muzik & pergerakan kreatif

8

Click here to load reader

Upload: sharifahbaizurasyedbakar

Post on 15-Apr-2016

285 views

Category:

Documents


12 download

DESCRIPTION

pra sekolah

TRANSCRIPT

Page 1: muzik & pergerakan kreatif

PENTINGNYA PERGERAKAN KREATIF KEPADA MURID

KESEDARAN GURU TENTANG PENTINGNYAPERGERAKAN KREATIF KEPADA MURID-MURID DI SEKOLAH RENDAH

1.0 PENGENALAN

Kanak-kanak sejak dilahirkan suka bergerak bebas. Ingin melahirkan perasaan dan idea serta ingin tahu tentang sesuatu demi mempelajari dan memahami konsep, isu dan masalah persekitaran mereka. Mereka gemar mencipta dan tidak keberatan untuk memberi penghargaan atau berasa bangga terhadap hasil ciptaan sendiri atau kelompok sebaya. Kanak-kanak mempunyai naluri terhadap rentak dan irama, pergerakan yang berirama dan kemampuan kreativiti yang semulajadi. Kanak-kanak dikenali sebagai individu yang suka bermain. Naluri suka bermain ini boleh disalurkan kepada bentuk pengalaman yang kreatif yang dapat membina situasi dan persekitaran yang sesuai untuk pertumbuhan fizikal, mental dan sosial yang sihat. Oleh itu aktiviti pergerakan kreatif hendaklah disusun berdasarkan ciri-ciri suka bermain, kreatif, ritma dan kebebasan mencurahkan perasaan dan idea untuk memberikan keseronokan dan kepuasan. Mengikut pendapat Dauer dan Prangrazi (1983),

kanak-kanak mempunyai keinginan-keinginan untuk bergerak, berlakon dan sentiasa aktif yang tidak boleh dipuaskan. Mereka lari untuk mendapatkan kepuasan berlari semata-mata. Aktiviti bagi mereka adalah intisari penghidupan.

Dauer dan Prangrazi (1983), telah mengenal pasti sembilan keinginan asas kanak-kanak iaitu:a. Keinginan untuk bergerak.b. Keinginan untuk berjaya dan diperkenankan.c. Keinginan untuk diterima oleh kelompok sebaya dan hidup bermasyarakat.d. Keinginan untuk bersaing.e. Keinginan untuk memperoleh kecergasan fizikal dan daya penarik.f. Keinginan untuk mengembara.g. Keinginan untuk memperoleh kepuasan kreativiti.h. Keinginan untuk memperoleh kepuasan kreativiti.i. Keinginan untuk mengetahui.

Keinginan-keinginan pada peringkat awal ini harus ditumpukan kepada pergerakan-pergerakan kreatif yang mempunyai fungsi-fungsi tertentu seperti pertumbuhan fisiologi dan motor, perkembangan psikologi dan mental serta rohani dan sosial. Keinginan-keinginan ini juga tidak terkecuali kepada murid berkeperluan khas.

1.0 KEPENTINGAN PERGERAKAN KREATIF

Jesse William (1964), pelopor pendidikan pergerakan kreatif yang banyak memberi sumbangan serta mempengaruhi arah perkembangan program pendidikan jasmani di sekitar tahun-tahun 1930-an hingga 1960-an berpendapat:

Page 2: muzik & pergerakan kreatif

Pendidikan Jasmani sewajarnya bertujuan untuk menyediakan kepemimpinan yang cekap serta menjadi alat kepada individu atau kelompok untuk bertindak dalam pelbagai situasi secara konstruktif dari segi fizikal, mental dan sosial.

Objektif yang disarankan oleh William itu pada hakikatnya mencabar para pendidik pendidikan jasmani untuk mempertingkatkan kemahiran mereka agar dapat mendidik dengan lebih berkesan untuk mencorakkan kehidupan kanak-kanak sejajar dengan matlamat yang disarankan. Bagaimanapun nilai-nilai positif yang bakal diperolehi daripada pergerakan kreatif bergantung kepada penyertaan seseorang individu dalam bidang tersebut.

Menurut Way (1967), pendidikan Jasmani kreatif ialah pendidikan seluruh individu melalui pengalaman. Seperti dengan pengalaman-pengalaman kreatif yang lain, pergerakan ini merangsang pemikiran yang beragama, imaginasi dan cara menyelesaikan masalah. Ia juga mengukuhkan emosi, sifat humor, berlakon dengan yakin dan pemahaman terhadap sesama insan yang berasaskan nilai-nilai kemanusiaan yang luhur (Davis, Helfert dan Shapiro 1973; Way 1967) serta pemikiran yang kritis dan bebas (Carelli, 1982). Aktiviti ini juga bukan sahaja menyeronokkan tetapi juga untuk mencurah keluar jiwa dalaman yang terdiri daripada perasaan dan mood (Russell,1975)

5.1 Meningkatkan Kecergasan:

Guru-guru hendaklah bijaksana mengatur aktiviti ini kerana senaman yang sistematik serta pemakanan yang seimbang adalah penting untuk menjamin kehidupan yang sihat dan tahan lasak. Kecergasan fizikal terdapat empat komponen penting iaitu:

ü Kecergasan kardivaskularü Kecergasan kekuatan dan ketahanan ototü Kecergasan kelenturan danü Kecergasab bverat badan.

Dalam tahun 1956 sebuah persidangan American Association for Health, physical Education and Recreational Fitness telah bersetuju dengan takrif berhubung kecergasan iaitu:

kecergasan ialah suatu keadaan yang menunjukkan sejauh mana seseorang itu mampu untuk berfungsi. Kecergasan merupakan soal individu. Namun ia memberi implikasi terhadap terhadap keupayaan seseorang individu untuk hidup dengan cara yang paling efektif dengan potensi yang ada padanya. Keupayaan untuk berfungsi bergantung kepada aspek-aspek fizikal, mental, emosi, social dan spiritual yang menjadi komponen-komponen dalam konsep kecergasan yang mana kesemuanya saling berhubung dan berkait antara satu sama lain. (Schurr, 1975).

Latihan jasmani yang sering dilakukan boleh mempertingkatkan kekuatan seseorang dan elemen kekuatan ini merupakan factor penting dalam mempelajari kemahiran-kemahiran motor (Rarick & Dobbins, 1975 : Pangrazi 1982). Aktiviti yang rancak juga menyebabkan bebanan tekanan ke atas tulang-tulang dan ini akan menyebabkan ukuran garis pusat tulang-tulang berkenaan menjadi bertambah besar serta memperbaiki strukturnya. Osteoporosis atau demineralization (kekurangan garam galian) adalah berpunca daripada kelembaman. Keadaan demikian akan

Page 3: muzik & pergerakan kreatif

menyebabkan tulang-tulang menjadi rapuh. Gejala ini dapat diatasi melalui pergerakan kreatif kerana ia boleh membalikkan proses ini di samping membina semula kekuatan tulang-tulang.

5.3 Sosialisasi

Aktiviti pergerakan merupakan usaha kerjasama, menjalin rasa saling mempercayai dan memikul tanggungjawab menghadapi cabaran-cabaran, maka ia sewajarnya menjadi satu seni ‘pergaulan’ (socialization) – suatu perlakuan sosial yang mengembelingkan individu dalam dinamik berkumpulan. Melalui aktiviti ini murid berpeluang:

ü Menyertai kegiatan dengan rasa riang dan secara sihatü Bersosialisasiü Menyemai minat-minat baruü Meningkatkan keupayaan bergaul dengan orang lainü Membentuk gaya diri, personaliti dan kematangan danü Mencari saluran untuk pernyataan kendiri.

Joyce Boorman (1971) menyatakan tentang pengalaman-pengalaman sosial yang bermanfaat ini dari segi’memimpin’ dan ‘mengikut’, seperti berikut:

Adalah penting bagi kanak-kanak untuk mempelajari bagaimana hendak menjadikan diri mereka diterima dari segi sosial, jika tidak cara hidup mereka akan menjadikan hidup mereka bertambah sulit. Kerap kali kanak-kanak akan menghadapi masalah-masalah berkawan; suatu hari nanti akan menjadi ketua dan dengan itu akan timbul kemungkinan dirinya disisih oleh rakan-rakan utamanya. Dalam menghadapi dilema ini seseorang kanak-kanak itu terpaksa membuat penyesuaian-penyesuaian yang mungkin menuntutnya melupakan buat sementara waktu kepimpinan kelompoknya dan sebaliknya menjadi sebagai pengikut. Seorang pengikut hendaklah digalakkan membina keyakinan motivasi dan minat agar dirinya menjadi berwibawa dan diterima oleh orang ramai dan ini membolehkannya memegang teraju kepemimpinan buat sementara waktu. Pergerakan tidak boleh menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak dalam kehidupan sehari-hari, namun ia amat berguna dalam membantu kanak-kanak meneroka dan memahami kedua-dua kualiti iaitu ‘memimpin’ dan ‘mengikut’.

Fokus konsepsi sosialisasi dalam program pergerakan kreatif dengan menghubungkannya dengan ciri-ciri dan maksud-maksud kerjasama, persaingan, ketertiban, kebertanggungjawaban, saling mempercayai dan menghormati persahabatan dan kepimpinan yang unggul untuk kedua-duanya iaitu diri sendiri dan orang lain.

5.5 Kemahiran Bertutur

Pada kebiasaanya pergerakan kreatif diiringi dengan nyanyian dan permainan alat-alat muzik agar ia lebih menarik dan dan menambahkan minat murid terutamanya murid khas. Dengan adanya aktiviti menyanyi ini akan dapat meningkatkan kemahiran murid bertutur dan kemahiran fonologi. Ramai di kalangan murid khas yang gagal menyebut perkataan dengan betul. Mereka

Page 4: muzik & pergerakan kreatif

menyebut hanya dihujung perkataan sahaja.

Menyanyi jika digabungkan dengan berbagai aktiviti akan lebih menarik minat murid dan mereka berasa seronok dan gembira. Murid-murid akan menganggap menyanyi lebih kepada bermain dan berehat. Melalui nyanyian mereka akan terhibur dan menenangkan fikiran. Untuk mengukuhkan lisan murid, ia sangat membantu guru mencapai matlamat tersebut. Ini kerana menyanyi memerlukan sebutan bunyi-bunyi yang jelas dan betul mengikut rentak dan irama serta disampaikan mengikut tekanan, intonasi dan nada tertentu. Secara tidak langsung ia membantu murid memperbaiki lisan.

5.6 Meningkatkan Kreativiti

Kreativiti merupakan elemen yang dinamik yang tersirat di dalam jiwa kanak-kanak. Pergerakan menjadi printis bagi membolehkan kanak-kanak untuk memulakan proses kreativiti mereka dan dalam ruang batas pendidikan yang tertentu mereka didorong untuk mencurahkan tenaga kreatif mereka. kanak-kanak adalah individu yang unik. Potensi kreativiti mereka berbeza antara satu sama lain sama seperti perkembangan fizikal dan kecenderungan terhadap pembelajaran. Oleh kerana kreativiti merupakan proses yang boleh digunakan untuk menyelesaikan masalah mengikut pendekatan baru yang menggunakan pengetahuan dan pemahaman yang bersifat unik dan individualisti, ia dapat memberi penghidupan yang lebih jitu dan bermakna kepada kanak-kanak.

Tenaga kreatif yang merupakan elemen yang dinamik dalam setiap diri kanak-kanak, berkembang bersama penemuan dan penerokaan. Hasilnya ialah ekspresi yang kreatif,kanak-kanak yang giat bekerja, iaitu mereka yang sedang mengalami proses kreativiti ini, terpancar di wajah-wajah mereka rasa keriangan yang tercetus daripada getaran penggunaan tenaga,(fizikal dan mental). Kepuasan yang sepenuhnya, dan dihormatidi kalangan mereka. Seseorang dapat merasakan bagaimana kanak-kanak itu ‘berfikir’ serta turut bersama mereka merasakan kegembiraan yang terbit daripada curahan perasaan mereka (Fleming, 1976)

Dalam diri setiap kanak-kanak terdapat kebebasan untuk berfikir yang memerlukan saluran untuk mengeluarkan perasaan mereka berhubung dengan pengalaman-pengalaman seharian: ekspresi yang spontan. Ini dapat dilakukan melalui pergerakan jasmani kreatif.

Rumusan

Aktiviti pergerakan kreatif jika dijalankan dengan sempurna akan memberi kesan yang mendalam kepada mnurid-murid. Untuk melaksanakan aktiviti ini, guru-guru tidak memerlukan latihan dan kepakaran yang tinggi. Apa yang diperlukan ialah semangat yang cekal, keberanian dan sikap positif serta inisiatif dalam pengajaran kreatif. Peranan guru ialah membimbing murid-murid meneroka, mencuba dan menemui cara bergerak yang dapat dijadikan sebagai perantaraan untuk pernyataan kendiri. Selepas itu guru-guru menerima gerakbalas berdasarkan pergerakan murid sebagai perkembangan semulajadi mereka.

Bagaimanakah kita menolong murid-murid membesar dan menjadi seperti mereka? Guru-guru mempunyai tanggungjawab yang sangat besar untuk menolong murid-murid membesar dan

Page 5: muzik & pergerakan kreatif

berkembang sebagai individu. Guru-guru juga bertanggungjawab memberi peluang kepada murid-murid untuk mencipta dan melahirkan perasaan dan fikiran. Melaksanakan program pergerakan kreatif bukanlah satu tanggungjawab yang mudah, terutama jika kelas dipenuhi dengan kanak-kanak yang sangat aktif dan pelbagai masalah dengan tempoh masa perhatian yang singkat. Kanak-kanak yang mempunyai daya tenaga yang berlebihan sering mencabar keupayaan guru.

Namun jika guru mempunyai kesedaran yang tinggi tentang pentingnya pergerakan kreatif kepada murid-murid, mereka akan mengajar bersungguh-sungguh di sekolah agar dapat membentuk sahsiah murid sesuai dengan Falsafah Pendidikan Negara untuk melahirkan insan yang sempurna dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.

Muzik dan pergerakan

Muzik dan pergerakan merupakan unsur kesenian.

Muzik dan pergerakan membolehkan kanak-kanak mengamati, menyerap dan bertindak balas mengikut cara dan gaya kreatif yang tersendiri.

Kanak-kanak pada umumnya terpesona dengan rentak dan irama muzik.

Muzik merupakan unsur yang mudah menyerapi jiwa kanak-kanak dan boleh di gabungkan dalam kurikulum.

Muzik dapat membantu perkembangan keseluruhan kanak-kanak.

Muzik penting dalam kehidupan kanak-kanak

Rangsangan muzik mampu memberikan perkembangan yang sihat kepada bayi dan kanak-kanak

Muzik mampu memantapkan perkembangan bahasa, perhubungan bunyi-perkataan, keupayaan matematik kanak-kanak dan meningkatkan keupayaan intelektual kanak-kanak

Kepentingan muzik

• Kesesuaian muzik untuk bayi dan kanak-kanak adalah tidak terhad, asalkan muzik tersebut tidak terlalu kuat atau menyakitkan telinga bayi.

• Mampu memupuk kemahiran menulis, membaca dan perbahasan.

• Apabila bayi mula membesar, dia mula bergoyang, bergerak dan menari mengikut irama muzik Memiliki keupayaan memulih ke atas kanak-kanak

Page 6: muzik & pergerakan kreatif

• Meningkatkan pembacaan untuk kanak-kanak disleksia

• Membantu mereka menghafal dan menajamkan fikiran

• Merangsang pendengaran dan penglihatan

• Ibu juga boleh mengetahui perasaan bayi anda dengan mengaitkan muzik atau bunyi yang menghasilkan reaksi tertentu

• Dalam usia enam tahun pertama, kanak-kanak boleh berlagu mengikut irama apabila mereka cuba membezakan deria dan bunyi dari irama muzik serta memperoleh penyampaian visual bunyi tersebut.