembaraan Seri Teri Buana dari Palembang ke Bintan. Dalam pelayaran sampai ke kuala Inderagiri mereka kekurangan air ->• Seri Teri Buana membuat lingkaran rotan, dicampakkan ke dalam air, dicelupkan ibu kaki ke dalam lingkaran rotan ->• air masin dalam lingkaran rotan menjadi tawar.

6. Memperlihatkan kepintaran pembesar dan raKyat IVlelaKa. - melambangkan kewibawaan raja Melaka. - raja Melaka lebih mulia dan hebat. Contoh: Pengembaraan Tun Perpatih Putih ke China sebagai perutusan raja Melaka. - bijaksana - makan kangkung yang dimasak tanpa dikerat. - ubat kedal raja China ->• minum air basuh kaki raja Melaka

Dicatat oleh Zulkiflee Manaf   di Jumaat, Oktober 29, 2010 Tiada ulasan:     Pautan pada catatan ini

Page 41: Bahan Untuk Sulaltus Salatin Dan Hikayat Abdullah

E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest

Reaksi:

HELAH DAN KEBIJAKSANAAN / UNSUR TIPU MUSLIHATPeristiwa atau episod yang menunjukkan kebijaksanaan akal fikiran dan muslihat bagi tujuan mengatasi sesuatu masalah seterusnya mengandungi unsur-unsur menunjukkan satu pihak mengatasi pihak (golongan) yang lain.

Di sebalik helah dan kebijaksanaan akal fikiran ini, terselit secara halus unsur-unsur humor terutama dari perlakuan dan tindakan yang agak ganjil dan pelik.

Contoh peristiwa helah /kebijaksanaan ialah;

1. Kebijaksanaan Pembesar China membuat helah mengelak serangan Raja Suran dan menyelamatkan negeri China.

2. Kebijaksanaan Tun Perpatih Putih memberitahu Maharaja China tentang kegemaran orang-orang Melaka makan sayur kangkung tanpa dikerat sebagai helah untuk melihat wajah Maharaja China,

3. Kebijaksanaan Tun Telanai membuat helah bagi mengelakkan angkatan Melaka menentang musuh disebelah ketumbukan musuh yang kuat.

4. Kebijaksanaan Tun Perak mengatur strategi peperangan iaitu dengan menambat puntung api pada pokok-pokok yang berada di sepanjang sungai sebagai helah menunjukkan angkatan Melaka mempunyai bilangan anggotayang ramai.

5. Kebijaksanaan utusan Melaka (sewaktu berada di luar negara menjawab pertanyaan seeara sepontan). Dalam usaha mempertahankan martabat dan kedudukan raja Melaka daripada dipandang rendah oleh pemerintah kerajaan lain.

Intisari Fakta

Page 42: Bahan Untuk Sulaltus Salatin Dan Hikayat Abdullah

1. Kebijaksanaan pembesar China membuat helah mengelak serangan Raja Suran dan menyelamatkan negeri China.

- Pembesar China mencari helah mengelakkan angkatan Raja Suran belayar ke negeri China seterusnya menyerang dan menakluki negeri China.

- Menghantar satu rombongan dalam sebuah pilau (kapal) terdiri daripada orang-orang tua yang telah tanggal gigi, bongkok, tanaman buah-buahan yang sedang berbuah.

- Orang-orang dan tanaman bagi menunjukkan (melambangkan) betapa jauhnya jarak negeri China dari Temasik. Pelayaran ke negeri China akan memakan masa yang begitu lama untuk sampai.

- Jarak masa yang lama dan perjalanan yang jauh dilambangkan daripada; (i) waktu mula belayar, mereka masih muda belia, umur belasan tahun, pokok buah-buahan yang kini telah berbuah, baru ditanam dari biji sewaktu mula belayar. (ii) kini tiba diTemasik,umur kami sudah tua, gigi telah tanggal, pokok telah berbuah.

- Raja Suran terpedaya dengan helah pembesar China. Disebabkan pelayaran jauh dan lama, Raja Suran berpendapat angkatannya tidak akan berhasil menakluki negeri China.

- Rancangan menyerang negeri China dibatalkan. Negeri China terselamat kesan kebijaksanaan akal fikiran pembesar-pembesar yang cerdik.

2.Kebijaksanaan Tun Perpatih Putih memberitahu Maharaja China tentang kegemaran orang-orang Melaka makan sayur kangkung tanpa dikerat sebagai helah untuk melihat wajah Maharaja China.

- Mengikut adat orang-orang China, rakyat tidak boleh melihat wajah Maharaja mereka. Ketika mengadap, Maharaja China duduk dalam mungkur kaca pada

Page 43: Bahan Untuk Sulaltus Salatin Dan Hikayat Abdullah

aras yang agak tinggi. Rakyatmengadapdimestikanberlututdansujud di hadapan Maharaja.

- Utusan-utusan Melaka diketuai oleh Tun Telanai dan Tun Perpatih Putih tersangat ingin melihat wajah Maharaja China. Peluang keemasan digunakan sebaiknya oleh Tun Perpatih Putih apabila Maharaja China bertanyakan tentang makanan kegemaran orang-orang Melaka. - Diberitahu bahawa orang-orang Melaka gemar makan sayur kangkung yang dimasak dengan tidak dikerat-kerat.

- Apabila makanan itu dihidangkan, orang-orang Melaka terpaksa membimbit hujung sayur kangkung serta menengadah kepala untuk menyuapkan sayur ke mulut. Ketika inilah mereka dapat melihat wajah Maharaja China.

- Kebijaksanaan jelas tergambar daripada akal fikiran Tun Perpatih Putih yang 'mencuri' peluang secara tidak langsung. Helah orang-orang Melaka tidak disedari oleh orang-orang China.

3.Kebijaksanaan Tun Telanai membuat helah bagi mengelakkan angkatan Melaka menentang musuh di sebelah ketumbukan musuh yang kuat (Utusan Melaka di Negeri Siam).

- Rombongan Melaka ke negeri Siam diketuai oleh Tun Telanai dan Menteri Jana Putera. - Sewaktu di negeri Siam, raja Siam ingin menguji kekuatan dan kesetiaan rombongan Melaka dengan meminta pertolongan membantu angkatan perang Siam menentang musuh-musuh di Siam di sempadan.

- Siam sengaja mengatur agar angkatan Melaka menentang musuh di sebelah ketumbukan musuh yang kuat. Kebetulan pula kedudukan musuh berada di sebelah matahari jatuh. - Tun Telanai tidak mahu memalukan orang-orang Melaka seterusnya menjatuhkan martabat raja Melaka sekiranya kalah dalam peperangan itu. Dari itu Tun Telanai cuba mengelak daripada berperang di sebelah matahari jatuh

Page 44: Bahan Untuk Sulaltus Salatin Dan Hikayat Abdullah

(musuh kuat) dengan member! alasan;

(i) orang-orang Melaka beragama Islam tidak boleh berperang mengadap matahari jatuh yang juga merupakan kiblat sembahyang penganut-penganut Islam. - Siam bertolak ansur dan memindahkan angkatan Melaka berperang di sebelah matahari naik yang kebetulan musuhnya agak lemah.

- Angkatan Melaka berjaya mengalahkan musuh dengan jayanya. Raja Siam gembira dan mengakui kekuatan orang-orang Melaka seterusnya melambangkan kekuatan kerajaan Melaka.

4. Kebijaksanaan Tun Perak mengatur strategi peperangan iaitu dengan menambat puntung api pada pokok-pokok yang berada di sepanjang sungai sebagai helah untuk menunjukkan angkatan Melaka mempunyai bilangan anggota yang ramai. (angkatan yang besar dan kuat)

- Tun Perak telah diberi tanggungjawab mengetuai angkatan perang Melaka menyekat kemaraan angkatan perang Siam yang bertujuan menyerang Melaka. Angkatan Siam berkampung di Batu Pahat.

- Tun Perak berhasrat mengelak berlaku pertempuran (peperangan) antara kedua-dua angkatan tersebut dengan cara membuat helah seperti berikut; "setiap pokok yang berada disepanjang tebing sungai telah ditambat puntung api. Cahaya api yang begitu banyak dapat dilihat dengan jelas di seberang sungai."

- Pada sangkaan orang-orang Siam, angkatan Melaka sangat besar, mempunyai bilangan yang ramai. Keadaan seperti ini tentu menunjukkan angkatan Melaka sangat kuat(biasanya setiap puntung api dipegang oleh seorang hulubalang).

- Siam membatalkan rancangan menyerang Melaka kerana menyangka angkatan Melaka sangat besar dan kuat berbanding dengan kemampuannya. Mereka tidak menyangka helah yang dilaksanakan Tun Perak bagi mengaburi mata orang-orang Siam itu.

Page 45: Bahan Untuk Sulaltus Salatin Dan Hikayat Abdullah

- Kesannya: kebi)aksanaan akal Tun perak yang mengetuai angkatan perang Melaka dapat mengelakkan berlaku pertempuran berdarah dan menyelamatkan Melaka dari ancaman Siam.

5. Kebijaksanaan Utusan Melaka (sewaktu berada di luar negeri) menjawab pertanyaan secara sepontan dalam usaha mempertahankan martabat dan kedudukan raja Melaka daripada dipandang rendah oleh pemerintah kerajaan lain.

5.1 Utusan Melaka di Negeri Siam - Raja Siam bertanyakan Tun Telanaimakna (maksud) nama Sultan Mansur Syah. - Tun Telanai memberitahu maksud "Mansur Syah" ialah; "...... raja yang dimenangi akan Al¬lah Ta'ala daripada segala seterunya." (Sulalatus Salatin, him. 109)

5.2 Utusan Melaka dalam pelayaran ke negeri China. - Kapal angkatan Melaka ke negeri China dipukul ribut dan bias ke Brunei.

- Rombongan Melaka diketuai oleh Tun Telanai dan Menteri Jana Putera membawa surat sembah raja Melaka kepada Maha¬raja China setelah raja Melaka menjadi menantu baginda.

- Raja Brunei bertanyakan kepada Tun Telanai bunyi surat kiriman raja Melaka kepada raja China. Setelah mendengar bunyi surat itu, raja Brunei bertanyakan utusan sama ada raja Melaka menghantar surat sembah kepada Maharaja China.

- Menteri Jana Putera menjawab dengan menaflkan dan memberitahu bahawa raja Melaka tidak mengirim "sembah" kepada raja China, kerana erti "sahaya" dalam surat raja Melaka itu bermaksud "hamba". Maka yang berkirim sembah itu adalah rakyat Melaka bukannya raja Melaka.

Page 46: Bahan Untuk Sulaltus Salatin Dan Hikayat Abdullah

- Jawapan Menteri Jana Putera itu hanya sebagai satu alasan sahaja bagi mempertahankan ketinggian martabat raja Melaka daripada dipandang rendah oleh raja Brunei.

- menunjukkan pembesar-pembesar negeri, terutamanya utusan Melaka memiliki kepintaran akal dan kebijaksanaanterutama dalam menjaga imej baik raja dan kerajaan Melaka.

Dicatat oleh Zulkiflee Manaf   di Jumaat, Oktober 29, 2010 Tiada ulasan:     Pautan pada catatan ini

E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest

Reaksi:

Faktor-faktor kejatuhan Melaka ke tangan Portugis

i) Kelemahan pemerintahan Sultan Mahmud Syah

- Sultan Mahmud mementingkan diri sendiri, mementingkan hawa nafsudaripada hidup rakyat- contoh: mengadakan hubungan sulit dengan isteri Tun Biajid dan Tun Dewi

ii) Sultan Mahmud bernafsu besar

- Baginda sanggup menyusahkan rakyat kerana mengikut nafsunya. Hal ini telah menimbulkan kebencian di hati rakyat.- Contoh: selepas permaisuri mangkat berhasrat untuk berkahwin denganPuteri Gunung LedangTerpikat dengan kecantikan Tun Teja tunangan sultan AbdulJamal, menyuruh pembesar melarikan Tun TejaTergoda dengan kejelitaan Tun Fatimah, anak bendahara SeriMaharaja

iii) Musuh dalam Negara

- Fitnah oleh penghulu saudagar Nina Sura Dewana dan raja Mandaliarberhubung dengan Kitul yang berhutang membawa kepada pembunuhan

Page 47: Bahan Untuk Sulaltus Salatin Dan Hikayat Abdullah

bendahara- contoh: Terbunuhnya keluarga bendahara Seri Maharaja (hilangnyabendahara yang bijak

iv) Tidak bijak memerintah

- Baginda telah melantik bendahara yang tua dan tidak tahu memerintah serta cacat sebagai bendahara Melaka- Contoh: Bendahara Lubuk Batu – tepok

v) Portugis Menyerang Melaka

- Angkatan Portugis lengkap dengan kapal-kapal yang besar dan lengkap dengan kelengkapan perang- Contoh: Portugis datang dengan empat buah kapal besar,dan lima buah ghali panjang.

vi) Fitnah

- Fitnah berleluasa menyebabkan rakyat berpecah-belah dan Raja menjatuhkan hukuman tanpa usul periksa.- Cth : Fitnah ke atas Hang Tuah, Fitnah ke atas Bendahara Tun Mutahir ( Keluarga Tun Fatimah )

Dicatat oleh Zulkiflee Manaf   di Jumaat, Oktober 29, 2010 Tiada ulasan:     Pautan pada catatan ini

E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest

Reaksi:

UNSUR PATHOSPeristiwa 1Perceraian Tun Kudu oleh Sultan Muzaffar ShahPerceraian Tun Kudu adalah disebabkan perbalahan antara Tun Perak dengan Seri Nara Diraja. Sultan Muzaffar terpaksa menceraikan Tun Kudu demi

Page 48: Bahan Untuk Sulaltus Salatin Dan Hikayat Abdullah

mendamaikan persengketaan antara Tun Perak dengan Seri Nara Diraja. Sebagai seorang wanita yang masih muda Tun Kudu turut menanggung penderitaan diceraikan demi kepentingan Melaka dan terpaksa berkahwin dengan Seri Nara Diraja Tun Ali yang telah tua. Namun Tun Kudu tidak mempunyai pilihan lain kerana ketentuan hidupnya terserah kepada ketentuan kuasa dipihak lelaki lebih-lebih lagi atas titah sultan.

Peristiwa 2Pembunuhan Bendahara Seri Maharaja Tun MutahirBendahara Tun Mutahir telah difitnah hendak merampas kuasa. Hal ini menyebabkan beliau dan semua ahli keluarganya dibunuh oleh Sultan Mahmud Syah, kecuali Tun Fatimah

Peristiwa 3Pertarungan Hang Tuah dan Hang JebatKesedihan dirasai apabila Hang Jebat telah menjadi korban demi membela penganiayaan keatas sahabat baiknya Hang Tuah. Tindakan Hang Jebat melakukan amuk dan membunuh demi membela ‘kematian’ sahabatnya telah membawa kecelakaan kepada dirinya. Ini kerana pantang Melayu menderhaka kepada raja. Sebagai seorang hamba yang setia kepada tuannya, Hang Tuah telah mengenepikan rasa persahabatan dan persaudaraan terhadap Hang Jebat. Hang Tuah tetap menurut titah raja, membunuh Hang Jebat yang dikatakan menderhaka kepada raja. Pembunuhan Hang Jebat menggambarkan kesetiaan Hang Tuah yang tidak berbelah bagi terhadap raja Melaka.

Peristiwa 4Pembunuhan Budak CerdikNasib malang yang menimpa seorang budak yang mencadangkan agar serangan todak ditepi pantai Singapura yang berkubukan betis manusia digantikan dengan batang pisang. Kepintaran budak cerdik ini telah dicemburui oleh pembesar-pembesar dan mula dicurigai. Lantas atas fitnah pembesar, budak itu telah dihukum bunuh kerana bimbang apabila dia besar kelak cuba merampas kerajaan pula.

Page 49: Bahan Untuk Sulaltus Salatin Dan Hikayat Abdullah

Peristiwa 5Pembunuhan Tun Jana KhatibNasib yang menimpa Tun Jana Khatib iaitu orang Pasai yang dihukum bunuh oleh raja Singapura iaitu Paduka Seri Maharaja. Dia telah dituduh cuba menunjuk-nunjukkan kesaktiannya dihadapan permaisuri iaitu isteri Paduka Seri Maharaja dengan menilik sebatang pinang dekat istana raja hingga terbelah. Raja mencemburui keistimewaan Tun Jana Khatib lalu menitahkan hukuman bunuh.

Peristiwa 6Pembunuhan Anak Sang Rajuna TapaNasib anak perempuan Sang Rajuna Tapa yang merupakan gundik Raja Iskandar Syah amat malang apabila dia telah dihukum bunuh dengan cara disula dan mayatnya telah diletakkan dihujung pasar. Hukuman ini dianggap sebagai satu penganiayaan kerana dia telah difitnah

Peristiwa 7Kematian Tun Besar Anak Tun PerakTun Besar anak Bendahara Paduka Raja Tun Perak telah dibunuh oleh Raja Muhammad kerana kesilapan kecil ketika bermain sepak raga.

Peristiwa 8Pembunuhan Raja ZainalAtas titah perintah Sultan Mahmud, Hang Berkat telah membunuh Raja Zainal dengan alasan menggugat keamanan Melaka. Namun hakikat sebenarnya, baginda bimbang Raja Zainal akan merampas kuasa kerajaannya.

Peristiwa 9Pembunuhan Tun Ali SandangTun Ali Sandang iaitu keluarga Seri Dewa Raja telah dibunuh oleh Tun Isap atas titah perintah Sultan Mahmud. Pembunuhan ini dianngap sebagai satu babak pilu kerana ia membabitkan seorang perempuan iaitu Tun Dewi.

Peristiwa 10

Page 50: Bahan Untuk Sulaltus Salatin Dan Hikayat Abdullah

Pembunuhan Seri Bija DirajaPembunuhan ke atas Seri Bija Diraja berpunca dari kelewatan beliau mengadap Sultan Mahmud Syah. Namun sebaliknya, Sultan mengesyaki sikap Seri Bija Diraja mengandungi unsur mahu menderhaka.

CIRI-CIRI KARYA AGUNG MELAYU

Antara ciri yang lazimnya dapat dilihat dalam karya agung ialah penggunaan perbendaharaan kata yang sangat menarik. hal ini dapat dilihat apabila penulis atau penghasil karya zaman dahulu amat kaya dengan perbendaharaan kata yang hebat dan tinggi

Page 51: Bahan Untuk Sulaltus Salatin Dan Hikayat Abdullah

maksudnya. Walaupun sesebuah karya tersebut telah diubah atau versi barunya telah ditulis oleh orang lain, namun penulis masih mengekalkan perbendaharaan kata yang terkandung dalam teks terawal. Sebagai contohdalam karya agung Sulaltus Salatin, perkataan Melayu asli kuno masih dapat dilihat berdasarkan perkataan nyiah, lasa, semakuk, bubung dan sebagainya. Bukan itu sahaja,, karya Sulalatus Salatin juga ditulis dengan memasukkan beberapa perkataan bahasa Arab yang tidak melibatkan sebarang proses asimilasi. Antara perkataan bahasa Arab yang terdapat dalam Sulalatus Salatin ialah kadhi, fikir dan khoja.

Selain itu, sesebuah karya agung lazimnya mengandungi cerita yang sarat dengan unsur agama, moral dan pedagogi. Seperti yang kita sedia maklum, masyarakat zaman dahulu menyampaikan nasihat dan pengajaran kepada orang lain melalui pelbagai medium seperti nyanyian, syair, pantun serta secara bertulis melalui karya agung. Melalui karya Sulalatus Salatin juga penulis dapat menyampaikan banyak pengajaran dan nasihat kepada masyarakat terutamanya kepada anak muda masa ini. Antara kisah yang terkandung dalam karya Sulalatus Salatin ialah kisah kezaliman raja serta cara hidup masyarakat Melayu terdahulu. Pengajaran yang dapat disampaikan melalui kisah ini ialah seseorang yang ingin menjadi pemimpin hendaklah adil dan tidak menganiaya golongan bawahan. Selain itu, rakyat atau golongan bawahan juga hendaklah akur dengan perintah raja. Hal ini demikian kerana sekiranya rakyat taat kepada pemerintah iaitu raja, negara kediaman mereka berada dalam keadaan aman damai

ULASAN KARYA AGUNG SULALATUS SALATIN

Page 52: Bahan Untuk Sulaltus Salatin Dan Hikayat Abdullah

Sulalatus Salatin

Menurut kamus dewan ‘karya’ merupakan kerja, buatan atau ciptaan, manakala ‘agung’ pula merupakan besar, terutama, teristimewa. Oleh yang demikian, karya agung merupakan karya yang istimewa yang mana memaparkan pemikiran bangsa Melayu zaman dahulu. secara umumnya karya agung bersifat karya sastera sejarah. Hal ini demikian kerana sifat karya agung tersebut yang terdiri daripada kisah zaman pemerintahan raja-raja yang sememangnya tercatat dalam sejarah disamping turut terselit unsur mitos, lagenda mahupun humor dalam karya agung tersebut.

Berdasarkan karya Sulalatus Salatin yang juga turut dikenali sebagai Sejarah Melayu merupakan satu karya sejarah mengenai kebangkitan, kegemilangan dan kejatuhan zaman Kesultanan Melayu Melaka. Karya ini bersifat sastera sejarah kerana terdapat unsur mitos, lagenda, tiada tarikh dan sebagainya. Selain itu, secara keseluruhannya, karya Sulalatus Salatin ini menceritakan mengenai tampuk pemerintahan zaman kesultanan Melaka, pembukaan negeri, kepahlawanan pendekar Melayu serta turut menceritakan mengenai ketatanegaraan. Konsep waad dalam karya ini juga menjadikan teras dalam pemerintahan kesultanan Melayu ketika itu, yang mana rakyat wajib mentaati raja, manakala raja harus adil dan saksama. Hal ini kerana, berdasarkan waad tersebut yang telah di perkenalkan oleh demang lebar daun, rakyat yang tidak patuh akan raja akan mendapat tulah misalnya atap rumah ke bawah, tiang ke atas. Manakala bagai raja yang zalim pula turut akan mendapat musibah misalnya keruntuhan kerajaan yang dimilikinya. Hal ini dapat di lihat dalam petikan yang berikut:

Page 53: Bahan Untuk Sulaltus Salatin Dan Hikayat Abdullah

Maka sembah Demang Lebar Daun, “Baiklah tuanku,tetapi jikalau anak cucu duli tuanku dahulu  mengubahkan, anak cucu patik pun berubahlah tuanku.” Maka titah Seri Teri Buana, “baiklah paman,  kabullah hamba akan waad itu.” Maka baginda pun bersumpah-sumpahanlah dengan   Demang Lebar  Daun. Titah Baginda “barang siapa hamba Melayu derhaka mengubah perjanjiannya, di balikkan Allah  bumbungan rumahnya ke bawah kaki ke atas.” Maka sembah Demang Lebar daun, “Jikalau raja Melayu  

itu mengubahkan perjanjian dengan hamba Melayu, binasakan Allah negerinya dan takhta  kerajaannya.”

(Sulalatus Salatin: 26)

Manakala antara contoh mitos yang terdapat dalam karya agung Sulalatus Salatin seperti penceritaan asal usul Puteri Tanjung Buih yang di ceritakan dalam petikan :

Sebermula pada suatu hari, hanyut buih dari hulu terlalu besar, maka di lihat orang dalam buih itu ada seorang budak perempuan, terlalu baik rupanya. Maka di persembahkan oranglah kepada Seri Teri  Buana, maka di suruh baginda ambil; maka di namai baginda akan budak itu Puteri Tanjung Buih, di  

angkat baginda anak terlalulah baginda dua laki isteri akan Puteri Tanjung Buih itu.

(Sulalatus salatin:27)

HIKAYAT ABDULLAH

SINOPSIS HIKAYAT ABDULLAH

Hikayat Abdullah Munsyi merupakan suatu penceritaan yang menggambarkan kehidupan

penduduk negeri Melaka. Keadaan ini berlaku dalam tahun 1800 hingga tahun 1840-an.

Peristiwa yang berlaku dialami, dilihat dan didengar  sendiri oleh Abdullah Munsyi (Abdullah

Page 54: Bahan Untuk Sulaltus Salatin Dan Hikayat Abdullah

Bin Abdul Kadir Munsyi).Hikayat Abdullah bukan berupa penulisan sejarah atau politik yang

tulin. Buku tersebut tidak membentangkan suatu analisis sejarah yang mengesahkan pergolakan

politik dan pemerintahan. Tiada sebarang tarikh yang spesifik atau releven dimuatkan dalam

kisah-kisah yang dihuraikan oleh beliau.

            Hikayat Abdullah mengandungi riwayat hidup Abdullah, keturunan, perihal zaman

kanak-kanak, zaman persekolahan, serta minat dan latar belakang keluarga beliau. Namun semua

itu hanya terkandung pada permulaan hikayat ini sahaja iaitu sebagian kecil sahaja daripada

penceritaan Hikayat Abdullah. Bagaimanapun, sesetengah tokoh sastera atau sejarah berpendapat

bahawa Hikayat Abdullah boleh diklasifikasikan sebagai sebuah penulisan

autobiografi.Sebahagian besar yang dikisahkan di dalam Hikayat Abdullah adalah berkaitan

peristiwa harian terutamanya yang berkaitan dengan perhubungan dan pengalaman Abdullah

sendiri dengan orang-orang Inggeris, iaitu para pegawai Inggeris yang bekerja di dalam kerajaan

atau di luar kerajaan, selain itu, penceritaan ini juga berhubungan tentang penduduk tempatan

dengan pemerintah. Oleh sebab itu, terdapat tokoh sastera yang berpendapat kurang tepat jika

menyifatkan buku tersebut sebagai autobiografi.

         Dalam Hikayat Abdullah ini juga, Abdullah sering menurunkan pemikiran dan falsafah

beliau terhadap beberapa isi. Misalnya berkenaan dengan bahasa Melayu, berkenaan sikap orang

Melayu, kepandaian dan teknologi orang Eropah,  dan berkenaan sistem pemerintahan Inggeris

yang berteraskan undang-undang bertulis, keadilan bersistem serta teratur. Hikayat ini juga cuba

memaparkan sejarah sosial pada zaman Abdullah Munsyi semasa beliau tinggal di Melaka. 

         Pendekatan sejarah sosial ini cuba melihat sejarah bukan dari sudut pergolakan politik,

tetapi lebih menumpukan sudut perhubungan dalam masyarakat. Antara aspek yang menjadi

fokus ialah corak pergaulan dan adat resam, budaya serta perhubungan antara masyarakat, sistem

ekonomi, pendidikan, sebutan dalam bahasa, corak pemikiran serta keupayaan masyarakat dan

sebagainya. Rangkuman sosial ini juga meliputi perhubungan para penduduk dengan pihak

pemerintah dalam sesuatu zaman. Oleh yang demikian, sudut sejarah sosial lebih bersifat neutral,

Page 55: Bahan Untuk Sulaltus Salatin Dan Hikayat Abdullah

tidak berat sebelah dan tidak prejudis. Sejarah sosial tidak dipengaruhi unsur ‘siapa yang benar,

siapa yang salah’ kerana segala peristiwa yang telah berlaku itu, memang benar-benar berlaku,

berpadanan dengan suasana persekitaran dan corak pemerintahan serta politik sezaman. Semua

ini menjadi sebagian daripada apa yang dikatakan dan diakui sebagai fakta-fakta sejarah.Segala

peristiwa yang dilihat, didengar dan dialami oleh beliau, iaitu kisah-kisah harian yang berlaku di

Bandar Melaka sepanjang tempoh kira-kira dari tahun 1800 sehingga 1840, cuba dipaparkan di

dalam hikayat ini. SYAIR KEN TAMBUHAN

                 

SINOPSIS  SYAIR KEN TAMBUHAN

Syair Ken Tambuhan ini mengisahkan tentang seorang puteri jelita bernama Ken Tambuhan atau nama asalnya ialah Puteri Puspa Kencana yang telah menjadi tawanan kepada Raja Kuripan. Pertemuan pertamanya dengan Raden Menteri bermula sewaktu wira tersebut cuba mendapatkan burung yang dipanahnya. Ken Tambuhan terpengaruh dengan pujuk rayu Raden Menteri sehinggalah hubungan mereka tidak disenangi oleh Permaisuri. Palebaya telah diperintahkan oleh Permaisuri supaya membunuh Ken Tambuhan sewaktu Raden Menteri keluar mencari menjangan atau rusa idaman Permaisuri di dalam hutan. Ken Tambuhan telah dibunuh bersama dua orang inangnya  dan mayat mereka telah diletakkan  di atas sebuah rakit yang ditaburi bunga angsana lalu dihanyutkan ke sungai.

            Rakit tersebut telah ditemui oleh Raden Menteri. Baginda sangat sedih dan disebabkan rasa cintanya yang amat kental, Raden Menteri telah membunuh dirinya sendiri. Berita sedih ini sampai kepada pengetahuan Raja dan Permaisuri. Seluruh negara berkabung di atas peristiwa tersebut. Raja yang murka terhadap Permaisuri telah menghalau Permaisuri keluar dari istana serta dihukum menjaga anjing perburuan. Raja terus menjalani pertapaan, dan usaha tersebut telah menarik minat dewa-dewa untuk menghidupkan kembali Ken Tambuhan dan Raden Menteri. Dengan bantuan Seri Betara, kedua-duanya telah dihidupkan kembali dengan menggunakan bunga Gandapura Wangi kepunyaan Bidadari Sugarba. Kegembiraan terus menyelubungi  istana dan tersebar luas hingga ke Daha. Ratu Daha datang berkunjung ke Kuripan. Kedua-dua raja bertemu lalu terbongkarlah rahsia bahawa Ken Tambuhan sebenarnya

Page 56: Bahan Untuk Sulaltus Salatin Dan Hikayat Abdullah

ialah puteri kepada Ratu Daha. Akhirnya, mereka hidup gembira dan Raden Menteri dirajakan untuk memerintah kedua-dua negeri, iaitu Kuripan dan Daha.

SULALATUS SALATIN

            

SINOPSIS SULALATUS SALATIN

      Sulalatus Salatin menceritakan tentang raja-raja Melaka seramai sepuluh orang yang memerintah Melaka. Tun Seri Lanang menceritakan seorang demi seorang daripada Melaka mencapai zaman kegemilangan hinggalah Melaka menuju zaman kejatuhannya. Pada cerita terakhir dikisahkan angkatan Peringgi yang diketuai oleh Alfonso d’Albuquerque menyerang Melaka. Akhirnya Melaka tewas kepada Peringgi dan menyebabkan Sultan Mahmud lari ke negeri Pahang. Sulalatus Salatin memaparkan 34 kisah yang meyingkap mengenai pemerintahan Melayu Melaka dan kisah-kisah yang boleh dijadikan ikhtibar oleh masyarakat Melayu. Kisah-kisah yang diceritakan dalam buku ini bercampur aduk di antara perkara yang betul-betul benar dan mitos-mitos yang dipercayai oleh masyarakat Melayu. Contohnya perkara yang betul-betul benar adalah mengenai zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka dan perkara-perkara mitos pula ialah mengenai tulah raja. Tulah raja yang ditulis hanyalah mitos dan perkara mengenai tulah ini di tulis supaya rakyat akan akan takut kepada raja dan seterusnya mereka akan patuh dan taat kepada perintah raja

        Peristiwa yang berlaku di dalam Sulalatus Salatin ini berkisarkan tentang latar tempat yang luas dan tempoh waktu yang agak panjang. Latar tempat yang diceritakan di dalam Hikayat Sejarah Melayu ini tidak hanya berfokus di negeri Melaka semata-mata malahan turut berlaku di tempat-tempat lain seperti Majapahit, Siam, China,Keling dan sebagainya. Manakala latar masa perkembangan cerita di dalam hikayat ini juga mengambil masa yang lama iaitu melebihi seratus tahun. Ianya bermula dari awal zaman pembukaan negeri Melaka sehinggalah negeri Melaka jatuh ke tangan Feringgi pada tahun 1511.Pengkisahan yang berlaku adalah di sekitar raja-raja Melayu bertujuan untuk menggambarkan kedudukan dan kebesaran raja-raja Melayu Melaka yang memerintah dan keagungan yang diperintah oleh mereka.

HIKAYAT HANG TUAH

Page 57: Bahan Untuk Sulaltus Salatin Dan Hikayat Abdullah

                  

SINOPSIS HIKAYAT HANG TUAH

   Hikayat ini mengisahkan seorang pemuda yang bernama Hang Tuah, anak kepada Hang Mahmud dan Dang Merdu. Merekat tinggal di Sungai Duyung. Pada saat itu, semua penduduk di Sungai Duyung telah mendengar mendengar cerita tentang kebaikan Raja Bintan terhadap rakyatnya. Lantas, Hang Mahmud mengajak isterinya, Dang Merdu untuk berhijrah ke sana kerana kehidupan mereka yang miskin bagi mendapatkan peluang pekerjaan dan menjalani hidup yang lebih baik lagi di Bintan. Pada malam harinya, Hang Mahmud telah bermimpi bulan turun dari langit dan cahayanya bersinar penuh di atas kepala Hang Tuah.

     Semasa berumur sepuluh tahun, Hang Tuah bersahabat baik dengan Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu. Mereka digelar “Lima Sahabat”. Semasa Hang Tuah dan sahabatnya belayar ke Pulau Tinggi, mereka telah terserempak dengan sekumpulan lanun. Mereka telah diserang oleh lanun tersebut dan mereka telah berjaya mengalahkan lanun-lanun tesebut. Hang Tuah lima sahabat telah berguru dengan Aria Putera di Bukit Panchalusa selama tujuh hari. Setelah itu, mereka perlu meneruskan perguruan mereka dengan Sang Persata Nala di Gunung Wirana, Majapahit apabila berumur 23 tahun. Sifat kepahlawanan Hang Tuah mula terserlah apabila Hang Tuah berjaya membunuh orang mengamuk yang cuba membunuh Bendahara. Oleh kerana keberanian Hang Tuah dan sahabatnya membunuh pengamuk itu, mereka telah dilantik menjadi Biduanda Raja.

  Kegagahan dan keperkasaan semakin jelas diperlihatkan apabila Hang Tuah berjaya mengalahkan Taming Sari ketika membawa rombongan meminang Puteri Majapahit iaitu Raden Mas Ayu. Taming Sari merupakan pahlawan yang handal dan terbilang di Majapahit. Taming Sari berjaya dikalahkan oleh Hang Tuah yang berjaya menukarkan keris Taming Sari dengan kerisnya dengan menggunakan tipu helah. Hang Tuah telah dikurniakan gelaran Laksamana dan diberi kuasa untuk memerintah Sungai Jemaja.

Peristiwa pembunuhan Hang Tuah telah menimbulkan kemarahan Hang Jebat. Hang Jebat bertindak menderhaka kepada Sultan untuk menunjukkan ketidakpuasan hatinya. Beberapa hulubalang telah diperintahkan untuk membunuh Hang Jebat tetapi gagal. Oleh itu, bendahara

Page 58: Bahan Untuk Sulaltus Salatin Dan Hikayat Abdullah

telah menceritakan hal sebenarnya dan Hang Tuah telah dipanggil balik daripada tempat persembunyiannya. Akhirnya terjadilah pertikaman antara Hang Tuah dan Hang Jebat. Dengan tipu helah, akhirnya Hang Tuah telah berjaya membunuh Hang Jebat.

HIKAYAT RAJA-RAJA PASAI

                     

SINOPSIS HIKAYAT RAJA-RAJA PASAIHikayat Raja Pasai bermula dengan kisah dua orang raja

yang bersaudara, iaitu Raja Ahmad dan Raja Muhammad. Pada awalnya, mereka ingin membuka negeri di Samarlangga. Ketika menebas hutan untuk membuka negeri, Raja Muhammad telah menemui seorang kanak-kanak perempuan dari sebuah pokok buluh. Lalu dia mengambil kanak-kanak itu, dan menjadikannya sebagai anaknya sendiri. Kanak-kanak itu dinamakan Puteri Betung. Raja Ahmad pula mendapat seorang anak lelaki yang dijaga oleh seekor gajah. Anak lelaki itu dinamakan Merah Gajah. Setelah dewasa, Puteri Betung dan Merah Gajah dinikahkan. Mereka mendapat dua orang anak lelaki yang diberi nama Merah Silau dan Merah Hasum.

Pada suatu hari, Merah Gajah melihat sehelai rambut Puteri Betung yang berwarna emas. Dia meminta untuk

Page 59: Bahan Untuk Sulaltus Salatin Dan Hikayat Abdullah

mencabut rambut itu dari Puteri Betung tetapi Puteri Betung tidak mengizinkannya. Namun demikian, Merah Gajah tetap mencabut rambut itu ketika Puteri Betung sedang tidur. Akibat daripada perbuatan itu, keluarlah darah putih dari kepala Puteri Betung kemudian beliau meninggal dunia. Apabila diketahui oleh Raja Muhammad, baginda sangat marah lalu membunuh Merah Gajah. Apabila Raja Ahmad mengetahui bahawa anaknya dibunuh, baginda terus melancarkan perang terhadap Raja Muhammad. Akhirnya, kedua-dua raja tersebut menemui ajal dalam peperangan tersebut.

Setelah perang selesai, Merah Silau dan Merah Hasum bersepakat untuk meninggalkan negeri Samarlangga dan berniat untuk membuka negeri lain. Merah Silu membuka negeri Samudera. Setelah diislamkan, Merah Silau menukar namanya menjadi Malikul Saleh. Baginda kemudiannya mengahwini puteri Sultan Perlak, iaitu Puteri Ganggang. Daripada perkahwinan itu, lahir seorang anak lelaki yang diberi nama Malikul Tahir. Tampuk pemerintahan diambil alih pula oleh Malikul Tahil. Setelah baginda mangkat, kedua putera Malikul Tahir iaitu Malikul Mahmud dan Malikul Mansur yang mengambil alih tugas bapanya. Malikul Mahmud memerintah Samudera manakala Malikul Mansur memerintah negeri Pasai. Setelah Malikul Mahmud mangkat, takhta kerajaan jatuh ke tangan puteranya, Sultan Ahmad Perumudal Perumal. Pemerintah negeri Pasai diakhiri oleh Sultan Ahmad Perumudal Perumal kerana berlakunya zaman kejatuhan Pasai.

Page 60: Bahan Untuk Sulaltus Salatin Dan Hikayat Abdullah

Memahami Falsafah Membaca Karya Agung

Falsafah dalam Karya AgungDalam penghasilan sesebuah karya tidak lengkap sekiranya pengarang tersebut tidak memuatkan falsafah-falsafah yang bersesuaian dengan penceritaan sesebuah karya. Bagi hikayat Abdullah terdapat lima falsafah yang dikemukakan iaitu ketuhanan, keadilan, kebenaran dan keindahan.

• Falsafah KetuhananFalsafah ketuhanan yang dikemukan adalah mengenai kebencian karut dan tahyul masyarakat Melayu yang membelakangkan kuasa Allah S.W.T . Abdullah berfikiran rasional dan realistik dan tidak mempercayai bomoh, dukun dan pawang.ABDULLAH BIN ABDUL KADIR (MUNSYI ABDULLAH)

Usianya baru menjangkau 11 tahun tetapi dalam usia semuda itu, kepintaran dan banyak ilmunya menyebabkan beliau sudah menjadi guru dan mengajar pelajaran agama kepada askar Islam Melaka yang lebih tua daripada usianya.

Membesar sebagai manusia yang berpengetahuan dan cintakan ilmu, Abdullah Abdul Kadir atau lebih dikenali sebagai ‘Abdullah Munsyi’, kemudian menjadi antara penduduk Melaka yang sangat dihormati dan dikagumi penjajah ketika itu iaitu Inggeris.

Page 61: Bahan Untuk Sulaltus Salatin Dan Hikayat Abdullah

Kehadiran Abdullah membuktikan kepada Inggeris bahawa dalam masyarakat Melaka yang dijajah mereka, ada golongan intelek tempatan yang hebat. Daripada Abdullah jugalah kemudian penjajah Inggeris itu berguru mempelajari Bahasa Melayu.

Beliau dilahirkan pada 1796 di Kampung Masjid yang juga disebut orang sebagai Kampung Pali ketika itu. Anak bongsu daripada empat beradik tetapi ketiga-tiga abangnya meninggal dunia ketika kecil iaitu berusia antara setahun hingga tiga tahun.

Keturunannya bermula daripada seorang pemuda Arab Yaman, Syeikh Abdul Kadir yang mengembara dari Tanah Arab sehingga ke Nagor, India Selatan dan berkahwin dengan gadis tempatan serta menetap di tanah asing itu.

Dari situ, lahir datuk Abdullah, Muhammad Ibrahim yang meneruskan tradisi bapanya mengembara sehingga tiba di Melaka dan menetap di negeri itu. Berkahwin dengan gadis dikenali Peri Achi, mereka memperoleh bapa Abdullah, Abdul Kadir.

Abdul Kadir membesar bersama pendidikan yang cukup dalam bidang al-Quran, bahasa Tamil dan Arab serta ilmu kira-kira. Dia kemudian menjadi peniaga di Hulu Melaka di samping mengajar ilmu agama sehingga dipilih menjadi khatib di Kampung Lobok Kepong.

Tahap pengetahuan tinggi hasil tumpuan didikan dalam keluarganya menyebabkan Abdul Kadir dilantik menjadi penulis surat sultan dan mengajar seorang asing, Tuan Marsden berbahasa Melayu. Seterusnya dia menjadi Syahbandar, utusan Inggeris ke negeri Melayu serta juru bahasa dan juru tulis.

Abdul Kadir kemudian mendirikan rumah tangga dua kali dan kali kedua bersama gadis keturunan Hindu dari Kedah, Salamah pada 1794. Hasil perkahwinan itu, Abdul Kadir dikurniakan empat cahaya mata termasuk Abdullah tetapi tiga lagi anaknya meninggal dunia ketika masih bayi dan pada zaman kanak-kanak.Walaupun hidup Abdullah ketika kecil sering sakit terutama selepas usianya menjangkau empat bulan, keadaan itu menyebabkan ibunya tidak dapat menyusui bayi itu lalu Abdullah disusui orang lain.Sewaktu bapanya berniaga di luar negeri, Abdullah dan ibunya tinggal bersama neneknya, Peri Achi. Peri Achi sangat memanjakan Abdullah sehingga menimbulkan kekhuatiran di hati Abdul Kadir.Bimbang si bapa, Abdullah akan lalai dalam pelajaran tetapi ketika mengingatkan yang keluarga mereka sangat serius dalam menuntut ilmu, gusar di hati sedikit tenang.

Page 62: Bahan Untuk Sulaltus Salatin Dan Hikayat Abdullah

Tambahan pula ibunya, Peri Achi seorang guru besar di Kampung Pali yang mengajar lebih 200 kanak-kanak menulis dan mengaji al-Quran.Ibarat ‘kuah tumpah ke nasi’, semangat cintakan ilmu disemai ke dalam jiwa Abdullah sejak kecil. Ketika kanak-kanak lain diberikan pelbagai permainan, Abdullah menerima permainan berupa kalam dan papan tulis.

Adat kanak-kanak, penekanan terlampau terhadap pembelajaran terutama oleh bapanya menyebabkan Abdullah memprotes lantaran dia tidak dapat bermain dan bergembira bersama rakan seusia.Abdul Kadir sangat tegas dengan anaknya walaupun itulah anak tunggal. Dia tidak memuji Abdullah walaupun kerap berbangga dengan pencapaiannya kerana beranggapan pujian akan merosakkan si anak.Hasil didikan itu menyebabkan Abdullah menjadi pintar dan kreatif berbanding kanak-kanak lain. Abdullah cepat matang malah memiliki sikap berdikari sehingga pada usia kanak-kanaknya, dia sudah menjual layang-layang, melukis, menulis surat dan menyalin al-Quran untuk memperoleh wang.Gelaran ‘Munsyi’ yang bermaksud ‘guru’ sudah diterima ketika dia berusia 11 tahun kerana pada usia semuda itu, kepintarannya dan banyak ilmunya menyebabkan dia sudah menjadi guru dan mengajar pelajaran agama kepada askar Islam Melaka.

Abdullah adalah seorang yang gigih belajar. Dia tidak mengira siapa atau mana asal usul gurunya asalkan dia mendapat pengetahuan baru. Paling digemarinya adalah bidang bahasa dan tanpa jemu dia meluaskan pengetahuan mengenai kata dari aspek simpulan, ikatan, rangkai kata, kuasa, tujuan dan ilmu bahasa. Selain bahasa Melayu, turut dipelajarinya bahasa Tamil, Arab dan Inggeris.

Sewaktu Stamford Raffles datang ke Melaka, Abdullah dilantik sebagai juru tulis dan penterjemahnya. Daripada hubungan majikan dan pekerja, akhirnya mereka menjadi sahabat karib.Nyata sikap rajin dan dedikasi dalam tugas yang terserlah menerusi peribadi Abdullah tidak saja membuatkan Raffles menyenanginya tetapi turut membenihkan rasa hormat dan kagum di kalangan Inggeris terhadap anak watan itu. Bagaimanapun, persahabatan itu terputus apabila Raffles berangkat ke Betawi.Dalam usianya 27 tahun, Abdullah mengajar bahasa Melayu kepada paderi Inggeris, Milne dan beliau mempelajari pula bahasa Inggeris daripada lelaki asing itu. Mengetahui seorang lagi pendatang Barat, Doktor Marrison mengetahui bahasa Cina, Abdullah turut meminta bahasa itu diajarkan kepadanya. Daripada Doktor Marrison jugalah dia meneliti ayat-ayat daripada kitab Injil Matius seterusnya menterjemahkannya dalam bahasa Melayu.

Page 63: Bahan Untuk Sulaltus Salatin Dan Hikayat Abdullah

Apabila Kumpulan India Timur mendirikan kolej Anglo-Chinese untuk mengajar anak Cina, Nasrani dan Melayu membaca serta menulis bahasa Inggeris, Abdullah turut serta menuntut ilmu di pusat pendidikan itu. Malah, dia turut merangsang anak Melayu lain bersama menuntut ilmu.Meningkat dewasa, Abdullah mendirikan rumah tangga sewaktu berusia 34 tahun dan beberapa tahun kemudian, beliau memperoleh cahaya mata pertama iaitu seorang bayi perempuan.Selepas Milne meninggal dunia, jawatan lelaki itu sebagai pengetua kolej Anglo-Chinese digantikan dengan Thomsen. Abdullah berkesempatan menjadi pengetua di kolej itu seketika apabila Thomsen menghantar isterinya pulang ke England.

Apabila Singapura dibuka, Abdullah memulakan kehidupan barunya di sana dengan kembali menjadi juru tulis dan juru bahasa Raffles dan meninggalkan anak dan isterinya di Melaka. Setiap enam bulan, beliau akan kembali bertemu keluarganya.

Di Singapura, beliau bertanggungjawab menulis undang-undang Singapura atas arahan Raffles. Beliau juga diberi tugas untuk mengumpul bahan sastera Melayu lama seperti kitab, hikayat dan Syair untuk Raffles membawa pulang bahan itu ke England. Dia juga menjadi guru bahasa Melayu kepada saudagar Inggeris di Singapura.

Ketika di negeri itu juga, Abdullah diserang sejenis penyakit dan terpaksa dibedah oleh doktor Inggeris.Pengalaman terjadinya kebakaran di Singapura dicatatkan Abdullah dalam karyanya ‘Syair Singapura Terbakar’.

Beberapa bulan kemudian, Abdullah kembali ke Melaka dan mengajar bahasa Melayu kepada guru di kolej Anglo-Chinese, Hughes dan Paderi Evans dan seorang Inggeris, Newbold.Dalam pada itu, Newbold turut mengarahkan Abdullah mengkaji dan menulis adat Cina dan masyarakat Jakun dalam bahasa Inggeris. Tugas itu membawa Abdullah mengembara ke Gunung Pancur bagi melihat dan mengkaji budaya hidup masyarakat Jakun di situ.

Pada 1835, Abdullah menterjemah ‘Hikayat Panca Tanderan’ yang asalnya berbahasa Hindu dengan judul ‘Hikayat Kalilah dan Daminah’. Karja terjemahannya yang lain adalah ‘Perhimpunan Saudagar-saudagar’.Beliau kemudian mengarang kitan ‘Dewa ul-Kulun’ (Ubat Hati) sebagai pengubat hatinya akibat kematian anaknya, Siti Lela.

Page 64: Bahan Untuk Sulaltus Salatin Dan Hikayat Abdullah

Sewaktu bekerja dengan seorang bangsawan Inggeris, North, Abdullah yang ketika itu berusia 42 tahun mengembara ke Pahang, Terengganu dan Kelantan dan kisah sepanjang perjalanannya dicatatkan dalam ‘Kisah Pelayaran Abdullah’.

Ketika diserang demam kepialu, beliau kembali ke pangkuan keluarganya di Melaka tetapi apabila sembuh, isterinya pula meninggal dunia pada 1840. Pilu dengan peristiwa itu, Abdullah menjual rumahnya di Melaka dan terus menetap di Singapura.Pada tahun itu juga, Abdullah menulis cerita kapal asap bernama ‘Sisostis’. Abdullah menyelesaikan ‘Hikayat Abdullah’ pada 3 Mei 1843. Buku itu bagaimanapun hanya diterbitkan kira-kira 40 tahun selepas kematiannya.

Abdullah meninggal dunia pada 1854 iaitu ketika dalam perjalanan ke Makkah ketika usianya 58 tahun. Kisah perjalanannya ke Makkah dicatatkan dalam ‘Kisah Pelayaran Abdullah ke Judah’ tetapi tidak dapat disiapkan. Bagaimanapun, kitab itu tetap diterbitkan Balai Pustaka, Jakarta pada 1920.

INTELEKTUAL, PEMIKIR MELAYU ABAD KE-18

MENITI masa menuju kemodenan, Abdullah Abdul Kadir atau digelar Abdullah Munsyi dinobatkan masyarakat terutama pengkaji sejarah sebagai ‘Bapa Kesusasteraan Melayu Moden’ lantaran pemikiran dan karyanya ketika itu dianggap ‘menentang arus’.Tidak seperti kebanyakan karya Melayu lama ketika itu yang lebih kepada dongeng, alam ghaib dan mistik; hasil penulisan Abdullah sebaliknya berdasarkan pengamatan, pengalaman dan ilmu pengetahuan.Pengkaji Budaya Melayu, Prof Madya Dr Hanapi Dollah, berkata hujah Abdullah dalam pelbagai bidang seperti masyarakat, agama, politik, ekonomi dan moral menerusi karyanya didapati mendahului zaman.Contohnya gagasan ‘Melayu Boleh’ atau ‘Malaysia Boleh’ bukanlah sesuatu baru tetapi sudah lama diutarakan Abdullah yang yakin orang Melayu boleh maju sekiranya mampu melakukan perubahan dan meninggalkan pola kehidupan lama dan usang.Seperti kepentingan modal insan yang dilaksanakan kerajaan baru-baru ini, Abdullah Munsyi sudah menekankan mengenai pentingnya perkara itu seawal abad ke-18 lagi,” katanya yang juga pensyarah Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia (FSSK-UKM).Selain sebagai pejuang bahasa lantaran minatnya dalam mengkaji struktur pelbagai bahasa, Abdullah juga seorang pemikir dan intelektual bangsa yang wujud pada zaman silam yang mana hujah kritis dan gagasannya banyak memberi panduan mengenai pelbagai aspek kehidupan.

Page 65: Bahan Untuk Sulaltus Salatin Dan Hikayat Abdullah

Mengikut Dr Hanapi, antara gagasan Abdullah pada abad ke-18 yang didapati masih kekal sehingga kini:

PemodenanGagasan kemodenan Abdullah bertitik tolak daripada pengalamannya yang melihat kemajuan yang dicapai Inggeris ketika itu. Bagaimanapun, kemodenan itu disesuaikan dengan acuannya sendiri yang masih mengekalkan kepentingan Islam dalam menguruskan kehidupan.

Ilmu pengetahuanPembentukan bangsa berilmu dan kepentingan menuntut ilmu menjadi gagasan yang ditimbulkan secara terus-menerus sama ada menerusi kisahnya atau tulisannya. Pada pandangan beliau, ilmu adalah asas kehidupan dan penjana peradaban.Dalam Hikayat Abdullah, ditekankan usaha dan cara mendapatkan ilmu dan kepentingannya; Kisah Pelayaran Abdullah ke Kelantan pula menekankan betapa perlunya anak raja menuntut ilmu. Abdullah turut menunjukkan teladan menerusi usahanya dalam aspek ini.

Adat dan kepercayaanAbdullah begitu kuat menentang adat dan kepercayaan usang terutama kepercayaan karut marut dan bertentangan dengan Islam yang masih kuat dipegang masyarakat pada zamannya.Antara adat usang yang dibidas Abdullah adalah beliau merasakan tidak munasabah apabila seseorang melalui kampung diraja, mereka dilarang berpayung, memakai kasut dan berpakaian kuning, golongan diraja tidak dibolehkan berniaga selain perbuatan larangan yang kononnya akan mendatangkan kecelakaan jika dilakukan walaupun tidak berasas.Beliau turut menolak kepercayaan terhadap pawang gajah yang kononnya memiliki kuasa mistik untuk menangkap haiwan itu. Sebaliknya beliau mendapati pawang itu mengepung gajah tanpa memberi makanan atau minum dan apabila haiwan itu lemah, barulah pawang itu menangkapnya.Abdullah berpendapat punca kejumudan adat dan kepercayaan karut marut itu adalah kurangnya beriman seseorang itu terhadap Allah dan Rasul.

EkonomiCatatannya mengenai ekonomi jelas menerusi sejarah kehidupan diri dan keluarganya di Melaka yang sememangnya terkenal sebagai pusat perdagangan antarabangsa ketika itu.

Page 66: Bahan Untuk Sulaltus Salatin Dan Hikayat Abdullah

Beliau menyatakan kesilapan yang diamalkan sistem ekonomi tradisional pada negeri biasa dan negeri kolonial dalam pelayaran ke Kelantan. Di Pahang misalnya, beliau melihat banyak tanah yang tidak diusahakan serta penduduk yang menganggur dan berlakunya pembaziran faktor pengeluaran sumber dan buruh.

KeadilanAbdullah mempertikai konsep perbezaan taraf di dalam amalan sistem masyarakat Melayu ketika itu yang membolehkan kalangan kelas bangsawan berbuat apa saja kepada kelas bawahan, rakyat ibarat hamba kepada golongan bangsawan.Beliau menuntut kesamarataan dalam gagasannya seperti diamalkan masyarakat Inggeris malah gagasan itu tidak saja diluahkan menerusi tulisan tetapi secara lisan kepada raja Melayu.

FeminismeLama sebelum golongan wanita memperjuangkan hak feminisme, Abdullah terlebih dulu membicarakan hal ini lewat penulisannya yang antara lain membidas sikap lelaki malas sehingga menyebabkan tanggungjawab lelaki dan suami seperti diajar Islam dilakukan wanita.Dalam masa sama, beliau memaparkan persoalan feminisme lebih menarik dengan menyatakan wanita Melayu mendapat kebebasan tidak terhad untuk bergerak.

FAKTA: Karya Abdullah MunsyiSyair Singapura Terbakar (1830)Kisah Pelayaran Abdullah (1838)Hikayat Abdullah (1849)Dewa-ul-kulub (1883)Kisah Pelayaran Abdullah ke Judah (1920)

SUMBER: http://cgpauzi.blogspot.com

• Falsafah KeadilanFalsafah keadilan yang dikemukan adalah berkaitan dengan kes Syed Yasin, kes kezaliman Sultan,Keadilan Farquha yang sedia membantu golongan bawahan yang kesusahan

• Falsafah KebenaranMunsyi Abdullah menyatakan perkara kebenaran dalam hikayatnya. Perkara

Page 67: Bahan Untuk Sulaltus Salatin Dan Hikayat Abdullah

yang diceritakan merupakan sesuatu yang betul-betul berlaku dan diamalkan sehingga ke hari ini seperti kepercayaan tahyul oleh masyarakat Melayu.

• Falsafah KeindahanKeindahan yang dimaksudkan dari segi bahasa, adat dan pemikiran yang diutarakan dalam hikayat. Hikayat Abdullah membawa perubahan tema, plot, dan jalan cerita seperti karya-karya yang ditulis dalam zamannya.

Isu yang Dibangkitkan oleh PengarangDalam Hikayat Hang Tuah, pengarang telah menjelaskan mengenai watak Hang Tuah yang fasih 12 jenis bahasa. Beliau pandai bertutur dalam bahasa Nagaram. Ketika mengadap Kisna Rayan (Raja benua Keling-Bijaya Nagaram), beliau telah bercakap menggunakan bahasa Nagaram. Beliau telah mempelajari bahasa tersebut daripada seorang lebai. Kemampuan beliau ini adalah salah satu ciri penting seorang tokoh epik iaitu bijak menguasai ilmu berbahasa di dunia.

    Antara isu lain yang cuba untuk diketengahkan oleh pengarang lagi adalah mengenai sifat ajaib yang dimiliki oleh Hang Tuah. Hang Tuah mempunyai kebolehan yang luar biasa. Hang Tuah telah menunjukkan sesuatu pertunjukan yang dianggap permainan. Beliau telah mengeluarkan suatu benih pokok kayu. Apabila benih itu ditanam terus tumbuh serta berdaun dan sesaat itu juga berbunga lalu berputik dan berbuah masak. Beliau telah memperolehi benih itu melalui mimpi. Apabila sudah dimakan buahnya, dengan segera pohon itupun ghaib. Kebolehan Hang Tuah yang luar biasa ini merupakan satu lagi bukti bahawa beliau layak digelar wira epik.

    Selain Hikayat Hang Tuah, terdapat juga isu-isu dalam karya Sulalatus Salatin, misalnya mengenai sikap pemimpin. Pemimpin janganlah mengikut hawa nafsu syahwat. Sultan Mahmud Melaka digambarkan terlalu mengikut hawa nafsu syahwatnya menyebabkan dia dibenci oleh rakyatnya. Raja Pahang berhasrat untuk menyerang Melaka setelah tunangannya Tun Teja dilarikan oleh Laksamana ke Melaka. Tun Biajid juga menimang lembing untuk membunuh Sultan Mahmud yang telah berlaku curang dengan isterinya. Semua ini menunjukkan bahawa kesan pemimpin yang hanya mengikut nafsu akan membawa kecelakaan dan konflik dalam negeri.

Page 68: Bahan Untuk Sulaltus Salatin Dan Hikayat Abdullah

     Selain itu, turut diceritakan mengenai isu pantang larang sebagai adat istiadat dan perundangan negara. Dalam Sulalatus Salatin aspek adat istiadat dan pantang larang merupakan elemen perundangan dalam pentadbiran negara. Ia hendaklah dipatuhi oleh semua pihak demi melahirkan kententeraman dan kemakmuran Melaka. Antaranya ialah pantang larang berpakaian. Rakyat jelata dilarang dari menggunakan pakaian yang berwarna kuning, di buat tepi tabir, ulasan bantal besar dan tilam, bungkusan barang, dijadikan barang perhiasan, kain, baju dan destar, Begitu juga sekiranya ingin masuk ke istana, seseorang itu harus memakai kain berpancung dan berkeris di hadapan serta bersebai sekiranya berkeris di belakang akan dirampas.

      Di samping itu, pantang Derhaka. Rakyat jelata adalah ditegah sama sekali melakukan penderhakaan kepada raja. Hal ini sesuai dengan pepatah Melayu yang mengatakan raja merupakan payung rakyat tempat berteduh, pantang Melayu menderhaka, sekiranya seseorang itu menderhaka maka balasan buruk bakal menanti, iaitu hukuman bunuh. Bagi penderhaka, ia tidak layak untuk berada di atas bumi. peristiwa ini dapat dilihat dalam peristiwa Hang Jebat yang mati di bunuh apabila bertindak menderhaka ke atas Sultan Mansor menyebabkan beliau mati dibunuh di tangan sahabatnya sendiri, Hang tuah. Begitu juga dengan mayatnya turut dibuang ke laut serta anak isterinya turut dibunuh. Kaki tiang dan tanah bekas rumahnya turut dibuang ke laut. Betapa besarnya kesalahan menderhaka yang dianggap tidak layak untuk berada di bumi.

Mengenal Ciri-ciri Karya AgungAntara ciri-ciri karya agung seperti Sulalatus Salatin, Hikayat Merong Mahawangsa, Tuhfat al-Nafis, Hikayat Hang Tuah dan Bustanul Katibin adalah seperti berikut, iaitu:     i.      Lambang atau pesanan yang disampaikan oleh karya. ii.   Nilai seni budaya dan falsafah atau pandangan hidup bangsa

                         iii.        Nilai ilmu                          iv.        Teknik kepengarangan dan seni bahasa

Karya agung banyak memperlihatkan tahap keunggulan kreativiti, seni persuratan dan nilai budaya tinggi.

Page 69: Bahan Untuk Sulaltus Salatin Dan Hikayat Abdullah

Membicarakan Karya AgungKarya agung ialah karya klasik yang telah meninggalkan kesan budaya, pemikiran, pandangan dan falsafah hidup yang berkekalan dalam ingatan bersama sesuatu bangsa. Karya itu dapat dianggap sebagai pembentuk dan cermin budaya dan tamadun bangsa yang melahirkan karya itu. Ia melambangkan keunggulan daya cipta bangsa itu untuk membentuk tradisi dan identitinya yang tersendiri. Kita mengenal tamadun Greek, Cina, India, Mesir dan bangsa-bangsa yang lain melalui karya seni, pemikiran, falsafah, sastera dan dicetuskan oleh pemikir, seniman dan sasterawan zaman dahulu kala mereka yang mampu meninggalkan pengaruh yang besar dan kekal sepanjang zaman, dipelajari, dijadikan petua, dikekalkan atau dicerna oleh keturunan berikutnya sehinggalah hasilnya menjadi tradisi dan warisan bangsa hingga ke zaman ini.

        Karya Agung Melayu pula ialah karya yang melambangkan keunggulan daya cipta seniman, penulis dan pemikir bangsa Melayu dahulu kala dalam menggambarkan idealisme, nilai, pandangan hidup, adat, budi, kesedaran moral dan visi bangsa dan masyarakatnya melalui bentuk sastera dan seni yang tinggi nilainya sehingga kesan seni, budaya dan falsafah kekal sepanjang zaman dalam minda kolektif bangsa Melayu. Tamadun Melayu sepanjang zaman banyak sekali dibentuk dan diwataki oleh tradisi sastera ini. Karya Agung Melayu bererti karya agung yang ditulis atau diungkapkan atau dilisankan (pepatah, pantun, lipur lara, dan lain-lain) dalam bahasa Melayu, tidak mengambil kira kelompok bangsa/etnik dalam kawasan Dunia Melayu ini, sama ada orang Melayu di Semenanjung Tanah Melayu, atau orang Melayu Brunei, atau orang Aceh, orang Bugis, orang Minangkabau, dan lain-lain yang menghasilkan karya itu. Dari segi ini sempadan geografi dan etnik tidak timbul, tidak kira di manakah daerah asalnya di Dunia Melayu ini, dan mampu mencetuskan dalam bentuk dan gaya yang luar biasa, unsur-unsur pemikiran, sistem nilai dan kepercayaan, falsafah atau pandangan hidup bangsa Melayu turun-menurun.

Membuat Analisis Kritis dan Mereviu Sebuah Karya AgungSulalatus Salatin yang juga dikenali sebagai Sejarah Melayu merupakan kitab hasil kepengarangan Tun Sri Lanang. Karya ini menceritakan zaman kesultanan Melayu melaka yang dikatakan dibawa dari Goa. Goa yang selama ini dianggap di India, sebenarnya merupakan suatu tempat yang terletak di Sulawesi Indonesia. Karya ini telah dikarang oleh Tun Sri Lanang

Page 70: Bahan Untuk Sulaltus Salatin Dan Hikayat Abdullah

ketika beliau menjadi Bendahara Paduka Johor antara tahun 1580 hingga 1615. Tun Sri Lanang telah dilahirkan di Bukit Seluyut, Johor pada tahun 1565. Sulalatus Salatin mengandungi 15 bab.

     Permulaan bab dibincangkan dengan jurai keturunan raja Melaka sehingga pembentukan Melaka ataupun sesudah pembukaan Melaka. Pembahagian perbincangan Sulalatus Salatin terbahagi kepada 2 bahagian, iaitu sebelum pembukaan kota Melaka (mengandungi 4 bab) dan selepas pembukaan kota Melaka (mengandungi 11 bab). Karya Sejarah Melayu ini mempunyai banyak versi. Namun, pembentang pada hari tersebut tidak memberitahu secara jelas versi kitab yang dirujuk mereka untuk pembentangan pada hari tersebut. Tiada dijelaskan juga mengenai perbezaan– perbezaan antara versi Kitab Sejarah Melayu yang lain. Berdasarkan pembentangan yang lalu, dapat saya rumuskan bahawa karya agung ini mengutarakan pelbagai falsafah dan etika di dalamnya. Pada hari pembentangan, para pembentang telah mengutarakan tujuh falsafah, iaitu ketaatan kepada pemerintah, keadilan, waad, nilai dan etika, adat, keberanian, dan kekuasaan.

        Dalam karya ini, falsafah ketaatan dirujuk kepada beberapa orang tokoh yang disebut dalam karya ini, antaranya ialah Demang Lebar Daun, Hang Tuah, Bendahara Paduka Raja, Hang Nadim dan Bendahara Seri Maharaja. Demang Lebar Daun seorang yang taat apabila membenarkan puterinya berkahwin dengan Seri Tribuana. Hang Tuah pula terlalu taat kepada sultan sehinggakan rela menerima hukuman bunuh dari sultan setelah difitnah berkelakuan sumbang dengan dayang. Hang Tuah rela dihukum biarpun beliau tidak bersalah. Baginda Paduka Raja dikatakan taat kepada sultan apabila akur dan tidak memprotes apabila anaknya, Tun Besar dibunuh oleh anak sultan apabila bola sepak raganya terkena destar anakanda sultan lalu terjatuh ke tanah. Berpegang kepada prinsip “adat Melayu tidak perbah derhaka” maka Baginda Paduka Raja menerima perkara tersebut meskipun anaknya mati dibunuh. Kesimpulan yang dapat dibuat dari falsafah ketaatan ini, konsep ketaatan yang diamalkan terlalu keterlaluan dan terlalu mengagung–agungkan sultan biarpun tindakan sultan tersebut adalah salah dan melampau.

        Namun, kami berasa agak keliru kerana Baginda Seri Maharaja dikatakan seorang yang taat kepada sultan. Hal ini kerana, keengganan

Page 71: Bahan Untuk Sulaltus Salatin Dan Hikayat Abdullah

beliau mempersembahkan puterinya kepada Sultan Mahmud telah menunjukkan ciri penderhakaan kepada sultan. Bendahara Seri Maharaja berpeluang untuk membantah hukuman bunuh yang dijatuhkan ke atas beliau sekeluarga. Beliau ketika itu dalam posisi sangat kukuh dari segi politik dan ekonomi sebaliknya beliau melarang para pengikutnya daripada memberontak. Mungkin peristiwa ini menabalkan beliau sebagai seorang yang taat kepada sultan.

        Falsafah kedua yang dibentangkan adalah Waad. Waad merupakan kontrak sosial di antara Demang Lebar Daun dan Sang Sapurba. Jika waad ini dilanggar, maka pelbagai bencana akan menimpa seperti menghidapi penyakit kerdal. Oleh itu, wujudnya perkara tulah dan daulat. Saya melihat waad ini sebagai suatu kontrak atau perjanjian di antara golongan pemerintah dan rakyat. Terkandung pelbagai perjanjian yang bertimbal balik. Contohnya, rakyat tidak boleh menderhaka kepada raja dan raja juga tidak boleh menzalimi rakyat. Rakyat tidak boleh menderhaka dan perlu taat kepada raja. Perjanjian ini dapat membuatkan rakyat tunduk patuh kepada raja da sekiranya tidak patuh, mereka akan ditimpa bencana.

       Falsafah ketiga yang diutarakan ialah falsafah keadilan. Contohnya, Sultan Muzaffar Syah wujudkan undang – undang untuk mengelakkan menteri melakukan kesilapan. Ganjaran kepada kesilapan adalah hukuman. Dalam kitab ini, tidak banyak yang ditonjolkan mengenai sikap raja yang adil. Ketidakadilan raja juga dengan beraninya ditonjolkan oleh Tun Sri Lanang. Beliau patut dipuji kerana tidak hanya menceritakan kebaikan sahaja, malah turut menceritakan kezaliman raja terhadap rakyat dan pembesar–pembesarnya. Terdapat banyak peristiwa yang mempamerkan ketidakadilan raja.

        Falsafah keempat yang ditonjolkan telah dalam pembentangan adalah falsafah adat. Adat merupakan peraturan yang diamalkan sejak turun – temurun. Adat perlu dipatuhi. Dalam Kitab ini terdapat banyak adat Melayu yang diamalkan oleh golongan diraja dan golongan rakyat. Ada antaranya masih digunapakai dan ada juga di antaranya diubahsuai supaya sesuai dengan peredaran masa.

       Falsafah kelima yang ditunjukkan adalah falsafah kekuasaan. Kitab ini terlalu banyak menceritakan kekuasaan raja. Raja sangat berpengaruh dari

Page 72: Bahan Untuk Sulaltus Salatin Dan Hikayat Abdullah

segala sudut. Raja berkuasa menitahkan apa sahaja kepada rakyat da rakyat perlu menunaikannya jika tidak mahu dihukum. Saya melihat, kuasa raja sebagai kuasa mutlak terlalu banyak menindas golongan rakyat. Kandungan kitab ini mempamerkan sikap raja yang kejam dan sanggup berbuat apa sahaja demi mendapatkan sesuatu. Raja pada zaman dahulu terlalu berkuasa sehingga bertindak zalim di luar batas kemanusiaan. Justeru, tidak hairanlah mengapa rakyat begitu patuh kepada raja biarpun diperlakukan dengan buruk rupa.

        Falsafah keenam yang ditonjolkan dalam pembentangan ialah keberanian. Keberanian raja merujuk kepada keberaniannya menjajah da mentakluk negeri lain untuk meluaskan pengaruh jajahannya. Dalam kitab ini, turut diceritakan mengenai sikap keberanian yang ditonjolkan oleh golongan rakyat biasa seperti badang. Kitab ini banyak menonjolkan ketokohan keberanian Hang Tuah. Hang Tuah digambarkan sebagai seseorang yang sangat hebat. Perkara ini seperti sengaja ditonjolkan untuk menunjukkan kehebatan dan keberanian orang-orang Melayu pada waktu tersebut. 

       Falsafah ketujuh yang ditonjolkan ketika pembentangan adalah nilai dan etika. Etika dan nilai yang digarap dalam kitab ini diwarisi rakyat. Kitab ini juga menggariskan tugas–tugas raja dan pembesar dan peranan–peranan rakyat. Raja juga sebagai bayangan tuhan atau payung kepada rakyat.  

       Kesimpulannya, secara keseluruhan dapat dilihat betapa karya agung ini bersifat sejagat dan menyeluruh. Namun, terdapat unsur–unsur mitos yang seakan–akan tidak masuk akal di dalam kitab ini. Kekuasaan yang ditonjolkan oleh raja secara melampau dan juga kezaliman raja menunjukkan betapa tidak adilnya raja pada suatu ketika dahulu. Dalam kitab ini juga ditonjolkan secara melampau ketaatan kepada raja. Justeru, pepatah ‘adat Melayu tidak menderhaka’ begitu terserap dalam masyarakat Melayu pada suatu ketika dahulu.E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke Twitter