new microsoft office word document

2
PUNCA KEDATANGAN PENDATANG ASING KE MALAYSIA Malaysia merupakan sesbuah Negara yang menjadi tumpuan utama untuk dikunjungi oleh pekerja asing pada masa ini. Kemakmuran dan kedamaian hidup masyarakat di Negara ini dianggap sebagai faktor penarik untuk warga asing terutamanya dari Indonesia, Bangladesh dan Filipina berkunjung di sini. Mereka bukan sahaja datang untuk melancong, tetapi mereka juga niat bekerja sebagi buruh kasar di negara ini. Malaysia adalah sesebuah Negara yang aman damai tanpa tragedi pembunuhan dan malapetaka yang mencemarkan kehidupan seperti yang berlaku di sesetengah Negara. Keadaan ini menimbulakan minat di kalangan warga asing untuk berkunjung ke Negara ini kerana yakin akan keselamatan diri mereka di sini. Mereka juga bebas untuk dating dan pulang ke Negara asalpada bila-bila masa. Terdapat banyak peluang pekerjaan di Negara ini. Kebanyakan warga asing yang berkunjung ke Negara ini dalam sector pembinaan, perladangan, perindustrian dan sebagai pembantu rumah. Sektor tersebut menyediakan banyak peluang pekerjaan walaupun bergaji murah. Namun demikian pendapatan yang diperoleh itu sudah cukup untuk meredakan sesuap nasi.. Upah yang diterima oleh warga asing yang datang ke Malaysia dianggap tinggi kerana nilai mata wang mereka adalah jauh lebih rendah daripada nilai ringgit Malaysia. Pertukaran mata wang asing ini akan menyebabkab mereka hidup mewah apabila pulnag ke Negara asal. Oleh mereka tidak menghadapi masalah untuk menabung dan seterusnya menyara keluarga mereka di Negara asal. Selain itu, kerajaan juga menggalakkan pengambilan buruh asing dalam memajukan ekonomi Negara. Kemajuan dalam bidang infrastruktur berkembang dengan lebih pesat berikutan sikap buruh asing ini yang sanggup bekarja lebih masa untuk mendapatkan rezeki mereka.Selain itu, kerajan turut mengeluarkan permit kepada buruh asing yang ingin bekerja di Negara ini.

Upload: rajasri-logonathan

Post on 26-Sep-2015

222 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

PUNCA KEDATANGAN PENDATANG ASING KE MALAYSIA

Malaysia merupakan sesbuah Negara yang menjadi tumpuan utama untuk dikunjungi oleh pekerja asing pada masa ini. Kemakmuran dan kedamaian hidup masyarakat di Negara ini dianggap sebagai faktor penarik untuk warga asing terutamanya dari Indonesia, Bangladesh dan Filipina berkunjung di sini. Mereka bukan sahaja datang untuk melancong, tetapi mereka juga niat bekerja sebagi buruh kasar di negara ini.

Malaysia adalah sesebuah Negara yang aman damai tanpa tragedi pembunuhan dan malapetaka yang mencemarkan kehidupan seperti yang berlaku di sesetengah Negara. Keadaan ini menimbulakan minat di kalangan warga asing untuk berkunjung ke Negara ini kerana yakin akan keselamatan diri mereka di sini. Mereka juga bebas untuk dating dan pulang ke Negara asalpada bila-bila masa.

Terdapat banyak peluang pekerjaan di Negara ini. Kebanyakan warga asing yang berkunjung ke Negara ini dalam sector pembinaan, perladangan, perindustrian dan sebagai pembantu rumah. Sektor tersebut menyediakan banyak peluang pekerjaan walaupun bergaji murah. Namun demikian pendapatan yang diperoleh itu sudah cukup untuk meredakan sesuap nasi..

Upah yang diterima oleh warga asing yang datang ke Malaysia dianggap tinggi kerana nilai mata wang mereka adalah jauh lebih rendah daripada nilai ringgit Malaysia. Pertukaran mata wang asing ini akan menyebabkab mereka hidup mewah apabila pulnag ke Negara asal. Oleh mereka tidak menghadapi masalah untuk menabung dan seterusnya menyara keluarga mereka di Negara asal.

Selain itu, kerajaan juga menggalakkan pengambilan buruh asing dalam memajukan ekonomi Negara. Kemajuan dalam bidang infrastruktur berkembang dengan lebih pesat berikutan sikap buruh asing ini yang sanggup bekarja lebih masa untuk mendapatkan rezeki mereka.Selain itu, kerajan turut mengeluarkan permit kepada buruh asing yang ingin bekerja di Negara ini.

Perkembangan sektor ekonomi dalam pelbagai sektor, khususnya sektor industri telah menawarkan banyak peluang pekerjaan. Kekurangan minat rakyat Malaysia untuk bekerja di sektor perindustrian menyebabkan kemasukan pekerja asing di negara ini adalah untuk memenuhi tuntutan tersebut. Penawaran gaji yang tidak setimpal dengan pekerjaan yang dilakukan juga adalah salah satu faktor penyebab kenapa sektor ini tidak mendapat sambutan di negara ini. Sikap memilih pekerjaan yang diamalkan oleh rakyat Malaysia sedikit sebanyak mempengaruhi kemasukan pekerja asing di Malaysia.

Tindakan pengusaha industri mengambil pekerja asing adalah untuk memenuhi permintaan terhadap barangan yang dikeluarkan. Selain daripada itu, sikap rajin yang ditunjukkan oleh pekerja asing menyebabkan permintaan terhadap buruh asing adalah tinggi di negara ini. Upah yang diperolehi oleh para pekerja asing di negara ini adalah lebih tinggi berbanding upah yang diterima oleh mereka semasa bekerja di negara asal.

Manakala dari segi kedudukan geografi, Malaysia adalah antara negara berhampiran dengan negara-negara mereka. Contohnya, Pulau Sumatera hanya dipisahkan dengan Malaysia oleh Selat Melaka sahaja. Begitu juga dengan Filipina yang berhampiran dengan Sabah. Thailand pula merupakan daratan yang bersambungan dengan Semenanjung Malaysia. Kedudukan negara yang sedemikian memudahkan mereka berhijrah ke Malaysia untuk mencari pekerjaan. Dengan kemajuan sistem pengangkutan sekarang, jarak relatif menjadi semakin dekat sekarang. Di samping itu faktor kestabilan politik yang terdapat di negara ini menyebabkan negara ini menjadi pilihan para migran untuk berhijrah di negara jiran mereka.