nilai dan etika kita - ti. · pdf filenilai dan etika kita. tatakelakuan p.1 muka depan ......

31
Tatakelakuan Tatakelakuan Nilai dan etika kita

Upload: hadien

Post on 07-Feb-2018

226 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Nilai dan etika kita - TI. · PDF fileNilai dan etika kita. Tatakelakuan p.1 Muka Depan ... kebimbangan kepada mana-mana peringkat pengurusan di dalam persekitaran yang selamat dan

Tatakelakuan

TatakelakuanNilai dan etika kita

Page 2: Nilai dan etika kita - TI. · PDF fileNilai dan etika kita. Tatakelakuan p.1 Muka Depan ... kebimbangan kepada mana-mana peringkat pengurusan di dalam persekitaran yang selamat dan

Tatakelakuan

p.1 Muka Depan

p.2 Jadual kandungan

p.5 Surat daripada Ketua Pegawai Eksekutif kita

p.6 Nilai-nilai kita Integriti Inovasi

Komitmen

p.8 Ujian pantas etika

p.11 Tatakelakuan

p.12 Kita melakukan kerja dengan jujur dan penuh beretika

a. Pematuhan kepada undang-undang

b. Komunikasi terbuka

c. Membuat laporan yang jujur

d. Perlindungan terhadap data dan privasi

e. Menghormati hak dan harta benda

p.14 f. Tiada pemberian yang tidak wajar

g. Anti-sogokan dan anti-rasuah

h. Tiada pembayaran yang tidak wajar

i. Tiada dagangan orang dalam

j. Pematuhan kepada undang-undang

impot dan ekspot

p.16 Kita melayani satu sama lain dengan adil

dan penuh hormat.

a. Menghormati perbezaan

b. Menghargai kemajmukan

c. Anti-diskriminasi

d. Tiada penderaan atau gangguan

e. Melaporkan kebimbangan

f. Mewujudkan persekitaran kerja

yang positif

p.18 Kami melindungi kesihatan dan

keselamatan kita, serta alam sekitar.

a. Tempat kerja yang selamat

b. Pematuhan kepada kesihatan,

keselamatan dan alam sekitar

c. Persediaan untuk kecemasan

d. Mencegah pencemaran

p.20 Kita melindungi dan memelihara aset syarikat daripada disalahguna atau dibazirkan

a. Memelihara aset syarikat

b. Penggunaan aset syarikat untuk tujuan

peribadi

p.21 Kita memberikan makllumat lengkap dan

tepat untuk kegunaan dalam laporan

dalaman dan luaran

a. Menyimpan rekod yang tepat

b. Pelaporan luaran berasaskan fakta

Jadual kandungan

2

Page 3: Nilai dan etika kita - TI. · PDF fileNilai dan etika kita. Tatakelakuan p.1 Muka Depan ... kebimbangan kepada mana-mana peringkat pengurusan di dalam persekitaran yang selamat dan

Tatakelakuan

p.21 Kita mengelakkan percanggahan kepentingan

a. Memperlindungi keputusan perniagaan TI b. Mengelak percanggahan kepentingan c. Pendedahan terhadap percanggahan

kepentingan

p.21 Kita bersaing dengan adil a. Menghormati perdagangan adil dan undang-

undang pengiklanan b. Mengelak daripada berpakat atau

bersekongkol dengan pesaing-pesaing

p.23 Mengunakan tatakelakuan TI

Soalan-soalan lazim

a. Mengurus dan menggunakan maklumat sulit

b. Anti-rasuah

c. Hadiah dan ganjaran

d. Transaksi stok TI oleh pekerja dan pengarah

p.24 e. Kawalan ekspot

f. Tempat kerja yang bebas dari ancaman

g. Melaporkan risiko keselamatan

h. Dasar pemerolehan

i. Percanggahan kepentingan

j. Persaingan yang adil

k. Kelulusan yang diperlukan untuk komunikasi dengan pelabur, penganalisis dan media

p.26 Melaporkan kebimbangan

Pejabat Etika TI

p.28 Maklumat penting

3

Page 4: Nilai dan etika kita - TI. · PDF fileNilai dan etika kita. Tatakelakuan p.1 Muka Depan ... kebimbangan kepada mana-mana peringkat pengurusan di dalam persekitaran yang selamat dan

Tatakelakuan

4

Page 5: Nilai dan etika kita - TI. · PDF fileNilai dan etika kita. Tatakelakuan p.1 Muka Depan ... kebimbangan kepada mana-mana peringkat pengurusan di dalam persekitaran yang selamat dan

Tatakelakuan

Walaupun produk dan pasaran kita telah berubah dalam masa beberapa tahun, kesungguhanTI untuk menjalankan perniagaan dengan cara yang betul kekal konsisten. Sebagai warga TI, kita seharusnya berbangga dengan warisan syarikat kita untuk mengekalkan tahap etika yang tinggi, menghormati orang lain, dan komitmen untuk memberikan impak yang positif terhadap keadaan sosial, persekitaran dan politik di seluruh dunia.

Di sepanjang sejarah perniagaan kita, tahap etika TI yang tinggi telah memanfaatkan pekerja-pekerja, pelanggan, komuniti dan perniagaan kita. Dan, untuk memastikan kita terus beroperasi dengan tahap yang tinggi, setiap pekerja perlu mengetahui tentang tahap etika dan Tatakelakuan kita, dan berkelakuan sewajarnya. Jika anda percaya bahawa perniagaan TI atau aktiviti berkaitan dijalankan dengan cara yang tidak beretika atau tidak konsisten dengan Tatakelakuan kita, saya galakkan anda untuk laporkan kebimbangan anda kepada penyelia anda, wakil dari bahagian sumber manusia, atau Pejabat Etika TI, tanpa bimbang terhadap tindakan balas.

Produk yang baik sahaja, tidak mencukupi untuk memastikan kita menang di jangka masa panjang. Dalam perniagaan kita, kepercayaan adalah penting. Reputasi kita terhadap integrity adalah alat pemasaran yang paling berkesan. Pekerja kita, pelanggan, individu - individu dan kumpulan - kumpulan yang kita berurusan, memilih TI bukan saja untuk teknologi kita, tetapi kerana kita melayan mereka dengan hormat, berurusan dengan mereka secara adil, dan berpegang kepada komitmen kita.

Rich Templeton

Pengerusi, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif

Surat daripada Ketua Pegawai Eksekutif kita

5

Page 6: Nilai dan etika kita - TI. · PDF fileNilai dan etika kita. Tatakelakuan p.1 Muka Depan ... kebimbangan kepada mana-mana peringkat pengurusan di dalam persekitaran yang selamat dan

Tatakelakuan

6

Integriti

Inovasi

Komitmen

Lakukan perkara yang betul | Berkelakuan jujur

Menyelesaikan masalah | Berani mencipta | Mengatasi kemustahilan

Menghormati dan menghargai antara satu sama lain | Memperkukuhkan komuniti kita | Berkomited untuk menang

Nilai teras kita

Page 7: Nilai dan etika kita - TI. · PDF fileNilai dan etika kita. Tatakelakuan p.1 Muka Depan ... kebimbangan kepada mana-mana peringkat pengurusan di dalam persekitaran yang selamat dan

Tatakelakuan

7

Di TI, budaya kita dipacu oleh nilai teras kita iaitu integriti, inovasi dan komitmen. Nilai-nilai ini telah membentuk siapa diri kita dan kelakuan kita selama beberapa dekad, semenjak era pengasas kita dan visi mereka untuk TI sejak penubuhannya dalam tahun 1930. Sudah tentu kita telah berubah semenjak itu, kerana mengambil kira perubahan dalam industri dan di dunia. Tetapi kami berbangga kerana warga TI awal, walaupun mereka ini sudah tiada dengan kita, dan pekerja-pekerja TI hari ini, berkongsi ikatan yang sama, iaitu melalui ciri-ciri dan set nilai serta etika yang sama yang telah diterapkan di dalam DNA syarikat kita.

Integriti. Inovasi. Komitmen. Kami senaraikannya dalam turutan ini untuk sebab-sebab tertentu.

Integriti adalah prinsip asas. Kita percaya dalam melakukan perkara yang betul. Sentiasa. Ia lebih penting bagi kita dari keuntungan, dan kita harapkannya daripada semua orang kita tanpa mengira kedudukan atau geografi.

Inovasi adalah nyawa kita. Ia adalah cara kita menyelesaikan masalah dan mengatasi halangan-halangan untuk mencapai segala kemungkinan dan mencipta produk yang mengubah dunia kita kepada yang lebih baik. Kami mengharapkan inovasi daripada setiap organisasi dan pekerja-pekerja kita.

Komitmen ialah janji kita. Janji kita antara satu sama lain, pihak-pihak yang berkepentingan, dan komuniti kita. Kita bertekad untuk menghormati dan menghargai satu sama lain dan untuk menghargai perspektif unik yang dibawa oleh setiap orang. Kita bertekad untuk menghormati semua pihak yang berkepentingan dengan melakukan apa yang kita katakan kta akan lakukan. Kita bertekad untuk menjaga persekitaran dan jadikan komuniti kita lebih kuat. Dan akhir sekali, kita bertekad untuk menang, menetapkan jangkaan tinggi terhadap prestasi kita, untuk membantu pelanggan untuk berjaya. Komitmen ialah tanggungjawab setiap warga TI.

Bersama-sama, nilai ini adalah asas kepada perlakuan kita di TI. Ia ialah akar yang semakin mendalam, tahun demi tahun, dan dengannya, kami berusaha untuk tidak membangun syarikat yang hanya mementingkan kejayaanya dengan membilang jumlah dekad operasinya, tetapi syarikat yang akan terus berkembang maju untuk ratusan tahun yang akan datang.

Di dalam TI kita mempunyai ungkapan mudah untuk memperingati diri kita tentang nilai-nilai ini: Ketahuilah apa yang betul, lakukan apa yang betul. Ia adalah mantera yang kita amalkan.

Page 8: Nilai dan etika kita - TI. · PDF fileNilai dan etika kita. Tatakelakuan p.1 Muka Depan ... kebimbangan kepada mana-mana peringkat pengurusan di dalam persekitaran yang selamat dan

Tatakelakuan

8

Apabila berhadapan dengan pilihan etika, gunakanlah senarai semak ini sebagai panduan. Jika anda perlukan bantuan, sila hubungi Pejabat Etika.

Ujian pantas etika:

Ujian pantas etika

Adakah ia mematuhi nilai-nilai kita?

Jika anda melakukannya, adakah anda akan berasa tidak senang hati?

Bagaimanakah ia akan kelihatan jika dilaporkan dalam berita?

Jika anda tahu ia salah, jangan lakukannya!

Jika anda tidak pasti, bertanyalah.

Teruskan bertanya sehingga anda mendapat jawapan.

Adakah sesuatu tindakan itu berasaskan undang-undang?

Page 9: Nilai dan etika kita - TI. · PDF fileNilai dan etika kita. Tatakelakuan p.1 Muka Depan ... kebimbangan kepada mana-mana peringkat pengurusan di dalam persekitaran yang selamat dan

Tatakelakuan

9

Page 10: Nilai dan etika kita - TI. · PDF fileNilai dan etika kita. Tatakelakuan p.1 Muka Depan ... kebimbangan kepada mana-mana peringkat pengurusan di dalam persekitaran yang selamat dan

Tatakelakuan

10

Page 11: Nilai dan etika kita - TI. · PDF fileNilai dan etika kita. Tatakelakuan p.1 Muka Depan ... kebimbangan kepada mana-mana peringkat pengurusan di dalam persekitaran yang selamat dan

Tatakelakuan

11

Tatakelakuan kita tertanam dalam nilai kita. Ia menyenaraikan kelakuan tertentu yang kita harapkan daripada warga TI di seluruh dunia. Walaupun nilai-nilaiyang tertera disini luas, ia tidak menyeluruh. Pekerja diharapkan akan membuat pertimbangan yang sewajarnya dan mendapatkan nasihat melalui rantaiankepimpinan mereka atau melalui Pejabat Etika TI, jika berhadapan dengan situasi yang tidak dibincangkan di sini. Perlanggaran terhadap tatakelakuan boleh mengakibatkan tindakan disiplin seperti teguran dan pemberhentian kerja diambil, dan dalam sesetengah kes, ia merupakan kesalahan jenayah. Tiada pengarah, pegawai atau mana-mana pekerja kita yang boleh dikecualikan dari peruntukan dalam tatakelakuan ini.

Tatakelakuan kita

Page 12: Nilai dan etika kita - TI. · PDF fileNilai dan etika kita. Tatakelakuan p.1 Muka Depan ... kebimbangan kepada mana-mana peringkat pengurusan di dalam persekitaran yang selamat dan

Tatakelakuan

1. Kita melakukan kerja dengan jujur dan penuh beretika.

a. Patuhi undang-undang, peraturan dan regulasi di negara kita beroperasi. Timbulkan kesedaran, kefahaman dan patuhilah undang-undang. Pembekal kita dikehendaki melakukan perkara yang sama. Ketahui cara untuk melaporkan kebimbangan melibatkan pematuhan.

b. Berkomunikasi secara terbuka dan berterus-terang dengan, pelanggan kita, pembekal kita, pihak-pihak berkepentingan dan antara satu sama lain.

c. Laporkan hasil siasatan dengan jujur.

d. Lindungi data peribadi dan privasi pekerja, pelanggan dan pembekal dengan menggunakan perlindungan untuk data dan sistem maklumat.

e. Hormati hak dan harta benda orang lain, termasuk harta intelek. Hanya terima maklumat sulit atau rahsia dagangan setelah memahami dengan jelas tanggungjawab seperti yang ditakrifkan di dalam perjanjian ketakdedahan (NDA) atau dokumen yang seumpamanya. Q&A*

Klik "Q&A" untuk soalan-soalan lazim dan jawapan mengenai topik ini.

12

Page 13: Nilai dan etika kita - TI. · PDF fileNilai dan etika kita. Tatakelakuan p.1 Muka Depan ... kebimbangan kepada mana-mana peringkat pengurusan di dalam persekitaran yang selamat dan

Tatakelakuan

13

Page 14: Nilai dan etika kita - TI. · PDF fileNilai dan etika kita. Tatakelakuan p.1 Muka Depan ... kebimbangan kepada mana-mana peringkat pengurusan di dalam persekitaran yang selamat dan

Tatakelakuan

1. Kita melakukan kerja dengan jujur dan penuh beretika (bersambung)

f. Jangan memberi, meminta, menerima, menawarkan, menurunkan kuasa, meluluskan atau menjanjikan sebarang bentuk rasuah, sogokan atau bayaran lain yang tidak wajar bagi tujuan mengekalkan atau mendapatkan kelebihan dalam perniagaan. Q&A*

g. Elak dan tolak pemberian yang tidak wajar. Apabila saling berbudi-bahasa, memberikan jamuan dan hiburan, elakkan aktiviti yang boleh mewujudkan suasana yang memperlihatkan seolah-olah kita telah berkompromi dalam membuat keputusan. Elakkan sebarang pemberian atau hiburan, walaupun dengan pelanggan, yang boleh dianggap tidak wajar. Q&A*

h. Jangan terlibat dalam sogokan atau rasuah. Jangan beri atau terima ganjaran atau bantuan yang bertujuan untuk mempengaruhi atau yang boleh dilihat sebagai bertujuan untuk mempengaruhi keputusan oleh sesiapa saja dalam perniagaan atau kerajaan.

i. Jangan terlibat dalam dagangan orang dalam. Ini ialah pembelian atau penjualan saham TI atau saham rakan niaga TI apabila mempunyai maklumat berkaitan yang bukan maklumat awam dan jika diketahui boleh mempengaruhi pelabur biasa. Q&A*

j. Patuhi semua undang-undang impot dan ekspot dan pastikan semua barangan dapat melepasi kastam dengan memastikan maklumat yang diperlukan disediakan dengan tepat. Q&A*

Klik "Q&A" untuk soalan-soalan lazim dan jawapan mengenai topik ini.

14

Page 15: Nilai dan etika kita - TI. · PDF fileNilai dan etika kita. Tatakelakuan p.1 Muka Depan ... kebimbangan kepada mana-mana peringkat pengurusan di dalam persekitaran yang selamat dan

Tatakelakuan

15

Page 16: Nilai dan etika kita - TI. · PDF fileNilai dan etika kita. Tatakelakuan p.1 Muka Depan ... kebimbangan kepada mana-mana peringkat pengurusan di dalam persekitaran yang selamat dan

Tatakelakuan

2. Kita melayani satu sama lain dengan adil dan penuh hormat.

a. Hormati perbezaan yang wujud dalam semua orang tanpa mengira kedudukan atau peringkat.

b. Fahami, hargai dan manfaatkan pelbagai perspektif yang ditawarkan oleh orang daripada pelbagai budaya. Kemajmukan pemikiran menjadikan kita lebih kuat.

c. Buat semua keputusan pekerjaan - termasuk pengambilan, kenaikan dan pemberian ganjaran-tanpa mengira bangsa, warna kulit, agama, fahaman, ketidakupayaan, maklumat genetik, negara asal, jantina, identiti dan pernyataan jantina, umur, orientasi seksual atau status perkahwinan atau veteran (atau sebarang status lain atau ciri yang dilindungi oleh undang-undang).

d. Wujudkan tempat kerja di mana semua orang rasa bebas untuk menyatakan pendapat mereka dan untuk bertanya soalan dan mengemukakan kebimbangan kepada mana-mana peringkat pengurusan di dalam persekitaran yang selamat dan menggalakkan, tanpa rasa takutkan gangguan, hukuman atau tindakan balas.

e. Jangan terlibat dalam, atau bertolak ansur dengan penderaan atau gangguan kepada, pekerja, kontraktor, pelanggan, pembekal atau pihak lain. Q&A*

f. Mengenal pasti dan dengan segera melaporkan kebimbangan tentang sebarang perlakuan yang menyalahi undang-undang dan tidak beretika. Laporan yang dibuat dengan ikhlas akan diambil tindakan dengan penuh tanggungjawab dan tanpa tindakan balas.

Klik "Q&A" untuk soalan-soalan lazim dan jawapan mengenai topik ini.

16

Page 17: Nilai dan etika kita - TI. · PDF fileNilai dan etika kita. Tatakelakuan p.1 Muka Depan ... kebimbangan kepada mana-mana peringkat pengurusan di dalam persekitaran yang selamat dan

Tatakelakuan

17

Page 18: Nilai dan etika kita - TI. · PDF fileNilai dan etika kita. Tatakelakuan p.1 Muka Depan ... kebimbangan kepada mana-mana peringkat pengurusan di dalam persekitaran yang selamat dan

Tatakelakuan

3. Kita melindungi kesihatan dan keselamatan kita, serta alam sekitar.

a. Pastikan keselamatan di tempat kerja dengan mengikuti peraturan keselamatan, menjalankan latihan keselamatan, menggunakan peralatan keselamatan, dan melaporkan penyakit atau kecederaan. Ketahui dan ikuti keperluan kawalan selia yang berkenaan dengan pekerjaan.

b. Menilai secara berterusan potensi kepada risiko kesihatan, keselamatan dan persekitaran yang disebabkan oleh operasi TI. Tangani risiko tersebut untuk mengelakkan impak berbahaya dan mengelakkan gangguan terhadap perniagaan. Bersedia untuk situasi kecemasan dengan pelan dan prosedur yang direka dengan baik, difahami dengan baik dan dibuat raptai dengan baik.

c. Cegah pencemaran dengan mengitar semula dan menggunakan semula bahan; mengawal pengeluaran udara; merawat air sisa sebelum dibuang; mengendalikan, menyimpan dan membuang bahan berbahaya, mematuhi undang-undang, peraturan dan keperluan pelanggan yang melarang atau menyekat penggunaan bahan-bahan tertentu dalam produk TI; dan melabel dengan betul produk TI untuk dibuang dan dikitar semula.

d. Maklumkan kepada pelanggan dan agensi kerajaan dengan segera apabila terdapat kebimbangan terhadap produk TI.

18

Page 19: Nilai dan etika kita - TI. · PDF fileNilai dan etika kita. Tatakelakuan p.1 Muka Depan ... kebimbangan kepada mana-mana peringkat pengurusan di dalam persekitaran yang selamat dan

Tatakelakuan

19

Page 20: Nilai dan etika kita - TI. · PDF fileNilai dan etika kita. Tatakelakuan p.1 Muka Depan ... kebimbangan kepada mana-mana peringkat pengurusan di dalam persekitaran yang selamat dan

Tatakelakuan

20

Page 21: Nilai dan etika kita - TI. · PDF fileNilai dan etika kita. Tatakelakuan p.1 Muka Depan ... kebimbangan kepada mana-mana peringkat pengurusan di dalam persekitaran yang selamat dan

Tatakelakuan

21

4. Kita melindungi dan memelihara aset syarikat daripada disalahguna atau dibazirkana. Jangan gunakan aset syarikat untuk kepentingan perniagaan di luar. b. Aset syarikat boleh digunakan sekali-sekala dan secara kebetulan dengan

perbelanjaan minimum kepada TI.

5. Kita memberikan maklumat lengkap dan tepat untuk kegunaan dalam laporan, audit dan komunikasi dalaman dan luarana. Menyimpan rekod tepat dan boleh disahkan.b. Catat dan lapor maklumat yang boleh difahami dengan tepat dan tepat masa

tentang operasi, prestasi dan keputusan kami.

6. Kita mengelakkan percanggahan kepentingan. a. Lindungi integriti keputusan perniagaan TI dengan memastikan setiap keputusan

dibuat berdasarkan apa yang terbaik untuk syarikat. Q&A*b. Elakkan percanggahan kepentingan yang boleh berlaku untuk kepentingan peribadi

yang mengatasi kepentingan TI. Q&A* c. Undurkan diri daripada perbincangan dan membuat keputusan apabila

kepentingan peribadi kelihatan mengganggu kepentingan TI, dan maklumkan potensi berlakunya percanggahan kepada penyelia kita.

7. Kita bersaing dengan adil. a. Hormati semua peraturan dan undang-undang yang mengawal perdagangan adil

dan pengiklanan.b. Jangan berpakat atau bersekongkol dengan pesaing untuk membahagikan

pasaran, menetapkan harga, menyekat pengeluaran atau memperuntukkan pelanggan. Q&A*

Klik "Q&A" untuk soalan-soalan lazim dan jawapan mengenai topik ini.

Page 22: Nilai dan etika kita - TI. · PDF fileNilai dan etika kita. Tatakelakuan p.1 Muka Depan ... kebimbangan kepada mana-mana peringkat pengurusan di dalam persekitaran yang selamat dan

Tatakelakuan

22

Mengunakan tatakelakuan TI

Di bawah ialah beberapa soalan yang kadang kala ditangani oleh Pejabat Etika untuk membantu anda navigasi tatakelakuan itu dan menggunakannya dalam situasi anda.

1. Pengurusan dan penggunaan maklumat sulit

Q: Saya perlu bekerja bersama dengan seorang pelanggan dalam satu projek dan berpendapat bahawa saya perlu meminta mereka menandatangani perjanjian ketakdedahan (NDA). Namun, saya tidak tahu dengan tepat bila ia diperlukan dan tidak tahu proses yang terlibat.

A: NDA perlu ditandatangani sebelum maklumat sulit TI didedahkan kepada syarikat atau individu lain, atau sebelum menerima maklumat sulit daripada syarikat atau individu lain. NDA boleh didapati dengan membuat permohonan di laman web NDA TI. Untuk maklumat lanjut, lihat SP&P 04-04-06: Pengurusan dan Penggunaan Maklumat Sulit

Page 23: Nilai dan etika kita - TI. · PDF fileNilai dan etika kita. Tatakelakuan p.1 Muka Depan ... kebimbangan kepada mana-mana peringkat pengurusan di dalam persekitaran yang selamat dan

Tatakelakuan

23

2. Polisi anti-rasuah

3. Hadiah dan ganjaran

4. Transaksi stok TI oleh pekerja dan pengarah

Q: Saya faham bahawa warga TI mungkin tidak memberi rasuah secara langsung kepada pegawai kerajaan, tetapi bagaimana dengan pembayaran tidak wajar yang dibuat oleh pembekal TI atau konsultan yang bertindak untuk, atau bagi pihak TI - adakah saya perlu bimbang?

A: Ya, TI mungkin dipertanggungjawabkan atas bayaran tidak wajar yang dibuat oleh syarikat atau individu lain yang bertindak untuk, atau, bagi pihak TI. Warga TI tidak harus abaikan situasi ini, tetapi diminta hubungi Jabatan Undang-Undang atau Pejabat Etika, jika mereka menyedari mengenai situasi sedemikian. Untuk maklumat lanjut, lihat SP&P 09-03-04: Akta Amalan Rasuah Luar Negara.

Q: Seorang daripada pembekal saya memberikan saya sekotak coklat semasa musim cuti dan saya menerimanya. Kami mempunyai hubungan perniagaan yang lama dan saya bimbang dia akan tersinggung jika saya menolaknya. Adakah saya telah melakukan kesilapan?

A: Dalam kes seperti itu, di mana hadiah secara relatifnya dilihat sebagai kecil dan dengan menolaknya mungkin dapat menyinggung perasaan pemberi, ia adalah lebih sesuai untuk menerima hadiah itu bagi pihak jabatan anda. Untuk maklumat lanjut, lihat SP&P 11-04-01: Hadiah, Hiburan, Hadiah, Rebat, Program Anugerah Pengguna Penerbangan (Pengembara) Kerap, dan Anugerah tertentu yang lain.

Q: Saya terdengar perbualan telefon bahawa TI akan mengumumkan satu pengambilalihan dalam beberapa hari. Oleh kerana saya bukan sebahagian daripada pasukan yang mengusahakan pengambilalihan itu, bolehkah saya dagangkan saham TI atau saham syarikat yang kita akan ambil alih?

A: Maklumat yang anda ada, besar kemungkinan akan dianggap bukan maklumat awam dan adalah penting, dan mungkin akan melarangi anda daripada berdagang dalam mana-mana saham syarikat sehingga maklumat itu menjadi maklumat awam. Orang yang didapati bersalah dalam dagangan dalaman akan dihadapkan dengan akibat yang serius termasuk denda, penjara dan di larang daripada berkhidmat sebagai pegawai atau pengarah mana-mana syarikat awam. Untuk maklumat lanjut, lihat SP&P 11-04-02: Transaksi dalam stok TI oleh Pekerja dan Pengarah TI.

Page 24: Nilai dan etika kita - TI. · PDF fileNilai dan etika kita. Tatakelakuan p.1 Muka Depan ... kebimbangan kepada mana-mana peringkat pengurusan di dalam persekitaran yang selamat dan

Tatakelakuan

24

5. Kawalan eksport

6. Tempat kerja yang bebas dari ancaman

7. Melaporkan risiko keselamatan

Q: Kumpulan saya telah meminta saya membawa produk sampel secara sendiri daripada A.S. ke negara lain. Adakah apa yang saya lakukan ini menimbulkan masalah?

A: Membawa terus dengan tangan akan hampir sentiasa menimbulkan isu. Dapatkan kepastian daripada kakitangan dari Pematuhan Dagangan Global setiap kali anda membawa produk, perisian atau maklumat teknikal bersama anda ke luar negara. Selain daripada itu, jika anda tidak mengisytiharkan sampel apabila anda memasuki negara luar, anda mungkin melanggar undang-undang impot tempatan berkenaan penyeludupan. Mana-mana warga TI yang menyedari atau mengesyaki terdapat pelanggaran kawalan ekspot perlu menghubungi Jabatan Undang-Undang atau Pejabat Etika dengan segera. Untuk maklumat lanjut, lihat SP&P 09-02-02: Kawalan Eksport

Q: Seseorang sedang mengancam untuk datang kerja dan mendatangkan bahaya kepada saya. Apakah yang perlu saya lakukan?

A: Anda perlu laporkan situasi ini dengan segera kepada pengurus anda, pihak keselamatan dan kepada wakil bahagian sumber manusia anda. TI mengambil berat tentang sebarang situasi yang boleh mengancam keselamatan pekerjanya. Untuk maklumat lanjut, lihat Polisi Pekerja: Persekitaran Kerja Yang Bebas Dari Ancaman.

Q: Apakah yang saya perlu buat jika saya dapat tahu tentang timbulnya kebimbangan yang berkaitan dengan produk TI?

A: Untuk membantu mencapai objektif keselamatan TI dalam menyokong pelanggan, jika anda menerima maklumat yang menunjukkan kemungkinan adanya risiko keselamatan dengan komponen TI, anda diharapkan untuk melaporkan kebimbangan itu. Sila hubungi Pasukan Tindakan Keselamatan Produk TI dengan segera di [email protected]. Risiko-risiko keselamatan adalah termasuk potensi untuk berlakunya kebakaran, kejutan elektrik, bahaya kematian, kerosakan harta benda atau kemerosotan prestasi komponen TI berbanding standard industri di mana pematuhan kepadanya diperakui oleh TI. Isu keselamatan yang tidak disahkan pun perlu dimajukan kepada PSAT untuk semakan.

Page 25: Nilai dan etika kita - TI. · PDF fileNilai dan etika kita. Tatakelakuan p.1 Muka Depan ... kebimbangan kepada mana-mana peringkat pengurusan di dalam persekitaran yang selamat dan

Tatakelakuan

25

8. Dasar pemerolehan

9. Konflik kepentingan

10. Persaingan adil

Q: Saya terlibat dalam proses bidaan pembelian untuk produk yang digunakan oleh jabatan saya. Kadang kali, pembekal akan meminta maklumat berkenaan dengan pembida lain. Berapa banyak maklumat yang boleh saya berkongsi?

A: Semua aspek pembidaan pembekal adalah sulit; sekatan ini termasuk sebarang gambaran tentang nama pembekal dan anggaran harga. Untuk maklumat lanjut, lihat SP&P 08-04-01: Dasar Pemerolehan.

Q: Adakah menjadi masalah untuk saya menceburi bidang perniagaan bagi diri saya, memasarkan produk yang saya bangunkan, sebagai pekerja Texas Instruments?

A: Terdapat beberapa cara situasi ini boleh menimbulkan masalah untuk anda. Jika produk anda bersaing dengan produk TI, jika ia berkaitan dengan mana-mana bahagian perniagaan TI, atau jika perniagaan anda mengganggu keupayaan anda untuk menyiapkan kerja TI anda, maka ia mungkin berpotensi untuk menimbulkan masalah. Anda sudah tentu tidak boleh meneruskan usaha ini jika produk yang anda bangunkan menggunakan apa saja yang anda pelajari di TI; dan jika produk yang anda bangunkan berada di dalam bidang kepentingan untuk TI, anda berkemungkinan telah menyerahkan hak pemilikannya kepada TI. Untuk memastikan tidak terdapat konflik, anda perlu mendedahkan pelan anda kepada Pejabat Etika atau Jabatan Undang-Undang. Untuk maklumat lanjut, lihat SP&P 11-04-03: Konflik kepentingan dan SP&P 07-04-03: Menyerahkan hak Ciptaan kepada TI dan Melepaskan Ciptaan kepada warga TI. Anda tidak boleh menggunakan aset TI untuk menyokong aktiviti perniagaan di luar.

Q: Di dalam satu mesyuarat persatuan perdagangan, salah satu daripada pesaing kami mula menawarkan maklumat tentang strategi penentuan harga syarikatnya dan strategi penentuan harga satu daripada pesaing syarikat kita. Dia berkongsi banyak maklumat mengenai arah aliran harga di masa hadapan. Bolehkah saya berkongsi maklumat penentuan harga ini dengan jabatan Jualan dan Pemasaran TI?

A: Tidak. Anda perlu sentiasa mengelak daripada berbincang tentang penentuan harga dengan pesaing TI atau menyalurkan maklumat sedemikian secara dalaman atau luaran. Jika anda dapati bahawa anda berada dalam satu mesyuarat di mana pesaing berkongsi maklumat strategi penentuan harga, anda perlu keluar daripada perbualan dan situasi itu dengan sopan. Anda juga perlu memastikan untuk mendokumentasikan pengunduran anda secara bertulis (contoh: pastikan setiausaha mesyuarat mencatat pengunduran diri anda dalam minit persatuan perdagangan itu, dengan penerangan yang ringkas). Tanggapan boleh terjadi bahawa anda dan TI berpakat untuk menetapkan harga atau menyertai aktiviti lain yang boleh menyekat persaingan bebas. Anda perlu hubungi Jabatan Undang-Undang dengan segera dan lapor apa yang terjadi. Untuk maklumat lanjut, lihat SP&P 06-01-06: Pematuhan Antitrust dan Undang-Undang Persaingan.

Page 26: Nilai dan etika kita - TI. · PDF fileNilai dan etika kita. Tatakelakuan p.1 Muka Depan ... kebimbangan kepada mana-mana peringkat pengurusan di dalam persekitaran yang selamat dan

Tatakelakuan

26

Mana-mana pekerja, kontraktor, pembekal, pengedar atau pelanggan TI yang mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa TI atau pekerja TI, kontraktor atau orang lain yang bertindak bagi pihak TI telah melanggar undang-undang, peraturan berkanun, Tatakelakuan TI atau dasar korporat, perlu melaporkan pelanggaran yang disyaki itu. Kebimbangan boleh dilaporkan kepada:

• Pengurus atau penyelia;• Wakil Bahagian Sumber Manusia;• Pejabat Etika TI (lihat kotak di laman berikutnya);• Jabatan Undang-Undang TI;• Individu yang dikenalpasti dalam Dasar dan Prosedur Standard (SP&P) yang

merangkumi tajuk perbincangan berkaitan pelanggaran yang disyaki.

Penyiasatan ke atas kebimbangan yang dilaporkan akan dijalankan mengikut SP&P 04-05-05: Prosedur dan Penyiasatan Aduan

Melaporkan kebimbangan

Pautan SP&P hanya boleh diakses di dalam TI.

Page 27: Nilai dan etika kita - TI. · PDF fileNilai dan etika kita. Tatakelakuan p.1 Muka Depan ... kebimbangan kepada mana-mana peringkat pengurusan di dalam persekitaran yang selamat dan

Tatakelakuan

27

Pejabat Etika TI

Hubungi Pejabat Etika TI di Dallas

Telefon Seluruh Dunia 1-214-567-6600 A.S. & Kanada bebas-tol 1-800-33-ETHICS

Mel Stesen Mel Dalaman 3961

P.O. Luaran Box 830801 Richardson, TX 75083-0801 USA

E-mel Seluruh Dunia [email protected]

Dalam talian Ikut arahan di ethics.ti.com

Perakaunan dan audit A.S. dan Kanada 1-800-630-2845 talian penting bebas-tol

Perakaunan dan audit Seluruh Dunia Jawatankuasa Audit Lembaga Pengarah talian penting: mel TI P.O. Box 655936 Mail Station 8658 Dallas, TX 75265-5936

Page 28: Nilai dan etika kita - TI. · PDF fileNilai dan etika kita. Tatakelakuan p.1 Muka Depan ... kebimbangan kepada mana-mana peringkat pengurusan di dalam persekitaran yang selamat dan

Tatakelakuan

28

TI mempunyai dasar dan peraturan yang memperlengkapkan dan menghuraikan nilai-nilai dan Tatakelakuan kita. Pekerja-pekerja harus memahami dasar dan peraturan yang berkenaan dengan mereka.

Dasar tambahan dikenakan berdasarkan situasi tertentu atau peranan seseorang pekerja itu di dalam TI:

• Kewangan: Dasar Buku Panduan Kawalan dan Perbendaharaan • IT: Dasar teknologi maklumat• Orang: Polisi Pekerja• Keselamatan: Standard Alam Sekitar, Keselamatan dan Kesihatan:• Semikonduktor: Dasar SC• Dasar luas TI: Dasar dan Prosedur Standard yang berkaitan dengan TI• Tatakelakuan untuk ketua pegawai eksekutif dan pegawai kanan kewangan

Buku Kecil Etika Asal: 1961Disemak semula pada 1968, 1977, 1987, 1990, 1998, 2002, 2004, 2006, 2008, 2014

Hak cipta terpelihara © 2015, Texas Instruments Incorporated

Maklumat penting

Pautan dasar hanya boleh diakses di dalam TI.

Page 29: Nilai dan etika kita - TI. · PDF fileNilai dan etika kita. Tatakelakuan p.1 Muka Depan ... kebimbangan kepada mana-mana peringkat pengurusan di dalam persekitaran yang selamat dan

Tatakelakuan

29

Page 30: Nilai dan etika kita - TI. · PDF fileNilai dan etika kita. Tatakelakuan p.1 Muka Depan ... kebimbangan kepada mana-mana peringkat pengurusan di dalam persekitaran yang selamat dan

Tatakelakuan

30

Page 31: Nilai dan etika kita - TI. · PDF fileNilai dan etika kita. Tatakelakuan p.1 Muka Depan ... kebimbangan kepada mana-mana peringkat pengurusan di dalam persekitaran yang selamat dan

IMPORTANT NOTICE

Texas Instruments Incorporated and its subsidiaries (TI) reserve the right to make corrections, enhancements, improvements and otherchanges to its semiconductor products and services per JESD46, latest issue, and to discontinue any product or service per JESD48, latestissue. Buyers should obtain the latest relevant information before placing orders and should verify that such information is current andcomplete. All semiconductor products (also referred to herein as “components”) are sold subject to TI’s terms and conditions of salesupplied at the time of order acknowledgment.TI warrants performance of its components to the specifications applicable at the time of sale, in accordance with the warranty in TI’s termsand conditions of sale of semiconductor products. Testing and other quality control techniques are used to the extent TI deems necessaryto support this warranty. Except where mandated by applicable law, testing of all parameters of each component is not necessarilyperformed.TI assumes no liability for applications assistance or the design of Buyers’ products. Buyers are responsible for their products andapplications using TI components. To minimize the risks associated with Buyers’ products and applications, Buyers should provideadequate design and operating safeguards.TI does not warrant or represent that any license, either express or implied, is granted under any patent right, copyright, mask work right, orother intellectual property right relating to any combination, machine, or process in which TI components or services are used. Informationpublished by TI regarding third-party products or services does not constitute a license to use such products or services or a warranty orendorsement thereof. Use of such information may require a license from a third party under the patents or other intellectual property of thethird party, or a license from TI under the patents or other intellectual property of TI.Reproduction of significant portions of TI information in TI data books or data sheets is permissible only if reproduction is without alterationand is accompanied by all associated warranties, conditions, limitations, and notices. TI is not responsible or liable for such altereddocumentation. Information of third parties may be subject to additional restrictions.Resale of TI components or services with statements different from or beyond the parameters stated by TI for that component or servicevoids all express and any implied warranties for the associated TI component or service and is an unfair and deceptive business practice.TI is not responsible or liable for any such statements.Buyer acknowledges and agrees that it is solely responsible for compliance with all legal, regulatory and safety-related requirementsconcerning its products, and any use of TI components in its applications, notwithstanding any applications-related information or supportthat may be provided by TI. Buyer represents and agrees that it has all the necessary expertise to create and implement safeguards whichanticipate dangerous consequences of failures, monitor failures and their consequences, lessen the likelihood of failures that might causeharm and take appropriate remedial actions. Buyer will fully indemnify TI and its representatives against any damages arising out of the useof any TI components in safety-critical applications.In some cases, TI components may be promoted specifically to facilitate safety-related applications. With such components, TI’s goal is tohelp enable customers to design and create their own end-product solutions that meet applicable functional safety standards andrequirements. Nonetheless, such components are subject to these terms.No TI components are authorized for use in FDA Class III (or similar life-critical medical equipment) unless authorized officers of the partieshave executed a special agreement specifically governing such use.Only those TI components which TI has specifically designated as military grade or “enhanced plastic” are designed and intended for use inmilitary/aerospace applications or environments. Buyer acknowledges and agrees that any military or aerospace use of TI componentswhich have not been so designated is solely at the Buyer's risk, and that Buyer is solely responsible for compliance with all legal andregulatory requirements in connection with such use.TI has specifically designated certain components as meeting ISO/TS16949 requirements, mainly for automotive use. In any case of use ofnon-designated products, TI will not be responsible for any failure to meet ISO/TS16949.

Products ApplicationsAudio www.ti.com/audio Automotive and Transportation www.ti.com/automotiveAmplifiers amplifier.ti.com Communications and Telecom www.ti.com/communicationsData Converters dataconverter.ti.com Computers and Peripherals www.ti.com/computersDLP® Products www.dlp.com Consumer Electronics www.ti.com/consumer-appsDSP dsp.ti.com Energy and Lighting www.ti.com/energyClocks and Timers www.ti.com/clocks Industrial www.ti.com/industrialInterface interface.ti.com Medical www.ti.com/medicalLogic logic.ti.com Security www.ti.com/securityPower Mgmt power.ti.com Space, Avionics and Defense www.ti.com/space-avionics-defenseMicrocontrollers microcontroller.ti.com Video and Imaging www.ti.com/videoRFID www.ti-rfid.comOMAP Applications Processors www.ti.com/omap TI E2E Community e2e.ti.comWireless Connectivity www.ti.com/wirelessconnectivity

Mailing Address: Texas Instruments, Post Office Box 655303, Dallas, Texas 75265Copyright © 2015, Texas Instruments Incorporated