kebimbangan sains kbsm di kalangan pelajar tingkatan … filedaripada 200 orang pelajar tingkatan 1...

23
KEBIMBANGAN SAINS KBSM DI KALANGAN PELAJAR TINGKATAN SATU DAN TINGKATAN DUA ROHAYU BINTI ROZALI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: others

Post on 30-Aug-2019

7 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: KEBIMBANGAN SAINS KBSM DI KALANGAN PELAJAR TINGKATAN … filedaripada 200 orang pelajar tingkatan 1 dan 2 di Sekolah Menengah Kebangsaan Munsyi Abdullah dan Sekolah Menengah Kebangsaan

KEBIMBANGAN SAINS KBSM DI KALANGAN PELAJAR TINGKATAN

SATU DAN TINGKATAN DUA

ROHAYU BINTI ROZALI

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: KEBIMBANGAN SAINS KBSM DI KALANGAN PELAJAR TINGKATAN … filedaripada 200 orang pelajar tingkatan 1 dan 2 di Sekolah Menengah Kebangsaan Munsyi Abdullah dan Sekolah Menengah Kebangsaan
Page 3: KEBIMBANGAN SAINS KBSM DI KALANGAN PELAJAR TINGKATAN … filedaripada 200 orang pelajar tingkatan 1 dan 2 di Sekolah Menengah Kebangsaan Munsyi Abdullah dan Sekolah Menengah Kebangsaan

KEBIMBANGAN SAINS KBSM DI KALANGAN PELAJAR TINGKATAN

SATU DAN TINGKATAN DUA.

ROHAYU BINTI ROZALI

Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada

Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan

(Kimia)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

SEPTEMBER 2004

Page 4: KEBIMBANGAN SAINS KBSM DI KALANGAN PELAJAR TINGKATAN … filedaripada 200 orang pelajar tingkatan 1 dan 2 di Sekolah Menengah Kebangsaan Munsyi Abdullah dan Sekolah Menengah Kebangsaan

ii

"Saya mengakui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan

saya karya ini memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Kimia )".

Page 5: KEBIMBANGAN SAINS KBSM DI KALANGAN PELAJAR TINGKATAN … filedaripada 200 orang pelajar tingkatan 1 dan 2 di Sekolah Menengah Kebangsaan Munsyi Abdullah dan Sekolah Menengah Kebangsaan

iii

"Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang

tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya".

Page 6: KEBIMBANGAN SAINS KBSM DI KALANGAN PELAJAR TINGKATAN … filedaripada 200 orang pelajar tingkatan 1 dan 2 di Sekolah Menengah Kebangsaan Munsyi Abdullah dan Sekolah Menengah Kebangsaan

iv

DEDIKASI

Sekalung penghargaan ku tujukan khas buat:

Keluarga ku yang tercinta

segala jasa, doa dan dorongan kalian

ku kenang selalu dalam lipatan kenangan ku

Buat rakan-rakan seperjuangan sekalian

bantuan dan komitmen yang diberikan

menjadi semangat perjuanganku.

Buat yang teristimewa..

Mohd Rozi b, Ghazali dan keluarga

Yang telah banyak memberi sokongan yang tidak berbelah bagi,

Pengorbananmu membakar semangatku

Ku panjat kesyukuran kepada-Mu Allahu Ya Rabbi…..

kesihatan dan ketenangan yang diberikan

adalah limpah kurnia-Mu jua

kejayaanku ini adalah milik semua

Jasa kalian akan kukenang sehingga ke akhir hayat

Page 7: KEBIMBANGAN SAINS KBSM DI KALANGAN PELAJAR TINGKATAN … filedaripada 200 orang pelajar tingkatan 1 dan 2 di Sekolah Menengah Kebangsaan Munsyi Abdullah dan Sekolah Menengah Kebangsaan

v

PENGHARGAAN

Bismillahirrahmanirrahim …Setinggi-tinggi syukur pada Allah S.W.T yang

teramat luas sekali rahmat-Nya. Selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi

Muhammad S.A.W dan para sahabatnya serta sekalian pengikutnya.

Syukur Alhamdulillah kerana dengan limpah dan kurnia-Nya, maka dapatlah

penulis menyiapkan Projek Sarjana Muda (PSM) ini dalam jangka masa yang telah

ditetapkan. Sehubungan dengan itu, penulis ingin mengucapkan jutaan ucapan

penghargaan kepada penyelia tesis ini iaitu Prof. Dr Hj Sulaiman Yamin di atas segala

bimbingan, nasihat dan tunjuk ajar yang tidak terhingga untuk penulis menjayakan

projek penyelidikan ini. Penghargaan ini juga ditujukan buat penyelaras PSM iaitu Prof.

Madya Aziz Nordin di atas segala bantuan yang diberikan untuk melaksanakan projek

ini.

Setinggi ucapan penghargaan ini juga ditujukan kepada Kementerian Pendidikan

Malaysia, Fakulti Pendidikan UTM, Pengetua sekolah, guru-guru dan para pelajar yang

terlibat dalam memberikan kerjasama dan komitmen yang baik untuk penulis

menyempurnakan kajian ini.

Tidak lupa kepada rakan-rakan seperjuangan yang banyak membantu dalam

memberi teguran, semangat dan perangsang kepada penulis dalam menghadapi setiap

cabaran semasa menyiapkan PSM ini.

Penghargaan ini juga ditujukan kepada semua pihak yang terlibat secara

langsung dan tidak langsung dalam usaha penulis menjayakan projek penyelidikan ini.

Semoga segala bantuan dan sumbangan yang diberikan beroleh balasan yang setimpal

daripada Allah S.W.T.. Insya-Allah..

Page 8: KEBIMBANGAN SAINS KBSM DI KALANGAN PELAJAR TINGKATAN … filedaripada 200 orang pelajar tingkatan 1 dan 2 di Sekolah Menengah Kebangsaan Munsyi Abdullah dan Sekolah Menengah Kebangsaan

vi

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan bertujuan melihat tahap kebimbangan para pelajar terhadap

mata pelajaran Sains dan faktor- faktor kebimbangan Sains. Sampel kajian ini terdiri

daripada 200 orang pelajar tingkatan 1 dan 2 di Sekolah Menengah Kebangsaan Munsyi

Abdullah dan Sekolah Menengah Kebangsaan Senai, Kulai. Instrumen kajian yang

digunakan untuk menentukan tahap kebimbangan Sains ialah borang soal selidik.

Penentuan tahap kebimbangan dianalisis secara kuantitatif dan dipaparkan dalam

bentuk jadual. Statistik deskriptif seperti peratus min dan sisihan piawai digunakan

dalam menganalisis data yang diperolehi. Dapatan kajian menunjukkan tahap

kebimbangan Sains di kalangan pelajar- pelajar adalah tinggi. Berikutan daripada itu,

didapati para pelajar masih lagi menghadapi masalah ketakutan dan fobia terhadap

Sains. Selain itu, didapati terdapat 3 faktor kebimbangan Sains iaitu faktor sekolah,

faktor pencapaian Sains dan faktor ekonomi keluarga. Hasil kajian ini diharapkan dapat

dijadikan rujukan oleh guru- guru untuk memastikan pelajar-pelajarnya sentiasa

mempunyai sikap positif dan berani terhadap mata pelajaran Sains KBSM.

Page 9: KEBIMBANGAN SAINS KBSM DI KALANGAN PELAJAR TINGKATAN … filedaripada 200 orang pelajar tingkatan 1 dan 2 di Sekolah Menengah Kebangsaan Munsyi Abdullah dan Sekolah Menengah Kebangsaan

vii

ABSTRACT

This research was done in order to find the level of anxiety among the students

towards Science and the factors that influenced them. Sample of 200 students of form

one and two from Kulai schools were selected randomly in this study. The instrument

used in this research was a set of questionnaires. The data was analyzed quantitatively

and shown in a table. Descriptive statistic likes mean, percentage and standard

deviation were also use in analyzing the data. The findings showed that the level of

Science anxiety among students is quite high. Hence, it showed that the students were

having phobia in Science. Besides that, there were three anxiety factors found in this

study. They were school factor, achievement of science factor and economic factor. It

is hoped that this research can be used by the teacher as a guide to ensure their students

will always have a positive thinking and courage towards the Science KBSM Subject.

Page 10: KEBIMBANGAN SAINS KBSM DI KALANGAN PELAJAR TINGKATAN … filedaripada 200 orang pelajar tingkatan 1 dan 2 di Sekolah Menengah Kebangsaan Munsyi Abdullah dan Sekolah Menengah Kebangsaan

viii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

HALAMAN JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iv

PENGHARGAAN v

ABSTRAK vi

ABSTRACT vii

KANDUNGAN viii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI SINGKATAN xiv

SENARAI LAMPIRAN xv

BAB I PENDAHULUAN 1

1.0 Pengenalan 1

1.1 Latar Belakang Masalah 3

1.2 Pernyataan Masalah 5

1.3 Objektif Kajian 6

1.4 Persoalan Kajian 6

1.5 Rasional Kajian 7

Page 11: KEBIMBANGAN SAINS KBSM DI KALANGAN PELAJAR TINGKATAN … filedaripada 200 orang pelajar tingkatan 1 dan 2 di Sekolah Menengah Kebangsaan Munsyi Abdullah dan Sekolah Menengah Kebangsaan

ix

1.6 Kepentingan Kajian 7

1.7 Skop / Batasan Kajian 8

1.8 Definisi Istilah 9

BAB II SOROTAN PENULISAN 12

2.0 Pengenalan 12

2.1 Kebimbangan Sains 13

2.2 Sains dan Sastera 15

2.2.1 Perbezaan Sains dan Seni 16

2.2.2 Mitos Perbezaan Sains dan Seni 20

2.2.3 Persamaan Sains dan Seni 22

2.3 Kebimbangan Sains dan Kebimbangan Metematik 24

2.4 Rumusan 27

BAB III METODOLOGI 28

3.0 Pengenalan 28

3.1 Reka Bentuk Kajian 28

3.2 Persampelan 29

3.2.1 Tempat Kajian 29

3.2.2 Sampel Kajian 29

3.3 Instrumen Kajian 31

3.4 Prosedur Kajian 31

3.5 Analisis Kajian 32

3.6 Jangkamasa Kajian 34

3.7 Kajian Rintis 34

Page 12: KEBIMBANGAN SAINS KBSM DI KALANGAN PELAJAR TINGKATAN … filedaripada 200 orang pelajar tingkatan 1 dan 2 di Sekolah Menengah Kebangsaan Munsyi Abdullah dan Sekolah Menengah Kebangsaan

x

BAB IV ANALISIS DATA 35

4.0 Pengenalan 35

4.1 Analisis Persoalan Kajian 1: Apakah tahap

kebimbangan pelajar – pelajar Tingkatan 1 dan 2

terhadap mata pelajaran Sains. 37

4.1.1 Item – item berkaitan dengan matematik 38

4.1.2 Item - item berkaitan dengan fakta– fakta Sains. 40

4.1.3 Item- item berkaitan dengan penggunaan alatan

Sains dan melakukan eksperimen

di dalam makmal. 43

4.1.4 Item- item negatif. 47

4.1.5 Tahap kebimbangan Sains bagi keseluruhan

Item- item soal selidik. 51

4.2 Analisis persoalan kajian 2: Apakah masalah- masalah

yang dihadapi oleh para pelajar Tingkatan 1 dan 2

yang membawa kepada kebimbangan Sains? 52

4.2.1 Analisis keseluruhan bagi masalah- masalah

berkaitan matematik. 52

4.2.2 Analisis keseluruhan bagi masalah- masalah

berkaitan fakta- fakta sains. 52

4.2.3 Analisis keseluruhan bagi masalah- masalah

berkaitan penggunaan alatan sains dan melakukan

eksperimen di dalam makmal. 53

4.3 Analisis Persoalan Kajian 3 : Faktor- faktor

kebimbangan Sains. 54

4.3.1 Faktor tingkatan. 55

4.3.2 Faktor kategori sekolah. 56

4.3.3 Faktor jantina. 57

4.3.4 Faktor bangsa. 57

4.3.5 Faktor pencapaian dalam subjek Sains. 59

Page 13: KEBIMBANGAN SAINS KBSM DI KALANGAN PELAJAR TINGKATAN … filedaripada 200 orang pelajar tingkatan 1 dan 2 di Sekolah Menengah Kebangsaan Munsyi Abdullah dan Sekolah Menengah Kebangsaan

xi

4.3.6 Faktor pekerjaan bapa. 60

BAB V RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN

CADANGAN 62

5.0 Pengenalan 62

5.1 Ringkasan Kajian 63

5.2 Rumusan 64

5.3 Perbincangan Kajian 66

5.3.1 Perbincangan hasil dapatan analisis

persoalan kajian yang pertama 66

5.3.2 Perbincangan hasil dapatan analisis

persoalan kajian yang kedua. 66

5.3.3 Perbincangan hasil dapatan analisis

persoalan kajian yang ketiga. 68

5.4 Cadangan 69

5.4.1 Pelajar 70

5.4.2 Guru 71

5.4.3 Kementerian Pelajaran Malaysia 72

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 73

BIBLIOGRAFI 74

LAMPIRAN 76

Page 14: KEBIMBANGAN SAINS KBSM DI KALANGAN PELAJAR TINGKATAN … filedaripada 200 orang pelajar tingkatan 1 dan 2 di Sekolah Menengah Kebangsaan Munsyi Abdullah dan Sekolah Menengah Kebangsaan

xii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.3 Taburan markat min bagi menentukan tahap kebimbangan

Sains di kalangan pelajar sekolah menengah

Tingkatan Satu (1) dan Dua (2). 34

4.1.1 Item- item berkaitan dengan matematik. 38

4.1.2 Item – item berkaitan dengan fakta- fakta Sains. 40

4.1.3 Item- item berkaitan dengan penggunaan alatan sains dan

melakukan eksperimen di dalam makmal. 43

4.1.4 Item- item negatif. 47

4.1.5 Tahap kebimbangan Sains bagi keseluruhan item-

item soal selidik. 51

4.2.1 Analisis keseluruhan bagi masalah- masalah

berkaitan masalah. 52

4.2.2 Analisis keseluruhan bagi masalah- masalah berkaitan

fakta- fakta sains. 52

4.2.2 Analisis keseluruhan bagi masalah- masalah berkaitan

Penggunaan alatan sains dan melakukan eksperimen

di dalam makmal. 53

4.3.1 Dapatan tentang Faktor tingkatan 1 dan 2 55

4.3.2 Dapatan tentang Faktor sekolah Bandar dan sekolah

Luar Bandar. 56

Page 15: KEBIMBANGAN SAINS KBSM DI KALANGAN PELAJAR TINGKATAN … filedaripada 200 orang pelajar tingkatan 1 dan 2 di Sekolah Menengah Kebangsaan Munsyi Abdullah dan Sekolah Menengah Kebangsaan

xiii

4.3.3 Dapatan tentang Faktor jantina. 57

4.3.4 Dapatan tentang Faktor bangsa. 57

4.3.5 Dapatan tentang Faktor pencapaian dalam mata pela jaran

Sains. 59

4.3.6 Dapatan tentang Faktor pekerjaan bapa. 60

Page 16: KEBIMBANGAN SAINS KBSM DI KALANGAN PELAJAR TINGKATAN … filedaripada 200 orang pelajar tingkatan 1 dan 2 di Sekolah Menengah Kebangsaan Munsyi Abdullah dan Sekolah Menengah Kebangsaan

xiv

SENARAI SINGKATAN

KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

PMR - Penilaian Menengah Rendah

RMT - Rancangan Malaysia Ketujuh

S & T - Sains dan Teknologi

S.I - System International

SMKMA - Sekolah Menengah Kebangsaan Munsyi

Abdullah

SMKS - Sekolah Menengah Kebangsaan Senai

SPM - Sijil Peperiksaan Malaysia

SPSS - Statistical Package for Social Science

UPSR - Ujian Penilaian Sekolah Rendah

Page 17: KEBIMBANGAN SAINS KBSM DI KALANGAN PELAJAR TINGKATAN … filedaripada 200 orang pelajar tingkatan 1 dan 2 di Sekolah Menengah Kebangsaan Munsyi Abdullah dan Sekolah Menengah Kebangsaan

xv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Jadual bagi Bab 1 dan 3. 76

B Borang soal selidik 78

C Keputusan analisis alfa bagi borang soal selidik 86

D Surat kebenaran daripada Bahagian Perancangan

dan Penyelidikan, Kementerian Pendidikan 87

E Surat kebenaran daripada Fakulti Pendidikan 89

Page 18: KEBIMBANGAN SAINS KBSM DI KALANGAN PELAJAR TINGKATAN … filedaripada 200 orang pelajar tingkatan 1 dan 2 di Sekolah Menengah Kebangsaan Munsyi Abdullah dan Sekolah Menengah Kebangsaan

BAB I

PENDAHULUAN

1.0 Pengenalan

Sains dan teknologi memainkan peranan penting dalam segala aspek kehidupan

seharian sama ada di rumah atau semasa bekerja. Begitu juga dengan industri dan

kemakmuran negara bergantung kepada sains dan teknologi. Hampir kesemua isu –isu

mengenai dasar awam mempunyai implikasi saintifik dan teknologikal. Sama ada

pembuat keputusan seperti ahli politik, pekerja awam, pemimpin kewangan atau

industri, atau pengundi dalam masyarakat demokratik, perlu memahami asas saintifik ke

atas setiap keputusan mereka. Begitu juga dengan setiap kehidupan peribadi masing-

masing. Setiap orang perlu memahami sains, pencapaiannya dan batasan sains biarpun

mereka bukan ahli sains atau jurutera. Ia merupakan satu pelaburan untuk keperluan

hidup untuk menjamin kehidupan masa hadapan dalam masyarakat. (The Royal Society,

1985)

Page 19: KEBIMBANGAN SAINS KBSM DI KALANGAN PELAJAR TINGKATAN … filedaripada 200 orang pelajar tingkatan 1 dan 2 di Sekolah Menengah Kebangsaan Munsyi Abdullah dan Sekolah Menengah Kebangsaan

1

Kepentingan bidang sains dan tenologi pada hari ini memang tidak dapat

dinafikan. Justeru itu, kerajaan telah menetapkan sasaran untuk mencapai nisbah

pelajar sains dan pelajar sastera pada kadar 60:40. Namun sayangnya usaha ini masih

belum lagi membuahkan hasil sebagaimana yang diharapkan. Pelajar, terutamanya

pelajar bumiputera masih fobia terhadap bidang sains dan teknologi.

Kesedaran mengenai sains dan teknologi amat penting, sesuai dengan dasar

kerajaan yang akan terus memberi keutamaan kepada usaha menggalakkan

pembudayaan sains, penyelidikan, kreativiti, dan inovasi teknologi sebagai teras penting

kepada strategi pembangunan untuk mengekalkan kadar pertumbuhan yang pesat dan

meningkatkan taraf hidup kerana Sains dan Teknologi (S&T) akan menunjangi

kemajuan ekonomi dan daya saingan, khususnya di peringkat antarabangsa..

Seperti yang digariskan dalam Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua

(RRJP2) dan Rancangan Malaysia Ketujuh (RMT), matlamat dasar S & T negara ialah

untuk memastikan pembangunan saintifik dan teknologi yang berterusan bagi

menyokong dan mengekalkan kadar pertumbuhan ekonomi yang tinggi,

mempercepatkan pembangunan perindustrian secara menyeluruh serta menyediakan

asas bagi mewujudkan masyarakat yang maju dari segi sains dan teknologi menjelang

tahun 2020. (Ramlan Abd Wahab, 1998).

Oleh itu, kajian mengenai kebimbangan pelajar-pelajar terhadap sains dijalankan

untuk mengetahui tahap dan faktor- faktor yang mempengaruhi kebimbangan sains di

kalangan pelajar. Diharapkan hasil daripada kajian ini dapat memberi idea dan panduan

kepada pihak guru dan Kementerian Pendidikan untuk menghasilkan proses pengajaran

dan pembelajaran sains yang lebih berkesan.

Page 20: KEBIMBANGAN SAINS KBSM DI KALANGAN PELAJAR TINGKATAN … filedaripada 200 orang pelajar tingkatan 1 dan 2 di Sekolah Menengah Kebangsaan Munsyi Abdullah dan Sekolah Menengah Kebangsaan

2

1.1 Latar Belakang Masalah

Pada alaf baru, teknologi yang akan menentukan pembangunan masa hadapan

adalah teknologi maklumat dan komunikasi, mikroelektronik, bioteknologi dan sains

hayat, teknologi pembuatan termaju, teknologi bahan termaju, teknologi alam sekitar

dan lain- lain. Oleh itu, negara memerlukan lebih ramai jurutera, doktor, dan saintis

pada masa hadapan. Kegagalan melahirkan generasi bumiputera yang berpengetahuan

dan pakar dalam sains akan menjadi faktor utama yang menghalang penyertaan mereka

dalam proses pembangunan. Peluang mereka untuk menikmati pemodenan dan

kemakmuran hasil daripada pembangunan dan teknologi juga berkurangan. (Dr. Sahol

Hamid Abu Bakar, Dewan Siswa, 1999).

Cabaran ke enam dalam Wawasan 2020 ialah membentuk masyarakat yang

bersifat sains dan progresif, berdaya cipta dan berpandangan jauh pada hari muka.

Dengan itu, masyarakat diharapkan dapat memantapkan teknologi dan menjadi

penyumbang terhadap pembentukan peradaban sains dan teknologi pada masa hadapan.

Namun begitu, isu terkini ialah tentang minat negatif pelajar terhadap subjek Matematik

dan Sains. Ada sekolah yang terpaksa menutup tingkatan enam kerana kekurangan

pelajar.

Bagi merealisasikan wawasan pembangunan negara menjadikan Malaysia

sebuah negara perindustrian yang membangun sepenuhnya menjelang tahun 2020,

Malaysia memerlukan lebih ramai pakar sains dan golongan teknologi dalam berbagai-

bagai bidang. Pakar sains dan teknologi yang berwibawa merupakan tenaga penggerak

kepada pemodenan kemajuan dan pembaharuan negara. Walau bagaimanapun

kekurangan pakar sains untuk memajukan bidang teknologi merupakan agenda yang

kritikal yang perlu ditangani segera. Mengikut Menteri Pendidikan, Datuk Seri Najib

Tun Razak nisbah pakar sains dan teknologi ialah satu dalam sejuta bagi penduduk di

Page 21: KEBIMBANGAN SAINS KBSM DI KALANGAN PELAJAR TINGKATAN … filedaripada 200 orang pelajar tingkatan 1 dan 2 di Sekolah Menengah Kebangsaan Munsyi Abdullah dan Sekolah Menengah Kebangsaan

3

Malaysia. Kadar graduan dalam bidang sastera yang dikeluarkan oleh institusi tinggi di

negara ini jauh lebih tinggi beberapa kali ganda berbanding dengan graduan dalam

bidang sains. (Abd. Rahim Abd.Rashid, 2000). Kesan yang ketara dapat dilihat apabila

keputusan sains SPM para pelajar Negeri Johor menurun dari tahun 1997 hingga 2000

(rujuk Jadual 1.1: Lampiran A).

Pendidikan Sains KBSM bermatlamat untuk membekalkan pelajar dengan

pengetahuan dan kemahiran sains, mengembangkan daya pemikiran saintifik dan

memupuk nilai- nilai murni. Seterusnya dengan tercapainya matlamat ini, diharapkan

para pelajar dapat memahami dan menghargai sains dan aplikasinya dalam kehidupan

dan untuk membangunkan negara serta berkeupayaan menyelesaikan masalah harian

bagi membentuk warga negara yang bertanggungjawab demi kesejahteraan manusia

(Pusat Perkembangan Kurikulum, 1988).

Aktiviti Penyelidikan dan Pembangunan (P & P) yang bermatlamat untuk

membina keupayaan teknologi tempatan dalam teknologi- teknologi strategi seperti

Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Mikroelektronik, Bioteknologi dan Sains Hayat,

Teknologi Pembuatan, Teknologi Bahan Termaju dan Teknologi Alam Sekitar bukan

sahaja akan memperkukuh pembangunan S& T, tetapi juga menghindarkan kongkongan

negara- negara maju ke atas orientasi dan perkembangan S & T negara, serta

menjimatkan pengaliran keluar wang tempatan. Bayaran bagi perolehan teknologi dari

negara luar mencatatkan pertumbuhan sebanyak 14 peratus dalam tempoh 1991- 1995,

daripada kira –kira RM 240 juta pada tahun 1990 kepada kira- kira RM 1.0 bilion pada

tahun 1995. Bayaran ini terdiri daripada royalti dan yuran terutamanya untuk perolehan

francais, penggunaan jenama antarabangsa dan bayaran kerana penggunaan teknologi

baru dan yang dipertingkatkan.(Dewan Masyarakat, 1998).

Page 22: KEBIMBANGAN SAINS KBSM DI KALANGAN PELAJAR TINGKATAN … filedaripada 200 orang pelajar tingkatan 1 dan 2 di Sekolah Menengah Kebangsaan Munsyi Abdullah dan Sekolah Menengah Kebangsaan

4

Keperluan melahirkan lebih banyak pakar sains dan teknologi meningkat

beberapa kali ganda ekoran daripada perkembangan pesat yang dialami oleh Malaysia

dalam pelbagai bidang pembangunan pertumbuhan ekonomi yang tinggi, diikuti dengan

Keluaran Negara Kasar pada kadar 8.0 selama lima tahun berturut- turut telah

mendorong perubahan pesat dalam sektor perindustrian, komunikasi, infrastruktur,

pembinaan, telekomunikasi dan teknologi maklumat.(Dewan Masyarakat, 1998). Jika

pelajar masih mengalami kebimbangan sains, bagaimana untuk melahirkan lapisan

generasi seperti yang diharapkan dan bagaimana guru hendak menjalankan proses

pengajaran dan pembelajaran secara berkesan?.

1.2 Pernyataan Masalah

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti apakah tahap kebimbangan pelajar –

pelajar Tingkatan Satu dan Dua terhadap mata pelajaran Sains serta faktor-faktor

kebimbangan tersebut. Selain itu, kajian ini bertujuan mengenalpasti masalah- masalah

yang dihadapi oleh pelajar Tingkatan Satu dan Dua yang membawa kepada

kebimbangan Sains.

1.3 Objektif Kajian

Objektif kajian ini adalah untuk:

Page 23: KEBIMBANGAN SAINS KBSM DI KALANGAN PELAJAR TINGKATAN … filedaripada 200 orang pelajar tingkatan 1 dan 2 di Sekolah Menengah Kebangsaan Munsyi Abdullah dan Sekolah Menengah Kebangsaan

5

(i) Meninjau tahap kebimbangan terhadap sains bagi pelajar- pelajar

Tingkatan 1 dan 2.

(ii) Mengenalpasti masalah- masalah yang dihadapi oleh pelajar- pelajar

Tingkatan 1 dan 2 yang membawa kepada kebimbangan Sains.

(iii) Mengkaji faktor-faktor kebimbangan Sains di kalangan pelajar- pelajar

Tingkatan 1 dan 2.

1.4 Persoalan Kajian

(i) Apakah tahap kebimbangan pelajar- pelajar Tingkatan 1 dan 2 terhadap

mata pelajaran sains?.

(ii) Apakah masalah- masalah yang dihadapi oleh para pelajar Tingkatan 1

dan 2 yang membawa kepada kebimbangan Sains?

(iii) Apakah faktor- faktor yang menjadikan pelajar bimbang terhadap sains?.