mabbim dan mastera: pantas jawi meningkatkan 16 kertas kerja dibentangkan dalam majlis yang...

Download Mabbim dan Mastera: Pantas Jawi Meningkatkan 16 kertas kerja dibentangkan dalam majlis yang berkonsepkan “Munsyi untuk Munsyi ... ngan sambutan bulan kemerdekaan tahun 2002 yang

Post on 12-Feb-2018

213 views

Category:

Documents

0 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

  • BH PILIH L1 21 emel

    Munsyi Dewan Membantu DBP Membudayakan Bahasa Kebangsaan

    K ita tidak mahu menjadi seperti bangsa Hawaii yang telah kehilangan bahasa ibundanya lantaran keal-paan terhadap kepentingan baha-sa kebangsaan sebagai jati diri negara bangsa mereka. Atas kese-daran inilah, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dipertanggungja-wabkan untuk memartabatkan bahasa Melayu dengan melipat-gandakan usaha pembudayaan bahasa kebangsaan ke segenap lapisan masyarakat tanpa me-ngira sempadan dan wilayah.

    Dalam hal ini, Munsyi Dewan memainkan peranan penting un-

    tuk memberikan perkhidmatan. Demikianlah ucapan dan keyakin-an Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia, YB Datuk Razali Ismail ketika merasmikan Konvensyen Munsyi Dewan IV baru-baru ini di Hotel Crown Princess, Kuala Lumpur. Teks ucapan yang diba-cakan oleh Pengarah Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), Tuan Haji Zul-kifli Wazir turut menyarankan agar DBP sewajarnya memberikan tumpuan terhadap penyebaran bahasa Melayu kepada masya-rakat berbilang kaum secara lebih terancang.

    Beliau juga menegaskan bahawa pihak KPM bersedia membantu DBP melaksanakan apa- apa sahaja kegiatan kebahasaan yang dian-jurkan bagi memastikan bahasa kebangsaan dinobatkan dan di-letakkan ditempatnya semula. Sehubungan dengan itu, dalam usaha untuk terus memartabatkan bahasa Melayu yang semakin dihimpit dengan pelbagai cabaran dan dilema, pelbagai pendekatan dirancang dan dijalankan oleh DBP.

    Oleh itu, organisasi yang diper-tanggungjawabkan untuk mem-perkasakan bahasa kebangsaan

    seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, DBP meneruskan usaha melantik Munsyi Dewan atau tenaga pe-ngajar luar untuk membantu DBP sekali gus KPM melaksanakan program kebahasaan di seluruh negara.

    Untuk mengiktiraf Munsyi Dewan yang dilantik, DBP meng-anjurkan Konvensyen Munsyi Dewan pada 18 hingga 21 April yang lalu. Seramai 30 orang Munsyi Dewan Fasa V menerima watikah pelantikan dan sijil peng-hargaan. Sebanyak 16 kertas kerja dibentangkan dalam majlis yang berkonsepkan Munsyi untuk Munsyi itu bagi meningkatkan kewibawaan dan pengetahuan

    Munsyi. Seisi dialog bersama- sama dengan Pengarah Jabatan dan Cawangan/ Wilayah juga diadakan untuk memberikan pe-nerangan tentang tanggungjawab Munsyi dalam usaha mengem-bangkan peranan mereka selain memberikan ceramah bahasa.

    Sementara itu, Ketua Pengarah DBP, Datuk Dr. Firdaus Haji Abdullah dalam ucapannya pula meminta agar pihak Kementerian mengambil perhatian tentang pelepasan waktu bekerja dan memberikan kerjasama kepada Munsyi yang dilantik sekiranya diminta untuk memberikan cera-mah mahupun apa jua kegiatan kebahasaan yang dirancang oleh DBP. Sejak mula diperkenalkan pada tahun 1995, seramai 194 orang Munsyi dilantik.

    Walaupun DBP telah memberi-kan pelbagai latihan dan pengikti-rafan, penggunaan Munsyi Dewan masih tidak begitu menyeluruh, khususnya di sektor pendidikan kerana terdapatnya kekang-an, antaranya sukar mendapat pelepasan waktu bekerja atau kurang kerjasama daripada pihak pentadbir, ujarnya dalam majlis yang dihadiri oleh kira-kira 300 orang.

    MUNSYI

    Tanggungjawabkita bersama

    Meletakkan bahasa Melayudi tempat asalnya

    Menawarkan:

    Khidmat Nasihat Bahasa (KNB) Membantu menyelesaikan pelbagai masalah penggunaan bahasa Melayu seperti ejaan Rumi dan Jawi, perkataan dan istilah serta penyemakan bahasa.

    Khidmat Nasihat Sastera (KNS) Menjawab pelbagai pertanyaan mengenai aktiviti sastera, hadiah, anugerah dan sayembara; bimbingan dan bengkel penulisan/penyuntingan sastera kanakkanak dan remaja. Turut menyediakan carian pantun dan biodata penulis/penyair serta penyemakan bahasa Melayu klasik.

    Khidmat Nasihat Penerbitan (KNP) Menyediakan perkhidmatan perundingan dan khidmat nasihat yang meliputi peluang penerbitan, panduan penulisan buku, hak cipta dan royalti, penyediaan manuskrip dan proses penerbitan.

    Khidmat Nasihat Korporat (KNK) Rujukan tentang dasar yang berkaitan dengan DBP, pertanyaan berkaitan perkhidmatan DBP dan pelibatan masyarakat dengan aktiviti DBP.

    Untuk mendapatkan khidmat ini, sila layari www.dbp.gov.my

    Penulis: Mohd ZainudinHaji Abdullah, Mohd. Shahrim Senik Penerbit: DBP Harga Buku: RM250.00

    Buku Senjata Warisan merupakan hasil daripada Pameran Senjata Warisan: Manifestasi Keunikan dan Kepelbagaian Warisan. Pameran ini diadakan pada 29 Ogos hingga 29 September 2002 bersempena dengan sambutan bulan kemerdekaan tahun 2002 yang disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj. Pameran berkenaan berjaya mengumpulkan sebanyak 1011 koleksi senjata daripada pelbagai sumber dan daerah di Nusantara. Malaysian Book of Records telah mengiktiraf pameran ini sebagai pameran senjata terbesar di Malaysia.

    Maklumat lanjut berkenaan buku ini boleh diperoleh daripada Kedai Buku Koperasi DBP Sdn. Bhd. dengan menghubungi talian 0321485869/ 21433505/21433504.

    Oleh Siti Ruzaiha Mohd Riffin

    IKTIRAF: Tuan Haji Zulkifli Wazir menyampaikan anugerah khas Munsyi Dewan kepada Puan Lee Sai Fa sambil diperhatikan oleh Ketua Pengarah DBP, Datuk Dr. Firdaus Haji Abdullah (dua dari kiri) dan Ketua Bahagian Pengembangan Bahasa Melayu, Encik Othman Ismail (dua dari kanan) di Hotel Crown Princess baru-baru ini.

    Bil: 48 RABU, 21 MEI 2008

    MESTI BELI... TERBAHARU DI PASARAN

    Kita tidak mahu menjadi seperti bangsa Hawaii yang telah kehilangan bahasa ibundanya lantaran kealpaan terhadap kepentingan bahasa kebangsaan"

    YB Datuk Razali IsmailTimbalan Menteri Pelajaran Malaysia

    Senjata WariSan

    Pantas Jawidi wilayah Timur Muka 9

    Mabbim dan Mastera:Meningkatkan KetahananBudaya Serumpun Muka 12

Recommended

View more >